mikro phg 2010.pdf

19
Bahagian A Jawab semua soalan dalam bahagian ini. 1. Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi. Barang Y (unit) G H 0 Barang X (unit) Pergerakan dari titik G ke titik H dan sebaliknya pada keluk kemungkinan pengeluaran di atas menunjukkan masalah A kekurangan B pilihan C pengangguran D ketidakcekapan 2. Yang manakah di antara yang berikut bukan alasan bagi perlunya campur tangan kerajaan? A Kegagalan pasaran dalam menyediakan barang awam B Wujudnya ketaksamaan agihan pendapatan C Menjamin gunatenaga penuh, kestabilan tingkat harga umum dan pertumbuhan ekonomi D Campur tangan kerajaan sentiasa mendorong penggunaan sumber yang cekap 1

Upload: zulariff-hassan

Post on 04-Dec-2015

278 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: mikro phg 2010.pdf

Bahagian A

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi.

Barang Y (unit)

• G

• H

0 Barang X (unit)

Pergerakan dari titik G ke titik H dan sebaliknya pada keluk kemungkinan pengeluaran di atas menunjukkan masalah

A kekurangan

B pilihan

C pengangguran

D ketidakcekapan

2. Yang manakah di antara yang berikut bukan alasan bagi perlunya campur tangan kerajaan?

A Kegagalan pasaran dalam menyediakan barang awam

B Wujudnya ketaksamaan agihan pendapatan

C Menjamin gunatenaga penuh, kestabilan tingkat harga umum dan pertumbuhan ekonomi

D Campur tangan kerajaan sentiasa mendorong penggunaan sumber yang cekap

1

Page 2: mikro phg 2010.pdf

3. Gambar rajah di bawah menunjukkan S1 dan S2 ialah keluk penawaran.

Harga (RM)

S1 S2

0 Kuantiti (unit)

Antara yang berikut, yang manakah yang menyebabkan keluk penawaran beralih dari S1

ke S2?

A Kenaikan harga barang pengganti

B Pertambahan pendapatan pengguna

C Penarikan kembali subsidi kerajaan

D Subsidi kerajaan kepada kos pengeluaran

4. Apakah kesan ke atas harga pasaran komoditi getah apabila kadar pengurangan penawaran sama dengan kadar pengurangan permintaan terhadapnya?

A Turun

B Naik

C Tetap tidak berubah

D Mula-mulanya turun kemudian naik

2

Page 3: mikro phg 2010.pdf

5. Fungsi permintaan terhadap sesuatu barang ialah Qd= 100 + 30P dan fungsi penawaran ialah Qs= 80 + 30P di mana Qd, Qs, dan P masing-masing ialah kuantiti diminta, kuantiti ditawarkan dan harga. Kuantiti keseimbangan pasaran ialah

A 2 unit

B 10 unit

C 90 unit

D 190 unit

6. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang J ialah seperti berikut:

Qd=60 -2P

Qs=20 +2P

Apabila berlaku peningkatan teknologi, persamaan penawaran berubah menjadi

Qs= 30 +2P. Berapakah peratus perubahan harga keseimbangan pasaran barang J?

A Menurun 25%

B Meningkat 25%

C Menurun 50%

D Meningkat 50%

7. Rajah di bawah menunjukkan keluk jumlah hasil (TR) bagi suatu barang.

Jumlah Hasil (RM)

TR

• P

0 Kuantiti (unit)

3

Page 4: mikro phg 2010.pdf

Berapakah nilai keanjalan permintaan harga pada titik P?

A Sifar

B Satu

C Lebih dari satu

D Kurang dari satu

8. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan konsep penawaran yang anjal kecuali

A keluk penawaran memotong paksi harga

B keluk penawaran memotong paksi kuantiti

C nilai keanjalannya adalah lebih besar daripada satu

D peratus perubahan kuantiti lebih besar daripada peratus perubahan harga

9. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan dan kuantiti diminta.

Pendapatan (RM) Kuantiti diminta (unit)2004006008001000

1025404045

Apabila pendapatan pengguna meningkat daripada RM600 ke RM800, jenis barang dan nilai keanjalan permintaan pendapatan ialah

A barang mesti, sifar

B barang bawahan, 0.33

C barang normal, 0.42

D barang mewah, 1.2

4

Page 5: mikro phg 2010.pdf

10. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan seorang pengguna.

Harga (RM)

D

D

0 Q0 Q1 Kuantiti (unit)

Apakah kesan kepada perbelanjaan pengguna tersebut jika harga barang turun dari P0 ke P1?

A Berkurang

B Bertambah

C Tidak berubah

D Berkurang kemudian bertambah

11. Keanjalan permintaan pendapatan bagi sesuatu barang adalah nisbah di antara

A peratus perubahan kuantiti diminta dengan peratus perubahan pendapatan

B peratus perubahan kuantiti diminta dengan tingkat pendapatan asal

C perubahan pendapatan dengan peratus perubahan kuantiti yang diminta

D perubahan kuantiti diminta dengan perubahan pendapatan

5

P0

Page 6: mikro phg 2010.pdf

12. Andaikan Puan Suraya membeli 20 unit barang M dan 30 unit barang N. Jika tingkat harga barang M dan harga barang N masing-masing ialah RM4.00 dan RM10.00, berapakah utility sut unit ke 30 barang N jika utility sut unit ke 20 barang M ialah 6 util?

A 5 util

B 10 util

C 12 util

D 15 util

13. Jadual di bawah menunjukkan utility sut jus epal dan jus mangga seorang pengguna.

Kuantiti (unit) Utiliti sut jus epal (util) Utiliti sut jus mangga (util)

1

2

3

4

5

6

7

22

16

12

10

7

4

2

30

28

20

15

13

5

2

Jika harga jus epal ialah RM2.00 dan harga jus mangga ialah RM2.50 dengan jumlah perbelanjaan pengguna sebanyak RM16.00, maka pengguna akan mencapai keseimbangan jika utility sut per ringgit sama dengan

A 2

B 4

C 6

D 8

14. Jadual di bawah menunjukkan kesanggupan membayar oleh seorang pengguna pada pelbagai tingkat kuantiti barang X.

6

Page 7: mikro phg 2010.pdf

Kuantiti barang X (unit)

Harga yang dibayar oleh pengguna (RM)

1

2

3

4

5

6

15

12

10

7

5

4

Jika harga barang X di pasaran ialah RM7.00 per unit, berapakah jumlah lebihan pengguna?

A RM10

B RM11

C RM16

D RM37

15. Jadual di bawah menunjukkan keluaran purata bagi buruh dalam pengeluaran kacang tanah.

Buruh (unit)

1 2 3 4 5 6

Keluaran Purata (kg)

10 13 15 12 10 8

Pada unit buruh yang keberapakah hukum pulangan sut berkurangan mula berlaku?

A 2 unit

B 3 unit

C 4 unit

D 5 unit

7

Page 8: mikro phg 2010.pdf

16. Fungsi kos diberi sebagai C= 50 +20Q dengan C ialah jumlah kos (RM) dan Q ialah kuantiti keluaran (unit). Berapakah kos sut apabila keluaran meningkat dari 10 unit ke 15 unit?

A RM15.00

B RM20.00

C RM100.00

D RM150.00

17. Kemelesetan ekonomi yang dialami oleh Amerika Syarikat telah menimbulkan kesan ekonomi bidangan ke atas industry elektronik di Malaysia. Apakah konsep ekonomi bidangan yang berkaitan?

A Ekonomi bidangan luaran

B Ekonomi bidangan dalaman

C Disekonomi bidangan luaran

D Disekonomi bidangan dalaman

18. Keluk kos purata jangka panjang berbentuk U kerana

A kos tetap yang semakin bertambah dalam jangka panjang

B pulangan berkurangan mengikut skil dalam jangka panjang

C hukum pulangan sut yang berkurangan dalam jangka panjang

D ekonomi bidangan dalaman dan disekonomi bidangan dalaman

19. Manakah di antara pernyataan berikut benar apabila firma persaingan sempurna berada pada tingkat keseimbangan jangka panjang?

A Kos purata berada pada tingkat maksimum

B Kos purata berada pada tingkat minimum

C Hasil purata berada pada tingkat minimum

D Kos dan hasil marginal berada pada tingkat maksimum

8

Page 9: mikro phg 2010.pdf

20. Jika firma persaingan sempurna mengeluarkan output kurang daripada output memaksimumkan untung, maka

A harga lebih tinggi daripada kos purata

B kos tetap lebih tinggi daripada kos berubah

C harga lebih tinggi daripada hasil marginal

D hasil sut lebih tinggi dari kos sut

21. Jadual di bawah menunjukkan tingkat output, kos berubah dan kos tetap bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Output (kg) Kos berubah (RM) Kos tetap (RM)

10

20

30

40

50

50

70

90

130

190

50

50

50

50

50

Firma ini akan menghentikan operasinya apabila tingkat harga lebih rendah daripada

A RM 2.75

B RM 3.00

C RM 3.25

D RM 3.85

22. Pada titik keseimbangan jangka pendek, sebuah firma monopoli menghadapi keadaan

A harga lebih tinggi dari kos marginal

B harga lebih tinggi dari kos purata

C harga bersamaan dengan kos marginal

D hasil purata bersamaan dengan kos marginal

9

Page 10: mikro phg 2010.pdf

23. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos marginal (MC), keluk hasil marginal (MR) dan keluk hasil purata (AR) bagi sebuah monopoli.

Hasil,kos (RM)

MC

AC

AR

MR

0 Q1 Q2 Q3 Keluaran (unit)

Apakah kesan kepada monopoli ini apabila kerajaan menetapkan harga keluaran ketika hasil purata sama dengan kos purata?

A Monopoli menikmati untung normal dan harga keluaran diturunkan dari P1 ke P3

B Monopoli menikmati rugi dan harga keluaran dinaikkan dari P4 ke P1

C Monopoli mengalami rugi dan output dikurangkan dari Q3 ke Q1

D Monopoli mengalami kerugian kerana kos marginal melebihi hasil purata

24. Firma pasaran persaingan sempurna dan pasaran persaingan bermonopoli mempunyai ciri-ciri yang sama kecuali

A matlamat firma

B syarat keseimbangan

C kebebasan keluar dan masuk

D keanjalan keluk permintaan

10

P1

P2

P3

Page 11: mikro phg 2010.pdf

25. Yang manakah bukan syarat untuk melakukan diskriminasi harga?

A Firma adalah pemonopoli

B Barang tiada pengganti yang hampir

C Keanjalan permintaan di dua pasaran adalah berbeza

D Jangkaan kos lebih rendah daripada jangkaan untung

26. Barang yang dikeluarkan oleh pasaran persaingan bermonopoli dianggap berbeza kerana ciri-ciri berikut, kecuali

A Kualiti barang

B Adanya promosi

C Bentuk fizikal barang

D Perbezaan harga barang

27. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran.

Kuantiti buruh (unit)

Jumlah keluaran (unit)

4

5

6

7

8

9

10

14

26

36

44

50

54

54

Jika harga keluaran ialah RM2.00 per unit, dan upah buruh ialah RM8.00 per unit,maka kuantiti buruh yang memaksimumkan untung ialah

11

Page 12: mikro phg 2010.pdf

A 6 unit

B 7 unit

C 8 unit

D 9 unit

28. Jika perundingan kolektif gagal, kesatuan sekerja boleh meneruskan tuntutan kenaikan upah melalui cara berikut, kecuali

A barisan berpiket

B pemulauan

C melambatkan kerja

D pendamaian

29. Apabila penawaran factor adalah anjal, maka

A sewa adalah terdiri daripada bayaran pindahan dan sewa ekonomi

B semua sewa adalah sewa ekonomi

C semua sewa adalah bayaran pindahan

D sewa terdiri daripada sewa kuasi dan sewa ekonomi

30. Perlaksanaan dasar harga maksimum akan meyebabkan

A keuntungan firma bertambah

B harga pasaran menjadi lebih rendah daripada harga keseimbangan

C stok kerajaan bertambah

D peruntukan sumber dilakukan dengan cekap

12

Page 13: mikro phg 2010.pdf

Bahagian B [30 markah]

Jawab lima soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa selama 50 minit bagi menjawab bahagian ini.

1. Dengan menggunakan gambar rajah huraikan bagaimana kos lepas mempengaruhi bentuk keluk kemungkinan pengeluaran. [6]

2. Dengan menggunakan gambar rajah , huraikan kesan yang akan berlaku ke atas permintaan gula apabila

(a) subsidi ke atas gula dikurangkan [3]

(b) Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti gula merupakan faktor utama meyebabkan penyakit kencing manis [3]

3. (a) Terangkan maksud keseimbangan pengguna [2]

(b) Jelaskan bagaimana perubahan harga terhadap sesuatu barang akan memberi kesan terhadap keseimbangan pengguna [4]

4. Dengan menggunakan jadual berangka huraikan hukum pulangan berkurangan. [6]

5. Dengan menggunakan gambar rajah jelaskan keseimbangan firma pasaran persaingan bermonopoli apabila

(a) Hasil purata (AR) lebih besar daripada kos purata (AC) [3]

(b) Hasil purata (AR) kurang daripada kos purata (AC) [3]

6. Huraikan perbezaan antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan sempurna dari segi,

(a) Keanjalan permintaan

(b) Harga

(c) Hasil Sut [6]

13

Page 14: mikro phg 2010.pdf

7. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimanakah keanjalan penawaran faktor pengeluaran mempengaruhi sewa ekonomi? [6]

8. Kegagalan mekanisme pasaran mewujudkan kestabilan harga barang-barang utama dan pendapatan menyebabkan kerajaan campur tangan dengan melaksanakana dasar-dasar tertentu. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai huraikan

(a) Dasar harga minimum [3]

(b] dasar harga maksimum [3]

14

Page 15: mikro phg 2010.pdf

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa selama 35 minit bagi menjawab bahagian ini.

9 Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan kesan ke atas keseimbangan pasaran perkhidmatan bas ekspres akibat,

(a) Kenaikan harga diesel [5]

(b) Kempen tambang murah perkhimatan teksi tempatan [5]

10. Bincangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas berbeza daripada sistem ekonomi perancangan pusat dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. [10]

11. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan barangan berikut;

(a) Buah betik dengan buah-buahan [3]

(b) Beras dengan garam [3]

(c Perkhidmatan bas awam dan perkhidmatan pelancungan [4]

12. (a) Takrifkan kesatuan sekerja [2]

(b) Jelaskan secara ringkas bagaimana kesatuan sekerja membuat tuntutan upah yang lebih tinggi untuk ahlinya [8]

15

Page 16: mikro phg 2010.pdf

Bahagian D [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa 35 minit bagi menjawab bahagian ini.

13. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang A di pasaran seperti berikut.

QdA = 160 - 4P

QsA = 40 + 4P

Dengan QA = kuantiti barang A (unit)

P = harga barang A (RM)

(a) Hitung tingkat harga dan kuantiti keseimbangan barang A [2]

(b) Jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM2.00 bagi setiap unit,

(i) Nyatakan fungsi penawaran barang A yang baru [1]

(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru [2]

(iii) Hitung jumlah cukai yang dibayar kepada kerajaan [2]

(iv) Hitung jumlah lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai. [3]

16

Page 17: mikro phg 2010.pdf

14. Hubungan di antara kuantiti kelapa sawit yang diminta dengan harga kelapa sawit dalam pasaran Malaysia Malaysia diterangkan oleh persamaan berikut:

Q = 200 -18P

Dengan Q = kuantiti kelapa sawit yang diminta (tan)

P = harga kelapa sawit (RM per tan)

(a) Hitung kuantiti kelapa sawit yang diminta pada setiap tingkat harga daripada harga RM1.00 hingga RM6.00 [3]

(b) Hitung nilai keanjalan permintaan pada harga kelapa sawit RM4.00 [2]

(c) Apakah yang anda faham dengan nilai keanjalan permintaan yang diperolehi [2]

(d) Hitung nilai keanjalan permintaan kelapa sawit jika harga kelapa sawit naik dari RM2.00 ke RM4.00 dan sebaliknya. [3]

17

Page 18: mikro phg 2010.pdf

15. Jadual di bawah menggambarkan hubungan output, harga dan jumlah kos dalam sebuah firma di suatu pasaran tertentu.

Output (unit) Harga (RM) Jumlah kos (RM)

1

2

3

4

5

6

7

8

10

9

8

7

6

5

4

3

16

18

21

25

30

36

43

51

Dengan menggunakan semua maklumat yang di beri

(a) (i) Hitung kos sut, hasil sut dan kos purata [3]

(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk-keluk kos sut, hasil sut, kos purata dan hasil purata [5]

(b) Dalam keseimbangan, kira

(i) Kuantiti output

(ii) Harga

(iii) Jumlah hasil

(iv) Jumlah kos[2]

18

Page 19: mikro phg 2010.pdf

16. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk hasil sut dan hasil purata barang A bagi pasaran dalam dan luar negara.

Harga (RM) Harga (RM)

MC

ARB ARA+B

MRB MRA ARA MRA+B

0 4 8 Kuantiti (‘000 unit) 0 QA+B Kuantiti (‘000 unit)

Dengan MRA = hasil sut dalam negara

MRB = hasil sut luar negara

ARA = hasil purata dalam negara

ARB = hasil purata luar negara

MC = kos sut

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan diskriminasi harga? [2]

(b) Jika di beri kos sut firma monopoli RM5.00 nyatakan

(i) Harga dan kuantiti yang dijual di dalam negara [2]

(ii) Harga dan kuantiti yang dijual di luar negara [2]

(c) Berikan empat syarat yang membolehkan diskriminasi harga dilaksanakan.

[4]

19

8

7