menjamin survival orang melayu dan bumiputera dalam era globalisasi dan liberalisasi

Upload: zaim

Post on 06-Jul-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Menjamin Survival Orang Melayu Dan Bumiputera Dalam Era Globalisasi Dan Liberalisasi

    1/7

    MENJAMIN SURVIVAL ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA DALAM ERA GLOBALISASI

    DAN LIBERALISASI

    Konsep survival

    !Ian"a #erasal $ari per%a&aan survive $an #erer&i 'e'per&a(an%an $iri$ari %ea$aan &er&en&u)Kelan*sun*an (i$up seseoran* $i 'ana seseoran*

    i&u &i$a% 'eneri'a pela"anan "an* se'purna %erana a$an"a pen*aru(

    a&au 'asala( "an* &i'#ul pa$a +a%&u i&u)Survival ,u*a 'eru,u% %epa$a

    %ea$aan $i 'ana %i&a 'e'erlu%an per,uan*an un&u% #er&a(an (i$up)

    De-nisi Mela"u 'enuru& per%ara ./0 123 Perle'#a*aan Perse%u&uan Mala"sia4

    oran* Mela"u $i&a%ri5%an se#a*ai

    .) Bera*a'a Isla'2) Ber&u&ur $ala' Ba(asa Mela"u6) Men*a'al%an a$a& is&ia$a& Mela"u7) La(ir se#elu' a&au #er'as&au&in pa$a (ari 'er$e%a sa'a a$a $i

    Perse%u&uan a&au $i &ana( Sin*apura)

    De-nisi Bu'ipu&era

    .)Se'enan,un*

    Sala( seoran* i#u a&au #apa a$ala( Mela"u $an #era*a'a Isla'8Oran* asli

    seper&i "an* &er'a%&u# $ala' per%ara ./0 123 Perle'#a*aan Perse%u&uan 'a%aana% a%an $i%ira se#a*ai #u'ipu&era)

    2)Sa#a(

     Ji%a #apa a$ala( Mela"u $an #era*a'a Isla'8Peri#u'i Sa#a( seper&i "an*

    &er'a%&u# $ala' per%ara ./.A 1/31a3 Perle'#a*aan Perse%u&uan 4 'a%a ana%

    a%an $ii%&ira5 se#a*ai #u'ipu&era)

    6)Sara+a%

    Sala( seoran* i#u a&au #apa a$ala( %au' pri#u'i Sara+a% seper&i "an*

    &er'a%&u# $ala' per%ara ./.A 1/31a3 Perle'#a*aan Perse%u&uan 4 'a%a ana%

    a%an $ii%&ira5 se#a*ai #u'ipu&era)

    Konsep survival oran* Mela"u $an Bu'ipu&era)

    Ia #erer&i 'en*e%al%an %esina'#un*an oran* Mela"u $an Bu'ipu&era un&u%

    &erus (i$up)Selain i&u4 usa(a "an* $ila%u%an ole( %era,aan un&u% 'e'as&i%an

    %e+u,u$an $an %esina'#un*an oran* Mela"u $an Bu'ipu&era &erus &er,a'in

    'en*i%u& perun&u%an $ala' Perle'#a*aan Mala"sia)Se&erusn"a4 peranan $an

    &an**un*,a+a# %era,aan un&u% 'e'as&i%an supa"a survival oran* oran* Mela"u

    $an Bu'ipu&era &er,a'in) Kera,aan ,u*a 'en,a'in survival oran* Mela"u $anBu'ipu&era &i$a% $iper&i%ai%an ole( oran* #u%an Mela"u)

  • 8/18/2019 Menjamin Survival Orang Melayu Dan Bumiputera Dalam Era Globalisasi Dan Liberalisasi

    2/7

    Survival Melayu-Bumiputera

    STRATEGI SURVIVAL MELAYU-BUMIPUTERA DI MALAYSIA

    Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir pada 1511 di tangan penjajah

    Portugis, kemudian Belanda, Inggeris dan Jepun silih-berganti menguasai Tanah

    Melayu. Penjajahan berlangsung selama 446 tahun telah menghancurkan hampir

    seluruh infrastruktur bangsa Melayu-Bumiputera seperti sistem pentadbiran,

    pendidikan, sosial, politik, perundangan dan ekonomi satu persatu. Apa yang

    tinggal bertahan menjadi benteng terakhir bangsa Melayu-Bumiputera hanyalah

    Islam yang bersifat urusan peribadi dan kekeluargaan sahaja serta adat istiadat

    Melayu yang bersifat sentimental. Hal yang sama berlaku terhadap Bumiputera di

    Sabah apabila diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris dan James Brookemenjadi Raja Sarawak. Menjelang Perang Dunia Kedua, Sabah dan Sarawak

    diserahkan kepada kerajaan Inggeris.

    Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan pembentukan

    Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 sekaligus menyaksikan kemerdekaan Sabah

    dan Sarawak sepatutnya sudah boleh dilakukan sesuatu yang mengembalikan

    zaman kegemilangan Melayu-Bumiputera. Bukan sahaja setakat bangsa yang baru

    terlepas dari penjajahan tetapi lebih dari itu sebagai bangsa yang mengupayakan diri

    untuk survival masa hadapan Pemerintahan dan pentadbiran yang sebelumnyaditerajui oleh Sultan dan para pembesar Melayu telah diambil alih oleh penasihat

    Inggeris. Pendidikan Barat moden yang diperkenalkan oleh Inggeris hanya dapat

    diakses di kawasan bandar sahaja yang bukan dihuni oleh Melayu-Bumiputera dan

    lepasan sekolah tersebut hanya layak untuk mendapat kerja berjawatan rendah

    dalam birokrasi kerajaan Inggeris. Perkembangan ekonomi berorientasikan ekspot

     bahan mentah telah membawa masuk buruh asing bagi memenuhi keperluan tenaga

    kerja. Inilah kemudiannya yang mengubah komposisi etnik di Asia Tenggara

     berbanding dengan penduduk peribumi akibat perbezaan warna kulit, bahasa,

    agama dan budaya. Pada masa yang sama untuk memudahkan penjajahan, Inggeristelah melaksanakan dasar “pecah dan perintah” yang menghalang wujudnya

    perpaduan di kalangan etnik yang pelbagai.

    Pemerkasaan Melayu-Bumiputera bermaksud kelangsungan hak penguasaan dan

     jaminan kedudukan etnik Melayu-Bumiputera di negara ini yang merupakan negara

    tanah tumpah darah dan warisan nenek moyang yang perlu dipertahankan.

    Pemerkasaan Melayu/Bumiputera mesti dipertahankan dan diperkukuhkan dalam

    aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunandan sebagainya. Perlu ada

    perancangan dan usaha untuk menyusun semula dasar dan agenda negara supaya

    menyediakan peluang yang munasabah bagi memastikan Melayu-Bumiputera tidak

  • 8/18/2019 Menjamin Survival Orang Melayu Dan Bumiputera Dalam Era Globalisasi Dan Liberalisasi

    3/7

    ketinggalan dalam persaingan hidup kontemporari yang dinafikan kepada mereka

    di zaman penjajahan dulu.

    Mengurus agenda survival Melayu-Bumiputera boleh dimulakan dengan

    menganalisa cara orang Melayu-Bumiputera berfikir, mengorganisasi diri dankelompoknya, mengendali keperluan hidup seharian, cara memaju dan

    membangunkan diri sendiri. Selepas itu perlu diberi perhatian kepada sistem yang

    menunjangi kehidupan mereka meliputi dasar-dasar kerajaan, sistem pengurusan

    pembangunan yang diputuskan melalui dasar dan implimentasinya juga segala

    urusan agensi yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan yang perlu

    untuk orang Melayu-Bumiputera membangun. Kebangkitan semula orang Melayu-

    Bumiputera boleh dilakukan asalkan mereka mahu berubah dan agensi yang

    membawa perubahan itu memahami perubahan yang perlu dilakukan.

    7.1 PERANAN KERAJAAN

    Dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang sempurna seperti

    Malaysia, persoalan hubungan etnik merupakan isu utama negara yang mesti

    ditanggani dengan sebaik mungkin supaya seluruh tenaga, modal dan fikiran dapat

    disalurkan kepada kemakmuran pembangunan negara dan rakyat dapat hidup

    aman damai dan bebas tanpa ketakutan, berinteraksi secara sihat dan harmonis.

    Untuk mencapai hasrat murni tersebut, negara mesti berusaha untuk membentuk

     jatidiri rakyatnya iaitu bangsa Malaysia yang terangkum dalam semangat,

    kepercayaan, sikap dan visi dan seterusnya diterjemahkan dalam kehidupanseharian.

    a.  Politik

    Sejak Barisan Nasional ditubuhkan kerjasama antara parti politik pelbagai etnik

    menjadi ramuan utama perkongsian kuasa, kuasa Melayu yang diwakili olehUMNO

    telah menjadi kuasa teras dalam pakatan politik. Melalui kuasa teras ini,etnik

    Melayu dapat menguasai kerajaan dan menjadi kuasa penentu kebanyakan dasar

    kerajaan. Kerajaan juga dapat merancang dan melaksanakan segala dasar dan

    program bagi mengukuhkan survival Melayu. Perkongsian kuasa Barisan

    Nasional (BN) dapat memastikan kestabilan dan mengurus konflik dengan baik.Walau bagaimanapun keputusan pilihan raya ke 12 (2008) dan ke 13 (2013)

    memperlihatkan kerajaan BN telah kehilangan sokongan daripada rakyat pelbagai

    etnik dan juga generasi muda. Pengundi lebih cenderung menyokong parti

    pembangkang seperti PAS (Parti Islam SeMalaysia), PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan

    DAP (Democratic Action Party). Kemerosotan sokongan ini dibimbangi akan

    menghakis kuasa Melayu/Bumiputera dalam kerajaan dan boleh melemahkan dasar

    yang menyokong survival Melayu-Bumiputera. Etnik Cina dilihat tidak menyokong

    BN dan sokongan sebahagian orang Melayu kepada PAS dan PKR memecahkan

    kekuatan Melayu sekaligus kekuatan Melayu dalam kerajaan semakinmengecil. Kebimbangan tersebut menyebabkan segelintir daripada etnik Melayu

  • 8/18/2019 Menjamin Survival Orang Melayu Dan Bumiputera Dalam Era Globalisasi Dan Liberalisasi

    4/7

    mengutarakan keperluan pembentukan kerajaan perpaduan dengan membawa

    masuk parti-parti politik Melayu seperti PAS (Parti Islam SeMalaysia) ke dalam

    kerajaan bersama UMNO (United Malay National Organization) bagi mengukuhkan

    kuasa politik Melayu-Islam bagi menghadapi cabaran tuntutan etnik lain.

    Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO disarankan agar lebih memberi perhatianterhadap tuntutan dan pembangunan etnik Melayu terutama di luar bandar yang

    rata-rata masih teguh menyokong BN. Ini kerana dalam bidang politik, masyarakat

    majmuk lebih cenderung mementingkan survival masing-masing. Mereka suka

    dipimpin oleh kalangan mereka sendiri dan sukar menerima kalangan pemimpin

    etnik lain. Setiap etnik mempunyai parti politik tersendiri. Orang Melayu

    mempunyai UMNO dan PAS, orang Cina bernaung di bawah MCA, DAP dan

    Gerakan, orang India berjuang dalam MIC dan IPF. Demikian juga di Sabah dan

    Sarawak setiap etnik mempunyai satu atau dua parti politik. Parti yang berasaskan

    agama dan pelbagai kaum tidak begitu mendapat kepercayaan rakyat jikadibandingkan dengan parti mewakili etnik.

    Sistem politik demokrasi berparlimen menyaksikan kemunculan parti politik

     berasaskan etnik menyuarakan kepentingan masing-masing sehingga menimbulkan

    persaingan kepentingan dan semangat perkauman terutamanya pada isu-isu seperti

     bahasa, agama, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Mereka akan bertanding

    dalam pilihanraya setiap lima tahun dan rakyat yang mendaftar sebagai pemilih

    akan memilih wakil mereka untuk menduduki kerusi parlimen. Sistem demokrasi

    “satu orang satu undi” memerlukan parti politik mendapatkan sokongan sebanyak

    yang mungkin dan ini memberi konotasi mudah betapa parti yang diwakili olehetnik yang majoriti berupaya untuk menang. Begitupun etnik yang minoriti menjadi

    kuasa penentu parti yang menang mutlak. Untuk memastikan survival orang

    Melayu/Bumiputera, mereka hendaklah mendaftar sebagai pengundi supaya layak

    menentukan kedudukan istimewa mereka dapat dikekalkan seperti agama Islam

    sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan

    Raja-Raja Melayu yang pasti tidak dapat dikekalkan sekiranya negara diperintah

    oleh etnik lain dari Melayu. Sistem pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan kuasa

    eksekutif iaitu Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia memastikan

    Raja-Raja Melayu di sembilan buah negeri Melayu memilih kalangan merekainstitusi Yang DiPertuan Agong sebagai payung pelindung orang Melayu dan Ketua

    Agama Islam. Ini dilindungi dalam perlembagaan persekutuan dan mesti

    dipertahankan oleh orang Melayu.

    b. 

    Ekonomi

    Kemiskinan dan ketinggalan orang Melayu/Bumiputera dalam bidang ekonomi

    yang berleluasa selepas merdeka berjaya dikurangkan dengan pengenalan satu dasar

    eksklusif iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari tahun 1970-1990. Selain itu usaha

    untuk meningkatkan daya pengeluaran dilaksanakan melalui projek perikanan,penternakan, pertanian, pembuatan, perniagaan dan perkhidmatan moden. Kerajaan

  • 8/18/2019 Menjamin Survival Orang Melayu Dan Bumiputera Dalam Era Globalisasi Dan Liberalisasi

    5/7

    membantu dengan menyediakan kemudahan mikro kredit, infrastruktur, teknikal

    dan pemasaran. Fokus pemerkasaan ekonomi yang paling utama ialah

    menggalakkan orang Melayu/Bumiputera menceburi sektor IKS (Industri Kecil dan

    Sederhana) dengan memperhebatkan aktiviti keusahawanan dan perniagaan kerana

    perubahan ini penting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Beberapa masalahyang telah dikenalpasti seperti teknologi pengeluaran yang ketinggalan, kekurangan

    modal dan pasaran yang terhad mesti diselesaikan secara tuntas. Ini diharap dapat

    diatasi melalui usaha keras agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN

    Nasional, MARA, PUNB dengan menambah bilangan usahawan bumiputera melalui

    penambahan peruntukan yang dikeluarkan.

    Satu lagi usaha besar kerajaan ialah bagi membentuk masyarakat perdagangan dan

    perindustrian Melayu/Bumiputera di semua peringkat aktiviti ekonomi. Antaranya

    ialah melalui Dasar Penswastaan perkhidmatan kerajaan yang berdaya maju kepada

    Melayu/Bumiputera yang mempunyai daya saing, inovatif, berani mengambil risikodan berminat. Dalam pada itu usaha memperkukuhkan pemilikan aset bukan

    kewangan Melayu/Bumiputera seperti rumah kediaman, premis industri dan

    kompleks komersil dipergiatkan. Begitu juga hartanah wakaf dan tanah pusaka yang

    kelihatan seperti tidak terurus dan terbiar sehingga menyebabkan nilainya merosot

    dan rendah diperkasakan dengan pengurusan berasaskan perniagaan. Ini dapat

    diperbaiki contohnya melalui penubuhan Yayasan Wakaf Malaysia dan usaha lebih

    gigih Pelaburan Hartanah Berhad, Perbadanan Usahawan Bumiputera dan MARA

     bagi membangunkan hartanah komersil dan industri. Syarikat Perumahan Rakyat

    1Malaysia (PRIMA), Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Negeri boleh memperbanyakkan rumah mampu milik

    kepada Melayu/Bumiputera supaya mereka memiliki keperluan asas tersebut dan

     boleh tinggal di kawasan bandar yang peast membangun bersama rakyat Malaysia

    yang lain.

    Had maksimum pelaburan individu dalam Amanah Saham Bumiputera telah

    dipertingkatkan kepada RM200,000.00 bagi menggalakkan penyertaan golongan

    menengah Bumiputera dalam pemilikan saham. Manakala ASB2 yang dilancarkan

    oleh Permodalan Nasional Berhad mendapat suntikan permulaan dari kerajaan

    sebanyak 10 billion unit saham. Meningkatkan pembangunan usahawanBumiputera dengan mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera dan

    mewujudkan usahawan baru.

    Untuk memperkasakan survival dalam bidang ekonomi, kerajaan mesti memastikan

    tidak wujud campurtangan politik dalam proses membuat keputusan sehingga

    menyebabkan agensi-agensi kerajaan gagal berfungsi melonjak kedudukan bangsa

    Melayu. Demikian juga penyelewengan yang berlaku dihampir semua agensi yang

    ditubuhkan untuk membantu orang Melayu mesti dibedah siasat supaya tidak

    menjadi beban kepada usaha kerajaan tetapi sebagai aset yang membantu Melayu-

    Bumiputera. Kuasa yang diberi tidak lagi menjadi amanah, tetapi sebaliknya menjadiagensi yang berkaitan sebagai lubok untuk mengkayakan diri

  • 8/18/2019 Menjamin Survival Orang Melayu Dan Bumiputera Dalam Era Globalisasi Dan Liberalisasi

    6/7

    sendiri. Padahal fungsi sebenar penubuhannya ialah untuk membangun bangsa

    Melayu. Kekecewaan orang Melayu sangat memilukan. Nelayan Melayu terus

    ketinggalan dihimpit kemiskinan sedangkan yang kelihatan hebat ialah pejabat

    LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia). Samalah juga dengan pekebun kecil yang

     berterusan miskin berbanding dengan pejabat Risda dan Felcra yang bertambahmewah.

    c.  Sosial

    Akta Pelajaran 1996 melalui Perkara 13 (1) telah menetapkan bahasa kebangsaan

    sebagai pengantar utama sistem pendidikan dengan memperkukuhkan peranan

     bahasa Melayu sebagai medium perpaduan nasional serta pemerkasaan pendidikan

    agama sebagai asas survival ummah. Pelajar Melayu/Bumiputera yang berjaya dari

    segi akademik akan diberikan tempat di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar

    negara. Bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap

    kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiransupaya mendapatkan lebih peluang pekerjaan.

    Peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA, Institut Latihan

    Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk menambah pusat

    latihan, menyediakan peralatan berteknologi tinggi dan menambah program latihan.

    MARA dan JPA berperanan menyediakan biasiswa dan pinjaman pendidikan

    kepada pelajar Melayu-Bumiputera bagi memenuhi keperluan bidang kritikal masa

    depan dan berteknologi tinggi bagi melahirkan Melayu-Bumiputera yang berkualiti,

     berwibawa dan cemerlang yang mampu menyumbang kepada pembangunan

    negara. Bagi graduan Melayu-Bumiputera yang mengganggur, kerajaan akanmenggiatkan program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability

    Management Scheme dan Program Peneraju Skill untuk menambah bilangan

    penerima faedah supaya mereka lebih bersedia memasuki alam pekerjaan.

    7.2 PERANAN NGO

    Penubuhan NGO (Non-Government Organization) Melayu/Islam amat penting bagi

    memastikan survival Melayu/Bumiputera. Banyak NGO ditubuhkan dengan

    matlamat dan pendekatan yang berbeza. Ia boleh berperanan sebagai golongan

    pendesak yang kritis terhadap setiap perkara yang ada hubungannya dengan etnikMelayu. Antara yang paling jelas ialah penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa

    Malaysia atau Perkasa yang bermatlamat untuk mempertahankan hak-hak orang

    Melayu dan Bumiputera di dalam Perlembagaan. Dalam perjuangannya Perkasa

    sentiasa kritis terhadap mana-mana pihak yang menafikan atau melemahkan hak

    Melayu/Bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan. Begitu juga dengan GPMS

    (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) yangditubuhkan untuk meningkatkan

    pendidikan dan menjaga kebajikan pelajar Melayu di samping tidak melupakan

    peranannya memperjuangkan survival orang Melayu seperti kedudukan bahasa

    Melayu, Raja-Raja Melayu, agama Islam dan kedudukan Istimewa Orang Melayu.

  • 8/18/2019 Menjamin Survival Orang Melayu Dan Bumiputera Dalam Era Globalisasi Dan Liberalisasi

    7/7

    7.3 PERANAN ISLAM

    Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa Islamadalah

    agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di mana-mana

     bahagian Persekutuan Malaysia. Perkara 11(1) menjamin kebebasan beragama selain

    dari Islam untuk mengurus hal ehwal masing-masing tetapi dalam masa yang samadilarang menyebar agama mereka ke atas orang yang menganut agama Islam. Islam

    di Malaysia sebenarnya mengangkat martabat Melayu dari mundur kepada

     bertamadun sehingga Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan umpama “isi dan

    kuku”. Islam menjadi benteng kukuh menghadapi penjajahan Inggeris dan Islam

     jugalah yang menjadi pendorong menentang penjajahan. Islam

    kemudiannya menjadi salah satu asas penting Perlembagaan Persekutuan yang

    membolehkan ajaran Islam diperkukuhkan di Malaysia dalam pelbagai

     bidang seperti undang-undang, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi,

    pembangunan dan lain-lain.

    7.4 PERANAN ETNIK MELAYU/BUMIPUTERA

    Seterusnya orang Melayu-Bumiputera perlu memerdekakan diri mereka daripada

    segala masalah yang wujud yang melingkari hidup mereka dalam politik, sosial,

     budaya, ekonomi dan sebagainya. Semua masalah yang meruntun bangsa Melayu-

    Bumiputera mesti dicari penyelesaiannya dan pada masa yang sama usaha untuk

    melonjakkan potensi Melayu-Bumiputera mesti diteruskan. Orang Melayu-

    Bumiputera mesti membina psikologi yang kuat, tekad dan nekad serta tidak mudah

    mengalah. Sejarah bangsa Melayu-Bumiputera sebenarnya sarat dengankecemerlangan dan kegemilangan. Bangsa Melayu pernah hebat, sama ada sebagai

    pelayar, pejuang dan peneroka belantara. Sebagai peneroka belantara, orang Melayu

    dahulu membina perkampungan dan kemudian menjadi pekan dan bandar. Namun

    malangnya sekarang, semuanya sudah diambil-alih oleh enik lain. Padahal kita yang

    memulakannya tetapi yang dapat hasilnya orang lain.

    Rugi apabila kita tidak membina kekuatan asal bangsa Melayu yang jatidirinya

     bertunjangkan Islam kerana yang kita lebih utamakan ialah nilai-nilai asing dari

    Barat atau Timur. Bangsa Melayu seolah-olah kehilangan diri sendiri di tengah-

    tengah arus kemajuan dan pemodenan.