masyarakat luar bandar ptut lebih kreatif n inovatif.docx

6
Menurut Rogers (1969) dalam Leibo (1996), masyarakat luar bandar secara umumnya mempunyai beberapa karakteristik. Antaranya adalah mengamalkan konsep familism kekeluargaan dalam pelbagai perkara dan mempunyai sifat rendah diri. Masyarakat luar bandar juga menurut beliau masih percaya kepada faktor supernaturalism dalam situasi kegagalan fatalism. Selain itu, mereka juga disifatkan sebagai kurang kesedaran terhadap pembangunan dan teknologi disebabkan mereka tidak percayakan konsep hubungan berdasarkan ekonomi semata-mata. Dalam erti kata lainnya, masyarakat luar bandar pada asalnya mempunyai ciri moral ekonomi dalam tindakan mereka khususnya dalam proses pembuatan keputusan yang bersifat kolektif. Begitu juga menurut kenyataan akhbar mengenai pihak kerajaan yang menuntut masyarakat luar bandar untuk berfikir diluar kotak, bersifat lebih kreatif, dan inovatif. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa masyarakat luar bandar pada asalnya menggunakan sektor pertanian atau nelayan sebagai aktiviti ekonomi sara diri mereka sahaja dan bukannya untuk menjadikannya bersifat komersial. Meskipun peredaran masa telah mewujudkan dinamika pemikiran masyarakat luar bandar untuk turut mempunyai ciri politikal ekonomi. Namun, desakan dari pihak luar seperti kerajaan seharusnya mempunyai asas yang kukuh sebelum cuba untuk membuat perubahan dalam gaya hidup masyarakat luar bandar. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan untuk melihat kesesuaian projek pembangunan keatas kawasan luar bandar. Matlamat kerajaan untuk cuba menggesa masyarakat luar bandar untuk meningkatkan pengeluaran hasil kampung perlulah disusuli dengan pelaksanaan yang berkesan dan bukannya hanya membuat tuntutan keatas penduduk luar bandar untuk mengikuti kehendak pasaran komersial domestik. Hal ini kerana, kerajaan harus menitikberatkan pelbagai perkara sebelum melaksanakan projek pembangunan masyarakat.

Upload: harith-asri-zulkifli

Post on 29-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Menurut Rogers (1969) dalam Leibo (1996), masyarakat luar bandar secara umumnya mempunyai beberapa karakteristik. Antaranya adalah mengamalkan konsep familism kekeluargaan dalam pelbagai perkara dan mempunyai sifat rendah diri. Masyarakat luar bandar juga menurut beliau masih percaya kepada faktor supernaturalism dalam situasi kegagalan fatalism. Selain itu, mereka juga disifatkan sebagai kurang kesedaran terhadap pembangunan dan teknologi disebabkan mereka tidak percayakan konsep hubungan berdasarkan ekonomi semata-mata. Dalam erti kata lainnya, masyarakat luar bandar pada asalnya mempunyai ciri moral ekonomi dalam tindakan mereka khususnya dalam proses pembuatan keputusan yang bersifat kolektif. Begitu juga menurut kenyataan akhbar mengenai pihak kerajaan yang menuntut masyarakat luar bandar untuk berfikir diluar kotak, bersifat lebih kreatif, dan inovatif.Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa masyarakat luar bandar pada asalnya menggunakan sektor pertanian atau nelayan sebagai aktiviti ekonomi sara diri mereka sahaja dan bukannya untuk menjadikannya bersifat komersial. Meskipun peredaran masa telah mewujudkan dinamika pemikiran masyarakat luar bandar untuk turut mempunyai ciri politikal ekonomi. Namun, desakan dari pihak luar seperti kerajaan seharusnya mempunyai asas yang kukuh sebelum cuba untuk membuat perubahan dalam gaya hidup masyarakat luar bandar. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan untuk melihat kesesuaian projek pembangunan keatas kawasan luar bandar. Matlamat kerajaan untuk cuba menggesa masyarakat luar bandar untuk meningkatkan pengeluaran hasil kampung perlulah disusuli dengan pelaksanaan yang berkesan dan bukannya hanya membuat tuntutan keatas penduduk luar bandar untuk mengikuti kehendak pasaran komersial domestik. Hal ini kerana, kerajaan harus menitikberatkan pelbagai perkara sebelum melaksanakan projek pembangunan masyarakat.Seperti menurut Woodsong (1994), sebenarnya masyarakat luar bandar juga mempunyai impian untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka khsusnya dari segi ekonomi. Jika pada asalnya masyarakat luar bandar dikenali dengan konsep moral ekonomi, tetapi kini hasil perkembangan bidang pendidikan, kehadiran persatuan-persatuan pertanian dan nelayan, serta pendedahan terhadap teknologi dan peluang ekonomi yang semakin berkembang.Masyarakat luar bandar kini turut dapat menerima kemajuan sebagai asas kepada percambahan konsep politikal ekonomi dalam proses pembuatan keputusan meskipun terdapat beberapa faktor yang menghalang mereka untuk lebih kreatif dan inovatif.Kerajaan seharusnya terlebih dahulu meneliti semula dasar yang telah dilaksanakan untuk menggalakkan migrasi dari luar bandar ke bandar khususnya golongan belia. Hal ini kerana, antara punca utama masyarakat luar bandar sukar untuk maju dari segi kreativiti dan inovasi adalah disebabkan kebanyakkan golongan belia yang sepatutnya menjadi penyumbang idea baharu dan menjadi tenaga kerja yang produktif telah bermigrasi ke bandar. Antara tujuan migrasi tersebut adalah untuk pendidikan dan pekerjaan, ini kerana kawasan bandar menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan pendidikan berbanding tempat asal mereka. Dasar pembangunan yang dilaksanakan kerajaan bersifat centralize iaitu pembandaran di suatu kawasan tertumpu yang menyebabkan masyarakat di luar kota terpaksa berhijrah ke bandar sebagai jalan singkat untuk tujuan mobiliti sosial.Kesannya, kawasan luar bandar yang mempunyai potensi untuk dimajukan dan dibangunkan tidak mempunyai tenaga kerja yang mempunyai kreativiti dan lebih produktif. Aktiviti ekonomi di luar bandar hanya dikuasai oleh golongan tua dan wanita yang kurang berpendidikan, tiada cetusan idea baharu, dan kurang produktif. Oleh itu, bagaimana proses penambahbaikan aktiviti ekonomi luar bandar dapat dilaksana sekiranya golongan yang seharusnya membawa perubahan dalam sistem tersebut berada di tempat lain. Demikian, kerajaan seharusnya meneliti semula konsep pembangunan yang digunakan sebelum memberikan ulasan mengenai masyarakat luar bandar kerena pembangunan yang mapan adalah yang mengambilkira pelbagai aspek selain kemajuan ekonomi dan teknologi di kawasan bandar sahaja (Chamber, 1983).Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan teknologi baharu sememangnya mampu membantu meningkatkan pengeluaran. Tetapi dalam pada masa yang sama, ianya juga boleh menjadi salah satu cabaran kepada masyarakat luar bandar. Ini kerana, teknologi atau mesin-mesin kebiasaannya memerlukan kos yang tinggi untuk diperolehi disamping memerlukan tenaga kerja yang mahir untuk mengendalikannya. Antara masalah yang kerap timbul dalam komuniti petani luar bandar adalah tidak mampu untuk memperoleh mesin atau teknologi disebabkan harga yang mahal. Hal ini berlaku kerana kebanyakan aktiviti ekonomi luar bandar adalah bersifat sara diri, meskipun sesetengah pentani dan nelayan mampu membeli mesin atau teknologi melalui kaedah kredit pengeluaran, mereka juga menghadapi masalah untuk mengendalikannya. Oleh itu, agensi kerajaan seharusnya memberikan program latihan dan bimbingan pengaplikasian teknologi baharu terlebih dahulu sebelum menyarankan mereka untuk menggunakannya (Firth, 1998).

Meskipun terdapat banyak program untuk menggalakkan aktiviti ekonomi masyarakat luar bandar, namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambilkira. Kebiasaanya program yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan bersifat top-down dan sering mengabaikan aspek penglibatan komuniti. Seperti menurut Pretty (1995) dalam tipologi penglibatan komuniti beliau yang terdiri daripada tujuh tahap. Tahap pertama adalah penglibatan pasif dimana komuniti dipilih secara tidak rasmi dan hanya mengikut arahan daripada program agensi kerajaan. Tahap kedua adalah penglibatan maklumat iaitu komuniti hanya diberikan maklumat serta mengikut arahan agensi kerajaan melalui persetujuan. Tahap ketiga adalah penglibatan perundingan iaitu Komuniti terlibat melalui perundingan diantara agensi kerajaan. Tahap keempat adalah penglibatan intensif material dimana komuniti hanya menyumbang tenaga buruh kerana tidak dapat menyumbang dari segi kewangan. Tahap kelima adalah fungsional yang membenarkan komuniti menyuarakan pendapat tetapi keputusan akhir tetap dibuat oleh agensi kerajaan. Tahap keenam adalah penglibatan interaktif yang melibatkan komuniti dalam proses perancangan dan tindakan program serta membuat keputusan diperingkat lokal. Tahap terakhir adalah mobilisasi dimana komuniti terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan dan pelaksanaan dalam program berkenaan dan hanya menggunakan khidmat nasihat dan sumber dari agensi luar.Walau bagaimanapun, hakikatnya di Malaysia konsep program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan masih lagi mengamalkan konsep penglibatan komuniti yang terhad. Hal ini dilihat menjadi kekangan kepada usaha untuk memperkasa aktiviti ekonomi di luar bandar. Seharusnya kerajaan menggunakan konsep empowerment dan membuat pemantauan berkala dalam setiap program pembangunan masyarakat. Ini kerana, masyarakat luar bandar pada umumnya masih bersifat bergantung dengan kerajaan tetapi dalam pada masa yang sama turut tidak mempercayai pihak kerajaan disebabkan oleh faktor politik (Long, 1984) .

RujukanRogers, M., Everett. (1969) dalam, Leibo, Jefta. (1996) Sosiologi Pedesaan. Yogyakarta : Andi Offset.

Woodsong, Cyntia. (1994). Old Farmers, Invisible Farmers : Age and Agriculture in Jamaica. Journal of Cross-Cultural Gerontology. 9:277-299.

Firth, Raymond. (1998). Malay Fishermen : Their Peasant Economy. London : Routledge.

Long, Norman. (1984). Pengenalan Sosiologi Pembangunan Luar Bandar. (Fauzi Yaacob, Trans). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (Original Work Published 1977)

Chamber, Robert (1983). Rural Development. London : Longman Group Limited.

Pretty, J. N. (1995). Participatory Learning For Sustainable Agriculture. World Development. 23(8). 1247-1263.

Masyarakat Luar Bandar Patut Lebih Kreatif, Inovatif. (1 Disember 2013). Berita Harian Online. Diakses pada 2 Disember 2013, daripada : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masyarakatluarbandarpatutlebihkreatif_inovatif/Article

Lampiran