mimiey punyerr

5
Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz ialah tumbuhan tropika dan subtropika daripada famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat. Ia sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa seperti ketika musim tengkujuh, malapetaka awam ataupun semasa peperangan seperti Perang Dunia Kedua. Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan di percik dengan santan manakala di Amerika Syarikat, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara. Kegunaan ubi kayu memang pelbagai. Sehubungan itu, syarikat tempatan, Sai G Mission berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Pengarah Urusannya, Sai Ganeis berkata, produk berasaskan ubi kayu keluaran syarikatnya itu dihasilkan seiring dengan penubuhan Sai G Mission sejak dua tahun lalu. “Ia dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang. “Kami mengakui di pasaran kini terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini. Namun begitu, katanya, jika dilihat dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 60 hingga 90 hari untuk dibiodegradasi. “Berbeza dengan pinggan daripada ubi kayu kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 14 hari sahaja,” katanya. Apa yang menariknya mengenai pinggan yang dihasilkan itu ialah apabila ia boleh dimakan. “Objektifnya bukanlah untuk dimakan sebaliknya hendak ditunjukkan kepada pengguna bahawa produk itu tidak berbahaya,” katanya. Pasaran produk Sai Ganeis, pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran Sai G Mission, sebaliknya syarikat itu telah pun menghasilkan mangkuk, cawan, sudu, dan garpu daripada bahan itu.

Upload: ahmad-zulhafiz

Post on 30-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

mie

TRANSCRIPT

Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz ialah tumbuhan tropika dan subtropika daripada famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat.Ia sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa seperti ketika musim tengkujuh, malapetaka awam ataupun semasa peperangan seperti Perang Dunia Kedua.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan di percik dengan santan manakala di Amerika Syarikat, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikanperhiasan seperti mutiara.

Kegunaan ubi kayu memang pelbagai. Sehubungan itu, syarikat tempatan, Sai G Mission berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu.

Pengarah Urusannya, Sai Ganeis berkata, produk berasaskan ubi kayu keluaran syarikatnya itu dihasilkan seiring dengan penubuhan Sai G Mission sejak dua tahun lalu.

Ia dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.Kami mengakui di pasaran kini terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan, katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

Namun begitu, katanya, jika dilihat dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 60 hingga 90 hari untuk dibiodegradasi.

Berbeza dengan pinggan daripada ubi kayu kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 14 hari sahaja, katanya.

Apa yang menariknya mengenai pinggan yang dihasilkan itu ialah apabila ia boleh dimakan.

Objektifnya bukanlah untuk dimakan sebaliknya hendak ditunjukkan kepada pengguna bahawa produk itu tidak berbahaya, katanya.Pasaran produkSai Ganeis, pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran Sai G Mission, sebaliknya syarikat itu telah pun menghasilkan mangkuk, cawan, sudu, dan garpu daripada bahan itu.Kami berhasrat untuk menghasilkan bekas set makanan tengah hari dan mangkuk ais kacang menjelang tahun depan, katanya yang sedang mencuba untuk memasuki pasar raya besar seperti Giant dan Mydin bagi memasarkan produknya itu.Beliau berkata, tujuan pelbagai bekas makanan daripada ubi kayu dihasilkan adalah untuk memberi pilihan produk mesra alam kepada pengguna. Pinggan ubi kayu ialah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar.Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan, katanya yang juga merupakan pencinta alam sekitar.Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.Sai Ganeis berkata, matlamat utama menghasilkan pelbagai bekas makanan daripada ubi kayu adalah sebagai pengganti kepada penggunaan alat polistirena.Pada mulanya, penggunaan alat polistirena adalah untuk memudahkan kehidupan manusia kerana tidak perlu di cuci selepas digunakan tetapi pada akhirnya telah memudaratkan bumi kita.Ini kerana ia tidak dapat diuraikan. Penggunaannya di negara kita berada tahap membimbangkan dan perlu dikawal dengan lebih tegas, katanya.Kualiti hidupBeliau yang juga ahli dalam Persatuan Sathya Sai Baba yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan dan alam sekitar berkata, objektif utamanya adalah untuk memberi balik pada alam sekitar.Kami perlu melakukan sesuatu untuk memberi balik kepada masyarakat dan alam sekitar dengan meningkatkan fikiran mereka supaya menjaga alam sekitar, katanyaMenurutnya, pengguna harus sedar akan tanggungjawab mereka dan berusaha untuk mengurangkan penggunaan polistirena terutama sebagai bekas makanan.Jika menggunakan polistirena, ia akan pecah tetapi tidak akan terbiodegradasi sebaliknya jika menggunakan bekas makanan daripada ubi kayu, ia akan masuk ke dalam tanah dan memenuhkan ruang tanah seterusnya boleh mengelakkan tanah runtuh, katanya.

Produk ini sekiranya dibuang ia akan menjadi tanah seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan tanah.

Dalam pada itu, kata Sai Ganeis, pengguna harus menjadikan tabiat di mana membungkus makanan dengan membawa bekas makanan sendiri atau menggunakan apa sahaja bekas makanan mesra alam.

Menurutnya, dengan penggunaan bekas makanan mesra alam, ia membantu mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan.

Ini dapat dilakukan dengan cara mengurang atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia.Cara pembuangan dan pelupusan sampah juga harus dititikberatkan, katanya.

Sehubungan itu, bagi seiapa yang berminat dengan produk mesra alam keluaran Sai G Mission bolehlah menghubungi Sai Ganeis melalui e-mel di [email protected] atau laman sosial Facebook di www.facebook.com/sai.ganeisUBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara. Resume ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai. Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan, katanya. Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya.Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam, katanya.Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya, katanya.Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu.Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.