malpemakanan di kalangan penduduk dewasa di hulu terengganu papers/pert vol. 13 (1) apr. 1990...atau...

10
Pcrtanika 13(1), 53-62 (1990) Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu WAN ABDUL MANAN B. MUDA, Jabalan Perubatan Masyarakat Pusat Pengajian Sains Perubatan Universili Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang, Malaysia Keywords: Malpemakanan, indeks jisim badan, ketebalan lipatan kulit, lemak subkutin, anemia pemakanan, angkubah-angkubah sosioekonomi, perbelanjaan bulanan untuk makanan. ABSTRAK Penilaian iaraf pemakanan ke alas penduduk-penduduk dewasa lelah dijalankan di dua buah kampung di I lulu Terengganu pada tahun 1982. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kewujudan malpemakanan di kalangan penduduk dewasa di kawasan luar bandar dan juga untuk mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang berkait secara signifikan dengan taraf pemakanan mereka. Populasi kajian terdiri dari 40 lelaki dan 67 wanita (N = 107) yang merangkumi ketua isirumah atau isteri-isleri ketua isirumah. Indikator ulama taraj pemakanan yang digunakan dalam kajian ini ialah indeks jisim badan, namun Iain-lain ukuran antropometrik juga diambilkira. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapal kewujudan malpemakanan di kalangan penduduk dewasa di kawasan tersebul; 16% dari sampelyang dikaji mempunyai beral badanyang rendah dari 70% berat piawai. Sebanyak 57.5% dari responden lelaki mempunyai berat badanyang kurang dari 30% berat piawai. Berdasarkan titik pemisah indeks jisim badan didapati 30.8% dari jumlah responden mengalami malpemakanan. JVilai hemoglobin juga menunjukkan bahawa 38.5% dari jumlah responden wanita mengalami anemia pemakanan (n — 62) Lebih dari separuh jumlah responden wanita mempunyai nilai hematokrit di bawah paras normal. Di antara pembolehubah- pembolehubah sosio-ekonomi yang mempunyai korelasi yang signifikan dengan tar aj pemakanan ialah pendidikan, pendapatan dan belanjawan bulanan untuk makanan. ABSTRACT The assessment of nutritional status of adults was carried out in two villages in Hulu Trengganu in 1982. The aims of the study were to assess the extent of malnutrition among the adult population in the rural areas and to identify socioeconomic variables which could significantly be related to their nutritional status. The study population consisted of 40 males and 67 females (N — 107) who were either heads of household or their spouses. The main indicator of nutritional status employed in the study was body mass index of the respondents; however, other anthropometric measurements were also considered. Results of the study indicated that some degree of malnutrition was prevalent in the adult population; 16% of the population under study Weighed less than 70% standard and 57.5% of the males weighed less than 80% standard. Based on the body mass index cut off point, it wasfound that 30.8% of the respondents were malnourishea. Hemoglobin values also show that 38.5% thefemale respondents suffered from nutritional anemia (n = 62). More than half oj the females have hemotocrit values below normal (n = 62). Among the socioeconomic variables which had a significant correlation with nutritional status were education, income and monthly food expenditure. PENDAHULUAN ncgara membangun yang lain. Masalah ke- Taraf pemakanan dan kesihatan penduduk buluran atau kelaparan tidak wujud seperti di Malaysia pada keseluruhannya boleh dianggap negara-negara Afrika. Lagipun kadar kematian lebih memuaskan daripada kebanyakan negara- bayi di Malaysia semakin menurun dari setahun

Upload: vuongthu

Post on 18-Aug-2019

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

Pcrtanika 13(1), 53-62 (1990)

Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasadi Hulu Terengganu

WAN ABDUL MANAN B. MUDA,

Jabalan Perubatan MasyarakatPusat Pengajian Sains Perubatan

Universili Sains Malaysia11800 Pulau Pinang, Malaysia

Keywords: Malpemakanan, indeks jisim badan, ketebalan lipatan kulit, lemak subkutin, anemiapemakanan, angkubah-angkubah sosioekonomi, perbelanjaan bulanan untuk makanan.

ABSTRAK

Penilaian iaraf pemakanan ke alas penduduk-penduduk dewasa lelah dijalankan di dua buah kampung di I luluTerengganu pada tahun 1982. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kewujudan malpemakanan di kalanganpenduduk dewasa di kawasan luar bandar dan juga untuk mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang berkaitsecara signifikan dengan taraf pemakanan mereka. Populasi kajian terdiri dari 40 lelaki dan 67 wanita (N = 107)yang merangkumi ketua isirumah atau isteri-isleri ketua isirumah. Indikator ulama taraj pemakanan yang digunakandalam kajian ini ialah indeks jisim badan, namun Iain-lain ukuran antropometrik juga diambilkira.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapal kewujudan malpemakanan di kalangan penduduk dewasa dikawasan tersebul; 16% dari sampelyang dikaji mempunyai beral badan yang rendah dari 70% berat piawai. Sebanyak57.5% dari responden lelaki mempunyai berat badanyang kurang dari 30% berat piawai. Berdasarkan titik pemisahindeks jisim badan didapati 30.8% dari jumlah responden mengalami malpemakanan. JVilai hemoglobin jugamenunjukkan bahawa 38.5% dari jumlah responden wanita mengalami anemia pemakanan (n — 62) Lebih dariseparuh jumlah responden wanita mempunyai nilai hematokrit di bawah paras normal. Di antara pembolehubah-pembolehubah sosio-ekonomi yang mempunyai korelasi yang signifikan dengan tar aj pemakanan ialah pendidikan,pendapatan dan belanjawan bulanan untuk makanan.

ABSTRACT

The assessment of nutritional status of adults was carried out in two villages in Hulu Trengganu in 1982. The aims ofthe study were to assess the extent of malnutrition among the adult population in the rural areas and to identifysocioeconomic variables which could significantly be related to their nutritional status. The study population consisted of40 males and 67 females (N — 107) who were either heads of household or their spouses. The main indicator ofnutritional status employed in the study was body mass index of the respondents; however, other anthropometricmeasurements were also considered.

Results of the study indicated that some degree of malnutrition was prevalent in the adult population; 16% of thepopulation under study Weighed less than 70% standard and 57.5% of the males weighed less than 80% standard.Based on the body mass index cut off point, it was found that 30.8% of the respondents were malnourishea. Hemoglobinvalues also show that 38.5% the female respondents suffered from nutritional anemia (n = 62). More than half oj the

females have hemotocrit values below normal (n = 62). Among the socioeconomic variables which had a significantcorrelation with nutritional status were education, income and monthly food expenditure.

PENDAHULUAN ncgara membangun yang lain. Masalah ke-Taraf pemakanan dan kesihatan penduduk buluran atau kelaparan tidak wujud seperti diMalaysia pada keseluruhannya boleh dianggap negara-negara Afrika. Lagipun kadar kematianlebih memuaskan daripada kebanyakan negara- bayi di Malaysia semakin menurun dari setahun

Page 2: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

WAN ABDUL MANAN B. MUDA

ke setahun (Perangkaan Penting, 1987). Tetapigambaran di atas tidaklah bererti negara kitamempunyai taraf pemakanan yang tinggi.Perbezaan taraf hidup antara penduduk dapatdikesan apabila kita mengkaji jurang-jurangyang wujud di antara pelbagai kelompokmisalnya, miskin dan kaya, bandar dan luarbandar serta antara kumpulan etnik.

Masalah malpemakanan di Malaysia masihlagi berleluasa terutama di kawasan-kawasanpedalaman yang taraf hidupnya masih rendahatau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan menunjukkan bahawa malpemakanandi kalangan kanak-kanak di kampung-kampungmiskin masih lagi tinggi (Chen, 1981; Chong,1984). Malpemakanan dapat di kategorikansebagai parah, sederhana dan ringan; malpema-kanan parah dan sederhana masih ketara danperlu dibasmi demi menjamin penduduk masadepan yang lebih cergas dan cerdas.

Kebanyakan kajian dan survei tarafpemakanan yang dijalankan di Malaysiamengkaji tentang taraf pemakanan kanak-kanakdan bayi. Tetapi kajian tentang taraf pemakananorang-orang dewasa agak berkurangan. Kajiantentang taraf pemakanan orang-orang dewasayang pernah dijalankan di Malaysia meliputibeberapa kumpulan penduduk, contohnya,penduduk bandar (Jones, 1976), penduduk estet(Chandrasekharan & Marimuthu, 1980), dananggota tentera (ICNND, 1964; Chong, 1982).Di dalam kaji selidik ini taraf pemakanan orang-orang dewasa di luar bandar dan beberapa faktorsosioekonomi yang mempunyai perkaitan rapatdengan indikator-indikator taraf pemakananmereka dikaji dan dikenal pasti.

KAEDAH DAN BAHAN

Methodologi

Kaji selidik ini dijalankan ke atas dua buahkampung di Hulu Terengganu untuk menilaitaraf pemakanan penduduk dewasa dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kampung-kampung yang dipilih adalah kawasan luarbandar yang kemudahan infrastrukturnya masihmundur dan sumber pendapatan pendudukbanyak bergantung kepada kerja-kerja pertani-an. Setelah pemilihan dibuat, Kampung PasirNering dan Kampung Kuala Por telah dijadikan

kawasan kaji selidik. Kedua-dua kampung,tersebut terletak di pinggir Sungai Terengganu,jaraknya kira-kira 6 kilometer dari pekan KualaBrang. Penduduk di kawasan tersebut terdiridaripada orang-orang Melayu yang sebilanganbesarnya adalah petani dan pekerja kampung.Jumlah isi rumah di kawasan tersebut adalahseperti berikut: Kampung Kuala Por — 32 isirumah; Kampung Pasir Nering — 87 isi rumah.

Rangka asal kajian mengharapkan 100%penglibatan daripada isi rumah di kedua-duabuah kampung tersebut. Tetapi kerana beberapaisi rumah menarik diri dan tidak mahumengambil bahagian maka kajian ini hanyaberjaya mendapatkan kerjasama daripada 75 isirumah dari Pasir Nering (86%) dan 32 isi rumahdari Kuala Por (100%). Seorang ketua isi rumahatau isterinya dipilih bagi setiap isi rumah untukmaksud kaji selidik ini. Jumlah responden untukkajian ini iaiah 107 (N = 107). Kaji selidik inidijalankan pada bulan Jun — September 1982.

Pengumpulan DataKutipan data dijalankan menggunakan bebera-pa kaedah seperti temubual dengan borang soalselidik, ukuran antropometri dan pengambilandarah. Maklumat yang dicatatkan melalui soalselidik iaiah butir-butir sosioekonomi sepertipendapatan, umur, saiz keluarga, pendidikan,jumlah perbelanjaan untuk makanan dansebagainya. Ukuran antropometri yang diambiliaiah berat badan, tinggi, ketebalan lemaksubkutin trisep dan ukurlilit lengan. Nilaibiokimia yang diukur adalah paras hemoglobindan hematokrit, untuk ukuran ini seramai 62orang atau 58% jumlah besar responden (N =62) telah membenarkan darah mereka diambil.Sampel-sampel darah itu kemudiannya dihantarke Makmal Hematologi di Hospital Besar KualaTrengganu untuk dianalisis.

Indikator Taraf PemakananIndikator utama taraf pemakanan yang di-gunakan untuk kaji selidik ini iaiah Indeks JisimBadan (Body Mass Index). Selain daripada ituukuran berat untuk tinggi, ketebalan lipatankulit trisep dan lilitan lengan juga dinilaiberdasarkan ukuran piawai oleh D.B. JellifFe(1966). Indeks jisim badan atau indeks Quetletadalah nisbah berat badan kepada kuasa duatinggi (Bray, 1980; Stewart, 1980). Kuasa fungsi

PERTANIKA VOL. 13 NO. 1, 1990

Page 3: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

MALPEMAKANAN DI KALANGAN PENDUDUK DEWASA DI HULU TERENGGANU

(power function) tersebut digunakan untukmeminimumkan keberkesanan berat ke atasukuran. Indeks jisim badan telah digunakansecara meluas untuk menilai darjah kegemukan(Bray, 1980; Stewart, 1980; Bray, 1978) dan jugapenilaian taraf pemakanan kanak-kanak (Rao &Rao, 1975). Penyelidik menganggap indeks jisimbadan sebagai satu indikator yang penting untukmenentukan malpemakanan (undernutrition)sebagaimana untuk menilai obesiti. Kebaikanmenggunakan indeks jisim badan berbandingdengan berat badan adalah kerana ia tidakmemerlukan berat piawai.

Penggunaan indeks jisim badan ke ataskajian di Malaysia dipelopori oleh Jones di dalamkajian perbandingan tentang prevalens obesiti dikalangan orang-orang dewasa dari tiga kaumetnik utama di Kuala Lumpur (Jones, 1976).Kumpulan penyelidik tempatan juga menggu-nakan ukuran indeks jisim badan di dalam kajianmereka ke atas kumpulan anggota tentera padatahun 1979 (Chong, 1982). Chong et al, (1982)menggunakan paras indeks jisim badan < 20sebagai mencerminkan kurang berat badan(underweight). Untuk kaji selidik ini julat indeks18 — 24 dikira sebagai nilai normal dan sebarangnilai yang kurang dari 18 dianggap malpemaka-nan*dan lebih dari 24 dikira gemuk. Julat iniadalah rujukan yang dihitung oleh penulisberdasarkan julat IJB daripada jadual yangdigunakan oleh Bray (1980).

Indeks Jisim Badan =Berat (kg)

Tinggi2 (meter)

KEPUTUSANBilangan responden (N) yang dikaji ialah seramai107 orang (40 lelaki dan 67 wanita). Jadual 1membentangkan taburan frekuensi respondenberdasarkan umur mereka. Angkubah-angkubahpemakanan yang dicatatkan untuk penilaian disini adalah berat badan, ketebalan subkutinlemak trisep, ukurlilit lengan dan indeks jisimbadan. Jadual 2 — 5 menunjukkan taburan fre-kuensi angkubah-angkubah pemakanan di atas.

JADUAL1Taburan frekuensi umur responden

Umur

10 - 2021 - 3031 - 4041 - 5051 - 6061 — 7071 - 8081 - 90

JUMLAH

Bilangan

4193224

1510

12

107

Peratus

3.717.829.922.414.09.3

.91.9

100.0

Rujukan PiawaiPiawaian yang digunakan untuk kaji selidik iniadalah daripada Jelliffe (1966). Antara rujukanpiawai termasuklah: Berat untuk Tinggi (Lelakidan Wanita); Lipatan Kulit Trisep; Dewasa(Lelaki dan Wanita); Lilitan Lengan, Dewasa(Lelaki dan Wanita).

Titik pemisah nilai hemoglobin yangdigunakan ialah 13 g/dl untuk lelaki dan 11.5 g/dluntuk wanita, sebagaimana yang digunakan olehMakmal Hematologi, Hospital Besar, KualaTrengganu. Manakala titik pemisah hemotokritpula ialah 40% bagi lelaki dan 36% bagi wanita.

* Malpemakanan untuk kajian ini bermaksud kurangpemakanan (undernutrition).

PERTANIKA VOL.

Indeks jisim badan adalah suatu indeks yangmenerangkan tentang darjah kurus atau gemukseseorang individu. Indeks ini sangat bergunauntuk menerangkan taraf pemakanan seseorangkerana perhitungannya berdasarkan pengambil-an pemakanan masa lampau. Dari Jadual 2 kitadapat melihat taburan frekuensi indeks jisimbadan untuk kedua-dua jantina. Indeks yangboleh diterima sebagai normal ialah di antara 18— 24; sebarang nilai yang lebih atau kurang darijulat itu bolehlah dianggap sebagai gemuk ataumalpemakanan. Kadar responden yang menga-lami malpemakanan ( < 18.0) dari Jadual 2 ialah30.8%. Bilangan ini adalah hampir satu per tigadari jumlah populasi kajian. Berdasarkan jantinakita dapati 13 orang lelaki dan 20 orang wanitatermasuk di dalam kategori malpemakanan.

Dari Jadual 3 kita dapati kira-kira 16%daripada responden mempunyai berat badanyang kurang daripada 70% berat piawai. Beratmajoriti (77.6%) responden berada di dalamjulat 75% — 95% paras piawai. Cuma 2.8%sahaja dari jumlah responden yang mempunyaiberat 110% piawai atau lebih. Nyatalah di sinibahawa penduduk tidak mengalami kelebihan

13 NO. I, 1990 55

Page 4: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

WAN ABDUL MANAN B. MUDA

JADUAL 2

Taburan indeks jisim badan berdasarkan jantina

Indeks JisimBadan

Bawah 16.0

16.1 - 18.0

18.1 - 20.0

20.1 - 22.0

22.1 - 24.0

24.1 - 26.0

JUMLAHLAJUR

BilanganLclaki

3(2.8)

10(9.8)12

(11.2)8

(7.6)7

(6.5).0

(0.0)

40(37.4)

BilanganWanita

7(6.5)13

(12.1)21

(19.6)19

(17.8)4

(3.7)3

(2.8)

67(62.6)

JumlahBaris

10(9.3)23

(21.5)33

(30.8)27

(25.2)11

(10.3)3

(2.8)

107(100.0)

Peratus

Kumulatif

9.3

30.8

61.7

86.9

97.2

100.0

JADUAL 3

Taburan be rat badan (peratus bcrat piawai) bcrdasarkan jantina

Bcrat Badan*(% Bcrat Piawai)

55 dan kurang

60

65

70

75

80

85

90

95

100

110 dan lebih

JUMLAHLAJUR

BilanganLclaki

1(2.5)

(2.5)3

(7.5)3

(7.5)7

(17.5)8

(20.0)6

(15.0)7

(17.5)3

(7.5) ,1

(2.5)0

(0.0)

40(37.4%)

BilanganWanita

0(0.0)

0(0-0)

4(6.0)

5(7.5)

8(11.9)

15(22.4)

9(13.4)

9(13.4)

11(16.4)

3(4.5)

3(4.5)

67(62.6%)

JumlahBaris

1(0.9)

1(0.9)

7(6.5)

8(7.5)15

(14.0)23

(21.5)15

(14.0)16

(14.6)14

(13.1)4

(3.7)3

(2.8)

107(100.0%)

PeratusKumulatif

0.9

1.8

8.4

15.9

29.9

51.4

65.4

80.4

93.5

97.2

100.0

56

Peratus piawai ini dihitung bcrdasarkan jadual-jadual bcrai untuk tinggi Idaki drwasa dan wanita drwasadari buku D.B. JdliiTc The Assessment of the Nutritional Status of the Community, ms. 238-241.

PERTANIKA VOL. [3 NO. 1, 1990

Page 5: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

MALPEMAKANAN DI KALANGAN PENDUDUK DEWASA DI HULU TERENGGANU

berat badan, tetapi kurang berat badan yanglebih ketara. Jika kita ambil 80% piawai sebagaititik pengasingan antara berat normal dankurang berat maka kita dapati 51.4% peratusmengalami kekurangan berat. Berdasarkanjantina pula, kaum lelaki (57.5%) lebih ramaiyang mengalami kekurangan berat (80% piawai)berbandingdengan kaum wanita (47.8%). Lebihramai wanita yang mempunyai berat lebihdaripada 90% piawai berbanding dengan lelaki(38,8%) lwn (27.5%). Tidak ada seorang punlelaki yang melebihi berat 100% piawai.

Keputusan ukuran ketebalan subkutinlemak trisep dipaparkan di dalam Jadual 4.Tebal lipatan kulit adalah ukuran kalorisimpanan. Simpanan ini ditentukan oleh ke-tebalan subkutin lemak. Ukuran ini jugaberanggapan bahawa subkutin lemak merupa-kan sebahagian daripada lemak badan yangmalar dan boleh diramal (James, 1976). DariJadual 4 kita dapati 68% daripada respondenmempunyai ketebalan lipatan kulit trisep dalamjulat 70% atau kurang dari piawai. Hanya 9%mempunyai paras 100% piawai atau lebih. Hasilukuran ini menunjukkan bahawa sebilanganbesar responden mempunyai simpanan lemakyang rendah. Jadual 4 juga menunjukkan kira-kira 55% lelaki mempunyai ketebalan kulit trisep

bawah daripada 60% piawai, tetapi bagi pihakwanita jumlahnya adalah 37.3% sahaja. Nilaibawah daripada 60% piawai ini menandakanmanifestasi malpemakanan yang dialami olehresponden-responden. Keputusan untuk ukur lilitlengan ditunjukkan di dalam Jadual 5. Jumlahresponden yang mempunyai ukur lilit lengan80% atau kurang dari piawai ialah 53.3%. Lebihkurang 50% daripada lelaki mempunyai ukuran90% piawai, manakala bagi kumpulan wanitahanya 25.4%. Perbezaan nilai di antara wanitadan lelaki ini amat bererti berdasarkan ujianstatistik khi kuasa dua (F = 11.32, p < .02).

Jadual 6 menunjukkan nilai hemoglobinyang diambil daripada 62 responden yang terdiridaripada 23 lelaki dan 39 wanita. Berdasarkannilai piawai hemoglobin normal, kita dapati38.5% wanita mengalami paras hemoglobinyang rendah (< 11.5 g/dl). Di kalangan lelakipula terdapat 30.4% yang mempunyai nilai dibawah normal (13.0 g/dl). Ini bermakna 30.4%lelaki dan 38.5% wanita yang mempunyai nilairendah tersebut mengalami anemia pemakanan.Anemia pemakanan didefinisikan oleh W.H.O.(1979) sebagai,

"keadaan kandungan hemoglobin di dalamdarah rendah dari normal akibat ke-kurangan satu atau lebih nutrien perlu,

JADUAL 4Taburan ketebalan lipatan kulit (Peratus ketebalan piawai) berdasarkan jantina

KetebalanLipatan Kulit(% Piawai)

Bawah 60

60 - 70

71 - 80

81 - 90

91 - 100

lebih 100

JUMLAHLAJUR

BilanganLelaki

(%)

22(55.0)

4(10.0)

4(10.0)

2(5.0)

4(10.0)

4(10.0)

40(37.4)

BilanganWanita

(%)

25(37.3)

22(32.8)

6(9.0)

6(9.0)

2(3.0)

6(9.0)

67(62.6)

JumlahBaris

(%)

47(43.9)

26(24.3)

10(9.3)

8(7.5)

6(5.6)

10(9.3)

107100.0)

PeratusKumulatif

43.9

68.2

77.6

85.0

90.7

100.0

PERTANIKA VOL. 13 NO. 1, 1990 57

Page 6: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

WAN ABDUL MANAN B. MUDA

JADUAL 5

Taburan ukur lilit Iengan (Peratus piawai) berdasarkan jantina

UkurlilitIengan

(% Piawai)

60

70

80

90

100

JUMLAHLAJUR

BilanganLelaki(%)

2(5.0)

2(5.0)

10(20.0)

20(50.0)

6(15.0)

40(37.4

BilanganWanita

(%)

1(1.5)

9(13.4)

33(49.3)

17(25.4)

7(10.4)

67(62.6)

JumlahBaris(%)

3(2.8)11

(10.3)43

(40.2)37

(34.6)13

(12.1)

107(100.0)

PeratusKumulatif

2.8

13.1

53.3

87.9

100.0

tanpa mengira punca kekurangan ter-sebut.

Berdasarkan nilai hematokrit normal (Lelakidewasa — 40 — 54%; wanita dewasa — 36 —47%), Jadual 7 menunjukkan nilai yang dibacauntuk kedua-dua jantina. Dari jadual tersebutdapat dilihat bahawa lebih separuh (56.4%)jumlah responden wanita mempunyai nilaibawah dari normal. Kira-kira 50% respondenlelaki mempunyai nilai yang rendah.

Keputusan nilai hemoglobin dan hematokritdi atas mengesahkan kehadiran anemiapemakanan yang agak tinggi di kalanganresponden.

Keputusan di dalam Jadual 8 hingga 10menunjukkan taburan beberapa angkubahsosioekonomi yang dikaji. Taburan pendapatanresponden di dalamjadual 8 mempamerkan julatpendapatan $101 — $200 mewakili 33.6% darijumlah populasi kajian. Jadual itu jugamenunjukkan bahawa terdapat kira-kira 58%daripada responden berpendapatan $200 kebawah sebulan. Peratus jumlah mereka yangberpendapatan $300 ke bawah pula adalah78.5%. Angka ini menandakan bahawa lebihdari tiga per empat populasi kajian berpendapat-an $300 ke bawah sebulan. Secara umumdapatlah dirumuskan bahawa pendapatan

JADUAL 6

Taburan nilai hemoglobin berdasarkan jantina (N = 62)

Nilai Hb(g/dl)

8.0 - 11.4

11.5 - 13.0

13.1 - 16.5

16.6 - 18.0

JUMLAHLAJUR

BilanganLelaki

(%)

1(4.3)

6(26.1)

15(65.2)

1(4.3)

23(37.1)

BilanganWanita

(%)

15(38.5)

17(43.6)

7(17.9)

0(0.0)

39(62.9)

JumlahBaris(%)

16(25.8)

23(37.1)

22(35.5)

1(1.6)

62(100.0)

PeratusKumulatif

25.8

62.9

98.4

100.0

PERTANIKA VOL. 13 NO. 1, 1990

Page 7: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

MALPEMAKANAN DI KALANGAN PENDUDUK DEW ASA DI HULU TERENGGANU

JADUAL 7

Taburan nilai hcmatokrit berdasarkan jantina (N = 62)

Nilai Hematokrit

(%)

24 - 35

36 - 39

40 - 47

48 - 54

JUMLAH

BilanganLclak'

4(17.4)

8(34.8)

10(43.5)

1(4.3)

23(37.1)

BilanganWanita

22(56.4)

13(33.3)

4(10.3)

0(0.0)

39(62.9)

JumlahBaris

26(41.9)

21(33.9)

14(22.6)

1(1.6)

62(100.0)

PeratusKumulatif

41.9

75.8

98.4

100.0

penduduk di dalam komuniti yang dikaji rendahjika dibandingkan dengan median pendapatan isirumah penduduk luar bandar SemenanjungMalaysia bagi 1984 yang berjumlah $596 sebulan(FMP, 1986).

Di dalam Jadual 9 taburan pendidikanresponden yang berdasarkan bilangan tahunpersekolahan dibentangkan. Bilangan merekayang tidak pernah mendapat sebarangpendidikan formal adalah sebanyak 34.6%.Sebilangan besar penduduk pernah menghadiripersekolahan, iaitu kira-kira 56% pernahmenghadiri sekolah rendah. Bagi mereka yangmendapat latihan pendidikan 7 tahun ke atasbolehlah dianggap sebagai pernah mendapatpelajaran menengah, bilangan mereka adalahsebanyak 9.3%. Secara keseluruhan kita dapatitaraf pendidikan di kalangan responden masihrendah dengan kira-kira satu per tiga dari merekatidak pernah mendapat pendidikan formal danbuta huruf.

Taburan mengenai jumlah perbelanjaan isirumah bulanan untuk makanan dipaparkan didalam Jadual 10. Dari jumlah isi rumah yangdiselidiki terdapat 64.5% peratus yang mem-belanjakan $120 ke bawah sebulan untukmakanan. Secara purata harian, ini bermakna isirumah tersebut membelanjakan $4.00 ataukurang sehari untuk menampung makanan isikeluarga mereka. Bagi 15.9% responden yangmembelanjakan $60 atau kurang sebulan,perbelanjaan harian untuk makanan merekaadalah $2.00 atau kurang. Purata saiz isi rumah

JADUAL 8

Taburan pendapatan bulanan isi rumah

PeratusanPendapatan

Bawah $100$101 - $200$201 - $300$301 - $400$401 - $500$501 - $600$600 kc atas

JUMLAH

Taburan

Pendidikan

Bilangan

26362212

542

107

JADUAL 9

pendidikan responden

Bilangan(Bil. tahun bersekolah)

01 - 34 - 67 - 9

10 - 1515 - 20

JUMLAH

371545

3

61

107

Peratus

24.333.620.611.24.73.71.7

100.0

Peratus

34.614.042.1

2.85.60.9

100.0

di dalam komuniti yang dikaji ialah 5 orang. Jikadikira berdasarkan perbelanjaan per kapitauntuk makanan kita akan dapati bahawa kira-kira 64% dari isi rumah membelanjakan 80 sen

PERTANIKA VOL. 13 NO. 1, 1990 59

Page 8: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

WAN ABDUL MANAN B. MUDA

JADUAL 10rraburan perbelanjaan bulanan untuk makanan

Perbelanjaan Makanan ($)

0 - 6 061 - 120

121 - 180181 - 240241 - 300301 - 400

JUMLAH

Bilangan

1752121763

107

Pcratus

15.948.611.215.95.62.8

100.0

atau kurang sehari. Dan kira-kira 16% dari isirumah menyediakan 40 sen atau kurang seorangsehari untuk makanan. Keadaan begini nyatasekali bakal mempengaruhi kemasukan dankecukupan makanan individu yang seterusnyaakan menentukan taraf pemakanan mereka padakeseluruhannya.

Korelasi Angkubah Pemakanan dan SosioekonomiKajiah ini juga menganalisis data yang dikutipuntuk melihat korelasi di antara angkubah-angkubah pemakanan dan angkubah-angkubahsosioekonomi yang terpilih. Jadual 11 memapar-kan korelasi hasil momen Pearson antaraangkubah-angkubah pilihan.

Salah satu dari tujuan kajian ini ialah untukmelihat faktor-faktor sosioekonomi yang berkaitrapat dengan taraf pemakanan. Sebagaimanayang dibentangkan di dalam Jadual 11 kitadapati beberapa korelasi yang bererti di antaraangkubah pemakanan dan angkubah sosioeko-nomi. Taraf pelajaran mempunyai kaitan yangbererti dengan indeks jisim badan (p < .01),berat badan (p < .01) dan tinggi (p < .05).Kaitan ini mentafsirkan bahawa peningkatanpelajaran berkait rapat dengan peningkatanindeks jisim badan, berat dan tinggi seseorangindividu dan sebaliknya. Jumlah perbelanjaanbulanan famili untuk makanan melihatkankorelasi yang erat dengan ketebalan, skinfoldtrisep (p < .001) dan juga ukur lilit dengan (p <.01), indeks jisim badan (p < .05) serta tinggi (p< .05). Korelasi ini bermakna dengan Iebihbanyak jumlah wang dibelanjakan untukmakanan kemungkinan kita akan inendapatitaraf pemakanan yang Iebih tinggi. Pendapatanjuga berkait dengan indeks jisim badan (p < .05)dan tinggi (p < .05).

PERBINCANGANData mengenai taraf pemakanan memperlihat-kan bahawa sebilangan besar dari pada res-ponden mengalami masalah malpemakanan dan

IndeksJisim Badan

Berat

Tinggi

KetebalanLipatan Kulit

Ukur lilitLengan

*** p <

** P <* P <

JADUAL 11Korelasi hasil momen

PendidikanResponden

**

.2957

.2674*

.1977

.1002

.1147

.001 Ringgit -

.-01 •

.05 K a p U a "

PendapatanBulanan

*

.2066

.1478*

.2330

.1143

.1177

Pearson '.

Ringgit

*

.1997

.1401*

.1978***

.2903

**.2880

V = 107)

Kapita

.0307

- .0280

.1329

.1571

.1169

Jantina

-.0146

*

-.1908***

-.6439

- .0020

-.1832

- Jumlah Perbelanjaan Bulanan untuk makanan

Perbelanjaan Per Kapita untuk makanan/bulan

I'mur

**

-.2541

**

-.2881

.0213

-.1244

-.1322

60 PERTANIKA VOL. 13 NO. 1, 1990

Page 9: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

MALPEMAKANAN DI KALANGAN PENDUDUK DEWASA DI HULU TERENGGANU

kurang berat badan. Lebih ramai lelaki yangkurang berat badan. Taburan berat dari datajuga agak selaras dengan ukuran lemak subkutin.Mereka yang kurang berat badan atau kurusdatang dari kumpulan yang sama dengankerendahan ukuran ketebalan lipatan kulittrisep. Walaupun kaji selidik ini tidak men-catatkan ingatan dietari 24 jam, namun dari hasilpemerhatian dan perbualan dengan respondenpenyelidik mendapati kebanyakan merekamemakan makanan yang kaya dengan sumberkarbohidrat, terutama nasi dan pulut. Pengam-bilan makanan yang bersumberkan kalori sahajatetapi kurang protein dan nutrien-nutrien lainyang perlu adalah tidak seimbang dan bolehmengakibatkan taraf pemakanan yang rend ah.

Berdasarkan bentuk fizikal dan disokongoleh nilai indeks jisim badan, sebilanganresponden menunjukkan ciri-ciri malpemakan-an. Mereka juga mungkin mengalami kekurang-an nutrien yang lain seperti besi yangdimanifestasikan oleh nilai hemoglobin yangrendah. Sesetengah daripada responden kelihat-an lebih tua dari umurnya, keadaan ini mungkinakibat dari kerja kuat yang menggunakan tulangempat kerat dan pengeluaran tenaga yang tidakseimbang dengan kemasukan dietari mereka.Situasi di atas meliputi responden lelaki danperempuan, kerana kerja-kerja pertanian sepertibercucuk tanam memerlukan tenaga fizikaltanpa memilih jantina. Kajian-kajian lain pernahmelaporkan bahawa malpemakanan dapatmenyebabkan kekurangan produktiviti buruhyang rendah dan kekurangan kecekapan buruh(labour efficiency) (Popkin, 1978; Desai, 1984).Di dalam keadaan begini, malpemakanan,produktiviti dan pendapatan berkait rapat didalam satu "putaran ganas" (vicious cycle) yangsedang beroperasi. Kaitan pendapatan dan tarafpemakanan memanglah nyata seperti yangdibuktikan di dalam Jadual 11 yang me-maparkan korelasi indeks jisim badan danpendapatan isi rumah. Adalah biasa bagipenduduk miskin untuk membelanjakan sebaha-gian besar dari pendapatan mereka untukmakanan (ADB, 1978). Ishak Shari (1983) didalam kajian beliau melaporkan bahawa orang-orang Melayu luar bandar yang berpendapatanrendah membelanjakan 76.2% dari pendapatanmereka untuk makanan (termasuk tembakau danminuman) pada tahun 1957 dan 69.5% pada

tahun 1973. Jadi tidak syak, mereka yang miskinseperti penduduk Ulu Trengganu di dalam kajiselidik ini pendapatan merupakan salah satufaktor yang penting di dalam menentukan tarafpemakanan mereka. Keadaan ini dimanifestasi-kan oleh korelasi positif jumlah perbelanjaanbulanan famili untuk makanan dengan indeksjisim badan, ketebalan lipatan kulit, ukur lilitlengan dan tinggi responden (Jadual 11).

Satu lagi faktoi sosioekonomi yangmempunyai pertalian rapat dengan tarafpemakanan ialah taraf pendidikan. Tarafpendidikan di sini dimaksudkan dengan bilangantahun seseorang itu menerima pendidikanformal. Mereka yang mempunyai 11 tahun(tamat sekolah menengah) atau lebih, berke-mungkinan mendapat pekerjaan yang lebihsetabil dari mereka yang kurang pendidikan atausetakat sekolah rendah. Pendidikan tinggi jugamemberi peluang yang lebih baik untukmendapatkan pekerjaan dan pendapatan yanglebih terjamin daripada kerja-kerja pertanian,misalnya bekerja dengan kerajaan dan mendapatgaji bulanan. Korelasi yang bererti di antarapendidikan dan taraf pemakanan (indeks jisimbadan dan berat badan) mengesahkan perkaitan-perkaitan yang dibincang.

KESIMPULANMemanglah tidak dapai kita nafikan bahawamasalah malpemakanan belum lagi terhapus diMalaysia. Masalah ini bukan saja dialami olehkanak-kanak dan bayi sebagaimana yang seringdilaporkan. Tetapi malpemakanan juga bolehdialami oleh orang-orang dewasa yang sajianmakanan mereka tidak seimbang dengan hasilkeluaran tenaga mereka atau ketidakcukupanmakanan berzat. Taraf pemakanan orang-orangdewasa di Hulu Terengganu yang dibentangkandi dalam kaji selidik ini mendapati bahawasebilangan besar penduduk masih dikongkongoleh malpemakanan. Indeks jisim badandigunakan sebagai indikator taraf pemakanan.Penyelidik juga mendapati indeks ini danukuran-ukuran antropometri yang lain menun-jukkan kadar malpemakanan di kalanganresponden masih tinggi. Nilai hemoglobin danhematokrit juga menyatakan ramai respondenyang mengidap anemia pemakanan. Hasil kajiselidik ini mendapati beberapa angkubahsosioekonomi seperti pendidikan, pendapatan

PERTANIKA VOL. 13 NO. 1, 1990 61

Page 10: Malpemakanan di Kalangan Penduduk Dewasa di Hulu Terengganu PAPERS/PERT Vol. 13 (1) Apr. 1990...atau ketidakseimbangan makan masih diamal-kan. Kajian-kajian taraf pemakanan yang di-Iaporkan

WAN ABDUL MANAN B. MUDA

dan jumlah perbelanjaan bulanan untukmakanan, mempunyai korelasi yang berertidengan taraf pemakanan. Kajian yangselanjutnya amatlah perlu untuk merancangkanstrategi-strategi pencegahan dan rawatan yangdapat meningkatkan produktiviti dan tarafkesihatan di kalangan penduduk dewasa negaraini.

PENGHARGAANPenulis mengucapkan ribuan terima kasihkepada Haizan Mahmud, Fatimah Ahmad, WanRosnani Abdullah, Zainab Adam dan ZainabSulaiman dari Kuala Brang; Wan Zaharah danFatimah (Jururawat, Hospital Besar, KualaTerengganu); En. Wahab (Pembantu HospitalKuala Brang); Mohd. Yusuf Ismail, Bahariah Hj.Ahmad, Hamisah Deraman, Yap Tin Seng danC.N. Rajan dari Makmal Hematologi, HospitalBesar, Kuala Terengganu di atas segala bantuandan kerjasama mereka sepanjang waktu kajiandijalankan.

RUJUKANASIAN Development Bank. 1978. Rural Asia: Challenge

and Opportunity, New York: Praeger Publishers.

BRAY, GEORGE A. 1978. Definition, Measurement andClassification of the Syndrome of Obesity. Internal,J . Obesity 2: 99-112.

BRAY, GEORGE A. 1980. Obesity m America, p. 1-19.Washington D.C.: U.S. Dept. Hlth. Educ. &Welfare, (N.I.H. Publication No. 80 - 359).

CHANDRASEKHARAN, N. and MARIMUTHU, T. 1980.

An Inquiry into the State of Food, Nutrition andHealth in Plantations. Med. J. Malaysia 34: 226-229.

CHEN, P.C.Y. et al 1981. A Nutrition Study of theInterioir, West Coast and Kudat Divisions ofSabah. Kuala Lumpur: University of MalayaDept. Soc. & Prevent. Med.

CHONG, Y.H. et al. 1984. Status of CommunityNutrition in Poverty Kampungs. Kuala Lumpur:Institute for Medical Research, Bulletin No. 22.

CHONG, Y.H. etal. 1984. Status of Community Nutri-

tion in Poverty Kampungs. Kuala Lumpur: Institutefor Medical Research, Bulletin No. 22.

DESAI, I. D. et al. 1984. Marginal Malnutrition and.Reduced Physical Work Capacity of MigrantAdolescent Boys in Southern Brazil. Am. J. Clin.Nutn. 40: 135-145.

FIFTH MALAYSIA PLAN. (1986). Kuala Lumpur:National Printing Department, p.99.

INTERDEPARTMENTAL COMMITTEE O N NUTRITION

FOR NATIONAL DEFENCE (ICNND). 1964.

Federation of Malaya; Nutrition Survey, Sept. —October 1962, A Report by ICNND, United StatesGovernment Printing Office.

ISHAK SHARI. 1983. Perubahan dalam CorakPerbelanjaan Pengguna di Semenanjung Malaysia,1957 - 1973. Akademika 22: 83-113.

JAMES, W.P.T. 1976. Research in Obesity, A Report ofDHSS/MRC Group, London: Department ofHealth and Social Security, Medical ResearchCouncil.

JELLIFFE, D.B. 1966. The Assessment of the Nutri-tional Status of the Community. Geneva: W.H.O.pp. 50 - 78.

JONES, J.J. 1976. A Comparative Study of thePrevalence of Adult Obesity in the three RacialGroups of Kuala Lumpur, Med. J. Malaysia. 30:256-260.

POPKIN, Barry M. 1978. Nutrition and LabourProductivity. Soc. Sri. & Med. 12C: 117-125.

RAO, B. and RAO, N.P. 1975. Association of GrowthStatus and the Incidence of Nutrition DeficiencySigns. Am. J. Clin. Nulr. 28: 209-215.

STEWART, Anita R. BROOK, and R.L KANE, 1980.

Conceptualization and Measurement of HealthHabits for Adults in the Health Insurance Study:Vol. II, Overweight. Santa Monica: RandCorporation.

WORLD HEALTH ORGANIZATION 1979. The Pre-

valence of Nutritional Anaemia in Women inDeveloping Countries, p. 7. Geneva: W.H.O.,(FHE/79.3, A Literature Review Compiled by theDivision of Family Health).

(Diterima 17 April, 1989).

PERTANIKA VOL. 13 NO. 1, 1990