memakan yang haram

8
14.PENYAKIT YANG KE TIGA PULUH TIGA “MEMAKAN YANG HARAM” Penyakit yang ke 33 yang membawa kepada bala bencana di atas muka bumi ini ialah penyakit memakan yang haram, dalam apa jua bentuk sekalipun. Untuk menyuci dan membersihkan bala yang ditimpa ke atas seseorang oleh Allah ى لا ع ت و ه حان ب سdan bagi menjaga dan mengawal mereka yang masih lagi terselamat daripada penyakit ini maka tidak dapat tidak mestilah terlebih dahulu mengenal pasti asal usulnya dari awal dengan mengikut cara berikut : PERTAMA : Apakah Yang Dikatakan Memakan Yang Haram ? Dari sudut bahasa : Memakan yang haram ini terdiri daripada dua perkataan : makan dan haram. Oleh yang demikian ianya perlu diketahui makna kedua-dua perkataan ini secara berasingan , kemudian baharulah cuba mengetahui makna kedua-duanya setelah ia dicantum menjadi satu perkataan, inilah huraianya : اPerkataan ل ك ا- dari sudut bahasa , ia membawa bermacam-macam makna, sebahagian daripadanya : 1 1) ع ل ب ل و ا ع مض ل اbermakna mamah,kunyah dan telan 2) اء ن ف" د و الإ سا ف" الإbermakna merosakan dan memusnahkan 3) ه ’ حان ب س" الإbermakna mengharus dan meluluskan. Seperti Firman Allah ى ل عا ت ه و حان ب سdalam ورة س رة ق ب ل اayat 188 : Yang bermaksud : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang- orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak

Upload: mujahidfisabilillah

Post on 11-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

haram

TRANSCRIPT

Page 1: Memakan Yang Haram

14.PENYAKIT YANG KE TIGA PULUH TIGA “MEMAKAN YANG HARAM”

Penyakit yang ke 33 yang membawa kepada bala bencana di atas muka bumi ini ialah penyakit memakan yang haram, dalam apa jua bentuk sekalipun.

            Untuk menyuci dan membersihkan bala yang ditimpa ke atas seseorang oleh Allah س��بحانه وتع�الى dan bagi menjaga dan mengawal mereka yang masih lagi terselamat daripada penyakit ini maka tidak dapat tidak mestilah terlebih dahulu mengenal pasti asal usulnya dari awal dengan mengikut cara berikut :

PERTAMA : Apakah Yang Dikatakan Memakan Yang Haram ?

Dari sudut bahasa : Memakan yang haram ini terdiri daripada dua perkataan : makan dan haram. Oleh yang demikian ianya perlu diketahui makna kedua-dua perkataan ini secara berasingan , kemudian baharulah cuba mengetahui makna kedua-duanya setelah ia dicantum menjadi  satu perkataan, inilah huraianya :

dari  - أك��ل Perkataan – ا sudut bahasa , ia membawa bermacam-macam makna, sebahagian daripadanya :

 bermakna mamah,kunyah dan telan    المضغ و البلع(1 1bermakna merosakan dan memusnahkan اإلفساد و اإلفناء  (2   .bermakna mengharus dan meluluskan  اإلستحابة (3   

Seperti Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam  البقرة سورة   ayat   188 :

Yang bermaksud : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

bermakna makanan الطعام والطعمة    (4   bermakna perkerjaan , perusahaan الكسب    (5   

Sebenarnya tidak ada pertentangan diantara lima-lima pengertian ini, kerana apa jua perkejaan  atau perusahaan untuk mendapat makanan atau lain-lain , kesemuanya berakhir dengan rosak dan musnah dengan di mamah , ditelan dengan rasa harus dan diluluskan , atau dengan apa jua bentuk sekalipun.

Page 2: Memakan Yang Haram

الحرام – ب  dari segi bahasa :Asal perkataan الح��رام  dari sudut bahasa ialah yang dilarang الممن��وع daripada membuatnya.

Dari sudut istilah :      Ulamak usul fiqh dari kalangan المتكلمين  menta’rifkan haram itu ialah : Khitab Allah وتعالى yang menuntut tinggal melaku atau membuat sesuatu sebagai سبحانه satu tuntutan yang putus (tegas) , yakni tidak diharuskan sama sekali.

      Ulamak usul fiqh dari dari kalangan Mazhab Abu Hanifah menta’rifkan haram itu ialah : Tuntut meninggalkan sesuatu perbuatan berasaskan dalil (قطعى) seperti

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam  المائدة سورة   ayat   90 :

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Dan seperti pengharaman riba  , 

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam  البقرة سورة   ayat   275 :

Yang bermaksud : dan mengharamkan riba.

menta’rifkan  haram dengan katanya : Haram ialah : barang            أبو البقاء الكفويyang wajar dan layak mendapat celaan (dosa) apabila melakukannya. Juga dikatakan : Barang yang diberi pahala keranan meninggalkannya dengan  niat mendampingkan (.سبحانه وتعالى diri kepada Allah (التقرب

Ditempat yang kedua الكفوى : البقاء berkata ابو haram ialah barang ditegah daripadanya , sama ada tegahan itu daripada Allah seperti

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam  المائدة سورة   ayat   72  :

Yang Bermaksud : Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

Atau larangan itu datang dari (keengganan) manusia,Sepertimana  Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam  القصص سورة   ayat   12  :

Yang bermaksud : Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu

Page 3: Memakan Yang Haram

Atau pun larangan itu datang dari akal yang waras ,Sepertimana  Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam  األعراف سورة   ayat   157  :

Yang bermaksud : dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk

Ataupun larangan itu datang hukum syarak , seperti haram menjual makanan secara berlebih kurang.

Di tempat ketiga الكفوى البقاء berkata : haram itu ialah barang yang sabit  ابو larangan melakukannya tanpa ada hokum yang bercanggah dengannya , hukumnya berdosa apabila melakukannya , adan diberi pahala apabila meninggalkannya keran Allah س��بحانه وتع��الى, tidak kerana semata-mata tinggal. Setiap seorang akan mendapat pahala yang banyak bagi setiap ketika, mengikut kadar ia tidak melakukan benda haram.

makan yang haram mengikut istilah : Berdasarkan ta’rif yang saya sebutkan tadi – ج(pengarang) bolehlah disimpulkan bahawa (makan yang haram) itu ialah : Berusaha melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh syarak supaya meninggalkannya berdasarkan dalil (قطعى) sama ada makanan atau lainnya, serta dibelanjakannya dalam apa jua bentuk perbelanjaan untuk makanan , minuman , pakaian dan tempat tinggal dan lain-lain.

KEDUA: Rupa Bentuk “Makan Yang Haram” Serta Sikap Islam Terhadapnya.

“Makan yang haram” banyak rupa bentuknya serta tanda – tanda yang dapat menyingkaphakikatnya, sebahagian daripadanya:

   1)    Riba (الربا) merangkumi semua bentuk dan rupanya

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam  البقرة سورة   ayat   278-281 :

 Yang bermaksud : 278 Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.279 Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.280 Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan

Page 4: Memakan Yang Haram

hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).281 Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

   2)     Mencuri (الس����رقة)  Firman Allah   س����بحانه وتع����الى dalam س����ورة : ayat   12  الممتحنة

Yang bermaksud :  Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

   3)    Samun/rompak (الغصب) iaitu : berusaha memiliki harta orang lain dengan secara tidak benar (حق) dan dalam keadaan terang-terang (عالنية)

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam  البقرة سورة   ayat   188 :

Yang bermaksud : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

وعن سعيد بن زيد – رضي الله عنه – قال : سمعت رسول الله صلى الل��ه علي��هوسلم

يقول : ) من أخذ شبرا من األرض ظلما طوقه من سبع أرضين( Yang bermaksud : Sesiapa yang mengambil (memiliki) tanah orang lain walaupun sejengkal secara zalim dikalongkan (di lehernya) tujuh petala bumi .

   4)    Rasuah (الرش��وة) iaitu sesuatu yang bernilai diberikan kepada orang yang mempunyai kuasa , bagi menghukum seseorang atau menghukum musuhnya mengikut kehendaknya , atau meluluskan sesuatu pekerjaan, dan membiarkan orang yang sama dengannya.

عن عبد الله بن عمرو بن العاص – رضي الله عنهما – ق�ال : ) لعن رس�ول الل�هصلى الله

  الراشي ، والمرتشي(   عليه وسلم Yang bermaksud : Rasulullah الله عليه وسلم melaknat orang yang memberi صلى rasuah dan yang menerimanya.

Page 5: Memakan Yang Haram

menyembunyikan (kecoh,tipu)  التدليس    (5    atau menutup kecacatan yang terdapat dibarangan (yang hendak dijual) atau menyembunyikan harga sebenar sedangkan ia tahu dengan perkara tersebut.  

   6)    Tipu , sama ada sedikit ataupun banyak,

Sabda Rasulullah  )من غش فليس منا ( صلى الله عليه وسلمYang bermaksud : Sesiapa yang menipu ia bukan daripada kalangan kami.

   7)    Makan harta anak yatim secara zalim:Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam سورة النساء  ayat   10 :

Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

   8)    Meminta sedekah secara haram (غير مشروع)Terdapat sebuah hadis Rasulullah صلى الل��ه علي��ه وس��لم daripada Qubaisah Bin Makhariq Al-Hilah dengan lafaz : 

تحملت حمالة فأتيت رسل الله أسأله فيه��ا ، فق��ال:) أقم ح��تى تأتين��ا الص��دقةفنأمر لك بها(

Yang bermaksud : Aku ada menanggung (الدي��ة) maka datang bertemu dengan Rasulullah عليه وسلم الله . meminta daripada baginda bagi menyaksikannya صلى Baginda bersabda : Tunggulah sehingga datang kepada kamu sedekah, nanti kami arah untuk diberi kepada kamu.

   9)    Enggan membayar zakat :Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam سورة التوبة  ayat   34-35 :

Yang bermaksud : 34 Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.35 (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

   10)Berniaga / menjual barangan haram seperti arak,dadah, patung-patung (األصنام), babi , lotri (nombor ekor) seruling-seruling serta alat-alat muzik dan seumpamanya.

   11) Tidak bertekun dan bersunggug-sungguh dalam menjalankan tugas . Ini bermakna bahawa seseorang itu mendapat upah dan  ganjaran yang lebih jika diukur dengan usaha dan titik peluh yang dicurahkan.

Page 6: Memakan Yang Haram

      Daripada gambaran-gambaran di atas dan lain-lainnya serta dalil-dalil yang mengharamkannya, ternyata bahawa Agama Islam mengharamkan “Makan yang haram” dan melarang keras daripada melakukannya .

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam  البقرة سورة   ayat   168-169 :

Yang bermaksud: 68 Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.69 Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).

Diterjemah Oleh,                                         Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis         

Disediakan oleh,Lajnah Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah

29/3/2013  -  16 Jamadil Awwal 1434