kertas kerja outreach physics -...

13
KERTAS KERJA OUTREACH PHYSICS TARIKH 5 HINGGA 7 APRIL 2019 TEMPAT SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN, PERAK ANJURAN PUTRA BAKTI: OUTREACH PHYSICS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KELAB MAHASISWA FIZIK SESI 2018/2019 BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UPM PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAGAN DATUK SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN

Upload: dotruc

Post on 07-Jul-2019

285 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA OUTREACH PHYSICS

TARIKH

5 HINGGA 7 APRIL 2019

TEMPAT

SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN, PERAK

ANJURAN

PUTRA BAKTI: OUTREACH PHYSICS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA

KELAB MAHASISWA FIZIK SESI 2018/2019

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UPM

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAGAN DATUK

SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN

1.0 PENGENALAN

Menurut kajian mendapati pelajaran aliran sains menengah atas mempunyai persepsi

yang kurang menyenangkan bahawa mata pelajaran Fizik telah menjadi satu subjek yang

ditakuti atau dianggap sukar malah menjadi penghalang dan mengurangkan minat mereka

untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang ini. Berdasarkan situasi tersebut, Panitia Fizik

daerah Bagan Datuk telah mengambil inisiatif untuk menjemput pasukan mahasiswa dari

Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM Serdang membantu guru-guru Fizik daerah membimbing

pelajar-pelajar dalam masa yang sama menarik minat pelajar-pelajar untuk terus mencintai

bidang Sains.

Pasukan mahasiswa dari UPM dibawah bimbingan Prof Madya Dr Yap Wing Fen ini

telah menubuhkan satu program Putra Bakti : Outreach Physics pada tahun 2013 untuk

mengambil inisiatif merancang dan seterusnya merangka program serta alternatif sabagai satu

usaha untuk membantu pihak sekolah menarik dan menanam minat pelajar dalam bidang Sains.

Putra Bakti : Outreach Physics telah meletakkan “Transfer, Transverse, Transform

(Memindah , Melintas dan Mengubah)” sebagai moto yang menggunakan pendekatan yang

berfokuskan pelaksanaan aktiviti secara hands-on yang mana peserta akan diberi peluang

untuk menyaksikan dan mengalami sendiri serta mempelajari konsep-konsep yang berlaku

dalam kehidupan seharian tanpa menghafal rumus secara bulat-bulat.

Program ini dirangka untuk menyemai minat yang mendalam dan penghayatan terhadap

Fizik kepada pelajar di peringkat menengah atas. Kebanyakan pelajar di peringkat menengah

atas menggunakan cara ‘manghafal’ definisi dan formula dalam pembelajaran Fizik mereka

untuk meraih gred yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah terutamanya untuk Sijil

Peperiksaan Melaysia (SPM). Oleh itu, objekif program ini juga adalah untuk mengubah

persepsi pelajar daripada ‘menghafal’ kepada ‘faham dan ingat’ konsep, formula dan definisi

ilmu-ilmu Fizik yang mereka pelajari.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program adalah “Pelakuran Nukleus” ,

“Perlumbaan Kinematik” , “Youreka” , “Fizineka” , Night of Magic or Physics” , “Cari Siapa Itu?

(CSI)” dan “Refleksi Cahaya” dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, setiap slot yang

Outreach Physics jalankan adalah berdasarkan pemikiran aras tinggi. Hal ini dapat

meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis terhadap pelajar bagi mencapai matlamat setiap

aktiviti yang dijalankan.

2.0 TEMPAT

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak

3.0 TARIKH

5 - 7 April 2019

4.0 SASARAN PELAJAR

Pelajar Tingkatan 5, Sekolah-sekolah Daerah Bagan Datuk.

SM Sains Teluk Intan (112 orang)

SM Sains Bagan Datoh (32 orang)

SMK Seri Perkasa (5 orang)

SMK Ulu Bernam (5 orang)

SMK Hutan Melintang (5 orang)

SMK Khir Johari (5 orang)

SMK Tun Abdul Razak (5 orang)

SMK Rungkup (5 orang)

SMK Seri Muara (5 orang)

5.0 ANJURAN

1. Kelab Mahasiswa Fizik, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia

2. Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk, Perak

3. Panitia Fizik Daerah Bagan Datuk

3. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak

7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Rujuk Lampiran 1

6.0 CADANGAN TENTATIF

Rujuk Lampiran 2 dan Lampiran 3

- Lampiran 2 : Cadangan Tentatif.

- Lampuran 3 : Penerangan Slot.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN (RM)

1. Makan Peserta dan fasilitator (3 hari 2 malam)

Sarapan pagi

Makan tengahari

Minum petang

Makan malam

Minum malam

RM 30.60 x 215 =RM 6579

2. Modul aktiviti RM 10.00 x 180 = RM 1800

3. Sijil peserta RM 2.20 x 180 = RM 396

4 Cenderahati fasilitator RM 14.00 x 36 = RM 504

JUMLAH RM 9279.00

CADANGAN SUMBER PENDAPATAN

BIL PERKARA ANGGARAN (RM)

1. ASRAMA SEMESTI (MAKAN PELAJAR SEMESTI) RM 3427.20

2. PIBG SEMESTI RM 2836.80

3. YURAN PESERTA (67 orang x RM 45) RM 3015.00

SM Sains Bagan Datoh

SMK Seri Perkasa

SMK Ulu Bernam

SMK Hutan Melintang

SMK Khir Johari

SMK Tun Abdul Razak

SMK Rungkup

SMK Seri Muara

(32 orang)

(5 orang)

(5 orang)

(5 orang)

(5 orang)

(5 orang)

(5 orang)

(5 orang)

JUMLAH RM 9279.00

# Yuran Penyertaan dikenakan kepada setiap peserta adalah sebanyak RM 45.00

Makan dan Minum = RM 30.60

Modul Aktiviti = RM 10.00

Sijil = RM 2.20

Cenderahati = RM 2.20

JUMLAH RM 45.00

# Bayaran TAMBAHAN RM20.00 dikenakan untuk T’shirt program bagi pelajar yang berminat.

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM OUTREACH PHYSICS

Penasihat : Hj. Sulaiman bin Hj. Samsudin

(Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk)

Hj. Mohd Sahid bin Alias

(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah)

Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen

(Pensyarah Kanan Jabatan Fizik, UPM)

Penyelaras : Encik Noor Azri bin Mohd Nazaruddin

(Penolong PPD Matematik & Sains – Menengah)

Pengarah

Program

: Puan Maisara binti Md Yon

(KP Fizik SM Sains Teluk Intan)

Setiausaha : Puan Azanin binti Daud

(Setiausaha Panitia Fizik Daerah Bagan Datuk)

AJK Kerja : KP Fizik SM Sains Bagan Datoh

KP Fizik SMK Ulu Bernam

KP Fizik SMK Hutan Melintang

KP Fizik SMK Khir Johari

KP Fizik SMK Tun Abdul Razak

KP Fizik SMK Rungkup

KP Fizik SMK Seri Muara

Kelab Mahasiswa Fizik, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM

LAMPIRAN 2

TENTATIF: OUTREACH PHYSICS

5 APRIL 2019 (JUMAAT)

MASA PERKARA CATATAN URUSETIA

6.00 petang Pendaftaran Pelajar Asrama

Dewan besar

Makan malam di Dewan

Makan Asrama

SEMESTI

dan

SEMUA

GURU

PENGIRING

8.30 malam Taklimat daripada Fasi UPM

SLOT 1 :

PELAKURAN NUKLEUS

(Ice Breaking)

Refleksi SLOT 1

Dewan besar

Taklimat oleh fasilitator

mengenai aktiviti dan

pergerakan sepanjang

Program.

SLOT 1 & refleksi

sila rujuk Lampiran 2. SEMESTI

10.30 malam Minum malam

Solat Isyak Berjemaah

- E=mc2 (Rehat)

Dewan Makan

Surau

Asrama

Semua peserta dan

fasilitator.

6 APRIL 2019 (SABTU)

MASA PERKARA CATATAN URUSETIA

5.30 pagi Persiapan diri Asrama

Semua peserta dan

fasilitator.

SEMESTI

6.00 pagi Solat Subuh Berjemaah

Tazkirah Subuh

Surau

Semua peserta dan

fasilitator.

Sesi motivational talk

(peserta bukan muslim)

7.00 pagi Minum pagi Dewan Makan

Semua peserta dan

Fasilitator.

7.30 pagi Pelajar berkumpul di dewan

Senamrobik

Dewan besar

8.00 pagi SLOT 2 : Perlumbaan

Kinematik ! ( Explorace)

Refleksi SLOT 2

Sekitar kawasan Semesti

SLOT 2

(sila rujuk Lampiran 2)

Refleksi SLOT 2

SMK TUN ABD

RAZAK

dan

SMK HUTAN

MELINTANG

12.30 petang Makan Tengahari

Solat Zuhur

Dewan Makan

Surau

Semua peserta dan

fasilitator

2.00 petang SLOT 3: YOUREKA !!

(PELANCARAN ROKET

SOYUZ )

Padang atau dataran

SLOT 3

(sila rujuk Lampiran 3) SABDA /

SMK SERI

MUARA /

SMK RUNGKUP

3.45 petang Refleksi SLOT 3

Refleksi SLOT 3

(sila rujuk Lampiran 3)

4.15 petang Minum petang

Solat Asar

Dewan Makan

Surau

Peserta dan Fasilitator.

MASA PERKARA CATATAN URUSETIA

5.00 petang SLOT 4 : FIZIKNEKA Padang atau dataran

perhimpunan

SLOT 4

(sila rujuk Lampiran 3)

SEMESTI

6.00 petang Refleksi SLOT 4

Refleksi SLOT 4

(sila rujuk Lampiran 3)

6.30 petang Makan malam

Persiapan diri

Solat Maghrib

Dewan Makan

Asrama

Surau

8.00 malam Pelajar berkumpul di dewan

SLOT 5 :

Night of Magics or Physics

(Malam Kebudayaan)

Dewan besar

SLOT 5

(sila rujuk Lampiran 3)

SMK ULU

BERNAM

dan

SEMESTI

10.30 malam Refleksi SLOT 5

Taklimat oleh fasilitator

Dewan besar

Refleksi SLOT 5

(sila rujuk Lampiran 3)

Fasilitator memberi

taklimat mengenai

pergerakan hari

Ahad

11.00 malam Minum malam

E=mc2 (Rehat)

Dewan Makan

Surau / Asrama

Semua peserta dan

fasilitator

7 APRIL 2019 (AHAD)

MASA PERKARA CATATAN URUSETIA

5.30 pagi Persiapan diri Asrama

Semua peserta dan

fasilitator.

6.00 pagi Solat Subuh Berjemaah

Tazkirah Subuh

Surau

Semua peserta dan

fasilitator.

Untuk pelajar bukan Islam

dan pelajar yang tidak

boleh

solat akan diadakan sesi

motivational talk.

SEMESTI

7.00 pagi Minum pagi Dewan Makan

Semua peserta dan

fasilitator.

7.30 pagi Pelajar berkumpul di

dewan

Senamrobik

Dewan Makan

Persediaan aktiviti

seterusnya.

SMK KHIR

JOHARI

8.00 pagi SLOT 6 : Cari Siapa Itu !!

(CSI)

Dewan Besar

SLOT 6

(sila rujuk Lampiran 3)

12.00 t/hari Refleksi SLOT 6

Refleksi SLOT 6

(sila rujuk Lampiran 20

12.30 t/hari Makan Tengahari

Solat Zuhur

Dewan Makan

Surau

Semua peserta dan

Fasilitator.

MASA PERKARA CATATAN URUSETIA

2.00 petang SLOT 7 : Bersama Dr Y

SLOT 8 : Refleksi Cahaya

Dewan Besar

SLOT 7

(sila rujuk Lampiran 3)

Refleksi SLOT 7

(sila rujuk Lampiran 3)

SLOT 8

Dewan Besar

(sila rujuk Lampiran 3)

SMK SERI

PERKASA

3.00 petang - Majlis Penutup

Dewan Besar

Semua peserta, tetamu

Jemputan dan fasilitator.

SEMUA GURU

PENGIRING

4.15 petang - Pelajar pulang ke sekolah Semua peserta dan

fasilitator.

LAMPIRAN 3

Penerangan Slot Outreach PhysicS 2019 :

SLOT NAMA SLOT PENERANGAN

Refleksi Slot Melatih sifat berkongsi ilmu yang diperolehi dengan rakan-

rakan.

1. PELAKURAN

NUKLEUS

(Ice Breaking)

Berperanan sebagai “pemecah ais” yang wujud dalam

kalangan peserta dan antara peserta dan fasilitator.

Membahagikan peserta kepada kumpulan - kumpulan kecil

seterusnya membentuk organisasi serta identiti kumpulan.

Menyediakan peserta dengan tanggapan pertama yang

positif terhadap program ini secara keseluruhannya supaya

dapat diterima dengan baik.

2. Perlumbaan

Kinematik !

( Explorace)

Aktiviti perlumbaan sains yang diinspirasikan daripada

rancangan realiti televisyen The Amazing Race.

Sebanyak 12 stesen ditempatkan di serata kawasan

sekolah. Sebuah tugasan berkonsepkan fizik akan

disediakan di setiap stesen.

Menzahirkan teori - teori serta kosep - konsep yang telah

dipelajari di dalam kels kepada sesuatu yang boleh dilihat

dan dialami sendiri.

Membantu pelajar mengulang kaji kesemua tajuk yang

terkandung dalam sukata pelajaran fizik SPM melalui

latihan - latihan topikal.

Memperkenalkan kaedah pembelajaran luar kelas yang

melibatkan domain afektif, kognitif dan psikomotor dengan

pendekatan yang berkesan dan berdaya saing.

3. YOUREKA 1 !!

(PELANCARAN

ROKET SOYUZ)

Membantu pelajar mengaplikasikan konsep momentum,

rintangan udara serta penyerpan haba dalam penghasilan

reka cipta kereta dan roket yang inovatif.

Memupuk elemen keusahawanan dan keupayaan

mempertimbangkan sejumlah pilihan berdasarkan nilai dan

kos dalam penghasilan produk.

Melatih pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta kemahiran

psikomotor dan kerjasama dalam kumpulan.

Melatih peserta menjadi ahli sains yang bertanggungjawab

dan jujur dengan apa yang dicipta.

Untuk menunjukkan keberkesanan teori dan konsep yang

diguna pakai.

Mencari kesilapan dan punca kejayaan dalam penggunaan

teori dan konsep fizik dalam masa pembuatan.

Melatih diri sifat tanggungjawab dan jujur dengan

menyimpan hasi pembuatan sepanjang program.

4. FIZINEKA Mendemonstrasikan aplikasi fizik dalam aktiviti yang

melibatkan permainan dan fizikal.

Memperkukuh nilai kerjasama dan komunikasi

interpersonal antara ahli kumpulan.

Merehatkan sebentar pelajar daripada input - input yang

terlalu akademik.

5. Night of Magics or

Physics (Malam

Kebudayaan)

Membantu pelajar mengingati teori dan konsep melalui

kaedah yang kreatif.

Menunjukkan perkaitan antara konsep dan teori fizik ;

mengingati satu bermakna mengingati semua.

Membina keyakinan diri serta kemahiran insaniah pelajar

melalui aktiviti pementasan seperti ini.

6. Cari Siapa Itu !!

(CSI)

Memperkenalkan ilmu fizik dalam sains forensik bagi

membantu menyelesaikan kes jenayah.

Melatih pelajar mempraktikkan teori tekanan, gerakan

kinematik serta muatan haba dalam prosedur siasatan

jenayah.

Menunjukkan salah satu contoh kerjaya yang boleh diceburi

sebagai seorang ahli fizik.

7. Bersama Dr Y Memberi pendedahan tentang ilmu fizik secara lebih

meluas.

8. Refleksi Cahaya Pelajar memberi idea penambah baikkan terhadap program

yang dilaksanakan.

Melihat sejauh mana keberkesanan program yang

dilaksanakan.

Disediakan oleh; MAISARA BINTI MD YON Pengurus Program