mei - konsep harta dalam islam

Upload: mahyuddin-khalid

Post on 09-Jul-2015

153 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

MAHYUDDIN KHALID

[email protected]

DEFINISI HARTA HARTA DAN KEHARTAAN MENURUT ISLAM Kamus Dewan Bahasa: Harta ialah barang-barang berharga seperti rumah, tanah, bangunan, barang kemas dan lain-lain yang dimiliki oleh orang perseorangan, syarikat atau pertubuhan.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 2

DEFINISI HARTA Dalam Bahasa Arab, harta atau `al-mal: Sesuatu yang dimiliki oleh seseorang individu atau kumpulan manusia seperti barangan berharga, barang perniagaan, aset tetap, wang atau haiwan.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 3

DEFINISI HARTA Para fuqaha Islam mendefinisikan istilah harta dalam berbagai tafsiran. Menurut pendapat Ibn Abidin, fuqaha mazhab Hanafi mentafsirkan harta sebagai: Sesuatu yang manusia berhajat kepadanya secara fitrah dan ia mestilah sesuatu yang boleh disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan. Imam al-Syafie pula berpendapat harta sebagai: Sesuatu yang berharga dan hendaklah diganti atau dibayar gantirugi sekiranya berlaku kerosakan atau kemusnahan terhadapnya.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 4

DEFINISI HARTA Dr. Abdul Karim Zaidan mendefinisikan harta sebagai Sesuatu yang boleh dimiliki atau akan dimiliki pada masa hadapan dan ianya berfaedah kepada manusia. Al-Zarqa, salah seorang fuqaha Hanafi dalam mendefinisikan harta: Mengambilkira keadaan `urf atau adat kebiasaan masyarakat umum untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta atau tidak. Apa sahaja yang dianggap berguna dan bernilai pada pandangan masyarakat adalah tergolong sebagai harta.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 5

DEFINISI HARTA Dr.Wahbah al-Zuhaili berpendapat harta ialah Sesuatu yang diperlukan dan mampu dimiliki oleh manusia samada dalam bentuk benda (`ain) atau faedah (manfaah) contohnya kenderaan, bangunan, pakaian, saham dan sebagainya.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 6

HARTA DI DALAM AL-QURAN Perkataan yang berkaitan harta `al-mal dan kepenggunaannya banyak disebut dalam al-Quran misalnya Surah al-Baqarah: 29, al-Baqarah: 284, al-Baqarah: 189, Surah al-Taghabun:15 ,Surah al-A`raf; 128 dan banyak lagi. Harta dalam al-Quran dikaitkan dengan segala yang terdapat di muka bumi.Pemilik harta yang mutlak dalam Islam adalah kepunyaan Allah yang Maha Kaya. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 29 yang bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi kemudian ia menuju dengan kehidupannya ke arah bahan-bahan langit lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Ia amat mengetahui akan setiap sesuatu.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 7

HARTA DI DALAM AL-QURAN Dalam Surah al-Baqarah: 284 yang berbunyi: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dalam Surah al-Nisa :29 Allah melarang mengambil harta orang lain secara batil.Firman Allah berbunyi; Janganlah kamu memakan harta di kalangan kamu secara batil melainkan dalam urus niaga yang saling redha meredhai di antara kamu. Surah al-Taghabun Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besarM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 8

CIRI-CIRI HARTA DALAM ISLAMHarta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan Contohnya rumah, tanah bangunan,kereta, wang, pakaian,makanan dan lain-lain M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 9

Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai pada masa hadapan. Contohnya ikan di lautan, burung di awan,haiwan di hutan atau galian dalm perut bumi

Sesuatu yang tidak boleh dikuasai meskipun kita mendapat manfaat darinya tidak dianggap harta seperti cahaya bulan,matahari atau udara.Namun begitu dengan teknologi baru masakini, cahaya matahari boleh disimpan melalui sistem solar dan oksigen boleh dikumpulkan dalam tabung oksigen.

CIRI-CIRI HARTA DALAM ISLAMM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 10

Sesuatu yang tidak cukup dimanfaatkan walaupun kita mampu menguasainya tidak termasuk harta. Contohnya sebutir beras, setitik air atau sebiji gula halus

Sesuatu yang bercanggah atau ditegah oleh hukum syara untuk dimanfaatkan tidak boleh dianggap sebagai harta seperti arak,khinzir,bangkai,darah atau hasil perolehan dari sumber yang haram misalnya mencuri,riba,rasuah,menipu,merompak dsbnya

KONSEP HARTA1. Harta adalah milik Allah. Semua harta yang ada di muka bumi adalah milik mutlak Allah. Tidak ada sesuatupun yang menjadi milik manusia secara mutlak. Diri, anak-anak, serta harta adalah pinjaman Allah kepada manusia. 2. Manusia hanya pemegang amanah. Mereka tidak boleh menganggu hak milik orang lain. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperolehi dan dibelanjakan. Manusia mesti menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan mesti mengikut peraturan yang telah dijelaskan oleh syarak. Manusia bertanggungjawab menggunakan harta ke jalan AllahM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 11

KONSEP HARTA Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk manusia. Jika berlaku ketidak cukupan, itu adalah kerana sifat manusia sendiri sama ada mereka zalim, malas, kufur, tiada ilmu atau lain-lain alas an. Manusia dikehendaki menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Peringatan daripada Allah bahawa berlakunya kerosakan di muka bumi akibat tangan manusia. Harta diberikan kepada manusia tidak sama antara satu dengan yang lain. Tujuannya adalah untuk menguji keimanan, supaya lebih kuat berusaha. Mengakui inilah realiti kehidupan, manusia masing-masing saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Bantu membantu dan tolong menolong adalah kewajipan kita. Syurga ramai dihuni oleh orang miskin dan neraka pula terdiri daripada orang kaya.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 12

CARA/KAEDAH MEMPEROLEH HARTAMelibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan usaha sendiri seperti bekerja sendiri Melalui pensyariatan seperti pesaka, nafkah, wasiat, pembahagian harta rampasan perang, agihan zakatM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 13

Kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang, mas kawin atau berianBantuan orang lain baik individu, masyarakat atau kerajaan. seperti baitul mal,

LARANGAN DALAM MENCARI DAN MENGGUNAKAN HARTA Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau diusahakan Tidak boleh memakan dan menghasilkan harta dengan jalan yang batil Larangan mengusahakan harta yang merbahayakan peribadi, umum atau kemuliaan masyarakat. Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan, penyelewengan dan lain-lain.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 14

HARTA MENURUT ISLAMDaripada definisi-definisi harta yang diberikan di atas, secara umumnya kita dapati terdapat lima elemen utama dalam menentukan sesuatu benda itu sebagai harta menurut Islam iaitu:M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 15

Sesuatu benda itu boleh disimpan, dikumpul serta mampu dimiliki Sesuatu benda itu memberi faedah atau manfaat kepada manusia Sesuatu benda itu akan dikenakan gantirugi atau gantian jika ia dimusnahkan Sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh syara Sesuatu benda itu bernilai pada pandangan manusia

JENIS HARTABERDASARKAN FAEDAH Al-mal al-mutaqawwam Al-mal ghair al-mutaqawwam BERDASARKAN PERGERAKAN Al-manqul Aqar BERDASARKAN PENGGUNAAN Mithliy Qimiy

BERDASARKAN BANDINGAN

16 Istihlaki Istimali

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M

JENIS HARTA BERDASARKAN FAEDAH PENGGUNAAN HARTAAL-MUTAQAWWAM Syarak mengharuskan penggunaannya Harta bernilai: Nilai halal/haram Nilai harga Nilai manfaat/mudharat GHAIR AL-MUTAQAWWAM Penggunaannya tidak harus kecuali ketika darurat Syarat: Jika tidak menggunakannya akan membahayakan jiwa secara spontan Tiada langsung harta yang halal Tidak boleh berlebihanM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 17

FAEDAH PEMBAHAGIAN Sah membuat atau tidak membuat kontrak ke atas harta mutaqawwam Tidak sah membuat kontrak ke atas harta ghair mutaqawwam Wajib membayar ganti rugi kerosakan harta mutaqawwam Tidak wajib bayar ganti rugi kerosakan harta ghair mutaqawwam milik orang IslamM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 18

JENIS HARTA BERDASARKAN PERGERAKAN HARTAAL-MANQUL Harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya kereta AL-AQAR Harta tak alih ialah harta yang tidak boleh digerakkan atau dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya tanah, bangunan.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 19

FAEDAH PEMBAHAGIAN Dalam masalah wakaf, fuqaha sepakat boleh mewakafkan harta tak alih, tetapi harta alih mereka berselisih pendapat. Dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan, seperti untuk membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Harta alih boleh dijual pada bila-bila masa. Sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih, tetapi jika harta alih, maka ia dianggap tidak sah, kecuali melalui tempahan atau hutang Seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih, sekiranya tidak cukup barulah boleh melelong harta tak alih. Dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan hak syufah, manakala harta alih tidak boleh disyufah.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 20

JENIS HARTA BERDASARKAN KAEDAH PENGGUNAAN HARTAMITHLY Harta misli ialah harta yang mempunyai persamaan (homojenis) dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan nilai. Ia terbahagi kepada empat bahagian: Barang yang disukat seperti gandum dan padi Barang yang ditimbang seperti kapas dan besi Barang yang dibilang yang mempunyai bentuk yang hampir sama seperti telor, kelapa Barang yang diukur mengikut ukuran meter, ela, depa dll. Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu boleh diterima oleh semua pihak. QIMIY Harta yang tidak mempunyai bandingan atau keserupaan di pasar seperti permaidani Harta yang ada keserupaan tetapi tidak sama nilai di pasar spt buah limau Harta Qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika ada persamaan ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara tidak boleh diterima oleh semua pihak. Harta ini dikenali dengan harta senilai.

MUAMAL PAM 101 AT

E KO & mmN O M I I S L A M

21

FAEDAH PEMBAHAGIAN Harta mithliy boleh menjadi dhimmah (tanggungan hutang) Harta mithliy boleh berlaku muqasah (diskaun) Harta mithliy yang dirosakkan secara sengaja mesti diganti dengan kadar yang sama, manakala harta qimiy hendaklah diganti dengan nilainya Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas harta misli sahaja. Untuk harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan ahli syarikat.E KO & mmN O M I I S L A M MUAMAL PAM 101 AT

22

JENIS HARTA BERDASARKAN KAEDAH PENGGUNAAN HARTAISTIHLAKI Harta yang boleh digunakan dengan merosakkan zatnya seperti makanan dan minuman

ISTIMALI Harta yg boleh digunakan sedangkan zatnya kekal seperti pakaian dan buku

MUAMAL PAM 101 AT

E KO & mmN O M I I S L A M

23

FAEDAH PEMBAHAGIAN Harta istihlaki tidak boleh menggunakan kontrak seperti hutang dan pinjam Harta istimali boleh menggunakan kontrak sewa dan pinjam Kedua-duanya boleh menggunakan kontrak jualbeli dan simpananE KO & mmN O M I I S L A M MUAMAL PAM 101 AT

24

TANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTANafkah Seorang bapa bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada keluarga. Isteri, anak-anak dan ibubapa mereka.

Zakat Perbelanjaan Wajib Kewajipan setiap muslim untuk membayar zakat sama ada zakat harta benda atau zakat fitrah.

Infaq wajib

Derma yang disyaratkan oleh kerajaan untuk membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah membayar cukai pendapatan.

25

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M

TANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTAPerbelanjaan Sunat Wasiat Ialah harta yang telah dipesan oleh si mati kepada seseorang sebelum meninggal dan ia berkuatkuasa selepas ia meninggal dunia. Jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanya 1/3 daripada keseluruhan hartanya. Wakaf sumbangan seseorang dari harta yang kekal zatnya seperti tanah, bangunan. Sedeqah sumbangan ikhlas seseorang untuk diguna, dimakan. Hibah Pemberian semasa hidup Sumbangan cenderhati, hadiah, tandamata dan seumpamanya.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 26

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M

TAMATTERIMA KASIH