metod_2_3

41
SKKP3043 METODOLOGI PENYELIDIKAN PM DR FARIDAH IBRAHIM LECTURE 2 and 3 (MENGENAL PASTI PERMASALAH KAJIAN)

Upload: iyoda

Post on 07-Jun-2015

2.176 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: metod_2_3

SKKP3043 METODOLOGI PENYELIDIKAN

PM DR FARIDAH IBRAHIM

LECTURE 2 and 3

(MENGENAL PASTI PERMASALAH KAJIAN)

Page 2: metod_2_3

MODEL PROSES PENYELIDIKAN

Metafora: Detektif (mencari dan mengesan maklumat yang memenuhi keperluan penyelidik)Mencari maklumat yang wujud tetapi tak diketahui oleh penyelidik (library research)Mencari jawapan kepada sesuatu yang tak diketahui dan tidak boleh diperolehi (memerlukan kajian empirikal)

Page 3: metod_2_3

DUA MODEL PROSES PENYELIDIKANPROSES PENYELIDIKAN DEDUKTIF (UMUM KEPADA SPESIFIK)

CIRI Bermula dengan permasalahan kajianBerdasarkan teori, bukti-bukti dicariPembentukan persoalan kajian ATAU HipotesisMereka bentuk metod /kaedah dan prosedur Pengumpulan data dan InterpretasiMenjawab soalan dan mencari jawapan kepada soalan baru (sifat HEURISTIC – jawapan kepada satu soalan membawa kepada pencarian jawapan kepada soalan lain)

Page 4: metod_2_3

MODEL PROSES PENYELIDIKAN

PROSES PENYELIDIKAN INDUKTIF (SPESIFIK KEPADA UMUM)CIRIBermula dengan pemerhatian ( konsep yang kabur dan topik yang spesifik) – permasalahan kajianMelalui pemerhatian lanjutan/ pengumpulan data – memperbaiki konsep; generalisasi /itlak empirikal; kenalpasti hubunganBina teori dari akar umbi (grounded theory)Memahami fenomena dan mencari jawapan kepada soalan baru

Page 5: metod_2_3

PEMILIHAN MASALAH

Berdasarkan proses penilaian saintifikIdea daripada pengalamanIdea daripada media massaIdea daripada kajian awalIdea daripada abstrak penyelidikanIdea daripada penerbitan jurnal; majalah; penrbitan berkala dan dagang

Page 6: metod_2_3

JURNAL

Antarabangsa dan tempatanJournalism and Mass Communication QuarterlyJournal of AdvertisingJournal of Broadcasting and Electronic mediaPublic Relation ReviewAdministrative Science Quarterly (ASQ)Journal of Development CommunicationCommunication EducationCommunication MonographsJurnal Komunikasi

Page 7: metod_2_3

ABSTRAK

Communication AbstractPscychological AbstractSociological AbstractDissertation Abstract

Page 8: metod_2_3

Penerbitan Dagang

BroadcastingAdvertising AgeMedia DecisionsEditor & PublisherMedia & Marketing Management

Page 9: metod_2_3

Majalah dan terbitan berkala

TimeNewsweekFar Eastern Economic ReviewQuillMajalah Popular dalam dan luar negara

Page 10: metod_2_3

Memilih Permasalahan Kajian

Pilih bidang yang diminatiBidang mesti signifikan dan bersifat ‘new knowledge’Mudah dikendali dan dalam bidang kemahiran penyelidikKebolehdapati danaTempoh masa mencukupiData mudah diperolehi

Page 11: metod_2_3

Menilai topik/permasalahan kajian

1. Apakah soalan jelas?2. Apakah orang lain setuju dengan kejelasan permasalahan itu?3. Apakah anda mengemukakan satu soalan? Dan bukan dua, tiga atau empat?4. Apakah orientasi komunikasi dalam permasalahan itu” Contohnya, amalan komunikasi, dasar, prosedur, kesan5. Apakah masalah boleh dikaji?

Page 12: metod_2_3

Menilai topik/permasalahan – (sambungan)

6. Apakah soalan diungkap dengan cara yang tidak bias?7. Apakah fenomena komunikasi boleh diukur? (kemampuan penyelidik; kesahan/validity; kebolehpercayaan/reliability)8. Apakah kajianboleh dijalankan dalam tempoh waktu dan tenaga yang ada?9. Siapakah yang akan berminat dengan dapatan kajian? (kesignifikanan; sumbangan)

Page 13: metod_2_3

TUJUAN KAJIAN

Penyataan matlamat kajian secara keseluruhan dan berbentuk pernyataan falsafahContoh:Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pendedahan kepada televisyen dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar.

Page 14: metod_2_3

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif merupakan panduan dan cara bagaimana penyelidik akan menyelesaikan masalah yang dikemukakan dalam permasalahan kajian.Objektif mesti spesifik dan boleh dicapai.Objektif perlu disenaraikan dengan jelas dan mengikut prioriti atau kepentingan.

Page 15: metod_2_3

Contoh objektif

Berdasarkan permasalahan kajian dan tinjauan susastera, maka objektif kajianini adalah untuk:Mengenal pasti sejauh mana televisyen berperanan dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar.Mengenal pasti sama ada pendedahan kepada program televisyen secara kerap dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Page 16: metod_2_3

TINJAUAN SUSASTERA

Jangan mulakan kajian sebelum melakukan tinjauan susastera

1. Berapa banyak yang telah ditulis mengenai topik yang dipilih?

2. Apakah bahan itu terbitan terbaru atau lama?

3. Apakah terdapat perjumpaan terbaru atau kritikan terbaru yang menukar interpretasi kepada topik?

4. Siapa terlibat paling banyak dalam topik itu?

Page 17: metod_2_3

TINJAUAN SUSASTERA – (BERSAMBUNG)

5. Di mana kajian itu diterbitkan?

6. Aspek mana yang paling banyak dikaji?

7. Persoalan-persoalan yang telah dijawab melalui penyelidikan.

9. Apa yang belum dikaji?

10. Apakah kaedah yang digunakan?

11. Apakah penemuan penting yang diperolehi?

12. Apakah cadangan yang dikemukakan?

Page 18: metod_2_3

SKKP3043 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Prof. Madya Dr. Faridah IbrahimLecture 3PENGKONSEPAN DAN TEORI PENYELIDIKAN

Page 19: metod_2_3

TEORI

Theory is a “set of interrelated propositions that present a systematic view of phenomena with the purpose of explaining and predicting the phenomena (Lustig, 1986, p. 451)Teori adalah kenyataan benar tentang realitiTeori saintifik and empirikal adalah kenyataan realiti yang boleh diperhatikan

Page 20: metod_2_3

Kenapa teori penting?

Tak semua boleh dikaji. Teori bantu penyelidik untuk fokus ; contoh: pola komunikasi; fungsi; tema; proses (Brooks 1970)Teori menyepadukan data/integrate data – bagi menjawab “Apa?” “Mengapa?” “Bagaimana?” dan “What if ?”Teori menerangkan dan meramalkanTeori memperjelaskan Teori mengkelaskan kejadian

Page 21: metod_2_3

Kenapa teori penting (bersambung)

Hoover dan Donovan (1995) kenal pasti 4 sebab:Teori menyediakan pola untuk mentakrif dataTeori menghubungkan satu kajian dengan yang lainMenyediakan rangka rujuk untuk fahami kepentingan konsep dan isuMembantu takrif makna daripada konteks yang lebih luas.

Page 22: metod_2_3

HUBUNGAN TEORI DENGAN PENYELIDIK

Membantu mencari fakta yang relevan

Membantu mengenal pasti fakta yang perlu diperhatikan

Mengenal pasti fakta yang boleh dijangkakan

Page 23: metod_2_3

PROSES MEMBINA TEORI

ENAM TAHAPTahap 1 : Kenal pasti “apa” – sesuatu yang perlu difahamiTahap 2: Menjawab kepada “Kenapa/mengapa”- membentuk penjelasanTahap 3: Menjawab kepada “Kenapa/mengapa” tetapi lebih meluas (daripada informal kepada formal)

Page 24: metod_2_3

PROSES MEMBINA TEORI (bersambung)

Tahap 4: Menjawab kepada “what else/ apa lagi” – apa lagi yang boleh diperhatikan dan diperjelaskanTahap 5: Pilih fokus dan uji teori (2 cara: bersandarkan KAJIAN AWAL dan berdasarkan ujian ke atas RAMALAN/ANDAIAN)Tahap 6: Takrifan data membawa kepada pengesahan teori/pengembangan/pembaikan/penitlakan/penolakan.

(Perhatian: Teori boleh berubah mengikut masa – contoh: teknologi dan komunikasi )

Page 25: metod_2_3

Contoh-contoh teori dalam komunikasi

Teori Media MassaTeori Komunikasi ManusiaTeori Antara BudayaTeori Teknologi MaklumatTeori PolitikTeori/Model PeriklananTeori/Model Perhubungan Awam

Page 26: metod_2_3

Apakah dia konsep?

DefinisiKonsep ialah alat asas dalam membina teori dan kajianKonsep ialah satu idea tentang fenomena sosial daripada teori yang diungkapkan dalam bentuk simbol atau perkataanJika sains tulen – simbol ( formula l x b) Jika sains sosial – perkataan ( cth: suka; percaya - kadangkala terlalu abstrak)Herbert Blumer menyebut konsep sebagai “fashioners of perception”

Page 27: metod_2_3

Kategori konsep

Terbahagi kepada DUA bahagian

A. Simbol (perkataan atau istilah)B. Definisi

PEMBINAAN melalui pemecahan kepada subkonsep atau penggabungan konsep

Page 28: metod_2_3

KEPENTINGAN KONSEP

Memudahkan komunikasi di antara pakar dalam bidang yang samaMenyusun kaedah pemerhatianMemudahkan pencarian pola tertentu

Page 29: metod_2_3

BENTUK-BENTUK KONSEPDUA BENTUK

A. Pemboleh ubah/Angkubah (VARIABLES) – Konsep yang mempunyai nilai yang boleh diukur dengan angka(DEFINISI MUDAH: KONSEP YANG BERUBAH-UBAH)

B. Konsep bukan angkubah yang menggambarkan sesuatu idea abstrak(DEFINI MUDAH: KONSEP YANG MENDOKONG SESUATU IDEA ABSTRAK)

Page 30: metod_2_3

KONSTRUK

Definisi teoretikal ‘konsep’ dipanggil KONSTRUK

KONSEP menjadi KONSTRUK jika dihubungkaitkan dengan lain-lain konsep (contoh: TV, Keganasan, kanak-kanak)

Dalam penyelidikan, KONSTRUK perlu diukur (dipanggil: Takrif kendalian – contoh: KANAK-KANAK yang dikaji ialah kanak-kanak tadika dan prasekolah; KEGANASAN yang dikaji ialah keganasan dalam program kartun, program drama dan permainan video)

Page 31: metod_2_3

TAKRIFAN KONSEP

Pemberian makna kepada sesuatu konsep

Selalunya menggunakan kamus

Contoh: Kamus Dewan mendefinisikan istilah “keganasan” sebagai luahan perasaan dalam bentuk kekuatan fizikal atas diri sendiri ataupun orang lain yang memaksa tindakan yang bertentangan dengan kehendak diri sendiri.

Page 32: metod_2_3

Takrif Kendalian

Maksud: Menjelaskan prosedur atau teknik yang perlu dipatuhi untuk mengukur sesuatu konsep. Juga bermaksud ujian atau instrumen untuk mengukur secara pengoperasian.

Contoh: “Penontonan TV” boleh ditakrifkendali dengan menggunakan skala lima markat (ranking) – amat kerap, kerap, tidak kerap, amat tidak kerap, tidak menonton langsung.

Page 33: metod_2_3

PEMBOLEH UBAHPemboleh ubah ialah fenomena atau peristiwa yang boleh diukur atau dimanipulasi dan diguna untuk mengembangkan konstruk.

TIGA Jenis pemboleh ubah:

Pemboleh ubah bebas (independent variable –IV )

Pemboleh ubah terikat (dependent variable – DV)

Pemboleh ubah kawalan (intervening variable – ITV)

Page 34: metod_2_3

PENJELASAN PEMBOLEH UBAHPemboleh ubah bebas – dipelbagaikan secara sistematik oleh penyelidik (contoh: demografik profil)

Pemboleh ubah terikat – yang diperhatikan atau ingin dijelaskan.

Pemboleh ubah mencelah – faktor yang berkemungkinan mempengaruhi hasil kajian

Page 35: metod_2_3

CONTOH KERANGKA KONSEPTUAL

IV ITV DV

Faktor peribadi

Faktor komunikasi

Faktor interpersonal

Keterlibat-an

Kerja/Job

Commitment

Page 36: metod_2_3

HIPOTESIS/PERSOALAN KAJIANHipotesis ialah pernyataan yang boleh diuji; yakni pengujian hubungan/perbezaan antara dua atau lebih angkubah/pemboleh ubah

- kenyataan mengenai hubungan dua angkubah

- membawa implikasi jelas mengenai pengujian angkubah

Page 37: metod_2_3

2 jenis hipotesis

Non-directional/ Null hypotesisContoh:Tidak terdapat hubungan signifikan antara pelajar yang kerap menonton televisyen dengan pelajar yang jarang menonton televisyen dari segi prestasi akademik.

Directional/Research HypotesisContoh:Pelajar yang kerap menonton televisyen akan memperolehi prestasi akademik yang lebih tinggi berbanding pelajar yang jarang menonton televisyen.

Page 38: metod_2_3

Ciri hipotesis yang baik

Kejelasan konseptualMempunyai kesesuaian empirikal/boleh diujiMesti spesifikBerkaitan dengan teoriBerdekatan dengan angkubah yang dikajiMudah dan ringkas

Page 39: metod_2_3

PERSOALAN KAJIANPersoalan kajian ialah persoalan formal yang dikemukakan bagi menunjukkan hubungan antara angkubah yang dijangkakan. (untuk bidang baru dan kajian penerokaan)Contoh:Apakah pendedahan kepada mesej televisyen secara kerap membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar?

Apakah pola pembacaan remaja bandar dan desa?

Mengapakah kanak-kanak gemar menonton program kartun?

Mengapakah pelajar wanita lebih ramai daripada lelaki di universiti?

Page 40: metod_2_3

Soalan kajian dan hipotesis

SoalanApakah pendedahan kepada televisyen meningkatkan prestasi akademik pelajar? Does television lead to distortion of reality for children?

HipotesisPendedahan televisyen secara kerap tingkatkan prestasi pelajar.A child’s distortion of reality is directly related to the amount and type of television programs the child views.

Page 41: metod_2_3

SOALAN LATIHAN

KENALPASTI ISU SEMASA YANG HANGAT DIBINCANGKAN ATAU SEDANG MENJADI CABARAN BAGI NEGARA.; KEMUDIAN TULISKAN SEBUAH TAJUK TESISKENAL PASTI EMPAT PERSOALAN KAJIAN BERKENAAN ISU YANG HENDAK DIKAJI. (JIKA BERKAITAN DENGAN KAJIAN)KENAL PASTI EMPAT HIPOTESIS KAJIAN YANG HENDAK DIKAJI (JIKA BERKAITAN DENGAN KAJIAN)