managemente3007

24
MANAGEMENTE30 07 UNIT 7

Upload: rodney

Post on 13-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MANAGEMENTE3007. UNIT 7. UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PENGENALAN Penstafan merupakan salah satu proses pengurusan yang melibatkan proses pengambilan pekerja , pemilihan , orientasi , penilaian prestasi , pertukaran tugasan , pampasan organisasi dan penamatan. Pemilihan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MANAGEMENTE3007

MANAGEMENTE3007

UNIT 7

Page 2: MANAGEMENTE3007

PENGENALAN

Penstafan merupakan salah satu proses pengurusan yang melibatkan proses pengambilan pekerja, pemilihan, orientasi, penilaian prestasi, pertukaran tugasan, pampasan organisasi dan penamatan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 3: MANAGEMENTE3007

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Proses Penstafan Penstafan merupakan salah satu proses pengurusan

yang melibatkan proses pengambilan pekerja, pemilihan, orientasi, penilaian prestasi, pertukaran tugasan, pampasan organisasi dan penamatan.

Pengambilan Pekerja Pemilihan

OrientasiPenilaian prestasi

Pertukaran TugasPampasan

organisasiPenamatan

Latihan dan Pembangunan

Page 4: MANAGEMENTE3007

1. Pengambilan PekerjaPengambilan merupakan satu proses mengenalpasti dan menarik minat calon

yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang kosong di dalam organisasi

melalui aktiviti-aktiviti pengiklanan dan lawatan ke kampus pengajian. Proses

pengambilan pekerja dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti :-

a. Peraturan kerajaan

b. Polisi syarikat

c. Permintaan dan penawaran buruh

d. Kemahiran dan kelulusan

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 5: MANAGEMENTE3007

Manakala calon-calon pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan kosong di dalam organisasi boleh diperolehi dari sumber-sumber berikut:-

a) Sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang bekerja dengan organisasi sekarang.

b) Sumber luaran iaitu individu-individu di luar organisasi seperti di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan buruh , organisasi swasta dan orang perseorangan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 6: MANAGEMENTE3007

Kaedah yang biasa digunakan untuk mengambil pekerja ialah melalui :-

a) Permohonan dan temuduga terus dari calon secara walk in atau write in.

b) Maklumat atau pengiklanan melalui pekerja.c) Memaklumkan kepada agensi-agensi tertentu seperti

jabatan buruh dan lain-lain.d) Membuat pengiklanan menerusi media cetak dan

media elektronik.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 7: MANAGEMENTE3007

2. Pemilihan

Pemilihan merupakan proses untuk memilih calon yang terbaik daripada sejumlah calon-calon yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada sesuatu masa yang tertentu. Prosedur pemilihan pekerja adalah seperti berikut:- 

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 8: MANAGEMENTE3007

a) Borang permohonanCalon-calon yang berminat akan mengisi borang permohonan kerja yang mengandungi maklumaperibadi, mengemukakan resume dan salinan sijil-sil berkaitan yang disahkan.

b) Ujian untuk proses pemilihanUjian-ujian tertentu seperti ujian kecerdasan, ujian bakat dan ujian personaliti dijalankan dalam proses pemilihan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 9: MANAGEMENTE3007

c) TemudugaCalon-calon yang berjaya melepasi dua prosedur pemilihan di atas akan dipanggil untuk ditemuduga supaya pihak pengurusan dapat memperolehi maklumat yang terperinci mengenai kelayakan calon. Manakala calon pula akan memperolehi maklumat berkaitan dengan syarikat.

d) Semakan rujukanPengurus akan mendapatkan maklumat tambahan calon daripada orang-orang yang tertentu yang dimaklumkan oleh calon dalam permohonan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 10: MANAGEMENTE3007

e) Pemeriksaan KesihatanCalon-calon yang berjaya disyaratkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan bekerja untuk memastikan tahap kesihatan calon memenuhi keperluan.

f) Tawaran pekerjaanCalon-calon yang berjaya melepasi prosedur pemilihan di atas akan menerima surat tawaran pekerjaan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 11: MANAGEMENTE3007

3. OrientasiOrientasi merupakan proses untuk memperkenalkan, menyesuaikan dan membudayakan pekerja baru dengan suasana pekerjaan organisasi. Orientasi bertujuan untuk :-a. Menghasilkan pengharapan tugas yang realistikb. Menambahbaik produktiviti melalui pelaksanaan tugas

dengan sempurna.c. Menjimatkan masa dan usaha dalam menyelia dan melatih

pekerja barud. Membaiki kedudukan pekerjaan dengan peningkatan

keyakinan dirie. Mengurangkan konflik di kalangan pekerja lama.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 12: MANAGEMENTE3007

4. Latihan dan PembangunanProgram latihan dan pembangunan merupakan usahausaha yang berterusan yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Latihan merupakan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran pekerja atau menumpukan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pekerja dan syarikat. Keperluan latihan kepada pekerja dikenalpasti melalui :-a. Penilaian prestasi.b. Analisis keatas keperluan pekerjaan.c. Analisis organisasi.d. Pandangan pekerja.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 13: MANAGEMENTE3007

Jenis-jenis latihan yang biasa dilaksanakanialah:-a. Latihan sambil bekerjab. Latihan di luar tempat kerjac. Latihan intensifd. Latihan penginstitusian yang

dikendalikan oleh profesional dari institusi khusus.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 14: MANAGEMENTE3007

Pembangunan pula merupakan program-program yang menekankan aspek kepimpinan , produktiviti dan isu-isu organisasi yang bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang konsep-konsep teoritikal, untuk memperkayakan organisasi melalui program sumber manusia serta menyedarkan pengurus terhadap tanggungjawab mereka. Diantara beberapa contoh pembangunan yang biasa dilaksanakan ialah :-a. Latihan formal yang diadakan di bilik darjah dengan waktu yang

ditetapkan mengikut kurikulum tertentu.b. Latihan formal off job seperti seminar atau bengkel yang

dilaksanakan oleh institusi latihan.c. Pusingan tugas iaitu bertukar dari satu penempatan/kedudukan

ke penempatan/ kedudukan lain.d. Development Position iaitu menempatkan pengurus yang kurang

mahir bersama pengurus yang lebih mahir untuk sementara waktu.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 15: MANAGEMENTE3007

5. Penilaian prestasiPenilaian prestasi merupakan suatu proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja. Penilaian prestasi bertujuan untuk :-a. Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung dengan prestasi

kerja mereka.b. Menyediakan langkah tertentu untuk membantu pekerja

meningkatkan prestasi.c. Memberi asas kepada pengurusan dalam menentukan ganjaran

kepada pekerja.d. Memberi maklumat berhubung dengan keberkesanan aktiviti-

aktiviti pemilihan, latihan dan pembanguna pekerja.e. Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber

manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan atau pembesaran organisasi.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 16: MANAGEMENTE3007

Penilaian prestasi boleh dibahagikan kepada dua kategori:a. Penilaian tidak formal: proses memberi

maklumbalas yang berpanjangan kepada pekerja tentang apakah yang dicapai oleh mereka setakat ini dan penilaian ini dilakukan setiap hari.

b. Penilaian formal: dilakukan setiap dua tahun seklai ataupun setahun sekali.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 17: MANAGEMENTE3007

Tugas dan tanggungjawab untuk menilai prestasi pekerja dilakukan oleh pengurus terdekat. Walau bagaimanapun penilaian juga boleh dilakukan oleh sekumpulan pengurus dan sekumpulan rakan sekerja untuk seseorang pekerja.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 18: MANAGEMENTE3007

Kaedah penilaian yang biasa digunakan untuk menilai prestasi pekerja adalah :-a. Senarai semakan (checklist) – cara yang termudah untuk

menilai prestasi dengan berdasarkan kepada senaraib. Graphic rating scales – alat yang paling popular

diguanakan dan boleh dikatakan sebagai senarai semakan yang lebih terperinci.

c. Behaviourally anchored rating scales (BARS) – cara yang lebih menumpukan kepada perkara yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja daripada menumpukan kepada ciri-ciri peribadi.

d. Essay appraisal – satu esei yang mencirikan kelemahan, kekuatan, gelagat dan prestasi pekerja.

e. Model MBO – teknik penilaian yang kompleks hasil daripada penerimaan program-program MBO.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 19: MANAGEMENTE3007

6. Pertukaran Tugas

Pertukaran tugas bermaksud pekerja akan dipindahkan dari tugas asal ke suatu tempat tertentu sama ada disebabkan kenaikan pangkat, diturunkan pangkat atau ditukarkan ke tempat lain.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 20: MANAGEMENTE3007

7. Pampasan organisasi

Pampasan organisasi merupakan sebarang bentuk ganjaran yang diterima oleh pekerja daripada organisasi kerana sumbangan yang mereka berikan. Ganjaran-ganjaran yang diterima terdiri daripada gaji dan upah, kenaikan gaji, bonus, insentif dan lain-lain yang berkaitan dengan kewangan.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 21: MANAGEMENTE3007

Objektif sistem pampasan adalah untuk memberikan ganjaran kepada pekerja secara adil dan setimpal dengan usaha mereka dan sebagai daya tarikan untuk mengekalkan kerja yang cekap dan efektif. Pampasan terdiri daripada dua bentuk iaitu pampasan kewangan dan faedah organisasi. Pampasan kewangan:adalah seperti pencen, insuran , pendidikan, percutian dan pelbagai kemudahan sampingan termasuk rawatan pergigian dan cuti bersalin.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 22: MANAGEMENTE3007

Pampasan dlm bentuk faedah organisasi:Terbahagi kepada dua iaitu:-berbentuk kewangan seperti insuran keselamatan dan cuti bergaji. bukan berbentuk kewangan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pekerja seperti cuti bersalin, cuti melanjutkan pelajaran, pusat perkhidmatan kanak-kanak dan perkhidmatan kaunseling.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 23: MANAGEMENTE3007

8. Penamatan

Penamatan bermaksud pekerja meninggalkan organisasi yang disebabkan oleh perletakkan jawatan, dibuang kerja, bersara atau meninggal dunia.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Page 24: MANAGEMENTE3007

Kesan Penstafan Terhadap Organisasi

a. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan ke atas calon yang layak dan yang diperlukan.

b. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan calon yang terbaik dari kalangan pemohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu

c. Pekerja-pekerja baru dapat bekerja dengan lebih baik dan selesa melalui proses orientasi.

d. Kemahiran pekerja dapat ditingkatkan melalui program-program latihan yang diadakan.

e. Ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran yang ada pada pekerja dapat membantu dalam peningkatan produkriviti organisasi.

UNIT 7 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA