perempuan yang haram dikawini - us ammar 1.pptx

25
UNIT 3 PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI OLEH : ROHAYA@ RAHAYA BINTI ABD RASHID NO MATRIK: 1122553 PENSYARAH: EN. AMAR SIDQUE BIN MOHD AMIN

Upload: rohaya-rashid

Post on 12-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAWINI

UNIT 3PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINIOLEH :ROHAYA@ RAHAYA BINTI ABD RASHIDNO MATRIK: 1122553PENSYARAH: EN. AMAR SIDQUE BIN MOHD AMIN

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINIPengertian kahwin / nikah:Secara Bahasa : akad, berkumpul, bersetubuh.

Secara Istilah : suatu akad (perjanjian) yang mengikat antara seorang lelaki dan wanita untuk menghalalkan hubungan kelamin secara sukarela dalam membangun hidup berumah tangga di bawah aturan syariat agama.

TERDAPAT GOLONGAN YANG HARAM DIKAHWINI DISEBABKAN OLEH BEBERAPA PUNCA:1324

JENIS PENGHARAMAN4

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINIDan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu, melainkan apa yang telah berlaku pada masa yang lalu, sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara keji dan dibenci (oleh Allah) serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan. (Q. An-Nisa, 22).DALIL AL-QURAN

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINIDiharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara kamu, dan saudara bapa kamu, dan saudara ibu kamu, dan anak saudara kamu yang lelaki, dan anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu (susu) yang pernah menyusui kamu, dan saudara kamu yang sesusuan, dan ibu isteri kamu, dan anak tiri kamu yang pada pemeliharaan kamu yang dari isteri kamu yang telah kamu campuri ; (Q. An-Nisa, 23).DALIL AL-QURAN

Maksud: Perempuan yang haram dinikahi untuk selama-lamanya (kekal pengharamannya):-* Perempauan yang haram dikahwini selama-lamanya walau apa juga keadaan sekalipun

* Aqad (kahwin) dengan anak, mengharamkan ibunya (mertua) selama-lamanya walaupun anak tersebut belum disetubuhi sama ada diceraikan atau tidak, ataupun sianak telah meninggal dunia. Sementara persetubuhan dengan siibu (setelah nikah secara sah) mengharamkan anaknya (anak tiri).

TIPS TAMBAHAN * Walau bagaimanapun, jika seorang lelaki kahwin dengan siibu (ibu kepada anak tiri) tetapi kemudian menceraikannya @ siibu tadi meninggal dunia tetapi dalam kedua-dua keadaan, si ibu belum disetubuhi, maka lelaki tadi boleh berkahwin dengan anak siibu (anak tiri).https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0CDcQFjAC&url=http%3A%2F%2Ftayibah.com%2FeIslam%2Fperempuanharam.htm&ei=rqNhU5WtIJC9ugT2ooCoDA&usg=AFQjCNGo1EUMV8ks4jqqhgF2_nH0RYTWAg

a) Pengharaman kekal: Perempuan yang haram dinikahi disebabkan oleh keturunan:-

Sambungan: 7 jenis perempuan yang haram dinikahi disebabkan oleh keturunan:-

c) Pengharaman kekal: PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI SEBAB PERSEMENDAAN (MUSYAHARAH)

b) Pengharaman kekal: Hukum Mahram Antara Susuan (haram bernikah atas sebab susuan)

MAKSUD PEREMPUAN YANG HARAM SEMENTARA UNTUK DIKAHWINI Haram yang sementara bermaksud yang haram dikahwini untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu. Apabila sebab yang tersebut hilang, maka perempuan itu boleh dikahwini. Sekiranya perempuan itu dikahwini sebelum sebab pengharaman- nya hilang, perkahwinan tersebut batal.

DALIL PEREMPUAN YANG HARAM SEMENTARA UNTUK DIKAHWINI dan diharamkan kamu mengumpul- kan di antara dua saudara perempuan (yani : mengahwin kedua-duanya) melainkan yang telah lalu, sesungguh nya Allah itu adalah Maha Pengampun dan Penyayang. (Q. An-Nisa, 23).

PEREMPUAN YANG HARAM SEMENTARA UNTUK DIKAHWINI

PEREMPUAN YANG HARAM SEMENTARA UNTUK DIKAHWINI

Haram mengahwini wanita kafir (kecuali Yahudi dan Nasrani ), melainkan setelah dia masuk Islam.PEREMPUAN YANG HARAM SEMENTARA UNTUK DIKAHWINI . : 221Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita kafir musyrik sebelum mereka beriman. (memeluk agama Islam) Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. (Q. Al-baqaran ayat 221

Haram lelaki berkahwin lebih daripada empat orang perempuan/ isteriPEREMPUAN YANG HARAM SEMENTARA UNTUK DIKAHWINI : 3 Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. (Q: al-Nisa :3

PEREMPUAN YANG HARAM SEMENTARA UNTUK DIKAHWINI Haram lelaki berkahwin dengan perempuan yang bersuamiDan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki. (An-Nisaa:24).Yaitu diharamkan bagi kalian mengawini wanita-wanita yang berstatus sebagai isteri orang lain, terkecuali wanita yang menjadi tawanan perang. Maka ia halal bagi orang yang menawannya setelah berakhir masa iddahnya meskipun ia masih menjadi isteri orang lain.

PEREMPUAN YANG HARAM SEMENTARA UNTUK DIKAHWINI Haram lelaki berkahwin dengan perempuan yang masih dalam iddahDan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai.Surah al-Baqarah ayat 228

PEREMPUAN YANG HARAM SEMENTARA UNTUK DIKAHWINI Haram lelaki berkahwin dengan perempuan yang diceraikannya dengan talak tigaIa tidak halal bagi suaminya yang pertama sehingga ia kahwin dengan orang lain dengan perkahwinan yang sah. Allah SWT berfirman:Kemudian jika si suami mentalaqnya (sudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dia(bekas isteri) kahwin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kahwin kembali, jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mahu) mengetahui. (Al-Baqarah :230).

RUMUSANPEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI http://youtu.be/SvS36EUNLoo

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI

http://youtu.be/3KxXmiERbO4

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI