mengapa terjadi kelunturan karang

4
Mengapa terjadinya kelunturan karang (Coral bleaching) ? Sumber : Jabatan Taman Laut Malaysia http://www.dmpm.nre.gov.my/ Batu karang atau lebih dikenali sebagai karang merupakan benda hidup. Walaupun pada asalnya mereka lebih kelihatan seperti batu-batu atau tumbuh-tumbuhan, karang adalah sebenarnya binatang hidup. Mereka membentuk 'membran' hidup unik yang menutup batuan seperti kebiasaannya. Pada pandangan mata kasar manusia, batu karang mungkin dianggap sebagai penyeri lautan namun fungsi mereka adalah lebih besar dari itu. Artikel ini adalah berkaitan batu karang yang kian terancam di dasar lautan di Malaysia. Tahukah anda batu karang sangat peka kepada keadaan sekeliling mereka? Oleh sebab itu, karang tidak boleh hidup sekiranya berlaku perubahan suhu, kemasinan air dan wujudnya bahan pencemar di habitat mereka. Tanpa kita ketahui mereka juga turut membekalkan 50 peratus makanan laut kepada manusia. Tetapi sayangnya, manusia hanya mementingkan diri mereka tanpa memikirkan keadaan hidupan laut yang lain. Malahan, lebih daripada 3000 spesies marin tinggal dalam terumbu lautan di negara kita. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar biomarin, batu karang dapat mengeluarkan sebatian bioaktif bagi penghasilan ubat untuk rawatan kanser dan penyakit jantung. Batu karang juga digunakan sebagai ganti untuk tulang manusia dalam pembedahan ortopedik. Namun, hakikatnya masih ramai masyarakat kita yang masih tidak menghargai khazanah alam semulajadi ini dengan sebaiknya. Berbalik kepada isu kelunturan karang, kelunturan karang (coral bleaching) adalah perubahan warna pada jaringan karang dari warna yang kecoklat-coklatan atau kehijau-hijauan menjadi warna putih pucat. Kematian alga simbiotik iaitu zooxanthellae yang terdapat pada karang yang berfungsi memberi pigmen warna dan nutrient pada karang akan mengakibatkan karang mengalami kelunturan. Peningkatan suhu air, perubahan kualiti air seperti saliniti dan tahap sedimentasi, cahaya dan sinar ultraungu berlebihan dari matahari serta serangan daripada pemangsa seperti Crown of Thorns dan Drupella Snail boleh menyebabkan alga ini mati dan seterusnya memberi kesan kepada karang. Walaupun faktor-faktor utama

Upload: adzliana-bt-mohd-daud

Post on 15-Feb-2015

41 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

dunia dasar lautan

TRANSCRIPT

Page 1: Mengapa Terjadi Kelunturan Karang

Mengapa terjadinya kelunturan karang (Coral bleaching) ?Sumber : Jabatan Taman Laut Malaysia

http://www.dmpm.nre.gov.my/

Batu karang atau lebih dikenali sebagai karang merupakan benda hidup. Walaupun pada asalnya mereka lebih kelihatan seperti batu-batu atau tumbuh-tumbuhan, karang adalah sebenarnya binatang hidup. Mereka membentuk 'membran' hidup unik yang menutup batuan seperti kebiasaannya. Pada pandangan mata kasar manusia, batu karang mungkin dianggap sebagai penyeri lautan namun fungsi mereka adalah lebih besar dari itu.

Artikel ini adalah berkaitan batu karang yang kian terancam di dasar lautan di Malaysia. Tahukah anda batu karang sangat peka kepada keadaan sekeliling mereka? Oleh sebab itu, karang tidak boleh hidup sekiranya berlaku perubahan suhu, kemasinan air dan wujudnya bahan pencemar di habitat mereka. Tanpa kita ketahui mereka juga turut membekalkan 50 peratus makanan laut kepada manusia. Tetapi sayangnya, manusia hanya mementingkan diri mereka tanpa memikirkan keadaan hidupan laut yang lain. Malahan, lebih daripada 3000 spesies marin tinggal dalam terumbu lautan di negara kita. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar biomarin, batu karang dapat mengeluarkan sebatian bioaktif bagi penghasilan ubat untuk rawatan kanser dan penyakit jantung. Batu karang juga digunakan sebagai ganti untuk tulang manusia dalam pembedahan ortopedik. Namun, hakikatnya masih ramai masyarakat kita yang masih tidak menghargai khazanah alam semulajadi ini dengan sebaiknya.

Berbalik kepada isu kelunturan karang, kelunturan karang (coral bleaching) adalah perubahan warna pada jaringan karang dari warna yang kecoklat-coklatan atau kehijau-hijauan menjadi warna putih pucat. Kematian alga simbiotik iaitu zooxanthellae yang terdapat pada karang yang berfungsi memberi pigmen warna dan nutrient pada karang akan mengakibatkan karang mengalami kelunturan. Peningkatan suhu air, perubahan kualiti air seperti saliniti dan tahap sedimentasi, cahaya dan sinar ultraungu berlebihan dari matahari serta serangan daripada pemangsa seperti Crown of Thorns dan Drupella Snail boleh menyebabkan alga ini mati dan seterusnya memberi kesan kepada karang. Walaupun faktor-faktor utama kelunturan karang ini berlaku secara semulajadi. Harus diingat, sekiranya langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan laut tidak dipantau sebaiknya ia akan membawa kepada kekurangan bekalan makanan laut kepada manusia. Ia kerana, hidupan laut memerlukan habitat mereka sendiri untuk berlindung dan membiak.

Semoga kita semua dapat mengekalkan serta memelihara nikmat dunia yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kita. Sekiranya penerapan nilai-nilai murni tentang penjagaan laut dapat disemai dalam sanubari kita bersama, insyaAllah isu seperti kelunturan karang ini dapat dikawal dengan sewajarnya.

Page 2: Mengapa Terjadi Kelunturan Karang

Glosari

Membran - lapisan nipis-seperti tisu dan sangat lembut

Saliniti - kemasinan

Sedimentasi - pengendapan, pemendapan

Gambar kelunturan karang

Page 3: Mengapa Terjadi Kelunturan Karang

                  Punca2 kelunturan karang

Peningkatan atau pengurangan suhu air laut Sinaran solar Perubahan water chemistry (acidification) Kekurangan zooplankton Peningkatan sedimentasi Jangkitan pathogen Perubahan kemasinan air laut Terdedah kepada air surut