minggu 7 pandangan agama yang berlainan mengenai pendidikan

4
Pandangan agama yang berlainan mengenai Pendidikan ISLAM Perspektif sejajar dengan pendidikan tradisional. Para guru mengajar di sekolah pondok dan madrasah, pakar dalam bidang pengajian kitab suci. Dianggap rol model dan teladan dicontohi serta disanjungi oleh masyarakat sekeliling. Sesi pengajaran adalah berbentuk induktif, yakni Tok Guru menyampaikan ilmu manakala murid jarang berinteraksi dua hala memandangkan ilmu tersebut benar belaka. Ilmu dan orang berilmu sangat dihargai dalam Islam. Pergi merantau dalam rangka mencari ilmu dipandang sangat positif dalam pengembangan diri dan wawasan. Tujuan umum pendidikan Islam ada lima: 1. Untuk membentuk akhlak yang mulia. 2. Persiapan untuk kehidupan dunia dan akhirat 3. Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan segi manfaat, atau secara popular diistilahkan dengan tujuan vokasional dan professional 4. Menumbuhkan semangat ilmiah pada para pelajar, dan memuaskan rasa ingin tahu, serta memungkinkan mereka mengkaji ilmu demi ilmu itu sendiri 5. Menyiapkan pelajar dari segi profesi, teknik, dan pertukangan supaya dapat menguasai profesi tertentu dan keterampilan pekerjaan tertentu, agar dapat mencari rezeki dalam hidup, di samping memelihara segi kerohanian dan keagamaan.

Upload: eloise-looi

Post on 08-Sep-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Pandangan agama yang berlainan mengenai PendidikanISLAM Perspektif sejajar dengan pendidikan tradisional. Para guru mengajar di sekolah pondok dan madrasah, pakar dalam bidang pengajian kitab suci. Dianggap rol model dan teladan dicontohi serta disanjungi oleh masyarakat sekeliling. Sesi pengajaran adalah berbentuk induktif, yakni Tok Guru menyampaikan ilmu manakala murid jarang berinteraksi dua hala memandangkan ilmu tersebut benar belaka. Ilmu dan orang berilmu sangat dihargai dalam Islam. Pergi merantau dalam rangka mencari ilmu dipandang sangat positif dalam pengembangan diri dan wawasan. Tujuan umum pendidikan Islam ada lima:1.Untuk membentuk akhlak yang mulia.2.Persiapan untuk kehidupan dunia dan akhirat3.Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan segi manfaat, atau secara popular diistilahkan dengan tujuan vokasional dan professional4.Menumbuhkan semangat ilmiah pada para pelajar, dan memuaskan rasa ingin tahu, serta memungkinkan mereka mengkaji ilmu demi ilmu itu sendiri5.Menyiapkan pelajar dari segi profesi, teknik, dan pertukangan supaya dapat menguasai profesi tertentu dan keterampilan pekerjaan tertentu, agar dapat mencari rezeki dalam hidup, di samping memelihara segi kerohanian dan keagamaan.

KRISTIAN Jesus Kristian merupakan Mahaguru yang menyampaikan segala agama Kristian lebih daripada dua ribu tahun yang lalu, kemudian diambil alih oleh rasul-rasul (apostles), dan wali-wali (saints). Tanggapan peranan serta citra guru adalah: Pembimbing dan membantu murid-murid mereka melengkapi diri. Melindungi murid-murid mereka daripada kumpulan-kumpulan pengaruh negatif atau ajaran-ajaran sesat. Menunjukkan arah yang tepat agar murid-murid mereka berpeluang menjumpai jalan yang benar dan betul berpandukan ajaran kitab-kitab suci namun tetap diberi kebebasan. Memberi dorongan yang wajar agar dapat m eningkatkan pencapaian anak-anak murid dari segi pencarian ilmu kerohanian

BUDDHA Pada zaman purba, pendidikan Brahmanic dijalankan di rumah seorang guru yang berasaskan kepada sistem kasta serta dikhaskan untuk djivas( Brahmanas dan Kshatriyas) sahaja. Seorang guru berpengetahuan melaus, berkemampuan mengajar kesemua mata pelajaran kepada sekumpulan kecil di bawah jagaan beliau. Para pelajar dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam Dhamma(kebenaran) dan Vinaya(disiplin atau pertuturan) Menggunakan variasi teknik pengajaran umpamanya penggunaan jadual, ilustrasi dan eksperimen. Mereka dianggap sebagai rol model kepada komuniti setempat kerana mempunyai ilmu yang meluas mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mengajar manusia dengan berbagai macam ilmu dengan tujuan untuk membebaskan mereka dari penderitaan. Belajar merupakan jalan satu-satunya untuk dapat membebaskan diri dari kebodohan. Pendidikan adalah penerusan nilai, pengetahuan, kemampuan, sikap dan tingkah laku; yang dalam arti luas pendidikan merupakan hidup itu sendiri (dan belajar itu seumur hidup), sebagai proses menyingkirkan kebodohan dan mendewasakan diri menuju kesempurnaan. Usaha yang disengaja dan terencana untuk mendorong seseorang belajar dan bertanggungjawab, mengembangkan diri atau mengubah perilaku, sehingga bermanfaat bagi kepentingan individu dan masyarakat. Buddhisme memandang, setiap orang dilahirkan dengan pembawaan baik dan buruk.

HINDU Guru dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia. Guru mempunyai kehormatan tertinggi dan berada di kedudukan kedua selepas ibu bapa. Para guru pakar dari segi kitab-kitab suci dan berupaya menunjukkan jalan yang benar berdasarkan pengalaman, amalan dan celik akal yang tinggi. Guru mempunyai tanggungjawab moral dan professional demi pembentukan murid-murid yang bertanggungjawab apabila dewasa. Teknik penghafalan turut ditekankan dan masa banyak diperuntukkan untuk memahami kitab-kitab agama mereka. Pengajian ditamatkan apabila guru berpuas hati terhadap pencapian pelajar berkenaan.

SIKH Guru diumpamakan sebagai jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan merupakan Guru pertama dalam rantaian 10 orang Guru. Guru ialah pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid-muridnya. Mempunyai ilmu yang lengkap dan komprehensif mengenai kitab-kitab suci.