metabolisma

29
METABOLISMA Oleh : SITI NIRWANAH BINTI DARASIN PISMP BM (SJKT) AMBILAN JANUARI 2012

Upload: iman-aiman-aman-shah

Post on 02-Aug-2015

390 views

Category:

Health & Medicine


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Metabolisma

METABOLISMA Oleh :

SITI NIRWANAH BINTI DARASINPISMP BM (SJKT)

AMBILAN JANUARI 2012

Page 2: Metabolisma

Pengenalan

• Metabolisma adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di dalam badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan.

• Semua makhluk yang hidup akan mengalami proses metabolisma.

• Kadar metabolisma akan bertambah secara berlipat ganda apabila seseorang melakukan pekerjaan seperti pergerakan atau penghadaman makanan. Sebaliknya semasa kita berehat, kadar metabolisma akan berkurangan

Page 3: Metabolisma

Konsep dan Definisi

• Metabolisma adalah istilah untuk menunjukkan perubahan-perubahan kimia yang berlaku di dalam tubuh untuk memenuhi pelbagai fungsi pentingnya.

• Satu proses pengeluaran tenaga oleh badan manusia..

• Ia juga untuk menggalakkan organ-organ penting dalam tubuh untuk bekerja.

• Di dalam proses metabolisma terdapat dua perubahan yang berlaku iaitu pembinaan (anabolisma) dan pengungkaian (katabolisma).

Page 4: Metabolisma

Pembinaan (anabolisma)

• Proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan. Pembinaan ini boleh berlaku daripada asid amino yang diperolehi daripada protein, atau daripada lemak. Hasil daripada pembinaan asid amino dan lemak adalah asid lemak atau gliserol.

• Kadar anabolisma yang tinggi berlaku semasa pertumbuhan dan semasa penyembuhan daripada penyakit.

Page 5: Metabolisma

Pengungkaian (katabolisma)• Adalah proses untuk mengungkaikan lemak

atau glukos kepada karbon dioksida danair. Tujuannya adalah untuk membebaskan tenaga bagi melakukan kerja. Kadar katabolisma yang tinggi berlaku semasa seorang dijangkiti penyakit dan semasawaktu mati akibat kelaparan.

• Kita mendapat tenaga untuk tubuh badan melalui bahan makanan yang kita makan. Tiga jenis zat makanan yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat, protein dan lemak.

Page 6: Metabolisma

KETERKAITAN ANTARA ANABOLISMEDAN KATABOLISME

Page 7: Metabolisma

• Tenaga daripada tiga jenis zat makanan di atas adalah untuk:

* Menetapkan suhu badan,* Menggalakkan kecergasan tugas

organ penting seperti bernafas, pengaliran darah dan penguncupan jantung

* Menjalankan gerakan kerja seharian.

Page 8: Metabolisma

• Istilah kadar metabolisma basal (BMR) diguna untuk menunjukkan jumlah keseluruhan aktiviti metabolisma. Kadar metabolisma ini diambil sewaktu badan dalam keadaan rehat dari segi fizikal dan mental. Kerana pada waktu ini, tisu bekerja pada tahap yang paling minimum dan menyebabkan kadar oksigen yang diperlukan adalah sedikit.

Page 9: Metabolisma

• Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang. Faktor-faktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan, jenis pakaian dan jenis pekerjaan. Namun, kadar metabolisma bergantung kepada aktiviti yang dilakukan oleh individu. 

• Kadar metabolisma individu yang berkerja manual seperti berkebun adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan individu yang  bekerja d ipejabat yang banyak duduk.

Page 10: Metabolisma

• Kadar metabolisma pada penyakit juga berbeza dan dipengaruhi oleh beberapa kelainan pada kelanjer tiroid.

• Keadaan hipertiroidisma akan meningkatkan kadar metabolisma kerana kelenjar tiroid melakukan kegiatan yang berlebihan. Manakala, penyakit yang aktiviti kelenjar tiroidnya kurang seperti kretinisma dan miksedema akan menurunkan kadar metabolisma.

Page 11: Metabolisma

• Kadar metabolisma disukat dengan mengira jumlah haba yang dihasilkan di dalam badan.

• Seseorang mestilah benar-benar berehat tanpa memakan apa-apa bagi tempoh 12 jam pada suhu udara biasa.

• Jika keputusannya adalah +10, ia membawa erti bahawa itu adalah 10% melebihi kadar biasa. Jika keputusannya -10 ia membawa erti bahawa ia adalah 10% kurang daripada kadar biasa.

• Kadar yang tinggi biasanya berlaku pada lelaki muda dan mempunyai permukaan badan yang luas. Faktor ini menyebabkan kehilangan haba dengan lebih banyak.

Page 12: Metabolisma

• Oleh itu, manusia perlu makan untuk menggantikan haba yang hilang. Kita juga perlu makan untuk mengekalkan penghasilan tenaga semasa penghasilan haba berlaku. Jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh zat makanan dalam nilai kalori adalah:

* Protein= 17kJ (4.1kcal) setiap gram* Lemak= 38kJ (9.3kcal) setiap gram* Karbohidrat = 17kJ (4.1kcal) setiap

gram

Page 13: Metabolisma

Manusia memerlukan kalori untuk:* Mencegah kehilangan berat

badan* Mengekalkan suhu tubuh* Membekalkan tenaga bagi

aktiviti semua sel, tisu, kelenjar dan organ.

Page 14: Metabolisma

• Hasil pencernaan dan penyerapan jenis gula dan kanji dalam darah adalah glukosa .

• kadar gula darah yang normal ialah 100mg glukosa setiap ml darah.

• Glukosa dapat segera berbaur dalam cecair tisu dan ke dalam sel dan kepekatan glukosa yang sama terdapat dalam cecair tubuh.

• Glukosa disimpan dalam hati dan otot-otot tulang sebagai glikogen.

• Proses ini menghendaki kegiatan insulin. • Glikogen dalam otot digunakan sewaktu

aktiviti otot dan diisi kembali dengan glukosa gula darah menurut keperluan.

Metabolisma Karbohidrat

Page 15: Metabolisma

• Karbohidrat yang berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas dengan enzim dalam air liur. Gula dan kanji akan dicernakan menjadi glukosa dan diserapkan ke dalam darah.

• Glukosa yang dibawa oleh darah akan disimpan di dalam hati dan otot tulang dan dipanggil sebagai glikogen. Pada peringkat ini, aktiviti insulin adalah diperlukan. Semasa aktiviti otot berlaku, glikogen akan digunakan. Glikogen yang telah digunakan akan digantikan kembali dengan glukosa gula darah mengikut keperluan tubuh badan.

Page 16: Metabolisma

• Semasa kita sakit pula, badan memerlukan kalori yang banyak. Karbohidrat merupakan bahan makanan yang senang dicernakan dan diasimilasikan. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak makanan berkarbohidrat berbanding makanan berprotein dan lemak.

• Proses pencernaan adalah proses yang menukarkan bahan makanan kepada bentuk kimia yang boleh diserap oleh sel-sel dalam badan. Semasa pencernaan, ptialin bertugas untuk mengubah kanji masak menjadi maltosa. Enzim di dalam usus iaitu invertasi, maltase dan laktase bertugas menghasilkan pemecahan akhir pada maltosa menjadi pelbagai monosakarida. Monosakarida yang terhasil adalah laevulosa, glukosa dan galaktosa.

Page 17: Metabolisma

• Semasa penyerapan, monosakarida akan diserap ke dalam darah. Kawalan insulindan aktiviti hati pada saat ini adalah berfungsi untuk mengekalkan peratus guladarah. Haba dan tenaga dibekalkan hasil daripada pengoksidaan karbohidrat dalamtisu. Selebihnya disimpan sebagai lemak dan menjadi penambah berat badan.

• Hasil muktamad metabolisma karbohidrat adalah dalam bentuk karbon dioksida danair. Air disingkirkan melalui sistem perkumuhan iaitu sebagai air kencing (sistem urinari) dan peluh (kulit). Manakala, karbon dioksida dikeluarkan dari sistem tubuh melalui paru-paru.

Page 18: Metabolisma

• Berikut adalah keperluan kalori bagi individu yang menjalankan aktiviti, umur dan jantina yang berbeza.

Page 19: Metabolisma

Metabolisma Lipid (Lemak)

• Lemak disimpan di dalam tisu adiposa sehinggalah ia diperlukan oleh tubuh badan. Ia akan dikeluarkan apabila diperlukan dan berubah menjadi gliserol dan asid lemak semasa simpanan dalam hati. Lemak diubah menjadi gliserol dan asid lemak kerana ia adalah bentuk yang paling mudah dapat digunakan oleh tubuh badan.

Page 20: Metabolisma

• Untuk menghasilkan haba dan tenaga dalam tisu, lemak digunakan sebagai bahan api dalam proses pembakaran. Ia akan terbakar seluruhnya menjadi karbon dioksidadan air jika terdapat jumlah gula yang mencukupi. Tetapi jika jumlah gula yang adahanya sedikit atau tiada langsung, pembakaran menjadi tidak lengkap. Hasil daripada pembakaran yang tidak lengkap ini adalah bahan keton. Jika zat ketonyang dihasilkan terlalu banyak maka, ketosis akan berlaku.

• Selalunya ketosis berlaku kepada individu yang sedang dalam keadaan kelaparan dimana tubuh tidak mempunyai sesuatu untuk digunakan kecuali lemak dalam tisuadiposa. Ia juga berlaku pada pesakit diabetes dan pengamal diet yang mengambilterlalu banyak lemak tetapi kurang karbohidrat.

Page 21: Metabolisma

•  Dalam proses pencernaan, terdapat sedikit hidrolisis lemak yang  dihasilkan oleh lipase gastrik. 

• Manakala lipase pankreas dan lipase usus  memecahkan lemak menjadi gliserin dan asid lemak.

• Dalam penyerapan pula, gliserin dan asid lemak akan diserap oleh lakteal. Apabila ia sudah diserap oleh lakteal, ia akan disalurkan ke duktus toraksik kemudian masuk kedalam aliran darah. Apabila sudah berada di dalam darah, lemak akan dihantar kesetiap sel di tubuh badan.

Page 22: Metabolisma

• Lemak yang sudah dioksidasikan di dalam hati akan disimpan di dalam tisu. Semasa disimpan di dalam hati, sesetengah lemak dioksidakan oleh karbohidrat untuk menghasilkan haba dan tenaga.

• Sebahagian lemak yang mengandungi vitamin A dan D akan disimpan. Hasil akhir yang menjadi bahan buangan adalah sama seperti yang berlaku dalam metabolisma karbohidrat iaitu karbon dioksida dan air.\

• Cara perkumuhannya juga sama iaitu karbon dioksida oleh paru-paru, manakala air oleh kulit dan sistem urinari.

• Keperluan lemak oleh seorang individu adalah tidak kurang daripada 50gm setiap hari. Tubuh memerlukan 30% kalori daripada lemak.

Page 23: Metabolisma

Metabolisma Protein

• Protein diubah menjadi asid amino oleh tindakan dengan enzim bendalir perut, pankreas dan usus.

• Asid amino diperlukan untuk tugas pertumbuhan dan pembaikan tisu tubuh. Jumlah asid amino yang dipecahkan di dalam hati adalah banyak jika kita mengambil makanan yang mengandungi banyak protein.

• Asid amino dipecahkan untuk mengeluarkan nitrogennya, maka yang tinggal untuk penghasilan haba dan tenaga adalah karbon, hidrogen dan oksigen.

Page 24: Metabolisma

• Semasa proses pencernaan di dalam perut, pepsin menukarkan protein menjadi pepton. Sementara di dalam usus pula, tripsin bertugas untuk memecahkan protein dan pepton kepada polipeptida. Kemudian daripada polipeptida ditukarkan menjadi asid amino hasil tindak balas dengan erepsin.

• Proses penyerapan yang berlaku dalam darah, asid amino akan membawa nitrogen dan sulfur ke setiap sel dalam tubuh. Untuk pertumbuhan dan pembaikan, asid amino yang diperlukan akan dipisahkan oleh sel tubuh.

Page 25: Metabolisma

• Hasil kumuh daripada metabolisma protein adalah urea, sedikit asid urik dankreatinin. Semua bahan kumuh ini disingkirkan ke dalam bentuk urin oleh ginjal.Sebanyak lebih kurang 30gm urea disingkirkan setiap hari dari badan melalui jalanini bersama dengan sedikit asid urik dan kreatinin.

Page 26: Metabolisma

• Berikut adalah peruntukan protein yang diperlukan di negara tropika.

Page 27: Metabolisma

Metabolisma nukleik asid

• Memainkan peranan untuk membawa maklumat molekul dalam sel, dan mensintesis protein serta menentukan ciri-ciri kepada semua makhluk. Elemen mengandungi maklumat yang diturunkan kepada sel-sel anak(GEN).Gen adalah terdiri dari dna atau rna(asid nukleik).

Page 28: Metabolisma

Kawalan metabolisma dilakukan oleh dua faktor iaitu:1. Sistem saraf pusat dan tidak

sedar (involuntari)Apabila tiada bekalan saraf pada sekelompok otot maka kelumpuhan akanberlaku. Otot akan menjadi kurus, bahagian tersebut tidak dapat berfungsi dan pertumbuhan bahagian tersebut akan terbantut.2. Organ endokrin Dalam sistem endokrin terdapat organ-organ tertentu menghasilkan zat yang bersifat kimia untuk mengawal kesihatan tubuh. Contoh; aktiviti metabolisma menjadi berkurangan apabila rembesan kelenjar tiroid tiada, manakala metabolisma akan terjadi dalam kadar yang sangat besar apabila rembesan tiroid terlalu banyak.

Page 29: Metabolisma

Rumusan • Metabolisma adalah berkaitan dengan segala

perubahan yang berlaku di dalam badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan. Metabolisma adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan  suhu badan dan anabolisma ialah proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan.