mi amour!

6
Mi Amour (Aku Cinta Padamu) Boleh tak saya jadi girlfriend awak?” Zoey tersentak, lantas merenung tepat ke arah wajah ceria di hadapannya. Gadis berpenampilan sederhana dengan ketinggian kira- kira 150cm itu sedang tersenyum lebar sambil membalas renungannya. Rambut hitam berkilat separas pinggang yang dimiliki amat kontra dengan sikap berani gadis tersebut. “Hallo? Awak dengar tak ni?” Sekali lagi lamunan Zoey melayang dek sapaan gadis tersebut. “Awak pasti ke dengan keputusan tu?” Mendatar sahaja suara Zoey. “Saya yakin. Pasti!” “Hyep!” Trish menyapa Zoey yang sedang termenung sendirian di kantin sekolah. Zoey agak tersentak dengan tindakan spontan Trish itu. “Err.. Hye Trish..” “Erm.. Boleh temankan saya membeli barang tak petang ni?” Trish bertanya sambil tersenyum-senyum. Zoey terdiam sejenak, memerhati senyuman lebar Trish. Satu bulan menjadi teman lelaki gadis itu, membuatkan dia cukup mengenali sikap Trish. Gadis itu seorang yang periang dan mudah bergaul dengan siapa sahaja. Seingatnya, dia tidak pernah sekali pun melihat Trish bersedih atau menangis. Sepertinya dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah.

Upload: necore

Post on 12-Apr-2016

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

i love you more than you know

TRANSCRIPT

Page 1: Mi Amour!

Mi Amour (Aku Cinta Padamu) “Boleh tak saya jadi girlfriend awak?”

Zoey tersentak, lantas merenung tepat ke arah wajah ceria di hadapannya. Gadis berpenampilan sederhana dengan ketinggian kira-kira 150cm itu sedang tersenyum lebar sambil membalas renungannya. Rambut hitam berkilat separas pinggang yang dimiliki amat kontra dengan sikap berani gadis tersebut.

“Hallo? Awak dengar tak ni?”

Sekali lagi lamunan Zoey melayang dek sapaan gadis tersebut.

“Awak pasti ke dengan keputusan tu?” Mendatar sahaja suara Zoey.

“Saya yakin. Pasti!”

“Hyep!”

Trish menyapa Zoey yang sedang termenung sendirian di kantin sekolah. Zoey agak tersentak dengan tindakan spontan Trish itu.

“Err.. Hye Trish..”

“Erm.. Boleh temankan saya membeli barang tak petang ni?” Trish bertanya sambil tersenyum-senyum.

Zoey terdiam sejenak, memerhati senyuman lebar Trish. Satu bulan menjadi teman lelaki gadis itu, membuatkan dia cukup mengenali sikap Trish. Gadis itu seorang yang periang dan mudah bergaul dengan siapa sahaja. Seingatnya, dia tidak pernah sekali pun melihat Trish bersedih atau menangis. Sepertinya dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah.

“Hye Zoey.. awak buat apa tu? Jom balik.” Belum sempat Zoey memberikan jawapannya, sekumpulan pelajar perempuan menyapanya.

“Maaf Trish..”

Trish terkedu. Dia hanya melihat dan mengiringi langkah Zoey yang mengekori kumpulan pelajar perempuan tersebut dengan sorotan mata yang redup. Trish menghela nafas, berat.

“Kenapa?”

Page 2: Mi Amour!

Dia bermonolog. Perasaannya bercampur-baur, bingung, sedih, marah dan kecewa. Banyak persoalan yang berlegar di kotak fikirannya saat ini. Dia sendiri tidak tahu bagaimana, dimana dan siapa yang dapat meleraikan kekusutan itu.

Hari ini merupakan hari yang di tunggu-tunggu oleh pelajar tingkatan enam atas SMK.Matsalle. Suasana blok tingkatan enam yang selalunya sunyi kini bertukar riuh, maklumlah keputusan peperiksaan penggal satu akan diumumkan sebentar lagi. Semua pelajar tingkatan enam sibuk memperkatakan hal tersebut. Masing-masing tidak sabar untuk melihat hasil usaha masing-masing dalam menduduki peperiksaan itu. Pendek kata, debaran di hati tidak akan hilang selagi keputusan tersebut tidak di ketahui.

Akhirnya saat yang di tunggu tiba juga. Para pelajar tingkatan enam diberitahu oleh guru kelas masing-masing mengenai keputusan tersebut. Terdapat pelbagai reaksi pelajar yang dapat dilihat ketika itu. Ada yang tersenyum-senyum, ada yang terdiam tanpa sebarang reaksi, tidak kurang pula pelajar yang menangis.

“Trish. Tahniah! Awak mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan penggal satu.”

Trish hanya mengangguk sambil menyambut salam daripada rakan karibnya Ceilla. Dia sebenarnya tidak menyangka akan mendapat keputusan sebaik itu, 2A dan 2B+, tidaklah cemerlang sangat namun boleh dibanggakan. Apa-apa pun, dia bersyukur dengan keputusan tersebut. Dia juga tahu, masih terlalu awal untuk bergembira dengan keputusan itu, masih berbaki dua penggal yang perlu dia hadapi.

“Haha..”

Monolog Trish terganggu dengan suara tawa di luar kelas. Dia segera menjenguk melalui tingkap kelasnya itu. Trish terpegun melihat Zoey yang sedang bergurau dan tertawa dengan rakan-rakannya.

Trish mengeluh. Seingatnya, tidak pernah sekali pun Zoey bergelak ketawa apabila bersamanya. Zoey lebih suka membisu apabila mereka bersama. Silapkah tafsirannya selama ini? Salahkah langkahnya mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan yang terpendam di hatinya yang paling dalam? Terpaksakah Zoey menerimanya sebagai kekasih? Arrgh! Dia benar-benar bingung.

“Halo Trish, mengelamun nampak?”

Page 3: Mi Amour!

Trish menoleh ke arah empunya suara yang menegurnya. “ Owh, Ceilla… tak lah, manada aku mengelamun. Saja je melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.”

“Cewah! Berpujangga la pula. Eh, macamlah aku tak tahu. Kau tengok buah hati pengarang jantung kau tu kan? Kan?”

Trish menggeleng, “Ada-ada je lah kau ni.”

“Eh, mengaku ajelah. Tak luak apa pun. Eh, by the way, apa perancangan kau mengenai Hari Kasih Sayang a.k.a Valentine’s Day tahun ni? Nak raikan bersama Mr.Right kau tu ke?”

Trish mengangkat kening sambil menjungkit bahu. Sesungguhnya dia tidak ada perancangan langsung berkenaan hari tersebut. Apatah lagi dengan sikap Zoey yang sering mengelak darinya. Bagaimana hendak bincang?

“Eh, takkan tak ada perancangan? Tiga hari je lagi.” Ceilla agak terperanjat.

“Entah lah, Ceilla. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku celebrate dengan keluarga je.” Trish memberikan alasan.

Ceilla terdiam, mengaru kepalanya yang tidak gatal.

-Valentine’s Day-

Trish menyusuri laluan pejalan kaki di Clover Town yang agak hingar-bingar itu. Dia tidak mempunyai sebarang perancangan pada hari itu. Sebentar tadi, dia cuba menghubungi Zoey, sekadar untuk bertanyakan khabar, namun yang kedengaran hanya suara operator yang memintanya untuk meninggalkan pesanan suara. Dua hari yang lalu dia menemui Zoey untuk berbincang mengenai Valentine’s Day, namun Zoey tidak dapat meluangkan masa untuknya. Menurutnya, ada perkara yang perlu diselesaikannya pada hari ini.

Trish melihat sekelilingnya. Walaupun Clover Town tidak seindah tempat yang dilitupi salji putih, namun hujan yang renyai-renyai menyebabkan tempatitu kelihatan indah dengan wap air yang terhasil daripada hujan perolakan di kawasan itu. Apatah lagi, bunga Mawar yang di tanam di tepi-tepi jalan mula mekar, cantik sekali!

Jam menunjukkan 06.00 petang, hujan semakin lebat, namun Trish masih belum berniat untuk pulang. Tiba-tiba langkahnya terhenti di hadapan sebuah gerai makanan Jepun. Matanya terpaku pada sesusuk tubuh yang berada di celah-celah sekumpulan remaja di gerai tersebut.

Page 4: Mi Amour!

Trish mengigit bibirnya, rasa tertipu! Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke arah kumpulan remaja tersebut. Payung di tangannya terlepas. Dengan keadannya yang agak kuyup, di berdiri betul-betul di hadapan Zoey yang agak tersentak melihat kehadirannya.

“Penipu.. Awak tipu saya!!!”

Tanpa menunggu respon daripada Zoey, di berlari keluar dari gerai tersebut. Dia berlari tanpa tahu ke mana arah untuk di tuju. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila lengannya disentap dari belakang. Dia menoleh, Zoey menggengam erat pergelangan tangannya.

“Tolong.. tolong tinggalkan saya.” Dia merayu.

“Tidak..”

“Hentikan! Siapa saya dalam hidup awak? Awak memang tak ada sedikit pun perasaan dekat saya kan? Awak sebenarnya anggap saya apa? Si Penyibuk? Ya, saya selalu menyibuk nak ambil tahu pasal awak. Perempuan tak tahu malu? Ya, saya memang perempuan tak tahu malu.. Tak.. sebenarnya saya benar-benar suka kat awak, disebabkan hal itu, saya tebalkan muka luahkan perasaan kat awak. Saya dah buat yang terbaik.. awak tak pedulikan saya, tak apa.. awak layan saya acuh tak acuh, saya buat tidak kisah.. tapi, saya tak tahan lagi.. awak tipu saya.. Jadi, tolong tinggalkan saya..” Air mata yang cuba di tahan mengalir jua akhirnya.

“Tidak! Dengar Trish.. Saya anggap awak adalah yang terbaik. Saya takkan temui perempuan seperti awak. Saya bukannya sengaja nak mengelak daripada awak. Tapi bila saya bersama awak, saya gementar. Saya nak bersama awak, bercakap dengan awak, nak jaga awak.. tapi saya takut, sikap saya akan buat awak membenci saya. Lagi pun, awak pelajar pintar, saya takut, kehadiran saya akan membawa impak negatif kepada pembelajaran awak.”

“ Zoey Jasper! Awak tak bawa kesan macam tu lah.. jangan buat andaian sendiri boleh tak?”

“Maafkan saya, Trish Bvella. Mi amour.”

Trish mengerutkan dahinya, “Mi amour? Apa tu?”

“ Bahasa Itali, yang bermaksud saya cintakan awak.”

Trish mendongak, melihat ke arah anak mata Zoey, cuba mencari keikhlasan di sebalik mata coklat cair itu. Akhirnya dia memeluk lelaki itu. Dia menangis, terharu.

“ Terima kasih, Zoey.”

Zoey membalas pelukannya. Hujan semakin lebat, menyaksikan kisah cinta kedua remaja yang semakin mekar bak bunga mawar di tepi jalanan. Adakah cinta mereka akan mekar dan

Page 5: Mi Amour!

kemudiannya layu seperti mawar itu? Ataukah cinta mereka akan terus mekar disirami kasih sayang yang tulus ikhlas dari hati masing-masing? Hanya mereka yang tahu.

-Tamat-