“menyantuni ummat membawa berkat” - ilpkbpp.gov.my · menjadi salah satu saluran sosial untuk...

4
ILP IPOH PRIHATIN 2018 “MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA BERKAT” Bertepatan dengah tema Maal Hijrah 2018/1440H yang menggalakkan umatnya agar sentiasa saling menghormati antara satu sama lain, mengelakkan permusuhan dan pertelingka- han serta saling berkasih sayang dan bersatu padu, Institut Latihan Perindustrian Ipoh telah melaksanakan tanggungjawab kepada komuniti setempat melalui aktiviti “Community Social Responsibility” (CSR) dengan Masjid Al-Ittihadi- ah, (Qariah Silibin) di Kampung Tengku Hussin, Ipoh. Aktiviti ini dilaksanakan bermula pada 8 Ogos 2018 dan melibatkan beberapa orang pengajar dan pelajar dari Bahagian Teknologi Elektrik dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara institut ini. Masjid Al-Ittihadiah terletak di Kampung Tengku Husin Ipoh kira-kira 6 km dari ILP Ipoh. Masjid ini mampu menampung sehingga 1000 orang jemaah pada satu-satu masa dan merupakan masjid utama bagi penduduk di sekitar Kampung Tengku Husin dan Silibin. Pelbagai aktiviti dilaksanakan di masjid ini termasuk penempatan sebuah Klinik Waqaf An-Nur milik KPJ Healthcare. Atas dasar ini, pihak masjid telah menaiktaraf Dewan Serbaguna masjid ini untuk kemudahan dan keselesaan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti masyarakat di masjid ini. ILP Ipoh diberi tanggungjawab untuk melaksana- kan kerja-kerja pendawaian semula elektrik serta menyelenggara 7 unit penyaman udara Dewan Serbaguna masjid ini. Aktiviti ini berlangsung selama kira-kira 5 minggu dan siap sepenuhnya pada pertengahan September 2018. Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturra- him pihak ILP Ipoh dengan komuniti setempat di samping memberi pengalaman kepada pelajar khususnya dalam melaksanakan kerja sebenar di lapangan. ILJTM Wilayah Utara BULETIN Peneraju Kemahiran Terbilang

Upload: nguyentu

Post on 13-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ILP IPOH PRIHATIN 2018“MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA BERKAT”

Bertepatan dengah tema Maal Hijrah 2018/1440H yang menggalakkan umatnya agar sentiasa saling menghormati antara satu sama lain, mengelakkan permusuhan dan pertelingka-han serta saling berkasih sayang dan bersatu padu, Institut Latihan Perindustrian Ipoh telah melaksanakan tanggungjawab kepada komuniti setempat melalui aktiviti “Community Social Responsibility” (CSR) dengan Masjid Al-Ittihadi-ah, (Qariah Silibin) di Kampung Tengku Hussin, Ipoh. Aktiviti ini dilaksanakan bermula pada 8 Ogos 2018 dan melibatkan beberapa orang pengajar dan pelajar dari Bahagian Teknologi Elektrik dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara institut ini.

Masjid Al-Ittihadiah terletak di Kampung Tengku Husin Ipoh kira-kira 6 km dari ILP Ipoh. Masjid ini mampu menampung sehingga 1000 orang jemaah pada satu-satu masa dan merupakan masjid utama bagi penduduk di sekitar Kampung Tengku Husin dan Silibin. Pelbagai aktiviti dilaksanakan di masjid ini termasuk penempatan sebuah Klinik Waqaf An-Nur milik KPJ Healthcare. Atas dasar ini, pihak masjid telah menaiktaraf Dewan Serbaguna masjid ini untuk kemudahan dan keselesaan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti masyarakat di masjid ini. ILP Ipoh diberi tanggungjawab untuk melaksana-kan kerja-kerja pendawaian semula elektrik serta menyelenggara 7 unit penyaman udara Dewan Serbaguna masjid ini. Aktiviti ini berlangsung selama kira-kira 5 minggu dan siap sepenuhnya pada pertengahan September 2018. Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturra-him pihak ILP Ipoh dengan komuniti setempat di samping memberi pengalaman kepada pelajar khususnya dalam melaksanakan kerja sebenar di lapangan.

ILJTMWilayah UtaraBULETIN

Peneraju Kemahiran Terbilang

CSR COMMUNITY SOCIAL RESPONSIBILITY

Sehari Bersama Komuniti Para pelajar bahagian teknologi Fabrikasi Logam dan Kimpalan telah menjayakan Program Psikologi Komuniti di Dewan Seri Malau, Beseri Perlis pada 29 Ogos 2018 (Rabu). Program yang bertemakan ‘Dari Hati Ke Hati " itu adalah anjuran Bahagian Pembangunan Komuniti , Jabatan Kebajikan Masyarakt Negeri (JKM) Perlis dan telah dirasmikan Pengarah JKM Perlis, Mohammad Hazam bin Ismail. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan komuniti setempat, selain menjadi salah satu saluran sosial untuk membina serta mendorong para pelajar menyemai semangat kekitaan, jati diri dan keprihatinan antara satu sama lain. Selain itu juga, para pelajar menyumbangkan ilmu serta kemahiran agar dapat dimanfaat-kan bersama-sama dengan komuniti. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah gotong royong, ziarah warga emas dan orang kurang upaya, mengecat rumah dan bersih kawasan serta kursus psikologi dan kaunseling.

Program Apa Kata Anak Malaysia

HUBUNGAN INDUSTRI

Program Apa Kata Anak Malaysia Peringkat Negeri Kedah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia telah diadakan pada 06 September 2018 Jam 9.00 pagi bertempat di ADTEC Kulim, Kedah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah agama, khidmat komuniti dan forum Apa Kata Anak Malaysia. Kemuncak program ini adalah majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia YBhg. Dato Haji Ibrahim Bin Abdul Rahman. Para panel Forum Apa Kata Anak Malaysia terdiri daripada pelajar-pelajar daripada ADTEC Kulim dan Politeknik Sultanah Bahiyah. ADTEC Kulim telah menghantar pelajar kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Saudara Muhammad Zulazri Hanis Bin Mohd Nawi dan Saudari Nuraini Binti Ab Rahim dari kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan-Perkakasan. Panel terbaik disandang oleh Saudara Muhammad Zulazri Hanis Bin Mohd Nawi dan beliau telah menerima cenderahati dan sijil. Penyampaian beliau yang bertajuk ‘Sumbangan Generasi Muda Kepada Negara’ telah disampaikan dengan tenang dan berkaliber sedikit sebanyak telah mencuit hati juri untuk memilih beliau sebagai panel terbaik. "Beri aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda, niscaya akan ku goncangkan dunia".

Membersih dan membaik pulih rumah kediaman asnaf di Teluk Nipah, Pantai Merdeka juga termasuk kerja-kerja mengecat dan membina tandas. Antara yang turut serta dalam menjayakan program CSR ini ialah sta� ILP Jitra dan ahli-ahli Persatuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ILP Jitra yang terdiri daripada pelajar-pelajar kursus Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat. Selain itu, program CSR ini juga turut dijayakan bersama oleh beberapa badan NGO Negeri Kedah yang terdiri daripada komuniti setempat, Komuniti Perumahan Padang Serai, PPD Kuala Muda, AJK Masjid Khariah, Komuniti Mergong dan Komuniti Changlun.

CSRILP�JITRA

IIUM Robotic Competition 2018 (IRC18) is a program organised by the IIUM Robotic Team in collaboration with the Department Of Mechatronics Engineering, Kulliyyah of Engineering, IIUM.

IIUM ROBOTIC COMPETITION

2018

ILP Kangar telah menjalankan kerjasama dengan syarikat Dancast Sdn Bhd melalui program Training Cum Production (TCP) selama 5 hari mulai 11/8/2018 hingga 15/8/2018 bertujuan memberi latihan pengaturcaraan CNC kepada pihak pengurusan syarikat melibatkan Factory Manager dan Assistant Manager. Pengajar berpengalaman yang dipertanggungjawab menjalankan latihan tersebut ialah En Zulkarnain bin Ibrahim daripada Bahagian Teknologi Pemesinan (Pembuatan). Fokus utama Program TCP ini adalah untuk memberi latihan dan pendedahan mengenai prosedur penggunaan CNC Machine Turnmil Program-

ming jenama TAKASIWA . Kedua-dua pihak mengharapkan kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang. Imbalan daripada kerjasama tersebut, pihak syarikat berbesar hati memberi peluang kepada pelajar- pelajar yang akan menjalani latihan industri mendapatkan latihan di syarikat tersebut agar pendedahan kepada dunia

sebenar pekerjaan dapat dirasai.

Training Cum Production:Kerjasama ILP Kangar VS Dancast Sdn Bhd Bawa Manfaat Bersama

PERTANDINGAN

HUBUNGAN INDUSTRISEMINAR TEKNIKAL”UTILIZING JAPANESE TECHNOLOGY ON RECOVERY, REUSE, DESTRUCTION CFC, CHFC & HFC REFRIGERANT” EX RESEARCH

INSTITUTE LTD TOKYO JAPAN DENGAN KERJASAMA COSE HVAC ILP KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Pada 09 Mei 2018 bertempat di Dewan Kuliah Utama, IlLP Kepala Batas, Pulau Pinang satu seminar berkaitan dengan Teknologi Penyejuk Bekuan dan Penyamanan Udara. Seminar iti bertajuk Tebusguna Refrigerant yang memberikan kesan kepada Pemanasan Global dan Penipisan Ozon disebabkan penggunaan refrigerant dalam Sistem Penyejukbekuan dan Peyamanan Udara Di Malaysia. Seminar ini melibatkan CoSE Bidang HVAC sebagai penyelaras seminar bersama Ex-ri LTD, Tokyo Japan yang menyediakan tenaga pakar sebagai moderator program. Ex-ri merupakan salah sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Jepun dalam memastikan refrigerant CFC, HCFC dan HFC di tebusguna bagi memelihara alam sekitar menggunakan teknologi terkini. Peserta bagi seminar ini adalah terdiri daripada Kontraktor pemasangan aircond, pensyarah, pelajar ILJTM dan pelajar-pelajar institusi TVET yang lain. Jumlah keseluruhan sasaran peserta adalah seramai 500 orang peserta. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua

Pengarah JTM, En Zaihan B. Shukri.

B u l e t i n I L J T M W i l a y a h U t a r a a d a l a h s a t u m e d i u m s a l u r a n y a n g m e n c e r i t a k a n p e r k e m b a n g a n t e r k i n i d i I L J T M W i l a y a h U t a r a y a n g m e l i b a t k a n 9 I n s t i t u t i a i t u P e r a k ( I L P I p o h , A D T E C Ta i p i n g ) , P u l a u P i n a n g ( J M T I , I L P K e p a l a B a t a s , I L P P r a i , I L P N i b o n g Te b a l ) , K e d a h ( A D T E C K u l i m , I L P J i t r a ) d a n P e r l i s ( I L P K a n g a r ) . P e n e r b i t a n s e c a r a b e r k a l a i n i d i h a r a p k a n d a p a t m e m b e r i k a n m a k l u m a t y a n g b e r g u n a k e p a d a g o l o n g a n s a s a r a n .

S u m b e r : D a r i I L J T M Wi l a ya h U t a ra G r a � k & S u s u n A t u r : A DT E C Ta i p i n g - ( j i m b a r a )

K e d a h ( A D T E C K u l i m , I L P J i t r a ) d a n P e r l i s ( I L P K a n g a r ) . P e n e r b i t a n s e c a r a b e r k a l a i n i d i h a r a p k a n d a p a t m e m b e r i k a n m a k l u m a t y a n g b e r g u n a k e p a d a g o l o n g a n s a s a r a n .

Lawatan jaringan industri telah dilaksanakan oleh ILPAPNT pada 3 Ogos 2018 ke Pusat Percetakan Al-Quran Nasyrul Quran dikelolai oleh Jabatan Percetakan. Pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar telah mengambil bahagian dalam siri lawatan ini yang memberi pendedahan kepada proses penerbitan dan penjilidan Al-Quran di Malaysia. Usahasama antara ILPAPNT dan Nasyrul Quran akan berterusan sejajar dengan bidang dan kemahiran

yang ditawarkan oleh ILPAPNT yang bertepatan dengan keperluan pusat ini.Nasyrul Quran merupakan sebuah pusat percetakan al-Quran bersepadu utama di rantau Asia Tenggara yang dibangunkan di atas tanah seluas 5.514 ekar di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM60 juta bagi tujuan pembinaan dan pembelian mesin cetak yang dibantu oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kompleks ini dibina demi pelaksanaan cita-cita murni Negara bagi memiliki sebuah pusat pengeluaran al-Quran bertaraf antarabangsa dan kedua terbesar di dunia.“Nasyrul Quran” diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud “Penyebaran al-Quran”. Ia memberikan gambaran fungsi kompleks ini sebagai pusat penyebaran al-Quran bermula daripada bidang penyelidikan, percetakan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan seterusnya pengagihan al-Quran. Selain itu, pusat ini juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat serta penggemar seni khat dari dalam dan luar

Negara. Ia juga bakal menjadi mercu tanda baharu kemajuan syiar Islam kepada Malaysia dan Putrajaya khususnya.

PERHUBUNGAN INDUSTRI KE NASYRUL QURAN, PUSAT PERCETAKAN AL-QURAN