meb_ringkasan_eksekutif

Upload: mohamad-farid-embok-mosik

Post on 09-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    1/39

    MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA

    MODEL EKONOMI BARU UNTUK MALAYS

    BAHAGIAN 1

    MPENMajlis Penasihat Ekonomi Negara

    Aras 5 & 11, Menara Usahawan

    Persiaran Perdana, Presint 2

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62652 PUTRAJAYA MALAYSIA

    www.neac.gov.my

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    KualitiHidup Rakyat

    Berpendapatan Tinggi

    Keterangkuman Kemampanan

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    2/39

    CHAPTRE

    1

    MODEL EKONOMI BARUUNTUK MALAYSIA

    Bahagian I : Hala Tuju Dasar Strategik

    MPENMAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA

    Ringkasan Eksekutif

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    3/39

    Hakcipta Terpelihara

    Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian juadaripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpandi dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkandalam sebarang bentuk atau dengan apa jua cara elektronik,mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpamendapat izin daripada:

    SeausahaMajlis Penasihat Ekonomi NegaraAras 5 & 11, Menara UsahawanPersiaran Perdana, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62652 PUTRAJAYA

    Tel : 03-8888 6512/8888 6513Faks : 03-8888 4638/8888 4177Emel : [email protected]

    www.neac.gov.my

    Terjemahan oleh:

    Instut Terjemahan Negara Malaysia

    Wisma ITNMNo. 2 Jalan 2/27E, Seksyen 10Wangsa Maju53300 Kuala Lumpur

    Tel : 03-4149 7210Faks : 03-4143 2939www.itnm.com.my

    Naskah jualan boleh diperolehi daripada:

    Percetakan Nasional Malaysia BerhadJalan Chan Sow Lin50554 Kuala Lumpur

    Tel : 03-9236 6888Faks : 03-9222 4773Emel : [email protected]

    ________________________________

    Reka bentuk dan susun atur disediakan oleh:

    Percetakan Nasional Malaysia Berhad

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    4/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    3

    Dokumen ini merupakan Ringkasan Eksekutif pertama daripada dua laporan yang disediakan olehMajlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mengenai Model Ekonomi Baru (MEB). Dokumenini merumuskan beberapa isi utama daripada laporan penuh Model Ekonomi Baru untukMalaysia - Bahagian 1: Hala Tuju Dasar Strategik, yang membentangkan keseluruhan rangkakerja MEB dalam menggerakkan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepadasebuah negara maju menjelang tahun 2020. Laporan penuh, boleh didapati di laman webwww.neac.gov.my merupakan asas bagi merangka langkah dasar dan plan pelaksanaan dalamdokumen akhir yang akan menyusul kelak.

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    5/39

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    6/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    5

    Ringkasan Eksekutif

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    7/39

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    8/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    7

    Ringkasan

    Eksekutif

    Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam

    landasan pembangunannya. Wawasan 2020

    tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi

    ekonomi, sosial dan kerajaan. Untukmenggerakkan negara ke hadapan, Kerajaan

    telah merumuskan satu rangka kerja yang

    mengandungi empat tonggak bagi mendorong

    perubahan (Rajah A). Model Ekonomi Baru

    (MEB)yang hendak dicapai melalui Program

    Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan

    satu tonggak utama yang akan melonjakkan

    Malaysia ke arah status negara maju sejajar

    dengan matlamat Wawasan 2020. PTE akan

    dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaharuan

    Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi

    langkah dasar yang relevan.

    Rajah A Empat Tonggak Transformasi

    Negara

    Dua tonggak yang lain telah pun dilancarkan.

    Tonggak ini ialah konsep 1Malaysia,

    Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

    untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysiabagi menghadapi cabaran yang mendatang

    dan Program Transformasi Kerajaan (PTK)

    untuk memantapkan perkhidmatan awam

    dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara

    (National Key Result Areas, NKRA). Tonggak

    terakhir ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh

    2011-2015 yang akan diumumkan nanti pada

    tahun ini.

    MENGAPAKAH KITA MEMERLUKAN MEB

    DAN APAKAH MATLAMATNYA?

    Model pertumbuhan lepas menjanakan tiga

    dekad pencapaian cemerlang, membolehkan

    Malaysia menyediakan kemudahan kesihatan

    dan pendidikan untuk rakyatnya, membasmi

    sebahagian besar kemiskinan, membina

    infrastruktur bertaraf dunia dan menjadipengeksport utama di peringkat global.

    Rakyat kita lebih kaya dan lebih berpelajaran.

    Berbanding dengan generasi terdahulu, rakyat

    kini hidup lebih lama, bergerak lebih jauh dan

    mudah mendapat akses kepada teknologi

    moden.

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    9/39

    8

    Rajah B Matlamat Model Ekonomi Baru

    Namun begitu, kemajuan yang kita capai dalam

    separuh abad yang lalu, kini menjadi perlahan

    dan prospek pertumbuhan ekonomi pulamenjadi lembap. Kita tersekat dalam perangkap

    pendapatan sederhana kita tidak tergolong

    dalam kalangan ekonomi global berpencapaian

    unggul. Dengan perubahan yang berlaku pada

    persekitaran luar, kebanyakan dasar dan

    strategi yang kita gunakan untuk mencapai

    kedudukan pembangunan yang sedia ada

    pada masa sekarang tidak mampu untuk

    membawa kita ke peringkat seterusnya. Malah

    pertumbuhan ekonomi kita ini dicapai denganmenanggung kos alam sekitar yang besar

    dan juga tidak memanfaatkan semua lapisan

    masyarakat. Hakikatnya, Kerajaan mesti

    berdepan dengan realiti ini dan perlu membuat

    keputusan yang sukar.

    Kita memerlukan satu perubahan radikal

    dengan segera dalam pendekatan kita supaya

    pembangunan ekonomi akan terus mampan

    dalam jangka panjang dan dinikmati olehsetiap rakyat serta membolehkan Malaysia

    meraih status negara berpendapatan tinggi.

    MEB akan menjadi pemangkin untuk

    membebaskan potensi pertumbuhan

    Malaysia. PTE dibentuk untuk mengerakkan

    Malaysia ke hadapan, keluar daripada

    keadaan lembap sekarang supaya

    dapat menjadi ekonomi berpendapatan

    tinggi yang terangkum dan mampan

    (Rajah B). Majlis Penasihat Ekonomi Negara

    (MPEN) yakin bahawa melalui pelaksanaan

    konsisten dasar berani yang merentasi lapan

    IPS, asas menjalankan perniagaan di Malaysia

    akan berubah daripada pendekatan lama. Ini

    akan membolehkan sektor swasta cerdas

    dan memberikan sumbangan penuh kepada

    pertumbuhan.

    Namun begitu, MEB berusaha gigih ke arah

    mencapai matlamat yang lebih luas, bukan

    sekadar merangsang pertumbuhan dan

    menarik pelaburan swasta. MEB mengambilpendekatan holistik, dengan turut memberikan

    tumpuan kepada aspek pembangunan

    manusia dan menyedari bahawa meskipun

    kita berjaya mengurangkan kemiskinan

    dengan banyaknya, namun peratusan yang

    besar, iaitu 40% daripada isi rumah Malaysia

    masih memperolehi pendapatan kurang

    daripada RM1,500 sebulan. Ketaksamaan

    pendapatan masih perlu ditangani dengan giat.

    Langkah diperlukan untuk merapatkan jurangperbezaan ekonomi yang meluas di Sabah

    dan Sarawak serta di kawasan luar bandar di

    Semenanjung.

    Laporan ini mengkaji secara kritis persoalan

    Di manakah kedudukan kita? dalam konteks

    Apakah yang sedang berlaku di sekeliling kita?

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    10/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    9

    dan Apakah kelebihan yang ada pada kita?

    untuk mengemukakan hujah bagi perubahan

    segera yang diperlukan. MEB mempunyai visiyang jelas tentang Ke manakah tujuan kita?

    dan mengutarakan keputusan sukar dan

    langkah berani dalam menunjukkan laluan

    kepada Bagaimanakah caranya untuk kita

    sampai ke sana? Sekarang adalah masa untuk

    berubah Itulah yang Malaysia perlukan.

    DI MANAKAH KEDUDUKAN KITA?

    Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan

    akan kekal demikian walau apa pun yang

    berlaku. Keterbukaan kepada ekonomi dunia

    membolehkan pembangunan ekonomi yang

    kukuh dan pendapatan per kapita yang

    bertambah. Walau bagaimanapun, sebagai

    ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia

    mudah terkena kejutan luar sebagaimana yang

    disaksikan ketika berlakunya krisis yang lalu.

    Kenaikan harga komoditi antarabangsa, sepertibahan api atau makanan telah memberikan

    impak langsung terhadap harga domestik.

    Begitu juga, eksport mungkin akan ketinggalan

    dengan membawa kesan negatif terhadap guna

    tenaga dan pendapatan negara melainkan kos

    pengeluaran dan produktiviti di Malaysia dapat

    bersaing dengan negara luar.

    Jentera ekonomi Malaysia sedang bergerak

    perlahan. Sejak krisis kewangan Asia tahun

    1997-1998, kedudukan Malaysia sebagai

    peneraju ekonomi di rantau ini semakin

    terhakis. Pertumbuhannya lebih rendah

    daripada pertumbuhan negara lain yang turut

    dilanda krisis, sementara pelaburannya pula

    belum pulih.

    Pelabur swasta kini memainkan peranan yang

    kurang menggalakkan. Sejak krisis kewangan

    Asia, pelaburan agregat sebagai peratusanKeluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terus-

    menerus merosot, dengan pelaburan swasta

    kekal lembap disebabkan beberapa faktor.

    Dalam beberapa industri, penyertaan aktif

    Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan

    (SBK) telah membantutkan pelaburan swasta.

    Masih terlalu sukar untuk menjalankan

    perniagaan di Malaysia. Prosedur birokrasi

    yang rumit, lembap dan memakan masamemberikan kesan kepada kos pelaburan dan

    potensi pulangan pelaburan. Menurut laporan

    Global Competitiveness Index tahun 2010,

    kedudukan Malaysia telah jatuh ke nombor

    24 dari kedudukan nombor 21 sebelumnya.

    Justeru itu ia menandakan bahawa negara

    telah hilang daya penariknya sebagai destinasi

    pelaburan.

    Eksport kita masih teguh tetapi t idak

    menjanakan nilai tambah yang cukup.

    Ekonomi kita sangat bergantung pada pasaran

    luar, dengan nisbah eksport kepada KDNK

    sebanyak 1.2 dan nisbah perdagangan

    kepada KDNK, sebanyak 2.2 pada tahun

    2008. Struktur eksport Malaysia tertumpu

    kebanyakannya pada produk elektr ik

    dan elektronik (E&E) dan pada komoditi

    utama, seperti petroleum dan minyak sawit.Walau bagaimanapun, dengan kandungan

    import yang banyak dalam eksport pembuatan,

    nilai tambah kepada produk akhir adalah

    rendah.

    Pekerjaan berkemahiran rendah merujuk

    kepada upah yang rendah. Pekerjaan mahir

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    11/39

    10

    bersinonim dengan upah yang lebih tinggi.

    Di Malaysia, kewujudan pekerjaan upah tinggi

    masih tidak mencukupi manakala sumbanganpekerja mahir masih merosot merentasi

    industri. Kebanyakan kes menunjukkan

    bahawa majikan tidak membayar untuk

    kemahiran sebaliknya bergantung pada

    bekalan pekerja asing tidak mahir yang mudah

    diperolehi dan sumber terkurang harga

    direalisasikan oleh dasar kerajaan untuk

    menjanakan keuntungan daripada pengeluaran

    produk dan perkhidmatan nilai tambah yang

    rendah. Faktor ini juga sebahagian besarnyamemalapkan pertumbuhan upah.

    Produktiviti sedang tumbuh tetapi terlalu

    perlahan. Sebelum krisis kewangan Asia,

    Malaysia menerajui rantau ini dari segi

    pertumbuhan produktiviti pekerja. Namun

    sejak itu, ia hilang kedudukan unggul ini.

    Pertumbuhan produktiviti yang lemah

    mendedahkan hakikat nyata bahawa Malaysia

    masih kurang dari segi kreativiti dan inovasi sebagaimana yang ditunjukkan dari segi

    sumbangan yang lembap oleh jumlah

    produktiviti faktor dan pendidikan terhadap

    pertumbuhan output.

    Usaha untuk menginovasi dan mereka cipta

    tidak memadai. Rekod prestasi yang lemah

    bagi inovasi domestik di Malaysia dicerminkan

    oleh bilangan penyelidik yang secara

    perbandingannya adalah rendah. Perbelanjaan

    Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) yang

    rendah menyebabkan kurangnya inovasi dalam

    sektor perindustrian dan sektor eksport.

    Kita tidak membangunkan bakat dan apa

    yang dimiliki pula pergi meninggalkan kita.

    Situasi modal insan di Malaysia kini sampai ke

    tahap yang kritikal. Kadar penghijrahan keluar

    rakyat Malaysia yang mahir meningkat denganpantas. Yang juga serius ialah hakikat bahawa

    bilangan ekspatriat yang bekerja di negara

    ini semakin merosot. Pada masa yang sama,

    sistem pendidikan kita tidak menghasilkan

    kemahiran yang dikehendaki oleh rma.

    Jabatan Perangkaan melaporkan bahawa

    pada tahun 2007, 80% daripada tenaga kerja

    Malaysia mendapat pendidikan hanya setakat

    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut kajian

    tentang iklim pelaburan Malaysia, kekurangankemahiran berserta rungutan tentang

    kurangnya kreativiti dan kemahiran berbahasa

    Inggeris, secara konsistennya ianya adalah

    rintangan utama yang dihadapi oleh rma.

    Jurang di antara penduduk kaya dan miskin

    semakin lebar. Dalam beberapa dekad yang

    lalu, berlatarkan pertumbuhan ekonomi

    yang kukuh dan Dasar Ekonomi Baru (DEB),

    Malaysia dengan ketara berjaya mengurangkanparas kemiskinan keseluruhan merentasi

    semua kumpulan etnik. Meskipun pertumbuhan

    lebih perlahan selepas krisis kewangan Asia

    namun insiden kemiskinan terus-menerus

    menurun kepada 3.6% pada tahun 2007.

    Walau bagaimanapun, ketaksamaan kekal

    menjadi cabaran nyata bagi Malaysia.

    Di samping itu, hasil kaji selidik pendapatan

    isi rumah menunjukkan bahawa pertumbuhan

    pendapatan hanya kukuh bagi isi rumah

    Malaysia yang tergolong dalam kumpulan 20%

    teratas manakala isi rumah dalam kumpulan

    40% terendah mengalami pertumbuhan

    pendapatan purata yang paling perlahan,

    dengan meraih kurang daripada RM1,500

    sebulan pada tahun 2008.

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    12/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    11

    Sumber: Nationmaster Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia

    Rajah C Pendapatan Negara Kasar (PNK) Per Kapita (1990 - 2008; ribu AS$)

    Malaysia tersekat dalam perangkap

    pendapatan sederhana. Malaysia dengan

    pantas menaiki tangga untuk mencapai statuspendapatan sederhana atas menjelang tahun

    1992 tetapi ekonominya menjadi lembap

    sejak itu (Rajah C). Dari segi sejarah, negara

    pendapatan rendah begitu mudah untuk

    beranjak kepada status pendapatan sederhana

    apabila mereka memanfaatkan sumber asli atau

    kelebihan kos rendah mereka untuk menarik

    pelaburan. Namun kelebihan kos rendah ini

    berlaku buat seketika dan akan berakhir apabila

    pusat kos rendah yang lain mula muncul.

    Tanpa bitara(niche)yang baru dan rancangan

    pembaharuan strategik, banyak negara tidak

    berupaya keluar daripada kategori pendapatan

    sederhana suatu fenomena yang diistilahkan

    sebagai perangkap pendapatan sederhana.

    Kelemahan ini menghalang kita untuk keluar

    dari perangkap pendapatan sederhana. Hampir

    semua ekonomi Asia Timur kini bersedia untukmencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi

    dalam dekad ini. Namun begitu, Malaysia

    mengalami risiko penurunan berterusan yang

    memungkinkan berlakunya kelembapan yang

    memeritkan.

    Dasar ekonomi berasaskan etnik berkesan

    tetapi pada masa yang sama, isu pelaksanaannya

    mencetuskan masalah. DEB mengurangkankemiskinan dan banyak menangani

    ketakseimbangan ekonomi antara etnik. Walau

    bagaimanapun, pelaksanaannya juga semakin

    dan secara tidak langsung meningkatkan

    kos menjalankan perniagaan disebabkan

    merentir (rent-seeking), kuasa naungan

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    13/39

    12

    (patronage) dan proses perolehan kerajaan

    yang tidak telus. Hal ini mengakibatkan rasuah

    menular, justeru perlu ditangani dengan

    serius.

    Sistem penentuan harga yang dikawal

    dan subsidi mengakibatkan berlakunya

    penyalahuntukan sumber. Penentuan harga

    bagi barangan dan perkhidmatan keperluan

    di Malaysia tidak mencerminkan harga

    pasaran. Penentuan harga yang menyimpang

    ini membawa kepada penggunaan yang

    berlebihan dan pembaziran. Pada masa yang

    sama, perbelanjaan kerajaan yang besar keatas subsidi kebanyakannya dibiayai oleh

    perolehan petroleum tidak dapat diteruskan.

    Subsidi bertujuan untuk membantu kumpulan

    berpendapatan rendah tetapi manfaatnya

    juga dinikmati oleh kumpulan lain, termasuk

    kumpulan berpendapatan tinggi. Sudah sampai

    masanya untuk kita mengambil pendekatan

    yang lebih menjurus, bukannya subsidi yang

    meluas asasnya.

    Model perniagaan kos rendah yang dapat

    dipenuhi melalui pemesongan harga dan dasar

    menggalakkan sektor swasta memberikan

    tumpuan kepada untung jangka pendek.

    Sektor swasta tidak melabur dalam produk

    dan perkhidmatan yang akan mendorong

    pertumbuhan masa depan. Hal ini dicerminkan

    oleh pelaburan yang rendah dalam P&P,

    kurangnya minat dalam menginovasi produk

    dan proses untuk meningkatkan rantaian nilai,

    justeru mempamerkan sikap tidak berminat

    yang kuat untuk membina kemahiran dan

    membayar upah yang lebih tinggi demi

    produktiviti yang lebih baik.

    Kita mesti bertindak sekarang sebelum

    kedudukan kita lebih merosot.

    APAKAH YANG SEDANG BERLAKU DI

    SEKELILING KITA?

    Kita perlu memahami dan menyedari apa yang

    berlaku di sekeliling supaya kita dapat bertindak

    dengan berkesan. Disebabkan krisis kewangan

    global, pada masa terdekat ini negara maju

    akan mengalami pertumbuhan yang lebih

    perlahan dan banyak negara sedang mengkaji

    semula strategi pertumbuhan mereka.

    Peneraju global yang baru sedang muncul dan

    Malaysia mesti menjadi salah satu daripada

    mereka. Krisis kewangan global secara kreatif

    memusnahkan order lama dan membuka pula

    peluang dalam order baru. Era sebelum krisis

    yang menyaksikan penguasaan besar ekonomi

    G7 sudah berakhir. Jentera pertumbuhan dunia

    yang baru, seperti BRIC (Brazil, Rusia, India

    dan China) dan ekonomi baru muncul yang

    lain, seperti Indonesia, akan tumbuh dengan

    lebih pantas dan menjadi lebih kaya. Suara

    mereka semakin kuat dalam G20 dan kini

    bersedia untuk memainkan peranan yang lebih

    penting dalam pentas dunia.

    Globalisasi mewujudkan persaingan yang

    sengit untuk mendapatkan bakat dan memaksa

    syarikat dan kerajaan supaya mengakui

    bahawa manusia merupakan aset yang paling

    berharga. Malaysia mesti memelihara dan

    menarik bakat supaya dapat bersaing pada

    skala serantau dan global. Malaysia mesti

    dipandang oleh rakyatnya dan oleh orang luarsebagai bumi yang memberikan peluang yang

    sama untuk memperolehi pendapatan yang

    lumayan serta memberikan kehidupan yang

    bahagia lagi terjamin untuk setiap individu dan

    keluarga.

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    14/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    13

    APAKAH KELEBIHAN YANG ADA PADA

    KITA?

    Malaysia berhadapan dengan cabaran yang

    menggentarkan di tengah-tengah perubahan

    global yang pesat. Walau bagaimanapun, kita

    boleh memanfaatkan sebilangan keunikan

    kekuatan dan kelebihan yang kita miliki dalam

    melaksanakan tindakan dasar penuh tekad

    untuk bergerak ke hadapan.

    Kita tidak miskin dan kita memiliki infrastruktur

    yang baik. Sebagai sebuah negara, Malaysia

    telah berjaya membasmi kemiskinan dengan

    banyaknya dan menganjak masuk ke dalam

    kategori pendapatan sederhana atas pada awal

    tahun 1990-an. Pelaburan yang besar telah

    menghasilkan pembinaan infrastruktur bertaraf

    dunia di Malaysia. Infrastruktur yang baik telah

    menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam

    bidang pembuatan E&E dan eksport sumber

    asli utama yang dapat dimanfaatkan ke arahlebih aktiviti nilai tambah tinggi. Malaysia juga

    dibekalkan potensi untuk memajukan lagi

    sektor logistiknya.

    Kita berjaya mewujudkan asas pembuatan

    bertaraf dunia. Pembuatan merupakan sektor

    yang mengalami pertumbuhan terpantas dalam

    ekonomi pada masa lalu. Pembuatan yang

    tertumpu pada sektor E&E, menarik pelaburan

    masuk yang besar daripada rma multinasional.

    Sektor E&E menggandakan pertumbuhan

    sektor lain dalam bidang pembekalan,

    logistik dan perkhidmatan. Malaysia menjadi

    pengeksport utama produk pengguna dan

    elektronik perindustrian. Ia kini bersedia untuk

    lompatan teknologi ke arah industri teknologi

    termaju yang lebih berinovatif dan memiliki nilai

    tambah yang lebih tinggi.

    Malaysia terletak di tengah-tengah rantau yang

    rancak berkembang. Lokasi Malaysia yang

    strategik ini akan berupaya menarik pelaburan

    untuk mewujudkan hab pengangkutan dan

    logistik. Anugerah Malaysia yang kaya akan

    membantu menarik Pelaburan Langsung Asing

    (PLA)dan Pelaburan Portfolio Asing (PPA) dari

    China, India dan Asia Timur kerana negara

    ini berusaha mendapatkan kestabilan mata

    wang melalui kepelbagaian, akses terhadap

    sumber asli dan pasaran bitara (niche) yang

    mengukuhkan ikatan dua hala.

    Malaysia merupakan model kepelbagaian

    budaya, etnik dan biologi. Warisan budaya

    Malaysia yang kaya dan unik malah sejarah

    kolonialnya juga merupakan aset untuk

    menjalinkan hubungan dengan banyak negara,

    terutamanya dengan ekonomi pertumbuhantinggi seperti China, India, Asia Barat dan

    Indonesia. Di samping itu, kepelbagaian

    rangkaian bahasa di Malaysia membantu untuk

    menyokong pembangunan pelancongan dan

    hubungan industri dalam pasaran yang sama.

    Biodiversiti kaya yang ada pada Malaysia boleh

    dimanfaatkan untuk menjana faedah ekonomi

    daripada pelancongan, rekreasi, penggunaan

    farmaseutikal dan produk nutrisi.

    KE MANAKAH TUJUAN KITA?

    Matlamat utama MEB adalah untuk

    menjadikan Malaysia sebuah negara maju

    yang berpendapatan tinggi dengan ciri

    keterangkuman dan kebolehmampanan

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    15/39

    14

    menjelang tahun 2020 (Rajah D). Pencapaian

    satu-satu matlamat tidak seharusnya

    menjejaskan yang lain. Dalam usaha gigih untukmencapai matlamat tersebut, kita tidak boleh

    mengambil jalan pintas dengan berbelanja

    lebih atas kekayaan daripada sumber asli

    yang sememangnya tidak kekal. Kita juga

    tidak boleh menyerahkan sepenuhnya kepada

    kuasa pasaran dan mengabaikan keperluan

    untuk memelihara keharmonian sosial. Setelah

    mencapai status negara maju, usaha perlu

    diteruskan untuk mengekalkan kedudukan

    tersebut meskipun selepas tahun 2020.

    Melonjak ke arah status berpendapatan tinggi

    Pelaksanaan penuh dan mampan bagi langkah

    pembaharuan yang disarankan oleh MPEN

    akan mendorong transformasi Malaysia ke

    arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang

    tahun 2020. MPEN menjangka langkah

    pembaharuan yang berani akan menambah-giat pelaburan, mendorong produktiviti buruh

    dan merangsang kecekapan, lalu menaikkan

    kadar pertumbuhan benar kepada purata 6.5%

    setahun dalam tempoh 2011-2020. KeluaranNegara Kasar (KNK) per kapita akan meningkat

    kepada kira-kira AS$17,700 menjelang tahun

    2020. Senario ini mengandaikan bahawa tidak

    berlaku satu lagi krisis ekonomi yang besar di

    peringkat global yang boleh menggelincirkan

    ekonomi Malaysia keluar dari landasan

    pertumbuhan ini.

    Jika sasaran pertumbuhan KDNK hendak

    dicapai, maka permintaan agregat juga perlu

    tumbuh pada kadar yang bertenaga. Pelaburan

    akan menjadi pendorong utama pertumbuhan

    ekonomi melepasi tahun 2020. Sumbangan

    daripada pelaburan swasta mesti kembali

    kepada paras bermakna seperti yang dicapai

    pada tahun 1997, iaitu mencecah hampir satu

    per lima daripada KDNK menjelang tahun 2020

    berbanding dengan kira-kira satu per sepuluh

    pada tahun 2010.

    Rajah D Model Ekonomi Baru: Matlamat dan Ciri

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    16/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    15

    Pertumbuhan mampan juga akan disokong

    oleh hemat skal. MEB mahukan supaya

    desit skal dikurangkan lagi ke paras hampirseimbang menjelang tahun 2020. Desit skal

    Kerajaan Persekutuan, iaitu kira-kira 7.4%

    daripada KDNK, mencecah paras puncak

    dalam tahun 2009 dan dijangka menurun

    kepada 5.6% daripada KDNK dalam tahun

    2010. Sentimen pasaran akan bertambah baik

    lagi sekiranya desit skal ini dikurangkan

    lagi.

    Menjanakan manfaat untuk semua rakyat

    Malaysia

    Keterangkuman merupakan matlamat kedua

    dan merupakan komponen utama bagi MEB.

    Ini menjadi prasyarat untuk memupuk perasaan

    kekitaan. Pertumbuhan yang menyokong

    golongan miskin akan memastikan bahawa

    tiada kumpulan yang akan dipinggirkan dan

    keperluan asas rakyat akan dipenuhi. Keluargaakan diberikan peluang dan keupayaan untuk

    memburu impian mereka di bandar, pekan

    dan kampung yang moden, canggih dan

    mudahhubung. Mereka akan tinggal, bekerja

    dan belajar di tempat yang bebas daripada

    rasa bimbang terhadap jenayah, penghinaan

    diskriminasi dan kekurangan keperluan.

    Keterangkuman akan membolehkan semua

    komuniti menyumbang dan berkongsi

    kekayaan negara. Meskipun kesaksamaanyang sempurna itu mustahil dicapai, namun

    masyarakat yang terangkum akan memastikan

    masalah ketaksamaan ini tidak akan menjadi

    lebih buruk.

    Masyarakat yang berpecah-belah dari segi etnik

    lebih cenderung mencetuskan konik ganas.

    Komposisi penduduk Malaysia yang berbilang

    bangsa masih merupakan satu ciri unggulnya

    dan kepelbagaian etnik ini akan kekal bersamakita. Namun begitu, tumpuan berlebihan

    pada pengagihan sumber berasaskan etnik,

    akan menimbulkan jurang keterpisahan dan

    pertelingkahan yang semakin buruk.

    Cabaran utama pertumbuhan terangkum ialah

    pembentukan langkah berkesan yang mencapai

    keseimbangan antara kedudukan istimewa

    kaum bumiputera dengan kepentingan sah

    kumpulan yang lain. Justeru, program tindakanarmatif yang mesra pasaran yang seiring

    dengan prinsip keterangkuman akan:

    n Menyasarkan bantuan kepada isi rumah

    dalam kumpulan 40% terendah yang

    77.2% daripada mereka ialah kaum

    bumiputera dan ramai yang berada di

    Sabah dan Sarawak

    n

    Memastikan peluang yang saksama danadil melalui proses yang telus

    n Menyediakan akses kepada sumber

    berasaskan keperluan dan merit bagi

    menambahbaik keupayaan, pendapatan

    dan kesejahteraan

    n Mempunyai rangka kerja institusi yang

    mantap demi pemantauan yang lebih baik

    dan pelaksanaan yang berkesan

    Program tindakan armatif yang telus dan

    mesra pasaran adalah tertumpu pada

    pembinaan keupayaan dan kemampuan isi

    rumah berpendapatan rendah dan perniagaan

    kecil, bukannya memenuhi syarat dalam

    mencapai kuota atau sasaran tertentu.

    PTE akan mewujudkan mekanisme untuk

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    17/39

    16

    mengukuhkan keupayaan isi rumah dalam

    kumpulan 40% terendah supaya mereka dapat

    mengambil kesempatan daripada peluangyang ada untuk mendapatkan pekerjaan

    yang lebih baik, meningkatkan produktiviti

    dan menambahkan pendapatan mereka.

    Kumpulan ini akan dibantu dengan program

    untuk membina kemahiran supaya mereka

    dapat menggunakan naluri keusahawanan

    bagi memulakan dan mengembangkan

    perniagaan. Ini akan menambahbaikkan taraf,

    peluang dan prospek kehidupan mereka.

    Amalan dahulu yang membiakkan aktiviti

    merentir (rent-seeking) dan kuasa naungan

    (patronage) yang tidak sihat serta menular

    akan dihentikan.

    Penyelesaian yang mampu bertahan lama dari

    segi ekonomi dan alam sekitar

    Komponen kebolehmampanan dalam MEB

    bertujuan untuk memastikan bahawa semua

    langkah saranan yang diutarakan di bawah

    model baru tersebut mestilah mampan dari segi

    ekonomi dan alam sekitar. Kebergantungan

    Malaysia pada penggunaan sumber asli sebagai

    jentera utama pertumbuhan ternyata tidak

    mampan dalam kedua-dua aspek berkenaan.

    Ini tidaklah bermaksud untuk mencadangkan

    bahawa penggunaan sumber asli tidak harus

    menjadi komponen utama pengeluaran

    negara. Namun, ini bererti bahawa di bawah

    model baru, keputusan pelaburan dan dasar

    hanya akan dibuat setelah mempertimbangkankeseluruhan impak jangka panjang terhadap

    masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

    Kebolehmampanan ekonomi akan dipastikan

    melalui pembentukan disiplin skal yang

    diperlukan bagi melindungi keseimbangan

    makroekonomi dan kestabilan kewangan.

    Pembaharuan sektor awam merupakan

    komponen penting bagi kebolehmampanan

    skal jangka panjang dan menjadi komponenutama MEB. Pembaharuan perkhidmatan

    awam yang berterusan, termasuk peningkatan

    kemahiran dan latihan semula kakitangan, akan

    menjadi kunci kepada peningkatan kecekapan

    perkhidmatan awam dan menjadikannya lebih

    fokus pelanggan.

    Kebolehmampanan alam sekitar akan

    dicapai dengan menolak pendekatan

    tradisional terhadap pertumbuhan ekonomi

    yang terlampau mengabaikan alam sekitar.

    Sungguhpun telah wujud sedikit keprihatinan

    mengenai alam sekitar, namun dasar lalu

    tertumpu pada isu penyampaian pertumbuhan

    yang kemudiannya diikuti dengan langkah

    menangani isu alam sekitar. Pada masa

    depan, penekanan yang sama mesti diberikan

    kepada soal perlindungan alam sekitar dan

    pertumbuhan ekonomi. Pengukuran KDNK

    konvensional bagi pertumbuhan ekonomi tidak

    mengambil kira kos terhadap masyarakat

    yang timbul akibat kemerosotan alam sekitar.

    Perkembangan terbaru konsep KDNK Hijau

    akan memungkinkan pertimbangan wajar

    diberikan mengenai impak pertumbuhan

    terhadap alam sekitar dan pembentukan

    langkah yang sesuai bagi menangani masalah

    alam sekitar.

    MEB berusaha mewujudkan pertumbuhan

    mampan yang memenuhi keperluan berterusanpenduduk tanpa menjejaskan generasi akan

    datang melalui pengawasan dan pemuliharaan

    berkesan alam semula jadi dan sumber mudah

    lupus. Pendekatan baru ini sangat relevan

    dengan pengurusan air serta sumber minyak

    dan gas.

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    18/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    17

    Penerima manfaat mutlak: Rakyat dan

    perniagaan

    MPEN menjangkakan suatu siri manfaat yang

    akan sampai kepada semua rakyat jika langkah

    dasar MEB dilaksanakan dengan konsisten dan

    sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kita mesti

    menyedari bahawa penyampaian pelbagai

    manfaat ini memerlukan masa. Sementara itu,

    beberapa segmen penduduk mungkin melihat

    impak negatif lebih daripada manfaat ataupun

    mereka mendapat manfaat yang kurang

    berbanding orang lain. Kerajaan mesti berupayamenyampaikan kesaksamaan hakiki manfaat

    ini pada kemudian hari, menggesa komitmen

    diberikan kepada proses dan mewujudkan visi

    kebaikan bersama jangka panjang. Disebabkankeperluan terhadap ketepatan masa dan

    urutan tindakan dasar yang betul, PTE akan

    menyediakan jaring keselamatan yang lebih

    baik dan dana transformasi untuk melindungi

    pelbagai komuniti semasa tempoh peralihan

    sebelum manfaat direalisasikan sepenuhnya.

    Orang ramai perlu lebih memahami bahawa

    penyelarasan dan perubahan secara teratur

    diperlukan jika mahu melihat matlamat MEB

    tercapai. Manfaat bagi rakyat hasil daripada

    MEB disenaraikan dalam Jadual A.

    Jadual A Manfaat untuk rakyat

    Dalam ekonomi

    berpendapatan tinggi, rakyat

    boleh menjangkakan:

    Semua rakyat akan berasa

    terangkum berikutan:

    Pendekatan

    mampan akan

    memberi rakyat:

    Pilihan yang lebih banyak

    dan kuasa beli yang lebih

    tinggi

    Kualiti hidup yang lebih baik

    Peluang bagi meningkatkan

    mobiliti

    Ganjaran bagi inovasi dan

    kreativiti

    Keyakinan yang lebih

    tinggi terhadap kekukuhan

    ekonomi

    Hidup dan bekerja dalam

    persekitaran yang selamat

    Akses kepada maklumat yang

    sama rata dan mudah

    Saling menghormati dan

    maruah individu

    Setiap bahagian di negara

    ini sama ada negeri, bandar,

    pekan atau kampung penting

    Golongan miskin tidak akan

    dilupakan

    Keyakinan

    terhadap kerajaan

    Persekitaran yang

    lebih baik

    Pertumbuhan

    mampan

    Pengurusan dan

    pemuliharaan

    sumber yang

    mantap

    Manfaat bagi perniagaan akan diperolehi

    daripada kesaksamaan alam sekitar yang

    lebih baik, ekosistem yang lebih berkesan dan

    pasaran yang lebih cekap bagi memudahkan

    pelaburan dan operasi (Jadual B).

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    19/39

    18

    Jadual B Manfaat untuk perniagaan

    Persekitaran saksamayang membolehkan

    pelabur berkembang maju,

    termasuklah:

    Ekosistem berkesan bagioperasi perniagaan akan

    melibatkan:

    Pasaran cekap akanmemberikan peluang

    pelaburan dan

    pertumbuhan melalui:

    Hak Perniagaan.

    Pengiktirafan hak

    yang sewajarnya dan

    tanggungjawab pemilik

    perniagaan yang

    sewajarnya

    Kedaulatan Undang-

    Undang. Keupayaan untuk

    mengurus perniagaan

    dengan jaminan sistem

    undang-undang yang adil

    dan boleh dipercayai

    Kebebasan Pemilikan.

    Bebas untuk memiliki

    sepenuhnya perniagaan

    sendiri dan memilih rakanniaga

    Harta Intelek. Aset intelek

    akan dilindungi

    Pengiktirafan Perusahaan

    Kecil dan Sederhana

    (PKS). Peraturan adalah

    bersesuaian dan seimbang

    dengan perniagaan kecil

    Ketelusan Pasaran.Tiadanya merentir (rent-

    seeking)dan kuota,

    dengan sokongan kepada

    perniagaan bersandarkan

    prinsip pasaran

    Perkhidmatan Awam.

    Kelulusan lebih pantas

    merentasi semua peringkat

    Kecekapan Pelesenan.

    Penghapusan pelesenan yang

    tidak perlu dan beban kawal

    selia yang tidak wajar

    Kelompok Dinamik. Manfaat

    diperolehi daripada skala

    melalui pengelompokan dan

    perangkaian industri

    Modal Insan. Akses lebih baik

    terhadap bakat yang terbaik

    berdasarkan keupayaan

    membayar

    Pendanaan. Akses yangeksibel dan pantas terhadap

    pendanaan PKS di bawah

    peraturan tadbir urus yang

    kukuh

    Mahkamah yang Cekap.

    Penyelesaian pantas bagi

    pertikaian undang-undang

    Dana Transformasi. Akses

    adil terhadap bantuan

    istimewa semasa tempoh

    peralihan ekonomi

    Integrasi Serantau. Pasaran

    serantau yang berintegrasi dan

    menyokong perkembangan

    maju supaya menjadi peneraju

    serantau.

    Ketelusan.

    Keyakinan terhadap

    keterbukaan dan

    keadilan tender

    kerajaan

    Penentuan Harga

    Pasaran yang Adil.

    Dengan kekecualian

    yang minimum,

    subsidi dan

    kawalan harga akan

    dimansuhkan

    Bebas Halangan.

    Liberalisasi bagi

    semua sektor

    Persaingan Adil.

    Keupayaan untuk

    beroperasi di

    gelangang yang rata

    (level playing eld)

    yang diwujudkan

    oleh penggubalan

    undang-undang

    persaingan

    Perkongsian

    Awam-Swasta.Peluang lebih

    banyak untuk

    bekerjasama

    dengan sektor

    awam dan SBK

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    20/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    19

    Ciri Teras MEB

    Bagaimanakah keadaan Malaysia pada tahun2020? Pada masa depan MEB akan melahirkan

    Malaysia yang terkenal dengan transformasi

    kukuh, hasil daripada kepintaran rakyatnya

    yang ditunjukkan oleh kepelbagaiannya yang

    harmoni dan tradisi budayanya yang kaya.

    Ekonominya kelak adalah berpandukan

    pasaran, ditadbir urus dengan rapi, berintegrasi

    serantau, berorientasikan keusahawanan dan

    inovatif.

    Sektor swasta akan menjadi penggerak utama

    pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan

    pasaran dan pengeluaran semakin dikuasai

    oleh barangan dan perkhidmatan yang

    mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam

    persekitaran yang bersaingan. Kerajaan

    akan menjadi fasilitator yang cekap menerusi

    rangka kerja kawal selia yang rapi, seimbang,

    fokus pasaran dan membantu pasaran.

    Kerajaan akan terus berperanan untuk

    menangani gangguan daripada kegagalan

    pasaran yang tidak dapat dielakkan. Institusi

    kerajaan dengan tadbir urus yang rapi dan

    lebih cekap dipertanggungjawabkan terhadap

    hasil berasaskan pencapaian selaras dengan

    PTK dan memiliki kakitangan berkelayakan

    tinggi dengan keupayaan melaksanakan

    pelbagai tugas dan pada masa yang sama,

    mempamerkan eksibiliti serta dinamisme.

    Firma swasta, badan bukan kerajaan dan

    masyarakat sivil akan menaruh hasrat untukmencapai standard tadbir urus yang diterima

    pakai di peringkat antarabangsa. MEB akan

    menyediakan rangka kerja dan persekitaran

    untuk melahirkan semangat keusahawanan

    bagi memanfaatkan sebaik-baiknya peluang

    pertumbuhan daripada pembiayaan yang

    tersedia. Inovasi dan teknologi terkini akan

    menjanakan produk, perkhidmatan dan proses

    kreatif yang memiliki nilai tambah yang tinggi

    dalam arena teknikal, sosial dan institusi.

    Kesemuanya ini akan menyumbang kepada

    perluasan pasaran melalui integrasi serantau

    dalam perdagangan dan perkhidmatan

    serta melalui pembentukan rantaian

    penawaran dan rangkaian pengeluaran rentas

    sempadan.

    MEB Cara baru menjalankan perniagaan

    di Malaysia

    Dalam menggerakkan Malaysia ke arah

    ciri teras MEB, MPEN mendukung suatu

    pendekatan yang baru dan berani untuk

    merealisasikan potensi pertumbuhan negara.

    Pendekatan baru ini digambarkan dengan jelas

    dari sudut perbezaan beberapa elemen dalam

    pendekatan yang lama (Jadual C).

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    21/39

    20

    Jadual C Pendekatan terhadap pembangunan ekonomi:

    perbezaan antara pendekatan lama dengan MEB

    Pendekatan Lama Pendekatan Baru

    1

    Pertumbuhan terutamanya melalui

    pengumpulan modal. Menumpukan

    pada pelaburan dalam pengeluaran

    dan infrastruktur zikal dengan

    gabungan pekerja berkemahiran

    rendah untuk menghasilkan eksport

    bernilai tambah rendah

    Pertumbuhan melalui produktiviti.

    Menumpukan pada proses inovasi dan

    teknologi terkini, disokong oleh pelaburan

    swasta dan bakat pada paras yang sihat,

    untuk menghasilkan barangan

    dan perkhidmatan bernilai

    tambah tinggi

    2

    Penyertaan kerajaan yang dominan

    dalam ekonomi. Pelaburan awam

    langsung yang besar (termasuk

    melalui SBK) dalam sektor ekonomi

    yang terpilih

    Pertumbuhan berpandukan sektor

    swasta. Menggalakkan persaingan dalam

    dan merentasi sektor untuk memulihkan

    semula pelaburan swasta dan dinamisme

    pasaran

    3

    Perancangan strategik terpusat.

    Panduan dan kelulusan daripada

    pihak berkuasa persekutuan

    untuk keputusan

    ekonomi

    Autonomi tempatan dalam pembuatan

    keputusan. Memperkasakan pihak berkuasa

    tempatan dan negeri untuk membentuk

    dan menyokong inisiatif pertumbuhan serta

    menggalakkan persaingan antara kawasan

    4

    Pertumbuhan wilayah yang

    seimbang. Menyebarkan aktiviti

    ekonomi merentasi negeri untuk

    meluaskan manfaat daripada

    pembangunan

    Aktiviti ekonomi berasaskan kelompok

    dan koridor.Penumpuan aktiviti ekonomi

    untuk ekonomi ikut bidangan (economies

    of scale)dan penyediaan perkhidmatan

    sokongan yang lebih baik

    5

    Mengutamakan industri danrma tertentu.

    Memberikan layanan istimewa

    dalam bentuk insentif dan

    pembiayaan bagi

    entiti terpilih

    Mengutamakan industri dan rma yangberkemampuan teknologi. Memberikan

    insentif untuk menyokong inovasi dan

    pengambilan risiko bagi membolehkan

    usahawan membangunkan produk dan

    perkhidmatan bernilai tambah tinggi

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    22/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    21

    Pendekatan Lama Pendekatan Baru

    6

    Kebergantungan eksport pada

    pasaran G-3 (AS, Eropah dan

    Jepun). Sebahagian daripada

    rantaian pengeluaran untuk

    membekalkan barangan dan

    komponen pengguna kepada

    pasaran tradisional

    Orientasi Asia dan Asia Barat.

    Membangunkan dan mengintegrasikan

    dengan giat ke dalam rangkaian

    kewangan dan pengeluaran serantau

    untuk mendapatkan manfaat

    aliran pelaburan, perdagangan

    dan idea

    7

    Sekatan terhadap pekerja

    mahir asing. Wujud kebimbangansekiranya bakat asing akan

    menggantikan pekerja

    tempatan

    Memelihara dan menarik golongan

    profesional mahir. Menggabungkanbakat, termasuk tempatan dan asing, yang

    diperlukan untuk merangsang ekonomi nilai

    tambah tinggi dan inovatif

    BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK KITA

    SAMPAI KE SANA?

    Malaysia memerlukan transformasi segera. Ini

    akan diberikan oleh MEB melalui lapan IPSdan PTE. Pemungkin terpenting MEB ialah

    keazaman dan kepimpinan politik untuk

    memecahkan kebuntuan hasil rintangan

    daripada kumpulan berkepentingan dan

    menyediakan rakyat untuk menyokong

    perubahan berbentuk akar umbi dalam

    hala tuju dasar (Rajah E). Dengan adanya

    pemungkin ini, suatu tolakan besar dalam

    tindakan dan inisiatif dasar diperlukan untuk

    memulakan proses transformasi. Tolakan

    ini mestilah mencetuskan momentum yang

    mencukupi untuk mengatasi rintangan yang

    boleh membantutkan kemajuan. Apabila

    sahaja pembaharuan bermula, maklum balas

    berterusan adalah perlu bagi menyelaraskan

    dasar dan mengekalkan landasannya.

    Kepimpinan mantap dan keazaman politik

    Keazaman dan kepimpinan politik mesti

    memberikan penekanan kepada penjelasan

    yang koheren tentang visi dan agendaMEB serta proses transformasi. Ini

    memerlukan rancangan MEB dibentangkan

    secara terperinci, termasuk indikator yang

    memperlihatkan tindakan yang mungkin

    membawa kesan negatif kepada beberapa

    lapisan masyarakat. Tujuannya adalah untuk

    mencetuskan gelombang sokongan yang

    tidak dapat disekat yang muncul daripada

    semua lapisan masyarakat terhadap visi ini.

    Namun begitu, untuk memulakan proses ini,kerajaan sedar bahawa keputusan yang sangat

    sukar perlu dibuat secara serentak. Kepimpinan

    politik mesti jelas mengenai kesan timbal balik

    apabila sesetengah keputusan yang sukar ini

    dibuat.

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    23/39

    22

    Kerajaan mesti mengambil tindakan

    segera apabila menghadapi rintangan dan

    mengekalkan landasannya. Rintangan

    mungkin datang daripada komuniti perniagaan,

    termasuk industri terlindung, majikan buruh

    asing, pemegang lesen, penerima faedah

    subsidi dan mereka yang mahir menjalankan

    perniagaan cara lama. Beberapa segmen

    rakyat yang tidak lagi layak mendapat subsididan geran kerajaan mungkin menentang keras

    manakala mereka yang menikmati kerja yang

    terjamin dan gaya hidup yang stabil di bawah

    rma terlindung mungkin berasa terancam dan

    Rajah E Model Ekonomi Baru: Pemungkin dan Inisiatif Pembaharuan Strategik

    membantah. Setiap pihak yang berkenaan akan

    cenderung untuk melihat MEB dari perspektif

    untung atau rugi. Oleh yang demikian, visi

    MEB perlu disampaikan dengan jelas supaya

    difahami oleh semua pihak.

    MPEN menekankan betapa pentingnya

    Kerajaan menangani situasi politik dengan

    sewajarnya. Keamanan dan keharmonian di

    Malaysia mesti dipelihara ketika menghadapi

    gangguan yang mungkin timbul, buat

    sementara, daripada pelaksanaan PTE.

    Sumber: MPEN

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    24/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    23

    Mendapatkan sokongan rakyat untuk bersama-

    sama menggerakkan perubahan

    Mendapat sokongan pihak berkepentingan

    dan orang ramai terhadap MEB akan

    melibatkan proses politik. Pucuk pimpinan

    politik arif dalam hal ini. Walau bagaimanapun,

    MPEN mencadangkan beberapa langkah

    yang amat penting dalam usaha nasional ini

    bagi menyediakan dan melaksanakan PTE.

    Walaupun ketika penerangan kepada orang

    awam sedang berjalan, kumpulan yang sama ini

    yang ditugaskan untuk memantau pelaksanaanPTE mesti mengatur proses teknikal yang

    rapi untuk mengumpulkan maklumat bagi

    melaporkan kemajuan PTE kepada semua

    pihak berkepentingan. Penglibatan dengan

    semua pihak berkepentingan adalah mustahak

    atas dua sebab: pertama, untuk memupuk

    sokongan melalui komunikasi yang jelas;

    dan kedua, untuk melihat perapian dan

    penambahbaikan dalam tindakan dasar. Pada

    masa yang sama, pucuk pimpinan politik dan

    intelektual mesti terus-menerus berada di

    benteng hadapan dalam proses transformasi

    ini.

    Tolakan besar langkah dan inisiatif dasar

    secara serentak

    Dengan keterlibatan pucuk pimpinan dan

    rakyat, tolakan besar sekelompok langkah

    dasar IPS mesti diumumkan secara serentak.

    Disebabkan Inisiatif Pembaharuan Strategik

    bersifat berjalin (cross-cutting), maka urutan

    tindakan dasar adalah sangat penting bagi

    mencapai impak dan hasil. Terdapat tindakan

    dasar yang boleh dilaksanakan dengan segera

    manakala selebihnya mungkin memerlukan

    masa penyediaan yang lebih panjang

    untuk diperkenalkan. Walau bagaimanapun,

    penyediaan ini mesti dimulakan dengansegera. Pengenalan dasar secara sedikit

    demi sedikit dan tidak koheren adalah tidak

    konsisten dengan sifat berjalin (cross-cutting)

    yang ada pada IPS. Langkah dasar yang

    seiring dengan IPS mesti bergerak bersama-

    sama untuk merealisasikan pendapatan tinggi

    secara terangkum dan mampan.

    Mengukur pencapaian dan melakukan

    penyesuaian ketika pelaksanaan berjalan

    Kebanyakan usaha pembaharuan mempunyai

    strategi dan rancangan pelaksanaan tetapi

    mekanisme maklum balas yang rapi sering

    kali tidak wujud untuk menilai keberkesanan

    pelaksanaan bagi membolehkan langkah

    penyesuaian dibuat. Selalunya, ketika sesuatu

    dasar atau strategi itu sedang dilaksanakan,

    keadaan untuk mencapai objektifnya akan

    berubah dan menjadikan dasar yang terdahulu

    kurang sesuai. Tanpa mekanisme maklum

    balas yang formal, penyesuaian dasar

    mungkin menjadi ad hoc dan tidak selaras,

    lalu mengakibatkan pelaksanaan bercelaru

    dengan kurangnya akauntabiliti dan saluran

    yang terbatas untuk menangani aduan orang

    ramai. Kesannya, berlakulah kegagalan

    pembaharuan yang menjejaskan pula

    kebolehpercayaan dan menimbulkan

    persoalan tentang akauntabiliti institusi

    pelaksana. MEB mesti mewujudkan

    mekanisme maklum balas yang rapi untuk

    memantau kemajuannya, kebolehterimaannya

    oleh orang ramai dan keperluan terhadap

    penyesuaian dan penyelarasan mengikut

    keadaan domestik dan antarabangsa.

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    25/39

    24

    Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS)

    MPEN percaya bahawa adalah sangatpenting untuk mendapatkan sokongan

    pihak berkepentingan terhadap rancangan

    pelaksanaan yang terperinci bagi setiap Inisiatif

    Pembaharuan Strategik (IPS). Pada masa

    ini, MPEN hanya mengemukakan parameter

    secara umum di bawah setiap IPS dan akan

    diperhalusi pada masa akan datang setelah

    perbincangan dan pengaturan dilakukan

    bersama semua pihak berkepentingan.

    Kami mengenal pasti lapan IPS yang penting

    bagi mencapai MEB (Rajah E). MPEN

    menyedari sepenuhnya bahawa banyak

    daripada langkah dasar yang menyokong IPS

    adalah sama ada sedang dirancang ataupun

    telah dimulakan oleh kerajaan. Saranan MPEN

    bertujuan untuk menokok nambah nilai dengan

    memantapkan dan meningkatkan usaha dasar

    yang sedang berjalan.

    IPS 1: Menyuburkan kembali sektor swasta

    Sektor swasta perlu bangkit dan menyandang

    prol yang lebih tinggi dalam transformasi

    negara. Sepanjang sejarah yang tercatat,

    ekonomi mengalami pertumbuhan jangka

    panjang yang terjamin berterusan melalui

    inisiatif keusahawanan sektor swasta, didorong

    oleh insentif ekonomi yang menggalakkan

    individu mengambil pandangan jauh dan

    mengelak daripada sikap suka mengambil

    kesempatan jangka pendek. Sesetengah

    langkah dasar yang mungkin yang berkaitan

    dengan penyuburan semula sektor swasta ini

    dipaparkan dalam Jadual D.

    Jadual D Mencerdaskan sektor swasta

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Menyasarkan produk

    dan perkhidmatan nilai

    tambah yang tinggi

    nMenjajarkan insentif bagi memupuk pelaburan dalam aktivitinilai tambah tinggi yang menjanakan kesan limpahan

    nMenyesuaikan insentif untuk memenuhi keperluan setiaprma

    nMemudahkan Pelaburan Langsung Asing (PLA) dan PelaburanLangsung Domestik (PLD) dalam industri/sektor yang pesat

    berkembang

    Menghapuskan

    halangan dan kos

    untuk menjalankan

    perniagaan

    nMenghapuskan herotan dalam peraturan dan pelesenan,termasuk penggantian sistem Approved Permit (AP) dengan

    senarai import yang negatif

    nMemperkenalkan proses pelesenan Satu Tingkap melaluiportal e-Kerajaan supaya merangkumi kerajaan tempatan dan

    negeri

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    26/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    25

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Membentuk ekosistembagi keusahawanan

    dan inovasi

    nMengurangkan penyertaan langsung Kerajaan dalam ekonominMengeluarkan SBK dari industri yang mana sektor swasta

    beroperasi dengan berkesan

    nPelancaran jalur lebar seluruh ekonominMemastikan SBK beroperasi atas dasar komersial semata-

    mata, bebas daripada campur tangan kerajaan

    Menggalakkan

    kecekapan melalui

    persaingan sihat

    nMelaksanakan proses yang cekap dan telus bagi perolehankerajaan pada semua peringkat

    nMeratakan gelanggang (level playing eld)bagi sektor swastamelalui aturan standard yang telus

    nMenyokong persekitaran persaingan yang lebih kukuh denganundang-undang persaingan

    Merangsang

    pertumbuhan PKS

    nMenyokong PKS dalam bidang yang inovatif dan yang majuteknologinya

    nMemudahkan akses yang tepat masa terhadap pendanaanbagi aktiviti perniagaan

    Melahirkan penerajuserantau

    nMenggalakkan perkongsian SBK dengan syarikat sektorswasta

    nMembentuk jaringan serantau yang agresif ASEAN, China,India, Asia Barat

    nMenambahbaikkan manfaat Perjanjian Dagang Bebas (FTA)

    IPS 2: Membangunkan tenaga kerja berkualiti

    dan mengurangkan kebergantungan pada

    pekerja asing

    Pasaran buruh mesti berfungsi dengan lancar:

    pekerjaan dan pekerja mesti dipadankan

    dengan cekap untuk meningkatkan produktiviti

    dan dengan itu meningkatkan upah untuk

    semua. Penyesuaian pasaran buruh mestilah

    lancar: pekerja yang layak perlu segera

    mendapat kerja yang layak dengannya; kerja

    ini pula mesti segera menarik pekerja yang

    layak, termasuk mereka yang dari luar negara.Dalam masa yang sama, asas bakat Malaysia

    mesti ditingkatkan. Sistem pendidikan yang

    berkualiti yang memupuk pekerja yang mahir,

    bersifat ingin tahu dan inovatif untuk terus-

    menerus mendorong produktiviti ke hadapan

    merupakan asas pertumbuhan ekonomi yang

    mampan. Pendapatan tinggi datang daripada

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    27/39

    26

    insan mahir yang menggunakan bakat mereka

    untuk menghadapi cabaran ekonomi dengan

    cemerlang. Malaysia tidak boleh terlepaspeluang untuk menggerakkan sumbernya yang

    amat berharga ini. Oleh itu, Malaysia mesti

    menghapuskan halangan yang menghindarkan

    rakyatnya yang berkebolehan daripada

    mendapatkan kemahiran dan pada masa yangsama, menarik insan berbakat ini supaya terus

    berkhidmat dalam negara (Jadual E).

    Jadual E Merangsang tenaga kerja untuk mencungkil kebolehan mereka

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Meningkatkan bakat

    tempatan

    n Mengkaji semula sistem pendidikan merubah pendekatanpendidikan daripada pembelajaran melalui hafalan kepada

    pemikiran kreatif dan kritis

    n Meningkatkan penekanan pada pengenalan semula kolej latihanteknik dan vokasional

    n Mengenal pasti dan memupuk bakat melalui prosesberorientasikan permintaan

    n Meningkatkan autonomi dan akauntabiliti institusi pendidikann Menggalakkan usaha sama P&P antara institusi pengajian tinggi

    dengan industri

    n Meningkatkan kecekapan berbahasa Inggerisn Menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi dan dalam jangkauan

    semua tempat

    Memperbaharui

    kemahiran tenaga

    buruh sedia ada

    n Meningkatkan kemahiran tenaga buruh Malaysia yang beradadalam kumpulan terendah melalui pendidikan dan latihan

    berterusan

    n Menyediakan jaring keselamatan pekerja untuk pekerja yanghilang pekerjaan

    n Industri bekerjasama dengan kerajaan untuk menggalakkanLatihan Kerja Berterusan (LKB)

    n Memformalkan pensijilan kemahiran dan standard kualitiantarabangsa

    n Memastikan paras upah sepadan dengan tahap kemahiran

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    28/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    27

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Mengekalkan danmengakses bakat

    global

    nMengkaji semula program sedia ada bagi menarik rakyat Malaysiaberkemahiran tinggi di luar negara supaya kembali

    n Menawarkan taraf pemastautin tetap kepada bekas rakyatMalaysia dan keluarga mereka

    n Memusatkan pengawasan pekerja asing dan ekspatriat untukmembolehkan amalan yang koheren

    n Membolehkan membentuk kelompok kritikal golongan profesionalmahir melalui permit kerja dan prosedur imigresen yang lebih

    ringkas

    n Meliberalisasikan perkhidmatan profesional melaluipengiktirafan bersama

    Menghapuskan

    herotan pasaran

    buruh yang

    mengekang

    pertumbuhan upah

    n Melindungi pekerja, bukannya pekerjaan, melalui jaringkeselamatan yang lebih kukuh sekaligus menggalakkan eksibiliti

    pasaran buruh

    n Menyemak rangka kerja undang-undang dan institusi bagimemudahkan pengambilan dan pemecatan pekerja

    n Menaikkan bayaran melalui laba produktiviti, bukannyapengawalan upah

    Mengurangkan

    kebergantungan pada

    buruh asing

    n Menguatkuasakan standard buruh yang sama bagi pekerjatempatan dan asing

    n Menggunakan sistem levi untuk mencapai sasaran bagi pekerjaasing tidak mahir sejajar dengan keperluan sektor

    IPS 3: Mewujudkan ekonomi domestik yang

    berdaya saing

    Banyak herotan akan dilenyapkan dan ekonomi

    akan mengalami suasana kebersaingan yang

    lebih sengit dengan terhapusnya subsidi,

    kawalan harga dan aneka insentif yang telah

    hilang objektif asalnya. PTE akan membantu

    individu dan rma untuk mengurangkan

    impak daripada langkah berani ini dengan

    menyediakan jaring keselamatan sosial

    yang lebih baik dan dana transformasi khas

    (Jadual F).

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    29/39

    28

    Jadual F Pasaran yang rancak dan pilihan yang lebih banyak

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Menambahbaikkan

    kecekapan ekonomi

    melalui persaingan

    n Mengukuhkan persekitaran persaingan dengan memperkenalkanundang-undang perdagangan adil

    n Menambahbaikkan undang-undang persaingan bagi melindungikepentingan rma domestik sebelum meliberalisasikan sektor

    kepada rma asing

    n Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Sama Rata untuk men-gurangkan amalan diskriminasi dan tidak adil

    n Mengkaji semula halangan kemasukan yang ada dalam sektorbarangan dan perkhidmatan

    n Menerapkan amalan baik dan standard antarabangsa bagi industritempatan supaya tinggi daya saingnya

    Membina

    keusahawanan

    n Menyusun semula dana modal mula (seed capital) dan modal usahaniaga (venture capital) bagi menyokong usahawan yang sedang

    meningkat

    n Memudahkan undang-undang kebankrapan yang berhubungdengan syarikat dan individu bagi merangsang keusahawananyang bertenaga

    n Memberikan sokongan kewangan dan teknikal kepada PKS danperniagaan mikro supaya mereka dapat menganjak naik pada

    rantaian nilai

    Menghapuskan

    herotan

    pasaran yang

    mengakibatkan

    penyalahuntukan

    sumber

    n Menghentikan secara berperingkat kawalan harga dan subsidi yangmemesongkan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan

    n Menggunakan tabungan kerajaan bagi jaring keselamatan sosialyang lebih luas untuk isi rumah dalam kumpulan 40% terendahsebelum subsidi dihapuskan

    n Menubuhkan Dana Transformasi bagi membantu rma yangmengalami kesukaran semasa tempoh pembaharuan

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    30/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    29

    IPS 4: Mengukuhkan sektor awam

    Institusi awam mesti disusun semula. Institusiawam tidak harus menduplikasikan fungsi yang

    dijalankan dengan baik oleh sektor swasta.

    Sebaliknya, ia seharusnya berusaha memikul

    tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh sektor

    swasta. Penyampaian perkhidmatan kerajaan

    mesti cekap dan berkesan, menggunakan

    pendekatan menyeluruh kerajaan (whole-

    of-government approach) bagi memudahkan

    operasi sektor swasta. Pengurusan skal mestidikukuhkan supaya merangkumi ketelusan

    yang lebih tinggi dan untuk memberikan

    insentif yang betul. Asas hasil kerajaan mesti

    dipelbagaikan dan perbelanjaan diperkemas

    untuk merangsang penggunaan hasil yang

    lebih baik (Jadual G).

    Jadual G Kerajaan yang cekap dan fokus pelanggan

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Menambahbaikkan

    proses pembuatan

    keputusan

    nMenggunakan pendekatan menyeluruh kerajaan (whole-of-government approach) untuk memberikan perkhidmatan

    berintegrasi

    nMemperkasakan entiti negeri dan tempatan untuk menjalankantugas mereka di peringkat setempat

    nMenggalakkan input dan autoriti tempatan yang lebih besar dalampembangunan ekonomi untuk menyokong perbezaan dan keperluanwilayah

    nMembangunkan proses untuk pelaksanaan, pemantauan danpenilaian yang berkesan bagi langkah dasar

    nMemperkasakan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)supaya menjadi agensi sehenti (one stop center) yang berkesan

    untuk memudahkan pelaburan asing

    nMenyusun semula Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)supayamenjadi lebih berkesan dalam mendorong perbaikan produktiviti dan

    kecekapan

    Menambahbaikkan

    penyampaian

    perkhidmatan

    nMerubah kerajaan menjadi cekap, mengamalkan perundingan danfokus penyampaian

    nMeningkatkan kemahiran kakitangan bagi membolehkan merekamelaksanakan pelbagai tugas

    nMemodenkan pengurusan sumber manusia untuk menyesuaikankelayakan dengan pekerjaan

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    31/39

    30

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Mengurangkankos geseran

    nTidak bertolak ansur terhadap rasuah

    nMenangani struktur tadbir urus yang lemahnMenggubal kod amalan baiknMelaksanakan proses yang terbuka, cekap dan telus bagi perolehan

    kerajaan pada semua peringkat

    Menyediakan

    jaring keselamatan

    bagi memudahkan

    peralihan berjalan

    lancar

    nMemikul peranan sokongan bagi jaring keselamatan untukmenstabilkan dan membetulkan tempoh dan kejadian kegagalan

    pasaran

    nMenggunakan tabungan kerajaan bagi jaring keselamatan sosialyang lebih luas untuk isi rumah dalam kumpulan 40% terendah

    sebelum subsidi dihapuskan

    nMenubuhkan Dana Transformasi bagi membantu rma yangmengalami kesukaran semasa tempoh pembaharuan

    Mengukuhkan

    pengurusan

    kewangan awam

    nMeluaskan asas cukai, contohnya Cukai Barangan danPerkhidmatan

    nMenurunkan kadar cukai pendapatan perseorangan dan syarikatnMenerapkan kriteria terpiawai bagi penerimaan hasil negerinMenggunakan bajet berasaskan pencapaiannMelaksanakan bajet jangka sederhana yang berasaskan programnMenerapkan piawaian antarabangsa untuk ketelusan skalnMenggunakan teknologi untuk pungutan duti dan cukai yang cekap

    IPS 5: Tindakan armatif yang telus dan mesra

    pasaran

    Komponen utama keterangkuman adalah

    untuk memupuk peluang ekonomi yangsama dan adil. Institusi dan program tindakan

    armatif sedia ada akan diteruskan dalam

    MEB tetapi, selaras dengan pandangan pihak

    berkepentingan yang utama, akan disusun

    semula untuk menghapuskan ciri merentir (rent-

    seeking)dan pemesongan pasaran yang telah

    menjejaskan keberkesanan program tersebut.

    Tindakan armatif akan mengambil kira semua

    kumpulan etnik dengan adil dan sama rata

    selagi mereka tergolong dalam kumpulan 40%

    isi rumah berpendapatan rendah. Program

    tindakan armatif akan didasarkan pada kriteriamesra pasaran dan berasaskan pasaran

    sambil mengambil kira keperluan dan merit

    pemohonnya. Suruhanjaya Peluang Sama

    Rata akan ditubuhkan untuk memastikan

    keadilan dan menangani diskriminasi tidak

    wajar apabila berlakunya penyalahgunaan oleh

    kumpulan yang dominan (Jadual H).

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    32/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    31

    Jadual H Keluar daripada pendapatan rendah

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Mengurangkan

    ketaksamaan

    pendapatan

    nMeneruskan program sokongan untuk kumpulan tidak bernasibbaik

    nMemberikan tumpuan pada isi rumah dan pemilik perniagaanyang berada dalam kumpulan 40% terendah

    nMengalihkan tumpuan kepada kemiskinan relatifnMeneruskan pertumbuhan sebagai cara mengurangkan

    kemiskinan

    nKeanjalan Pertumbuhan bagi Kemiskinan ketaksamaan bolehmengurangkan impak pertumbuhan terhadap kemiskinan

    Mewujudkan tindakan

    armatif mesra

    pasaran

    nMenggunakan prosedur dan kriteria yang telusnMenggunakan tindakan armatif sebagai cara untuk merangsang

    pembinaan keupayaan dan kemampuan

    nMenghentikan secara berperingkat pendekatan yang mewujudkanmerentir (rent-seeking)dan kuasa naungan (patronage)

    Merapatkan jurang

    perbezaan wilayah

    nMengumpilkan skala dengan pembangunan kelompok ekonomiyang berkesan sebagai cara mengurangkan ketaksamaan

    wilayah, terutamanya di Sabah and Sarawak

    nMeningkatkan langkah bagi menaikkan paras pendapatanmelalui akses yang lebih baik dan penyediaan perkhidmatan

    sosial berkualiti dalam pendidikan dan kesihatan, terutamanya

    di Sabah and Sarawak

    Menggalakkan

    pemberian ganjaran

    berdasarkanpencapaian

    nMenggalakkan persaingan yang lebih hebat dalam ekonomidengan menghapuskan perlindungan yang keterlaluan dan

    mempercepatkan liberalisasi sektornMerangka semula tindakan armatif supaya mengambil kira

    merit dan keperluan

    nMenghentikan secara berperingkat pendekatan yang mewujudkanmerentir (rent-seeking)dan kuasa naungan (patronage)

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    33/39

    32

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Merangsang aksesyang sama dan adil

    terhadap peluang

    nMenekankan peluang yang sama dan adil untuk bidangpekerjaan, kesihatan dan pendidikan serta akses terhadap

    peluang perniagaan

    nMenggunakan tabungan kerajaan bagi jaring keselamatan sosialyang lebih luas untuk isi rumah dalam kumpulan 40% terendah

    sebelum subsidi dihapuskan

    nMenubuhkan Dana Transformasi bagi membantu rma yangmengalami kesukaran semasa tempoh pembaharuan

    nMenubuhkan Suruhanjaya Peluang Sama Rata untuk menanganidiskriminasi dan layanan tidak adil

    IPS 6: Membina infrastruktur berasaskan

    pengetahuan

    Transformasi ekonomi dalam sektor

    perindustrian, pertanian dan perkhidmatan

    merupakan proses yang memerlukan inovasi

    berterusan dan pertumbuhan produktiviti

    dengan kemajuan teknologi yang ketara dan

    dorongan keusahawanan. Penggunaan proses

    yang selaras dengan amalan baik dan standard

    antarabangsa akan menambahbaikkan peluang

    bagi rma Malaysia untuk berjaya dalam arena

    pasaran global (Jadual I).

    Jadual I Menginovasi hari ini untuk hari esok yang cemerlang

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Membentuk ekosistem

    bagi keusahawanan

    n Memudahkan masuk dan keluar rma dan pekerja berkemahirantinggi

    n Menyusun semula dana modal mula (seed capital) dan modalusaha niaga (venture capital)bagi menyokong usahawan yang

    sedang meningkatn Memudahkan undang-undang kebankrapan yang berhubung

    dengan syarikat dan individu bagi merangsang keusahawanan

    yang bertenaga

    n Memanfaatkan kepakaran berasaskan Web dan rangkaianindustri

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    34/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    33

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Merangsangpersekitaran bagi

    inovasi

    n Menambahbaikkan akses terhadap kemahiran khususn Memastikan perlindungan hak harta intelekn Memberikan insentif kepada rma supaya menggunakan

    teknologi dan menganjak naik pada rantaian nilai

    n Menguatkuasakan pematuhan ketat terhadap piawaian dantanda aras global

    n Memupuk hubungan P&P antara institusi pengajian tinggidengan sektor swasta

    n Melancarkan segera kesalinghubungan jalur lebar yang pantasdi seluruh negara

    n Mengkaji semula dan menggabungkan semua pendanaan P&Pkerajaan yang ada sekarang

    n Menjajarkan P&P dengan objektif pertumbuhan negara,terutamanya dalam bidang inovatif dan teknologi tinggi

    n Akses terbuka terhadap pendanaan bagi persaingan antarapenyelidik

    n Memastikan perolehan awam menyokong inovasi tempatann Mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk universiti

    berdasarkan pengkomersialan

    Menubuhkan institusi

    pemungkin yang lebih

    kukuh

    n Menubuhkan penjana penyelidikan teknologi dan pusatkecemerlangan yang bergerak atas asas komersial, contohnya

    model gugusan Taiwan ITRI

    n Menggerakkan Model Inovasi Negara yang diumumkan olehkerajaan pada tahun 2007

    n Mengimbangkan pendekatan inovasi dorongan teknologidengan dasar berpandukan pasaran, seperti perolehan global

    melalui pengantara teknologi

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    35/39

    34

    IPS 7: Meningkatkan sumber pertumbuhan

    Malaysia mesti memanfaatkan lokasistrategiknya dan kelebihan berbandingnya

    yang datang daripada anugerah sumber aslinya

    untuk mewujudkan platform pengeluaran yang

    mendorong pertumbuhan nilai tambah yang

    tinggi dengan kesan limpahan. Ekonomi ikut

    bidangan mesti diberikan tumpuan melalui

    koridor pertumbuhan untuk menyuburkan

    pengembangan berpotensi ke dalampasaran baru, seperti output pertanian

    hiliran, ekopelancongan, penjanaan tenaga

    alternatif dan pengurangan perubahan iklim

    (Jadual J).

    Jadual J Mencari bahagian terbaik ekonomi

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Mewujudkan

    nilai daripada

    penggerak

    pertama dan

    kelebihan

    berbanding yang

    lain

    nMengenal pasti subsektor E&E untuk membina kedalaman danmemupuk industri bitara (niche)yang baru dan untuk menguasaibahagian yang lebih besar sebagai hab pengedaran apabilaberkembangnya perdagangan serantau

    nMemberikan tumpuan kepada industri hiliran berkaitan minyak sawituntuk membangunkan teknologi dan inovasi asli atau mendapatkanteknologi bagi memenuhi permintaan pasaran yang baru

    nMenggalakkan inovasi teknologi huluan untuk menghasilkan tandanbuah baru yang mengeluarkan hasil yang lebih tinggi

    nMenguasai bahagian lebih besar dalam pasaran pendidikan,pelancongan perubatan dan ekopelancongan melalui perkongsiandomestik dan serantau

    nMenggalakkan produk dan perkhidmatan yang mengurangkanperubahan iklim, contohnya bahan kitar semula

    nMenggalakkan produk dan perkhidmatan berasaskan syariah,contohnya kewangan dan farmaseutikal

    Mewujudkan

    integrasi yang

    lebih besar

    antara produk

    nMengintegrasikan perkhidmatan pendidikan dengan pembangunanperindustrian, sebagai contoh pusat kecemerlangan kejuruteraandalam kelompok E&E

    nMemberikan keutamaan lanjut kepada industri logistik, memanfaatkankemajuan jalan raya, pelabuhan dan infrastruktur ICT di Malaysiayang sudah tersedia

    nMenambahbaikkan perkhidmatan pelancongan yang tekal denganmemastikan perkhidmatan berkualiti pada sepanjang rantaian nilai(contohnya, seperti peningkatan kualiti perkhidmatan teksi yangburuk dan menambahbaikkan keselamatan diri untuk pelancong)

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    36/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    35

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Mewujudkanpasaran barun

    Menguasai bahagian lebih besar sebagai hab pengedaran apabilaberkembangnya perdagangan serantau

    nMenambahbaikkan perkhidmatan maritim dan pelabuhan, denganmemanfaatkan teknologi

    nBeralih kepada penjanaan tenaga alternatif serta produk danperkhidmatan yang menjimatkan tenaga

    nMengembangkan industri berorientasikan perkhidmatan ke pasaranserantau berdasarkan biodiversiti yang sedia wujud di Malaysia

    Membina skala

    industri danrangkaian

    pengeluaran bagi

    pengkhususan

    nMenggalakkan pembangunan berasaskan koridor di sekitar pusattumpuan yang sesak ruangnya dan daerah pedalaman yangberhampiran, terutamanya untuk elektronik

    nMenggalakkan persaingan antara tempatnI ndus t r i ke lompok memanfaatkan in tegras i , ska la dan

    kesalinghubungan

    nMengeksploitasi ekonomi ikut bidangan melalui rangkaian pengeluaranmanakala rantaian penawaran memanfaatkan lokasi - Kepantasanke pasaran

    nMewujudkan kehadiran global melalui pengambilalihan antarabangsake atas syarikat dalam bidang yang sama.

    Memanfaatkan

    potensi inovasinMenerapkan sistem inovasi terbuka untuk mendapatkan teknologi

    dan mengembangkan rangkaian

    nMenyokong transformasi pantas PKS yang memiliki potensi ke arahinovasi

    nMembangunkan industri yang menyokong pembangunan mampan,sepert i penggunaan tumbuhan dan herba tradisional untukpenggunaan moden

    Mengintegrasikan

    industri sektorbenar dengan

    perkhidmatan

    kewangan

    nMembangunkan platform perdagangan komoditi dan produk bagipengeluar domestik untuk meraih manfaat daripada inovasi danpengembangan kewangan

    nMenawarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi pasaran hadapandan juga pasaran semerta bagi komoditi

    nMembangunkan produk kewangan berasaskan syariah untukmenyokong pengeluaran domestik dan pengurusan risiko bagi hargadan pengeluaran

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    37/39

    36

    IPS 8: Memastikan kebolehmampanan

    pertumbuhan

    Memulihara sumber asli kita dan melindungi

    kepentingan generasi masa depan mesti

    dimudahkan dengan melaksanakan dasar

    penentuan harga, kawal selia dan dasar

    strategik untuk mengurus sumber mudah

    lupus dengan cekap. Kebolehmampanan

    kewangan awam melalui disiplin skal yang

    ketat, yang mewajibkan pembaziran dankos lebihan dikurangkan, merupakan mercu

    tanda untuk memelihara keseimbangan

    makroekonomi dan kestabilan kewangan

    (Jadual K).

    Jadual K Masa depan cerah. Masa depan ialah Malaysia

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Memulihara sumber

    aslinMenggunakan penentuan harga, rangka kawal selia dan dasar

    strategik yang sesuai untuk mengurus sumber mudah lupusdengan mampan

    nMenggalakkan semua sektor supaya menerima pakai teknologihijau dalam pengeluaran dan proses

    nMembangunkan dasar tenaga yang komprehensifMemanfaatkan

    kelebihan berbanding

    bagi produk danperkhidmatan nilai

    tambah yang tinggi

    nMeningkatkan tumpuan pada pengeluaran dan perkhidmatannilai tambah tinggi hiliran

    nMembangunkan dasar tenaga yang komprehensif

    Memenuhi komitmen

    antarabangsanMengurangkan carbon footprint sejajar dengan komitmen

    kerajaan

    nMenguatkuasakan piawaian udara dan air bersih dalammenggunakan sumber asli, iaitu pengurangan pencemaran

    Memudahkan

    pemberian pinjaman

    dan pembiayaan bankbagi pelaburan hijau

    nMembangunkan keupayaan perbankan untuk menilai kelulusankredit bagi pelaburan hijau yang menggunakan kriteria berasaskan

    bukan cagarannMelonggarkan kemasukan pakar asing yang mengkhusus dalam

    analisis kewangan yang berkaitan dengan daya maju projekteknologi hijau

    nMenyokong pelaburan teknologi hijau dengan memberikanpenekanan lebih kepada dana modal usaha niaga (venturecapital)

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    38/39

    Ringkasan

    Eksekutif

    37

    Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

    Memastikan kewanganawam yang kukuhn

    Menggunakan penentuan harga, rangka kawal selia dan dasarstrategik yang sesuai untuk mengurus sumber mudah lupusdengan mampan

    nMengurangkan pembaziran dan menghindarkan kos lebihanmelalui pengawalan perbelanjaan yang lebih baik

    nMewujudkan proses perolehan kerajaan yang terbuka, cekap dantelus

    nMenerapkan amalan baik antarabangsa dalam ketelusan skal

    SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH

    ITULAH YANG MALAYSIA PERLUKAN

    Perbincangan di atas menggariskan unsur-

    unsur utama MEB yang disarankan. IPS

    membentangkan perubahan utama yang

    diperlukan untuk menggerakkan Malaysia ke

    arah menjadi negara maju. Namun begitu,

    ini bukan tanda tamatnya perjalanan kita,

    sebaliknya tanda bermulanya perjalanan kita.

    Walau bagaimanapun, jalan di hadapan adalah

    jelas tetapi Malaysia akan tersesat sekiranya

    tindakan segera tidak diambil.

    Sesungguhnya, usaha MPEN ini belum

    sempurna. Langkah seterusnya adalah

    untuk MPEN membantu merumuskan dasar

    terperinci bersama pihak berkepentingan dalam

    menyokong IPS yang disarankan. Butiran

    langkah dasar akan dibentangkan dalam

    laporan Model Ekonomi Baru untuk Malaysia

    Bahagian ke-2yang akan dikemukakan kepada

    Kerajaan pada hujung tahun ini.

  • 7/22/2019 MEB_Ringkasan_Eksekutif

    39/39