memasukkan teks ke dalam gambar

5
Dokumen ini menunjukkan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar untuk dimuatnaik ke dalam blog. Dokumen ini telah dimuat turun dari blog tanamsendiri.com. Sekiranya ingin berkongsi dokumen ini, sila nyatakan sumbernya, iaitu http://www.tanamsendiri.com. Perisian yang digunakan ialah PhotoScape. Perisian ini boleh dimuat turun melalui Internet secara percuma. Lancarkan PhotoScape. Untuk muat gambar yang ingin dimasukkan teks, ikut langkah berikut. 1. Klik View 2. Klik Folder yang mengandungi gambar. 3. Klik pada thumbnail gambar.

Upload: iskandar-rashid

Post on 20-Jul-2015

5.217 views

Category:

Self Improvement


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Memasukkan teks ke dalam gambar

Dokumen ini menunjukkan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar untuk dimuatnaik ke dalam blog. Dokumen ini telah dimuat turun dari blog tanamsendiri.com. Sekiranya ingin berkongsi dokumen ini, sila nyatakan sumbernya, iaitu http://www.tanamsendiri.com. Perisian yang digunakan ialah PhotoScape. Perisian ini boleh dimuat turun melalui Internet secara percuma.

Lancarkan PhotoScape. Untuk muat gambar yang ingin dimasukkan teks, ikut langkah berikut.

1. Klik View

2. Klik Folder yang mengandungi gambar.

3. Klik pada thumbnail gambar.

Page 2: Memasukkan teks ke dalam gambar

Gambar yang dipilih dipamerkan. Kemudian anda perlu pamerkan tetingkap Editor. Selepas itu anda perlu ubah saiz gambar (kecilkan) supaya sesuai untuk dimuat naik ke blog atau dokumen lain dalam Internet.

1. Klik-kanan pada mana-mana ruang di atas gambar untuk pamerkan menu-pintas.

2. Menu-pintas dipamerkan. Klik Editor.

Gambar dipamerkan di dalam tetingkap Editor. Untuk kurangkan saiz gambar ke saiz yang sesuai untuk Internet (misalnya 600 px), ikut langkah berikut.

1. Klik Resize.

2. Klik saiz gambar.

Page 3: Memasukkan teks ke dalam gambar

Untuk masukkan teks, ikut langkah berikut.

1. Klik Object.

2. Klik Text.

Kekotak dialog Text dipamerkan.

3. Taipkan teks.

4. Pilih warna tulisan.

5. Klik OK.

Teks dimasukkan ke dalam gambar,. Teks lazimnya diletakkan di tengah gambar. Anda perlu alih teks ke tempat yang lebih sesuai.

6. Seret teks ke tempat yang sesuai.

Page 4: Memasukkan teks ke dalam gambar

Gambar yang dihasilkan mengandungi teks. Anda perlu simpan fail gambar tersebut.

1. Klik Save.

Kekotak dialog Save dipamerkan.

2. Klik Save As.

Page 5: Memasukkan teks ke dalam gambar

Kekotak dialog Save As dipamerkan.

3. Pilih Folder sasaran.

4. Taipkan nama fail gambar.

Kekotak dialog Quality dipamerkan. Ia digunakan untuk laraskan kualiti gambar. Kualiti yang disyorkan adalah sesuai untuk Internet.

5. Klik OK.

Anda telah berjaya menghasilkan gambar yang mengandungi teks.