meningkatan kemahiran menulis perkataan digraf.pdf

Upload: lavendar-craft

Post on 16-Feb-2018

292 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    1/10

    Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf Ng Dan NyDengan

    Menggunakan Kaedah LamSuT

    Nur Ain Hazwani Binti Abdu Rahman

    Mohd Nor Bin Mohamed

    ABSTRAK

    Penyelidikan tindakan ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Mentakab Chatin, Mentakab.Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah LamSuT dalam mengatasi masalahmenulis perkataan digraf ng dan ny dalam kalangan murid kelas 3 Cenderasari. Seramai tiga orangmurid telah dipilih, terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan untukmenjadi responden bagi kajian ini. Kajian ini telah dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif supayadata yang dianalisis dapat memberi jawapan yang tepat bagi persoalan kajian yang dikemukakan.

    Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah, ujian, pemerhatian, soal selidik, latih tubi,

    analisis dokumen dan rakaman foto serta video. Kajian ini berfokus kepada masalah murid untukmenulis perkataan digraf ng dan ny walaupun mereka boleh membaca perkataan tersebut. Melaluidata yang dikumpulkan, terdapat dua orang responden yang memperoleh markah penuh dalam ujianpasca dengan peningkatan yang sangat tinggi. Manakala seorang lagi menunjukkan peningkatan

    markah yang ketara juga berbanding ujian pra namun tidak memperoleh markah penuh dalam ujianpasca. Selain itu, kesemua responden menunjukkan keselesaan dengan bahan yang digunakan dalamkaedah LamSuT dan mereka menggunakannya dengan baik. Tuntasnya, keputusan keseluruhankajian menunjukkan bahawa kaedah LamSuT mampu mengatasi masalah menulis perkataan digrafng dan ny dalam kalangan murid tahun 3 Cenderasari dengan berkensan.

    Kata kunci : Kaedah LamSuT, perkataan digraf ng dan ny, kemahiran menulis

    PENGENALAN

    Bahasa Melayu merupakan identiti Negara yang tidak boleh dipandang enteng dan harus sentiasadiperkukuhkan walaupun banyak perkara yang menjadikan Bahasa Melayu semakin dilupai. Dalamarus globalisasi yang semakin hebat mutakhir ini, Bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai

    cabaran yang boleh menggangu gugat keagungannya yang menjadi bahasa rasmi di Negara ini.Semakin hari, semakin banyak seminar-seminar, kajian-kajian dan kempen-kempen yang diadakan

    untuk memastikan Bahasa Melayu di Negara ini tidak menyembah bumi kerana dibuang oleh bangsasendiri.

    Dalam bidang pendidikan, khususnya di sekolah, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantardan semua murid yang belajar di Negara ini wajib mempelajari Bahasa Melayu walaupun mereka bukandalam kalangan kaum Melayu. Namun sejauh mana tahap penguasaan murid-murid di sekolah tentangsubjek Bahasa Melayu tidak boleh menjamin bahawa Bahasa Melayu akan terus memercukegemilangannya seperti zaman terdahulu. Guru merupakan golongan yang perlu memainkan perananyang penting dalam memastikan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu walaupun ia bukan perkarayang mudah. Murid mempunyai pelbagai tahap dan kemampuan yang menjadi cabaran pada guru untukmemastikan murid-murid mampu kuasai Bahasa Melayu dengan baik.

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    2/10

    Selain itu, penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, KementerianPelajaran Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid yang mampu untuk menguasai kemahiran bahasadengan baik. Murid-murid diharapkan mampu untuk bertutur dengan baik, mendengar dengan aktif,membaca dengan betul, menulis dengan tepat dan dalam masa yang sama boleh melakukan pelbagaikemahiran tambahan yang telah diserapkan di bawah elemen seni berbahasa seperti, berpantun,bercerita dan bersajak. Kemahiran berbahasa ini saling berkait antara satu sama lain, murid tidak akanmampu untuk bergerak jauh dalam arena kecemerlangan diri jika hanya tahu bertutur sahaja, atau jikatahu membaca sahaja. Bertutur, membaca dan menulis merupakan sesuatu inti pati untuk membentukseseorang murid yang berjaya terutamanya dalam bidang pendidikan. Dunia kini, ramai dalamkalangan murid yang tidak tahu membaca atau lambat membaca dan hal ini memberi impak kepadaproses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Apabila tidak tahu membaca, maka tidak mampubertutur dan dalam masa yang sama, murid dalam golongan ini juga akan menghadapi masalah untukmenulis.

    FOKUS KAJIAN

    Masalah, sesuatu yang sentiasa ada dan tidak pernah lekang dalam apa jua keadaan, termasuk dalambidang pendidikan. Dalam bidang pendidikan, masalah timbul dalam banyak aspek seperti masalahpengajaran dan pembelajaran, masalah pentadbiran, masalah pengurusan murid dan sebagainya.Namun, setiap masalah pasti ada penyelesaian dan pengkaji telah menghadapi masalah untuk

    menghadapi murid yang tidak tahu menulis perkataan yang mengandungi huruf digraf ng dan ny.

    Pengkaji mengalami masalah ini melalui pemerhatian yang dibuat, murid boleh membacaapabila dibimbing oleh guru dan apabila diminta untuk membaca bersama-sama rakan lain. Namun,apabila murid diminta untuk membaca secara individu, ketika ini masalah akan timbul. Mereka akanmula gagap, kaku dan tidak boleh membaca. Apabila tidak boleh membaca, mereka tidak bolehmengeja dalam lisan dan juga tulisan tetapi bukan bagi semua perkataan kerana perkataan yang biasadengan mereka, tidak berlaku masalah dari segi membaca. Pengkaji merasakan hal seperti ini tidak

    patut berlaku kerana mengikut Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah KebangsaanTahap Satu, murid telah didedahkan dengan huruf digraf bermula dari mereka Tahun Satu lagisehinggalah ke Tahun 2 melalui kemahiran menulis dan Tahun 3 dalam kemahiran membaca.

    Namun apa yang terjadi tidak seiring dengan apa yang telah digariskan. Di Tahun Satu danDua mereka sepatutnya telah menguasai kemahiran menulis perkataan yang mempunyai huruf digrafdan di Tahun Tiga mereka boleh membaca perkataan tersebut dengan baik. Masalah yang timbulapabila mereka tidak boleh menulis dan membaca pada Tahun Tiga. Justeru itu, fokus kajian akan terusstatik berada pada permasalahan ini. Permasalahan ini timbul oleh kerana tahap kemampuan muriduntuk menerima sesuatu ilmu yang mereka pelajari. Mungkin kemampuan mereka untuk mengejaperkataanperkataan ini sebenarnya sudah menjadi masalah sejak mereka di Tahun Satu atau TahunDua, namun tiada siapa yang sedar atau bertanggungjawab untuk menanganinya.

    PERLAKSANAAN TINDAKAN

    Kajian ini telah dilaksanakan selama dua minggu kerana kekangan masa yang terlampau terhad. Dalammasa dua minggu, pengkaji perlu menjalankan kaedah LamSuT terhadap responden yang telahdikenalpasti melalui ujian dianogsis yang dijalankan semasa praktikum Fasa III. Perlaksanaan kajianini dipecahkan kepada enam peringkat perlaksanaan yang telah dirancang lebih awal dari tempohmelaksanakan kajian supaya apa yang ingin berjalan dengan baik. Jadual di bawah menunjukkan

    perlaksanaan kaedah LamSuT dalam membantu murid untuk menulis perkataan digraf ng dan ny.

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    3/10

    LANGKAH AKTIVITI CATATATAN

    1 Mengenal pasti masalah yang ingin dikaji Praktikum Fasa III

    2Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan

    untuk kajian tindakan.Cuti semester 7

    3Peringkat 1

    - Menjalankan ujian pra ke atas responden

    sebelum kenalkan kaedah.

    Minggu 1

    27/7/2015

    4

    Peringkat 2 : Perlaksanakan Kaedah LamSuT

    - Penerangan tentang huruf digraf ng dan ny

    kepada responden.

    - Memperkenalkan kaedah LamSuT kepada

    responden

    Minggu 1

    28/7/2015

    5

    Peringkat 3 : Perlaksanaan kaedah

    - Latihan menggunakan kaedah LamSuT

    secara tidak lansung.- Menjalankan Latih Tubi 1

    Minggu 1

    29/7/2015

    6

    Peringkat 4 : Perlaksanaan kaedah

    - Menjalankan Latih Tubi 2

    - Menjalankan Latih Tubi 3

    Minggu 1

    30/7/2015

    7Peringkat 5: Menjalankan ujian pasca kepada

    responden

    Minggu 2

    3/8/2015

    8Peringkat 6 : Menilai dan menganalisis data

    yang diperoleh.

    Minggu 2

    4/8/20155/8/2015

    9Meneruskan proses untuk menyiapkan laporan

    kajian tindakan.

    Minggu 2

    6/7/20157/7/2015

    Jadual 1 :Peringkat Tindakan Kajian Dijalankan

    METODOLOGI KAJIAN

    Berdasarkan Rajah 1 di bawah, terdapat lima langkah yang perlu dilakukan untuk menjalankan kajiantindakan dengan menggunakan Model Kurt Lewin. Dalam hal ini, pengkaji telah membuat senarai

    pendek beberapa masalah yang dihadapi oleh murid ketika proses pengajaran dan pembelajarandilakukan. Namun setelah melihat kembali Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah Tahap 1,

    masalah menulis perkataan digraf ng dan ny merupakan satu masalah yang patut diselesaikan keranamasalah tersebut sepatutnya tidak terjadi dalam Tahun 3.

    Seterusnya, setelah mengenal pasti masalah yang ingin diselesaikan, pengkaji mula merancangsatu kaedah yang sesuai dan menarik bagi mengatasi masalah menulis perkataan digraf ng dan ny.

    Pada peringkat ini, pengkaji turut membuat beberapa tinjaun literatur tentang masalah yang sama untukdijadikan panduan bagi menyelesaikan masalah ini. Setelah berbincang dengan penyelia kajiantindakan, pengkaji merancang satu kaedah yang dikenali sebagai kaedah LamSuT yang melibatkan

    pergerakan mata, tangan dan pemikiran responden bagi menulis perkataan digraf ng dan ny.

    Proses yang seterusnya ialah, menjalankan tindakan yang telah dirancang di sekolah yang telahdi tetapkan. Pengkaji hanya diberi masa selama dua minggu untuk menyelesaikan kajian ini dan dalam

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    4/10

    masa yang sama, proses pengumpulan data turut berlaku. Proses pengumpulan data dibuat berdasarkankepada kaedah pengumpulan data yang telah dipilih oleh pengkaji untuk selesaikan masalah ini. Segalakeperluan untuk menjalankan proses pengumpulan data perlu disediakan dengan rapi supaya semuaperkara yang ingin dilaksanakan dapat berjalan dengan baik.

    Seterusnya, proses terakhir mengikut model ini ialah, refleksi. Pengkaji perlu melihat kembali

    apa yang telah dilakukan dan melihat kesan yang diperoleh oleh responden. Jika hasil kajian yangdiperoleh, positif maka pengkaji perlu menambahbaik kaedah yang ada supaya boleh digunakan untukmasalah yang lain dan jika sebaliknya, pengkaji perlu melihat semula bagaimana kaedah tersebutdirancang dan dilaksanakan serta mencari punca tentang kegagalan kaedah tersebut. Selain itu, prosespenilaian dan pemerhatian juga turut terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam kajian initidak kira di peringkat yang mana sekalipun.

    Rajah 1 :Model Kitaran Kurt Lewin

    OBJEKTIF

    1. MENGENAL PASTI IDEAUTAMA

    Mengenal pasti beberapamasalah dalam P&P.

    Murid mempunyai masalahmembaca dan menulis

    perkataan digraf 'ng' dan 'ny'.

    2. MERANCANG

    Merancangan tindakanyang akan dilakukandengan menggunakan

    kaedah 'LamSuT'.

    3. TINDAKAN

    Melaksanakan tindakanyang telah dirancangdengan menggunakan

    kaedah 'LamSuT'.

    4. PENGUMPULAN DATA

    Mengumpul data berkaitandengan tindakan yang telahdijalankan dan kesan yang

    diperoleh hasil tindakan yangdilaksanakan.

    5. REFLEKSI

    Menganalisis dan menilai

    Membuat refleksi. mengenaikeberkesanan tindakanberdasarkan data yang

    dikumpul.

    Kitaran

    seterusnya

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    5/10

    Objektif Umum

    Objektif umum penyelidikan tindakan ini ialah, untuk meningkatkan tahap penguasaan murid

    Tahun 3 Cenderasari di Sekolah Kebangsaan Mentakab Chatin dalam aspek kemahiran

    membaca dan menulis perkataan yang melibatkan huruf digraf ng dan ny.

    Objektif Khusus

    Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk :

    a) Membantu murid menulisperkataan yang melibatkan huruf digraf ng dan ny tanpa

    bimbingan guru dengan menggunakan kaedah LamSut.

    b) Meningkatkan kefahaman dan keseronokan murid melalui pengajaran guru dengan

    menggunakan kaedah LamSuT.

    KUMPULAN SASARAN

    Responden yang terpilih terdiri daripada murid yang agak pasif ketika berada di dalam kelas. Merekabiasanya hanya mendengar dan membuat apa yang diarahkan walaupun apa yang dilakukan itu salah.Kerja sekolah yang diberikan siap namun jarang jawapan yang diberikan oleh mereka betul.Responden-responden ini juga berasal daripada keluarga yang sederhana sahaja dari aspek ekonomi dantahap kognitif mereka yang agak perlahan. Namun, mereka tidak tergolong dalam golongan murid yangmalas dalam pembelajaran. Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang responden yang telahdipilih berdasarkan keperluan kajian :

    Bil. Subjek Jantina Umur Pada Julai 2015

    1. R1 Lelaki 9 Tahun 7 Bulan

    2. R2 Lelaki 9 Tahun 3 Bulan

    3. R3 Perempuan 8 Tahun 10 Bulan

    Jadual 2 :Jantina Dan Umur Subjek Ketika Kajian Dijalankan

    INSTRUMEN KAJIAN

    Ujian Pra dan Pasca

    Ujian merupakan satu instrumen yang dilakukan oleh pengkaji untuk melihat kemampuan respondensamada sebelum kaedah diperkenalkan dan selepas kaedah diperkenalkan. Melalui ujian juga, pengkajiboleh melihat tahap pencapaian yang diperoleh responden ke atas sesuatu masalah yang dihadapi. Ujianboleh dibuat dalam pelbagai bentuk samada untuk melihat keupayaan kognitif, afektif ataupun

    psikomotor responden. Terdapat beberapa jenis ujian iaitu ujian pencapaian, ujian diagnostik, ujianpersonaliti dan ujian kecergasan. Ujian yang dilaksanakan perlu menjawab soalan kajian dengan baik.Oleh itu, pengkaji telah memilih ujian pra dan ujian pasca untuk dijalankan ke atas responden bagimenyiapkan kajian yang dilaksanakan. Ujian pra dijalankan sebelum kaedah diperkenalkan dan ujian

    pasca dijalankan selepas kaedah dijalankan.

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    6/10

    Soal Selidik

    Soal selidik merupakan satu set soalan atau beberapa item penyataan yang diberikan kepada respondendalam bentuk tulisan. Soal selidik dibuat bertujuan menjawab persoalan kajian dan hasil soal selidikakan dianalisis. Kebiasaannya, soal selidik akan digunakan dalam kajian yang berkaitan denganperniagaan dan pendidikan. Dalam masa yang sama, pengkaji perlu tahu bagaimana soalan yang ingin

    ditanya tanpa dipengaruhi oleh emosi dan tahap soalan tidak melampaui tahap responden yang terlibat.

    Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan soal selidik yang mempunyai lebih dari satupilihan jawapan untuk responden memilih jawapan yang mereka rasakan sesuai tanpa ada unsur desakandaripada mana-mana pihak. Selain itu, dengan menggunakan soal selidik juga, maklumat yang ingindikumpul dapat diperoleh dalam masa yang cepat, kos yang diperlukan tidak terlampau tinggi dan bolehdilaksanakan di mana-mana sahaja, hal ini turut disokong oleh Gillham (2000).

    Penelitian Dokumen

    Penelitian dokumen dibuat untuk mendapatkan kesahan yang tepat untuk sesuatu perkara. Dalam hal

    ini, pengkaji telah membuat penelitian dokumen ke atas buku aktiviti responden setelah ujian pra

    dijalankan untuk melihat adakah responden memang mempunyai masalah dalam menulis perkataandigraf ng dan ny. Selain itu, pengkaji juga membuat penelitian dokumen kepada ujian pra, ketiga-tiga set latih tubi dan ujian pasca yang diberikan sepanjang kajian dijalankan. Melalui penelitiandokumen ini, pengkaji juga dapat melihat perubahan responden dan memudahkan urusan pengkaji

    untuk menganalisis data yang diperoleh daripada setiap tindakan yang dibuat.

    Latih Tubi

    Pengkaji telah menyediakan tiga set latih tubi yang berbeza untuk tiga responden yang telah dipilih.Latih tubi yang disediakan mempunyai bentuk yang berbeza namun perkataan yang sama. Hal ini

    dilakukan bersesuaian dengan kemampuan pengkaji dalam menjalankan kajian ini kerana agakmustahil untuk pengkaji melibatkan semua perkata digraf ng dan ny dalam set latih tubi tersebut.

    Latih tubi dilaksanakan selepas kaedah LamSuT diperkenalkan dan diterangkan kepada respondendan pengkaji sentiasa mengingatkan responden tentang kaedah yang dilaksanakan supaya dapatmeminimakan kesalahan yang dibuat. Segala dapatan yang diperoleh melalui latih tubi ini akan

    direkodkan oleh pengkaji mengikut skala pemarkahan untuk dianalisis bagi melihat keberkesanankaedah yang telah dilaksanakan.

    Pemerhatian

    Pemerhatian bermaksud penglihatan yang tepat dan penulisan sesuatu fenomena yang wujud

    secara semula jadi dengan memberikan perhatian terhadap sebab dan kesan atau hubungan yang berkait.Pengkaji akan melihat sebab dan akibat berdasarkan apa yang telah berlaku sepanjang kajian berjalandan hal ini boleh mempengaruhi hasil kajian di akhirnya samada kajian berjaya atau sebaliknya. Hal

    ini turut disokong oleh Shelley Anand, Karl Weicks (2002).

    Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih cara pemerhatian berstruktur denganmenggunakan borang pemerhatian untuk melihat respon daripada responden berkaitan dengan kaedahyang telah dijalankan. Pengkaji telah menetapkan beberapa aktiviti yang perlu diperhatikan sepanjangkajian dijalankan. Pengkaji akan menganalisis data yang diperoleh untuk membuat perkaitan dengankeberhasilan kaedah LamSuT yang telah diperkenalkan.

    Rakaman video dan foto

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    7/10

    Penggunaan kaedah rakaman video dan foto telah digunakan oleh pengkaji untuk mengambil fotoperilaku responden semasa menjalani latih tubi yang diberi. Melalui foto-foto yang diambil, pengkajiboleh menilai bagaimana tahap penerimaan responden tentang apa yang telah dijalankan ketika sesilatih tubi tersebut. Selain itu, rakaman video turut diambil untuk melihat kembali bagaimana proseskaedah diperkenalkan dan digunakan oleh responden. Hal ini boleh dijadikan satu data yang sahihtentang kajian yang dilakukan kerana rakaman video tidak boleh ditipu oleh pengkaji.

    Terdapat banyak kelebihan menggunakan rakaman video dan foto dalam menjalankan sesuatukajian, antaranya ialah, pengkaji dapat melihat gerak balas yang diberikan oleh responden samada sukaatau tidak, bagaimana penerimaan responden tentang kaedah yang diperkenalkan dan boleh menilaisesuatu situasi dengan lebih jelas. Namun, dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji harus pekadengan video dan foto yang diambil supaya apa yang diambil mempunyai makna yang tersendiri untukdifahami bukannya mengambil sesuatu foto tanpa ada nilai yang ingin diperhatikan atau merakam videoyang tiada ilmu di dalamnya untuk dijelaskan kepada khalayak yang melihatnya.

    DAPATAN KAJIAN

    Kajian ini direka untuk mengurangkan masalah menulis perkataan digraf ng dan ny dalam kalanganmurid tahun 3, khususnya kepada tiga orang murid yang telah dipilih dalam kelas 3 CenderawasihSekolah Kebangsaan Mentakab Chatin. Dalam masa yang sama, pengkaji ingin menguji kaedah

    LamSuT yang direka samada mampu membantu murid untuk atasi masalah yang dihadapi ataupuntidak.

    Persoalan 1 : Adakah penggunaan kaedah LamSuT dapat membantu murid untuk

    menulis perkataan yang melibatkan huruf digraf ng dan ny tanpa bimbingan guru?

    Setelah meneliti data yang diperoleh, jelas terbukti bahawa kaedah LamSuT dapat membantumurid untuk menulis perkataan yang melibatkan huruf digraf ng dan ny tanpa bimbingan guru. Hal

    ini terbukti apabila pengkaji meneliti graf skor LamSuT yang menunjukkan perubahan respondenbermula daripada ujian pra, latih tubi dan ujian pasca dalam masa yang singkat.

    Rajah 2 :Keputusan keseluruhan responden sepanjang kajian dijalankan

    Berdasarkan rajah dan jadual di atas jelas menunjukkan perubahan yang ketara berlaku kepadaresponden. Ada penurunan dan peningkatan berlaku ke atas semua responden. Responden 1 yang pada

    0

    24

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    R1 R2 R3

    U.PRA 5 7 6

    LT_1 11 11 12

    LT_2 9 9 8

    LT_3 12 11 10

    U.PASCA 16 16 15

    Markah

    KEPUTUSAN KESELURUHAN RESPONDEN SEPANJANG

    KAJIAN DIJALANKAN

    U.PRA

    LT_1

    LT_2

    LT_3

    U.PASCA

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    8/10

    mulanya mendapat markah paling rendah ketika ujian pra namun mendapat markah penuh pada ujianpasca, dan penurunan hanya berlaku ketika latih tubi 2. Hal ini sebenarnya berada di luar jangkaanpengkaji kerana responden 1 merupakan murid yang lemah selama pengkaji mengenalinya. Responden2 pula mendapat markah paling tinggi ketika ujian pra walaupun tidak berada pada kategori baik, danpada ujian pasca, responden 2 mendapat markah penuh. Penurunan markah juga berlaku pada latih tubi2. Manakala responden 3 yang dapat separuh sahaja markah pada ujian pra , dan berlaku penigkatanpada ujian pasca dengan mendapat 94.0% namun penurunan turut berlaku pada latih tubi 2. Jelasmenunjukkan bahawa pada latih tubi 2, semua responden menunjukkan tahap kemampuan mereka yangsebenarnya samada memang mereka kuasai kaedah yang diperkenalkan atau sebaliknya.

    Jika dilihat dengan apa yang telah dicapai oleh responden, memang jelas bahawa kaedahLamSuT memberi kesan yang positif untuk mengatasi masalah menulis perkataan digraf ng danny. Sebelum kaedah diperkenalkan, responden memang mampu menulis namun apa yang ditulislansung tidak betul tetapi bila diminta untuk membaca mereka mampu melakukannya. Tetapi setelahmendapat penerangan tentang apa sebenarnya perkataan digraf, bagaimana untuk mengeja perkataandigraf dan bagaimana menggunakan kaedah LamSuT, banyak perubahan yang ditunjukkan olehresponden.

    Pelbagai perubahan yang jelas dapat dilihat ketika proses latih tubi dibuat ialah, kesemuaresponden mula untuk mengeja secara berbisik dengan diri sendiri ketika mencari penutup botol untukmembentuk satu perkataan yang bermakna, tahu beza huruf konsonan, huruf vokal dan huruf digrafmelalui warna penutup botol dan menunjukkan sikap yang positif dengan alat yang digunakan.

    Responden juga merasa kaedah yang dibuat seperti mereka sedang bermain permainan mencari bendatersembunyi kerana mereka perlu cari huruf yang tepat untuk bentuk perkataan melalui gambar yang

    diperoleh, bukan boleh menggunakan penutup botol sesuka hati untuk membentuk perkataan yang betulejaannya.

    Persoalan 2 : Adakah penggunaan kaedah LamSuT membantu meningkatkan

    kefahaman dan keseronokan murid untuk belajar?

    Kaedah LamSuT mampu meningkatkan kefahaman dan keseronokan responden untuk belajarmerupakan sesuatu yang sahih dan hal ini dibuktikan melalui analisis data bagi instrumen pemerhatian,soal selidik, foto dan rakaman video yang dibuat. Secara keseluruhan, responden melakukan aktivitilatih tubi dengan seronok, tiada paksaan dan sebagainya menggunakan kaedah LamSuT. Dari matakasar pengkaji, dia melihat satu situasi yang menyedapkan hati apabila responden memahami, memberirespon yang baik dan melakukan apa yang diminta tanpa melakukan perangai yang pelbagai, dan halini sudah cukup membuktikan bahawa keseronokkan dapat dilihat sepanjang kajian dilakukan.

    Selain itu, melalui instrumen soal selidik dan pemerhatian jelas membuktikan bahawaresponden seronok dengan kaedah yang digunakan dan mereka faham apa yang ingin diselesaikan oleh

    pengkaji berkaitan dengan masalah yang mereka hadapi. Penerapan unsur main dalam kaedah ini jugamemberi impak yang besar kepada responden kerana mereka merasakan bahawa belajar sambil mainmemudahkan mereka untuk memahami apa yang diajar dan tidak timbul rasa tertekan terhadap emosimereka sehinggakan ketika ujian pasca dibuat, mereka meminta pengkaji untuk menambah lagibeberapa perkataan untuk aktiviti imlak. Jelas di sini, kaedah LamSuT mampu membentuk

    keseimbangan emosi melalui bermain dadu dan penutup botol yang telah melibatkan semua responden.Hal ini dipersetujui oleh, Susan Isaacs (1972) dalam buku Permainan Bahasa Untuk Sekolah Rendah

    Dan Menengah yang telah membuat analisis berkaitan dengan fungsi bermain dan pertumbuhan kanak-kanak yang mempunyai kaitan tersendiri.

    Selain itu, melalui rakaman video dan foto juga menunjukkan responden memahami apa yangtelah diterangkan tentang digraf dan bagaimana kaedah ini dilaksanakan. Pengkaji tidak mampu

    untuk mendapatkan 100% kefahaman, tumpuan dan jiwa responden selama kajian dilakukan, olehsebab itu masih ada responden yang menunjukkan reaksi seperti berada dalam dunia dia sendiri.

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    9/10

    Namun, setelah meneliti keputusan ujian pasca, pengkaji yakin bahawa kesemua responden dapatmemahami apa yang ingin diselesaikan oleh pengkaji dan dalam masa yang sama faham dengankaedah yang digunakan serta mereka seronok sepanjang kajian dilakukan.

    KAJIAN LANJUTAN

    Setelah meneliti beberapa kelemahan yang menjadi kekangan sepanjang menjalankan kajian ini,beberapa cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya telah dilakukan. Perkara ini dibuat untuk

    mamastikankekuatan kajian ini akan terus kekal dan kekurangan yang ada dapat diatasi dengan sebaikmungkin untuk mencapai matlamat utama yang telah ditetapkan.

    Merujuk kepada kelemahan pertama ialah, bagaimana untuk mengatasi masalah ini denganjumlah responden yang lebih ramai melalui kaedah LamSuT yang memerlukan pengawasan guruyang sepenuhnya dan bahan bantu belajar yang sangat terhad. Sememangnya kaedah LamSuTmemang sudah menarik dengan penggunaan bahan terpakai yang boleh dijadikan satu sumber untuk

    belajar namun, jika bilangan responden yang ramai, maka masalah akan timbul kerana bukan mudah

    untuk menyediakan penutup botol dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, untuk kajian yang seterusnya,pengkaji mungkin boleh menggunakan kad-kad huruf yang boleh membentuk pelbagai perkataan dandalam hal ini, akan lebih banyak kosa kata terhasil melalui kaedah baru tersebut.

    Selain itu, pengkaji juga mencadangkan supaya menggunakan kaedah LamSuT ini sebagaipermainan bahasa yang boleh melibatkan pelbagai jenis perkataan. Ubah bahan kepada yang lebihfleksibel dengan semua tahap responden, mungkin boleh cipta bahan yang mempunyai mirip denganpermainan Sahiba atau Roda Impian. Menghasilkan sesuatu yang lebih menarik sememangnya bukanperkara mudah namun, jika diusahakan maka yang terbaik dan menarik itu akan terhasil. Bahan bantuyang menarik memang menjadi keutamaan bagi abad pembelajaran kini kerana, murid lebih banyakdibantu untuk belajar dengan bahan bantu berbanding guru kerana dapat membina pemikiran murid,meningkatkan rasa seronok dan sebagainya. Hal ini dipersetujui oleh Charles F. Hoban, James D. Finn

    dan Edgar Dale (1964) yang merasakan bahawa bahan bantu itu wajib untuk rangsang pemikiran murid,sebaik bahan bantu ialah, murid dapat rasa, sentuh dan tahu fungsi bagaimana bahan tersebutdisediakan.

    Selain itu, kajian yang seterusnya boleh juga menggunakan power point interaktif untukmengatasi masalah menulis perkataan digraf dalam kalangan murid. Banyak masa yang bolehdijimatkan dan dalam masa yang sama akan menjadi lebih menarik kerana melibatkan penggunaanteknologi. Pengkaji juga boleh menggabungkan beberapa aktiviti yang menarik seperti mencari huruftersembunyi, bina perkataan digraf dan sebagainya melalui power point yang dibina. Kemahiranmenulis merupakan satu tahap yang paling tinggi dalam kemahiran bahasa, namun jika seseorang sudah

    kuasai kemahiran membaca, lisan dan bertutur maka kemahiran menulis juga akan dikuasai dalam masayang singkat, namun perlu dirangsang untuk menjadi yang lebih baik.

    RUJUKAN

    Abdul Rahman Abdul Majid Khan . (2008) . Guru Sebagai Penyelidik. Selangor ProfesionalPublishing Sdn . Bhd

    Abdul Rahman . (2007) .Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa . JurnalTeknologi Pendidikan . Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) . Kuala Lumpur

    Abu Talib Putih . et . al . (2005) .Pedagogi Merentas Kurikulum . Pahang : PTS Profesional

    Publishing Sdn . Bhd

    Akhiar Pardi & Shamsina Shamsudin . (2011) .Penyelidikkan Tindakan : Kaedah Dan Penulisan .

  • 7/23/2019 Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf.pdf

    10/10

    Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn . Bhd

    Azizi Yahaya . Shahrin Hashim . Jamaludin Ramli . Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan . (2006) .Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing .Sdn . Bhd

    Bhasah Abu Bakar . (2007) .Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributors Sdn . Bhd

    Dewan Bahasa Dan Pustaka . (2005) .Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan BahasaDan Pustaka

    Hashim Othman . (1996) .Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Dalam Bahasa MelayuMurid Sekolah Kebangsaan Kebolehpercayaan Instrumen .Pulau Pinang : Universiti SainsMalaysia

    Husin Fateh Din & Nazariyah Sani . (2013) .Bahasa Melayu II Akademik. Selangor : Penerbitan

    Multimedia . Sdn . Bhd

    Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Binti Abdul Aziz . (1995) .Permainan Bahasa.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn . Bhd

    Kementerian Pelajaran Malaysia . (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah RendahBahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1. Kuala Lumpur : Bahagian Pembangunan

    Kurikulum

    Mazni Othman . (2008) .Mengatasi Kelemahan Menyebut Perkataan Yang Melibatkan KonsonanBergabung Digraf Dengan Teknik Cantum Dan Sebut . Perak : Kajian Eksperimental DiSekolah Kebangsaan Kayan

    Muhamad Syawalwahed Mohamad Kamal . (2012) . Meningkatkan Kemahiran Membaca Yang

    Melibatkan Digraf .Prosiding Seminar PenyelidikanTindakan IPGKKB 2012,Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

    Mohamed Sapari Mohd Arshad . (2014) .Modul Bacaan : Modul Literasi 2M Bahasa MalaysiaKSSR (Program Linus Tahap 1). Selangor : Penerbitan Ilmu Bakti . Sdn .Bhd