menteri - pengenalanespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/landskap.pdf · rekabentuk landskap adalah...

20

Upload: lekhuong

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok
Page 2: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok
Page 3: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

Menteri

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang. Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa. Sekian, terima kasih serta wassalam, Yang Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin.

Page 4: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

Muka surat

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN LANDSKAP 1

PROFIL PERNIAGAAN LANDSKAP 1

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN LANDSKAP 2

PENGURUSAN PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN 4

PENGURUSAN TENAGA KERJA 5

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 6

PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 8

PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR LANDSKAP 12

PENGURUSAN RISIKO 13

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 14

Page 5: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

1

1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN LANDSKAP

Perniagaan Landskap adalah perniagaan yang menggabungkan perkhidmatan merancang,

merekabentuk, membina dan menyelenggara landskap yang hendak dihasilkan.

Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, sebelum proses

pembinaan dilaksanakan. Seterusnya penyelenggaraan terhadap landskap yang dihasilkan

perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keindahan landskap tersebut.

Usahawan dan bakal-bakal usahawan harus menimbang untuk menceburi bidang

perniagaan landskap berasaskan kepada sebab-sebab berikut:

• Tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi. Perniagaan ini boleh dimulakan

dengan anggaran modal RM10,000.

• Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi dan tatacara yang rumit.

• Mempunyai potensi yang baik untuk menceburi bidang sampingan yang berkaitan

dengan perniagaan landskap seperti tapak semaian, jualan bahan-bahan serta

peralatan landskap dan sebagainya.

• Kadar keuntungan yang tinggi.

2 PROFIL PERNIAGAAN LANDSKAP

Perkhidmatan asas perniagaan landskap meliputi membina landskap kejur atau landskap

lembut atau gabungan kedua-duanya. Landskap lembut merujuk kepada unsur-unsur asli

atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok utama, renek, memanjat, herba atau penutup

bumi. Landskap kejur pula merujuk kepada unsur-unsur binaan seperti siar kaki, tempat

duduk, tempat sampah, papan tanda, lampu, arca dan elemen semula jadi yang lain.

Pemilihan terhadap penghasilan landskap tersebut meliputi perancangan dan reka bentuk

landskap, penanaman tumbuhan, pembinaan struktur-struktur dan penyelenggaraan.

Page 6: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

2

Seorang pengusaha perniagaan landskap perlu memahami prinsip-prinsip asas reka

bentuk, membaca pelan dan spesifikasi, keperluan tumbuh-tumbuhan, teknik pembinaan

dan juga pengurusan perniagaan. Untuk memenuhi kehendak pelanggan, pengusaha perlu

benar-benar memahami kehendak, masalah dan kemampuan pelanggan. Ini boleh

dilakukan melalui perbincangan dengan pelanggan.

Perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan antaranya sebagai pereka bentuk

pelan landskap, pembekal dan pemborong keperluan landskap serta sebagai perunding

hiasan dalaman. Selain daripada tawaran perkhidmatan yang sedia ada pengusaha boleh

melaksanakan perniagaan sampingan lain yang boleh mendatangkan keuntungan seperti

menghasilkan pokok-pokok hiasan ditapak semaian, melaksanakan pusat jualan bunga

serta melaksanakan perniagaan kedai bunga dan cenderahati sebagai perniagaan

sampingan lain yang berkaitan.

3 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN LANDSKAP

PENUBUHAN PERNIAGAAN

Sebelum memulakan perniagaan, bakal pengusaha perlu menubuhkan perniagaan.

Beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh seseorang bakal pengusaha sebelum

menubuhkan sesebuah perniagaan adalah:

• Pemilihan Nama Syarikat

Pemilihan nama syarikat yang baik akan membantu kejayaan sesebuah syarikat.

Nama syarikat yang baik akan mempengaruhi orang lain atau pengguna untuk

mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat.

• Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang bolek dilaksanakan oleh pengusaha ialah secara persendirian,

perkongsian dan sendirian berhad.

Page 7: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

3

PEMILIHAN LOKASI PERNIAGAAN

Pemilihan tempat yang strategik mampu membantu perniagaan meningkat maju.

Pengusaha baru perlu melihat potensi pelanggan mereka di tempat atau premis perniagaan

yang di pilih. Ia merupakan faktor penting dalam kejayaan sesuatu perniagaan. Perkara

yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lokasi yang strategik meliputi ciri-ciri seperti

sosioekonomi , demografi, kemudahan perhubungan dan infrastruktur

MENDAPATKAN LESEN

Pengusaha perlu memastikan apakah perniagaannya memerlukan Lesen atau Permit atau

Surat Kuasa daripada pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti penguasa tempatan,

Kementerian atau Jabatan atau Agensi Kerajaan dan sebagainya. Keperluan ini adalah

berdasarkan kepada jenis perniagaan yang hendak dijalankan. Antaranya ialah seperti

berikut:

• Lesen Perniagaan

• Lesen Cukai Jualan

• Surat Kuasa Bomba

• Lesen atau Permit Pengangkutan

PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Pengusaha digalakkan menyediakan satu rancangan perniagaan (RP) iaitu satu dokumen

bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang

hendak dijalankan. Ia merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian

yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk

membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi

perniagaan.

Page 8: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

4

4 PENGURUSAN PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN

Pengetahuan prinsip asas landskap yang terperinci sebelum memulakan perniagaan adalah

perlu. Selain itu, reka bentuk tanaman landskap iaitu satu proses atau aktiviti yang

menyatukan elemen-elemen dalam landskap tidak boleh dipisahkan. Pada asasnya

terdapat enam prinsip landskap iaitu:

• Ukuran

• Ringkas

• Kepelbagaian

• Keseimbangan

• Turutan

• Ulangan

PERALATAN

Peralatan yang cukup dan sesuai perlu agar segala kerja-kerja penyelenggaraan landskap

dapat dijalankan dengan sempurna dan teratur. Peralatan asas untuk kerja-kerja landskap

boleh diperoleh dari kedai perkakasan dengan harga yang berpatutan.

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan seperti campuran untuk penanaman, batu-batuan, sumber bekalan anak

pokok, alatan, pokok bunga, baja, alat penjagaan dan lain-lain boleh diperoleh dari

pembekal tempatan ataupun pembekal luar negeri. Kesemua bahan-bahan ini boleh

diperoleh dari pembekal-pembekal yang berdekatan agar kos untuk pengangkutan dapat

dikurangkan. Di Malaysia terdapat banyak pengusaha yang membekalkan bahan untuk

landskap tanaman. Kebiasaan harga untuk bahan-bahan ini bergantung kepada permintaan

dan penawaran dalam pasaran.

Page 9: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

5

5 PENGURUSAN TENAGA KERJA

Melaksanakan sesebuah perniagaan landskap memerlukan tenaga pekerja terlatih agar

segala perjalanan berkaitan perniagaan ini dapat dilaksanakan dengan licin dan teratur. Ini

kerana setiap ukuran taman landskap adalah berbeza-beza dan semakin luas sesuatu taman

landskap itu, semakin rumit pula penyelenggaraannya. Pekerja perlu tahu prinsip dan

teknik penyelenggaraan di samping berwaspada terhadap keselamatan semasa

menjalankan tugas. Sebagai bakal usahawan, garis panduan pengurusan pekerja yang

boleh digunakan adalah seperti berikut:

• Terangkan tugas masing-masing dengan jelas dan hanya pemohon-

pemohon yang berkelayakan diambil.

• Bermula dengan satu gaji yang realistik, kenaikan gaji akan dilakukan

bergantung kepada produktiviti dan tanggungjawab yang ditunjukkan.

• Membentuk satu program latihan yang baik dan berkesan.

• Menilai perkembangan pekerja pada masa-masa tertentu.

• Memberi pujian atas prestasi kerja yang dilakukan yang mana telah turut

sama menyumbang dalam memajukan syarikat.

• Memberi peluang kepada pekerja untuk maju dan berkembang.

KATEGORI PEKERJA

Jumlah tenaga kerja yang diperlukan adalah bergantung kepada saiz perniagaan yang

dijalankan. Tenaga kerja dalam perniagaan landskap boleh dibahagikan kepada tiga

kumpulan iaitu kumpulan profesional, mahir dan pekerja am.

Page 10: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

6

6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

Pemasaran adalah satu proses menemukan kemampuan sesebuah organisasi dengan

permintaan pelanggan atau pengguna. Ia mementingkan proses perhubungan dengan

pelanggan dan memberi kesan terhadap setiap aspek organisasi dari penyelidikan

perkhidmatan atau produk sehingga kepada perkhidmatan sokongan selepas jualan.

Pasaran landskap boleh dibahagikan kepada 3 segmen utama:

• Individu

• Syarikat Swasta

• Kerajaan

KEPERLUAN PELANGGAN

Memenuhi kehendak pelanggan adalah suatu kemestian dalam perniagaan sungguhpun

kedang-kadang sukar dilakukan. Ini kerana, sememangnya manusia mempunyai cita rasa

yang berbeza bergantung kepada nilai-nilai dan norma kehidupan seperti tahap

pendidikan, pegangan agama, sosioekonomi, budaya dan juga masyarakat. Bagi

memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza cita rasa ini, seorang pengusaha landskap

perlu mengetahui dan mendapatkan maklumat mengenai perkara berikut:

• Tema landskap

• Jenis hiasan

• Konsep hiasan sama ada formal, separa formal dan tidak formal.

• Kawasan hiasan, sama ada dalaman atau luaran.

• Peruntukkan kewangan yang ditetapkan pelanggan.

PAKEJ PERKHIDMATAN

Pengusaha perniagaan landskap boleh melaksanakan perniagaan mereka lengkap dengan

pakej perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelangga antaranya:

• Mereka bentuk landskap

• Perkhidmatan lepas jualan

• Penyelenggaraan

Page 11: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

7

PENENTUAN HARGA

Faktor penentuan harga bagi setiap perkhidmatan landskap yang dibuat adalah bergantung

kepada nilai harga pasaran, buruh yang terlibat, peralatan dan bahan yang digunakan

untuk menghasilkan dan menyelenggara landskap yang di buat. Beberapa cara bagi

menentukan harga untuk kerja-kerja landskap dan barang-barang keperluannya

termasuklah;

• Menggunakan Formula

Menggunakan formula dalam menentukan harga dapat memastikan peniaga

menetapkan keuntungan mereka. Pada umumnya margin keuntungan yang

digunakan ialah 50-60 peratus. Namun begitu dalam keadaan persaingan yang

hebat margin keuntungan perlu dikurangkan.

• Mengikut Harga Yang Ditentukan Oleh Pengusaha Lain

Cara yang paling mudah untuk menentukan harga adalah seperti yang di

cadangkan oleh peniaga lain. Namun begitu, pengusaha akan kerugian jika harga

yang ditawarkan oleh pengusaha lain lebih rendah atau sama dengan kos yang

ditawarkan.

• Menggunakan Harga Tahun Lepas

Cara ini boleh dilakukan tetapi pengusaha perlu peka terhadap sebarang perubahan

kos dan persaingan. Jika tidak, pengusaha akan mengalami kerugian atau

kehilangan pelanggan. Menaikkan harga kerana kenaikan harga bekalan perlu

dilakukan secara beransur-ansur dari tahun ke tahun bagi mengelakkan kehilangan

pelanggan sedia ada.

PERKHIDMATAN PELANGGAN

Antara objektif perkhidmatan pelanggan adalah untuk memberi kepuasan kepada

pelanggan supaya mereka terus mendapatkan perkhidmatan yang diberikan. Perkhidmatan

selepas jualan atau perkhidmatan yang disediakan perlu berterusan dalam perniagaan

landskap. Ini kerana secara tidak langsung pengusaha akan membantu memberi khidmat

nasihat tentang cara penjagaan dan pengawalan untuk mengekalkan landskap sentiasa

menarik.

Page 12: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

8

JARINGAN

Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara,

pengusaha perlu mencari dan menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat perniagaan

landskap seperti pembekal bahan dan tanaman (nursery) dari dalam dan luar negara.

Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan di pasaran baru dapat dikurangkan

dan segala keperluan birokrasi pasaran baru dapat diatasi bersama. Jaringan membuka

peluang kepada pengusaha untuk mempelajari teknik-teknik baru di dalam

mengembangkan lagi perniagaan landskap yang diusahakan.

GLOBALISASI DAN PROSPEK PERNIAGAAN

Dalam menempuh era globalisasi, prospek perniagaan landskap pada masa akan datang

dilihat semakin luas. Ini kerana semakin banyak teknologi-teknologi baru dihasilkan sama

ada dari dalam mahupun dari luar negara. Perkembangan teknologi komputer dan internet

harus diberi perhatian dalam usaha mencari pasaran baru dan berkongsi maklumat

kepakaran dari dalam dan luar negara. Perniagaan melalui internet atau secara dalam

talian (on-line) juga menjadi trend perniagaan masa kini. Prospek perniagaan boleh

dikembangkan dengan membuka cawangan-cawangan baru perniagaan sama ada di dalam

atau di luar negara.

7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN

Pengurusan dan strategi kewangan yang berkesan adalah sangat penting di dalam mana-

mana perniagaan. Tujuan pengurusan kewangan ialah bagi menentukan aliran tunai yang

baik, mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, memaksimumkan kadar

keuntungan dan simpanan rekod yang teratur dan kemas kini.

MODAL PERMULAAN

Penyediaan anggaran modal termasuk pecahan kos-kos terlibat perlu dibuat bagi mengira

modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan yang ingin di ceburi.

Page 13: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

9

Sumber-sumber rujukan untuk mendapatkan anggaran yang tepat dan hampir tepat boleh

diperoleh melalui sumber rujukan seperti berikut:

• Contoh dan rekod perniagaan yang sedia ada.

• Buku-buku rekod jualan dan pembelian.

• Data dan maklumat mengenai ekonomi.

• Majalah, risalah dan bahan-bahan terbitan dari sektor swasta dan kerajaan.

• Pemerhatian, temu bual dan sebagainya.

Anggaran modal yang diperlukan bagi memulakan sesuatu perniagaan landskap adalah

seperti berikut:

• Modal Permulaan Minimum

Kos Permulaan minimum bagi memulakan perniagaan landskap

dianggarkan RM10,000

• Modal Permulaan Sederhana

Kos Permulaan sederhana bagi memulakan perniagaan landskap

dianggarkan RM25,000

• Modal Permulaan Maksimum

Kos Permulaan maksimum bagi memulakan perniagaan landskap

dianggarkan RM100,000

Modal yang dinyatakan tadi hanyalah anggaran sahaja, ia boleh berubah jika peniaga

melengkapkan perniagaan dengan mesin atau peralatan yang berlainan, yang telah diguna

pakai dan sebagainya. Hasil kajian yang dibuat mendapati, modal untuk permulaan

perniagaan landskap adalah sebanyak RM50,000 hingga RM100,000.

Page 14: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

10

SUMBER PEMBIAYAAN

Pembiayaan untuk memulakan perniagaan diperlukan untuk membeli peralatan,

membayar upah buruh dan profesional boleh didapati daripada beberapa sumber seperti:

• Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.

• Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan kemudahan

pinjaman atau overdraf.

• Perjanjian sewa beli peralatan dengan berhutang dengan syarikat kewangan.

• Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-pengusaha

baru.

MODAL PUSINGAN

Modal pusingan bergantung kepada sesuatu projek atau tender yang diperoleh. Sekiranya

projek atau tender yang diperoleh besar, maka modal pusingan yang diperlukan sepanjang

menjalankan kerja-kerja juga besar. Ini kerana pengusaha perlu mendapatkan bekalan

peralatan dan bahan pembinaan yang secukupnya bagi kerja-kerja pembinaan landskap

tersebut.

KOS OPERASI

Kos operasi ialah segala kos yang diperlukan bagi membiayai segala perbelanjaan operasi

sewaktu perniagaan dijalankan. Di antara contoh perbelanjaan kos operasi ini merangkumi

pembelian tumbuh-tumbuhan hiasan, peralatan, aksesori untuk hiasan landskap dan utiliti

lain seperti pembelian minyak kenderaan dan alat tulis.

HASIL JUALAN

Hasil jualan untuk perniagaan landskap diperoleh dari dua punca iaitu hasil jualan

perniagaan utama dan hasil daripada jualan perniagaan sampingan.

• Perniagaan Utama

Hasil jualan daripada perniagaan utama bagi perniagaan landskap ini adalah mereka

bentuk landskap, membina dan menyiapkan bentuk landskap, pengurusan projek

landskap, membekal bahan-bahan landskap dan penyelenggaraan landskap.

Page 15: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

11

• Lain-Lain Perniagaan

Hasil jualan daripada perniagaan-perniagaan lain yang berkaitan landskap meliputi

menjual tumbuh-tumbuhan hiasan (tapak semaian), perniagaan kedai bunga dan

sebagainya.

ANALISIS KEWANGAN

Analisis kewangan melibatkan penilaian kedudukan kewangan sesebuah syarikat untuk

masa lepas, kini dan akan datang. Objektif utama ialah menentukan kelemahan serta

kekuatan syarikat. Untuk keberkesanan, pengusaha harus memahami penyata kewangan

asas seperti kunci kira-kira dan penyata pendapatan.

Anggaran Untung Kasar

Pengiraan mudah bagi menentukan keuntungan adalah seperti formula di bawah:

Untung Kasar = Jualan – Jumlah Kos

atau

Untung Kasar = Jualan – (Kos Tetap + Kos Berubah)

Titik Pulang Modal (TPM)

Teknik analisa titik pulangan modal merupakan satu teknik yang amat berguna untuk

menganalisa tingkat keupayaan atau jualan di mana hasil jualan berupaya melindungi kos

operasi. Titik di bawah TPM adalah peringkat kerugian dialami dan titik di atas TPM

adalah peringkat keuntungan dicapai. Teknik pulangan modal boleh ditentukan secara

keseluruhan, atau jabatan operasi tertentu atau keluaran tertentu dan penilaian teknik ini

perlu mengambil kira keupayaan tersedia, keanjalan permintaan, dan faktor luar dan

dalam yang bersangkutan.

Page 16: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

12

8 PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR LANDSKAP

PENDAFTARAN DENGAN KERAJAAN

Setiap perniagaan landskap yang hendak diusahakan perlulah mendaftar dengan Jabatan

atau agensi kerajaan berdasarkan keperluan. Antaranya;

• Pendaftaran di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

• Pendaftaran Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

• Pendaftaran Perniagaan Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

• Pendaftaran Perniagaan Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB)

PENDAFTARAN DENGAN SYARIKAT SWASTA

Sesetengah syarikat swasta yang besar mengehendaki mana-mana syarikat yang ingin

bekerjasama menjalankan urus niaga dengan mereka perlu mendaftar dengan syarikat

mereka terlebih dahulu. Tidak terkecuali juga bagi mereka yang ingin menjalankan

perniagaan landskap. Oleh yang demikian, pengusaha perlu mendapatkan maklumat dan

mendaftar dengan mereka untuk merebut segmen pasaran ini.

Page 17: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

13

9 PENGURUSAN RISIKO

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, pengusaha perlu mengetahui jenis risiko dan

membuat strategi pengurusan risiko yang terancang untuk mengelakkan kerugian di masa

akan datang. Seseorang usahawan perlu merancang dan bersedia awal dengan sebarang

perubahan di dalam ekonomi, pasaran dan perniagaan yang dijalankan.

JENIS RISIKO

Risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh bakal pengusaha antaranya adalah :

• Risiko Pengeluaran

• Risiko Pemasaran

• Risiko Undang-Undang

• Risiko Sumber Manusia

• Risiko Kewangan

Langkah Pengurusan Risiko

Langkah-langkah awal yang boleh diambil bagi menguruskan risiko ialah:

• Membuat persediaan dan perancangan yang teliti dari semua sudut dalam

perniagaan.

• Memberi kursus dan latihan kepada pekerja mengenai penyelesaian dan

penekanan kepada aspek keselamatan.

• Membuat sistem rekod yang berkesan seperti rekod keselamatan, rekod

kewangan yang terperinci dan tersusun.

• Formula pengiraan kos dan keuntungan atau untung rugi yang berkesan perlu di

kenal pasti bagi melicinkan simpanan rekod kewangan.

• Sentiasa berbincang dengan pekerja tentang sebarang permasalahan atau

cadangan yang ingin dikemukakan.

• Mendapatkan bantuan pakar sekiranya terjadi sesuatu yang tidak mampu diatasi

seperti serangan penyakit ke atas tumbuhan yang ditanam.

Page 18: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

14

10 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang

kepada kelangsungan dan keuntungan sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh

dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan

dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa

mengurus sesebuah perniagaan. Perilaku atau keperibadian seseorang memainkan peranan

penting sama ada menyumbang atau merosakkan urus niaga sesebuah perniagaan.

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Ciri Perincian

Pengetahuan

Mengetahui kegunaan, cara mengguna dan peraturan

keselamatan setiap bahan kimia, peralatan dan mesin.

Mengetahui cara kerja, peraturan dan langkah keselamatan

semasa perniagaan landskap sedang dijalankan.

Berpengalaman dalam perniagaan

Kemahiran Jenis-jenis landskap, susun atur tanaman, jenis-jenis bahan kimia,

perkakas, peralatan dan mesin yang digunakan.

Sikap dan

Tingkah Laku

Minat

Dedikasi

Kecekalan/Kesabaran

Sanggup menanggung risiko

Keberanian

Komunikasi

Perhubungan Awam

Page 19: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

LANDSKAP

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

15

CIRI-CIRI PERNIAGAAN

Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada

dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlu mengesan

ciri-ciri penting yang perlu ada pada sesebuah perniagaan landskap.

CIRI-CIRI PERNIAGAAN

Ciri Perincian

Perkhidmatan Kualiti perkhidmatan

Premis Lokasi perniagaan

Tenaga Kerja

Mutu Tenaga Kerja (tenaga kerja terlatih)

Sukakan kerja-kerja pembersihan

Semangat Kerja Berkumpulan

Citra Perniagaan

Orientasi Pencapaian Dalam Perkhidmatan

Rangkaian Perniagaan (Business Networking)

Cawangan Tambahan

Reputasi Perniagaan Sedia Ada

Perkhidmatan Mesra

Page 20: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, ... atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

DAN KOPERASI (MECD)

Lot 2G6, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya Malaysia.

Tel : 603 - 8880 5000

Fax : 603 - 8880 5106

Http://www.mecd.gov.my