menganalisis salah satu hadith palsu

6
MEMILIH DAN MENGENALPASTI SERTA MENGANALISIS SALAH SATU HADITH PALSU DAN IMPLIKASINYA KEPADA UMAT ISLAM. Tidak dinafikan ada beberapa hadith yang sering kita dengar dalam ceramah dan penulisan mengenai kelebihan bulan ini. Malangnya, kebanyakan hadith itu berkisar sekitar daif, palsu atau tiada sandaran. Antara hadith palsu yang terkenal ialah berkaitan dengan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: ً ا مان ي إ ب ج ام ر ص ن م ف، ي ت م ر إ ه! ش ان ض م ور ري ه! ش ان ب ع! ش ه و ل ل ر إ ه! ش ب ج ر ن م ام ص ن م ي، و علردوس إلا لف ه إ ن ك س ر وإ كبَ ه إلا ل ل إ ه وإن ض ر ب ج و ت س إً ا سان حت وإ ن م و، ا ب ند إل ال ب ج ب م ف ع ضل ك ن وور ان ف ع ض ر ج إلا ن م له ف ن مي و يٍ ب ج رW ك ل د رة ب س م ول ط ا دف ن ج ار ب ل إ ن^ ي ب و ه ن^ يa ب ه ل ل ل إ ع ج ام ن إ ه! لان! ن ب ج ر ن م ام ص إم د ج ل وإ ونh ت ج ل إ ن م لاء ب ل إ ن م ي فو ع ام ن إ ه ع ب ر إ ب ج ر ن مام ص ن م ، و ة ن س ر. ب ق ل إ ب عد ن م ال و إلدح ح ي س م ل إ ة ن تh ف ن م رص لب وإ11

Upload: nur-syaza-mohamad-rosli

Post on 12-Jul-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hadith palsu yang popular

TRANSCRIPT

Page 1: Menganalisis Salah Satu Hadith Palsu

MEMILIH DAN MENGENALPASTI SERTA MENGANALISIS SALAH SATU HADITH PALSU DAN IMPLIKASINYA KEPADA UMAT ISLAM.

Tidak dinafikan ada beberapa hadith yang sering kita dengar dalam ceramah dan

penulisan mengenai kelebihan bulan ini. Malangnya, kebanyakan hadith itu berkisar sekitar

daif, palsu atau tiada sandaran. Antara hadith palsu yang terkenal ialah berkaitan dengan

kelebihan berpuasa pada bulan Rejab.

Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr

Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

رجب ش�هر الل�ه وش�عبان ش�هري ورمض�ان ش�هر أم�تي، فمن صام رجب إيماناً واحتساباً استوجب رضوانه الله االَكبر وأسكنه الف��ردوس االعلى، ومن ص��ام من رجٍب ي��ومين فل��ه من االج��ر ضعفان ووزن كل ضعف مثل جبال الدنيا، ومن ص��ام من رجب ثالثة أيام جعل الله بين��ه وبين الن��ار خن��دقا ط��ول مس��يرة ذل��ك س��نة، ومن ص��ام من رجب أربع��ة أي��ام ع��وفى من البالء من الجنون والجذام والبرص من فتنة المس��يح ال��دجال ومن ع��ذب

القبر.

Ertinya: "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka

barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan

pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan

ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yang berpuasa dua hari dari

bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan

bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah

menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan.

Barangsiapa yang berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari

bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur."

Taraf hadith ini sebenarnya daif. Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah. Yahya bin

Ma’in katanya : Al-Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa manakala kata Al-Bukhari dan

11

Page 2: Menganalisis Salah Satu Hadith Palsu

Ad-Daruquthni: Dia adalah matruk. Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang

juga seorang yang matruk.

Ibnu al-Jauzi menyenaraikan hadith ini dalam bukunya al-Maudhua’t, ia dilaporkan

oleh Muhammad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari

Abu Said. Beliau menghukum hadith ini palsu. (Abdul Razak Muthalib,2011)

Ibnu Hajar al-Asqalani telah berusaha mengumpul mengenai kelebihan Rejab dalam

kitabnya, Tabyin al-‘Ajaib bima warada fi fadl Rajab. Namun menurut beliau, tiada satu pun

hadith sahih yang menyatakan mengenai kelebihan dan fadilat puasa pada Rejab.

Dr. Yusof Al-Qaradhawi menyatakan bahawa hadith-hadith mengenai fadhilat-

fadhilat khas Rejab kebanyakan merupakan hadith palsu atau pun yang sangat Lemah

tarafnya:

“Hadith ini dimaklumkan sebagai sebuah hadith yang mengandungi fadhilat Rejab – “Rejab

bulan Allah.  Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”…..Hadith

in mungkar dan sangat-sangat dhaif, bahkan beberapa ulama’’ mengatakan hadith ini palsu!

Yakni penipu. Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai

agama. Di situ ada hadith yang mengatakan terdapat fadhilat Rejab kepada sesiapa yang

bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yang meminta beristigfar sekali

kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini. Ini semua adalah berlebih-lebihan

(exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan.  Dari ini satu tanda satu penipuan di

dalam hadith yang memasukkan perkara yang berlebih-lebihan….”

Tanda maudu’ atau palsu dalam hadith kelebihan Rejab ketara sekali, terutama

apabila menjanjikan pahala yang terlalu besar bagi mereka yang berpuasa atau beribadat

padanya. Ulama’ menyatakan, janji yang terlalu besar tidak sepadan dengan amalan yang

dilakukan. Hal ini menunjukkan kemungkinan hadith itu dusta atau palsu.

Bagaimanapun, tiada hadith yang melarang umat Islam berpuasa pada Rejab. Oleh

itu, hukum berpuasa sunat dalam bulan ini sama saja dengan berpuasa pada bulan lain,

seperti puasa pada Isnin dan Khamis atau tiga hari dalam sebulan.Namun begitu, soal

ketsabitan atau ketulenan sesebuah hadith perlu diambil kira. Adalah tidak wajar apa saja

yang dikatakan hadith terus disebarkan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq

(keputusan) ulama’ hadith terhadap kedudukannya. (Mohd Shukri Hanapi, 2005)

Rasulullah memberikan amaran terhadap orang yang berdusta atas namanya

dengan ancaman yang berat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya berdusta ke

11

Page 3: Menganalisis Salah Satu Hadith Palsu

atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan

nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat

duduknya dalam neraka.” – (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ancaman dalam hadith ini merangkumi segala jenis pendustaan dan pembohongan

ke atas Nabi sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat atau

ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Penyebaran hadith palsu seumpama ini memberikan implikasi yang sangat besar

terhadap umat islam. Penyebaran hadith palsu akan mencemarkan kesucian hadith

Rasulullah yang dipelihara dengan begitu baik oleh ulama’ Islam terdahulu. Misalnya,

dengan penyebaran maklumat tentang kelebihan di bulan Rejab yang berpandukan hadith

yang diragui ia sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yang ingin beramal.

Dalam pada itu, kesan kekeliruan daripada hadith tersebut mungkin membawa

kepada gejala negatif dan tidak sihat sehingga mewujudkan golongan yang langsung tidak

mahu berpuasa pada Rejab kerana tiada fadilat dalam hadith yang sahih menurut

pandangan mereka. Sehubungan itu, penyebaran hadith daif dan palsu mengenai kelebihan

Rejab ini hendaklah dihentikan agar jangan sampai masyarakat melakukan diperoleh akibat

menyebar dan beramal dengan hadith palsu seperti ini.

Hadith palsu telah memberi satu gambaran yang buruk terhadap deen Islam, seolah-

olah Islam agama yang negatif, bercelaru, penuh khayalan, tidak masuk akal dan sarat

dengan pembohongan. Kesan lain apabila adanya hadith palsu menyebabkan umat islam

yang beramal dengan hadith palsu akan menyebabkan secara tidak langsung hadith sahih

dan sunnah nabi ditinggalkan. Ini seperti mengajar doa-doa palsu yang kononya datang dari

Nabi yang menjanjikan pelbagai kelebihan yang sebenarnya tidak terdapat dalam hadith

sahih.

Sudah terang lagi bersuluh, hukum membuat hadith palsu adalah haram, malah

meriwayatkannya tanpa menjelaskan kepada pendengar bahawa ia adalah hadith palsu juga

adalah haram dan berdosa. Semua umat Islam wajib memandang berat perkara seperti ini

demi menjaga kesucian hadith Rasulullah yang menjadi sumber kedua perundangan Islam

selepas al-Quran.

Kesimpulannya sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah

berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai fadilat Rejab melalui pelbagai sumber

yang sahih ataupun bertanya kepada ahli ilmu dan para ulama’ untuk memperoleh

kefahaman lebih baik.

11

Page 4: Menganalisis Salah Satu Hadith Palsu

PEMBENTANGAN

11