minggu 11

3
Bilangan Jurnal :Ke 11 Minggu Praktikum :Kesebelas Tarikh Peristiwa / Kejadian :20 – 24 April 2015 Tajuk Jurnal : Kebersihan Kelas 1. Masalah / Peristiwa Pada minggu kesebelas ini secara keseluruhan saya dapat melihat setiap kali saya masuk ke kelas, keadaan kelas berada dalam keadaan yang kotor dan sangat tidak memuaskan. Suasana kelas yang kotor akan mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Selain itu, guru tidak berasa selesa untuk mengajar dalam keadaan kelas yang tidak bersih. Keadaan ini berlangsung dan berlanjutan hampir setiap hari terutamanya selepas waktu rehat. Keadaan kelas berada di tahap sangat kotor. Murid-murid juga tidak bersikap bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas masing-masing dan membiarkan sahaja sampah itu di situ. 2. Analisis Masalah ini berpunca daripada sikap murid yang makan dan minum di dalam kelas sewaktu rehat dan membuang sisa sampah merata-rata di

Upload: enyrose

Post on 15-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal minggu 11

TRANSCRIPT

Page 1: minggu 11

Bilangan Jurnal :Ke 11

Minggu Praktikum :Kesebelas

Tarikh Peristiwa / Kejadian :20 – 24 April 2015

Tajuk Jurnal : Kebersihan Kelas

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu kesebelas ini secara keseluruhan saya dapat melihat setiap kali saya

masuk ke kelas, keadaan kelas berada dalam keadaan yang kotor dan sangat tidak

memuaskan. Suasana kelas yang kotor akan mengganggu proses Pengajaran dan

Pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Selain itu, guru tidak berasa selesa untuk

mengajar dalam keadaan kelas yang tidak bersih.

Keadaan ini berlangsung dan berlanjutan hampir setiap hari terutamanya

selepas waktu rehat. Keadaan kelas berada di tahap sangat kotor. Murid-murid juga

tidak bersikap bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas masing-masing dan

membiarkan sahaja sampah itu di situ.

2. Analisis

Masalah ini berpunca daripada sikap murid yang makan dan minum di dalam kelas

sewaktu rehat dan membuang sisa sampah merata-rata di sekitar kelas. Sikap

bertanggungjawab tidak dipupuk dalam diri setiap murid dan mereka masing-masing

tidak mengendahkan sampah itu sehinggalah guru masuk ke kelas dan menyuruh

mereka memungut sampah mereka tersebut.

Page 2: minggu 11

3. Cadangan Tindakan Susulan

Masalah ini dapat diselesaikan dengan peringatan dalam bentuk visual contohnya guru

menampal amaran dan dilekatkan di dalam kelas mereka dan hukuman bagi sesiapa

yang melanggar amaran itu. Maka, murid-murid akan belajar untuk mematuhi peraturan

itu.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Tempoh masa yang diambil oleh saya untuk menyelesaikan masalah ini ialah

selama dua hari dimana pada hari pertama saya menyediakan memberi amaran

kepada mereka dan yang kedua sekiranya perkara masih berlaku saya akan ke

kelas dan menampal notis serta memberikan penerangan kepada murid-murid

mengenai notis itu supaya tidak membuang sampah dan sekiranya perkara yang

sama masih berulang, masalah ini akan dilaporkan kepada pihak yang

bertanggungjawab.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :