merenang gelora

15
Tingkatan Tiga Masa 80 Minit Tajuk Cerpen Merenang Gelora Genre Prosa Moden Fokus Utama 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan. Aras 1(ii) Menghuraikan aspek, perkara yang menarik dalam karya prosa. Fokus Sampingan 2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti. Aras 2 (i) Memantapkan hujah dengan mengemukakan bukti. Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Menyatakan keistimewaan watak utama dalam karya. ii. Menyatakan idea pro dan kontra tentang tajuk ”Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit dalam 1

Upload: dixon-ong

Post on 12-Dec-2014

128 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

merenang gelora

TRANSCRIPT

Page 1: merenang gelora

Tingkatan Tiga

Masa 80 Minit

Tajuk Cerpen Merenang Gelora

Genre Prosa Moden

Fokus

Utama

10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan.

Aras 1(ii)

Menghuraikan aspek, perkara yang menarik dalam karya

prosa.

Fokus

Sampingan

2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.

Aras 2 (i)

Memantapkan hujah dengan mengemukakan bukti.

ObjektifPada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan keistimewaan watak utama dalam karya.

ii. Menyatakan idea pro dan kontra tentang tajuk ”Keburukan

Penggunaan Telefon Bimbit dalam Kalangan Murid di Sekolah”

melalui aktiviti perbahasan.

iii. Memberi maksud 5 peribahasa dalam prosa.

1

Page 2: merenang gelora

Kemahiran

Bahasa

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran Menulis

Sistem

Bahasa Sintaksis: Ayat majmuk (menulis maksud peribahasa)

Peribahasa

Pengisian

Kurikulum

Ilmu: Pendidikan Sivik

Nilai: Bekerjasama

Kemahiran

Bernilai

Tambah

Kecerdasan Pelbagai (Verbal-Linguistik)

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Kontekstual (Mengaitkan isi pengajaran dengan pengalaman

sedia ada)

LangkahAktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Penilaian

FormatifKBT/Catatan

Set

Induksi

Guru meminta murid

menjayakan simulasi seorang

pengawas sedang

menjalankan tugas dengan

amanah.

Guru meminta murid memberi

respons daripada simulasi

tentang ciri-ciri pengawas

yang berwibawa.

Mencapai objektif

Set Induksi

Lampiran 1

Dialog

Kecerdasan

Pelbagai-Verbal

linguistik, ruang

2

Page 3: merenang gelora

LangkahAktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Penilaian

FormatifKBT/Catatan

1 Keistimewaan Watak

Guru memilih sekumpulan

murid untuk menjayakan

teater pembaca yang

mengandungi keistimewaan

watak utama.

Murid lain yang tidak terlibat

diminta mengenal pasti

keistimewaan watak utama

dalam persembahan teater

pembaca.

Murid membaca catatan

mengenai keistimewaan

watak utama dalam LPG yang

disediakan oleh guru.

Lampiran 3

Guru membuat

penambahbaikan terhadap

jawapan murid

Objektif (i)

tercapai

Lampiran 2

Skrip Teater.

Lampiran 3

Borang LPG

Soalan dan

Jawapan

2 Aktiviti Perbahasan

Guru mengarah murid

membentuk dua kumpulan

perbahasan untuk

Objektif (ii)

tercapai

Menjana Idea

3

Page 4: merenang gelora

LangkahAktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Penilaian

FormatifKBT/Catatan

membahaskan tajuk

“Keburukan Penggunaan

Telefon Bimbit Dalam

Kalangan Murid Sekolah”.

Kumpulan murid yang tidak

terlibat dengan aktiviti

perbahasan diminta mencatat

isi pro dan kontra yang telah

dikemukakan oleh para

pembahas.

Guru membuat penilaian

terhadap persembahan

perbahasan dan catatan isi

pro dan kontra sesi

perbahasan.

Lampiran 4

Isi pro

Isi kontra

3 Aktiviti Peribahasa

Guru meminta murid merujuk

muka surat tertentu yang

mengandungi peribahasa.

Guru meminta murid memberi

maksud peribahasa yang

disenaraikan dengan merujuk

Kamus Peribahasa.

Objektif (iii)

tercapai

Lampiran 5

Petikan muka

surat

Lampiran 6

Jawapan

Penilaian

dan

Guru meminta murid

menegaskan semula

4

Page 5: merenang gelora

LangkahAktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Penilaian

FormatifKBT/Catatan

Peneguhan keistimewaan watak utama.

Lampiran 1

5

Page 6: merenang gelora

Contoh Dialog Simulasi

Sewaktu Badri menuju ke kantin, dia menyaksikan adiknya melakukan sesuatu yang

mencurigakan. Badri segera menghampiri adiknya.

Badri : Hei Badrul, apa yang kamu buat tu?

Badrul : Ee...tak...tak ada apa-apa la abang.

Badri : Apa yang kamu sembunyikan dalam kocek seluar kamu?

Badrul : Tak...ada apa. Saja main-main.

Badri : Keluarkan cepat. Jika tidak, abang akan laporkan kepada Cikgu Jailani.

Badrul : Maafkan saya abang. Saya...saya terbawa telefon bapa tadi.

Badri : Cepat keluarkan sekarang. Mari ikut abang.

Badri terus membawa Badrul ke bilik guru.

Lampiran 2

6

Page 7: merenang gelora

Teater Pembaca (Keistimewaan Watak Utama)

Petikan 1 (m/s 3)

Badri tersenyum, ”kalau kau buat salah, abanglah orang pertama yang akan bertindak.

Tak kira abang jadi pengawas atau tidak. Faham!”

Petikan 2 (m/s 9)

”Jadi pengawas zaman sekarang tak sama macam zaman dahulu. Murid sekarang lain.

Dahulu mana ada kes murid bakar sekolah, murid pukul cikgu, murid hisap dadah dan

murid masuk kumpulan samseng. Semua itu tak ada. Tapi sekarang hampir setiap hari

akhbar menyiarkan cerita tentang masalah disiplin murid. Ada murid yang dibelasah

setengah mati. Kau bayangkanlah. Kau tak takut?” tukas Jamil bersungguh-sungguh.

Petikan 3 (m/s 15)

Loceng berbunyi dan Cikgu Kamal keluar. Beberapa orang murid menghampiri Nadira

dan kemudian Jamil ikut serta. Badri tersenyum. Barangkali Jamil mahu mengadu

untung. Murid secantik Nadira akan menjadi popular di sekolah itu dalam waktu yang

singkat. Badri menggeleng. Dia tidak pernah berfikir untuk memiliki keistimewaan ketika

masih belajar ini. Dia berkawan dengan murid perempuan hanya untuk perbincangan

pelajaran sahaja. Lagipun Badri tidak mahu menyulam sebarang masalah dalam

persekolahannya.

7

Page 8: merenang gelora

Petikan 4 (m/s 18)

”Kau marah, Bad?” tanya Jamil setelah sekian lama Badri tidak bersuara.

”Aku tak marah, tapi aku malu,” jawab Badri.

”Tapi aku tak kisah, aku pun terlepas cakap tadi. Lupakanlah...perkara kecil

sahaja,” tambah Badri memaafkan perbuatan Jamil.

Petikan 5 (m/s 115)

”Syukurlah Mil, kau dah insaf. Aku tak pernah membenci kau Mil tetapi aku tidak

suka kau terlibat dengan perkara yang tidak baik seperti ini. Kau kena faham Mil, kita ini

anak harapan keluarga, kita bukan keluarga kaya seperti Meng Kong dan Shahrul tu.”

nasihat Badri meresap ke hati Jamil.

8

Page 9: merenang gelora

Lampiran 3 (i)

Lengkapkan rajah di bawah

Keistimewaan watak Badri

Sebagai watak utama novel Merenang Gelora

9

Contoh peristiwa (m/s 3)“Badri tersenyum…Faham!”

Contoh peristiwa (m/s 9)“Jadi pengawas…bersungguh-

sungguh”

Contoh peristiwa (m/s 15)Loceng berbunyi…persekolahannya.

Contoh peristiwa (m/s 18)“Kau marah…perbuatan

Jamil.

Contoh peristiwa (m/s 115)“Syukurlah Mil…hati Jamil.

Page 10: merenang gelora

Lampiran 3 (ii)(jawapan)

Keistimewaan watak Badri

Sebagai watak utama novel Merenang Gelora

10

Tegas menjalankan tugas tanpa mengira darah daging.

Berani menghadapi cabaran dalam menjalankan tugas.

Fokus terhadap pelajaran walaupun terdapat cabaran.

Pemaaf walaupun hatinya terluka.

Sahabat yang mampu memberi keinsafan melalui nasihat.

Contoh peristiwa (m/s 3)“Badri tersenyum…Faham!”

Contoh peristiwa (m/s 9)“Jadi pengawas…bersungguh-

sungguh”

Contoh peristiwa (m/s 15)Loceng berbunyi…persekolahannya.

Contoh peristiwa (m/s 18)“Kau marah…perbuatan

Jamil.

Contoh peristiwa (m/s 115)“Syukurlah Mil…hati Jamil.

Page 11: merenang gelora

Lampiran 4

Contoh Catatan Isi Aktiviti Perbahasan

Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit dalam Kalangan Murid di Sekolah.

Isi pro

1. Menggalakkan berlaku kecurian

2. Mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.

3. Menjejaskan tumpuan murid semasa pembelajaran.

4. Membazir duit belanja persekolahanuntuk membeli kad prabayar.

Isi kontra

1. Senang dihubungi oleh ibu bapa sewaktu kecemasan.

2. Mudah membuat rujukan dengan kemudahan talian internet.

3. Ibu bapa senang mengawasi pergerakan anak.

4. Trend kehidupan remaja moden untuk mudah menghubungi seseorang.

11

Page 12: merenang gelora

Lampiran 5

Petikan Peribahasa

Rujuk muka surat:

1. m/s 11- memulangkan paku buah keras

2. m/s 17- terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya.

3. m/s 23- lurus bendul.

4. m/s 24- macam katak bawah tempurung

5. m/s 237- kalau tak makan cili, kenapa harus terasa pedas.

Lampiran 6

12

Page 13: merenang gelora

Jawapan Peribahasa.

1. Memulangkan paku buah keras.

Orang yang memulangkan semula kata-kata yang dicakapkan oleh orang yang menuturnya sebelum itu kepadanya.

2. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya.

Orang yang tersilap mengeluarkan kata-kata akan menyebabkan orang yang mendengar tersinggung dan mengingati kata-kata itu selamanya.

3. Lurus bendul

Orang yang terlalu mengikut peraturan yang telah ditetapkan sahaja.

4. Macam katak bawah tempurung

Orang yang tidak bercampur dengan persekitaran lain.

5. Kalau tak makan cili, kenapa harus terasa pedas.

Orang yang bersalah akan terasa kesalahan apabila disebut oleh orang lain.

13