media dan pilihanraya : kajian kes di parlimen permatang pauh, pulau pinang

20
1 MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG Ismail Sualman, Prof. Madya Ilias Md. Salleh, Norsham Firdaus Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM [email protected] Abstrak Kajian kes yang dijalankan di Permatang Pauh semasa Pilihanraya Umum 2008, mendapati enam sumber utama yang dianggap berkesan adalah ceramah, poster gambar calon, manifesto parti, televisyen dan radio. Manakala enam sumber yang kurang berkesan dalam penyampaian mesej pilihanraya adalah adalah sms / mms, surat layang, persembahan / nyanyian / karaoke, e mel, video / VCD / DVD, dan acara keagamaan di rumah ibadat. Majoriti responden menghadiri ceramah pilihan raya antara 2 hingga 4 kali sepanjang kempen pilihan raya berjalan. Bagaimana pun peratusan mereka yang tidak pernah hadir ceramah agak kecil. Ini menunjukkan bahawa media ceramah masih lagi mendapat tempat di hati para pengundi. Faktor yang paling utama mendorong responden menghadiri ceramah pilihan raya adalah untuk mengetahui isu yang dibincangkan dalam pilihan raya. Mereka juga mengatakan faktor keinginan untuk mendapat maklumat sebagai pendorong. Namun ceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal dan popular mendapat sambutan pengundi dan juga dilihat menjadi faktor mereka menghadiri cermah ketika pilihan raya. Manakala responden mengakui mendapat maklumat tambahan mengenai pemilihan calon yang bertanding melalui kempen yang dijalankan mereka juga menganggap bahawa pola pengundian banyak berdasarkan ketokohan atau personaliti calon. Juga kajian mendapati mereka mengundi berdasarkan kepada parti yang mereka anggotai. Ditinjau dari pemerhatian responden, mereka mengatakan isu ekonomi menjadi tajuk yang sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya kali ini. Ini diikuti isu kenaikan harga petroleum isu kenaikan harga barang pendidikan, isu rasuah dan penyelewengan dan isu HINDRAF. Begitu juga mereka mendakwa mempunyai pilihan calon sendiri tanpa memerlukan kempen oleh mana-mana pihak. Ini sesuai dengan kenyataan bahawa untuk melihat keberkesanan sesuatu kempen perlu dilihat di kalangan khalayak penerima bukan kepada kekerapan kempen media. Kajian ini juga mendapati bahawa mengundi adalah penting dan bukan hanya membuang masa sahaja. Ini disokong dengan hujah bahawa pengundi banyak membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Malah mereka tidak merasa bosan mendengar ceramah mengenai kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Mereka juga seterusnya memberi tumpuan dan dan perhatian mengenai kempen pilihanraya seperti yang dinyatakan oleh media massa. Ternyata bahawa media massa memberi kesan kepada pengundi. Keywords : Media. Pilihanraya, Permatang Pauh

Upload: fairus

Post on 10-Jun-2015

1.606 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kajian kes yang dijalankan di Permatang Pauh semasa PilihanrayaUmum 2008, mendapati enam sumber utama yang dianggap berkesan adalah ceramah,poster gambar calon, manifesto parti, televisyen dan radio. Manakala enam sumber yangkurang berkesan dalam penyampaian mesej pilihanraya adalah adalah sms / mms, suratlayang, persembahan / nyanyian / karaoke, e mel, video / VCD / DVD, dan acarakeagamaan di rumah ibadat. Majoriti responden menghadiri ceramah pilihan raya antara2 hingga 4 kali sepanjang kempen pilihan raya berjalan. Bagaimana pun peratusanmereka yang tidak pernah hadir ceramah agak kecil. Ini menunjukkan bahawa mediaceramah masih lagi mendapat tempat di hati para pengundi.Faktor yang paling utama mendorong responden menghadiri ceramah pilihanraya adalah untuk mengetahui isu yang dibincangkan dalam pilihan raya. Mereka jugamengatakan faktor keinginan untuk mendapat maklumat sebagai pendorong. Namunceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal dan popular mendapat sambutanpengundi dan juga dilihat menjadi faktor mereka menghadiri cermah ketika pilihan raya.Manakala responden mengakui mendapat maklumat tambahan mengenai pemilihan calonyang bertanding melalui kempen yang dijalankan mereka juga menganggap bahawa polapengundian banyak berdasarkan ketokohan atau personaliti calon. Juga kajian mendapatimereka mengundi berdasarkan kepada parti yang mereka anggotai.Ditinjau dari pemerhatian responden, mereka mengatakan isu ekonomi menjaditajuk yang sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya kali ini. Inidiikuti isu kenaikan harga petroleum isu kenaikan harga barang pendidikan, isu rasuahdan penyelewengan dan isu HINDRAF. Begitu juga mereka mendakwa mempunyaipilihan calon sendiri tanpa memerlukan kempen oleh mana-mana pihak. Ini sesuaidengan kenyataan bahawa untuk melihat keberkesanan sesuatu kempen perlu dilihat dikalangan khalayak penerima bukan kepada kekerapan kempen media. Kajian ini jugamendapati bahawa mengundi adalah penting dan bukan hanya membuang masa sahaja.Ini disokong dengan hujah bahawa pengundi banyak membawa perubahan dalamkehidupan mereka. Malah mereka tidak merasa bosan mendengar ceramah mengenaikempen pilihanraya di Permatang Pauh. Mereka juga seterusnya memberi tumpuan dandan perhatian mengenai kempen pilihanraya seperti yang dinyatakan oleh media massa.Ternyata bahawa media massa memberi kesan kepada pengundi.

TRANSCRIPT

Page 1: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

1

MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN

PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

Ismail Sualman, Prof. Madya Ilias Md. Salleh, Norsham Firdaus

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

Universiti Teknologi MARA

SHAH ALAM

[email protected]

Abstrak

Kajian kes yang dijalankan di Permatang Pauh semasa Pilihanraya

Umum 2008, mendapati enam sumber utama yang dianggap berkesan adalah ceramah,

poster gambar calon, manifesto parti, televisyen dan radio. Manakala enam sumber yang

kurang berkesan dalam penyampaian mesej pilihanraya adalah adalah sms / mms, surat

layang, persembahan / nyanyian / karaoke, e mel, video / VCD / DVD, dan acara

keagamaan di rumah ibadat. Majoriti responden menghadiri ceramah pilihan raya antara

2 hingga 4 kali sepanjang kempen pilihan raya berjalan. Bagaimana pun peratusan

mereka yang tidak pernah hadir ceramah agak kecil. Ini menunjukkan bahawa media

ceramah masih lagi mendapat tempat di hati para pengundi.

Faktor yang paling utama mendorong responden menghadiri ceramah pilihan

raya adalah untuk mengetahui isu yang dibincangkan dalam pilihan raya. Mereka juga

mengatakan faktor keinginan untuk mendapat maklumat sebagai pendorong. Namun

ceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal dan popular mendapat sambutan

pengundi dan juga dilihat menjadi faktor mereka menghadiri cermah ketika pilihan raya.

Manakala responden mengakui mendapat maklumat tambahan mengenai pemilihan calon

yang bertanding melalui kempen yang dijalankan mereka juga menganggap bahawa pola

pengundian banyak berdasarkan ketokohan atau personaliti calon. Juga kajian mendapati

mereka mengundi berdasarkan kepada parti yang mereka anggotai.

Ditinjau dari pemerhatian responden, mereka mengatakan isu ekonomi menjadi

tajuk yang sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya kali ini. Ini

diikuti isu kenaikan harga petroleum isu kenaikan harga barang pendidikan, isu rasuah

dan penyelewengan dan isu HINDRAF. Begitu juga mereka mendakwa mempunyai

pilihan calon sendiri tanpa memerlukan kempen oleh mana-mana pihak. Ini sesuai

dengan kenyataan bahawa untuk melihat keberkesanan sesuatu kempen perlu dilihat di

kalangan khalayak penerima bukan kepada kekerapan kempen media. Kajian ini juga

mendapati bahawa mengundi adalah penting dan bukan hanya membuang masa sahaja.

Ini disokong dengan hujah bahawa pengundi banyak membawa perubahan dalam

kehidupan mereka. Malah mereka tidak merasa bosan mendengar ceramah mengenai

kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Mereka juga seterusnya memberi tumpuan dan

dan perhatian mengenai kempen pilihanraya seperti yang dinyatakan oleh media massa.

Ternyata bahawa media massa memberi kesan kepada pengundi.

Keywords : Media. Pilihanraya, Permatang Pauh

Page 2: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

2

1. PERNYATAAN MASALAH

Walaupun media massa disebut sebagai media yang amat berpengaruh dalam

mempengaruhi pengundi menjelang pilihanraya, namun pemilihan seseorang calon bukan

hanya bergantung kepada pengaruh media semata-mata. Ciri-ciri seperti ketokohan atau

personaliti calon, pemilihan berdasarkan parti politik dan isu yang dimainkan dalam

pilihanraya juga dilihat bersaing dalam menentukan kemenangan seseorang calon. Ini

kerana factor penentu adalah individu iaitu pengundi dan bukan kekerapan kempen media

yang berbaur politik.

Media massa di Malaysia merupakan saluran media yang mampu mempamerkan

keupayaan untuk menyaingi media tradisi yang sedia wujud. Radio, televisyen, kaset

audio dan video, surat khabar, majalah, makalah, risalah, poster dan pelbagai jenis media

cetak, merangkumi media tradisi, telah memainkan peranan tertentu untuk mempengaruhi

para pengundi semasa pilihanraya. Kini, internet melalui leman web dan blog wujud

dan mewarnai dan memperhebatkan peranan media tradisi, dan ada kalanya mencabar

kedibiliti media tersebut.

Internet merupakan medium terkini yang juga telah diambil kesempatan oleh

pihak-pihak tertentu terutama untuk menyalurkan ideologi, pendirian, mesej serta

maklumat tertentu agar rakyat dapat mengikutinya. Sejauh manakah rakyat telah

mengikuti mesej-mesej ini, dan apakah rakyat akan terpengaruh dengan maklumat-

maklumat tertentu yang terpapar menerusi laman web masing-masing, adakah semua

mdia dianggap berkesan dan dipecayai di kalangan pengundi, merupakan soalan-soalan

pokok kajian ini.

Walau pun berbagai-bagai laman web telah wujud yang menjadi premis untuk

pihak pemerintah dan pembangkang menyuarakan pendirian masing-masing, namun

sejauh mana laman web dan blog menjadi faktor kepada corak pemilihan pengundian

semasa pilihan raya? Laman-laman web ini juga telah memuatkan maklumat yang

berbeza daripada apa yang lazimnya disiarkan oleh akhbar-akhbar utama di Malaysia.

Kandungan berita dan pendapat tentang isu-isu politik dan pilihanraya semasa yang

siarkan oleh media arus perdana di Malaysia dilihat bergantung kepada pemilikan media

tersebut. Di samping itu, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan atau NGOs juga telah

mengambil kesempatan untuk menghebahkan pendirian masing-masing menerusi laman-

laman web yang telah diwujudkan dengan kehadiran kemudahan komunikasi ala siber

yang bergelar Internet dan world wide web ini.

Persoalanya ialah apakah media massa dan bahan-bahan yang disalurkan

menerusi pelbagai saluran telah mempengaruhi para penggundi untuk membuat

keputusan parti mana dan calon mana yang mereka akan pilih? Adakah media massa

meransang pengundi untuk memilih calon dalam pilihanraya atau calon mempunyai

pendirian tersendiri dalam menentukan calon mereka tanpa memerlukan “kuasa “ media?

Mampukah media baru menambat hati para pengundi dan bersaing dengan media cetak

dan elektronik terutama akhbar dan televisyen?. Oleh itu kajian ini ingin melihat

pemilihan media dan sikap pengundi terhadap media dalam pilihan raya.

Page 3: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

3

2. OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui sejauh mana media massa memainkan peranan dalam proses

demokrasi dan sebagai sumber maklumat kepada para penggundi;

2. Mengkaji apakah faktor-faktor yang menentukan pemilihan calon dalam

pilihanraya.

3. Mengkaji sejauh mana media massa telah mempengaruhi keputusan para pengundi

dalam memilih calon mana dan parti mana semasa pilihanraya

4. Mengkaji sejauh mana pengaruh media massa terhadap pembentukan pilihan para

pengundi (choice) dan keputusan mereka (decision) untuk mengundi seseorang

calon dan/atau sesebuah parti.

2.1 KEPENTINGAN PROJEK :

Kajian secara kuantitatif dan kualitatif mengenai pilihanraya banyak membantu dalam

pembentukan dasar berkaitan dengan media dan komunikasi. Juga amat berguna untuk

pihak parti-parti politik dalam merangka strategi pilihanraya dan media pada masa akan

datang.

2.2 LIMITASI KAJIAN

Kajian kes ini hanya bertumpu di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang sahaja.

Pemilihan Parlimen ini kerana ia merupakan kawasan yang menjadi tumpuan ramai

pemerhati politik apatah lagi pertandingan di antara Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan

Ismail, Presiden Parti Keadilan yang dijangka bertanding dengan Dato Firdaus Hj Ismail,

seorang bekas Imam Besar Masjid Negara. Pada masa pilihanraya tahun 2004, Parti

Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan perbezaan

jumlah undi iaitu 500 menjadikan Parlimen ini menjadi tumpuan “panas” dan menarik

untuk dikaji.

3. KAJIAN LITERATUR

Pendekatan Penggunaan dan Pemuasan (Uses and Gratification) mengandaikan bahawa perbezaan individu di kalangan audien menyebabkan setiap individu berusaha

mendapatkan mesej yang berlainan, menggunakan mesej berkenaan untuk pelbagai

kegunaan dan memberikan pelbagai respon. Ini kerana mesej yang disampaikan oleh

media merupakan salah satu faktor sosial atau psikologi yang menyebabkan khalayak

memilih media yang berbeza untuk merasai kelainan jika tidak kerana impak media

terhadap kelakuan khalayak (idionsinkratik). Pendekatan ini mengandaikan bahawa

faktor sosial dan psikoloi yang terbentuk pada setiap individu adalah tanggungjawab

untuk menghasilkan impak tertentu seperti mesej yang disampaikan oleh media itu

sendiri (Bryant dan Thompson,2002)

Bagi memahami mengapa individu menggunakan media, adalah penting untuk

mengetahui mengapa masyarakat menggunakan media, Lasswell (1984), mengenalpasti

tiga fungsi utama media terhadap masyarakat:

1. Media membuatkan khalayak menyedari apa yang berlaku di seluruh dunia

dengan mengkaji persekitaran

Page 4: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

4

2. Membekalkan pandangan umum terhadap pelbagai komponen di dalam

persekitaran keseluruhan

3. Mesej yang disampaikan oleh media berfungsi untuk menghantar norma-norma

sosial dan budaya kepada generasi baru khalayak

Menurut pengkaji media dan pilihan raya, pengundi yang terdedah dan menggunakan

media akan mempengaruhi pendapat dan sikap mereka. Media dianggap sebagai

penyalur propaganda parti politik untuk memenangi hati dan mendapat sokongan

pengundi. Namun faktor media bukanlah penentu dalam memastikan pemilihan

seseorang calon atau parti.

Hasil kajian oleh Syed Arabi Idid sejak tiga pilihanraya iaitu 1990, 1994

dan 1999 jelas menunjukkan terdapat satu aliran kepada peranan media sebagai

medium dalam pilihanraya. Perkembangan tersebut terus berkembang dengan ada

media massa corak baru seperti internet, sistem pesanan ringkas (sms).

Perbincangan penulisan masa memberikan pelbagai konotasi dan fahaman

berkaitan impak dan peranan media terutamanya dalam pilihan raya umum di

Malaysia. Penulisan masa lalu serta teori yang diguna pakai boleh dikaitkan

dengan kajian ini. Oleh itu, kajian ke atas peranan media adalah amat penting

dalam mengetahui impak media kepada pilihan raya umum di Malaysia dan juga

kesan kepada masyarakat.

3.1 Parlimen Permatang Pauh

Kemampuan Barisan Nasional mengurangkan kemenangan undi majoriti Parti Keadilan

Rakyat daripada 9,077 pada tahun 1999 kepada hanya 590 undi pada pilihan raya 2004,

merupakan entiti yang menarik dalam kajian ini. Pada pilihan raya 2004, Dato’ Pirdaus

Ismail tewas kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dengan majoriti 590 undi.

Pada pilihan raya berkenaan Wan Azizah memperoleh 21,737 undi manakala

Pirdaus berjaya meraih 21,147 undi. Dengan kemenangan tersebut, Wan Azizah berjaya

mempertahankan kawasan itu bagi tempoh dua penggal berturut-turut. Sementara itu,

14,000 pengundi Cina di Permatang Pauh menjadi penentu dalam memilih BN dalam

pilihan raya berikutan prestasi buruk yang ditunjukkan pembangkang ketika itu. Pada

pilihan raya umum tahun 1999, Wan Azizah memperoleh 23,820 undi menewaskan calon

Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Ibrahim Saad yang mendapat undi 14,743. Majoriti

undi 9,077.

Dilihat dari segi media massa di Malaysia lazimnya terbahagi kepada dua

kategori; media yang dimilki oleh Kerajaan dan media swasta. Namun jika ditinjau

dengan teliti, bukan sahaja media kerajaan malah media swasta secara tidak langsung

juga dimiliki oleh parti-parti politik pemerintah atau pemilikannya mempunyai kaitan

dengan pemimpin parti politik pemerintah. Di samping itu, parti-parti politik

pembangkang juga telah menerbitkan lidah rasmi masing-masing seperti Harakah, Roket

dan Keadilan. Malah menjelang pilihanraya umum 2008 muncul pula akhbar tabloid

Siasah dan Kempen yang mewarnai media dan politik semasa.

Perkembangan ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa parti-parti

politik sama ada parti yang memerintah atau parti pembangkang masing-masing

Page 5: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

5

menggunakan kekuatan yang ada pada media massa bagi tujuan membantu agenda politik

mereka. Penerbitan-penerbitan ini diharap dapat menarik perhatian pembaca dan objektif

yang tersirat adalah untuk mengharapkan pembaca akan terpengaruh dengan kandungan

yang telah disiarkan dan seterusnya mengundi parti tersebut.

Satu kajian mengenai peranan media massa dalam pilihanraya l990 telah

mendapati bahawa hampir 70 peratus daripada responden yang ditemui dalam kajian

tersebut merasa media arus utama tidak memberi liputan yang seimbang kepada parti-

parti yang bertanding di dalam pilihanraya tersebut (Sankaran Ramanathan dan

Baharuddin Aziz, l995).

Namun jika ditinjau dari sudut perkembangan teknologi media yang semakin

berkembang pesat dan dasar langit terbuka tetapi terhad (limited open-sky policy) akhir-

akhir ini telah membolehkan masyarakat mempunyai lebih banyak alternatif dalam

membuat pemilihan terutamanya yang berkaitan dengan politik semasa. Melalui Internet

rakyat dapat melayari laman-laman web dan blog dan akhbar “on-line” setiap masa yang

mengandungi berita atau rencana mengenai isu-isu pilihanraya. Dan melalui siaran TV

satelit Astro, rakyat yang berupaya untuk melanggannya, boleh menonton berita CNN

yang membolehkan mereka mendapat berita yang berlainan daripada apa yang disiarkan

di stesen-stesen television di Malaysia. Sesungguhnya, kehadiran media alternatif ini

telah mencabar kedudukan, kewibawaan serta kredibiliti media utama di negara ini.

Kajian mengenai pengaruh media massa terhadap keputusan pengundi dalam

pilihanraya-pilihanraya yang lepas seperti yang pernah dibuat pada tahun 1986 oleh

pengkaji-pengkaji dari Universiti Teknologi MARA, mendapati bahawa secara

keseluruhannya media massa tidak mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap para

pegundi terutamanya dalam membuat keputusan untuk menentukan calon yang dipilih.

Manakala pengkajian yang sama yang dibuat pada tahun 1990 pula telah menyokong

hasil yang diperolehi pada tahun 1986 (Sankaran Ramanathan & Baharuddin Aziz, 1995).

Hasil daripada kajian yang meninjau pengaruh media massa dan pilihanraya

1990 oleh pengkaji-pengkaji seperti Sankaran Ramanathan dan Baharuddin Aziz telah

mendapati bahawa suratkhabar adalah sumber utama berita-berita mengenai pilihanraya

diikuti oleh televisyen. Manakala ceramah politik (small group communication) dan

saluran komunikasi antara individu (interpersonal communication) seperti pengundi

dengan calon, atau antara pengundi dengan pemimpin tempatan, rakan, jiran dan saudara,

dianggap sebagai sumber penting apabila ia berkaitan dengan pilihanraya (Abdullah @

Kassim Mohamad, l995). Ini disusuli pula dengan hasil yang diperolehi yang dikatakan

agak memeranjatkan, bagaimana sebilangan besar para pengundi mengatakan mereka

tidak dipengaruhi oleh kandungan media massa dalam membuat keputusan calon yang

dipilih.

Selain daripada itu hasil kajian Ismail Sualman (2004) yang melihat peranan

media di Parlimen Permatang Pauh juga menunjukkan bahawa majoriti pengundi tidak

begitu berminat untuk menjadikan, sama ada kaset mahupun video, sebagai bahan untuk

mendapatkan maklumat mengenai pilihanraya ataupun calon yang bakal dipilih.

Walaupun demikian, media cetak sama ada media arus perdana atau media parti

pembangkang seperti poster, akhbar dan majalah mempunyai kredibiliti yang tinggi di

kalangan pengundi. Dari segi komunikasi antara perseorangan pula, kebanyakan

pengundi merasakan bahawa mereka pada dasarnya tidak dipengaruhi secara langsung

oleh mana-mana kumpulan atau orang perseorangan dalam membuat sebarang keputusan.

Page 6: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

6

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil pengundi yang merasakan bahawa ketua-

ketua tempatan, ketua parti politik, dan aktivis parti sedikit sebanyak telah mempengaruhi

mereka.

4.0 KAEDAH PENYELIDIKAN

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Aspek kuantitatif dalam kajian

ini pula merangkumi kajian lapangan (field study) yang bertujuan untuk mengumpul

pendapat serta maklum balas para pengundi tentang sejauh mana media massa telah

berperanan dalam proses demokrasi dan pembuangan undi. Para pengundi ditanya

mengenai sejauh mana media massa mempengaruhi mereka dalam memilih calon dan

parti semasa pilihanraya yang pada 8 Mac 2008. Responden yang dipilih berdasarkan

tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.

Begitu juga kajian ini menentukan responden berdasarkan jantina, bangsa dan kawasan

iaitu kuat kubu BN dan Barian Alternatif (BA).

4.1 Soal selidik

Soalan kajiselidik dibahagikan kepada enam bahagian iaitu:

Bahagian A – responden dikehendaki menjawab sumber media atau faktor yang mana

pada pendapat dipercayai boleh memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai

pilihan raya. Sebanyak 29 soalan telah dikemukakan kepada responden untuk mereka

menanda pada ruang ‘sangat percaya’, ‘percaya’ dan ‘tidak percaya’ pada setiap jawapan.

Bahagian B – responden ditanya mengenai sumber media atau faktor mana yang pada

pendapat mereka berkesan dalam menentukan kemenangan seseorang calon dalam

pilihan raya. Responden dikehendaki menanda pada ruang ‘sangat berkesan’, ‘berkesan’

dan ‘tidak berkesan’. Sebanyak 29 soalan mengenai media dan faktor yang berkesan

menentukan kemenangan seseorang calon pada pilihan raya di kemukakan kepada

responden untuk dijawab. Responden juga ditanya mengenai kekerapan mereka

menghadiri ceramah kempen pilihan raya, yakni soalan daripada tidak pernah menghadiri

ceramah sehingga menghadri lebih daripada lapan kali.

Bahagian C – responden dikehendaki menjawab faktor-faktor yang mendorong mereka

untuk menghadiri ceramah sesuatu kempen pilihan raya. Bagi bahagian ini responden

menanda ‘ya’ atau ‘tidak’ pada 11 ruang faktor yang mendorong mereka menghadiri

ceramah sesuatu kempen pilihan raya.

Bahagian D – responden ditanya mengenai pemerhatian mereka terhadap isu-isu yang

sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya umum 2008. Sebanyak

28 isu telah dikemukakan untuk ditanda ‘ya’ atau ‘tidak’ oleh responden.

Bahagian E – responden ditanya mengenai sikap mereka terhadap pilihan raya dan media

dengan bertanyakan soalan sejauh mana mereka ‘bersetuju’, ‘kurang setuju’ dan ‘tidak

setuju’ dengan 16 kenyataan yang diberikan. Antara kenyataan tersebut adalah mengenai

calon pilihan raya, sebab-sebab responden mengundi, sama ada mereka mengikuti

perkembangan isu dalam media, sama ada mereka menyertai kempen pilihan raya, sama

Page 7: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

7

ada mendapat maklumat tambahan mengenai pilihan raya, sama ada berbincang

mengenai pemilihan calon bersama ahli keluarga serat rakan-rakan, dan lain-lain lagi.

Bahagian F – bahagian ini cuba mendapatkan latar belakang demografi responden dari

segi umur, kelulusan, jantina, serta pekerjaan.

Soal selidik telah diprauji (pre-test) pada hari 28 Feb. 2008 di Permatang Pasir

Bukti Mertajam, Pulau Pinang dan beberapa pembetulan telah dibuat. Nilai

kebolehpercayan yang lazim digunakan untuk menilai sesuatu kontruk adalah nilai alpha

Cronbach. Tahap nilai alpha Cronbach yang telah diuji untuk konstruk soalan adalah

seperti dalam jadual 1.

Satu set soal selidik telah ditanya terhadap 1,080 pengundi dan digunakan oleh

kumpulan penyelidik untuk mendapatkan maklum balas tentang peranan dan pengaruh

media massa daripada kelompok sampel para penggundi di Permatang Pauh. Kerja

lapangan ini dilakukan pada 1 hingga 8 hb. Mac 2008 di tiga Dewan Undangan Negeri di

Parlimen Permatang Pauh iaitu DUN Permatang Pasir DUN Penanti, dan DUN Seberang

Jaya.

Responden yang ditanya terdiri daripada pengundi yang berdaftar di Parlimen

Permatang Pauh yang ditemu bual di markas dan pondok-pondok parti yang bertanding

dan juga sebelum atau selepas ceramah oleh parti Barisan Nasional dan Parti Keadilan

Rakyat. Penemuduga terdiri daripada 10 graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian

Media yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan diawasi oleh penyelidik.

JADUAL 1: Indeks kebolehpercayaan konstruk

Nilai alpha

Media atau faktor yang dipercayai boleh memberi 0.89

maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya

Media atau cara manakah yang berkesan dalam menentukan 0.78

kemenangan sesuatu calon dalam pilihan raya.

Sebab-sebab mereka terdorong untuk menghadiri 0.87

atau mendengar ceramah kempen pilihan raya

Isu-isu yang sering disampaikan atau dibincangkan 0.85

dalam kempen pilihan raya umum 2008

4.2 Persampelan

Persampelan responden berdasarkan Persampelan Kelompok Berlapis atau Proportionate

Stratified Sampling telah dijalankan dengan penuh teliti berlandaskan fokus kajian yang

mempunyai kaitan dengan penggunaan media massa. Beberapa garis panduan

persampelan dalam kaedah penyelidikan telah diterima pakai seperti yang telah

disarankan oleh Steve Jones (l999) dan Wimmer dan Dominick (2000). Kelompok

berlapis berdasarkan lima angkubah bebas yang telah dikenal pasti sebagai penting dalam

penyelidikan ini, iaitu: jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan kawasan

berlandaskan ciri-ciri para penggundi yang berdaftar di Semenanjung Malaysia dengan

Page 8: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

8

SPR yang berjumlah hampir lapan juta (7,968,417) orang. Berlandaskan jumlah ini,

nisbah bangsa diperhitung secara purata sebagai 5:3:1. manakala jantina pula diperhitung

sebagai 60:40 menurut nisbah daftar pemilih.

Berpandukan garis-garis panduan (parameters) ini, maka jumlah responden yang

menjadi sasaran ialah 1080, iaitu dibahagikan sama banyak antara tiga Dewangn

Undangan Negeri. Ini bermakna, setiap kawasan akan diwakili oleh 360 responden yang

akan mewakili nisbah yang mencerminkan umur, bangsa, kawasan dan jantina yang telah

dibentuk khusus untuk kajian ini. Setelah di analisa hanya 1049 sahaja set soal selidik

yang diterima kerana tidak lengkap atau dianggap rosak. Semua soalan yang lengkap

dipindahkan ke helaian pengekodan atau coding sheet yang mengandungi data akan

melalui proses kemasukan data atau data entry dengan menggunakan program SPSS

(Statistical Package for the Social Sciences).

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Taburan responden mengikut umur

Sejumlah 1,049 responden memberikan respon yang sah untuk dinalisis. Merujuk kepada

Jadual 2, majoriti responden terdiri daripada 48.3 peratus mereka yang berumur 31

hingga 40 tahun (507 orang) dan 34.9 peratus mereka yang berumur 21 hingga 30 tahun

(366 orang). Manakala responden yang berumur lebih 61 tahun adalah 0.6 peratus.

5.2 Mengikut kelulusan

Merujuk kepada jadual tersebut, majoriti responden (36.3 peratus atau 381 orang) adalah

berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Pelajaran Agama Malaysia, diikuti dengan

mereka yang berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran / Lower Certificate or Education /

Penilaian Menengah Rendah (258 orang). Jumlah responden yang ketiga terbesar dikaji

adalah mereka yang berkelulusan Diploma / STPM (238 orang), manakala yang

berkelulusan ijazah seramai 113 orang, dan selebihnya berkelulusan Sijil Agama

Thanawi dan sekolah rendah.

5.3 Mengikut jantina

Merujuk kepada jadual tersebut, responden wanita adalah seramai 563 orang atau 53.7

peratus manakala responden lelaki adalah seramai 486 orang atau 46.3 peratus.

5.4 Mengikut bangsa

Kajian juga mendapati majoriti responden terdiri 79.5 peratus daripada bangsa Melayu

(834 orang), diikuti dengan 14.5 peratus bangsa Cina (152 orang), seramai 5.5 peratus

bangsa India (58 orang) dan selebihnya adalah lain-lain bangsa (0.5 orang).

5.5 Mengikut pekerjaan

Merujuk kepada jadual tersebut, seramai 43.4 peratus responden bekerja di sektor swasta

(455 orang), diikuti oleh 34.3 peratus mereka yang bekerja dengan kerajaan (360 orang)

dan seramai 12.3 peratus bekerja sendiri (133 orang). Selebihnya terdiri daripada

responden yang tidak bekerja, surirumah serta para pelajar.

5.6 Kepercayaan Terhadap Sumber Media

Responden ditanya pendapat mereka mengenai sumber media atau faktor yang dipercayai

boleh memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya umum 2008.

Page 9: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

9

Merujuk kepada Jadual 3, responden memilih gambar calon sebagai sumber yang boleh

dipercayai dapat memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya umum

2008 Peratusan yang ‘sangat percaya’ kepada sumber ini adalah 30.8% dan yang

‘percaya’ adalah sebanyak 53%. Ini diikuti dengan bendera parti di mana 22.9% ‘sangat

percaya’ dan 63.1% menjawab ‘percaya’ kepada sumber ini.

JADUAL 2 : Demografi Responden

Umur

Kekerapan

Peratusan

21- 30 Tahun 366 34.9

31 - 40 Tahun 507 48.3

41 - 50 Tahun 157 15.0

51 - 60 Tahun 13 1.2

Lebih 61 6 0.6

Kelulusan

Sekolah Rendah 13 1.2

Sijil Agama Thanawi 46 4.4

SRP/LCE/PMR 258 24.6

SPM/SPM A 381 36.3

Diploma/STPM 238 22.7

Ijazah 113 10.8

Jantina

Lelaki 486 46.3

Perempuan 563 53.7

Bangsa

Melayu 834 79.5

Cina 152 14.5

India 58 5.5

Lain-lain 5 .5

Jumlah 1049 100.0

Pekerjaan

Kerajaan 360 34.3

Swasta 455 43.4

Kerja Sendiri 133 12.7

Tidak Bekerja 24 2.3

Surirumah 53 5.1

Pelajar/Siswa/Siswi 24 2.3

Jumlah 1049 100.0

Page 10: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

10

JADUAL 3: Peratusan Sumber Yang DiPercayai

Sumber Sangat

Percaya

1

Percaya

2

Tidak

Percaya

3

Min

Ceramah 16.2 66.9 16.9 2.007

Poster 23.1 62.2 14.7 1.916

Risalah 16.1 53.8 30.1 2.140

Brosur / Makalah 5.6 54.1 40.3 2.347

Blog di Internet 15.1 50.4 34.4 2.193

Akhbar 19.7 50.6 29.9 2.099

Majalah 14.0 65.0 21.0 2.069

Televisyen 30.2 46.4 23.4 1.931

Manifesto Parti 21.8 60.4 17.7 1.959

Radio 9.0 72.9 18.1 2.091

Poster2 16.8 58.2 25.1 2.083

Risalah2 12.1 59.7 28.2 2.161

Kaset / CD 7.8 47.0 45.2 2.374

Video/ VCD / DVD 14.0 29.2 56.8 2.428

Pengumuman Pembesar Suara 9.9 38.4 51.7 2.417

Sepanduk parti 14.4 63.4 22.2 2.078

Billboard / Papan Kenyataan 4.2 73.8 22.0 2.178

Surat Layang 0.7 29.2 70.2 2.695

SMS / MMS 2.2 16.1 81.7 2.795

Lawatan rumah ke rumah 13.6 52.8 33.6 2.199

Bendera parti 22.9 63.1 14.0 1.911

Gambar Calon 30.8 53.0 16.2 1.854

Kumpulan Kecil Parti 15.6 54.3 30.0 2.143

Perarakan Parti 19.9 48.8 31.3 2.113

Sukan 10.0 57.3 32.7 2.226

Persembahan / Nyayian / Karaoke 8.0 29.1 62.9 2.549

Logo Parti di T-shirt / Topi / Air Mineral /dsb 12.5 43.7 43.9 2.313

Acara keagamaan di rumah ibadah 15.4 55.4 29.2 2.137

E-mail (internet) 16.4 33.1 50.5 2.341

Jadual tersebut juga menunjukkan poster merupakan sumber ketiga terbesar

dipilih sebagai sumber yang dipercayai dengan peratusan 23.1% ‘sangat percaya’ dan

62.2% menjawab ‘percaya’. Seterusnya responden memilih televisyen sebagai sumber

media keempat terbesar yang dipercayai dapat memberi maklumat yang betul dan tepat

mengenai pilihan raya, di mana 30.2% menjawab ‘sangat percaya’ dan 46.4% menjawab

‘percaya’.

Seterusnya jadual tersebut menunjukkan manifesto parti menjadi sumber yang

kelima terbesar yang dipercayai dapat memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai

pilihan raya, di mana 21.8% menjawab ‘sangat percaya’ dan 60.4% menjawab ‘percaya’.

Akhbar merupakan sumber media yang keenam terbesar yang dipercayai oleh responden

dapat memberi aklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya di mana 19.7%

menjawab ‘sangat percaya’ dan 50.6% menjawab ‘percaya’.

Manakala sumber yang mendapat kepercayaan paling endah dalam memberi

maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya adalah sms / mms. Hanya 2.2%

daripada responden menjawab ‘sangat percaya’ dan 16.1% menjawab ‘percaya’ kepada

sumber ini. Sumber-sumber lain yang mendapat kepercayaan rendah adalah surat layang

Page 11: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

11

di mana 0.7% menjawab ‘sangat percaya’ dan 29.2% menjawab ‘percaya’, video (VCD /

DVD) dengan 14% responden menjawab ‘sangat percaya’ dan 29.2% menjawab

‘percaya’, pengumuman pembesar suara dengan 9.9% responden menjawab ‘sangat

percaya’ dan 38.4% menjawab ‘percaya’, kaset / CD dengan 7.8% menjawab ‘sangat

percaya’ dan 47% menjawab ‘percaya’, serta e mel dengan 16.4% menjawab ‘sangat

percaya’ dan 33.1% menjawab ‘percaya’.

Dapat dirumuskan daripada jadual tersebut bahawa enam sumber media atau

faktor yang dipercayai dapat memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan

raya mengikut susunan dari atas yang paling dipercayai adalah gambar calon, bendera

parti, poster, televisyen, manifesto parti dan akhbar.

Manakala sumber yang mendapat kepercyaan rendah dalam memberi

maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya mengikut susunan dari terbawah

adalah sms /mms, surat layang, video (VCD / DVD), pengumuman pembesar suara, kaset

/ CD dan emel.

5.7 Sumber Berkesan

Responden juga ditanya mengenai sumber media atau faktor mana yang pada pendapat

mereka berkesan dalam kempen pilihan raya umum 2008. Merujuk kepada jadual 4, ceramah

merupakan sumber yang paling berkesan dalam menentukan kemenangan seseorang calon.

Daripada keseluruhan, 40.3% responden mengatakan ceramah adalah ‘sangat berkesan’, dan

49.4% lagi mengatakan ‘berkesan’.

Poster pula merupakan sumber yang kedua paling berkesan dalam menentukan

kemenangan seseorang calon, di mana 35.7% menjawab ‘sangat berkesan’ dan 55.6%

menjawab ‘berkesan’. Seterusnya gambar calon dinyata berkesan dalam menentukan

kemenangan seseorang calon. Seramai 31.3% responden menjawab ‘sangat berkesan’ dan

58.5% menjawab ‘berkesan’.

Di tempat keempat sumber yang berkesan dalam menentukan kemenangan calon

adalah manifesto parti, di mana 27.5% menjawab ‘sangat berkesan’ dan 58.9%

menjawab ‘berkesan’. Sumber berikutnya yang berkesan adalah televisyen, iaitu 28%

responden menjawab ‘sangat berkesan’ dan 56.2% menjawab ‘berkesan’. Ini diikuti radio

di mana 20.8% responden menjawab ‘sangat berkesan’ dan 60.2% menjawab ‘berkesan’

dalam menentukan kemenangan seseorang calon.

Responden juga memberi pendapat bahawa sms / mms adalah paling kurang memberi

kesan dalam dalam menentukan kemenangan seseorang calon. Hanya 1.8% responden

mengatakan ‘sangat berkesan’ dan 25.2% menjawab ‘berkesan’ bagi sumber media ini.

Dalam susunan kurang berkesan juga adalah surat layang di mana hanya 8.5% responden

mengatakan ‘sangat berkesan’ dan 22.4% menjawab ‘berkesan’. Seterusnya sumber yang

kurang berkesan menentukan kemenangan calon adalah persembahan / nyanyian / karaoke.

Sebanyak 16.2% responden menjawab ‘sangat berkesan’ dan 30.1% mengatakan sumber ini

‘berkesan’. Emel juga adalah sumber media yang kurang berkesan menentukan kemenangan

calon di mana 13.3% responden mengatakan ‘sangat berkesan’, manakala 38.9% lagi

mengatakan ‘berkesan’.

Page 12: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

12

JADUAL 4: Peratusan Sumber Yang Berkesan

Sumber Sangat

Berkesan

1

Berkesan

2

Tidak

Berkesan

3

Min

Ceramah 40.3 49.4 10.3 1.699

Poster 35.7 55.6 8.7 1.729

Risalah 13.9 52.8 33.3 2.193

Brosur / Makalah 6.0 68.3 25.7 2.197

Blog di Internet 14.3 53.4 32.3 2.180

Akhbar 23.9 55.4 20.7 1.967

Majalah 19.4 67.2 13.3 1.939

Televisyen 28.0 56.2 15.7 1.877

Manifesto Parti 27.5 58.9 13.6 1.861

Radio 20.8 60.2 19.0 1.981

Poster 13.3 72.2 14.5 2.011

Risalah 15.8 69.2 14.7 1.988

Kaset / CD 16.2 45.0 38.8 2.225

Video/ VCD / DVD 11.2 43.9 44.9 2.336

Pengumuman Pembesar Suara 8.1 42.4 49.5 2.413

Sepanduk parti 11.0 68.3 20.8 2.098

Billboard / Papan Kenyataan 9.7 72.3 18.0 2.082

Surat Layang 8.5 22.4 69.1 2.606

SMS / MMS 1.8 25.2 73.0 2.712

Lawatan rumah ke rumah 22.3 55.4 22.3 2.000

Bendera parti 16.8 66.7 16.5 1.997

Gambar Calon 31.3 58.5 10.2 1.789

Kumpulan Kecil Parti 16.9 48.5 34.6 2.177

Perarakan Parti 16.2 53.1 30.7 2.144

Sukan 8.1 62.1 29.8 2.217

Persembahan / Nyanyian / Karaoke 16.2 30.1 53.7 2.374

Logo Parti di T-shirt / Topi / Air Mineral /dsb 4.9 61.1 34.0 2.291

Acara keagamaan di rumah ibadah 10.2 49.1 40.7 2.305

E-mail (internet) 13.3 38.9 47.9 2.346

Selain itu video / VCD / DVD adalah dalam senarai bawah yang kurang berkesan

menentukan kemenangan calon, iaitu 11.2% menjawab ‘sangat berkesan’ dan 43.9%

menjawab ‘berkesan’. Dalam senarai keenam dari bawah adalah acara keagamaan di rumah

ibadat. Sebanyak 10.2% responden mengatakan acara keagamaan di rumah ibadat ‘sangat

berkesan’ dan 49.1% lagi menjawab ‘berkesan’ dalam menentukan kemenangan seseorang

calon.

Daripada jadual tersebut, dapat dirumus enam sumber bermula dari atas yang

berkesan menentukan kemenangan calon adalah ceramah, poster gambar calon, manifesto

parti, televisyen dan radio. Manakala enam sumber dari terbawah yang kurang berkesan

dalam menentukan kemenangan calon adalah sms / mms, surat layang, persembahan /

nyanyian / karaoke, emel, video / VCD / DVD, dan acara keagamaan di rumah ibadat.

Page 13: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

13

JADUAL 5: Kekerapan Menghadiri Ceramah

Kekerapan Hadiri Ceramah Jumlah Peratusan

1 kali 269 25.6

2 hingga 4 kali 570 54.3

5 hingga 8 kali 119 11.3

Lebih dari 8 kali 25 2.4

Tidak Pernah sekali pun 66 6.3

5.8 Kekerapan responden hadir ceramah

Berdasarkan Jadual 5, majoriti responden menghadiri ceramah pilihan raya antara 2 hingga 4

kali sepanjang kempen pilihan raya berjalan. Jumlah ini mewakili 54.3% daripada

keseluruhan jumlah responden. Bagaimana peratusan mereka yang tidak pernah hadir

ceramah adalah 6.3% atau 66 responden.

JADUAL 6 : Faktor Dorongan Menghadiri Ceramah

Faktor Dorongan Menghadiri Ceramah

Jumlah

jawab Ya

Peratusan

Atas ajakan kawan 317 30.2

Dipengaruhi oleh anggota parti 476 45.4

Keinginan untuk mendapat maklumat 509 48.5

Penceramah terkenal / popular 500 47.7

Tanggungjawab sebagai anggota parti 476 45.4

Untuk mengetahui isu yang dibincangkan 608 58.0

Memang berminat dan seronok mendengar

ceramah pilihanraya 391 37.3

Memudahkan untuk membuat keputusan dalam

mengundi calon 351 33.5

Untuk mengisi masa lapang 265 25.3

Menyokong parti yang menganjurkan 403 38.4

Terpaksa / dipaksa 295 28.1

5.9 Faktor Dorongan hadir ceramah

Merujuk kepada Jadual 5, faktor yang paling besar mendorong responden menghadiri

ceramah pilihan raya adalah untuk responden mengetahui isu yang dibincangkan dlam

pilihan raya. Sebanyak 58% daraipada jumlah keseluruhan responden mengatakan faktor

ini sebagai pendorong mereka menghadiri ceramah. Sebanyak 48% responden pula

mengatakan faktor keinginan untuk mendapat maklumat sebagai pendorong, manakala

faktor yang paling kecil sekali dikatakan sebagai pendorong responden menghadiri

ceramah adalah faktor untuk mengisi masa lapang. Sebanyak 25.3% daripada responden

mengatakan faktor ini sebagai dorongan kepada mereka menghadiri cermah.

Page 14: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

14

JADUAL 7 : Isu-Isu Pilihan Raya

Isu Jumlah

jawab

Ya

Peratusan

Rasuah / Penyelewengan 402 38.3

Pekerjaan / Pengangguran 301 28.7

Pendidikan 412 39.3

Kesihatan 162 15.4

Ekonomi 590 56.2

Moral Pemimpin 205 19.5

Personaliti calon 222 21.2

Masalah sosial / moral 286 27.3

Pembangunan insan 339 32.3

Agama 270 25.7

Kehakiman 199 19.0

Kenaikan harga barang 458 43.7

Kenaikan Harga petroleum / minyak 505 48.1

Kelemahan BN 138 13.2

Kelemahan Barisan Alternatif (PAS, Keadilan, DAP) 209 19.9

Kekuatan BN 258 24.6

Kekuatan Barisan Alternatif (PAS, Keadilan, DAP) 215 20.5

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) 120 11.4

Kecemerlangan kerajaan yang memerintah 376 35.8

Jasa-jasa kerajaan kepada rakyat 256 24.4

Islam Hadhari 313 29.8

Wanita 240 22.9

Pertahanan 61 5.8

Perkauman 272 25.9

Masalah Dalaman Komponen BN 273 26.0

Masalah Dalaman Parti Barisan Alternatif (PAS,

Keadilan, DAP) 302 28.8

Kekecohan / kekacauan yang timbul semasa berkempen 314 29.9

HINDRAF 381 36.3

Lain-lain

5.10 Isu-isu yang dibincang dalam kempen

Berdasar pemerhatian responden, mereka juga ditanya mengenai isu-isu yang sering

disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya umum 2008. Berdasarkan

Jadual 6, majoriti responden, iaitu 56.2% daripada keseluruhan responden mengatakan

isu ekonomi menjadi tajuk yang sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen

pilihan raya kali ini.

Isu-isu lain yang dinyatakan responden yang sering disampaikan atau

dibincangkan adalah kenaikan harga petroleum / minyak (48.1% responden), isu

kenaikan harga barang (43.7 responden), pendidikan (39.3% responden), isu rasuah /

penyelewengan (38.3% responden), dan isu HINDRAF (36.3%).

Page 15: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

15

5.11 Persetujuan Mengenai Sikap

Berdasarkan Jadual 7, penyataan “Saya mendapat maklumat tambahan mengenai

pemilihan calon yang bertanding melalui kempen yang dijalankan” merupakan

penyataan yang paling disetujui ramai oleh responden. Sebanyak 78% daripada

keseluruhan responden ‘setuju’, 11.7% ‘kurang setuju’, dan 10.3% ‘tidak setuju’

mengenai penyataan ini. Penyataan “Saya mengundi berdasarkan ketokohan atau

personaliti calon” juga disetujui ramai responden, di mana 64.7% responden

mengatakan ‘setuju’, 31.5% ‘kurang setuju’, dan 3.8% ‘tidak setuju’ mengenai

penyataan ini. Penyataan lain yang disetujui ramai responden adalah “Saya mengundi

berdasarkan kepada parti yang saya anggotai”. Sebanyak 67% daripada responden

mengatakan ‘setuju’, 18.3% menjawab ‘kurang setuju’ dan 14.3% tidak setuju bagi

penyataan ini.

Begitu juga dengan penyataan “Saya mempunyai pilihan calon saya sendiri

tanpa memerlukan kempen oleh mana-mana pihak” disetujui ramai responden, di mana

55.8% menjawab ‘setuju’, 21.5% menjawab ‘kurang setuju’ dan 22.7% ‘tidak setuju’

dengan penyataan ini.

Penyataan yang paling tidak disetujui oleh ramai responden adalah “Saya

berpendapat mengundi hanya membuang masa sahaja”, di mana hanya 4.9% responden

saja yang ‘setuju’ dengan penyataan ini, 4.4% ‘kurang setuju’, manakala 90.5%

mengatakan ‘tidak setuju’ dengan penyataan ini.

Begitu juga penyataan “Saya berpendapat mengundi tidak banyak membawa

oerubahan dalam kehidupan saya”. Bagi ini sebanyak 11.8% responden ‘setuju’, 49.9%

‘kurang setuju’ dan 38.3% responden lagi ‘tidak setuju’ dengan penyataan ini.

5.12 Korelasi Antara Pembolehubah

Kajian ini juga membuat hubungan korelasi antara media komunikasi yang dipercayai,

media yang diganggap berkesan dan kekerapan menghadiri ceramah dengan

pembolehubah-pembolehubah dorongan ke ceramah kempen, isu-isu pilihan raya, sikap

pengundi. Secara keseluruhan terdapat hubungan yang positif dan signifikan kecuali

hubungan antara kekerapan mengahadiri ceramah dengan isu-isu pilihan raya dan sikap

pengundi.

Berdasarkan jadual 9, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara media yang dipercayai dengan dorongan untuk menghadiri ceramah (r =

0.35. p <.05). Ini menunjukkan bahawa semakin kerap seseorang itu mempercayai sesuatu

media, maka ia mempertingkatkan keinginan untuk menghadiri ceramah atuu kempen

yang dianjurkan. Ini kerana media telah mendorong untuk mendapat maklumat yang

lebih lanjut dalam ceamah yang dianjurkan oleh parti politik.

Page 16: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

16

JADUAL 8: Persetujuan Mengenai Sikap

Item Persetujuan

Setuju

1

Kurang

Setuju

2

Tidak

Setuju

3

Min

Saya mempunyai pilihan calon saya

sendiri tanpa memerlukan kempen oleh

mana-mana pihak

55.8 21.5 22.7 1.669

Saya mengundi berdasarkan ketokohan

atau personaliti calon 64.7 31.5 3.8 1.390

Saya mengundi berdasarkan kepada parti

yang saya anggotai 67.4 18.3 14.3 1.469

Saya mengundi berdasarkan isu yang

wujud semasa pilihanraya 44.1 36.8 19.1 1.749

Saya sering membaca atau mendengar

atau menonton maklumat atau isu

mengenai pilihanraya setiap kali

disiarkan atau diterbitkan oleh media

massa

45.6 33.0 21.4 1.758

Saya tidak peduli mengenai kempen

pilihanraya seperti yang dinyatakan oleh

media massa

14.7 51.7 33.7 2.189

Saya akan sertai ceramah mengenai

kempen pilihanraya yang sering

dianjurkan di tempat tinggal saya

53.8 28.6 17.6 1.638

Saya sering mengikuti kempen

pilihanraya dan saya menyukainya 46.2 33.4 20.4 1.741

Kempen pilihanraya merangsang saya

untuk mengundi calon pilihan saya 53.3 44.1 2.6 1.492

Saya mendapat maklumat tambahan

mengenai pemilihan calon yang

bertanding melalui kempen yang

dijalankan

78.0 11.7 10.3 1.323

Saya mudah merasa bosan apabila

mendengar ceramah mengenai kempen

pilihanraya kerana ia lebih merupakan

janji-janji untuk memenangi pilihanraya

9.8 59.8 30.4 2.205

Saya merasa puas hati dengan maklumat

mengenai kempen pilihanraya kali ini 43.8 36.2 20.0 1.762

Saya sering berbincang mengenai

pemilihan calon bersama rakan 36.6 47.3 16.1 1.795

Saya kerap berbincang mengenai

pemilihan calon bersama ahli keluarga 31.6 60.3 8.0 1.763

Saya berpendapat mengundi tidak banyak

membawa perubahan dalam kehidupan

saya

11.8 49.9 38.3 2.265

Saya hanya akan mengundi pada calon

yang saya kenali sahaja 12.8 54.1 33.2

2.204

Saya berpendapat mengundi hanya

membuang masa sahaja

4.9 4.7 90.5 2.856

Page 17: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

17

JADUAL 9: Korelasi Antara Pembolehbuah

Dorongan ke

ceramah

Isu-isu pilihan raya Sikap

pengundi

Media yang

dipercayai

0.35* 0.24* 0.31*

Media yang

berkesan

0.41* 0.29* 0.41*

Kekerapan Hadiri

Ceramah

0.44* 0.36 0.25

Begitu juga kajian mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara

media yang dipercayai dengan isu-isu mengenai pilihan raya (r = 0.24, p < .05). Ini

menunjukkan bahawa pengundi yang mempercayai media semasa pilihan raya mempunyai

kaitan dengan isu-isu semasa pilihan raya. Ini jelas menunjukkan isu-isu pilihan raya

diperolehi dari media yang dipercayai oleh pengundi. Semakin kerap pengundi

mempercayai media berkenaan, semakin rancak sesuatu isu dibincangkan oleh pengundi

dan menjadi agenda publik.

Seterusnya hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan

antara media yang dipercayai dengan sikap pengundi (r = 0.31, p < . 05). Ini membuktikan

bahawa jika pengundi mempercayai sesuatu media akan mempengaruhi sikap pengundi

Trend yang sama dapat dilihat di mana media yang dianggap bekesan akan

mempengaruhi seseorang untuk menghadiri ceamah dan media juga merupakan gelanggan

untuk mendapat dan menyalurkan sesuatu isu semasa pilihan raya dan seterusnya akan

membentuk sikap pengundi dalam membuat keputusan dalam pemilihan calon.

Sementara itu, terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kekerapan

menghadiri ceramah dengan dorongan untuk menghadiri ceramah, isu-isi pilihan raya dan

sikap pengundi. Namun kajian juga membukti bahawa tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara kekerapan menghadiri ceramah dengan isu pilihan raya dan sikap

pengundi. Ini berkemungkinan sesuatu isu bukannya diperolehi melalui media ceramah

sahaja, namun disalurkan melalui pelbagai media. Kajian kes di Permatang Pauh ini

juga membuktikan bahawa walaupun seserang pengundi kerap menghadiri ceramah

politik, namun ia tidak mempengaruhi sikap dan tidak menjamin sebagai faktor penentu

kemenangan dalam pilihanraya.

Rumusan

Berdasarkan kajian kes yang dijalankan di Permatang Pauh dapat dirumus enam sumber

utama yang dianggap berkesan menentukan kemenangan calon adalah ceramah, poster

gambar calon, manifesto parti, televisyen dan radio. Manakala enam sumber yang kurang

berkesan dalam menentukan kemenangan calon adalah sms / mms, surat layang,

persembahan / nyanyian / karaoke, emel, video / VCD / DVD, dan acara keagamaan di

rumah ibadat.

Majoriti responden menghadiri ceramah pilihan raya antara 2 hingga 4 kali

sepanjang kempen pilihan raya berjalan. Bagaimana peratusan mereka yang tidak pernah

hadir ceramah agak kecil. Ini menunjukkan bahawa media ceramah masih lagi mendapat

Page 18: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

18

tempat di hati para pengundi. Faktor yang paling utama mendorong responden

menghadiri ceramah pilihan raya adalah untuk mengetahui isu yang dibincangkan dalam

pilihan raya. Mereka juga mengatakan faktor keinginan untuk mendapat maklumat

sebagai pendorong. Namun ceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal dan

popular mendapat sambutan pengundi dan juga dilihat menjadi faktor mereka

menghadiri cermah ketika pilihan raya.

Manakala responden mengakui mendapat maklumat tambahan mengenai

pemilihan calon yang bertanding melalui kempen yang dijalankan mereka juga

menganggap bahawa pola pengundian banyak berdasarkan ketokohan atau personaliti

calon. Juga kajian mendapati mereka mengundi berdasarkan kepada parti yang mereka

anggotai.

Ditinjau dari pemerhatian responden, mereka mengatakan isu ekonomi menjadi

tajuk yang sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya kali ini. Ini

diikuti isu kenaikan harga petroleum isu kenaikan harga barang pendidikan, isu rasuah /

penyelewengan dan isu HINDRAF.

Begitu juga mereka mendakwa mempunyai pilihan calon sendiri tanpa

memerlukan kempen oleh mana-mana pihak. Ini sesuai dengan kenyataan bahawa untuk

melihat keberkesanan sesuatu kempen perlu dilihat di kalangan khalayak penerima bukan

kepada kekerapan kempen media.

Kajian ini juga mendapati bahawa mengundi adalah penting dan bukan hanya

membuang masa sahaja. Ini disokong dengan hujah bahawa pengundi banyak membawa

perubahan dalam kehidupan mereka. Malah mereka tidak merasa bosan mendengar

ceramah mengenai kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Mereka juga seterusnya

memberi tumpuan dan dan perhatian mengenai kempen pilihanraya seperti yang

dinyatakan oleh media massa. Ternyata bahawa media massa memberi kesan kepada

pengundi dari segi menambah pengetahuan mengenai sesuatu isu, namun media dan

ceamah baukan factor penentu dalam pemilihan calon atau parti.

Batasan Kajian

a. Kajian ini dijalankan ketika pilihan raya yang menuntut kami banyak bersabar

kerana agak susah untuk mendapat kerjasama daripada para pengundi di

Permatang Pauh. Malah sebahagian daripada mereka menganggap pembantu

penyelidik kami sebagai berkempen, walaupun kami menunjukkan pengenalan

diri.

b. Oleh kerana faktor kekangan masa, kertas ini hanya menghuraikan kekerapan

dan peratusan terhadap pemboleh ubah yang dikaji.

Rujukan

Abdul Ghani Karim. l994. “Content analysis of Malaysian radio and television coverage

during the l990 General Elections”. Forum Komunikasi. Vol.4, No.1 & 2, Disember

1994.

Abdullah @ Kassim Mohamad. l995. "Political Campaign Activities in the 1990 General

Election". Kertas kerja Seminar Media & Politics Kajian Sebaran Am, ITM - Media

Page 19: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

19

Performance in Malaysia's 1990 General Election: Lessons & Predictions, April, l995,

ms. 1-10.

Asher, Herbert. l980. Presidential Elections and American Politics. Homewood, Illinois:

The Dorsey Press.

Ben Adam. 1999. "TV3 Bohong – Pas, Undang-undang fitnah terus subur”. Massa, 24

Julai 1999.

Bryant, J dan Thompson, Susan. 2002. Fundamentals of Media Effects. New

York McGraw – Hill

Butler, David dan Cavenagh, Dennis. l983. The British General Elections of l983.

London: McMillan & Co.

Fishbein, Martin, and Ajzen, I., 1975. Belief, Attitude, Intention and Behavior, Reading,

MA: Addison-Wesley.

Ismail Sualman, 2004. Media dan Pilihan raya : Kajian Kes di Parlimen Permatang

Pauh. Laporan Penyelidikan IRDC, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Jones, Steve. (l999). Doing Internet Research: Critical Issues and Methods for

Examining the Net. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Katz, E., Blumer, G. J., dan Gurevicth. 1974. The uses of mass communication. Sage

Publication. Beverly Hills.

Kessel, John. l980. Presidential Campaign Politics. Homewood, Illinois: The Dorsey

Press.

Kotler, Philip, and Andreasen, Alan R., 1987. Strategic Marketing for Nonprofit

Organizations, 3rd Edition, Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall,.

Lazarfeld, Paul; Berelsen, Bernard; dan Gaudet, Hazel. l968. The People's Choice. {edisi

3}. New York: Columbia University Press.

McGuire, William, 1981. "Theoretical Foundations of Campaigns,'' in Rice, R.E., and

Paisley, W.J. (Eds.), Public Communication Campaigns, Beverly Hills: Sage

Publications, pp. 41-70.

McLuhan, Marshall. 1964. Understanding media, the extensions of man. London :

Routledge & Kegan Paul.

Negrine, R. 1994. Politics and the mass media in Britian. London : Routledge & Keegan

Paul.

Rogers, E. M. 1976. Communication and development critical perspectives, Baverly

Hills: Page Publications.

Rogers, Everett, M., 1983. Diffusion of Innovations, New York: Free Press.

Page 20: MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

20

Syed Arabi Idid, Agenda Setting: The Role of the Media in Elections 1999

Wimmer, Roger D. dan Dominick Joseph R. (2000). Mass Media Research: An

Introduction. Belmont, CA: Wadsworth.