menangani masalah jerebu merentas sempadan yang...

2

Click here to load reader

Upload: vuongthuy

Post on 08-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menangani Masalah Jerebu Merentas Sempadan yang ...ongkianming.com/wp-content/uploads/2015/10/LimGuanEng_Memoran… · 2 III. Menyedari fakta bahawa terdapat individu-individu dan/atau

1

Oktober 27, 2015

Duta Besar Herman Prayitno

Keduataan Besar Republik Indonesia

No. 233, Jalan Tun Razak,

50400 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Yang Berbahagia Duta Besar,

Menangani Masalah Jerebu Merentas Sempadan yang Mengakibatkan Kerugian yang

Tidak Terkira ke atas Kesihatan Rakyat dan Ekonomi Negara

Kami berasa amat khuatir terhadap masalah pencemaran jerebu merentas sempadan yang telah

menjejaskan kesejahteraan hidup jutaan rakyat di kawasan terbabit, termasuklah di Malaysia

dan Indonesia. Ingin kami sampaikan rasa simpati dan solidariti kepada segala rakyat Indonesia

yang mengalami penderitaan lebih teruk akibat berada dekat dengan punca kebakaran.

Di Malaysia, apabila tahap kualiti udara semakin buruk, barangkali sekolah kena tutup dan ia

menimpa setengah juta murid dan pelajar. Kesan negatif ke atas ekonomi negara disebabkan

program-program terbatal, ketibaan pelancong yang menjunam serta penurunan produktiviti

tenaga kerja; walaupun sukar dinilai pada waktu sekarang – ia sememangnya amat besar dan

bersifat tidak boleh diperbaiki.

2. Jerebu adalah kejadian sampingan insiden kebakaran hutan yang telah dan masih berlaku di

dalam wilayah Indonesia, khususnya di Sumatra dan Kalimatan. Selain daripada kehidupan

rakyat Malaysia yang terjejas, kami turut sedar ia menyebabkan juga kesusahan dan keperitan

kepada jutaan rakyat Indonesia. Kami tahu usaha-usaha kerajaan Indonesia dalam menangani

masalah kebakaran hutan dan pencemaran jerebu telah bertambah giat. Misalnya, Presiden

Joko Widodo telah meratifikasi Perjanjian Jerebu Merentas Sempadan ASEAN (ASEAN

Transboundary Haze Agreement) pada 16hb September, 2014. Namun demikian, malangnya

pencemaran jerebu masih memberi ancaman yang amat serius dan berulang kepada kami.

3. Sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik iaitu parti politik yang kedua terbesar

di Parlimen Malaysia, kami terpanggil untuk mengemukakan beberapa syor seperti berikut

kepada kerajaan Indonesia demi mengatasi pencemaran jerebu:

I. Bahawa kerajaan Indonesia mempertimbangkan dengan serius tawaran-tawaran serta

bantuan teknikal yang ingin diberi oleh kerajaan Malaysia dan Singapura atas semangat

kerjasama dan solidariti ASEAN untuk menghantar alat kelengkapan dan ahli-ahli

bomba profesional untuk mengawal dan memadamkan kebakaran hutan di Indonesia;

II. Bahawa kerajaan Indonesia mempercepatkan proses pemeteraian Memorandum

Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Malaysia di mana mekanisme kerjasama yang

terperinci untuk mengatasi pencemaran jerebu akan dimasukkan. Kami dimaklumkan

oleh Menteri Alam Sekitar Malaysia, Yang Berhormat Wan Junaidi Tuanku Jaafar

sewaktu persidangan Parlimen baru-baru ini pada 21hb Oktober 2015 bahawa

rancangan pemeteraian MoU tersebut sudah ditangguhkan dua kali dari tarikh sasaran

asal pada September 2015. Kami menyeru supaya pemeteraian MoU ini diberi

keutamaan dan dipercepatkan;

Page 2: Menangani Masalah Jerebu Merentas Sempadan yang ...ongkianming.com/wp-content/uploads/2015/10/LimGuanEng_Memoran… · 2 III. Menyedari fakta bahawa terdapat individu-individu dan/atau

2

III. Menyedari fakta bahawa terdapat individu-individu dan/atau syarikat-syarikat

Malaysia yang terlibat dalam pembakaran hutan di Indonesia termasuk sekurang-

kurangnya satu kes yang telah disabit kesalahan oleh mahkamah Indonesia, kami

menyeru supaya kerajaan Indonesia berkomunikasi dengan lebih efektif kepada

kerajaan Malaysia dan juga memberitahu kepada awam mengenai maklumat terperinci

syarikat Malaysia yang dituduh dan/atau yang disabit kesalahan membenarkan aktiviti

pembakaran terbuka di dalam kawasan yang dikawal mereka di Indonesia. Ini penting

supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap syarikat atau individu berkenaan

di Malaysia;

IV. Kami juga berharap agar kerajaan Indonesia menunjukkan komitmen terhadap usaha

sama antara kerajaan yang lebih teguh di peringkat ASEAN sewaktu Mesyuarat

Peringkat Menteri Alam Sekitar ASEAN dan Persidangan Parti-Parti Perjanjian Jerebu

yang bakal berlangsung pada akhir Oktober 2015 di Hanoi, Vietnam; dan

V. Akhirnya. kami mengesyorkan supaya kerajaan Indonesia mengambil bahagian secara

aktif dalam kegiatan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit yang bakal

ditubuhkan pada masa yang terdekat ini demi memastikan amalan penanaman sawit

yang lestari dapat diperluas dan seterusnya kejadian kebakaran terbuka dapat

dikurangkan ke tahap yang minima.

Ingin kami cadangkan supaya sebarang bentuk kerjasama dan usaha-usaha menangani

pencemaran jerebu berjalan sepanjang tahun, bukan hanya dilakukan secara ad-hoc sewaktu

ada pencemaran jerebu. Hanya dengan usaha pemantauan dan penguatkuasaan yang rapi

sepanjang tahun, barulah boleh diharap usaha pembasmian pencemaran jerebu akhirnya dapat

berjaya. Maka dengan itu, saya mengalu-alukan maklum balas yang tepat pada masanya serta

jawapan positif dari pihak anda.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………..

(LIM GUAN ENG)

Setiausaha Agung,

Parti Tindakan Demokratik,

Malaysia.