masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah

13
Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang mengajar murid murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan disertai dengan pembelajaran murid. Masalah utama yang hadapi di dalam bilik darjah semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah masalah displin. Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Masalah displin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu jenayah berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Rujuk lampiran rajah 1.0. Contoh masalah disiplin

Upload: izny-atikah

Post on 20-Jun-2015

51.276 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu.

Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid

diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan

seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang

mengajar murid – murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran

atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah antara perkara

yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam

manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan

menarik untuk keperluan pelajar.

Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam

pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra

dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan

sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi

memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru.

Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darah mempunyai

impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan

kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat.

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang meliputi pengajaran

guru dan disertai dengan pembelajaran murid. Masalah utama yang hadapi di dalam bilik darjah

semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah masalah displin.

Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini

kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek,

jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah

laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran

akan terjejas.

Masalah displin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu jenayah

berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Rujuk lampiran rajah 1.0. Contoh masalah disiplin

Page 2: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati

guru, membaca bahan-bahan lain, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah,

tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas.

Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai

perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga

mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar, kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah

laku masa depan mereka .

Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang

selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak,

cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi

menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,

mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan

berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong

kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik

apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan

pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar

oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,

pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan

aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising,

mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.

Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga

berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar

pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek

telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar

enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek

tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah

kerana terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan

Page 3: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga menyumbang masalah komunikasi.

Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau

India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan

sepenuhnya.

Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya

terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi

boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balak. Sebagai contoh, bila guru

berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi

bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami

masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik

perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan – bahan pelajaran yang sesuai

dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan

tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak

dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Implikasi masalah – masalah yang dihadapi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas ialah akan menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah. Banyak masa terpaksa dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah displin di

dalam bilik darjah sehingga menyebabkan guru itu tidak dapat menumpukan sepenuh masa dan

perhatian kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Kekangan masa atau waktu yang diberi

contohnya 30 minit untuk satu waktu menyebabkan guru mengajar murid dengan cepat untuk

menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan aspek pemahaman dan penguasaan pelajar

terhadap subjek mata pelajaran tersebut.

Selain itu pelajar juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang tegang dan tidak aman

kerana merasa terancam. Pelajar ini mungkin berasa terancam kerana rakan – rakan mereka

menunjukkan perilaku yang negatif seperti berlawan dengan guru dan pelajar tidak membuat

kerja yang diarahkan. Tumpuan mereka juga terjejas kerana terdapat segelintir pelajar yang

membuat biasing, menyanyi, dan mungkin juga berlari – lari di dalam kelas. Implikasinya semua

pelajar tidak berasa tenang untuk menerima pembelajaran yang akan diajar oleh guru

Page 4: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

tersebut.Perasaan marah atau kecewa guru terhadap segelintir pelajar tidak berdisplin ini juga

kan menimbulkan keresahan kepada mereka yang berdisplin.

Implikasi masalah displin di dalam bilik darjah juga akan menjejaskan imej dan

kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Setiap masalah displin yang kecil

jika tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada masalah displin yang lebih besar.

Contohnya seperti masalah ponteng kelas lama kelamaan pelajar ini akan ponteng sekolah pula

apabila tidak ada tindakan atau dendaan khusus untuk menangani masalah displin ini. Tambahan

pula masalah displin juga akan mewujudkan peluang dan ruang kepada kegiatan salah laku

seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. Akhir sekali risiko yang tinggi kepada pelajar-

pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.

Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani

permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah demi menjamin keutuhan sekolah sebagai

agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan

berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah

perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu

sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat

adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.

Implikasi daripada susunan bilik darjah yang tidak selesa akan menyebabkan pelajar

tidak dapat menumpukan perhatian kepada guru. Keadaan kelas yang tidak ceria membuatkan

pelajar tidak berminat untuk masuk ke dalam bilik darjah. Bilik darjah juga memberikan

perspektif negatif terhadap pelajar yang berada di dalam bilik darjah. Contohnya bilik darjah

pelajar yang tidak cukup peralatan seperti kerusi yang patah, papan buletin yang tercabut

menyebabkan meraka berasa di dalam keadaan yang tertekan. Pelajar akan menganggap tiada

bantuan yang ditawarkan oleh pihak sekolah untuk memberikan mereka kerusi meja yang baru

dan mencukupi.

Keadaan terlalu ramai pelajar di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak mempunyai

ruang yang cukup untuk berinteraksi semasa mereka di dalam bilik darjah. Selain itu mereka

akan berasa terkongkong dan tidak bebas untuk melakukan kerja berkumpulan. Tahap

Page 5: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

kecerdasan pelajar yang pelbagai di dalam kelas menyebabkan pelajar akan memandang rendah

terhadap pelajar yang kurang pandai dan membuat pelajar kurang pandai merasa rendah diri.

Pelajar yang mempunyai masalah emosi ini akan mencari peluang unntuk memboloskan diri

seperti ponteng kelas.

Impikasi daripada interaksi yang tidak berkesan menyebabkan pelajar hilang fokus dan

minat terhadap pelajaran tersebut. Mereka juga tidak akan belajar untuk membaiki kelemahan

diri seperti tidak yakin atau terlalu malu untuk berbincang sesuatu topik dengan guru. Selain itu

ketiadaan interaksi pelajar di dalam kumpulan akan menjadikan mereka kurang bekerjasama dan

lebih kepada ‘ahli kongsi tidur’. Gangguan dalam proses interaksi juga boleh berlaku apabila

sesetengah murid tidak menungggu masa giliran untuk bercakap dan menyuarakan pendapat

mereka dengan cepat dan kuat.Keadaan ini menyebabkan terdapat pelajar yang tidak suka

bercakap dan lebih suka mendengar daripada bercakap.

Cara mengatasi masalah ialah seseorang guru itu perlu bijak, kreatif dan inovatif , maka

dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan

pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan

masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh

guru.

Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah

disiplin ini. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak

akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal

sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas. Sifat-sifat

guru yang disukai murid ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai

badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi

daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara

dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana

dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan

Page 6: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang

demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.

Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan

salah satu faktornya. Tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif

akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada

pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara

guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila

wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik

antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif

kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, sudah pasti masalah disiplin akan

dapat dikawal dan dikurangkan.

Cara untuk menangani masalah displin atau tingkah laku negatif ialah arah semula

perhatian pelajar kepada tugas, kemudian semak kemajuan pelajar beberapa minit, perhati atau

bergerak ke arah pelajar berkenaan dan ingatkan pelajar tentang peraturan berkenaan. Akhir

sekali beritahu pelajar supaya berhenti melakukan. Guru juga boleh memperkenalkan peraturan

di dalam bilik darjah dan menampalnya di dalam kelas untuk pengetahuan pelajar tersebut.

Contoh peraturan bilik darjah seperti rajah 2.0

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu

pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan

bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam

kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan

bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.

Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya

perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik

darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat

mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata

Page 7: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

mengenakan hukuman kepada pelajar. Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan

adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.

Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam

pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan

pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu

bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran

dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang

terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk

memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan

efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam

menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami

konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara

menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik

darjah.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang

selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar

serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan

kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan;

cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya.Papan kenyataan yang dilengkapi

jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut

bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD.

Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif

bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, saying kepada keindahan

alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian

daripada keimanan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan

pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.

Page 8: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan

mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan

memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik

dan bukannya menghukum.Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan

keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa

bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.

Bilik darjah pelajar perlulah di dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Perkara utama

untuk mendapatkan susunan bilik darjah yg baik ialah pastikan lalu lintas di dalam bilik darjah

tidak sesak, guru perlu memastikan semua pelajar dapat dilihat dengan jelas, pastikan pelajar

mudah lihat dan dengar penyampaian guru, ruang dan tempat yang sesuai untuk guru berdiri

semasa mengajar. Selain itu terdapat bahan pengajaran untuk guru dan murid mudah didapati. Di

dalam kelas juga boleh diletakkan sudut bacaan supaya pelajar dapat mengisi masa lapang

dengan membaca. Papan buletin untuk pamer hasil kerja pelajar perlulah menarik dan dihias

sebaik mungkin. Artikel atau bahan bulletin perlulah digalakkan ditukar selalu untuk

mengelakkan pelajar bosan dengan bahan yang sama. Akhir sekali penggunaan ruang seperti

perabot dan alatan disusun teratur. Terdapat juga bilik darjah yang nyaman meletakkan pasu –

pasu pokok dan akuarium ikan hiasan untuk menambahkan keceriaan di dalam kelas.

Cara mewujudkan komunikasi berkesan di dalam bilik darjah ialah komunikasi yang

berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh guru dapat diterima dan difahami oleh

pelajar dengan jelas. Komunikasi berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong

meningkatkan hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal)

dengan berkesan. Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal (Pujian) dan

bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman). Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh

guru dari semasa ke semasa. Pelajar mesti mendapat mesej atau arahan yang ingin disampaikan

oleh guru dengan tepat.

Antara amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah ialah guru mesti

mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah

Page 9: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama. Guru perlu menggunakan alat Bantu

mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan. Seseorang

guru juga perlu menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran

menyoal yang berkesan.Konflik di antara kedua - dua pihak iaitu guru dan pelajar akan berlaku

sekiranya maksud guru tidak difahami oleh pelajar.

Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif

yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, guru perlu mempraktikkan prinsip-prinsip

yang seperti berusaha untuk mendengar cadangan pelajarnya. Guru perlu memastikan tiada

halangan apabila guru menyampaikan pengajarannya dan berusaha membuka minda para pelajar

supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang. Antara amalan komunikasi yang

berkesan ialah bersikap positif atau percaya kepada pelajar, bersifat ramah dan mesra, hormat

terhadap pandangan pelajar, ketahui latar belakang pelajar, pendengar yang aktif, tunjuk mimik

muka berseri dan manis, guna bahasa yang mudah dan difahami, arahan yang jelas, jitu, ringkas

dan dapat difahami oleh pelajar.

Selain itu guru perlulah mempelajari nama pelajar dan mengingatinya ketika berinteraksi.

bersemangat tinggi dalam pengajaran, galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan,

gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan dan akhir sekali

amalkan pembelajaran kontekstual iaitu kaitkan pelajaran di sekolah dengan pengalaman harian

pelajar dan kaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar

Interaksi ialah satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu

lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya.Contoh–contoh interaksi yang boleh

berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut:

i. Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.

ii. Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.

iii. Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.

iv. Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui satu

persembahan Power Point.

Page 10: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Menurut Flander (1970), terdapat dua jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu interaksi di

antara individu seperti percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan dan interaksi di

antara dengan alam sekitar.Percakapan guru terbahagi kepada dua iaitu pengaruh langsung yang

meliputi guru member syarahan samada member arahan atau mengkritik.Interaksi ini adalah satu

hala dan penglibatan pelajar pada tahap minima. Percakapan murid pula terdiri daripada pelbagai

hala dimana terdiri daripada tindak balas dan respon murid di mana mereka mengambil inisiatif

sendiri untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi senyap

berlaku apabila terdapat kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid dan juga untuk

memhentikan gangguan komunikasi di antara guru murid.

Cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah ialah mengadakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala. Guru boleh menggunakan

strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif, memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi

dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, menggunakan banyak alat bantuan mengajar

yang menarik dan canggih, memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan

canggih.

Guru perlulah menjadi seorang yang pemurah dan mudah memberikan ganjaran atau

peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ganjaran yang mudah mungkin berbentuk gula – gula, hadiah seperti pensel,

pembaris atau buku nota. Guru menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam

pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-emosi yang sihat serta

perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid. Tidak digalakkan pendekatan yang

autokratik yang menyebabkan ada jurang di atara guru dan pelajar. Guru dapat menjadi

pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan yang negatif.

Sifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah akan

meggalakan penonjolan akhlak – akhlak yang mulia yang dapat diteladani oleh pelajar.Akhir

sekali memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi

interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

Page 11: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Masalah – masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah perlulah dikenalpasti oleh guru

supaya proses pembelajaran dan pengajaran yang berterusan dapat dinikmati dan dihargai oleh

pelajar. Masalah displin pelajar perlulah ditangani sebaik mungkin untuk melahirkan insan yang

cemerlang akademik, rohani, jasmani dan inteleknya. Masalah keadaan di bilik darjah yang

tidak selesa dan peralatan yang tidak mencuupi boleh ditangani dengan baik oleh guru.Terdapat

pelbagai cara, teori dan kemahiran yang boleh digunakan untuk mendapatkan pengurusan bilik

darjah, kemahiran komunikasi dan interaksi yang berkesan. Jadilah guru yang mengajar dan

mendidik pelajar ilmu tanpa mengira penat lelah dan jemu demi masa depan negara, agama dan

bangsa.

Page 12: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Lampiran

Rajah 1.0: Kategori Masalah Disiplin Di Sekolah

Rajah 201: Contoh peraturan bilik darjah.

Contoh peraturan bilik darjah

1. Semua murid hendaklah duduk di tempat masing-masing apabila

pelajaran bermula.

2. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik

darjah.

3. Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik darjah.

4. Murid-murid dilarang menconteng dinding, meja, papan notis dan

papan tulis.

Page 13: MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Rujukan

Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3,

Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran

Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008 Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur

dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi

Kumpulan Budiman Sdn Bhd