manasik haji 2

10

Click here to load reader

Upload: mulhimah

Post on 12-Aug-2015

298 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manasik haji 2

"Barang siapa masuk surga, ia bersenang senang dan tidak bersedih, pakainya tidak usang dan

kemudahannya tidak lenyap" (HR.Muslim)

1) Semasa menuju ke Muzdalifah , jemaah haji disunatkan supaya berjalan dengan tenang tanpa tergesa- gesa.

2) Memungut anak-anak batu di Muzdalifah untuk melontar di jamrah..

3) Bersolat Maghrib dan Isya' dalam waktu Isya' ( Jamak Takhir) dengan satu azan dan dua iqamah.

4) Membanyakkan doa terutamanya di Mash'aril Haram.

Waktu melontar jamratul 'aqabah ialah selepas separuh malam ke- 10 Zulhijah

sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah.

Waktu yang afdhal untuk melontar ialah pada waktu Dhuha hari ke-10 Zulhijah.

Melontar jamrah ialah dengan menggunakan 7 biji anak batu sebesar hujung jari kelingking.

Orang yang hendak melontar disunatkan supaya memberi ruang kepada orang-

orang tua, perempuan, dan kanak-kanak.

Mereka juga disunatkan supaya berada dalam keadaan kaabah disebelah kirinya

sementara Mina disebelah kanannya.

AMALAN SUNAT BERKAITAN DENGAN

BERMALAM DI MUZDALIFAH

MELONTAR DI JAMRATUL ‘AQABAH

Page 2: Manasik haji 2

BERMALAM ( مبيت) DI MINA

Jemaah haji wajib bermalam di Mina pada malam-

malam hari Tasyrik iaitu pada malam 11, 12 dan

13 Zulhijah.

Jemaah haji mesti berada di Mina lebih daripada

separuh malam.

Bagi orang yang mempunyai urusan dan ingin

meninggalkan Mina dengan segera , dia boleh

bertolak dari Mina pada 12 Zulhijah , selepas

berada di sana pada malam 11 dan 12 Zulhijah.

Cara ini dinamakan Nafar Awal (نفر أول).

MASA

SYARAT-

SYARAT

SYARAT2

NAFAR AWAL

(نفر أول )

Meninggalkan Mina selepas gelincir matahari dan

sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijah.

Menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah

pada hari 11 dan 12 Zulhijah.

Telah bermalam di Mina selama 2 malam.

Berazam tidak akan kembali semula ke Mina.

Bagi mereka yang meninggalkan Mina pada

hari 13 Zulhijah pula dinamakan Nafar Thani

(نفر ثان )

MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH

Pada Hari Tasyrik diwajibkan melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Ula ( جمرة

.( جمرة العقبت ) dan Jamratul ‘Aqabah ( جمرة الوسطى ) Jamratul Wusta , (األولى

WAKTU

MELONTAR

Hari 11 dan 12 Zulhijah mulai daripada gelincir

matahari hingga terbit fajar hari berikutnya.

Hari 13 Zulhijah mulai daripada gelincir matahari

hingga terbenam matahari

Bagi orang yang tidak sempat melontar pada hari 11 dan

12 Zulhijah , hendaklah melontar pada hari 13 Zulhijah

sebelum terbenam matahari.

Page 3: Manasik haji 2

"Allah akan menolong seorang hambanya, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya"

(HR. Muslim)

Melontar 7 kali pada tiap-tiap jamrah.

Lontaran tidak diniatkan untuk tujuan- tujuan lain.

Melontar dengan batu atau jenis- jenisnya.

Batu yang dilontar hendaklah jatuh ke dalam jamrah dengan yakin.

Melontar dengan tangan bagi yang mampu.

Melontar dengan tertib , dimulai dengan Jamratul Ula ( جمرة األولى) ,Jamratul Wusta ( )جمرة الوسطى dan akhir sekali Jamratul 'Aqabah ( جمرة

.(العقبت

Tidak boleh melontar untuk orang lain , melainkan setelah dia selesai melontar ketiga- tiga jamrah untuk dirinya.

Berada dalam keadaan menghadap kearah kiblat.

Bertakbir dan berdoa sebelum dan selepas setiap

kali membuat lontaran.

Berada lebih 5 hasta dari jamrah.

Muallat antara 7 lontaran.

Tertib antara ketiga-tiga jamrah iaitu dimulakan dengan Jamratul Ula ( جمرة

جمرة الوسطى( ) Jamratul Wusta, (األولى

dan akhir sekali Jamratul 'Aqabah ( .(جمرة العقبت

SYARAT SAH MELONTAR

PERKARA SUNAT KETIKA MELONTAR PADA HARI- HARI TASYRIK

Page 4: Manasik haji 2

"Barang siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, niscaya Allah akan memperbaiki hubungan

dengan sesama manusia" (Sufyan bin Uyainah)

MENINGGALKAN PERKARA- PERKARA

LARANGAN SEMASA IHRAM

LELAKI & PEREMPUAN

Memakai wangi- wangian samada pada badan, pakaian, makanan , minuman dan

menghidunya ke dalam hidung.

Mengerat atau membuang kuku.

Memakai sarung tangan.

Membuang atau mencabut rambut atau bulu pada anggota badan.

Memotong , menebang atau mencabut pokok atau tumbuh- tumbuhan di tanah

haram.

Memburu atau membunuh binatang daratan yang halal dimakan.

Melakukan akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk dirinya sendiri atau

mewakilkan orang lain.

Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercium , berkucup-kucupan atau

berpelukan yang boleh menaikkan syahwat.

Melakukan persetubuhan antara suami isteri.

LELAKI SAHAJA

Menutup kepala atau

sebahagian darinya seperti

memakai songkok , serban

atau sebagainya.

Memakai pakaian yang

bersarung samada berjahit

atau sebagainya seperti

seluar dan baju kemeja.

PEREMPUAN SAHAJA

Menutup muka

walaupun

sebahagian darinya.

HIKMAH LARANGAN SEMASA IHRAM

Untuk membuang sifat sombong dan angkuh

Untuk melatih diri supaya bersabar.

Untuk menimbulkan rasa kasih sayang dan belas kasihan.

Untuk membolehkan para jemaah haji menumpukan kepada ibadah

dengan penuh ikhlas dan tawaduk.

Page 5: Manasik haji 2

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).

PERLAKSANAAN HAJI

HAJI IFRAD ( حج افراد )

HAJI QIRAN

( حج قران )

HAJI TAMATTU'

( حج تمتع )

HAJI IFRAD

( حج افراد )

• Mengerjakan ibadah Haji dan Umrah secara berasingan iaitu Umrah dikerjakan bukan dalam bulan- bulan haji.

• Setelah selesai mengerjakan haji , barulah dilakukan Umrah atau umrah dilakukan sebelum menjelang bulan haji.

• Inilah cara paling afdhal menurut mazhab Syafie dengan syarat umrah ditunaikan dalam tahun yang sama.

HAJI TAMATTU'

حج تمتع( )

• Mengerjakan Umrah terlebih dahulu dalam bulan - bulan haji. Kemudian dikerjakan Haji dalam tahun yang sama. Seseorang itu dikehendaki berniat ihram umrah sahaja serta menunaikan semua rukun dan wajib Umrah.

• Apabila tiba musim haji , dia hendaklah berniat ihram haji pula. Cara ini diwajibkan dam.

HAJI QIRAN

)حج قران(

• 2 cara mengerjakan Haji Qiran :

•1) Mengerjakan Haji dan Umrah dalam bulan haji secara serentak.

•2) Mengerjakan Umrah terlebih dahulu tetapi sebelum bertawaf , ia berniat mengerjakan haji serta umrahnya secara serentak.

• Diwajibkan dam.

Page 6: Manasik haji 2

DAM

MAKSUD

Denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji atau umrah jika

melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut :

Meninggalkan salah satu atau lebih daripada wajib haji atau umrah.

Melakukan salah satu atau lebih perkara-perkara yang dilarang semasa berihram.

Menunaikan haji secara Tamattu’ ( تمتع ) atau Qiran ( قران).

JENIS – JENIS DAM

DAM

TARTIB &

TAKDIR

DAM

TAKYIR &

TA’DIL

DAM

TAKYIR &

TAKDIR

DAM

TARTIB &

TA’DIL

DAM

TARTIB &

TAKDIR

Tertib bermaksud ia wajib dilakukan mengikut urutan .

Takdir pula ialah gantiannya telah ditetapkan oleh syarak

tanpa berlebih kurang.

Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara-perkara

berikut :

- Melakukan haji secara Tamattu’ ( تمتع) atau Qiran ( قران).

- Tidak berwukuf di Arafah. - Tidak melontar di jamrah.

- Tidak berihram di Miqat. -Tidak melakukan Tawaf Wida’.

- Melanggar nazar semasa mengerjakan haji.

BENTUK DAM TARTIB & TAKDIR

Menyembelih seekor kambing atau kibas atau 1/7 bahagian daripada lembu , unta

atau kerbau.

Jika tidak mampu , dia hendaklah berpuasa 10 hari iaitu 3 hari semasa haji dan 7 hari

apabila kembali ke tempatnya.

Jika tidak mampu, dia hendaklah memberi makan fakir miskin sebanyak 10 cukupan

makanan asasi.

Page 7: Manasik haji 2

DAM

TARTIB &

TA’DIL

Ta’dil bermaksud syarak memerintahkan supaya menilai dan

berpindah kepada gantian berdasarkan nilaian tersebut .

Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut :

1) Persetubuhan yang dilakukan sebelum Tahallul Awal atau selesai

menyempurnakan ibadah umrah samada fardu atau sunat. Damnya ialah :

Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat korban.

Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih seekor lembu.

Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih 7 ekor kambing.

Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada fakir miskin di tanah

haram yang sama nilainya dengan harga seekor unta.

Jika tidak mampu , dia hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cukup

makanan yang sama nilainya dengan seekor unta itu.

2) Dia tertahan atau dikepong dalam perjalanan oleh musuh atau perkara-perkara

lain yang menghalang dari memasuki Mekah sedangkan dia sudah berihram. Dia

hendaklah bertahallul dengan bercukur atau bergunting. Damnya ialah :

Menyembelih seekor kambing atau kibas.

Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada fakir miskin yang

sama nilainya dengan seekor kambing.

Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cukup menyamai nilai

seekor kambing.

DAM TAKYIR

& TA’DIL

Takyir bermaksud boleh dipilih untuk melakukan mana-

mana perkara yang ditetapkan.

Dam dikenakan jika jemaah haji melakukan perkara berikut :

Berburu binatang buruan.

Menebang , mengerat atau mencabut pokok di kawasan tanah haram Mekah kecuali jika

pokok tersebut mati kering.

Dam yang dikenakan untuk kesalahan –kesalahan ini boleh dipilih salah satu daripada

perkara berikut :

Menyembelih binatang yang setanding dengan binatang yang diburunya. Umpamanya

rusa dikira setanding dengan lembu dan kijang dikira setanding dengan kambing.

Atau memberi makan kepada fakir miskin yang sama nilainya dengan harga binatang

bandingan tersebut.

Atau berpuasa sebanyak bilangan cukup yang menyamai nilai binatang bandingan

tersebut.

Page 8: Manasik haji 2

“Sedikit makan, sedikit tidur dan sedikit kesenangan merupakan ciri-ciri orang yang dicintai oleh Allah” (Abu

Bakar bin Abdullah Al-Muzani)

DAM TAKYIR & TAKDIR

Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara-perkara

berikut :

Menanggal atau mencabut 3 helai rambut atau bulu daripada mana-mana anggota

badan walaupun secara tidak sengaja.

Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram.

Mengerat , menanggal atau membinasakan kuku pada 3 batang jari.

Memakai wangi- wangian.

Memakaikan minyak dirambut , janggut atau semua bulu muka selain yang tumbuh

dipipi dan dahi.

Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan.

Melakukan persetubuhan selepas selesai tahallul pertama sebelum selesai tahallul

kedua.

Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji. Dam yang dikenakan untuk kesalahan- kesalahan ini boleh dipilih salah satu

daripada perkara berikut :

Menyembelih seekor kambing atau kibas.

Atau bersedekah kepada 6 fakir miskin sebanyak 2 cukupan untuk setiap seorang.

Atau berpuasa selama 3 hari.

Melatih jemaah haji supaya berhati – hati semasa beribadah.

Memberi dorongan kepada jemaah haji supaya bersungguh-sungguh

dan menumpukan sepenuh perhatian agar tidak melakukan kesalahan

dalam ibadah.

Menimbulkan minat untuk berkorban dan membantu fakir miskin.

HIKMAH DAM

Page 9: Manasik haji 2

• Masjid pertama yang dibina di MadinahMASJID QUBA'

• Masjid yang berlaku peristiwa peralihan kiblat dari Baitulmaqdis kepada Baitullahil haram.

MASJID QIBLATAIN

• Makam para Sahabat terkemuka serta para Syuhada' Badar dan Uhud.AL- BAQI'

BADAR

BUKIT UHUD

MENZIARAHI MADINAH

TEMPAT –TEMPAT LAIN YANG DIGALAKKAN SUPAYA DIZIARAHI

Tempat berlakunya peperangan pertama dalam

islam. Di situ terdapat makam sebahagian Syuhada’

badar.

Tempat berlaku peperangan Uhud. Di situ terdapat

makam para Syuhada’ Uhud termasuk Sayyidul

Syuhada’ Hamzah Bi. Abdul Mutalib.

HAJI MABRUR

Haji Mabrur ialah haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima

oleh Allah.

Antara tanda seseorang itu memperoleh haji mabrur ialah apabila dia

menunaikan haji , keadaannya berubah menjadi lebih baik daripada

sebelumnya.

CIRI CIRI HAJI MABRUR

Tidak melakukan perbuatan maksiat dan perkara-perkara tercela semasa

melakukan haji.

Melakukan haji dan umrah dengan penuh ikhlas tanpa sebarang perasaan riak

dan sum’ah.

Memastikan perbelanjaan yang digunakan untuk pengangkutan , makan minum ,

pakaian dan tempat tinggal hanya yang berhasil dari sumber yang halal.

Mengerjakan segala amalan haji dan umrah dengan sempurna.

Menjaga adab- adab semasa mengerjakan haji dan umrah.

Page 10: Manasik haji 2

SOALAN :

؟ترس بوت چارا تيݢ درڤد دوا ڽاتکن .چارا تيݢ دامل دلقساانکن بوليه حاج عبادة (1

دم؟ دکناکن واجب معرة ااتو حاج جامعه سبب امڤت س نارايکن (2

..........................................................اايهل افراد حاج ڤلقساانٴن چارا (3

4)

.............................................. اايهل دأ تس کسالهن ابݢي دکناکن يڠ دم

5)

...........................................................اايهل دأ تس دم دکناکن مڽببکن يڠ ڤربواتن

دعرفت وقوفتيدق تيدق ملونتر جمرة العفبت دمزدلفتتيدق برمالم

کيبس ااتو مکبيڠ سأ يکور مڽمبليه دوا ميسکني يرفق اورڠ امن کڤد برصدقه ااتو

سأ ورڠ چوڤق

هاري تيݢ سالما برڤواسا ااتو