minda kaunseling - jobshop.uitm.edu.my kaunseling bil 7 2017.pdf · shah alam telah menganjurkan...

2
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 Website:- https://counselling2u.uitm.edu.my Minda 2017 Kaunseling BIL 7 (2017) PROGRAM COUNSELLING OUTREACH Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bersama pelajar iaitu Program Counselling Outreach sepanjang semester 1/ 2017. Program ini telah berjaya dijalankan sebanyak 8 kali bertempat di fakulti seperti Fakulti Muzik dan Fakulti Kejuruteraan Awam, kolej- kolej kediaman seperti Kolej Seroja, Kolej Mawar, Kolej Delima dan Kolej Anggerik, Pejabat Non Resident (NR) serta UiTM Kampus Sungai Buloh. Program ini berbentuk program turun padang kaunselor bertemu para pelajar. Seramai 1861 orang pelajar telah hadir dan melibatkan diri dalam kesemua aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti yang menarik perhatian para pelajar adalah pendaftaran bagi penggunaan sistem Counselling2u, Art Therapy, Counselling Puzzle dan pelbagai permainan psikologi. Antara objektif pogram ini dijalankan adalah: Memberi kesedaran mengenai perkhidmatan kaunseling yang boleh digunakan oleh pelajar. Membantu menyalurkan fakta yang tepat tentang kaunseling. Mempromosi perkhidmatan kaunseling, program-program yang dijalankan supaya pelajar dapat mengunakan perkhidmatan dan melibatkan diri dalam program tersebut. Salah satu cara pelajar dapat berjumpa dan bersemuka dengan kaunselor. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Aktiviti-Aktiviti Dilakukan Bersama Pelajar Ketika Counselling Outreach

Upload: vuphuc

Post on 06-Aug-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 Website:- https://counselling2u.uitm.edu.my

Minda 2017 Kaunseling

BIL 7 (2017)

PROGRAM COUNSELLING OUTREACH

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bersama pelajar iaitu Program Counselling Outreach sepanjang semester 1/ 2017. Program ini telah berjaya dijalankan sebanyak 8 kali bertempat di fakulti seperti Fakulti Muzik dan Fakulti Kejuruteraan Awam, kolej-kolej kediaman seperti Kolej Seroja, Kolej Mawar, Kolej Delima dan Kolej Anggerik, Pejabat Non Resident (NR) serta UiTM Kampus Sungai Buloh. Program ini berbentuk program turun padang kaunselor bertemu para pelajar. Seramai 1861 orang pelajar telah hadir dan melibatkan diri dalam kesemua aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti yang menarik perhatian para pelajar adalah pendaftaran bagi penggunaan sistem Counselling2u, Art Therapy, Counselling Puzzle dan pelbagai permainan psikologi.

Antara objektif pogram ini dijalankan adalah:

Memberi kesedaran mengenai perkhidmatan kaunseling yang boleh digunakan oleh pelajar.

Membantu menyalurkan fakta yang tepat tentang kaunseling.

Mempromosi perkhidmatan kaunseling, program-program yang dijalankan supaya pelajar dapat mengunakan perkhidmatan

dan melibatkan diri dalam program tersebut.

Salah satu cara pelajar dapat berjumpa dan bersemuka dengan kaunselor.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Aktiviti-Aktiviti Dilakukan Bersama Pelajar Ketika Counselling Outreach

KENALI KAUNSELING... Artikel: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

Susunan & Ilustrasi: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

Kaunseling adalah satu proses perhubungan profesional antara kaunselor dengan klien dan mempunyai matlamat tertentu. Proses

pertemuan ini berlaku secara berhadapan antara dua pihak iaitu kaunselor dan klien agar klien dapat mengenali serta memahami diri

dan perasaannya seterusnya dapat berubah ke arah kesejahteraan diri. Klien boleh memilih untuk menjalani sesi kaunseling secara

individu atau pun secara kaunseling kelompok. Terkini Pusat Kerjaya Dan Kaunseling (BHEP) turut menawarkan perkhidmatan

kaunseling secara maya kepada para pelajar UiTM. Ia boleh dilayari melalui https://counselling2u.uitm.edu.my.

Individu yang mendapatkan sesi kaunseling umumnya menghadapi masalah yang kebiasaannya dihadapi sehari-hari oleh individu normal.

Individu yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling memerlukan kekuatan, celik akal dan kesungguhan dalam melakukan perubahan.

Kaunselor meneroka perasaan dan pemikiran klien bagi mengenalpasti pilihan yang ada bagi membantu klien mencapai matlamat.

Kaunselor mempunyai latihan dan pengalaman untuk mendengar luahan serta menghormati perbezaan hidup dan pengalaman klien.

Kaunselor membantu mengenalpasti penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dan mencapai matlamat yang diperlukan oleh klien.

Maklumat sesi kaunseling dilindungi oleh undang-undang dan hanya didedahkan atas persetujuan klien dan dengn perintah mahkamah.

Kejayaan sesebuah sesi kaunseling memerlukan komitmen dan kerjasama yang baik antara kaunselor dan klien.

Kaunseling melibatkan hubungan unik antara kaunselor dan klien di mana kaunselor mempercayai klien mempunyai potensi diri untuk berjaya.

Kaunselor tidak mempunyai kuasa untuk membaca minda namun kaunselor mendengar dan membuat pemerhatian kepada kliennya.

Umumnya, satu sesi kaunseling individu dikendalikan dalam tempoh 45-60 minit. Sekiranya klien masih memerlukan kaunseling, kaunselor akan menyarankan sesi susulan.

Kaunselor berpegang kepada etika kerahsiaan tetapi tertakluk kepada limitasi dalam menjaga isu dan permasalahan yang dikongsi oleh klien.

Kaunselor bertindak memberi galakan dan sokongan kepada klien dalam melahirkan hubungan yang sihat dan lebih bermakna dengan individu di persekitaran.

Kaunseling menitikberatkan perubahan tingkahlaku klien dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi kerana manusia mampu mengawal tingkahlaku dan tindakan diri sendiri.

SUMBER: Northcentral Technical College Counseling Center (2008), Myths About Counseling. Diambil dari web: http://www.ntc.edu/pdf/counseling/Myths%20About%20Counseling%2008%2007.pdf pada 30 Jun 2010 Department of Counseling and Educational Development, The University of north Carlorina, Greenboro (2010). Fifteen Common Myths People Believe About Counseling. Diambil dari web:http://www.uncg.edu/ced/bbandb/index_files/Page1013.htm pada 30 Jun 2010.

MITOS TENTANG KAUNSELING

Kaunseling hanya untuk mereka yang gagal dan mempunyai masalah emosi yang serius.

Mendapatkan khidmat kaunseling lambang kelemahan.

Kaunselor akan menyelesaikan masalah anda.

Kaunselor tidak dapat memahami saya melainkan kaunselor itu mempunyai pengalaman atau latar belakang yang sama dengan saya.

“Tiada siapa yang boleh mengarahkan saya”

Sesi kaunseling akan menjadi sebahagian daripada rekod akademik saya.

“Kaunseling tidak berkesan. Saya telah mencubanya”

Seseorang yang tidak mengenali saya tidak boleh membantu saya.

Kaunselor boleh membaca minda individu lain.

Kaunseling berlanjutan dalam tempoh yang lama.

Semua akan tahu saya mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

Kaunselor mempengaruhi saya untuk menentang keluarga saya.

“DIA YANG MEMERLUKAN KAUNSELING. BUKAN SAYA!”

FAKTA TENTANG KAUNSELING