meningkatkan kesedaran umat islam dalam pengunaan ... kerja/kertas kerja 2016/hari kedua... ·...

10
Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Tinjauan Umum Mengenai Implikasi Internet dan Media Sosial Adam Jait Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam Abstrak Masyarakat hari ini menikmati kemudahan dalam kehidupan dengan melakukan pelbagai urusan dan akitivi melalui kepesatan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Islam tidak pernah menghalang malah mengalakkan kajian atau penyelidikan untuk menghasi lka n penemuan-penemuan terbaru dalam bidang teknologi bagi memudahkan urusan kehidupan manusia seharian. Walau bagaimanapun, terciptanya ICT turut mengundang kesan negatif di kalangan masyarakat yang menyalahgunakannya secara sengaja atau pun tidak. Kajian ini memfokuskan kepada beberapa bentuk implikasi penggunaan Internet dan Media Sosial di kalangan masyarakat Islam di Brunei Darussalam. Kaedah tinjauan secara pemerhatian dan temubual dibuat di beberapa tempat dalam majlis-majis keugamaan untuk mendapatkan dapatan kajian yang realistik. Selain itu, ia juga membincangkan beberapa senario dan prinsip etika pengunaan Internet dan Media Sosial. Beberapa cadangan dan langkah bagi meningkatkan kesedaran dan mengawal aktiviti-aktiviti ini di kalangan masyarakat juga dinyatakan. 1. Pendahuluan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang berkembang pesat pada hari ini memberika n nilai tambah (added value) di dalam kita menikmati segala kecanggihannya yang digunakan secara positif oleh semua lapisan masyarakat. Pengguna dapat melayari Internet walau di mana saja mereka berada pada bila-bila masa melalui telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai gajet yang lain. Kewujudan Internet juga membuka ruang yang lebih luas kepada penguna untuk mendapatkan pelbagai ilmu. Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, umat Islam seharusnya melibatka n diri bersama-sama dalam arus kemajuan ini agar tidak jauh ketinggalan di belakang. Dalam al-Quran, Surah Al-Muddashir ( ة المدثر سور) ayat 37 38 ada menjelaskan tentang berusaha untuk maju atau sebaliknya, (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya) Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,

Upload: letram

Post on 20-May-2018

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi: Tinjauan Umum Mengenai Implikasi Internet dan Media Sosial

Adam Jait

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam

Abstrak

Masyarakat hari ini menikmati kemudahan dalam kehidupan dengan melakukan pelbagai urusan dan akitivi melalui kepesatan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Islam

tidak pernah menghalang malah mengalakkan kajian atau penyelidikan untuk menghasi lkan penemuan-penemuan terbaru dalam bidang teknologi bagi memudahkan urusan kehidupan manusia seharian. Walau bagaimanapun, terciptanya ICT turut mengundang kesan negatif di

kalangan masyarakat yang menyalahgunakannya secara sengaja atau pun tidak. Kajian ini memfokuskan kepada beberapa bentuk implikasi penggunaan Internet dan Media Sosial di

kalangan masyarakat Islam di Brunei Darussalam. Kaedah tinjauan secara pemerhatian dan temubual dibuat di beberapa tempat dalam majlis-majis keugamaan untuk mendapatkan dapatan kajian yang realistik. Selain itu, ia juga membincangkan beberapa senario dan prinsip etika

pengunaan Internet dan Media Sosial. Beberapa cadangan dan langkah bagi meningkatkan kesedaran dan mengawal aktiviti-aktiviti ini di kalangan masyarakat juga dinyatakan.

1. Pendahuluan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang berkembang pesat pada hari ini memberikan nilai tambah (added value) di dalam kita menikmati segala kecanggihannya yang digunakan secara

positif oleh semua lapisan masyarakat. Pengguna dapat melayari Internet walau di mana saja mereka berada pada bila-bila masa melalui telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai gajet yang

lain. Kewujudan Internet juga membuka ruang yang lebih luas kepada penguna untuk mendapatkan pelbagai ilmu.

Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, umat Islam seharusnya melibatkan

diri bersama-sama dalam arus kemajuan ini agar tidak jauh ketinggalan di belakang.

Dalam al-Quran, Surah Al-Muddashir ( سورة المدثر ) ayat 37 – 38 ada menjelaskan tentang berusaha untuk maju atau sebaliknya,

(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang

mahu mundur (daripada mengerjakannya)

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,

Page 2: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

Media sosial adalah sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan

menggunakan gabungan elemen-elemen multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, video dan audio (MAMPU, 2015).

Penggunaan internet dan media sosial kini semakin meluas di seluruh dunia, tidak terkecuali di

Brunei Darussalam. Pembabitan masyarakat Islam dalam penciptaan dan pengunaan ICT telah memberi kesan yang baik kepada umat Islam secara umumnya. Misalnya, gabungan sinergi (membangunkan hubungan kerjasama yang produktif) di antara golongan pakar agama dan pakar

ICT telah menghasilkan laman-laman web menarik yang mampu memberi input ilmu agama kepada umat Islam di internet. Malah, telah wujud laman-laman sesawang yang diusahakan untuk

menjawab persoalan agama secara langsung (On-line). Ini adalah kesan baik daripada teknologi internet yang dapat diusahakan untuk manfaat bersama.

Secara umumnya, tidak kira sama ada dari segi teknologi, pendidikan, kesihatan, politik, ekonomi,

hiburan, sukan, isu semasa, dan segala macam maklumat adalah sangat mudah & cepat diperohlehi

melalui media sosial. Menurut Ika, Ali & Helmi (2013), kadang kala maklumat yang ada di media

sosial tidak tertulis dalam surat khabar ataupun tersiar di kaca televisyen malah media sosial juga

turut membantu menyebarkan budaya popular. Apabila Internet dan teknologi telefon bimbit

menjadi semakin maju maka media sosial berkembang pesat juga. Kini, untuk mengakses

Facebook, YouTube ataupun Twitter boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa

hanya dengan menggunakan telefon bimbit (Luik, 2010).

Nielsen (2011) melaporkan bahawa pengguna media sosial yang paling aktif didominasi oleh

kaum wanita yang berusia di antara 18-34 tahun. Mereka menggunakan dengan pesat media baru

dan teknologi terkini. Mereka berminat dan lebih tertarik dengan segala sesuatu yang berkaitan

dengan Internet dan aplikasinya. Mereka sangat aktif dan cenderung untuk melibatkan diri dengan

laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ ataupun YouTube.

Whatsapp merupakan satu aplikasi media sosial yang sangat popular dan hebat melanda

masyarakat dunia pada hari ini yang digunakan oleh semua peringkat usia (Puteri, 2013).

Whatsapp mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang

betul. Pengunaan Whatsapp dapat menghubungkan persahabatan antara keluarga, teman-teman

sama ada di sekolah, kolej ataupun universiti dan di tempat kerja dengan lebih erat lagi. Whatsapp

menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan

tanpa batasan masa dan menjimatkan kos.

Di antara keburukan yang paling ketara dalam pengunaan Whatsapp yang tidak terkawal ialah

pembaziran masa dan kelalaian. Whatsapp yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang

salah atau kurang tepat, kemudian disebarkan boleh menjatuhkan maruah, fitnah, gosip dan

permusuhan. Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, memang terdapat banyak kebaikan

dan juga keburukan dalam pengunaan ICT ini khususnya media sosial. Sebenarnya semua ini

bergantung kepada cara kita menggunakannya. Penggunaan yang betul menjadikan kesan yang

baik dan penggunnaa yang salah menjadikan kesan penggunaan yang tidak baik.

Page 3: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

Oleh yang demikian, kesedaran kita sebagai umat Islam dalam pengunaan Teknologi Maklumat dan komunikasi khususnya dalam media sosial ini amat perlu diambil perhatian yang serious

supaya tidak menjejaskan hubungan sesama manusia dan kekeluargaan (Hablum Minannas). Malahan jangan sampai kelalaian itu menjadi penyebab atau punca kepada kemunduran kita dalam

membuat amal kebajikan yang dituntut oleh agama iaitu dengan menjelaskan hubungan dengan Allah (Hablum Minallah).

2. Kaedah dan Dapatan Kajian

Masalah kajian ialah pengunaan sosial media yang membawa kepada kelalaian dalam membuat

amal kebajikan yang dituntut oleh agama. Di dalam kontek inilah pengkaji ingin melihat dari sudut reaksi dan persepsi masyarakat.

Objektif kajian pertama ialah untuk mengetahui persepsi masyarakat mengenai penggunaan media sosial di kalangan penggunanya dalam majlis atau acara-acara keugamaan. Manakala, soalan

kajiannya ialah, apakah pandangan masyarakat terhadap seseorang yang sibuk mengunakan media komunikasi sosial di dalam majlis atau acara-acara keugamaan sedang yang berlangsung?

Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang dijalankan menerusi tinjauan secara

pemerhatian ‘observation’ di tempat majlis atau acara-acara keagamaan dijalankan dan temubual ‘interview’.

Majlis atau acara-acara keagamaan yang dimaksudkan ialah;

Majlis Doa Selamat / Kesyukuran

Majlis membaca Surah Yasin dan Tahlil Membaca wirid selepas sembahyang ‘Mengaji al-Quran’

Di dalam pemerhatian yang dijalankan semasa majlis atau acara-acara keagamaan seperti di atas

sedang berlangsung, reaksi masyarakat ialah terdapat penguna telefon bimbit sibuk menggunakannya dalam pada masa yang sama majlis dijalankan. Jadi, tanpa membuat sebarang

spekulasi atau andaian sendiri untuk merumuskan permasalahan tersebut, dibuat satu kajian untuk melihat apa pandangan atau persepsi masyarakat tentang situasi tersebut.

Dengan mengunakan kaedah temubual yang dijalankan, terdapat beberapa pandangan yang

berbeza dan tidak kurang juga dengan pandangan yang bersahaja. Dapatan kajian dari reponden yang ditemubual dengan ciri-ciri demograpik tanpa menyatakan nama responden (R).

Soalan temubual ialah, apa pandangan kita kalau ada orang yang sibuk dengan

‘mobile phone’ nya selepas saja membagi salam, atau semasa berdoa atau masih

dalam berwirid atau ketika belajar mengaji al-Quran?

R1 – Lelaki, umur antara 46 hingga 55 tahun dan tidak/kurang berpengetahuan dalam ugama berpendapat “ .. atu hak individu pulang, akan tetapi semasa menghadap illahi, kita

sepatutnya memberikan masa kita sepenuhnya kepada tuhan pencipta sebagai tanda kesyukuran, penyerahan diri dan memohon dengan seiklas sepenuh hati.”

Page 4: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

R2 – Perempuan, umur antara 46 hingga 55 tahun dan tidak/kurang berpengetahuan dalam ugama berpendapat “…pada pandangan ku selepas sembahyang di masjid berjemaah,

kadang-kadang terjumpa orang terus menggunakan mobilephone nya, ada 2 perkara dalam fikiran ku, dari sudut kebaikan mungkin ada ‘urgent’ yang harus diselesaikannya sama

ada masalah peribadinya atau perkerjaannya yang ‘very important’ mesti diselesaikan segera.... tapi dari sudut keburukannya pulang, kalau orang menggunakan ‘mobilephone’ selesai saja sembahyang jema’ah ani ada kemungkinannya ia terlalu kusyuk atau tasub

memikirkan duniawi sehinggakan lepas sembahyang inda lagi sempatkan berwirid ani terus menyingkap ‘mobilephone’ nya tia pulang...jangan kata wirid doa pun inda lagi di

wajibkannya.... padahal lapas sembahyang atu tah segala doa dimakbulkan Allah..... Ani dari sudut pemikiran ku ikhlas ni…. apa jua ilmu ku masih cetek…”

R3 - Lelaki, umur antara 36 hingga 45 tahun dan berpengetahuan dalam ugama berpendapat “ .. pandangan mengenai perkara tersebut bukan budaya Islam, ini adalah

budaya orang luar.”

R4 - Perempuan, umur antara 36 hingga 45 tahun dan berpengetahuan dalam ugama berpendapat “ .. berfikiran positif... ku fikirkan ‘maybe’ durang melihat zikir, atau

melihat ada panggilan atau whatsapp penting..”

R5 – Lelaki, umur 66 ke atas dan tidak/kurang berpengetahuan dalam ugama berpendapat “ … pandangan saya mengenai dengan pengunaan telefon selepas saja membagi salam ani

kurang elok di mana dapat kita bayangkan sepanjang seseorang itu melakukan sembahyang, ada kemungkinan tidak kusyuk kerana memikirkan sesuatu terhadap telefonnya seperti menunggu pesanan, panggilan dan sebagainya daripada menyelesa ikan

solatnya dengan berwirid dan berdoa selesai saja memberi salam. Itu lah kesempurnaan kita dalam sembahyang. Lain lah halnya jika seseorang itu mengambil mobilephone nya

selesai memberi salam kerana membaca wirid-wirid lepas sembahyang melalui mobilephone nya.”

R6 - Perempuan, umur antara 16 hingga 25 tahun dan tidak / kurang berpengetahuan dalam ugama berpendapat “ … dari pandangan saya perbuatan itu amat menyedihkan seakan-

akan seseorang itu terus memikirkan hal lain ataupun dia sembahyang tidak khusyuk.”

Objektif kajian kedua ialah untuk mengenalpasti penggunaan aplikasi media sosial yang paling popular di kalangan penggunanya melalui telefon bimbit di Brunei Darussalam.

Soalan kajiannya ialah, apakah aplikasi media sosial yang paling banyak sekali digunakan

sepanjang hari melalui mobilephone?

Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang dijalankan menerusi temubual ‘interview’ tanpa berjadual kepada pengguna telefon bimbit iaitu bila bertemu atau terserempak

dan berkesempatan untuk bertanya.

Dapatan kajian dari seramai 72 responden secara rawak yang ditemubual mendapati 57 responden (79%) menggunakan Whatsapp, 9 responden (13%) menggunakan Facebook, 3 responden (5%)

menggunakan Instagram dan 3 responden (5%) menggunakan Youtube.

Page 5: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

Sedikit Fakta tentang penggunaan media sosial, rakyat Malaysia dikatakan menghabiskan purata lima jam dalam talian setiap hari, dan tiga daripada lima jam tersebut adalah terhadap media sosial.

Dan daripada 19.2 juta pengguna Internet di Malaysia, 15.6 juta daripada mereka adalah aktif di Facebook (MCMC 2013).

3. Implikasi Pengunaan Media Sosial

Kajian yang dijalankan oleh Musa Abu Hasan (1996) mendapati bahawa media sosial memberikan kesan yang mendalam terhadap perubahan sikap remaja / belia melibatkan tiga aspek yang utama

iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

3.1 Implikasi Positif

Secara umumnya, media sosial sebenarnya memberi implikasi yang positif kepada pengguna jika medium ini digunakan dengan sebaiknya. Pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh media sosial

yang meliputi penyebaran mesej komunikasi dakwah seiring dengan konsep amar maaruf nahi munkar yang dititikberatkan dalam Islam (Faradillah et al., 2015)

Dalam pendidikan misalnya, dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih efektif, menarik dan menyeronokkan. Maklumat mudah di akses pada bila-bila masa secara

perseorangan ‘private’ atau berkumpulan ‘Group melalui ‘Whatsapp’. Membantu pelajar dan tenaga pengajar mencari dan berkongsi maklumat-maklumat yang lebih banyak. Bahan-bahan multimedia untuk kuliah di universiti boleh dimanafatkan melalui ‘Youtube’.

Pengguna boleh berkenalan dan berkomunikasi dengan ramai orang dari seluruh negara dan boleh mendapatkan maklumat terkini dengan mudah dan pantas. Sebagai contoh, melalui laman media sosial seperti Facebook dan Instagram merupakan laman media sosial yang terkenal dan

digunakan hampir di seluruh dunia. Komunikasi media sosial yang paling popular sekarang ini

Whatsapp, 79%

Facebook, 13%

Instagram, 4%

Youtube, 4%

Peratus Pengunaan Media Sosial Melalui Telefon Bimbit

Whatsapp

Facebook

Instagram

Youtube

Page 6: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

seperti WhatsApp dan Telegram. Manakala, komuniti media sosial seperti You Tube dan Twitter seperti di rajah 1.

Rajah 1: Capaian Pengguna Media Sosial

Menurut Norrasidah Jumat (2014) laman media sosial digunakan sebagai alat pemasaran produk untuk perniagaan. Laman media sosial ini amat berguna bagi sesetengah pengguna yang

menjalankan perniagaan secara online iaitu sebagai satu platform untuk memasarkan produk mereka secara berkesan dan mudah, memberi maklumat terkini tentang produk yang dikeluarkan

dan memudahkan peniaga untuk membetulkan kesalahan jika terdapat pada pengiklanan produk. Skype membolehkan pengguna berkomunikasi dengan pihak lain secara bersemuka tanpa perlu

berjumpa secara langsung. Selain dapat mengeratkan hubungan, pengguna juga dapat menjimatkan masa dan kos telefon.

3.2 Implikasi Negatif

Terdapat juga implikasi negatif jika berlaku penyelewangan terhadap penggunaan media sosial ini.

Media sosial merupakan salah satu faktor yang menjadi punca kepada berlakunya gejala sosial jika berlakunya penyalahgunaan terhadap media tersebut. Banyak juga maklumat yang dipaparkan di

dalam media sosial tidak benar dan hanya untuk tujuan publisiti semata-mata. Malah, Kemudahan media sosial sering disalah guna untuk kepentingan peribadi.

Menurut Rushdina dan Hasnah (2014), antara kesan buruk lain akibat daripada penggunaan media sosial yang berlebihan adalah masalah komunikasi yang kian membimbangkan, terutamanya di

kalangan golongan muda. Apabila mereka lebih selesa berkomunikasi di alam maya, kemahiran berkomunikasi di alam realiti tidak lagi menjadi perkara penting seterusnya melahirkan masyarakat yang anti-sosial. Keterlaluan penggunaan media sosial menyebabkan ibu bapa dan

anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain.

Penggunaan Internet turut mengundang kesan negatif di kalangan pelajar akibat penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan mereka. Kajian ini memfokuskan

kepada beberapa bentuk penyalahgunaan ICT di kalangan pelajar seperti penyebaran bahan negatif, ancaman dan fitnah, pemalsuan maklumat dan sebagainya (Marziana, 2013).

Laman Media Sosial (FaceBook / Instagram)

Komuniti Media Sosial (You Tube / Twitter)

Media Sosial

Capaian melalui Internet dan Telefon Bimbit

Komunikasi Media Sosial (WhatsApp / Telegram / Skype)

Page 7: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

Ilmu yang kurang bermanfaat kepada pengguna seperti kisah dan gambar yang tidak bermoral, gossip, fitnah, sindiket penjualan barang terlarang dan pelbagai kegiatan yang tidak mendatangkan

faedah kepada peningkatan ilmu pengetahuan pengguna. isu-isu seperti pelajar hilang akibat keluar rumah mengikut teman yang dikenali dari Internet, pelajar menyimpan bahan negatif, pelajar

menghabiskan masa dengan bermain permainan dalam talian (online games) dan pelbagai lagi. Kesemua ini adalah berpunca dari penyalahgunaan ICT yang mana ianya turut mengaitkan prinsip etika ketika melayari Internet (Deborah, 2004).

3.3 Perubahan Gaya Hidup

Media sosial memainkan peranan yang penting dalam pembinaan masyarakat yang bertindak sebagai agen sosialisasi dalam menyumbang pelbagai impak proses perubahan gaya hidup masyarakat daripada pelbagai lapisan (Aminudin dan Nik Yusri, 2009).

Menurut Wiradhini (2015) media sosial yang berkembang maju menawarkan pelbagai kemudahan

dalam penyebaran informasi dalam bentuk apapun dapat disebarluaskan dengan mudah dan cepat sehingga mempengaruhi cara pandang, gaya hidup, serta budaya suatu bangsa.

Menggunakan media sosial sebagai alat untuk mereka berkomunikasi dan mencari rakan baru di laman-laman media sosial membuatkan golongan remaja kurang berinteraksi dengan masyarakat

dan lebih suka bersendiri. Di samping itu, media sosial juga dapat mempengaruhi perubahan gaya hidup seseorang dalam berbelanja.

Banyak para penjual yang menawarkan dan menjual barang dagangannya melalui media sosial. Manakala, banyak juga pengguna media sosial yang tertarik untuk membeli dan berbelanja secara

online. Wiradhini (2015) seterusnya menambah, perubahan jam tidur dapat dialami oleh para pengguna aktif media sosial. Banyak pengguna aktif media sosial yang terlalu sibuk dengan gadget dan media sosial mereka sehingga mereka lupa akan waktu dan mengurangi jam tidur malam

mereka.

4. Prinsip dan Etika Pengunaan Internet dan Media Sosial

Tata Etika merujuk kepada aturan atau peraturan bagi prinsip moral yang menjadi pegangan

seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia (KKM, 2016). Para masyarakat penguna perlu mengetahui mengenai prinsip, peraturan dan etika yang luhur dalam pengunaan media sosial

supaya tidak melanggar batasan yang digariskan agar dapat membentuk sahsiah yang baik.

Prinsip ini adalah sebagai kayu ukur terhadap peranan media sosial itu sendiri bagi menjamin pemeliharaan terhadap lima perkara utama al-maqasid al-syar’iyyah iaitu memelihara agama, akal, keturunan, nyawa dan harta benda. Ini bermakna peranan media sosial yang dibentuk

mestilah berlegar di sekitar al-maqasid al-syar‘iyyah itu sendiri. Dalam hal ini menurut Musa Abu Hasan & Narimah Ismail (1998) terdapat dua pendekatan yang

perlu dimainkan oleh media sosial sesuai dengan konteks al-maqasid al-syar‘iyyah iaitu pendekatan dari sudut tanggungjawab sosial dan juga dari sudut pembangunan.

Dari sudut tanggungjawab sosial, peranan media sosial adalah:

Page 8: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

1. Memenuhi kewajipan yang perlu terhadap masyarakat berteraskan profesionalisme seperti kualiti maklumat, kebenaran, ketepatan dan kesesuaian.

2. Bertindak dalam lingkungan undang-undang yang ditetapkan. 3. Menghindari mesej yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara.

4. Memberi peluang kepada rakyat untuk mengemukakan pandangan yang memberi kesan yang baik.

5. Individu yang terlibat dengan tanggungjawab media sosial mestilah bertanggungjawab

terhadap majikan dan negaranya.

Dari sudut peranan pembangunan pula, antara lain peranan media komunikasi adalah: 1. Menyokong usaha pembangunan yang sejajar dengan dasar dan polisi kerajaan. 2. Membangunkan masyarakat dengan maklumat yang mengandungi nilai-nilai budaya yang

baik. 3. Individu yang terlibat dengan media komunikasi perlu bebas untuk mendapatkan maklumat

dalam batasan undang-undang serta perlu bertanggungjawab terhadap maklumat tersebut. 4. Kerajaan mempunyai hak campur tangan dalam mana-mana organisasi media komunikas i

bagi memastikan proses pembangunan masyarakat dan negara dapat berjalan dengan baik.

5. Cadangan

Keperluan untuk menyediakan kurikulum sivik - Pengunaan Media Sosial.

Dalam pendidikan perlu kepada pendedahan awal terhadap pentingnya mempelaja r i dan menerapkan penggunaan media sosial dengan betul agar tidak berlaku sebarang

penyalahgunaan terhadap laman media sosial tersebut.

Keperluan dalam mengadakan kempen kesedaran dalam pengunaan media sosial oleh

organisasi yang berkenaan. Program yang dilakukan ini bertujuan untuk memupuk dan membentuk sahsiah serta jati diri seseorang untuk menerapkan nilai positif dalam

penggunaan media sosial.

Mungkin sudah tiba masanya, keperluan dalam menyediakan dokumentasi -

Garispandu dalam menerapkan Etika Pengunaan Media Sosial dalam Sektor Awam. Dokumentasi ini dapat menyumbang kepada kesedaran penguna media sosial dalam

pengukuhan pembangunan ummah dan pembentukan modal insan yang lebih positif.

6. Penutup

Setiap perkara jika dilakukan dengan cara yang baik akan mendatangkan hasil yang baik. Begitu

juga pengguna ICT, jika dimanfaatkan sepenuhnya mampu mendatangkan banyak kebaikan kepada penggunanya.

Page 9: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

Ibubapa dan masyarakat harus memainkan peranan mereka bagi mengatasi masalah tidak bermoral. Mereka haruslah menegur dan melaporkan kepada agensi-agensi berwajib sekiranya

terdapat sebarang kegiatan penyalahgunaan media sosial. Masyarakat juga perlu mempunya i disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak kehidupan dengan menggunakan media sosial

yang sedia ada untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan media ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitas ian dalam kehidupan bermasyarakat di Brunei Darussalam.

Oleh yang demikian bagi mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan di atas, maka peranan

media sosial seperti yang disarankan oleh Aminudin dan Nik Yusri (2009) mestilah bertitik tolak daripada prinsip al-amru bil-ma‘ruf, wan nahyu ‘anil-munkar (menyeru kepada kebaikan dan

mencegah daripada kemungkaran). Rujukan

Al-Quran al-Karim. Aminudin Basir dan Nik Yusri Musa (2009) Kebebasan Media Komunikasi Menurut Perspektif

Islam. Jurnal Hadhari Bil. 2 (2009) 65-82

Deborah, G. (2004). Ethical, Physichological and Societal Problems of the Application of ICTs in Education. Analytical Survey, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.

Faradillah Iqmar Omar, Hazlin Falina Rosli, NurZakira Afnee Zakaria, & Nuraina Nabila Dundai

Abdullah (2015) Hubungan Penggunaan Media Sosial dan Penerimaan Dakwah.

Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015 (2nd ICoMM) 16th – 17th November 2015, e-ISBN: 978-967-0850-25-2

Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi Abd. Rahim (2013) Penerimaan Media Sosial: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Di Palembang, Jurnal Komunikasi Malaysian Journal

of Communication Jilid 29(2) 2013: 125-140

Luik, J. E. (2010) Media sosial dan presentasi diri. Retrieved from http://repository.petra.ac.id/15386/1/Media_Sosial_dan_Presentasi_Diri.pdf [10 August 2016].

MAMPU (2015) Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Dalam Sektor Awam. Retrived fro m

http://www.jmg.gov.my/mengenai-kami/berita-semasa/pengumuman/235-penerapan-etika-penggunaan-media-sosial-dalam-sektor-awam [12 August, 2016].

Marziana Abdul Majid (2013) Membudayakan Adab dalam Penggunaan Internet dalam Kalangan

Pelajar. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net.

Page 10: Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan ... Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI KEDUA... · Menyedari hakikat betapa pentingnya ICT dalam kehidupan, ... medium ini digunakan

MCMC (2013) Laporan Prestasi Industri diterbitkan oleh pengawal selia Internet, Suruhanjaya Multimedia Komunikasi, Malaysia.

KKM (2016) Tata Etika Penggunaan Media Sosial. Puterajaya : Kementerian Kesihatan Malaysia.

Musa Abu Hassan (1996). Pengunaan Media Komunikasi dalam Aktiviti pemindahan

Pengetahuan. Dlm. Mazanah Mohamad & Ezhar Tamam (peny). Rakan Kongsi,

Komunikasi dan Media dalam Pembangunan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Musa Abu Hassan & Narimah Ismail (1998) Potensi Media Massa dalam Pembentukan Budaya Belia. Dlm. Azimi Hamzah & Turiman Suandi. Pengukuhan sinergi belia dan negara. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd

Nielsen (2011) State of the media: the social media report. Retrieved from

http://blog.nielsen.com/nielsenwire/social/ [14 August 2016].

Norrasidah Jumat (2014) Manfaatkan laman media sosial sebaiknya. Retrieved from

http://www.pelitabrunei.gov.bn/rencana/item/11361-manfaatkan- laman-media-sosial-

sebaiknya [15 Augut, 2016]

Puteri (2013) Kebaikan & Keburukan WhatsApp. Retrived from

http://put3my.blogspot.com/2013/12/kebaikan-keburukan-whatsapp.html [19 August,

2016]

Rushdina dan Hasnah (2014) Implikasi Media Sosial Terhadap Masyarakat. Suaranita:Bule t in Persatuan Wantia UKM, Malaysia.

Wiradhini (2015) Pengaruh Penggunaan Media Online terhadap Gaya Hidup. Retrieved from

http://wirasuryadhini.blogspot.com/2015/01/pengaruh-penggunaan-media-online.html [19 August, 2016]