mengangkat

Upload: zai-insyirah

Post on 08-Jul-2015

444 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

DEFINISI

Apabila berlaku kemalangan, salah satu perkara yang diutamakan untuk diambil perhatian ialah menentukan samada mangsa perlu dirawat ditempat kejadian atau perlu dipindahkan ke tempat lain. Hal ini bergantung kepada keadaan dan situasi mangsa dan tempat kemalangan..

Seorang yang menolong perlu memindahkan pesakittersebut ke tempat yang lebih selamat. Sebelum memindahkan pesakit, anda perlu terlebih dahulu mengetahui kecederaan yang dialami oleh pesakit dan mereka yang boleh membantu anda memindahkan pesakit.

Seorang penolong kecemasan juga seharusnya meneliti beberapa perkara: Mengutamakan keselesaan pesakit Memastikan kecederaan pesakit tidak bertambah teruk. Contohnya pesakit yang patah tulang memerlukan cara

pengangkutan yang sesuai dengan kecederaannya. Memerhatikan keadaan pesakit semasa memindahkannya

Bertindak dengan pantas, jangan panik dan lakukan perkara yang difikirkan penting. Jika kecederaan lebih teruk, rawatan serta merta perlu dilakukan, kemungkinan pemindahan akan lebih membahayakan mangsa. Anda tidak digalakkan memindahkan mangsa sekiranya tidak ada orang lain yang mahir. Jangan pindahkan mangsa sebelum membuat pemeriksaan rapi terutamanya dikepala, leher, dada dan perut dan anggota-anggota lain.

Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya ialah: a) seorang pembantu (single helper) b) dua orang pembantu (double helpers) c) menggunakan pengusung (stretcher)

a)

Seorang pembantu (Single Helper) Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara. Antaranya ialah:

Kaedah dukungan / menggendong (Cradle Lift) -kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama kanak-kanak dan bayi

Bergandingan dengan pesakit / menopang (Human Crutch) -Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan pembantunya.

Dukung di belakang /mendukung (Pick a back) -Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan sedar.

Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift) -Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.

Usungan merangkak -Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa.

Usungan menarik -Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang.

Kaedah Menarik Meletakkan pesakit di atas selimut tebal yang kemudiannya ditarik dengan memegang tepian selimut. Usungan ini membolehkan pesakit diangkut ke tempat yang jauh sedikit dan sepatutnya diusahakan jika pesakit mempunyai kecederaan pada badan dan di dalam ketenatan.

B) Kaedah dua pembantu (double helpers) : Antara kaedah yang boleh digunakan untuk dua pembantu ialah :

Duduk di atas dua tangan (two hand seat) -Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa.

Duduk di atas dua tangan (two hand seat)

Mengusung berekoran atau berbuntut. -Seorang pembantu memeluk keduadua belah ketiak mangsa dari arah belakang mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa

Mengusung berekoran atau berbuntut.

Duduk di atas tiga tangan (three hand seat) -Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa.

Duduk di atas empat tangan (four hand seat) -Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan memeluk bahu pembantu-pembantunya.

Mengangkat menggunakan kerusi -Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara berekoran.

Jika penolong dapat dibantu oleh orang-orang lain, maka kerja menyelamat menjadi lebih ringan dan sempurna bagi pesakit. Rajah menunjukkan dua orang penolong menampung badan pesakit yang kakinya pula ditampung oleh seorang sahaja. Semua penolong berlutut di sebelah kaki. Dari kedudukan melutut, ketiga-tiga penolong perlahan-lahan bangun serentak.

Pesakit juga boleh diangkat oleh ketiga-tiga penolong yang melutut selanjar dan meletakkanya ke atas usungan yang tersedia.

Kaedah ini memerlukan ramai pembantu dan khususnya mangsa tidak dapat bergerak disebabkan patah tulang belakang, leher atau kaki. Kaedah ini juga memerlukan mangsa dipindahkan secara jarak jauh.

Memerlukan empat orang penolong mangsa dengan menggunakan pengusung. Kaedah ini sesuai jika ramai penolong dan magsa tak sedar diri atau tidak boleh bergerak dan perjalanan yang jauh.

8. USUNGAN BEREMPAT Memerlukan empat orang penolong mengangkat mangsa dengan menggunakan stretcher.

Rajah 7

Kaedah ini memerlukan 4 orang pembantu dimana 3 orang berada di bahagian sebelah mangsa manakala seorang pembantu berada di bahagian sebelah masa yang bertentangan dengan 3 orang pembantu itu tadi.

Pembantu akan melutut dengan mengangkat lutut sebelah kanan.

Mangsa akan diletakkan ke atas lutut kanan ketiga-tiga pembantu secara serentak.

Kemudian mangsa akan dipindahkan ke atas pengusung.

Kaedah ini adalah sama dengan kaedah menggunakan pengusung. Sebagai menggantikan pengusung jika tiada pengusung/papan keras. Kain selimut juga digunakan sebagai pengantara dari tempat mangsa ke pengusung.

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

DEMONSTRASI MENGANGKAT MANGSA MENGGUNAKAN PENGUSUNG ( STRETCHER)Demo For Carrying- YouTube.flv

Usungan Improvisi

Usungan Ambulans Beroda

Usungan Mudah Alih

Usungan Fleksible

Pengusung Scoop (ortopedik)

Usungan Bakul

Spine Board

Usungan Kerusi

Kedudukan yang selesa untuk kebanyakan mangsa adalah kedudukan separuhduduk.

Untuk mangsa dalam kejutan, kaki ditinggikan ke 8-12 inci jika tiada kecederaan tulang belakang.

Penghubung melintang harus diluruskan

Kerusi Tangga

Cara mengusung mangsa dengan kerusi dan ianya memberi keselesaan kepada mangsa.

Spine Board yang panjang

Apabila melakukan log roll, tulang belakang penolong kecemasan dipastikan lurus.Condongkan mangsa daripada bahagian pinggang dengan menggunakan otot bahu penolong kecemasan.

Spine Board yang pendek

Gunakan squat lift untuk mengangkat mangsa

Kemalangan di kawasan terpencil yang sukar mendapat bantuan lain, hendaklah dikendalikan dengan alatan-alatan yang terdapat di tangan. 2 helai baju dan 2 batang kayu dibuat usungan.

Mangsa dibaringkan di atas usungan itu dan diikat badannya supaya tidak tergelincir jatuh.

Penolong kecemasan selanjutnya mengangkat usungan di sebelah kepala mangsa dengan membelakangkan mangsa & menarik ke pusat bantuan lanjut.

Gulungkan selimut & ditempatkan di atas lantai berdekatan dengan mangsa dengan gulungan selimut bertentangan arah dengan bahagian mangsa yang cedera.Jika mangsa sedar diri, terangkan prosedur.

Keempat-empat penolong kecemasan harus melutut sama tahap dengan kepala, bahu, paha & kaki mangsa. Dengan serentak, pusingkan mangsa ke arah penolong kecemasan. Kemudian, gulungan selimut diletakkan di belakang mangsa.

Gulingkan mangsa semula di atas selimut dengan perlahan-lahan melepasi gulungan selimut itu. Untuk meratakan gulungan selimut itu, gulingkan mangsa ke sebelah. Kemudian, gulingkan mangsa semula supaya belakang mangsa di atas lantai.