mesyuarat tmk 2 tahun 2014

3
SK SERUMBU 94000 BAU, SARAWAK MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KALI KEDUA BIL : 02/2014 TARIKH : 16 JUN 2014 MASA : 1.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT AKSES, SK SERUMBU KEHADIRAN : 3 orang HADIR: 1 Encik Biden Mesui (Guru Besar) - Penasihat 2 Puan Nur Emmalizawati Abdullah - Ketua Panitia TMK 3 Pn. Jelina Kasim - Setiausaha AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan aluan Ketua Panitia selaku Pengerusi Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia TMK kali yang kedua. Ketua Panitia turut memaklumkan bahawa subjek TMK telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan kedua-dua kelas Tahun 4 telah selesai menghabiskan kesemua topik pelajaran. Tindakan: Untuk Makluman 2. Perkara Berbangkit Ketua Panitia TMK berharap agar peruntukan guru yang mahir komputer dan subjek TMK terutamanya akan bertambah selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini adalah bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengajar subjek TMK untuk tahun- tahun akan datang kerana TMK akan diperluaskan sehinga murid di Tahun 6. 3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Markah Peperiksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara offline bagi TMK telah dilaksanakan dengan jayanya. Semua murid telah dinilai dan rekod PBS offline bagi subjek TMK telah diserahkan kepada guru kelas untuk simpanan. Puan Nur Emmalizawati mencadangkan agar rekod disimpan dalam

Upload: emmot-lizawati

Post on 14-Feb-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat TMK 2 Tahun 2014

SK SERUMBU

94000 BAU, SARAWAK

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KALI KEDUA

BIL                        : 02/2014

TARIKH                  : 16 JUN 2014

MASA                    : 1.00 TENGAHARI

TEMPAT                : PUSAT AKSES, SK SERUMBU

KEHADIRAN        : 3 orang

HADIR:

1          Encik Biden Mesui (Guru Besar)            - Penasihat

2          Puan Nur Emmalizawati Abdullah - Ketua Panitia TMK

3          Pn. Jelina Kasim                    - Setiausaha

 AGENDA MESYUARAT

1.  Ucapan aluan Ketua Panitia selaku Pengerusi

Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia TMK kali yang kedua. Ketua Panitia turut memaklumkan bahawa subjek TMK telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan kedua-dua kelas Tahun 4 telah selesai menghabiskan kesemua topik pelajaran.

Tindakan: Untuk Makluman

2. Perkara Berbangkit

Ketua Panitia TMK berharap agar peruntukan guru yang mahir komputer dan subjek TMK terutamanya akan bertambah selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini adalah bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengajar subjek TMK untuk tahun-tahun akan datang kerana TMK akan diperluaskan sehinga murid di Tahun 6.

3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Markah Peperiksaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara offline bagi TMK telah dilaksanakan dengan jayanya. Semua murid telah dinilai dan rekod PBS offline bagi subjek TMK telah diserahkan kepada guru kelas untuk simpanan. Puan Nur Emmalizawati mencadangkan agar rekod disimpan dalam bentuk hardcopy dan softcopy. Softcopy boleh disimpan di dalam aplikasi Google Drive SK Serumbu bagi memudahkan akses pada masa akan datang. Peperiksaan TMK juga telah diduduki oleh murid–murid Tahun 4. Berikut adalah keputusan subjek TMK bagi kelas 4A dan 4B.

Kelas Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E GPMPTahun 4A 1 8 11 3 0

2.78Tahun 4B 3 8 7 5 0Peratus Lulus 82.61% Peratus

Gagal 17.39%

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

Page 2: Mesyuarat TMK 2 Tahun 2014

4.     Aktiviti Panitia

4.1 Murid-murid Tahun 4 telah diberi pendedahan untuk menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Mereka turut meneroka penggunaan aplikasi Window Movie Maker, Audacity dan juga MS-Paint. Jika terdapat sumber kewangan, Panitia TMK merancang untuk mengadakan pertandingan Rekaan Multimedia yang dibuka khas bagi murid-murid Tahun 4. Ini boleh memberikan mereka platform untuk mengembangkan idea dan kemahiran baru yang diperoleh semasa PdP.

Tindakan: Guru Mata Pelajaran TMK

5.     Hal-hal lain

5.1.   Jadual penggunaan bilik komputer telah dirancang dan guru-guru Sains yang mengajar komponen TMK digalakkan untuk membawa murid-murid ke bilik komputer semasa PdP.

5.2    Guru yang mengajar TMK tidak boleh mengajar subjek RBT menurut surat pekeliling KPM. Justeru itu, subjek TMK dan RBT akan diajar oleh guru yang berbeza mulai tahun depan. Guru besar diminta mencalonkan guru lain untuk menghadiri Penyebaran DSKP RBT bagi Tahun 5.

5.3   Puan Nur Emmalizawati akan mengajar subjek TMK untuk kelas Tahun 4 dan Tahun 5 pada tahun 2015. Ini tidak dapat dielakkan memandangkan guru mahir masih kurang dan guru-guru yang sedia ada tidak yakin untuk mengajar subjek TMK.

Tindakan: Untuk makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Dicatat oleh, Disahkan oleh,

………………………………….. …………………………………

Pn Jelina Kasim Pn Nur Emmalizawati Abdullah