mengesan orang yang guna wifi anda dan cara halang mereka dengan awesome

12
Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome Merujuk kat artikel Cara Halang Orang Guna dan Curi Wifi Kita sebelum ini, kali ini aku tunjukkan pula cara nak tau sama ada wifi korang sedang digunakan orang lain atau tak. Kepada pencuri talian wifi, berusahalah untuk membayar sendiri talian internet korang atau teruskan usaha korang sebab lepas ni korang kena cari cara untuk crash MAC Filtering pulak! AMARAN! ARTIKEL INI TIDAK DISUKAI OLEH SEGELINTIR PENCURI WIFI. Lampu berkelip tanda wifi sedang ada aktiviti Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome Lampu Modem Berkelip Laju Cara Pertama yang korang boleh buat untuk kesan samada wifi ko tengah dikongsi oleh orang yang tak berkenaan atau tak, adalah dengan tengok lampu kat modem. Caranya kena offkan dulu semua device yang korang ada yang tersambung dengan wifi tu, lepas tu baru tengok lampu modem tu (lampu internet dan wifi). Kalau lain macam je laju dia berkelip (lampu) haa ada orang tengah

Upload: osman-anuar

Post on 14-Apr-2016

315 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

copy paste

TRANSCRIPT

Page 1: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan AwesomeMerujuk kat artikel Cara Halang Orang Guna dan Curi Wifi Kita sebelum ini, kali ini aku tunjukkan pula cara nak tau sama ada wifi korang sedang digunakan orang lain atau tak. Kepada pencuri talian wifi, berusahalah untuk membayar sendiri talian internet korang atau teruskan usaha korang sebab lepas ni korang kena cari cara untuk crash MAC Filtering pulak! AMARAN! ARTIKEL INI TIDAK DISUKAI OLEH SEGELINTIR PENCURI WIFI.

Lampu berkelip tanda wifi sedang ada aktiviti

Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan AwesomeLampu Modem Berkelip LajuCara Pertama yang korang boleh buat untuk kesan samada wifi ko tengah dikongsi oleh orang yang tak berkenaan atau tak, adalah dengan tengok lampu kat modem. Caranya kena offkan dulu semua device yang korang ada yang tersambung dengan wifi tu, lepas tu baru tengok lampu modem tu (lampu internet dan wifi). Kalau lain macam je laju dia berkelip (lampu) haa ada orang tengah guna la tu. Biasanya aku akan buat camni bila line internet aku slow. Sebab time tu memang dah terasa macam ada orang guna internet aku secara harom. (rujuk video 7 saat kat bawah ni)

Periksa di Default Gateway Modem

Page 2: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

Cara kedua korang boleh masuk ke default gateway modem untuk tengok berapa device yang tengah connected dengan wifi kat rumah korang. Yang aku tunjuk ni contoh untuk modem TP-Link. Tapi semua model Dlink ke apa ke lebih kurang sama je. Cara untuk masuk ke default gateway modem ni korang boleh tengok kat artikel aku sebelum ni bertajuk Cara Halang orang Guna Wifi kita. Korang boleh tengok berapa device connected kat wifi berdasarkan nombor MAC device. Selain tu boleh jugak tengok guna Apps kat smartphone (akan ditunjukkan kemudian, teruskan membaca). Kalau ada nombor MAC selain dari device korang tu paham-paham je la kan?

Bahagian Currently Connected Wireless Client Number is, contoh kat atas ni ada 2.Guna Software Wifi Watcher (PERCUMA jer)Seterusnya cara paling senang nak kesan kalau ada device yang bukan milik kita tengah guna Wifi kita adalah dengan gunakan Software Wifi Watcher. Sebab apa aku kata paling senang? sebab tak perlu la kita nak login, atau tengok lampu. semudah klik software tu atau run apps tu di smartphone (android), terus dia tunjukkan berapa bijik handphone atau laptop tengah bertenggek kat wifi modem kita. Kalau kita pakai 1 handphone 1 laptop, tup tup tengok kat result ada 8 device connected, haa memang tau la wifi kita tu tengah dikongsi dan digunakan orang lain. terus halang ok. Tengok contoh kat bawah ni, pertama kali aku detect ada orang (beramai-ramai) guna Wifi aku sedangkan aku duduk sensorang je kat umah.

Page 3: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

Nampak tak ada 6 device yang start detect 1 Jan 2016 tu. Start detect tu maksudnya software ni baru pertama kali digunakan untuk detect, mungkin dah lama diaorg buat kerja nih.

Tak sampai 5 minit, password Wifi aku mungkin telah dikongsi kepada kawan-kawan lain, dan korang tengoklah jumlahnya.

Amboi, bertambah ye.Nak software ni? Masukkan email korang kat sini pastu tekan butang download tu. Terus download FREE! (untuk gunakan software ni kene pastikan pc atau smartphone korang tu memang connected dgn sambungan wifi yang korang nak cek tu)

masukkan alamat email korang untuk aku hantar software tu kat sini. (Size kecik je, dalam 300kb sahaja)

 

Password dicuriJangan salah paham ye, sebenarnya aku dah pasang password kat Wifi aku (WPA2). Tetap jugak diaorang boleh hack. Bab tu aku kurang pasti, sebab aku tak pernah buat nak hack-hack line internet orang ni. Malu nak guna tanpa bayar. Orang yang guna internet tanpa kebenaran (tanpa bayar) ni telah memberitahu minda separa sedar diaorang yang diaorang tak mampu (bayar internet). So sampai bila-bila la korang tak mampu.Langkah Halang Pencuri Talian WifiTukar SSID atau Password Atau Kedua-dua SekaliOk kita teruskan camna cara nak halang? Caranya adalah dengan korang tukar password dan SSID (Nama Wifi) korang. Ini cara paling senang sebab setau aku, orang nak hack password Wifi ni bukan boleh amik masa 1 atau 2 minit. Tak silap aku 45 minit. So untuk nampak cute dan

Download Sekarang!

Page 4: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

awesome tukar lah passwed atau SSID tadi sambil memberi pesanan kepada orang-orang yang curi wifi kita ni. Contohnya "Dah dapat password ye bang", "tak mampu ke", "tak penat ke curi wifi"dan lain-lain lagi.

Contoh SSID aku lepas aku aktifkan MAC Filtering

Sembunyikan Talian Wifi / SSIDCara lain nak halang adalah dengan sembunyikan SSID (Nama wifi). Tapi cara ni agak complicated, aku belum sempat nak sediakan tutorial dia. Antara kelemahan cara camni adalah korang kena masukkan secara manual SSID masa nak connect awal-awal tu (sekali je). Yang ni kompom2 orang tak boleh curi line internet korang. Sebab hacker tak nampak pun

Page 5: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

Nama Wifi (SSID) korang tu, jadi tak boleh la dia target! Padan Muka! hahahah!

Aktifkan MAC FilteringIni adalah cara yang aku guna untuk halang orang lain guna Wifi aku. Walaupun orang tu tau password Wifi Modem aku, tetap jugak dia tak boleh connect sebab MAC Filtering ni dah filter device yang benarkan je. Jadi aku set la siap-siap semua device yang aku guna tu. Kelemahan MAC Filtering ni bila ada member ko datang rumah nak mintak guna wifi, korang terpaksa offkan MAC Filtering tu atau masukkan dia dalam list MAC Filtering. Kalau aku prefer offkan MAC Filtering, bila member dah balik, aku on balik MAC Filtering.

PsssSttt! Dah baca tolong sebarkan kat kawan-kawan, adik beradik, saudara mara, kat facebook, kat whatsapp, kat telegram, kat Wechat dan macam-macam lagi. Terima kasih :)

Adzril Maizan Sejahtera“You never change things by fighting the existing reality. To change something, build a new model that makes the existing model obsolete.” Aku juga penulis di Magicalips.com

Page 6: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

Haritu artikel kat bawah ni semua viral tau!: Cara Guna Speedlite YongNuo 560 III Mark 3 Apa Jadi Kalau Anda Block Halang Nombor Orang di Whatsapp Yoosee IP Camera Review Rakam Tanpa Internet Macam CCTV Teknik Nakal Keluar Group Whatsapp Tanpa Dikesan Repair Cache di Facebook Cara Renew Roadtax Insurans Kereta di MyEG Paling Senang Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

Ditulis Adzril Maizan Sejahtera — 26 Comments — curi wifi, elak guna wifi, Gadget, hack wifi, pasang password wifi, Tutorial26 10 Komen untuk "Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome"

1.Khairul Azwan Mohamad January 3, 2016 at 9:56 PM

Ada tak possibility untuk orang yang curi WiFi ni untuk log admin dekat default gateway Dan create satu admin user baru? Yang mana membolehkan dorang untuk akses WiFi kita secara harom?Reply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 3, 2016 at 10:14 PM

yup! saya pun ada terfikir camtu. Bila dia dah dapat password memang boleh masuk default gateway. Cumanya... itu dah mmg kes paling teruk la. Penyelesaiannya, kita reset je modem kita. Sebab modem dalam umah kita sendiri heheh

Reply

2.wajidi wajidi January 3, 2016 at 10:21 PM

Saya gantikan nama wifi saya dgn nama henpon. .. contoh note 3 bla bla bla.... nampak mcm hotspot telefon.....Reply

Replies

Page 7: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 3, 2016 at 10:31 PM

iyer kan? good idea ni. Takpun guna nama AndroidAP, atau TM Wifi hahaha

Reply

3.Amirul January 4, 2016 at 12:46 AM

Info yang sangat berguna. Tapi kalau pakai unifi susah nk detect, sebab tak rasa "slow" kalau orang lain guna hahaReply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 12:57 AM

Kalau dah 8 device yg connected, pastu memasing stream youtube 4k, xkan le x rasa.. Hehehe..

Kalau tak rasa jugak, kena rajin cek le.. Hahaha

Reply

[email protected] January 4, 2016 at 3:41 AM

huhu ,,guna je mikrotik ...memang tak pasang password tapi dalam web login page ada passwsord ..huhuhReply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 9:32 AM

Boleh cuba ni. Tapi kalau dpt yg method simple lagi senang orang follow.

Reply

5.

Page 8: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

kudiz santiago January 4, 2016 at 5:06 AM

Aku selalu guna app WifiKill...mana2 device yg tak ada dlm list hp aku..aku terus kill..Tapi wifikill ni jgn pulak disalah gunakan di kedai yg menyediakan WIFI free..ko sedut sorg2..org lain melopong..Reply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 6:10 PM

ini memang kejam.. benda free pun nak tamak kan?

Reply

6.wajidi wajidi January 4, 2016 at 5:06 AM

Saya gantikan nama wifi saya dgn nama henpon. .. contoh note 3 bla bla bla.... nampak mcm hotspot telefon.....Reply

7.Max January 4, 2016 at 7:35 AM

Ada kesilapan sikit dekat sembunyi wifi/ssid. Klau sembunyi @ hide wifi ssid, wifi masih bole digunakan.. Cuma ssid x kelihatan jika device baru cuba scan wifi. Kena isi secara manual klau nk connect ke wifi tersebut (perlu ssid & pass yg betul).Reply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 9:29 AM

Owh ye ke? Kalau camtu lagi best! Hehe

Reply

8.AnonymousJanuary 4, 2016 at 8:39 AM

Page 9: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

Kalau yang mengunakan P1wimax modem wifi pula bagaimana? Boleh kena hack juga ke?Reply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 9:31 AM

Setakat ni aku belum pernah cuba p1 punya modem. Tp kalau boleh login gateway, mesti ada option untuk filter MAC ni.

Reply

9.Naim.malhakim Saari January 4, 2016 at 10:19 AM

klu sy sy halal kan je dorg nak curi sekurangan dapat sy bg pahala secara percuma.. klu sy cari pencuri tu nnt sy yg kne tangkap sbb dia akan di backup oleh pihak berkuasa..Reply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 1:20 PM

opssss! hihihih...

Reply

10.Muss Azha January 4, 2016 at 12:03 PM

Bagus bro. Saya cadangkan password buat panjang2. Sebab 10 angka dan huruf pun makan masa nak hack, kalau panjang lagi lama. Setiap 5 jam atau bila xguna, off wifi. Sbb kalau diorg tgh hack, tetibe korang off, proses hack tu terbantut dan kene mula dari awal semula.Reply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 1:22 PM

Page 10: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

betul tu, masa paling sesuai nak hack password wifi ni waktu malam orang tengah tido. Bangun pagi je semua password dah tersedia. tapi kalau on MAC Filtering, kompom orang tu giveup awal2. tapi kalau nak bagi orang tu merana, boleh la buat camtu, matikan setiap 5 jam... jenuh menunggu.

Reply

11.Ikhwan January 4, 2016 at 1:44 PM

Cara pling mudah hide ssid tu, pstu security wp2, psswd letak ja combination aBc123@Cc contoh, huhu org susah nk hack sbb ada combination mcm ni, hide ssid tu, klau nk msuk wifi, kna tulis nama ssid yg korang set td, penbetulan ok, klau hide ssid tu masih boleh connect guna wifi okReply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 1:52 PM

owhh... tak pernah buat.. lepas ni boleh la aku buat pasal hide SSID. boleh connect rupanya ye...

Reply

12.Unknown January 4, 2016 at 5:51 PM

MAC TU DR MANA AKTIF YER??Reply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 6:08 PM

lain modem lain tempatnye... tapi boleh cari kat bahagian Wifi, lepastu cari MAC Filtering. Kat situ boleh isi nombor WiFi setiap device kita.

Reply

Page 11: Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda Dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

13.AnonymousJanuary 4, 2016 at 5:57 PM

Good info bro. My SSID sy letak "CCTV 23" x tau la klu org ttipu ke x.Reply

Replies

1.

Adzril Maizan Sejahtera January 4, 2016 at 6:07 PM

hahaha macam2 la idea kreatif kepala otak korang ni... mantap gak!

Reply

14.Muhamad Afzan January 4, 2016 at 8:08 PM

TY bro for the software..Awesome tersngt..Well Play bro..