mengenalpasti tanda dan symptom kecederaan

8
Mengenalpasti tanda dan symptom kecederaan enis kecederaan Tanda Simptom Luka Berdarah Lebam bengkak sakit tempat yang cedera Melepuh Gelembung Berair Perit tempat yang cedera Melecet Kulit,tergeser,b erdarah,lebam, Bengakak,berubah bentuk Sengal Dislokasi Hilang daya pergerakan Bengkak sekeliling sendi Sakit tempat cedera Fraktur Hilang daya pergerakan Bengkak,perubaha n bentuk Sakit tempat cedera Kontuksi Bengkak,lebam Pergerakan terhad Sakit tempat cedera Konkusi Tidak sedarkan diri Denyutan nadi lemah Pergerakan Terhad Loya.pening,hi lang ingatan sementara Mengenalpasti tanda dan symptom melalui pemerhatian dan sentuhan seperti kecatatan pada anggota badan,lebam,pendarahan,pucat,berpeluh,takstur kulit berubah,cara bernafas

Upload: cgu-nick

Post on 27-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kds

TRANSCRIPT

Mengenalpasti tanda dan symptom kecederaanenis kecederaanTandaSimptom

LukaBerdarahLebambengkaksakit tempat yang cedera

MelepuhGelembung BerairPerit tempat yang cedera

MelecetKulit,tergeser,berdarah,lebam,Bengakak,berubah bentukSengal

DislokasiHilang daya pergerakanBengkak sekeliling sendiSakit tempat cedera

FrakturHilang daya pergerakanBengkak,perubahan bentukSakittempat cedera

KontuksiBengkak,lebamPergerakan terhadSakit tempat cedera

KonkusiTidak sedarkan diriDenyutan nadi lemahPergerakan TerhadLoya.pening,hilang ingatan sementara

Mengenalpasti tanda dan symptom melalui pemerhatian dan sentuhan seperti kecatatan pada anggota badan,lebam,pendarahan,pucat,berpeluh,takstur kulit berubah,cara bernafas tidak normal dan kadar deyutan jantung tinggi atau rendah. Manakala maklumat mangsa boleh mengenalpasti melalui sakit ,loya , haus, anggota lemah,pening, bahagian yang cedera tidak boleh bergerak.

KECEDERAAN DALAM SUKANJenis kecederaan dalaman merangkumi kecederaan retak,patah, terkehel, dislokasi dan konkusi.Jenis kecederaan dalaman ini melibatkan kecederaan organ dalaman yang tidak dapat dilihat oleh individu yangmengalami.Oleh itu, individu yang mengalami kecederaan ini akan mengalami simptom-simptom tertentu bergantung pada tahap kecederaan seseorang.Kecederaan retak ialah pecahan atau rekahan pada suatu tulang.Terbahagi kepada 5 jenis iaitu keretakan ringan,retak seribu,keretakan Greenstick, keretakan terbuka,keretakan tertutup.Tulang retak ialah tulang mengalami pukulan hentakan yangt idak tepat / tidak terus (hentakan sipi). Sebahagian tulang retak kerana ulangan.Pukulan / hentakan yang kerap akan menyebabkan kesakitan / kurang selesa pada tulang.Patah Tertutup ialah patah keseluruhan tulang tetapi kulit tidak tercedera.Berlaku pendarahan dalam kulit serta bengkak, lebam & panas.Patah Terbuka pula patah keseluruhan tulang dan kulit / otot terkoyak / tendon terputus.Luka wujud di bahagian tulang patah.Tulang tertonjol keluar dan darah banyak mengalir keluar.Seterusnya ialah patah ranting.Sebahagian tulang patah dan darah tidak mengalir keluar. Bengkak,adalah contoh patah tulang selangka.Patah Melarat akan mengakibatkan organ sekeliling rosak.Paru-paru rosak kerana patah tulang rusuk,kerosakan otak kerana tengkorak pecah.Selain itu,berlaku pendarahan dalaman- berbahaya / kritikal.Tanda-Tanda Patah dan retak ialah pergerakan tidak normal / terhadap bahagian cedera berubah bentuk bengkak,muka pucat dan berlaku pendarahan serta bengkak & lebam.Simptom Patah dan Retak pula ialah kehausan, loya / muntah,badan lemah .Kecederaan patah atau tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan.Punca berlakunya kecederaan tulang patah ialah apabila berlakunya stress atau tekanan yang tinggi ke atas tulang.Tulang panjang seperti femur atau humerus mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh.Sementara tulang-tulang kecil yang lain memerlukan masa 3-4 minggu.Kecederaan terkehel berlakukeadaan tulang yang berada dalam posisi yang tidak normal atau ia berpunca daripada pengecutan otot-otot yang terlalu kasar.Manakala,kecederaan dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi itu terkeluar dari tempat lekatnya.Tisu-tisu lembut seperti otot ,ligamen,tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi sering berlaku di bahagian sendi bahu. Dislokasi biasanya mengakibatkan kehilangan (deformiti) bentuk sesuatu sendi itu.Kecederaan konkusi ialah hentakan ke atas kepala yang biasanya trauma otak.Konkusi biasanya berlaku dalam sukan kontek seprti bola sepak,ragbi,hoki,tinjudan sakan mempertahankan diri.Simptom konkusi tidak jelas kelihatan dan mangsa harus dirujuk kepada pakar perubatan secepat mungkin

KECEDERAAN ANTERIOR CRUCIATE LIGAMEN (ACL) DALAM SUKAN BOLA SEPAK PENGENALANKecederaan yang dimaksudkan dan penting untuk diberi perhatian adalah kecederaan ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat hadapan)Berbeza dengan kecederaan lain, umpamanya seperti kederaan ligamen buku lali (ankle) yang biasanya boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang tercedera akan terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh dengan sendiri.Tanpa ACL lutut akan mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut. Tanpa ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti berjalan dan menaiki tangga atau sembahyang masih boleh dilakukan.Sebaliknya aktiviti seperti bermain bolasepak, bola keranjang, sepak takraw, bola jaring, berjalan di atas permukaan licin dan berlopak menjadi lebih sukar. Ini kerana pesakit perlu lebih berhati hati agar lutut tidak beralih secara tiba tiba.Ia diibaratkan membawa kereta dengan tali keledar yang telah putus atau rosak, sungguhpun kereta masih boleh dipandu tetapi risiko kecederaan jika berlakunya kemalangan amat tinggi.CARA ACL BOLEH BERLAKUTerpijak di dalam lopak.Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba tiba cutting).Memusingkan badan sambil kaki terpasak ketanah, dimana lutut akan terpusing dan terpelecok iaitu apabila hendak menendang bola.Jatuh dengan kekok dari lompatan samada untuk menendang bola, menanduk bola, dan menangkap bola.Seluruh beban badan akan tertumpu pada ligamen sehingga menyebabkan koyak sehingga pesakit merasakan lutut terkeluar ketika kecederaan berlaku. TANDA TANDA KECEDERAANSelalunya akan kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi pop dari lutut yang berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat dan lutut akan membengkak dengan agak mendadak. Tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba memaksa dirinya untuk bermain semula pada waktu itu. Berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan semula kaki untuk berjalan atau berlari akan terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah seperti akan tercabut. Kelihatan otot di kawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini dianggarkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas kecederaan.Tanda tanda yang memerlukan pembedahan segera adalah lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk diluruskan atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut.Tanda tanda lain termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya.Kesakitan yang berkala dan ketidakselesaan pada lutut.CARA MENGELAK DARIPADA TERKENA ACLSecara asasnya mengelakkan diri daripada tercedera dalam aktiviti sukan melibatkan disiplin sebelum, semasa, dan, selepas permainan.Keadaan otot yang kuat dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat penting bagi menjamin kekuatan otot sepanjang permainan.Sewaktu permainan pula, keadaan keadaan menggelecek (tackle) yang keras haruslah dielakkan sama sekali kerana pemain yang menggelecek dan yang digelecek juga bakal tercedera sama.Latihan yang rapi juga adalah sangat penting untuk mempelajari teknik teknik yang betul untuk melompat dan mendarat untuk mengelakkan daripada mengalami kecederaan ligamen krusiat.Sesi cooling down juga adalah penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot otot dan mengalirkan keluar asid asid laktik yang terhasil sewaktu bermain. SEKIRANYA KECEDERAAN ACL TIDAK DIRAWATSetelah beberapa tahun, kekerapan dan kesenangan lutut terpelecok berlaku dengan bertambah kerap menyebabkan ia bengkak dan kesakitan menjadi kronik. Pada waktu ini, pemain tidak dapat bermain lagi, tidak dapat berjalan jauh, berdiri lama, menaiki tangga, dan sembahyang dalam keadaan yang normal kerana lutut sakit, bengkak, dan pergerakan terjejas.Berat badan mula meningkat kerana susah hendak bersenam. Ini menimbul kesan pada lutut kerana terpaksa memikul beban yang lebih serta masalah kesihatan yang lain akibat kegemukan yang mungkin timbul. RAWATAN ACLPeringkat AwalBagi pemain yang disyaki mengalami kecederaan ACL, ianya hendaklah dikeluarkan segera dari permainan dan tuamkan ais ke atas lutut yang tercedera dan bahagian kaki ditinggikan untuk mengurangkan bengkak yang berterusan.Balutan sementara boleh digunakan dan tidak terlalu ketat dan anduh atau tongkat boleh digunakan bagi memudahkan pesakit berjalan semula.Sekiranya bengkak keterlaluan, pembedahan kecil mengeluarkan cecair atau darah dari lutut adalah perlu untuk mengurangkan kesakitan dan kerosakan berterusan kepada lutut berkenaan selain perbaiki pergerakan lutut. Peringkat PertengahanPenggunaan ais boleh diteruskan dalam selam masa yang sesuai dan pendakap lutut boleh digunakan bagi memberikan kestabilan sementara kepada lutut. Penggunaan ais dan pendakap adalah sekurang kurangnya selama enam minggu.Dalam masa yang sama otot otot paha hendaklah dikuatkan melalui fisioterapi dan julat pergerakan lutut diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan pada lutut. Peringkat LanjutanPembedahan rekonstruksi ligamen ACL secara artroskopik menggunakan ligamen autocantuman atau autograft (Arthroscopic ACL Reconstruction). Pembedahan ini lazimnya akan memakan masa satu hingga satu setengah jam melibatkan rekonstruksi atau pembinaan semula gantian kepada ACL menggunakan ligamen autograft atau ligamen lain sekitar lutut pesakit.Ligamen-ligamen yang paling lazim digunakan adalah ligamen patela (tempurung lutut) bersama sama tulang atau ligamen hamstring (otot belakang paha) tanpa tulang. Rekonstruksi boleh dilakukan secara satu urat atau dua urat dan kesesuaiannya adalah bergantung kepada tahap kecederaan pesakit dan faktor faktor tertentu.

PEMULIHAN PERIOPERATIF REKONSTRUKSI ACLPesakit perlu memahami bahawa dalam pemulihan kecederaan lutut, pesakit memerlukan bukan sahaja pembedahan yang berjaya malah program pemulihan juga adalah penting dalam memberikan keputusan yang baik.Dalam program pemulihan, interaksi pesakit, doktor dan ahli fisioterapi adalah penting untuk mendapatkan hasil yang sempurna.Program pemulihan yang dijelaskan di bawah adalah yang dilakukan bagi kecederaan ACL, melibatkan empat fasa.Program pemulihan mungkin berbeza di hospital hospital lain dan turut bergantung kepada teknik pembedahan yang digunakan oleh doktor merawat.Kerjasama pesakit dalam menjalani rawatan intensif fisioterapi semasa pemulihan adalah penting dan ini akan mempengaruhi pemulihan pesakit.Sebelum pembedahan pembinaan semula ACL, selalunya doktor pakar yang merawat akan mengenal pasti tahap kerjasama yang ditunjukkan oleh pesakit dalam menjalani pemulihan awal.Pesakit yang menunjukkan komitmen yang tinggi semasa program rehabilitasi akan dipilih untuk menjalani pembedahan.Ini adalah kerana kejayaan pembedahan ini untuk memulihkan kembali lutut yang tercedera bukan hanya bergantung kepada teknik pembedahan malah turut bergantung kepada komitmen pesakit semasa menjalani rehabilitasi selepas pembedahan. EMPAT FASA PEMULIHAN PEMBINAAN SEMULA ACLKaedah pembedahan pembinaan semula ACL, BTB teknik single bundle atau hamstring teknik double bundle digunakan untuk merawat pesakit.Program yang dijelaskan di bawah adalah untuk pesakit yang menjalani kaedah pembedahan seperti di atas. Sebelum PembedahanProgram pemulihan bertujuan untuk mengurangkan bengkak, mendapatkan pergerakan penuh sendi lutut dan menguatkan otot yang berada di sekitar sendi lutut terutama otot paha (kuadriseps).Bagi pesakit yang mengalami kecederaan ACL kali pertama, pembedahan pembinaan semula ACL hanya akan dilakukan selepas enam minggu untuk mengelakkan lutut daripada mengalami artrofibrosis (lutut mengeras dan tidak dapat membengkok) jika dilakukan terlalu awal. Minggu Pertama Selepas PembedahanProgram bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut selepas pembedahan disebabkan oleh pendarahan. Pesakit akan dilatih untuk meluruskan lutut dengan senaman yang sesuai.Senaman seperti mengangkat kaki secara lurus dan kuadriseps statik adalah penting dimulakan awal supaya lutut tidak akan mengeras dalam keadaan bengkok.Senaman tersebut juga membantu merangsangkan kuadriseps untuk menjadi kuat dan mengembalikan saiz dan kekuatan asal otot tersebut.Dalam fasa ini juga pesakit akan dilatih untuk membengkokkan lutut secara berperingkat menggunakan senaman yang sesuai dan peralatan seperti pergerakan pasif berterusan (continuos passive motion / CPM). Pemulihan BertumpuFasa ini melibatkan latihan lutut untuk berada dalam kedudukan lurus, mengawal bengkak lutut, meningkatkan kedudukan lutut semasa membengkok kepada 130 darjah, meningkatkan kekuatan kuadriseps kepada 65 peratus kekuatan otot paha sebelah yang normal dan memulakan aktiviti sukan yang spesifik.Pelbagai kaedah senaman dan peralatan akan diajar dan digunakan oleh ahli fisioterapi bagi mencapai matlamat di atas.Kedua dua fasa di atas adalah penting untuk mengelakkan otot paha daripada mengecut dan mendapatkan kembali pergerakan lutut untuk membengkok.Pesakit perlu memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai keazaman yang kuat untuk kembali aktif.Sesi fisioterapi adalah penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti oleh doktor dengan awal dan fisioterapi boleh menggunakan kaedah peralatan dan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.Pesakit akan dibimbing oleh fisioterapi supaya melakukan senaman dengan teknik yang betul dan sesuai.Selepas rawatan fisioterapi di hospital, pesakit juga perlu melakukan senaman di rumah mengikut kaedah dan bilangan ulangan senaman yang diajar.Jika teknik yang betul dan bilangan yang diarahkan dibuat oleh pesakit, peralatan seperti perangsang otot-otot elektronik tidak diperlukan untuk menguatkan otot.Pesakit perlu berbincang dengan doktor jika masih sukar untuk membengkokkan atau meluruskan lutut walaupun telah menjalani program pemulihan yang lengkap.

Aktiviti Spesifik SukanIni melibatkan senaman meluruskan dan membengkokkan lutut secara penuh, meningkatkan kekuatan kuadriseps sehingga 85 peratus kekuatan otot paha yang normal dan aktiviti asal sukan yang diceburi pesakit.Sebagai contoh, bagi pemain bola sepak, senaman yang diberikan adalah seperti berjoging pada garisan lurus, berjoging dalam pergerakan huruf lapan dan berbasikal.Bagi senaman yang digunakan setiap fasa, pembaca dinasihat mendapatkan nasihat daripada doktor pakar ortopedik dan fisioterapi mengenai kaedah senaman.