memulihara kehidupan kelip

9
Memulihara Kehidupan Kelip-Kelip Tanda Prihatin Masyarakat Pengenalan KELIP-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama famili bagi kelip-kelip ialah Lampyridae. Terdapat lebih daripada 2000 spesis Lampyridae. Ia boleh dijumpai di kawasan Tropika, kecuali kawasan padang pasir dan gunung. Bentuk badannya tajam dan berwarna perang tua apabila dilihat dari luar. Namun demikian kelip-kelip yang menghasilkan cahaya hanya boleh dijumpai di India Timur dan Asia Tenggara. Di daerah Kuala Selangor, kelip-kelip boleh dijumpai di dua kawasan. Iaitu di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing. Persamaan di antara pekan ini adalah kedua-duanya terletak berhampiran dengan Sungai Selangor. Jangka hidup kelip-kelip di sini adalah lebih kurang 30 hingga 90 hari sahaja. Serangga kelip-kelip yang dijumpai di Kuala Selangor adalah daripada spesis Pteroptyx Tener. Biasanya, ia dijumpai dalam bilangan yang banyak mencecah angka ribu. Habitat Dan Kitar Hidup Kelip-kelip Kelip-kelip sering hinggap pada pokok berembang yang banyak terdapat di tebing Sungai Selangor. Ia adalah sejenis pokok bakau. Nama saintifik barembang ialah Sonneratia Caseolaris. Kitar hidup kelip-kelip bermula dari telur kepada larva dan dari Larva bertukar menjadi pupa dan akhirnya menjadi kelip- kelip dewasa. Larva kelip-kelip boleh hidup di tanah atau di air. Larva mempunyai mandibles beracun yang menjadi organ pertahanan dan alat membantu mencari makanan (mangsa). Makanan larva adalah nematod, copepod dan larva midge. Ia akan mengeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikannya separa cecair.

Upload: nazuwa

Post on 06-Jun-2015

864 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Memulihara Kehidupan Kelip

Memulihara Kehidupan Kelip-Kelip Tanda Prihatin Masyarakat

Pengenalan KELIP-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama famili bagi kelip-kelip ialah Lampyridae. Terdapat lebih daripada 2000 spesis Lampyridae. Ia boleh dijumpai di kawasan Tropika, kecuali kawasan padang pasir dan gunung. Bentuk badannya tajam dan berwarna perang tua apabila dilihat dari luar. Namun demikian kelip-kelip yang menghasilkan cahaya hanya boleh dijumpai di India Timur dan Asia Tenggara.

Di daerah Kuala Selangor, kelip-kelip boleh dijumpai di dua kawasan. Iaitu di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing. Persamaan di antara pekan ini adalah kedua-duanya terletak berhampiran dengan Sungai Selangor. Jangka hidup kelip-kelip di sini adalah lebih kurang 30 hingga 90 hari sahaja. Serangga kelip-kelip yang dijumpai di Kuala Selangor adalah daripada spesis Pteroptyx Tener. Biasanya, ia dijumpai dalam bilangan yang banyak mencecah angka ribu.

Habitat Dan Kitar Hidup Kelip-kelip

Kelip-kelip sering hinggap pada pokok berembang yang banyak terdapat di tebing Sungai Selangor. Ia adalah sejenis pokok bakau. Nama saintifik barembang ialah Sonneratia Caseolaris. Kitar hidup kelip-kelip bermula dari telur kepada larva dan dari Larva bertukar menjadi pupa dan akhirnya menjadi kelip-kelip dewasa.

Larva kelip-kelip boleh hidup di tanah atau di air. Larva mempunyai mandibles beracun yang menjadi organ pertahanan dan alat membantu mencari makanan (mangsa). Makanan larva adalah nematod, copepod dan larva midge. Ia akan mengeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikannya separa cecair.

Jantina kelip-kelip mudah dibezakan melalui organ pencahayaan yang terletak di bahagian abdomen. Kelip-kelip betina kurang keupayaan untuk terbang berbanding kelip-kelip jantan. Kelip-kelip dewasa boleh hidup tanpa makan sehingga lebih kurang 30 hari. Makanan utama kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan. Menurut kajian yang pernah dilakukan pula, jangka hayat bagi seekor kelip-kelip ialah selama dua hingga tiga bulan dan ia bergantung hidup pada pokok berembang yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Pokok berembang atau Sonneratia Caseolaris yang memerlukan keadaan cuaca yang lembab dan persekitaran yang berpaya penting kepada kelip-kelip yang akan menghisap cecair dari daun pokok ini sebagai sumber makanan.

Page 2: Memulihara Kehidupan Kelip

Tarikan Kelip-Kelip Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen. Yang istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku.

Fakta ajaib tentang cahaya yang dihasilkan oleh Kelip-kelip ialah, ia dapat menukarkan 100 peratus tenaga kepada cahaya. Berbanding dengan mentol yang hanya dapat menukar 10 peratus daripada tenaga elektrik kepada cahaya, 90 peratus tenaga lagi dibazirkan sebagai haba. Oleh itu bolehlah kita menggatakan dan menabalkan kelip-kelip ini sebagai benda kelapan ajaib dunia.

Organ penghasilan cahaya bagi kelip-kelip yang terletak di bawah abdomen terbahagi kepada tiga lapisan, iaitu :

Lapisan DalamLapisan ini mengandungi sel-sel mikroskopik krystal yang mengandungi asid urik (uric acid) yang bertindak sebagai pemangkin (reflectors).

Lapisan TengahLapisan ini kaya dengan saraf, mitokondrion dan trakeol yang berfungsi sebagai sel penghasilan cahaya.

Lapisan LuarLapisan ini merupakan kulit lutcahaya yang bertindak sebagai kanta. Berlainan dengan cahaya yang kita biasa nampak, cahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip tidak mengandungi infamerah ataupun untraungu. Panjang gelombang, frekuensi kelipan, saiz dan paten cahaya yang dihasilkan pula bergantung kepada spesisnya.

Proses dan tindak balas penghasilan cahaya oleh kelip-kelip adalah seperti berikut :

Enzim Luciferase + Gas Oksigen + ATP + Luciferin = Cahaya Cahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaibannya hanya dapat dilihat dan dinikmati oleh mata kasar manusia.

Maksud KelipanKelip-kelip biasanya ditemui pada waktu senja, iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah tiga kali sesaat. Pada permulaannya, kelip-kelip akan mengambil masa 15 – 20 minit untuk memanaskan badan (warm up) sebelum mengelip. Dua hingga tiga jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu,

Page 3: Memulihara Kehidupan Kelip

kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan cahaya kelip-kelip di pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama, berentak dan berirama, ini membuatkannya sangat menarik. Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik perhatian pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina akan hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomennya dekat dengan daun. Menurut kepercayaan lama, kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding kelip-kelip betina.

Kelip-Kelip Kampung KuantanKampung Kuantan terletak kira-kira 18 km dari muara Sungai Selangor. Keluasannya lebih kurang 1,383 hektar dan dihuni oleh lebih kurang 2,000 orang penduduk. Pokok bakau yang lebih dikenali sebagai Berembang (Sonneratia caseolaris) terdapat dengan banyaknya di tebing Sungai Selangor yang meliputi 18 kilometer ke hulu dan lapan kilometer ke hilir Sungai Selangor. Biasanya pokok bakau dikenali dalam peranan pentingnya sebagai agen kawalan banjir dan runtuhan tanah. Namun di Kampung Kuantan pokok bakau lebih dikenali sebagai habitat kelip-kelip yang menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Dahulunya penduduk Kampung Kuantan banyak bergantung hidup kepada sungai sebagai tempat mencari rezeki, pengangkutan dan bekalan air. Namun kini, pembangunan pesat, tebus guna tanah dan pencemaran yang berlaku di kawasan sekitar menyebabkan kawasan pokok bakau, iaitu habitat kelip-kelip semakin hilang hari demi hari dan sumber hidupan air seperti ikan juga semakin pupus. Generasi muda di kampung ini juga telah memilih untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih stabil seperti berkerja di kilang dan ladang kelapa sawit yang berhampiran.

Sebelum akhir tahun 70-an, fenomena alam semulajadi daripada gemerlapan cahaya kelip-kelip tidak diketahui umum kecuali penduduk Kampung Kuantan dan segelentir penyelidik dan ahli sains. Menyedari tentang potensi tarikan pelancong di kawasan ini maka Malayan Natural Society (MNS) telah mengemukakan satu dari kertas kerja untuk pembangunan eko-pelancongan kepada Pejabat Daerah Kuala Selangor. Namun kekurangan pengetahuan dan tenaga kerja dalam melaksanakan konsep baru dalam pelancongan ini menjadi alasan pihak berkuasa tempatan untuk tidak berminat dan tidak meneruskan apa yang telah dirancangkan untuk kawasan ini.

Encik Jalaluddin, Seorang penduduk tempatan yang pernah berkerja dengan Malayan Natural Society (MNS) telah mengambil peluang ini untuk menerokai bidang eko-pelancongan ini dengan bantuan daripada MNS dan ahli persatuan

Page 4: Memulihara Kehidupan Kelip

tersebut yang mempromosikan aktiviti ini. Dengan dibantu oleh dua orang anaknya Encik Jalaluddin mula menceburi bidang eko-pelancongan ini dengan menggunakan empat buah sampan tanpa adanya kemudahan jeti yang sempurna.

Pada tahun 1990, kempen Tahun Melawat Malaysia telah dilancarkan dan Kampung Kuantan telah dipromosikan oleh kerajaan sebagai salah sebuah tempat tarikan pelancong. Ini telah menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang amat jarang dilihat di tempat lain, iaitu tarikan cahaya kelip-kelip Kampung Kuantan. Encik Jalaludin juga telah diberikan bantuan kewangan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan Dan Pelancongan untuk mengembangkan perniagaan beliau. Kini beliau memiliki 24 buah sampan untuk tujuan tersebut. Jeti yang lebih sempurna juga telah dibina untuk kemudahan pengusaha dan pengunjung yang datang ke Kampung Kuantan ini.

Ancaman KepupusanAdalah dipercayai oleh para pengkaji dan penyelidik bahawa popilasi kelip-kelip di sekitar Kuala Selangor akan pupus dalam jangka masa 10 tahun jika tiada tindakan pemuliharaan yang cekap dilakukan. Pemuliharaan harus dilakukan ke atas habitat kelip-kelip dan juga kepada populasi kelip-kelip itu sendiri.

Sudut PerundanganBeberapa perkara perlu diberi perhatian yang sewajarnya, terutama dari sudut perundangan. Walaupun Enakmen Air 1920 memperuntukkan perlindungan kepada rizab sungai, iaitu 50 kaki dari tebing sungai, namun perlindungan hanya benar-benar berlaku jika ia telah diwartakan. Dalam kes pokok bakau yang tumbuh liar di Kampung Kuantan yang juga menjadi habitat kepada kelip-kelip di sini, ianya masih belum diberikan status perlindungan yang sepatutnya.

Kebanyakan kawasan tanah di Kampung Kuantan adalah hak milik persendirian yang mempunyai status Tanah Rizab Melayu. Sebelum ini, Undang-Undang Malaysia di bawah Kod Tanah Kebangsaan tidak membenarkan sebarang pindah milik tanah kepada pihak ketiga termasuklah kerajaan. Namun penggubalan undang-undang baru telah memberi kuasa kepada pejabat daerah untuk mengisytiharkan kawasan sehingga 20 meter dari tebing sungai sebagai Kawasan Rezab Sungai.

Projek PembangunanJabatan Bekalan Air Negeri Selangor pernah mengemukakan cadangan untuk mengalihkan aliran air di hulu Sungai Selangor ke kawasan tadahan air untuk memenuhi permintaan air oleh penduduk dan sektor perindustrian di negeri ini. Permintaan tempatan untuk air minuman dari Sungai Selangor juga semakin meningkat tahun demi tahun kerana peningkatan jumlah penduduk dan pembangunan yang pesat di negeri ini. Selain itu, masalah pencemaran air di

Page 5: Memulihara Kehidupan Kelip

sungai-sungai yang sebelum ini membekalkan air kepada penduduk di Negeri Selangor juga menyumbang kepada perkara ini.

Kesan langsung kepada projek pengalihan sungai ini adalah pengurangan aliran air tawar dari kawasan tadahan ke muara sungai, yang akan menyebabkan peningkatan tahap kemasinan air di Kuala Sungai Selangor dan Kampung Kuantan. Akibatnya, pokok berembang mungkin akan mati dan ini tentu sekali akan menyebabkan populasi kelip-kelip yang menjadikan pokok ini sebagai habitat dan tempat bergantung hidup juga akan pupus.

Aktiviti tebus guna tanah untuk tujuan pertanian berskala besar dan juga untuk tujuan perindustrian di kawasan ini juga sebenarnya mengancam kehidupan pokok berembang. Ini kerana aktiviti-aktiviti tersebut telah menyebabkan kualiti air semakin menurun kerana peningkatan endapan dan kelodak di Sungai Selangor yang dahulunya pernah dinobatkan oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai salah satu daripada dua buah sungai yang terbersih di Negeri Selangor (Environmental Quality Report, 1996).

Aktiviti PelanconganEncik Jalaluddin, seorang penduduk tempatan yang memulakan perniagaan membawa pelancong melihat kelip-kelip, juga merupakan pemandu pelancong veteran di Kampung Kuantan. Beliau amat berhati-hati dalam menjalankan perniagaan ini agar habitat dan populasi kelip-kelip akan sentiasa terpelihara. Beliau menjalankan aktiviti ini dengan hanya menggunakan sampan yang didayung oleh pendayung yang mahir dan taklimat serta penerangan kepada pelancong agar mereka tidak melakukan perkara yang membawa kesan negatif kepada habitat dan populasi kelip-kelip.

Promosi berterusan daripada kerajaan negeri dan penyediaan pelbagai kemudahan seperti pembinaan kompleks pengunjung yang lengkap dengan kedai kraftangan, pusat pameran, gerai makanan, tandas awam dan lot-lot parking kereta, telah menukarkan suasana Kampung Kuantan daripada sebuah kampung yang sunyi sepi kepada pusat tumpuan pelancong dan seterusnya meningkatkan ekonomi dan infrastruktur kampung ini. Walau bagaimanapun, keuntungan dari perniagaan melihat kelip-kelip kepada Encik Jalaluddin ini, tidak begitu disenangi oleh segelintir penduduk tempatan yang berasa bahawa mereka juga berhak mendapatkannya.

Walaupun pengusaha asal perniagaan ini tidak keberatan untuk berkongsi keuntungan dengan membuka peluang yang sama kepada penduduk kampung yang lain. Namun sikap tamak, dan kurang pengetahuan segelintir daripada mereka telah menjejaskan habitat dan mengganggu populasi kelip-kelip di sini. Untuk mengejar keuntungan jangka pendek, ada pengusaha yang telah menggunakan bot bermotor yang lebih besar menggantikan sampan. Mujurlah tindakan segera telah dibuat oleh kerajaan negeri dengan mengharamkan

Page 6: Memulihara Kehidupan Kelip

penggunaan bot bermotor, apabila mendapat aduan daripada pelancong yang prihatin.

Ancaman ke atas populasi kelip-kelip juga timbul daripada pengabaian peraturan oleh manusia dengan menceroboh habitat kelip-kelip. Malah ada pendayung sampan yang membenarkan pelancong menangkap kelip-kelip yang berterbangan di sini.

Cadangan PemuliharaanHakikat bahawa kemungkinan anak cucu kita tidak akan dapat lagi melihat keindahan kelipan cahaya kelip-kelip sesungguhnya amat menyedihkan. Namun itulah kenyataan yang terpaksa kita telan akibat daripada ketidakprihatinan kita dalam mengekalkan habitat dan populasi kelip-kelip dalam ekologi mereka. Untuk memastikan populasi kelip-kelip ini terus wujud sampai bila-bila, terutamanya di Kampung Kuantan, maka beberapa perkara perlu dilakukan untuk pemuliharaannya. Antaranya :

Isu-isu pengurusan operasi pelancongan yang belum selesai antara pengusaha, penduduk tempatan, JKKK, NGO dan Pejabat Daerah sesungguhnya mendatangkan kesan secara tidak langsung kepada habitat dan populasi kelip-kelip iaitu pokok berembang. Kerajaan negeri perlu mengambil tindakan tegas dalam memastikan faktor alam semulajadi tidak diabaikan di kawasan ini. Kenaikan bayaran masuk oleh pihak berkuasa tempatan perlulah adil diagihkan kepada pengusaha dan agensi, peruntukan untuk tabung pemuliharaan alam semulajadi dan habitat juga perlu diadakan. Penduduk tempatan perlu digalakkan untuk terlibat dalam aktiviti pelancongan ini dan pihak berkuasa perlu mendidik mereka tentang keperluan untuk mengurus dan mengekalkan pokok berembang yang menjadi habitat kelip-kelip. Kerajaan negeri perlu memastikan bahawa sebarang projek pembangunan sama ada kawasan setempat mahupun di hulu Sungai Selangor tidak mengganggu ekologi dan sistem saliran sungai ini.

Perlu dipastikan bahawa tidak ada projek pembangunan besar-besaran di kawasan ini, seperti pembinaan bangunan, hotel dan sebagainya, yang tentunya akan memberi kesan kepada habitat dan persekitaran di sini.

Pendidikan dan penyampaian maklumat kepada penduduk agar mereka tidak terlalu mempergunakan potensi aktiviti pelancongan di sini dengan mempromosikan projek pelancongan secara besar-besaran. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang ini demi untuk mengekalkan keseimbangan alam semulajadi di sini.

Kerajaan Negeri Selangor perlu mewartakan bahawa keseluruhan kawasan Sungai Selangor sebagai kawasan rizab sungai untuk mengelakkan sebarang pencerobohan.

Page 7: Memulihara Kehidupan Kelip

l Pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan mereka dengan memastikan aktiviti pelancongan di sini mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan demi untuk melindungi habitat dan populasi kelip-kelip di sini. KesimpulanDengan adanya cadangan yang dikemukakan di atas, diharap habitat dan populasi kelip-kelip akan terus terpulihara, agar serangga ajaib ini akan dapat terus memperlihatkan keajaibannya di muka bumi ini. Keprihatinan manusia sebenarnya sangat penting demi untuk memastikan kesinambungan riwayat hidup kelip-kelip tidak terhenti sampai di sini sahaja.

Bagi warga koperasi, sesungguhnya perkara ini telahpun diwartakan dalam prinsip koperasi yang ketujuh, iaitu Berprihatin Terhadap Masyarakat. Antara isi kandungnya ialah prihatin kepada alam sekitar, prihatin kepada benda bernyawa dan prihatin kepada orang istimewa. Tentunya kita tahu bahawa pokok berembang dan kelip-kelip adalah alam sekitar kita yang juga merupakan benda bernyawa dan sesungguhnya sangat istimewa. Oleh itu tidakkah anda prihatin?

- GEORGE MILIN AIMANPegawai Pelajaran