membuka akaun pendaftaran · perihal papan pemuka mengedit profil rupabentuk papan pemuka dapat...

41
1 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my Membuka akaun Pendaftaran Sebelum memulakan penulisan blog, kita seharusnya mempunyai akaun dengan blogspot. Proses membuka akaun sangat mudah, dengan syarat anda telah mempunyai alamat email. Terdapat tiga proses utama dalam membuka akaun iaitu pendaftaran, pemilihan templat dan pengaktifan akaun. Pendaftaran boleh dilakukan dengan melayari laman web http://www.blogspot.com ataupun http://www.blogger.com. Laman web seperti rajah 1.1 akan terpapar. Rajah 1.1 Klik menu pilihan yang berada disebelah kanan atas untuk memilih bahasa. Lihat rajah 1.2. Bahasa Malaysia akan dipilih bagi memudahkan lagi proses pendaftaran. Bahasa-bahasa lain juga boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Upload: others

Post on 02-Oct-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

1 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Membuka akaun Pendaftaran

Sebelum memulakan penulisan blog, kita seharusnya mempunyai akaun dengan blogspot.

Proses membuka akaun sangat mudah, dengan syarat anda telah mempunyai alamat email.

Terdapat tiga proses utama dalam membuka akaun iaitu pendaftaran, pemilihan templat dan pengaktifan akaun.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan melayari laman web http://www.blogspot.com ataupun http://www.blogger.com.

Laman web seperti rajah 1.1 akan terpapar.

Rajah 1.1

Klik menu pilihan yang berada disebelah kanan atas untuk memilih bahasa. Lihat rajah 1.2.

Bahasa Malaysia akan dipilih bagi memudahkan lagi proses pendaftaran.

Bahasa-bahasa lain juga boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Page 2: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

2 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 1.2

Laman web akan bertukar keseluruhan ke dalam Bahasa Malaysia secara automatik setelah bahasa dipilih.

Paparan yang akan diperolehi adalah seperti rajah 1.3.

Rajah 1.3

Keseluruhan laman web telah pun bertukar kepada Bahasa Melayu. Ini memudahkan proses pendaftaran dilakukan.

Page 3: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

3 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rujuk pada rajah 1.3, terdapat satu pautan ‘REKA-LAH BLOG’ yang berbentuk segiempat tepat di sebelah kanan.

Klik pautan tersebut untuk memulakan pendaftaran blog.

Paparan laman seperti Rajah 1.4 akan diperolehi untuk langkah berikutnya.

Rajah 1.4

Di dalam proses membuat akaun, item-item yang disenaraikan mestilah diisi. Item-item tersebut ialah :-

o Alamat emel Alamat emel yang digunakan mestilah alamat emel yang sah. Alamat emel ini akan digunakan sebagai log in anda ke blogspot dan

juga kemudahan-kemudahan Google yang lain. Google tidak akan mendedahkan alamat emel anda tanpa

persetujuan anda. o Alamat email

Alamat emel mesti sama seperti yang dimasukkan sebelumnya untuk memastikan tiada masalah ejaan

Salin dan tampal alamat emel sebelumnya didak digalakkan kerana dikuatiri kesilapan ejaan akan berulang.

o Katalaluan Katalaluan mestilah sekurang-kurangnya 8 aksara

o Katalaluan Masukkan katalaluan sama seperti item sebelumnya untuk

memastikan katalaluan tidak terdapat kesilapan ejaan. o Papar nama

Page 4: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

4 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Nama ini akan digunakan dalam tandatangan catatan blog o Pengesahan perkataan

Masukkan seperti imej yang dilihat o Penerimaan terma

Tanda pada kotak disediakan bagi menunjukkan anda bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan

Anda boleh menbaca syarat-syarat yang telah ditetapkan dengan klik pada pautan yang disediakan ”Syarat Perkhidmatan”.

Contoh item-item yang telah diisi dapat dilihat seperti rajah 1.5.

Setelah selesai mengisi semua item-item tersebut, klik pautan ‘TERUSKAN’ yang berupa anak panah di sebelah bawah kanan laman.

Rajah 1.5

Proses berikutnya ialah ‘NAMAKAN BLOG’. Jika tiada masalah, laman ’namakan blog’ akan dipaparkan.

Sama seperti sebelumnya, laman ’namakan blog’ mempunyai beberapa item yang mesti dipenuhi.

Item-item yang terlibat dapat dilihat seperti rajah 1.6.

Page 5: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

5 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 1.6

Terdapat cuma tiga item yang perlu dipenuhi. Item-item tersebut ialah :- o Tajuk blog

Ini merupakan tajuk blog anda Tajuk ini akan dipaparkan pada blog yang telah diterbitkan, papan

pemuka dan juga dalam profil anda. o Alamat blog URL (http://<alamat_anda>.blogspot.com)

Alamat ini akan digunakan oleh pelawat untuk akses ke blog anda. Alamat mestilah tiada ruang kosong Sistem secara automatik akan memeriksa sama ada telah alamat

yang dimasukkan telah didaftarkan sebelum ini atau tidak. Jika telah didaftarkan sebelum ini, alamat lain perlu dipilih.

o Pengesahan perkataan (diisi sama seperti imej yang dilihat)

Setelah semua item-item diisi, klik pautan ’TERUSKAN’ yang berupa anak panah di sebelah bawah kanan laman.

Pilih Templat Setelah pautan ’TERUSKAN’ diklik, laman ’PILIH TEMPLAT’ akan dipaparkan seperti

rajah 1.7.

Page 6: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

6 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 1.7

Laman berikutnya membolehkan pemilihan templat dilakukan.

Banyak templat tersedia yang boleh dipilih untuk rupa bentuk blog.

Setelah pemilihan templat dibuat, klik pautan ’TERUSKAN’ yang berupa anak panah di sebelah bawah kanan laman.

Laman ’Blog anda telah dibuat’ seperti rajah 1.8 akan dipaparkan menunjukkan pendaftaran blog telah berjaya.

Rajah 1.8

Page 7: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

7 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Pada peringkat ini, penulisan blog sudah boleh dilakukan, namun penulisan blog akan diterangkan dibab akan datang.

Page 8: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

8 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Perihal Papan Pemuka Mengedit profil

Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1.

Rajah 2.1

Paparan penting yang terdapat di papan pemuka ialah blog yang didaftarkan dibawah id [email protected] (contoh), blog yang sedang diikuti, konfigurasi akaun (akaun saya), profil, dan juga konfigurasi blog (edit catatan, tetapan dan reka letak).

Pengemaskinian profil boleh dilakukan dengan memilih pautan ‘Edit Profil’.

Paparan yang akan dilihat adalah seperti rajah 2.2

Page 9: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

9 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 2.2

Laman ini memaparkan maklumat profil yang telah dimasukkan dan pembaca boleh mengetahui latar belakang penulis blog.

Jika pengemaskinian ingin dilakukan, sekali lagi klik pada pautan ‘EDIT PROFIL’ yang terletak di sebelah kiri atas laman seperti di rajah 2.2.

Bahagian-bahagian profil yang boleh dikemaskini ialah :- o Privasi o Identiti o Fotograf o Klip Audio o Umum o Lokasi o Kerja o Maklumat Lanjut

Bahagian-bahagian ini boleh dilihat dengan lebih terperinci seperti di rajah 2.3, rajah 2.4, rajah 2.5, rajah 2.6, rajah 2.7, rajah 2.8, rajah 2.9 dan rajah 2.10.

Page 10: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

10 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 2.3

Di bahagian privasi seperti rajah 2.3, item-item yang boleh dilihat ialah :- o Kongsi profil saya

Penulis boleh memilih sama ada ingin memaparkan profil kepada pelawat blog atau pun tidak.

Buang tanda jika tidak mahu pembaca mengetahui profil penulis o Papar nama sebenar saya

Jika ditanda, nama pertama dan akhir anda akan muncul pada rpofil anda.

o Papar alamat email saya Jika ditanda, alamat e-mel anda akan dipaparkan. Contoh ’[email protected]’, ditetapkan untuk buku ini.

o Tunjuk blog saya Tetapan ini akan memaparkan blog-blog anda yang lain pada profil

anda. Cuma blog yang anda pilih akan dipaparkan.

o Tunjukkan tapak yang saya ikut Jika ditandakan, tapak yang anda telah ikut sama ada blogger atau

’Sambung Rakan Google’ akan tertera pada profil anda.

Rajah 2.4

Di bahagian Identiti seperti rajah 2.4, item-item yang boleh dilihat ialah :- o Nama Pengguna

Menunjukkan nama pengguna untuk blog o Alamat E-mel

Page 11: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

11 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Sekiranya anda membuat perubahan alamat emel ini, log masuk anda masih menggunakan emel yang asal.

o Nama Paparan Nama paparan ini diperlukan untuk dijadikan tandatangan setiap

artikel yang anda terbitkan di blog. o Nama Pertama o Nama Terakhir

Rajah 2.5

Di bahagian Fotografi seperti rajah 2.5, cuma item foto URL. Foto penulis boleh dimasukkan ke dalam blog melalui proses muat naik atau pun pautan daripada laman web lain

Rajah 2.6

Begitu juga di bahagian Klik Audio seperti rajah 2.6. Penulis boleh memasukkan klik audio menggunakan pautan daripada laman web lain.

Rajah 2.7

Di bahagian umum pula, anda boleh membiarkan item-item tersebut berkeadaan kosong ketana item-item yang di peruntukan tidak perlu dipenuhi

Di bahagian umum seperti rajah 2.7, item-item yang boleh dilihat ialah :- o Jantina o Hari Jadi o Halaman Utama URL o Senarai Impian URL o Nama Pengguna IM (instant mesegging seperti yahoo mesengger, Hotmail,

icq dan lain-lain)

Page 12: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

12 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 2.8

Bahagian lokasi seperti rajah 2.8 pula cuma memaparkan 3 item iaitu :- o Bandar/Pekan o Wilayah/Negeri o Negara

Anda boleh berkongsi lokasi anda dengan pelawat dengan mengisi ruangan yang disediakan.

Rajah 2.9

Di bahagian Kerja seperti rajah 2.9, item insudtri dan pekerjaan dipaparkan.

Sekiranya penulis ingin berkongsi maklumat bekerja, penulis bolehlah memenuhkan ruangan yang disediakan.

Rajah 2.10

Di bahagian Maklumat Lanjut seperti rajah 2.10. Penulis boleh berkongsi minat-minat penulis kepada pembaca blog. Item-item yang terdapat di bahagian Maklumat Lanjut ialah :-

o Minat Minat boleh dimasukkan lebih daripada satu. Asingkan setiap minat dengan tanda koma (,).

o Mengenai Saya Tulis sedikit atau sebanyak mana yang anda mahu mengenai diri

anda tidak melibihi 1200 aksara. o Filem Kegemaran

Page 13: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

13 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Anda juga boleh berkongsi nama filem kegemaran anda. Sekiranya lebih daripada satu, asingkan setiap nama filem tersebut

dengan tanda koma (,). o Muzik kegemaran

Asingkan dengan tanda koma (,) sekiranya anda ingin berkongsi lebih daripada satu muzik kegemaran anda.

o Buku kegemaran Buku kegemaran juga perlu diasingkan dengan tanda koma (,)

sekiranya anda memasukkan lebih daripada satu buku kegemaran.

Kesemua bahagian di laman Edit Profil boleh diisi sekiranya terdapat maklumat-maklumat yang dirasakan sesuai dikongsi bersama pembaca.

Tetapi awas, jangan sesekali memberikan maklumat-maklumat peribadi yang sulit atas dasar keselamatan.

Mengurus akaun

Penulis boleh mengurus akaun seperti mana yang didaftarkan di blogspot.

Rujuk rajah 2.1, klik pada pautan ’Akaun Saya’ di menu barisan atas laman untuk menguruskan akaun

Laman seperti paparan rajah 2.11 akan diperolehi.

Rajah 2.11

Beberapa perubahan boleh dilakukan kepada tetapan seperti menukar e-mel, katalaluan, membuat profil dan sebagainya

Selain daripada itu, Google juga menawarkan untuk mencuba sesuatu yang baru seperti gmail, groups, adsense dan lain-lain.

Perkara-perkara ini tidak disentuh dengan lebih lanjut kerana ia lebih kepada aplikasi lain yang Google tawarkan selain blogspot.

Membina blog lain

Page 14: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

14 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Jika ingin membina blog lain, anda tidak perlu mendaftar dengan id pengguna yang lain dengan erti kata lain pendaftaran semula tidak diperlukan.

Apa yang diperlukan cumalah, klik pada pautan ’Reka-lah Blog’ dan langkah-langkah yang akan dilalui sama seperti di Bab 2.

Page 15: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

15 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Perihal Catatan Mengisi

Merujuk kepada rajah 2.1, penulis boleh klik pada pautan ’CATATAN BARU’ yang berupa segi empat tepat.

Paparan laman kemasukkan catatan dapat dilihat seperti rajah 3.1.

Rajah 3.1

Tiga perkara penting yang perlu diisi ialah tajuk, kandungan catatan dan label catatan.

Tajuk merupakan tajuk kepada catatan yang bakal diterbitkan.

Pelawat akan mendapat gambaran asas catatan berdasarkan tajuk yang diletakkan.

Tajuk juga memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelawat membaca catatan yang diterbitkan.

Pada ruangan yang besar sekali merupakan ruangan catatan anda.

Pada ruangan ini, anda bukan sahaja boleh memasukkan teks, tetapi imej dan video juga boleh dimuatkan.

Label catatan boleh diumpamakan sebagai kategori catatan.

Setiap catatan boleh diletakan lebih daripada satu label. Pelawat juga boleh membaca siri-siri catatan menggunakan label supaya catatan yang mempunyai label yang sama disenaraikan.

Rajah 3.2 merupakan contoh mengisi catatan sebelum diterbitkan.

Page 16: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

16 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 3.2

Penulis boleh menggunakan editor yang disediakan untuk mendapatkan format catatan seperti Bold, Italic, bullet dan sebagainya.

Selain daripada itu, penulis juga boleh memasukkan imej, menukar jenis, saiz dan warna font.

Penulis juga boleh memberi pilihan sama ada catatan tersebut boleh diberi ulasan ataupun tidak.

Secara lalainya, setiap catatan boleh diberikakn ulasan.

Sekiranya anda tidak mahu pelawat memberikan ulasan kepada catatan anda, klik pautan ‘Opsyen Catatan’ dan tetingkap catatan akan diperluaskan.

Pilih supaya ulasan pembaca ‘Jangan benarkan’.

Selain daripada itu, penulis juga boleh menetapkan bila catatan tersebut boleh dipaparkan pada blog.

Tarikhh dan masa boleh dimasukkan untuk tujuan ini.

Setelah penulis berpuas hati dengan artikel tersebut, klik pautan ‘TERBITKAN CATATAN’ disebelah bawah kiri laman untuk memaparkan artikel di blog.

Paparan seperti rajah 3.3 akan diperolehi menunjukkan artikel berjaya di terbitkan.

Page 17: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

17 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 3.3

Bagi memastikan artikal yang di masukkan tadi diterbitkan ke dalam blog, penulis boleh klik pada pautan ‘Lihat Blog’.

Paparan blog seperti rajah 3.4 akan diperolehi.

Page 18: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

18 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 3.4

Apa yang dililhat seperti rajah 3.4, ialah merupakan rupa bentuk sebenar blog.

Jika berlaku kesilapan, penulis tidak perlu risau kerana pembetulan masih boleh dilakukan lagi.

Mengedit

Artikel-artikel blog boleh dikemaskini bila-bila masa sahaja.

Untuk berbuat demikian, klik pautan ‘EDIT CATATAN’ supaya paparan senarai catatan diperolehi seperti rajah 3.5.

Page 19: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

19 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 3.5

Setelah memastikan artikel yang ingin dikemaskini, pilih artikel tersebut dengan klik pada pautan ‘Edit’ yang terpapar untuk artikel tersebut.

Paparan yang sama seperti rajah 3.2 akan diperolehi. Pautan ‘TERBITKAN CATATAN’ boleh diklik setelah pengubahsuaian artikel selesai dilakukan.

Memadam

Proses memadam artikel tidak jauh berbeza daripada proses pengemaskini artikel.

Klik pautan ‘Edit Catatan untuk mendapatkan senarai artikel seperti rajah 3.5.

Setelah memastikan artikel yang ingin dipadam, pilih artikel tersebut dengan klik pada pautan ‘Padam’ yang terpapar untuk artikel tersebut.

Satu laman pengesahan seperti rajah 3.6 akan dipaparkan sebelum artikel tersebut benar-benar dipadamkan daripada blog.

Page 20: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

20 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 3.6

Laman pengesahan ini memastikan artikel yang dipadam adalah artikel yang dimaksudkan.

Ini kerana setelah dipadam, artikel tersebut terus lenyap daripada blog.

Sekiranya pasti artikel yang ingin dipadamkan itu benar, klik pada pautan ‘PADAMKANNYA’ untuk meneruskan proses pemadaman artikel.

Artikel dipadamkan dan senarai memaparkan cuma artikel yang tinggal di blog sahaja.

Page 21: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

21 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

PERIHAL TETAPAN Asas

Bagi mendapatkan paparan seperti rajah 4.1, klik pautan ‘Tetapan’ yang ada di papan pemuka seperti rajah 2.1.

Secara lalainya, laman tetapan asas akan tertera seperti rajah 4.1.

Page 22: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

22 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 4.1

Page 23: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

23 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Di dalam tetapan asas, terdapat banyak item yang boleh dikemaskini seperti :- o Alat Blog

Anda boleh melakukan proses import catatan dan ulasan daripada blog lain.

Anda juga melakukan proses eksport semua catatan dan ulasan sedia ada.

Sekiranya blog sudah tidak diperlukan lagi, blog tersebut boleh dipadam.

o Tajuk Tajuk kepada blog

o Keterangan Keterangan kepada blog

o Tambah blog anda ke penyenaraian kami Blog yang disenaraikan akan dipautkan pada blogger.com. jika

memilih ‘Tidak’, blog masih berada di internet cuma tidak dipautkan pada blogger.com sahaja.

o Benarkan enjin carian mencari blog anda Jika ‘Ya’, blog akan disenaraikan di dalam Carian Blog Google dan

ping Weblogs.com. o Papar mengedit pantas dalam blog anda

Tetapan ini membolehkan kemaskinian catatan dilakukan dengan satu klik.

o Tunjuk pautan catatan e-mel Pauta catatan e-mel membolehkan pelawat menghantar e-mel

catatan daripada blog kepada rakan mereka dengan mudah. o Kandungan dewasa

Pelawat akan diminta untuk pengesahan sebelum memasuki blog anda.

o Pilih editor catatan Membuat pemilihan editor mengikut kesesuaian anda dalam

keselesaan menulis catatan. o Dayakan transliterasi

Jika diaktifkan, blog akan ditambah dengan bar terjemahan. Ini memberi peluang kepada pelawat yang menggunakan bahasa yang berlainan untuk memahami catatan.

Jika telah membuat pengubahsuaian pada tetapan asas, tetapan tersebut boleh di simpan dengan klik pada pautan ‘SIMPAN TETAPAN’.

Penerbitan

Klik pada menu ‘Penerbitan’ untuk tetapan penerbitan.

Paparan seperti rajah 4.2 akan diperolehi.

Tetapan ini membolehkan alamat blogspot ditukar kepada alamat yang lain sama ada menggunakan subdomain blogspot mahupun menggunakan domain sendiri.

Setelah tetapan dilakukan, isi pengesahan perkataan dan klik pautan ‘SIMPAN TETAPAN’ untuk menyimpan tetapan.

Page 24: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

24 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 4.2

Memformat

Klik pada menu ‘Memformat’ untuk tetapan memformat.

Paparan seperti rajah 4.3 akan diperolehi.

Page 25: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

25 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 4.3

Page 26: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

26 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Antara item-item yang boleh diubah tetapannya ialah :- o Papar

Bilangan catatan dipaparkan untuk satu muka surat o Format pengatas tarikh

Format tarikh untuk paparan pada catatan o Format tarikh indeks arkib

Format pautan untuk arkib o Format cap waktu

Format waktu o Zon waktu

Memilih zon waktu anda kepada pelawat o Bahasa

Bahasa pilihan penulis bagi memudahkan penggunaan blog o Tukar garis pemisah

Menentukan format perenggan o Papar tajuk medan o Papar medan pautan

Menambah pilihan untuk memasukkan URL berkaitan dan poscasting lampiran bersama setiap catatan anda.

o Upayakan apungan jajaran Khas untuk reka letak membenarkan jajaran tag menggunakan <div

clear:both>. o Templat catatan

Teks lalaian yang akan muncul untuk setiap catatan.

Sekiranya semua tetapan telah diubah mengikut kehendak, klik pautan ‘SIMPAN TETAPAN’ untuk menyimpan tetapan.

Page 27: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

27 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Ulasan

Klik pada menu ‘Ulasan’ untuk tetapan ulasan.

Paparan seperti rajah 4.4 akan diperolehi.

Page 28: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

28 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 4.4

Page 29: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

29 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Pelbagai item boleh diubah tetapannya seperti :- o Ulasan

Blog akan memaparkan ulasan sekiranya ada. Mungkin juga anda tidak mahu memaparkan ulasan.

o Siapa boleh ulas Blog juga boleh menentukan siapa yang boleh mengulas blog. Di sini terdapat 4 pilihan iaitu sesiapa sahaja, pengguna berdaftar,

pengguna akaun google dan hanya ahli blog sahaja. o Perletakan berbentuk ulasan

Perletakan berbentuk ulasan membolehkan cara paparan ulasan dipertontonkan.

o Ulasan lalai untuk catatan o Pautan balik

Pautan balik membolehkan anda mencari halaman lain pada wbe yang memaut catatan anda.

o Pautan balik lalai untuk catatan o Format cap waktu ulasan o Mesej borang ulasan o Penyederhanaan ulasan o Papar pengesahan perkataan untuk ulasan

Bagi mengelakkan spam kepada ulasan anda, kemudahan ini boleh diaktifkan supaya setiap ulasan memerlukan pengesahan perkataan.

o Papar imej profil dalam ulasan o E-mel pemberitahuan ulasan

Sehingga sepuluh alamat e-mel dan diasingkan menggunakan koma (,) di mana alamat e-mel akan dihantar peringatan sekiranya seseorang meninggalkan ulasan pada blog.

Sekiranya semua tetapan telah dilakukan perubahan, klik pautan ‘SIMPAN TETAPAN’ untuk menyimpan tetapan.

Mengarkib

Klik pada menu ‘Mengarkib’ untuk tetapan mengarkib.

Paparan seperti rajah 4.5 akan diperolehi.

Page 30: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

30 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 4.5

Terdapat dua item di dalam tetapan mengarkib iaitu kekerapan arkib iaitu sekerap mana arkib dilakukan dan upayakan halaman catatan untuk halaman catatan memberikan setiap catatan anda halaman web unik tersendiri

Klik pautan ‘SIMPAN TETAPAN’ untuk menyimpan tetapan mengarkib.

Page 31: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

31 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Suapan Tapak

Klik pada menu ‘Suapan Tapak’ untuk tetapan suapan tapak.

Paparan seperti rajah 4.6 akan diperolehi.

Rajah 4.6

Suapan tapak membenarkan pelawat lain meletakkan artikel blog anda kepada blog mereka.

Beberapa item di tetapan suapan tapak ialah :- o Benarkan suapan blog o URL mengubah hala suapan catatan o Nota kaki suapan catatan

Klik ‘SIMPAN TETAPAN’ sekiranya telah membuat perubahan tetapan mengikut keperluan.

Page 32: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

32 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Emel & Mudah Alih

Klik pada menu ‘Emel & Mudah Alih’ untuk tetapan e-mel & mudah alih.

Paparan seperti rajah 4.7 akan diperolehi.

Rajah 4.7

Item-item yang terlibat di dalam tetapan ini ialah alamat blogsend iaitu untuk pemberitahuan bila artikel diterbitkan, alamat pengiriman e-mel membolehkan artikel diterbitkan melalui pengiriman e-mel dan peranti mudah alih untuk memasukkan peranti mudah alih di tetapan.

Pautan ‘SIMPAN TETAPAN’ disediakan bagi menyimpan tetapan yang telah dimasukkan.

Openid

Klik pada menu ‘Openid’ untuk tetapan openid.

Paparan seperti rajah 4.8 akan diperolehi.

Page 33: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

33 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 4.8

URL openid boleh digunakan untuk log masuk ke laman lain yang menggunakan openid.

Kebenaran

Klik pada menu ‘Kebenaran’ untuk tetapan kebenaran.

Paparan seperti rajah 4.9 akan diperolehi.

Page 34: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

34 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 4.9

Tetapan ini membenarkan blog mempunyai lebih daripada seorang penulis.

Selain daripada itu, blog juga boleh ditetapkan siapa yang boleh membaca blog tersebut.

Secara lalainya blog adalah terbuka kepada sesiapa sahaja untuk membaca.

Page 35: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

35 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

PERIHAL REKA LETAK DAN TEMPLAT

Elemen Laman

Paparan elemen laman adalah seperti rajah 5.1

Elemen laman membolehkan segmen-segmen yang ada pada blog diubah lokasinya seperti catatan blog, alat pengikut, alat arkib blog, alat mengenai saya dan banyak lagi.

Perubahan lokasi boleh dilakukan dengan klik dan seret sahaja.

rajah 5.1

Selain daripada alat-alat lalai yang ada, alat-alat lain boleh ditambah dari masa kesemasa dengan klik pada pautan ‘Tambah Alat’ dan satu tetingkap akan muncul seperti rajah 5.2 untum membuat pemilihan alat.

Page 36: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

36 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

rajah 5.2

Alat-alat boleh ditambah dengan klik pada ikon tambah ‘+’ pada sebelah kanan setiap alat.

Sekiranya konfigurasi catatan ingin diubah, pada segmen catatan blog seperti rajah 5.1, klik pada pautan Edit.

Satu tetingkap akan muncul seperti rajah 5.3.

Page 37: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

37 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

rajah 5.3

Page 38: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

38 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Pelbagai konfigurasi boleh dilakukan untuk mengubah paparan catatan pada blog.

Preview paparan catatan akan dipaparkan di sebelah bawah.

Klik pada pautan ‘SIMPAN’ setelah mengemaskini konfigurasi catatan blog.

Sekiranya konfigurasi kepada pengatas ingin dilakukan, klik pada pautan ‘Edit’ pada segmen pengatas dan tetingkap seperti rajah 5.4 dipaparkan.

rajah 5.4

Anda boleh menukar tajuk dan keterangan blog.

Selain daripada itu, anda juga boleh memuatkan imej sama ada dari komputer ataupun secara pautan daripada laman web lain.

Klik pautan ‘SIMPAN’ setelah kemaskini konfigurasi pengatas telah dilakukan.

Fon Dan Warna

Setiap templat yang digunakan boleh ditukar keadaan huruf dan warnanya.

Selain daripada huruf, latar belakang templat juga boleh diubah warnanya dengan menggunakan kemudahan yang disediakan.

Page 39: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

39 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Klik menu ‘fon dan warna’ dan laman seperti paparan rajah 5.5 diperolehi.

Rajah 5.5

Di sebelah atas, terdapat item seperti huruf, latar belakang, pautan dan tajuk boleh diubah.

Terdapat juga senarai warna yang boleh dipilih untuk item tersebut.

Sekiranya tidak terdapat warna pada senarai, anda boleh memasukkan kod hex warna.

Di sebelah bawah pula dipaparkan previe blog setelah perubahan pada item dilakukan.

Sekiranya anda berpuas hati dengan perubahah yang telah dilakukan, klik pautan ‘SIMPAN PERUBAHAN’ untuk menyimpan tetapan reka letak ini.

Edit HTML

Sekiranya mempunyai pengetahuan di dalam HTML (HyperText Markup Language), perubahan reka letak boleh dilakukan secara pengkodan.

Selain daripada templat sedia ada, templat yang dimuat turun juga boleh menggantikan templat sedia ada.

Klik menu ‘Edit HTML’ bagi mendapatkan laman tersebut seperti paparan rajah 5.6.

Page 40: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

40 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Rajah 5.6

Di sebelah atas terdapat ruangan muat naik templat bagi menggantikan templat sedia ada.

Manakala di sebelah bawah terdapat ruangan yang membolehkan pengubahsuaian kod HTML dilakukan.

Salah satu daripada kedua-dua cara ini boleh dilakukan.

Setelah selesai membuat perubahan, klik pautan ‘SIMPAN TEMPLAT’ bagi menyimpan perubahan yang dilakukan.

Page 41: Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka

41 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my

Pilih Templat Baru

Sekiranya masih ingin menggunakan templat sedia yang lain, klik pada menu ‘Pilih Templat Baru’.

Paparan laman bagi memilih templat baru akan diperolehi seperti rajah 5.7.

Rajah 5.7

Pemilihan boleh dilakukan dengan memilih templat daripada senarai templat yang disediakan.

Klik pautan ‘SIMPAN TEMPLAT’ setelah pemilihan templat dilakukan.