malaysia - parlimen.gov.my · pinang). tuan han abdul salam bin awang, a.m.n. (dilantik). ......

99
Jilid II Bil. 8 MALAYSIA Bari Khamis 4hb Jun, 1992 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KAND UN GAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1349) RANG UNDANG-UNDANG Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) [Ruangan 1432) Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) [Ruangan 1467) Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) (No. 2) [Ruangan 1494) Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) [Ruangan 1496] USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan [Ruangan 1431] DICBTAK OLEH PllRCBTAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, IBU PEJABAT, KUALA LUMPUR 1994

Upload: phamthien

Post on 14-Mar-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

Jilid II Bil. 8

MALAYSIA

Bari Khamis 4hb Jun, 1992

PENYA TA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KAND UN GAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1349)

RANG UNDANG-UNDANG

Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) [Ruangan 1432)

Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) [Ruangan 1467)

Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) (No. 2) [Ruangan 1494)

Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) [Ruangan 1496]

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan [Ruangan 1431]

DICBTAK OLEH PllRCBTAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, IBU PEJABAT, KUALA LUMPUR

1994

Page 2: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATO' VADIVELOo A/L GovINDASAMY, D.P.M.S., S.M.S., A.M.N. (Dilantik).

"

"

"

"

Menteri Belia dan Sukan, TUAN HAn ANNUAR BIN MUSA (Dilantik).

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, TUAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SUBRAMANIAM, D.s.N.s., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR SAK CHENG LuM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.I.S., B.S.I., P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAn ABDULLAH, P.I.s., P.P.M. (Johor).

TuAN ABDUL RASHID BIN IsMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik).

DATUK HAn AHMAD BIN HAn ABDULLAH, D.M.s.M., D.s.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN HAn AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik).

PuAN RAJAH AsMAH BINTI HAn ISMAIL, A.M.N., P.J.K. (Pahang).

TUAN HAJI AzMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

DATO' AzuMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

PUAN RAJAH CHE PORA BINTI HAJI OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN KWAI, D.S.D.K., A.M.K., .P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG Cm SIONG alias CHONG FAH (Negeri Sembilan).

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

Page 3: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1343 4 JUN 1992 1344

Yang Berhormat TUAN DAHALAN BIN HAJ1 EMBUN (Perlis).

"

"

" .. "

"

.. "

"

"

"

"

"

TUAN DING SELING {Dilantik).

TuAN HAJJ DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur)..

TUAN GHAZALI BIN HAJJ EMBONG, P.J.K. {Dilantik).

PuAN ffAJAH HABIDAH BINI'I JusoH alias YusoF, P.I.K. (Terengganu) .

w AN HAMID EDRUCE BIN TuANKU HAn MOHAMAD, A.B.S. (Sarawak).

TUAN Ho CHENG WANG (Perak).

PuAN IDA DUMPANGAL NEE IDA UNDAN, B.S.K. (Sabah).

TuAN lsu BIN HAn S1PUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TuAN ITAM WALi BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAn JAMALUDIN BIN HAn AHMAD, A.M.N., A.N.s., P.M.c., P.J.K., I.c. (Negeri Sembilan).

TUAN JoHAN B.O.T. GHANI alias CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik) .

PuAN KALTHOM BINTI HAJJ OTHMAN (Kelantan).

TUAN c. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

PuAN LAW JACK YOON (Dilantik).

DATO' DR MAK HoN KAM, D.P.M.P., I.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

JEN. {B) TAN SRI DATO' MOHD. GHAZALI BIN DATO' MOHD. SETH, M.I.D., P.P.M., K.M.N., J.M.N., S.MJ., P.P.C., P.N.B.S., D.P.MJ., P.S.M .• S.P.MJ., P.M.N., S.J.M.P.,

D.H.M.S., P.G.A.T. (Dilantik).

TUAN MoHD. ZAIN BIN HAJJ MAT DAUD (Kelantan).

TUAN MUNISAMY A/L KUPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

TUAN NEO TUAN CHENG, P.P.N. (Johor).

TUAN No PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO' No THIAN HocK, D.s.s.A., s.M.s., P.J.K., J.P. (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PuAN RosALIND YAU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

· PuAN HAIAH RosNAH BINTI HAJJ MoHD. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

Page 4: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

:..

1345 4 JUN 1992 1346

Yang Berhormat TUAN SAAD BIN HAn MAN (Dilantik).

"

"

"

.. "

..

..

"

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

TUAN V. K. SELLAPPAN, s.s.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SHUIB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAn SHUIB BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

TUAN DouGLAs SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATUK TAN GIM HUA, D.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang).

DATO' TAN Trnw BocK, D.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik) .

TUAN K. VIJAYANATHAN A/L KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik) .

DATUK DAVID YEOH ENG HOCK, D.M.S.M. (Dilantik) .

TUAN HAn ZAINAL BIN Mo. DERos, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

PuAN RAJAH ZALEHA BINTI HussIN (Dilantik).

Page 5: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1347 4 JUN 1992

DEWAN NEGARA

PEGA WAI-PEG AW Al KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha: Zamani bin Sulaiman.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy.

Pen. Pegawai Penerbitan: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Suhor bin Rusin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Rajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.s.o., P.J.K.

1348

Page 6: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1349 4 JUN 1992 1350

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Khamis, 4hb Jun, 1992

Mesyuarat dimulakan pad.a pukul 2.30 petang

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERT ANY AAN­PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Neo Tuan Cheng.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan No. 1.

INDUSTRI NANAS DI JOHOR­GALAKAN

1. Tuan Mustafa bin Awang (di bawah S.0.23(2)) minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan apakah Kementerian bercadang menggalakkan tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu baik dan permintaan yang begitu hebat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, saya pohon izin untuk menjawab bagi pihak Kementerian Perusahaan Utama.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian ini memanglah berhasrat untuk meneruskan usaha meningkatkan penanaman nanas ke seluruh negara terutamanya di negeri Johor Darul Takzim, memandangkan negeri ini mempunyai infrastruktur dan pengalaman yang luas dalam memaju dan membangunkan industri ini. Pada masa ini terdapat tiga buah kilang besar dan sebuah kilang kecil nanas serta keadaan tanah yang sesuai bagi maksud tanaman nanas.

Dalam Rancangan Malaysia Keenam, program pembangunan industri nanas banyak ditumpukan di negeri Johor. Dalam hubungan ini, pihak pengilang nanas dengan bantuan Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan tanah yang sesuai di negeri berkenaan bagi menambahkan pengeluaran buah nanas dan seterusnya meningkatkan pengeluaran nanas kaling untuk dipasarkan di dalam dan di luar negeri.

Waiau bagaimanapun, memandang­kan kawasan tanaman nanas di negeri ini adalah terhad, pihak Lembaga Perusahaan Nan as Malaysia tel ah membuat rancangan untuk mengem­bangkan industri nanas ini ke negeri­negeri lain seperti negeri-negeri Terengganu, Selangor, Perak dan Sarawak.

Bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, negeri Sarawak telah memperuntukkan tanah seluas 10,000 ekar untuk dimajukan sebagai ladang nanas dan mendirikan kilang hasil kerjasama di antara SEDC Sarawak dan FIMA. Insya Allah, dengan kedudukan pasaran antarabangsa bagi nanas kaling yang menggalakkan pada masa ini, industri nanas mempunyai prospek yang baik pada masa hadapan.

Puan Hajah Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Untuk menggalakkan rakyat menanam nanas bukan hanya di Johor sahaja, tidakkah Kerajaan bercadang untuk membawa masuk benih-benih nanas dari Indonesia yang termasyhur

Page 7: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1351 4 JUN 1992 1352

manisnya, atau adakah hanya di Brastagi, Indonesia sahaja yang sesuai dan manis?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, nanas­nanas di Malaysia pun cukup manis. Jadi, kita tak payah import klon daripada negara-negara luar.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu mengenai skim subsidi untuk tanaman nanas. Adakah ini meliputi syarikat-syarikat dan apakah kelayakan untuk mendapat faedah tersebut?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan subsidi untuk tanaman nanas, subsidi hanya dikeluarkan kepada pekebun kecil sahaja dengan bantuan sebanyak $1,729 sehektar.Jadi, bantuan sekali sahaja pada masa mula dia menanam.

Jadi, selain daripada subsidi bantuan tanaman semula nanas, pihak Kementerian juga mengeluarkan subsidi baja separuh harga. Subsidi yang diberikan adalah bernilai sebanyak $120 sehektar.

JUALAN MURAH-PENIPUAN PENIAGA

2.Tuan Syed Abdul Hamid Sagaff minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan berapa ramaikah peniaga­peniaga yang telah diambil tindakan:

(a) tidak mempamerkan tanda harga barangan; dan

(b) penipuan terhadap "Jualan Murah".

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, sejak

Kem~nterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan iaitu pada 27hb Oktober, 1990 hingga 30hb April, 1992 seramai 1,705 peniaga telah diambil tindakan undang-undang atas kesalahan tidak mempamerkan tanda harga ke atas barang-barang yang dijual secara runcit.

Bilangan peniaga yang diambil tindakan undang-undang berhubung dengan kesalahan jualan murah pula ialah seramai 173 orang.

Tuan Shuib bin Endut: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sedar, tanda harga barang itu diletakkan tetapi terlampau mahal daripada harga yang sebenarnya. Adakah ini satu kesalahan?

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, selain dari barangan perlu atau essential items, dengan izin, yang di bawah Jadual, barangan-barangan lain harganya adalah mengikut harga pasaran. ·Dan di dalam negara kita ini yang mana kita mengamalkan sistem pasaran terbuka atau, dengan izin, open market economy, maka harga-harga barangan pada keselurhannya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti supply and demand, dengan izin, atau permintaan dan bekalan. Tetapi apa yang diperlukan atau diwajibkan di bawah Akta atau Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1977 adalah sebanyak 111 jenis barangan perlu diletakkan dengan tanda harga.ltu sahaja apa yang diwajibkan terhadap para peniaga di bawah Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit).

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan, walaupun soalan ini terkeluar sedikit dari soalan asal tetapi demi kepentingan orang ramai saya ingin tahu daripada. . ..

Tuan Yang di-Pertua: Kalau terkeluar tidak bolehlah.

Page 8: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1353 4 JUN 1992 1354

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, mungkin soalan ini berkaitan dengan soalan asal. Apakah kaedah­kaedah yang telah pun ditentukan oleh Kementerian terhadap mempamerkan tarikh luput ataupun tarikh terakhir untuk mengg.unakan barang-barang makanan?

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, walaupun soalan itu terkeluar sedikit dari soalan asal, saya juga cuba menjawab sedikit, apa yang saya boleh jawab.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Perintah Kawalan Harga (Pelabelan) oleh pengilang, pengimport dan pengeluar atau penjual borong, mereka juga harus meletakkan pelabelan berkenaan pihak pengimport atau pihak pengeluar dan juga negara-negara dari mana barang-barang itu di import. Berkenaan dengan penandaan shelf life, sesuatu barang makanan, memang ada peruntukan yang mana barang­barang makanan diwajibkan untuk ditandakan tarikh shelf life itu dan jikalau ada mereka yang menjual barang-barang yang mana shelf life pun telah tamat, di sini saya ingin maklumkan bahawa tujuan untuk mengadakan penand~~m tarikh shelf life barangan itu adalah untuk memberi peluang kepada para pengguna atau pembeli untuk menyemak dan menentukan bahawa mereka tidak membeli sesuatu barangan yang telah tamatnya shelf life itu.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, bagaimana Kementerian mengawal pekedai-pekedai ataupun peniaga­peniaga supaya tidak ada penye­lewengan dalam jualan murah kerana didapati bahawa banyak kedai-kedai mengiklankan jualan murah itu sehingga sepanjang tahun?

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, jualan murah dikawal di bawah Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1987, yang telah

dilaksanakan mulai lhb Januari, 1988. Mengikut kehendak-kehendak di bawah Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah), pada masa sekarang, mereka yang ingin menjalankan jualan murah perlu menghantar atau memberi notis kepada Kementerian. Mereka yang hendak menjalankan jualan murah kurang dari lima hari, hanya diperlukan untuk menghantar notis dalam masa 24 jam (24 hour notice).

Mereka yang hendak menjalankan jualan murah dari tempoh masa lima hari hingga 30 hari diperlukan untuk memberi notis 30 hari sebelum jualan murah itu dijalankan. Pemberian notis ini diberi melalui borang-borang yang disediakan, dalam borang itu harus disebut jenis-jenis barangan yang akan ditawarkan dalam jualan itu. Yang kedua, harga tawaran dan juga harga sebelum tawaran, harus juga disebut. Dan juga tempoh masa yang mana jualan itu akan bermula dan tamat.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua soalan untuk ditujukan kepada Setiausaha Parlimen ini. Apakah Kementerian mengetahui harga barang-barang di kilang dan harga barang pemborong dan waktu hendak jual runcit? Dan apakah ada garispanduan apabila pekedai-pekedai ini hendak meletakkan tanda harga berapa peratus keuntungan harus diambil daripada harga tersebut ataupun dibiarkan begitu sahaja?

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, seperti yang saya sebut tadi, selain dari harga barang-barang perlu atau essential items yang di bawah Jadual, harga barang-barang yang lain­lain diletak mengikut, dengan izin, market forces atau pada kese­luruhannya harga-harga sesuatu barangan adalah dipengaruhi oleh faktor bekalan dan permintaan.

Page 9: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1355 4 JUN 1992

TAHUN MELA WAT MALAYSIA 1994-KEMPEN MELALUI

"ROAD SHOW"

3. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menjelaskan:

1356

sebahagian dari aktiviti-aktiviti promosi ini. Aktiviti ini akan diadakan di bandar-bandar utama negara-negara pasaran­pasaran luar negeri yang berpotensi seperti negara-negara ASEAN, Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

(a) bagaimanakah sambutan para pelancong terhadap Tahun Melawat ASEAN yang telah dilancarkan pada awal tahun ini;

(c) Di dalam usaha untuk

(b) apakah pihak Kementerian bercadang mengadakan kempen di luar negeri melalui "Road Show" bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1994; dan

(c) apakah perancangan pihak Kementerian bagi menyedarkan rakyat mengenai Tahun Melawat Malaysia 1994.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Dato' Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Adalah terlalu awal untuk menilai sambutan para pelancong terhadap Tahun Melawat ASEAN 1992 yang telah dilancarkan pada awal tahun ini.Angka-angka sebenar bagi lain-lain negara ASEAN belum dapat diperolehi. Waiau bagaimanapun bagi Malaysia, bilangan para pelancong yang tiba untuk 4 bulan tahun ini bagi Semenanjung Malaysia adalah seramai 1,673,700 orang berbanding dengan masa yang sama pada tahun 1991 adalah seramai 1,688,390 orang.

(b) Di dalam usaha menjayakan Tahun Melawat Malaysia 1994, Kementerian ini melalui Lembaga Penggalakan ·Pelan­congan Malaysia tel ah merancang berbagai-bagai akti vi ti promosi luar negeri. "Road Show" merupakan

menyedarkan rakyat mengenai pelancongan, khususnya Tahun Melawat Malaysia 1994, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan melalui kerjasama daripada beberapa pihak tertentu, khususnya Kementerian Penerangan (TV dan Radio) dan media cetak akan mengaturkan beberapa program pubhsi.ti melalui:

(i) Penayangan filem-filem, rencana, video clip, slaid, pembinaan "billboard", poster-poster, risalah­risalah dan bahan-bahan publisiti lain mengenai destinasi-destinasi pelancongan dan acara­acara/aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 1994.

(ii) Menganjurkan majlis-majlis temuramah, perbin­cangan, forum, sidang­sidang akhbar dan penge­luaran "supplement".

(iii) Mengatur dan mengada­kan majlis-majlis dialog/ ceramah penerangan di mana perlu dengan pihak­pihak tertentu.

(iv) Mengadakan program­program latihan, ceramah dan khidmat nasihat mengenai pelancongan, khususnya kepada kaki-tangan 'Kumpulan Hadapan' di dalam industri pelancongan.

Page 10: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1357 4 JUN 1992 1358

(v) Bagi tujuan menggalakkan rakyat/orang ramai melan­cong di Tahun Melawat Malaysia 1994 itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan merancang untuk men­dapatkan kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat di dalam industri pelancongan untuk melaksanakan beberapa strategi berupa insentif ke arah meningkatkan 'Domestic Tourism' seperti menawarkan harga­harga istimewa bagi perjalanan dan penginapan ke tempat-teinpat pelan­congan dalam negeri.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dari pengalaman yang kita dapat dalam Tahun Melawat Malaysia 1990, terdapat beberapa hotel dengan cara sesuka hati menaikkan harga biliknya untuk mendapat keuntungan yang tinggi. Mungkin ini satu tindakan yang tidak bijak sebab ini akan menakutkan atau beri satu imej yang tidak baik kepada pelancong-pelancong dari luar negeri. Oleh sebab itu, adakah Kementerian bercadang a tau mempunyai apa-apa langkah atau apa­apa kuasa untuk mencegah atau mengawal harga-harga bilik hotel itu pada masa yang akan datang?

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita melancarkan Tahun Melawat Malaysia memang dari segi penginapan di hotel­hotel agak runcing di bawah paras yang baik untuk dilaksanakan bagi pihak hotel-hotel yang berkenaan. Waiau bagaimanapun, setelah Kerajaan menubuhkan Kementerian Kebu­dayaan, Kesenian dan Pelancongan dan kita juga telah melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1990, kedatangan pelancong-pelancong amatlah meng-

galakkan. Saya tidak menafikan bahawa terdapat segelintir, saya ingin maklumkan segelintir pengusaha­pengusaha hotel telah menaikkan kadar penginapan hotel yang agak tidak munasabah. Waiau bagaimanapun, Kementerian telah menjemput pihak­pihak pengusaha hotel mengadakan perbincangan dan dialog dari semasa ke semasa menerangkan bahawa untuk jangka panjang adalah baik bagi mereka tidak menaikkan sewa hotel dengan sewenang-wenangnya kerana Kerajaan begitu serius ingin menarik pelancong-pelancong datang melawat ke Malaysia. Waiau bagaimanapun, penginapan hotel sebenarnya bergantung kepada demand and supply. Jadi terdapat pihak-pihak hotel yang menaikkan kadar hotel, tetapi juga munasabah.

Waiau bagaimanapun, saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat yang bertanya, walaupun kenaikan kadar hotel yang dimaksudkan itu tetapi dari segi perbandingan dengan hotel-hotel di negara-negara lain, khususnya di Asia ini, kadar yang dikenakan oleh hotel-hotel di Malaysia masih lagi rendah dengan kadar-kadar hotel di negara-negara lain jika dibandingkan dari segi "star", umpamanya "five star" dengan "five star", "three star" dengan "three star"hotel di kalangan negara-negara Asia ini.

Di samping itu, untuk langkah jangka panjang Kementerian juga mengadakan peruntukan dan akan memberi insentif kepada pihak-pihak yang ingin membangunkan hotel melalui insentif-insentif tertentu yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan. Kita juga telah mengadakan satu peruntukan yang agak besar untuk pembinaan hotel-hotel sederhana di mana Kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang $120 juta untuk tujuan pembinaan hotel-hotel sederhana dan ianya insya Allah, jika mengikut jadual

Page 11: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1359 4 JUN 1992 1360

sudah tentu kita hendak supaya hotel­hotel ini diselesaikan sebelum hujung tahun 1993 yang akan datang. Di samping itu, kita juga menggalakkan pihak-pihak swasta untuk mem­bangunkan hotel-hotel bertaraf sederhana ini supaya dapat menampung pelancong-pelancong yang datang ke negara kita disebabkan oleh kemahuan pelancong-pelancong untuk datang ke Malaysia basil daripada promosi dan penggalakan yang dibuat oleh Kerajaan untuk memperkenalkan Malaysia kepada pelancong-pelancong luar negeri khususnya.

Tuan Haji Shuib bin Shawal: Tuan Yang di-Pertua, apakah ada ataupun tidak pada pandangan Kerajaan, ada di antara pelancong-pelancong yang melancong ke negara ini atas dasar pelancongan tetapi telah melibatkan diri di dalam bidang pelacuran. Jika ada, apakah langkah Kerajaan yang telah ataupun yang akan diambil?

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelan­congan menggalakkan pelancong­pelancong datang ke Malaysia dengan tujuan melancong dan berkelakuan baik. Tetapi kalau ada mereka yang berkelakuan tidak senonoh, ia adalah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Johan B.O.T. Ghani: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana negara kita dijangka akan menerima ramai pelancong dari negara Jerman, Jepun, Perancis dan Amerika, apakah Kementerian bercadang untuk mengadakan kursus bahasa bagi negara-negara yang disebutkan di atas ~epada pemandu-pemandu teksi, pemandu-pemandu pelancong, pekerja­pekerja hotel dan juga pekerja-pekerja di Iapangan terbang?

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua, memang bagi pemandu-pemandu pelancong kita juga

mengadakan kursus-kursus di dalam beberapa bahasa, bukan sahaja bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Jepun, tetapi juga termasuk bahasa Arab, bahasa Mandarin dan juga beberapa bahasa yang lain lagi. Bagi pemandu­pemandu teksi, setakat ini untuk makluman Yang Berhormat, kita tidaklah mengadakan kursus-kursus tersebut tetapi saya difahamkan bahawa persatuan teksi yang berkenaan ada menggalakkan supaya ahli-ahlinya belajar bahasa-bahasa terutamanya bahasa lnggeris yang menjadi percakapan antarabangsa.

V AN-KRITERIA JENIS KENDERAAN

4. Tuan· Isli bin Haji Si put min ta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah kriteria dalam menentu­kan kenderaan jenis van; dan

(b) adakah kenderaan yang dikate­gorikan sebagai kenderaan jenis van oleh negara pengeksport di mana selaras dengan Akta Kastam Antarabangsa seperti kenderaan dengan No. Kod Perjenisan 870333221 juga dalam kategori yang sama dalam Akta Kastam Malaysia. Jika tidak, apakah justifikasi untuk pihak Kementerian berbuat demikian.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Loke Yuen Yow): Tuan Yang di-Pertua, kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia di dalam menentukan kenderaan jenis van adalah seperti berikut:

(i) pinto di bahagian hadapan (gap pemandu) adalah dari jenis berensel, manakala di belakang ataupun tepi adalah dari jenis gelunsur;

(ii) tingkap di bahagian hadapan (gap pemandu) adalah dari jenis winding, manakala di belakang

Page 12: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

"

1361 4 JUN 1992 1362

biasanya adalah dari jenis gelunsur;

(iii) kedudukan enjin biasanya di bawah pemandu ataupun penumpang hadapan;

(iv) extended gap dari pemandu dan penumpang-kebuk;

(v) ruang barangan (boot compartment) bersekali dengan pemandu dan penumpang; dan

(vi) seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam.

Nombor Kod Perjenisan 870333221 mengikut Kod Tarif Kastam adalah ditakrifkan sebagai 'Four-Wheel Drive Vehicles other than Van, Station Wagon and Motorcar' dan bukannya sebagai Van. Kod tersebut tidak selaras dengan Akta Kastam Antarabangsa kecuali Kod Tarif 870333 yang tertakluk dengan harmonised system yang ditetapkan di Custom Cooperative Council (CCC) di Brussels, Belgium pada tahun 1988.

Pada 25hb J anuari tahun ini, struktur tarif bagi Nombor Kepala 8703 telah dipinda di mana sub kepala bagi 2-purpose vehicles telah digantikan dengan four-wheel drive vehicles other than vans station wagons and motorcars manakala sub kepala bagi passenger motor vehicles with seats for seven persons, but not more than nine persons including the driver telah digantikan dengan van. Langkah ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengkaji semula dan menyelaraskan struktur duti . ke atas kenderaan 2-purpose dan kenderaan penumpang iaitu sesuai dengan perkembangan semasa mengenai kenderaan-kenderaan bermotor di dalam negara kita ini.

Tuan lsli bin Haji Siput: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat satu soalan tambahan. Saya sangat berpuas hati atas jawapan Timbalan Menteri Kewangan berkenaan dengan perkara soalan asal tadi adalah satu isu yang agak hangat satu ketika dahulu ..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, apa soalannya?

Tuan Isli bin Haji Siput: Soalan saya, apakah Kementerian sedar bahawa the duty vehicle four-by-four ini adalah sama rata, tetapi pembayaran yang diterima oleh setengah-setengah negeri kita di Malaysia seperti Sabah, Sarawak dan Semenanjung adalah sedikit berbeza kerana saya dapat tahu bahawa di Sabah lebih bayarannya daripada Sarawak. Adakah Kerajaan sedar atau tidak?

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, saya kurang pasti jenis motor yang dikatakan, four-wheel drivekah atau apa?

Tuan Yang di-Pertua: Boleh ulangi?

Dato' Loke Yuen Yow: Tolong ulangi soalan itu fasal ini teknikal sedikit.

Tuan lsli bin Haji Siput: Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, apakah Kementerian sedar bahawa kenderaan jenis four-by-four iaitu biasanya yang diimport daripada Jepun (Toyota Land Cruiser) ada perbezaan pembayaran duti kastam, tetapi bukan daripada segi duti yang telah ditarifkan.

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, biasanya tidak ada perbezaan mengenai import duti ataupun sales tax ataupun excise duty yang dikenakan ke atas four-wheel drive yang diimport. Kemungkinan apa yang telah terjadi ialah vehicles ataupun motor-motor yarig dikatakan oleh Yang Berhormat iaitu four-wheel drive vehicles ada sedikit perbezaan dari segi motor itu yang diimport ke dalam negara kita ini, iaitu kalau four-wheel drive motor itu diimport sebagai CKD (Completely Knocked-Down), import duty adalah 5%. Jikalau CBU (Completely Built-up Unit) adalah 50%. Dari segi sales tax,

Page 13: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1363 4 JUN 1992 1364

tidak ada perbezaan CKDkah ataupun CBU -dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, excise duty yang dibayar untuk four-wheel drive ialah 45%. Saya anggap perbezaan itu adalah sedikit atas CKD ataupun CBU, tetapi motorcars yang diimport ke negeri Sabah, Sarawak, Semenanjung dan sebagainya adalah sama dari segi struktur duti yang dikenakan atas vehicles itu.

"ALKALOID" DAN "FLA VINOID"-PENG HASILAN

SEBA TIAN

5.Tuan K. Munisamy minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana penyelidikan perubatan telah berjaya menghasilkan "Alkaloid dan/atau flavinoid" daripada tumbuh-tumbuhan di Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, penyelidikan perubatan yang melibatkan penghasilan sebatian yang aktif termasuk ubat­ubatan daripada tumbuh-tumbuhan telah pun berjalan dengan aktifnya di universiti-universiti tempatan khasnya UKM, USM, UM dan UPM selama lebih kurang 9 tahun yang lalu. Kumpulan ini telahpun mendapat sokongan kewangan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dalam Rancangan Malaysia Keenam ini.

Setiap kumpulan mempunyai penekanan yang berlainan tetapi semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menghasilkan sebatian yang aktif yang boleh digunakan dalam bidang perubatan, makanan, pewarna dan lain-lain. Alkaloid dan flavinoid adalah 'di antara beberapa kelas sebatian yang dikaji.

Penyelidik-penyelidik berkenaan telahpun banyak menghasilkan 'alkaloid' daripada tumbuh-tumbuhan

tempatan setengah-setengahnya yang baru, iaitu novel. Di antara alkaloid yang telahpun berjaya dihasilkan didapati berpotensi sebagai antihama dari menkunyit sebagai contoh dan antibarah daripada Tongkat Ali. Penghasilan flavinoid tidaklah begitu banyak berbanding dengan alkaloid. Beberapa flavinoid yang diperolehi berpotensi sebagai anti-serangga ataupun insecticide.

Waiau bagaimanapun, penghasilan sebatian aktif tersebut daripada tumbuhan yang dikaji adalah terhad ataupun sedikit sahaja dan kajian sedang dijalankan bagi menambahkan pengeluarannya, sebagai contoh melalui kultur tisu ataupun tissue culture. Sebagai contoh, kita dapati bahawa pokok-pokok Tongkat Ali makin pupus dan walau bagaimanapun, seorang Biotechnologist telah pun berjaya membuat penyelidikan dan menghasilkan tissue culture Tongkat Ali.

Banyak penerbitan mengenainya telah pun dihasilkan dan maklumat terperinci terdapat ataupun boleh diperolehi daripada 'Asian-Pacific Information Network on Medical and Aromatic Plants' yang berpusat di UKM.

PELANCONGAN-PROMOSI

6. Tuan Ding Seling minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelan­congan menyatakan:

(a) sama ada benar bahawa promosi pelancongan kita khususnya dari negeri Sarawak tidak begitu berkesan di Iuar negeri memandangkan hanya 300,000 sahaja pelancong pergi ke Sarawak daJam Tahon MeJawat Malaysia 1990, pada hal lebih dari 7 juta ke Semenanjung; dan

Page 14: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1365

(b)

4 JUN 1992

apakah langkah-langkah seterusnya yang akan diambil untuk menentukan promosi­promosi pelancongan kita berkesan bagi semua wilayah negara kita.

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Sukalah saya terangkan di sini bahawa Kementerian dan Lembaga Penggalakan Pelan­congan Malaysia (LPPM) telah mengadakan pelbagai promosi bukan sahaja untuk negeri Sarawak, tetapi untuk seluruh Malaysia. Promosi yang dijalankan telah dirangka berdasarkan kriteria-kri teria yang telah dikenalpasti.

(b)

Perangkaan yang menyatakan jumlah ketibaan pelancong ke Sarawak seramai 298,130 orang berbanding dengan jumlah ketibaan keseluruhan pelancong ke Malaysia seramai 7.4 juta orang bagi Tahun Melawat Malaysia 1990 itu adalah benar. Bagaimanapun, perangkaan tersebut adalah satu peningkatan bila dibandingkan dengan jumlah ketibaan pelancong ke Sarawak bagi tahun sebelum­nya, iaitu tahun 1989 seramai 238,197orang. lni menunjukkan pertambahan sebanyak 25%.

Kementerian dan semua Kerajaan-kerajaan Negeri telah bekerjasama dalam segala aspek termasuk usaha memberi promosi bagi semua negeri di Malaysia. Antaranya Kemen­terian melalui LPPM dan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi tujuan promosi iaitu:

(i) Menganjur pesta-pesta dan pertunjukan-per­tunjukan untuk memak­lumkan dan menarik

(ii)

(iii)

(iv)

1366

minat pelancong-pelan­cong ke tempat-tempat tarikan pelancong dan juga menonjolkan per­sem bahan kebudayaan tradisional tempatan dan sebagai-nya.

Program 'Make It Malaysia' di mana dalam program yang dirangka kita memasukkan tempat-tempat menarik di negeri-negeri yang mempunyai daya tarikan pelancong untuk di­lawati.

Agen-agen dari negara luar dijemput menyaksi­kan serta mengalami sendiri pengalaman­pengalaman menarik di Malaysia.

Melalui program · hospitaliti wartawan asing dari seluruh dunia datang ke Malaysia dan diberi pendedahan mengenai aspek pelan­congan supaya mereka dapat mengenali tempat berkenaan dengan lebih jelas serta mendapat segala maklumat yang tepat dan terus dari badan yang terbabit di dalam sesuatu aspek itu.

Tahun Melawat ASEAN-Wartawan asing dijemput melawat ke negara ini bertujuan memberi publisiti dan promosi yang dimaksud­kan. Wartawan diberikan kesempatan untuk meninjau dan mengada­kan pertemuan dengan badan atau mereka yang terbabit secara langsung di dalam sesuatu bidang itu.

Page 15: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1367 4 JUN 1992 1368

Puan Hajah Zaleha binti Russin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sekarang ini Kerajaan Kelantan telah mempromosikan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri Kota Budaya.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat, apakah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan ini terlibat sama dalam promosi tersebut? Sekiranya terlibat, apakah promosi Kota Budaya itu dia juga mencerminkan kepada pelancong­pelancong sebagai sebuah negeri berbudaya Islam?

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua, dari segi promosi, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan hanya jika kita pergi keluar negeri kita menggalakkan atau memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Jadi, tidak timbullah soal promosi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya ingirl bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, bagi menggalakkan pelancongan di Sarawak khasnya, dan juga di Malaysia Timur amnya. Apakah Kerajaan bercadang menjadikan Bandar Kuching sebagai salah satu daripada pintu masuk pelancong daripada luar negara, maksudnya penerbangan terus daripada luar negeri terus ke Bandar Kuching? Saya tahu SIA ada buat sekarang.

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua, dari segi kemasukan pelancong-pelancong ke negara ini, barangkali maklumat ini tidak diketahui ramai, bahawa agen­agen pelancongan ataupun mereka yang terlibat di dalam pelancongan 'Tour Agency' boleh mengadakan pakej untuk membawa terus pelancong­pelancong dengan penerbangan di mana ada tempat mendarat yang boleh mendaratkan kapalterbang-kapal­terbang. Dan kita difahamkan bahawa

DCA ataupun Jabatan Penerbangan Awam memang mengambil ataupun bersikap terbuka, jika sekiranya ada pihak-pihak yang ingin mengadakan penerbangan secara sewa, sewa khas dan sebagainya. Jadi, mereka boleh memohon untuk mendaratkan pelancong-pelancong termasuklah ke Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan sebagainya, tidak ada sekatan.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Tiong Thai King.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin soalan No.7.

KEKURANGAN PAKAR PERUBATAN/JURURAWAT DI

SARAWAK

7. Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Kesihatan menyatakan memandangkan kekurangan pegawai perubatan/doktor (specialists) dan jururawat di Sarawak khasnya, dan seluruh negara amnya:

(a) apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini;

(b) selain dari menambah pengambilan pelajar ke kursus perubatan di universiti­universiti dan kursus jururawat di institut-institut, adakah akan menimbangkan supaya melakukan penyelarasan semula tanggagaji bagi Doktor dan Jururawat, supaya mereka akan, atau terus berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan hospital kita; dan

( c) ten tang pengam bi Ian pelajar masuk ke kursus-kursus jururawat, apakah kelayakan

Page 16: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

..

1369 4 JUN 1992

akademik yang mm1ma bagi mereka yang berhasrat dilatih menjadi jururawat; apakah syarat-syarat itu boleh dilonggarkan lagi supaya lebih banyak lagi pelajar boleh dilatih menjadi jururawat.

Tuan Mohamed Farid bin Ariftin: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kementerian memang sentiasa berusaha untuk menambahkan lagi bilangan doktor dan pakar­pakar perubatan di negara ini dengan mengambil langkah­langkah berikut:

(i) menambah tempat latihan di univers1t1-universiti tempatan dari semasa ke semasa;

(ii) menggalakkan lebih ramai pegawai-pegawai perubatan yang sedang berkhidmat melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negeri dengan menambahkan bilangan biasiswa, meluluskan cuti belajar bergaji penuh dan cuti tanpa gaji;

(iii) m e m p e r ~ e m a s k a n program latihan bagi pegawai perubatan dalam perkhidmatan sebagai persediaan mengikuti kursus ijazah lanjutan di dalam atau di luar negeri; dan

(iv) sebagai langkah semen­tara Kerajaan juga menggalakkan pakar­pakar warganegara yang bersara melanjutkan perkhidmatan secara kontrak di samping mengambil pakar-pakar bukan warganegara daripada luar negeri.

Mengenai kekurangan jururawat, Kementerian sedang

1370

Qerusaha untuk meningkat­kannya menerusi kaedah-kaedah berikut:

(i) mengemaskinikan lagi skim perkhidmatan jururawat dan menyedia­kan imbuhan insentif untuk menarik minat lebih ramai calon-calon memasuki bidang kejuru­rawatan;

(ii) menyediakan lebih banyak tempat dan menambah pengambilan di pusat-pusat latihan jururawat; dan

(iii) berusaha menarik juru­rawat warganegara asing dari luar negeri yang bekelayakan untuk ber­khidmat secara kontrak di samping jururawat warganegara yang bersara melanjutkan perkhidmatan secara kontrak.

Mengenai kekurangan doktor pakar dan jururawat di Sarawak, Kementerian berusaha mengatasinya dengan:

(i) menggalakkan lebih ramai doktor pakar dan jururawat bertugas di Sarawak dengan menye­diakan insentif-insentif seperti elaun penempatan dan keutamaan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan bagi pegawai­pegawai perubatan;

(ii) menempatkan lebih ramai pakar-pakar kontrak ke Sarawak di mana sejumlah 37 orang pakar kontrak yang dilantik pada tahun lepas, 12 daripadanya ditempat­kan di Sarawak.

Page 17: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1371 4 JUN 1992 1372

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di Sistem Saraan Baro (SSB) yang berkuatkuasa mulai daripada 1.1.1992 semua anggota perkhidmatan awam telah pun mendapat faedah kenaikan gaji. Sementara bagi Pegawai Perubatan dan Jururawat di samping menerima faedah kenalkan gaji, mereka juga dibayar elaun kritikal. Oleh itu, soal penyelarasan semula tanggagji kedua-dua jawatan tersebut tidak berbangkit pada masa ini.

(c) Bagi pengambilan jururawat, kelayakan akademik minimum adalah mempunyai Sijil SPM serta lulus Bahasa Malaysia, Matematik dan kepujian dalam 3 mata pelajaran lain termasuk Sains. Tidak ada kelonggaran syarat kerana kelayakan akademik tersebut adalah yang minima. Kerajaan menerima banyak permohonan dengan kelayakan akademik tersebut.

PERT ANIAN/TERNAKAN­PELAKSANAAN

PROJEK PENYELIDIKAN DISELANDAR,MELAKA

8. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) berapa buahkah pusat-pusat pendidikan yang berkaitan penyelidikan pertanian/ternakan yang ada di negara ini (pecahan mengikut negeri);

(b) adakah Kementerian m1 bercadang untuk mewujudkan sebuah lagi penyelidikan pertanian di kawasan Selandar; dan

(c) jika ada, bilakah projek ini dilaksanakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Pusat Pembangunan Somber Manusia dan Teknologi MARDI di Serdang, Selangor Darul Ehsan adalah institusi pendidikan yang berkaitan dengan penyelidikan pertanian dan ternakan. lanya menye­diakan program latihan untuk pengurus penyelidikan, saintis dan penyelidik MARDI serta agen-agen pembangunan pertanian dan para usahawan. Di samping itu terdapat 29 buah stesen MARDldi seluruh negara yang membuat penyelidikan di dalam berbagai bidang seperti buah-buahan, padi, sayur­sayuran dan lain-lain. Sementara itu, lnstitut Penye­lidikan Haiwan, lpoh, Perak pula merupakan Pu sat Penyelidikan Penyakit-penyakit Haiwan. Di samping itu, terdapat 7 buah lagi pusat latihan ternakan iaitu masing­masing di negeri Perak, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu.

(b) Kerajaan Negeri Melaka telah memohon supaya diwujudkan sebuah stesen penyelidikan pertanian untuk membantu meningkatkan pembangunan di sektor pelancongan di negeri tersebut. Sehubungan dengan itu pihak Kementerian Pertanian melalui agensi MARDI sedang mengkaji tentang kesesuaian tanah dan somber air di kawasan Selandar, Melaka.

(c) pelaksanaan projek ini bergantung kepada keputusan kajian tersebut dan persetujuan pihak Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Azman Alar bin Othman.

Page 18: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

...

1373 4 JUN 1992 1374

Tuan Haji Zainal bin Md. Deros: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin soalan No. 9.

PEMIMPIN KESA TUAN SEKERJA MEROSAKKAN IMEJ

MALAYSIA

9. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Somber Manusia menyatakan sama ada tindakan pemimpin Kesatuan Sekerja Malaysia mendesak Pertubuhan Buruh Antarabangsa (I.L.0.) menyingkirkan Malaysia dari menganggotai I.L.O. akan merosakan 'imej' Malaysia dan jika nama Malaysia akan tercemar adakah Kementerian ini bercadang mengambil tindakan untuk mendisiplinkan pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja yang angkuh itu.

Timbalan Menteri Somber Manusia (Dato' M. Mahalingam): Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan ini telah dijawab di Dewan ini semasa menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay pada 27hb Mei 1992 mengenai perkara yang sama.

Kementerian Somber Manusia tiada apa-apa perkara untuk ditambah kepada jawapan yang telah diberi itu.

LEBUHRA YA UT ARA/ SELAT AN-PEMBINAAN

10. Tuan Haji Zainal bin Md. Derus minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah lebuhraya Utara/Selatan siap dibina sepenuhnya, adakah kos pembinaannya meningkat daripada yang ditetapkan. Berapakah jumlah yang diperuntukan bagi melebarkan lebuhraya Kuala Lumpur-Kelang yang sedang dibina sekarang dan bilakah ia siap.

Timbalan Menteri Kerja Raya (Tuan Kerk Choo Ting): Tuan Yang di-Pertua, mengikut rancangan Syarikat

Konsesi PLUS Berhad, Projek Lebuhraya Utara-Selatan dijadual siap pada tahun 1994.

Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan memang ada melibatkan pertambahan kos pembinaan. Kenaikan dalam kos pembinaan adalah akibat daripada faktor-faktor berikut:

(a) inflasi.

(b) skop pembinaan yang diperluas­kan dan disiapkan lebih awal seperti pembinaan jalan tiga lorong, dua hala di Lebuhraya baru Lembah Kelang di mana rancangan as al hanya melibatkan jalan dua lorong, dua hala dan juga pembinaan awal persimpangan di ladang Pertam, Pulau Pinang; dan

(c) perubahan dalam rekabentuk dan kerja-kerja tambahan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja untuk menaikkan taraf Lebuhraya Persekutuan II iaitu daripada Subang ke Kelang juga telah diswastakan kepada Syarikat PLUS Berhad.

Mengikut pihak PLUS kos yang terlibat untuk menaikkan taraf Lebuhraya ini ialah $246 juta; kerja­kerja menaikkan taraf Lebuhraya ini dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada penghujung tahun 1993.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Kerja Raya, adakah Lebuhraya Utara-Selatan yang telah dirancangkan akan disiap tahun 1994 sedang dijalankan mengikut jadual, dan adakah lebuhraya di antara Pagoh dengan Johor Bahru akan juga siap untuk digunakan untuk lalu-lintas pada tahun 1994?

Tuan Kerk Choo Ting: Soalan yang pertama sudah dijawab. Sebenarnya mengikut perjanjian konsesi lebuhraya dijadual untuk

Page 19: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1375 4 JUN 1992 1376

disiapkan pada tahun 1995, bukan 1994, tetapi syarikat konsesi PLUS telah ada satu rancangan supaya lebuhraya itu diawalkan.

Dan pada soalan yang kedua, daripada Pagoh sampai ke Johor Bahru, lebuhraya itu juga dijangka disiapkan pada tahun 1994.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, mengikut Timbalan Menteri tadi akan berlaku, dengan izin, kos over-run terhadap projek ini. Dan juga mengikut biasanya apabila berlaku kos over-run kutipan tol akan dinaikkan ataupun akan dipanjangkan masa kutipan. Dan pada masa yang sama juga mengikut kajian kutipan tol yang telahpun didapati oleh PLUS melebihi daripada jangkaan yang dibuat semasa konsesi. ini diberi. Jadi, apakah Kerajaan bercadang untuk menolak permohonan PLUS untuk menaikkan kadar tol dan juga memanjangkan masa kutipan?

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Syarikat Konsesi PLUS Bhd. telah meminta Kerajaan supaya ia boleh menaikkan taraf peminjaman bukan daripada Tol dan bukan daripada memanjangkan tempoh itu. Tempoh konsesi dan kenaikan Toi itu tidak menjadi masalah pada kenaikan kos.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Lebuhraya Utara­Selatan ini kita tahu bahawa sektor yang paling sibuk sekali ialah Kuala Lumpur ke Ipoh. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, mengapakah sektor ini dibuat yang paling akhir sekali yang menyebabkan pertamanya menyusahkan rakyat? Kedua, kalau kita buat awal-awal lagi kita boleh banyak kutip duit sebab ini yang paling sibuk sekali.

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat taksiran orang ramai atau orang awam dengan taksiran teknikal

jurutera adalah berlainan. Lembaga Lebuhraya Malaysia mengkaji volume of traffic dari masa ke semasa, dan juga keselamatan jalanraya dari setempat ke setempat. Oleh sebab itu, mereka menentukan keutamaan untuk membuat lebuhraya itu. Bukanlah hanya mengikut apa pandangan daripada orang awam. Sebab itulah jalan yang dibuat daripada Kuala Lumpur ke Seremban diawalkan kerana pada masa itu jalan banyak selekoh yang merbahaya berlaku di tengah jalan yang lama itu dari Kuala Lumpur ke Seremban, dan juga daripada Seremban ke Pagoh. Juga daripada Changkat Jering ke lpoh melalui banyak bukit­bukau dan juga tempat-tempat selekoh yang merbahaya. ltulah sebab jalan raya diawalkan di tempat yang begitu. Dan dari Kuala Lumpur ke Ipoh memang lalu-lintasnya, volume of traffic banyak, tetapi bukan itu sahaja, daripada Yong Peng sampai ke Johor Bahru, daripada Butterworth ke Sungai Petani itu pun banyak. Tetapi kalau dibandingkan pada masa dahulu pada awal tahun 80an, keutamaan itu bukan begitu tinggi pada masa itu.

PESAWAT PILATUS PC 7-KEMALANGAN

11. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah Kerajaan sedar bahawa Kapalterbang 'Pilatus' yang digunakan untuk melatih juruterbang-juruterbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sudah tidak lagi sesuai digunakan pada masa · ini kerana masalah teknikal dan barang gantian (spare-parts) yang sukar didapati. Nyatakan sebab-sebab kemalangan kapalterbang pelatih 'Pilatus' yang berlaku, apakah ianya disebabkan oleh masalah teknikal atau 'human error' dan apakah benar masalah teknikal dan barang gantian yang dihadapi oleh kapalterbang ini mengganggu jadual penerbangan Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia terutama di Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia Kepala Batas.

Page 20: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

., --' ..

1377 4 JUN 1992 1378

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Wan Abu Dakar bin' Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, pesawat-pesawat Pilatus PC 7 masih lagi sesuai digunakan bagi melatih juruterbang TUDM. Waiau bagaimanapun, memang benar pesawat Pilatus PC 7 baru-baru ini telah mengalami dua kemalangan dan satu kejadian pendaratan cemas pada bulan Januari dan Februari, 1992. Ekoran ketiga-tiga kejadian, pihak TUDM telah memberhentikan penerbangan semua pesawat-pesawat Pilatus PC 7 mulai 27hb Februari, 1992 dan pada masa ini keadaan kebaikan pesawat telah kembali pulih. Pembekalan alat­alat ganti juga untuk pesawat ini tidak menjadi masalah.

Sehingga 22hb Mei, 1992 sejumlah 24 pesawat PC 7 berada dalam keadaan baik dan sedang digunakan untuk penerbangan setelah "Fuel Control Unit" digantikan. Dari pengalaman kerosakan teknikal ini, pembekal pesawat Pilatus Aircraft Limited telah mengesyorkan supaya service life komponen yang kritikal ini diturunkan dari 3,000 jam kepada 1,750 jam. Sebagai tindakan keselamatan· TUDM telah mengurangkannya sehingga 1,500 jam.

Sejak pesawat Pilatus PC 7 mula berkhidmat dalam TUDM pada tahun 1983, pesawat PC 7 telah mengalami 6 kemalangan dan 7 kejadian. Dari jumlah 13 kemalangan dan kejadian ini takrifan sebab-sebab adalah seperti berikut:

Faktor anak kapal 6 Kesilapan rawatan I Kerosakan teknikal 4 'Hazard' 2

Pihak TUDM sedang memper­giatkan kempen-kempen keselamatan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan semua anggotanya. lni adalah satu proses yang

sentiasa diberi keutamaan dan di samping itu, tekanan diberikan kepada semua anak-anak kapal di bidang disiplin penerbangan. TUDM juga mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana anggota yang melanggar tatatertib penerbangan.

Langkah pemberhentian sementara penerbangan pesawat PC 7 sudah tentulah telah menggangu jadual kursus latihan terbang di TUDM Alor Setar tetapi ianya masih terkawal. Plhak TUDM sedang meningkatkan kegiaan program latihan supaya penangguhan jadual kursus 1atihan dapat diminimumkan.

Jen. (B) Tan Sri Dafo' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Untuk mengelakkan kebimbangan dan juga syak wasangka terhadap kemalangan-kemalangan kapalterbang TUDM yang lalu itu sepertimana Yang Berhormat terangkan tadi, adakah Kementerian Pertahanan bercadang pada masa hadapan mengumumkan kepada masyarakat basil dengan izin, B Board of Enquiry terhadap kemalangan itu dan tidak menunggu pertanyaan di Dewan ataupun di mana-mana. Ini untuk mengelakkan syak wasangka. Jikalau tidak, banyak sangat pihak mengatakan kapalterbang tidak baik, pilot tidak baik dan segalanya. Bolehkah Yang Berhormat terangkan dengan jelas masalah itu?

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedang mengkaji sama ada laporan kemalangan 101 akan diumumkan kepada orang ramai ataupun tidak. Pihak Kementerian Pertahanan sudah mengemukakan cadangan kepada pihak Kerajaan dan saya percaya Kerajaan tidak lama lagi akan membuat keputusan yang berkaitan dengan perkara ini.

Page 21: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1379 4 JUN 1992 1380

PETROL TANPA PLUMBUM­GALAKAN PENGGUNAAN

12.Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menjelaskan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mewajibkan penggunaan petrol tanpa plum bum untuk semua jenis kenderaan yang menggunakan petrol sebagai langkah untuk mengawal pencemaran.

Timbalan Menteri Sa ins, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di­Pertua, melalui perundingan, syarikat­syarikat minyak di Malaysia telah bersetuju memperkenalkan petrol tanpa plumbum. Kerajaan telah memberikan pengurangan cukai sebagai insentif. Memandangkan perkara ini telah berjalan dengan lancar, kewajipan melalui undang-undang yang khusus adalah tidak perlu boat masa ini.

Waiau bagaimanapun, bukan semua kenderaan boleh menggunakan petrol tanpa plumbum. Kira-kira 15% kenderaan lama tidak sesuai menggunakan petrol tanpa plumbum.

Dalam hal ini, Kerajaan akan menentukan bekalan petrol dengan plumbum yang rendah adalah mencukupi untuk keperluan di seluruh negara.

Bagi kenderaan baru, penggunaan petrol tanpa plumbum adalah digalakkan. Mulai lhb Januari 1994, semua kenderaan baru yang dipasang dengan alat catalytic convertor perlu menggunakan petrol tanpa plumbum untuk memastikan keberkesanan penggunaan alat tersebut.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, bagi menggalakkan pengguna-pengguna kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum, adakah Kerajaan bercadang mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada petrol-petrol biasa supaya harganya lebih tinggi daripada petrol tanpa plumbum?

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, setak:at ini belum ada.

UNIVERSITI ISLAM ANT ARABANGSA­

PEMBINAAN KAMPUS PERUBATAN DI KUANTAN

13. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan berhubung dengan pembinaan kompleks perubatan UIA di Kuantan, Pahang, yang mana pelancaran "Tapak" projek tersebut telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 9.10.1990 yang lalu. Turut hadir ialah Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia. Adakah anggaran perbelanjaan untuk projek (UIA) ini telah disenaraikan dalam perbelanjaan Rancangan Malaysia Yang Ke 6, atau belum. Jika ada, berapak:ah perbelanjaan itu.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Fong Chan Onn): Tuan Yang di­Pertua, Kerajaan ak:an membangunkan kampus perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuantan sepertimana yang telah dirancangkan.

Waiau bagaimanapun, Kerajaan terlebih dahulu perlu membuat kajian kemungkinan. Kajian ini perlu bagi mengenalpastikan dan mengkaji keseluruhan faktor seperti ekonomi, sosio-ekonomi, teknikal dan kewangan. Kajian ini termasuk juga hal-hal bagi mengemukakan perak:uan-perak:uan dan alternatif bagi skop dan sesi-sesi kampus perubatan, hospital mengajar dan lain-lain kolej atau fakulti yang hendak didirikan di kampus berkenaan.

Per an an kajian kem ungkinan ini akan dijadikan asas untuk membuat pertimbangan mengenai skop kajian dan kos kampus pengajian tersebut.

--

Page 22: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1381 4 JUN 1992 1382

MIDFCCS-CABUT AN SAHAM

14. Tuan Chong Chi- Siong minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) kriterianya kepada MIDF untuk mencabut 'tuah' dalam proses permohonan saham baru yang akan disesuaikan di BSKL; dan

(b) adakah Kementerian sedar pengaduan orang ramai berkenaan proses cabutan saham-saham TEN mungkin berlaku penyelewengan baru· baru ini. Jika ya, apa tindakan yang akan diambil.

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, di dalam setiap cabutan saham bagi syarikat-syarikat yang akan disenaraikan di BSKL, pengagihan saham-saham tersebut bergantung kepada tahap langganannya. Jikalau terbitan saham tersebut menerima lebihan langganan, cabutan akan diadakan. Pengagihan saham tersebut adalah hak mutlak pengarah-pengarah syarikat yang menerbitkan saham­saham tersebut ataupun menawarkan saham-saham yang ditawarkan.

Pengagihan yang disyorkan oleh MIDFCCS iaitu MIDF Consultancy and Corporate Services selaku rumah terbitan dan mestilah dipersetujui oleh wakil-wakil daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri a tau pun Kementerian Kewangan di mesyuarat yang diadakan khas untuk tujuan tersebut. Semasa cabutan saham-saham tersebut, permohonan yang berjaya dan juga reserve akan dilakukan oleh pengarah­pengarah syarikat yang menerbitkan saham-saham tersebut dan juga wakil­wakil pengarah yang dibenarkan.

Proses cabutan tersebut akan disaksikan oleh wakil-wakil · daripada Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan dan

juga Badan Pencegah Rasuah: ~r~ses keseluruhan cabutan saham tnl }Uga akan disaksikan oleh juruaudit luar MIDFCCS.

Tuan Yang di-Pertua, berdasar\can keterangan di atas yang saya telah sebutkan tadi adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan penye­lewengan berlaku kerana dalam setiap pengagihan saham, tidak ada kakitangan MIDFCCS yang membuat cabutan saham-saham.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk soal jawab sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No.15 hingga 61 adalah diberi di bawah ini)

INSTITUT LA TIHAN PERINDUSTRIAN-BILANGAN

PELATIH

15. Tuan V. K. Sellappan min ta Menteri Somber Manusia menyatakan apakah bilangan institut latihan perindustrian dan bilangan penuntutnya serta apakah kursus yang ditawarkan di institut mengikut negeri.

Dato' M. Mahalingam: Pada masa ini terdapat sepuluh buah Institut Latihan Perindustrian di seluruh negara. Jumlah bilangan pelatih yang mengikuti latihan di kesemua institut berkenaan pada tahun 1991 adalah seramai 4,941 orang. Jenis kursus yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian masa kini adalah dalam 27 bidang kemahiran yang merangkumi bidang-bidang mekanikal, elektrikal, elektronik, percetakan, binaan dan teknologi plastik.

P£LABURAN MALAYSIA DI VIETNAM

16. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri menyatakan mengenai

Page 23: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1383 4 JUN 1992 1384

lawatan Perdana Menteri dan delegasinya seramai 400 orang ke Vietnam baru-baru ini:

(a) jumlah wang yang kita hendak melabur di Vietnam dan di bidang apa; dan

(b) apakah langkah-langkah serta­merta yang diambil untuk menggerakkan pelaburan yang penting ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tuan Chua Jui Meng): Soalan bahagian (a) ini yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon telah dijawab oleh saya pada 27.5.1992 ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman.

Untuk menjawab soalan bahagian (b), Kerajaan bersama dengan pihak swasta sedang mengambil tindakan susulan untuk mengkaji dengan lebih terperinci undangan Kerajaan Vietnam supaya Malaysia membina sebuah kawasan pemerosesan barangan eksport di Danang atau Haiphong, Vietnam. Satu konsortium sektor swasta akan melawat Vietnam pada bulan Jun, 1992 bagi tujuan ini. Selain daripada itu, pengusaha-pengusaha secara individu juga mengambil tindakan susulan atas projek-projek usahasama yang telah dikenalpasti dan dirundingkan semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

BOT PUKAT TUNDA-JUMLAH LES EN

17. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) berapa lesen/permit bot tunda yang melebihi 40 . tan dikeluarkan pada tahun 1991;

(b) berapa lesen/permit bot tidak melebihi 40 dikeluarkan pada tahun dan

tunda tan

1991;

(c) di mana (PantaiTimur atau Pantai Baral) lesen/permit itu dikeluarkan.

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar:

(a) Sebanyak 921 buah lesen bot pukat tunda yang melebihi 40 tan telah dikeluarkan pada 1991.

(b) Sebanyak 3,362 buah lesen bot pukat tunda yang tidak melebihi 40 tan telah dikeluarkan pada 1991.

(c) Pecahannya adalah seperti berikut:

40 Ian 40 Ian Ice bawah ke alas

Pantai Barat 2,704 520

Pantai Timur 658 401

Jumlah 3,362 921

BUR UH ASING-KA W ALAN PERGERAKAN

18. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian­nya untuk memastikan kawalan yang ketat terhadap pergerakan buruh asing di negara kita;

(b) selain kekurangan tenaga pekerja di sektor perladangan dan pembantu rumah, masalah ini telah merebak ke beberapa sektor yang lain; antaranya ialah sektor kejuruteraan dan foundry. Kononnya sektor ini memerlu­kan buruh asing yang mahir dan separuh mahir di mana majikan­majikan menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerja-pekerja tempatan bagi memenuhi jawatan-jawatan kosong itu. Sekiranya hal ini adalah benar,

---,-

Page 24: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1385 4 JUN 1992 1386

adakah Kementeriannya bercadang untuk meluluskan permohonan daripada majikan­majikan untuk mendapatkan pekerja asing; dan

(c) adakah seruan kepada tenaga buruh tern pa tan yang mengembara ke negara asing balik ke pangkuan negara untuk bekerja mencapai matlamat memandangkan negara kita masih mengalami kekurangan ketara dalam pelbagai sektor. Sekiranya tidak berhasil, apakah strategi pula untuk mengatasinya.

Dato' M. Mahalingam:

(a) Bagi memastikan pergerakan buruh asing di negara kita dikawal dengan ketat, Kerajaan telah menetapkan dasar bahawa semua rakyat asing yang ingin bekerja di Malaysia hendaklah mempunyai taraf yang sah iaitu diberi pas penggajian atau pas lawatan (kerja sementara) yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen. Dasar tersebut juga menetapkan tempoh penggajian pekerja asing tidak akan melebihi lima tahun dan penggajian pekerja-pekerja asing hanya akan diper­timbangkan dalam keadaan di mana majikan benar-benar memerlukan mereka selepas berusaha dan gagal untuk menggaji pekerja-pekerja tempatan. Tempoh pas lawatan (kerja sementara) pula akan dihadkan kepada 2 tahun setiap kali. Pekerja-pekerja asing ini tidak boleh bertukar majikan tanpa kebenaran Jabatan Imigresen. Sebaik sahaja tamat tempoh kerja yang ditetapkan pekerja-pekerja asing berkenaan mesti meninggalkan negara ini. Sebagai langkah untuk mengawal pendatang-pendatang

tanpa 1zrn, Kerajaan telah mengumumkan bahawa semua pekerja asing tanpa izin yang bekerja sebagai pembantu rumah hendaklah berdaftar dengan Jabatan Imigresen untuk diberi pas lawatan (kerja sementara). Di samping itu majikan-majikan yang meng­gajikan pendatang-pendatang tanpa izin di sektor lain dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Imigresen pekerja pekerja-pekerja asing yang digajikan secara tidak sah oleh mereka. Tempoh bagi pendaf­taran dan pelaporan akan tamat pada 30 Jun 1992.

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini, gerakan untuk mengesan dan menangkap pekerja-pekerja asing tan pa 1zrn akan dilancarkan selepas tamat tempoh pendaftaran dan pengesahan pekerja-pekerja asing yang sedang dijalankan oleh Jabatan Imigresen.

(b) Kerajaan memang sedar ada setengah majikan di sektor perkilangan yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerja-pekerja tempatan bagi meng1s1 jawatan-jawatan kosong. Oleh yang demikian, Kerajaan telah membenarkan sektor ini mengambil pekerja­pekerja asing dan kelulusan akan diberi mengikut merit setiap satu kes.

(c) Kerajaan termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah membuat seruan kepada tenaga kerja kita yang sedang bekerja di luar negeri supaya kembali ke tanah air sendiri untuk mengisi jawatan­jawatan kosong yang terdapat dalam berbagai sektor ekonomi negara ini. Waiau bagaimana­pun, seperti Yang Berhormat

Page 25: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1387 4 JUN 1992 1388

sedia maklum, Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka di mana rakyat negara ini adalah bebas dan tidak disekat untuk bekerja di negara asing atas pilihan mereka sendiri. Namun demikian, dalam keadaan ekonomi negara yang sedang berkembang sekarang, Kerajaan mengalu-alukan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negeri supaya kembali untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di dalam berbagai sektor. Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja masakini Kerajaan telah mengambil beberapa langkah seperti berikut:

(i) membantu majikan mendapatkan pekerja daripada kawasan yang mempunyai lebihan tenaga pekerja seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang;

(ii) menggesa majikan memberikan kadar upah yang lebih kompetitif kepada pekerja-pekerja di samping mewujudkan suasana kerja yang lebih baik;

(iii) memperluas~an peng­gunaan tenaga pekerja asing bagi berbagai sektor ekonomi mengikut dasar pengambilan buruh asing yang tel ah dipersetujui oleh Jemaah Menteri baru-baru ini;

(iv) menambahkan kerja lebihmasa (overtime) dari 64 jam sebulan kepada 104 jam sebulan;

(v) mengecualikan pen-duduk-penduduk tetap dan pemegang-pemegang kad pengenalan merah daripada mendapatkan permit kerja di bawah Akta Sekatan Kerja 1968;

(vi) menambahkan bilangan pengambilan pelatih di 10 buah Institut Latihan Perindustrian di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja mahir; dan

(vii) mencadangkan supaya diperkenalkan polisi "Part time workers" di mana suri rum ah digalakkan untuk bekerja di sebelah petang misalnya dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. Skim ini berjaya diamalkan di negara­negara lain yang mengalami kekurangan pekerja.

ORANG ASLI-MEMAJUKAN KA WASAN SEBAGAI T ARIKAN

PELAN CONG

19. Tuan ltam Wali bin Nawan minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) setakat ini berapa buah kawasan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dimajukan bagi tujuan tarikan pelancong dalam dan Iuar negeri; dan

(b) jika Kebudayaan Orang Asli Semenanjung Malaysia (tarian tradisional) diambilkira sebagai satu daripada kebudayaan kebangsaan Malaysia, berapa kali telah dipertontonkan kepada pelancong dalam dan luar negeri sehingga kini.

Dato' Abdul Raman bin Soliman:

(a) Kerajaan akan memajukan kawasan Orang Asli sebagai kawasan tarikan pelancong. Di bawah Rancangan Malaysia

Page 26: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1389 4 JUN 1992 1390

Keenam, dua projek kawasan Orang Asli dirancang dimajukan seperti berikut:

(i) Kompleks Orang Asli di Pulau Carey, Selangor.

(ii) Pusat Aktiviti Orang Asli di Cameron Highlands.

Pembinaan Kompleks Orang Asli di Pulau Carey, Selangor sedang dilaksanakan, manakala pembangunan Pusat Aktiviti Orang Asli di Cameron Highlands akan dilaksanakan tidak lama lagi.

(b) Kerajaan memberi galakan kepada masyarakat untuk memahami dan menghayati beberapa aspek kebudayaan Orang Asli melalui kegiatan­kegiatan seperti berikut:

(i) Sambutan Pesta Malaysia (Malaysia Fest) 1988 dan 1991 yang memberi tumpuan aspek kebudayaan orang asli seperti tarian, muzik dan kraftangan tel ah diketengahkan kepada masyarakat termasuk pelancong luar negeri.

(ii) Jabatan Muzium pula pada bulan November, 1991 mengadakan satu pameran besar khusus untuk mengenengahkan aspek budaya Orang Asli yang lebih menyeluruh merangkumi kesenian, amalan, kepercayaan, ekonomi dan sistem sosial masyarakat Orang Asli.

ZON BEBAS CUKAJ DI JOHOR­MEWUJUDKAN

20. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdellah minta Menteri Kewangan menyatakan apakan tindakan yang

diambil oleh Kementerian bagi mewujudkan Zon Bebas Cukai di Negeri Johor Darul Takzim sebagai­mana yang dicadangkan oleh Menteri Besar dalam ucapannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan ke Johor sempena perjumpaan hari raya yang baru lalu.

Dato' Loke Yuen Yow: Sehingga kini, Kementerian Kewangan belum menerima permohonan rasmi dari Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim berhubung dengan cadangan mewujudkan Zon Bebas Cukai di negeri tersebut. Oleh itu tiada sebarang tindakan dapat diambil oleh Kementerian mengenainya.

HOSPITAL BESAR MELAKA­PEMBINAAN BANGUNAN BARU

21. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Menteri Kesihatan menyatakan Hospital Besar Melaka yang dibina pada tahun 1934 ketika itu jumlah penduduk negeri Melaka seramai kira­kira 50,000 orang, tetapi kini penduduk negeri ini sudah meningkat 600,000 orang. Adakah Kementerian rn1 mempunyai rancangan untuk membina atau menambah bangunan baru bagi menampung, memperluas dan meninggikan mutu perkhidmatan hospital ini kepada penduduk Melaka. Jika ada bilakah akan dibina, di mana dan berapakah kosnya.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Kementerian Kesihatan memang

menyedari keperluan di Hospital Besar Melaka untuk memperluas dan meninggikan mutu perkhidmatan. Dengan demikian, peruntukan telah disediakan di bawah Rancangan Malaysia Keenam untuk membangun semula kemudahan-kemudahan di Hospital Besar Melaka. Projek tersebut akan dilaksanakan di bawah beberapa fasa. Fasa I yang merangkumi pembinaan kuarters kakitangan di Cheng telah bermula pembinaannya

Page 27: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

------------

1391 4 JUN 1992 1392

dan dijangka siap pada bulan Mac 1993. Kerja-kerja pengubahsuaian dijangka bermula pada bulan November 1992 dan dijangka siap pada bulan April 1993. Kerja-kerja pembinaan bangunan baru dijangka bermula pada bulan Oktober 1993 dan dijangka siap menjelang tahun 1995.

BEKAS PERAJURIT-SISTEM PENGESANAN

22. Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Pertahanan menyatakan pihak yang berkuasa bercadang untuk mewujudkan sistem pengesanan terhadap perlaksanaan keputusan­keputusan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk bekas perajurit yang kini didapati tidak diendahkan atau dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh agensi Kerajaan atau pihak swasta sepertimana pemberian tender, pengambilan pekerja dari bekas perajurit dan pemberian lesen.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini telah wujud sistem pengesanan bagi mengesan perlaksanaan peraturan tertentu berhubung dengan pemberian tender, pengambilan pekerja dan pemberian lesen-lesen kepada bekas­bekas perajurit di mana agensi-agensi pusat seperti Kementerian Pertahanan sendiri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Jabatan Perdana Menteri sentiasa mengikuti setiap perkem­barigan yang berlaku berkaitan dengan bekas-bekas perajurit.

Dengan demikian, soal mewujudkan satu sistem pengesan yang baru tidak timbul. Waiau bagaimanapun, sekiranya sistem wujud sekarang tidak begitu berkesan, maka pihak Kerajaan bersedia untuk membuat pengubah­suaian yang perlu dengan syarat diwujudkan hubungan yang baik di antara bekas-bekas perajurit di satu

pihak di Kementerian Pertahanan dengan satu pihak lain bagi mengenalpasti masalah-masalah sebenar dan seterusnya mengambil apa­apa juga tindakan bagi mengatasinya.

ORKESTRA NASIONAL­PENUBUHAN

23. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan adakah Kerajaan bercadang menubuhkan satu Pasukan Orkestra Nasional yang bertaraf antarabangsa yang melam­bangkan budaya muzik Malaysia.

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Kerajaan sudahpun menubuhkan satu orkestra nasional dan diberi nama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK); antara lain bertujuan mengadakan persembahan-persembahan dalam bentuk orkestra penuh yang bermutu tinggi.

CHINA STEEL CORPORATION­KEDUDUKAN PELABURAN DI

MALAYSIA

24. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah kedudukan permohonan China Steel melabur di negara ini.

Tuan Chua Jui Meng: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelulusan bagi projek bersepadu besi keluli (integrated steel mills) telah pun diluluskan kepada Syarikat Megasteel pada tahun 1990 lagi. Syarat ekuiti yang dikenakan ialah 51 % warganegara Malaysia dan 49% asing. China Steel Corporation (CSC) iaitu sebuah syarikat milik Kerajaan Taiwan adalah merupakan rakan usahasama asing yang akan memegang sebanyak 40% daripada ekuiti syarikat Megasteel.

Berhubung dengan kedudukan pelaburan CSC di Malaysia pada 13 Januari 1992 yang lalu, .Parlimen

Page 28: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1393 4 JUN 1992 1394

Taiwan (YUAN) telah menangguhkan pelaburan CSC berkenaan. Sehingga ini belum ada keputusan muktamad daripada Parlimen Taiwan sama ada mereka akan meneruskan projek ini.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR-FAKTOR UTAMA

25. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) Anggaran peratus negara kita yang ditanam dengan tumbuh­tumbuhan;

(b) Bagaimana keadaan negara kita dari segi luas tanah yang diliputi oleh tumbuh-tumbuhan bila dibanding dengan negara maju;

(c) Adakah kegiatan menerangi hutan faktor utama dalam pencemaran Alam Sekitar sedunia; dan

(d) Sekiranya tidak, apakah faktor utama yang mencemarkan alam sekitar.

Tuan Peter Chin Fah Kui:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seluas 23 ,58 ju ta hektar daripada 32.8 juta hektar keluasan bertanah negara ataupun 71.8% adalah diliputi oleh pokok-pokok tumbuh­tumbuhan. Daripada keluasan 23.58 juta hektar ini, sejumlah 19.37 juta hektar adalah kawasan hutan,sementara itu penanaman secara perladangan atau tree crops, dengan izin adalah seban yak 4. 21 j uta hektar.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perbandingan dengan negara-negara maju menunjukkan Malaysia mem­punyai keluasan kawasan hutan hampir 1.8 kali ganda ber-

banding dengan Canada yang mempunyai jumlah keluasan kawasan hutan dan pokok kayo yang terbesar berjumlah 38.8% dan hampir 8 kali ganda jika dibandingkan dengan Nertherland yang mempunyai keluasan yang terkecil iaitu 8.8%. Bagi negara- negara maju yang lain pula, peratusan meliputi hutan dan pokok kayo adalah seperti berikut:

Amerika Syarikat 32.1% Germany 29.7% Switzerland 27.5% Peranchis 26.9% Bel-Lux 21.2% Australia 13.9% United Kingdom 9.9%

(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti penebangan hutan bukanlah merupakan faktor utama yang menyebabkan pencemaran alam sekitar sedunia.

(d) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari aspek pencemaran sedunia, antara faktor utama yang mencemarkan alam sekitar ialah:

(i) pembakaran bahanapi fossil yang menyebabkan kepanasan bumi oleh Green House Gases seperti C02;

(ii) pelepasan gas-gas sulfur dioksida dari proses industri yang menyebabkan hujan asid;

(iii) pelepasan klorofluoro karbon atau CFCs ke udara;

(iv) pelepasan asap dari kenderaan bermotor yang mengandungi gas-gas karbon rnonoksida, sulfur dioksida dan oksidoksid nitros;

Page 29: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

139j 4 JUN 1992 1396

(v) pencemaran laut kerana tumpahan minyak dan operasi kapal; dan

(vi) bahan buangan toksid dari industri dan penunu.

TANAH SIMPANAN MELAYU­KELUASAN KAWASAN

26. Tuan Rahim bin Baba minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) berapa luaskah tanah kawasan Simpanan Melayu yang terdapat di Wilayah Persekutuan; dan

(b) bagaimanakah profil pecahan guna tanah bagi kawasan simpanan Melayu ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Drs. Suleiman bin Mohamed):

(a) Luas kawasan Simpanan

(b)

Melayu di dalam Wilayah Persekutuan adalah 2,439 ekar.

Pecahan gun a tan ah bagi Simpanan Melayu ini dapat dibahagikan seperti berikut:

(i) Kcdiaman 708.16 ckar (29,.)

(ii) Pordag111gan 32.08 okar (1.3,.)

(iii) lnduatri 16.78 okar (0.6,.)

(iv) I111titu1i 5.58 ckar (0.2,.)

(v) Kcmudahan Agama 6.95 ckar (0.3'1.)

(vi) Kawa1&11 Lapang 30.94 ckar (1.2'1.)

(vii) Pcnanian 1087 .9okar(44.6'llo)

(viii) Setinggan 4.34 ckar (0.2'1.)

(ix) Lain-lain 556.27 ckar(22.6,.)

AIDS-JUMLAH KEMA TIAN

27. Puan Hajah Rosnah bin ti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kesihatan menyatakan berapakah kematian kes AIDS berlaku dalam tahun 1991. Berapa wratuskah penambahan dalam tahun 1991 jika dibandingkan dengan tahun 1990.

Tuan Mohamed Farid bin Ariftin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 14 kematian telah

disahkan disebabkan oleh AIDS pada tahun 1991 dan 8 kematian pada tahun 1990. Oleh itu, penambahan kematian dalam tahun 1991 ialah sebanyak 75% jika dibandingkan dengan tahun 1990.

MAJLIS KESELAMAT AN JALAN RAYA-KEBERKESANAN

28. Tuan lsli bin Haji Siput minta Menteri Pengangkutan menyatakan dalam kenyataan akhbar oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan baru-baru ini, jumlah kompaun dan denda mahkamah yang dipungut dari pelanggan, undang­undang lalu lintas dalam tahun 1991 didapati melebihi jumlah dalam tahun sebelumnya. Adakah pihak Kementerian menyedari bahawa ini mungkin disebabkan oleh tidak berkesannya kempen dan strategi jawatankuasa keselamatan jalanraya yang sedia ada. Jika demikian, apakah tindakan selanjutnya oleh pihak Kementerian.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Sungguhpun jumlah kompaun dan denda mahkamah yang dipungut dari kesalahan lalulintas dalam tahun 1991 melebihi daripada jumlah dalam tahun-tahun sebelumnya, ini bukannya bermakna kempen dan strategi yang dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya tidak berkesan. Sebaliknya, ini menggambarkan bertambahnya kes­kes kesalahan lalulintas dan peningkatan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

PROGRAM BANTUAN RAKYAT TERMISKIN-SUBSIDI

BANTUAN MEMBAIKI/MEMBINA RUMAH

29. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:

(a) berapakah jumlah keluarga termiskin yang mendapat

Page 30: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1397 4 JUN 1992 1398

subsidi bantuan membaiki dan membina rumah di bawah program Bantuan Rakyat Termiskin (mengikut pecahan negeri); dan

(b) adakah program ini diteruskan, jika ada bilakah masanya program itu dapat dijalankan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Dato Mohamed bin Jamrah):

(a) Jumlah keluarga termiskin yang telah mendapat subsidi bantuan membaiki dan membina rumah di bawah program Bantuan Rakyat Termiskin sehingga sekarang ialah 27 ,809 buah keluarga. Dari jumlah itu mereka yang mendapat bantuan membaikpulih rumah adalah sebanyak 12,825 buah keluarga sementara yang menerima bantuan bina semula rumah berjumlah 14,984 buah keluarga. Agihan 27 ,809 buah keluarga tersebut mengikut negeri adalah seperti berikut:

PECAHAN MENGIKUT NEGERI

11,,,./alt R"""'lt b,,,,/alt Bil. Negeri

BoikpKlilt BiNo ,.,,,,.,,.

I. Johor 630 1097 2.537

2. Kcdah 704 2330 3034

3. Kclantan 2755 1906 4661

4. Mel aka 20 30 50

5. N. Scmbilan 466 349 815

6. Pahana 701 900 1601

7. .P. Pinang 443 480 923

8. Peral< 687 1132 1819

9. Pcrli1 419 419

10. Sclmgor 958 1357 2315

11. Tcrcnuanu 3617 2354 5971

12. Sabah 1204 1333 2.537

13. Suawak 622 467 1089

14. Labuan 18 20 38

Jumlah 1282.5 14984 27809

(b) Program tersebut masih terus dilaksanakan sehingga sekarang seperti yang dijadualkan.

PARTI KOMUNIS MALAYA­PERLET AKAN SENJAT A BEKAS

ANGGOTA

30. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa Kerajaan telah bersikap murah hati dan mengamalkan perikemanusiaan yang unggul dengan mem benarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) kembali ke negaranya. Berapa ramaikah anggota PKM telah meletakkan senjata mereka dan menerima syarat mematuhi undang-undang negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Penerimaan bekas anggota PKM kembali ke negara ini bukanlah berasaskan kepada sikap murah hati atau perikemanusiaan Kerajaan tetapi kesanggupan PKM untuk menamatkan keganasan bersenjata yang berlangsung selama 41 tahun itu yang mana merupakan suatu faedah besar dari segi keselamatan dan pembangunan ekonomi negara.

Seramai 1,112 orang anggota PKM telah meletak senjata mereka berikutan termeterinya perjanjian perletakan senjata antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Dari jumlah itu seramai 131 orang yang berasal dari Malaysia telah dibenarkan kembali .ke negara ini sehingga kini, iaitu setelah mereka berikrar secara bertulis bahawa mereka telah memutuskan semua hubungan dengan PKM dan akan patuh kepada undang­undang negara ini.

KONTRAKTORMEMBEKAL MAKANAN-PENIPUAN

31. Tuan Haji Azman Atar bin Othman minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan berapa banyak kes penipuan oleh kontraktor-kontraktor

Page 31: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1399 4 JUN 1992 1400

yang membekalkan barang-barang makanan kepada agensi-agensi Kerajaan seperti institusi-institusi pengajian tinggi dan berapakah kerugian wang Kerajaan akibat penipuan sebegini rupa.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini tidak ada kes­kes penipuan oleh kontraktor­kontraktor yang membekalkan barang­barang makanan kepada institusi­institusi pengajian tinggi tempatan.

NELAYAN DI PERAIRAN PULAU BATU PUTIH-KESELAMAT AN

32. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Pertanian menyatakan masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan Malaysia di J ohor yang menangkap ikan terutama di kawasan Pulau Batu Putih yang sering menghadapi masalah dengan Tentera Laut Singapura telah menghalau keluar bot Penguatkuasa Perikanan Malaysia yang melindungi nelayan negara ini di kawasan Pulau Batu Putih.

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar Jabatan Perikanan sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan ~alays.ia di ! oh or yang menangkap 1kan dt perauan Pulau Batu Putih. Rondaan akan tetap dijalankan di perairan tersebut bagi menjamin keselamatan nelayan-nelayan tempatan dari diganggu oleh pihak berkuasa Singapura sehinggalah suatu keputusan dibuat di ~ntara Kerajaan Malaysia dengan Smgapura berhubung isu tuntutan perairan Pulau Batu Putih yang menjadi punca pertikaian.

SY A.RIKAT A WAM BERHAD PENYENARAIAN DI BSKL

33. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Me~teri Kewangan menyatakan bahawa seJumlah $1 million diperolehi

dari penyenaraian baru 14 syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang menjual saham dalam tempoh ~uku tahun ~rtama 1992, menjadikan Jumlah syar1kat yang disenaraikan di BSKL ialah 338:

(a) sama ada perolehan dari penyenaraian baru itu mengurangkan harga saham syarikat-syarikat yang telah sedia disenaraikan; dan

(b) berikutan penyenaraian Tenaga Nasional yang menawarkan jualan saham paling besar untuk orang ramai, dan juga penyenaraian banyak lagi syarikat, sama ada situasi tersebut menjadikannya lebih ketara.

Dato' Loke Yuen Yow: Dalam tempoh suku pertama 1992, 14 syarikat awam berhad telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur di mana tujuh (7) adalah di Papan Utama BSKL dan tujuh (7) adalah di Papan Kedua BSKL.

Jumlah perolehan yang diterima oleh syarikat tersebut adalah $1.005 billion. Adalah dimaklumkan bahawa Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) yang telah disenaraikan pada 26hb Mac 1992 telah menawarkan 150 juta syer kepada pihak awam. Jumlah perolehan yang diterima oleh Proton adalah $750 juta dan sekiranya ini tidak diambilkira, jumlah perolehan oleh syarikat-syarikat lain adalah hanya $255 juta.

Penyenaraian baru tidak mempengaruhi sentimen pasaran saham seta~at men~urangkan harga syer syankat-syankat yang telah sedia disenaraikan. Kesemua 14 syarikat yang baru disenaraikan telah menerima langganan yang menggalakkan. Lagipun, syer syarikat- syarikat ini apabila disenaraikan telah diuruskan pada harga yang lebih tinggi daripada harg~ tawara_n. Oleh itu, penyenaraian syankat-syankat telah memberi kesan positif ke atas pasaran saham.

Page 32: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

"

,, --

1401 4 JUN 1992 1402

Harga Syer Tenaga Nasional B.erhad (TEN) yang telah disenaraikan pada 28hb Mei 1991 telah tutup pada harga $8.75 sesyer, berbanding dengan harga tawaran $4.50 sesyer. Kedudukan ini menunjukkan keyakinan dalam prestasi TEN.

Prestasi sesebuah pasaran saham dipengaruhi oleh banyak faktor dan tidak sem·estinya dipeng-aruhi oleh penyenaraian baru. Faktor yang mengakibatkan prestasi pasaran saham ialah prestasi pasaran antarabangsa seperti Bursa Saham New York dan Tokyo. Misalnya, pada 9hb April 1992 Indeks Nikkei telah mencatatkan penurunan sebanyak 577.38 mata kepada 16,598.15 mata, satu tahap yang paling rendah semenjak Oktober 1987. Berikutan ini, Indeks Komposit BSKL telah turun 9.92 mata kepada 563.69 mata pada 9hb April 1992.

Faktor-faktor lain yang mempe­ngaruhi prestasi pasaran saham adalah kadar faedah dan kedudukan imbangan bayaran. Sekiranya kadar faedah meningkat, pelabur-pelabur mem­punyai pilihan untuk menyimpan dana­dana lebihan dalam bentuk simpanan selain daripada melabur di bursa. Pada masa ini, kadar faedah adalah menarik dan ini telah mengakibatkan dana lebihan disimpan dalam bentuk deposit.

MAS-PENERBANGAN KE DESTINASI ANT ARABANGSA

34.Hajah Habidah binti Jusoh minta Menteri Pengangkutan menyatakan tidakkah Kerajaan sedar bahawa dengan adanya pengangkutan udara baru iaitu Pelangi Air telah dapat menampung kekurangan MAS, oleh itu:

(a) sudahkah dibuat perundingan dengan negara-negara yang baru merdeka dari blok Komunis Rusia dulu untuk dibuat penerbangan ke sana melalui Pelangi Air/MAS; dan

(b) banyak lagi negara-negara yang belum dibuat destinasi baru pendaratan bagi menambahkan perhubungan luar kita. Apakah pula destinasi-destinasi baru yang telah diputuskan untuk tahun ini dan akan datang.

Datin Paduka Rajah Zaleha binti Ismail:

(a) Kerajaan sememangnya telah­pun meninjau cadangan untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa negara baru merdeka dari Blok USSR dahulu, misalannya seperti Uzbekistan, mengenai kemung­kinan mewujudkan hubungan udara di antara Malaysia dengan negara-negara tersebut.

(b) Pada tahun ini, penerbangan­penerbangan tela:h dan akan diadakan ke beberapa destinasi antarabangsa yang baru seperti Hanoi, Phnom Penh, Madrid dan Munich. Rancangan telah juga dibuat untuk membolehkan MAS mengadakan penerbangan ke beberapa destinasi baru antarabangsa yang lain seperti Mexico City, Seattle, Harare, Rome, Johannesburg dan Surabaya bagi tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

MURID W ARGANEGARA ASING DI SEKOLAH KERAJAAN

35. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a)

(b)

pada masa kini, jumlah murid­m urid yang mereka sendiri ataupun ibu bapa mereka bukan warganegara Malaysia yang sedang belajar di sekolah­sekolah Kerajaan; dan

actakah mereka layak menerima biasiswa, buku teks pinjaman ataupun makanan tambahan di sekolah.

Page 33: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1403 4 JUN 1992 1404

Dr Fong Chan Ono:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini, jumlah murid-murid atau ibu bapa mereka yang bukan warganegara Malaysia yang sedang belajar di sekolah­sekolah Kerajaan ialah seramai 37,188 orang.

(b) Murid-murid warganegara asing yang bersekolah di sekolah­sekolah Kerajaan tidak layak menerima biasiswa dan makanan tambahan. Waiau bagaimanapun, mereka adalah layak untuk menerima bantuan buku teks berdasarkan dasar kelayakan dalam Skim Pinjaman Bulcu Teks (SPBT). Bagi memastikan buku-buku teks yang dipinjamkan tidak dibawa pulang ke negara asal mereka, murid-murid anak warganegara asing tidak dibenarkan membawa batik ke rumah buku teks-buku teks tersebut. Mereka diminta meninggalkan buku teks di sekolah setelah selesai sesi persekolahan pada tiap-tiap hari.

HOSPITAL DAERAH ALOR GAJAH-PEMBINAAN

BANGUNAN BARU

36. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kementerian ini mempunyai rancangan membina bangunan baru atau membaikpulih dan mengindahkan lagi Hospital Daerah Ator Gajah yang sudah usang itu untuk keselesaan para petugas hospital dan para pesakit.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, Kementerian Kesihatan telah me.nyediakan peruntukan untuk kerja­kerja mengubahsuai wad lama untuk

dijadikan Wad Bersalin di Hospital Daerah Alor Gajah. Pembinaan dijangka bermula pada Disember 1992 dan dijangka siap pada Disember 1993. Di bawah dasar Kementerian Kesihatan, "Promosi Imej Hospital" peruntukan telah disediakan untuk memperbaiki kemudahan di hospital terse but.

PELACUR MENGIDAP AIDS­HUKUMAN KERAS

37. Tuan Haji Doi bin Dolah min ta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah Kerajaan hendak meminda undang-undang bagi membolehkan hukuman yang keras dikenakan ke atas mereka yang membawa pelacur yang terkena AIDS ke negara ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk meminda atau mengadakan undang-undang yang mengenakan hukuman yang keras ke atas mereka yang membawa pelacur yang mengidap AIDS kerana tindakan undang-undang sahaja tidak mencukupi dalam usaha membanteras kegiatan ini. Kesedaran orang ramai tentang bahaya AIDS adalah amat penting bagi mengelakkan kegiatan pelacuran ini berterusan.

TAHANANDI KEM KAMUNTING, T AIPING­

JUMLAH

38. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa orang lagi ditahan dalam Kem Pertahanan dan Perlin­dungan Kamunting, Taiping pada masa setakat ini; dan

(b) berapa orang dilepaskan dan ditahankan dalam tahun 1991 dan 1990.

Page 34: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1405 4 JUN 1992 1406

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:

(a) Jumlah orang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang sedang ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting Taiping pada masa kini adalah seramai 113 orang.

(b) Jumlah orang-orang tahanan yang telah dibebaskan dan yang dikenakan perintah tahanan baru di bawah Akta tersebut bagi tahun 1990 adalah masing­masingnya 40 dan 118 orang dan bagi tahun 1991, 54 dan 57 orang.

PROJEK BEKALAN AIR DI KG. PULAU PASIR HITAM

DAN KG. KUALA SANGGA, PE RAK

39. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah dan berapakah kos dalam Rancangan Malaysia Keenam projek bekalan air akan dilaksanakan di Pulau Pasir Hitam dan Kuala Sangga dalam daerah Larut-Matang, Perak.

Tuan Kerk Choo Ting: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek-projek bekalan air di Kg. Pulau Pasir Hitam dan Kg. Kuala Sangga masing-masingnya telah diberi peruntukan sebanyak $480,000/- di bawah Rancangan Malaysia Keenam (RM6).

BANTUAN ORANG TUA­KRITERIA

40. Tuan Haji A.bdul Salam bin Awang minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan apakah kriteria- krileria yang dilentukan oleh pihak Kementerian bagi memberi bantuan untuk orang-orang miskin sekadar $50.00 sebulan dan berapa ramai keluarga bersabil yang lelah dibanlu sehingga hari ini.

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dato' Napsiah binti Omar): Unluk makluman Ahli Yang Berhormal, Kemenlerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakal, melalui J abatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan bantuan. sebanyak $50.00 sebulan sebagai Banluan Orang Tua dan Elaun Pekerja Cacal. Bagi Banluan Orang Tua, banluan diberi berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

(a) Orang lua yang berumur 60 lahun dan lebih serta liada mempunyai saudara-mara atau mempunyai saudara-mara yang tiada kemampuan; dan

(b) Mempunyai seorang 'penjaga' unluk memberi perhalian mengenai makan minum, kesihatan dan sebagainya.

Bagi Elaun Pekerja Cacal pula, krileria-krileria yang ditenlukan ialah:

(a) Pekerja cacat yang berumur 16 tahun ke alas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bekerja dengan majikan atau sendiri; dan

(b) Pendapatan purata mestilah di antara $20.00 hingga $300.00 sebulan lanpa mengira pendapatan lain-lain ahli keluarga.

Bilangan orang-orang lua yang. telah diberi bantuan pada akhir tahun 1991 ialah 9,828 orang. Manakala seramai 3,189 pekerja cacat telah menerima Elaun Pekerja Cacat bagi lempoh yang sama.

RANCANGAN BELIA BERNIAGA

41. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) berapa banyak program Rancangan Belia Berniaga telah diaturkan dalam Rancangan Malaysia Keenam; dan

Page 35: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1407 4 JUN 1992 1408

(b) apakah jenis-Jenis latihan kemahiran yang sedang dilaksanakan bagi melatih belia­belia luar bandar dalam berbagai bidang perniagaan.

Menteri Belia dan Sukan (Tuan Haji Annuar bin Musa):

(a) Sejumlah 1,750 program Rancangan Belia Berniaga yang telah diatur oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam Rancangan Malaysia Keenam.

(b) Kementerian Belia dan Sukan sedang melaksanakan dua (2) bentuk latihan kemahiran bagi melatih belia luar bandar dalam berbagai bidang perniagaan iaitu:

(i) Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional di lnstitut-institut Kema­hiran Belia Negara (IKBN) dalam bidang­bidang seperti Kejuru­teraan Elektrik; Mekanik Kenderaan Bermotor, Mekanik Am; Jentera Berat; Jahitan; Binaan Bangunan dan Pertanian.

(ii) Latihan Kemahiran Pengurusan Perniagaan dan Pertanian melalui kursus-kursus keusa­hawanan seperti Pernia­gaan/Pertanian, Melahir dan Membina Usahawan, Pengurusan Peniaga Kecil, Penyelidikan Makanan, Pengurusan Projek Pertanian, Pema­saran dan Korn unikasi perniagaan.

KAD PENGENALAN BARU­PERMOHONAN YANG DIKUIRI

42. Puan Hajah Asmah binti Ismail minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berhubung dengan "Kad Pengenalan Baru" yang mana dikatakan

banyak tersimpan di pejabat, kerana tidak boleh diserahkan kepada tuan punya, berikutan dengan kesalahan dalam borang permohonannya:

(a) mengapakah pada masa borang tersebut diserahkan kepada pejabat berkenaan, tidak dibuat semakan yang teliti dan diterima begitu sahaja; dan

(b) adakah bayaran dikenakan semula bagi kali yang kedua.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kedudukan sebenar perkara ini ialah permohonan-permohonan KPT tersebut dikuiri oleh Jabatan Pendaftaran kerana tidak memenuhi kehendak-kehendak Jabatan dan sistem komputer.

(a) Setiap permohonan memang disemak oleh petugas-petugas kaunter. Waiau bagaimanapun, ada kalanya permohonan yang telah disemak dan diterima itu apabila diproses di Ibu Pejabat Pendaftaran Negara masih belum memenuhi kehendak sistem komputer umpamanya densiti cop jari dan mutu gambar. Apabila keadaan ini berlaku, proses selanjutnya tidak dapat diteruskan sehingga beberapa pembetulan diselesai­kan dengan pemohon.

(b) Tiada apa-apa bayaran dikena­kan kerana mereka tidak diminta mengisi borang baru.

BAS/TEKSI-KENAIKAN KADAR TAMBANG

43. Puan Hajah Asmah binti Ismail minta Menteri Pengangkutan menyata­kan berhubung dengan kenaikan sewa kereta awam seperti bas, teksi dan lain­lain lagi:

(a) adakah cadangan pihak Kementerian akan meluluskan kenaikan sewa bas dan teksi ini

Page 36: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

..

1409 4 JUN 1992 1410

memandangkan harga spart! parts dan juga insurans telah naik; dan

(b) apakah implikasinya kepada pengguna-pengguna terhadap kenaikan sewa bas dan teksi ini, yang man a pengguna­penggunanya adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan miskin .

Datin Paduka Hajah Zaleha bin ti Ismail:

(a) Pada masa ini Kerajaan masih lagi mengkaji permohonan daripada Persatuan-persatuan Penguasaha Kenderaan Perkhid­matan A warn yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bas, teksi dan kereta sewa untuk menaikkan kadar tambang.

(b) Kerajaan sedar bahawa kebanyakan daripada pengguna­pengguna kenderaan perkhid­matan awam adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Perkara ini akan diambil perhatian oleh Kerajaan sebelum apa-apa keputusan dibuat mengenai permohonan untuk menaikkan kadar tambang.

SISA TOKSIK-PELUPUSAN DI BUKIT NANAS, NEGERI

SEMBILAN

44. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) projek pelupusan sisa toksik di Bukit Nanas Negeri Sembilan; dan

(b) kriterianya untuk memutuskan tempat-tempat yang sesuai bagi projek seumpama itu supaya tidak mengancam penduduk­penduduk sekeliling.

Tuan Peter Chin Fah Kui:

(a) Projek kemudahan bersepadu bagi pengolahan dan pelupusan buangan terjadual di Bukit Nanas, Negeri Sembilan adalah bertujuan untuk mengumpul, mengolah dan melupus buangan terjadual yang dihasilkan oleh industri-industri di negara ini. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, buat masa ini belum terdapat kemudahan sedemikian di negar.a ini menyebabkan industri-industri terpaksa menyimpan buangan­buangan tersebut di kawasan kilang. Setengah-setengah buangan telah dilupuskan secara tidak teratur yang mana boleh mencemarkan alam sekitar dan mengancam kesihatan orang ramai. Kemudahan-kemudahan yang akan disediakaq termasuk:

(i) Insinerator bagi mem­bakar buangan-buangan organik;

(ii) Loji pengolahan fizikal­kimia bagi mengolah buangan mengandungi logam-logam berat;

(iii) Loji stabilisasi bagi menstabilkan buangan enapcemar sebelum dilupuskan; dan

(iv) Tapak pelupusan ter­selamat bagi menanam buangan- buangan yang telah diolah dan distabil­kan.

Kajian awal yang telah dijalankan oleh J abatan Alam Sekitar dan agensi-agensi Kerajaan yang lai'n menunjuk­kan bahawa tapak tersebut adalah sesuai. Waiau bagai­manapun, keputusan akhir sama ada projek tersebut akan dibina di Bukit Nanas adalah bergantung kepada keputusan

Page 37: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1411 4 JUN 1992 1412

kajian EIA yang sedang dijalankan oleh juruperunding projek berkenaan.

(b) Tapak-tapak untuk kemudahan pengolahan dan pelupusan buangan terjadual adalah ditetapkan agar lokasi yang dipilih tidak boleh menyebab­kan pencemaran alam sekitar dan tidak mengancam kesihatan penduduk-penduduk tempatan dan pertimbangan berdasarkan faktor-faktor seperti berikut:

(i) Terletak di luar kawasan tadahan air dan tiada takat pengambilan air di hilir tapak;

(ii) Ciri-ciri geologi dan hidrogeologi yang sesuai seperti tanahnya daripada tanah liat;

(iii) Tapak adalah tinggi dan tidak banjir;

(iv) Mempunyai zon penampan (buffer zone) yang mencukupi di antara tapak dengan kawasan penduduk;

(v) Tiada kesan buruk terhadap ekologi setempat; dan

(vi) Lokasi yang strategik.

Kriteria-kriteria yang dijelaskan tadi perlulah diambilkira di dalam kajian awal dan kajian kesan alam sekitar {EIA) yang dijalankan oleh pencadang projek.

BANCI PEKEBUN KECIL GETAH-TUJUAN

45. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Pembangunan Loar Bandar menyatakan:

(a) projek mendaftarkan semula pekebun kecil di seluruh negara dan tujuannya; dan

(b) apa klon getah yang sesuai sekali yang dicadangkan kepada pekebun kecil untuk tanam semula boat masa ini dan nyatakan kelebihan berkenaan klon tersebut.

Dato Mohamed bin Jamrah:

(a) Banci Pekebun Kecil Getah di seluruh negara pada tahun ini akan dijalankan oleh RISDA. Tujuannya adalah untuk mengemaskini maklumat yang telah dikutip dalam tahun 1977 bagi maksud:

(i) menentukan bilangan pekebun kecil getah dan lot tanaman getah;

(ii) menilai kekesanan program pembangunan pekebun kecil;

(iii) mengenalpasti perubahan struktur dalam sektor pekebun kecil;

(iv) merangka arahala program pembangunan pekebun kecil dalam tahun 2020;

(v) mendapatkan maklumat terbaru penyertaan pekebun kecil dalam program pembangunan RISDA dan isu kemiskinan di kalangan pekebun kecil.

( b) Klon-klon berikut adalah sesuai untuk ditanam oleh pekebun kecil selaras dengan pengesyoran Institut Penye­lidikan Getah Malaysia (IPGM):

Kelas I : GT 1, PB 217, RRIM 600, RRIM 712, PR 255, PR 261.

Kelas II: PB 28/29, PB 235, PB 255, PB 260, PB 280, RRIM 623,

Page 38: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1413 4 JUN 1992 1414

RRIM 701, RRIM 728, RRIM 729, RRIM 901, RRIM 905, PM 10, RRIM 805, PB 254, RRIC 100, RRIC 110 dan BPM 24.

Kelas III: RRIM 936, RRIM 937, RRIM 908 dan RRIM 921.

Benih getah klon Kelas I merupakan benih yang sesuai bagi penanaman luas-luasan atau besar-besaran oleh pekebun kecil kerana ujian seluas-luas telah dilaksanakan dan prestasi hasilnya disahkan dalam penanaman komersial. Benih klon Kelas II juga telah diuji dengan lama dan mempunyai potensi untuk dinaikkan ke Kelas I. la sesuai bagi penanaman sederhana kerana klon ini mempunyai risiko tertentu dan penyelidikan masih diteruskan. Benih klon Kelas III adalah benih yang diuji dalam percubaan dan yang menunjuk­kan harapan dari segi tumbesaran dan basil tetapi penyelidikannya belum selesai.

Oleh kerana klon-klon yang termasuk dalam Kelas II dan III merupakan klon yang baru dan telah menunjukkan potensi penghasilan yang lebih baik berbanding dengan klon Kelas I, maka RISDA telah membenarkan klon-klon ini ditanam oleh pekebun kecil. Kelebihan klon baru (dari kelas II dan III) berbanding dengan klon Kelas I adalah seperti berikut:

i. Hasil tahun permulaan­nya tinggi dan cepat meningkat;

ii. Hidupnya (vigorous);

cergas

iii. Kadar pemulihan kulit adalah baik.

Waiau bagaimanapun, oleh kerana klon Kelas II dan III masih menghadapi risiko tertentu kerana penyelidikannya belum selesai, pekebun kecil disyorkan hanya menanam 50% kawasan tanamannya dengan benih klon II atau 30% kawasan dengan benih klon Kelas III dan campuran beberapa klon Kelas II dan III adalah digalakkan. Penanaman I 00% kawasan dengan benih klon Kelas II boleh dibenarkan oleh RISDA jika pekebun kecil menanam dua atau lebih jenis benih dari kelas ini secara campuran.

PROJEK JANAKUASA ELEKTRIK-KEUPAYAAN LOJI

SW ASTA

46. Tuan V.K. Sellappan minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) namakan syarikat-syarikat dan tempat-tempat diberi atau akan diberi kebenaran untuk membina dan melaksanakan setesen-setesen janakuasa letrik swasta;

(b) berapakah megawatt diuntukkan bagi setiap setesen dan berapakah perbelanjaan bagi­nya; dan

(c) bagaimanakah interaksi antara setesen janakuasa letrik swasta dengan Tenaga Nasional Berhad.

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali):

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah bersetuju membenarkan 3 buah

Page 39: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1415 4 JUN 1992 1416

syarikat untuk mengemukakan cadangan projek-projek jana­kuasa elektrik, syarikat-syarikat tersebut ialah:

(i) YTL Corporation Berhad untuk projek loji- loji baru di S tesen J anakuasa PAKA, Terengganu dan Stesen Janakuasa Pasir Gudang, Johor.

(ii) Projass Engineering Sdn. Bhd. untuk loji-loji mini hidro baru yang akan dikenalpasti.

(iii) Sistem Indah Kejuru­teraan (PERAK) Sdn. Bhd. untuk pembinaan loji janakuasa di Lumut, Perak.

Bagi jangkamasa panjang, 3 buah loji janakuasa iaitu di Besut, Terengganu; Pontian, Johor; dan Yan, Kedah akan diswastakan. Projek-projek ini akan dilaksanakan melalui tawaran bersaing kelak.

(b) Keupayaan loji-loji di PAKA ialah sebanyak 1200 mw dan di Pasir Gudang 300 mw. Jumlah perbelanjaan bagi loji-loji tersebut dianggarkan M$3000 juta. Bagi loji-loji lain keupayaan dan kos perbelanjaan masih dalam kajian pihak-pihak berkenaan.

( c) Ingin say a menerangkan di sini bahawa loji-loji swasta hanya akan menjanakan tenaga elektrik. Tenaga Nasional Berhad yang mempunyai kem udahan dan kelengkapan untuk penghantaran dan pembahagian kuasa akan membeli tenaga elektrik daripada loji-loji swasta dan menjualkannya kepada pengguna.

LANDASAN KERET API­PENYIASA TAN KES SABOTAJ

47. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) dapatkah Kementeriannya mengenalpasti mereka yang disyaki terbabit dalam perbuatan memotong dan mengalihkan landasan keretapi di Kilometer 709 di antara stesen keretapi Sedenak dan Layang-layang baru-baru ini; sekiranya mereka dapat disyaki dan ditahan oleh pihak polis, apakah hukuman yang setimpal yang boleh dijatuhkan ke atas mereka ini;

(b) berkaitan perkara tersebut tadi, saya suka mengemukakan satu teori baru bahawa adalah tok dalang yang terdiri dari­pada pengusaha-pengusaha kenderaan awam seperti bas dan teksi kerana setiap kali menjelangnya musim cuti seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa dan lain-lain, maka berlakulah peristiwa Kilometer 709 itu. Pernahkah Jabatan di bawah Kementerian­nya menyiasat perkara ini;

(c) di manakah kawasan-kawasan yang dikenalpasti oleh Kementeriannya yang mudah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab; dan

(d) sejauh manakah keberkesanan langkah-langkah yang diambil itu terhadap peningkatan kawasan keselamatan di sepanjang laluan keretapi bagi memastikan kejadian di Kilometer 709 itu tidak berulang di masa hadapan, berdasarkan kos perbelanjaan, tenaga yang diperlu, masa dan masalah logistik untuk mengawal landasan keretapi dari utara ke selatan.

.,

Page 40: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1417 4 JUN 1992 1418

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Penyiasatan serta pengawalan terhadap kes-kes sabotaj telah diserahkan kepada pihak Polis yang masih menjalankan usaha penyiasatan dengan terperinci. Sehubungan ini seramai 38 orang telah disoalsiasat tetapi masih belum mendapat bukti yang kukuh untuk mendakwa sesiapa.

Di bawah Ordinan Keretapi 1948, Seksyen 110 memperuntukkan supaya sesiapa yang ditangkap kerana perbuatan sabotaj, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Memandangkan bahawa ketiadaan bukti yang nyata, amatlah sukar untuk menyusuli sebarang tindakan yang positif, walaupun ada berkemungkinan wujudnya teori seperti disarankan oleh Yang Berhormat. Dalam pada itu ingin ditegaskan di sini bahawa kes-kes sabotaj sedang disiasat oleh pihak Polis yang lebih arif untuk melaksanakan penyiasatan yang sempuma.

Kawasan-kawasan yang kebanyakan sabotaj berlaku telah dikenalpastikan sebagai di antara Layang-layang dan Sedenak.

Rangkaian keretapi di negara ini meliputi sepanjang 1,668 kilometer atau 1,036 batu dari utara ke selatan serta ke Pantai Timur. Oleh yang demikian, adalah sukar bagi Kerajaan untuk mengenalpasti kawasan­kawasan yang mudah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab. Kerajaan juga tidak dapat mengadakan rondaan ke seluruh rangkaian keretapi ini. Waiau bagaimanapun, pasukan petugas KTM yang telah ditubuhkan di peringkat Wilayah Johor Bahru, dengan bantuan pihak Polis tempatan sedang menyelenggarakan operasinya 24 jam dari bilik gerakan di setesen Johor Bahru.

Rondaan sekerap mungkin khususnya di sebelah malam dan pagi dijalankan di kawasan-kawasan tertentu. Dalam pada itu, Kerajaan

sentiasa memastikan keselamatan penumpang keretapi terjamin walaupun ada kes-kes sabotaj seumpama ini.

DADAH-PERKEMBANGAN PENYALAHGUNAAN

48. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perkembangan mengenai penyalahgunaan najis dadah di negara ini:

(a) adakah jumlah mereka terns meningkat;

(b) berapa ramaikah yang ditangkap kerana mengedar dadah dan berapa ramaikah yang sudah dihukum dan yang sedang didakwa;

( c) berapa ramaikah penagih dadah yang sudah dimasukkan ke pusat-pusat pemulihan dan yang sudah keluar; dan

(d) bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap mereka selepas keluar dari pusat pemulihan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, perkembangan mengenai penyalah­gunaan dadah di negara ini sebagaimana berikut:

(a) Bagi tahun 1991 peningkatan kes penyalahgunaan dadah didapati menurun sebanyak kira-kira 3% berbanding dengan tahun 1990.

(b) Sejak tahun 1983 seramai 5235 orang telah ditangkap dan dari jumlah tersebut seramai 327 orang telah dihukum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

(c) Semenjak 1983 hingga 31.12.1991 jumlah penagih dadah yang sudah dimasukkan ke pusat-pusat pemulihan adalah 27,759 orang dan yang sudah keluar seramai 13,437 orang.

Page 41: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1419 4 JUN 1992 1420

(d) Penerimaan masyarakat ter­hadap mereka selepas keluar dari pusat pemulihan adalah menggalakkan hasil usaha gigih pihak Kerajaan dalam kempen anti dadah di seluruh negara ini. Bukan sahaja orang-orang awam yang lebih bersedia menerima mereka ini, tetapi juga pihak swasta yang mengambil bekas­bekas pelatih ini bekerja dengan syarikat-syarikat mereka. Perkem bangan 101 am at menggalakkan dari segi masa depan bekas-bekas pelatih.

ORANG ASLI-PEMBINAAN JALANRAYA

DI PERKAMPUNGAN

49. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) sehingga kini berapa banyak daripada 779 perkampungan Orang Asli di pedalaman telah dimasukkan perhubungan jalan raya; dan

(b) berapa banyak lagi masih dalam perancangan sepanjang musim perlaksanaan Dasar Pem ba­ngunan Nasional N~gara.

Tuan Kerk Choo Ting:

(a) Secara keseluruhannya Orang Asli di kawasan luar dan pinggir boleh dihubungi melalui jalan­jalan yang dibina melalui projek PLB, LLN, projek keselamatan dan lain agensi pembangunan tanah. Bagi perkampungan di pedalaman terdapat jalan raya yang menghubungkan perkam-pungan Orang Asli di pedal am an di peringkat pelaksanaan dan perancangan iaitu sebanyak 4 projek.

(b) Pihak Kerajaan akan mengkaji dari semasa ke semasa pembinaan jalan-jalan di kawasan perkampungan Orang Asli mengikut keperluan.

ORANG ASLI-KOLEKSI ARTIFEK

SO. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) apakah usaha-usaha memper­kemaskinikan artifek Orang Asli Semenanjung Malaysia di Muzium Negara; dan

(b) adakah usaha-usaha memper­banyakkan koleksi artifek di Muzium tersebut.

Dato' Abdul Raman bin Soliman:

(a) Sesuai dengan Dasar Kebudayaan, Muzium Negara tidak hanya memberi penekanan kepada satu suku kaum malahan ianya hendaklah mencerminkan kebudayaan masyarakat Malaysia secara keseluruhan. Waiau bagaimanapun, Muzium Negara terus berusaha untuk memperkemaskinikan lagi koleksi artifek masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Segala artifek yang terkumpul terus dipelihara sebaik-baiknya dan dipamerkan di masa dan ruang-ruang yang berkenaan misalnya artifek senjata di dalam galeri senjata.

(b) Memandangkan kesempitan ruang pameran dan setor penyimpanan di Muzium Negara, pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang secara langsung terlibat terhadap pembangunan masyarakat Orang Asli telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Muzium Orang Asli di Batu 6 Gombak. Pihak JHEOA telah menghantar pegawai-pegawainya ke Muzium Negara untuk mempelajari hal-hal per­muziuman dan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi

Page 42: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1421 4 JUN 1992 1422

telah dipergunakan untuk menggerakkan Muzium Orang Asli. Usaha-usaha untuk memperbanyakkan koleksi artifek masyarakat Orang Asliakan diteruskan JHEOA dan Muzium Negara akan memberikan khidmat nasihat teknikal sahaja.

PEKERJA KILANG­KEPERLUAN PENGANGKUT AN

51. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan sehingga sekarang pekilang-pekilang masih lagi mengalami kekurangan pengangkutan untuk mengangkut pekerja:

(a) adakah Kementerian menyedari masalah ini dan apakah usaha untuk mengatasinya; dan

(b) disamping itu, pihak pekilang berharap diberikan kemudahan permit kepada pekilang menggunakan van bagi mengangkut pekerja-pekerja yang tinggal di pendalaman yang mana jalan tidak sesuai bagi bas. Apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam (Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman):

(a) Kementerian Perusahaan Awam sememangnya sedar dan peka terhadap keperluan p~rkhid­matan Bas Kilang dan Kenderaan Pekerja. Sehubungan dengan itu permohonan Bas Kilang dan Kenderaan Pekerja telah dikelaskan sebagai permohonan yang diberikan keutamaan dan diambil tindakan segera oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.

(b) Berhubung dengan masalah penggunaan van sebagai Bas Kilang atau Kenderaan pekerja, memang telah menjadi dasar Kementerian Perusahaan Awam menggalakkan penggunaan van bagi memudahkan dan memenuhi keperluan pengang­kutan pekerja-pekerja kilang yang menduduki kawasan sesak dan pendalaman.

TUDUHAN OLEH MEDIA AUSTRALIA

52. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dijalankan

. bagi menafikan beberapa tuduhan yang tidak berasas yang telah dilakukan oleh media Australia.

Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Kerajaan memang memandang berat terhadap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas yang telah dilakukan oleh pihak media asing. Kementerian ini dengan kerjasama Kementerian­kementerian lain telah mengumpul maklumat-maklumat yang lengkap dan fakta-fakta yang benar dan disampaikan kepada wakil-wakil Malaysia di seberang laut untuk memperbetulkan tanggapan-tanggapan yang salah oleh media-media asing termasuk media di Australia.

Kerajaan Malaysia juga telah menghubungi pihak Kerajaan Australia dan menyampaikan rasa tidak puas hati pihak Kerajaan dan masyarakat Malaysia terhadap tuduhan-tuduhan media mereka yang tidak berasas.

FILEM "THE TURTLE BEACH" DAN "NOMADS OF THE JUNGLE"-TINDAKAN

53. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah tindakan kepada negara-negara yang meng-

Page 43: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1423 4 JUN 1992 1424

gambarkan banyak fakta yang tidak benar tentang Malaysia dan rakyat yang tidak berperikemanusiaan dan video 'Nomads of the jungle' dan 'Turtle Beach' di Amerika dan Australia.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Soalan ini telah dijawab dahulu. Sila rujuk jawapan kepada soalan daripada Yang Berhormat Dato' William Chek Lin Kwai dan Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon pada 28 Mei 1992.

MARKASDARULARQAMDI LUAR NEGARA

S4. Tuan Haji Azman Atar bin Othman minta Menteri Luar Negeri menyatakan sama ada kewujudan 20 buah Markas Darul Arqam (Aurad Muhammadiah) di luar negara akan menjejaskan hubungan baik dengan negara-negara seperti Thailand, Jordan, Turkey, Singapura dan lain- lain lagi kerana kumpulan Aurad Muhammadiah membawa ajaran yang menyeleweng dari aqidah Islam.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Darul Arqam merupakan pertubuhan persendirian yang mana aktiviti mereka tidak ada kaitan dengan Kerajaan. Oleh yang demikian, kewujudan Markas Darul Arqam di luar negara tidak akan menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan negara-negara seperti Thailand, Jordan, Turkey dan Singapura. Waiau bagaimanapun, ini terpulang kepada negara-negara berkenaan untuk membenarkan pertubuhan tersebut mengadakan akti vitinya di negara­negara mereka.

LAWATAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI­

PERTUAN AGONG KE AUSTRIA-BASIL

SS. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Luar menyatakan apakah basil lawatan Duli

Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Austria baru-baru ini.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah melakukan lawatan negara ke Austria pada 8 hingga 11 April yang lalu. Di antara lain, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertemu dengan TYT Kurt Waldheim, Presiden Austria dan Federal Chancellor Franz Vranitzky. Duli Yang Maha Mulia telah melawat bandar-bandar Vienna dan Salzburg.

Salah satu basil lawatan tersebut adalah tawaran Kerajaan Austria untuk melatih doktor-doktor pakar kita terutama sekali di bidang pembedahan jantung. Lawatan Duli-duli Yang Maha Mulia juga telah meningkatkan persefahaman dan persahabatan di antara Malaysia dan Austria. Di samping itu, publisiti yang meluas oleh media massa tempatan Austria terhadap lawatan negara ini telah meningkatkan profail negara kita serta pengetahuan am mengenai Malaysia di kalangan masyarakat Austria.

AIDS-PENUBUHAN PUSAT KAUNSELING

56. Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Kesihatan menjelaskan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan pusat kaunseling AIDS bagi membantu pesakit AIDS dan pembawa HIV mendapat bimbingan.

Tuan Mohamed Farid bin Ariftin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini, Kerajaan belum bercadang untuk menubuhkan satu pusat kaunseling AIDS bagi

Page 44: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1425 4 JUN 1992 1426

pesakit dan pembawa HIV. Ini adalah kerana perkhidmatan kaunseling sudahpun dan sedang diberi di hospital­hospital oleh doktor-doktor dan lain­lain kakitangan di mana pesakit AIDS atau pembawa HIV dirawat. Peraturan ini didapati cukup dan sesuai buat masa ini.

TELEFON SELULAR-KADAR DAN OPERASI

57. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) kadar telefon bergerak dan telefon tangan bagi satu 'line';

(b) kenapa sangat sukar bagi pemilik telefon tangan men­dapatkan sesuatu nombor ketika mendail;

(c) adakah rancangan untuk menghadkan penjualan telefon tangan supaya pemilik-pemilik­nya mendapat peluang yang adil membuat panggilan selepas mereka membayar $5,000 hingga $6,000; dan

(d) adakah sebarang rancangan menghadkan pemilik- pemilik syarikat telefon tangan berlesen dari menjual lebih dari bilangan nombor 'lines' yang dibenarkan.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali:

(a) untuk makluman Ahli Yang Berhormat, telefon bergerak dan telefon tangan adalah diklasifikasikan sebagai telefon selular. Oleh itu kadar bagi kedua-duanya adalah sama.

(b) Operasi bagi sistem telefon selular bergantung kepada:

(i) muatan channel radio yang mencukupi bagi sistem selular;

(ii) sambungan yang cukup di antara sistem selular

dan rangkaian PSTN (Public Switch Telep­hone Network); dan

(iii) muatan yang cukup di dalam rangkaian PSTN.

Panggilan bermasalah berpunca dari panggilan di antara telefon selular dan PSTN di mana penyumbangannya tidak mencukupi. Telekom Malaysia sedang berusaha mendapatkan tambahan "interconnection circuits" bagi mengatasi masalah ini yang dijangka akan selesai pada hujung tahun ini. Sehubungan dengan ini, Telekom Malaysia sedang membuat persiapan untuk men am bah 1, 700 channel kepada 4,700 channel yang sedia ada untuk menjadikan jumlah channel sebanyak 6,400 channel menjelang akhir tahun 1992.

(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga sesebuah &telefon selular adalah di antara $3000 - $4000.

(d) Rancangan untuk mengatasi masalah panggilan serta meningkatkan untuk perkhid­matan ialah, antara lain meluluskan sambungan dari exchange pengusaha dengan PSTN dan mengadakan lebih ban yak 'interconnection circuits'. Kementerian say a sedang menyelaraskan dan mengkaji perkara ini supaya dapat menentukan peningkatan m utu perkhidmatan telefon selular di negara kita.

KEDAI PERNAMA­KEMUDAHAN KEPADA BEKAS

PERAJURIT

58. Jen (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Pertahanan menyatakan bilakah kedai-kedai PERNAMA (PN)

Page 45: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1427 4 JUN 1992 1428

itu semua boleh dibuka dan dibenarkan semua ahli-ahli Persatuan Bekas Perajurit Malaysia membeli-belah barang-barang termasuklah barang­barang yang dikecualikan daripada cukai di kedai-kedai itu seperti mana yang dibenarkan kepada ahli-ahli Angkatan Tentera yang masih berkhidmat. Pihak Persatuan Bekas Perajurit Malaysia berasa hampa kerana kemudahan-kemudahan ini masih disekatkan kepada mereka. Oleh kerana sedikit sebanyak modal yang dilaburkan dari LT AT kepada PN itu boleh juga dikatakan dari potongan gaji mereka semasa mereka berkhidmat di dalam Angkatan Tentera dahulu.

Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed: Kemudahan membeli-belah di kedai-kedai PERNAMA kepada bekas-bekas perajurit masih lagi dalam kajian Kerajaan. Kajian ini akan mengambil masa kerana ianya melibatkan masalah perundangan dan kewangan.

PELARIAN VIETNAM SEBAGAI TENAGA BURUH

59. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Perdana Menteri menyatakan terdapat pelbagai sektor di Malaysia yang mengalami kekurangan buruh terutamanya sektor yang tidak memerlukan kemahiran, adakah wajar bagi Kerajaan melatih pelarian Vietnam di Kem Pelarian Vietnam dan menggunakan tenaga mereka bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di berbagai sektor.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato Wong See Wah): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah ~idak wajar bagi Kerajaan menggunakan tenaga pelarian- pelarian Vietnam yang terdapat dalam kem di negara ini untuk memenuhi keperluan tenaga buruh di berbagai sektor dalam negara. Ini adalah kerana status mereka

sebagai pelarian dari negara asing yang sedang menunggu proses penempatan ke negara-negara ketiga dan bukannya untuk menetap di negara ini. Selain daripada itu cadangan tersebut juga tidak terselaras dengan persetujuan Kerajaan yang hanya menjadikan negara ini sebagai negara persinggahan pertama kepada pelarian-pelarian terse but.

PEKERJA ASING­PERMOHONAN DARI MAJIKAN

60. Tuan C. Krishnan minta Menteri Somber Manusia menyatakan:

(a) berapakah jumlah permohonan dari majikan dan agensi untuk

· pekerja-pekerja asing di sektor perladangan, pekedai dan sektor pembinaan; dan

(b) berapakah permohonan yang telah diluluskan dan berapa banyak yang telah ditolak.

Dato' M. Mahalingam:

(a) Sejak penubuhan Jawatankuasa Penggajian Pekerja Asing di atas keputusan Kabinet pada 17 Oktober 1991, Kementerian Sumber Manusia telah menerima permohonan daripada majikan-majikan dari berbagai sektor untuk menggaji pekerja asing.

Kedudukan permohonan yang diterima mengikut sektor sehingga 31 Mei 1992 adalah adalah seperti/ berikut:

Sektor Jum/ah permohonan dari majikan

(i) Perladangan 93 (ii) Pembinaan 6

(iii) Pembuatan 101 (iv) Lain-lain 8 (v) Perkhidmatan 7

Jumlah 215

Page 46: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1429 4 JUN 1992 1430

(b) Sehingga akhir bulan Mei 1992, Jawatankuasa Penggajian Pekerja Asing telah ber­mesyuarat sebanyak 4 kali dan menimbangkan 151 permo­honan. Keputusannya adalah seperti jadual berikut:

Keputusan Bil. Permohonan

(1) Dilulus 53

(2) Ditangguh 18

(3) Ditolak 29

(4) Dirujuk kepada Jabatan Imigresen (di luar bidang-kuasa Jawatan-kuasa Penggajian "Pekerja A sing) 51

151

GURU AL-QURAN DI SARA W AK-JUMLAH ELAUN DAN BANTUAN

61. Wan Hamid Edruce bin Tuanku Mohamad minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah kewangan yang telah disalurkan ke Sarawak di bawah peruntukan pengimarahan umat Islam seperti bayaran elaun untuk guru-guru al­Quran dan berapa ramaikah daripada mereka yang menerima elaun ini.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdaila Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Rancangan Kelas Pengajian al-Quran dan Fardhu Ain telah dimulakan pada tahun 1990. Kerajaan Persekutuan telah memberi bantuan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membayar elaun guru-guru. Jumlah bantuan yang telah diberi dalam tahun 1990 bagi maksud ini ialah $20 juta. Mulai tahun 1991 dan seterusnya perbelanjaan untuk elaun guru ditanggung bersama oleh Kerajaan

Negeri dan Kerajaan Persekutuan atas kadar 50-50. Bantuan tersebut diberi berdasarkan bilangan kelas pengajian. Setiap kelas diberi bantuan sebanyak $2400 setahun dan bilangan murid hendaklah tidak kurang dari 20 orang.

J umlah bantuan yang telah diberi kepada negeri Sarawak dalam rancangan ini mulai tahun 1990 hingga 1992 adalah seperti berikut: ·

Tahun

1990

1991

1992

J umlahB antuan

$720,000.00

$990,900.00

$1,400,602.00

Jumlah kelas pengajian al-Quran dan Fardhu Ain yang telah dimulakan di negeri Sarawak mulai 1990-1992 adalah seperti berikut:

Tahun

1990

1991

1992

Jumlah Kelas

241

484

955

Kadar elaun guru yang telah ditetapkan ialah $7 .00 sejam. Waktu belajar 2 jam sehari dan 3 hari seminggu. Purata pendapatan sebulan $200.00 bagi mereka yang belajar satu sesi sahaja dan bagi mereka yang mengajar lebih dari satu sesi dengan murid yang berlainan akan mendapat elaun yang lebih sehingga $500.00 sebulan.

Jumlah guru kelas pengajian Al­Quran dan Fardhu Ain bagi negeri Sarawak mengikut tahun mulai 1990-1992 adalah seperti berikut:

Tahun

1990

1991

1992

Jumlah Guru

299

658

993

Page 47: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1431 4 JUN 1992 1432

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT DAN

PENANGGUHAN

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato Wong See Wah): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa, walau apapun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai dipertimbangkan semua sekali urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini dan apabila tamat mesyuarat, Dewan 101 akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa, walau apapun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai dipertimbangkan semua sekali urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini dan apabila tamat mesyuarat, Dewan 101 akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG TIMBANG DAN SUKAT

(PINDAAN)

Bacaan Kall Yang Kedua dan Ketlga

3.37 pig.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 1992 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini Akta Timbang dan Sukat, 1972 perlu dipinda bagi menentukan peruntukan-per­untukannya bukan sahaja bersesuaian dengan amalan antarabangsa, tetapi juga supaya seiring dan selari dengan perkembangan teknologi semasa, khususnya dalam bidang "legal metrology".

Tuan Yang di-Pertua, perihal pindaan adalah seperti berikut:

(a) Pindaan kepada takrif "alat timbang dan sukat" di bawah seksyen 2(1) Akta adalah untuk memperluaskan takrifannya supaya merangkumi alat-alat pengukur masa. Ini bertujuan untuk menentukan bahawa alat­alat penyukat masa seperti meter letak kereta dan lain-lain peralatan yang digunakan untuk penentuan kadar upah atau caj tertakluk kepada peruntukan Akta. Implikasi pindaan ini ialah penentuan alat-alat pengukur masa akan dibuat oleh Inspektor Timbang dan Sukat agar ianya menepati standard­standard yang telah ditetapi oleh SIRIM selaku Penyimpan Timbang dan Sukat.

Page 48: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1433 4 JUN _1992 1434

(b) Pada masa ini, kuasa membatalkan standard terletak pada Menteri iaitu di bawah seksyen 10 Akta. Meman­dangkan urusan pembatalan standard melibatkan perkara­perkara teknikal yang berkaitan dengan had selisih atau tolerance, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, dan juga nilai­nilai fisikal sesuatu standard adalah dicadangkan seksyen ini dipinda bagi menentukan kuasa­kuasa Menteri untuk mem­batalkan standard dibuat atas nasihat Penyimpan Timbang dan Sukat sahaja.

(c) Di bawah peruntukan sekarang, hanya alat timbang dan sukat yang rekabentuk dan spesifikasinya telah diluluskan dan diwartakan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat serta ditentusahkan oleh Inspektor Timbang dan Sukat sahaja boleh digunakan dalam urusan perdagangan.

Peruntukan ini menimbulkan kerumitan pelaksanaannya kerana alat-alat timbang dan sukat canggih yang baru diperkenalkan tidak boleh digunakan dengan segera. Untuk mengatasi kerumitan ini, adalah dicadangkan supaya dua per­untukan baru iaitu subseksyen 14(5) dan 14(5)(a) diwujudkan bagi membolehkan Penyimpan Timbang dan Sukat meluluskan sesuatu alat timbang dan sukat untuk kegunaan dalam perda­gangan walaupun rekabentuk dan spesifikasinya belum diwartakan.

(d) Dalam tahun 1991 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengambil tindakan undang­undang ke atas 3,196 peniaga yang melakukan berbagai kesalahan di bawah Akta

Timbang dan Sukat, 1972. Dalam 4 bulan pertama tahun ini iaitu tahun 1992, tindakan undang-undang telah diambil ke atas 1,469 peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta yang sama.

Faktor utama yang telah dikenalpasti sebagai menyebabkan kesalahan­kesalahan seperti ini kerap berlaku ialah hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atasnya adalah ringan dan tidak mencegah perlakuannya. Justeru itu, adalah dicadangkan peruntukan­peruntukan mengenai hukuman maksimum yang boleh dikenakan iaitu seksyen 12(3). 14(6), 16, 17, 18(2), 18(3), 20(3), 20A(l) dan 28(2) dipinda sewajarnya. Dengan pindaan ini, hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan yang berbentuk teknikal ditingkatkan daripada denda tidak melebihi $1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali, kepada hukuman denda tidak melebihi $4,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan yang mempunyai unsur niat ditingkatkan daripada denda tidak melebihi $3,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-keduanya sekali kepada hukuman denda tidak melebihi $5,000 atau penjara tidak melebihi 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk mewujudkan satu seksyen baru 25A adalah bertujuan untuk memperluaskan tanggungjawab Penyimpan Timbang dan Sukat supaya meliputi tanggungjawab menasihati Menteri dalam semua aspek berhubung dengan sistem unit antarabangsa penentusahan alat timbang dan sukat dan perkara-perkara lain yang ada berkaitan dengan "legal metrology".

Page 49: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1435 4 JUN 1992 1436

Pada masa ini, perkara-perkara yang berkaitan dengan pembungkusan tidak diberikan kawalseliaan yang sistematik di bawah mana-mana akta. Oleh itu adalah dicadangkan agar seksyen 29 dipinda untuk memberi kuasa kepada Menteri membuat peraturan-peraturan dalam mengawalselia pembungkusan.

Adalah juga dicadangkan bahawa perkataan "piawai" yang terdapat dalam teks Bahasa Malaysia Akta Timbang dan Sukat 1972 digantikan dengan perkataan "standard", memandangkan perkataan "standard" lebih difahami oleh umum.

Pindaan-pindaan lain yang dicadangkan kepada Akta Timbang dan Sukat 1972 ini adalah merupakan pindaan sampingan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Wong See Wah): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Timbang dan Sukat 1972 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Hajah Habidah.

3.45 ptg.

Puan Hajah Habidah Jusoh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk menyokong Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Timbang dan Sukat 1972 di mana Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang dan Sukat (Pindaan) 1992.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya akan menyentuh secara ringkas dan

seterusnya menyokong Rang Undang­undang ini. Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang telah membentangkan Rang Undang-undang ini sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, memang tepat pada masanya Rang Undang-undang Timbang dan Sukat ini dipinda kerana sudah hampir 20 tahun Rang Undang­undang ini dibuat maka sudah tentulah ianya memerlukan pindaan-pindaan dan perubahan sebagaimana yang terdapat di dalam Fasal 2 yang bertujuan meminda seksyen 2 Akta dengan meminda takrif "alat timbang dan sukat" untuk memasukkan masa sebagai satu daripada kuantiti yang hendak disukat. lni akan memperluaskan takrif itu untuk meliputi meter letak kereta, perakam waktu dan alat-alat serupa yang lain.

Tu~n Yang di-Pertua, selain daripada kita hendak memperelokkan dan memperkemaskan Rang Undang­undang ini supaya semuanya berjalan dengan baik, Hein dan teratur, maka kita juga perlu memikirkan supaya orang yang betul-betul patuh kepada undang-undang tidak terkena hukuman. Misalnya, kita hendak meletak kereta di sesuatu tempat, kita begitu sukar untuk menukar duit syiling sekiranya kita tidak bawa bersama sebelumnya.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, dicadangkan supaya mana-mana tempat letak kereta hendaklah disediakan tempat menukar duit syiling bagi memudahkan orangramai menukarnya. Dan juga meter-meter yang rosak sama ada cepat ataupun lambat, ataupun duitnya sudah penuh, apakala diletak duit ke dalamnya meter itu menerimanya sahaja sedangkan meternya tidak naik ataupun tidak jalan, maka dicadangkan juga supaya pihak Dewan Bandaraya atau Majlis

..

Page 50: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

- ------- -- -----------

1437 4 JUN 1992 1438

Perbandaran Petaling Jaya atau mana­mana bandar yang ada tempat letak kereta bermeter ini supaya mengawalselia bersama bagi memastikan sama ada pihak swasta ataupun kontraktor itu telah menjaganya dengan betul. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, pihak polis juga patut selalu mengadakan rondaan kerana sekarang ini banyak kita dapati digunakan duit syiling yang palsu yang diletakkan di dalam meter tersebut dan dari segi pelaksanaan Rang Undang-undang ini penguatkuasaannya patutlah dielokkan lagi. Kalau tidak kontraktornya akan menerima kerugian.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan saman ke atas kereta-kereta yang sudah habis masanya di tempat letak kereta, kadang-kadang masanya terlalu singkat, yakni baru beberapa minit sahaja tempohnya habis, maka pihak yang bertugas terus menyamannya. Di sini dicadangkan sebelum disaman, kad amaran hendaklah diletakkan dahulu dengan dicatatkan masa tertentu di situ. Selepas 15 minit atau 20 minit barulah disaman, kerana kadang-kadang tuannya bukanlah tidak mahu membayarnya tetapi oleh kerana leka membeli-belah misalnya atau terpaksa menunggu sesuatu urusan yang bersangkutan dengan orang lain, terlupa hendak menambah duitnya. Pada pandangan saya kalau ada kad amaran ini barulah adil kerana sudah diberi amaran terlebih dahulu, tidaklah terus disaman.

Tuan Yang di-Pertua, di sm1 Juga saya ingin bertanya, tidakkah Kerajaan bercadang untuk mengadakan alat timbang ataupun dacing yang mempunyai dua muka yakni boleh dilihat oleh penjual dan pembeli kerana alat timbang yang ada sekarang hanya satu muka sahaja dan ini boleh berlaku penyelewengan oleh penjual dan juga boleh menimbulkan syak kepada pihak

pembeli dan kalau kita menyalahkan kepada pihak penjual pun tidak patut kerana dia pun hendak cepat, kalau hendak dipusing-pusing mungkin leceh dan lambat bagi penjual, misalnya di pasar-pasar tani atau tempat-tempat yang sibuk. Maka untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam jual­beli dan supaya puas hati kedua-dua belah pihak, yakni penjual dan pembeli, tidak menimbulkan syak, kalau kedua-dua belah pihak dapat melihatnya bersama, maka sebab itulah dicadangkan supaya Kerajaan mengadakan alat timbang yang mempunyai dua muka.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pihak Penguatkuasa Timbang dan Sukat, patutlah juga diadakan semakan dari masa ke semasa supaya penjual jangan mengubah pengukuran sebenar alat timbang dan sukat.Kalau ada yang melakukannya .hendaklah diambil tindakan yang tegas, jangan sambil lewa supaya tidak ada orang yang berani makan mata dacing.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai manusia, latihan peribadi bukan dipusatkan kepada membiasakan menuntut haknya akan tetapi pada membiasakan menghormati hak sesama manusia. Seorang pembeli berhak menerima barang yang sesuai dengan nilai wang pembeliannya. Firman Allah dalam Surah Al A'raf, ayat 85, yang bermaksud: "Maka hendaklah kamu cukupkan sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan dari manusia akan hak mereka itu". Maka di sini jelaslah kepada kita Allah melarang kita daripada menipu orang lain dengan mengurangkan sukatan dan timbangan di dalam berjual-beli.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Fasal 4, 6, 7, 9, 10 dan 12, demikian juga Fasal 5 dan Fasal 8 di mana tujuan pindaan dibuat adalah untuk menambah penalti bagi kesalahan-kesalahan yang relevant itu amatlah dialu-alukan, agar

Page 51: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1439 4 JUN 1992 1440

dengan ~e~am bahan-penam bah an penalti 101 boleh mencegah penyelewengan di dalam masalah timbang dan sukat daripada berlaku berleluasa di dalam masyarakat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Rang Undang-undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan di dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan, maka dengan ini saya menyokong penuh Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Timbang dan Sukat 1972 ini diluluskan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Mohamed Nazri.

3.54 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian ini kerana telah memikirkan untuk memperluaskan Akta Timbang dan Sukat ini kepada sukatan masa. Saya tidak mempunyai Akta ibu di hadapan saya, jadi di sini saya hendak berucap bahawa kalau kita hendak memperluaskan Akta ini kepada sukatan yang lain, maka saya kirakan bahawa lebih baik kita kaji sepenuh-penuhnya iaitu apakah ada lagi sukatan yang lain yang kita tidak rangkumi di bawah Akta ini. Memang "masa" satu sukatan yang harus diperluaskan kepada masa dan segala alat-alat yang menyukat masa itu harus diletakkan di bawah Akta Timbang dan Sukat.

Saya ingin bertanya berkenaan dengan ukuran jarak jauh iaitu meter juga diperlukan untuk menyukat jarak jauh bagi tujuan kita menaiki teksi. Pembawa teksi jatuh di bawah golongan peniaga dan penumpang jatuh kepada apa yang dikatakan pengguna. Jadi kalau tujuan Akta Timbang dan Sukat ini hendak melindungi pengguna daripada penyelewengan yang

dilakukan oleh peniaga terhadap alat­alat sukat dan timbang, maka saya rasa bahawa meter teksi ini juga yang merupakan alat yang menyukat jarak jauh bagi tujuan untuk menentukan berapakah bayarannya kalau kita menaiki teksi, maka saya rasa bahawa Akta ini juga harus diperluaskan kepada alat-alat yang mengukur ataupun menyukat jarak jauh. Ini kalau tidak masuk dalam Akta ibu lagilah. Saya tidak tahu, sebab Akta ibu tidak ada bersama saya. Jikalau belum lagi merangkumi alat-alat yang menyukat jarak jauh, maka saya cadangkan supaya Akta ini juga mengambil kira alat penyukat jarak jauh untuk diletakkan di bawah Akta ini.

Selain daripada jarak jauh, saya kira kita juga menyukat isipadu (volume). Di stesen-stesen minyak kita mempunyai petrol pump yang mana kita mengisi minyak menggunakan alat yang mengukur isipadu. Sekali lagi saya ingin menyatakan di sini oleh kerana Akta ibu tidak ada bersama dengan saya, dan saya tidak tahu sama ada alat yang menyukat isipadu itu dimasukkan dalam Akta Timbang dan Sukat ini, tetapi kalau tidak, saya ingin mencadangkan supaya Akta ini merangkumi juga alat yang menyukat isipadu kerana serupa juga alasannya, kalau penjual minyak itu kita boleh anggapkan dia sebagai peniaga dan yang mengisi minyak keretanya itu dianggap sebagai pengguna, dan kita hendak melindungi pengguna daripada penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga, maka saya rasa bahawa penyukat isipadu juga, kalau belum, diletakkan di bawah Akta Timbang dan Sukat ini mesti juga diperluaskan supaya Akta ini bukan sahaja menimbang muatan, dalam perkara ini "masa", tetapi juga jarak jauh dan isipadu harus diambilkira dan diletakkan di bawah Akta ini.

Yang keduanya, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan denda. Daripada denda ini, memang

. .....

Page 52: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1441 4 JUN 1992 l44Z

say a rasa patut dinaikkan memandangkan inflasi dan macam­macam lagi yang menyebabkan nilai wang kita kalau dulu tinggi, sekarang rendah. Cuma saya lihat bahawa denda yang dikenakan 101 mengambil pertimbangan iaitu bahawa yang berniaga ini merupakan individu. Saya ingin bertanya macam mana kalau yang berniaga ini adalah syarikat dan di bawah Undang-undang Syarikat merupakan mempunyai identitinya sendiri. Dan hari ini disebabkan oleh kerana masyarakat telah menjadi sofistikated mungkin perniagaan itu di peringkat, maknanya kedai-kedai runcit dan apakah bukan lagi orang berniaga atas syarikat apa yang dikatakan atas persendirian ataupun atas syarikat enterprise.

Hari ini orang sudah tahu bahawa untuk mengelak daripada kalau kita menghadapi kerugian, kita tidak boleh dibankrapkan kalau kita berniaga di sebuah syarikat.Ini saya percaya banyak perniagaan yang dilakukan menerusi syarikat. Jadi, kalau sekiranya denda ini kita kenakan dan kalau macam denda duit, syarikat boleh bayar. Maknanya boleh didendakan terhadap syarikat yang membuat kesalahan tetapi syarikat tidak boleh di jail kerana dalam denda ini .~~m~ ?,~~ didenda ataupun dijail ataUP!!P·JC~.4:t);a~ duanya.Jadi, kalau kena denqa:~~af'i'te~t. syarikat tidak boleh dijail. ~)fa f arig kita buat terhadapnya sebab dia yang melakukan kesalahan. Kita ada syarikat. Syarikat itu menggunakan orang untulc berniaga yang untuk menimbang semua. Kita tidak boleh persalahkan kepada orang itu sebab dia hanya seorang pekerja. Jadi, macam mana kita hendak menyalahkan syarikat? Betul, kita boleh denda dia tetapi kita tidak boleh jail dia. Sebab itu, saya rasa kita harus memikirkan itu selain daripada jail dengan denda, mungkin ditarik lesennya berniaga.

Di dalam denda ini, kita lihat isu bahawa tidak sebut langsung iaitu

kalau orang bersalah ini, kalau dia didenda dan dijail, apa kata kalau dia buat lagi? Sebab kalau dia didenda mungkin $1,000, $1,000 ini boleh dicari. Tetapi dia mengulangi lagi perbuatan itu, apa yang kita heIMlak kenakan kepada dia dan apa yang kita kenakan kepada syarikat kalau syarikat itu membuat salah dan atas kesalahan dalam Akta ini tetapi tidak boleh dijel? Sebab itu, saya ingin mencadangkan kalau boleh di masa-masa akan datang supaya selain daripada denda d.engan wang ringgit dan dijail, masuk juga supaya lesen perniagaan itu ditarik, khususnya kepada mereka yang mengulangi kesalahan ini sebab, Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan sebentar tadi kalau dia tipu, dia kena denda tetapi dia bayar denda. Dia kena bayar denda, dia tipu balik. Tidak ada masalah.

Jadi, saya rasa ini untuk membanteraskan kalau sekiranya perkara ini daripada berlaku berleluasa, maka saya cadangkan iaitu bahawa orang yang mengulangi perbuatan ini hendaklah bukan sahaja kalau duduk dalam jail dan dulu dia didenda, hendaklah juga ditarik lesen perniagaannya. Saya rasa ini satu deterrent yang menakutkan dia kerana ini merupakan caranya mencari makan dan kalau kita tarik sesuatu yang menyebabkan dia tidak boleh menguruskan perniagaannya, ini akan membimbangkan dia untuk dia mengakuri dan mematuhi segala apa yang diletakkan di bawah Akta Timbang dan Sukat ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja · yang saya ingin pernah tekan dan sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian. Dan saya berhenti dengan menyatakan itu bahawa saya menyokong Rang Undang-undang Akta Timbang dan Sukat (Pindaan) 1992. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba.

Page 53: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1443 4 JUN 1992 1444

4.04 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahas dan juga menyokong suatu akta yang dinamakan untuk meminda Akta Timbang dan Sukat (Pindaan) 1992. Saya dalam bincangkan Rang Undang-undang ini, saya akan pergi ke Fasal 2.

Mengikut Fasal 2, Rang Undang­undang ini bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta dengan meminda takrif atas timbang dan sukat untuk memasukkan masa bagi satu daripada kuantiti yang hendak disukat. Ini akan memperluaskan takrif itu untuk meliputi meter tempat letak kereta, perakam waktu dan juga alat-alat serupa yang lain. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, meter letek kereta khasnya di Kuala Lumpur, kerana saya orang Kuala Lumpur, telah pun diperkenalkan lebih ataupun hampir 10 tahun. Apakah selama ini meter-meter yang telahpun dipasang itu ataupun kutipan-kutipan yang buat itu tidak terikat dengan undang-undang. Jadi jika benar, saya mencadangkan supaya Akta 101

dikebelakangkan supaya tidak timbul masalah undang-undang kerana bila orang ramai telahpun mengetahui mengenai kesedaran orang ramai bahawa baru sekarang kita mengadakan perundangan tentang tempat letak kereta ataupun parking meter, dengan izin. Jadi, akan timbul masalah­masalah di mana setengah-setengah itu akan mengambil tindakan undang­undang ataupun sebagainya. Jadi, bagi mengelakkan berlakunya tindakan undang-undang, saya berharap Kerajaan akan dapat memikirkan sama ada dikebelakangkan supaya tidak menimbulkan satu masalah di masa yang akan datang.

Begitu juga sepertimana yang telahpun dikatakan oleh sahabat­sahabat saya yang terdahulu, parking

meters ini memang banyak berlaku kerosakan, dan ada yang berjalan dengan cepat ataupun sebagainya. Jadi, ~pa yang saya ingin mencadangkan 1alah supaya pihak penyimpan timbang dan sukat supaya dapat memeriksa meter-meter ini, dikatakan secara rambang 6 bulan sekali ataupun sebagainya untuk memastikan kesahihan kerana kami yang menjadi pelanggan, kita tidak tahu sama ada meter itu boleh betul-betul digunakan untuk satu jam, setengah jam ataupun sebagainya kerana susah, kerana takkanlah setiap kali kita masukkan duit, kita hendak tengok jam kita tepat­tepat. Lepas itu kita pastikan sama ada betul ataupun tidak.

Jadi, tentang kesahihan meter-meter ini, saya berharap pihak Kerajaan akan dapat memikirkan ataupun akan dapat memeriksa dari masa ke semasa. Sebenarnya, oleh kerana baru-baru ini saya tahu, kalau tidak silap saya, apabila saya baca Akta ini rupa­rupanya baru sekarang soal parking meter ini menjadi satu undang-undang. Saya ingin bertanya apakah akan terjadi kepada mereka yang telahpun sebelum ini disaman oleh pihak Bandaraya ataupun sebagainya. Apa yang saya difahamkan saya fikir walaupun tidak ada kaitan dengan pihak Kementerian ini tetapi apa yang saya difahamkan telahpun banyak, kadang-kadang pengusaha-pengusaha parking meter ini, jika kita sebagai pengguna taat membayar kepada mereka tetapi mereka ini tidak membayar kepada Majlis-majlis Bandaran seperti Majlis Kuala Lumpur ataupun Dewan Bandaraya dan juga yang lain-lainnya. Saya tidak ada figures yang berkenaan tetapi saya tahu memang banyak bayaran yang tertunggak.

Saya ingin menyentuh mengenai Fasal ini juga telahpun dimasukkan alat-alat serupa yang lain dan saya berharap alat-alat serupa yang lain ini

Page 54: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1445 4 JUN 1992 1446

termasuk juga telephone card. Sekarang ini apabila kita menggunakan telefon, kita gunakan kad. Jadi, bagaimana kesahihan kad ini. Beberapa lama ianya boleh digunakan? Adakah benar-benar kalau kita membuat satu local call, dengan izin, dicajkan 13 bagi 3 minit. Bagaimana caranya pihak Kementerian untuk memastikan kesahihan kad telefon-telefon ini dan juga telefon-telefon. Mungkin ada teknik-teknik yang tertentu yang digunakan. Bukanlah saya menuduh tetapi kemungkinannya ada teknik­teknik tertentu yang digunakan oleh syarikat-syarikat yang membekalkan telefon ini dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih, mereka 101 akan mencepatkan perjalanan telefon ataupun kad telefon ini. Jadi, apa cara? Saya hendak tahu bagaimana cara dari segi penguatkuasaan pihak Penyimpan Timbang dan Sukat untuk memastikan tidak ada berlaku penyelewengan­penyelewengan. Saya tidak menuduh adanya penyelewengan tetapi takut­takutkan kerana kita sebagai pengguna kadangkala itu apabila saya guna kad telefon, kadang-kadang terfikir oleh saya betulkah atau tidakkah ataupun sebagainya.

Tetapi kalau ada pihak Kementerian memeriksa telef6n ini dari masa ke semasa ataupun memastikan kad ini digunakan dengan ketepatan waktu dan juga masa yang telahpun ditentukan jadi timbul satu confident, dengan izin, kepada masyarakat.

Tadi sahabat saya Tuan Haji Mohamed Nazri telahpun menimbulkan soal meter teksi. Kita difahamkan bahawa meter teksi ini diadakan untuk mengukur jauh perjalanan. Saya tidak tahu sama ada ia juga meliputi masa yang digunakan kerana kadang-kala berlaku keadaan di mana dalam satu destinasi yang sama apabila tidak berlaku traffic jam, bayarannya mungkin dikatakan $10.00. Kalau saya

hendak balik ke rumah saya di SubWlg Jaya, saya kena bayar $10.30. Tetapi kalau berlaku traffic jam kemungkinannya meter ini akan naik sampai ke $15.00 ataupun $20.00. Jadi, adakah meter ini juga mengambilkira soal masa ataupun ada pindaan yang telahpun dibuat oleh pihak-pihak yang tertentu untuk mengambilkira tentang keadaan-keadaan traffic jam kerana ini banyak menimbulkan rungutan dan juga sebagainya. Jadi, saya ingin mencadangkan di sini supaya meter­meter teksi ini dapat diperiksa.

Saya pernah naik teksi tetapi saya tidak ingat di bandaraya mana yang saya pergi di mana meternya boleh mengeluarkan resit. Apabila kita hendak turun, resit itu dikeluarkan dan ada menyebutkan tarikh, lama perjalanan, jarak perjalanan, nombor teksi itu sekali dan jumlah yang perlu kita bayar. Kalau tidak siiap saya di Tokyo. Saya sudah lupa kerana banyak tempat saya sudah pergi. Jadi, ini juga boleh memudahkan kita khasnya pegawai-pegawai Kerajaan yang ingin membuat tuntutan supaya tidak ada perbalahan-perbalahan supaya apabila kita keluar teksi, kita tunjukkan resit yang dibayar. Begitu juga ianya boleh dijadikan bahan bukti jika ada masalah­masalah, komplen ataupun sebagainya kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menimbulkan soal meter elektrik dan juga meter air yang ada di rumah kita. Biasanya kita take for granted, dengan izin, apa yang ditulis oleh pihak Lembaga Letrik Negara ataupun Jabatan Bekalan Air itu betul. Jadi, berapa kerapkah meter-meter ini diperiksa oleh pihak Kerajaan. J adi, kita berharap supaya pihak Penyimpan Timbang dan Sukat dapat memastikan supaya timbul satu confident kepada pengguna kerana selama ini oleh kerana Jabatan LLN itu sebahagian daripada Kerajaan, kita boleh dikatakan 'take for granted', takkan Kerajaan

Page 55: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1447 4 JUN 1992 1448

hendak menipu rakyat. Tetapi sekarang ini apabila telah pun diswastakan, jadi timbul juga keraguan baik kepada meter air ataupun meter elektrik. Saya berharap satu cara dapat difikirkan bagaimana meter-meter ini dapat diperiksa ataupun sebagainya.

Saya percaya Fasal 2 kemungkinan juga dihadkan kepada Fasal 5.Adakah dibawah Fasal 5 ini kita akan memasukkan meter yang mengesan kelajuan speedtrap ataupun yang dipanggil speedgun yang digunakan oleh pihak Polis itu. Jadi, supaya tidak timbul keraguan kepada pihak pengguna sama ada betul atau tidak meter yang mengesan kelajuan yang digunakan oleh pihak Polis. Kadang­kala timbul juga masalah-masalah apabila kita kena saman. Kadang­kadang kita katakan kita tidak lari lebih daripada 80 tetapi meter yang digunakan mengatakan lebih daripada 80. Tetapi kalau misalnya pihak Penyimpan Timbang dan Sukat telah pun memastikan ataupun membuat satu penyiaran bahawa mesin yang digunakan itu adalah tepat-jadi, kalau kita kena bayar 'fine' pun, kita confident. Kalau tidak kita terasa seolah-olah kita tidak Iari dengan laju tetapi oleh kerana mesin yang digunakan tidak mengikut piawaian yang tertentu, jadi akan menimbulkan perbalahan-perbalahan.

Tadi, Tuan Haji Mohamed Nazri telahpun menimbulkan soal meter kiraan petrol ataupun meter kiraan isipadu. Kadang-kala kita ketahui pemilik stesen petrol ada setengah­setengahnya yang tamak untuk mencari keuntungan telah mencampurkan petrol dengan diesel ataupun dengan minyak gasoline dan sebagainya. Jadi, kadang­kala kita terfikir juga ada kemungkinannya meter yang digunakan boleh dilajukan ataupun sebagainya. Kadang-kala dengan izin, kita take for granted, sahaja seolah­olahnya ia betul. Saya tahu kerana saya

telahpun membuat siasatan. Dahulu memang betul hanya syarikat minyak yang berkenaan sahaja yang memeriksa meter-meter ini.

Tetapi saya difahamkan baru-baru ini pihak Penyimpan Timbang dan Sukat telah pun mula memeriksa mesin-mesin ini ataupun meter-meter yang terdapat di petrol station. Jadi, kita mengucapkan syabas di atas ingatan ini dan saya berharap juga skop ini akan dipanjangkan a tau diperluaskan kepada tempat-tempat Iain yang telah pun saya sebutkan tadi.

Saya juga ingin mencadangkan supaya di pasar-pasar dan di tempat­tempat yang digunakan oleh orang awam, diletakkan mesin timbang supaya apabila kita sudah beli daging satu kilo, lepas itu kita boleh pergi check sama ada betul ataupun tidak yang dibeli itu satu kilo. Saya tahu di setengah-setengah tempat atau di setengah-setengah pasar memang telah pun dilaksanakan.

Saya berharap dilaksanakan juga di pasaraya-pasaraya kerana trend masyarakat kita sekarang ini pergi shopping ke pasaraya-pasaraya. Saya tidak menuduh bahawa berlaku penyelewengan ataupun sebagainya di pasaraya-pasaraya tetapi sekurang­kurangnya mengihgatkan pihak Kementerian atau pihak-pihak tuan punya pasaraya ini bahawa mereka itu sentiasa diawasi dan juga sentiasa mendapat perhatian daripada pihak Kementerian. Jadi, kalau ada niat untuk menipu ataupun sebagainya itu akan terhindar dengan sendirinya. Ini juga akan menimbulkan rasa confident kepada pengguna-pengguna terhadap bahan-bahan yang dibeli.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang ingin saya cadangkan di dalam membahaskan Rang Undang-undang ini dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih. Dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Page 56: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1449 4 JUN 1992 1450

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput pihak Kementerian menjawab.

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Setiausaha Parlimen Kementerian menjawab.

. 4.20 ptg.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, bagi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, izinkan saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator-senator yang telah memberi sokongan dalam perbahasan Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 1992.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab beberapa soalan yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak cuba menjawab kalau boleh semuanya, tetapi ada beberapa perkara memang di bawah bidang kuasa pejabat-pejabat atau agensi-agensi yang lain, yang mana kalau tidak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bukan bermakna kita tidak boleh buat apa-apa, tetapi sebagai satu Kementerian yang juga bertanggungjawab di atas hal-hal kepenggunaan, maka segalanya yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kami memberi jaminan bahawa kami akan menghantar cadangan dan teguran dari Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Kementerian­kementerian atau agensi-agensi yang lain.

Yang Berhormat Puan Hajah Habidah telah membangkitkan beberapa perkara dan cadangan yang termasuk tempat letak kereta mesti ada juga disediakan tempat-tempat untuk penukaran duit syiling atau automatic dispenser coin, penguatkuasaan oleh

Polis dan Maj\is Perbandaran dalam perkara penggunaan duit palsu, saman­saman yang dikeluarkan dengan begitu cepat apabila masa tamat sahaja di sesuatu tempat letak kereta. Saya percaya perkara-perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Majlis-majlis Perbandaran atau pihak Polis dan tidak wajar bagi saya menjawab bagi pihak mereka. Akan tetapi memang cadangan-cadangan ini adalah baik dan seperti saya nyatakan tadi, Kementerian ini akan menghantarkan cadangan dan pendapat-pendapat Ahli­ahli Yang Berhormat kepada pihak yang berkenaan.

Untuk maklumat Yang Berhormat Puan Hajah Habidah, Rang Undang­undang Timbang dan Sukat pun telah dipinda dua kali sebelum ini iaitu pada tahun 1981 dan juga pada tahun 1990, akan tetapi dend~-denda yang telah ditetapkan tidak dipinda sekali pun sejak tahun 1972. Berkenaan perkara adakah alat-alat timbang dua muka didapati dalam pasaran, memang pada masa sekarang ada terdapat alat timbang jenis dua muka dalam pasaran dan memang peniaga-peniaga adalah digalakkan untuk menggunakan alat­alat jenis ini.

Dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga menggalakkan para peniaga untuk menggunakan alat-alat timbang yang lebih canggih atau lebih baru yang mengeluarkan print out receipt misalnya, selepas ditimbang ada print out, ada kertas atau label yang menunjukkan keberatannya termasuk harga sekilogram dan juga jumlah harga yang harus dibayar. Jadi, bagi kami di Kementerian, kami memang menggalakkan penggunaan mesin­mesin yang baru, yang lebih canggih, tetapi oleh kerana kos mesin-mesin baru ini memang tinggi, jadi ini adalah terpulang batik kepada para peniaga untuk menggunakan apa jua jenis mesin yang mereka boleh gunakan.

Page 57: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1451 4 JUN 1992 1452

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed N azri pun tel ah membangkitkan beberapa perkara. Yang pertama, berkenaan meter teksi. Meter teksi sebenarnya, penentuannya adalah di bawah jagaan J abatan Pengangkutan Jalan dan tidak ditentusahkan oleh Inspektor Timbang dan Sukat. Maka hanya saya boleh menjawab bahawa memang ada penentuansah . . . . .

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya juga maklum seperti parking metre pun di bawah Kerajaan Tempatan, jadi kalau parking metre di bawah Kementerian lain pun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh rnaknanya meletakkan di bawah Akta ini, mengapa tidak boleh letakkan meter teksi. Sebab saya tahu, Kementerian ini Kementerian baru, jadi sudah tentu dahulu tidak ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini, sekarang telah ada, lebih baik ambil semua sekali daripada Yang Berhormat menerangkan terletak di bawah Kementerian lain; saya rasa parking metre pun di b~wah Kementerian lain juga. Jadi, saya ingat ini pertanyaan saya kepada Yang Berhormat.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, walaupun Kementerian Perdagangan Dal am N egeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah satu Kementerian baru, ini tidak bermakna bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan timbang dan sukat tidak diambil berat oleh pihak Kerajaan. Memang pada masa dahulu segala perkara yang ada berkaitan dengan Akta Timbang dan Sukat dikawalselia oleh-pada masa dahulu-adalah Kementerian Perdagangan dan Industri.

Apa yang tertakluk di bawah Akta ini memang pada keseluruhannya mewajibkan atau memerlukan atau

menentukan perkara-perkara yang ada berkaitan secara langsung dengan timbang dan sukat iaitu pada keseluru~annya semua alat-alat untuk menimbang dan menyukat. Akan tetapi ada beberapa perkara yang masih lagi dikawalseliakan oleh Kementerian­kementerian yang lain. Ini termasuklah meter teksi dan ini tidak bermakna bahawa meter teksi 101 tidak ditentusahkan, memang ada agensi Kerajaan yang menjaga dan menjalankan tugas untuk penentuan meter jenis ini dan hanya apa yang diperlukan di bawah Akta Timbang dan Sukat ialah semua alat-alat timbang dan sukat mesti ditentusahkan oleh Inspektor Timbang dan Sukat dan bagi meter teksi pada masa sekarang, ini di bawah jagaan Jabatan Pengangkutan Jalan. Bolehkah togas penentuansah meter teksi ini diperiksakan oleh Inspektor Timbang dan Sukat, cadangan Ahli Yang Berhormat bahawa ini perlu diambilalih atau dijaga di bawah Kementerian ini, memang kita boleh memberi pertimbangan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, seksyen 2(1) yang memberi takrifan kepada alat-alat timbang dan sukat adalah berbunyi, "alat timbang dan sukat ertinya apa-apa alat atau mesin untuk menyukat mengikut panjang, luas, isipadu, muatan, berat dan sekarang dimasukkan 'masa' atau bilangan, dan dalam hal al at tim bang termasuklah timbangan yang digunakan berkaitan dengannya". Jadi memang perkara yang menyukat isipadu telahpun dimasukkan dalam takrifan alat timbang dan sukat yang lama itu.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

Mengenai denda dan penjara, memang syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan hanya boleh didenda dan alat-alat yang digunakan dengan secara . . . . .

Page 58: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1453 4 JUN 1992 1454

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Nazri.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat sebentar tadi. Cuma saya hendak bertanya iaitu oleh kerana isipadu juga sekarang ini memang dirangkumi di bawah Akta ini, apakah mesin yang menyukat isipadu minyak di stesen-stesen minyak itu memang di bawah jagaan Akta ini?

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, jawapannya ialah ya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara inipun telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rahim Baba berkenaan meter elektrik, meter air, meter-meter di petrol station dan lain­lain.

Pada keseluruhannya saya boleh menyatakan bahawa mengikut kehendak Akta Timbang dan Sukat hanya alat-alat timbang dan sukat yang mana rekabentuk dan spesifikasinya yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat sahaja boleh digunakan dalam urusan perdagangan.Ini sebagai satu statement yang menyeluruh .. Ini bermakn_a bahawa meter elektnk dan meter au walaupun tidak semata-mata di bawah jagaan Kementerian, tetapi rekabentuk alat-alat ini mesti diluluskan dan diwartakan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat. Apa yang Kementerian ini menjalankan tugasnya ialah melalui Inspektor-inspektor Bahagian Penguat­kuasaan Kementerian, maka inspektor ini untuk menjalankan pemeriksaan bagi memastikan bahawa mereka yang menggunakan meter-meter ~t~u ~lat­alat timbang dan sukat 101 ttdak membuat sesuatu yang boleh menjalankan penyelewengan kepada para pengguna.

Berbalik kepada denda dan penjara, memang syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan tidak boleh dipenjarakan dan pada masa ini hanya boleh didenda dan alat-alat yang digunakan boleh dirampas. Pada ~nya syarikat-syarikat hanya boleh d1denda dan alat-alat yang disalahgunakan akan dirampas oleh mahkamah dan diserahkan kepada Ketua Inspektor Timbang dan Sukat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Rahim Baba berkenaan kedudukan atau keraguan kegunaan meter-meter letak kereta (parking metre) yang telah pun dipakaig~n.a beberapa tahun kebelakangan 101, adakah kegunaan ini sah, bagaimana saman-saman yang telah dikeluarkan, apa jua akan jadi kepada ku~pan y~n_g telah diperolehi oleh MaJhs-maJhS Tempatan melalui kegunaan meter letak kereta ini, saya bercadang hendak mengambil sedikit masa untuk menerangkan atau menjelaskan perkara ini. Memang ini adalah satu perkara yang sangat diminati bukan sahaja ole~ Ahli-ahli Yang Berhormat, tetap1 mungkin pihak pengguna secara amnya akan mengambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini penggunaan meter letak kereta di Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang kecil yang dikuat­kuasakan oleh Majlis-majlis Tempatan atau Majlis-majlis Perbandaran. Penguatkuasaan oleh Majlis-majlis Perbandaran bagi penggunaan meter letak kereta di bawah undang-undang ini adalah sah. Apa yang sentiasa kerapkali dipersoalkan oleh pengguna, saya percaya adalah lebih berkaitan dengan ketepatan masa meter _letak kereta iaitu accuracy of the ttmer, denga~ izin, meter letak kereta. itu. Saya percaya para pengguna ttdak sepatutnya mencurigai atau was-was tentang ketepatannya kerana meter yang dipasang itu telah disahkan oleh,

Page 59: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1455 4 JUN 1992 1456

pertama, negara-negara pengeluar itu sendiri dan mengikut pengetahuan, memang meter-meter yang diimport ini adalah mengikuti standard-standard antarabangsa. Dan juga wakil-wakil tempatan a tau ejen yang memakaigunakan meter-meter ini mesti juga mereka ini mengikut jadual penyelenggaraan dan penentusahan yang disyorkan oleh pihak pengeluar. Pekerja-pekerja kepada wakil tempatan juga ada diberi latihan dan panduan yang secukupnya supaya mereka cekap dalam kerja-kerja penyelenggaraan meter letak kereta. Inspektor Timbang dan Sukat dari Bahagian Penguatkuasaan kami juga telah melawat bengkel-bengkel mereka dan berpuashati dengan kendalian dan penyelenggaraan meter letak kereta di bawah jagaannya.

Untuk pengetahuan secara umum, di negara kita pada masa ini terdapat 4 jenis meter letak kereta yang dipasang di beberapa bandar besar. Keempat­empat jenis ini diimport dari Amerika Syarikat, Jerman Barat dan Sweden. Pada masa ini terdapat lebih daripada 30,000 unit meter letak kereta yang dipasang dan digunakan di seluruh negara. Bentuk dan spesifikasi meter letak kereta telah diwartakan oleh SIRIM, SIRIM sebagai Penyimpan Timbang dan Sukat pada tahun 1990. Setakat ini, 3 daripada jenis meter letak kereta yang digunakan di negara ini telahpun mendapat kelulusan SIRIM dan ujian serta pemeriksaan ke atas satu lagi jenis sedang dijalankan. Standard yang ditetapkan oleh SIRIM adalah berasaskan standard-standard yang wujud di United Kingdom, Jerman Barat dan Amerika Syarikat.

Tuan Rahim bin Baba: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang minta penjelasan. Sila.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya memang faham bahawa meter-meter tempat letak kereta ini

telah pun diluluskan oleh negara­negara pengeluar yang maju, tetapi apa yang menjadi kemusykilan pihak pengguna ialah adakah pemeriksaan dijalankan oleh pihak Inspektor Timbang dan Sukat ini selepas meter­meter itu dipasang? Kalau sebelum dipasang, saya percaya memang ada, SIRIM pun sudah luluskan, selepas itu pihak Kementerian melalui Inspektor Timbang dan Sukat sudah periksa di kilang ataupun sebagainya, tetapi selepas dipasang, adakah pemeriksaan dijalankan oleh pihak Inspektor Timbang dan Sukat? Itu yang kita maksudkan, kalau sebelum itu memang hundred percent kita bersetuju dan kalau dikatakan pihak agen itu pun ada terlibat, mereka ini ada vested interest. Jadi, kita hendak Kerajaan sendiri, Inspekto'r Timbang dan Sukat pergi memeriksa adakah setelah dipasang di tepi-tepi jalan itu diperiksa, umpamanya 6 bulan sekali ataupun setahun sekali secara rambang tentang kesahihan masanya.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, penentusahan meter-meter letak kereta ataupun alat-alat timbang dan sukat yang lain mengikut pruntukan Akta ini apa yang akan jadi ialah pengeluar atau pengimport meter-meter ini atau pemakaian alat-alat ini sebelum alat-alat ini digunakan pertamanya harus ditentusahkan oleh Inspektor dahulu seperti alat-alat timbang misalnya telah ditentusahkan, selepas itu ada di "seal", dengan izin, dan mereka tidak boleh, dengan izin, tamper dengan alat-alat yang ditentusahkan dan alat-alat ini harus juga ditentusahkan dari semasa ke semasa mengikut jadual, misalnya tiap­tiap tahun.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi, saya ingat maksudnya terang macam ini; maksudnya sama ada sebelum installation dibuat memang sebenamya benda itu sudah ditentukan dahulu, selepas itu-post installation, adakah

Page 60: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1457 4 JUN 1992 1458

Inspektor itu terus lagi mengkaji dan menentukan bahawa ianya serupa seperti pre-installation? Saya ingat itu maksud Tuan Rahim.

Dr Sak Cheng Lum: Saya faham, saya belum sampai ke tahap hendak jawab itu. Cuma saya hendak ceritakan sebelum dipasang memang dibuat,itu langkah pertama. Maka, penentusahan memang dibuat, seperti satu contoh, meter stesen minyak atau alat timbang, selepas itu ada, dengan izin, disealkan dan tidak sesiapa juga boleh memecahkan seal itu dan memang ada kuasa untuk Inspektor Timbang dan Sukat mengambil tindakan apabila didapati bahawa mereka yang memakai alat-alat yang mana sealnya telah diputuskan mereka adalah melakukan satu kesalahan. Itu langkah pertama.

Yang kedua, memang Inspektor Timbang dan Sukat ada kuasa untuk memeriksa mana-mana alat-alat pengukuran dari semasa ke semasa, memang ada dan kebanyakan pemeriksaan ini dijalankan apabila Kementerian menerima aduan. Ini bukan bermakna bah'awa Kementerian hanya bertindak apabila menerima aduan, memang pemeriksaan juga dijalankan mengikut jadual atau kadangkala kalau perlu pemeriksaan dijalankan secara mengejut atau surprise check. Ini memang ada dalam sistem check and balance yang dijalankan oleh pihak lnspektor Timbang dan Sukat, tetapi kita juga faham bahawa pada keseluruhannya bilangan meter-meter memang banyak, alat-alat pengukuran atau alat-alat timbang dan sukat memang banyak. Jadi, adalah sukar bagi Inspektor untuk tiap-tiap hari hanya buat kerja memeriksa tiap-tiap alat. Jadi, apa yang saya sebut sebagai langkah pertama yang mana alat-alat ini harus ditentusahkan sebelum dipakai,selepas itu harus diseal, selepas seal tidak boleh pecahkan seal; dan selepas itu dari semasa ke semasa mengikut jadual

mesti bawa batik untuk ditentusahkan. Misalnya dalam alat-alat timbang, kalau tidak silap saya pada tiap-tiap tahun mesti juga diuji dan ditentusahkan sebagai langkah . . . .

Tuan Dahalan bin Haji Embun: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Dia signal kepada saya, dia hendak minta penjelasan. Yang Berhormat beri ya?

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Sedikit sahaja minta penjelasan. Oleh sebab rasa saya meter-meter ini masih lagi tidak begitu full proof. Contohnya, parking meter, ini pengalaman sendirilah. Kita kadang-kadang hendak test juga budak-budak jaga kereta ini, dengan memberi 50 sen dia boleh naik sampai dua tiga jam dengan ketuk­ketuk sahaja. Itu satu contoh.

Satu lagi, kita pergi dekat Damai Complex, di sana kita kata hendak pergi dalam setengah jam ataupun sejam. Tak apalah saya beri dua jamlah Encik, berikan dia 50 sen. Ada dijolok dengan straw masuk dalam sistem itu, ia boleh naik sampai dua tiga jam. Jadi, inilah maknanya sistem itu tidak begitu full proof. Jadi, syarikat itu boleh jadi kecoh dan boleh sebaliknya juga saya rasa.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, memang tidak dinafikan bahawa tindakan-tindakan atau tindak­tanduk yang tidak bertanggungjawab berlaku. Saya ingat bukan hanya berkaitan dengan meter teksi, di dalam mana-mana perniagaan ada mereka yang tidak bertanggungjawab, yang tamak dan lain-lain memang mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Jadi, apa yang kita hanya boleh menyatakan ialah tanggungjawab untuk memastikan bahawa meter-meter yang digunakan

Page 61: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1459 4 JUN 1992 1460

adalah dalam keadaan yang baik. Pertamanya tanggungjawab itu adalah di dalam tangan wakil-wakil tempatan atau agen-agen yang diberi kuasa oleh Majlis-majlis Tempatan untuk mengutip duit melalui penggunaan parking meter dan juga memang Majlis-majlis Tempatan ada juga tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa meter-meter yang digunakan adalah dalam keadaan yang baik dan apa yang kami di Kementerian boleh menjalankan togas ialah melalui pemeriksaan mengikut jadual atau dari semasa ke semasa. Kalau kami menerima aduan dari pihak pengguna berkenaan dengan sesuatu meter atau meter-meter yang tidak betul atau tidak tepat, maka kami boleh hantar inspektor itu untuk menyiasat dan membuat pemeriksaan. Memang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh menjaminkan bahawa tiap-tiap aduan yang kami terima akan diambil tindakan.

Untuk meneruskan beberapa jawapan lagi, satu berkenaan kad telefon. Masa yang ditetapkan dalam kad telefon ini sedang dikaji dan apabila undang-undang baru dikuatkuasakan atau pindaan ini dikuatkuasakan, penentuan alat-alat yang digunakan oleh "masa" akan dikaji oleh SIRIM. SIRIM sebagai penyimpan alat timbang dan sukat dan selepas itu memang tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

Setakat itu saya boleh memberi jawapan berkenaan kad telefon dan memang kami pun ambil perhatian serius tentang ini dan kajian pun telah dijalankan. Saya tidak boleh jawab selain dari itu yang mana kita telah sedar kita ambit tindakan untuk mengkaji dan memang untuk menentukan kesahihan pemakaian kad telefon ini. Memang Kad Telefon ini ada, saya ingat bukan sahaja Kad Telefon tetapi public atau telefon awam

yang menggunakan duit syiling itu juga adalah satu alat yang mengukur masa, yang menentukan caj mengikut masa. Jadi apabila pindaan kepada Akta Timbang dan Sukat diluluskan, maka bukan sahaja meter letak kereta, tetapi meter telefon dan alat-alat yang lain seperti meter untuk self service laundry, atau mesin pencuci kain layan sendiri dan alat-alat Iain juga harus dikaji dan diambil tindakan.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: (Bangun)

Timbalan Yang di·Pertua: Permintaan untuk penjelasan Yang Berhormat. Ya, Tuan Dahalan sila.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Sebenamya Yang Berhormat telah pun menyebut, iaitu saya hendak tanya berkenaan dengan coins.

Timbalan Yang di-Pertua: Sudah sebut Yang Berhormat.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: .. .... telefon,. tetapi masalahnya begini, telefon yang menggunakan duit ini, kita masukkan 20, 30, 50 sungguhpun dia turun, tetapi telefon itu tidak dapat digunakan, jadi di mana kita hendak letakkan kesalahan ini pula, maknanya meter itu rosak.

Dr Sak Cheng Lum: Perkara yang Kementerian am bil lebih berat, sebenarnya ialah berkenaan dengan kesahihan atau penentuan sah sesuatu meter alat itu. Jadi perkara seperti kerosakan memang terjadi, dan saya percaya perkara kerosakan meter-meter itu misalnya telefon yang bermeter. Saya percaya tanggungjawab utama adalah di bawah jagaan agensi yang mengendalikan telefon itu, oleh kerana kalau rosak memang kerugian bukan sahaja dihadapi oleh para pengguna, tetapi kepada mana-mana agensi atau syarikat yang mengendalikan alat-alat itu.

Page 62: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

- ..

1461 4 JUN 1992 1462

Sebagai maklumat tambahan berkenaan dengan meter teksi, sebenarnya meter teksi ini adalah dikecualikan dari Akta Timbang dan Sukat, dan oleh sebab itu kecualian bukan bermakna penentuan tidak dijalankan, dan seperti saya nyatakan penentuan dijalankan atau dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, dan pengecualian juga diberi kepada meter elektrik dan meter air. Itulah sebabnya meter-meter yang disebut di atas tidak dibuat penentuan oleh Inspektor Timbang dan Sukat, akan tetapi saya telahpun menyatakan bahawa meter­meter seperti ini penentuannya dibuat oleh Jabatan-jabatan lain yang berkenaan, jadi ada tanggungjawabnya, ada kewajipannya.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Penjelasan lagi, Yang Berhormat.Sila Tuan Haji Mohamed Nazri.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak tanya mengapa meter teksi dikecualikan?

Kedua, oleh sebab saya yang membawa soalan ini tadi, kita tidak mempertikaikan bahawa meter teksi itu tidak ada satu badan yang check dia. Maksudnya, oleh kerana sekarang ini ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Domestic Trade and Comsumer), Kementerian telah memikirkan iaitu waras untuk mengambil meter parking. Meter parking ini dahulu bukan tidak ada orang yang check-memang orang check, ianya di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan, tetapi Kementerian memikirkan bahawa kerana sekarang ini ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, maka hendak diambil. Soalan saya, parking meter ini walaupun dahulunya ada orang check,

dan juga ada Kementerian lain yang bertanggungjawab, kalau itu boleh diambil dan diletak di bawah Akta Timbang dan Sukat, mengapa tidak boleh ambit atas meter teksi, sebab meter teksi melibatkan peniaga, drebar teksi ialah peniaga dan melibatkan pengguna, penumpang itu adalah pengguna.

Saya ingin bertanya, kalau dahulu dikecualikan, sekarang sudah ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengapa tidak boleh diambil sepertimana yang Kementerian ambit ke atas meter parking tadi. Itu soalan saya, bukan saya persoalkan tidak ada check-tidak, tetapi saya tanya mengapa tidak boleh dibawa di bawah Akta Timbang dan Sukat.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, saya ingat soalannya bukan boleh atau tidak boleh. Soalannya ialah berkaitan dengan pengagihan tanggungjawab, itu sahaja, sebab pengecualian diberi oleh kerana alat seperti meter teksi atau meter elektrik dan meter air. Misalnya mungkin lebih wajar kalau penentuan dan pemakaian gunanya di bawah jagaan agensi-agensi yang lebih matang atau ada pengetahuan lebih atau jagaan yang lebih baik, itu sahaja. Dan Kementerian ini tidak boleh mengambil tugas, saya ingat ....

Timbalan Yang di-Pertua: Maksud Yang Berhormat ada lagi pihak lain yang berpengalaman tentang meter yang disebutkan oleh Yang Berhormat.

Dr Sak Cheng Lum: Mungkin dari pengalaman, dari segi kepakaran, misalnya meter elektrik, memang ini adalah meter yang agak canggih dan komplikated, mungkin ada pihak lain yang boleh menjagakan dan kegunaannya menjadi lebih baik.

Tuan Rahim bin Baba: (Bangun)

Page 63: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1463 4 JUN 1992 1464

Timbafan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, kami bukannya tidak percaya ataupun tidak confident, kalau misalnya meter elektrik dicheck ataupun disiasat oleh pihak Tenaga Nasional sendiri, tetapi di sini macam ada conflict of interest, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi itu sebabnya kerana sudah adanya Kementerian yang baru ini dan kami mempunyai keyakinan yang lebih kepada Kementerian yang baru ini, itu sebabnya kami hendak supaya meter­meter inipun diletakkan pemerik­saannya di bawah Kementerian Yang Berhormat, itu yang kami hendak berikan cadangan, kerana kami mempunyai keyakinan kepada kebolehan Kementerian ini.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, cuma satu lagi, saya menyokong apa yang Yang Berhormat sebut, kalau dahulu meter elektrik dikecualikan, kita faham, sebab LLN itu adalah di bawah Kerajaan, tetapi hari ini kita tahu bahawa LLN sudah jadi Syarikat Berhad yang mana public sudah beli, dia berniaga sekarang. Dahulu dia tidak berniaga, · ia hanya merupakan kemudahan awam yang disediakan oleh Kerajaan, pada ketika itu boleh dikecualikan, tetapi sekarang oleh sebab dia sudah menjadi syarikat, dia berniaga, sebab itu kita kata dia sudah menjadi peniaga. Tenaga Nasional Berhad sudah jadi peniaga, bukan lagi badan Kerajaan, oleh sebab itu kita rasa wajar untuk diletakkan meter ini di bawah Akta Timbang dan Sukat. Ini sebagai menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Dr Sak Cheng Lum: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, atas keyakinan yang telah diberi kepada kami.

Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat akan memahami dengan apa yang saya nyatakan tadi, secara umum ialah di bawah Akta ini hanya alat-alat timbang dan sukat yang rekabentuk dan spesifikasinya yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat, hanya alat-alat ini boleh dipakai. Pengecualian ini bermakna bahawa tidak memerlukan pemeriksaan oleh lnspektor, ini tidak bermakna bahawa alat-alat 101

rekabentuk dan spesifikasinya tidak diluluskan oleh penyimpan-memang ada, dan meter-meter ini adalah mengikut standard yang telah ditetapkan, tetapi kalau cadangan itu memang baik, kami terima dan ini harus kita bawa batik kepada Kementerian untuk dibincangkan. Saya percaya apa yang . . . .

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ada permintaan penjelasan lagi. Ya, Datuk tunggu sekejap ya, tadi ada dua perkara yang dibangkitkan oleh dua orang Ahli Yang Berhormat yang bertanya.

Pertama Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba mengatakan dia yakin kepada Kementerian baru ini, sebab itu dia hendak Kementerian baru menjaga hal meter ini.

Kedua, TEN ialah sebuah badan perniagaan dan perlu ada outside party yang menjadi Inspektor kepada meter itu. Dua perkara.

Satu lagi Datuk Haji Ahmad, silakan.

Datuk Haji Ahmad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya tengok tadi azab sengsara fasal meter ini begitu susah hendak menjaganya. Di Singapura tidak pakai meter-masuk sahaja kereta, kita beli tiket berapa jam yang kita hendak letak kereta.

..

Page 64: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1465 4 JUN 1992 1466

Kemudian kita tekan kertas 3 jam, kita letak dekat kereta kita, lepas itu kita boleh relax, kita pun percaya betul. Bolehkah Kementerian di sini mengubah sistem meter kepada kertas yang senang daripada meter yang menyeksakan jiwa kita mendengar tadi?

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, berkenaan perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri berkenaan TEN sekarang adalah satu badan swasta, memang minat mereka adalah lebih banyak tertakluk kepada keuntungan. Jadi, memang itu kami mengambil perhatian seperti saya nyatakan perkara ini kita boleh bawa batik untuk bincang, beri pertimbangan.

Yang kedua, saya ingat perkara letak kereta, kutipan bayaran melalui parking metre pada masa sekarang cara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Datuk tadi yang menggunakan mengambil tiket masuk ada sebut jam bila keluar, masa itu adalah ditentukan berapa jam, selepas itu ada satu perkiraan bayaran memang cara itu dipakaiguna, tetapi bukan di jalan-jalan raya, tetapi di kompleks beli-belah dan kompleks multi-storey car park. Jadi, cara itu digunakan dan apabila pindaan kepada Rang Undang-undang ini diluluskan, maka meter-meter yang digunakan untuk mengukur masa dalam tempat­tempat letak kereta atau parking complex, maka meter-meter itu harus ditentusahkan akan dikawalselia di bawah pindaan kepada Akta Timbang dan Sukat.

Saya ingat, barangkali setakat itulah apa yang saya boleh menjawabkan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Pertama saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat menjawab soalan ini. Cuma satu sahaja belum dijawab. Saya rasa boleh jawab soalan saya berkenaan dengan orang

yang mengulangi kesalahan tersebut, sebab denda $5,000 ataupun rampaskan, dia boleh beli balik, dia boleh ulangi balik perbuatan kesalahan itu. Jadi, saya cadangkan tadi, macam mana kalau kita tarik lesen dia bagi orang yang membuat kesalahan yang mengulangi kesalahan itu? Jadi, kalau dia sudah ulangi dua, tiga kali kesalahan itu hendak beri peluang buat apa. Bayar $5,000 dia boleh bayar, rampas mesinnya, berapa sangat harga mesinnya. Tetapi kalau kita tarik lesen dia macam mana, boleh timbangkah, saya hendak tanya?

Timbalan Yang di-Pertua: Saya ingat macam inilah, kita berlaku adillah juga kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Tadi saya nampak sudah habis jawapan, tetapi kalau hendak jawab sekejap sudahlah, jangan lama sangat kerana saya takut nanti lagi jawap, lagi banyak soalan timbul.

Dr Sak Cheng Lum: Hilang sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan perkara perlesenan memang tidak ada berkaitan dengan Akta ini. Perlesenan adalah perkara yang dikawal oleh badan-badan tertentu. Mengikut apa jenis lesen itu, kalau misalnya jenis lesen untuk menjalankan perniagaan mungkin bukan satu lesen. Pertamanya harus berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan. Selepas itu kalau hendak pakai sesuatu ruangan atau bangunan harus mendapat lesen daripada Majlis Tempatan. Jadi, saya percaya susah hendak kita kait-mengait dengan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat dengan perkara perlesenan. Jadi, saya percaya memang bagi mereka yang enggan mematuhi sesuatu akta dan berulang menjadikan kesalahan, memang rekod sesuatu perniagaan yang melakukan kesalahan akan diambilkira oleh mahkamah, apabila mahkamah itu menentukan satu denda atau perlu dipenjarakan atau keduanya.

Saya ingat, Tuan Yang di-Pertua, lagi sekali setakat itulah dapat saya menjawab. Saya harap saya telah memberi jawapan yang boleh

Page 65: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1467 4 JUN 1992 1468

memuaskan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menimbulkan banyak perkara walaupun nampaknya kebanyakan tumpu kepada meter letak kereta. Tetapi saya ucapkan terima kasih oleh kerana ini mencerminkan betapa seriusnya Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil perhatian tentang Akta Timbang dan Sukat (Pindaan) ini dan juga pada keseluruhan kepada usaha­usaha dan tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

{Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG ARKITEK (PINDAAN)

Bacaan Kall Yang Kedua dan Ketlga

5.10 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya (Tuan Kerk Choo Ting): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Akta Arkitek (Pindaan) dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Arkitek (Pindaan) yang dibentangkan ini adalah bertujuan untuk memper­kemaskan peruntukan-peruntukan yang ada bagi membolehkan Lembaga Arkitek menjalankan peranan dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan lagi.

Perkara-perkara yang penting yang tidak diliputi dalam Akta Arkitek 1967 yang berkuatkuasa sekarang juga diperkenalkan dalam Rang Undang­undang ini.

Pindaan-pindaan ini adalah selaras dengan kehendak dan perkembangan semasa dan dilakukan bagi mengemas­kinikan segala syarat yang ada bagi memelihara dan mengawal profesion senibina keseluruhannya.

Pindaan-pindaan seperti yang dicadangkan dalam Akta induk atau Akta Arkitek 1961 melibatkan pindaan kepada sebanyak 16 seksyen.

Ciri-ciri utama dalam pindaan yang dibuat sekarang adalah seperti berikut:

(1) Pindaan kepada seksyen 4(1) seperti dalam Fasal 3 dilakukan untuk membolehkan Lembaga Arkitek melantik sesuatu panel pemeriksa bagi mengelolakan peperiksaan untuk memasuki profesion senibina.

(2) Fasal 4(a) bertujuan meminda seksyen 7(a) bagi memberi kuasa kepada Lembaga Arkitek untuk menetapkan peratusan syer pengundian yang akan dipegang oleh Arkitek di dalam sesuatu pertubuhan perbadanan sebelum pertu buhan perba­danan itu boleh menjalankan amalan senibina.

Page 66: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1469 4 JUN 1992

(3) Fasal 6 iaitu berkenaan dengan pindaan kepada Seksyen 10 adalah bertujuan untuk menetapkan bahawa seseorang yang berdaftar yang dipotong namanya dari daftar Arkitek kerana tidak membaharui pendaftarannya boleh memohon untuk dimasukkan semula namanya ke dalam daftar tersebut sekiranya mereka memohon dalam tempoh 5 tahun dari tarikh nama mereka dikeluarkan dari daftar. Selepas dari tempoh 5 tahun, mereka hanya layak didaftarkan semula tertakluk kepada syarat-syarat semasa untuk pendaftaran. Peruntukan sekarang membenarkan mereka memohon pada bila­bila masa.

(4) Fasal 7 bertujuan meminda seksyen 10(a) untuk menyekat pendaftaran sementara sese­orang Arkitek asing supaya hanya mereka yang terlibat dalam projek-projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan asing akan dilaksana­kan di bawah peraturan dua hala antara Kerajaan sahaja akan dibenarkan pendaftaran sementara. Ini adalah perlu untuk melindungi kepentingan para Arkitek tempatan.

(5) Fasal 10 bertujuan meminda sekyen 15 untuk menetapkan keadaan-keadaan di mana pendaftaran mana-mana Arkitek atau Siswazah Seni­bina berdaftar akan menjadi batal dan tidak sah, dan tidak mempunyai kuasa undang­undang.

(6) Cadangan mengadakan seksyen baru iaitu seksyen 15(a) adalah untuk memberi kuasa kepada Lembaga melantik sesuatu Jawatankuasa Siasatan dan suatu Jawatan-

1470

kuasa Disiplin. Apa-apa aduan terhadap seseorang Arkitek atau Siswazah Senibina berdaftar akan dibuat kepada Jawatankuasa Siasatan. Jawatankuasa Disiplin akan menyiasat apa-apa aduan yang dirujukkan kepadanya oleh Jawatankuasa Siasatan, kesalahan-kesalahan dan penalti-penalti ditetapkan dalam subseksyen 2.

U) Cadangan mengadakan seksyen baru iaitu seksyen 15(b) adalah untuk mem­bolehkan Lembaga menyiar­kan pembatalan pendaftaran seseorang Arkitek atau Siswazah Senibina berdaftar di dalam Warta dan suatu akhbar tempatan. Langkah ini adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan awam serta membolehkan Lembaga melaksanakan fungsinya dalam mengawal etika dan tata kelakuan profesion senibina dengan lebih berkesan lagi.

(8) Fasal 15 bertujuan meminda seksyen 25 untuk mengetatkan lagi pengawalan ke atas Pelukis Pelan Bangunan berdaftar. Pindaan ini memberi kuasa kepada Lembaga sama ada untuk mengenakan satu tindakan atau di mana-mana kombinasi tindakan yang diperlukan bergantung kepada kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang Pelukis Pelan Bangunan berdaftar itu.Ini juga akan menyelaraskan dengan penalti yang boleh dikenakan terhadap Arkitek dan Siswazah Senibina berdaftar.

(9) Fasal 16 dan 17 adalah berkenaan dengan pindaan kepada seksyen 33 dan seksyen 34 untuk menambah penalti yan~ dikenakan

Page 67: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1471 4 JUN 1992 1472

terhadap orang yang melanggar peraturan Akta Arkitek 1967 atau kaedah­kaedah yang diperbuat di bawahnya atau memperolehi pendaftaran dengan memberi maklumat-maklumat palsu dan sebagainya. Tambahan penalti ini adalah dari $2,000 kepada $5,000 atau hukuman penjara selama 2 tahun atau kedua­duanya sekali.

(10) Fasal 19 adalah berkaitan dengan pindaan kepada J adual dalam Akta untuk memberikan kuasa kepada Lem baga Arkitek mewakili mana-mana fungsinya melainkan yang berkaitan dengan seksyen 35 kepada sebuah jawatankuasa yang dilantik olehnya. Ini adalah perlu untuk melicinkan lagi pelaksanaan fungsi Lembaga.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pindaan-pindaan yang tersebut di atas, terdapat lain-lain pindaan kecil yang tidak disebut secara khusus kerana ia adalah pindaan sampingan yang bertujuan untuk memperkemaskan seksyen-seksyen yang sedia ada di dalam Akta yang berkuatkuasa sekarang.

Sekianlah sahaja, Tuan Yang di­Pertua. Saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato Wong See Wah): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Arkitek 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Tuan Haji Mohamed Nazri.

5.18 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memilih saya. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memikirkan untuk mengadakan pindaan 101. Cuma saya ingin menyatakan sedikit pandangan saya berkenaan dengan Fasal 7 iaitu penyekatan arkitek-arkitek daripada luar dari mendaftar sementara dan kita lihat di dalam pindaan ini iaitu bahawa sekarang ini ditambah perkataan dalam bahasa lnggeris, selepas daripada "foreign architect" itu disebut, dengan izin, "who is a consultant to a project, wholly financed by a foreign government".

Jadi, saya hendak bertanya berkenaan dengan perkataan "financed". "Financed" ini maksudnya luas. Apakah "financed" ini maknanya segala wang itu difinancekan oleh Kerajaan luar dengan memberikan atau donation, maknanya Kerajaan asing beri Kerajaan Malaysia kita $10 juta, bukan untuk pinjaman tetapi $10 juta untuk buat projek. Itu maksud "financed" ataupun maksud "financed" seperti yang digunakan oleh bank. Bank kata bahawa projek ini, dengan izin, is being financed by Bank Bumiputra.

Maksud daripada segi "banking financed by Bank Bumiputra", makna dia beri pinjam, jadi bukan dia beri duit untuk membuatkan projek ini, dia pinjam kena bayar balik. Jadi, mengapa saya bertanya perkara ini, iaitu kalau maksud "financed by a foreign government" di sini ialah sepertimana maksudnya ialah sepertimana bank fikir, iaitu foreign government, dia finance, maksudnya dia beri loan, soft loankah atau apa loan kepada kita untuk projek ini tetapi kita kena bayar dia balik, bukan free, bukannya bayar hangus. Jadi kepada saya kalau finance ini dimaksudkan daripada segi apa

Page 68: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1473 4 JUN 1992 1474

yang dimaksudkan oleh bank, saya rasa tak patut kita benarkan foreign architect ini didaftarkan untuk sementara, foreign architect ini. Sebab duit yang foreign government beri itu, bukan beri bayar hangus. Dia beri makna sepuluh juta untuk finance the project, tapi kita kena bayar balik.

Jadi, kalau kita kena bayar balik apa pasal kita hendak kena terima foreign architect didaftarkan sementara untuk menggunakan dia sebagai Arkitek untuk projek itu. Tetapi kalau foreign government kata iaitu yang dimaksudkan dengan financed itu kerana dia beri sepuluh juta, "ha, ini hadiah daripada Kerajaan asing, sepuluh juta untuk projek A", kalau itu dimaksudkan, maka kita bolehlah benarkan foreign consultant untuk didaftar sementara beri tujuan projek itu. Jadi, sebab itu pada saya di sini takrif "financed" itu penting. Kerana pada saya kalau "financed" itu maksudnya meminjam wang buat satu projek, Kerajaan asing pinjamkan wang dengan soft-loan, saya rasa tidak perlu kita daftarkan konsultan asing untuk projek ini. Kita seharusnya melindungi para arkitek kita sendiri. Tetapi kalau hadiah wang, itu lain, itu kita boleh terimalah, maknanya kalau Britain hendak beri kita sepuluh juta, bayar hangus untuk projek A, itu kita boleh pertimbangkan sebab sebahagian daripada wang itu akan balik kepada negeri Britain semula menerusi konsultannya itu. ltu pertama berkenaan dengan perkataan "financed" ini.,

Kedua, saya lihat bahawa dalam Akta ini hendak diwujudkan satu Lembaga. Pertamanya Lembaga boleh memilih J awatankuasa Penyiasatan dan juga Jawatankuasa Disiplin. Segala pengaduan yang dibuat, dia tidak sebut pengaduan apa, dia tidak sebut sama ada pengaduan itu sesama arkitek ataupun pengaduan itu oleh pengguna, orang yang menggunakan arkitek itu-

ada masalah male.a dia hendak komplen, boleh komplen. Jadi ini ada dua macam pengaduan. Saya rasa kalau pengaduan sesama arkitek, perbalahan sesama arkitek, saya ingat itu boleh diselesaikan oleh Jawatankuasa Disiplin yang terdiri daripada ahli-ahli arkitek sendiri. Tetapi kalau Lembaga ini hendak dengar kes pengaduan orang-orang luar terhadap sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh apa yang dikatakan arkitek ini, saya rasa Lembaga ini mesti tidak seharusnya terdiri daripada arkitek sahaja. Sebab ini, balik kita kepada masalah Majlis Peguamlah. Kita mengadu satu hal tentang peguam, yang menghakimi ini kawan-kawan dia sahaja. Jadi, di mana orang yang tidak menjadi peguam atau yang buat pengaduan boleh mendapat keadilan. Sebab kalau saya komplen tentang satu peguam, yang menghakimi ini satu Jawatankuasa yang terdiri daripada peguam. Jadi peguam sama peguam, dia kadangkala kawan dia, jadi dia tidak dapat hendak menghakimi dengan adil. Ini bukan saya marah kepada Majlis Peguam, tetapi ini contohlah.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi mereka berguamlah. Kalau dah anak guam sama ....

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, mereka berguam bersamalah.

Timbalan Yang di-Pertua: Berguam bersama.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, berguam bersama. Jadi kita tidak mahu. Sebab itu pada hari ini Majlis Peguam tidak ada "credibility", tidak mempunyai satu pandangan tinggi daripada masyarakat. Sebab dia pandai hakimi orang lain, tapi bila kes complain against, dengan izin, dia punya member dia hendak sesama dia menghakiminya. Jadi, saya tidak mahu oleh kerana ini kali pertama hendak mewujudkan satu Jawatankuasa

Page 69: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1475 4 JUN 1992 1476

Disiplin di kalangan arkitek ini dan arkitek ini nama memang baik, tidak ada saya dengar berlaku perbuatan yang tidak baik dilakukan oleh arkitek.

Jadi, untuk menjaga nama baik mereka, dalam soal memilih Lembaga Penyiasat ataupun Lembaga Disiplin ini ada baiknya satu orang ataupun dua orang daripada Lembaga ini dipilih luar daripada profesion arkitek supaya dapat keyakinan, confidence terhadap sesuatu kes yang dibawa kepada mereka ini akan dihakimi dengan baik. Ini saya hendak tolong arkiteklah, sebab profesion saya sendiripun memang sudah teruklah. Sebab itu, sebelum arkitek ini jadi teruk, saya mencadangkan iaitu dalam soal memilih ahli kepada J awatankuasa Penyiasatan dan juga ahli kepada Jawatankuasa Disiplin, apa kira kalau boleh dipilih juga bukan di kalangan sesama profesion, tetapi juga orang daripada Juar profesion itu supaya dapat mendatangkan keyakinan di kalangan pengguna, bahawa satu-satu kes yang dibawa kepada mereka itu akan dihakimi dengan adilnya. Ini yang dikatakan iaitu dengan izin, "justice must not only be done, but must be seen to be done".

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja cadangan saya sebagai pandangan dan saya sekali lagi mengatakan iaitu saya sokong di atas pindaan Rang Undang­undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Dahalan.

5.26 ptg.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk saya bersama-sama membahas dan seterusnya menyokong di atas Akta Arkitek (Pindaan) 1992.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap syabaslah kepada pihak Kementerian

yang mewujudkan Lembaga untuk mendisiplinkan kegiatan arkitek dan juga pertubuhan arkitek ini. Perbahasan saya ini tidaklah mengikut apa-apa 'logical sequence' dengan izin, tetapi bagaimanapun oleh sebab tidak disebut tadi dengan secara khusus jenis-jenis kesalahan, inginlah saya membuat dua­tiga soalan yang saya dapat maklumat daripada umum.

Yang pertamanya, mengenai kegiatan draftsmen Part II Part III the so-called arkitek dengan arkitek ini. Kita dapati ban yak sekali penyelewengan berlaku di mana draftsmen Part II Part III arkitek ini menggunakan nama arkitek dan arkitek yang bertauliah sendiripun bersubahat dengan mereka ini, sedangkan mereka ini bukanlah kakitangan syarikat arkitek tadi untuk hendak mendapat pengesahan sesuatu . . .

Timbalan Yang di-Pertua: Progress ....

Tuan Dahalan bin Haji Embun: .... suatu architecCs drawings ...

Timbalan Drawings.

Yang di-Pertua:

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Itu belum lagi, belum lagi. Hendak sampai itu.

Tirnbalan Yang di-Pertua: Belum sampai Jagi.

Tuan Dahalan bin Haji Ernbun: Belum sampai Jagi. Yang kedua ingin saya tahu oleh sebab kebanyakan arkitek keluaran daripada Malaysia ini kebanyakan daripada UTM. Inginlah saya tahu sama ada jumlah yang kita ada sekarang ini cukup ataupun tidak cukup--satu untuk pihak Kerajaan dan satu lagi pihak swasta-lebih-lebih lagi di pihak Kerajaan. Oleh sebab saya dapati kebanyakan arkitek-arkitek yang masih lagi menunggu di" Jabatan­jabatan Kerajaan ini adalah yang dikira

Page 70: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1477 4 JUN 1992 1478

belum cukup pengalaman lagi. Mereka yang muda-muda yang baru keluar daripada universiti-universiti, sedang­kan yang sudah berpengalaman lama sudahpun keluar daripada Kerajaan untuk membuka syarikat sendiri ataupun untuk bekerja di tempat syarikat arkitek yang memberi gaji yang lebih tinggi daripada apa yang mereka dapat.

Selain dl,U'ipada itu, Tuan Yang di­Pertua, oleh sebab tadi tidak ikut sequence, inginlah saya memtuat satu cadangan iaitu mengenai bangunan­bangunan yang berunsurkan agama iaitu kalau kita orang Islam ini masjidlah. Kita dapati banyak rekabentuk-rekabentuk masjid kita ini adalah mengikut vision ataupun konsep yang dikeluarkan oleh arkitek-arkitek sendiri sedangkan banyak juga arkitek­arkitek kita ini bukan latihan tempatan. Batik daripada Amerika, England, Australia dan sebagainya. Jadi masing­masing membawa satu era pemodenan arkitek yang unsurnya dimasuk di dalam rekabentuk masjid.

Saya pernah mendapat rungutan daripada seorang alim ulama yang mereka ini tidak pernah dirujuk apabila rekabentuk masjid diciptakan. Contohnya, seperti Masjid Negara dan masjid-masjid lain lagi di mana alim ulama tidak dirujuk. Saya haraplah di masa-masa hadapan untuk bangunan­bangunan Kerajaan yang berunsurkan agama, saya mohonlah pihak Kerajaan supaya membuat rujukan kepada alim ulama. Sebagai contoh, semasa saya melawat China, Islam di benua China ini 1,300 tahun lamanya sedangkan di Malaysia kita ini baru 400-500 tahun sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Di China, di mana tu?

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Saya pergi ke Tien, Beijing dan banyak tempat lagi, tetapi di mana saya pergi saya melawat masjid-masjid yang

lama-lama. Masjid yang tertua yang saya lawati ialah di Tien iaitu berumur 1,300 tahun, yang lagi satu di Canton, begitu juga berumur 1,300 tahun. Di masjid-masjid itu ada menunjukkan unsur Islam sungguhpun architecture berunsur Cina, tetapi selain daripada itu kita dapati menaranya (minaret), bertingkat-tingkat. Tidak semestinya bertingkat-tingkat itu, dia ada dua tingkat, empat tingkat atau lima tingkat, dia biasanya tujuh tingkat. Ini simbolik untuk kita orang Islam. Kita di sini tidak tahulah, kadang-kadang kita lihat kubahnya ada tiga. Tiga kubah ini jadi trinitylah, jadi Kritian terus. Kita tidak sedar ini. Rungutan ini disampaikan kepada saya oleh seorang alim ulama daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia pun tidak mahu heboh-hebohkan perkara ini. Kita patut ambil ingatan dalam hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada ini saya ingin membawa perhatian kepada professional fee charges. Biasanya fees ini mengikut nilai bangunan dan sebagainya. Kalau nilai bangunan itu lagi tinggi maka banyaklah fees, kalau mengikut percentage-5% daripada $10 juta, 5% daripada $20 juta. Baiklah Arkitek itu rekabentuk untuk $20 juta sebab 5% daripada $20 juta lagi banyak. Inilah kadang-kadang yang menyebabkan bangunan-bangunan Kerajaan rn1 harganya tinggi sedangkan tidak berfunction, non functional buildings, dia berukir-ukir sini, lengkok sana, lengkok sini, lepas itu bumbung begitu, dinding macam ini, lantai macam ini tetapi actual space, kegunaan bangunan itu tidak memberi faedah banyak. Ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi untuk bangunan-bangunan Kerajaan.

Jadi inilah syor saya supaya bangunan-bangunan Kerajaan ini lebih mementingkan dari segi function bangunan itu sendiri daripada rekabentuk yang tidak memberi apa­apa makna, lebih-lebih lagi yang featuristic architecture yang tidak

Page 71: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1479 4 JUN 1992 1480

rnelambangkan apa-apa pun. Ini adalah penting, Tuan Yang di-Pertua. Sedangkan kita lihat di negara-negara Baral, kita dapati uniformed architecture untuk bangunan-bangunan, untuk kedai-kedai tetapi kita ini bebaslah, bebas sangat. Dalam satu deret kalau kita ada 10 buah kedai yang didirikan oleh 10 orang pengusaha, architecture semua 10 itu tidak serupa-berlainan. Yang ini ada ukiran macam ini, yang ini, ini, jadi dalam satu deret itu ada 10 kedai berlainan antara satu sama lain. Kalau kita pergi di setengah-setengah negeri di Eropah kalau kata 10 kedai itu, satu naik macam ini, yang lain semua kena ikutlah. Jadi dia uniform. Bila uniform itu economicnya selain daripada functionnya termasuklah harganya sekali. Senanglah untuk pihak Kerajaan menyelaraskan sesuatu kawalan untuk bangunan-bangunan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit permintaan untuk orang-orang yang kecil seperti kita, kadang-kadang kalau kita hendak membuat pinjaman Kerajaan, hendak mendapatkan pinjaman itu dia hendak lihat Architect's drawing barulah boleh kita boat rumah. Bila kita pergi jumpa dengan Arkitek, mereka akan tanya berapa harga bangunan. Macam kita Ahli Dewan Negara $60,000, dia hendak .caj 5% ataupun lebih, kadang­kadang mereka tidak mahu buat sebab $60,000 sahaja, murah sangat. Jadi, ini kita mintalah daripada pihak Arkitek­arkitek ini memberi pertimbangan khas ataupun mengeluarkan standard design untuk banglo-banglo atau rumah-rumah yang kecil, bukan sahaja untuk Ahli­ahli Dewan ini bahkan untuk orang lain juga di mana rumah-rumah yang akan dibina di dalam kawasan Majlis-majlis Perbandaran oleh sebab ini diperlukan oleh Majlis-majlis Perbandaran sebelum diluluskan pembinaannya.lni kita mintalah sebagai rayuan kepada pihak-pihak pertubuhan Arkitek.

Saya ada dua tiga lagi perkara iaitu mengenai Town Planning Architects. Rasa saya kita tidak ada banyak sangat

Town Planning Architects yang membawakan unsur-unsur landscaping dan sebagainya di negara kita dan terpaksa kita import. Saya dapati dalam pasaran ini banyak kita import oleh sebab kita kekurangan sangat.Ini saya minta pihak Kerajaan tambahkan lagi.

Untuk mengakhiri, Tuan Yang di­Pertua, mengenai job certification. Saya ingat ini sudah menjadi satu skandal, banyak bank sudah 'tersangkut, selain dari bank itu tersangkut, hutang tidak dibayar, pembeli rumah pun tersangkut juga kerana lawyer telah. pun menyaman mereka supaya membayar harga rumah yang tidak siap sedangkan progress claim sudah 80% pun ada. Maknanya ada coalition, kerjasama antara Arkitek-arkitek dengan kontraktor ataupun developer untuk hendak membuat pengesahan pembayaran bagi progress payment ini supaya bank bayar duit, dia buat baru 20% siap, pengesahan 50%. Jadi bank hendak percaya siapa, mesti percaya kepada Arkiteklah. Kalau Arkitek kata 50%, dia pun kelua.rkan progress payment untuk 50% tetapi persiapan baru 20%.

Sebagai contoh, banyak. Di negeri Perlis pun ada dua projek yang masih belum selesai yang melibatkan sebuah bank iaitu Perwira Habib Bank di mana wang dikeluarkan kepada pemaju melalui cara yang saya sebutkan tadi.

Jadi, inilah seruan dan harapan saya supaya pihak Kerajaan mengambil tindakan mungkin melalui kawalan yang dicadangkan di dalam Akta ini.Tuan Yang di-Pertua, sekian dan sekali lagi saya menyokong. Terima kasih.

Tirnbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba.

5.39 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima

Page 72: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1481 4 JUN 1992 1482

kasih kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk bersama-sama membahas dan juga menyokong Rang Undang-undang yang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Arkitek 1967.Walaupun saya bukan seorang Arkitek tetapi say a berasa bertanggungjawab bersama-sama untuk memberikan pandangan-pandangan.

Pertamanya, Fasal 3 di mana di bawah Rang Undang-undang ini ianya bertujuan untuk meminda seksyen 4(1) bagi membolehkan Lembaga melantik satu penal pemeriksa bagi mengelolakan peperiksaan bagi mamasuki profesion senibina.

Saya menyokong perlantikan penubuhan panel ini dan juga mem_ang sentiasa dialu-alukan kerana meng1kut peraturan yang ada sekarang, sebelum seseorang itu diiktiraf sebagai seorang arkitek, beliau hendaklah terlebih . dahulu menduduki peperiksaan Part Three ataupun Bahagian Tiga. Dan kelulusan sebelum seseorang itu memasuki peperiksaan Part Three ini, beliau hendaklah terlebih dahulu ditentukan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM). Jadi, dengan ada_n~a pindaan ini Lembaga akan melanuk panel pemeriksa, saya fikir kuasa yang selama ini diberikan kepada PAM­saya tidak menuduh mereka ini mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu, tetapi kadangkalanya mungkin ada unsur-unsur untuk mengurangkan bilangan arkitek ataupun sebagainya.

Yang biasanya PAMlah yang akan menentukan sama ada seseorang itu boleh ataupun tidak menduduki peperiksaan Part Three. Bukannya bermakna semua orang boleh memasuki peperiksaan.Maknanya sekarang ini i> AM yang menentukan dan kelulusan ini bergantung kepada sama ada mereka itu telahpun membuat kerja-kerja ataupun portfolio-portfolio yang tertentu. Tetapi yang anehnya sekarang pun, untuk pengetahuan Dewan, PAM (Pertubuhan Arkitek

Malaysia) secara automatik mengiktiraf kelulusan dari kolej ataupun dari universiti daripada England, Australia dan sebagainya. Tetapi tidak secara automatik mengiktiraf kelulusan daripada ITM, UTM ataupun USM. Jadi, bermakna seorang penuntut berkelulusan ITM, UTM ataupun USM perlu terlebih dahulu menghantarkan portfolio kerja-kerja yang telahpun dibuat untuk dipertimbangkan oleh PAM sebelum beliau dibenarkan menduduki peperiksaan Part Three ini.

Jadi, dengan tertubuhnya panel ini saya berharap juga mereka yang mendapat kelulusan daripada universiti ataupun kolej-kolej tempatan akan diberikan pengiktirafan yang sama kepada mereka yang dapat kelulusan daripada luar negeri supaya tidak ada berlaku perasaan tidak puas hati. Dan secara kebetulan juga kebanyakan lulusan dari ITM, UTM dan juga USM ataupun lulusan daripada dalam negeri ini adalah terdiri daripada pelajar­pelajar yang berasal daripada luar bandar dan penuntut-penuntut yang lulus daripada pusat pengajian tinggi di Iuar negara ini kebanyakannya adalah terdiri daripada penuntut-penuntut yang berasal daripada dalam bandar.Jadi untuk menseimbangkan kedudukan arkitek yang berasal daripada bandar dan juga berasal daripada luar bandar, saya berh~ap clause ini dengan adanya perlant1kan Lembaga yang telah pun mengam­bilalih untuk mengelolakan pepe­riksaan ini amatlah dialu-alukan sekali.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 7 seperti mana yang telahpun dinyatakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri tadi memanglah kita mengalu­alukan supaya menyekat pendaftaran sementara seorang arkitek asing. Kerajaan hendaklah berhati-hati sebelum membenarkan sebarang arkitek asing untuk memberi~a~ perkhidmatan di negara mi. Sebenarnya, negara kita _telah pun mencukupi bilangan arkltek yang

Page 73: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1483 4 JUN 1992 1484

terlatih dan saya percaya mereka ini mempunyai kepakaran yang diperlukan dan juga lebih mengetahui akan suasana sekeliling dan juga kehendak­kehendak masyarakat setempat.

Menyentuh soal arkitek ini juga, saya ingin menimbulkan soal Uniform Building By-Laws (UBB). Pihak Kerajaan, sepertimana yang telah diketahui, telah pun cuba menyera­gamkan Undang-undang Kecil Bangunan di seluruh negara.Ini dilakukan kerana terdapat banyaknya Building By-Laws, dengan izin, yang berlainan di antara sebuah Kerajaan dengan sebuah Kerajaan ataupun antara satu Majlis Tempatan dengan Majlis Tempatan yang lain.

Saya difahamkan UBB 101

sebenarnya terlalu menitikberatkan soal penyeragaman pencegahan kebakaran sahaja tetapi kurang mengambil perhatian dari aspek-aspek yang lain.Jadi, dalam lain perkataan, terdapat keadaan di mana seorang arkitek yang biasa mendapatkan kelulusan bangunannya di Kuala Lumpur, umpamanya, tidak semestinya bangunan yang sama boleh diluluskan di Ipoh ataupun sebagainya kerana tidak adanya bylaws yang seragam di antara Kerajaan-kerajaan Tempatan ini.

Jadi, saya berharap supaya kajian yang mendalam dapat dibuat terhadap UBB ini supaya pengemaskinian dapat dibuat dan bukan hanya tertakluk ataupun dititikberatkan tentang penyeragaman pencegahan kebakaran. Dan juga saya · berharap dalam pengkajian pengemaskinian ini akan juga dikaji Undang-undang Kecil Bangunan yang telah pun ketinggalan zaman seperti undang-undang memerlukan satu projek perumahan mempunyai backlane seluas 6.2 meter ataupun 20 kaki yang mana ianya telahpun diperkenalkan 30 ataupun 40 tahun yang Ialu di mana backlane ini digunakan oleh lori untuk mengangkut

sampah dan juga mengangkut najis. Tetapi di zaman ini tidak ada Iagi keperluan-keperluan ini kerana kita telahpun ada oxidation pond dan juga biasanya sampah dikutip melalui jalan hadapan. Malah pada masa sekarang ini, backlane ini juga telah pun menjadi satu security hazard kepada pemilik­pemilik rumah ker~na banyak berlaku kecurian. Maknanya mereka yang ingin menceroboh boleh masuk melalui jalan belakang dan bila ada dua tempat untuk masuk, jadi bertambah lagi kemungkinan-kemungkinan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Saya berharap pihak Kerajaan juga dapat memikirkan soal ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai Fasal l I iaitu Fasal I I yang bertujuan untuk memasukkan dua seksyen baru ISA dan juga I SB di mana seksyen I SA memberi kuasa kepada Lembaga untuk .melantik satu Jawatankuasa Siasatan dan satu Jawatankuasa Disiplin terhadap arkitek-arkitek ini. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri tadi kita berharapkan Lembaga Siasatan ini hendaklah jangan terdiri daripada arkitek-arkitek juga kerana mereka ini rakan-rakan seperjuangan mereka kemungkinannya berlaku perasaan pilih-kasih, kasihan ataupun sebagainya. Diharapkan dapat orang luar yang tidak menjadi arkitek dilantik ke dalam panel ini.

Mengikut Fasal m1, "The Disciplinary Committee may order the issuance of a written reprimand to the imposition of a fine ... " Last sekali, salah satu sebabnya:

(a) If he offers or accepts any commission which in the opinion of the Disciplinary Committee is an illicit commission."

Tadi Yang Berhormat Tuan Dahalan telahpun menimbulkan soal banyak projek-projek yang terbengkalai, projek-projek perumahan yang

Page 74: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1485 4 JUN 1992 1486

terbengkalai tetapi dari segi pembayarannya telah pun dibuat bayaran 100%. Apabila bayaran telahpun dibuat 100%, bermakna pihak arkitek telahpun membuat pengesahan ataupun certification 100% barulah pihak pemaju mengeluarkan pembayaran.

Sememang tidak dapat dielakkan dalam mana-mana profesion sekali pun, tentunya terdapat mereka yang kurang amanah ataupun mengambil kesempatan dari profesion masing­masing. Baru-baru ini Timbalan Menteri Perumahan telahpun mengatakan seramai 26, l 29 orang terlibat dengan projek-projek perumahan yang terbengkalai yang melibatkan lebih daripada $1.4 billion. Saya percaya tidak kurang juga jumlahnya terdiri daripada pegawai­pegawai Kerajaan dan juga orang­orang awam. Mereka ini bukan hanya tidak dapat rumah tetapi terpaksa menanggung hutang walaupun rumah yang dibina masih belum dapat didirikan lagi.

Apa yang ingin saya tim bulkan di sini ialah Arkitek biasanya terlibat di dalam membuat pengesahan tentang pembayaran terhadap bayaran yang dituntut oleh pemaju dari pemilik ataupun dari institusi kewangan. Jadi, setelah Arkitek certified barulah pembayaran dibuat. Sepertimana tadi telahpun saya katakan kadang-kadang kala bayaran rumah itu telah 100% tetapi dari segi rumah baru siap 70% ataupun 80%. Jadi, di sini berlaku penyelewengan ataupun pakatan di antara Arkitek, pemaju dan juga pihak kontraktor. Yang menjadi l'nangsa bukannya bank atau institusi kewangan tetapi yang lebih menjadi mangsa di sini ialah pihak pembeli itu sendiri iaitu pihak pemilik sendiri.

Saya ingin mencadangkan di sini seperti juga dalam soal jual beli kalau kita membeli rumah umpamanya,

seorang Peguam itu dia tidak boleh act bagi pihak penjual ataupun pembeli, bagi kedua-dua sekali. Sama ada undang-undang telah dipinda atau belum, saya fikir tidak dibenarkan seorang peguam bertindak bagi pihak pemaju, pada masa yang sama juga dia bertindak bagi pihak pembeli. Saya ingin mencadangkan supaya dalam soal Arkitek dan perumahan ini juga supaya ada pihak pembeli boleh melantik seorang Arkitek yang independent. Sepertimana dalam soal jual beli di antara pembeli dengan pemaju tadi supaya ada Arkitek yang independent yang membuat assessment. Apakah betul, katakan kalau Arkitek buat certification, kerja itu telahpun dilaksanakan sampai 80% biasanya dari pihak bank, dia tahu dia akan dapat duit daripada pembeli, dia akan meluluskan sahaja. Pihak kontraktor memanglah dia hendakkan duit dia cepat. Pihak pemaju pun memang macam itu juga, dia hendak duit dia cepat dan kadang­kala berlaku pakatan di antara mereka ini. Jadi, pengguna yang menjadi mangsa. Saya cadangkan supaya pengguna juga boleh melantik Panel Arkitek. Kalau tidakpun pengguna, pihak bank sendiri melantik Panel Arkitek supaya projek-projek ini ada check and balance. Dicheck sama ada betul atau tidak pembayaran yang sepatutnya dibuat. Cuma dengan ini saya percaya akan dapat mengelakkan banyaknya projek-projek yang terbengkalai. Jadi, mana-mana yang telah terbengkalai itu biarlah,. tetapi kita harapkan untuk masa-masa yang akan datang, akan dapat difikirkan oleh pihak Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir cuma setakat itu sahajalah penjelasan­penjelasan ataupun pandangan­pandangan yang dapat saya berikan dalam membahaskan Akta ini dan sekali lagi saya menyokong Rang Undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Diminta pihak Kementerian menjawab.

Page 75: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1487 4 JUN 1992 1488

5.55 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya (Tuan Kerk Choo Ting): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian di dalam perdebatan berkenaan dengan Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) itu. Banyak soalan telah dikemukakan dan saya akan cuba menjawab satu demi satu.

Soalan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri berkenaan dengan projek yang "wholly financed" oleh negara asing. Apa ertinya finance itu? Jikalau kita tinjau dari segi Arkitet sebenarnya satu projek itu dijalankan dengan begini, projek itu selalu dijalankan dengan cara satu package. Satu package diberi kepada negara asing dan negara asing memberi bantuan kewangan dalam dua tiga jenis bentuk. Jenis yang pertama ialah geran iaitu secara hadiah atau derma. Kadang-kadang ia sebahagian hadiah atau sebahagian pinjaman,soft loan yang dicampur sekali. Kadang-kadang terlibat skill atau kemahiran yang istimewa yang tidak dapat diupah daripada Arkitek tempatan. Itu satu package. Selalunya Kerajaan memberi kerja atau projek itu kepada syarikat atau Arkitek asing bercampur atau joint venture, berusaha sama dengan Arkitek-arkitek tempatan. Itulah yang selalu dijalankan. Jarang-jarang kita memberi satu-satu projek kepada Arkitek asing tanpa melibatkan unsur­unsur Arkitek tempatan itu.

Jadi, kalau kita hadkan cuma hadiah yang diberi kepada Malaysia oleh negara asing, barulah Arkitek-arkitek asing boleh didaftarkan sementara. Maka kita menyekat atau menghadkan kita dalam kebanyakan perkara. Waiau bagaimanapun, kita boleh membin­cangkan atau membawa perkara ini kepada Kementerian semasa kita hendak mengupah atau melantik Arkitek asing, cuma terhadap kes-kes

yang wajar sahaja. Kita tidak dengan secara generous beri kepada orang asing.

Berkenaan dengan Lembaga Penyiasatan, Jawatankuasa Penyiasat dan Jawatankuasa Disiplin. Semua aduan sama ada daripada orang awam atau Arkitek itu sendiri akan disiasat oleh Jawatankuasa Penyiasat. Kalau didapati apa-apa kesalahan, maka ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin. Sama ada orang yang bukan dari disiplin Arkitek bolehkah duduk di dalam Lembaga itu, ini boleh saya bawa kepada Kementerian untuk dibincangkan lagi. Pada waktu ini, jawatankuasa itu terdiri daripada profesion Arkitek sahaja. Oleh sebab perkara-perkara itu adalah perkara teknikal terlibat di dalam arkitek, jadi kalau orang yang tidak berdisiplin, bolehkah mereka memahami atau tidak, kita pun tidak tahu. Waiau bagaimanapun, perkara ini akan dibawa batik ke Kementerian untuk dipertimbangkan lagi.

Yang Berhormat Tuan Dahalan menyentuh kegiatan penyelewengan Draftsman.Lembaga Arkitek atau Kementerian ini memandang berat terhadap perkara ini, jika ada apa-apa aduan bolehlah disampaikan kepada Lembaga Arkitek atau kepada Kementerian dan siasatan dan tindakan disiplin akan diambil di bawah seksyen 25.

Berkenaan dengan Arkitek cukup atau tidak cukup di dalam pihak Kerajaan atau swasta, ini satu soalan yang tidak boleh dijawab dengan secara amnya," sebab, kalau mengikut pertumbuhan ekonomi Malaysia, kalau pertumbuhan ekonomi di sesatu masa itu baik, maka mungkin akan menghadapi kekurangan arkitek. Tetapi kalau kita mengalami satu resessi, maka bukan sahaja arkitek, jurutera dan lain-lain lagi akan dibuang kerja, oleh sebab kita telah melebihi dan

Page 76: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1489 4 JUN 1992 1490

arkitek itu tidak menghadapi pengangguran. Pada masa sekarang kita ada 1,000 orang lebih Arkitek dan 400 orang Town Planner yang lain.

Berkenaan dengan standard design.Pada masa sekarang ada beberapa majlis telahpun dibuat mengikut standard design, bukan sahaja masjid, sekolah-sekolah atau apa-apa rumah kos rendah yang mengikut standard design. Sama ada standard design ini baik atau tidak, inipun tertakluk kepada pandangan­pandangan yang lain sebab Kementerian Kerja Raya atau Lembaga Arkitek itu selalu dipertikaikan kerana bangunan-bangunan itu seperti kotak mancis, tidak mempunyai budaya istimewa ataupun ciri-ciri yang istimewa yang membayangkan budaya Malaysia ini. Oleh sebab itu, ada setengah-setengah pemimpin yang mementingkan lebih baik bangunan­bangunan di dalam bandar itu adalah beraneka ragam, bukan seragam.Sama ada itu baik atau tidak, itu terpulang kepada individu itu sendiri.

Berkenaan dengan Town Planner, sekarang ini ada 400 orang dan job certification, rumah yang tidak siap dan wang yang sudah dibayar, sebenamya perkara ini bukan kerana arkitek. Arkitek ini dia dengan disiplinnya sendiri, jarang hendak membuat perkara ini, sebab tanggungjawabnya (responsibility) dan penalti, denda yang akan dikenakan kepada arkitek itu berat. Selalunya pemaju rumah yang menjadi satu faktor yang utama, yang bertanggungjawab jika rumah-rumah atau taman-taman perumahan itu terbengkalai. Jarang kita nampak arkitek yang memberi job certification 100% di mana rumah itu cuma hanya 70% atau 80% disiapkan. Jarang berlaku perkara itu, selalunya pemaju yang tidak dapat menyiapkan rumah itu dan arkitek pun enggan memberi job certification kepada perumahan itu. Apa yang berlaku dalam 100 lebih

projek-projek yang terbengkalai itu semuanya menghadapi kekurangan pengalaman dalam pengurusan kewangan projek itu oleh pihak pemaju dan bukan daripada kelakuan penyelewengan arkitek itu.

Tuan Rahim bin Baba: Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua:• Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba minta penjelasan.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, tadi semasa Tuan Dahalan menimbulkan soal ini, beliau telahpun memberikan dua contoh yang spesifik di Perlis bahawa terdapat projek-projek yang telah pun dibayar 100%, bermakna pihak arkitek telah pun certify, dengan izin, 100% barulah pemaju dapat duit. Tetapi mengikut Tuan Dahalan tadi, dari segi hakikatnya, kalau 100% bermakna telah complete, penghuni telah boleh duduk, tetapi pada hakikatnya kata Tuan Dahalan tadi, masih juga terbengkalai. Apakah ini just an exception to the rule, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Rahim ada atau tidak contoh daripada pengalaman sendiri?

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, itulah sebabnya, saya tidak sempat hendak buat homework tentang perkara itu. Kalau ada saya akan check sendiri, saya pun ada juga source yang saya boleh check.Jadi, kalau ada, saya akan beritahu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya boleh membantu. Sebenarnya begini, di negara kita, kita ada dua surat perjanjian. Ada satu standard agreement untuk perumahan di mana Certificate of Fitness for Occupation (CF) dikeluarkan barulah 100% wang itu boleh dikeluarkan, itulah standard agreement untuk perumahan yang baru.

Page 77: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1491 4 JUN 1992 1492

Tetapi kalau projek-projek itu berlaku atau dibuat sebelum the new standard of agreement itu dilaksanakan, maka mungkin arkitek akan membuktikan rumah itu practical completion, dalam bahasa Inggeris. Rangka-rangka dan semuanya sudah siap, tetapi Certificate of Fitness (CF) belum diberikan. Kalau dia h~ndak mendapatkan Certificate of Fitness, jalan pun mesti dibuat, wayar elektrik mesti disiapkan, mesti siap dipasang, perparitan semuanya mesti disiapkan barulah CF itu boleh diberikan oleh Majlis Tempatan.

Jadi, inilah dibahagi kepada dua­kalau projek itu selepas surat perjanjian perumahan yang baru, ini tidak mungkin akan berlaku. Tetapi kalau projek itu dibuat sebelum surat perjanjian perumahan itu dilaksanakan, itu mungkin. Tetapi itupun bukan kerana kesalahan arkitek sebab mengikut surat perjanjian practical completion, ia boleh dibuat, selepas practical completion itu 100% wang itu dikeluarkan. Oleh kerana kelemahan itu baharulah Kerajaan meminda supaya satu bylaw perumahan dan satu surat perjanjian perumahan yang baru dilaksanakan.Kalau ada apa-apa yang berlaku lagi, bolehlah menulis kepada Kementerian kita atau kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk diambil tindakan.

Tuan Rahim bin Baba: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya buat cadangan supaya ada pihak pembeli juga mempunyai panel arkitek, kerana saya takut Yang Berhormat Timbalan Menteri akan berhenti setakat itu, itu sebabnya saya bangun cepat. Saya menimBulkan ini kerana apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa akitek yang ada sekarang adalah bekerja dengan pihak pemaju.

Jadi, kalau dia bekerja dengan pihak pemaju bermakna fees yang dia dapat adalah dari fees yang dia dapat oleh pihak pemaju. Jadi kalau ada unsur­unsur ini ditakutkan berlaku, dengan izin, conflict of interest, percanggahan kepentingan kerana dia bekerja dengan pihak pemaju tentulah dia lebih memikirkan soal pemaju. Lagi lebih pemaju dapat duit, lagi cepat dia akan dapat feesnya. Itu sebabnya saya mencadangkan tadi supaya ada satu panel akitek yang mewakili pembeli rumah ataupun yang disediakan oleh pihak yang memberikan pinjaman.Itu yang saya maksudkan.

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, perkara itu dialu-alukan. Kalau sesiapa yang ingin mengupah seorang akitek yang independent untuk mentaksirkan, dia boleh berbuat demikian, tetapi masalahnya bukan begitu. Pada pandangan Kementerian ini, masalah ini bukan daripada arkitek. Masalah itu ialah daripada pemaju, bukan daripada arkitek. Jarang arkitek yang hendak buat satu job certification kepada kerja-kerja yang tidak disiapkan, jarang. Mungkin yang ada kerana rumah itu kalau buat begini lebih mahal, buat begini lebih menjimatkan kos pembinaan, itu mungkin, tetapi semua itu dibuat di dalam peringkat awalan, bukan di dalam peringkat pelaksanaan. Itulah daripada pengalaman. Jadi kalau kita hendak mengatasi masalah-masalah projek terbengkalai, lebih baik kita berbincang dari segi macam mana mengawasi pemaju, bukan daripada arkitek. Itulah jawapan saya.

Berkenaan uniform building by-laws dan juga untuk bangunan-bangunan kecil, back lane dan lain-lain lagi, semua itu kita boleh timbangkan. Saya boleh bawa balik kepada Kementerian dan merujuk kepada agensi-agensi yang berkenaan.

Satu lagi iaitu kelulusan ITM, UTM, USM dan lain-lain, semua itu sekarang sudah diiktirafkan untuk mengambil peperiksaan Part Three.

Page 78: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1493 4 JUN 1992 1494

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, maksud saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah mereka ini diiktiraf secara automatik? Maknanya tak perlu lagi ditapis oleh PAM, kerana sekarang ini PAM akan tapis dahulu sama ada mereka ini apa potfolio yang sudah dibuat, apa kerja­kerja yang sudah dibuat dan ditapis dahulu. Kalau difikirkan mereka ini sudah buat banyak kerja, baru dia boleh menduduki peperiksaan Part Three. Tetapi kalau mereka yang datang daripada universiti Iuar negeri, daripada U .K. ataupun Australia, mereka ini tak perlu ditapis oleh PAM, straight away secara langsung mereka boleh terus menduduki peperiksaan Part Three, sepertimana yang telahpun saya katakan tadi. Apa yang saya sarankan ialah supaya jangan ada penapisan, mereka inipun diberikan hak yang sama untuk menduduki peperiksaan Part Three seperti juga mereka yang keluar daripada universiti-universiti luar negeri.

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, perkara ini saya akan bawa balik ke Kementerian. Kalau boleh rayuan ini boleh dipertimbangkan. '

Selain daripada itu, saya percaya saya telah menjawab semua soalan.Sekianlah sahaja, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasa/ 1 hingga 19 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG AHLI PARLIMEN (SARAAN)

(PINDAAN) (N0.2)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.17 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato Wong See Wah): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dibacakan bagi kali yang kedua.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Rang Undang-undang Ahli I>arlimen (Saraan) (Pindaan) 1992 bagi meminda Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 untuk menaikkan gaji dan elaun bulanan Ahli Parlimen, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta anggota pentadbiran telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 24hb Disember, 1991 dan Dewan Negara pada 31hb Disember, 1991. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong Sultan Azlan Shah telah memberi perkenan Baginda ke atas Rang Undang-undang itu pada 30hb Januari, 1992.Rang Undang-undang itu telah diwartakan pada 20hb Februari, 1992 sebagai Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1992.

Tuan Yang di-Pertua, setelah Rang Undang-undang itu diwartakan dan semakan semula dibuat, didapati

Page 79: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1495 4 JUN 1992 1496

terdapat ketidak-konsistenan pada angka di Seksyen 3(1)(b).Yersi Bahasa Malaysia seksyen berkenaan menyatakan elaun Ahli Parlimen sebanyak empat ribu ringgit, manakala versi Bahasa Inggeris seksyen berkenaan menyatakan perkataan "em pat ribu lapan ratus ringgit". Sebagaimana yang telah dipersetujui, elaun Ahli Parlimen ialah sebanyak $4,800 sebulan. Ketidak-konsistenan ini berlaku semasa naskhah muktamad disediakan untuk dimajukan bagi mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong. Ini kerana semasa Dewan membahaskan Rang Undang­undang tersebut, perkataan yang tercatat pada Seksyen 3(1)(b) ialah empat ribu lapan ratus ringgit sebulan. Kesilapan tipografi yang berlaku pada Seksyen 3(1)(b) Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1992 itu ialah pada versi Bahasa Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kesilapan tipografi yang berlaku pada Seksyen 3(1)(b) Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1992 versi Bahasa Malaysia yang merupakan naskhah sahib, suatu Rang Undang-undang perlu diadakan bagi membetulkan kesilapan itu. Kesilapan yang berlaku ini adalah tidak disengajakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada

Majlis bagi diputuskan, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan dipersetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG KANUN TANAH NEGARA

(PINDAAN)

Bacaan Kall Yang Kedua dan Ketlga

6.24 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tuan Mohd. Noh bin Rajab): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara 1965 dibacakan kali kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, sebelum Rang Undang-undang ini dibuka untuk dibahaskan, sukacitalah saya mengambil peluang 101 untuk menerangkan latarbelakang dan tujuan­tujuan Rang Undang-undang ini dibentangkan. Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, undang-undang yang digubaJ rnenerusi Dewan yang mulia ini adalah untuk faedah kepada rakyat dan negara.

Page 80: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1497 4 JUN 1992 1498

Undang-undang merupakan landasan yang perlu dipatuhi supaya hak dan kepentingan seseorang atau badan dapat dijaga. Oleh itu, dalam konteks pengurusan tanah, undang-undang yang sesuai dengan kehendak-kehendak pembangunan dan dasar negara perlu diadakan. Undang-undang yang ada perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa dengan mengadakan pindaan­pindaan tertentu bagi memenuhi keperluan semasa.

Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk meminda Kanun Tanah Negara pada kali ini telah dimulakan sejak tahun 1985. Berbagai-bagai pandangan telah dikaji menerusi beberapa Jawatankuasa tertentu, sehinggalah terhasilnya Rang Undang-undang seperti yang ada sekarang ini. Pindaan pada kali ini agak menyeluruh. Ianya meliputi dari mengemaskinikan beberapa takrif, bidang-bidang kuasa, perlantikan beberapa jawatan, perkara-perkara bersangkutan dengan pengukuran tanah hinggalah kepada perkara-perkara baru seperti pengkomputeran dan penerapan nilai-nilai Islam.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk menyentuh satu persatu pindaan-pindaan yang telah dicadangkan kerana ia akan mengambil masa yang terlalu panjang. Saya hanya akan, dengan izin, highlight beberapa perkara yang penting sahaja.

Pindaan pertama yang ingin saya utarakan ialah bersangkutan dengan dasar penswastaan Kerajaan iaitu di bawah Bahagian Tiga Puluh, yang diganti baru supaya tindakan perletakhakan harta kepunyaan Kerajaan atau agensi-agensi Kerajaan

cdapat dilakukan dengan mudah apabila sesuatu Jabatan Kerajaan diswastakan. Pindaan yang dicadangkan adalah merangkumi:

Pertama, orang yang layak memohon telah diperluaskan kepada, dengan izin, "A transferee, or a person lawfully entitled to do so on his behalf."

Kedua, ialah perkara yang boleh dipohon di bawah Bahagian ini diperluaskan kepada semua kepentingan yang berdaftar atau yang boleh didaftarkan atas tanah itu ataupun dokumen-dokumen mengenai hak, dengan izin, "documents of entitlement" seperti lesen, permit dan lain-lain juga diambil kira.

Tatacara memproses permohonan perletakhakan telah disusun semula dan ianya lebih mudah dan cepat. Di bawah cadangan ini proses letakhak mengikut cara-cara yang ditetapkan akan terus dibuat apabila Pendaftar berpuas hati yang kepentingan-kepentingan di atas tanah itu boleh diletakhak kepada penerima pindahmilik mengikut undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam permohonan itu. Tatacara ini digubal setelah diambilkira keadaan yang berlaku masakini terutama dalam hal penswastaan, di mana apabila satu-satu agensi Kerajaan diswastakan, beberapa bentuk pemilikan tanah dan hak-hak di atas tanah perlu diletakhakan kepada badan­badan atau syarikat yang diwujudkan untuk mengambil alihnya. Di samping itu, tanah-tanah wakaf yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan cara­cara mewakafkannya akan dapat diletakhakan dengan mudah.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan penerapan nilai-nilai Islam pula, pindaan kepada Kanun ini melibatkan tiga faedah utama. Pertamanya, dengan adanya peruntukan Bahagian Tiga Puluh, ianya akan memudahkan tanah-tanah wakaf diletakhakan kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri.Pada masa ini tanah-tanah wakaf didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam adalah melalui pindahmilik (Borang 14A) ataupun tanah tersebut diserahbalik kepada Kerajaan dan pihak Majlis Agama Islam memohonnya dari Kerajaan. Kedua-dua kaedah tersebut melibatkan perbelaajaan dan juga masa. Tetapi dengan adanya

Page 81: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1499 4 JUN 1992 1500

peruntukan di bawah Bahagian Tiga Puluh yang diganti baru ini, maka tanah-tanah wakaf tersebut boleh diletakhakan terus kepada Majlis Agama Islam.

Keduanya, pindaan kepada seksyen 249 memberi pilihan kepada orang ramai supaya urusan gadaian tidak dikenakan "faedah". Ini adalah selaras dengan konsep urusniaga dalam Islam.

Dan ketiganya, pindaan kepada Kanun ini telah mentakrifkan "Court" termasuk Mahkamah S yariah. Ini adalah selaras dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 121{1A), yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menguruskan perbicaraan berkaitan dengan hokum Islam. Tanpa pindaan ini Pentadbir­pentadbir Tanah atau Pendaftar tidak boleh mendaftarkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah, seperti perintah mengenai harta sepencarian kerana takrif "Court" hanya bermaksud Mahkamah Tinggi sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, urusan kelewatan pendaftaran tanah seringkali dibangkitkan oleh orang ramai. Kelewatan ini telah mencerminkan ketidakcekapan Pejabat-pejabat Tanah.Bagi memperbaiki kelemahan tersebut, maka Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer telah dicadangkan untuk dilaksanakan iaitu di bawah Bahagian Sato (A). Dengan adanya peruntukan ini maka urusan pendaftaran hakmilik dan urusniaga tanah akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan dari segi jangka panjangnya ianya akan dapat menjimatkan tenaga pekerja dan juga kewangan.

• Tuan Yang di-Pertua, isu pemilikan tanah oleh bukan warganegara atau syarikat asing sering juga dibangkitkan. Pada masa ini mereka bebas untuk memiliki semua kategori tanah di negara ini. Oleh itu pindaan

kepada Kanun Tanah Negara kali ini telah mengadakan sekatan terhadap pemilikan tanah kepada warganegara atau syarikat asing seperti yang terdapat di bawah Bahagian Tiga Puluh Tiga (A), di mana tanah-tanah di bawah kategori "Pertanian" dan "Bangunan" perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri. Bagi tanah kategori industri sekatan tidak dikenakan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan yang sedemikian pernah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada tahun 1985 menerusi Akta A587 yang berkuatkuasa mulai 25 Mac 1985 di mana tanah-tanah di bawah kategori pertanian adalah dihalang untuk dimiliki oleh warganegara asing atau syarikat asing. Bagi tanah berkategori bangunan perlu mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri, manakala tanah berkategori industri adalah bebas dimiliki. Waiau bagaimanapun, oleh kerana negara mengalami kemelesetan ekonomi selepas itu dan untuk mewujudkan suasana pelaburan yang positif yang terdapat di negara ini bagi bersaing dengan negara-negara lain maka sekatan tersebut telah dimansuhkan menerusi Akta A658, yang berkuatkuasa mulai lhb Januari 1987.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin menyentuh sedikit mengenai beberapa fasal yang penting di dalam Rang Undang-undang untuk meminda Kanun Tanah Negara.

Rang Undang-undang ini mengan­dungi 77 Fasal. Fasal-fasal tersebut melibatkan perkara-perkara utama dan juga pindaan susulan. Di sini izinkan saya menerangkan dengan ringkas akan kandungan Fasal-fasal utama seperti berikut:

Fasal 2.-diwujudkan bagi menye­laraskan atau mengemaskinikan:

(a) Panggilan "Director General of Survey" dengan panggilan "Director General of Survey and

Page 82: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1501 4 JUN 1992 150Z

Mapping" supaya sejajar dengan panggilan jawatan yang sebenar sekarang.

(b) Memberi nombor semula kepada Borang supaya selaras dengan Bahagiannya dan memudahkan pengenalannya.

Fasal 4-Meminda takrif dan mewujudkan beberapa takrif baru di bawah seksyen 5 misalnya takrif "agriculture".

Fasal 5-Mewujudkan Bahagian baru, dengan izin, "Part One (A)­computerized land registration system" dan juga Jadual Keempatbelas. Bahagian baru ini membolehkan penggunaan komputer dalam urusan pendaftaran tanah.la memberi kuasa kepada Menteri menentukan tarikh pelaksanaan Sistem Pendaftaran Tanah menerusi komputer di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia selepas mendapat persetujuan Majlis Tanah Negara dan juga membuat pengubahsuaian kepada borang-borang di dalam Jadual keempatbelas bagi memudahkan pendaftaran tanah menerusi komputer dilaksanakan.

Fasal 7-Seksyen 12(I)(b) dipinda dengan memasukkan perlantikan Penolong kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri.

Fasal 8-Seksyen 13 dipinda dengan diolah semula peruntukannya supaya ianya jelas dan senang dilaksanakan. Di samping itu, ditentukan juga supaya Pihak Berkuasa Negeri sahaja yang boleh melupuskan tanah dalam lingkungan 50 meter daripada, dengan izin, "spring". Ini adalah untuk memelihara sumber yang penting itu.

Fasal 9-Seksyen 14 dipinda bagi membolehkan Pihak Berkuasa Negeri membuat peraturan untuk meng­kompaun · beberapa kesalahan tertentu di bawah Kanun Tanah Negara.

Fasal 11-Seksyen 35 dipinda bagi membolehkan seseorang Pentadbir Tanah yang lain menyambung dan meneruskan perbicaraan akibat daripada kematian, pertukaran atau keuzuran Pentadbir Tanah yang mengendalikan kes tersebut. Ini bagi mengelakkan pembaziran masa dan kelambatan.

Fasal 14-Mewujudkan seksyen baru 46A bagi membolehkan pengembalian syer tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri didaftarkan atas nama mana-mana badan berkanun yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Dengan cara ini diharapkan harta tersebui dapat diuruskan dengan berkesan.

Fasal 15-Seksyen baru 61A diwujudkan bagi mengatasi masalah untuk melaksanakan kerja-kerja seperti pemasangan, pembaikan dan penyenggaraan longkang, pembetung, paip dan kabel apabila persetujuan pemilik tanah atau orang yang berkepentingan di atasnya gagal diperolehi.

Di bawah cadangan ini orang perseorangan __ ~1aLL~syarikat -s-wasta boleh mengemukakan permohonan kepada Pengarah Tanah dan Galian untuk mendapatkan perintah bagi menjalankan kerja.Selepas membuat penyiasatan dan berpuas hati, Pengarah Tanah dan Galian akan mengeluarkan perintah sama ada membenarkan kerja­kerja seperti yang dipohonkan dijalankan atau tidak. Kiranya pemohon gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, Pengarafi Tanah dan Galian boleh mengarahkannya memberhentikan kerja-kerja tersebut dan mengembalikan tanah seperti keadaan asal. Kiranya terdapat kerosakan, bayaran pampasan hendaklah dibuat kepada pemilik tanaman atau tuanpunya tanah yang terlibat.

Page 83: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1503 4 JUN 1992 1504

Fasal 17-Seksyen baru 68A diwujudkan bagi membolehkan Pentadbir Tanah Daerah memungut deposit apabila Lesen Pendudukan Sementara (Borang 4A) diluluskan. Ini adalah untuk mempastikan tanah itu dibaikpulih jika tanah itu dirosakkan.

Fasal 19-Seksyen 76(aa)(i) dipinda bagi membolehkan Kerajaan Negeri memberi milik tanah untuk selama-Iamanya kepada Kerajaan Persekutuan. Pindaan yang dicadangkan ini adalah selaras dengan pindaan kepada Perkara 83(8) Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, Fas.al 22-Seksyen kecil (4) kepada seksyen 115 dipinda bagi tujuan menghadkan pembinaan bangunan kediaman di atas tanah pertanian. Dengan itu diharapkan tanah-tanah pertanian tidak akan hilang pengenalannya sebagai tanah pertanian. Di samping itu, pindaan ini mempastikan yang kilang-kilang yang didirikan di atas tanah itu adalah untuk memproses bahan keluaran dari tanah yang berkenaan sahaja.

Fasal 23-Seksyen 117 dipinda bagi melengkapkan aktiviti-aktiviti yang boleh dimasukkan di bawah kategori industri. Pindaan juga dibuat bagi menghadkan penggunaan bangunan yang didirikan untuk tuanpunya tanah kepada mereka yang tertentu sahaja seperti pekerja-pekerja kilang dan lain­Iain.

Fasal 25-Paragraf (a) seksyen kecil (6) kepada seksyen 129 diganti dengan yang baru untuk membolehkan Pihak Berkuasa Negeri melantik orang­orang perseorangan atau badan untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar. Dalam keadaan sekarang hanya Pihak Berkuasa Negeri sahaja yang boleh menjalankan usaha-usaha remedi ini ke atas tanah-tanah yang melanggar syarat dan diambil tindakan, dengan izin, "temporary possession".

Fasal 26-Seksyen 137 dipinda supaya pelan tanah yang dikemukakan hendaklah jenis pra pengiraan, dengan izin, "pre-computation plan". Ini adalah untuk menentukan pengukuran tanah yang Iebih tepat.

Fasal-fasal 27 dan 28-Seksyen 140 dan 141 dipinda bagi membolehkan pecah bahagian tanah yang dipunyai oleh Iebih dari dua orang supaya hakmilik dapat dikeluarkan kepada setiap orang tuanpunya bersama itu ataupun kepada beberapa orang tuanpunya mengikut syer masing­masing.Peruntukan sekarang hanya boleh dikeluarkan kepada setiap tuan punya tanah sahaja.

Fasal 31-Seksyen 181 dipinda supaya menjadi tanggungjawab Pentadbir Tanah mengemukakan permohonan ukur kepada Pengarah Ukur sebelum hakmilik sementara dike I uarkan.

Fasal 33-Seksyen 195 dipinda bagi membolehkan penyerahan hakmilik tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri tanpa menentukan maksudnya.

Fasal 34-Seksyen 196 dipinda bagi menyatakan syarat untuk meluluskan penyerahan tanah bagi mengelakkan Pihak Berkuasa Negeri menanggung apa-apa beban akibat daripada penyerahan tanah tersebut.

Fasal 42-Seksyen 205 dipinda bagi membolehkan tanah kepunyaan bersama dipindah milik kepada tuanpunya bersama yang Iain dalam tanah yang sama walaupun keluasannya kurang daripada 2/5 hektar.

Fasal 43-Seksyen 217 dipinda bagi membolehkan syer seseorang tuanpunya tanah itu disatukan berikutan dengan pemindahan syer daripada tuanpunya yang lain.

Fasal 44-Seksyen 249 dipinda dengan menambahkan perkataan, dengan izin, "if any" selepas perkataan, dengan izin, "interest thereon" di

Page 84: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1505 4 JUN 1992 1506

perenggan (a) seksyen kecil (1). lni akan membolehkan gadaian dibuat tanpa melibatkan faedah.

F asal 45-Seksyen 268 dipinda dengan memasukkan perkataan, dengan izin, "if any" selepas perkataan, dengan izin, "any interest then due" dalam perenggan (a) kepada subseksyen (2). Dengan adanya pindaan ini maka ia memberi peluang supaya pembayaran wang jualan kepada pemegang gadaian dibayar tanpa dimasukkan unsur-unsur faedah. Cadangan ini adalah selaras dengan konsep urusniaga dalam Islam.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal-fasal 51 hingga 56-Fasal-fasal tersebut berkaitan dengan kerja-kerja Jabatan Ukur yang melibatkan pindaan dan pengwujtidan beberapa seksyen baru. Di antara pindaan-pindaannya adalah seperti berikut:

(a) Mewujudkan seksyen baru 398A berhubung dengan tugas juruukur berlesen untuk menyempurnakan kerja-kerja ukur dan mendepositkan data­data ukur kepada Pengarah Ukur Negeri. Ini bagi mempastikan kerja-kerja ukut yang dijalankan oleh juruukur berlesen dijalan­kan dengan sempurna.

(b) Mewujudkan seksyen 400A (baru) iaitu berhubung dengan kesalahan orang yang men­jalankan kerja-kerja mengukur tanah tanpa diberi kuasa.

(c) Mewujudkan seksyen 404A (baru) iaitu menetapkan prosedur bagi permohonan untuk mengubah, dengan izin, "survey reference mark" untuk menjalankan kerja-kerja tertentu. Ini bertujuan menye­nangkan Pengarah Ukur untuk mengambil tindakan ke atas permohonan yang dikemukakan.

(d) Mewujudkan seksyen 405A (baru) bagi menetapkan

langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengganti tanda sempadan yang hilang, diubah atau lain-lain. Ini menyenang­kan pegawai-pegawai dan kakitangan mengambil tindakan.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 58 ialah untuk menggantikan Bahagian Tiga Puluh, dengan izin, "Statutory Vesting" yang didapati tidak. mencukupi untuk diselaraskan dengan konsep penswastaan Kerajaan.

Seksyen baru 415 memperuntukkan tatacara bagi permohonan pendaftaran sesuatu perletakhakan statutori bagi kepentingan berdaftar atau kepentingan yang boleh didaftarkan mengenai tanah.

Seksyen baru 416 memperkatakan tentang tatacara penggantian pemindah dengan penerima pindahan dalam sesuatu dokumen mengenai hak. Seseorang "penerima pindahan" ditakrifkan sebagai orang yang untuknya perletakhakan statutori disempurnakan, sementara seseorang "pemindah" ialah qrang yang daripadanya perletakhakan statutori disempurnakan untuk seseorang penerima pindahan. Sesuatu "dokumen mengenai hak", dengan 1zrn, "documents of entitlement" ertinya sesuatu pajakan, lesen, permit, lesen dan permit yang digabungkan, permit ruang udara atau kelulusan mengguna tanah di bawah tanah.

Seksyen baru 416A memperuntukkan perekodan atau perizaban tanah untuk seseorang penerima pindahan, sementara seksyen baru 416B adalah mengenai tanah yang terkandung di bawah Perkara 166(3) Perlembagaan Persekutuan. Tanah sedemikian boleh diduduki, digunakan, dikawal dan diuruskan oleh penerima pindahan atau diberimilik kepadanya.

Page 85: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1507 '4 JUN 1992 1508

Seksyen baru 416C adalah mengenai peruntukan berkaitan dengan pengen­dorsan ke atas dokumen hakmilik daftaran akan hak penerima pindahan menduduki atau menggunakan mana­mana bahagian tanah berimilik jika perletakhakan statutori bagi hak tersebut pada penerima pindahan telah berkuatkuasa.

Seksyen baru 4160 adalah mengenai peruntukan bagi penerima pindahan mengambilalih permohonan yang telah dibuat oleh pemindah dan mengambil­alih prosiding yang pemindah menjadi satu pihak.

Seksyen baru 416E pula memper­untukkan tatacara bagi pengeluaran dokumen hakmilik keluaran atau dokumen mengenai hak yang .baru jika penerima pindahan tidak boleh mengemukakan dokumen hakmilik keluaran atau dokumen mengenai hak.

Fasal 59-Cadangan seksyen baru 42 lA ini mentakrifkan "Court" di bawah seksyen 417 dan 420 termasuk Mahkamah Syariah. Ini bagi mem­bolehkan Pendaftar atau Pentadbir Tanah mengam bil tindakan terhadap mana-mana keputusan Mahkamah Syariah yang ada kaitannya dengan urusan pendaftaran tanah.

Fasal 60-Mewujudkan bahagian baru iaitu Bahagian Tiga Puluh Satu (A), dengan izin, "Power of Investigation". Bahagian ini mengan­dungi tiga seksyen (seksyen 421AA, 421AB dan 421AC) yang memberi­kuasa kepada Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Daerah untuk menyiasat, memanggil dan memeriksa saksi-saksi. Kuasa ini diperluaskan bagi memudahkan Pengarah Tanah dan Galian atau Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah menjalankan pendakwaan di mahkamah.

Fasal 61-Bertujuan meminda seksyen 422 iaitu mengadakan peruntukan bagi kesalahan dengan menyedari memberi apa-apa maklumat

palsu atau membuat apa-apa kenyataan palsu berhubung dengan apa-apa penyiasatan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Kanun ini.

Fasal 62-Bertujuan meminda seksyen 424 bagi mengadakan peruntukan kesalahan kerana gagal tanpa sebab untuk mengemukakan apa­apa dokumen yang dikehendaki oleh Pengarah Ukur di bawah seksyen baru 398A. Penalti bagi kesalahan ini ialah denda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua­duanya.

Fasal 63 dan 64-Bertujuan untuk meminda seksyen 425 dan 426 bagi mengadakan penalti kerana kesalahan menduduki secara haram di atas tanah Kerajaan, mengambil atau mengangkut bahan batu tanpa kebenaran.

Fasal 70-Seksyen 429A dipinda bagi membolehkan Pengarah Tanah Galian melantik mana-mana pegawai bagi menjalankan pendakwaan. Ia juga membolehkan Pengarah Ukur menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen­seksyen 400 dan 403.

F asal 71-Bertujuan memasukkan seksyen baru 429B mengenai kuasa kepada Pengarah Tanah Negeri atau Pentadbir Tanah mengkompaun mana­mana kesalahan yang telah ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun. Jumlah maksimum kompaun ialah lima ratus ringgit.

Fasal 72-Mewujudkan seksyen baru 431 A mengenai tatacara menyampaikan notis kepada tuanpunya tanah yang telah meninggal dunia. Di bawah cadangan ini notis boleh disampaikan kepada mana-mana waris simati yang dewasa ataupun dihantar secara pos kepada pentadbir harta simati, official administrator, dengan izin. Ini bagi memboJehkan urusan berhubung dengan tanah berkenaan diam bi I.

Page 86: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1509 4 JUN 1992 1510

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 73-Fasal 101 adalah mewujudkan peruntukan baru di bawah Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) yang berkaitan dengan sekatan terhadap pemilikan tanah kepada bukan warganegara atau syarikat asing. Bahagian baru ini menentukan supaya tanah-tanah di bawah kategori pertanian dan bangunan yang hendak dimiliki oleh bukan warganegara atau syarikat asing perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri. Bagi tanah di bawah kategori industri tidak ada sekatan.

Fasal 75-Meminda Jadual Pertama supaya nombor kepada borang-borang berkenaan adalah mengikut bahagian­nya di dalam Kanun Tanah Negara dan juga bagi memperkemaskan borang­borang yang terdapat di dalam Kanun ini.

Akhirnya ialah Fasal 77. Fasal ini ialah mengenai Jadual baru Keempatbelas iaitu berhubung dengan tatacara pelaksanaan Sistem Pendaf­taran Tanah Berkomputer atau, dengan izin, Computerized Land Registration System.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon dengan hormatnya mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba.

6.49 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana beri

kesempatan untuk membincangkan Rang Undang-undang yang saya rasa suatu Rang Undang-undang yang sangat mustahak dan patut mendapat pandangan-pandangan daripada Ahli­ahli Dewan Negara sekalian. Walaupun saya bercadang untuk menyentuh hampir 8 Fasal, tetapi oleh kerana untuk memberi kesempatan kepada rakan-rakan lain untuk sama turut bincang mengenai Akta ini, saya akan menyentuh soal 8 Fasal yang mustahak sahaja.

Yang pertamanya ialah Fasal 5, iaitu di mana suatu sistem pentadbirtan tanah secara berkomputer akan dijalankan dalam suatu Pejabat Pendaftaran Tanah. Memanglah rakyat mengalu-alukan sistem ini kerana soal ini telahpun banyak rungutan-rungutan yang telahpun ditimbulkan oleh rakyat mengenai susahnya ataupun masalah kehilangan file, kelambatan memproses dan sebagainya.

Apa yang kita harapkan ialah sistem ini hendaklah diadakan secara menyeluruh ke seluruh negara dan bukan hanya tertakluk ataupun terhad kepada bandar-bandar besar ataupun kepada ibu-ibu negeri sahaja, malah kita harapkan di peringkat daerah pun ianya akan dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada Fasal 17 iaitu dalam Fasal ini ianya bertujuan memasukkan Seksyen 68(a) yang menghendakki pemegang lesen pendudukan sementara mendepositkan sejumlah wang yang difikirkan munasabah oleh Pentadbir Tanah sebagai jaminan bagi pemulihan tanah itu apabila lesen itu tamat.

Saya percaya Fasal ini diadakan kerana dari pengalaman kita yang lepas di mana khasnya di Wilayah Persekutuan dan juga di Selangor, banyak tanah-tanah perlombongan yang mengikut perjanjian, sepatutnya tanah-tanah ini hendaklah ditimbus kembali oleh pihak yang mendapat

1513 4 JUN 1992 1514

tanah nertanian sitsinnnn ti ii al..

Page 87: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1511 4 JUN 1992 1512

permit untuk melombong. Tetapi kerana yang mendapat permit untuk melombong ini pun orang yang pintar juga kerana mereka memikirkan kalau untuk menimbus berharga $1 juta dan deposit yang diberi -hanyalah $10 ribu, biarlah dia hilang deposit daripada dibelanjakan $1 juta untuk menimbus lombong-lombong yang berkenaan.

Itulah sebabnya banyak tanah-tanah di Wilayah Persekutuan, di Selangor, di Perak umpamanya bekas-bekas lombong tidak ditimbus kembali dan tidak boleh digunakan dan memerlukan perbelanjaan yang sebegitu tinggi supaya tanah ini dapat dibaikpulih ataupun sebagainya.

Jadi, saya berharap walaupun aktiviti melombong bijih tidak lagi pesat di negara kita, tetapi kita ketahui bahawa aktiviti perlombongan emas umpamanya di Terengganu, di Kelantan dan juga di tempat-tempat lain dan juga dengan adanya industri minyak, perkara ini akan difikirkan dengan mendalamnya oleh pihak Kementerian supaya deposit yang diberikan ataupun yang dikenakan biarlah sepadan dan biarlah jangan ada jalan bagaimana pihak yang menjalankan usaha perlombongan ini boleh lari daripada tugas ataupun tanggungjawabnya. Sebaik-baiknya saya menyarankan supaya diadakan insurans perlindungan. Saya ini pun selalu sangat bercakap diadakan insurans-insurans. Seolah-olah saya bercakap bagi pihak syarikat-syarikat insurans tetapi bagi pihak saya apa yang lebih mustahak ialah supaya tanah-tanah yang telahpun digunakan oleh pihak-pihak ini dapat digunakan semula dengan sebaik-baiknya.

Saya seterusnya ingin menyentuh Fasal 22 dan juga Fasal 23 di mana secara ringkasnya Fasal ini menghendakki kalau tanah pertanian, biarlah digunakan untuk pertanian, hanya satu sahaja bangunan yang boleh digunakan dan tanah yang digunakan

untuk bangunan ini tidak melebihi daripada 1/5 daripada keseluruhan keluasan tanah ataupun 2 hektar mengikut mana-mana yang lebih kurang, dan begitu juga dengan Fasal 23 iaitu di mana tanah industri hendaklah digunakan untuk kepentingan industri dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan­kepentingan lain. Apa yang saya ingin sarankan ialah mengikut kedua-dua Fasal ini, tidak ada denda-denda yang dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan-peraturan ini. Kemungkinannya saya tidak sempat membacanya tetapi apa yang telahpun saya baca mungkin di dalam Akta lbu ada denda-denda tetapi saya tidak melihatnya dalam Rang Undang­undang yang dipinda ataupun yang dibentangkan pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Fasal 25. Saya fikir Fasal ini adalah satu Fasal yang patut kita berikan perhatian yang serius di mana izinkan saya membacakan sedikit supaya dapat penjelasan supaya Ahli­ahli Dewan dan juga Dewan ini jelas mengenai Fasal ini. Menurut Fasal ini bertujuan "meminda seksyen 129(6)(a) untuk memberi kuasa kepada mana­mana orang lain atau badan yang dilantik oleh pihak berkuasa negeri memperbetulkan apa-apa perlanggaran syarat berkenaan dengan mana-mana tanah bermilik". Saya rasakan Fasal ini mustahak ialah kerana ianya juga memberikan kuasa kepada badan-badan yang dilantik oleh pihak-pihak Berkuasa Negeri untuk mengusahakan tanah-tanah yang terbiar.

Sebenarnya tanah-tanah terbiar ini bukan hanya berlaku di kawasan­kawasan luar bandar. Banyak tanah­tanah terbiar juga berlaku di dalam kawasan-kawasan bandar, umpamanya di Wilayah Persekutuan. Mengikut data yang saya miliki sekarang ini khas­nya Tanah Simpanan Melayu, dari­pada 2,903.3 ekar luasnya, 1,175.8 ekar ataupun 49.7% tanah ini adalah

Page 88: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1513 4 JUN 1992 1514

tanah pertanian ataupun tidak dibangunkan. Apabila saya katakan tanah pertanian, kemungkinannya sesetengahnya adalah terbabit juga dengan tanah-tanah yang terbiar dan dalam soal tanah simpanan Melayu ini juga, cuma kita dapati hanya 32% daripada keseluruhannya digunakan untuk perumahan dan yang lain-lainnya untuk perdagangan hanya 1.1 %, perindustrian 0.3% dan yang lain­lainnya terlalu sedikit sangat penggunaan Tanah-tanah Simpanan Melayu khasnya di Wilayah Persekutuan.

Jadi, baru-baru kita telah pun mendengar bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah pun memansuhkan ataupun menarik batik cadangan untuk memajukan tanah simpanan Melayu khasnya di Kampung Baru kerana didapati permintaan daripada sesetengah pihak terlalu tinggi untuk memajukan tanah ini dan di bawah Akta yang ada sekarang ini, kalau Kerajaan mengambil satu tanah itu, kalau dibicarakan di mahkamah Kerajaan hendaklah membayar seperti harga tanah yang berhampiran tanpa mengira sama ada tanah itu Tanah Simpanan Melayu ataupun sebagainya dan juga tanpa mengira keluasan tanah ini.

Memang kita akui bahawa kalau tanah di Kampung Baru seluas 386.3 hektar, ini kalau hendak dibandingkan dengan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, yang kadangkala ada yang memiliki hanya 1,000 kaki persegi, 2,000 kaki persegi, memanglah tanah di J alan Tuanku Abdul Rahman itu dengan berharga $1,000 sekaki ataupun $800 atau $900 sekaki tetapi dari segi ini perbandingan hendaklah dibuatkan dengan mengambilkira luas tlimah itu tanpa membuat perbandingan kalau di Jalan Tuanku Abdul Rahman $1,000 sekaki, kerana tanahnya kecil mungkin harganya tinggi tetapi di Kampung

Baru oleh kerana tanahnya luas mungkin harganya kurang ataupun sebagainya.

Jadi, apabila rancangan ini telah pun ditarikbalik, saya percaya bany~k Tanah-tanah Simpanan Melayu di Wilayah Persekutuan ini, pemba­ngunannya akan tergendala seperti­mana yang telahpun saya katakan tadi, baik di Kampung Bharu, di Sungai Penchala, maaf saya tadi, di Kampung Baru-248 ekar bukannya 386 ekar, di Sungai Penchala, Segambut, Gombak, Selayang dan juga Datuk Keramat akan terjejas sama.

Apa yang ingin saya sarankan di sini ialah kerana mengikut data yang ada apabila bancian dibuat untuk memajukan semula tanah di Kampung Baru, ianya juga terpaksa membuat bancian terhadap tanah-tanah di sekelilingnya yang dimiliki oleh bangsa-bangsa asing ataupun· kaum­kaum lain. Apa yang didapati ialah di Kampung Baru lebih banyak pemilik tanah daripada luas tanah tetapi kalau di kawasan sekitarnya lebih luas tanah daripada pemiliknya. Pemiliknya sedikit tetapi tanahnya luas, itulah maksud saya.

Jadi, apabila telahpun banyaknya tanah-tanah yang dimiliki secara bersama ini, saya ingin mencadangkan supaya satu skim, di mana tanah-tanah ini akan dimajukan juga melalui penyatuan tanah-tanah yang dimiliki oleh dua ataupun tiga ataupun empat orang pemilik tanah yang berjiran kerana kalau kita memajukannya secara persendirian mungkin ianya akan terpaksa surrender, serahkan tanah untuk parit, longkang, jalan ataupun sebagainya dan akhimya tanah itu tidak mempunyai tempat lagi untuk dimajukan tetapi kalau disatukan, saya percaya tanah-tanah ini boleh dimajukan.

Saya tidaklah menyarankan supaya Kerajaan mengambilalih. Saya percaya kalau ada satu badan yang menyelaraskan, mungkin pihak Dewan

Page 89: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1515 4 JUN 1992 1516

Bandaraya ataupun yang sebagainya, tanah-tanah yang 4, 5 lot disatukan. Kalau hendak bagi jalanpun satu jalan sahaja, kalau hendak bagi longkangpun hanya satu pihak sahaja yang kena menyerahkan tanah untuk membuat longkang, oxidation pond ataupun sebagainya. Dengan ini saya harap, apa yang saya cadangkan ini lebih kurang macam FELCRA. Kalau FELCRA ada di luar bandar, kita harapkan bentuk yang sama juga akan diadakan di dalam bandar di mana tuan tanah tetap menjadi pemilik kepada tanah-tanah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada Fasal 33 iaitu bertujuan meminda seksyen 195 untuk memperuntukkan bahawa penyerahan batik mana-mana bahagian tanah bermilik kepada pihak berkuasa negeri boleh dibuat bagi apa-apa maksud sekalipun.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada Dewan dan juga khasnya kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah, dalam sistem kita yang ada sekarang kalau pihak Kerajaan, katakan membuat jalan ataupun membuat, memberikan infrastruktur untuk sesuatu kawasan. Katakanlah Kerajaan hendak membuat jalan, biasanya Kerajaan kena mengambil tanah itu dan kena membuat bayaran kepada tuan tanah. Tuan tanah dapat bayaran kerana Kerajaan ambit tanah dia buat jalan. Dan pada masa yang sama pula tuan tanah menerima keuntungan oleh kerana adanya jalan tadi, sebelum adanya jalan mungkin tanah itu berharga $2,000 ataupun $3,000 seekar.

Tetapi apabila adanya jalan yang disediakan oleh Kerajaan yang mana Kerajaan kena bayar pula, tanah itu telahpun melambung kepada $10,000 ataupun $20,000 seekar. ltulah sebabnya sekarang ini kita lihat apabila adanya Lebuhraya Utara-Selatan, banyak tanah-tanah yang di

sekelilingnya dimajukan, dimajukan oleh pihak-pihak pemaju yang mengambil kesempatan daripada pembangunan yang dijalankan oleh pihak Kerajaan ini. Jadi, sudahlah Kerajaan kena bayar, lepas itu mereka ini pula mendapat keuntungan daripada projek yang dijalankan ataupun infrastruktur yang diadakan oleh pihak Kerajaan.

Di sini saya ingin menyarankan supaya Kerajaan mengenakan satu bentuk cukai iaitu kalau boleh dikatakan Land Appreciation Tax. Kalau umpamanya sebelum Kerajaan mengambil sehingga adanya jalan, kalau tanah dia harga $1 juta tapi oleh kerana adanya jalan tanah itu naik sampai sepuluh atau pun dua puluh juta. Saya fikir Kerajaan pun patut, mendapat hak sedikit. Kerana adanya jalan tadilah tanah dia telah pun naik harga, telah pun naik nilai dan kalau mereka tidak hendak bayar tax ini Kerajaan boleh mengambil tanah-tanah 101 ataupun Kerajaan tidak membenarkan sebarang access road dengan izin, menghala ke highway ataupun ke jalan-jalan yang telahpun disediakan. Saya percaya perkara ini pernah dilakukan di negara-negara yang lebih maju daripada kita.

Kita juga berharap supaya dengan adanya Land Appreciation Tax ini, tidak ada dengan izin, tidak akan berlaku tanah-tanah dijadikan sebagai bahan spekulasi. Dan jika difikirkan perlu juga apabila Kerajaan mengadakan projek-projek macam sekolah, jalan ataupun sebagainya Kerajaan hendaklah pada masa yang sama mengambil juga tanah-tanah yang berhampiran dengan tempat-tempat yang telah pun dimajukan oleh Kerajaan. Kalau mereka tidak hendak serahkan Kerajaan hendaklah mengenakan satu bentuk cukai kerana merekapun mendapat keuntungan daripada pembangunan yang dibuat oleh pihak Kerajaan.

Page 90: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1517 4 JUN 1992 1518

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada Fasal 73 di mana Fasal ini bertujuan untuk memasukkan bahagian baru 33A berkaitan dengan sekatan-sekatan mengenai pemerolehan tanah oleh orang-orang yang bukan warganegara dan juga syarikat-syarikat asing. Tadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen telahpun mengatakan bahawa sebelum tahun 1985, memang telahpun ada Fasal ini tapi telahpun dilonggarkan pada tahun 1987, ataupun dimansuhkan pada tahun 1987 kerana semasa itu kita menghadapi kemelesetan ekonomi. Saya cuma ingin membangkitkan, bukanlah saya hendak bercakap bagi pihak-pihak pelabur-pelabur asing. Tetapi dalam soal ini saya berharap sebarang pindaan mengenai Kanun Tanah ini hendaklah difikirkan semasak-masaknya kerana dia akan menjejaskan kepercayaan pelabur­pelabur asing kepada negara kita. Kalau kita asyik pinda, selepas itu, kalau 1985 kita sudah ada, selepas itu 1987 kerana kita susah masa itu kita pinda. Sekarang ini oleh kerana kita senang, kita tukar balik. Apakah esok apabila berlaku kemelesetan kita akan meminda semula Akta ini. Jadi biarlah kita konsisten. Bukan saya bercakap bagi pihak pelabur asing, tetapi saya dapat merasakan apa yang difikirkan apa yang dirasakan oleh p]ihak-pihak pelabur kerana kalau kita sentiasa bertukar; kalau ada, saya tidak tahu, berapakah banyakkah tanah yang telahpun sejak kita mansuhkan Akta ataupun Fasal ini pada tahun 1987 di mana kita benarkan warganegara asing membeli tanah, rumah ataupun sebagainya. Berapakah tanah-tanah yang telahpun, yang sebenarnya telahpun dibelikan oleh warganegara a.sing. Kalau barang itu terlampau sedikit sangat janganlah kita melenting, selepas itu kita pinda Akta. Selepas itu bila meleset ekonomi pula kita pinda balik, kita pinda balik untuk menarik pelabur-pelabur asing.

Saya menimbulkan ini supaya jangan timbul perasaan ketidakyakinan pelabur-pelabur asing. Kita tengok kadang-kala baru-baru ini CIC bagi guideline, pun begitu juga. Kalau kita hendak buat kita cakap kita hendak• buat, kita fikir betul-betul dulu. Kalau tidaic kita kata jangan kita cuba test the ground kerana masalah kedatangan pelabur asing ini kerana orang yang melabur ini adalah orang yang paling sensitif sekali. Jadi kalau dapat kita fikirkan dari segi implikasinya. Walaupun saya menyokong tetapi pada masa yang sama juga biarlah ada. . . .

Tuan C. Krishnan: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Sila. Penjelasan.

Tuan C. Krihsnan: Ini maksud Yang Berhormat itu perkembangan di Johor Bharukah yang menimbulkan keraguan Yang Berhormat di mana tanah-tanah di Johor, sekeliling Johor Bharu itu, orang-orang asing telah pun menaruh minatnya? Sebab itukah Yang Berhormat sebutkan perkara ini?

Tuan Rahim bin Baba: Sepatutnya jawapan ini diberikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, bukannya saya yang menjawab.

Timbalan Yang di-Pertua: Itu dipanggil 'leading question' itu, dengan izin.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Krishnan inipun pandai bagi 'leading question'. Jadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tahu jawabnya. Saya tahu itu akan dijawablah. Walaupun saya tahu jawabnya, tetapi saya tanya juga dan banyak perkara yang saya tahupun saya tanya juga. Jadi tujuan saya ialah supaya jangan dengan sewenang-wenangnya. Kita masih ingat lagi semasa satu ketika dulu kita mempunyai pelabur-pelabur asing yang dari segi bidang pertanian Dun~op, Guthrie lepas itu kita ambil alih. Kita

Page 91: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1519 4 JUN 1992 1520

ambil alih batik walaupun kita beli itu soal lain. Tapi pada pandangan pelabur-pelabur asing, kita sudah ambil alih balik pelaburan-pelaburan ini dan tanah-tanah ini dan sebenarnya untuk pengetahuan Setiausaha Parlimen kepakaran daripada Malaysialah, wang daripada Malaysialah dan juga manpower daripada Malaysialah yang telah dihantar ke Indonesia dulu untuk tanam kelapa sawit, untuk tanam getah dan juga sebagainya. Jadi maknanya walaupun dari satu segi kita untung, tapi dari segi yang lain kita rnenghadapi kerugian dan kita lihat apabila Kerajaan menyarankan diadakan intergrated farming, makna Kerajaan hendak bagi 5,000 ekar, 10,000 ekar, saya difahamkan belum ada lagipun tawaran-tawaran daripada syarikat-syarikat berkenaan. Saya cuma mengingatkan perkara ini supaya kita berhati-hati dalam soal pelaburan ini. Jangan sekali-kali ingat saya lebih suka ataupun saya menentang cadangan pindaan ini, sebaik-baiknya biarlah kita fikirkan dengan sedalam-dalamnya akan kesan-kesannya supaya jangan esok apabila keadaan ekonomi merosot kita pinda balik, jadi hilang kepercayaan dan keyakinan orang kepada kita. Dan begitu juga dalam soal ini disebutkan bahawa kelulusan sedemikian tidaklah perlu bagi tanah yang tertakluk kepada kategori industri.

Kita juga tahu bahawa semasa kita menghadapi kemelesetan ekonomi dahulu, banyak Kerajaan-kerajaan Negeri berlumba-lumba menarik pelabur-pelabur asing dan ramai yang datang khasnya di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan sebagainya, berlaku banyak keadaan di mana pelabur-pelabur ini membeli tanah­tanah perindustrian yang luas, umpamanya 200 ekar, 300 ekar dan kita pun seronoklah kerana mereka ini telahpun membeli tanah-tanah industri untuk membuat industri. Apa yang berlaku selepas itu ialah pelabur-

pelabur ini, khasnya pelabur-pelabur dari Taiwan, mereka ini memecahkan tanah ini, sub-divide lot ini dan akhirnya jual batik kepada pelabur­pelabur tempatan. Mereka ini membuatkan gambaran bahawa orang­orang daripada Taiwan dicreatkan satu suasana di mana pelabur-pelabur dari Taiwan rushed untuk membeli lot-lot ini dan pelabur-pelabur tempatan pun, dengan izin, jump into the wagon, sama-sama sekali membelinya. Jadi, akhirnya, walaupun tanah itu asalnya tanah kita dan kita izinkan pemecahan dilakukan, tetapi kemudian rakyat kita terpaksa membayar lebih dan yang mendapat keuntungannya ialah pelabur-pelabur dari luar negeri.

Apa yang saya sarankan ialah, jika ada tanah-tanah perindustrian yang hendak kita berikan kepada pelabur­pelabur asing ini biarlah jangan dibenarkan mereka ini memecahkan ataupun sub-divide untuk dijadikan kawasan perindustrian. Kita tidak mahu mereka itu datang ke sini untuk jadi developer kawasan-kawasan perindustrian. Kita hendak, yang datang biarlah orang-orang yang betul­betul terlibat dalam sesuatu industri. Kalau setakat hendak develop, pecah­pecahkan tanah, saya tak fikir kita perlukan pelabur-pelabur asing, saya percaya MIEL pun boleh buat, Bank Pembangunan pun boleh buat dan banyak badan-badan lain yang berkemampuan untuk membuatnya.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Rahim, cuba bataskan ucapan dalam lima minit lagi.

Tuan Rahim bin Baba: Ya. Itulah, Tuan Yang di-Pertua, lain kali kalau Dewan Rakyat tiga minggu, kita pun biarlah tiga minggu, jadi boleh kita bercakap panjang sedikit. Saya pun banyak lagi perkara yang hendak dicakapkan tetapi oleh kerana menghormati Tuan Yang di-Pertua, cuma itu sahajalah pandangan-

Page 92: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1521 4 JUN 1992 1522

pandangan saya dan saya berharap pandangan-pandangan im akan mendapat perhatian untuk kebaikan kita bersama dan dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Tuan Nazri.

7.15 mlm.

Tuan Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan memakan masa banyak. Tiga perkara sahaja yang saya hendak sebut. Pertamanya, berkenaan dengan Clause 17 mengenai Temporary Occupation Licence. Fahaman saya, TOL ini to occupy, maknanya untuk duduklah. Selalunya kalau orang yang berada, dia tidak akan minta TOL. TOL ini selalu berlakunya di kalangan orang yang tidak berada yang meminta untuk menduduki tanah itu buat sementara. Saya difahamkan bahawa Pejabat Tanah memang ada minta fee ataupun bayaran tahunan pada TOL ini. Kepada saya sebagaimana yang disebutkan oleh Setiausaha Parlimen sebentar tadi, bahawa pindaan ini ialah untuk faedah rakyat dan juga negara, saya tidak nampak bagaimana mengenakan deposit kepada rakyat golongan bawahan yang hendak menduduki tanah ini buat sementara, saya tidak nampak bagaimana ia boleh menguntungkan orang-orang seperti ini. Saya rasa macam TOL ini, apa yang dia boleh buat, apa yang menyebabkan hinggakan perbuatan boleh merosakkan tanah itu. Saya tidak nampak. Kepada sayalah, kalau mereka duduk atas tanah TOL untuk rumah, maka saya tidak nampak macam mana dia boleh merosakkan tanah itu. Perkara ini cuma satu perkara yang kemungkinan, kalau perkara kemungkinan dan deposit itu diminta di peringkat awal, itu menyulitkan rakyat.Kalau dia kaya, memang dia tidak minta TOL. Saya minta supaya kita timbangkan. Kalau kita hendak

meminda ini untuk kepentingan rakyat, apatah lagi rakyat di golongan bawahan yang selalu meminta TOL ini. Saya minta supaya difikir kembali berkenaan dengan apa yang dikatakan hendak dikanakan bayaran deposit' sekiranya berlaku kerosakan kepada tanah. Saya tidak nampak apa-apa kerosakan yang boleh dilakukan sehingga menyebab­kan tanah itu terpaksa direhabilitate. Jadi itu pandangan saya yang pertama, iaitu kita kena membela rakyat di bawah, kasihanilah mereka. Jangan kita dera mereka.

Yang Kedua, ialah Clause 22 yang berkenaan dengan pembinaan rumah di atas agriculture . land. Persoalan saya ialah, cukai apakah yang kena dibayar ini? Kalau cukai tanah kegunaan pertanian, ataupun cukai tanah kegunaan bangunan, kalau tiap-tiap tahun kita kena bayar cukai tanah, yang mana satu? Kegunaan mana yang kita hendak bayar? Saya lihat di sini, seolah-olah kita cuba hendak membantu farmers, bahawa mereka ini ada tanah pertanian, mereka hendak duduk di situ dan bekerja di situ. Tetapi saya rasa farmers tidak akan mendapat banyak keuntungan sangat daripada pindaan irii. Yang saya nampak, yang akan mendapat keuntungan ialah orang kaya juga kerana dalam Kuala Lumpur ini, tanah untuk bangunan ini memang sudah bertambah scarce, dengan izin, sedikit. Makin lama orang akan ditolak ke pinggir bandar dan di pinggir­pinggir bandar ini akan terletak apa yang dikatakan agriculture land dan tidak mustahil rakyat yang banyak duit, yang kaya, mereka beli tanah agriculture di pinggiran bandar tetapi mereka dirikan rumah.

Kalau kita lihat di sini, kita boleh mendirikan dwelling house 20% iaitu 1/5 daripada tanah ini. Bayangkan, kalau lima ekar kita boleh boat rumah di atas satu ekar. Cuma orang kaya sahaja yang boleh dirikan rumah di atas tanah satu ekar ini. Apa yang akan

Page 93: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1523 4 JUN 1992 1524

berlaku ialah orang kaya ini akan membeli tanah agriculture, dia buat rumah banglo di atas satu ekar maka apa yang keuntungan kepada dia ialah cukai tanah, rumah banglo yang patut dibayar cukai yang besar, dia cuma bayar cukai tanah kegunaan pertanian sahaja. Ini kita harus tanya, sebab boleh disalahgunakan oleh setengah­setengah pihak dan ianya bukan mustahil. Kita lihat Rawang sebagai contoh, hendak pergi ke Rawang, sepuluh, lima belas minit sudah sampai dan di Rawang masih banyak lagi tanah-tanah pertanian, 10 ekar, 5 ekar. 5 ekar sekalipun maknanya kita boleh buat rumah di atas satu ekar. Kalau kita mengatakan bahawa tujuan kita ialah untuk kepentingan negara, saya rasa pindaan yang dibuat ini untuk membolehkan kita mendirikan rumah di atas 20% daripada tanah, ini tidak akan menguntungkan negara.

Sebagai contoh, kalaulah saya kaya dan saya sudah lemas duduk dalam bandar, saya pergi cari tanah pertanian 5 ekar, saya buat rumah. Pertamanya, saya buat rumah saya tidak perlu rninta conversion. Bila tidak minta conversion, ini bermakna Kerajaan tidak dapat wang sebab tiap-tfap kali kita convert, orang yang minta untuk convert tanah itu kena bayar. Jadi, saya dirikan rumah banglo saya atas satu ekar. Saya tidak perlu convert tanah saya daripada tanah pertanian kepada bangunan. Saya tidak bayar pembayaran permohonan untuk conversion ini kepada Kerajaan. Kerajaan sudah rugi, di mana yang kita kata pindaan ini untuk kepentingan negara sebab negara tidak dapat wang daripada perrnohonan untuk convert agricultural land kepada bangunan. Itu satu.

Keduanya, cukai tanah tahunan. Sepatutnya kalau bang lo begitu besar, cukai pintunya besar, kita cuma bayar cukai tanah untuk kegunaan tanah sahaja. Bermakna iaitu bahawa

Kerajaan rugi dari segi cukai. Sepatut cukai yang banyak yang kena diterima, kalau cukai banglo tetapi kita bayar cukai tanah pertanian sahaja. Jadi, ini pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen berkenaan dengan pindaan clause 22 ini. Apakah ia benar-benar hendak membanto farmers ataupon hendak membantu orang yang kaya. Saya minta maaf 5 minit lagi. Itu pertama berkenaan dengan Clause 22.

Yang kedua, Clause 22 ini membolehkan orang mendirikan kilang ontok proses-bila kita sebot perkara "to process raw material", ini bermakna kotoran, asap. Ini akan semua keloar kepada situ. Dan hari ini daripada yang kita taho bahawa tekanan alam sekitar ini begito koat, macam mana kita boleh jostifikasikan iaito di atas sato kawasan yang tidak dizonkan sebagai indostri maka dibenarkan ontuk didirikan satu kilang ontok mengeluarkan perkara ini? Macam mana orang boleh doduk disebelah kalau kebetolan iaito tanah pertanian di sebelah itu ada perkampungan? Macam mana? Dia tidak mendapat kelolosan daripada environment tetapi ia boleh dibina kerana Akta Kanun Tanah Negara kata boleh. Jadi, hari ini Kerajaan kata kita sediakan sato kawasan ontuk kilang, hendak boat indostri atao apa. Tetapi Akta Kanon Tanah Negara benarkan boleh boat kilang di tempat yang lain di mana tanah pertanian itu boleh dibuat. Saya ingat ini bercanggah, sebab kalao kita benarkan perkara ini berlaku iaitu bermakna kilang boleh didirikan di mana-mana joga, di kawasan mana. Bermakna kita tidak boleh kawal lagilah. Bermakna bahawa kita mungkin sato masa kalao kita hendak kawal disabitkan oleh kerana tekanan yang kehendak alam sekitar, kita tidak boleh kawal sebab kita sodah benar. Sebab kita kata boleh didirikan kilang ontok kepentingan process of raw materials di atas agricultural land ito. Jadi, kebimbangan saya ialah

Page 94: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1525 4 JUN 1992 1526

perkara ini akan jadi kelam-kabut. Kita tidak boleh kawal.Kita tidak boleh hendak pastikan di zon di mana factory, factory akan bangun di mana-mana tempat dan akhirnya kita akan kena tekanan daripada dua negeri lagi.

Dan yang paling, saya tidak peduli untuk pergi luar negeri, kita hendak jaga kepentingan "the little people", orang-orang yang duduk di sebelah tanah pertanian ini, dia tidak ada kekuatan untuk membantah satu orang yang membeli tanah pertanian yang luas, hendak buat kilang di situ yang akan affect dia kepada orang yang duduk sebelah. Orang ini tidak ada tempat hendak merayu. Sebab apa? Sebab Akta Kanun Tanah Negara kata boleh buat. Itu tanah dia boleh buat, dia boleh buat. Kamu tidak hak untuk membantah. Sekali lagi kepentingan orang-orang kecil, orang yang tidak ada kuasa ini akan terjejas disabitkan oleh kerana tindakan Akta Kanun Tanah Negara kita ini.

Saya minta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen memikir tentang perkara ini sebelum, memang saya sokonglah, tetapi di masa-masa akan datang, tolong fikirkan sama adakah benar-benar Clause ini membantu rakyat ataupun merugikan rakyat dan merugikan negara.

Yang akhir, Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin. Ini berkenaan dengan Clause 73. Saya berbeza sedikit dengan pandangan Yang Berhormat kita, saya rasa kita kawal sedikitlah tentang hakmilik berkenaan dengan foreign company to acquires land. Mukasurat 37 dalam bahasa lnggeris, "a non­citizen or a foreign company may acquire land." Say a bersetuju kalau foreign company hendak acquire land minta kebenaran daripada the Authority. Tetapi interest in land, saya ingat "interest in land" tak perlu minta kebenaran. Sebab interest in land ini merupakan, katalah ruang pejabat

mereka ataupun ruang apartment, condominium. Saya ingat benda ini oleh kerana kita menggalakkan orang luar untuk melabur di negara kita sehingga kita membenarkan pembelian tanah itu, industri ini dibolehkan. Mengapa tidak boleh interest in land juga dibeli oleh mereka tanpa merujuk kepada pihak tertentu? Sebab yang penting dia tidak boleh acquire land tetapi interest in land itu tidak apa. Dia boleh beli apartment untuk dia punya pekerjanya, staffnya, biarlah dia beli. Dia hendak beli satu ruang pejabat di satu bangunan 'A' untuk dijadikan headquartersnya, biarlah dia beli. Sebab yang dia dapat cuma interest in land sahaja. Kita dapat wang tetapi dia tidak dapat hakmilik tanah.Yang penting kepada kita jangan kita biarkan dia acquire land. Tetapi interest in land, saya ingat boleh kita benarkan untuk supaya dalam usaha Kerajaan menggalak orang melabur dalam negara kita ini sehingga kita membenar dia membeli tanah-tanah industri tanpa kelulusan daripada pihak tertentu. Maka ada baiknya kalau kita benarkan dia beli interest in land tanpa dia merujuk dahulu daripada pihak tertentu. Ini sama-sama boleh membantu mereka berminat untuk datang ke negara kita untuk melabur di negara kita. Kalau dia boleh beli industrial land tanpa rujukan tetapi dia hendak mari duduk, stafnya hendak duduk dia minta kebenaran dahulu, barulah dia boleh beli ataupun dia hendak buka pejabat dia kena minta dahulu. Saya ingat ini tidak seimbang, not in tandem. Biarlah dia in tandem sama-sama, maknanya biar dia in tandem, dengan izin. Saya rasa ini boleh menggalakkan supaya pelabur datang ke negara kita dan melabur di tanahair kita ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja saya punya hujah-hujah. Saya mengucapkan terima kasih dan saya sokonglah Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

Page 95: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1527 4 JUN 1992 1528

Tuan Dahalan bin Haji Embun: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, minta maaflah.

Timbalan Yang di-Pertua: Tadi Yang Berhormat Tuan Dahalan bin Haji Embun beri signal kepada saya 5 minit di belakang, rupanya Yang Berhormat Tuan Dahalan kena cakap 5 min it.

7.26 ptg.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Terima kasih.Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membahas serta menyokong Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Pindaan). Jadi, sudah jelaslah daripada pembentangan Rang Undang-undang ini, Tuan Yang di-Pertua, bahawa Kerajaan kita ini sudah begitu pragmatic mengikut suasana dan keadaan. Kalau kita perlu ubah undang-undang, kita ubah. Kalau terlalu banyak industri esok yang dipuhyai oleh orang luar, kita pun boleh ubahlah. Kita nationalise sahaja. Bukan susah hendak kita boat. Saya harap sekiranya ini tidak akan berlaku tetapi kalau terpaksa berlaku, kita terpaksa boat.

Daripada Rang Undang-undang ini, kita dapati bahawa ini macam satu konsep centralisation of industrial land oleh Kerajaan Pusat. Nampak jelas sekali oleh sebab pihak Kerajaan Pusat dapat meminta daripada Kerajaan Negeri. Kalau tanah itu hendak diguna untuk industri, Kerajaan Negeri hanya ada kuasa untuk tanah pertanian. Mengenai kuasa tanah pertanian oleh Kerajaan Negeri ini saya hendak tahu, Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab ada kes-kes tanah pertanian yang telahpun diberi kepada syarikat-syarikat luar negara. Jadi, apakah kedudukan tanah­tanah ini selepas Rang Undang-undang ini diluluskan, Tuan Yang di-Pertua.

Banyak sekali, saya ingat yang banyak sekali di Pahang, mungkin di Johor dan negeri-negeri lain yang telahpun dijual ataupun dibeli begitu sahaja kepada syarikat-syarikat luar negara, 40 tahun, 60 tahun tetapi setengah orang itu 40 tahun ini dia tidak bersetuju. Cepat sangat, 60 tahun pernah bersetuju kerana bank tidak mahu terima.Dia minta sampai 99 tahun. Jadi, kita harap ini tidak akan berlakulah.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, kita dapati, saya sudah sebut tadi land tenure untuk foreign ownership. Kalau untuk orang kita, berilah seratus tahun ataupun perpetuity. Tidak ada masalah. Tetapi kalau kita hendak beri kepada mereka sampai perpetuity, ini nampak satu hal oleh sebab kalau kita ada convert agricultural land into industry, kalau Kerajaan Pusat hendak industri di tapak ini, matter of gazetting sahaja agricultural land kepada industri. Itulah jadi kalau Kerajaan Pusat boleh beri kepada syarikat-syarikat luar. Jadi kita harap itu tidak akan berlaku begitu sahajalah. ·

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya berjanji lima minit tadi, saya pun bercakap tergesa-gesa, saya harap Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tangkap apa-apa point yang saya raised tadi. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi, saya menjemput Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bangun untuk menjawab.

7.30 mlm

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tuan Mohd. Noh bin Rajah): Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kemen­terian, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tiga orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam

Page 96: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1529 4 JUN 1992 1530

perbincangan tentang pindaan Rang Undang-undang ini. Pada keselu­ruhannya didapati bahawa ketiga-tiga Ahli-ahli Yang Berhormat ini bersetuju pada dasamya tentang pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh pihak Kementerian. Coma dihighlightkan beberapa perkara yang mungkin elok dipandang lebih mendalam atau dibawa pemikiran daripada sudut yang lainnya pula.

Tuan Rahim Baba menyentuh tentang Fasal 5-Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer. Beliau memang sudah menganggap dengan penggunaan komputer sudah tentunyalah Pejabat Tanah di Kuala Lumpur, Kementerian dan juga Pengarah Tanah dan Galian akan lebih up-to-date, dengan izin. Sudah tentunya ia akan melicinkan perjalanan pendaftaran tanah. Kita akan membelanjakan banyak wang untuk perkara ini dan projek perintisnya ialah menggunakan komputer di Bangunan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan. Apabila projek ini berjaya ianya akan diperkenalkan ke seluruh negara dan di daerah. Dalam Rancangan Malaysia Keenam, $20 juta telah diluluskan untuk pengkomputeran ini.

Satu perkara yang elok juga diterangkan di sini apabila sistem pengkomputeran ini dimasukkan di dalam Kanun Tanah Negara, ia merupakan dokumen yang sahib apabila computer print, dengan izin, dibawa ke mahkamah. Tidak lagi perlu pihak Pegawai Pejabat Tanah membawa buku daftar yang sekarang ini ada di dalam Pejabat Tanah yang disimpan di dalam "bilik besi" yang orang selalu panggil iaitu dekat hendak sekaki tebalnya, untuk membuktikan kepada mahkamah bahawa rekod sebenamya adalah mengikut buku itu. Dengan penggunaan komputer buku itu boleh disimpan di pejabat, cuma computer print-out sahaja yang dibawa ke mahkamah dan itu telah boleh disifatkan sebagai bukti yang sahib.

Jadi, ia memang menyelamatkan keadaan, kerja dan menggambarkan satu sistem yang lebih canggih.

Fasal 17 Pendudukan Sementara TOL. Kedua-dua Yang Berhormat Tuan Rahim Baba dan juga Tuan Haji Mohamed Nazri Abdul Aziz berucap tentang perkara ini. Tuan Rahim mengatakan bahawa kalau misalannya dikenakan deposit yang sedikit sedangkan kerja hendak membaik­pulihkan tanah yang diberi di bawah TOL itu banyak, mungkin orang yang memegang TOL (Temporary Occupation of Land) itu, akan membiarkan sahaja supaya depositnya diambil untuk menjimatkan belanjanya.

Say a bolehlah memberikan pengakuan bahawa deposit itu akan dikenakan setimpal dengan kerja-kerja untuk membaik-pulih tanah itu nanti. Jadi, sebelum lesen itu diberi, Pejabat Tanah akan mentaksirkan dahulu dengan kerja-kerja yang hendak dibuat. Berapakah ditaksirkan kerja-kerja untuk membaikpulihkan tanah itu dan deposit itu akan menggambarkan jumlah itu. Bukan dikenakan dengan mengambil satu angka yang tidak kena­mengena dengan harga baik-pulih itu.

Tuan Haji Mohamed Nazri Abdul Aziz pula, ki~a akui bahawa beliau memang memandang berat tentang nasib orang yang menduduki tanah TOL ini. Dia menyarankan bahawa tidak payahlah dipegang sangat orang yang mendapat TOL kerana pada tafsiran dan pengertian beliau, orang yang mendapat TOL ini adalah orang miskin. Saya menyokong pendapat itu. Ada orang yang mendapat TOL dari golongan orang miskin dan membuat rumah yang bukan dalam keadaan permanent. Tetapi ada juga tanah TOL diberi beribu ekar untuk tanaman kontan.

Pada suatu masa dahulu apabila ekonomi meleset, Kerajaan meng­galakkan Kerajaan Negeri mengeluar­kan tanah TOL kalau pemaju itu hendak menjayakan tanaman kontan

Page 97: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1531 4 JUN 1992 1532

untuk dieksport dan TOL ini boleh diberi selama lima atau enam tahun. Yang ditakuti tanah-tanah beginilah yang disalahgunakan sebab itu diperlukan deposit. Tujuan deposit ini adalah yang sedemikian itu; yang kecil­kecil ini, saya percaya bahawa Kerajaan sekarang pun faham tentang masalah orang-orang yang miskin yang duduk di atas tanah TOL. Walaupun masalahnya ada, di bawah Kementerian yang lain cuba menyelesaikan masalah­masalah tanah TOL ini.

Fasal 22 dan 23, kedua-dua Yang Berhormat ini menekankan tentang tanah pertanian dan tanah industri. Mereka berpendapat bahawa kalau tanah pertanian diberi kebenaran untuk orang mendirikan rumah maka merugikan Kerajaan. Kita meman­dangkan semuanya ini daripada segi keseluruhan. 25% tanah pertanian ini dibenarkan untuk didirikan rumah mengambilkira tanah-tanah pertanian di kampung. Kebanyakan rumah-rumah di kampung adalah didirikan di atas tanah pertanian dan angka ini adalah satu angka yang paling munasabah dan tidak boleh didirikan rumah lebih luas daripada 20% itu. Yang dimaksudkan 20% itu bukan ukuran rumah sahaja, mungkin ukuran kawasan yang boleh ditaksirkan sebagai kawasan perka­rangan rumah juga. Sesudah diambilkira pandangan-pandangan daripada pihak Negeri dalam beberapa mesyuarat, maka dipersetujui bahawa kepada mereka yang terlibat di peringkat yang di bawah, di peringkat pejabat tanah di daerah-daerah, di peringkat negeri dan juga di peringkat Kementerian maka kita telah memutuskan di dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara yang mana semua Negeri mewakili bahawa perangkaan itu adalah munasabah.

Undang-undang ini boleh digubal semqla, kalau sekiranya tidak sesuai, dan sesudah didapati perkara itu demikian, kita boleh meminda lagi. Tetapi kita tengok dahulu tentang implikasi peratusan ini.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, coma saya hendak mengatakan di sini, bahawa bukan semua tanah pertanian itu kampung sekarang. Ada tanah pertanian sekarang sudah hampir di pinggir bandar dan bandar 101

berkembang. Jadi, maksud saya, saya bersetuju kalau di kawasan kampung tetapi tidak ada di dalam Rang Undang­undang Kanun Tanah Negara ini yang mengatakan hanya dikaitkan dengan soal rumah kampung sahaja. Sebab ia menyeluruh. Jadi, kebimbangan saya ialah orang kaya beli tanah di pinggir Kuala Lumpur yang masih lagi tanah pertanian, buat rumah besar, cuma bayar cukai tanah pertanian sahaja dan tidak cukai pembangunan.Itu sahaja, cuma saya hendak katakan bukan semua tanah pertanian itu kampung sekarang ini. Sebab kita tengok, macam-macam highway telah ada sekarang.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, saya bolehlah fahamkan bahawa Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri 101

inginkan, kalau tanah pertanian di kampung lain undang-undangnya, kalau tanah pertanian berdekatan bandar lain undang-undangnya.

Timbalan Yang di-Pertua: Bukan bermaksud begitu saya rasa. Tetapi cubalah ringkaskan sedikit Yang Berhormat menjawab.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Kalau Tuan Yang di-Pertua suruh saya duduk sekarang pun boleh, saya menghormati keputusan Tuan Yang di-Pertua. Tetapi mereka telah menyentuh tentang perkara ini, dan satu undang-undang yang menyeluruh sama ada di pinggir kota ataupun di kampung mesti perlu diadakan. Jadi, oleh yang demikian 20% itu adalah angka yang munasabah. Dan kita belum lagi berfikir untuk membuat dua undang-undang yang berlainan kepada dua tempat ini.

Page 98: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

L

1533 4 JUN 1992 1534

Te~~ng Fasal 73 berkenaan dengan hakm1hk warganegara asing. Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba nampaknya orang Melayu kata 'sudah gaharu cendana pula, sudah tahu dia hendak bertanya pula'.

Timbalan Yang di-Pertua: Betulkah begitu Yang Berhormat Tuan Rahim?

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Sebab dia mengaku yang dia telah tahu jawapan dan dia telah tahu masalah tetapi dia bertanya juga.

Timbalan Yang di-Pertua: Itu bukan 'gaharu', 'garu' itu.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Y.ang di-Pertua, sebenarnya Kerajaan kita memang sensitif tentang keperluan-keperluan pelabur-pelabur kita. Kita membuka tanah industri untuk dimiliki oleh warganegara asing kerana tanah industri ini tidak luas sama ada tanah yang besar, yang lua~ diracik-racik dan ditukar syarat, itu kita pulangkan kepada budibicara pertimbangan Kerajaan Negeri. Kita di peringkat Kementerian, hanya meng~u?al undang-undang supaya sedem1kian rupanya untuk menjaga kepentingan negara.

Oleh kerana tanah industri ini tidak luas dan boleh memajukan ekonomi maka kita buka hakmilik ini kepad~ warganegara asing atau syarikat­syarikat asing. Melalui pindaan Rang Undang-undang ini, kita bukan ~engatakan bahawa syarikat asing t1dak boleh langsung memiliki tanah­tanah agriculture atau pertanian atau tanah-tanah perumahan, yang kita tekankan kerana masalah-masalah t~rtentu. di~berapa negeri, yang kalau t1dak d1ben kuasa kepada negeri itu untuk menentukan, maka menjadi satu masalah yang lain pula timbul.Oleh yang demikian, kita peruntukkan dalam Rang Undang-undang yang baru ini supaya Kerajaan Negeri itu yang

mempertimbangkan. Kalau · untuk kepentingan pembangunan, kalau untuk pelaburan asing difikirkan oleh Kerajaan Negeri bahawa boleh dibuka dan mengikut undang-undang yang ada, mereka boleh menjual atau memiliki tanah itu. Tetapi kalau difikirkan bahawa terjejas kepentingan anak negeri/anak watan, dan tidak mampu untuk bersaing, untuk hendak membeli rumah pun tidak mampu kerana warganegara asing boleh menawarkan dengan lebih tinggi, maka Kerajaan Negeri di situ boleh menggunakan kuasanya menyekat.

Timbalan Yang di-Pertua: Cuba ringkaskan lagi Yang Berhormat Tuan Mohd. Noh.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya Tuan Yang di-Pertua sendiri pun hendak cepat batik.

Timbalan Yang di-Pertua: Cepat balik satu, tetapi jawapannya ringkas­ringkaslah.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, saya kena memberi penerangan ini, bukan sahaja untuk kepentingan Ahli-ahli Yang Berhormat ini tetapi juga mungkin kepentingan rakyat yang tidak ada di Dewan ini boleh memahami Rang Undang-undang yang baru dipinda ini. Dan selama ini, saya tengok Tuan Yang di-Pertua sungguh sabar untuk menunggu beberapa hari, seperti yang difahamkan kepada saya malam semalam pun sampai pukul 7 .00 lebih dan say a percaya Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan saya untuk mengambil masa dua, tiga minit sahaja lagi untuk mengupas perkara-perkara yang lain pula dengan seberapa ringkas yang boleh.

Pandangan Yang Berhormat Tuan Dahalan kita akan ambil pertimbangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dua orang lagi, kita

Page 99: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Pinang). TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik). ... tanaman nanas di Johor memandangkan pasaran nanas luar negeri yang begitu ... industri

1535 4 JUN 1992 1536

juga akan ambil pertimbangan dan mana-mana yang munasabah, Kementerian akan mengambil langkah­langkah tertentu supaya ianya dapat memberi manfaat kepada perundangan dan kepada negara keseluruhannya.

Saya dengan itu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

L-A17090.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 77 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, Majlis mesyuarat dengan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh dan waktu yang tidak ditentukan lagi, dan akan ditentukan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.50 ma/am.