mengukur panjang objek

9
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 1 AKTIVITI PENGAJARAN i. Tema Juru Ukur Yang Tepat ii. Tajuk Panjang iii. Hasil Pembelajaran Murid berupaya untuk: 10.2 (ii) Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit: (a) sentimeter (b) meter iv. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah belajar menulis ukuran panjang dalam unit sentimeter dan meter dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu. v. Langkah-langkah Langkah 1- Mengukur Dalam Unit Sentimeter (cm). 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan berlima. 2. Murid dibekalkan dengan peralatan mengukur iaitu pembaris dan pita pengukur. 3. Murid mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah (Objek Konkrit Set A) menggunakan unit sentimeter seperti: - pemadam - gam ‘stick’ - buku latihan - bekas pensel - botol minuman (Rujuk Lampiran 1) 4. Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan pada Lembaran Kerja 1 secara individu. (Rujuk Lampiran 2). UNIT PENGAJARAN: UKURAN PANJANG

Upload: nor-azlin-mohd-rusdin

Post on 20-Jun-2015

6.753 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengukur Panjang Objek

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 1

AKTIVITI PENGAJARAN

i. Tema

Juru Ukur Yang Tepat

ii. Tajuk

Panjang

iii. Hasil Pembelajaran

Murid berupaya untuk:

10.2 (ii) Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit:

(a) sentimeter

(b) meter

iv. Pengetahuan Sedia Ada

Murid telah belajar menulis ukuran panjang dalam unit sentimeter dan meter

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu.

v. Langkah-langkah

Langkah 1- Mengukur Dalam Unit Sentimeter (cm).

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan berlima.

2. Murid dibekalkan dengan peralatan mengukur iaitu pembaris dan pita

pengukur.

3. Murid mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah (Objek Konkrit Set

A) menggunakan unit sentimeter seperti:

- pemadam

- gam ‘stick’

- buku latihan

- bekas pensel

- botol minuman

(Rujuk Lampiran 1)

4. Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan pada

Lembaran Kerja 1 secara individu. (Rujuk Lampiran 2).

UNIT PENGAJARAN: UKURAN PANJANG

Page 2: Mengukur Panjang Objek

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 2

5. Guru memantau murid membuat pengukuran untuk memastikan murid

mengukur dengan tepat. Murid yang tidak tahu cara mengukur yang betul

diberikan bimbingan.

Langkah 2- Mengukur Dalam Unit Meter (m).

1. Murid mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah ( Objek Konkrit Set

B) menggunakan unit meter (m) seperti:

- tinggi pintu bilik darjah

- panjang papan putih

- tinggi almari

- tinggi kerusi murid

- panjang meja guru.

(Rujuk Lampiran 3).

2. Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan pada

Lembaran Kerja 2 secara individu. (Rujuk Lampiran 4).

3. Guru memantau murid membuat pengukuran untuk memastikan murid

mengukur dengan tepat. Murid yang tidak tahu cara mengukur yang betul

diberikan bimbingan.

Langkah 3- Penilaian

1. Murid diberi Lembaran Kerja 3 (Rujuk Lampiran 5) dan diselesaikan dalam

masa 10 minit.

2. Murid membincangkan jawapan bersama guru.

v) Bahan Pengajaran

Objek Konkrit: - pemadam, gam ‘stick’, buku latihan, bekas pensel, botol

minuman, pintu bilik darjah, papan putih, almari, kerusi murid, meja guru,

pembaris dan pita pengukur.

vi) Penilaian

Penilaian dibuat berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan pada

Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2 dan Lembaran Kerja 3 (Rujuk Lampiran 2,

Lampiran 4, Lampiran 5). Murid perlu betul kesemua soalan yang diberikan

sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

Page 3: Mengukur Panjang Objek

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 3

vii) Jangkaan Refleksi

Aktiviti melibatkan kemahiran manipulatif sebegini biasanya mengambil masa

yang agak panjang terutamanya bila semua kumpulan perlu mengukur suatu

objek yang sama. Ini boleh diatasi dengan dengan membahagikan kelas kepada

5 kumpulan dan objek yang hendak diukur kepada 5 stesen. Setiap kumpulan

diberikan 1 stesen dalam tempoh masa yang difikirkan sesuai untuk murid

mengukur objek tersebut. Setelah tempoh masa tamat, setiap kumpulan akan

bergerak ke stesen berikutnya. Aktiviti ini diulang hingga setiap kumpulan selesai

mengukur kelima-lima objek dalam langkah 1 mahupun 2. Mungkin akan ada

kumpulan murid yang tidak mengukur dengan tepat iaitu tidak memulakan

pengukuran dari 0. Perkara ini perlu ditegaskan secara kerap untuk membantu

murid melakukan pengukuran dengan lebih teliti bagi mendapatkan bacaan yang

benar-benar tepat. Walaupun aktiviti mengukur dijalankan secara kumpulan,

setiap murid perlu melengkapkan lembaran-lembaran kerja secara individu bagi

memastikan semua murid memberikan perhatian terhadap aktiviti yang

dijalankan. Guru perlu prihatin bagi memastikan setiap ahli kumpulan berpeluang

membuat pengukuran objek. Ini bertujuan agar setiap murid membuat

pengukuran objek maujud dengan betul.

Page 4: Mengukur Panjang Objek

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 4

LAMPIRAN

Page 5: Mengukur Panjang Objek

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 5

LAMPIRAN 1

OBJEK KONKRIT SET A

buku latihan

gam “stick”

pemadam

bekas pensel

botol minuman

Page 6: Mengukur Panjang Objek

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 6

LAMPIRAN 2 – LEMBARAN KERJA 1

Arahan: Ukur panjang objek-objek yang terdapat di dalam kelas.

Catatkan ukuran tersebut di dalam jadual di bawah

menggunakan unit sentimeter (cm).

BIL OBJEK UKURAN (cm)

1

Pemadam

2

Gam ‘stick’

3

Buku latihan

4

Bekas pensel

5

Botol minuman

Page 7: Mengukur Panjang Objek

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 7

LAMPIRAN 3

OBJEK KONKRIT SET B

almari

pintu

papan putih

meja guru

kerusi murid

Page 8: Mengukur Panjang Objek

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 8

LAMPIRAN 4 – LEMBARAN KERJA 2

Arahan: Ukur panjang objek-objek yang terdapat dalam kelas.

Catatkan ukuran tersebut di dalam jadual di bawah

menggunakan unit meter (m).

BIL OBJEK UKURAN (m)

1

tinggi pintu bilik darjah

2

panjang papan putih

3

tinggi almari

4

tinggi kerusi murid

5

panjang meja guru

Page 9: Mengukur Panjang Objek

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 9

LAMPIRAN 5

Arahan: Ukur dan lengkapkan petak kosong dalam gambarajah

di bawah.