masalah sosial di kalangan remaja

11
MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: PUNCA DAN PENYELESAIAN Pengenalan Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Pengertian masalah sosial remaja Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Statistik Gejala Sosial Remaja Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).

Upload: lee-yang-ching

Post on 30-Sep-2015

51 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Isu Remaja

TRANSCRIPT

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: PUNCA DANPENYELESAIANPengenalanBelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.Pengertian masalah sosial remajaSecara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.Statistik Gejala Sosial RemajaDi Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkanpelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India.Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remajakaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).Punca Keruntuhan AkhlakDaripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.Cara Mengatasi MasalahPerbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolahboleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGIKesimpulanPelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk pergaulan sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Zaman beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju. Umum mengetahui bahawa gejala lepak dewasa ini banyak melibatkan pelajar remaja isu seperti melepak di depan-depan kompleks membeli belah merupakan isu yang kian kedengaran sebagai satu isu yang banyak memperkatakan tentang kegiatan lepak remaja masa kini. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah 'budaya lepak'. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah. Semua perangkaan dan statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan belia dan remaja tidak hanya tertumpu pada kaum tertentu.Punca Gejala Lepak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan akhlak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Didikan

Salah satu faktor yang dikaitkan dengan gejala lepak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca gejala lepak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja kaum India membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada budaya lepak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor gejala lepak semakin menjadi jadi.Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosioekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kaum India seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

Persekitaran dan media massa

Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup sebagai contoh budaya lepak. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.Tidak dapat tidak, filem Tamil terus menjadi salah satu punca keruntuhan moral dalam kalangan remaja kaum India. Memang sering dikatakan bahawa penonton perlu membezakan realiti dan apa yang ditayangkan di layar perak.

Namun, secara realiti juga, golongan remaja terbukti terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan dalam filem. Kebelakangan ini, filem-filem Tamil tepu dengan unsur ganas, seks dan aksi yang kurang bermoral. Hero filem Tamil sering dipaparkan sebagai individu yang terlibat dalam kegiatan samseng dan pelbagai aktiviti yang bertentangan dengan nilai sosial masyarkat.Merokok juga merupakan satu lagi aksi yang mudah dipelajari oleh remaja Laporan akhbar mengatakan bahawa isteri kepada Rajinikanth telah menyelar pihak media kerana gagal mengawal tabiat merokok di kalangan remaja di Tamil Nadu, India. Lalu, wakil media dengan tegas mengatakan bahawa adalah sukar bagi pihak media membendung gejala itu sedangkan Rajinikanth yang menjadi idola remaja terus merokok di layar perak.

Maka, dalam perkembangan terkini, Rajinikanth telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam filem-filem akan datang (jika ada), dia tidak akan merokok.Harapan penulis adalah bahawa pelakon-pelakon lain juga akan mengambil keputusan yang sama. Di Malaysia pula, Suhan Panshacharam (Pansha) perlu dipuji kerana beliau sentiasa memastikan watak-watak dalam filem dan drama yang beliau hasilkan (Melayu mahupun Tamil), tidak merokok.Budaya remaja yang dipaparkan dalam filem-filem Tamil juga sangat tidak sesuai dengan budaya kita. Sebuah filem Tamil berjudulBoysmemaparkan dialog dan perlakuan remaja yang keterlaluan. Filem berkenaan telah diharamkan di India. Penulis hairan bagaimana filem itu ditayangkan di Malaysia sedangkan mesej, kandungan, dialog dan visual filem itu terbukti jauh lebih membinasakan berbanding filemBruce Almighty.

Sekolah

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. Budaya gangsterisme yang semakin menular di sekolah membuktikan hakikat ini. Tidak dapat dinafikan, remaja kaum India paling ramai terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini. Hadir bersama-sama budaya gangsterime adalah antaranya budaya ponteng sekolah, kaki pukul, peras-ugut, melawan guru, vandalisme, merokok, budaya samseng, kelucahan secara lisan mahu pun perbuatan, kelakuan sumbang, gangguan seksual, hubungan seksual, penagihan dadah dan merogol.

Kalau diteliti, kesemua perbuatan tidak bermoral ini saling berkaitan. Kelompok remaja dan pelajar yang terlibat dalam gangsterisme ini pula sering melatih pelajar-pelajar baru untuk menyertai kumpulan mereka. Pelajar-pelajar baru pula sama ada akan menyertai kumpulan berkenaan atau menjadi mangsa gangsterisme. Mereka akan berhimpun dan melepak sambil menayangkan budaya yang kurang sopan.

Kesimpulan

Ternyata masalah sosial dan budaya lepak dalam kalangan remaja hebat diperkatakan pada masa kini tidak tertumpu pada kaum tertentu. Sebaliknya, ia merupakan masalah nasional. Belia hari ini adalah pemimpin masa depan. Kenyataan ini mungkin kedengaran agak ekstrem, tetapi jika tidak dibendung, tidak mustahil negara akan dipimpin golongan remaja yang tidak bertanggungjawab suatu hari nanti.Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan bagi menangani masalah yang wujud kini, tetapi apa yang lebih penting, ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah gejala ini dalam kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Maka, semuanya berbalik pada didikan dan kasih sayang ibu bapa.Oktober 2012Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lepas membawa tema : `Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat. Bajet tersebut dikatakan menandakan keprihatinan kerajaan terhadap suasana semasa kehidupan rakyat di setiap peringkat. Dalam aspek meningkatkan kesejahteraan sosial, Bajet 2013 memperuntukkan sebanyak RM591 juta untuk mengurangkan jenayah dengan pelbagai usaha memperkasakan agensi penguatkuasaan khususnya PDRM mencapai NKRA yang telah ditetapkan.Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak akan mampu menangani permasalahan peningkatan jenayah sosial di dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik dari sekadar merawat sesuatu gejala itu.Kami mengatakan rasa kesal tiadanya satu peruntukan khas dalam Bajet 2013 yang menjurus kepada usaha serius dan bersepadu menangani gejala sosial dan seksual yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Betapa saban hari, statistik membuktikan terdapatnya peningkatan pelbagai jenis gejala sosial dan seksual yang berlaku. Peningkatan kes kehamilan luar nikah dan bilangan anak tak sah taraf: Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan seramai 18,652 remaja berusia 10 19 tahun didapati hamil sepanjang 2011, di mana 30% hamil di luar nikah yang sah. ( The Star, 22 September 2012) Dalam tempoh lapan tahun (2000 2008) sebanyak 257,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Secara purata, kadar kelahiran anak tak sah taraf di negara ini:2,500 kes sebulan,83.3 kes sehari, satu kes setiap 15 minitKes pembuangan bayi yang begitu ketara : Seramai 705 bayi terdampar dilaporkan sepanjang lapan tahun semenjak 2004 hingga 2011. Dalam 2009 - 79 kes, meningkat sebanyak 15% kepada 91 kes dalam tahun 2010 dan sebanyak 98 kes pada tahun 2011. ( Sumber : PDRM) Menurut satu laporan JKM, dari tahun 2004 2009, sebanyak 16% bayi yang terdampar ditemui di kawasan pembuangan sampah! Dari pemantauan laporan media harian bercetak di negara ini, dalam tempoh lima bulan terakhir ini (Mei - September 2012), terdapat 30 liputan berita mengenai pembuangan bayi yang dilaporkan. Pada 6 Julai yang lalu, negara digemparkan dengan insiden bayi disorokkan di dalam beg sekolah selama berhari-hari sebelum ditemui.Semakin ramai golongan remaja yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan negara, terbabit dalam pelbagai jenayah seperti samun, peras ugut, ragut, gangsterisme, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabul, bunuh. Jenayah sadis yang membabitkan ahli keluarga terdekat juga semakin berleluasa.Kami ingin menekankan, peningkatan gejala sosial yang semakin kritikal ini amat membimbangkan dan menimbulkan kesan psikologi mendalam kepada ahli masyarakat. Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk segera menangani isu gejala sosial ini dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan, agar ianya tidak semakin parah dan di luar kawalan. Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan. Memperuntukkan sumber kewangan dan dana yang mantap, stabil dan mencukupi bagi melaksanakan usaha penting ini sewajarnya menjadi keutamaan pihak kerajaan buat masa ini.Kami ingin menegaskan, usaha meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata, tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan insaniah yang menitikberatkan konsep amanah, integriti dan pertanggungjawaban, dibimbangi akan lebih mendatangkan mudharat dan kerosakan.Sebagai pihak sukarelawan dan NGO yang sekelian lama terbabit secara langsung dengan usaha pencegahan dan rawatan pemulihan kelompok yang terlibat dengan gejala sosial dan seksual, IKRAM membuat penegasan menuntut semua pihak setiap ahli masyarakat, remaja, ibu bapa, orang dewasa dan khususnya pihak kerajaan :Memberikan perhatian, tumpuan dan keutamaan sewajarnya terhadap peningkatan gejala sosial yang serius melanda negara, dan tidak mengenepikan atau menganggap remeh permasalahan tersebut.Meningkatkan usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat (amar maaruf) yang meluas dalam membangunkan sistem sosial yang berpaksikan keadilan, kesejahteraan, akhlak luhur dan nilai terpuji.Menyusun strategi rawatan dan pemulihan yang efektif (nahi mungkar) bagi kelompok yang telah terjebak dan terjerumus ke dalam kancah gejala sosial, agar mereka dapat dibimbing untuk bangkit kembali membina kehidupan baru yang lebih bermakna.Memperuntukkan belanjawan yang mencukupi untuk membiayai semua usaha dan langkah-langkah di atas, sebagai satu komitmen padu yang membuktikan kesungguhan mahu menangani permasalahan peningkatan gejala sosial yang semakin meruncing.Kami menuntut agar penegasan ini diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kepimpinan negara, demi Malaysia yang lebih sejahtera, untuk semua!Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Binti Hj SirajPengerusi JK Pembangunan SosialPertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)Pn Hjh Rosmawati Binti ZainalPengarah Raudhatus SakinahUstaz Mohamed Hanafiah Bin Abdul MalekPengerusi Rumah Iman 1 dan 2 (SIDIM)Ustaz Roslan Mohamad IsaPenyelia Baitul Islah PERKID Shah AlamPn Hjh Hazlina Abdul RazakPengarah Darul WardahPn Hjh Norlina Haji AlawiPengerusi Keluarga Besar Norlina Alawi