malaysia - parlimen -edit.pdf · 12. “ setiausaha parlimen kementerian sains, teknologi dan...

185
Bil. 79 Isnin 10 Disember 2007 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil. 79 Isnin

10 Disember 2007

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2007

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN

BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M 18(1): ■ Pertikaian Terhadap Keputusan Pilihan Raya DUN Likas - Y.B. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian] (Halaman 19) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 20) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2008 Jawatankuasa: Jadual: Maksud B.49 (Halaman 21) Maksud B.60 (Halaman 50) Maksud B.61 (Halaman 72) Maksud B.62 (Halaman 112) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan 2008: Jawatankuasa: Maksud P.49 (Halaman 21) Maksud P.60 (Halaman 50) Maksud P.61 (Halaman 72) Maksud P.62 (Halaman 112) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20) Usul Di Bawah P.M. 66(9) - Memotong RM10 Aset RELA (Halaman 73) Usul Di Bawah P.M. 66(9) - Memotong RM10 Gaji Menteri Keselamatan Dalam Negeri (Halaman 113)

DR.10.12.2007 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, PSM., SPCM., AMN., JP. (Pasir Salak) - UMNO

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, PJN., PIS. (Kulai) - MCA

3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, PGDK., ADK. (Sipitang) - UMNO

MENTERI

1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) - UMNO

2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) - UMNO

3. Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, S.P.M.P., D.P.M.P. (Tanjong Piai) - MCA

4. “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) - MIC

5. “ Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas) - GERAKAN

6. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, P.S.M., S.P.D.K. (Ranau) – UPKO

7. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi - Senator

8. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah binti Abd. Aziz, S.P.M.T., S.P.M.P., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) - UMNO

9. “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) - UMNO

10. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) - UMNO

11. “ Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin bin Maidin (Merbok) - UMNO

12. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, D.C.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah) - MCA

13. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Padang Rengas) - UMNO

14. “ Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar) – UMNO

15. “ Menteri Pelajaran, Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.J. (Sembrong) – UMNO

16. “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, S.J.M.K., S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) - UMNO

17. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.G.P.N., D.I.M.P. (Lembah Pantai) - UMNO

ii DR.10.12.2007

18. Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin

Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin) - UMNO

19. “ Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Chan Kong Choy, P.N.B.S., S.S.A.P., D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang) – MCA.

20. “ Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Senator

21. “ Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Setiawangsa) - UMNO

22. “ Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) - UMNO

23. “ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K., P.B.S., A.B.S. (Miri) – SUPP

24. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna) - UMNO

25. “ Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed (Jeli) - UMNO

26. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.P.M.S., D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M., D.P.M.P., D.S.D.K. (Shah Alam) - UMNO

27. “ Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang) - UMNO

28. “ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) - UMNO

29. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu) - PBS

30. “ Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Labis) - MCA

31. “ Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina binti Othman Said, S.P.M.P. (Pengerang) - UMNO

32. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin (Besut) - UMNO

TIMBALAN MENTERI

1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong (Telok Intan) - GERAKAN

2. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Uggah Embas (Betong) - PBB

3. “ Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) - MCA

4. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) – MIC

5. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Liow Tiong Lai (Bentong) - MCA

6. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) – UMNO

7. “ Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) - UMNO

8. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) - UMNO

DR.10.12.2007 iii

9. Yang Berhormat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk

Anifah bin Haji Aman (Kimanis) - UMNO

10. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) - SPDP

11. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P. (Raub) - MCA

12. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) - UMNO

13. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Hon Choon Kim (Seremban) - MCA

14. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas, P.J.N. (Taiping) - PPP

15. “ Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) – UMNO

16. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Pandan) - MCA

17. “ Timbalan Menteri Penerangan, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) - GERAKAN

18. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow (Kuantan) - MCA

19. “ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Lenggong) – UMNO

20. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Mohd. Johari bin Baharum (Kubang Pasu) - UMNO

21. “ Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ S. G. Sothinathan (Telok Kemang) - MIC

22. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) - MIC

23. “ Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) - MCA

24. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) - UMNO

25. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) – UMNO

26. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Dato’ Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) - MCA

27. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu) - SUPP

28. “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Joseph Salang Gandum (Julau) - PBDS

29. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Kong Cho Ha (Lumut) - MCA

30. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuan Ng Lip Yong (Batu) - GERAKAN

31. “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Sepang) – UMNO

iv DR.10.12.2007

32. Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Shaziman bin

Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) – UMNO

33. “ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop (Masjid Tanah) - UMNO

34. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah binti Mohd. Dun (Beaufort) – UMNO

35. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Marang) - UMNO

36. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Zainal Abidin bin Osman (Nibong Tebal) - UMNO

37. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Joseph Entulu anak Belaun (Selangau) - PBDS

38. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin (Bachok) – UMNO

39. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Abdul Raman bin Suliman – Senator

SETIAUSAHA PARLIMEN

1. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Baling) - UMNO

2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO

3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr S. Subramaniam (Segamat) - MIC

4. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng (Stampin) - SUPP

5. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Klang) – MCA

6. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Dato’ Ahmad Shabery Cheek (Kemaman) – UMNO

7. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Batang Lupar) - PBB

8. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Puan Noriah binti Kasnon (Sungai Besar) - UMNO

9. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim (Pokok Sena) - UMNO

10. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Datin Paduka Komala Devi (Kapar) – MIC

11. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) - MCA

12. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani (Bukit Katil) – UMNO

13. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) - MCA

14. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Tuan Yew Teong Look (Wangsa Maju) - MCA

DR.10.12.2007 v

15. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan

Komoditi, Senator Dato' Dr. S. Vijayaratnam - Senator

16. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham bin Baba (Tenggara) - UMNO

17. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman (Silam) - UMNO

18. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sazmi bin Miah (Machang) - UMNO

19. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Dato’ Lee Kah Choon (Jelutong) - GERAKAN

20. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Tuan Sa. Vigneswaran (Kota Raja) - MIC

AHLI-AHLI

1. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago Dagang (Kanowit) - PBDS

2. “ Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Parit Buntar) - UMNO

3. “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron (Rantau Panjang) - PAS

4. “ Datuk Abdul Ghapur bin Salleh (Kalabakan) - UMNO

5. “ Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman (Pengkalan Chepa) – PAS

6. “ Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baharu) - UMNO

7. “ Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat) - UMNO

8. “ Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin (Jerlun) - UMNO

9. “ Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud (Kota Samarahan) - PBB

10. “ Dato’ Abu Bakar bin Taib (Langkawi) – UMNO

11. “ Dato’ Seri Adenan bin Satem (Batang Sadong) - PBB

12. “ Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) - PBB

13. “ Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz (Titiwangsa) - UMNO

14. “ Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (Jerai) - UMNO

15. “ Datuk Baharum bin Mohamed (Sekijang) - UMNO

16. “ Datuk Bernard S. Maraat @ Ben (Pensiangan) - PBRS

17. “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) - PBDS

18. “ Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) - UMNO

19. “ Tuan Che Azmi bin Hj. A. Rahman (Kuala Nerus) – UMNO

20. “ Dato Haji Che Min bin Che Ahmad (Pasir Puteh) - UMNO

21. “ Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) - DAP

22. “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) - DAP

23. “ Tuan Chong Hon Min (Sandakan) - BEBAS

24. “ Dato’ Chor Chee Heung (Alor Star) - MCA

25. “ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) - DAP

vi DR.10.12.2007

26. Yang Berhormat Dato’ Chua Jui Meng (Bakri) – MCA

27. “ Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy (Cameron Highlands) - MIC

28. “ Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang) – UPKO

29. “ Ir. Edmund Chong Ket Wah (Batu Sapi) - PBS

30. “ Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - SAPP

31. “ Tuan Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) - PBB

32. “ Dato’ Firdaus bin Harun (Rembau) - UMNO

33. “ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - DAP

34. “ Cik Fong Po Kuan (Batu Gajah) - DAP

35. “ Dato’ Ghazali bin Ibrahim (Padang Terap) - UMNO

36. “ Dato’ Goh Siow Huat (Rasah) - MCA

37. “ Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) - UMNO

38. “ Dato’ Haji Hasan bin Malek (Kuala Pilah) - UMNO

39. “ Dato’ Hashim bin Jahaya (Kuala Kedah) - UMNO

40. “ Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad (Pontian) - UMNO

41. “ Tuan Henry Sum Agong (Bukit Mas) - PBB

42. “ Tan Sri Dato’ Hew See Tong (Kampar) - MCA

43. “ Tuan Huan Cheng Guan (Batu Kawan) - GERAKAN

44. “ Datuk Haji Idris bin Haji Haron (Tangga Batu) - UMNO

45. “ Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) – UMNO

46. “ Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) - UMNO

47. “ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) - PAS

48. “ Datuk Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) - UMNO

49. “ Dato’ Jacob Dungau Sagan (Baram) - SPDP

50. “ Datuk Dr. James Dawos Mamit (Mambong) - PBB

51. “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) - PBDS

52. “ Tuan Jelaing anak Mersat (Saratok) - SPDP

53. “ Tuan Jimmy Donald (Sri Aman) - PBDS

54. “ Datu Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau) - PBS

55. “ Dr. Junaidy bin Abdul Wahab (Batu Pahat) - UMNO

56. “ Datuk Juslie Ajirol (Libaran) - UMNO

57. “ Tan Sri Dato’ Dr. K.S. Nijhar (Subang) - MIC

58. “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar (Tumpat) - PAS

59. “ Tuan R. Karpal Singh (Bukit Gelugor) – DAP

60. “ Dato’ Seri Kerk Choo Ting (Simpang Renggam) - GERAKAN

61. “ Tuan Lau Yeng Peng (Puchong) - GERAKAN

62. “ Tan Sri Law Hieng Ding (Sarikei) – SUPP

63. “ Dato Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (Mukah) - PBB

DR.10.12.2007 vii

64. Yang Berhormat Dato’ Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Padang Serai) - MCA

65. “ Tuan Lim Hock Seng (Bagan) - DAP

66. “ Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur) - DAP

67. “ Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) - MCA

68. “ Dato’ Loke Yuen Yow (Tanjong Malim) – MCA

69. “ Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) - UMNO

70. “ Tuan M. Kula Segaran (Ipoh Barat) - DAP

71. “ Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (Putatan) - UPKO

72. “ Dato’ Markiman bin Kobiran (Hulu Langat) - UMNO

73. “ Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) – UMNO

74. “ Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad (Ketereh) – UMNO

75. “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) - UMNO

76. “ Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman (Lipis) - UMNO

77. “ Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat, J. P. (Kuala Krai) - UMNO

78. “ Tuan Mohd. Daud bin Tarihep (Kuala Selangor) - UMNO

79. “ Dr. Mohd. Hayati bin Othman (Pendang) – PAS

80. “ Tan Sri Dato’ Seri Utama Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad (Jempol) - UMNO

81. “ Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof (Jasin) - UMNO

82. “ Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) - UMNO

83. “ Tuan Mohd. Yusop bin Majid (Setiu) – UMNO

84. “ Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim (Kota Bharu) - UMNO

85. “ Dato’ Nasaruddin bin Hashim (Parit) - UMNO

86. “ Datuk Nur Jazlan bin Mohamed (Pulai) - UMNO

87. “ Datuk Dr. Rahman bin Ismail (Gombak) - UMNO

88. “ Tuan Raimi Unggi (Tenom) – UMNO

89. “ Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut) - UMNO

90. “ Tuan Razali bin Ibrahim (Muar) - UMNO

91. “ Dato’ Razali bin Ismail (Kuala Terengganu) – UMNO

92. “ Datuk Richard Riot anak Jaem (Serian) - SUPP

93. “ Datuk Ronald Kiandee (Beluran) – UMNO

94. “ Datuk Rosli bin Mat Hassan (Dungun) - UMNO

95. “ Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin (Papar) – UMNO

96. “ Dr. Rozaidah binti Talib (Ampang) - UMNO

97. “ Tuan Salahuddin bin Ayub (Kubang Kerian) - PAS

98. “ Datuk Salleh bin Tun Said (Kota Belud) – UMNO

99. “ Dato’ Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) – UMNO

100. “ Dato’ Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru) – UMNO

viii DR.10.12.2007

101. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S.,

S.S.A., K.M.N., S.S.A.P. (Kuala Langat) - UMNO

102. “ Tuan Shim Paw Fatt (Tawau) - SAPP

103. “ Datuk Seri Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman (Paya Besar) – UMNO

104. “ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan) – UMNO

105. “ Tuan Syed Hood bin Syed Edros (Parit Sulong) – UMNO

106. “ Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail (Arau) – UMNO

107. “ Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) - MCA

108. “ Dato’ Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) - GERAKAN

109. “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) - DAP

110. “ Dato’ Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) - GERAKAN

111. “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) – DAP

112. “ Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) - MCA

113. “ Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang (Hulu Terengganu) - UMNO

114. “ Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah (Gua Musang) – UMNO

115. “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) – DAP

116. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh (Gopeng) - MCA

117. “ Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) - SPDP

118. “ Tuan Tiong Thai King (Lanang) – SUPP

119. “ Datuk Wahab bin Haji Dollah (Kuala Rajang) - PBB

120. “ Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat (Indera Mahkota) - UMNO

121. “ Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) - KEADILAN

122. “ Dato’ Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin (Sik) – UMNO

123. “ Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh (Gerik) – UMNO

124. “ Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) - PBB

125. “ Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) - MCA

126. “ Datuk Wilfred Madius Tangau (Tuaran) - UPKO

127. “ Tuan Wong Nai Chee (Kota Melaka) - MCA

128. “ Dato’ Yap Pian Hon (Serdang) - MCA

129. “ Datuk Dr. Yee Moh Chai (Kota Kinabalu) - PBS

DR.10.12.2007 ix

DEWAN RAKYAT

Ketua Pentadbir Parlimen

Datuk Haji Kamaruddin Mohamed Baria

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mahmood bin Adam

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Roosme binti Hamzah

Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Dewan) Muhd. Sujairi bin Abdullah

CAWANGAN PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan

Rosna binti Bujairomi Supiah binti Dewak

Hajah Kamisah binti Sayuti Sarimah binti Haji Amran

Ab. Talip bin Hasim Hadzirah binti Ibrahim Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Ahmad Kamil bin Safian

Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Ainul Wahidah binti Ismail @ Fakhri

Nur Hidayah Janudin Nurul Shahida binti Haji Ahmad

Siti Khadijah binti Md Nor Nooruanizam binti Nasir Hafizah binti Abu Samah

DR.10.12.2007 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Isnin, 10 Disember 2007

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah tahap kejayaan sukan-sukan yang dikategorikan sebagai sukan teras berbanding dengan tahap pencapaian sukan-sukan kebangsaan yang lain.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Dato’ Liow Tiong Lai]: Tuan Yang di-Pertua, Program Sukan Teras menumpukan kepada pembangunan sukan secara menyeluruh dengan memberi pengkhususan kepada empat aspek utama iaitu:

(i) pembangunan organisasi sukan;

(ii) pembangunan latihan atlet;

(iii) pembangunan kejohanan; dan

(iv) pembangunan kejurulatihan kepegawaian sukan.

Program ini menumpukan perhatian kepada pembangunan bakat atlet di peringkat asas di dalam lingkungan umur 7 hingga 18 tahun di negeri dan daerah. Sehingga kini seramai 19,355 orang atlet telah dikenal pasti dan diberi peluang untuk menjalani latihan harian sepanjang tahun di 640 buah pusat latihan yang telah beroperasi di seluruh negara. Pusat-pusat latihan ini adalah di bawah kendalian seramai 1,240 orang jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman.

Tuan Yang di-Pertua, pengukuran keberkesanan Program Sukan Teras yang telah dilaksanakan agak sukar untuk dibuat penilaian pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, keberkesanan pelaksanaan program boleh dilihat dari keaktifan kegiatan sukan, khususnya yang melibatkan penubuhan unit-unit sukan teras dan persatuan-persatuan sukan negeri yang merupakan pelaksana di peringkat akar umbi. Keberkesanan pelaksanaan juga boleh dilihat dari penglibatan para atlet di bawah program yang diberi pendedahan berterusan di dalam pertandingan-pertandingan yang lebih mencabar di sepanjang tahun.

Sepanjang tahun 2007, penyertaan beberapa sukan di kejohanan antarabangsa oleh atlet dari program sukan teras telah mula menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Antara kejohanan yang disertai iaitu Kejohanan Renang Southeast Asian Age-Group, tiga atlet telah memenangi satu pingat emas, empat perak dan tiga gangsa. Sukan gimnastik juga turut menyertai Kejohanan “SEA Gon” ke-7 dengan memenangi satu emas, lapan perak dan lima gangsa.

Di Kejohanan Badminton Remaja Asia pula, berpasukan lelaki dan beregu campuran telah menjadi johan, manakala di Kejohanan Remaja Dunia, atlet beregu campuran berjaya menjuarai acara tersebut. Atlet skuasy juga telah menyertai sebanyak lapan kejohanan antarabangsa dan berjaya menduduki tempat pertama hingga ketiga dalam beberapa kategori peringkat umur.

2 DR.10.12.2007

Tuan Yang di-Pertua, para atlet di bawah Program Sukan Teras juga turut

menyumbang kepada kejayaan pasukan negeri-negeri masing-masing semasa temasya Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006. Kejayaan atlet-atlet Program Sukan Teras telah memberi petanda bahawa Program Sukan Teras ini berada di landasan yang betul dan kita berasa yakin bahawa atlet-atlet yang telah mencipta kejayaan awal ini akan mampu dibentuk dan dimajukan prestasi mereka sehingga mewakili negara di peringkat antarabangsa. Sekian.

Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Saya ingin tahu sekiranya prestasi adalah satu-satu di antaranya yang diambil kira untuk menjadikan sukan itu sebagai sukan teras, maka saya nampak perlu kita tengok juga dan lihat kepada sukan-sukan lain. Oleh kerana misalnya sukan ragbi yang saya boleh cakap prestasinya bagus. Semalam, pada hari kelmarin, di SEA Games pun, [Tepuk] ketiga-tiga permainan yang Malaysia main, kita tewaskan lawan kita.

Kalau pihak peringkat remaja, kita sekarang Malaysia ini nombor empat di dalam Asia, bukan ASEAN. Perlu kita ambil kira oleh kerana sekolah-sekolah, universiti-universiti, semua main ragbi tetapi tidak dapat satu sokongan yang sewajarnya. Boleh tidak kita ambil kira di mana ragbi itu diambil kira sebagai sukan teras, oleh kerana sukan ragbi pun juga membina semangat dan juga disiplin. Terima kasih.

Dato’ Liow Tiong Lai: Ya, terima kasih Yang Berhormat Arau yang memang minat dalam ragbi ini. Dia memang menerajui pimpinan ragbi.

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Dulu, sekarang sudah tidak ada. Sudah bersara.

Dato’ Liow Tiong Lai: Ya. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih kepada cadangan Yang Berhormat. Program Sukan Teras ini memang kita akan kaji dari semasa ke semasa, Jawatankuasa Kabinet Sukan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri amat prihatin tentang pembangunan sukan teras yang telah dikenal pasti dan telah pun diberi amaran kepada semua persatuan sukan bahawa prestasi mereka akan dikaji dari semasa ke semasa dan akan ditokok tambah bidang-bidang sukan yang lain sekiranya dirasakan perlu. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya mendengar jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri, menyatakan kegiatan sukan dan segala macam yang diusahakan berada di jalan yang betul, berkesan tetapi saya rasa ini adalah merupakan satu yang boleh dipertikaikan lagi memandangkan kepada prestasi semasa, Tuan Yang di-Pertua.

Dalam konteks ini, saya kira kementerian perlu lebih berusaha giat sebab tidak menonjolkan kepada kita prestasi yang boleh dibanggakan. Bayangkan dan bandingkan dengan negara-negara kecil dapat menunjukkan visibility, dengan izin, kecemerlangan di luar dugaan. Croatia misalnya dan negara-negara kecil yang lain, Singapura misalnya sedang muncul dengan begitu hebat sekali. Saya kira di jalan yang betul keberkesanan yang telah diberikan itu saya rasa perlu pendetailannya.

Dato' Liow Tiong Lai: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Memang kita akan membuat kajian yang menyeluruh. Saya katakan tadi bahawa pada masa sekarang sukan teras yang ditetapkan itu, kita masih awal lagi untuk membuat kajian kerana ia hanya berjalan pada tahun 2005 dan 2006. Dari semasa ke semasa Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan akan terus mengkaji keberkesanan sukan teras ini.

2. Tuan Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi mengenal pasti visa-visa palsu yang digunakan secara mudah oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ).

DR.10.12.2007 3

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri [Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Tangga Batu. Visa adalah satu pengesahan atau kebenaran rasmi di dalam sesebuah pasport yang menunjukkan kebenaran telah diberikan untuk memasuki Malaysia mengikut seksyen 2(1) Akta Pasport 1966. Visa boleh diperoleh dengan memohon terlebih dahulu di mana-mana pejabat kedutaan atau perwakilan Malaysia dengan melalui beberapa tapisan sebelum diluluskan. Walau bagaimanapun visa yang dikeluarkan bukanlah merupakan jaminan yang mutlak bahawa individu tersebut akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Visa yang dikeluarkan oleh pihak imigresen di pejabat kedutaan atau perwakilan Malaysia adalah berbentuk pelekat dan data akan dimasukkan ke dalam sistem imigresen.

Sehubungan dengan itu bagi mengatasi masalah pemalsuan visa Jabatan Imigresen sedang memperkemaskan sistem-sistem sedia ada dan ia diintegrasikan melalui Sistem Imigresen Malaysia (SIM) berdasarkan konsep single platform yang membolehkan capaian dan perkongsian maklumat di setiap bahagian di Jabatan Imigresen, di pintu-pintu masuk negara dengan lebih efisien. Ini memudahkan penyemakan visa yang dikeluarkan di pejabat kedutaan atau perwakilan Malaysia di luar negara semasa melalui pintu masuk negara.

Selain daripada itu Jabatan Imigresen sedang dalam proses membangunkan visa berasaskan teknologi cip Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi menangani pemalsuan visa oleh warga asing yang cuba memasuki negara ini secara haram. Visa RFID ini membolehkan pihak berkuasa mengesan dan mengawasi pergerakan rakyat asing yang tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan dengan mudah dan berkesan. Semakan boleh dibuat menggunakan mesin pengimbas dan juga menghantar sistem pesanan ringkas kepada pangkalan data di ibu pejabat untuk mengenal pasti kesahihan visa.

Bagi tujuan penyemakan yang lebih efisien dan efektif bilik gerakan di ibu pejabat beroperasi 24 jam setiap hari yang membolehkan proses verifikasi visa yang meragukan. Risikan juga akan dibuat di tempat-tempat yang disyaki setelah menerima aduan daripada orang ramai. Ini diikuti dengan pelaksanaan operasi-operasi penangkapan oleh Bahagian Penguat kuasa JIM. Selain daripada itu tugas-tugas naziran juga memainkan peranan penting sebagai salah satu kaedah mengenal pasti PATI yang menggunakan visa palsu. Tugas-tugas naziran dilakukan ke atas premis-premis perniagaan, kilang-kilang tempat pembinaan dan lain-lain. Terima kasih.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan segala tindakan penambahbaikan oleh pihak kementerian. Sejak peristiwa, dengan izin, 911 (September 11th), International Civil Aviation Organization telah pun menganjurkan negara-negara di dunia ini untuk menyediakan sistem yang canggih iaitu menggunakan sistem biometrik. Selain daripada radio frekuensi mereka juga menyarankan supaya kita menggunakan cap jari, mata, anak mata dan juga konfigurasi jari. Adakah Malaysia telah bersedia ke arah itu memandangkan hari ini terdapat banyak pemalsuan visa oleh pendatang asing ke negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Tangga Batu. Seperti mana yang telah saya jelaskan tadi bahawa Jabatan Imigresen Malaysia sedang dalam proses membangunkan beberapa sistem terkini bagi menentukan kita dapat memberi penambahbaikan dan mengatasi masalah pemalsuan visa. Setakat ini pada tahun ini Jabatan Imigresen di KLIA telah mengesan sejumlah 356 visa palsu. Ini menunjukkan bilangan pemalsuan visa tidaklah begitu ketara dan besar dan masih dalam kawalan kita. Walau bagaimanapun sistem-sistem yang kita sedang bangunkan ini akan memberi jaminan bahawa kita akan dapat mempertingkatkan kawalan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Terima kasih.

Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya ingin tahu apakah alat yang sesuai, canggih, terkini, komprehensif yang perlu digunakan di airport untuk mengesan selain daripada visa-visa bebas yang palsu dan juga kemasukan (smuggle) barang-barang yang dihad, ditegah oleh kerajaan terutamanya senjata api yang saya bimbang senjata api ini diseludup dengan begitu mudah. Contohnya kalau kita membawa

4 DR.10.12.2007

senjata api, kita tengok relax. Dadah, relax. Apakah kesan-kesan yang boleh memastikan ia tidak mencerobohi negara kita melalui visa.

Tuan Yang di-Pertua: Visa palsu.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebut bahawa bilangan visa palsu hanya sebanyak 356 sehingga November tahun ini. Dengan adanya sistem yang terpakai sekarang ini dan sistem yang kita bangunkan ini akan menentukan kita dapat mengesan setiap perkara yang kita dapati melanggar undang-undang. Jadi, peralatan-peralatan moden yang digunakan ini akan menjamin bahawa setiap kemasukan di pintu masuk yang ada di negara ini iaitu sejumlah lebih daripada 150 pintu masuk akan sentiasa dikawal. Setakat ini daripada jumlah 150 pintu masuk, sebanyak 26 pintu masuk telah diperkenalkan dengan sistem yang moden ini iaitu Sistem Imigresen Malaysia (SIM) dan sistem ini adalah sistem yang terkini. Terima kasih.

3. Dato' Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin [Sik] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan bekalan tenaga elektrik khususnya di kawasan luar bandar seperti di Sik stabil dan tidak mengalami kekerapan berlakunya putus bekalan.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato' Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, punca utama gangguan bekalan di kawasan Sik sejak kebelakangan ini adalah disebabkan oleh kesan daripada kerja-kerja pengorekan tanah semasa kerja-kerja pelebaran jalan Gurun-Jeniang-Sik. Bagi mengatasi masalah ini pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa bekerjasama dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memperketat penyeliaan terhadap kerja-kerja pengorekan oleh kontraktor JKR bagi mengelak kerosakan kepada kabel TNB.

Sebagai tindakan jangka pendek TNB Kedah telah memperuntukkan RM3.5 juta bagi mengalih semua pemasangan TNB yang terlibat dengan kerja-kerja pelebaran tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya gangguan bekalan elektrik. Bagi tahun kewangan 2008 pula, TNB Kedah telah memperuntukkan sebanyak RM1.62 juga bagi menyelenggarakan pemasangan talian atas 33 KV di kawasan Sik.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi bekalan elektrik TNB boleh dipantau melalui indeks System Average Interruption Duration Index (SAIDI) yang menunjukkan tempoh gangguan bekalan elektrik yang dialami setiap pelanggan di sesuatu kawasan setiap tahun. Bagi kawasan Sik, indeks SAIDI yang direkodkan bagi kawasan Sik untuk tempoh September 2005 hingga Ogos 2006 ialah 28.9 minit. Manakala tempoh September 2006 sehingga Julai 2007 pula indeks SAIDI di kawasan Sik ialah 10.96 iaitu pengurangan indeks SAIDI hampir 40%. Dalam erti kata lain prestasi bekalan elektrik di kawasan Sik telah meningkat hasil daripada langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh TNB bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sik. Terima kasih.

Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada pihak kementerian yang telah menjawab. Mengenai dengan tenaga elektrik ini saya suka memanjangkan kerana di kawasan Pantai Timur ini sedang mengalami banjir dan rata-rata di kawasan itu bila sudah ada banjir terputus bekalan oleh kerana tempatnya rendah.

Apakah pihak kementerian dapat mengatasi perkara ini kerana ini kerap berlaku terutama sekali di kawasan rendah di Pantai Timur ini. Jadi sekiranya berlaku sedikit banjir sudah tak ada api begitu juga air. Apa langkah-langkah kementerian untuk mengatasi masalah yang kerap berlaku di kawasan Pantai Timur ini supaya rakyat tidak terlibat dengan tidak ada api dan air yang asas ini. Terima kasih.

Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat amat relevan dalam keadaan hari ini yang mana suasana hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan Pantai Timur dan juga di selatan tanah air. Kementerian telah menasihatkan Tenaga Nasional Berhad supaya sentiasa bersiap sedia untuk

DR.10.12.2007 5

menghadapi masalah ini, dan dalam jangka masa yang panjang Tenaga Nasional Berhad biasanya mereka mendirikan pencawang masuk-pencawang masuk mereka ataupun switch yard mereka di kawasan tanah tinggi sedikit supaya apabila banjir kilat berlaku kawasan-kawasan ini tidak dinaiki air dan boleh menjejaskan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas dan kementerian juga meminta Tenaga Nasional Berhad supaya sekiranya berlaku banjir dan menjejaskan bekalan elektrik, Tenaga Nasional Berhad dapat mengambil langkah-langkah dengan segera supaya dapat memulihkan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir di kawasan-kawasan sebagaimana dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan soal tidak ada bekalan tetapi pemotongan bekalan. Baru-baru ini saya mendapat banyak rungutan daripada orang-orang kampung. Mereka lewat sedikit membayar bil elektrik sudah mendapat surat amaran daripada TNB mengatakan pemotongan akan dilakukan.

Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian, apakah ini merupakan satu dasar daripada TNB yang baru-baru ini mengumumkan keuntungan, tidak membayar pada tarikh yang ditetapkan sudah diberi surat amaran bahawa pemotongan akan dilakukan. Bukan sampai beratus-ratus, ada RM30 lewat sedikit sudah hendak dilakukan pemotongan. Bagaimana dasar yang digunakan TNB sekarang ini. Terima kasih.

Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat bagi Pendang. Berhubung dengan dasar daripada Tenaga Nasional Berhad suka saya nyatakan bahawa Tenaga Nasional Berhad lazimnya setelah menghantar bil ke rumah seseorang pelanggan ia memberi tempoh selama 30 hari untuk pengguna itu menjelaskan bilnya dan sekiranya setelah 30 hari pengguna tidak menjelaskan bilnya maka satu surat amaran akan dikeluarkan, iaitu selama tujuh hari masih lagi memberi peluang kepada pengguna itu untuk menjelaskan bil yang tertunggak.

Walau bagaimanapun, lazimnya ia mengatakan tujuh hari sebagai surat amaran sekiranya tidak melunaskan bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad, maka tindakan pemotongan boleh diambil tetapi lazimnya Tenaga Nasional Berhad tidak melakukan pemotongan selepas tujuh hari ini. Lazimnya mereka akan mengambil masa lebih daripada 10 hari sehingga 12 hari. Mereka tidak begitu zalim iaitu selepas tujuh hari terus melakukan pemotongan. Masa yang diberi oleh Tenaga Nasional Berhad untuk memotong bekalan elektrik ini melebihi masa yang sebenarnya yang telah ditetapkan oleh Akta Bekalan Elektrik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

4. Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap] minta Menteri Penerangan menyatakan sejauh manakah maklum balas penonton terhadap versi berita BERNAMA TV yang disiarkan melalui ASTRO. Setakat mana pelaksanaan saluran radio berita 24 jam oleh BERNAMA.

Timbalan Menteri Penerangan [Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi]: Tuan Yang di-Pertua, buletin berita BERNAMA mula ke udara pada 15 April yang lalu. Buletin berita ini diterbitkan dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin. Buletin berita dalam bahasa Inggeris disiarkan di saluran Prima pada setiap jam 7.30 malam diikuti dengan buletin bahasa Tamil pada 8 malam di saluran Vanavil manakala buletin dalam bahasa Malaysia pula ke udara pada jam 10.30 malam di saluran AEC. Semua buletin ini diterbitkan secara langsung dari studio-studio BERNAMA TV di Wisma BERNAMA Kuala Lumpur.

Sebelum ini buletin-buletin berita ini diterbitkan oleh BERNAMA TV dengan menggunakan branding ASTRO dan dikenali sebagai Berita ASTRO. Penerbitan buletin berita ASTRO berlangsung selama enam tahun. Sejak mula diterbitkan buletin-buletin berita BERNAMA ini telah mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada penonton. Ini adalah berdasarkan antara lain maklum balas yang diterima daripada ASTRO sendiri yang berkepentingan sebagai pengendali saluran-saluran berkenaan.

6 DR.10.12.2007

Untuk membantu menarik lebih ramai penonton, ASTRO juga menyiarkan promo-

promo mengenai berita BERNAMA di saluran-salurannya. Selain dari itu BERNAMA TV menugaskan petugas-petugas penerbitannya untuk membaca dan mengkaji setiap e-mel yang diterima daripada penonton. BERNAMA juga telah melaksanakan radio berita atau all news radio dengan izin yang pertama di Malaysia yang dilancarkan pada 3 September yang lalu. Radio ini yang dinamakan Radio 24 menggunakan saluran FM 93.9 yang disewa dari RTM dengan kos berjumlah RM200,000 setahun. Ia menyalurkan berita dan maklumat sepanjang hari atau 24 jam dengan hanya sedikit muzik.

Stesen radio ini menggunakan format buletin berita setiap jam dengan menyampaikan berita dan maklumat secara langsung dan interaktif daripada tempat, kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku itu. Melalui cara ini berita-berita disampaikan oleh wartawan Radio 24 dengan lebih cepat dan menarik. Radio 24 juga menyampaikan buletin berita dan maklumat mengenai pergerakan saham secara tepat masa ataupun real time dengan izin yang dibuat dalam bahasa Inggeris.

Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Tuan Yang di-Pertua, pertama [Gangguan pembesar suara] kepada RTM kerana banyak melakukan perubahan mengikut kehendak semua rakyat di negara kita. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kementerian bercadang untuk menggunakan sumber BERNAMA ini untuk berita-berita RTM dan juga berbincang dengan TV swasta untuk menggunakan sumber BERNAMA sebagai berita-berita mereka.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, adakah kementerian bercadang agar Radio 24 jam ini diperluaskan ke seluruh negara memandangkan ianya amat diminati oleh rakyat berbilang peringkat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan itu cukup relevan dengan kehendak semasa dan Yang Berhormat bagi Padang Terap cukup prihatin terhadap kehendak penonton-penonton dan pendengar-pendengar sama ada radio ataupun TV. RTM memang mempunyai kerjasama dan jalinan yang erat dengan BERNAMA dan di mana-mana wakil RTM berada tidak di tempat kejadian atau berita-berita itu tidak diperolehi oleh bilik berita RTM memang sewajarnya selama ini bilik berita RTM menggunakan bahan-bahan yang diperolehi daripada sumber-sumber yang dikutip oleh BERNAMA. Jalinan ini memang jalinan yang telah berjalan begitu lama, tetapi apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Padang Terap pada hemat saya memang tiba masanya jika peningkatan mahu dibuat sama ada di berita RTM ataupun di berita BERNAMA jalinan ini harus diperkukuhkan dan dipertingkatkan lagi.

Manakala rancangan untuk meluaskan ke seluruh negara Radio 24 sedang di dalam rangka untuk memperoleh peruntukan tambahan kerana maklum balas yang kita telah terima Tuan Yang di-Pertua kerana Radio 24 ini hanya berada di sekitar pendengar-pendengar Lembah Klang, permintaan daripada pendengar-pendengar seluruh negara didapati cukup meningkat. Dengan sokongan Yang Berhormat Padang Terap dan saya yakin dengan sokongan semua Ahli Dewan yang mulia ini Radio 24 jam ini akan dapat direalisasikan ‘kependengarannya’ ke seluruh negara dalam waktu terdekat. Insya-Allah.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada BERNAMA TV ini, bagus. Cuma saya hendak tanya tentang iklan sama ada dikongsi bersama antara ASTRO dengan BERNAMA atau ASTRO sahaja sapu semua.

Keduanya tentang Radio 24 tadi, Yang Berhormat mengatakan memang setakat ini di Lembah Klang kita faham, kalau dapat diperluaskan cuma hendak tanya kepada Yang Berhormat sekarang ini cuma dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris sedikit dalam berita yang disiarkan. Salah satu radio yang menyampaikan berita sepanjang hari, tak ada lagi. The first one in Asia Tuan Yang di-Pertua, yang pertama di Asia tak silap saya.

Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat sama ada BERNAMA Radio 24 ini akan diperluaskan kepada bahasa-bahasa lain, kerana kita sekarang ini banyak etnik umpamanya masyarakat India dalam bahasa Tamil supaya nanti mereka tidak kata kita tidak bersikap adil. Minta sedikit pandangan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

DR.10.12.2007 7

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin

mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Larut yang telah dianugerahkan gelaran Dato’ Seri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang semalam.

Memang beliau layak untuk memperoleh anugerah berkenaan atas sumbangan beliau di Dewan yang mulia ini dan juga sebagai pemacu utama bola sepak Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pengiklanan, ASTRO mengambil sepenuhnya jumlah pendapatan iklan Tuan Yang di-Pertua, dari sisipan dalam berita BERNAMA dalam saluran ASTRO, kerana kami membekalkan perkhidmatan berita sahaja kepada ASTRO dan slot itu adalah slot kepunyaan ASTRO sepenuhnya. Manakala Radio 24 ini, insya-Allah ianya akan disiarkan dalam bahasa-bahasa lain.

Setakat ini memang bahasa Melayu atau bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris sahaja, namun kesan yang kita peroleh antaranya setiap minit yang ke-30, kita siarkan News Highlight, dengan izin. Setiap minit yang ke-45, kita siarkan Business News, dengan izin dalam bahasa Inggeris dan berita yang kita siarkan adalah setiap jam, dan yang paling penting sekali berita yang disiarkan itu termasuk correspondent, stringer ataupun wartawan BERNAMA di tempat kejadian dan juga di tempat laporan itu dibuat.

Ertinya laporan itu adalah laporan yang cukup current, dengan izin ataupun cukup semasa serta terkini dan ini berbeza dengan lain-lain saluran radio atau TV yang agak lewat membuat laporan. Terima kasih.

5. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah rakyat Kelantan dan luar Kelantan yang terlibat sebagai kakitangan akademik dan bukan akademik serta pelajar di Universiti Kelantan.

Menteri Pengajian Tinggi [Dato’ Mustapa Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, sembilan pelajar, pensyarah dan kakitangan bukan akademik sebuah universiti bergantung pada beberapa kriteria. Bagi pelajar, ia berdasarkan kepada prinsip merit iaitu berasaskan 90% kurikulum dan 10% kokurikulum.

Bagi kakitangan akademik, ia bergantung pada kecemerlangan seseorang itu dalam bidang tertentu, bagi kakitangan bukan akademik, ia bergantung kepada kebolehan dalam bidang yang ditentukan termasuk perkeranian dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada kuota mengikut negeri seperti mana orang Kelantan ada belajar, bekerja di Universiti Malaya, di Sabah dan Sarawak, maka Universiti Malaysia Kelantan juga tidak ada kuota untuk rakyat Kelantan. Namanya ialah Universiti Malaysia Kelantan, ia untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai angka-angka yang dipohonkan oleh Yang Berhormat bagi pelajar, peratusan pelajar luar negeri Kelantan di UMK ialah 69%. Ada 296 pelajar seluruh negara, 91 pelajar dari negeri Kelantan, yang selebihnya adalah dari luar Kelantan iaitu 69%. Bagi kakitangan akademik, sekarang ini termasuk tutor, jumlahnya ialah 43 orang. 22 daripada Kelantan, 51% daripada Kelantan. Bagi bukan akademik, jumlahnya 99 orang, 66 daripada Kelantan, 67%.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan pelajar dan juga kakitangan daripada Kelantan, ini adalah kerana ramai rakyat Kelantan yang berkebolehan. Ini secara kebetulan dan saya ingin menegaskan di sini bahawa kita tidak ada kuota dan ini satu perkembangan yang amat sihat. Kita sebuah negara Malaysia, pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah dan juga kakitangan akademik adalah terdiri daripada rakyat Malaysia, daripada semua negeri dalam Malaysia. Bukan satu-satu negeri sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Rantau Panjang.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih. Sebelum itu, saya hendak mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ahli Parlimen Ketereh sebagai salah seorang Ahli Senat di Universiti Malaya Kelantan ini. Walaupun ia diisytiharkan oleh Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan bukan oleh menteri sendiri. Ini biasalah, perebutan kuasa telah berlaku di Kelantan. [Ketawa] Tahniah kepada Menteri

8 DR.10.12.2007

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana telah menyerahkan 3,000 ekar lebih tanah FELCRA kepada Kerajaan Kelantan baru-baru ini melalui FELCRA. Tahniahlah.

Soalan saya ialah, apakah logiknya tiga fakulti yang diisytiharkan diadakan di Universiti Kelantan itu yang kesemua ketiga-tiga itu bukan menjurus kepada kerja kerajaan, tetapi menjurus kepada berdikari lulusan pelajar-pelajar Universiti Malaya Kelantan itu. Apakah benar sehingga sekarang ini, kedudukan fakulti induk masa hadapan ini masih lagi tidak menentu, dan dikatakan tanah yang dikehendaki itu tidak diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan lagi? Apakah benar.

Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, dua minggu lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah pun meluluskan tanah di Bachok dan di Jeli. Di Bachok ada 630 ekar kesemuanya yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri, 390 ekar selain daripada 240 ekar yang sudah pun milik Universiti Malaysia Kelantan.

Di Jeli, baru luluskan 270 ekar. Jadi isu ini tidak berbangkit. Kampus induknya di Bachok dan kampus cawangan di Taman Bendahara Pengkalan Chepa dan satu di Jeli. Jadi semua urusan tanah telah pun selesai seperti yang saya umumkan di Bachok semalam. Kerja-kerja pembinaan di Bachok, saya bersama Ahli Parlimen Bachok semalam, saya umumkan bahawa awal tahun hadapan, kerja pembinaan akan dimulakan. Rantau Panjang dan PAS suka laga-lagakan. Dia selalu hendak imagine. Yang berebut kuasa ini di Kelantan. Kami tidak ada rebut kuasa. Saya dengan Pengerusi Badan Perhubungan dan Ketereh semuanya tidak ada masalah. Rantau Panjang dan lain-lain saya tidak tahulah. [Ketawa] Dengan Pengkalan Chepa mungkin. Jadi tidak berbangkit. Yang Berhormat bagi Ketereh dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah kerana beliau seorang tokoh yang ternama di Kelantan. Beliau memang layak untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah. Rantau Panjang belum lagi ya... [Ketawa] Logik kenapa kita tubuhkan tiga fakulti:

(i) Keusahawanan Perniagaan;

(ii) Agro Industry; dan

(iii) Fakulti Teknologi Kreatif.

Sebelum kita tubuhkan satu fakulti, kita melihat kepada bidang yang mampu untuk memberi sumbangan kepada negara. Kita juga melihat kepada pertindihan dengan universiti-universiti lain. Di Kelantan sudah ada Fakulti Perubatan iaitu Universiti Sains Malaysia, di Kelantan sudah pun ada UiTM dan sudah pun ada Akademi Pengajian Islam. Akademi Islam iaitu sebuah cawangan Universiti Malaya. Jadi kita pilih tiga fakulti ini setelah dibuat kajian yang teliti, kerana bidang-bidang ini adalah perlu untuk negara dan kita latih pelajar-pelajar di Kelantan ini supaya berdikari. Keusahawanan diberi penekanan, bahasa juga diberi penekanan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita sudah ada pengajian tiga bahasa di Universiti Kelantan iaitu bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Mandarin. Terima kasih.

Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan itu telah menggambarkan bahawa Menteri Pengajian Tinggi menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memartabatkan sistem pengajian di negara kita. Di sini, saya nampak daripada jawapan tadi, fakulti hanya tiga sahaja.

Saya rasa universiti ini perlukan ada satu fakulti perubatan dan ada cadangan-cadangan mengatakan bahawa kalau Universiti Malaysia Kelantan ini, mengambil alih Fakulti Perubatan USM, dan USM kerajaan bagi peruntukan lain untuk membina fakulti perubatan berhampiran dengan kampus induk dia berhampiran sekitar Pulau Pinang dan sebagainya. Apakah ini boleh dipertimbangkan supaya UMK akan mendapat fakulti perubatan secara cepat dan ini sebenarnya dari segi pentadbiran sahaja? Sekian, terima kasih.

Dato’ Mustapa Mohamed: Kampus Kesihatan Kubang Kerian merupakan sebahagian daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, dan ia sudah pun sebati dengan USM dan kerajaan tidak ada perancangan untuk memindahkan Kampus Kesihatan

DR.10.12.2007 9

di Kubang Kerian kepada Universiti Malaysia Kelantan. Kita merasakan bahawa keadaan sekarang cukup baik.

Fakulti Perubatan USM Kubang Kerian telah banyak memberi sumbangan kepada negara. Terdapat beberapa tokoh, pakar-pakar di sana yang merupakan tokoh-tokoh di peringkat kebangsaan. Ia telah menjalankan banyak kajian yang akan mengharumkan nama negara dan kita berpendapat bahawa USM kampus Kubang Kerian perlu dikekalkan sebagai sebahagian kepada USM di Pulau Pinang.

Di masa akan datang, jika ada keperluan boleh kita kaji perkara ini tetapi pada masa ini UMK, Universiti Malaysia Kelantan akan beri tumpuan cuma kepada tiga fakulti dan dari masa ke semasa bila universiti ini semakin besar, semakin mantap, sudah pasti kerajaan akan menambah bilangan fakulti. Sekarang tiga sahaja dan insya-Allah kita akan timbangkan penubuhan beberapa fakulti lain di masa akan datang.

6. Tuan Haji Fadillah Bin Yusof [Petra Jaya] minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah terdapat lagi pelajar-pelajar sekolah menengah yang masih tidak tahu menulis dan membaca dan apakah perancangan kerajaan bagi mengatasi cabaran ini.

Timbalan Menteri Pelajaran [Dato’ Haji Noh bin Haji Omar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari masih terdapat sebilangan kecil pelajar sekolah menengah yang masih tidak dapat menguasai kemahiran menulis dan membaca dengan baik. Untuk itu kementerian telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan program bimbingan kemahiran asas membaca dan menulis ataupun PROBIM. Untuk makluman, PROBIM telah dijalankan secara rintis di 32 buah sekolah menengah di seluruh negara yang melibatkan murid kelas peralihan hingga ke tingkatan 5.

Program ini akan diperluaskan ke seluruh sekolah menengah setelah pihak kementerian mengetahui keberkesanan program tersebut dan berdasarkan keperluannya. Selain itu bagi mengatasi masalah murid di peringkat menengah yang lemah dalam bidang akademik, KPM telah melaksanakan 22 mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian yang berorientasikan kemahiran vokasional. Adalah diharapkan menerusi mata pelajaran tersebut murid dibekalkan dengan kemahiran teknikal serta soft skill agar mereka dapat berdikari atau memulakan perniagaan setelah tamat persekolahan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Petra Jaya.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Menurut pemahaman saya kita ada lebih kurang 4.4 % ataupun 3.1 juta murid yang belum dapat menguasai 3M sepenuhnya. Jadi salah satu kumpulan yang belum dapat menguasai 3M ini ialah sama ada mereka menghadapi autisme ataupun dyslexia. Jadi saya hendak memfokuskan soalan tambahan saya berkaitan dengan dyslexia. Sebab dyslexia ini ialah mereka tidak dapat menguasai membaca sebab mereka melihat abjad secara terbalik. Jadi dalam konteks ini adakah kita mempunyai pakar untuk pertama, dalam proses pengajaran mereka menghadapi masalah dyslexia ini.

Kedua, adakah kita mempunyai guru untuk mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah dyslexia, dan adakah kita akan mengkhususkan mereka yang menghadapi dyslexia ini dalam program-program kesenian misalnya sebab mereka akan lebih mahir untuk menguasai muzik, main alat muzik dan juga dalam kesenian-kesenian yang lain. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat, seperti yang saya nyatakan tadi Kementerian Pelajaran memang sedar bahawa ada sebilangan seperti Yang Berhormat nyatakan tadi masih tidak dapat menguasai 3M. Sebab itu mulai tahun 2006 kita telah pun memperkenalkan sistem KIA 2M. Kelas intervensi awal kerana 2M di mana sistem KIA 2M ini mulai tahun lepas dan tahun ini, semua pelajar-pelajar yang hendak masuk tahun satu di seluruh negara diwajibkan menghadiri peperiksaan penapisan KIA 2M. Jika kita dapati ada pelajar-pelajar yang masih tidak boleh menguasai 2M maka pelajar-pelajar ini akan diasingkan ke kelas KIA 2M.

10 DR.10.12.2007

Dalam kelas KIA 2M ini akan ada tiga kali penapisan dibuat, tiga bulan pertama

kalau tengok dah okey, masuk ke arus perdana. Kalau masih tidak okey lagi, sambung kepada enam bulan buat lagi penapisan ujian, kalau tidak okey, kekal lagi KIA 2M, yang mana okey, masuk kelas arus perdana. Kemudian selepas sembilan bulan di kelas KIA 2M satu lagi ujian penapisan dibuat, jika masih ada lagi, dapati ada lagi murid-murid yang tidak boleh menguasai KIA 2M maka pemeriksaan doktor akan dibuat kepada pelajar-pelajar ini dilihat mengapa masih tidak boleh menguasai KIA 2M, adakah mereka ini ada masalah-masalah tertentu, dyslexia ataupun baca abjad terbalik seperti yang dinyatakan tadi. Jadi kalau kita dapati pelajar ini tidak sesuai diteruskan di sekolah aliran perdana, maka pelajar-pelajar ini akan dihantar ke sekolah-sekolah pendidikan khas.

Di sekolah-sekolah pendidikan khas ini kita ada guru-guru kita yang terlatih untuk kita memberikan pengajian di dalam bidang-bidang yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak tersebut. Juga mengenai cadangan Yang Berhormat mengenai kalau ada pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang Pendidikan Seni memang kita berikan keutamaan jika ada pelajar-pelajar pendidikan khas sebagai contoh, kalau mereka tidak mampu meneruskan dalam bidang akademik kita boleh pilih mereka memasuki sekolah seni yang kita baru lancarkan di dua negeri di Johor dan juga Sarawak. Terima kasih.

Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah menjurus kepada satu persoalan asas, iaitu kalau kita lihat hari ini, saya setuju dengan apa yang dilakukan kementerian bahawa kita ada PROBIM dan juga kursus-kursus tertentu untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar tertentu. Tetapi asasnya ialah ramai lagi ataupun, minta maaf bukan ramai, segelintir mereka ini masih tidak boleh membaca dan menulis. Sebagai contoh mereka ini dalam tingkatan 2, 3 atau 4 ini sebelum mereka keluar daripada masyarakat mereka masih tidak boleh menulis dalam bahasa Malaysia, Inggeris ataupun yang asasnya.

So, saya hendak tanya bagaimana kementerian ini dapat kita boleh memberi tumpuan kepada persoalan ini, masalah ini supaya kalau kita tidak boleh ada asas untuk menulis dan membaca bagaimana kita boleh mempelajari kursus-kursus tertentu vokasional ataupun yang berkaitan dengan kemahiran itu satu persoalan. Maksud saya bagaimanakah kementerian ini memberikan tumpuan yang lebih khusus lagi kepada persoalan pokoknya iaitu terdapat pelajar tertentu ini ada di bandar dan di luar bandar tidak boleh menulis dan membaca. Di kawasan saya, saya tahu ada 36 sekolah dan saya mengambil inisiatif bersama PIBG sekolah tertentu untuk memberikan kursus-kursus ataupun kelas-kelas tambahan yang khas.

Adakah kementerian mencadangkan supaya memberikan peruntukan yang lebih luas lagi, lebih besar lagi kepada untuk menyelesaikan masalah ini supaya pelajar-pelajar kita ini mendapat sekurang-kurangnya menguasai dua kemahiran iaitu menulis dan membaca selepas mereka keluar di tingkatan 5, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih banyak di atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai masalah pelajar-pelajar sekolah menengah yang masih lagi tidak boleh menguasai 2M dengan baik. Sebab itu mulai tahun 2006 saya nyatakan tadi kita bermula dengan KIA 2M di tahun pertama. Kemudian 2 Mei 2007 tahun ini satu lagi program yang dinamakan Program PROTEAM, program PROTEAM ini kita mulakan di tahun 4 dengan projek rintis kita di 48 buah sekolah. Selain daripada kita bermula di tahun 4 di 48 sekolah kita juga telah pun mengenalkan sistem PROTEAM ini di semua sekolah iaitu kepada pelajar-pelajar yang selepas peperiksaan UPSR dipanggil Program Pasca UPSR.

Lepas mereka mengambil peperiksaan UPSR ada dua bulan lagi masa mereka terluang, pada masa itulah penekanan akan diberi kepada pelajar-pelajar yang masih lagi tidak tahu membaca dan menulis dengan matlamat kita apabila pelajar-pelajar ini memasuki tingkatan 1 sekolah menengah, semua mereka ini akan boleh membaca dan menulis. Jika ada juga yang terlepas sampai ke sekolah menengah masih tidak tahu membaca dan menulis maka sebab itulah saya nyatakan tadi kita pula memperkenalkan program-program yang kita namakan PROBIM iaitu mula daripada kelas peralihan sehinggalah tingkatan 5 dengan matlamat kita apabila mereka tamat tingkatan 5, mereka boleh menguasai 2M. Dalam masa yang sama skill-skill kemahiran kerana kita dapati ada anak-anak kita ini dia

DR.10.12.2007 11

tidak boleh menguasai 2M dengan baik tetapi mereka mempunyai kemahiran dan juga minat dalam bidang-bidang vokasional.

Sebab itulah kita telah memperkenalkan 20 mata pelajaran di sekolah-sekolah harian bukannya di sekolah teknik dan vokasional. Sekolah harian ada kursus-kursus kemahiran dengan harapan kita pelajar-pelajar yang tidak boleh mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik mereka akan memilih bidang-bidang kemahiran atau vokasional di sekolah-sekolah harian dan ternyata memang mata pelajaran vokasional di sekolah harian ini mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar yang kurang mahir membaca dan menulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Pasir Puteh.

7. Dato’ Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan “Ops Sikap” setiap kali perayaan telah gagal mengurangkan kadar kemalangan, apakah langkah lain atau susulan yang telah diambil supaya kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Pasir Puteh yang telah mengemukakan soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, Ops Sikap telah mula dilancarkan pada tahun 2001 dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan di musim-musim perayaan. Sebelum Ops Sikap diperkenalkan statistik menunjukkan bahawa kadar kematian sehari pada tahun 2000 adalah sebanyak 17 kematian.

Melalui pelaksanaan Ops Sikap I pada Disember 2001, kerajaan mendapati kadar kematian di musim perayaan Krismas telah menurunkan kepada 14 kematian sehari. Penurunan kadar kematian ini merupakan satu kejayaan berdasarkan kepada jumlah kenderaan berdaftar yang semakin meningkat dari semasa ke semasa serta jumlah trafik yang berganda di musim-musim perayaan.

Sempena musim perayaan Aidilfitri 2007 yang lalu, kerajaan telah melancarkan Ops Sikap ke XII bermula pada 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2007. Operasi ini melibatkan pegawai-pegawai penguatkuasaan dari pelbagai agensi seperti PDRM, Bahagian Trafik dan Narkotik, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, PUSPAKOM dan turut dibantu oleh PLUS. Ia dijalankan secara terus menerus selama 24 jam sehari.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Ops Sikap, pada tahun ini JPJ telah mengambil inisiatif awal dengan memperkenalkan Ops Bersih I bermula dari 22 Ogos hingga 30 Ogos 2007. Operasi ini melibatkan 1,200 pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ di seluruh negara yang bertujuan untuk memastikan semua pengusaha, pemandu dan pengguna pengangkutan awam mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya sebelum, semasa dan selepas menggunakan pengangkutan awam. Operasi ini diadakan di 36 terminal bas di seluruh negara, dan di dalam operasi ini JPJ menumpukan pemeriksaan yang menyeluruh ke atas pemandu bas dan juga kenderaan bas di terminal bas setiap kali sebelum memulakan perjalanan.

Selain daripada semakan ke atas lesen-lesen pemandu bas, buku log dan juga permit, JPJ juga memastikan setiap bas mempunyai pemandu kedua bagi setiap destinasi melebihi 300 kilometer. Keadaan tayar bas dan brek juga diperiksa untuk memastikan bas berada di dalam keadaan yang baik dan ujian air kencing terhadap pemandu-pemandu juga dilakukan oleh anggota narkotik PDRM, bagi memastikan pemandu bas tidak berada di bawah pengaruh dadah.

Selain daripada mengadakan operasi di terminal bas, penguatkuasaan secara rondaan turut diadakan di luar terminal bas dan perhentian kereta sewa dan teksi. Melalui langkah ini kerajaan berharap ia akan dapat mengurangkan risiko kemalangan ke atas pengguna jalan raya, khususnya yang melibatkan pengguna pengangkutan awam. Terima kasih.

12 DR.10.12.2007

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tuan Yang di-Pertua, saya

ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri kerana telah memberi jawapan begitu jelas. Kerana Ops Sikap ini, saya juga ingin merakamkan terima kasih kerana kementerian mempunyai idea yang lebih advance, boleh mengurangkan kematian.

Tuan Yang di-Pertua, mati ini ajal maut di tangan Tuhan. Ajal ada dua, bukan nak bersyarah, nak cerita dahulu, baru nak tanya. Pertama, Ajal Muhzhon dan Ajal Mualaak. Ajal Muhzhon ini dah mati, matilah. Boleh jadi mati kerana kereta, matilah dia. Ajal Mualaat ini tergantung mati hidup, kalau kita kata jalan itu bagus double line tidak beri satu line ataupun satu line pergi double line, boleh mati juga. Ataupun jalan double line, jambatannya belum turap selepas turap, minta maaf Menteri Kerja Raya. Jadi jambatan itu kecil, mari jalan double line, pop! kancil bertembung, mati! Itu Ajal Mualaat. Yang Berhormat Ketereh tolong campur tadi. Jalan curam, jalan bengkok, ini pernah berlaku!

Saya kaji sendiri Tuan Yang di-Pertua, Pasir Puteh saya duduk kalau satu masa ada free, saya tengok tempat berlaku, saya terus pergi tengok tempat berlaku jalan selekoh sedikit ada jalan, anak keluar terus kena. Jadi saya...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, penerangan ini menjurus ke mana?

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Ya?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, penerangan ini menjurus ke mana?

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Nak jurus kepada soalan, soalan nak masuknya, apa kerjasama antara Kementerian Pengangkutan dengan Kementerian Kerja Raya dengan kementerian-kementerian yang berkaitan terutamanya gali parit, gali pasang kabel tidak timbus, mati juga. Baru ini mati di kilometer di Gua Musang, saya dengar dia lari dari lubang. Siapa gali lubang? Saya rasa lubang ini ada orang gali pasang kabel, tetapi tidak timbus balik. Ini tidak salah Kementerian Kerja Raya.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Inilah saya tengok apa coordination yang perlu, kerana jalan ini adalah penting Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak mahu 14 orang mati satu hari, habis rakyat Malaysia. Nak menyampai ke bilangan 70 juta orang tipis saya rasa, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar: Terima kasih Yang Berhormat. Jawapannya adalah bahawasanya, memang ada kerjasama yang begitu baik antara pihak JKR dengan Kementerian Pengangkutan daripada satu masa ke satu masa.

Jadi cadangan Yang Berhormat ini sudah tentu begitu bermakna, dan kita akan pastikan kerjasama di antara pihak JKR dengan Kementerian Pengangkutan ini akan lebih erat lagi di masa-masa depan untuk memastikan kita dapat mengurangkan kemalangan. Ini adalah usaha bersama dan tanggungjawab bersama bagi kementerian-kementerian di dalam kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana selama ini memang berikhtiar dan berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Namun tidak jelas dilihat satu langkah, iaitu saya tidak faham mengapa Kementerian Pengangkutan tidak cuba mencari jalan untuk meningkatkan keberkesanan Sistem Pengangkutan Awam di dalam bandar dan juga antara bandar. Minta penjelasan.

Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar: Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang sudah ada satu master plan, iaitu untuk memastikan dalam masa beberapa tahun ini kalau kita tengok dalam bajet Kementerian Pengangkutan, kalau tidak silap saya, dalam masa empat, lima tahun ini tidak kurang daripada RM10 atau RM12 bilion dibelanjakan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan bandar. Saya rasa ini sentiasa dipantau tentang kesesakan lalu lintas dan juga bagi pengguna-pengguna di jalan raya dan juga kawasan-kawasan bandar ini, yang mana penguatkuasaannya juga telah dipertingkatkan.

DR.10.12.2007 13

Jadi saya rasa minta sabar sikitlah Yang Berhormat, memang sudah ada satu

pelan yang begitu besar, untuk memastikan pengangkutan awam ini ditingkatkan kepada taraf bandar-bandar di dunia. Terima kasih.

8. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan adakah kerajaan menimbang untuk mengecualikan pembayaran ses buah kelapa sawit bagi negeri Sabah memandangkan buat masa kini Kerajaan Negeri Sabah mengutip ses yang sama. Kutipan ses yang sama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah menjadi percukaian dua kali (double taxation).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Senator Dato' Dr. S. Vijayaratnam]: Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk memberi pengecualian kepada pengeluar kelapa sawit termasuk daripada Sabah dari kutipan ses, kerana ses ini bertujuan untuk membiayai aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan dan juga promosi. Ini termasuk kutipan ses di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ataupun COSS. Berhubung dengan cukai jualan yang dikenakan kepada pengusaha sawit di Sabah, dimaklumkan bahawa ia adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah.

Kerajaan negeri berhak mengenakan sebarang cukai yang di bawah bidang kuasanya. Tambahan pula cukai yang dikenakan tersebut adalah untuk membiayai pembangunan infrastruktur yang termasuk jalan raya bagi memudahkan pengangkutan dan eksport keluaran sawit dari negeri Sabah.

Kutipan ses di bawah COSS adalah bertujuan mengekalkan harga siling minyak masak dalam bungkusan di dalam pasaran tempatan. Di samping itu ia juga bertujuan mengekang inflasi dan membantu golongan berpendapatan rendah. Sekian, terima kasih.

Tuan Shim Paw Fatt [Tawau]: Terima kasih Setiausaha Parlimen atas jawapan. Saya memang menyokong bahawa subsidi kepada pengilang dan pembungkus minyak masak untuk memastikan kestabilan harga demi kepentingan pengguna. Saya fikir sebelum Kerajaan Persekutuan mengenakan ses baru ini di negeri Sabah, sepatutnya berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah. Memandangkan satu kutipan yang di mentioned oleh Setiausaha Parlimen telah dikenakan, di mana kadarnya adalah lebih tinggi dari ses baru ini. Ses baru yang telah dikenakan untuk COSS adalah menambah bebanan peladang di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut harga kini, pengeluar kelapa sawit harus membayar cukai jualan di negeri Sabah sekadar RM45 se tan metrik buah kelapa sawit atau FFB. Tambahan pula caj pengangkutan dikenakan oleh pengilang yang berjumlah RM20 se tan. Ini bermakna peladang di negeri Sabah menerima jumlah wang yang kurang RM65 bagi setiap tan metrik FFB dikeluarkan jika berbanding dengan Semenanjung. Di bawah ses yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut harga kini, peladang yang mempunyai lebih 100 ekar, mereka harus membayar RM25 se tan metrik FFB yang dikeluarkan. Bagi rakyat di Sabah, mereka hanya tahu satu kerajaan sajalah, jadi mereka tidak peduli kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan. One government. Jadi ini kedua-dua kutipan dilihat sebagai double taxation.

Jadi soalan tambahan saya adalah, saya ingin bertanya sama ada kerajaan menimbang untuk mengkaji semula kadar pengutipan ses ini khas untuk negeri Sabah, memandangkan populasi pengguna minyak masak di negeri Sabah lebih kurang hanya 10% dari populasi pengguna di seluruh negara. Manakala keluaran produk kelapa sawit dari negeri Sabah hampir 50% dari jumlah di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Senator Dato’ Dr. S. Vijayaratnam: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Tawau. Walaupun cukai sebanyak 7.5% dikenakan di Sabah iaitu untuk cukai jualan, mengikut anggaran kementerian, kos pengeluaran di Sabah pada bulan Oktober 2007 misal kata, bagi setiap tan buah tandan segar adalah RM122 berbanding dengan RM140 di Semenanjung Malaysia.

Di samping itu, purata pengeluaran FFB di Sabah adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 23 tan sehektar manakala kadar perahan minyak ataupun OER adalah 21%

14 DR.10.12.2007

berbanding dengan Semenanjung Malaysia di mana purata pengeluaran FFB adalah sebanyak 18.7 tan sehektar sahaja dan kadar OER sebanyak 19%.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pendapatan selepas menolak ses dan menolak kos pengeluaran di Semenanjung Malaysia adalah RM370 se tan. Di Sabah, pendapatan ada lebih iaitu lebih kurang RM393 se tan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, perbincangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sentiasa dijalankan. Di mana kita cari satu cara untuk menyelaraskan bayaran cukai jualan dengan ses-ses lain yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.

Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, memang industri kelapa sawit ini adalah sangat menguntungkan pada masa kini, tetapi bukan semuanya pengusaha kelapa sawit ini dapat keuntungan yang sama banyak.

Jadi, bagi pekebun-pekebun ladang kelapa sawit di Sabah telah membayar cukai jualan lebih daripada RM580 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam tahun 2006. Kutipan ini telah dianggarkan akan meningkat kepada lebih kurang RM800 juta pada tahun depan. Ini adalah satu beban kewangan yang sangat berat kepada IKS iaitu industri kecil dan sederhana bagi sektor perladangan ini khususnya yang saya sebutkan tadi bukan semuanya mendapat keuntungan yang banyak, khususnya IKS ini.

Jadi oleh sebab itu saya telah menerima cadangan bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya mempertimbangkan semula supaya ses bagi ladang-ladang dengan keluasan yang kurang daripada 2000 ekar dikecualikan. Saya rasa ini adalah satu permintaan yang tidak terlampau. Jadi minta pertimbangan yang positif daripada kementerian Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Terima kasih.

Senator Dato’ Dr. S. Vijayaratnam: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Sandakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa sekarang ses dikenakan kepada semua pekebun kecil atau pengusaha yang mempunyai ladang yang kurang daripada 40 hektar. Yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sandakan ialah satu angka yang besar iaitu 2000 hektar.

Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Yang Berhormat, 2000 ekar bukan hektar.

Senator Dato’ Dr. S. Vijayaratnam: Okey, 2000 ekar, itu pun satu keluasan yang amat besar. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengutip ses Skim Penstabilan Harga Minyak Masak untuk faedah dua golongan untuk membebankan bayaran.

Satu, ialah golongan small holder iaitu pekebun kecil di mana mereka yang macam saya katakan tadi yang mempunyai kurang daripada 40 hektar, tidak payah bayar COSS. Satu lagi golongan yang lebih besar ialah golongan pengguna, di mana harga minyak masak masih dikekalkan dan tidak naik. Ini saya percaya untuk kebaikan masyarakat kita. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, saya jemput Yang Berhormat dari Kuala Krai.

9. Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kementerian berkenaan dengan isu pendatang warga asing yang terlalu banyak di negara ini sehingga menimbulkan banyak kes-kes jenayah yang membabitkan golongan pendatang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri [Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kedatangan warga asing ke negara ini dengan syarat melalui kemasukan yang teratur dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Namun begitu masih terdapat sebilangan pendatang warga asing yang telah mengambil kesempatan dengan menyalahi kemudahan imigresen. Bagi mengawal kebanjiran warga asing serta memastikan mereka tidak melakukan kesalahan imigresen, kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

DR.10.12.2007 15

(i) memantapkan strategi dan operasi penguatkuasaan secara

bersepadu, membanteras pendatang tanpa izin antara Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia;

(ii) meminda Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 bagi mengenakan hukuman yang lebih berat termasuk hukuman sebat rotan terhadap warga negara asing yang melanggar Akta Imigresen dan peraturan-peraturan Imigresen;

(iii) mewujudkan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendatang asing tanpa izin yang berfungsi untuk merangka dasar-dasar dan menyelesaikan isu-isu berkaitan pendatang asing tanpa izin;

(iv) memperkenalkan sistem biometrik bagi memastikan cap jari semua pekerja asing diambil sebelum mereka dibenarkan masuk untuk bekerja di negara ini;

(v) mewujudkan Mahkamah Sesyen pendatang asing tanpa izin bagi mempercepatkan proses pengusiran pendatang asing tanpa izin yang ditahan di depot-depot tahanan imigresen; dan

(vi) memastikan bahawa pelawat-pelawat ke negara ini mempunyai tiket pulang ke negara asal mereka di samping menasihatkan mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyara diri sepanjang mereka berada di negara ini.

Jabatan Imigresen juga pada masa ini sedang membangunkan Sistem Imigresen Malaysia yang menyatupadukan semua sistem imigresen di seluruh negara bagi membolehkan maklumat dapat dicapai secara real time bagi tujuan kawalan keselamatan. Selain daripada itu Jabatan ini juga sedang dalam perancangan menggunakan chip radio frequency identification (RFID) dalam visa yang diendorskan bagi memudahkan tujuan pemantauan warga asing di negara ini.

Cip RFID yang mengandungi maklumat peribadi serta cap jari warga asing akan membolehkan proses semakan dengan pusat pangkalan data dapat dibuat secara lebih efisien dan tepat. Mekanisme ini juga diyakini akan mampu membantu pihak penguat kuasa melakukan operasi di lokasi-lokasi tempat kerja seperti tapak pembinaan dan kilang. Terima kasih.

Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Setiausaha Parlimen yang telah menjawab dengan agak detail sekali. Soalan tambahan saya, apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Imigresen dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan setiap pekerja asing di negara ini bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Adakah mekanisme pemeriksaan kesihatan tahunan sedia ada mencukupi dan berkesan bagi Kementerian Kesihatan mempertingkatkan aktiviti pengawasan, pemantauan dan kawalan penyakit berjangkit di kalangan pekerja asing.

Mengenai jenayah pula, sama ada kerajaan ada mengadakan kerjasama dengan negara-negara pekerja asing berhubung dengan kaedah bagi membolehkan kerajaan Malaysia mengesan sama ada pendatang ataupun pekerja asing mempunyai sebarang rekod jenayah di negara asalnya. Ataupun mereka sendiri merupakan penjenayah yang dikehendaki di negara mereka. Apakah penjelasan pihak kementerian dalam hal ini? Terima kasih.

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Pertama mengenai pemeriksaan kesihatan. Sebelum seseorang pekerja asing dibawa masuk ke negara ini, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan, perlu mengisi borang yang menunjukkan bahawa proses-proses yang telah ditentukan diikuti. Dari segi jenayah, pemeriksaan ataupun proses yang kita jalankan sekarang iaitu sistem biometrik iaitu mengambil cap jari setiap pekerja asing yang masuk ke negara ini telah kita laksanakan bagi menentukan setiap pekerja asing yang masuk ke negara ini mempunyai rekod bersih dari segi jenayah. Terima kasih.

16 DR.10.12.2007

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Negara kita lengkap undang-undang, macam-macam undang-undang, macam-macam peraturan. Semuanya telah sedia ada. Masalah kita ialah masalah penguatkuasaan. Cerita pendatang asing ini ada dua, satu secara haram, satu secara halal. Secara halal ini pun Tuan Yang di-Pertua, kadangkala disengajakan oleh majikan-majikan tetapi sampai sekarang majikan yang melanggar peraturan, undang-undang tak pernah saya dengar kena hukum. Soal sebat katakan, tidak pernah kita dengar kena sebat. Orang jadikan negara kita macam syurga, tempat mereka datang mencari nafkah. Macam-macam negara terutama dari India pun dah banyak bukan main lagi.

Tuan Yang di-Pertua, inilah masalah yang sedang berlaku dan ini amat berbahaya kepada negara kita pada masa depan. Kalau kita semua hanya bercakap menyatakan itu dan ini, semua dah ada, penguatkuasaan secara serius dan secara betul-betul kita lakukan, dengan berani Tuan Yang di-Pertua, penguatkuasaan dengan berani jalankan penguatkuasaan tanpa apa-apa, tanpa ada dolak-dalik, tanpa ada alasan. Jalankan undang-undang, tunjuk perasaan ini, tangkap sahajalah, campak ISA, selesai. Namun, kita ada undang-undang, kita diam sahaja, kalau diam, cacing naik ke matalah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat, soalan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Inilah soalan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. [Ketawa]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Inilah soalan saya, soalan saya maknanya tanpa teragak-agak, tanpa waswas kita telah mempunyai undang-undang yang lengkap, ambil tindakan keras. Soal pendatang asing menjadi masalah kepada kita, kenapa tidak ambil tindakan yang keras? Semua pihak yang mempunyai kuasa membanteras ini, tidak ragu-ragu menjalankan tugas.

Tuan Yang di-Pertua: Baik tindakan keras.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Kenapa tidak ambil tindakan keras?

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan memang menyedari bahawa Malaysia menjadi tarikan bukan sahaja pekerja, tetapi juga datang yang masuk secara haram. Seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang dapat memberikan mereka syurga pekerjaan. Dari segi penguatkuasaan kita akui bahawa masih terdapat beberapa kelemahan.

Pertamanya kerana bilangan penguat kuasa Jabatan Imigresen, setakat ini kita hanya baru tahun lepas menambah sebanyak 1,000 orang. Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing telah pun mengumumkan bahawa untuk mengukuhkan penguatkuasaan dan memastikan penguatkuasaan dilaksanakan seperti mana yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi, insya-Allah kerajaan telah pun meluluskan tambahan pengambilan 5,000 lagi pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen.

Selepas pengambilan ini, kita akan pastikan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan lebih pesat diadakan. Sehingga 31 Oktober tahun ini sahaja sebanyak 5,107 operasi dijalankan. Bilangan yang ditangkap juga telah menunjukkan satu pertambahan, peningkatan hasil daripada operasi ini iaitu sebanyak lebih daripada 40,000 orang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, saya jemput Yang Berhormat dari Temerloh.

10. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan memandangkan kerajaan telah mengumumkan akan mengadakan kajian

DR.10.12.2007 17

selama enam bulan tentang keperluan tenaga kerja negara sehingga tahun 2020, sejauh manakah kerajaan akan melibatkan sektor swasta, profesional dan akademik dalam menjalankan kajian tersebut.

Menteri Sumber Manusia [Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, berikutan dengan perkembangan ekonomi negara yang pesat permintaan terhadap tenaga kerja turut meningkat. Ini termasuk permintaan terhadap tenaga kerja asing. Pengumuman kerajaan mengenai Rancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah di Koridor Utara Timur dan Selatan, termasuk di Sabah dan Sarawak akan juga menyambung kepada permintaan tenaga kerja. Dalam konteks ini kerajaan perlu menentukan keperluan sebenar tenaga kerja mengikut wilayah dan sektor dapat dipenuhi. Sehubungan dengan itu Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menjalankan kajian untuk menentukan penawaran dan permintaan tenaga kerja di negara ini.

Hasil kajian ini dijangka akan dapat membantu kerajaan mencari pendekatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang jumlahnya pada masa ini seramai 2.02 juta orang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan termasuk daripada pihak swasta dewan-dewan perniagaan serta ahli-ahli akademik. Jawatankuasa ini telah pun mengadakan mesyuarat pertamanya untuk mendapatkan maklumat dan input yang diperlukan untuk kajian tersebut. Kementerian Sumber Manusia akan terus bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan untuk menentukan keperluan tenaga kerja negara pada masa akan datang.

Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, apa juga yang kita rancangkan, matlamat utama kita ialah hendak jadikan Malaysia ini sebuah negara yang kompetitif dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Namun apa yang berlaku pada hari ini, saya lihat kita banyak kekeliruan. Kita ambil contoh IPTA ia mengeluarkan graduan yang bukan diperlukan oleh pasaran. Itu satu peringkat dan ini menyebabkan berlaku banyak pengangguran di kalangan siswazah.

Di satu peringkat lain pula, kita bergantung kepada tenaga kerja asing yang mana Yang Berhormat Menteri umumkan tadi barangkali permintaan ini akan meningkat. Yang saya bimbang, kita bawa banyak tenaga kerja asing, tetapi mereka ini adalah di sektor atau di peringkat yang label intensif. Kalau ini dilakukan Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang label intensif tidak akan kompetitif. Kenapa tidak kita fikirkan membawa tenaga kerja asing di peringkat yang tinggi yang high value addednya dan ini boleh membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah atas soalan daripada Ahli Yang Berhormat Temerloh. Memang ada benar satu masalah yang dihadapi oleh economy racial dalam konteks dunia kerja ialah dengan izin mismatch dari segi penawaran dan dari segi bekalan. Sungguhpun kita ada ramai graduan tempatan, tetapi kesulitan dari dapat kerja, namun demikian kita ada banyak kekosongan, tetapi di peringkat yang lebih rendah. Untuk mengatasi masalah tersebut, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah memberi nasihat kepada pihak majikan khususnya kilang-kilang untuk meningkatkan kadar operasi atau untuk menggunakan teknologi tinggi yang lebih sesuai dengan izin, resource endowment negara kita ini iaitu kita haruslah menggunakan peralatan termasuk robotik supaya pekerja-pekerja tempatan kita boleh digaji di peringkat yang lebih tinggi.

Tidak akan mereka beralih ke Singapura atau beralih ke Hong Kong untuk menjadi manager. Sedangkan kalau ada kekosongan di sini mereka boleh digaji dengan gaji yang sesuai. Dengan itu juga kita boleh kurangkan keperluan pekerja-pekerja asing di peringkat yang lebih rendah. Dari segi pengambilan pekerja asing, memang kerajaan dapati bahawa kalau kita ada keperluan di peringkat profesional, misalannya di peringkat ICT di bidang kewangan dan sebagainya memang kerajaan akan mengizinkan, kerana expert atau pakar-pakar tersebut seterusnya akan mewujudkan kekosongan yang lebih untuk pekerja-pekerja tempatan. Sekian.

18 DR.10.12.2007

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tadi

Yang Berhormat kata kita sudah adakan satu jawatankuasa untuk menangani mismatch ini. Adakah ini bermakna dalam beberapa tahun ini pihak kerajaan kurang berusaha untuk memenuhi, menyeimbangkan mismatch yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dan apakah pandangan kementerian mengenai pekerja-pekerja asing yang datang tanpa izin yang bilangan pun kita tidak tahu mungkin 400,000, mungkin 2 juta....

Tuan Yang di-Pertua: 700,000 lebih.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ah?

Tuan Yang di-Pertua: 700,000 lebih.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: 700,000 dan yang didaftarkan hanya 2.2 juta orang. Dengan mismatch ini kalau bilangan yang tidak izin terus datang ke negara ini bermakna mismatch ini tidak akan diselesaikan, bahkan juga akan menjadi bertambah buruk.

Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, masalah mismatch ini bukan satu masalah yang diwujudkan oleh kerajaan, sedangkan ini adalah satu hakikat dengan izin global world Tuan Yang di-Pertua, kerana pada masa sekarang ini memang tenaga kerja dengan izin human capital mereka akan beralih ke tempat di mana mereka akan dapat gaji atau untung yang lebih tinggi. Itu adalah satu hakikat.

Namun demikian untuk mengatasi masalah tersebut, Kementerian Sumber Manusia melalui Dana Pembangunan Sumber Manusia kita telah menasihati majikan khususnya mereka yang ada kilang-kilang besar untuk menggunakan levi itu bagi latihan kepada pekerja-pekerja tempatan supaya mereka diberi latihan di peringkat yang tinggi termasuk di peringkat sarjana dan peringkat Ph.D supaya mereka boleh digaji untuk menjaga operasi-operasi melalui teknologi tinggi.

Dengan itu kita akan mengatasi sedikit masalah dari segi keperluan pekerja asing. Kalau kita boleh dapat kerjasama daripada pihak majikan memang kita boleh sebagai satu misi negara, kita boleh terus meningkatkan tahap operasi kita supaya kita boleh kurangkan keperluan pekerja asing. Tidak boleh dinafikan bahawa border kita dengan izin di mana-mana negara pun merupakan satu prosperous kerana pekerja-pekerja itu mereka akan datang kalau ada peluang.

Dari segi perikemanusiaan tidak akan halau mereka dan sebagainya. Jadi apa yang penting ialah di negara kita majikan-majikan digalakkan untuk menggunakan operasi yang lebih tinggi dengan teknologi lebih tinggi yang lebih sesuai dengan recourse endowment negara kita. Kementerian Sumber Manusia akan terus melalui dana-dana seperti usaha pembangunan sumber manusia untuk menggalakkan kilang-kilang kita dalam misi tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi Soal Jawab Lisan pada pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH

DR.10.12.2007 19

PERATURAN MESYUARAT 18(1)

PERTIKAIAN TERHADAP KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

DUN LIKAS

11.30 pg.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1)(2) dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini akan ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara yang tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya Salahuddin bin Haji Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian mohon mencadangkan bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan dakwaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman mengenai penghakiman Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri DUN Likas 2001 yang beliau menuduh dengan nyata berat sebelah dan beliau turut mendakwa kononnya hakim tersebut terbabit, mempunyai agenda tersendiri sehingga terasanya keputusan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, ketika menyampaikan ucaptama pada Kursus Kenegaraan yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (IAM) yang bertemakan media dan peranan pilihan raya umum di Universiti Malaya pada baru-baru ini pada 4 Disember 2007, Pengerusi SPR telah mempertikaikan keputusan Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang yang membantalkan keputusan Pilihan Raya DUN Likas, Sabah pada tahun 2001, atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu termasuk yang bukan warganegara secara telah terbukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian tersebut. Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Muhammad Kamil dipetik dan berkata, “SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet nama pemilih yang mencurigakan di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR termasuk laporan polis dan BPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai warganegara dalam senarai pemilih”.

Berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi SPR tersebut dalam seminar tersebut yang jelas dan nyata menghina mahkamah dan mempertikaikan dengan jelas dan niat yang tidak baik terhadap keputusan tersebut. Maka saya mencadangkan pada Dewan yang mulia ini supaya Peguam Negara mengambil tindakan serta-merta dan mendakwa SPR ke muka pengadilan di atas ucapan yang tidak bertanggungjawab dan penuh dengan penghinaan terhadap mahkamah dalam negara kita. Sekian, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat bagi Kawasan Kubang Kerian pada hari Rabu 5 Disember 2007. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, pada hari ini saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar itu tadi memenuhi tiga syarat:

(i) bahawa perkara itu tertentu;

(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan

(iii) ia berkehendak disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini perkara tertentu dan ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Perbahasan mengenainya tidak perlu disegerakan, memandangkan ini merupakan satu komen oleh seorang individu walaupun sebagai Pengerusi SPR dan atas satu perkara dan perkara berkenaan telah pun berlalu sejak 2001 dan tidak mengenai isu sekarang. Oleh yang demikian saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

20 DR.10.12.2007

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato' Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengalu-alukan kedatangan ramai golongan orang kurang upaya dan pemimpin-pemimpin NGO serta individu-individu yang sekian lama berjuang bersama-sama kerajaan untuk kesejahteraan orang kurang upaya ke Parlimen yang mulia ini. Kehadiran mereka saya percaya adalah untuk bersama-sama menghayati saat bersejarah di mana dalam hidup orang-orang kurang upaya di mana dengan adanya insya-Allah undang-undang ini, maka pendaftaran perlindungan, rehabilitasi pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya dapat dirancang oleh kerajaan dan masyarakat dengan sebaik-baiknya. Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007.

RANG UNDANG-UNDANG ORANG KURANG UPAYA 2007

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi orang kurang upaya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA (PEMERBADANAN)(PINDAAN) 2007

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.37 pg.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan;

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga diselesaikan dan diluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 serta Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2008.”

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Dr. Tiki anak Lafe]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diluluskan, masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

RANG UNDANG-UNDANG

DR.10.12.2007 21

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2008

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 2008

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2008 dan Anggaran Pembangunan 2008 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesembilan belas]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B.49 [Jadual] - Maksud P.49 [Anggaran Pembangunan 2008] -

Tuan Pengerusi: Maksud B.49 dan P.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka untuk dibahaskan.

11.39 pg.

Menteri Pengajian Tinggi [Dato' Mustapa Mohamed]: Tuan Pengerusi, saya bangun untuk menyatakan bahawa usul Yang Berhormat bagi Ipoh Timur untuk memotong gaji RM1 adalah tidak berasas dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Ayer Hitam dan Yang Berhormat bagi Sungai Petani sebab sebahagian isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timur, hari Khamis semasa Dewan bersidang minggu lepas.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi, jelas bahawa Ketua Pembangkang tidak mengikuti sepenuhnya perbahasan dan perkembangan Kementerian Pengajian Tinggi yang sedang kita lakukan di negara ini. Oleh itu, beliau sedikit ketinggalan dari segi fakta dan tindakan telah diambil untuk memastikan bahawa universiti kita dapat dibaiki lagi prestasinya.

Saya tidak pernah menafikan bahawa ranking mengikut THES universiti-universiti di Malaysia tidak tergolong dalam kumpulan 100 teratas. Tidak juga pernah saya menafikan bahawa dalam lima subject area, tidak ada satu pun universiti di Malaysia yang tergolong dalam lima subject area 100 yang teratas.

Kita bukan berada dalam dengan izin, state of denial dan kita mengetahui bahawa ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki, dan kita mengambil kira teguran-teguran yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dalam Dewan ini, dengan lain-lain perkataan kita tidak pernah menafikan bahawa kedudukan kita perlu diperbaiki, dan kita memandang serius perkara ini, seperti mana yang disebut oleh Ayer Hitam dan saya ucap terima kasih kepada Ayer Hitam.

Kita mengakui bahawa belum ada universiti di Malaysia yang boleh tergolong dalam golongan world class, tapi ini bukan bermakna bahawa semua universiti kita tak guna seperti yang dinyatakan oleh Sungai Petani tempoh hari. Ini bukan bermakna bahawa semua universiti atau pelajar kita tidak guna.

Kita tahu bahawa pemimpin politik, pemimpin dalam kerajaan, ahli korporat, ramai daripada mereka merupakan graduan daripada universiti tempatan dan hakikat bahawa lima universiti tergolong dalam Top 5-100 daripada Malaysia iaitu UM, USM, UPM, UKM dan UiTM. Bukan bermakna universiti lain tidak guna, umpamanya UIA jelas telah menghasilkan banyak graduan yang tersohor dalam negara dan juga luar negara. Begitu juga UiTM dan beberapa universiti lain. Maka saya amat dukacita dengan sikap Ketua

22 DR.10.12.2007

Pembangkang yang ingin menjahanamkan, menjatuhkan imej dan reputasi semua universiti di negara kita dan saya harap ...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ipoh Timur bangun Yang Berhormat.

Dato' Mustapa Mohamed: ... Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur akan berlaku adil kepada graduan dalam negara kita, universiti-universiti dalam negara kita.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan, terima kasih. Yang Berhormat Menteri ada mengakui bahawa tidak adalah universiti yang world class, top world university. Tetapi tak boleh dinafikan 40 tahun dahulu, kita ada world class university, Universiti Malaya dan sekarang tidak lagi dianggap bahawa tergolong dalam world class university.

Adakah kita belajar kenapa kejatuhan Universiti Malaya daripada world class kepada bukan world class dan kalau kita tidak mengakui ada kejatuhan, bagaimana kita boleh ada formula untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul di bidang pengajian tinggi supaya kita boleh berjaya untuk ada world class university.

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi, kita tahu apa yang berlaku dan kita telah mengambil tindakan sewajarnya. Kalau kita tengok kepada asas-asas ranking umpamanya yang Ipoh Timur mahu jadi pakar dalam hal ini, sudah pasti tahu apa yang saya maksudkan, umpamanya citation iaitu 20% daripada Times Ranking. Ini satu perkara yang penting, iaitu penglibatan dalam jurnal-jurnal antarabangsa dan memang saya akui bahawa banyak lagi harus kita lakukan untuk memasukkan penerbitan pensyarah-pensyarah kita dalam leading journals.

Kalau tengok kepada staff student ratio, 20% daripada Times Ranking iaitu nisbah antara pensyarah dengan pelajar. Oleh kerana kita telah membesarkan universiti kita untuk memenuhi tuntutan masyarakat untuk mendapat pengajian tinggi, maka ini juga sudah berlaku sedikit kemerosotan. Kalau dulu tahun 60-an dengan sekarang, dengan penambahan bilangan pelajar dan pensyarah tidak bertambah setara dengannya.

Satu lagi perkara ialah berkaitan dengan kemasukan pelajar antarabangsa dalam kursus tertentu. Kita ada kekangan, dalam perubatan kita tidak membenarkan pelajar luar negara untuk belajar di universiti awam negara kita. Kalau melihat kepada pensyarah luar negara, kita ada kekangan walaupun sekarang dilonggarkan sedikit, tidak boleh kita ambil dengan bebas pensyarah antarabangsa. Ini antara perkara-perkara yang telah berlaku dan yang penting Tuan Pengerusi, kita sedang mengambil tindakan-tindakan sewajarnya.

Saya tidak memilih untuk pergi in detail kerana selepas ini kita akan membincangkan belanjawan di peringkat Jawatankuasa. Jadi, isu-isu yang tak dapat saya sentuh pada ketika ini, insya-Allah saya akan jawab semasa menggulung perbahasan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, penjelasan.

Dato' Mustapa Mohamed: Tapi saya akan jawab isu-isu utama ya. Tindakan-tindakan berikut telah diambil.

Yang pertama, kita telah melancarkan Pelan Tindakan Strategik pada 27 Ogos yang lalu. Ia merupakan satu pelan jangka sederhana, jangka panjang dan pelan ini bercakap tentang... sekejap saya habiskan. Pelan ini bercakap tentang langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan kualiti pengajian, kualiti pensyarah, meningkatkan kecemerlangan, ia bercakap tentang cadangan menubuhkan satu ataupun dua fax universiti, ia bercakap tentang kurikulum review. Ia juga menyentuh tentang aspek kemahiran insaniah ataupun soft skill yang akan diperkenalkan. Ia juga menyentuh tentang hubungan universiti-universiti supaya lebih mantap.

Tindakan-tindakan sedang diambil dan saya ingin menyatakan di sini bahawa kita serius dalam perkara ini. Kita tak boleh menjangka hasil akan dapat kita perolehi esok. Ini satu jangkaan yang amat tidak munasabah, tapi saya ingin menegaskan bahawa kita penuh komited dalam usaha memastikan universiti kita melangkah ke hadapan menjadi world class.

DR.10.12.2007 23

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih. Sedikit sahaja sebelum masuk

ke Strategic Plan untuk pengajian tinggi supaya kita boleh menjadi world class dan Yang Berhormat ada sebut mengenai kriteria-kriteria yang ada digunakan.

Yang pertama, sungguhpun adalah perubahan kriteria-kriteria daripada ranking tahun dahulu, ini bukan boleh jadi satu asas kenapa kita makin terjatuh dalam ranking kita. Oleh kerana universiti-universiti lain pun menghadapi masalah yang sama. Mereka tidak jatuh.

Kedua, sungguhpun ada perubahan-perubahan kriteria semacam pier review, ada tukar daripada penggunaan pangkalan data penerbitan dari Thomson ke Scopos dan sebenarnya pangkalan data Scopos yang sekarang digunakan mengambil kira bilangan makalah dan jurnal yang lebih besar. Di samping jurnal bukan bahasa Inggeris dan sebab itu patutlah lebih berfaedah untuk universiti-universiti Malaysia, tetapi kita makin jatuh lagi dan mengenai strategi-strategi masa depan supaya kita boleh meningkatkan status kita, universiti-universiti kita. Bukankah dua perkara yang mustahak ialah untuk ada political will supaya ada meritokrasi, ada common university examination system dan perakuan untuk world bank report. Ada satu common university examination, bukan meritokrasi yang tak benar...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: ... dan kedua, bukankah perlulah untuk berhentikan Dasar Ekonomi Baru di bidang universiti supaya meritokrasi menjadi keutamaan.

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi, Ipoh Timur selalu tak sabar. Selalu jump the gun, dengan izin. Saya akan tiba kepada isu-isu yang dibangkitkan berkaitan tuduhan beliau bahawa faktor kemerosotan kedudukan universiti kita adalah kerana Dasar Ekonomi Baru yang telah pun dijawab secara baik oleh Sungai Petani hari Khamis yang lalu.

Yang pertama kita di sini ....

Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Krai.

Dato' Mustapa Mohamed: ... yang pertama kita di sini. Kejap saja ya, okey? Ringkas saja.

Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya sikit saja sebab Menteri menyebut dengan soft skill tadi. Jadi kita ingin tahulah kerana rata-rata sekarang ini bercakap mengenai soft skill dan kita dapat tahu soft skill ini telah pun diperkenalkan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Menteri sendiri telah menyatakan dia akan beri lebih detail semasa dia membuat penggulungan.

Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Ya, saya mahu sikit saja. Jadi, saya nak tahu adakah mata pelajaran soft skill ini telah diperkenalkan di peringkat universiti dan jika ada, apakah jenis mata pelajaran dan peringkat pensyarahnya sendiri, adakah yang global, yang kena pada masa kini untuk menjadi ataupun solving problem, yang seharusnya diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di peringkat universiti. Penjelasan daripada pihak Menteri dengan agak lanjut sikit mengenai soft skill ini, kerana rata-rata bercakap mengenai dengan soft skill, tetapi mata pelajaran yang diguna pakai di peringkat universiti harus diperkenalkan dengan sebaik mungkin dan sejelas-jelasnya. Terima kasih.

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi, ringkas saja. Soft skill sudah diperkenalkan semester lalu. Unsur utama ialah komunikasi dan critical thinking. Macam saya kata tadi Tuan Pengerusi, dengan izin, saya akan menjawab isu-isu terperinci semasa menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa.

24 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Dato' Mustapa Mohamed: Yang penting kita bukan cari alasan, saya bukan nak cari alasan, saya bukan defensive. Apa masalah, kita mengakui masalah. Yang penting kita ada ketegasan komitmen untuk membaiki masalah-masalah yang kita hadapi. Itu yang kita tengok ke hadapan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: [Bangun]

Dato' Mustapa Mohamed: Saya pergi kepada political will...

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Datuk, Datuk.

Dato' Mustapa Mohamed: ...yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi. Tuan Pengerusi, saya bagi mungkin last sekali lepas itu saya...

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Sikit saja Datuk, sikit saja. Tadi Ketua Pembangkang ada menyebut soalan pembesaran universiti dan penduduk dalam universiti itu. Sama saja di negara kita dengan negara lain tapi saya belum boleh bersetuju dengan soal ini. Kalau fakta menunjukkan sebenarnya, tidak ada negara ataupun universiti di negara-negara lain yang boleh membesar sebagaimana yang telah kita buat di negara kita ini.

Sebagai contohnya kalau kita tengok UiTM, daripada beberapa ribu dahulu sekarang sudah menjangkau sampai 30 ribu. Jadi ini menunjukkan bahawa ada pembesaran student population itu begitu besar sekali dan kemudahan-kemudahan yang kita beri itu mungkin terbelakang sedikit. Itulah kenapa bila rating itu dibuat, universiti kita menjadi di bawah dan negara yang masih stagnant daripada population growthnya berlainan.

Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi, untuk makluman Santubong, kita sedang menangani masalah staff-student ratio dan kita kena perbaiki nisbah ini supaya kedudukan kita akan bertambah baik dan tindakan-tindakan sedang diambil untuk membina infrastruktur yang lebih.

Saya pergi kepada beberapa isu pokok yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Beliau menuduh pada hari Khamis yang lalu bahawa Dasar Ekonomi Baru merupakan satu-satunya sebab kenapa kualiti universiti kita merosot. Dasar Ekonomi Baru merujuk kepada antara lain, dua perkara kalau di universiti. Yang pertama ialah pelajar, yang kedua ialah pensyarah.

Yang pertama, pelajar. Saya hendak maklumkan seperti yang ditegaskan banyak kali dalam Dewan ini bahawa sejak tahun 2002 kita telah melaksanakan prinsip merit dalam kemasukan ke universiti. Merit ini bermakna diberikan markah, ditengok kepada gred, peperiksaan yang diduduki dan hari ini 90% kurikulum dan 10% kokurikulum. Jadi tidak berbangkit bahawa ada racial kuota dalam pengambilan masuk ke universiti kita pada hari ini sejak tahun 2002 lagi. Itu berkaitan Dasar Ekonomi Baru.

Yang kedua ialah pensyarah. Pensyarah-pensyarah dilantik berasaskan kriteria tertentu dan kalau pensyarah tidak layak, maka sudah pasti ia tidak akan diambil oleh pihak universiti. Saya ingin menekankan bahawa pihak universiti telah sedaya upaya memastikan bahawa pensyarah-pensyarah yang diambil itu adalah yang terbaik dan tidak ada racial kuota yang dikenakan. Umpamanya saya ada angka untuk Universiti Malaya. Umpamanya bagi pengambilan tahun 2006, pensyarah Melayu cuma 55% sahaja. Saya baru dapat maklumat daripada Universiti Utara Malaysia umpamanya, dua, tiga hari lalu mereka telah membuka iklan untuk pensyarah-pensyarah dalam pengurusan ekonomi – daripada 52 yang memohon untuk 35 jawatan, cuma 3 sahaja daripada bukan bumiputera.

Jadi jangan kita melulu membuat tuduhan bahawa DEB merupakan faktor yang telah menyebabkan kedudukan kita merosot dalam Times Higher Education. Hakikatnya pelajar yang saya sebut tadi bahawa ia berasaskan prinsip merit sejak 2002, pensyarah kita rekrut yang terbaik dan saya ingin menyatakan di sini bahawa kita memang ada sedikit masalah untuk menarik pensyarah-pensyarah bukan bumiputera untuk menjadi pensyarah di universiti. Itu sebabnya tahun ini kita telah mengadakan apa yang dikatakan open

DR.10.12.2007 25

recruitment di KL Sentral dan beberapa negara yang lain, yang kita dapati bahawa minat bukan bumiputera sudah meningkat apabila diadakan promosi oleh pihak kementerian.

Sehubungan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa yang pembangkang sudah tahu, sengaja tidak mahu highlightkan, yang sebut cuma Ayer Hitam iaitu kita telah melantik bermula tahun ini empat orang timbalan naib canselor daripada kalangan bukan bumiputera – tiga orang daripada kaum Cina dan seorang daripada India di UKM. Ini satu langkah yang diambil dalam usaha untuk memastikan bahawa kerajaan sedar bahawa dalam perkhidmatan awam, kita perlu tambah bilangan bukan bumiputera dalam...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan.

Dato’ Mustapa Mohamed: ...jawatan-jawatan tertentu dan universiti tidak ada pengecualian ataupun personal exception di universiti, dengan izin dan langkah-langkah sedang diambil untuk memastikan bahawa kita dapat tambah bilangan pensyarah bukan bumiputera tetapi ini dibuat berdasarkan kepada merit, bukan sebab-sebab lain kerana pensyarah-pensyarah hendaklah terdiri daripada mereka yang terbaik.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Ya, mengenai pelantikan empat orang deputy vice chancellor bukan bumiputera, kita mengalu-alukan tetapi ini adalah satu usaha yang sedikit dan lambat tetapi tidak cukup. Apa yang kita hendak ialah structural change, revamp a structural change and mindset, bukan tokenism. Kita mahu meritokrasi yang menjadi satu alasan, satu asas pengambilan dan kenaikan pangkat dalam universiti-universiti termasuk tidak kira, tidak terhad kepada the four deputy vice chancellor, bukan Melayu. Kenapa the four deputy vice chancellor? Kenapa bukan semua jawatan termasuk vice chancellor yang terbaik supaya kita universiti yang terbaik. Ini bukan untuk kepentingan satu kaum tetapi untuk kepentingan semua kaum, semua negara oleh kerana kalau kita ada universiti yang terbaik sekali, inilah untung kepada semua rakyat Malaysia dan negara. Jangan menganggap ini sebagai angle perkauman. Bila ini akan dilakukan? Open totally, not the four deputy vice chancellor sahaja, semua jawatan.

Dato’ Mustapa Mohamed: Universiti adalah untuk semua kaum, pelajar ataupun pensyarah. Ketua Pembangkang memanglah seperti mana kata Sungai Petani, mahu politikkan isu ini dekat election ini, mahu jadikan ini sebagai isu ras ataupun racial issue walaupun beliau menyatakan ini bukan satu isu racial, tetapi itulah hala tujunya untuk mempolitikkan isu ini. Kita memberi jaminan di sini bahawa universiti ditubuhkan atas prinsip merit dan langkah-langkah apa-apa jua kelemahan sedikit sebanyak yang ada, kita sudah mulakan tindakan untuk ambil langkah-langkah tersebut dan kita memberi jaminan di sini bahawa universiti akan terus beroperasi atas landasan yang terbaik, iaitu untuk melaksanakan prinsip merit sama ada dalam pengambilan pelajar ataupun pensyarah ataupun kenaikan pangkat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, penjelasan.

Dato’ Mustapa Mohamed: Samakah ini?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang lain sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun dikatakan bahawa pembangkang ini mahu mempolitikkan tetapi bukankah ini satu kenyataan bahawa dalam semua IPTA, naib canselornya tidak ada bangsa lain kecuali Melayu Islam. Ini adalah satu kenyataan.

Kenyataan kedua ialah memang kemasukannya berdasarkan dua pengambilan iaitu STPM dan matrikulasi dan ramainya satu ras ialah masuk ke universiti melalui matrikulasi. Yang lain bukan bumiputera melalui STPM. Ini adalah kenyataan. Yang kami hendak ialah bolehkah bahawa kita menunjukkan ada komposisi bangsa yang boleh menggambarkan komposisi rakyat di dalam Malaysia ini di kedudukan naib canselor dan juga bolehkah kita mengadakan satu standard pengambilan. Sekarang STPM disamakan dengan matrikulasi dan kita semua tahu bahawa ia tidak sama. Inilah yang kami katakan bahawa ada kelainannya, ada perbezaannya. Apakah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri?

Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi, lepas ini Ahli Yang Berhormat boleh sambung dalam peringkat Jawatankuasa. Saya tidak mahu lagi ada gangguan.

26 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya ingin

mencadangkan jika sekiranya soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ipoh Timur sudah dijawab, saya fikir cukuplah.

Dato’ Mustapa Mohamed: Ya.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab selepas ini kita akan sambung lagi.

Dato’ Mustapa Mohamed: Okey, jadi saya ringkaskan sahaja Ipoh Timur. Selepas ini tidak ada gangguan lagi. Yang pertamanya kita hendak pastikan bahawa pemilihan pemimpin-pemimpin tertinggi di universiti adalah berasaskan merit. Benar kenyataan hari ini bahawa tidak ada seorang pun naib canselor daripada kalangan bukan Melayu, tetapi kita yakin bahawa apabila bertambahnya bilangan pensyarah-pensyarah universiti, satu hari nanti kita akan dapat melihat pemimpin universiti di kalangan bukan Melayu.

Berkaitan dengan STPM dan matrikulasi, ia merupakan kelayakan yang sama taraf. Tidak ada beza di antara matrikulasi dengan STPM dan ramai juga daripada yang masuk universiti dari kalangan STPM. Itu berkaitan dengannya. Saya sebut ringkas sahaja, Tuan Pengerusi, oleh kerana selepas ini kita ada lagi...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ada dua perkara yang saya bangkit, Lee ... pelajar UPM.

Dato’ Mustapa Mohamed: Selepas ini boleh. Banyak lagi ini. Pelajar-pelajar UPM, Tuan Pengerusi, saudara Lee ini, kita masuk universiti ada peraturan, kena tandatangan akujanji. Semua mereka saya anggap macam anak-anak saya dan kebanyakan anak-anak saya ini baik-baik belaka, 99% baik-baik belaka. Semua sign akujanji. Akujanji itu menyatakan kena ikut peraturan universiti, UPM dan universiti lain semua ada peraturan. Kalau DAP, Bukit Mertajam ke, umpamanya dia sokong MCA, maka sudah pasti DAP akan pecat Bukit Mertajam. Samalah di universiti pun. Rumah tangga kita kalau Bukit Mertajam melanggar dasar Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ridiculous comparison. Jangan use ridiculous comparison.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk]

Dato’ Mustapa Mohamed: Kita ada rumah...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Proper answer.

Dato’ Mustapa Mohamed: ... ada rumah, ada peraturan. UPM pun ada peraturan. Jadi kita masuk universiti, core business kita untuk belajar dan menyertai kokurikulum. Jadi pelajar, Saudara Lee ini dia ada ruang untuk appeal. Dia rayu kepada Ketua Pembangkang. Dia sampai sekarang pun tidak rayu kepada saya. Mengikut Peraturan 15(1) AUKU, Tuan Pengerusi, dia tidak boleh pun kaitkan dengan mana-mana badan, apatah lagi badan politik.

Jadi, sampai sekarang ini saya menunggu lagi laporan. Pelajar-pelajar kita ini, kita hendak ajar mereka disiplin supaya bila mereka keluar nanti menjadi orang yang baik. Itulah anak-anak saya semua, saya harap semua akan belajar daripada peristiwa ini, dan jangan jadi kurang ajar ataupun menentang peraturan. Yang diminta cuma oleh kerana ada aduan menyatakan bahawa, ada beberapa risalah yang tidak dibenarkan di universiti sedang disebarkan. Maka pengawal keselamatan telah membuat siasatan, dan diminta untuk membuat siasatan. Itu sahaja bukan disergah, bukan diherdik, bukan dikasari, tidak ada masalah. Itu satu peraturan simple.

Di UPM ini Tuan Pengerusi, beberapa pelajar sudah ambil pendekatan untuk mencabar pihak berkuasa - to challenge the authorities, dengan izin. Jadi, kalau kita benarkan kes-kes seperti ini berleluasa, macam mana hendak belajar, Tuan Pengerusi? Lagi pun sebagaimana kata Yang Berhormat bagi Ayer Hitam, beliau ada pengalaman beliau dahulu. Apabila ada keadaan macam ini buat rayuan. Ini merayu kepada Ketua

DR.10.12.2007 27

Pembangkang, Ketua Pembangkang masih lagi belum menjadi Menteri Pengajian Tinggi. Belum menang pilihan raya pun.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Boleh Yang Berhormat Menteri jamin akan adil dan liberal dalam rayuan ini?

Dato' Mustapa bin Mohamed: Tidak, tidak. Kita ada peraturan. Ikut peraturan. Jadi, Tuan Pengerusi, itu berkaitan dengan pelajar UPM. Berkaitan dengan ijazah daripada negara China sekarang ini empat sudah pun kita iktiraf. Kita ikut bidang dan sekarang ini kita ada tiga permohonan daripada Kementerian Kesihatan untuk mengiktiraf ijazah tiga universiti dalam bidang Traditional Chinese Medicine. Ini sedang kita tangani. Suatu urus setia di JPA sedang meneliti perkara ini. Ini bermakna bahawa kita tidak menutup sekali-kali rayuan daripada universiti yang lain. Kalau kita sudah mengiktiraf empat universiti dalam bidang pengajian China, dan sekarang kita sedang menimbangkan tiga lagi universiti dalam bidang Traditional Chinese Medicine, mungkin di masa akan datang kita akan melihat beberapa permohonan dan kita akan mengkaji berdasarkan kepada merit tertentu.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kuasa-kuasa yang lain?

Dato' Mustapa bin Mohamed: Tuan Pengerusi, satu lagi perkara mengenai dengan Saudara Dr. Azli dengan Dr. Mutiara ini, ini juga satu kes. Kebanyakan pensyarah tidak ada masalah. Ada segelintir, a very small percentage tidak mahu sain akujanji ini. Akujanji ini tidak ada apa, very simple sahaja, tiga muka surat sahaja hendak sain akujanji. Kita dukacita. Saudara kita ini sampai sekarang ini tidak mahu sain akujanji. Dia pergi Ph.D tahun 1997 enam tahun baru tamat. Enam tahun bagi extension. Lepas itu tidak mahu balik, tidak mahu sain akujanji. Bila balik pula menulis 19 artikel yang mencaci dan mencerca Universiti Utara Malaysia, tempat dulu dia bekerja. Jadi, sekarang ini pihak Universiti Utara Malaysia pun ada kesabaran, telah menuntut ganti rugi sebanyak RM1.2 juta, RM700,000 daripada suami dan RM500,000 daripada isteri kerana ingkar untuk meneruskan tugas. Saman telah pun difailkan kerana Dr. Azli telah mencerca pihak Universiti Utara Malaysia.

Kita ada peraturan, hendak demonstrasi kena minta kebenaran polis. Polis tidak bagi janganlah pergi demonstrasi kalau tidak kena tangkaplah. Kalau kena tangkap jangan blame kerajaan pula. Kita dalam rumah tangga, dalam kerajaan, dalam institusi, dalam parti pun ada peraturan. Jadi, kalau kita mengajar di universiti, menjadi pensyarah ataupun belajar patuhlah kepada peraturan. This is not - bukan satu perkara yang mengikat kita tidak boleh bercakap atau tidak boleh bekerja. Simple sahaja, ada tiga muka surat aku janji.

Pelajar Lee sudah sain akujanji, Dr. Azli tidak mahu sain aku janji, it’s not a big deal, dengan izin Tuan Pengerusi. Saya gembira kebanyakan pensyarah adalah baik-baik belaka. Pelajar-pelajar pun saya anggap macam anak saya, baik belaka. Pintu sentiasa terbuka, ada isu atau masalah kita boleh bincang bersama demi kebaikan. Yang penting kita tidak pernah menafikan bahawa kita ada isu dan masalah yang perlu ditangani, yang penting kita tidak menafikan bahawa ranking kita tidak termasuk dalam top 200 universities tetapi yang penting kita sudah mengambil tindakan-tindakan untuk meningkatkan kualiti universiti negara kita. Tindakan sudah pun bermula dan kita tidak boleh hendak dengan izin, expect instant result. Ia bukan mi Maggi, Tuan Pengerusi, tetapi ada komitmen, ada keberkesanan kerajaan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang banyak memberi sumbangan kepada saya dan kementerian untuk kita mencari jalan. Ini penting. Pengajian tinggi adalah satu isu yang amat penting yang menyentuh kita semua. Kita semua terlibat, kita semua ada anak, ada keluarga yang belajar di universiti. Maka itu kita semua bertanggungjawab dan saya harap Ahli Yang Berhormat akan memberikan kritikan yang konstruktif untuk membolehkan saya dan rakan-rakan saya dari kementerian, naib-naib canselor ramai yang hadir hari ini di belakang dan di hadapan saya ini untuk mengikuti perbahasan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas teguran yang diberikan dan insya-Allah, kita akan laksanakan amanah ini sebaik mungkin untuk memenuhi harapan tinggi rakyat Malaysia termasuk Ahli-ahli Parlimen.

28 DR.10.12.2007

Jadi, yang lain-lain saya kira memadailah, selepas ini boleh bercakap lagi dan insya-Allah, saya akan menjawab apabila menggulung perbahasan belanjawan Kementerian Pengajian Tinggi. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Ayer Hitam dan Yang Berhormat bagi Sungai Petani kerana telah menyokong saya dalam menolak usul Ketua Pembangkang untuk memotong gaji saya sebanyak RM1. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat mengurangkan sebanyak RM1 daripada Butiran 10000 - Emolumen iaitu memotong gaji Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi sebanyak RM1 di bawah Maksud Bekalan B.49, Butiran 10000 - Emolumen hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan Usul tidak disetujukan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala B.49 dan Kepala P.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka semula untuk dibahas. Yang Berhormat bagi Santubong, sila.

12.07 tgh.

Datuk (Dr.) Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Berapa minit, Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Lima minit.

Datuk (Dr.) Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Lima minit. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang pertama tadi di bawah Butiran 020000 – Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi. Tadi ada dibangkitkan juga persoalan penulisan dalam jurnal dan sebagainya. Saya banyak berjumpa dengan pensyarah dan profesor daripada universiti. Saya selalu timbulkan kekesalan saya. Pensyarah ini mempunyai banyak gedung ilmu yang tersimpan dalam kepala mereka, tetapi malang sekali ilmu-ilmu yang ada dalam kepala mereka ini tidak diturunkan di atas kertas untuk dijadikan warisan negara ini dan sebagai khazanah kita, reference kita pada masa yang akan datang.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita mempunyai kepakaran sekarang dan kita akan boleh menurunkan kepakaran yang sama pada tahun yang akan datang. Mungkin dalam perspektif yang berlainan, keadaan yang berlainan dan mungkin juga pandangan yang berlainan. Jadi, penulisan ini penting bukan sahaja untuk rating. Bagi saya rating ini adalah perkara kedua. Yang pertama ilmu ini yang penting. Ilmu ini mesti diturunkan kepada bangsa kita untuk reference kita pada masa akan datang.

Persoalannya, cukupkah sumber kewangan dan galakan yang diberikan kepada pihak universiti, kepada pensyarah ini, kepada profesor ini untuk menulis, membuku, mengeluarkan penulisan-penulisan daripada ilmu-ilmu yang mereka dapati. Kalau tidak mencukupi saya menggesa pihak kementerian supaya melihat secara total perkara ini, supaya perkara-perkara penulisan tidak lagi menjadi satu rungutan kita. Saya cukup yakin pada suatu ketika nanti apabila galakan bagi penulisan ini telah sampai kepada pihak yang tertentu, ia akan menjadi satu ciri yang boleh mempertingkatkan rating universiti-universiti kita. Tujuan kita bukanlah rating tetapi untuk mengumpulkan sebanyak mungkin ilmu ini.

Yang kedua, walaupun soalan ini nampaknya tidak ubah seperti soalan dasar, tetapi saya masih mahu membangkitkannya. Banyak persoalan dibangkitkan. Baru pagi tadi pun ada dibangkitkan. Persoalan universiti ini, sama ada tujuannya untuk memenuhi kehendak guna tenaga manusia negara, ataupun memperbanyakkan sebanyak mungkin orang yang berilmu di negara ini. Untuk memenuhi kehendak guna tenaga manusia ini, adakah ia satu insidental sahaja ataupun memang ditargetkan sedemikian.

Jadi, ini mesti diperjelaskan supaya persoalan-persoalan sedemikian tidak lagi menjadi satu sebutan ataupun pertanyaan kepada sesiapa yang bertanya. Bagi saya, kita tidak boleh menggunakan universiti sebagai landasan untuk mengisi kehendak guna tenaga manusia negara. Kita mesti memperbanyakkan orang berilmu di negara ini, iaitu orang yang berilmu yang boleh berdiri di atas kaki sendiri, yang peguamnya tidak payah

DR.10.12.2007 29

mengamalkan peguam, yang akauntan tidak payah menjadi akauntan tetapi boleh menjadi apa sahaja aktiviti-aktiviti...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung?

Datuk (Dr.) Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: ...yang boleh mendatangkan kegunaan kepada dirinya dan juga kepada negaranya. Tuan Pengerusi, pendek sangat.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak mengapa. Minta maaflah.

Datuk (Dr.) Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya biasanya berhenti apabila Tuan Pengerusi kata berhenti. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, terima kasih banyak. Yang Berhormat bagi Ampang, silakan.

12.10 tgh.

Dr. Rozaidah binti Talib [Ampang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh dua butiran sahaja. Butiran yang pertama ialah 04800 - Kolej Komuniti. Sebagai mana yang kita tahu kolej komuniti ini merupakan instrumen untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana dalam Bajet 2008, kementerian mendapat peruntukan RM150 juta. Sudah semestinya ini satu keperluan kerana sasaran kita untuk mendapatkan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen belum lagi tercapai kerana setakat ini difahamkan baru ada 37 buah.

Persoalan pertama yang saya ingin bangkitkan mengenai kolej komuniti ialah tentang peruntukan ini. Saya difahamkan bahawa setiap kolej komuniti diberi satu syiling harga untuk dibuat pembinaannya. Saya rasa ini agak tidak praktikal kerana pasaran hartanah ataupun nilai bangunan di setiap kawasan Parlimen itu amat berbeza antara satu sama lain. Contohnya di kawasan saya Ampang, sudah tentulah ianya lebih daripada kawasan lain. Jadi saya harap diberi sedikit fleksibiliti, dengan izin dalam menetapkan harga syiling ini.

Yang kedua mengenai kolej komuniti ialah tentang kursus-kursus yang dikatakan industry driven yang diadakan di kolej komuniti. Difahamkan hanya ada 11 kolej komuniti sahaja setakat ini yang menyediakan pembelajaran berasaskan kerja ataupun WBL (Work Based Learning). Persoalan saya mengenai WBL ini apakah bidang-bidangnya yang dikategorikan di dalam WBL ini dan apakah syarikat-syarikat ataupun industri-industri yang terlibat sama dengan kolej komuniti dalam menjayakan pembelajaran berasaskan kerja ini.

Ketiganya bagaimanakah pelajar-pelajar ini dinilai semasa mereka membuat apprenticeship, dengan izin di industri? Bagaimana mereka dinilai dari segi kurikulum mereka dan juga latihan amali mereka? Jadi saya harap kementerian dapat memberi jawapan.

Yang keempat ialah Butiran 020300 - Pengurusan Kebajikan Pelajar. Saya ingin tahu peruntukan sebanyak RM32.6 juta ini adalah untuk apa dan bagaimana diagih-agihkan di antara universiti-universiti yang sedia ada, kerana bagi saya kebajikan itu bukan bermakna kita memberi wang ihsan ataupun bantuan duit sahaja kepada pelajar. Apa yang penting bagi saya ialah keselamatan pelajar juga dikira sebagai kebajikan. Saya membangkitkan isu ini kerana ialah saya dapati bahawa kebanyakan universiti terutamanya universiti yang agak tua seperti Universiti Malaya. Asrama-asrama di universiti itu memerlukan pendawaian semula. Kita tidak mahu berlaku satu malapetaka yang melibatkan keselamatan dan kebajikan pelajar. Jadi saya harap perkara ini dapat diberi perhatian yang serius.

Yang kelima mengenai kebajikan pelajar ialah....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang ketiga.

30 DR.10.12.2007

Dr. Rozaidah binti Talib [Ampang]: ....kebajikan pelajar-pelajar....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah yang ketiga Yang Berhormat, sudah yang ketiga.

Dr. Rozaidah binti Talib [Ampang]: Ini termasuk dalam 020300 Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sublah.

Dr. Rozaidah binti Talib [Ampang]: Sub. Kebajikan pelajar pasca ijazah daripada luar negara, postgraduate student form overseas dengan izin. Kita tahu bahawa salah satu kriteria dalam THES ialah tentang bilangan pelajar asing. Ini walaupun menyumbang tidak tinggi tetapi 5% dalam penilaian ini.

Apa yang saya dapati ialah tidak ada kuarters, asrama ataupun penempatan yang sesuai kerana kebanyakan pelajar-pelajar antarabangsa yang membuat pasca ijazah adalah mereka yang berkeluarga. Jadi jika belajar di universiti di Lembah Klang contohnya untuk disewa penempatan adalah sangat tinggi. Jadi diharap kementerian dapat memikirkan perkara ini supaya lebih ramai pelajar asing tertarik untuk belajar di negara kita.

Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kuala Terengganu.

12.14 tgh.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin tarik perhatian berhubung dengan 020100 - Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan. Saya agak teruja dengan strategi-strategi di bawah transformasi pengajian tinggi iaitu di bawah Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010 yang menyebut bahawa tadbir urus, kepimpinan, akademia, pengajaran dan pembelajaran juga penyelidikan sebagai fokus utama. Yang saya hendak sebut di sini ialah dari segi tadbir urus.

Saya kira sebagai institusi akademia ataupun institusi intelektual ini perkara tentang birokrasi adalah merupakan sesuatu yang dimusuhi oleh para intelektual dan cendekiawan ini sebab mereka melihat birokrasi itu sebagai dengan izin dracula dalam pengurusan dan ini boleh melambatkan, tidak merancakkan aktiviti-aktiviti intelektual ini. Sebagai orang-orang yang cerdik pandai mereka perlu diberi kebebasan malah dalam konteks ini juga perkara yang paling penting di IPTA/IPTS ialah untuk mewujudkan apa yang disebutkan oleh Richard Florida sebagai the creative class ini, untuk membangunkan creative class.

Maka dalam konteks membangunkan creative class itu, kita perlu sebenarnya dari segi pengajian dan pembelajaran untuk kita mewujudkan apa yang disebut oleh Richard Florida itu sebagai the talent plus people. Orang-orang yang talent plus people ini memerlukan kurang dimicromanage, kurang dititikkan ataupun dikawal dengan pelbagai macam birokrasi itu.

Maka dalam konteks itu saya berharap dari segi pengurusan IPTA dan juga IPTS dan juga khidmat pengurusan ini memberi keprihatinan dalam aspek itu. Selain daripada itu ialah tentang pengurusan kewangan. Sebilangan daripada IPTA kita ini adalah merupakan badan berkanun. Sepatutnya pengurusan kewangan itu diserahkan kepada agensi-agensi ataupun pihak universiti-universiti tertentu sebab ini akan menimbulkan banyak masalah dari segi kebebasan untuk pihak universiti itu menguruskan dananya dan untuk mencapai universiti-universiti terulung ataupun apa yang disebut sekarang ini sebagai the APEX Universities sebagai mana digagaskan oleh kementerian.

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu, jiran saya.

DR.10.12.2007 31

Bercakap tentang tadbir urus untuk memastikan kecemerlangan pelajar, melahirkan masyarakat yang intelektual di kalangan mahasiswa-mahasiswi saya ingin bertanya. Pertamanya ucap tahniah kepada Yang Amat Berbahagia Datin Seri Jeanne yang dilantik sebagai Canselor Open University.

Tentang Open University ini terlalu banyak cawangan yang ditubuhkan di merata-rata tempat di seluruh negara. Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu untuk memastikan supaya Open University ini juga boleh dipastikan melahirkan mahasiswa yang intelektual kerana saya tengok dari segi tahap kehadiran pelajar, dari segi sukatan pelajarannya dan dari segi tenaga pengajar sendiri yang selalunya dipertikaikan oleh masyarakat. Terima kasih.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Barangkali pihak Menteri lebih wajar untuk menjawabnya. Saya juga rasa teruja dengan persoalan itu sebab OUM ini beroperasi secara virtual. Mungkin kapasiti rakyat di Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia ini belum biasa lagi pembelajaran secara virtual ini mungkin ada kekurangan dan kelemahan-kelemahan. Saya kira pihak Menteri boleh memberi penjelasan yang lanjut. Pokoknya sekarang ini adalah merupakan satu percubaan awal untuk membolehkan ramai lagi mahasiswa-mahasiswa ataupun calon mahasiswa-mahasiswa untuk belajar dengan kaedah semasa, dengan kaedah kontemporari.

Seterusnya saya ingin menyentuh di sini ialah tentang perkara berhubung dengan penyelidikan dan juga pembangunan. Saya kira kerenah-kerenah dari segi kawalan dana ini perlu dirungkaikan ataupun perlu dileraikan untuk membolehkan pensyarah-pensyarah kita dan tenaga akademia ini menjalankan tugas tanpa halangan dan tanpa masalah-masalah kekangan kewangan. Ini adalah merupakan agenda penting. Universiti bukan sahaja untuk mengajar tetapi adalah untuk menghasilkan inovasi, untuk melahirkan idea-idea baru, value creation, untuk kita membina nilai-nilai baru. Saya juga amat mengharap dan teruja sungguh dengan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010 yang sekarang ini sedang dibincang hangat dan merupakan satu petanda baik untuk kita mencapai kecemerlangan universiti kita. Sekian.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat bagi Pendang.

12.19 tgh.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. 050400 - HUKM RM276 juta. Saya ingin dapat penjelasan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Ada laporan mengatakan bahawasanya seorang warganegara daripada Australia yang dahulunya warganegara Malaysia iaitu Profesor Dr. Tan Hock Lim telah diambil oleh HUKM untuk dijadikan pensyarah di bahagian pediatrik surgeri kerana kejayaan beliau mengadakan keyhole surgeri iaitu sejenis pioneer dalam pembedahan dengan ganjaran sebanyak RM8 juta untuk masa empat tahun.

Jadi sebanyak RM276 ini adakah termasuk ganjaran RM8 juta untuk 48 bulan ini diperuntukkan untuk beliau kerana khabarnya daripada rakan-rakan di HUKM mengatakan mereka terpaksa mengubahsuai dewan bedah sebanyak RM90 juta hanya untuk menerima kedatangan pakar bedah keyhole surgeri ini, seorang warganegara Australia. Ramai sahabat yang berada di Riyadh mengatakan jika sekiranya ganjaran sebanyak RM168,000 sebulan ini juga memungkinkan mereka juga bersedia untuk kembali bertugas di HUKM jika ganjaran sebegitu banyak untuk satu bulan.

Apakah berita ini merupakan satu berita yang baik untuk mereka yang bertugas di luar negara dengan ganjaran yang sebegitu banyak? Ini kerana kita tahu prosedur ini merupakan satu prosedur yang agak baik terutama sekali di kalangan kanak-kanak, kerana ia merupakan satu prosedur yang tidak memerlukan satu pembedahan yang major, pembedahan yang besar.

Jadi saya rasa, ini satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian dan saya ingin mendapat penjelasan apakah ini merupakan satu dasar untuk kita di masa akan datang? Kita melaburkan sebanyak yang mungkin wang yang ada untuk mendapatkan satu

32 DR.10.12.2007

perkara atau satu prosedur yang cukup baik untuk masyarakat kita. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, baik, baik. Oleh sebab Sabak Bernam, Mambong sama Gerik tadi, pada mulanya memang tidak bangun, saya perlu selesaikan Ayer Hitam dan Seputeh dahulu.

12.21 tgh.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada tiga perkara yang hendak saya bangkitkan. Pertama mengenai Butiran 040000 dan 070500 iaitu peruntukan yang diberikan kepada Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Memandangkan pada 2 November, LAN telah dibubarkan ia diganti oleh MQA. Dari segi struktur organisasinya, ianya juga bertambah kakitangan sebanyak 80%. Adakah peruntukan ini mengambil kira faktor ini dan saya rasa mungkin tajuk peruntukan itu perlu diubah kerana LAN tidak lagi wujud dalam sejarah Malaysia.

Satu lagi harta modal yang telah disuntikkan untuk LAN ataupun MQA. Adakah ia memadai? Saya rasa oleh sebab fungsi MQA telah bertambah, dan saya juga ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri selaku Pengerusi Pengiktirafan Ijazah di JPA. Adakah tugas akan diserahkan kepada MQA memandangkan kita tidak mahu melihat pertindihan dari segi pengiktirafan. Saya rasa itu mungkin satu jawapan yang dinanti-nantikan oleh kementerian ini.

Kedua, satu perkara yang ingin saya utarakan di sini adalah mengenai aduan yang diterima daripada mahasiswa UTM. Ini di bawah Butiran 050800. Oleh sebab ada pelajar yang telah menyuarakan pandangan mereka, bantahan mereka dan rintihan mereka tentang ada pensyarah yang mengajar Modul Hubungan Etnik telah membuat kenyataan-kenyataan yang tidak menyenangkan.

Saya sedar bahawa pada tahun lalu iaitu pada Julai lalu, ianya telah menimbulkan satu kontroversi yang besar. Namun, dengan berkat usaha Yang Berhormat Menteri, ia telah dibawa kepada satu jawatankuasa iaitu merangkumi semua pakar perujuk dan dibincangkan di peringkat Kabinet. Pada awal tahun ini, satu Modul Hubungan Etnik yang telah menggugurkan semua perkataan ayat yang tidak menyenangkan telah dicetak dan telah diluluskan oleh Kabinet. Saya rasa itu adalah satu pembaharuan, adalah satu yang memang disambut baik oleh masyarakat. Apa yang menyedihkan, ada pensyarah yang masih menggunakan stereotype thinking, pandangan peribadi dan membuat kenyataan yang tidak menyenangkan. Sebagai contoh, pensyarah ini menyatakan, “Tanah yang dipijak oleh kaum Cina ini kepunyaan Melayu”. Kedua, “Singapura itu milik Melayu dan dirampas Cina”. Ketiga, “Mereka yang tidak fasih bahasa Melayu itu tidak patriotik”.

Saya rasa ini tidak dirangkumi dalam Modul Hubungan Etnik yang diluluskan Kabinet. Saya meminta Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi melihat perkara ini. Kalau seseorang pelajar itu mempelajari mata pelajaran Hubungan Etnik, dan akhirnya mempunyai rasa dengki terhadap kaum lain, saya rasa itu bukan objektif pengajaran hubungan etnik ini. Saya rasa itu satu perkara yang serius. Kita hendaklah melatih semua pensyarah dalam mengajar ikut Modul Hubungan Etnik yang merupakan dasar kerajaan. Kalau sesiapa yang menyimpang daripada dasar ini atau tidak mematuhi modul yang telah diluluskan Kabinet, tindakan patut diambil.

Untuk itu saya mengesyorkan agar Yang Berhormat Menteri supaya dianjurkan satu kursus agar ada penyeragaman dari segi tafsiran tentang Modul Hubungan Etnik. Kalau tidak, masing-masing gunakan persepsi, menggunakan interpretasi masing-masing akhirnya akan membawa perkara yang akan kita lihat pada hari ini. Saya rasa itu adalah satu perkara yang penting dan kita mahu mengeratkan silaturahim di antara kaum-kaum di Malaysia, bukannya untuk menanam satu perasaan dengki dan itulah objektif khusus ini. Saya memang mengharapkan ini satu perkara yang agak serius supaya tindakan pihak Yang Berhormat secara segera, perkara ini dapat diatasi.

DR.10.12.2007 33

Akhir sekali, satu perkara yang ingin saya utarakan ialah mengenai penubuhan

kolej komuniti di bawah Butiran 030300 di mana sejak saya menjadi Ahli Parlimen, saya telah merayu kepada kementerian ini sejak Menteri lalu. Saya minta supaya Ayer Hitam ini merupakan satu kawasan yang telah dibangunkan pertanian modennya. Saya rasa dari segi lokasi, pihak kerajaan juga sedia memberi tanah kerana ada rizab tanah Majlis Daerah Yong Peng yang memang seluas 100 ekar. Bila-bila masa kita boleh membina kolej komuniti.

Saya rasa satu tinjauan telah dibuat oleh Timbalan Menteri sebelum ini dan saya berharap yang 30 kolej komuniti yang dicadangkan di bawah RMK-9 ini juga meliputi kawasan saya kerana Ayer Hitam ini kasihan. Semua kawasan sempadan saya dalam daerah Batu Pahat ada universiti, ada maktab, ada maktab rendah sains mara dan juga institut perguruan. Namun, bagi kawasan saya, apa pun tidak ada. Saya minta supaya perkara ini dapat diteliti dan sebuah kolej komuniti dapat ditubuhkan di kawasan Ayer Hitam. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat bagi Seputeh.

12.26 tgh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 050000 - Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 050100 - Universiti Malaya. Tuan Pengerusi, saya menerima aduan daripada seorang pelajar dan memegang scholarship yang tamat pengajiannya di International Masters in Regional Integration di Asia-Europe Institute di Universiti Malaya. Beliau telah menamatkan pengajiannya pada tahun 2006. Beliau telah pun ditawarkan ijazah dan menghadiri konvokesyen pada 4 September tahun ini dan ijazah itu diberi oleh Pro-Canselor Universiti Malaya, Raja Nazrin Shah.

Walau bagaimanapun beliau diberitahu oleh pegawai daripada Institut Pengajian Siswazah (IPS) di Universiti Malaya bahawa graduan Asia-Europe Institute tidak akan terima skrol atau ijazah kerana Asia-Europe Institute belum menjelaskan hutangnya dengan Bahagian Kewangan Universiti Malaya. Ijazah ataupun skrol adalah amat penting bagi pelajar kursus tersebut khususnya pelajar yang datang daripada negara asing.

Jadi macam manakah mereka balik memberitahu rakan mereka ataupun syarikat mereka kerana kebanyakan ini adalah ‘matured’ student. Mereka telah pun menerima ijazah daripada sesuatu universiti dan institut kerana mereka tidak diberi langsung tentang skrol itu. Jadi saya rasa ini adalah perkara yang tidak patut dilakukan kerana bagi pelajar yang ingin melanjutkan kursus Ph.Dnya, mereka tidak ada skrol kerana Asia-Europe Institute tidak bayar, jelaskan hutang dengan Universiti Malaya.

Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh mengambil berat tentang aduan ini. Selain itu, saya juga ingin bertanya kenapakah Asia-Europe Institute tidak wujud lagi memandangkan ia merupakan satu-satu institut pengajian tinggi di universiti tempatan yang memberi peluang kepada pelajar tempatan untuk bergaul dengan pelajar dari negara asing dan juga memberi peluang kepada mereka untuk memahami politik dan institusi di Eropah dan juga Asia dengan lebih lanjut? Kursus ini adalah penting untuk membuka minda kepada pelajar tempatan tentang perkembangan institusi, ekonomi dan juga politik di luar negeri. Saya berharap pihak kementerian boleh menggalakkan institut seperti ini diwujudkan dengan lebih di universiti tempatan. Isu kedua ialah saya juga terima aduan tentang Bahagian Swasta Universiti Hospital iaitu Kolej Perubatan Universiti Malaya. Kutipan fi mereka daripada pesakit adalah agak tinggi. Saya rasa ini adalah luar daripada objektif asal penubuhan private wing di Universiti Hospital. Jadi saya ingin bertanya sama ada kementerian mengadakan apa-apa mekanisme untuk memantau dan juga menetapkan fee standard di Bahagian Swasta di Universiti Hospital dan juga di private wing di kolej perubatan di universiti yang lain.

Akhirnya, ialah saya ingin tanya tentang pindaan Akta Kolej dan Universiti Tempatan. Di manakah rang undang-undang ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini? Ini kerana pada tahun lepas apabila Yang Berhormat Menteri baru memegang jawatan ini,

34 DR.10.12.2007

Yang Berhormat telah pun mengadakan taklimat kepada Ahli Yang Berhormat di Dewan kita ini.

Selepas satu tahun sehingga hari ini pun kami pun tidak nampak apa-apa pindaan rang undang-undang ini. Jadi saya hendak tanya apakah berlaku pada rang undang-undang ini dan juga adakah kementerian akan memberi nasihat kepada semua canselor dan vice canselor di universiti tempatan supaya mereka lebih menghormati hak asasi manusia dan juga kebebasan bagi pelajar-pelajar untuk berucap, berhimpun. Juga isu yang berlaku seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu yang berlaku di UPM itu langsung tidak harus berlaku. Perkara kecil seorang pelajar digantung sepanjang satu semester, apakah gambaran yang kita beri kepada orang muda di universiti tempatan.

Jadi apakah yang akan dilakukan oleh pihak kementerian terhadap kes ini, yang saya tahu yang pelajar-pelajar telah pun mengedarkan satu memorandum yang telah pun diendors oleh semua NGO telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya rasa agak hairan Yang Berhormat Menteri kata Yang Berhormat masih belum terima memorandum ini. Jadi saya minta satu pendirian daripada Yang Berhormat Menteri tentang ruang kebebasan berkumpul dan juga berucap di kampus tempatan. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sabak Bernam.

12.32 tgh.

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sabak Bernam mengkhusus pertama berkaitan dengan kolej komuniti dan mengalu-alukanlah hasrat Yang Berhormat Menteri untuk datang ke Sabak Bernam kerana Sabak Bernam ingin menjadi satu kolej komuniti contoh dalam konteks permuafakatan dengan kementerian-kementerian lain. Jadi terima kasih juga kerana kursus pertanian yang dulunya sebenarnya tidak ada sekarang ini sudah ada, sesuai dengan lokasi Sabak Bernam.

Jadi perkara yang keduanya ialah berkaitan dengan 020200 - Pengurusan Institut Pengajian Swasta (IPTS). IPTS ini menyumbang lebih besar sebenarnya dari segi bilangan modal insan yang dilatih jadi ada IPTS ini yang mengadu pensyarahnya dicuri oleh IPTA apabila telah dilatih di peringkat mereka. Jadi oleh kerana itu Sabak Bernam ingin mencadangkan supaya kerajaan juga mewujudkan satu dana bagi pensyarah di peringkat IPTS ini secara terpilih seperti ada negara-negara tertentu untuk mereka mengambil Ph.D sebab mereka ini sebagai penyumbang penting modal insan harus juga dibantu.

Yang seterusnya, yang akhir sekali Sabak Bernam ingin bertanya tentang dari segi pengurusan universiti R&D ini, rancangan untuk mengkomersialkan dapatan-dapatan yang penting yang dikeluarkan oleh pihak universiti yang ada pun di dalam berbagai-bagai data yang telah disediakan, tahniah termasuklah perangkaan daripada universiti untuk dikomersialkan untuk membantu pihak universiti sendiri dan menaikkan nama negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Gerik.

12.34 ptg.

Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 060000 - Dasar Baru. Pertamanya tentang Modul Hubungan Etnik yang barangkali sudah mula diperkenalkan. Cuma dalam buku itu satu kekurangan yang ketara bagi sayalah dari segi ranking kalau kita hendak menunjukkan bahawa hubungan etnik di Malaysia ini di antara yang terbaik, maka kita perlu ada satu bab perbandingan di mana kita kaji Afrika Selatan aparteidnya yang begitu ekstrem. Kemudian kita kaji di Sri Lanka, Tamil dengan Sinhalese, begitu juga di Fiji permasalahan-permasalahan di Fiji, di Ireland Utara malah kita pergi juga ke Eropah, Palestin, Israel dan sebagainya. Jadi baru boleh kita meluaskan perspektif pelajar-pelajar kita bahawa kita adalah dalam kedudukan yang terbaik dibandingkan dengan beberapa buah negara dari segi menangani masalah hubungan etnik.

DR.10.12.2007 35

Perkara keduanya tentang penguasaan bahasa Inggeris di mana dulunya ada

empat atau enam unit diwajibkan pelajar-pelajar kita mengambil kursus bahasa Inggeris. Hari ini rasa saya kalau tidak silap telah diperkenalkan MUET (Malaysian University English Test) dan pengajian bahasa Inggeris ini dimansuhkan. Kemungkinan ini juga tidak membantu pelajar-pelajar kita meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka setelah berada di universiti. Mungkin kita menjuruskan kepada English for a special purpose, dengan izin iaitu mengikut bidang masing-masing harus kalau boleh ini difikirkan.

Kemudian perkara ketiganya tentang penyelidikan 05011 - Penyelidikan Fundamental. Kemungkinan kejatuhan ranking kita ini salah satunya ialah kurangnya minat para pensyarah muda kita ini terhadap penyelidikan asas dan inilah yang selalunya memberikan ruang untuk mereka menulis ke dalam jurnal. Nampaknya hari ini mereka lebih tertumpu kepada penyelidikan IRPA (Intensification of Research in Priority Areas) dengan izin dan penyelidikan seperti ini adalah penyelidikan gunaan yang tidak banyak diterima dalam jurnal-jurnal semasa yang lebih dipentingkan ialah penyelidikan asas.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya rasa kesal di mana kes yang begitu kecil pengurusan dalaman di UPM itu dibawa keluar dilibatkan peguam, dibawa ke Dewan yang mulia ini memang tidak betul sama sekali. Kita campur tangan dalam hal ehwal universiti padahal kita juga mahukan mereka mengekalkan autonomi. Saya sendiri sebagai mantan Timbalan Naib Canselor pun perkara menggantung pendaftaran itu banyak kes tapi kecil sahaja tidaklah sampai ribu-ribu pelajar yang dibuang sekolah itu lebih banyak. Ini perkara kecil tidak mengikut peraturan universiti, mereka sudah berikrar, pelajar-pelajar sudah berikrar pada hari pertama, melanggar ikrar, sumpah itu maka adalah denda-denda yang kita kenakan dan tidak sampai membuang pelajar ini daripada universiti.

Jadi saya menyokong akan tindakan pentadbiran UPM itu dan saya lihat bahawa mereka, pelajar ini memang membuat kesalahan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Gombak, lepas Gombak Kepong boleh dan Menteri boleh menjawab. Yang Berhormat sila.

12.38 ptg.

Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya membahaskan Butiran-butiran 020100 - Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan dan 070600 - Institusi Pengajian Tinggi Awam. Yang Berhormat Tuan Pengerusi saya ingin tahu adakah institusi pengajian tinggi ini mempunyai dasar-dasar yang khusus, dasar-dasar yang tertentu untuk kementerian. Contohnya yang saya ingin tahu ialah soal penggunaan bahasa. Saya dapati bahawa dahulu penggunaan adalah menggunakan bahasa Malaysia lepas itu ada pula perubahan bahawa subjek-subjek tertentu subjek-subjek sains, matematik dan sebagainya dan subjek-subjek perubatan walaupun satu ketika dahulu dia ajar di dalam bahasa Malaysia di setengah-setengah universiti, tetapi sekarang telah diajar kembali dalam bahasa Inggeris. Jadi saya ingin tahu adakah kita mempunyai dasar-dasar yang khusus tentang perkara ini. Adakah dasar-dasar kita jelas tentang perkara ini?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh soal kualiti pendidikan universiti di IPTA-IPTA ini. Adakah pemantauan dibuat, adakah satu komiti atau jawatankuasa yang memantau kesemua penyelidikan yang dilakukan di IPTA bukan saja saya kira pemantauan harus di peringkat universiti, komiti harus ada di peringkat kementerian. Contohnya kadang-kadang ada kita dapati bahawa pendidikan itu tidak berkualiti kerana peruntukan tidak mencukupi. Penyelidikan itu hanya cukup untuk separuh jalan, jadi kita dapati bahawa kajian itu tidak diterbitkan bukan sahaja tidak dapat diterbitkan di jurnal-jurnal antarabangsa, malahan di jurnal-jurnal tempatan pun tidak diterima. Jadi saya kira sudah sampai masa dan ketikanya bahawa pihak kementerian harus memastikan bahawa pensyarah-pensyarah yang membuat penyelidikan di universiti dapat menghasilkan dan menerbitkan jurnal-jurnal mereka yang berimpak tinggi, jurnal-jurnal di peringkat antarabangsa.

Kalau di dalam bidang perubatan sekurang-kurangnya dapat menerbitkan jurnal mereka di New England Jurnal contohnya. Saya kira ini harus digunakan sebagai kriteria yang amat penting dalam kenaikan pangkat. Jadi barulah kita dapati bahawa universiti kita

36 DR.10.12.2007

dapat menghasilkan penyelidikan-penyelidikan yang berkualiti seterusnya mengangkat universiti kita di tahap yang lebih tinggi.

Selain daripada itu, saya juga merasa ada sedikit kerisauan tentang pelantikan profesor-profesor ini. Saya pernah suarakan dahulu, adakah kementerian bercadang untuk membentuk jawatankuasa di peringkat nasional, di peringkat kebangsaan di dalam pelantikan profesor.

Jadi saya bagi contoh bahawa, sekarang di antara kekurangan ialah pensyarah perubatan. Seorang pensyarah perubatan itu bila mahu ditubuhkan satu fakulti perubatan yang baru, seorang pensyarah perubatan yang biasa bila ditubuhkan fakulti perubatan yang baru menawarkan profesor, walaupun di tempat ataupun di mana mereka mengajar pada ketika itu belum lagi profesor tetapi ini menunjukkan bahawa tidak bergantung kepada merit bergantung kepada permintaan pula.

Jadi ini kita khuatir boleh membawa that can compromise quality kita punya pensyarah, kalau misal kata dengan izin Tuan Pengerusi kerana perkara ini kalau tidak dilihat.

Jadi saya harap kementerian melihat perkara ini, saya rasa kerana kadang-kadang mendapati sesetengah profesor-profesor itu belum pun mempunyai banyak penyelidikan, belum pun menerbitkan jurnal-jurnal impak tinggi dan dalam usia yang agak muda dan pengajarannya kurang berpengalaman sudah berpangkat profesor. Jadi didapati di sesetengah universiti profesornya nampak, agak nampak matang dan lebih keterampilan dari segi akademiknya tetapi sesetengah universiti pula nampak perbezaan yang begitu ketara.

Jika kita lihat di Indonesia sendiri pun pelantikan profesor dilakukan di peringkat komuniti yang bertaraf kebangsaan. Jadi barulah saya kira ada keseragaman di dalam pelantikan profesor.

Satu perkara lagi yang nak saya bawa ialah juga tentang hubungan etnik. Kita tahu bahawa kita masih kerisauan soal hubungan etnik. Walaupun telah diperkenalkan pembelajaran-pembelajaran dan pemahaman hubungan etnik tetapi bagaimana secara realiti, etika, kehidupan harian, integrasi, apakah rancangan-rancangan yang dilakukan oleh pihak universiti supaya dalam kehidupan harian, dalam rutin mereka ada integrasi di antara etnik-etnik yang ada di Malaysia. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon untuk menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat Kepong selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.

12.42 tgh.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi IPTA dan IPTS.

Di sini saya pun ada dengar Yang Berhormat Menteri yang bertungkus-lumus untuk menguruskan semua aktiviti di dalam kementeriannya. Beliau sendiri kerana merit yang dapat ijazah kecemerlangan di Monash University, sekarang kampus.

Walau bagaimanapun, pertamanya saya hendak tahu setakat mana Yang Berhormat berjaya untuk mewujudkan Universiti APEX. Di sini apakah rasional untuk mengadakan Universiti APEX? Kerana kita mempunyai 20, mengapa kita pilih tiga, empat untuk menjadi Universiti APEX dan apakah itu untuk rancangan jangka panjang bagi Universiti APEX?

Kedua, mengenai pelan strategik dan pasukan petugas khas yang diwujudkan untuk pelan strategik. Kita di sini akan memantau setakat mana Yang Berhormat berjaya untuk melaksanakan pelan strategik ini. Ini kerana bagi kita semua dasar meritokrasi sekarang belum dilaksanakan dalam erti kata yang sebenarnya, sebab itu kita berharap Yang Berhormat boleh memberitahu Dewan yang mulia ini setakat mana pasukan petugas khas ini dapat menjalankan tugas untuk memantau pelaksanaan pelan strategik.

DR.10.12.2007 37

Ketiga mengenai citation index. Yang Berhormat pun memang peka betapa begitu

pentingnya profesor-profesor kita ataupun pensyarah-pensyarah kita, penyelidik-penyelidik kita kerana jumlah untuk universiti penyelidikan ada jumlah empat, mungkin akan ditambahkan lagi. Setakat ada usaha untuk penyelidikan tidak cukup, kita mesti ada citation index yang cukup untuk membayangkan begitu hebat penyelidik kita dapat citation index untuk publication di majalah-majalah antarabangsa yang terkemuka.

Saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan bagaimana kita dapat menggalakkan pihak pensyarah dan profesor kita mendapat citation index yang tinggi dan yang bermakna.

Di sini mengikut perangkaan yang dianjurkan oleh Yang Berhormat, setakat ini untuk IPTA kita ada untuk tahun lepas 8,752 emolumen untuk kedoktoran, walhal untuk IPTS hanya 860, 10% daripada bilangan yang enroll di dalam program kedoktoran di IPTA ini. Setakat manalah kalau kita dapat menunjukkan ahli-ahli yang mempunyai Ph.D kita ini, kalau kita bandingkan United States of Amerika memang kita ketinggalan zaman. Di Amerika Syarikat, hanya visa untuk profesional sahaja 65000. Mengikut dengan izin Tuan Pengerusi, National Opinion Research Center at University of Chicago:

“Foreign born student holding temporary visa receive 33% of all research doctorate. Foreign students comprise 44% of sciences and engineering doctorate last year and China was the country of origin for the largest non US doctorate in 2006, followed by India, Korea, Taiwan and Canada.”

Inilah menunjukkan kalau kita nak universiti kita meningkat kepada tahap yang lebih tinggi, kualiti yang baik, kita mesti menggalakkan penyelidikan dan Ph.D yang cukup hebat. Saya berharap setakat ini dapat jawapan yang tepat daripada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat...

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi boleh satu minit sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, satu butiran sahaja Butiran 050000 – Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Saya difahamkan Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, perlaksanaan KPI untuk pensyarah-pensyarah di beberapa pusat pengajian tinggi telah pun dilaksanakan. Saya difahamkan ramai pensyarah-pensyarah terutamanya yang tegas, maknanya yang sangat tegas memberi markah, tidak disukai oleh pelajar-pelajar. KPI yang dilaksanakan ini berdasarkan kepada sebahagian pendapat pelajar-pelajar, akhirnya mereka tidak digemari oleh pelajar-pelajar. Pensyarah yang tegas tidak digemari oleh pelajar-pelajar dan mereka mendapat markah yang rendah dan boleh menjejaskan kenaikan pangkat, ini yang dibimbangkan. Minta penjelasan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat Menteri sila.

12.49 tgh.

Menteri Pengajian Tinggi [Dato’ Mustapa Mohamed]: Tuan Pengerusi, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang bangun untuk memberikan pandangan. Mungkin saya tidak dapat menghabiskan kesemua dan saya mohon izin Tuan Pengerusi untuk terus kalau tidak habis mungkin 15 minit apabila Dewan bersidang semula jam 2.30 petang.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Dato’ Mustapa Mohamed: Terima kasih. Yang Berhormat Santubong banyak sekali isu-isu dibangkitkan tadi berkaitan dengan pendidikan termasuk daripada Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Gerik dan beberapa Ahli Parlimen yang lain.

38 DR.10.12.2007

Jadi memang satu perkara yang penting citation index yang saya sebut tadi di

dalam TIME‘s ranking 20% daripada penarafan atau berdasar kepada publication. Selagi pensyarah-pensyarah kita tidak berjaya untuk menerbitkan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi ataupun yang tersohor selama itulah kita tidak akan dikenali di negara luar.

Oleh yang demikian, kementerian memandang serius perkara ini dan langkah-langkah telah pun diambil. Antara lain umpamanya kita telah menubuhkan research university, ini satu konsep baru bermula tahun ini dan kerajaan antaranya menyediakan peruntukan kira-kira RM50 juta tambahan setiap universiti seperti Universiti Malaya, UPM, UKM dan USM, empat universiti ini ditakrif sebagai research university.

Selain daripada peruntukan biasa yang diterima untuk penyelidikan, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan kepada universiti ini dan insya-Allah tahun depan mereka akan terus menerima peruntukan ini. Ini langkah yang telah diambil untuk menggalakkan, dan bersama-sama dengan pertambahan ini akan ada beberapa insentif untuk membolehkan pensyarah-pensyarah menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi.

Yang Berhormat Gerik ada bertanya berkaitan dengan fundamental research. Benar, kata Gerik bahawa banyak jurnal yang memberi tumpuan kepada fundamental research ataupun penyelidikan asas dan bukannya applied research, ada juga applied research tapi yang lebih diberi penekanan.

Oleh yang demikian, buat pertama kalinya dalam sejarah negara, kerajaan telah menyediakan RM200 juta melalui kementerian untuk fundamental research ini, dan setakat ini lebih separuh daripada peruntukan RM200 juta telah pun kita salurkan kepada universiti. Tujuannya untuk membolehkan penyelidik mencari kaedah-kaedah yang baru, penemuan baru dalam teori dan lain-lain, dan kita harap tahun depan kita akan mula pantau penyelidikan ini untuk memastikan bahawa matlamat kita akan tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Santubong juga bertanya apakah matlamat kita menubuhkan universiti, matlamat kita mengambil pelajar dalam bidang tertentu, beliau menyebut tentang keperluan memenuhi guna tenaga dan juga untuk ilmu. Sudah pasti kita kena dua-dua sekali, kalau kita kata semata-mata untuk guna tenaga ini tidak wajar kerana universiti adalah gedung ilmu, kalau kita kata semata-mata ilmu, for the sake dengan izin, ini juga tidak wajar kerana kita juga lahirkan graduan yang mampu memenuhi keperluan guna tenaga negara.

Maka yang menjadi cabaran kepada kita adalah untuk menyeimbangkan keperluan-keperluan dengan izin, knowledge generation dengan memenuhi keperluan guna tenaga negara. Jadi itulah falsafah kita memastikan bahawa di samping kita memenuhi, mungkin di peringkat awal penubuhan universiti di negara kita tahun 60-an, 70-an, bila kita baru membangun, kita hendak sediakan guru-guru untuk sekolah, kita hendak sediakan golongan pentadbir. Itu antara matlamat pertama kita menubuhkan universiti, tetapi pada hari ini untuk meningkatkan kecemerlangan universiti, kita tidak boleh menumpukan semata-mata kepada keperluan memenuhi guna tenaga negara, tetapi harus kita bina knowledge, harus kita bina scholarship dan inilah yang sedang kita lakukan.

Banyak persoalan yang dibangkitkan tentang kolej komuniti daripada Ampang Jaya, Sabak Bernam dan juga Ayer Hitam. Kolej komuniti ini seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum memang satu masa dahulu kerajaan telah menjanjikan bahawa setiap kawasan Parlimen akan ada kolej komuniti, kawasan Tuan Pengerusi pun ada atau belum? Saya tidak pasti sama ada, ada atau tidak. Memang itu janji kerajaan, tetapi kita telah mengubahsuai perkara tersebut dan hari ini kerajaan menyatakan bahawa kita bina kolej komuniti mengikut keperluan kerana kita tidak boleh buat kolej komuniti semata-mata hendak memenuhi permintaan seseorang.

Saya di satu, dua tempat peringkat pertama dahulu saya tidak mahu sebut di mana-mana kita mendapati ada masalah mendapat pelajar, oleh kerana terlalu banyak institusi yang ada seperti MARA, IKBN, sumber manusia dan beberapa agensi lain yang menyediakan peluang ini, maka ada satu, dua tempat di negara kita yang kita menghadapi masalah untuk mendapatkan pelajar, itu realiti dan bukan semua. Mambong tidak ada masalah ya? Jadi Tuan Pengerusi...

DR.10.12.2007 39

Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Mambong bangun. Dia ada masalah.

Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jika masalah pelajar menjadi satu kriteria untuk membina kolej komuniti, bolehkah pihak kementerian membenarkan Ahli Parlimen untuk membuat survey sama ada di kawasan Parlimen masing-masing akan ada pelajar ataupun tidak?

Di kawasan luar bandar memang amat sukar untuk pelajar-pelajar pergi ke tempat lain seperti IKM, Kolej MARA dan sebagainya. Maka dengan demikian kolej komunitilah satu-satunya yang amat sesuai di kawasan-kawasan luar bandar. Bolehkah membenarkan Ahli Parlimen untuk membuat survey bagaimana tentang pengambilan pelajar ini?

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi saya telah membuat satu survey rambang dan survey rambang ini menunjukkan bahawa ada keperluan di 219 kawasan Parlimen. [Ketawa] Jadi, Tuan Pengerusi yang pertama ialah masalah keperluan, yang kedua peruntukan bukan sahaja keperluan yang mungkin di Mambong, tapi juga ada kekangan peruntukan, itu antara sebab kenapa kita tidak boleh bina di semua kawasan.

Dalam pada itu saya ingin menyatakan di sini, bahawa kita ada dua konsep kolej komuniti untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerana ini kerap kali dibangkitkan dalam Dewan. Jawapan yang pertama ialah kita panggil Kolej Komuniti Induk. Induk ini ialah dengan izin full-fledged kolej komuniti. Yang satu lagi cawangan, cawangan ini mungkin satu kursus atau dua kursus.

Jadi atas pertimbangan beberapa Ahli Yang Berhormat, dan setelah kita membuat siasatan jika ada keperluan maka kita boleh membuka cawangan, kita menyewa rumah kedai, kita buka satu kursus sahaja dahulu sementara apabila RMK-10 boleh kita pertimbangkan. Jadi ini kita ada dengan izin, small window. Dulu, yes or no, kalau tidak ada peruntukan dalam induk...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, mengikut apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Mambong tidak boleh bersara lagilah?

Dato' Mustapa Mohamed: [Ketawa] Tidak apalah lepas ini kita berbincang.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Mambong kena terus berusahalah.

Dato' Mustapa Mohamed: Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan kolej komuniti yang lepas...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Pasir Puteh bangun.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik walaupun terlepas sedikit. Jurnal-jurnal yang dihasilkan oleh pelbagai universiti ini, ini adalah modal insan, knowledge untuk semua terutama Ahli-ahli Yang Berhormat. Setujukah kalau jurnal-jurnal ini kita letak di Perpustakaan Parlimen kerana kita ada pegawai research? Kita boleh tengok hasil kajian itu kita akan implement. Ini satu kejayaan yang besar. Macam mana pandangan? Yang kedua, Kolej Komuniti di Pasir Puteh kawasan Parlimen ini cukup berhajat. Apa pandangan Menteri?

Dato' Mustapa Mohamed: Terima kasih Tuan Pengerusi. Seperti yang saya sebutkan tadi kalau ikut permohonan memang semuanya 219 kita semua Ahli Parlimen perlukan, tapi kita ada kekangan kewangan dan juga keperluan. Kita akan buat pertimbangan dengan seadil-adilnya untuk memastikan supaya hasrat Yang Berhormat ini dapat dicapai.

Mengenai jurnal, kita ada jurnal-jurnal di perpustakaan dan insya-Allah kita akan pastikan beberapa naib canselor dan timbalan yang ada ini, saya hendak mereka pastikan bahawa Library Parlimen ini mengandungi jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh universiti tempatan.

40 DR.10.12.2007

Saya berbalik kepada Ampang Jaya, tadi dia bertanya mengenai dua perkara.

Yang pertama siling dan keduanya jenis kursus yang ada work-based learning. Untuk makluman, enam bulan lalu kita perkenalkan satu kaedah baru. Dulu kolej komuniti cuma menumpukan kepada sijil dan juga kursus pendek. Dua tahun dapat sijil ataupun short term courses, dengan izin.

Bermula semester yang lalu, kolej komuniti telah memperkenalkan satu kaedah baru iaitu membolehkan pelajar-pelajar dapat diploma setelah mereka habis sijil dua tahun, mereka bekerja setahun di kilang atau syarikat-syarikat tertentu dan mereka kembali ke kolej komuniti satu semester dan selepas sijil, selepas 18 bulan mereka boleh dapat diploma.

Lima bidang utama termasuklah perhotelan, tekstil dan melibatkan lebih 30 syarikat. Jadi yang baiknya kaedah ini ialah pelajar-pelajar yang menyertai program ini dijamin pekerjaan. Kalau mereka menyertai bidang perhotelan, sijil selepas itu, setahun bekerja dengan hotel, satu semester pergi balik ke kolej komuniti untuk menajamkan lagi ilmunya, maka mengikut kaedah baru ini lebih 500 pelajar sedang didedahkan melalui kaedah baru ini dan kita juga akan tambahkan lagi bidang ini. Maknanya pada hari ini ada lima bidang untuk menjawab Ampang Jaya dan ini ialah satu kaedah yang boleh menjamin pekerjaan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa cukup. Jawapan Yang Berhormat boleh sambung semula selepas rehat tengah hari.

Dato' Mustapa Mohamed: Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dengan ini saya tangguhkan mesyuarat sehingga pukul 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat bersambung semula pada pukul 2.30 petang.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi: Saya jemput Menteri Pengajian Tinggi.

2.32 ptg.

Menteri Pengajian Tinggi [Dato’ Mustapa Mohamed]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum kita rehat tadi, saya telah menjawab dua isu. Yang pertama yang berkaitan dengan isu pendidikan yang dibangkit oleh Santubong dan Gerik. Yang kedua, saya telah menjawab isu-isu berkaitan kolej komuniti yang dibangkitkan oleh Ampang, Ayer Hitam, Mambong dan Pasir Puteh.

Jadi Tuan Pengerusi, izinkan saya untuk meneruskan jawapan dengan merujuk kepada isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang pertama berkaitan dengan Malaysian Qualification Agency ataupun Agensi Kelayakan Malaysia yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam. Ayer Hitam bertanya sama ada peruntukan kewangan yang termasuk dalam buku Belanjawan, adakah ia mengambil kira pertambahan kakitangan? Seperti Yang Berhormat Ayer Hitam sebut, terdapat peningkatan sebanyak 80% kakitangan MQA oleh sebab bidang kuasa MQA ditambah maka pihak JPA telah meluluskan jawatan tambahan.

Untuk menjawab Santubong, saya ingin maklumkan bahawa peruntukan yang ada dalam buku belanjawan tidak mengambil kira kenaikan atau pertambahan staf ini kerana ia

DR.10.12.2007 41

baru sahaja diluluskan iaitu setelah belanjawan dibentangkan di Dewan Rakyat ini. Insya-Allah kita akan memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan.

Yang kedua yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam sama ada MQA akan mengambil alih tugas daripada JPA untuk pengiktirafan kelayakan luar, dalam negara. Kerajaan, MQA tidak akan mengambil alih tugas JPA, JPA akan terus menjalankan tanggungjawabnya iaitu menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Pengiktirafan Ijazah dalam dan luar negara. Saya selaku Menteri Pengajian Tinggi merupakan pengerusi kepada Jawatankuasa ini dan urus setia JPA. Jadi JPA bertanggungjawab untuk melihat kursus-kursus dalam luar negara yang boleh diiktiraf untuk tujuan pelantikan dalam perkhidmatan awam yang dilakukan oleh JPA cuma melihat kursus-kursus yang boleh diiktiraf untuk tujuan bekerja dengan perkhidmatan awam. Itu berkaitan dengan MQA yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam.

Berkaitan dengan Open University yang dibangkitkan. Saya ingin memaklumkan bahawa Open University seperti juga universiti-universiti lain perlu melalui satu proses jaminan kualiti yang dilakukan oleh pihak LAN dulunya, dan sekarang MQA. Sebelum kursus dilaksanakan hendaklah mendapat kelulusan daripada MQA. Begitu jugalah pemantauan dilakukan oleh MQA maka kita memberi jaminan di sini bahawa kursus-kursus yang dilaksanakan oleh Open University adalah diiktiraf oleh kerajaan dan MQA. Dalam pada itu kita mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara ini. Kita akan memantau cawangan-cawangan Open University memastikan bahawa kursus yang ditawarkan itu adalah berkualiti. Seterusnya berkaitan dengan Seputeh membangkitkan tentang Asia Europe Institute.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Penjelasan. Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, sebelum pergi ke seterusnya. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin minta penjelasan sikit soal Open University ini. Surat yang dikeluarkan, surat pengiktirafan daripada kementerian soal Open University yang memberi kursus Ph.D daripada open-open universiti di luar negeri terutama sekali di United Kingdom, di United States Amerika dan banyak lagi universiti-universiti yang di luar negeri ini. Apa ketetapan daripada kementerian, pengiktirafan daripada Ph.D yang dikeluarkan oleh open universiti di luar-luar negeri ini.

Dato’ Mustapa Mohamed: Terima kasih Putatan, kerajaan ataupun MQA setakat ini tidak mengiktiraf sebarang kursus peringkat Ph.D yang ditawarkan open universiti di luar negara. Yang disebut oleh Kuala Krau pagi tadi ialah berkaitan universiti tempatan, kita ada dua universiti yang berasas e-learning sepenuhnya iaitu Open University dan Wawasan Open University. Yang disebut Kuala Krau pagi tadi ialah Open University yang ada cawangan di setiap buah negeri termasuklah Sabah, setiap negeri ada cawangan. Jadi hari ini dia ada 65,000 pelajar, 25,000 daripadanya merupakan guru-guru daripada diploma, ini program pensiswazahan guru-guru. Jadi kebanyakan guru-guru yang ingin memperbaiki kelayakan mereka. Jadi Kuala Krau tanya tadi ialah berkaitan dengan kita punya Open University, Yang Berhormat Putatan sebut tadi berkaitan dengan Ph.D, melalui distance learning luar negara, kita tidak mengiktiraf.

Open University kita ada menawarkan Masters dan Ph.D kerana Open University kita ini telah melalui proses jaminan kualiti. Dan bukan sahaja open, dia ada juga interaksi secara bersemuka dengan pelajar-pelajar, bukan 100% e-learning, beberapa jam dalam tempoh tertentu, pelajar-pelajar kalau dia belajar di Sabah umpamanya, ada keperluan untuk dia attend classes, bukan 100% e-learning. Kita melalui proses jaminan kualiti yang mantap.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat, soalan saya tadi itu yang surat pengiktirafan daripada kementerian yang selalunya dipaparkan di surat-surat khabar bahawa open university ini diiktiraf oleh kerajaan. Itu yang saya minta penjelasan.

Dato’ Mustapa Mohamed: Yang Berhormat boleh berikan saya butir lanjut tetapi saya sebutkan tadi bahawa soalan Yang Berhormat sama ada kita iktiraf Ph.D yang ditawarkan oleh Open University luar negara. Jawapan saya tidak, jadi kalau Yang Berhormat tadi ada sebut surat Kementerian Pengajian Tinggi, sila rujuk kepada saya. Terima kasih.

42 DR.10.12.2007

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat

Menteri. Saya terpanggil sebab saya melihat di dalam negara kita, local Open University ini telah macam seperti cendawan tumbuh di merata-rata. Ada juga tanggapan bahawa kualiti pensyarah-pensyarah dia tidak mensasarkan tahap seperti yang diharap-harapkan sebab pensyarah dia terdiri daripada lepasan diploma dan sebagainya. Saya juga keliru sama ada dia mencukupi sasaran iaitu 8 jam setiap satu sesi. Kebanyakan mereka ini iaitu pegawai-pegawai kerajaan memasuki Open University ini dan saya lihat terlalu mudah. Jadi bukankah ini merupakan satu kerugian kepada generasi bangsa kita apabila mereka mungkin mencapai kelulusan tetapi kualitinya tidak ada.

Jadi memang kita hendak ramai masyarakat kita mempunyai akademik yang tinggi, tetapi biarlah mereka melalui proses-proses seperti di universiti-universiti yang sedia ada, iaitu tidak begitu mudah dan tidak begitu mahu diberi kemudahan sehingga boleh mencapai satu tahun, dua tahun mendapat degree, persoalan di peringkat bawah.

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi MQA memastikan bahawa kualiti Open University, pelajar-pelajarnya programnya sama dengan program-program universiti yang lain. Bukan bermakna mudah mendapat ijazah daripada Open University, prosesnya sama sahaja.

Mengenai pensyarah-pensyarah, dasar kita ialah bagi mengajar pelajar first degree hendaklah ada kelayakan lebih tinggi daripada, maknanya kalau diploma hendak ajar diploma, itu tidak dibenarkan kecuali ada pengalaman, kemahiran tertentu. Jadi kalau Yang Berhormat ada kes-kes tertentu insya-Allah saya akan menyiasat perkara ini. Jadi hendak mengajar pelajar diploma hendaklah satu tahap lebih tinggi daripada pelajar-pelajar yang berkenaan. Bukan diploma ajar diploma, first degree yang ajar diploma, masters ajar first degree dan seterusnya.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya tentang MQA tadi. Yang Berhormat mengatakan pendirian kerajaan tidak berhajat untuk mencantumkan atau memberi kuasa kepada MQA untuk membuat pengiktirafan khusus atau ijazah oleh pihak JPA. Tetapi soalan saya Yang Berhormat, memandangkan MQA ini merupakan satu badan yang dipertanggungjawabkan tentang akreditasi sesuatu kursus baik IPTA dan IPTS, kenapa pula perlu ada pertindihan apabila kerja yang serupa perlu dilakukan oleh JPA dan sedangkan saya rasa JPA kalau hendak dapatkan kepakaran, barangkali kena rujuk balik MQA. Alangkah lebih baik kalau ianya dicantumkan atau dibuat perakuan di peringkat JPA sahaja, dan mengambil maklum tentang assessment yang telah dibuat oleh pihak MQA.

Dato' Mustapa Mohamed: Yang pertamanya pihak MQA bekerjasama rapat dengan JPA, hubungan memang mantap. MQA dan JPA selalu berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai hal-hal tertentu, jadi proses itu sentiasa berlangsung. Berkaitan dengan sama ada hendak dicantumkan, setakat ini tidak ada perancangan, kerana JPA mempunyai standardnya sendiri untuk jawatan tertentu ada kelayakan tertentu, kemahiran yang berbeza. MQA ini yang memenuhi standard yang boleh melepasi satu treasure, satu tahap yang membolehkan kita menjamin kualiti. Tetapi JPA selain daripada itu, dia hendak supaya seorang yang ingin menyertai perkhidmatan awam itu mempunyai kelayakan tambahan. Jadi setakat ini JPA tidak ada hasrat untuk mencantum, setakat ini. Mungkin satu masa nanti ia boleh diberi pertimbangan.

Yang Berhormat bagi Seputeh membangkitkan tentang institut-institut, katanya seorang penuntut tidak boleh terima skrol oleh kerana pihak institut tidak membayar hutang kepada Universiti Malaya. Kes ini pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Seputeh dengan saya, kerana melibatkan seorang anggota kakitangan beliau. Selepas ini boleh berjumpa dengan saya, saya ingat sudah selesai. Saya hendak maklumkan seperti berikut, yang pertamanya sebelum seorang pelajar itu mendapat skrol dia hendaklah... dia boleh attend convocation, tetapi kena bayar yuran. Boleh pergi terima, tetapi kosonglah. Sehingga dia bayar yuran, itu dasar universiti. Kalau tidak bayar yuran, memang tidak dapat degree, itu dasar.

Mengenai Asia Euro Institute ini, saya hendak maklumkan ia tidak ditutup, sebaliknya ia semakin diperkasakan. Selepas graduate ialah 17 orang dan pada masa ini bilangan pelajarnya sudah meningkat 96 orang dan ada empat program. Sudah dilantik

DR.10.12.2007 43

seorang pengarah baru yang telah menjalankan promosi dan amat berjaya, dahulunya tidak ramai pelajar. Bukan ditutup. Yang Berhormat bagi Seputeh kata tutup, sebaliknya ia semakin hebat, semakin perkasa dan ia telah berjaya menarik pelajar bukan sahaja dari negara ASEAN, tetapi juga negara-negara Eropah. Tetapi kalau kes pembantu peribadi Yang Berhormat tidak selesai, rujuk kepada saya dan kita akan siasat, terima kasih. Itu berkaitan Asia Euro Institute.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Siasat lagi Yang Berhormat? Siasat lagi? Yang Berhormat boleh arahkan ini dijelaskan kerana malulah bagi satu program yang baik ini, skrol tidak diberi kepada pelajar dan yang saya tahu ramai pelajar tempatan mereka tidak buat bising kerana mereka kakitangan kerajaan. Tetapi kerana pembantu saya ini berlainan, kerana dia rasa dengan adanya skrol itu dia boleh lanjutkan pelajarannya lagi, tetapi sampai sekarang belum dapat.

Dato' Mustapa Mohamed: Mengikut rekod yang sampai kepada saya tidak ada masalah, tetapi lepas ini boleh jumpa dengan saya Yang Berhormat bagi Seputeh, pukul 3.30 petang, ada temu janji dengan Yang Berhormat bagi Seputeh, terima kasih. Seterusnya berkaitan dengan pelantikan profesor, dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Gombak. Yang Berhormat bagi Gombak bercakap tentang profesor dalam bidang perubatan. Oleh kerana kita ada beberapa kolej perubatan, kita ada sembilan universiti yang menawarkan kursus perubatan, yang ada medical faculty ada sembilan, IPTS 10 sekarang ini yang menawarkan kursus perubatan. Maka Yang Berhormat bagi Gombak mencadangkan supaya ada jawatankuasa peringkat nasional untuk memastikan bahawa mutu pensyarah-pensyarah khususnya dalam bidang perubatan dapat kita jamin. Saya ingin maklumkan bahawa kerajaan sentiasa peka tentang mutu pensyarah-pensyarah dan kerajaan tahu serta sedar bahawa ada beberapa cabaran untuk memastikan kualiti berada pada tahap yang terbaik.

Dalam pada itu, kita merasakan cadangan untuk mengadakan satu jawatankuasa peringkat nasional ini adalah satu langkah ke belakang kerana kita hendak beri autonomi kepada universiti, jadi setiap universiti ada kriterianya yang sendiri. Kalau berpusat, ini akan menimbulkan kerenah birokrasi. Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu sebut tadi di universiti tadi banyak kerenah birokrasi, kalau kita pusatkan, ini adalah satu langkah yang ke belakang. Maka itu kerajaan untuk pengetahuan Yang Berhormat bagi Gombak, tidak ada cadangan untuk memusatkan kenaikan pangkat ke profesor termasuk dalam bidang perubatan. Yang Berhormat bagi Pendang ada tanya beberapa soalan, dua perkara yang ditanya.

Pertama, berkaitan dengan Prof. Hock Tan Lim ataupun Dr. Lim Hock Tan. Memang benar beliau telah diambil, beliau seorang pakar keyhole surgery daripada Adelaide. Asalnya rakyat Malaysia, seorang pakar yang dikenali seluruh dunia, dan UKM telah mengambil beliau untuk bertugas di universiti tersebut. Saya ingin memaklumkan, beliau di antara tokoh pakar yang memanglah benar terma yang diberikan adalah amat baik. Ini adalah usaha untuk menarik seorang tokoh yang dikenali seluruh dunia. Dua persoalan yang dibangkitkan sama ada dalam buku belanjawan ini termasuk elaun dan gaji yang dibayar kepada Prof. ataupun Dr. Hock Tan Lim ini, jawapannya tidak, ia datang daripada belanjawan Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi dalam buku ini tidak termasuk gaji yang kena bayar kepada doktor pakar ini, ia datang daripada peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi.

Yang Berhormat Pendang tanya juga yang kedua sama ada benar UKM akan membelanjakan sebanyak RM90 juta untuk mengubah suai beberapa lab dan lain-lain...

Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menteri...

Dato' Mustapa Mohamed: ...tidak benar. Sebenarnya perkara ini masih lagi dalam perancangan, belum ada apa-apa lagi perkara yang muktamad. Yang pentingnya kita telah buat cost benefit analysis dengan mengambil seorang pakar terkenal ini ke UKM, ia akan mengharumkan nama UKM dan membolehkan rakyat Malaysia mendapat faedah daripada khidmat kepakaran dan mungkin akan menarik pakar-pakar luar negara termasuklah pesakit-pesakit luar negara. Kalau kita bercakap tentang ranking, dan hendak

44 DR.10.12.2007

menjadikan UKM sebuah universiti tersohor, ini antara langkah yang harus diambil. Jadi di satu sudut, pihak pembangkang hendak supaya kita dikenali, tersohor, jadi saya tidak nampak kenapa perkara ini dipertikaikan.

Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: Tuan Pengerusi, saya tidak pertikai pelantikan, tetapi saya hendak tahu berapakah gaji yang diberikan? Katanya terlalu lumayan sebanyak USD50 ribu sebulan, atau bagaimana? Atau adakah ini sekadar cerita-cerita khabar angin sahaja? Hendak tahu gaji yang dibayar kepada profesor ini.

Dato' Mustapa Mohamed: Dua pertimbangan sebelum dibayar gaji yang berpatutan yang pertama, berapa yang diterimanya sekarang di Adelaid. Yang keduanya, ada beberapa buah negara yang memang cuba menarik beliau untuk ke negara tersebut. Jadi kalau kita betul-betul berhasrat untuk membina kekuatan kita dalam bidang ini, tidak ada pilihan melainkan kita..., ini juga bukan kali pertama, kita ada Profesor Jeffrey Sachs, Universiti Malaya kita juga beri faedah yang agak lumayan, beberapa Profesor Pelawat di UKM juga, tetapi memanglah angka yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang itu memang benar untuk tempoh empat tahun.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Saya hendak tanya adakah kementerian telah meletakkan apabila kita hendak ambil orang yang berkualiti ini sebagai satu dasar, supaya dibayar ganjaran yang begitu lumayan. Misalnya kita ada di Ridyah, Dr. Ahmad Salahuddin dan juga Dr. Hamdan Leman merupakan doktor pakar jantung yang diiktiraf di peringkat dunia. Apakah mereka ini, kalau sekiranya mereka mengetahui ganjaran yang sebegini dan Malaysia berhasrat ataupun Kementerian Pengajian Tinggi juga berhasrat untuk menarik mereka juga sama-sama berada di bawah payung kementerian ini. Terima kasih.

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan memberi ruang kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan beberapa kementerian lain untuk mengambil pakar-pakar terkemuka daripada dunia bagi berkhidmat dengan kerajaan, diberi gaji dan elaun yang jauh lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan pada masa ini. Ini adalah sesuai dengan dasar kita brain gain untuk menarik pakar-pakar luar negara dan ia juga sesuai dengan usaha kita untuk menaik taraf ataupun menambah baik kedudukan universiti-universiti negara kita. Jadi ini satu, bukan dasar tetapi kementerian sudah pun diberi kelonggaran dan memang sudah pun dilaksanakan di beberapa buah jabatan dan kementerian di bawah Brain Gain Programme.

Seterusnya, Ampang ada bertanya tentang kebajikan pelajar. Antara lain, dia bertanya sama ada peruntukan RM32 juta yang ada dalam buku ini termasuk juga peruntukan bagi membaiki kemudahan di Universiti Malaya. Mengikut Ampang, pendawaian Universiti Malaya berada dalam keadaan yang daif. Saya ingin maklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan RM15 juta kepada Universiti Malaya untuk membaiki sistem pendawaian dan kita memang amat peka dan prihatin kepada isu-isu keselamatan di universiti termasuklah isu pendawaian dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.

Mengenai RM32 juta tadi, ia termasuk juga program kita di luar negara, pelajar-pelajar kita di luar negara termasuk untuk membayar gaji kakitangan kita di luar negara. Kita ada 12 jabatan penuntut Malaysia dan termasuk di bawah anggaran ini juga ialah program-program untuk meningkatkan sahsiah pelajar-pelajar di universiti tempatan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, ini untuk menaik taraf kemudahan di universiti-universiti. Saya juga melihat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perlu ada pengubahsuaian dalam bentuk kelas dia, meja dia, kerusi dia, penghawa dingin dia, ini memerlukan… saya rasa Yang Berhormat perlu melihat bagaimana hendak menaik taraf. Sebab kalau kita hendak menjadikan universiti kita tersohor, kita harus bermula daripada dalaman. Kalau kita ada profesor yang berkelayakan, doktor yang hebat tetapi apabila masuk kelas, suasana dia seolah-olah tidak… macam kelas kambing.

Jadi ini juga merupakan salah satu perlu diberi penekanan supaya dipertingkatkan kelas-kelas untuk pembelajaran khususnya di UKM tersebut sebab saya pernah belajar di sana. Terima kasih. [Dewan riuh]

DR.10.12.2007 45

Dato' Mustapa Mohamed: Kinabatangan alumni UKM, Kelantan TNC ada di sini

Gerik, dan current TNC pun ada juga yang di belakang Tan Sri, dengan izin Tan Sri. Jadi TNC sedang mendengar rintihan daripada Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Terima kasihlah kepada Yang Berhormat bagi Kinabatangan kerana membela kepentingan UKM. Kinabatangan Alumni UKM tetapi kalau kambing itu saya tak berapa setujulah. [Ketawa] Itu sudah terlebih. Insya-Allah kita akan beri perhatian.

Yang Berhormat Ampang juga bertanya tentang kemudahan untuk pelajar antarabangsa. Tahun ini kita sudah menerima ramai pelajar antarabangsa khususnya untuk post graduate. Saya ingin maklumkan bahawa di Universiti Malaya sebagai contoh, sebuah kolej iaitu Kolej 11, dua per tiga Kolej 11 disediakan untuk pelajar antarabangsa dan bagi post graduate pula, satu buah kolej sudah pun diubahsuai iaitu Kolej 17 ada 92 unit di kolej tersebut...

Dato' Chor Chee Heung [Alor Star]: [Bangun]

Dato' Mustapa Mohamed: ...khusus untuk pelajar antarabangsa yang sudah pun berumah tangga seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Ampang tadi. Insya-Allah dengan kemudahan ini kita harap akan dapat menarik lebih ramai lagi pelajar antarabangsa iaitu boleh menaikkan lagi ranking kita dalam pada itu saya rasa mengakui bahawa kemudahan tidak mencukupi. Umpamanya di UKM, perkara ini sedang ditangani di UIA juga yang ramai pelajar antarabangsa.

Ini satu perkara baru kerana tahun ini kita mendapati bahawa minat pelajar-pelajar antarabangsa belajar di Malaysia khususnya dalam bidang post graduate pasca siswazah begitu meningkat sekali dan kita perlu menangani isu ini dengan menyediakan kemudahan-kemudahan penginapan yang lebih baik.

Dato' Chor Chee Heung [Alor Star]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sudah sebut tentang peruntukan untuk pembangunan iaitu beberapa jumlah telah pun diberikan kepada universiti-universiti UKM seumpamanya.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada kerajaan pada setiap tahun pada puratanya mengagihkan peruntukan untuk penyelidikan (research fund) kepada universiti-universiti di seluruh negara ini. Berapa jumlah yang diberikan dan apakah kriteria yang diberikan kepada universiti-universiti?

Kedua, mengenai gaji-gaji yang diberikan kepada profesor-profesor yang dijemput masuk ke negara kita. Umpamanya Profesor Lim yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Adakah kerajaan mempunyai satu perancangan pada tahun ini ataupun tahun dua, tiga yang akan datang ini kita akan menjemput berapa orang lagi profesor-profesor ataupun tokoh-tokoh yang terkemuka supaya mereka ini dapat masuk bantu universiti kita. Macam mana pula kita akan menempatkan mereka ini di universiti mana? Sekian, terima kasih.

Dato' Mustapa Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat bagi Alor Star. Memang kerajaan telah pun membuat keputusan untuk membolehkan kementerian dan universiti mengambil tokoh-tokoh terkemuka luar negara atas skim elaun yang jauh lebih tinggi daripada apa yang kita bayar sekarang. Ini satu dasar dan kita telah mengarahkan universiti-universiti supaya mengemukakan permohonan seperti yang saya maklumkan tadi. Beberapa universiti telah pun ada. Universiti Malaya ada dua, tiga orang, UKM pun ada, yang terkini Profesor Lim dan maknanya kita memang ada dasar tersebut dan kita sudah arah universiti untuk mengemukakan cadangan.

Berkaitan dengan research fund ini, kita ada beberapa sumber. Bagi universiti pendidikan, kerajaan sudah bersetuju untuk memberikan peruntukan tambahan kepada empat buah universiti 2007, RM50 juta, Dewan ini sudah meluluskan peruntukan tambahan baru-baru ini untuk universiti pendidikan.

Selain itu kita iaitu RM50 juta bagi setiap universiti, tahun depan disediakan. Setakat ini peruntukan kira-kira RM60 juta tambahan over and above yang ada kepada empat research universiti. Selain itu kita juga ada tabung-tabung lain, di bawah science fund di bawah dana-dana lain di bawah MOSTI juga MARDI dalam bidang sains sosial, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada dana. Jadi dana itu memang ada dan pihak universiti hendaklah bersaing untuk mendapatkan dana tersebut.

46 DR.10.12.2007

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat, bagi

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI ini ada peruntukan beratus-ratus juta untuk tujuan penyelidikan dan akan diagihkan kepada universiti-universiti di seluruh negara. Jadi bagaimana kedudukan dia sekarang ini?

Adakah kementerian ini menyalurkan kewangan tersebut kepada Kementerian Pendidikan Tinggi ataupun dia tidak melakukan apa-apa sehingga kita kekurangan dana. Sedangkan kerajaan telah meluluskan beratus-ratus juta untuk tujuan penyelidikan. Apa yang telah berlaku?

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi, ada dua dana di bawah MOSTI. Satu science fund RM1.2 bilion yang satu lagi techno fund RM1.5 bilion, jumlahnya RM2.7 bilion. Bagi science fund khususnya kebanyakan daripada institusi yang mendapat dana ini adalah universiti dan sebahagian daripada dana tersebut telah pun diagihkan kepada universiti dan kita sentiasa berunding dengan MOSTI untuk memastikan bahawa universiti akan mendapat dana yang sewajarnya daripada dua fund yang berjumlah RM2.7 bilion ini dalam tempoh lima tahun untuk Rancangan Malaysia Kesembilan dan terima kasih.

Yang Berhormat bagi Ayer Hitam membangkitkan tentang hubungan etnik, Yang Berhormat bagi Gerik juga membangkitkan tentang hubungan etnik. Yang Berhormat bagi Gerik mencadangkan supaya dalam buku itu dikemas kini bagi membuat perbandingan dengan apa yang berlaku Holland Island, di Sri Langka dan lain-lain. Buku ini seperti sedia maklum hasil daripada kritikan dan pandangan daripada Yang Berhormat tahun lepas dan sekarang ini sudah pun dimuktamadkan dipimpin oleh Profesor Shamsul Amri daripada UKM dan diterima baik, amat baik oleh masyarakat.

Jadi dua perkara dibangkitkan. Satu oleh Gerik yang satu lagi oleh Ayer Hitam. Oleh kerana ini merupakan edisi pertama, ada wakil UKM dalam Dewan ini, saya ingat dan saya harap, ingin mengambil ingatan supaya dalam edisi kedua kita akan membuat penambahbaikan. Jadi pandangan Yang Berhormat bagi Gerik insya-Allah kita akan mengambil kira untuk membuat perbandingan tahap ataupun racial harmony di Malaysia berbanding di negara-negara lain.

Yang Berhormat bagi Ayer Hitam menyebut peristiwa-peristiwa pensyarah di UTM yang katanya telah membangkitkan tentang tiga isu. Tiga perkara yang mengguris hati rakan-rakan kita dan saya dukacita dengan peristiwa ini. Dua perkara yang penting, yang pertama kandungan buku dan yang kedua penyampainya.

Pandangan buku sudah pun kita mantapkan, proses yang cukup lama. Lima, enam bulan saya sendiri meneliti line by line kerana saya tahu sensitiviti perkara ini. Maka ini alhamdulillah sudah selesai, tetapi tidak cukup dengan buku yang penting siapa juga yang memberi, yang menyampaikan ilmu ini.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat bagi Ayer Hitam, memang kita ada kursus sebelum modul diperkenalkan dipanggil kesemua pensyarah untuk diberikan falsafah kenapa buku ataupun modul yang disediakan UPM itu dipinda supaya mereka faham. Kita telah berbuat yang terbaik untuk memastikan pensyarah memahami kenapa dipinda modul yang disediakan oleh UPM dan kita rasa ini kali pertama saya dengar ini.

Jadi selepas ini saya minta Yang Berhormat bagi Ayer Hitam memberikan butir-butir supaya kita boleh memperbaiki keadaan dan mungkinlah satu, dua oleh kerana yang terlibat dalam modul directory ini beratus pensyarah bukan satu, dua Tuan Pengerusi.

Jadi mungkin satu dua ada berlaku dan saya ingin menyatakan dukacita kalau ini berlaku tapi saya memberi jaminan, apabila mendapat butir-butir daripada Ayer Hitam, kita akan menyiasatnya.

Seputeh membangkitkan tentang AUKU, Kuala Terengganu membangkitkan tentang birokrasi. AUKU, kita sudah hampir muktamad. Perundingan sedang dijalankan di peringkat kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa tak rasmi antara saya dan beberapa Menteri yang berkaitan untuk yang pertama meneliti draf ini, yang kedua ialah untuk memastikan ia seragam dengan beberapa akta yang lain.

DR.10.12.2007 47

Kita ada draf Akta Pengajian Tinggi. Ia bukan satu, dengan izin ia bukan stand

alone bill, ia ada kaitan dengan bil-bil lain dan ia sudah muktamad di peringkat kementerian. Sekarang saya sedang berunding dengan rakan-rakan saya dalam Kabinet untuk memastikan kita dapat membuat pindaan yang sebaik mungkin kepada akta ini. Itu berkaitan dengan AUKU. Jadi, berkaitan dengan ...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan.

Dato' Mustapa Mohamed: ..nak habiskan Seputeh. Jadi, satu lagi Seputeh berharap naib canselor akan beri kelonggaran kepada pelajar-pelajar. Saya nak maklumkan bermula tahun ini, pilihan raya kampus umpamanya, ada yang mendesak supaya diberikan tempoh lebih untuk berkempen, ada yang minta supaya pelajar-pelajar diberikan lebih kebebasan. Dua ini sudah pun kita ambil kira. Dulu kempen dua tiga hari, sekarang sudah satu minggu dan ini diterima baik. Adalah seorang dua yang tak setuju, biasalah mana-mana pun tetapi diterima baik oleh pelajar-pelajar.

Kedua, ruang yang lebih diberikan untuk mereka berkempen secara berhemah. Jadi, saya ingin memberi jaminan bahawa perubahan-perubahan telah berlaku dan ini telah diterima baik oleh kebanyakan pelajar. Manakala yang tak setuju itu seorang dua biasalah.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih. Saya apabila disebut tahun ini ada perubahan dari segi masa berkempen pilihan raya di kampus ini, saya berterima kasih banyaklah. Cuma saya ingin tahu apakah kesannya sekiranya ada di antara pelajar ini dia berkempen bertungkus-lumus tapi tidak menyebelahi seperti mana hasrat pihak kerajaan khususnya UMNO di dalam universiti tersebut.

Dato' Mustapa Mohamed: Tiada kesan apa. Tidak ada masuk ISA ke apa, tidak ada kesan dan diberi kebebasan pelajar-pelajar dan ada bertanding dan saya menganggap mereka anak-anak saya belaka. Tidak ada beza apa. Mereka merupakan anak-anak yang punya harapan, merupakan harapan negara. Kita tidak ada terima sebarang kompelin yang serius tahun ini berkaitan dengan pilihan raya kampus. Saya berpuas hati bila saya dapati bahawa dengan izin openness and transparensi dan daripada maklum balas yang kita terima, kebanyakan pelajar berpuas hati dengan ruang yang lebih kita berikan pelajar-pelajar untuk menyuarakan pandangan mereka.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih. Memang dari segi pihak Menteri berpuas hati apa yang berlaku sebelum pada ini dan kemungkinan lepas pada ini berpuas hati juga tapi bagi pihak yang lain, tindakan membuang serta-merta kepada pelajar ataupun penuntut yang sedang belajar di UKM khususnya.

Oleh kerana mereka ini berkempen tidak menyebelahi hasrat kerajaan barangkali telah berlaku pada awal tahun baru-baru ini dan saya telah sebut di dalam Dewan ini nama dan sebagainya. Namun pada waktu itu Menteri tidak menjawab tentang nasib pelajar tersebut yang dibuang 24 jam daripada kolej hasil daripada perjuangan mereka itu tidak selari dengan kehendak Menteri khususnya kehendak UMNO di kampus tersebut.

Dato' Mustapa Mohamed: Saya minta butir-butir lanjut daripada Rantau Panjang. Rantau Panjang ini suka buat cerita-cerita bayangan. Wakil UKM ada ini. Rantau Panjang kata dibuang serta-merta. Mula-mula dia kata buang serta-merta lepas itu dia ubah pula buang 24 jam daripada kolej. Mana satu betul saya tak tahu mana satu. Mula-mula, tiga kali dia kata buang serta-merta lepas itu last sekali kata buang 24 jam kolej. Jadi saya kena dapatkan kepastian daripada wakil UKM. Last sekali daripada Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin tanya apakah pendirian Yang Berhormat Menteri terhadap ini, Lee Song Yong seorang pelajar tahun kedua Universiti Putra Malaysia yang mana beliau telah pun digantung satu semester. Ini kerana dia enggan memberi pegawai keselamatan kampus untuk menyemak bengnya dan lepas itu dia ada masalah dengan pegawai keselamatan, lepas itu dia dipanggil untuk hearing, lepas itu digantung satu semester.

Jadi, apakah pendirian Yang Berhormat kenapa perkara yang begitu kecil macam ini pun kena digantung satu semester. Kalau ada pegawai polis di luar mahu semak beg saya, saya tentu nak tanya kenapa you mahu semak beg saya dan kalau saya enggan, ini

48 DR.10.12.2007

adalah hak saya kerana itu adalah beg saya. Jadi, apa yang berlaku itu telah pun disiarkan dalam you tube dan juga dalam Malaysia Kini dan juga di akhbar-akhbar tempatan.

Saya rasa perkara kecil seperti ini memang tidak harus dilakukan. Kita tidak harus layan pelajar-pelajar universiti seperti budak-budak sekolah sehingga begnya pun kena disemak. Kalau tidak disemak, kena gantung satu semester. Saya nak tanya apakah pendirian kementerian terhadap kes ini? Saya rasa ini adalah skandal bagi UPM ini.

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi, sama ada Seputeh tidur ataupun tertidur ataupun tak hadir semasa saya menjawab soalan daripada Ipoh Timur. Jadi, saya tak mahu ulanglah. Saya dah jawab tadi ya. Tidur ataupun tertidur, tak ada dalam Dewan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya nak tanya pendirian. Yang Berhormat jawab yang budak itu belum menghantar surat appeal kepada Yang Berhormat.

Dato' Mustapa Mohamed: Kalau dah tahu kenapa tanya pula?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yalah tapi ini tidak boleh diterima. Satu jawapan yang tidak boleh diterima kerana saya tanya apakah pendirian kementerian tentang perkara yang begitu kecil, seorang pelajar digantung satu semester.

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi, ini bukan yang pertama, Universiti Putra ada autonomi. Kedua, belum dikemukakan rayuan kepada saya. Saya belum tahu kes detailnya. Saya dah jawab pagi tadi dan saya nak tutup buku mengenai perkara ini. Terima kasih banyak. Tuan Pengerusi, ada tiga lagi isu...

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, berapa lama lagi?

Dato' Mustapa Mohamed: Ya?

Tuan Pengerusi: Berapa lama lagi?

Dato' Mustapa Mohamed: Lagi tiga isu. Ringkas, tiga isu lagi. Pertama, bahasa Inggeris Grik, yang kedua APEX Kepong, yang ketiga Kuala Terengganu mengenai autonomi. Mengenai bahasa Inggeris, seperti yang kita jelaskan dalam Dewan ini, apa yang kita lakukan di universiti untuk pengajian mata pelajaran yang berasas Sains dan Matematik adalah kesinambungan kepada dasar kerajaan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Itu sebabnya di beberapa buah universiti, pengajian mata pelajaran perubatan, engineering dan lain-lain berkaitan sains dan teknologi sudah banyak digunakan bahasa Inggeris. Jadi, itu keadaan sekarang dan kita sedang meneliti perkara ini berdasarkan pandangan input daripada Yang Berhormat. Itu Grik, terima kasih.

Kedua, berkaitan Kepong bertanyakan kedudukan dua perkara. APEX dan PMO ataupun Project Management Office. APEX, kita sudah tubuh jawatankuasa dan pertengahan seperti yang saya sebut semalam dalam Mingguan Malaysia, pertengahan tahun depan kita harap jawatankuasa ini akan menjadi satu ataupun dua universiti yang boleh kita bangunkan untuk dijadikan universiti tersohor terbaik. Jadi, mengenai pemantauan Pelan Strategik, kita telah menubuhkan 12 working group yang akan meneliti secara terperinci semua perakuan dan tumpuan kita pada kali ini tiga perkara. Pertama APEX, yang kedua mengenai autonomi kepada pensyarah-pensyarah dan pelajar. Ketiga, untuk melaksanakan Audit Akademik.

Mengenai autonomi, akhir sekali, yang dibangkitkan oleh Kuala Terengganu. Memanglah, ini perkara yang besar dan penting dan untuk makluman, kita telah membuat beberapa perakuan dan hari Rabu akan datang, saya akan berjumpa dengan semua naib canselor dan timbalan naib canselor seluruh Malaysia untuk saya bentangkan cadangan bagaimana untuk melonggarkan lagi peraturan.

Autonomi ini ada empat level, empat tahap:

(i) daripada Agensi Pusat kepada kementerian. EPU, Treasury, JPA kepada Kementerian Pengajian Tinggi;

(ii) kementerian kepada Lembaga Pengarah Universiti;

(iii) kementerian kepada naib canselor; dan

DR.10.12.2007 49

(iv) naib canselor kepada staff.

Jadi, empat tahap autonomi ini. Kita akan lihat kesemua empat-empat ini dan dalam tempoh terdekat, kita akan membuat pengumuman, kerana ini kita bersetuju dengan Kuala Terengganu, merupakan satu aspek yang penting kerana birokrasi ini seperti mana Kuala Terengganu musuh paling ketat bagi para akademik di mana-mana dalam dunia ini. Jadi terima kasih Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan dan...

Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: [Bangun]

Dato' Mustapa Mohamed: ..dan, Gombak? Satu, terakhir.

Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Saya dapati bahawa ada beberapa perkara yang saya bangkitkan. Tidak satu pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Adakah tidak ada dalam nota pegawai atau sebagainya?

Dato’ Mustapa Mohamed: Ada dalam nota saya dan juga nota pegawai. Saya sudah jawab tadi berkaitan itu. Mungkin Yang Berhormat Gombak belum masuk tadi. Di peringkat awal saya jawab berkaitan dengan..

Tuan Pengerusi: Sudah jawab.

Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi kata sudah jawab. Nanti kita jumpa selepas ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, ada...

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Ada satu tentang KPI. Tentang KPI, belum.

Dato’ Mustapa Mohamed: Itu betul belum jawab, Tuan Pengerusi. KPI ini Ledang menyebut bahawa kalau pensyarah-pensyarah universiti ini dia tidak diminati. Pelajar-pelajar kita ini, maaflah saya cakap ini, mungkin bagi mereka, yang terbaik ialah dapat degree, tidak payah masuk kelas. Itu yang terbaik. Itulah budaya sesetengahnya, bukan semua ya. Jadi pensyarah-pensyarah yang strict ini memang kurang diminati oleh pelajar. Jadi saya mintalah kepada Ledang beritahu siapakah pensyarah ini yang dikatakan terlalu strict ataupun terlalu lenient dan kita hendak pastikan standard itu penting. Yang penting, standard itu tinggi kerana graduan yang melalui sistem kita hendaklah mampu untuk bersaing di luar sama ada di dunia pekerjaan dalam ataupun luar negara. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang menyertai perbahasan...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Satu lagi, satu lagi.

Dato’ Mustapa bin Mohamed: Seputeh, boleh jumpa selepas ini.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Satu lagi.

Dato’ Mustapa Mohamed: Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya tanya tentang private wing Hospital Universiti. Itu tidak dijawab sama ada kementerian memandang...

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM8,813,600,000 untuk Maksud B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM8,813,600,000 untuk Maksud B.49 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,360,000,000 untuk Maksud P.49 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2008 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

50 DR.10.12.2007

Wang sebanyak RM3,360,000,000 untuk Maksud P.49 diluluskan jadi sebahagian

daripada Anggaran Pembangunan 2008.

Maksud B.60 [Jadual] – Maksud P.60 [Anggaran Pembangunan 2008] –

Tuan Pengerusi: Sekarang Kementerian Pertahanan. Kepala Bekalan B.60 dan Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Ya, Bukit Bintang.

3.12 ptg.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk 050100 – Pengurusan. Saya ingin membangkitkan kebajikan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari semua cawangan termasuk juga bekas tentera. Kita semua maklum bahawa anggota tentera telah memberi pengorbanan yang tinggi kepada negara dan kami dari DAP pun mengakui dan menghargai sumbangan mereka dalam mempertahankan negara, tetapi kita lupa untuk meletakkan tempat yang sewajarnya pengorbanan mereka ke tahap yang lebih baik berbanding anggota perkhidmatan bukan beruniform seperti tangga gaji mereka, elaun perkhidmatan atau tugas berat yang terpaksa dipikul dan bonus tahunan.

Saya tidak pasti sama ada anggota turut terlibat dalam kenaikan gaji kakitangan awam pada Julai lalu. Jika ada pun, mereka barangkali tidak menerima bonus tahunan yang sangat diperlukan untuk perbelanjaan keluarga seperti persekolahan anak-anak bagi tahun 2008. Dengan kos sara hidup di Kuala Lumpur dan bandar besar yang lain semakin meningkat, keluarga mereka terpaksa berhati-hati dalam perbelanjaan kerana sibuk dengan tugas yang berat, tidak mungkin mereka melakukan kerja sambilan seperti perniagaan secara kecil-kecilan bagi membolehkan mereka menumpukan tugas negara tanpa fikiran mereka berserabut dengan masalah kewangan keluarga.

Kementerian hendaklah mengkaji semula sama ada elaun yang dibayar kepada mereka masih lagi wajar dan berpatutan dengan situasi masa kini. Sebagai contoh, askar wataniah – kedudukan mereka lebih rendah dengan anggota tentera yang tetap. Anggota biasa tentera boleh menerima pencen bulanan tetapi bekas askar wataniah tidak menerima apa-apa bantuan atau pencen. Mereka hanya diberi sagu hati semasa bersara. Habis wang sagu hati, maka tiada lagi sumber pendapatan mereka. Apatah lagi mereka yang sakit, cacat anggota dan sebagainya, kebajikan mereka hendaklah diberikan perhatian serius walaupun mereka sudah tidak lagi berkhidmat. Kerajaan harus memberi keutamaan seperti menyewa rumah awam ataupun PPR kerajaan dan juga lesen penjaja oleh pihak berkuasa tempatan dan lesen teksi untuk mereka mencari rezeki harian. Jika kerajaan hendak membeli senjata peralatan baru untuk menggantikan yang lama, maka kerajaan tidak boleh mengabaikan pesara dan bekas tentera daripada menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Tuan Pengerusi, misalnya mengikut Butiran 00200, tentera darat membelanjakan untuk kelengkapan berjumlah RM1,303,873,200 manakala tentera udara di bawah Butiran 00600 membelanjakan untuk kelengkapan berjumlah RM1,481,675,000. Kedua-dua adalah satu jumlah perbelanjaan yang besar. Saya ingin bertanya apakah tujuan perbelanjaan tersebut dan apakah jenis senjata dan kelengkapan yang akan dibeli dan butir-butir pembelian. Mengapakah angka ini terlalu besar dan apakah sudah terjadi dengan senjata dengan kelengkapan yang sedia ada? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Kuala Selangor.

3.16 ptg.

Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh satu sahaja butiran 060000 berkaitan Latihan Khidmat Negara. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian dan juga pihak

DR.10.12.2007 51

pengurusan PLKN yang telah dapat mengadakan program secara berterusan yang telah dapat memberi kesan yang cukup baik kepada semangat patriotik dan jati diri dan juga ke arah untuk memupuk perpaduan pelbagai kaum sebagai satu proses untuk menjana modal insan di negara kita menjelang tahun 2020.

Namun saya percaya ada juga beberapa kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah pemeriksaan telah dijalankan kepada lebih kurang 80 kem latihan yang ada dalam negara kita. Maksud saya, post-mortem telah dilakukan untuk penambahbaikan agar kem ini benar-benar mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada rakyat, khususnya daripada ibu bapa. Saya bangkitkan perkara ini, kita sedia maklum kebelakangan ini atau sejak kem latihan ini diwujudkan mulai tahun 2004, tidak kurang daripada tujuh orang telah pun meninggal dunia di kem latihan.

Yang terbaru seorang pelatih PLKN dari Kuala Selangor, Allahyarham Mohd. Rafi Ameer telah meninggal pada 1 September di Kem Latihan Cheneh Cemerlang (KLCC), Kemaman, Terengganu akibat daripada termakan makanan yang mengandungi najis haiwan iaitu tikus. Saya difahamkan juga senario daripada kematian ini didapati pihak pengurusan PLKN, saya anggap tidak bertanggungjawab, tidak memberi layanan kepada pesakit, kepada Allahyarham dan juga kepada keluarga yang ingin mengetahui kedudukan Allahyarham pada ketika itu sehingga saya difahamkan pihak pengurusan cuma diberikan pil Panadol ketika dua kali berjumpa dengan kakitangan perubatan di kem yang saya sendiri dapat menemu bual dengan komander kem semasa pengebumian arwah yang beliau mengakui bahawa, “Saya nampak kelemahan dan kekurangan yang menjadi pertikaian oleh keluarga”.

Saya difahamkan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga sebagai Pengerusi PLKN telah meminta siasatan diadakan dengan segera. Daripada maklumat yang saya terima bahawa memang ada kepincangan di pihak pengurusan PLKN. Itu sebab saya bangkitkan tadi adakah pemeriksaan dan post-mortem dilakukan kepada semua kerana kita tidak mahu KLCC menjadi contoh yang tidak baik kepada kem-kem yang lain.

Itulah sebabnya saya dengar sebelum ini atas arahan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa semua pelatih PLKN mesti mengemukakan laporan peribadi, laporan perubatan. Selepas arahan dibuat dan daripada semakan saya dengan komander kem itu sendiri bahawa Allahyarham telah pun mengemukakan maklumat peribadi tetapi pihak pengurusan mengatakan tidak. Saya difahamkan bahawa arahan yang dibuat menyeluruh tidak dilaksanakan oleh pihak pengurusan di negara kita ini.

Begitu juga dengan terjadinya layanan buruk dari segi perubatan PLKN dan akhirnya hari ini kementerian telah meminta bantuan daripada Kementerian Kesihatan untuk menghantar petugas-petugas perubatan ke kem-kem di seluruh negara. Saya hendak tahu apakah perkembangan keputusan dan arahan ini telah dilaksanakan dan yang lebih penting saya percaya setiap pelatih PLKN telah pun diinsuranskan. Saya hendak tahu juga keputusan siasatan yang berkenaan dan apakah tindakan yang telah diambil, yang telah dilakukan kepada pengurusan yang lalai. Saya hendak tahu juga...

Tuan Pengerusi: Baik. Cukup, Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor]: Adakah pampasan telah diberikan oleh pihak kementerian PLKN - kerajaan kepada keluarga mangsa.

Tuan Pengerusi: Beralih kepada subjek lain, kalau ada.

Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor]: Ya, silakan, Yang Berhormat bagi Larut.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Boleh saya minta penjelasan sedikit mengenai khidmat negara, bukan? Masih dalam khidmat negara?

Tuan Pengerusi, kalau boleh izinkan saya mengalu-alukan pelajar-pelajar Asrama Anak Yatim Darul Iman, Marang, Terengganu. Memanglah tujuan khidmat negara ini bertujuan untuk mendisiplinkan, mengembalikan balik semangat patriotik kepada generasi

52 DR.10.12.2007

muda kita. Permasalahannya sekarang ini kerajaan memang menyewa kepada pihak-pihak tertentu bagi membantu menjalani kursus latihan ini.

Tadi Yang Berhormat menyebut tentang persediaan yang tidak menuruti kehendak-kehendak piagam yang diberikan. Saya senang sahaja Yang Berhormat, saya minta kerjasama Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat bersetuju yang mana tidak mengikut segala peraturan ini tutup. Arahkan kepada mereka supaya berhenti dan beri kepada orang lain. Apa pandangan Yang Berhormat?

Kalau tidak ia akan berulang lagi dan akhirnya yang menjadi mangsa ialah kepada pelajar-pelajar yang sebenarnya memang seronok kerana kalau mengikut tinjauan yang dibuat secara rambang, pelajar-pelajar cukup suka sangat hendak mengikuti khidmat negara ini bahkan yang tidak dapat pun merasa kesal oleh kerana bilangan yang terhad. Apakah Yang Berhormat bersetuju mereka yang tidak menurut kehendak pihak Kementerian Pertahanan diberi notis, ditutup dan diganti kepada pihak-pihak yang mahu mengendalikan program ini. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor]: Saya bersetuju sangat, Yang Berhormat bagi Larut. Seperti yang saya sebutkan tadi pemeriksaan post-mortem kepada semua kem, mana yang lemah yang kurang, kerajaan mesti bertindak tegas, menutup dan memberikan kepada mereka yang berkemampuan. Sekian, saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi: Jasin.

3.25 ptg.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi kepada satu butiran sahaja iaitu 010100 - Pentadbiran dan Dasar Pertahanan.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertahanan kerana berjaya mengadakan Program LIMA di Langkawi yang telah berjaya menarik ramai orang mempamerkan alat-alat pertahanan dan juga orang ramai di situ pun gembira dengan acara yang begitu besar di Langkawi dan telah berjaya.

Apa yang hendak saya kemukakan ialah kursus peralihan untuk anggota-anggota keselamatan menjelang bersara. Saya banyak juga dapat rungutan daripada mereka bekas tentera yang mengatakan bahawa kursus peralihan ini ada yang bercakap seolah-olah macam membuang masa. Ini kerana kursus-kursus yang ditawarkan ini tidak ada berkaitan dengan kerjaya mereka selepas mereka bersara. Cuba Tuan Pengerusi lihat, ada di antara mereka ini pergi kursus mengandam. Mengandam! Askar yang begitu sihat dan gagah pergi kursus mengandam?

Tuan Pengerusi: Kursus apa?

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Kursus mengandam. Jadi tukang andam pengantin. Jadi, seolah-olahnya Kementerian Pertahanan ini ingin mengambil hati kepada orang yang menganjurkan kursus ini. Saya difahamkan orang yang menganjurkan kursus mengandam ini adalah isteri panglima-panglima! Mengapa tidak Kementerian Pertahanan ini melihat kita ada Institut Latihan Perindustrian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia dan sebagainya, mengapa tidak bekas-bekas askar kita ini ataupun anggota tentera kita yang akan bersara pergi ke kursus-kursus peralihan di institut perindustrian mengenai mesin dan sebagainya. Akhirnya mereka mendapat pengalaman di kursus-kursus perindustrian ini dan kita boleh serapkan dalam tenaga kerja yang kita perlukan di sektor industri.

Saya pernah juga mengambil mereka ini bekerja di tempat saya dahulu. Akhirnya dia bukan datang hendak belajar hanya hendak menghabiskan masa enam bulan atau berapa bulan kursus peralihannya itu. Penyudahnya dia belajar di tempat saya, dekat pam minyak saya sebagai mekanik kononnya tetapi akhirnya dia tidak menjadi mekanik, dia jadi jaga. Dia bekerja dengan syarikat sekuriti.

Jadi saya tengok, adalah lebih baik kalau kita menghantar anggota tentera kita yang akan bersara ini ke kursus-kursus yang relevan, yang diperlukan oleh industri. Paling

DR.10.12.2007 53

tidak kita boleh serapkan kepada industri-industri kita ini yang memerlukan tenaga-tenaga lagi. Saya penuh yakin dan percaya kalau ini dapat kita jalankan kemungkinan besar industri ini tidak terlalu bergantung pada tenaga buruh asing. Silakan, Yang Berhormat bagi Sabak Bernam.

Tuan Pengerusi: Ya, Sabak Bernam.

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat bagi Jasin. Saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat bagi Jasin, bekas tentera ataupun askar ini sebenarnya seorang yang sangat berpengalaman dari segi disiplin diri menjaga keselamatan dan sebagainya. Yang Berhormat bagi Jasin ada menyebut bahawa ramai yang terlibat dalam menjaga keselamatan, sekuriti, jaga dan sebagainya. Bagi saya mereka ini sepatutnya diberikan satu keutamaan untuk memimpin di kalangan masyarakat di peringkat akar umbi dan pihak kerajaan kita sarankan supaya mereka ini yang mempunyai pengalaman yang begitu penting dalam menjaga keselamatan supaya diberi keutamaan umpamanya dalam jawatan seperti ketua kampung, Pengurus JKK, Pengerusi Persatuan Penduduk dan sebagainya dengan diberikan satu bentuk elaun bagi menjaga keselamatan bagi menjaga kawasan masing-masing. Apa pandangan Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat bagi Sabak Bernam. Bukan kata semuanya boleh kerana cara penghidupan anggota tentera kita ini dengan penuh disiplin dan cara itu bukan semua boleh menjadi ketua kampung. Kalau dia buat disiplin askar di kampung pun haru-biru kampung kita. [Ketawa] Jadi, yang mana boleh, okey, tetapi biarlah kita minta mereka ini supaya kita siapkan mereka ini dengan latihan yang boleh memberi manfaat kepada mereka selepas bersara.

Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: [Bangun]

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Silakan, Yang Berhormat bagi Beluran.

Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Jasin. Saya cuma ingin elaboration daripada Yang Berhormat. Bagi mereka askar yang bersara pada umur 50 tahun, apa bentuk kursus yang sesuai yang difikirkan oleh Yang Berhormat. Kalau kita train mereka untuk menjadi mekanik pada umur 50 tahun tentulah tidak sesuai, Tuan Yang di-Pertua. Mungkin kementerian harus melihat bentuk dan pendekatan yang lebih sesuai bagi mereka. Under age, umur 50 tahun, tentulah tugas mekanik, kerja buruh ladang dan sebagainya tidak sesuai bagi mereka tetapi mungkin pendekatan dari segi untuk mengajar mereka membuka perniagaan kecil, entrepreneurship training, kursus dan sebagainya mungkin itu lebih sesuai. Adakah Yang Berhormat melihat perkara ini? Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih Beluran. Sebenarnya mereka pencen biasanya kebanyakan pesara tentera yang non commanding officers yang di peringkat bawah ini sekitar umur 40. Muda lagi. Sekitar umur 40. Memang saya setuju kalau ada kursus-kursus peruncitan untuk mereka melibatkan diri dalam perniagaan, memang kita setuju. Tetapi biarlah kementerian itu pilih kursus-kursus yang dapat memanfaatkan kepada masa depan mereka. Kalau setakat kursus pak andam, mak andam yang pada saya tak kena dengan jiwa seorang tentera ini Tuan Pengerusi. Oleh yang demikian, saya berharap kementerian melihat tentang perkara ini dan saya mengucapkan terima kasih dan saya menyokong Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Pensiangan.

3.31 ptg.

Datuk Bernard S. Maraat @ Ben [Pensiangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang siap siaga untuk menjawab. Dalam kesiapsiagaan negara dan dalam usaha kita memperkasakan pertahanan kita macam-macam perkara yang telah dibuat. Jentera-jentera peperangan sudah kita beli dan

54 DR.10.12.2007

sebagainya untuk memperkasakan lagi, dan saya berterima kasih kepada kementerian ini sebab sempadan Malaysia-Indonesia Tuan Pengerusi bahawa tiga tempat iaitu di Saliku, di Bantul dan juga di Saliliran. Ketiga-tiga tempat ini adalah bersempadanan dengan Malaysia-Indonesia.

Permasalahan sekarang Tuan Pengerusi saya menyentuh Butiran 01100 - Pengubahsuaian dan Pembaikan Kem/Pengkalan Tentera dan saya juga sebutkan Butiran 010100 - Pentadbiran dan Dasar Pertahanan, yang kedua-dua ini ada hubung kait dengan kem Bantul.

Baru-baru ini saya telah bersama-sama dengan penduduk kampung Tuan Pengerusi, dan mereka telah membuat bantahan mengenai dengan pembinaan kem tentera pos di Bantul disebabkan tempat ini berhampiran dengan kampung mereka, dan beberapa perkara yang mereka timbulkan antara lain dari segi sekuriti, daripada segi sosial dan sebagainya dan mereka minta Tuan Pengerusi supaya tempat ini ditempatkan di tempat lain yang berhampiran. Jadi saya mintalah supaya tempat ini difikirkan oleh kementerian ini lebih-lebih lagi kalau kita lihat dalam objektif yang telah pun disebutkan di sini, bahawa perhubungan di antara orang awam dengan tentera itu mestilah selesa dan sentiasa serasi dan sebagainya.

Oleh yang demikian, saya minta supaya kementerian ini untuk melihat bahawa baru-baru ini saya mendengar Tuan Pengerusi, mereka hendak tarik tentera ini daripada kawasan tersebut. National defense we cannot compromise, dengan izin. Oleh yang demikian saya minta kementerian untuk meneliti dengan secara terperinci mengenai dengan kedudukan pos tentera di Bantul. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Tanjong.

3.33 ptg.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Butiran 06000 - Latihan Khidmat Negara, iaitu atas tajuk kerajaan hendaklah memastikan Kem Sri Impian di Pulau Pinang selamat untuk peserta Latihan Khidmat Negara dan juga jiran-jiran bersempadanan dengan kem itu.

Tuan Pengerusi, saya telah menerima aduan daripada sekumpulan penduduk yang merupakan tuan punya tanah bagi lot-lot berjiran dengan sebuah kem Latihan Khidmat Negara yang baru, yang sedang dibina iaitu Kem Sri Mutiara di Balik Pulau negeri Pulau Pinang. Kem Sri Mutiara menduduki lot-lot 296, 298 dan 71 mukim A daerah Barat Daya Pulau Pinang. Kem ini dalam proses pembinaan dan dijangka siap dalam masa terdekat. Aduan-aduan adalah seperti berikut:-

(i) kerja tanah atas lereng bukit yang amat curam dan hanya disokong oleh timbunan tayar-tayar lama;

(ii) lereng bukit telah dipotong dan tebing dengan ketinggian 10 meter adalah didirikan tanpa tembok penahan atau retaining wall dan sistem saluran yang sesuai.

Penduduk-penduduk di sekitar itu merasa sangat khuatir memandangkan satu kolam dengan muatan kapasiti 8 juta liter adalah atas lereng bukit tersebut. Sekiranya kolam tersebut over flow dan tekanan air yang kuat, maka kesannya ialah pecahan kolam yang memberi impak seperti kepecahan empangan kecil. Ini akan memberi kesan sampingan tanah runtuh dan banjir besar ke atas jiran-jiran kepada kem tersebut, dan juga membahayakan peserta-peserta Program Latihan Khidmat Negara. Jalan kampung yang sedia ada juga dirosakkan akibat daripada jentera-jentera berat, kerja tanah dan habuk yang amat teruk. Semasa hujan, kebanjiran dan mud slide telah berlaku dan ini telah merosakkan harta benda dan tanaman penduduk-penduduk sekitar kem tersebut.

Pada 15 Februari tahun ini lebih kurang 30,000 biji tayar lama yang digunakan itu telah terbakar dan pokok buah-buahan milik jiran telah mati terbakar. Pihak pengurusan kem iaitu Mudik Emas Sendirian Berhad dan syarikat insuransnya enggan memberi pampasan kepada jiran-jiran atas kebakaran tersebut. Akibat kerja tanah, pencemaran air

DR.10.12.2007 55

akibat daripada kerja tanah telah menyebabkan kerosakan kebun organik di lot-lot sebelah, iaitu lot 451 dan 452. Mud flow ke dalam kebun organik itu telah menyebabkan kerugian kepada kebun organik tersebut. Pihak pengurusan kem juga enggan memberi pampasan atas pencemaran air serta mud flow tersebut.

Jadi saya berharap kerajaan dan kementerian akan mengambil langkah-langkah keselamatan untuk memastikan Kem Sri Impian di Balik Pulau ini selamat digunakan oleh para peserta Latihan Khidmat Negara. Satu pasukan audit dari kementerian hendaklah dihantar untuk memantau projek pembinaan Kem Sri Impian ini. Di samping itu aduan-aduan oleh penduduk yang berjiran dengan kem juga hendaklah diambil tindakan susulan oleh kementerian.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020000 - Bantuan Bersama. Angkatan Tentera Malaysia ingin mencapai tahap kesiapsiagaan yang tinggi, iaitu 70% untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara. Jadi dengan matlamat ini perlulah peruntukan yang mencukupi untuk memperoleh aset yang terkini dan mengikuti perkembangan teknologi.

Saya ingin tahu dari kementerian dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kesan-kesan usaha perolehan peralatan negara ini atau ATM yang begitu banyak beberapa tahun kebelakangan ini terhadap perhubungan negara Malaysia dengan negara-negara jiran misalnya Singapura, Indonesia, Filipina dan negara Thai yang mempunyai sempadan darat dan laut dengan Malaysia. Apakah ancaman yang sedang dihadapi di perairan Ambalat di antara Malaysia dan Indonesia, dan apakah ATM mengambil langkah untuk menjaga kepentingan negara misalnya dalam pertikaian pulau-pulau di antara Malaysia dan Indonesia.

Dengan perolehan yang begitu banyak apakah reaksi kerajaan ataupun tentera-tentera di negara jiran kita. Jadi saya berharap kementerian dapat memantau reaksi daripada rakyat dan media khususnya di Indonesia berhubung dengan perolehan peralatan yang begitu banyak oleh ATM Malaysia, dan akhirnya berhubung dengan procurement peralatan dan kelengkapan apakah kementerian mempunyai, apakah sistem yang digunakan oleh kementerian dalam hal procurement ini.

Apakah procurement selalunya dijalankan di antara G to G atau Government dengan Government? Apakah kementerian menggunakan agen untuk mengenal pasti keperluan peralatan ATM dan buat rekomendasi kepada kementerian? Jadi saya berharap perkara ini dapat diberi penjelasan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Sabak Bernam.

3.40 ptg.

Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sabak Bernam ingin menyentuh pada dasarnya satu butiran sahaja iaitu Bantuan Bersama, 020000 dan juga 070300. Tetapi sebelum itu, Sabak Bernam ingin merakamkan tahniah terhadap kejayaan LIMA dan kita berharap ia bukan setakat satu pameran persenjataan semata-mata, tetapi wajar dimanfaatkan untuk ketenteraan kita agar keselamatan dan kedaulatan negara kita akan lebih dimantapkan lagi.

Dalam konteks bantuan bersama ini, Sabak Bernam pernah mencadangkan supaya angkatan tentera ini sanggup untuk bekerjasama secara rapat dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dalam memerangi musuh nombor satu negara. Sabak Bernam yakin sebenarnya bahawa di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi oleh AADK dan narkotik PDRM di mana penagih dadah dan juga pengedar dadah secara bebas bergerak supaya diletakkan di sini, angkatan tentera satu platun diletakkan di situ. Mungkin dalam dua atau tiga bulan dan Sabak Bernam yakin kegiatan pengedaran dan juga penagihan ini akan dapat dihentikan. Jadi bolehlah umpamanya kerajaan nanti akan umumkan ke arah dadah sifar daripada semasa ke semasa. Kampung tertentu, kawasan tertentu, sifar dadah.

Jadi oleh sebab itu, jawapan yang diberikan oleh pihak kementerian ialah supaya atau kerana pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tidak memohon untuk meminta

56 DR.10.12.2007

bantuan itu. Jadi Sabak Bernam mencadangkan khususnya kepada Timbalan Menteri Pertahanan yang ada, mantan Presiden Pengerusi PEMADAM Negeri yang jelas mengenai perkara itu supaya diambil tindakan proaktif kerana data sebenarnya menunjukkan bahawa masalah pengedaran dadah, masalah penagihan dadah terus berkembang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat bagi Kuala Langat.

3.43 ptg.

Datuk Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. 030300 mengenai dengan latihan. Dahulu kita ada Boys wing, sekarang tidak tahu sama ada Boys wing itu wujud atau tidak? Tetapi sekarang ini RMC. Diharap supaya RMC ini dibuka kepada semua anak didik kita. Kalau dahulu daripada Boys wing kita pergi RMC, dan memang di RMC ini, latihan kepimpinan itu memanglah teruji.

Dewasa ini sememangnya RMC ini memainkan peranan yang penting dan saya rasa sekarang ini semua kelulusan RMC disalurkan terus menjadi karier ketenteraan. Saya ingin tahu sama ada karier ini boleh diperluaskan lagi kepada profesion-profesion yang lain. Misalnya semasa saya berkhidmat dalam perkhidmatan tadbir dan diplomatik dahulu, ramai rakan-rakan saya PTD yang lulusan daripada RMC. Misalnya Tan Sri Samsuddin Osman bekas RMC dan pegawai-pegawai yang lain-lain. Jadi saya hendak tanya kepada kementerian, sama ada lulusan RMC ini boleh dibuka kepada profesion yang lain ataupun hanya untuk menjadi karier ketenteraan? Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Saya beri Yang Berhormat bagi Bagan.

3.44 ptg.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. 040000 - Pertahanan Maritim. Tuan Pengerusi, kes nelayan diculik oleh angkatan tentera atau lanun dari negara asing sering dilaporkan tetapi kerajaan menafikan ada berlakunya kes-kes seperti ini.

Saya telah banyak kali membangkitkan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini. Pada dua, tiga hari yang lepas Timbalan Menteri Penerangan merangkap Yang Berhormat dari Bagan Datok, beliau pun ada turun padang dan berdialog dengan nelayan-nelayan di Bagan Pasir, di negeri Perak. Nelayan-nelayan menyuarakan kes-kes colek nelayan-nelayan di perairan antarabangsa dan Timbalan Menteri ada menyeru nelayan-nelayan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh supaya kerajaan boleh menyiasat perkara ini.

Tetapi, hari ini dalam surat khabar Nan Yang Siang Pau, Setiausaha dan Pengerusi Koperasi Nelayan Hilir Perak telah memberitahu dalam surat khabar Nan Yang Siang Pau apabila kes-kes seperti ini berlaku, mereka ada melaporkan kepada pihak polis. Mereka pun ada membuktikan kedudukan GPRS perahu mereka kepada pihak-pihak polis dan berharap polis boleh menyiasat, tetapi sehingga sekarang polis pun tidak ada satu hasil siasatan.

Mereka juga menuduh bahawa kes seperti ini apabila perahu mereka kena tahan di negara asing, mereka diseru atau dipanggil untuk memasukkan sejumlah wang yang besar ke dalam satu nombor akaun di bank negara kita. Mengapa ada nombor akaun di dalam bank negara kita? Telah dibuat laporan polis dan juga tidak ada kesan dari siasatan ini. Dalam hal ini, pasukan maritim kita memainkan satu peranan yang mustahak dan penting dalam mencegah perahu-perahu asing mencerobohi negara kita. Saya ingin bertanya, dalam tahun ini sahaja bilangan kes pencerobohan wilayah Malaysia ini oleh perahu asing dan mengapa mereka hendak menceroboh?

Yang kedua, bilangan kes nelayan kita yang diberkas oleh pasukan tentera atau lanun-lanun negara asing untuk tahun ini sahaja, dan bilangan nelayan dan perahu yang masih dalam tahanan negara asing dan apakah bantuan dan tindakan yang boleh diambil untuk menolong mereka? Tuan Pengerusi, saya juga pernah membaca dalam surat khabar

DR.10.12.2007 57

banduan-banduan yang ditahan di negara asing, mereka perlu menghantar surat untuk panggil ahli keluarga mereka untuk menghantar duit kepada mereka dalam jel supaya memberi sogokan kepada penjaga-penjaga di dalam jel. Jika sekiranya tidak hantar duit setiap bulan, maka sampai makanan, minuman dan pakaian semua pun tidak boleh diberi. Jadi mereka hidup dalam kesengsaraan.

Saya ingin juga tahu masa respons selepas menerima panggilan bantuan oleh kapal atau perahu kita apabila mereka menghadapi masalah di lautan. Tuan Pengerusi, satu lagi 050000 - Pertahanan Ruang Udara. Minggu lepas dalam pameran LIMA di Pulau Langkawi, ada tiga orang askar terjun payung maut. Saya ingin bertanya, mengapa ini boleh berlaku? Sekian sahaja, Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat bagi Pasir Puteh.

3.48 ptg.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. 070100 dalam Dasar Baru, Pentadbiran dan Dasar Pertahanan. Saya ingin tahu Kementerian Pertahanan, apakah ada kita buat kajian kapal-kapal perang lama yang masih digunakan yang masih tidak selamat untuk ditukar baru atau dihentikan penggunaannya?

Yang kedua, senjata-senjata lama. Saya bimbang kalau kita berperang tidak meletup, Tuan Pengerusi. Kita tukar senjata baru. Kalau tidak mampu pun, tukar berperingkat-peringkat. Beli kalau boleh yang canggih. Guna computerise. Usah kita bersusah untuk menggunakan ini. Kalau kita menggunakan senjata moden, biarlah moden cara penggunaannya, sistematik. Yang akhir sekali, 070500...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan, minta penjelasan.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Ya, pendek sahaja.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat Pasir Puteh. Sekarang kita bukan dalam peperangan. Kenapa beli senjata yang begitu moden, untuk buat apa? Dalam fikiran Yang Berhormat, negara manakah yang akan menyerang Malaysia ataupun Malaysia akan menyerang dia?

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tuan Pengerusi, Seputeh tanya pelik. Kita tidak semestinya berperang. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bersiap sedia sebelum orang serang kita. Mana tahu orang serang kita, dia bagi tahu tidak? Saya rasa, dia tidak bagi tahu bila hendak serang kita. Maka sebab itu dalam gagasan sepuluh Islam Hadhari, yang kesepuluh ialah kekuatan pertahanan. Saya ambil ini, perspektif Islam Hadhari kena bersiap sedia. Kalau besok orang serang, baru hendak beli senjata, sedia payung sebelum hujan. Kalau sudah hujan baru sedia payung, tidak guna.

Saya hendak habiskan Butiran saya, terima kasih. Butiran 070500 - Pertahanan Ruang Udara. Saya rasa, radar-radar kita bagus check balik. Saya tengok radar semasa perang Israel-Mesir, saya di Mesir ketika itu, saya tengok cukup canggih radar boleh kesan kapal selam, radar boleh kesan SUM7 yang digunakan itu. Sekiranya radar boleh kesan, maka sudah tentu kalau radar ini boleh kesan kita boleh lepas peluru berpandu kita. Jadi kalau kita hanya guna radar yang tidak canggih, saya rasa pertahanan kita tidak kuat. Maka dengan itu Tuan Pengerusi, saya ambil berat pertahanan kerana nasi makan, air minum kita, kalah menang bukan kita berperang. Kita negara yang berkecuali, tapi kita tidak menjual, kita membeli, kalau orang jual kita beli. Kita tidak akan jual kepada orang. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, Kuala Pilah. Ringkas sahaja.

3.53 ptg.

Datuk Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya pendek sahaja dua perkara. Yang pertamanya ialah berkenaan Butiran 060000 - Latihan Khidmat Negara. Semenjak Latihan Khidmat Negara yang telah lama dimulakan berkat

58 DR.10.12.2007

daripada teguran, pandangan daripada banyak pihak, keadaan Latihan Khidmat Negara ini telah menempuh satu tahap di mana kita bangga atas kejayaannya. Jadi apa yang telah disuarakan oleh pihak pembangkang dahulu adalah merupakan satu suara kosong sahaja. Oleh kerana rakyat hari ini telah dapat menilai dan mengetahui bahawa, latihan ini telah membawa satu kesan yang baik bukan sahaja dari segi penyiapan remaja kita dalam menempuh arus masa depan negara ini dengan tahap ketahanan dirinya dari segi fizikal, mental, perpaduan dilihat sebagai sesuatu yang amat berjaya sekali, kita mengucapkan tahniah.

Jadi ada ura-ura dahulu saya difahamkan, hendak menubuhkan kepada mereka yang pernah mengikuti Latihan Khidmat Negara ini di beberapa kem supaya khidmat mereka ini, sumbangan mereka ini tidak hanya berhenti setelah selesai latihan. Ada difahamkan hendak menubuhkan alumni. Adakah perkara ini telah dilaksanakan, dan kalau sudah dilaksanakan, apakah perancangan-perancangan dari pihak kementerian untuk mengambil para bekas pelatih ini dalam konteks untuk memberi sumbangan ataupun pemantauan supaya kita dapat melihat apa yang mereka terima selama tiga bulan ini nanti, memang boleh mereka pergunakan untuk penyiapan diri dalam menempuh zaman dewasa mereka kelak. Jadi apakah perancangan yang dibuat oleh pihak kementerian dalam soal untuk mengumpulkan bekas peserta Latihan Khidmat Negara ini?

Keduanya Tuan Pengerusi, ialah berkenaan dengan Butiran 01100 -Pengubahsuaian dan Pembaikan Kem/Pangkalan Tentera. Port Dickson di Negeri Sembilan merupakan pusat latihan yang telah menghasilkan ramai tentera yang begitu berjasa kepada negara di Pusat Latihan Rekrut di Port Dickson dan sebagainya. Akhir-akhir ini Port Dickson bukan sahaja dilihat sebagai tempat latihan tentera, tapi juga tempat untuk pelancongan, tumpuan pelancongan. Oleh kerana itu dirasakan pada hari ini Port Dickson tidak begitu sesuai lagi untuk diletakkan sebagai tempat untuk latihan tentera ataupun tumpuan kepada tentera.

Ada dirasakan bandar Port Dickson ini supaya dapat dipindahkan sebahagian daripada kem-kem ini, dipindahkan kepada tempat-tempat lain. Ataupun dalam lain perkataan diubah suai, dibaiki kem-kem ini dan disebarkan kepada tempat-tempat lain. Ada kedengaran rancangan untuk hendak memindahkan kem ini ke Kuala Pilah. Jadi saya mahu tahu ialah, setakat mana rancangan untuk hendak memindahkan kem tentera di Port Dickson ini, untuk berpindah ke tempat lain, khususnya di Kuala Pilah. Kalaulah benar ini akan berlaku, saya cukup yakin bahawa Kuala Pilah akan bertambah maju untuk masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Baik ada lagi? Ya, Santubong.

3.57 ptg.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang pertama di bawah Butiran 010000 - Pentadbiran Pertahanan. Saya cukup yakin bahawa sebilangan besar daripada anggota daripada dalam pertahanan ini, tentera ini adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Jadi yang saya tanyakan di sini ialah, apakah tindakan telah yang atau bakal diambil oleh pihak kementerian dan kerajaan untuk menarik etnik lain, selain daripada orang bumiputera di Sarawak memang berminat dengan hal ketenteraan ini. Apakah insentif yang diberi, kerana baru-baru ini saya ada melawat satu pertubuhan orang Nasrani di seluruh Semenanjung, saya dapati banyak kumpulan ini telah mencapai tahap yang cemerlang yang tinggi sampai ke Admiral sampai ke Jeneral pun ada, tapi padahal golongan mereka adalah golongan yang terkecil. Jadi persoalan saya, apakah tindakan untuk mengambil atau menarik kaum khususnya Cina dan India untuk memasuki dalam tentera ini, itu yang pertama.

Kedua, Butiran 020200 - Logistik...

Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Santubong. Tentang benefit yang disebutkan tadi, saya ingin tanya Yang Berhormat bagi Santubong tentang pingat-pingat tentera yang dibagi kepada tentera, dan kemudian bersara daripada tentera, umpamanya seorang yang bernama Encik Kanang ak. Langkau di Sarawak yang

DR.10.12.2007 59

menerima Pingat Gagah Berani dan juga Seri Pahlawan ini PGB dan SP, tetapi kita melihat bahawa selepas berhenti menjadi daripada menjadi tentera, pingat ini ataupun tentera tidak melihat kebajikan, tidak banyak mana yang dibantu oleh tenteralah, pertubuhan bekas tentera...

Tuan Pengerusi: Ya, baik.

Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: ... lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai pingat yang lebih tinggi, bukan itu sahaja kita melihat bahawa this particular Encik Kanang ak. Langkau ini, protokol pun tidak dibagi kepada beliau selepas diberi pingat yang begini besar. Apa pendapat Yang Berhormat?

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, dan terima kasih Yang Berhormat daripada Beluran. Sebenarnya saya terlupa perkara ini, amat penting sekali. Pada satu ketika dahulu pada tahun 1993 kalau tidak salah saya, apabila mereka ini mendapat Pingat Gagah Berani (PGB) ini dijanjikan oleh salah sebuah negeri di Semenanjung, diberi tanah. Selepas 6 tahun itu saya berjumpa dengan Encik Kanang ak. Langkau, tanya ada atau tidak negeri ini menunaikan janji? Jawapannya jangan tunai janji, surat janji pun tidak ada. Akujanji pun tidak terima. [Ketawa]

Saya kenal betul dengan Encik Kanang ak. Langkau ini, jadi saya pun melihat di mana tempat dia menembak kerana tempat dia menembak itu kami pun ada pernah menembak di sana juga, kurang lebih sebulan sebelum itu. Jadi Encik Kanang ak. Langkau bunuh enam orang, tapi kami bunuh lima orang komunis pada ketika itu. Jadi saya mengetahui sejarah tapi masalahnya, apakah tindakan kementerian supaya jangan orang yang dijanji ini merasa kecewa. Sudahlah menjadi perwira, pahlawan, diberi bintang penghargaan oleh kerajaan, lepas itu semua orang besar-besar, Menteri, Menteri Besar, semua hendak keluar surat khabar, political gimik, berkata dan berjanji hendak bagi ini, bagi itu. Akhirnya bila Kanang retire balik ke kawasan Lubok Antu...

Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Sri Aman.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Ya, Sri Aman, saya jumpa dia masuk, dia masuk PBB itu, orang PBB tu Tuan Pengerusi. Saya jumpa dia, malangnya Kanang kata tidak ada, dia jumpa saya dua kali kat pejabat.

Jadi inilah malang sejarah wira betul negara bukan wira jaguh renang, bukan wira jaguh naik bukit, bukan wira apa-apa jadi wira. Kita sekarang jatuh bukit ke sini pun jadi wira. Murah! Jadi wira Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi: Baik, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Santubong, ini berkenaan dengan Encik Kanang ini bekas tentera ini. Dia telah dapat dua; Pahlawan Gagah Berani (PGB) dan juga Sri Pahlawan. Apa yang saya difahamkan Sri Pahlawan ini kalau mengikut protokol pingat-pingat di negara kita, saya difahamkan bahawa ia tinggi daripada pingat yang diberi gelaran Tun. Saya tidak nampak layanan kepada Encik Kanang ak. Langkau ini bagaimana dalam protokol beliau? Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Minta maaf Tuan Pengerusi, saya ada sikit sahaja.

Tuan Pengerusi: Habiskan, ya.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Untuk menjawab ini dan ada satu soalan saya nak tanya, Tuan Pengerusi. Betul, kalau kita melihat sama ada peringkat negeri ataupun peringkat negara, kedudukan Pingat Gagah Berani sama ada diberi oleh negeri dan sebagainya ataupun negara khususnya memang menduduki satu tempat yang istimewa yang tertinggi. Akan tetapi malang sekali kalau ada function, kalau ada upacara-upacara yang memegang Pingat Bintang Gagah Berani ini, binokular pun tidak nampak Tuan Pengerusi! Binokular dia menyorok dekat pintu tu, kalau ada jaga pintu besar pangkat Y!

Ini kalau kita nak tengok mana hero-hero kita ini, kita kena guna binokular baru nampak dekat belakang sekali, jauh di belakang sekali. Jadi penghargaan kita itu nama

60 DR.10.12.2007

sahaja, lip services sahaja beri benda yang fizikal itu lepas itu hilang di mata hilang juga di hati.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

Jadi saya mencadangkan khususnya mereka yang menerima Bintang Gagah Berani ini daripada Yang di-Pertuan Agong, berilah... kalau tidak dapat beri pun berilah elaun sikitlah untuk menghargai, macam mana British dulu buat beri elaun kepada mereka ini. Kadang-kadang dia orang ini hidup pun payah padahal sudah memperjuangkan, menggadaikan nyawa mereka.

Saya tahu macam mana Kanang dapat pingat, dia naik satu rumah orang bom rumah itu. Lepas orang bom rumah itu dia jatuh keluar, bila dah jatuh keluar dia boleh bunuh orang lagi. Dalam keadaan sedemikian kalau kita kena bom Tuan Pengerusi, jangan kata benda mercun pun kalau dah jatuh tidak boleh bangun lagi, ini Kanang kena bom kiri kanan itu, rumah koyak rabak habis roboh terbakar tetapi Kanang masih fight back menjadi seorang hero dan pahlawan diterima dan disahkan oleh negara.

Namun malang sekarang Kanang kalau duduk pun bersama, duduk jauh di belakang. Malang sekali kita tidak menghargai jasa mereka ini, bukan Kanang seorang banyak lagi...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukup Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: ... pahlawan-pahlawan kita di negara ini yang perlu diberi perhatian yang sepatutnya.

Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat bagi Santubong, bolehkah saya tanya?

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Minta dengan Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya saya bagi peluang.

Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Satu sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ringkaslah, pendekkanlah Yang Berhormat.

Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat Santubong, apakah Yang Berhormat syorkan kepada kerajaan bagaimana hendak memberi layanan kepada Encik Kanang ini?

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Bukan Kanang sahaja, bahkan semua yang telah menerima Pingat Bintang Gagah Berani di seluruh negara sama ada Kanang, orang Iban Sarawak ataupun dia orang India daripada Semenanjung ataupun orang Melayu daripada Semenanjung, orang Cina pun ada terima juga yang saya tahu tetapi belum ada penghargaan.

Apa yang saya cadangkan ialah berilah mereka sedikit elaun kalau tidak dapat RM1,000 beri RM800 sebulan. Sekurang-kurangnya miskin macam Kanang ini dapatlah.

Kedua, berilah mereka status yang selaras dengan apa yang disenaraikan. Sebelum Tun terima Pingat Gagah Berani dulu, terima tetapi bila duduk Tun dekat depan dia dekat belakang? Dekat tandas.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Jadi minta tolonglah hargailah mereka ini. Tuan Pengerusi saya minta maaf minta ampun kerana bercakap lebih sedikit, oleh kerana perkara ini amat penting untuk menggalakkan bangsa kita fight kepada country. Jadi pahlawan negara ini pahlawan yang sebenar dengan erti kata yang sebenarnya. Terima kasih, saya menyokong.

DR.10.12.2007 61

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, saya jemput Menteri

menjawab. Ya kementerian sila. Ya, Timbalan Menteri sila.

4.05 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan [Dato’ Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Pengerusi, Kementerian Pertahanan mengucapkan penghargaan atas kepekaan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bercakap mengenai Kementerian Pertahanan dan perangkaan serta persediaan yang telah dibuat untuk melihat negara ini selamat.

Di samping itu apakah penghargaan-penghargaan yang patut dibuat kepada mereka khasnya ahli-ahli angkatan tentera yang telah berkhidmat termasuk yang telah mendapat penghormatan atas pengorbanan mereka.

Tuan Pengerusi, saya ingin menjawab soalan satu persatu daripada Yang Berhormat bagi Kuala Selangor. Yang Berhormat bagi Kuala Selangor bertanya mengenai pampasan insurans yang telah dibayar kepada keluarga pelatih yang meninggal di Kem KLCC Mohd Rafi bin Ameer. PLKN telah membayar RM35,000 kepada keluarga Allahyarham sebagai pampasan insurans.

Perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tanjong, apakah sistem yang telah digunakan dalam perolehan? Adakah melalui G to G atau melalui agen?

Dalam melaksanakan perolehan Kementerian Pertahanan melaksanakan perjanjian secara G to G sekiranya terdapat mekanisme G to G agreement. Sebagai contoh, perolehan secara foreign meretricious dengan Kerajaan Amerika dan Rosoboronexport dengan Kerajaan Rusia.

Sekiranya mekanisme G to G tidak terdapat, maka Kementerian Pertahanan menandatangani kontrak dengan syarikat-syarikat pembuat luar negara atau melalui agensi-agensi tempatan yang telah dipersetujui oleh negara kita dan diterima oleh negara pembekal.

Yang Berhormat bagi Kuala Selangor juga dalam perkara ini bertanya adakah pemeriksaan dijalankan di kem untuk mengatasi kelemahan di kem. Perkara ini sebenarnya telah banyak dipersoalkan dalam sesi lisan soal jawab.

Pemeriksaan ada dijalankan antaranya jabatan sendiri melaksanakan pemeriksaan di kem dan Jabatan Kesihatan Negeri memeriksa dari segi kebersihan dan keselamatan terutamanya di dewan masak. Pasukan Naziran kementerian yang telah dilantik menjalankan pemeriksaan kadang-kadang secara mengejut ataupun secara berkala. Jabatan lain seperti jabatan perkhidmatan, pembetung juga membuat pemeriksaan ini.

National Institute for Occupational Safety and Health juga akan diminta membuat pemeriksaan di kem-kem khidmat negara untuk memastikan alat-alat latihan adalah selamat digunakan. Laporan ini disampaikan kepada jabatan ini dan sentiasa dilaporkan dalam meeting pada setiap minggu.

Perkara lain yang dibangkitkan oleh Kuala Selangor ialah mengatasi kelemahan oleh pengurusan kem komandan. Tuan Pengerusi, PLKN telah mengadakan seminar kaunseling kepada komandan dan timbalan komandan latihan dan mereka telah didedahkan dengan budaya kaunseling yang perlu diamalkan di dalam kem-kem ini. PLKN telah mengeluarkan arahan bahawa pelatih-pelatih yang sakit atau demam dalam masa 24 jam akan dirujuk ke klinik ataupun hospital yang terdekat.

Yang Berhormat Beluran bertanya kursus mekanik yang diberikan kepada anggota-anggota yang berumur dalam latihan peralihan. Latihan peralihan ini ialah latihan persediaan di mana anggota-anggota tentera akan berhenti ataupun pencen mengikut rancangan ataupun jadual yang telah ada. Kursus latihan peralihan adalah untuk menjurus kepada memenuhi keperluan bidang pekerjaan. Semua kursus ini kebanyakannya diminta dianjurkan oleh angkatan tentera dan berdasarkan kepada permintaan anggota tentera itu sendiri.

62 DR.10.12.2007

Maka tidak hairan kalau ada anggota tentera yang mengambil sikap menghadiri

kursus untuk menghabiskan masa kursus, menghadiri kursus untuk hanya memenuhi syarat. Kursus mekanik yang diberi kepada anggota yang berumur bukan semata-mata untuk bekerja dalam sektor industri, tetapi juga tujuannya adalah untuk dalam bidang usahawan. Anggota yang mendapat ilmu kemahiran mekanik akan menjurus untuk membuka bengkel-bengkel seperti motosikal dan kereta dan di kawasan-kawasan tempat mereka menetap selepas bersara. Kerajaan juga telah mewajibkan...

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya bagi jalan, Santubong.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Ya, sila.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih atas penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Malangnya dua perkara yang berlaku saya secara peribadi mengetahui yang pertama, selepas menghadiri kursus ataupun seminar ataupun apa saja yang diberi oleh pihak kerajaan atau kementerian, malangnya mereka ini tidak lagi menjadi apa yang dikatakan marketable apabila keluar daripada military. Pihak industri kita, private sector tidak bersimpati dengan mereka ini.

Mereka ini macam orang kata dulunya untuk mempertahankan keselamatan disanjung tinggi. Inilah biasanya apabila sudah keluar, sudah jadi orang preman, dia sudah dilupakan dah. Tidak dapat masuk kerja lagi dah, janji dulu pun tak ikut lagi. Itu yang pertama. Private sector tidak bekerjasama dengan kerajaan dan macam mana tindakan kerajaan untuk membuat supaya dapat direalisasikan untuk pekerja.

Kedua, yang ingin business untuk sendiri. Malangnya semua jabatan kerajaan yang kata hendak bagi duit, sumbangan, boleh pinjam kiri, pinjam kanan ini akhirnya bertanya ada tidak tanah untuk dicagar, ada tidak cara jaminan yang boleh ditentukan. Jadi kalau yang berumur 18 tahun boleh jumpa saudara, abang dia, tapi orang kalau sudah umur 45 tahun, malang sekali bagi dia untuk mencari yang lebih muda daripada dia ataupun yang lebih tua daripada dia, lagi pun keadaan dia yang hendak mencari orang menjamin memang payah. Jadi akhirnya dia tidak mendapat modal untuk berniaga sendiri, walaupun hendak buat mekanik, workshop di tepian jalan. Jauh lagi kalau di tempat yang elok-elok.

Jadi perkara ini Tuan Pengerusi perlu diatasi kalau betul-betul hendak merealisasikan orientasi yang kita buat sebelum keluar daripada tentera ini supaya orang ini menjadi satu marketable, diterima oleh pihak swasta. Keduanya, boleh mencari sumber untuk mereka memulakan business mereka selepas itu. Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Dalam perkara ini seperti yang telah saya jawabkan tadi, pemilihan kursus-kursus adalah...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Santubong Yang Berhormat bukan Sri Aman. Yang Berhormat salah orang.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Pemilihan kursus-kursus ini satunya dianjurkan melalui nasihat kita ataupun daripada pemilihan mereka sendiri dengan memilih kursus-kursus yang mereka minati. Jadi setelah selesai kursus ini, ada mereka yang mendapat kelulusan yang baik, pengalaman yang sempurna dan apabila mereka telah mula bersara ataupun telah berhenti, banyak juga mereka ini yang berjaya mendapat pekerjaan, mendapat pekerjaan mengikut kepakaran mereka, tetapi ada juga yang mendapat pekerjaan yang tidak mengikut kursus yang telah dianjurkan. Perkara ini sedang dimonitor oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran, sama ada mereka ini menghadapi masalah.

Kita bukan sahaja melihat bekas-bekas tentera yang telah mengikuti kursus, pihak Angkatan Tentera Malaysia juga melihat anggota tentera yang telah berhenti yang tidak mendapat pekerjaan dan anak-anak mereka yang kemungkinan menghadapi kesusahan mendapat tempat belajar dan kita juga melihat tentang kesempurnaan ibu-ibu tunggal dan keluarga mereka.

DR.10.12.2007 63

Jadi kalau dilihat dari segi ini, bukan masalah kursus menjadi masalah yang agak

rumit, kita sudah menganjurkan, angkatan tentera sudah menganjurkan, angkatan tentera sudah menasihati dan cara untuk mengikuti kursus, cara untuk membuat pinjaman. Anggota angkatan tentera kita sama seperti rakyat asing apabila menceburkan diri dalam bidang perniagaan profesional ataupun separa profesional. Tahap mereka untuk mendapat pinjaman ini berdasarkan kepada kertas kerja atau kebolehan yang telah dipamerkan.

Oleh sebab itu, tidak ada sebab kalau orang kampung boleh mendapat pinjaman daripada MARA atau badan-badan yang tertentu, daripada bank-bank. Saya percaya mereka ini juga telah dilatih, telah diberi tunjuk ajar cara untuk mendapatkannya. Kalau susah mendapat mesti perkara yang diminta tidak sempurna. Saya telah menjawab, kalau dalam angkatan tentera mereka bekerja sebagai bahagian-bahagian masak, hotel bahagian katering, tapi mereka keluar membuat electrician tetapi tidak mendapat kelulusan, agak susah.

Perkara ini juga telah kita selalu menasihatkan. Bukan ini sahaja kita nasihatkan kepada anggota-anggota tentera kita, kalau tiga, empat, lima tahun lepas kita telah mengkaji. Ramai yang berhenti menghadapi masalah dan oleh sebab itu kita mengambil mengikut Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan. Kita nasihatkan anggota tentera kita tidak berhenti sebelum pencen. Mesti berhenti setelah berpencen. Ini untuk mengurangkan beban pendapatan mereka sendiri di samping boleh mendapat pekerjaan yang lain.

Kata Yang Berhormat Jasin, kerajaan telah mewajibkan semua anggota tentera yang layak untuk mengikuti latihan peralihan, ia mesti, kursus mengadakan bukan tujuan kepada isteri-isteri panglima tentera. Seperti yang saya katakan, kalau dia memilih untuk menjadi kursus persolekan, tidak ada sangat. Persolekan ini agak luas, bukan seperti kursus mak andam. Kursus persolekan ini macam-macam termasuk perkara-perkara sesuai dengan pakaian dan mekap sistem dan sebagainya.

Kalau mereka pilih untuk menjadi kata Jasin sebagai mak andam, dan kita kata kita suruh mereka pilih menjadi pak andam, dia tak nak, dia hendak menjadi mak andam juga. Jadi kalau itu dia telah buat pilihan dan kita beri ada pula peluang untuk mengikuti kursus ini, bukan bermakna dia menghadiri kursus itu kerana bekas isteri-isteri bekas jeneral ini yang mengelolakan kursus ini. Tidak, ini tidak mungkin berlaku, tapi kalau dia memilih syarikat yang boleh membeli, yang boleh memberi kemudahan kursus itu, itu pilihan mereka sendiri.

Kita selalu menasihati supaya mereka memilih kursus yang boleh membantu mereka menjalankan perniagaan setelah mereka berhenti. Kalau profesion mak andam ini juga boleh memberi satu pendapatan yang baik dan hari ini profesion ini sama ada di luar bandar ataupun di dalam bandar, ada peluang yang sesuai tetapi sales director itu adalah diperlukan. Jangan sahaja pandai jadi tukang andam tetapi mempamerkan diri sebagai the best tukang andam itu tidak berlaku, maka profesion ini tidak laku dalam pasaran.

Kursus-kursus lain memang diadakan, seperti kata Jasin untuk menyediakan makanan, membuka gerai, membuat kek dan jahitan-jahitan yang sesuai dengan kaum wanita turut disediakan. Kita juga memberi peluang kalau isteri-isteri mereka yang ingin menyertainya dan dalam penilaian kita, sekiranya sesuai pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk mendapat kemudahan ini.

Tuan Pengerusi, Bukit Bintang pula meminta memberi lesen teksi dan penjaja kecil kepada pesara-pesara tentera. Saya ucapkan banyak terima kasih dan sememangnya ramai pesara tentera ini dapat mempunyai lesen teksi dan penjaja-penjaja kecil, tetapi permohonan lesen teksi ini tidak mestinya kalau dia sebagai bekas tentera, dia mesti boleh dapat, ada karakter-karakter dan faktor-faktor lain. Mereka mesti compete, bertanding dengan pemohon-pemohon lain yang sesuai. Saya percaya kelulusan ini berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah ditetapkan oleh jabatan dan kementerian yang berkenaan supaya mereka boleh, tetapi kebanyakan daripada bekas-bekas tentera saya percaya peratusnya diberi pertimbangan yang agak memuaskan jugalah dalam kajian kita.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Bukit Bintang Yang Berhormat, nak bagi jalan?

64 DR.10.12.2007

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Ya.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh sebab anggota-anggota tentera yang bersara, bila bersara mereka menghadapi kehidupan untuk memikul tanggungjawab keluarga. Saya difahamkan bahawa ramai menjadi penjaja, mereka menghadapi satu masalah ialah DBKL, Kuala Lumpur tidak memberi lesen penjaja kepada mereka. Saya pernah membantu mereka untuk memohon dan ramai pun, finally dapat lesen itu. Mereka menjual nasi lemak di tepi jalan, oleh sebab mereka sudah hadapi DBKL mengambil tindakan menyita barang-barang mereka, ini satu masalah yang dihadapi oleh tentera bersara di Kuala Lumpur ini. Saya minta Kementerian Pertahanan untuk membantu mereka, memberi keutamaan kepada mereka khususnya, DBKL haruslah memberi mengutamakan mereka yang berkorban untuk negara ini, yang patut diberi satu tempat yang sewajarnya untuk mereka mencari rezeki seharian ini. Saya harap Kementerian Pertahanan dapat membantu mereka memberitahu kepada kementerian yang bertanggungjawab untuk lesen-lesen ini. Terima kasih.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Terima kasih Bukit Bintang. Bukit Bintang telah menyokong mereka ini untuk mendapatkan lesen tetapi tidak dapat lesen tetapi dapat tempat. Ada tempat untuk jual nasi lemak. Sebenarnya Angkatan Tentera Malaysia Hal Ehwal Veteran ini bukan sahaja hendak menolong bekas-bekas tentera yang bersara ataupun berhenti untuk menjual nasi lemak, menjual perkara-perkara lain juga adalah baik. Kalau boleh yang telah Yang Berhormat tolong itu, dapat memberitahu kepada kita apa sebab dan kita akan berunding dengan pihak Bandaraya dalam perkara-perkara yang tertentu. Namun kita tentu tak boleh tolong kalau di kawasan yang Bandaraya tak benar untuk jual nasi lemak, dia pergi jual juga, dia kena tangkaplah. Serupa juga kalau orang kata jangan tunjuk perasaan, dia tunjuk juga, kena tangkaplah. Kemudian bila dah kena tangkap, suruh lepas, belum bicara, tak boleh lepas. Bekas tentera pun mesti mengikut peraturan dan undang-undang, bekas tentera pun mesti mohon seperti rakyat biasa yang lain. Kalau tidak DAP akan kata kita ada double standard, ini tidak berlaku double standard ya. Terima kasih.

Yang Berhormat Bukit Bintang juga bincang mengenai kenaikan elaun bonus dan elaun askar wataniah. Angkatan Tentera Malaysia turut terlibat dalam kenaikan gaji kakitangan awam yang mana telah diberikan pada 1 Julai 2007, itu kita telah beri. Mereka telah diberikan 20% melebihi yang diberikan daripada kakitangan awam yang lain. Kita berterima kasih kakitangan awam tidak ada sikap cemburu, jealousy kepada angkatan tentera yang telah diberi lebih 20% dan saya percaya kakitangan awam dan rakyat yang lain pun sangat bersyukur. Kita juga berharap bahawa angkatan tentera akan melibatkan diri menjalankan tugas dengan prestasi 20% lebih daripada yang lepas untuk memberikan kepuasan kepada rakyat yang mengharapkan tanggungjawab mereka, mereka beri kepada negara ini.

ATM akan sentiasa mengkaji dari semasa ke semasa mengenai elaun untuk anggota ATM bagi meninggikan moral, meningkatkan moral dan perkhidmatan yang diberikan. Saya percaya sebelum 1 Julai 2007, dalam Dewan ini juga Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan, DAP, PAS dan ahli-ahli parti pembangkang juga bercakap supaya kita menaikkan kemudahan kepada anggota tentera ini dari segi gaji, tempat tinggal, pakaian dan social aspects. Kita ambil pertimbangan ini, Kementerian Pertahanan sangat kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen yang telah bersimpati bahkan peka dengan tanggungjawab angkatan tentera ini. Begitu juga saya percaya dalam menjalankan tugas anggota tentera ini, Ahli Parlimen juga peka dengan tugas anggota polis dan dengan keselamatan dan pertahanan ini baik dan saya percaya kerajaan sentiasa mengambil ingatan dan saranan yang telah diberi oleh Ahli Parlimen yang ada. Kenaikan bonus bergantung pada keupayaan kerajaan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh, nak bagi jalan?

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Oh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Penjelasan sikit. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, memang bagi kami, kami rasa gaji atau elaun anggota tentera haruslah dinaikkan. Di sini saya ingin tanya satu

DR.10.12.2007 65

soalan tentang pemantauan, pengundian anggota tentera. Kita tahu selalunya anggota tentera membuang undi tanpa ada pemantauan daripada polling agent dan saya juga difahamkan bahawa SPR telah pun minta PDRM dan juga pihak tentera untuk membenarkan pemantauan ataupun polling agent semasa mereka buang undi dalam pilihan raya yang akan datang. Jadi saya juga difahamkan bahawa pihak polis telah pun setuju tetapi pihak tentera masih belum memberi persetujuan kepada SPR untuk mengadakan pemantauan semasa anggota tentera membuang undi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jadi apakah pendirian kementerian, apakah ini akan dibenarkan dalam pilihan raya yang akan datang?

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Kalau negara ini tak selamat, pertahanannya tak baik, pilihan raya pun tidak ada. Kita bincang fasal pertahanan dan fasal keselamatan, Yang Berhormat Seputeh duduk kawasan bandar pun kisah berkenaan pilihan raya, pilihan raya itu lebih penting daripada pertahanan, terima kasih. Persoalan yang telah ditimbulkan berkenaan kebenaran anggota masa pengundian ini diberi kepada wakil-wakil parti untuk melihat proses perjalanannya.

Sehingga perundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan Kementerian Pertahanan, hanya dengan Yang Amat Berhormat Menteri Pertahanan. Kalau keputusan ini kita boleh buat persetujuan dan kita boleh terima atas sikap pilihan raya, saya percaya Suruhanjaya akan mengukuhkan faktor-faktor dan sebab-sebab terutama sekali tempat yang hendak dibuat pengundian. Sudah tentulah kalau orang asing hendak masuk ke dalam kem tentera, dia ada peraturan-peraturan yang tertentu. Zaman selamat, zaman susah atau zaman darurat kita mengamalkan sikap yang sama. Tidak ada pilihan raya, ada pilihan raya peraturan hendak masuk dalam kawasan kem tentera berpegang kepada rules and regulations. Apabila perundingan ini boleh diselesaikan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan peraturan-peraturan di dalam kem dan peraturan-peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya kita akan maklumkan kepada kerajaan dan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kenapa begitu lambat kerana kalau pihak polis sudah setuju pihak tentera juga harus bersetuju juga kerana dalam Pilihan Raya 2004 kami diberitahu bahawa di kawasan Parlimen Lumut yang mempunyai kem tentera, 5000 undi sudah hilang, macam mana ini boleh berlaku? Ini memang satu skandal yang menyebabkan Pilihan Raya 2004 diumumkan tidak sah. Jadi kalau terdapatnya masalah seperti ini, demi keadilan saya rasa pihak tentera dan pihak Kementerian Pertahanan haruslah bersetuju bahawa pengundian anggota tentera itu harus juga dipantau sama seperti semua rakyat Malaysia.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Saya bukan kata lambat, saya bersetuju kalau hendak runding dengan SPR membuat peraturan dan Kementerian Pertahanan membuat dia. Yang Berhormat Seputeh tidak boleh kata ini lambat, tetapi dalam keadaan Yang Berhormat tidak memantau pun Yang Berhormat tahu 5000 hilang undi. Macam mana Yang Berhormat sudah masuk ke kem tentera dan tahu bilangan ini.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ini diumumkan oleh SPR.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Tadi Yang Berhormat tidak cakap kata umum, sudah tahu sahaja. Kalau SPR umum macam itu, kita terimalah tetapi SPR tahu macam mana boleh hilang, orang itu tidak mengundikah, atau undi itu sudah hilang. Hilang itu ada dua tahapnya, tidak mengundi jadi hilang, mengundi hilang. Insya-Allah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tidak ada jawapan juga?

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Saya sudah jawab, apabila rundingan antara SPR dan Kementerian Pertahanan, Yang Amat Berhormat Menteri Pertahanan kita akan memberitahu jawapan dia. Kenaikan pegawai dalam wataniah ini hendakkan pegawai dari RM435 ke RM580.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: [Bangun]

66 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukit Bintang, Yang Berhormat.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Bukit Bintang ini teruskan dengan Bukit Bintang juga ya.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Memandangkan sara hidup di bandar-banar besar seperti Kuala Lumpur semakin meningkat. Bonus tahunan saya rasa untuk diberi kepada Angkatan Tentera Malaysia dan juga kakitangan-kakitangan awam khususnya kakitangan kerajaan boleh membantu mereka dalam perbelanjaan untuk anak-anak mereka ke sekolah pada tahun 2008. Saya rasa bonus ini harus diberikan kepada mereka. Bukan sahaja ATM tetapi juga kakitangan-kakitangan awam di kerajaan. Saya minta beri satu cadangan kepada Kementerian Pertahanan dan semua kerajaan, kementerian-kementerian yang berkenaan. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Yang Berhormat Bukit Bintang, soalan ini adalah mengenai elaun dalam angkatan tentera yang saya jawab mengenai elaun wataniah yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Elaun kenaikan kepada wataniah yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Elaun kenaikan kepada wataniah telah diluluskan pada bulan Mac 2007. Kenaikan pegawai dari RM4.35 kepada RM5.80. Manakala lain-lain pangkat daripada RM3.00 kepada RM4.00. Kenaikan adalah sebanyak 33%, sudah naik, bukan tidak naik. Yang Berhormat hendak minta naik lagi. Bonus tahunan? Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa apabila menamatkan perkhidmatan dibayar sagu hati mengikut tempoh perkhidmatan.

Jika mereka memenuhi untuk diserap dan diluluskan penyerapan, mereka akan mendapat faedah-faedah seperti anggota-anggota tetap yang lain. Anggota wataniah, anggota tentera ia telah menetapkan sistem bayaran ia mengikut perkara-perkara yang telah diputus dan diterima pakai mengikut nasihat daripada bahagian kewangan. Bonus tahunan ini kalau sekiranya tidak ada bermakna belum ditetapkan. Akan diberitahu sekiranya ada, kalau saya tidak jawab itu tidak adalah. Yang Berhormat bagi Bukit Bintang juga membangkitkan perbelanjaan begitu besar kepada TDM dan TUDM. Perbelanjaan begitu besar bagi Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia adalah bagi memastikan persiapan dan pemodenan Angkatan Tentera Malaysia.

Aspek ini penting bagi menjamin kedaulatan untuk memperkasakan Angkatan Tentera Malaysia. Jenis-jenis persenjataan yang akan dibeli dan apakah terjadi pada senjata yang sedia ada, itu telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang. Di antara senjata moden yang akan diperoleh adalah seperti multiple launcher roket system untuk Tentera Darat Malaysia Mortar 120mm untuk Tentera Darat Malaysia kelengkapan seperti jet, pejuang Sukhoi the latest, kapal selam itu untuk tentera laut, kapal peronda dan lain-lain kelengkapan yang akan meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia daripada Tentera Laut Diraja Malaysia Darat dan Tentera Laut.

Pemodenan ini sesuai dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan untuk menentukan bahawa kemampuan kita setaraf di rantau ini. Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan tentang RMC diperluaskan ke bidang-bidang yang lain. RMC adalah sebuah institusi pendidikan yang membangunkan pendidikan akademik kepimpinan dan ketenteraan. Putra RMC bebas membuat pemilihan untuk memilih bidang yang diminta setelah tamat pengajian. Saya percaya bahawa bahagian latihan dan pendidikan di dalam kementerian juga sentiasa mengkaji dan mengubahsuai sebarang pendidikan dan latihan di dalam Kolej Angkatan Tentera Malaysia. Semua peringkat ditentukan sesuai dengan keadaan yang ada sekarang.

Yang Berhormat Kuala Selangor membangkitkan tindakan terhadap anggota yang cuai dalam kem PLKN Cheneh Kemaman. Komandan telah dikeluarkan dari JLKN ke kem asal untuk tindakan tatatertib oleh Angkatan Tentera Malaysia. Komandan-komandan di kem PLKN kebanyakannya adalah tentera Malaysia berpangkat mejar. Seorang anggota paramedik telah dikeluarkan dari JLKN dengan serta-merta ke kem asal untuk tindakan tatatertib oleh Angkatan Tentera Malaysia kerana beliau adalah anggota tentera. Yang Berhormat bagi Pensiangan membangkitkan tentang tidak puas hati penduduk tentang upgrade Kem Bantul. Isu yang ditimbulkan adalah di bawah Bahagian Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (JPM).

DR.10.12.2007 67

Kita akan panjangkan kes ini kepada JPM sendiri. Yang Berhormat Seputeh membangkitkan negara mana yang akan menyerang kita atau kita akan menyerang negara lain? Ini telah disarankan oleh Yang Berhormat daripada Seputeh. Perkara ini saya juga ingin menjelaskan bahawa kita takkan menyerang negara lain dan kita harap negara lain tidak akan menyerang kita. Tetapi kita tidak sangka mana-mana negara akan menyerang Malaysia, begitu juga Malaysia tidak berniat untuk menyerang negara-negara lain. Kita tidak sangka kalau negara lain hendak menyerang dan kita tidak berniat hendak menyerang negara lain. Malah dasar pertahanan negara kita merupakan satu yang bercorak defensif dan bukan offensive. Cuma kita mesti bersedia kalau kejutan berlaku di luar dugaan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan. Yang Berhormat, sebenarnya saya tanya ini adalah kerana Yang Berhormat Pasir Puteh dia kata kita perlu beli itu senjata yang moden, yang berkomputer semua itu. Masalahnya ialah kita sebenarnya perlu memberi lebih peruntukan pembangunan kepada kawasan luar bandar dan juga mewujudkan pekerjaan untuk para penganggur yang muda, dan kalau kita memberi begitu banyak kepentingan dari segi peruntukan wang negara kita kepada pembelian senjata yang moden dan juga computerize semua itu, yang kita sekarang bukan dalam era peperangan, ini memang menjadikan satu pembaziran. Lebih baik kita salurkan lebih peruntukan ini untuk membantu orang miskin di luar bandar, dan mewujudkan pekerjaan kepada mereka daripada pembelian senjata moden seperti yang disarankan oleh Pasir Puteh.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Timbalan Menteri saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri habiskan jam 5.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Yang Berhormat Pasir Puteh, kita buat dua-dua. Beli pun kita beli, bantu pun kita bantu, selamat pun kita selamat. Bila kita bantu ini, kita selamat dan semua pihak boleh dapat. Insya-Allah.

Yang Berhormat daripada Bagan telah membangkitkan tentang kesan reaksi daripada negara-negara jiran akibat perolehan kelengkapan tentera oleh Malaysia. Perolehan pelengkapan adalah sebahagian daripada proses pemodenan Angkatan Tentera Malaysia. Ini merupakan satu fenomena bukan sahaja di Malaysia malahan hampir semua negara di rantau ini. Cuma tahap pembelian bergantung kepada kemampuan kewangan negara masing-masing. Setakat ini tiada reaksi negatif dari negara jiran. Bagi kita, kita melihat proses pembelian kelengkapan oleh negara-negara jiran sebagai satu yang dapat menyumbang ke arah regional reliance dalam konteks komuniti keselamatan serantau yang menjadi salah satu daripada tiga tugas ASEAN. Jadi kalau jiran beli dan kita beli bukan bermakna kita hendak berperang dengan jiran. Dalam konteks keselamatan semua pihak, kita bersatu bila kita hendak menjalankan pertahanan ataupun kita hendak membantu kawan-kawan kita dalam masalah darurat dan keadaan mala petaka yang tidak baik.

Larut telah mencadangkan kem-kem khidmat negara yang tidak layak ditutup. JLKN memang sentiasa memantau kem-kem khidmat negara untuk menentukan ia sesuai diguna pakai. Jika ia tidak sesuai, JLKN tidak teragak-agak menutup kem berkenaan. Begitu juga kalau di dalam kem berkenaan, operator kem yang berkenaan, konsep kem yang berkenaan, setelah kita membuat pantauan dan kita tidak berpuas hati setelah kita nasihat dia tidak mengikut, kemungkinan kita akan memberhentikan kontrak yang berkenaan dan kita ganti dengan yang lain. Ini sentiasa kita lakukan. Setakat ini JLKN telah menutup beberapa kem sehingga mereka membaiki keadaan kem berkenaan. Contohnya Kem Rimba Templer, Kem Bakau Resort, Kem Kisana Beach Resort dan Kem Kubena Sipitang. Ini bukti yang telah kita ambil tindakan.

Yang Berhormat Tanjong membangkitkan masalah Kem Sri Mutiara di Pulau Pinang. Jalan masuk ke kem rosak, pencemaran dan ancaman kepada jiran-jiran kem. JLKN memang sentiasa memantau pembinaan kem ini. Jabatan sedar jalan masuk ke kem telah mengalami kerosakan dan pengusaha kem telah berjanji jalan itu akan dibaiki bila pembinaan siap. Setakat ini JLKN telah menerima aduan daripada jiran-jiran kem ini. JLKN akan menyiasat dakwaan Yang Berhormat Tanjong mengenai perkara ini seperti Yang Berhormat Tanjong harapkan dan kita memang berterima kasih atas laporan oleh Ahli Yang Berhormat dalam perkara yang berkenaan.

68 DR.10.12.2007

Kuala Selangor juga telah membangkitkan, adakah pampasan insurans telah di bayar kepada keluarga pelatih yang meninggal di kem KLCC Mohd Rafi bin Ameer. PLKN telah membayar RM35,000 kepada keluarga Allahyarham sebagai pampasan insurans.

Pasir Puteh, apakah terdapat perancangan untuk menggantikan kapal-kapal lama? Selaras dengan pemodenan ATM, aset-aset lama TLDM seperti kapal perang dan kapal ronda, sentiasa terdapat dalam rancangan ATM. Kapal peronda lama yang telah menjangkau usia lebih 25 tahun dan tidak lagi dilengkapi dengan persenjataan moden, telah diambil usaha untuk digantikan dengan yang baru. Contohnya pemodenan kapal adalah seperti new generation of offshore patrol vessel sebanyak enam buah dan TLDM perlukan dua buah kapal perang frigate.

Yang Berhormat Bagan juga telah bercakap mengenai kes nelayan yang telah menceroboh perairan Malaysia. Apakah rondaan dan tindakan yang diambil. Saya ingin menyatakan di sini kalaupun Angkatan Tentera Laut Malaysia yang akan terlibat, satu dengan keselamatan perairan luar daripada kawasan APMM ataupun di bawah kawalan Marin Polis yang berdekatan dengan pantai, naval, tentera laut tidak bertanggungjawab. Kawasan perairan negara melibatkan penguatkuasaan dari TLDM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Kastam dan Jabatan Perikanan. Ini jabatan-jabatan yang terlibat. Bilangan tangkapan yang melibatkan ATM adalah berjumlah 19 – 2007, 28 – 2006. Semua tangkapan mengikut seksyen 27 Kanun Acara Jenayah, bertindak serta-merta dengan maklumat pihak yang bertanggungjawab dan setiap kawasan bertanggungjawab.

Saya ingin menyarankan, perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang akaun yang telah diberi kepada yang telah ditangkap untuk mendapatkan pelepasan itu. Saya minta nombor akuan itu diberikan kepada kementerian supaya kita boleh memanjangkan kepada pihak polis, dan pihak bank yang berkenaan supaya kita mendapat latar belakang siapa yang menerima tawaran ini dan siapa yang akan menerima imbuhan ini.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Minta penjelasan. Sebenarnya saya telah membangkitkan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini dan jikalau saya tidak salah, Yang Berhormat pernah menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun telah dimaklumkan berkenaan dengan hal ini.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya juga ingin memberitahu nombor akaun dahulu tidak dibangkitkan dalam Dewan. Hari ini baru dibangkitkan dalam Dewan. Saya hendak akaun yang telah diberi untuk dibayar. Itu yang baru yang kita minta. Pasal masalah perairan antara Malaysia dengan Indonesia ini memang saya akui waktu saya berada dalam Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, sudah dibangkitkan.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Saya akan memberi kepada Yang Berhormat satu salinan laporan polis berkenaan dengan hal ini. Laporan polis telah dilaporkan di Bandar Taiping.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Ada nombor akaun ini?

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Ada.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Terima kasih.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Dekat dengan kawasan Yang Berhormat juga.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya tahu. Tak jauh juga daripada Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Pasir Puteh mencadangkan radar baru. Dalam perkara ini TUDM dalam perancangan untuk mendapatkan radar baru yang akan di tempatkan di Malaysia di Timur. Ia sebagai pelengkap kepada tiga lagi radar yang meliputi seluruh Malaysia bagi tujuan pemantauan pesawat-pesawat asing termasuk keselamatan pantai.

Sabak Bernam membangkitkan bantuan membanteras dadah kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. ATM tidak mempunyai authority dalam aspek keselamatan dalam negeri tapi cadangan Yang Berhormat daripada Sabak Bernam ialah untuk - kalau ada anggota tentera yang bertugas untuk membantu pihak polis dan pihak

DR.10.12.2007 69

AADK, saya percaya perkara ini, kita meminta supaya kerja melalui Jawatankuasa Ketua Kampung boleh dijadikan asas. JKK boleh membantu dalam perkara ini bagi menentukan kesahihan dan Kementerian Pertahanan mempercayai kemampuan anggota polis Malaysia dan AADK bagi mengatasi perkara ini sekiranya dalam masa-masa yang tertentu, keselamatan ini diperlukan anggota tentera yang terlibat, kita tidak boleh mencampuri tugas pihak lain sehingga pihak yang berkenaan meminta bantuan kepada anggota tentera Malaysia. Seperti kita memberi kesenangan, kemudahan waktu mengadakan rondaan di pantai ataupun di persempadanan. Anggota tentera bersama dengan polis, anggota tentera bersama dengan imigresen untuk mengatasi masalah ini termasuk pasal pembolosan di kawasan-kawasan sempadan yang tertentu.

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Sabak Bernam.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Santubong?

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Datuk, Sabak Bernam.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sabak Bernam.

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Cadangan Sabak Bernam ini sebenarnya mudah Tuan Pengerusi tetapi pelaksanaannya nampaknya macam susah. Oleh kerana tadi Timbalan Menteri minta supaya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kena meminta pertolongan, jadi saya ingat petang ini nanti saya akan bercakap dalam kementerian itu supaya kementerian meminta pertolongan, tapi yang penting sekali Timbalan Menteri ialah, kita kena lebih serius sebenarnya sebab kita mengarah kepada sifar najis dadah ini 2015.

Kalau dilihat dalam keadaan sekaranglah Tuan Pengerusi dan juga Timbalan Menteri, AADK sendiri ataupun PDRM tidak berani pun mengumumkan manakah kampung ataupun kawasan yang sifar dadah tapi kalau dengan kerjasama daripada angkatan tentera yang saya sangat jelaslah, saya ingat Timbalan Menteri lagi jelas sebab dia pun mantan juga dalam Kementerian Keselamatan, mantan PEMADAM. Jadi kerana itulah kalau boleh Sabak Bernam nak merayu ini supaya diwujudkan kerjasama dan permuafakatan yang khusus dalam konteks ini kerana kita dalam era peperangan. Memetik kata Seputeh, dengan izin.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya percaya kalau Yang Berhormat bangkitkan ini, saya tidak dapat menjawab bagi pihak lain. Kementerian kita, kita dah bagi pengakuan sekiranya perlu bantuan ini, kita akan beri bantuan kita di mana yang boleh tapi masalah ini boleh dibangkitkan di dalam Jawatankuasa Dadah Kebangsaan di mana Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan adalah terlibat dalam pemantauan dan pengurusan tentang perkara ini. Santubong membangkitkan apakah tindakan ATM untuk menarik kaum-kaum lain seperti Cina, India menyertai ATM. Saya percaya bahawa perkara ini bukan saja kita menyarankan, bukan saja kita mempelawa bahkan kita sentiasa memberi peluang supaya mereka menyertai dalam perkara ini dan kenaikan gaji, perubahan gaji dengan kemudahan-kemudahan tempat tinggal dan kedudukan-kedudukan pencen dan sebagainya ini boleh juga menjadi faktor-faktor yang menarik.

Saya tidak mengatakan bahawa kaum Cina dan kaum India tidak suka menyertai angkatan tentera ini tetapi kalau keadaan dulu mengikut mereka, pendapatannya tidak baik, kita telah menaikkan sumber pendapatan ini. Kalau kedudukan rumah tidak baik, kita telah mengelokkan rumah ini. Kalau peluang untuk naik pangkat juga tapi ini kita tak boleh kata Melayu, Cina, India mesti naik pangkat peratus berapa tapi mesti ada dia punya kelebihan dia dalam sistem kenaikan pangkat dan kebolehan mereka menjalankan tugas mereka. Ini mesti selaras dengan peraturan-peraturan. Bukan kerana Melayu, maka dia mesti duduk di tempat yang tinggi dan bukan kerana orang India, dia mesti duduk di tempat yang rendah, tidak. Tidak, dia mesti mengikut culture yang ada di dalam kem tentera yang berkenaan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, ya.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Datuk. Saya melihat ini boleh dilaksana sebenarnya Datuk kerana pada tahun 60-an dan

70 DR.10.12.2007

70-an di Sarawak, kita melihat banyak kaum Cina menyertai Jabatan Polis dan banyak juga mereka memasuki bidang polis, field force umpamanya. Pergi berperang ini. Jadi, pada ketika itu saya tidak tahu macam mana yang diolahkan oleh Polis Diraja Malaysia di Sarawak untuk menarik mereka ini, tapi saya sendiri yang pergi berlatih di Kuala Lumpur bersama dengan lebih daripada setengah kumpulan saya itu adalah terdiri daripada anak-anak bangsa Cina. Jadi, mereka ini berkhidmat sampai pencen pun bahkan retired dengan pangkat assistant commissioner, naib assistant commissioner dan sebagainya. Jadi, kita mesti mencari cara macam mana menarik mereka ini kalau tidak dalam kumpulan rank and file dengan izin, boleh juga di dalam kumpulan pegawai-pegawai kanan dan penarikan ini penting untuk negara supaya mereka jangan merasakan bahawa mereka tersisih dalam bidang ini.

Yang kedua, supaya kita juga orang Melayu, orang Bumiputera juga memikirkan mereka jangan serahkan tugas dan tanggungjawab mempertahankan negara ini kepada tangan mereka saja. Ini amat penting. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Timbalan Menteri sila. Boleh habiskan jawapan.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya setuju cakap Yang Berhormat itu sebab itu kita beri beberapa perkara yang boleh menarik mereka. Kalau menarik mereka, tidak boleh menarik. Kalau kes menarik orang Melayu, bukan bermakna tidak boleh menarik kaum Cina. Sebab itu kita daripada rank and file ini termasuk kedudukan daripada universiti. Yang ada lulusan universiti, mereka diterima masuk dan diberi latihan kemudian keluar menjadi kapten, mejar dan sebagainya. Ini termasuk bukan saja kata ini orang Melayu saja yang boleh masuk. Cina pun boleh masuk dan ramai orang Cina pun yang naik kedudukan pangkat dan dalam kita punya kolej-kolej pun kita dapat daripada banyak orang Cina dan orang-orang India. Tarikan dan usaha ini kita bagi kepada sampai kepada peringkat temu duga terbuka. Tak payah mintak, datang saja. Itulah sistem yang kita berikan, kalau itu juga mereka tidak mahu terima dan biasanya begitu yang berlaku sehingga hari ini. Terbuka pun bukannya ramai datang Melayu tapi macam di Sarawak, ramai juga orang Iban. Bukan kata kita ada sekatan, kita juga beri galakan.

Kuala Pilah tadi cadangkan untuk memindahkan kem-kem di Port Dickson ke Kuala Pilah. Ini cadangan Kuala Pilah itu memang sesuai mengikut pandangan Kuala Pilah. Kita nak bina kem-kem angkatan tentera ini kita pun ada strategi dia dan kenapa kita mesti tak pindah kem itu daripada Port Dickson ke Kuala Pilah, dan kalau kita pindah kem itu daripada Port Dickson, apa terjadi kepada Port Dickson pada masa yang akan datang? Jadi, pandangan Kuala Pilah itu kita ucapkan terima kasih dan kita akan bawa kepada Majlis Angkatan Tentera, kalau ianya sesuai, boleh dipertimbangkan.

Kalau tidak sesuai pun setelah dipertimbangkan. Untuk ketika ini kita belum, kalau kita nak buat pemindahan ini kita kena runding dengan Yang Berhormat daripada Port Dickson. Kita kena runding juga dengan kerajaan negeri dan strategi pembangunan dan ekonomi kerajaan negeri juga diambil kira supaya tidak menjejaskan dalam membangunkan satu pihak, menjejaskan pihak yang lain. Kementerian Pertahanan sentiasa memberi pertimbangan ini. Tanjong sekali lagi, kesan perolehan kelengkapan ATM terhadap perhubungan antara Malaysia dengan negara-negara jiran.

Saya percaya kita punya perhubungan adalah baik. Walaupun ada orang bercakap perhubungan kita tidak baik, kita ada pelbagai jawatankuasa dan persidangan untuk menentukan demi keselamatan dan pertahanan di rantau ini, khasnya negara-negara ASEAN sentiasa dalam keadaan yang terkawal dan kerjasama yang boleh membawa satu keteguhan sebagai negara ASEAN, yang mempunyai angkatan tenteranya sendiri tetapi boleh bekerjasama dalam mempertahankan rantau ini. Kita membangkitkan perkara ini tentang, apakah interest yang kita lakukan ini adalah satu interest yang bersama sekiranya jiran tidak diganggu, kita juga selamat dalam menentukan pencapaian kemajuan di negara ini.

Yang Berhormat Santubong bangkit isu Pegawai Waran I Kanang ak. Langkau untuk Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), beliau diberi elaun sebanyak RM400, bukan tidak bagi. Yang Berhormat kata tidak bagi, kita bagi. Yang Berhormat tanya yang susah, yang kita bagi, yang senang Yang Berhormat tidak tanya. Kena tanya, kena

DR.10.12.2007 71

beritahu juga dia dapat RM400. Pingat Panglima Gagah Berani, beliau menerima RM300 setiap bulan sepanjang hayat. Jadi sama ada ia boleh berhenti apabila dia mati. Kalau dia hidup lagi walaupun orang kata nyawa-nyawa ikan, dia ada lagi dia punya elaun ini. Itu peraturannya.

Tentang kedudukan dalam majlis-majlis ini, itu protokol mengikut keadaan tempat kerana kebanyakan tempat ini berdasarkan kepada protokol yang disusun oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri ada protokol masing-masing. Saya tidak tahu di Sarawak. Saya tahu di Perak umpamanya, kita Ahli Parlimen kalau masuk majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, ia mesti beri priority kepada Ahli Dewan dan orang-orang besar kerajaan di negeri yang berkenaan. Takkan kita tidak menjadi priority, kita hendak duduk depan? Tetapi kalau yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan, saya bawa saranan Yang Berhormat itu untuk dijadikan satu penilaian yang boleh dipertimbangkan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Dato’, terima kasih Dato’.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ringkaskan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasihlah. Saya bukan sahaja sebut, Kanang ini adalah satu contoh. Yang saya sebut ialah banyak lagi. Baru-baru ini kita mengadakan memorial service di Kuching di mana kita memberi skrol kepada pahlawan-pahlawan ini, ramai daripada seluruh Malaysia tetapi persoalannya, adakah tiap-tiap seorang yang dipanggil pahlawan ini menerima elaun dan adakah elaun ini juga naik macam gaji pencen, macam orang biasa supaya mereka juga menerima tambahan dari satu masa ke satu masa. Terima kasihlah. Memang ada kesilapan sedikit, saya tidak mengetahui bahawa ada elaun-elaun yang tertentu diberi kepada pihak penerima pingat ini.

Yang kedua, Dato’, kalau kita dapat, boleh disarankan kepada kerajaan negeri, juga Kerajaan Pusat supaya jangan mengetepikan mereka ini. Sekurang-kurangnya kalau tidak duduk dengan Tun, duduklah dengan Dato’. Kalau tidak duduk dengan Dato’, duduklah dengan wakil rakyat biasa supaya mereka pun merasa ada ertinya perjuangan mereka. Kita berjuang cara politik, Sharifah Aini berjuang menerusi budaya menyanyi dan sebagainya – pejuang juga kata Sharifah Aini – tetapi perjuangan manusia sebagai Kanang dan pahlawan-pahlawan ini, adalah menempah nyawa dan darah, Dato’, lebih payah.

Saya pernah merasa, Dato’, sebelum kita bertempur itu, perasaan takut itu begitu payah hendak tahan. Hanya bila peluru sudah terbang, bunyi macam dalam wayang itu, baru kita rasa tidak ada lagi. Kalau hendak mati, matilah masa itu. Jadi supaya kita menghargai mereka ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Timbalan Menteri minta habiskan jawapan.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Tidak banyak dah. Saya akui bahawa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu baik, dan saya berjanji mahu menekankan kepada bekas-bekas tentera dan anggota tentera sendiri dalam mengelolakan perkara ini apabila dijemput oleh orang yang berkenaan, patutlah diberi pertimbangan dan penilaian seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat itu. Tetapi apa yang dibuat oleh kerajaan negeri, saya tidak boleh hendak jawab. Terima kasih.

Yang Berhormat bagi Kuala Pilah bangkit mengenai Kelab Alumni iaitu Kelab Alumni ini telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib pada 4 September 2006. Di antara program yang telah dilaksanakan ialah Program Pengenalan SLDN, Sistem Latihan Dual Nasional dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Kelab Alumni PLKN telah membuat road show di semua Institut Latihan Perindustrian di Semenanjung Malaysia.

Yang Berhormat bagi Bagan, saya hendak bangkitkan lagi sekali, anggota ATM maut di LIMA. Lembaga Siasatan sedang berjalan. Segala prosedur telah dipatuhi. Namun begitu, angin kencang yang tidak diduga telah mensasarkan beberapa anggota payung terjun yang berkenaan. Semua anggota ini telah mendapat latihan, tetapi firasat dalam menentukan kekencangan angin bertiup pada ketika latihan ataupun show ini dibuat,

72 DR.10.12.2007

itu di luar daripada dugaan kita. Namun begitu, daripada 30 orang yang jatuh di kawasan berkenaan, tiga orang yang telah menemui maut dan saya percaya, ini kita sangat rasa terharu dan rasa sedih atas perkara ini dan kita doakan mereka mendapat...

Dato’ Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Langkawi, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: ...dengan kesudahan yang baik daripada Allah SWT. Ya. Yang ini jatuh dekat dengan Yang Berhormat Langkawi ke?

Dato’ Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Ya, macam itulah. Tuan Pengerusi, saya hendak perbetulkan sedikit keadaan. Dalam masa hari itu, masa terjun itu kelajuan angin 8 knot sahaja. Selepas turun, angin kencang di bawah 20 knot. Itu yang menyebabkan depa tidak tahu hendak control, mungkinlah ajal memanggil. Itulah yang berlaku. Depa turun 8 knot, di bawahnya 20 knot. Itulah saya perbetulkan keadaan. Terima kasih.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Ahli Parlimen dari kawasan yang berkenaan telah membuat satu penerangan bahawa ketika para trooper ini diturunkan, terjun daripada kapal udara, keadaan kekencangan angin ketika di atas, 8 knot tetapi bila hampir ke bumi, ke permukaan air itu ialah 20 knot. Cukup kencanglah. Mengikut laporan yang telah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, dia kata kalau angin waktu itu di atas lebih daripada 10 knot, dia tidak akan membenarkan para trooper ini terjun membuat penerjunan.

Ini standing etiquette yang telah ditetapkan, tetapi walau bagaimanapun kita telah membuat mana yang baik untuk mereka ini dan ini satu pengajaran untuk menentukan. Kalau daripada pandangan Yang Berhormat Langkawi ini, pada masa hadapan, kita kena buat adjustment kekuatan angin di udara dan kekuatan angin di permukaan. Mudah-mudahan kita tidak melakukan kesilapan pada masa yang akan datang.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, mana-mana yang saya tidak dapat jelaskan, saya percaya Yang Berhormat boleh minta lagi untuk kita menjawab secara bertulis. Saya ucapan terima kasih kepada semua yang telah membangkitkan perkara ini dan saya cadangkan perkara ini mendapat sokongan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM9,839,596,000 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM9,839,596,000 untuk Maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM4,680,698,000 untuk Maksud P.60 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2008 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM4,680,698,000 untuk Maksud P.60 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2008.

Maksud B.61 [Jadual] – Maksud P.61 [Anggaran Pembangunan 2008] -

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.61 dan Kepala Pembangunan P.61 di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kita ada Usul.

DR.10.12.2007 73

USUL DI BAWAH P.M. 66(9)

Memotong RM10 Aset RELA

5.10 ptg.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya berdiri di sini untuk membentangkan Usul untuk memotong aset RELA sebanyak RM10 mengikut Peraturan Mesyuarat 66(9).

Tuan Pengerusi, saya bercakap semua ini di hadapan semua kerana ‘RELA’ di Dewan yang mulia ini yang tidak tahu apa yang berlaku dengan anggota RELA. Biar saya teruskan.

Pertama sekali saya ingin menyuarakan rasa ketidakpuasan saya terhadap jawapan yang diberi oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kepada saya pada 10 September tahun ini. Soalan lisan saya ialah meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menyatakan bilangan aduan yang diterima berkenaan dengan anggota RELA yang melakukan kesalahan semasa menjalankan operasi pengusiran pendatang tanpa izin. Berapa orang di antara mereka telah pun didakwa di mahkamah dan berapakah yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah?

Tuan Pengerusi, dengan hairannya saya terima jawapan seperti di bawah:

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini tidak ada aduan rasmi yang diterima berkenaan dengan anggota RELA yang melakukan kesalahan semasa menjalankan operasi. Walau bagaimanapun aduan-aduan yang diterima hanyalah dibuat secara umum melalui akhbar-akhbar yang mendakwa bahawa anggota-anggota RELA bertindak secara kasar mengambil harta milik pendatang asing tanpa izin dan sebagainya semasa operasi. Setakat ini tidak ada seorang pun anggota RELA yang didakwa di mahkamah atas kes-kes kesalahan semasa menjalankan operasi.”

Tuan Pengerusi, jelas sekali jawapan ini memang satu jawapan bohong dan yang memesongkan Dewan. Kita telah puas membaca siri kes jenayah yang dilakukan oleh anggota RELA. Keganasan anggota RELA terhadap pendatang asing tanpa izin dan pekerja asing yang telah pun disiarkan luas dalam media tempatan dan juga media di Indonesia. Siri laporan akhbar yang negatif terhadap RELA malah telah memburukkan hubungan dua hala di antara Malaysia dengan Indonesia dan mencemar imej dan nama baik Malaysia di rantau Asia.

Tuan Pengerusi, demi jawapan yang memesongkan Dewan ini, saya kemudian telah merujuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dengan memetik Fasal 36(12) Peraturan Mesyuarat yang berbunyi:

“Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.

Tuan Pengerusi, dengan kesalnya permohonan usul saya ini kemudian ditolak oleh Speaker. Saya amat tidak bersetuju tentang penolakan usul saya. Di sini saya ingin membaca kes-kes jenayah yang telah disiarkan dalam akhbar untuk menjawab penafian Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam isu penyalahgunaan kuasa oleh RELA.

Kes pertama - Pada 30 Disember 2006 anggota RELA, M. Suresh dan Norirwanshah Mat Nor merogol seorang gadis berusia 14 tahun di tandas awam di Taman Tasik Seksyen 14, Shah Alam. Kedua-dua anggota RELA itu didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada 28 Februari 2007. Ini adalah daripada Utusan Malaysia, 28 Februari 2007.

74 DR.10.12.2007

Kes kedua - Pada 17 April 2007, 10 orang anggota RELA yang berpakaian

seragam telah pecah masuk ke rumah asrama pekerja asing di Taman Botani dan Taman Soon Choon. Mereka telah merompak barangan bernilai RM1,800 dengan senjata api. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Jalaluddin Ibrahim kemudian mendakwa anggota RELA ke mahkamah di bawah Kanun Keseksaan 395 atas kesalahan samun berkumpulan. Polis juga mendapati dua daripada 10 anggota RELA berkenaan mempunyai kes jenayah dan pernah didakwa di bawah Kanun Keseksaan 379 atas kesalahan kecurian sebelum ini. Ini adalah daripada Utusan Malaysia 17 April 2007.

Kes ketiga - Pada 4 April 2007, jam 10.30 pagi, 80 anggota RELA telah menyerbu pasar pagi Pudu. Mereka telah menangkap 200 orang pekerja asing termasuk mereka yang mempunyai permit kerja dan juga 18 orang pemegang dokumen UNHCR. Ini daripada China Press, 4 April 2007.

Kes keempat - Pada 10 April 2007, lapan orang anggota RELA mengambil makanan dan minuman tanpa membayar di Restoran Golden Seafood di Tampoi, Gemas, Negeri Sembilan. Salah seorang daripada mereka malah mencabul kehormatan seorang pelayan perempuan. Anggota RELA tersebut telah menahan tiga orang pekerja asing yang mempunyai permit kerja. Majikan restoran tersebut kemudian menghubungi Balai Polis dan Imigresen Seremban, tetapi tidak dapat mengesan pekerja asing mereka tersebut. Ini adalah daripada akhbar Oriental Daily, 10 April 2007.

Kes kelima - Pada bulan April 2007, seorang anggota RELA melarikan seorang pembantu rumah wanita Indonesia. Beliau kemudian merogolnya sehingga wanita itu hamil. Tangan dan kaki wanita itu diikat selama satu bulan di sebuah rumah kosong. Mangsa rogol ini masih di bawah perlindungan di Kedutaan Indonesia. Ini daripada Malaysia Kini, 7 September 2007.

Kes keenam - Pada 16 Februari 2007, 20 orang anggota RELA membuat serbuan di Medan Selera Cahaya dan menahan pekerja perempuan Indonesia. Majikan mereka terpaksa membayar wang rasuah RM2,000 untuk membebaskan pekerja mereka. Kes ini ditegur oleh Yang Berhormat Dato’ Tan Chai Ho, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Ini disiarkan dalam The Star, 29 Mei 2007.

Kes ketujuh - Pada 24 Ogos 2007, jam 2.00 pagi, pelatih karate Indonesia yang bernama Donald Pieter Luther Kolopita yang diundang untuk menjadi pengadil Asia Karate Championship telah dipukul oleh empat anggota RELA sehingga beliau cedera parah. Isu ini telah mencetuskan kemarahan orang Indonesia terhadap Malaysia.

Kes kelapan - Pada 11 Oktober 2007, rumah Ketua Persatuan Pelajar Indonesia di UKM, Muhammad Yunus Lubis dan isterinya Wella Alrisa Puteri Loka di Kajang telah dipecah pintu dan diselongkar oleh anggota RELA.

Kes kesembilan - Pada 3 Disember 2007, beberapa anggota RELA merosakkan sebuah kereta dan menumbuk pemandu kereta di Butterworth kerana pemandu kereta itu terlanggar seorang anggota RELA yang menghalang laluan trafik selepas jamuan perkahwinan. Kes ini telah pun disiarkan dalam surat khabar pada minggu lepas di Sin Chew Jit Poh.

Tuan Pengerusi, mengikut Migrant Care sebuah NGO dalam bulan April tahun ini seorang pekerja Indonesia yang bernama Suryani yang berumur 21 tahun telah pun dirogol oleh seorang anggota RELA dengan tangan bergari di Kajang. Beliau telah pun melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Puteri Mangsa Rela.

Selain itu, seorang suri rumah tangga Indonesia ES telah pun diheret oleh anggota RELA keluar dari rumahnya di Petaling Jaya. Beliau kemudiannya dirogol berkumpulan dan dihantar ke Muar dan kononnya dirogol oleh pegawai polis lagi. Ini adalah daripada siasatan Migrant Care.

Dari bulan Januari hingga 1 Ogos tahun ini RELA telah melancarkan 3,925 operasi dan telah menangkap 45,502 pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sah. Setiap operasi RELA melibatkan RM25,000 dan setiap operasi hanya dapat menangkap 12 pekerja sahaja.

DR.10.12.2007 75

Migrant Care juga pernah menjalankan wawancara dengan 523 pekerja asing yang ditangkap oleh RELA, sama ada mereka yang dihantar balik ataupun dibebaskan. Kesemua pekerja asing yang ditangkap itu mengesahkan bahawa anggota RELA meminta ganjaran sebanyak RM200 seorang daripada mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah dan RM100 daripada mereka yang mempunyai dokumen pelancongan yang ditahan oleh majikan.

Permintaan hubungan seks untuk menukar kebebasan juga selalu dilakukan oleh anggota RELA. Selain itu NGO tersebut juga menerima aduan bahawa terdapat anggota RELA yang merosakkan pasport pekerja asing untuk menunjukkan bahawa pekerja asing ini masuk ke negara kita secara haram.

Tuan Pengerusi, kes-kes tersebut merupakan sebahagian kecil daripada jenayah dan salah laku anggota RELA yang telah disiarkan dalam media. Kesemua kes ini menunjukkan siri penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh anggota RELA dan kesemua kes ini menunjukkan jawapan yang diberi oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kepada saya memang telah memesongkan Dewan dan kementerian ini haruslah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya tidak faham kenapa ini berlaku.

Tuan Pengerusi, ramai orang amat hairan untuk membaca tentang pengumuman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bahawa kerajaan akan meletakkan anggota RELA di pusat penahanan pendatang asing tanpa izin sebagai langkah untuk meringankan beban anggota polis. Soalan saya ialah kerajaan sudah tahu begitu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh anggota RELA. Kenapakah kementerian masih memberi kuasa yang begitu besar dan berat kepada anggota RELA? Apakah justifikasi kementerian untuk memberi kuasa yang begitu besar kepada RELA.

Pada beberapa hari yang lepas beberapa NGO telah datang ke Parlimen dan membentangkan memorandum mereka kepada Menteri dan ketua parti politik. Mereka mendesak kerajaan untuk membubarkan RELA dan mereka juga membantah rang undang-undang RELA yang dikatakan akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Dalam memorandum NGO ini mereka berpendapat bahawa kuasa menangkap, menyemak dan juga menahan hanya boleh diberi kepada pegawai penguatkuasaan yang terlatih dan secara sepenuh masa yang mempunyai kuasa dan accountability seperti pegawai di imigresen dan juga pegawai polis. Kuasa seperti ini tidak harus diberi kepada anggota daripada badan sukarelawan yang tidak pernah menjalani latihan.

Apa yang berlaku sekarang ialah anggota RELA selalunya tidak dapat mengenal pasti dokumen rasmi kerajaan dan juga imigresen. Anggota RELA selalu menangkap pendatang asing yang mempunyai dokumen imigresen dan permit kerja yang sah dan selalunya anggota RELA menjalankan tugas secara kasar semasa mereka melakukan serbuan dan mereka selalunya dituduh mencuri barangan mangsa serbuan mereka.

Tibalah masanya bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menghantar laporan tentang serbuan, penangkapan dan penahanan pendatang asing tanpa dokumen sah ini kepada Parlimen untuk pemantauan dan juga perbahasan orang ramai. Selain itu, memandangkan aduan tentang pendatang asing tanpa izin ini dipukul, dirogol, dan dianiayai semasa operasi RELA muncul dari semasa ke semasa. Tibalah masanya bagi kerajaan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Menerima Aduan Penyelewengan RELA Khas ataupun “appellant committee” untuk mengumpul aduan dan memberi pampasan kepada mangsa.

Pihak NGO tersebut juga menyeru kerajaan untuk meminda Akta imigresen untuk memberi peluang kepada pendatang tanpa dokumen sah untuk datang membentangkan aduan mereka kepada jawatankuasa khas ini dan juga bagi mereka untuk menebus maruah dan keadilan melalui saluran undang-undang di negara kita. Selain itu, kerajaan juga diminta untuk memeterai United Nation Convention 1951 berkenaan dengan status pelarian dan juga Protokol 1967 dan United Nation Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members on Their Families 1990.

Berdasarkan siri jenayah penyelewengan dan salah laku anggota RELA yang telah mencabuli hak asasi manusia bukan sahaja kepada pendatang asing tetapi juga rakyat tempatan dan juga telah merosakkan hubungan dua hala di antara Malaysia dengan

76 DR.10.12.2007

Indonesia. Di sini saya ingin minta pada Ahli-ahli Yang Berhormat dan kolonel-kolonel RELA di Dewan yang mulia ini menyokong saranan para NGO untuk membubarkan RELA dan juga menyokong usul saya untuk memotong peruntukan RM10 daripada RELA untuk diluluskan di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Padang Terap.

5.24 ptg.

Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi kebenaran kepada saya untuk bercakap tentang isu berkenaan. Saya hendak bercakap tentang kronologi penubuhan RELA dahulu. Yang pertama...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Janganlah panjang sangat Yang Berhormat.

Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Sedikit sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kronologi itu lama.

Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Sekejap sahaja, tiga ke empat perkara untuk memberitahu Seputeh. Kita tahu bahawa negara kita mengalami saat-saat darurat di mana kerajaan telah mewujudkan Pasukan Homeguard ataupun kawalan kampung ataupun polis khas yang terdiri daripada penduduk yang secara sukarela berkhidmat pada tahun 1948 dan 1960 yang bertujuan membantu pasukan keselamatan mematahkan keganasan Parti Komunis Malaya.

Kedua, kita dapati pada 1963 seperti kata Seputeh tadi bahawa Rejim Sukarno telah melancarkan konfrontasi ‘Ganyang Malaya’ terhadap Malaysia, di mana sekali lagi rakyat sokongan dan komitmen rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara telah pun didapati di mana hampir 70,000 rakyat telah mendaftarkan diri dan telah menganggotai pasukan kawalan yang bertujuan sebagai mata dan telinga kerajaan.

Ketiga Tuan Pengerusi, pada 1969 contohnya maruah negara tercabar apabila satu masalah pergaduhan kaum telah berlaku akibat daripada perhubungan antara kaum yang agak renggang pada masa itu. Jadi ini telah menyedarkan betapa penting merapatkan perhubungan kaum-kaum di Malaysia. Di situlah didapati bahawa pada 11 Januari 1972 secara rasminya Pasukan Kawalan ditukarkan kepada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia berpandukan kepada Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964 di bawah Peraturan Perlu kawalan RELA rakyat.

Keempat Tuan Pengerusi pada 1 Mac 2007 ini yang cukup penting juga di mana sekali lagi RELA telah memainkan peranan membantu membanteras pendatang asing tanpa izin yang telah menjadi musuh nombor dua negara, melalui pindaan akta ini ia diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong, pasukan RELA telah diberi kuasa untuk memeriksa, menahan dan menangkap PATI yang merupakan musuh negara nombor dua.

Tuan Pengerusi, kita dapati bahawa perkembangan dan juga budi RELA terhadap negara terlalu banyak. Semasa darurat misalnya memelihara keselamatan, melindungi penduduk awam, gerak saraf dan perang saraf, mata dan telinga kerajaan, membantu pasukan keselamatan, menjaga bangunan dan sasaran penting bagi kerajaan. Masa aman Tuan Pengerusi, membantu mengekalkan keselamatan dan kemerdekaan negara, mata dan telinga kerajaan, membantu agensi penguatkuasaan dan pencegahan jenayah, melaksanakan program-program kemasyarakatan dan ekonomi dan pelbagai perkara yang telah dilakukan oleh RELA.

Tuan Pengerusi, saya dapati bahawa kemudahan yang telah pun RELA dapat tidak seberapa, tak banyak sangat seperti; pakaian percuma, elaun tugas yang hanya sedikit sahaja, makanan percuma hanya sedikit berbanding pengorbanan yang telah anggota RELA telah lakukan terhadap negara kita. Kalau dibandingkan salah laku RELA yang telah pun dibentangkan oleh Seputeh tadi saya tengok mengikut statistik yang saya

DR.10.12.2007 77

dapat pada tahun 2005 hanya satu kes sahaja, 2006 empat kes sahaja, 20 Januari 2006, 14 Februari 2006, 1 Mac 2006 dan 2006. Pada tahun 2007 hanya enam kes

berbanding dengan anggota RELA yang cukup ramai di Malaysia ketika ini. Tuan Pengerusi, kita dapati...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan sedikit boleh? Jadi statistik yang dibentangkan memang bercanggah daripada jawapan yang diberi oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kepada saya.

Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Ini statistik yang saya dapat Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan atau tidak? Tak hendak bagi jalan jangan bagi jalan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ini menunjukkan jawapan yang saya terima ini memesongkan Dewan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan atau tidak?

Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Tak payah. Hendak habiskan saya punya ini Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tak bagi jalan tak bagilah.

Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Tak, tak payah. Cuma akhirnya Tuan Pengerusi, saya dapati bahawa selain daripada perkara-perkara yang telah pun dilaksanakan tadi banyak program yang telah pun dibuat oleh RELA. Contohnya saya dapati apa yang ada pada saya projek pemulihan pembinaan rumah orang daif, derma darah, basmi musuh tanaman, kenduri kampung, kompang, bina titi, bantuan mangsa kebakaran, gotong-royong dan macam-macam telah dibuat. Ini bermakna bahawa saranan ataupun perkara yang telah dibangkitkan oleh Seputeh saya menentang sama sekali di atas tuduhan-tuduhan yang telah pun dibangkitkan oleh Seputeh tadi. Tak bersesuaian dengan kehendak semasa.

Jadi saya haraplah supaya anggota RELA terus diberi peranan, anggota RELA terus diberi kepujian dengan peranan, dengan kesungguhan mereka untuk sama-sama menjaga keselamatan dan juga keharmonian negara kita pada hari ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bera.

5.30 ptg.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya Tuan Pengerusi, maaf. Pertamanya saya merasa amat kesal dengan Yang Berhormat bagi Seputeh kerana membawa usul memotong peruntukan kepada RELA memandangkan RELA berjasa besar kepada rakyat dan negara. Saya tidak tahu sama ada layak ataupun tidak Seputeh membawa usul ini. Kerana daripada kredibilitinya, daripada sejarahnya di dalam Parlimen ini, beberapa kali perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Seputeh merupakan perkara yang hearsay, fitnah dan sebagainya. Yang merugikan masa Dewan. Misalnya di dalam isu ketuk ketampi. Kita masih ingat, dibawa ke dalam Dewan ini. Semua rakyat Malaysia terkejut dengan usul itu, dalam perkara tersebut. Sampaikan Menteri kita, Yang Berhormat Menteri kita terpaksa ke negara China untuk menyelesaikan masalah yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Seputeh dan pada hari ini dan akhirnya...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ini memang tidak betul. Ini fakta yang salah. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat dia tak bagi jalan ya Seputeh.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Saya tak bagi jalan.

78 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh, Seputeh.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: ..dan dia pergi China bukan kerana kes ini. Kerana yang kes yang sebelum itu tiga orang, empat orang gadis China dari satu tempat ketuk ketampi di balai polis itu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Seputeh duduklah Seputeh. Seputeh sudah cakap. Tadi sudah panjang melebar apa?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Seputeh duduk, duduk.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Duduk, duduk.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat mengelirukan kedua-dua kes ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Yang Berhormat bagi Seputeh sila duduk ya...

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Akhirnya di dalam Dewan ini, kita dapati bahawa bukan daripada negara China wanita tersebut, tetapi daripada Malaysia, orang Melayu.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta penjelasan.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Dua ya, Kinabatangan selepas itu Bintulu.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat dari Seputeh ini memesong Dewan Rakyat ini dan perlu diambil tindakan. Dia berbohong! Sehinggakan perbuatan Yang Berhormat Seputeh...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Apa yang saya bohong? Apa yang saya bohong itu?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang mengakibatkan kerajaan rugi berbilion-bilion, sebab pelancong dari negara China bimbang datang ke Malaysia. Pembohongan dia menyatakan bahawa perempuan, wanita yang diketuk ketampi daripada China, sedangkan adalah wanita tempatan. Dia berbohong!! Memesong dan perlu diambil tindakan. Minta penjelasan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, ini memang telah pun berlaku dalam kes video klip itu dibentangkan. Itu memang telah berlaku!!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Seputeh ya..

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Tuan Pengerusi, Kinabatangan tanya saya bukan tanya Seputeh.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya, ya. Hendak bagi jalan Bintulu dahulu?

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Bintulu, Bintulu.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat bagi Bera. [Disampuk] [Ketawa] Di sini saya mahu minta pandangan daripada Yang Berhormat Bera ini, tadi kita dengar Yang Berhormat dari Seputeh kata selalu bahawa itu orang asing, apa berlaku dalam negara kita? Baru-baru ini dibawa satu kes ini menceritakan mengenai orang Indon di negara kita kerana macam-macam kena RELA tetapi saya mahu tanya sedikit daripada Yang Berhormat Bera ini, saya tak fahamlah dia Ahli Parlimen Malaysiakah ataupun Ahli Parlimen Indonesia? [Ketawa] Kita negara berapa ramai orang? [Disampuk] Kena berapa teruk dan sengsara di Indonesia? Apa dia buat untuk negara kita? Apa dia buat untuk rakyat kita?

DR.10.12.2007 79

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kadang-kadang dia jadi wakil

rakyat Vietnamlah!!

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Dia ini hendak create huru-hara di negara kita atau dia mahu bantu di negara kita? Minta penjelasan.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Kinabatangan, terima kasih Bintulu. Saya pun tidak faham juga sama ada Seputeh ini mewakili rakyat Malaysia atau mewakili PATI - Pendatang Tanpa Izin? Yang jelas, yang disebut tadi kebanyakannya melibatkan Pendatang Tanpa Izin (PATI).

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat siapa yang memberi pendatang asing ini masuk?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat...

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Seputeh, dia belum bagi jalan..

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Imigresen?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Bera teruskanlah ya...

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Jadi alasan membawa usul memotong peruntukan RELA pada hari ini adalah satu niat jahat untuk menghina RELA. Memang betul tadi beberapa kes telah dibentangkan kepada kita. Yang Berhormat Padang Terap kata ada enam kes. Yang Berhormat bagi Seputeh kata ada sembilan kes. Okey, kita ambil sembilan keslah seperti yang dikatakan oleh Seputeh tetapi kita cuba bandingkan berapa kesalahan dan berapa perkara kebaikan yang dibuat oleh RELA? Sembilan kes yang disebut oleh Seputeh. Berapa kes? 9? 10? 11?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya hanya membangkitkan contoh sahaja...

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yalah, berapa kes?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: ...untuk membuktikan jawapan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri itu salah.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Okey, okey..

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, cukuplah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Itu contoh sahaja. Saya tidak ada statistik seperti ini.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Contoh sembilan kes.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh sila duduk.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Setakat itu contoh dia, saya ambil setakat contoh yang diberi. Contohnya sembilan kes, tetapi tidakkah kita sedar bahawa pada tahun 2007 sehingga 6 Disember, jumlah operasi sebanyak 6,511. Tangkapan PATI 35,548 dilakukan oleh RELA dan kes yang hendak dibawa oleh Seputeh yang hendak menunjukkan bahawa RELA adalah tidak bertanggungjawab adalah sembilan berbanding dengan 32,500 yang dilakukan oleh RELA. [Tepuk]

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan, minta penjelasan Yang Berhormat Bera.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta penjelasan Bera, Bera.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

80 DR.10.12.2007

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Ada masa tak?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tak ada masa Yang Berhormat.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Tak masa, oh tak ada masa..

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Satu soalan sahaja, soalan ringkas. Soalan sangat ringkas terus..

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Nak bagi jalan kepada yang mana dahulu? Nak bagi jalan ke tidak?

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya hendak minta Yang Berhormat bagi Bera...

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Saya bagi..

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya, ya...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Yang Berhormat Bera.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia bagi saya..

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bagi saya.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya. Batu Gajah, yang lain sila duduk dulu.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Oleh sebab Batu Gajah, saya bagi.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Okey, Yang Berhormat Bera, boleh beritahu saya pada pandangan Yang Berhormat Bera, berapakah kes yang mana melibatkan RELA menyalahgunakan kuasa mereka baru boleh dianggap serius? Nyatakan berapa kes? Kalau buat perbandingan ini, berapa kes? Kalau katakan sembilan kes tidak cukup, berapa kes?

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Ya, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, minta gulung Yang Berhormat, gulung.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Batu Gajah. Kes ini merupakan kes terpencil melibatkan individu. Organisasi RELA besar, melibatkan beratus-ratus ribu anggota RELA, tetapi hanya kes-kes terpencil melibatkan orang-orang tertentu, maka tidak patut kita menghukum semua RELA. Ini salah. Kalau ada di kalangan anggota DAP pihak pembangkang yang melakukan kesilapan, ditangkap kita tidak akan kata tangkap atau bubar terus DAP. Sebab ada seorang yang bersalah, tidak menggambarkan semua. [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Apakah Yang Berhormat setuju bahawa memang dalam satu tandan pisang itu, dua tiga biji buruk, tidak boleh dimakan. Begitu juga manusia, begitu juga dalam anggota polis, tentera, imigresen. Dalam DAP pun bukan semua bagus. Banyak tidak bagus! Tetapi kerajaan tidak kata batal parti DAP. Jadi kita memang setuju dan mereka ini didapati bersalah dihukum. Setujukah Yang Berhormat?

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Setuju. Seperti juga di dalam isu Hindraf misalnya. Hindraf tidak menggambarkan seluruh orang India di Malaysia. [Dewan riuh] Apabila kita mengatakan Hindraf salah dan perlu ditangkap, yang ditangkap bukan seluruh masyarakat India... [Disampuk] tetapi apa yang kita hendak tangkap sebahagian Hindraf yang menjalankan kegiatan menentang kerajaan tadi. Itu sahaja. So, di dalam yang melanggar undang-undang. Di dalam soal RELA, kalau Mat bin Ali misalnya melakukan merogol itu tadi, hadapkan Mat bin Ali ke mahkamah. Tangkap dia, hukum dia, kita tidak bela mereka. Tetapi sekarang yang hendak dibuat oleh Seputeh, hukum semua RELA.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tidak adil, pengkhianat!

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Tidak adil! Kita mesti tengok...

DR.10.12.2007 81

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bangun]

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Ha, cukuplah saya tidak ada masa.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat ya...

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Pasal saya beri Batu Gajah sebab..

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah..

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Berapa, berapa baru cukup?

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Saya hendak teruskan, saya hendak teruskan..

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskanlah ucapan Yang Berhormat, ya...

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Okeylah, saya habiskan ucapan ya?

Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Sikit sahaja.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Dua orang, dua orang.

Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bera. Apa yang kita bincangkan pada hari ini sebenarnya, buang masa sahaja, buang masa sahaja. Kerana kita tahu kebaikan RELA ini. RELA banyak memberi khidmat kepada negara kita.

Dato’ Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin [Sik]: Undi terus sahajalah.

Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Secara sukarela.

Hari ini negara kita menghadapi musim tengkujuh, banjir - RELA juga yang bekerja membantu mangsa banjir. Di mana DAP? Apakah DAP juga membantu mangsa banjir? RELA berada barisan hadapan untuk menyelamat. Apa pandangan Yang Berhormat Bera?

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih, sebab itulah saya katakan bahawa tidak adil kita kepada RELA, menghukum semua RELA atas kesalahan beberapa orang anggota RELA. Kita lihat banyak perkara yang dilakukan oleh RELA, kita semua tahu. DAP, pembangkang pun selalu membangkitkan isu ini bahawa kita kekurangan anggota polis untuk menjaga keselamatan. Di luar-luar bandar kita tidak cukup anggota polis untuk mengawal luar bandar misalnya. Sekarang dengan banyaknya pendatang-pendatang tanpa izin dan sebagainya, banyak kejadian pecah rumah dan keselamatan-keselamatan tidak terjamin di luar bandar, tetapi kerana anggota RELA yang bertugas siang dan malam menjaga keselamatan akhirnya kita dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa.

Anggota RELA jaga semua termasuklah ahli-ahli pembangkang yang dapat tidur lena kerana RELA menjaga keselamatan mereka. Mereka tidak pernah fikir soal ini. Di kampung-kampung sekarang kita lihat anggota RELA berjaga siang dan malam ini tidak termasuk elaun yang mereka terima RM4 tadi, tidak. Elaun yang mereka terima RM4 seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Terap tadi RM4 satu jam adalah untuk mereka yang menjalankan operasi tetapi mereka yang berjaga malam adalah secara percuma, mereka menjaga secara percuma. Makan minum mereka adalah daripada wang, duit saku mereka sendiri. Mereka tidak semua di kampung-kampung ada pondok RELA, tidak semua Tuan Pengerusi. Saya rasa tempat Tuan Pengerusi macam itu juga tidak ada pondok. Kadang-kadang mereka terpaksa berteduh di bus-bus stop, di perhentian-perhentian bas untuk berjaga malam. Mereka terpaksa meninggalkan anak isteri malam untuk menjaga keselamatan kampung dan sebagainya.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskan ucapan Yang Berhormat.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Seperti yang dikatakan Padang Terap, daripada zaman dulu daripada zaman home guard dan sebagainya inilah yang dilakukan

82 DR.10.12.2007

oleh RELA. RELA melakukan segala-galanya untuk menjaga keselamatan kita di luar bandar. Adalah malang bagi kita pada hari ini kalau kita bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Seputeh, adalah malang sekali. Merupakan satu titik hitam kepada kumpulan sukarelawan di dalam negara kita. RELA berjaga secara sukarela tidak mendapat apa-apa sekalipun Tuan Pengerusi. Untuk penutupnya kerana tidak ada masa Yang Berhormat sudah beritahu saya, kita boleh membahagikan, kita boleh membuat dua column membahagikan dua kumpulan dalam negara kita ini tentang isu RELA ini. Satu mereka yang menyokong RELA, satu mereka yang tidak sukakan RELA. Yang menyokong RELA, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Kedua, mereka yang cintakan keamanan, yang ketiga mereka yang mengikut, rakyat yang patuh kepada peraturan dan undang-undang. Itu kumpulan yang pertama.

Kumpulan kedua ialah kumpulan yang tidak suka RELA. Kumpulannya ialah, pendatang tanpa izin, yang kedua penjenayah-penjenayah.

Yang ketiga mereka yang datang menggunakan visa on arrival akhirnya bekerja sebagai pelacur dan sebagainya.

Keempat, golongan-golongan peniaga yang mahu mendapatkan keuntungan, golongan peniaga yang hendak gunakan pendatang-pendatang tanpa izin bekerja dengan mereka supaya mereka dapat bayar murah dan sebagainya.

Kelima adalah pembangkang yang diketuai oleh Yang Berhormat Seputeh kerana tidak setuju. Jadi saya ucapkan tahniah kepada pembangkang terutamanya kepada Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ridiculous argument. Apa dia cakap ini?

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Saya memberi contoh satu kumpulan yang menyokong RELA, satu kumpulan yang tidak suka RELA. Jadi sebelum saya menutup ucapan saya, saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Seputeh terutamanya kerana berjaya menempatkan diri dengan kumpulan-kumpulan yang menentang RELA seperti penjenayah, pelacur dan sebagainya tadi. Jadi akhirnya Yang Berhormat ...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Berapa kali akhir Yang Berhormat?

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Akhirnya pada hari ini saya minta kepada semua Ahli Dewan kita berikan sokongan yang padu kepada seluruh anggota RELA yang bekerja keras untuk menjaga keselamatan negara kita. Terima kasih, saya minta mencadangkan supaya usul ini ditolak.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, saya bagi lima minit, yang lain lepas itu menjawab. Santubong.

5.16 ptg.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya tidak akan bercakap panjang Tuan Pengerusi. Yang pertama saya tidak faham, saya mendengar ucapan Yang Berhormat bagi Seputeh tadi. Persoalan yang saya tidak faham kenapa bacakan ‘barang’ ini di Dewan Rakyat ini? Adakah untuk politik Yang Berhormat bagi Seputeh ataupun untuk mencemarkan nama baik negara ini untuk dipetik oleh pihak media dan dihebohkan ke seluruh negara. Jadi kalau inilah tujuannya Tuan Pengerusi, saya rasa kecewa dengan ahli bagi Seputeh kerana kita dimaklumkan bahawa landasan satu kes yang disebutkan tadi iaitu seorang instructor tekwando? Karate yang dikatakan dipukul oleh pihak RELA. Sebenarnya, instructor karate ini yang memukul dulu RELA. Selepas itu baru orang mempertahan diri.

Dalam keadaan sedemikian saya menyeru kepada kementerian selidik sebaik-baik mungkin, sejelas-jelas mungkin apa yang disebut oleh Yang Berhormat Seputeh tetapi apabila didapati perkara-perkara ini hanya untuk mencemarkan nama baik Malaysia di khalayak ramai bawakan kes ini ke Dewan ini untuk bawa potong gaji Yang Berhormat Seputeh juga, kerana Tuan Pengerusi, saya tidak melihat perkara ini satu isu dalam Dewan.

DR.10.12.2007 83

Ini DAP yang sikit perkara bawa ke Dewan, dulu yang dia sudah cemar masalah Dewan, martabat Dewan oleh kerana tindakan melulu pihak DAP khususnya Yang Berhormat Seputeh tetapi didapati selepas itu benda itu bohong, salah dan sebagainya. Jadi saya jarang sekali bercakap, campur tangan soal ini tetapi keadaan ini berterusan dari semasa ke semasa untuk memburuk-burukkan nama Dewan, memburuk-burukkan nama Malaysia.

Akhirnya apa yang dikehendaki supaya negara lain mungkin menyerang Malaysia kerana marah. Inikah dikehendaki oleh pihak DAP atau Yang Berhormat Seputeh. Jadi ini kah yang disukai oleh pihak mereka. Soalan betul, salahnya jangan dulu. Isu proportion kesalahan daripada kesalahan tugas yang telah dibuat oleh pihak RELA ini memang soalan kecil sahaja. Banyak kes yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Bera tadi, 6,511 raids dan 32 ribu penangkapan PATI hanya sembilan atau lebih kes sahaja dia ketahui. Ini yang diheboh-hebohkan, itu pun bukan dalam masa satu tahun dalam jangka masa bertahun-tahun. Jadi kalau kita hendak memburuk nama Yang Berhormat Seputeh barangkali dalam masa dua tahun ini kita dah boleh cari dah. Jadi Tuan Pengerusi, berhentilah daripada memburukkan nama negara ini. Baiklah Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi bila kita lihat beberapa kali Yang Berhormat Seputeh ini memfitnah negara dan sebagainya pada pandangan saya sendirilah meragui kesetiaan Yang Berhormat Seputeh ini terhadap negara Malaysia. Setuju tidak Yang Berhormat?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, saya ingin membantah yang kata-kata mereka kerana ini...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat..

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Dia tanya saya, yang ditanya oleh Yang Berhormat Lipis saya. Saya menjawab, jawapan saya, saya juga meragui, saya juga meragui kerana bukan sekali dah gagal sekali....

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya pun meragui juga.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Akhirnya nanti ada orang bawa senapang, bawa senjata...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, ini adalah...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ini perbahasan Yang Berhormat...

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Semasa Yang Berhormat bercakap, saya duduk sini dengar sahaja.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat Santubong, 36(6) mana? Ini memang tidak tepat, Yang Berhormat ini.....

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya dengar sahaja, perasaan saya pun tidak sedap dengar. Yang Berhormat tidak pernah pertahan...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat ya, cukuplah. Gulung-gulung, Santubong sila gulung. Sila gulung Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Peraturan Mesyuarat, saya membela sesiapa yang dianiayai oleh kesalahan di bawah peraturan mesyuarat... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat, saya faham.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Semua ini yang bu bukan orang, manusia...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabtangan]: Peraturan mana? Peraturan tiada.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kalau hendak bangun, bangunlah betul-betul sikit.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Peraturan Mesyuarat 36(6) yang berbunyi:

84 DR.10.12.2007

“36(6) Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke

atas siapa-siapa ahli lain.”

Seorang Ahli: Kalau DAP jahat boleh?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kalau ada kita buat berdiri atas Peraturan Mesyuarat ...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat saya faham.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Apa yang berlaku tadi Yang Berhormat daripada Lipis, Yang Berhormat daripada Santubong, ada kata bahawa Yang Berhormat daripada Seputeh tidak taat setia, itulah sangat jelas melanggari 36(6). [Dewan riuh]

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Pengerusi, buat ruling.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Minta ruling, tidak payah dengar lagi, duduklah dah faham semua dah, duduk. [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya meminta satu, masih atas point of order.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya faham Yang Berhormat, sila duduk.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Lipis dan Santubong meragui... [Dewan riuh]

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Pengerusi, dah faham dah.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, saya dah faham dah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya meminta, duduk, duduk! Saya meminta satu ruling daripada Tuan Pengerusi mengenai perkara ini dan mengarahkan Yang Berhormat Santubong, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik kerana melanggar 36(6). Jika tidak kita boleh berdiri dan membuat tuduhan yang sama dan kita tidak akan bincang mengenai apa-apa yang di hadapan Dewan, tetapi buat tuduhan masing-masing sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat, ya.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: You hari-hari tuduh oranglah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: ... tuduhan yang sama.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: .. sebab itu saya meminta bahawa satu ruling dibuat supaya mereka tarik balik, kalau tidak kita akan berdiri dan buat perkara yang sama.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, saya telah dengar kedua-dua belah pihak. Yang Berhormat Seputeh memberi ucapan, Yang Berhormat Lipis dan lain-lain mereka tidak buat sangkaan jahat, tetapi mereka kata meragui sahaja. Oleh itu saya ingat tidak timbul perkara ini.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak faham bahasa itu, kalau diragui boleh disiasat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Dengar itu..

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat Santubong.

DR.10.12.2007 85

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bermakna kita boleh siasatlah

Seputeh itu, sebab kita meragui.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi..

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa lagi ni?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa lagi ni?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Pengerusi, sudah membuat keputusan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, bila saya mengatakan ...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya sudah membuat keputusan Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, bila saya mengatakan kesalahan yang dilakukan oleh anggota RELA, apa kena-mengena dengan kesetiaan saya kepada negara? Kenapakah saya ini diheret kepada...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ragu, ragu, boleh fahamkah...

[Dewan riuh]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Seputeh orang yang tidak setia kepada negara...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat. Saya sudah buat keputusan, Yang Berhormat Seputeh sila duduk yang lain sila duduk.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Duduk, duduk.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Santubong sila habiskan ucapan. [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa ini? Apa bising-bising ni?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada Point of order, Yang Berhormat ya.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa lagi?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Apa lagi? Siapa nak order apa lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk yang lain, sila duduk.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tiada hak untuk tanya apa lagi! Saya berdiri atas point of order.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat..

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya berdiri atas Point of Order 36(6).

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, saya telah membuat keputusan. [Dewan riuh]

86 DR.10.12.2007

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Pengerusi,

telah buat keputusan...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ahli Parlimen boleh berdiri atas point of order yang sama atas perkara-perkara yang lain.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila. Yang lain sila duduk.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya telah buat keputusan..

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila. Yang lain sila duduk.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Duduk, duduk.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila. Yang lain sila duduk, ringkas Yang Berhormat ya.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya mahu satu ruling, buat tuduhan seorang tidak taat setia dengan meragui ketidaksetiaan, ini bukankah sama-sama untuk impute improper motive. Bolehkah kita di sini berdiri kata, impute improper motive, saya ragui ketaatsetiaan Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Santubong, bolehkah buat begitu? [Dewan riuh] Kalau kita boleh buat kita tunggu ruling, kalau boleh buat kita akan buat.

Seorang Ahli: Biar ada isulah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tidak boleh kata seseorang tidak taat setia, tidak boleh kata bahawa ragu ketaatsetiaan seorang. Oleh kerana kalau kita boleh the whole debate will go into that direction.

Seorang Ahli: Eh!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya haraplah, apa eh! Samseng ke?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat, saya sudah..

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Oleh itu saya harap buat satu keputusan, tidak boleh kata orang tidak taat setia, Ahli Parlimen tidak boleh kata meragui, oleh kerana ini impute improper motive - sama. Oleh kerana.....

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia tidak, cukuplah Yang Berhormat saya sudah bagi ruling tadi, saya buat keputusan. Itulah saya buat saya tidak akan mengulangi. Ya habiskan ucapan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya masih buat pendirian Tuan Pengerusi, pendirian yang sama saya mengatakan kalau kita nak buat perangai ataupun mengambil satu-satu tindakan, kita dah tahu kesan tindakan kita, lagi kita ambil satu tindakan yang sama yang mungkin akan mendatangkan kesan yang sama. Jadi kalau orang bertanya dengan saya apa sebenar tujuan saya? Kalau orang bertanya dengan ... semua ini kita boleh nilaikan.

Jadi janganlah sangat kalau nak ambil mileage politik sahaja dan kesannya, akhirnya mengena negara ini kita mesti menilai semula tindakan kita.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kita menilai semula tindakan kita, kerana dulu kita dah gaduh sekarang nak cari gaduh tempat lain lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kita tidak kemampuan Tuan Pengerusi, kita negara kecil, kita negara bukan nak perang dengan orang. Tadi kita dah sebut, kita tidak hendak perang, kita nak cari kedamaian, kita nak cari keselesaan, kita nak cari semua kebaikan. Namun malang sekali kalau orang lain umpamanya Hindraf pergi ke India nak cari pasal, saya meragui ketaatan mereka ini kerana pergi ke negara orang lain, bertanya.

DR.10.12.2007 87

Begitu juga kalau saya menghasut orang India untuk menekan Kerajaan Malaysia,

saya juga bersikap demikian ataupun kesan tindakan saya akan mendatang kesan yang sama juga saya boleh diragui, raguilah saya, selidiklah saya.

Beberapa Ahli: Apa salah? Apa salah?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, habiskan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Persoalannya Tuan Pengerusi, kita mesti berhati-hati untuk mengambil tindakan dan bercakap, apa kesan percakapan sebagai orang individu yang bijaksana, kita pandai, wakil rakyat, wakil di Dewan yang mulia ini. Kita mesti menilai apa tindakan kita. Jadi kalau kita tidak boleh menilai tindakan kita, kita boleh diragui.

Jadi Tuan Pengerusi, saya melihat sebagaimana Yang Berhormat daripada Kinabatangan sebut tadi di antara yang beribu-ribu anggota RELA ini hanya sedikit yang melakukan kesalahan. Tidaklah wajar bagi kementerian nak dipotong gaji kah, nak dibubarkan RELA ini, kalau inilah tindakan kita akhirnya semua institusi di negara ini akan dibubar.

Oleh kerana Dewan ini kita dah mengeluarkan seorang Ahli Parlimen, bubar sahaja tidak payah buat Parlimen lagi, kerana ada Ahli-ahli Parlimen yang tidak ikut peraturan. Jadi kalau inilah tindakan kita, tindakan itu bukanlah bijak.

Jadi saya mencadangkan di sebalik semua ini, saya minta kementerian melihat semua tuduhan yang dibuat dan selidik RELA ini, beri latihan sebaik mungkin supaya kita jangan sekali lagi dituduh melulu. Walaupun dari surat khabar sahaja tuduhan ini keluar, tidak tahu betul salahnya dibuat dalam surat khabar, dibuat dalam internet, dibuat dalam surat layang dan pelbagai lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, habiskan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Selepas itu dibuatkan satu asas untuk membuat laporan, tuduhan. Akhirnya minta dibubarkan, mereka yang telah berjuang mempertahankan keselamatan supaya semua orang, sebagaimana Yang Berhormat Bera cakap boleh tidur nyenyak termasuk pembangkang, saya sendiri dan banyak lagi masyarakat negara ini. Jadi Tuan Pengerusi, saya langsung tidak bersetuju dan menolok cadangan yang dibuat oleh Seputeh. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pihak kementerian untuk menjawab. Ya, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sila.

4.59 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri [Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim]: Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menolak usul daripada Seputeh.

Setelah 35 tahun RELA diwujudkan, RELA telah memberi perkhidmatan cemerlang, tidak ada sebarang rekod buruk kecuali perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh. Jikalau Seputeh mengatakan bahawa kementerian dalam jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat memesongkan Dewan ini, sebenarnya Yang Berhormat juga telah memesong Dewan ini jauh menyimpang daripada kenyataan sebenarnya. Ini kerana daripada bukti yang terdapat pada kita, RELA juga dikawal oleh peraturan dan undang-undang. Kita tidak membiarkan ahli-ahli RELA melakukan sesuatu sesuka hati mereka.

Mereka terikat dengan peraturan dan undang-undang. Sekiranya mereka melakukan apa juga kesalahan dan jika sabit kesalahan itu, mereka boleh dipecat dan kalau kes itu terlibat jauh hingga ke polis, polis akan mengambil tindakan hantar ke mahkamah.

88 DR.10.12.2007

Jadi dalam kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya telah menyemak rekod daripada RELA, dalam tempoh tiga tahun RELA diberi tugas menangani isu parti, hanya ada 11 laporan dan itu pun disiarkan dalam akhbar. Laporan sebenarnya misalnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh ini adalah ulangan kepada soalan yang telah dibangkitkan di dalam Dewan ini dan telah pun diberi jawapan, tapi Yang Berhormat tidak mahu menerima kenyataan dan menafikan jawapan yang telah diberikan.

Misalnya dalam kes...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan. Boleh saya minta penjelasan?

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Dengar dulu.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: ...kerana apa yang ditulis jawapan ini...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, jawapan yang diberi...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat. Dia tidak bagi jalan.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Yang Berhormat Seputeh, dalam kes M. Suresh dan Norirwanshah Mat Nor yang dituduh merogol gadis berusia 14 tahun di tandas awam dan telah pun didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada 28 Februari. Setelah kita menyemak, dua orang ini bukanlah anggota RELA. [Dewan riuh]

Jadi jangan disabitkan anggota RELA tanpa pernyataan yang sebenarnya.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, ini disiarkan dalam Utusan Malaysia. [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini memesongkan Dewan, Yang Berhormat, bohong!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat yang lain sila diam.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ini semua disiarkan dalam surat khabar kawalan Barisan Nasional.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat hendak bagi jalan atau tidak?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Apakah ini salah...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan atau tidak Yang Berhormat? [Dewan riuh] Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat. Ya sila.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Tiada anggota RELA yang kononnya memukul jurulatih karate daripada Indonesia. Tidak ada anggota RELA yang terlibat dalam kes ini, kes yang sebenarnya...

Seorang Ahli: [Menyampuk] Tiga kali tipu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk] Lagi bohong!

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Jurulatih ini telah terlibat dalam pergaduhan dengan polis. Tidak ada RELA yang terlibat. [Dewan riuh] Jadi tuduhan ini perlulah disiasat oleh Seputeh dengan teliti. Jangan buat sebarang tuduhan untuk memperlekehkan RELA. [Dewan riuh]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Potong gaji Seputehlah.

DR.10.12.2007 89

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Kerana dalam tempoh 35 tahun ini RELA seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat ini...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Seputeh buat fitnahlah! Pembohonganlah!

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Yang Berhormat Seputeh tidur nyenyak kerana peranan RELA dalam negara ini! [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diam.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Malah dituduh bahawa anggota RELA tidak faham, tidak tahu tentang dokumen, tidak boleh baca dokumen, kita sudah sampai ke satu tahap di mana pihak anggota RELA, pegawai RELA kita juga adalah orang-orang yang terlatih. Kebanyakan pegawai-pegawai tentera yang berpangkat tinggi yang pencen dan menyertai RELA kerana kecintaannya kepada negara. Kita mempunyai Sistem Biometrik yang membuktikan untuk menunjukkan sesuatu dokumen itu sah atau tidak.

Kes yang terlibat mengatakan anggota RELA merogol. Ada kes di mana anggota RELA satu kes daripada 500 ribu anggota RELA. One out of 500,000. Adakah kerana ini kita hendak bubarkan RELA? Yang Berhormat Seputeh kata polis tidak betul, BPR tidak betul, ini RELA pula tidak betul. Apa yang betul? Jadi ini adalah perception Seputeh yang...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, hendak bagi jalan?

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: ...tidak betul. Jadi saya tidak perlu jelas panjang-panjang bahawa hari ini RELA akan terus diperkukuhkan dan diperkasakan untuk mempertahankan negara. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi tidak boleh...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat mengurangkan sebanyak RM10.00 daripada Maksud B.61 Kod 30000 aset di bawah Butiran 060600 - Ikatan Relawan Rakyat (RELA) iaitu dengan memotong peruntukan RELA sebanyak RM10.00 hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan tidak disetujukan. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.61 dan Kepala Pembangunan P.61 di bawah Kementerian Hal Ehwal Negeri terbuka untuk dibahas.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Larut.

6.05 ptg.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sambung sikit tentang Kementerian...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Lima minit saja Yang Berhormat.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: ... Hal Ehwal Dalam Negeri ini. Di bawah Butiran 060600 – Ikatan Relawan Rakyat (RELA). Saya hendak ambil

90 DR.10.12.2007

kesempatan mengucapkan takziah kepada beberapa orang anggota RELA yang terbunuh dalam kemalangan baru-baru ini.

Kita rasa amat simpati dengan anggota RELA yang telah mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini. Takziah kepada keluarga mereka dan mudah-mudahan roh mereka diletakkan di sisi orang-orang yang soleh. Mudah-mudahan.

Tuan Pengerusi, kita tahu peranan RELA ini begitu penting. Kalau pada hari ini mereka telah membantu banyak dari segi PATI atau pendatang asing tanpa izin, menjaga keselamatan sejak konfrontasi lagi. Walaupun kita tahu pembangkang sengaja mencetuskan perpecahan kerana mereka tidak puas hati dengan demonstrasi yang telah dilakukan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Saya hendak tahu daripada kementerian, sama ada oleh kerana RELA ini telah memainkan peranan penting, selain daripada kita minta kebajikan mereka, barangkali uniform mereka kita boleh bangkitkan di sini, bahkan juga kita boleh memperluaskan lagi peranan RELA. Kalau hari ini pihak PBT menghadapi masalah untuk penguatkuasaan undang-undang. Kalau kita tengok di siber-siber kafe tengah malam buka, tidak mengikut peraturan, anak-anak, pelajar-pelajar kita menghabiskan masa mereka, barangkali juga mereka boleh digunakan oleh pihak kementerian, untuk membantu kerajaan dalam menangani masalah dalam sosial yang timbul di kalangan masyarakat kita.

Saya mencadangkan supaya peranan RELA ini diperluaskan lagi. Bukan hanya setakat membantu, setakat hari ini menguatkuasakan dan kita setuju untuk tambahkan peruntukan kebajikan mereka. Kalau boleh disediakan satu elaun khusus semacam mana kepada Askar Wataniah, supaya boleh menaikkan lagi imej RELA ini. Kita sentiasa menyokong pergerakan RELA.

Kemudian Tuan Pengerusi saya hendak pergi kepada Butiran 020000 – Pendaftaran Pertubuhan. Saya mintalah kementerian semak balik semua pertubuhan yang ada, yang telah didaftarkan dengan kementerian, kalau pada peringkat awal, mereka ini ikhlas. Kononnya ingin hendak bergerak, hendak menjalankan pelbagai kegiatan.

Kita bimbang, takut nanti setelah mereka ini mendapat kelulusan pendaftaran, mereka menyimpang, tergelincir daripada hasrat murni. Adalah di antara mereka ini terlibat dalam demonstrasi yang diadakan baru-baru ini. Jika ada, silalah ambil tindakan. Batalkan pertubuhan kalau mereka terlibat, jika ada. Ini memang penting. Jangan masa mereka hendak dapatkan kelulusan, mereka mengatakan ya dan bersetuju untuk mematuhi peraturan, tetapi bila sudah dapat, mereka menyimpang, terkeluar, tersasar daripada kehendak pihak pendaftar pertubuhan.

Seterusnya saya hendak sebut di bawah Butiran 030000 – Imigresen. Saya masih ingat jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di dalam sesi soal jawab di Parlimen ini tentang, bukanlah kerana kalau ada rakyat kita berkahwin dengan warganegara asing, menjadikan ia sebagai satu platform untuk mendapatkan visa.

Saya hendak sambung sikit di sini, jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Baru-baru ini saya secara tidak langsung telah pergi ke Pejabat Imigresen Ipoh. Kebetulan ada urusan dan saya hendak ucap tahniah kepada Pejabat Imigresen Ipoh kerana melayani pelanggan dengan begitu baik. Ada kerusi, tidak tahulah di tempat lain. Tempat duduk, ya yang bagus kita puji. Kita kena beritahu yang bagus, yang tidak bagus kita tegur dengan cara yang baik.

Teguran, bagi pandangan-pandangan. Bukan hendak menghentam, selepas itu apabila ada menghadapi masalah, datang kepada kita dengan muka tidak malu minta tolong.

Potong RM10, selepas itu hendak minta pertolongan pula membantu mereka yang telah melemparkan kata-kata kesat pada RELA. Saya mintalah supaya tentang mereka yang berkahwin dengan rakyat asing yang dah ada cukup bukti bahawa mereka betul-betul

DR.10.12.2007 91

mendirikan rumah tangga, kalau boleh pihak imigresen gunakanlah budi bicara untuk memberikan PR dengan izin.

Kita tidak mahu jadi macam seorang rakyat kita, remaja kita 19 tahun saya tak ingat namanya, yang baru-baru ini terpaksa mengikut suaminya ke Pakistan. Kemudian apabila mengalami masalah terpaksa melarikan diri membawa anak kecil. Kan sedih.. Begitu pun kita rasa bangga dengan ketabahan wanita ini yang berani untuk menyelamatkan anaknya untuk pulang ke negara kita.

Saya berharap supaya mereka yang telah berumah tangga, mendirikan rumah tangga dengan rakyat asing, cukup bukti, berilah kelulusan. Janganlah menyulitkan lagi. Inilah yang menyebabkan kadang-kadang timbul masalah ...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa cukup.

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Memang saya dah nak berhenti Tuan Pengerusi tetapi oleh sebab ini penting. Saya percaya ini berlaku di mana-mana. Bayangkan jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan Tuan Pengerusi, kita tidak tahu jodoh seseorang. Maka sebab itu kalau bolehlah dah cukup bukti, kalau wakil rakyat umpamanya mengesahkan mereka ini betul-betul telah mendirikan rumah tangga, kita sahkanlah. Saya yakin dan percaya tak mungkin mereka yang telah mendirikan berumah tangga terutama perempuan rakyat Malaysia dengan rakyat asing lelaki yang mahukan, tidak Tuan Pengerusi mereka ini tidak akan dapat peluang kemudahan untuk bekerja di tanah air, di Malaysia ini kerana mereka tidak ada PR, status PR setelah mereka mendirikan rumah tangga. Jadi saya mintalah melihat supaya budi bicara pihak kementerian...

Last sekali Tuan Pengerusi, baru-baru ini berlaku penyeludupan sub machine gun yang melibatkan seorang anggota bukan daripada imigresen tetapi daripada kastam. Bagaimana ia boleh diseludup masuk?

Oleh sebab itu saya minta supaya dikaji balik sempadan, free trade zone ini. Kalau hari ini bebas semata-mata untuk pergi ke kedai bebas cukai, tetapi ada mereka mengambil kesempatan untuk melepasi pusat-pusat pemeriksaan imigresen.

Ini menyebabkan ada kesempatan diambil oleh rakyat asing di pusat-pusat sempadan di negara kita ini. Jadi saya mintalah supaya pihak imigresen melihat balik, mengkaji balik tentang status bebas cukai ini supaya memastikan mereka tidak ambil kesempatan, nak pergi ke kedai bebas cukai tetapi melalui pintu masuk ke sempadan. Ini menyebabkan akan berlaku penyeludupan dan kita bimbang ia akan menjejaskan lagi keselamatan negara kita.

Jadi Tuan Pengerusi, yang ini sokong, yang tadi saya tidak sokong usul yang dibawa oleh pembangkang. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Bintulu.

6.13 ptg.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Di sini saya mahu sentuh atas Butiran 010000 dan 060000 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ini isu saya mahu sentuh sudah isu lama, sudah berapa kali kita sudah sentuh di Dewan yang mulia ini, tetapi sampai hari ini kita nampak tak berapa berkesan dan berubah. Kadang-kadang selalu kata atas pentadbiran peruntukan tiada. Di sini saya nampak walaupun peruntukan tidak banyak tetapi saya fikir sistem dia mesti mahu ada perubahan.

Sekarang atas ini Jabatan Pendaftaran Negara Kuching ini, kalau dia punya perangai tidak ubah, pegawai dia tak mahu kerjasama nak cari jalan macam mana nak selesai hal-hal orang tiada IC ataupun tiada surat beranak ataupun tiada surat mati? Macam mana nak selesai kalau kita tidak ada satu fikiran nak bantu rakyat selesaikan masalah ini? Sampai bila-bila peruntukan kasi lebih pun tidak akan selesai.

92 DR.10.12.2007

Fasal apa saya difahamkan di JPN ada pegawai beritahu dia memang ada bagi

cadangan dan jalan macam mana nak selesai, tetapi tiba-tiba you punya pengarah di Kuching mati-mati dia tak mahu dengar, dia mahu ikut dia punya cara sendiri. Jadi kalau macam ini, bilalah mahu selesai?

Macam rakyat Iban, berapa jam dia turun dari rumah panjang, pergi sana, tanya JPN, dia punya daftar macam mana? Cakap tunggulah, tiga bulan mari. Lepas tiga bulan mari, akhir sekali beritahu isi borang baru lagi. Bila kita baru habis? Berapa kali mahu isi borang? Jadi saya mintalah kementerian ini kalau boleh tolonglah. Kalau itu pegawai walaupun dia pengarah kalau tak layak, tukarlah lain orang siapa layak duduk itu kerusi. Jangan bagi rakyat susah. Jangan bagi rakyat sudah mati pun susah, turun bawah pun tak boleh lepas check point pun susah. Jadi saya haraplah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tolong bantulah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Serdang.

6.15 ptg.

Dato’ Yap Pian Hon [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Satu perkara. Butiran 050300. Tuan Pengerusi, saya pernah menerima surat daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen untuk mengatakan bahawa Jabatan Imigresen akan menubuhkan Pejabat Imigresen Cawangan Serdang di Mines Resort.

Selepas beberapa ketika, saya tidak nampak projek ini dilaksanakan walaupun telah dikomitedkan melalui surat itu. Selepas itu saya bertanya kepadanya lagi, di mana Ibu Pejabat Imigresen, berkata bahawa kerana Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya akan dibuka di mana dipindahkan daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya, maka Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya akan membuka kaunter untuk memberi permohonan pasport antarabangsa. Selepas saya difahamkan bahawa tidak ada kaunter di Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya, maka ertinya tidak memberi kemudahan kepada rakyat di sekitar kawasan Serdang, Puchong atau di sekitar kawasannya.

Maka itu saya mohon semula komitmen melalui surat yang dikatakan oleh Ketua Pengarah pada ketika itu, tapi masa itu saya mintalah apa sebabnya berlaku demikian? Sebab memandangkan pembangunan begitu pesat di kawasan Serdang dan bilangan penduduk begitu ramai dan untuk memohon pasport antarabangsa, nak pergi Kajang, nak pergi Kuala Lumpur atau jauh daripada kawasan itu, susah sangat.

Maka itu saya mintalah supaya kementerian menimbang semula di mana keputusan telah dibuat beberapa tahun dahulu, di mana dapat timbangkan semula untuk membuka pejabat imigresen di Serdang dan jangan hanya untuk kawasan-kawasan tertentu. Maka ini sebabnya patutnya dikotakan. Dengan ini mintalah satu penjelasan supaya permohonan semula berkaitan dengan cawangan itu dapat dibuka semula. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kuala Krau.

6.18 ptg.

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada 060500 – Jabatan Pendaftaran Negara. Di kawasan saya ramai terdiri daripada masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah untuk mendaftar dan membuat kad pengenalan. Jadi saya mohon supaya Pejabat Pendaftaran Negara ini turun padang, pergi ke kawasan-kawasan perkampungan Orang Asli dan juga saya mencadangkan supaya pejabat bergerak atau pejabat operasi bergerak dengan kemudahan-kemudahan mengambil gambar dan juga kemudahan untuk memproses supaya kad pengenalan ini dapat terus dibuat kepada masyarakat Orang Asli.

Yang keduanya tentang RELA iaitu 060600, sebagaimana Yang Berhormat bagi Larut beritahu bahawa kita mengucapkan takziah kepada tiga anggota RELA yang maut

DR.10.12.2007 93

bertembung lori iaitu Allahyarham Saidon Nasir, Allahyarham Che Mad Yusof dan juga Allahyarham Mohammad Zani Zakaria. Cuma saya mencadangkan supaya mana-mana anggota RELA selain daripada pakaian percuma, selain daripada insurans percuma, saya juga mencadangkan supaya insurans nyawa hendaklah diberikan kepada anggota RELA secara percuma.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada RELA kerana sehingga 6 Disember 2007, seramai 65,837 pendatang tanpa izin telah ditangkap di dalam Operasi Bersepadu RELA. Cuma bila kita bercakap mengenai operasi bersepadu ini ada halangan dan juga ada masalah-masalah tertentu terutamanya tentang keselamatan RELA.

Sebagaimana yang biasa saya sentuh supaya ahli RELA ini diberikan selain daripada latihan senjata api untuk mempertahankan diri. Keduanya tentang elaun penugasan semasa operasi. Saya difahamkan banyak lagi elaun-elaun operasi yang masih belum dijelaskan, saya ingin tahu berapakah jumlah terkini dan bilakah elaun ini dapat dijelaskan kepada anggota RELA? Ini kerana ianya boleh menggugat atau melemahkan semangat anggota RELA selain daripada bekerja secara sukarela, mereka juga memerlukan kemudahan-kemudahan kewangan untuk menyara hidup keluarga masing-masing. Tentang - Sabak Bernam.

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Krau, sedikit sahaja. Saya hendak celah dari segi perkhidmatan demi kebajikan RELA. Kita difahamkan pihak kementerian sedang berura-ura untuk menubuhkan jabatan sendiri bagi RELA dan Sabak Bernam serta ramai Ahli Parlimen yang menyokong supaya ada suatu peruntukan khas untuk RELA ini kerana kepentingannya. Jadi apa pandangan Yang Berhormat supaya jabatan ini disegerakan agar jabatan ini nanti boleh menjaga kebajikan RELA ini. Terima kasih.

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sabak Bernam, saya juga dalam ucapan saya ini Jabatan RELA dapat disegerakan diwujudkan selain daripada peruntukan kebajikan ahli RELA dapat kita berikan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Beluran, saya tunggu Kepong bangun, Kepong tidak bangun.

Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: Ya, Kepong lambat bangun Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak apalah, nanti.

6.21 ptg.

Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 040000 - Pendaftaran Negara. Saya rasa pegawai Jabatan Pendaftaran ada membaca akhbar The Star pada hari ini melibatkan seorang pengadu bernama Siti Rositah Mustapah yang berasal dari Sandakan Sabah yang telah memohon kad pengenalan sejak tahun 2005, tetapi hingga hari ini boleh mendapatkan kad pengenalan. Akhirnya pengadu ini telah mendapati bahawa butiran dirinya atau kad pengenalannya telah pun dikeluarkan kepada seseorang dengan menggunakan butiran diri Siti Rositah Mustapah ini. Ini bererti penama ini tidak akan mendapat memiliki kad pengenalan atas namanya.

Telah dicadangkan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara di Sandakan, untuk mengubah nama, mengubah identiti, mengubah butiran diri pengadu ini kepada satu butiran yang lain disebabkan oleh butirannya telah pun digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan kad pengenalan. Tuan Pengerusi, kes begini is not uncommon di Sabah. Banyak kes telah keluar akhbar tempatan di Sabah yang melibatkan seseorang menggunakan butiran seseorang untuk mendapatkan kad pengenalan. Saya rasa bahawa perkara ini serius dan harus disemak, diteliti.

It's very simple, mudah panggil balik penama kad pengenalan yang telah dikeluarkan sebelum ini, boleh siasat identitinya. Ketulenan kad pengenalan yang dikeluarkan kepada seseorang terlebih dahulu. Saya rasa penyiasatan harus dilakukan

94 DR.10.12.2007

oleh Jabatan Pendaftaran agar tidak ada individu yang menjadi mangsa kepada kelemahan dalam sistem Jabatan Pendaftaran. Saya katakan sekali lagi perkara ini is not uncommon. Ianya berlaku di Sabah dan satu tindakan harus diambil untuk memberikan kad pengenalan Siti Rositah Mustapah ini kepada penama yang betul. Jangan ada orang menggunakan butiran orang lain untuk mendapatkan pengenalan. Bagaimana dengan rekod sekolah surat beranak rekod-rekod yang lain yang telah ditulis atas nama Siti Rositah Mustapah kepada orang ini dan tentulah saya rasa jabatan harus melihat perkara ini.

Seperkara lagi Tuan Pengerusi yang melibatkan kad pengenalan. Menjadi perkara biasa di Sabah untuk mendapat kad pengenalan ini terlalu lama, kita pohon kemudian proses pengeluaran kad pengenalan itu terlalu lama dan proses penghantaran juga terlalu tidak tepat. Ada ketika permohonan dibuat di Sandakan tetapi kad pengenalan dihantar ke Lahad Datu, yang menyulitkan pemohon.

Saya pernah membuat operasi pendaftaran bergerak ini di kawasan saya, yang terpencil. Proses kad pengenalan dikeluarkan, tetapi kad pengenalan itu dihantar ke Tawau dihantar ke Lahad Datu yang menyulitkan permohonan di kampung itu. Dahlah kita pergi kampung buat kad pengenalan, tetapi apabila kad pengenalan itu keluarkan dihantar ke daerah yang lain.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: Ya, harus disemak diteliti dan disiasat, tetapi kes pagi ini yang keluar di akhbar The Star hari ini page 10 saya minta agar kementerian, jabatan menyiasat perkara dan memberikan kad pengenalan yang benar-benar kepada butiran yang benar. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Ayer Hitam.

6.25 ptg.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin terus kepada dua perkara. Pertama, mengenai imigresen. Kita sedar bahawa di Johor adalah satu tempat di mana merupakan Southern Gateway dan kita mempunyai ramai pekerja yang bekerja di Singapura dan memandangkan pasport terhad sudah diberhentikan tidak lagi berkuat kuasa, maka keperluan untuk menukar pasport adalah satu perkara yang lazim berlaku di Johor Bahru.

Oleh kerana itulah saya menyeru kepada kementerian supaya Jabatan Imigresen itu tidak semestinya pada satu tempat di Johor, dan saya rasa merata-rata kita buat termasuklah di kawasan saya dan daerah lain. Saya rasa ini adalah satu cara untuk kita mengurangkan kesesakan; dan kedua, masa menunggu itu saya rasa kalau kita pergi ke pejabat Imigresen Johor memang ramai. Ada yang mohon permit masuk...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, pejabat imigresen untuk memproses pasport?

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Ya.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi saya melalui Yang Berhormatlah. Kulai, bulan ini jadi daerah Kulai. Saya minta melalui Yang Berhormat minta kerajaan, kementerian tubuhkan pejabat di kawasan sayalah.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa dia adalah seorang wakil rakyat yang arif dan juga menggunakan forum yang betul kerana ini masalah saya rasa Kulai sekarang satu daerah ianya patut dijadikan satu dan disegerakan Jabatan Imigresen. Kalau tidak orang yang duduk di Kulai masih kena ke Johor Bahru, begitu juga Ayer Hitam. Saya rasalah kalau dari Ayer Hitam pergi ke Kulai lagi dekat.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, antara Ayer Hitam dengan Kulai, Kulai diberikan keutamaanlah. [Ketawa]

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Kalau boleh saing sekalilah dua-dua. Keduanya saya rasa, apa yang telah saya suarakan sebelum ini, melalui soalan bertulis,

DR.10.12.2007 95

saya minta kementerian berikan jawapan tentang kedudukan kes permohonan PR ataupun permit masuk melalui imigresen. Sampai hari ini saya tanya soalan di Parlimen tidak ada jawapan bertulis. Saya tidak tahu apa sudah jadi dengan kementerian ini. Minta tolong, kalau saya tanya status, Setiausaha Parlimen memang rajin, saya dapat surat sokongan semua, tetapi sampai Ketua Pengarah, KSU tidak akan ada surat. Saya bagi satu cabaran kalau boleh tunjuk kepada saya memang berkesan jabatan ini balas surat dalam masa tiga hari. Kalau boleh, kalau tidak apa yang kita cakap dengan orang kampung, mereka ingat kita tipu. Saya rasa ini adalah satu sikap yang patut diguna pakai oleh jabatan yang berkenaan terutamanya imigresen.

Perkara kedua, memandangkan ramai wakil rakyat Ahli Parlimen memakai pangkat, Kolonel Kehormat di bawah RELA ini. Jadi saya rasa pada mulanya saya tidak rela sangat. Kerana kita tahu RELA ini fungsinya baik, tetapi nila setitik rosak susu sebelanga. Ada sesetengah pegawai RELA memang kelakuan dia tidak senonoh. Saya mengambil satu contoh, di daerah Johor Bahru seorang yang dapat pangkat mejar, yang telah berkhidmat selama 20 tahun dipecat secara tiba-tiba dilucutkan semua jawatan. Saya takut satu hari, saya tidak jadi wakil rakyat, pangkat saya dipecat macam itu kerana tidak ada satu sistem.

Mana tahu besok, kita bukan selalu jadi wakil rakyat dan satu hari ini malu kita. Apabila sudah dapat pakai Kolonel Kehormat, tiba-tiba pegawai RELA daerah boleh pecat sesiapa sahaja. Saya rasa ini adalah satu iktibar yang perlu diambil oleh jabatan ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Setiausaha Parlimen tindakan yang cepat. Dalam kes ini saya minta kementerian, jabatan atau RELA ini tengok semula apa yang telah berlaku. Kalau pegawai RELA daerah boleh melawan taukenya, pengarah negeri, kalau seseorang anggota RELA bekerjasama dengan pengarah negeri menganjurkan satu majlis untuk RELA untuk menjemput Timbalan Menteri datang, saya tidak nampak kenapa pegawai ini ingin menjadikan ianya sebagai satu kes dan ianya menjadi justifikasi untuk memecat orang ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat…

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Begitu juga yang berlaku kepada saya.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, lebih baik Yang Berhormat minta pangkat yang lebih tinggi daripada pegawai itulah.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Kalau dia boleh lucut pangkat saya, apa pangkat pun tak guna. Jadi saya minta supaya mesti ada satu disiplin. Mana, siapa yang berkuasa. Jangan pula daerah boleh melawan negeri. Ini tak ada disiplin namanya. Jadi saya minta perkara ini patut dijadikan iktibar dan saya tidak mahu nama baik Ketua Pengarah RELA diseret kerana kononnya sebab pegawai daerah daripada Johor Bahru ini mempunyai kuasa daripada ketua pengarah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat sungguhpun tadi tolong saya tetapi masa pun cukup, saya rasa adillah.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Sikit sahaja, sikit sahaja. Satu minit habis. Jadi saya minta, perkara ini tidak harus berulang. Saya tidak tahu kedudukan orang ini. Anggota RELA ini membantu, saya ingat ramai wakil rakyat di sini termasuk Tebrau pernah membangkitkan perkara ini dalam Dewan ini dan dia bantu ramai wakil rakyat masa banjir dan sebagainya. Orang itu dilucutkan jawatan, namanya Tan Eng Hwat sampai sekarang sudah 20 tahun dia jadi anggota RELA kedudukan dia tak menentu.

Jadi saya ucapkan terima kasih kerana pegawai yang RELA ini telah dihantar ke luar negeri bukan dalam Johor. Saya minta jangan dihantar balik. Saya sudah tahu kalau pegawai macam ini dihantar balik, bercelaru negeri Johor. Saya minta, ini rayuan saya. Kalau pegawai itu dapat betul-betul bertukar sikapnya, saya tertakluk kepada kementerian untuk menetap di mana jawatan yang sesuai tapi untuk Johor ini biarlah orang yang boleh bekerjasama dengan wakil rakyat. Menjadi pegawai RELA daerah. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kepong.

96 DR.10.12.2007

6.31 ptg.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, 030000, juga 040000. Baru-baru ini, bulan yang lepas saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Maju Junction itu. Layanan diberi kepada saya adalah baik dan ada satu kelebihan perkhidmatan itu juga diwujudkan pada hari kelepasan Sabtu dan Ahad pun ada. Memang perkhidmatan ini memanglah jarang di jabatan kerajaan dan kita mesti memberi galakanlah kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Satu perkara memang perlu dibuat iaitu sistem komputer. Sistem komputer di Jabatan Pendaftaran Negara termasuklah di Maju Junction untuk seluruh Kuala Lumpur ini mestilah dipertingkatkan. Apa yang digunakan ada sebahagian itu adalah terlalu uzur dan kita mesti mendapat sistem yang lebih canggih, lebih baru, lebih berkesan supaya pihak Jabatan Pendaftaran Negara boleh memberi perkhidmatan yang lebih sempurna.

Kemudian mengenai imigresen. Imigresen ini memang menghadapi masalah yang lebih besar. Yang lebih besar. Walaupun kita ada pendatang dengan izin yang 2.2 juta yang saya diberitahu di dalam Dewan ini, dan juga tadi disebutkan termasuk Tuan Pengerusi yang tidak didaftarkan mungkin 700,000, kerana saya tak tahu. Bilangannya mungkin lebih, mungkin 2 juta orang. Tapi yang penting sekali, saya berharap pihak kementerian dapat mengkaji bukan setakat pihak Kementerian Sumber Manusia yang buat, yang mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menangani masalah mismatch untuk guna tenaga, bahkan juga kita berharap pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dapat mendalami, mengkaji lebih teliti apakah implikasi dan consequence pendatang-pendatang tanpa izin dan juga dengan izin kerana tadi ada rakan-rakan yang kata itu masalah kahwin dan sebagainya memang satu masalah yang serius.

Bagi pihak kementerian adalah penting kita mesti mengkaji misalnya di negara-negara yang lain sama ada Amerika Syarikat, United Kingdom, Germany, Perancis. Di Germany misalnya dia ada kependudukan hampir 80 juta dan bilangan pendatang itu empat juta sahaja. Kita lebih 26 juta dan bilangan pendatang itu mungkin 3 juta – 4 juta sama seperti Germany, pihak Jerman dan ini memang akan timbul masalah. Masalah yang sangat serius yang perlu ditangani. Saya akan membangkitkan dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun, setakat ini pintu masuk ke immigration yang didaftarkan, saya diberitahu hanya lebih 400 sahaja, tetapi tiap-tiap malam pihak pendatang tanpa izin boleh memasuki negara kita di tempat-tempat yang lebih daripada 700. Kerana pantai kita panjang, dia boleh masuk dengan begitu senang dan tempat-tempat yang boleh mereka masuk itu lebih daripada 700 dan di sinilah saya hendak minta pihak kementerian, bagaimana ia bekerjasama dengan pihak PDRM untuk menangani masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Lipis.

6.36 ptg.

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi Bekalan atau Pembangunan 61 ini saya hendak bercakap sedikit tentang satu butiran sahaja iaitu 040000 – RELA. Jadi saya mengucapkan tahniah kepada RELA kerana kementerian sebenarnya ada ura-ura untuk menaikkan taraf RELA yang kini hanya satu bahagian dalam Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kepada sebuah jabatan. Jadi apa yang saya harapkan, apabila pasukan RELA ini dinaikkan kepada sebuah jabatan, kita berharap perjawatan yang ada di peringkat negeri dan juga peringkat daerah itu disetarakan. Sebagai contohnya kalau kita lihat sekarang ini kebanyakan pengarah di peringkat negeri, gred gaji mereka adalah kumpulan gred 54 atau yang lebih tinggi. Jadi kita berharap Pengarah RELA juga diletakkan di dalam gred yang sama kerana sekurang-kurangnya gred 54 sekarang ini kalau kita lihat pengarah RELA walaupun pangkatnya tinggi, Kolonel RELA tetapi gred gajinya tidak seimbang dengan pangkat yang disandang ini.

Jadi begitu juga di peringkat daerah di mana kalau kita lihat pangkat bagi RELA ini Leftenan Kolonel pegawai RELA daerahnya tapi kita lihat gred gaji mereka tak seimbang. Jadi ini sebenarnya bagi memudahkan tugas pegawai RELA ini sendiri untuk menyelaraskan pasukannya dengan jabatan-jabatan yang lain, kerana gred gaji mereka

DR.10.12.2007 97

atau kedudukan mereka sama dan rasanya mereka akan saling menghormati. Dalam keadaan sekarang, kalau kita lihat kedudukan pasukan RELA ini dari segi pegawainya, agak rendah dan ini menyusahkan mereka untuk berhubung dengan jabatan atau pasukan-pasukan yang lain.

Yang keduanya, apabila dinaikkan ke jabatan nanti, saya berharap pasukan RELA juga memikirkan soal-soal dari segi scheme of service. Kita mungkin ada pegawai-pegawai RELA yang berjawatan tetap dan juga pegawai-pegawai RELA atau anggota RELA yang berjawatan sukarela. Jadi scheme of service dengan izin, bagi kedua-dua pasukan ini yang tetap dengan yang sukarela juga harus diambil kira, begitu juga dengan yang tadi kebajikan mereka dan sebagainya.

Yang berikutnya ialah dari segi kem, sepatutnya pasukan RELA ini yang telah lama ini tidaklah menjadikan rumah kedai dan sebagainya pejabat mereka. Sepatutnya mereka kini ada kem yang secukupnya untuk mereka berlatih terutama di peringkat daerah dan sebagainya. Di sini juga saya suka hendak mencadangkan supaya pasukan RELA ini dari struktur mengikut kawasan Parlimen kerana dengan ini memudahkan hubungan dengan pemimpin-pemimpin atau Ahli-ahli Parlimen yang juga wakil rakyat yang ada di kawasan bagi mereka menyelaraskan tugas-tugas mereka dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baram.

6.40 ptg.

Dato' Jacob Dungau Sagan [Baram]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sentuh Butiran 060500 - Jabatan Pendaftaran Negara. Tadi ada beberapa Ahli Parlimen telah sentuh perkara ini jadi saya pun ingin sentuh perkara ini jugalah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara oleh sebab banyak membantu dan juga membuat lawatan ke kawasan pedalaman di kawasan Baram untuk membuat sijil kelahiran dan juga mendaftar kad pengenalan untuk penduduk-penduduk di kawasan itu. Walaupun demikian, di kawasan Baram ini, kawasan ini memang luas sekali jadi satu dua lawatan itu tidak mencukupi untuk membantu semua penduduk yang ingin membuat kad pengenalan. Jadi, bagi kawasan Baram, kami mempunyai masalah yang amat ketara sekali oleh kerana masih banyak lagi penduduk-penduduk yang jauh di pedalaman ini lebih-lebih lagi masyarakat Penan dan juga Kenyah yang bermastautin di kawasan pedalaman Hulu Baram belum lagi mempunyai sijil kelahiran dan juga kad pengenalan yang amat diperlukan sekali.

Masalahnya adalah apabila mereka telah berjaya membuat sijil kelahiran ini, ini bermakna mereka sudah lewat membuat kad pengenalan. Apabila lewat membuat kad pengenalan, pemohon dikenakan denda RM300, kalau tidak salah. Apabila kena denda, pemohon yang tidak mampu membayar terus tidak mahu membuat kad pengenalan. Jadi, ini menjadi satu masalah yang amat besar bagi mereka. Ada yang langsung tak mahu buat kad pengenalanlah. Tak ada rekod kelahiran, tak ada rekod kematian. Oleh kerana ada yang mati sebelum mempunyai kad pengenalan seperti ini, jadi saya ingin bertanyalah adakah kementerian mempunyai cadangan untuk menyelesaikan masalah seperti ini supaya pemohon-pemohon miskin yang tidak mampu membayar penalti atau denda seperti ini boleh juga memperoleh kad pengenalan mereka.

Selain daripada itu, saya juga minta supaya JPN turun ke padang di kawasan saya di Baram. Kita akan boleh bersama-sama turun ke padang supaya dapat membantu pegawai-pegawai JPN pergi ke sana dan seterusnya melawat ke kawasan-kawasan yang belum dilawati itu supaya penduduk-penduduk yang lebih jauh di pedalaman itu juga mempunyai peluang untuk mendaftar sijil kelahiran dan juga seterusnya memohon kad pengenalan. Baru-baru ini saya telah menerima banyak permohonan kad pengenalan yang telah beberapa kali memohon kad pengenalan tetapi tidak berjaya. Mereka beritahu bahawa pegawai hanya arahkan mereka apabila tidak lulus, membuat permohonan baru tanpa memberi penjelasan yang cukup.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

98 DR.10.12.2007

Dato' Jacob Dungau Sagan [Baram]: Jadi, saya mintalah supaya kementerian

memberi arahan kepada pegawai-pegawai tersebut supaya pegawai yang turun ke padang ini dapat apabila permohonan itu tak diluluskan, beri satu penjelasan yang cukup terang kepada mereka, apa syarat-syarat yang perlu pemohon itu buat supaya permohonan itu dapat diluluskan apabila mereka memohon sekali lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sepanggar.

6.44 ptg.

Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 040000 – Jabatan Pendaftaran Negara. Dalam undang-undang Ordinan Kelahiran dan Kematian 1953, dalam seksyen 22(2), di sini menyatakan bahawa selepas 42 hari selepas kelahiran itu, maka semua kelahiran haruslah didaftar sebagai kelahiran lewat, daftar sijil kelahiran lewat dan pendaftaran ini mengikut undang-undang ini, yang setahu saya undang-undang Ordinan Kelahiran dan Kematian 1953 ini sudah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan, ini undang-undang Sabah dulu. Jadi saya ingin tahu di sini oleh kerana dalam seksyen ini, ia telah menunjukkan bahawa setiap pendaftaran lewat ini haruslah diisytiharkan sah oleh Mahkamah Majistret Kelas Satu. Masalah yang kita hadapi sekarang ini ialah semua pendaftaran, semua lewat daftar hanya diberi pengakuan oleh sama ada JP ataupun ketua kampung bahkan dalam undang-undang ini, ini haruslah dihadapi di Mahkamah Sivil, Mahkamah Majistret Kelas Satu. Maka sebab itu saya ingin tanya di sini sama ada ini masih diperlu ataupun dijalankan di Sabah.

Sehubungan dengan ini Tuan Pengerusi, pada awal tahun di Sabah, kita mempunyai satu mahkamah bergerak. Maka inilah sebenarnya tujuan mahkamah bergerak ini untuk mendaftar semua lewat daftar. Oleh kerana kegunaan lewat daftar ini bila kita sudah daftar di mana telah pun disahkan di Mahkamah Sivil Kelas Satu ini barulah ini dapat diisytiharkan sebagai sijil kelahiran lewat daftar dan lewat daftar ini akan digunakan untuk memproses kad pengenalan. Apa yang terjadi dahulu ialah surat akuan saja yang digunakan untuk mendaftar sebagai kad pengenalan. Maka ini sebab saya rasa inilah yang perlu kita siasat pada ketika ini, dikaji semula oleh kerana kebanyakan yang telah mendapat kad pengenalan ini hanya menggunakan surat akuan dan ini sebenarnya telah pun menyalahi undang-undang mengikut peraturan dan mengikut sijil lewat daftar bagi Ordinan Kelahiran dan Kematian 1953.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Maka sebab itu saya minta juga sehubungan dengan ini media-media khasnya daripada radio dan RTM supaya menyiarkan sekiranya mahkamah bergerak ini menjalankan perjalanan mereka di kampung-kampung dan di luar bandar. Saya mohon sekali lagi supaya kajian dibuat oleh kerana sekiranya ini tidak dapat dijalankan dan dijelaskan, tentu sekali banyak yang akan mendaftar dan sudah pun mendaftar kad pengenalan yang kita ragu pada ketika ini. Maka itu sebab saya rasa penting bagi kita semua rakyat Malaysia ini harus mengambil iktibar dan harus kita ambil supaya perjalanan ini betul-betul dijalankan sebagai rakyat Malaysia yang taat dan juga patuhi kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Pasir Puteh.

6.49 ptg.

Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 040000 – Jabatan Pendaftaran Negara. Saya nak tanya pihak kementerian, adakah bercadang untuk melihat semula pejabat di peringkat daerah khususnya Parlimen Pasir Puteh. Saya tengok selepas 50 tahun merdeka, daif. Rakyat berpeluh menunggu queue kerana pejabatnya kecil, tidak ada selesa. Saya rasa sudah sampai masanya. Kalau tidak ada cadangan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, apa salahnya kita bawa kepada Mid Term Review.

DR.10.12.2007 99

Yang kedua, Butiran 04000 – RELA. Saya tengok indeks kesalahan jenayah,

Tuan Pengerusi, Parlimen Pasir Puteh menurun, dadah menurun, curi motosikal menurun, kemudian ragut boleh kata tidak ada lagi, pil kuda dan dadah menurun. Ini atas asas yang kuat kerana kerjasama daripada RELA, rela berkhidmat.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: [Bangun]

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Sila.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat rakan saya, Pasir Puteh. Bila soal RELA ini, memang ini kita tidak dapat nafikan bahawa perkhidmatan RELA ini adalah penting bagi masyarakat setempat kita sebagaimana rakan saya, Pasir Puteh sebutkan tadi. Pada minggu yang lalu, Yang Berhormat, kawasan saya telah dilanda oleh ombak besar disebabkan air pasang yang begitu tinggi, dan juga dengan taufan angin Hagibis dan ramai mangsa akibat ombak ini yang telah sengsara akibat daripada bencana ini.

Jadi, Yang Berhormat, kita lihat pada malam itu yang berjaga, bukan sahaja masyarakat setempat berjaga dari petang sampai ke pagi, sampai subuh, RELA juga bertungkus-lumus meninggalkan keluarga mereka untuk menjaga keselamatan di kawasan-kawasan yang terlibat. Jadi apa yang ditimbulkan oleh Seputeh tadi itu memanglah bertujuan mencari political mileage bagi mereka. Jadi kita...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, bukan masa untuk berucap.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Ya, saya minta penjelasan. Bersetuju atau tidak dengan saya bahawa RELA ini kita sokong sepenuh-penuhnya termasuklah kawasan Pasir Puteh.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya anggap ucapan itu sebahagian daripada ucapan saya, include dalam ucapan saya, dengan izin.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat boleh gulung.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Ya. Oleh kerana indeks jenayah telah menurun, negeri Kelantan dadah menurun, tetapi turun pun 1%, menurun 1% itu besar kesannya. Saya rasa berapa nyawa boleh selamat. Maka saya cadangkan kepada kementerian, KHDN, walaupun Setiausaha Parlimen, dia power penuh. Pembangkang kata tidak ada power. Setiausaha Parlimen power besar, tidak kata sekadar Timbalan Menteri atau Menteri. Tolong ambil perhatian serius bahawa masa bertugas anggota sukarelawan RELA ditambah sekali ganda elaun dia. Setuju? [Disampuk]

Yang kedua, adakan elaun monthly ataupun tahunan. Bagi dia dua kali setahun, elaun pakaian dan elaun kasut. Baru-baru ini saya beri 300 pasang kasut atas tiket Parlimen Pasir Puteh. Saya kasihan pakai kasut buruk. Saya beri kasut 300 pasang akan disampaikan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Ya. Satu lagi, kekuatan pertahanan. Dalam kita tengok 10 prinsip Islam Hadhari, Yang Amat Berhormat beri penekanan, yang kesepuluh – kekuatan pertahanan. Kita tengok dalam Maqasid Syariah ialah kewajipan negara mempertahankan rakyat berbilang kaum, tidak kira agama. Kita hendak jaga negara ini agar aman. Maka, demonstrasi jalanan kita selesaikan. Bukan kita ambil tindakan atas bangsa India, tetapi atas tindakan individu, human error yang melakukan kesalahan.

RELA juga perlu bekerjasama untuk menjaga sehingga berjaya, tidak berlaku apa-apa, Tuan Pengerusi, selamat negara kita walaupun diancam oleh demonstrasi jalanan tadi dengan secara haram. Kita rasa syukur dan saya rasa pembangkang juga bersyukur walau dia tidak beragama Islam tetapi dia beragama, syukur kerana negara kita masih dipelihara oleh Allah, oleh God. Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Bagan.

100 DR.10.12.2007

6.55 ptg.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 040000 – Pendaftaran Negara. Saya ingin membangkit lagi sekali berkenaan dengan kehilangan kad pengenalan, iaitu selalunya Menteri telah mengumumkan bahawa kalau kehilangan kad kerana rompak, ragut atau curi pecah rumah, maka ia boleh dapat percuma tetapi masih ada pemilik-pemilik kad pengenalan yang sedemikian apabila pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara, mereka dikehendaki membayar denda RM100 atau kali kedua RM200 atau kali ketiga RM300.

Saya berharap satu arahan yang terang dan jelas boleh diberi kepada pegawai-pegawai di merata-rata negara, bahawa kategori ini perlulah mengikut arahan seperti yang saya kata tadi, yang kena rompak, ragut dan curi pecah rumah itu tidak payah dikenakan denda.

Satu subjek lagi ialah permohonan penduduk tetap atau warganegara Malaysia. Saya membawa satu kisah seorang ibu yang hidup sengsara. Beliau ada dua orang anak dan anak masih bersekolah. Suaminya adalah seorang penagih dadah dan sekarang ditahan di pusat serenti dan tabiat ini tidak boleh diubah – keluar, masuk, keluar, masuk pusat serenti. Dia seorang orang asing dari Thailand. Bukanlah kita ada satu anggapan yang salah bahawa dia suka berkahwin dengan seorang penagih dadah. Sebelum dia kahwin, lelaki itu baik tetapi sudah kahwin, dia sudah menjadi seorang penagih dadah dan beliau sungguh sedih, sungguh sengsara sebab dia seorang orang asing tidak boleh bekerja. Ibu mertuanya kena menyara kehidupan mereka.

Setiap kali beliau memohon satu permit masuk, sudah dekat 10 tahun, anaknya pun dekat sekolah menengah dan namanya Khammon Pinta, rujuk jabatan ialah EP/145272-SF dan sudah beberapa kali saya pernah tulis kepada kementerian menanya berkenaan dengan kedudukannya. Saya pun telah memberi notis atau surat kepada kedua-dua Menteri, satu Dato’ Seri Azmi bin Khalid yang lepas dan sekarang Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Radzi dan saya pun telah menanya kedudukannya di kaunter di depan post office sini, tetapi semua tidak ada apa-apa jawapan.

Saya berharaplah apa yang saya bangkit di sini jangan dipandang sebagai satu kritikan kepada tanggungjawab pegawai-pegawai dan diambil tindak balas terhadap perkara ini. Saya tidak berniat begitu. Saya hanya merayu supaya kes ini boleh dirujuk dan sekiranya beliau layak, maka diberi dia satu taraf penduduk tetap kerana seperti yang saya ada kata, suaminya seorang penagih dadah dan keluar masuk, keluar masuk pusat serenti. Sekali beliau hendak memperbaharui visanya, beliau kena dapat keizinan atau persetujuan suaminya dan suaminya dalam kem tidak boleh keluar.

Beliau terpaksa menggaji seorang pesuruhjaya sumpah masuk ke kem untuk menjadi saksi suaminya membuat tandatangan. Sekali membawa seorang pesuruhjaya sumpah, RM120.

Sekali pergi ke Pejabat Pendaftaran untuk memperbaharui visa kena bayar lagi satu fi. Mungkin kalau tidak salah RM70. Suaminya tidak bersama dia sendiri pergi ke Pejabat Pendaftaran maka dia hanya diberi selama enam bulan sahaja. Cepat sangat. Enam bulan adalah masa yang terlalu singkat. Jadi, saya berharaplah perkara ini boleh dirujuk dan diberi pertolongan seberapa yang boleh.

Satu kes lagi ialah mengenai kes Low Ah Lim. Nombor rujukan JPNWN 163/3(104)(02) 0000046. Dia pun sudah menjadi seorang nenek. Dia dilahirkan di negeri Kedah. Pada masa itu di negeri Kedah ada ramai yang tidak mempunyai kerakyatan. Jadi beliau pun memohon tetapi sampai sekarang pun belum dapat apa-apa. Sekian, sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kita ada tiga orang Ahli Yang Berhormat lagi. Jadi, sebelum saya meminta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menjawab saya membenarkan ketiga-tiga berucap. Selepas selesai tiga orang baru kalau ada masa kita akan timbangkan Yang Berhormat bagi Ipoh Barat. Baiklah. Kelana Jaya.

DR.10.12.2007 101

7.02 mlm.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 030000 - Imigresen dan juga 040000 - Pendaftaran Negara.

Tuan Pengerusi, kita sentiasa mendengar jawapan daripada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri apabila mempersoalkan tentang hal permohonan kewarganegaraan ataupun permohonan penduduk tetap (PR). Sering kali kita diberitahu bahawa ini memanglah kuasa pihak kementerian, budi bicara kementerian. Memang inilah menjadi alasan bagi pihak kementerian, tetapi saya rasa ada kes-kes yang genuine yang memang perlu diberi perhatian yang teliti.

Saya pernah membangkitkan perkara ini agar apabila pihak kementerian hendak meluluskan pemberian penduduk tetap atau kewarganegaraan kita harus melihat latar belakang seseorang pemohon itu. Setakat ini kita lihat berpuluh-puluh ribu mereka yang mendapat taraf penduduk tetap, kita tidak tahu latar belakangnya, kita tidak tahu kelayakan akademiknya, kita tidak tahu kedudukan sosioekonominya kerana ini bukan kriteria yang utama bagi kementerian. Sehinggakan saya rasa ramai di antara mereka ini telah memberi masalah sosial kepada negara kita dari segi pekerjaan dan sebagainya. Saya rasa perkara ini perlu dilihat.

Saya ada beberapa kes yang saya bawakan di sini. Walaupun ada kes-kes yang lain yang hendak dibawa tetapi mereka telah merayu kepada saya supaya jangan bawa kes ini kepada kementerian kerana takut ditekan oleh pihak pegawai. Apabila bila mereka berjumpa dengan pegawai, mereka kata, “Inilah kuasa saya. You tunggulah. Sabarlah. Kalau you bawa kepada orang lain you tengoklah boleh dapat atau tidak”. Ini memang berlaku. Maka saya rasa kalau mengatakan tentang budi bicara itu kadang-kadang budi bicara itu telah disalahgunakan. Kadang-kadang pula pihak pemohon digesa, “Datanglah berbicara dengan saya selepas waktu pejabat. Kita bicara di tempat lain”. Ini memang berlaku. Cuma pemohon itu takut dan khuatir kalau dibawa ke pihak atasan maka susah untuk mereka mendapat kelulusan.

Beberapa kes ini saya mintalah perhatian daripada pihak kementerian. Pertama ialah tentang permohonan kewarganegaraan Encik Lee Hai Wang. No kad pengenalan 550711-71-5501. Beliau telah mendapat taraf penduduk tetap sejak tahun 1967 semasa beliau berumur 12 tahun. Sekarang beliau telah berumur 52 tahun. Ibu bapa, isteri dan tiga orang anaknya adalah warganegara Malaysia. Pemohon telah pun lulus ujian bahasa Malaysia di bawah Perkara 16 dan Perkara 19(1)(A) Perlembagaan semasa memohon kewarganegaraan pada tahun 1982. Sudah 25 tahun, sampai sekarang masih tidak dapat diberikan kewarganegaraannya. Beliau adalah seorang peniaga yang berjaya dan seorang yang jujur, tetapi saya hairan mengapa masih tidak diberikan kewarganegaraannya. Pada hal ahli keluarganya semuanya adalah bertaraf warganegara.

Kes kedua ialah Nagajima Miya. Nombor pasport MZ0285238. Pada tahun 2006 beliau mendapat kelulusan UPSR 4A 1C. Empat A termasuk mata pelajaran bahasa Malaysia yang mendapat A. Ibunya adalah warganegara Malaysia dan bapanya adalah orang Jepun tetapi telah memohon menjadi penduduk tetap. Tahun depan beliau masuk ke tingkatan dua. Sudah beberapa lama duduk di sini dan memohon untuk menjadi PR sahaja. Adiknya yang berumur 10 tahun sudah pun menjadi warganegara. Sebagai kakak hendak memohon menjadi penduduk tetap pun menghadapi masalah. Saya rasa perkara ini perlu dilihat. Kalau tidak pelajar ini setiap kali kena mengecap pasportnya. Saya rasa ini tidak adil kepada pelajar ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Tuan Pengerusi, kes yang ketiga. Saya hairan mengapa Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri perlu menulis surat kepada pihak jabatan untuk seorang wanita yang bernama Ding Jun. Beliau telah memohon untuk menjadi penduduk tetap. Semasa beliau memohon suaminya telah menghidapi kanser dan meninggal dunia. Anaknya yang berumur sembilan tahun dan enam tahun adalah warganegara Malaysia, tetapi pihak kementerian tidak mahu memberikan taraf penduduk tetap dan suruh beliau balik ke negeri China. Apakah ini dasar kemanusiaan negara kita

102 DR.10.12.2007

melihat adanya orang yang menjadi anak yatim dan hartanah suaminya tidak tentu arah dan masuk ke tangan siapa? Pemohon ini adalah Puan Ding Jun. Nombor pasport P149123116 PRC.

Saya rasa perkara ini perlu dilihat. Saya tidak tahu mengapa Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam kementerian yang sama perlu merayu kepada pihak jabatan. Sepatutnya ini tidak berlaku. Kalau ini berlaku, sepatutnya Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi arahan kepada jabatan untuk memberi kelulusan hanya untuk menjadi penduduk tetap sahaja. Beliau ada membuat business di sini tetapi tidak diberi taraf penduduk tetap. Saya rasa perkara seperti ini patut dilihat semula oleh pihak kementerian supaya mekanisme untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan ataupun penduduk tetap perlu diteliti semula supaya tidak ada penyelewengan ataupun penyalahgunaan kuasa di peringkat pegawai.

Dengan itu saya memohon agar kementerian dapat melihat ketiga-tiga kes ini. Ada empat kes lagi, mungkin saya tidak sempat saya sebutkan tetapi saya mohonlah perkara ini dapat dilihat kerana ada beberapa pemohon telah menyatakan jangan dibawa ke dalam Parlimen. Kalau dibawa masuk dalam Parlimen nama akan dicatat maka mungkin diambil tindakan oleh pihak pegawai. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu.

7.08 mlm.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 060000 – One-Off bagi Ikatan Relawan Rakyat (RELA) - 060600.

Saya kira sudah tiba saat dan ketikanya RELA ini diperkasakan. Daripada apa yang saya perhatikan RELA di peringkat akar umbi ibarat hidup segan mati tidak mahu. Maka dalam konteks ini saya tengok peruntukan yang diperoleh di bawah one offs ini cuma RM200,000 sahaja. Di bawah pengurusan dasar RELA mendapat kira-kira RM22 juta - lebih kurang begitu.

Di sini saya kira jumlah anggota RELA ialah 500,000 orang. Saya kira kalau sekiranya dia tidak diperkasakan, maka hidup segan mati tak mahu RELA ini akan berterusan. Saya ingin menyebutkan di sini bahawa RELA harus diremajakan, tidak sekadar mengambil anggota-anggota yang telah bersara dari kalangan askar tetapi ini perlu disemarakkan di kalangan belia-belia ataupun di kalangan beliawanis. Malah saya ingin mencadangkan dalam proses pemerkasaan RELA ini kalau boleh diperkenalkan di peringkat sekolah menengah ataupun di peringkat pendidikan tinggi ataupun di kalangan belia-belia remaja. Demikian juga saya kira di kalangan peserta-peserta yang mengikuti PLKN itu. Elemen-elemen kesukarelawan dan juga asas-asas latihan, semangat membela rakyat di peringkat akar umbi itu harus diterapkan dalam kurikulum dan juga dalam latihan-latihan seperti mana dalam kategori yang telah saya sebutkan itu.

Ini adalah merupakan perkara yang penting lebih-lebih lagi sekarang ini RELA dengan punca kuasa yang telah diperolehi melalui pindaan Akta Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1964 yang telah dipinda pada 2005 telah memberi punca kuasa untuk mereka melakukan pemeriksaan, menahan dan juga menangkap PATI. Ini adalah satu kerja yang penting dan berbahaya. Dalam konteks ini saya tidak tahu apakah tenaga RELA ini mendapat insurans sebab kerja-kerja yang berbahaya ini perlu ada pembelaan yang sewajarnya. Jumlah mereka ramai 500,000 statistik semasa, apakah mereka ada insurans untuk membela sekiranya sesuatu kecederaan, sesuatu masalah menimpa hidup mereka.

Demikian juga baru-baru ini pada 6 Disember yang lalu tiga anggota RELA maut van bertembung dengan lori. Apakah Allahyarham Saidon, Che Mad Yusof dan Mohamad Zaini ini mendapat perlindungan daripada insurans itu. Ini adalah perkara yang harus diperkasakan dan saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk menambahkan peruntukan demi membela dan juga memperkasakan RELA ini. Kita pernah mendengar....

DR.10.12.2007 103

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Penjelasan Yang Berhormat.

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat tapi bukan saya hendak jawab tapi saya hendak tanya. Tempat saya RELA ini uniformnya kita kena tolong beli. Uniformnya itu kita kena beli. Adalah sekali dia dapat mungkin saya pun tak tahu dia dapat percuma ataupun tidak. Jadi bila dia keluar saya tengok teruk sangat keadaannya. Setengah itu ada but yang panjang, setengah itu tak ada, setengah itu baju lusuh sangat, pakai bukan main lagi.

Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya katakan kalau kita betul-betul hendak jadikan mantap pasukan seperti ini yang penting sekali selain daripada latihan ialah uniform mereka dahulu supaya dia segak, orang tengok gerun. Boleh tidak cadangkan dalam peruntukan tambahan Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Setuju kepada cadangan rakan saya daripada Ketereh itu. Pakaian seragam percuma kepada anggota RELA di peringkat permulaan diberi kepada setiap pejabat RELA daerah dibekalkan pakaian cuma 200 pasang sahaja sedangkan ahlinya begitu ramai sekali. Maka saya sokong sangat. Pertamanya kita mempersiapkan dari segi imej. Kalau pakai kasut pun tidak berapa senonoh ini akan memberi satu gambaran seolah-olah kita leceh melihat kepentingan mereka. You give nuts you get monkeys dengan izin. Maka dalam konteks ini juga kita harus memastikan RELA ini diberikan treatment yang sewajarnya supaya kita dapat membina apa yang disebut sebagai self esteem rasa kendirian mereka itu hebat dan mereka akan dapat memberi sumbangan yang penting lebih-lebih lagi...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Gulung Yang Berhormat. Sila gulung.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: ....lebih-lebih lagi relawan ini adalah merupakan benteng pertahanan di peringkat akar umbi kita. Ini adalah merupakan the front liner dan mereka telah diberi tugas yang besar. Maka wajar amat diperkasakan.

Akhir sekali saya ingin menyebut di sini ialah tentang pemberian perlindungan insurans ini. Dicadangkan oleh pihak kementerian ini bahawa mereka akan memberikan kepada 100,000 orang. Bagaimana lagi dengan 400,000 orang lagi warga RELA itu. Maka ini merupakan pembelaan-pembelaan yang wajar dilakukan dan saya juga sebut bahawa RELA ataupun kegiatan-kegiatan RELA ini diperkenalkan dalam kurikulum yang lebih menyeluruh di peringkat menengah ataupun peringkat pendidikan tertiary ataupun di peringkat PLKN supaya ada kurikulum-kurikulum untuk berbakti kepada nusa bangsa ini diterapkan. Sekian, saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukit Mertajam.

7.13 mlm.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyokong apa yang dikatakan oleh Kuala Terengganu tentang memantapkan pasukan RELA ini dan salah laku yang dilakukan oleh sesetengah walaupun bilangan kecil RELA ini ia tidak boleh dipandang ringan walaupun nombor itu kecil. Saya rasa kesal ada Yang Berhormat-Yang Berhormat di sana walaupun kita di sini menyatakan ini adalah kenyataannya tapi mereka memilih untuk menyoal kesetiaan Yang Berhormat Seputeh kerana membawa perkara yang begitu penting ini. Saya rasa walaupun kita hendak mengatakan RELA ini adalah pasukan yang penting tetapi dalam masa yang sama kita hendak memantapkan profesionalisme. Tidak boleh kata kerana RELA, jadi boleh melakukan apa yang mereka suka.

Saya ingin merujuk kepada 040000 - Pendaftaran Negara. Saya ingin bertanya sama ada, ada prosedur untuk menukar nama di dalam sijil beranak umpamanya dari nama Islam kepada nama Hindu. Adakah prosedur atau tidak kerana saya ada satu kes spesifik di mana seorang ibu bernama Unamali anak perempuan Barathan dia telah memohon menukar nama tiga anak beliau daripada Mohamad Rahimi, Rosminah dan Kasim kepada nama-nama Hindu tapi sudah lama saya rasa lebih kurang 10 tahun belum mendapat jawapan. Walaupun anak-anak ini sudah dewasa sekarang tapi tidak memiliki kad pengenalan. Jadi kerana tidak mendapat jawapan ini mereka tak dapat kad pengenalan.

104 DR.10.12.2007

Jadi saya memohon supaya perkara ini diberi perhatian dan saya akan memberi satu salinan surat beliau supaya kementerian dapat menguruskan perkara ini.

Yang kedua, saya ingin bertanya sama ada, ada prosedur atau garis panduan untuk mengeluarkan sijil beranak kepada ibu yang beragama Islam, tetapi suaminya bukan beragama Islam. Jadi mereka selalunya menghadapi masalah apakah nama anak ini. Saya rasa pada waktu sekarang ialah anak ini akan dinamakan juga beragama Islam dan nama Islam, tapi adakah sekiranya kalau mereka pilih yang lain bolehkah ia dilakukan ataupun sebaliknya ibunya ialah beragama Hindu tetapi bapanya beragama Islam. Jadi mereka saya rasa tidak boleh mendaftarkan perkahwinan mereka apabila mereka ada anak. Mereka menghadapi masalah. Mereka tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak mereka ataupun mereka dinasihatkan sekiranya ibunya ialah bukan Islam dinasihatkan supaya ia menjadi ibu tunggal dianggapkan tidak berkahwin dan nama bapa tidak diisi ataupun mereka menghadapi masalah tidak mendapat sijil beranak langsung. Ini akan menimbulkan masalah pada masa yang akan datang kepada anak-anak ini. Jadi saya meminta dan memohon supaya mendapat satu prosedur ataupun ada garis panduan untuk kes-kes seperti ini.

Saya juga ingin bertanya mengenai Law Reform Marriage and Divorce Act kerana dalam Dewan yang mulia ini saya rasa Timbalan Menteri telah mengatakan bahawa ini akan dipinda supaya nafkah-nafkah anak-anak yang di bawah 18 dijaga kerana pada waktu sekarang ramai bapa tidak mahu bertanggungjawab, tidak mahu memberi nafkah kepada anak-anak.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ada satu kes di mana anak sudah 18 tahun dan mahkamah telah memutuskan, bahawa bapa tidak perlu memberi nafkah lagi walaupun anak ini dalam persekolahan dan perkara ini telah menarik perhatian kementerian dan Timbalan Menteri mengatakan beliau akan membawa pindaan kepada akta ini untuk memastikan supaya anak-anak diberikan nafkah tapi sampai hari ini saya belum nampak akta ini dibawa ke Parlimen dan saya meminta apakah kedudukan sekarang, dan saya juga meminta supaya marriage kaunseling yang dilakukan oleh kementerian ini diperkasakan. Memang perlu mereka menambahkan bilangannya, yang kedua meningkatkan profesionalismenya, yang ketiga kaunselor-kaunselor ini mesti berbilang kaum supaya mereka boleh berbilang bahasa kerana...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...dalam kaunseling ini fasih dalam kebudayaan klien dan juga bahasanya adalah sangat penting sekiranya bahasa ada masalah susah hendak kaunseling dan juga kalau kita tak faham kebudayaan klien kita, kita pun sukar hendak bagi kaunseling. Jadi saya harap perkara-perkara ini diberi penjelasan.

Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Ipoh Barat.

7.21 mlm.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. 0400...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Diharap Setiausaha Parlimen boleh bersedia untuk menjawab selepas Ipoh Barat, Yang Berhormat jawab.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, satu survey yang baru dibuat oleh FOMCA didapati bahawa di kalangan masyarakat India lebih dari 70,000 orang di negara ini adalah dalam lingkungan stateless people di mana mereka tidak ada IC, tidak ada surat lahir dan ini disebabkan oleh ibu bapa mereka. Kita semua tahu, tetapi mereka dilahirkan di sini dan mereka ada kesusahan berlanjutan. Mereka tidak mendapat kerja walaupun sudah dewasa, tidak dapat mendaftarkan perkahwinan mereka dan ini menyusahkan masyarakat tersebut.

DR.10.12.2007 105

Saya juga difahamkan ada stateless people di antara masyarakat Cina juga.

Apakah yang diambil supaya mereka ini diberi satu cara prosedur untuk menolong mereka mendapat surat lahir atau IC? Saya sendiri ada terima banyak mengenai permohonan ini bila kita pergi ke pejabat pendaftaran. Ada satu demi satu keperluan dan macam orang pejabat pendaftaran yang dikatakan down law straight liability di mana kerap kali dia ada condition demi condition dan masyarakat Malaysia sangat hairan.

Jika seorang yang datang dari Indonesia, dia tidak sampai 5 bulan, 6 bulan boleh dapat warganegara di negara ini. Walhal latar belakang mereka kita langsung tidak tahu, tetapi masyarakat ini yang second generation, third generation yang berada di negara ini. Apakah yang menyebabkan, menyusahkan mereka dan mereka tidak dibenarkan mendapat surat lahir, walhal ini bukan kesalahan mereka, kesalahan ibu bapa mereka? Bukankah tanggungjawab kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat untuk menolong mereka?

Selain dari itu adalah 030000 - Imigresen. Tuan Pengerusi, saya baru dengar semalam bahawa ada tindakan yang telah diambil oleh Pejabat Imigresen untuk blacklist beberapa anggota-anggota Hindraf termasuk Ganapathi Rao dan sebagainya untuk tidak keluar dari negara ini. Mereka telah diblacklist dan saya khuatir saya pun telah diblacklist kerana saya sebagai seorang peguam telah mewakili dan berada di mahkamah untuk memberi pertolongan kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam kes ini.

Apakah kriteria yang digunakan? Setakat ini berapakah anggota yang dikatakan terlibat dengan Hindraf ini telah diblacklistkan hingga mereka tidak dapat berlepas keluar negara dari negara ini? Sila nyatakan, senaraikan nama-nama mereka, dan apakah justifikasi mereka perlu diblacklistkan? Akhir sekali mengenai pendaftaran pertubuhan.

Tuan Pengerusi, satu pertubuhan iaitu Dinding Association di Setiawan telah ada masalah di mana kerap kali perkara itu telah dirujuk kepada Pejabat Pendaftaran di Ipoh untuk menyelesaikan perkara dalamannya. Akan tetapi walaupun perkara ini telah dibangkitkan di Parlimen beberapa kali, satu penyelesaian muktamad tidak terjadi dan pegawai-pegawai telah pergi ke Setiawan untuk berjumpa dengan office bearer di sana tetapi tidak ada satu keputusan muktamad diambil.

Walaupun ada gentleman agreement, agreement yang telah dipersetujui oleh Pendaftar Pertubuhan di Ipoh, akan tetapi tidak diimplementasikan dan apakah tindakan susulan yang telah diambil? Setakat ini berapakah pendaftaran tidak dibenarkan dan apakah asasnya dan berapakah pendaftaran yang telah sedia ada di negara ini? Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sila.

7.24 mlm.

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri [Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada 18 orang Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan bajet Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri peringkat Jawatankuasa.

Yang Berhormat bagi Larut, Bintulu, Serdang, Kuala Krau, Sabak Bernam, Beluran, Ayer Hitam, Kepong, Lipis, Baram, Sepanggar, Pasir Puteh, Putatan, Bagan, Kelana Jaya, Kuala Terengganu, Bukit Mertajam dan Ipoh Barat.

Yang Berhormat-Yang Berhormat telah membangkitkan semua perkara yang berkait dengan jabatan-jabatan di bawah kementerian saya, iaitu yang berkait dengan Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, RELA dan Pendaftar Pertubuhan. Jadi, bahagian penapis filem sahaja tidak disentuh dalam perbahasan ini. Saya percaya pegawai-pegawai kanan saya termasuk pengarah-pengarah jabatan berada di sini untuk mencatat semua isu, cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan, teguran-teguran yang dibangkitkan di dalam perbahasan ini.

106 DR.10.12.2007

Saya akan memastikan semua perkara yang telah dibangkitkan yang berupa

cadangan, teguran, permohonan dan saranan-saranan akan dibincangkan dan tindakan-tindakan susulan akan diambil. Saya akan mengarahkan Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian untuk mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan kembali segala perkara yang dibangkitkan dan mengambil tindakan-tindakan di pelbagai peringkat supaya semua perkara yang boleh dilaksanakan yang telah diberi perhatian oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh diambil tindakan mengikut keperluan-keperluan.

Yang Berhormat bagi Larut telah membangkitkan mengenai RELA dan beberapa orang Yang Berhormat yang lain juga telah membangkitkan mengenai RELA. Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada RELA. Seperti Yang Berhormat-Yang Berhormat sedia maklum, RELA adalah sebuah unit kecil di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang sedang dibangunkan dan diperkasakan.

Sejak 35 tahun yang lalu, RELA berada di dalam keadaan yang daif dengan serba kekurangan. Sebagai sebuah unit kecil di kementerian, RELA tidak mempunyai peruntukan khusus dan RELA juga tidak mempunyai akta khusus untuk bergerak. Kerana itulah cadangan-cadangan untuk memperkemaskan dan memperkasakan RELA sedang diusahakan. Atas sokongan Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk memperkasakan RELA, saya ucapkan terima kasih.

Setakat ini, RELA di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya walaupun berhadapan dengan pelbagai kritikan, namun begitu jumlah kritikan dan juga teguran-teguran dan tuduhan-tuduhan adalah kecil. Namun begitu, kementerian tidak mengambil, tidak memandang ringan terhadap teguran ini. Kita begitu serius untuk menentukan RELA berjalan mengikut landasannya. Setakat ini, dalam usaha kita untuk memperkasakan RELA ini, misalnya di dalam operasi, RELA telah bekerjasama dengan banyak pihak termasuk BPR di dalam operasi kita. BPR juga turut terlibat untuk menentukan bagaimana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada RELA dapat dilihat sama ada betul atau tidak? Dalam beberapa operasi yang lalu, bukan sahaja BPR tetapi pihak media juga dijemput termasuk Al-Jazeera.

Kepada Yang Berhormat bagi Seputeh, malam ini saya suka menjemput Yang Berhormat untuk turut serta dalam operasi di negeri Selangor. ‘You are welcomed to join me tonight’. Jumpa saya di luar.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Pukul berapa ya? Di mana?

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Saya tidak boleh beritahu di mana. Saya akan bagi tahu sekejap lagi. Jam 8.00. Jadi supaya Yang Berhormat dapat melihat bagaimana isu-isu permasalahan dan bagaimana komitmen yang diberikan oleh anggota RELA di dalam operasi. Kita amat transparent.

Kita telus dan kita akui memang terdapat segelintir kesalahan-kesalahan kerana RELA juga adalah manusia biasa. Namun begitu, kita akan meneruskan usaha-usaha untuk memperkemas dan juga meningkatkan integriti dan juga kredibiliti RELA. Ya, Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, Yang Berhormat. Jadi saya juga ingin bertanya, adakah Yang Berhormat mengakui bahawa jawapan yang diberikan kepada saya pada 10 September, yang mana yang menafikan ada apa-apa kesalahan dilakukan oleh RELA ini semasa menjalankan operasi, apakah ini juga salah dan memesongkan Dewan?

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Tuan Pengerusi, saya telah menjawab tadi semasa menggulung perbahasan mengenai usul Yang Berhormat. Yang Berhormat bertanya kesalahan semasa operasi dan kita telah menjawab bahawa sepanjang operasi yang dijalankan, tidak ada kes yang dilaporkan.

Kes-kes yang berlaku adalah di luar masa operasi jadi kita jawab yang di luar operasi dan daripada banyak kes Yang Berhormat sebutkan hanya beberapa kes sahaja yang betul itu pun di luar waktu operasi. Ada banyak kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tidak benar sama sekali, saya telah jawabkan tadi. Jadi cadangan-cadangan...

DR.10.12.2007 107

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat, semua yang saya baca

itu, kes yang saya petik daripada surat khabar.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Itu kes surat khabar. Surat khabar boleh jadi betul boleh jadi tidak betul, tapi itu tidak betul. Maka kerana itu kita menjawab tidak betul.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, itu menunjukkan...

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Yang Berhormat, menuduh anggota RELA memukul jurulatih tetapi anggota RELA tidak terlibat.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, mungkin mistake saya, tapi apa yang saya tanya ialah...

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Yang Berhormat, menuduh anggota RELA merogol, tapi yang rogol dua orang itu bukanlah anggota RELA.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Okey, yang semua kes saya bangkitkan itu sudikah Yang Berhormat juga mungkin kita boleh melawat mangsa yang terlibat. Kalau Yang Berhormat sudi itu, kita fairlah. Apa yang saya bangkitkan itu, Yang Berhormat juga sanggup menunjukkan keprihatinan kerana saya rasa ini adalah serius. Jikalau tuduhan yang saya senaraikan itu - untuk menunjukkan apa yang saya katakan itu adalah benar. Saya juga rasa ada satu masalah, kalau Yang Berhormat tadi kata yang semua kesalahan dilakukan oleh anggota RELA itu ada di luar operasi. Ini menunjukkan memang terdapat anggota RELA yang memakai uniform RELA semasa mereka melakukan jenayah kesalahan. Jadi macam manakah kementerian menangani masalah seperti ini?

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Saya suka menjelaskan, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tadi bila bangun Yang Berhormat kata hendak memberikan jawapan kepada soalan atau perkara-perkara yang dibangkitkan oleh 16 Ahli Yang Berhormat yang berucap. Jadi saya anggap tentang...

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Ringkas sahaja, jawapan saya ringkas sahaja Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Ayer Hitam membangkitkan satu kes pegawai menyalahgunakan kuasa, Yang Berhormat dan Yang Berhormat daripada Tebrau bangkitkan dalam soalan Parlimen pada tiga minggu yang lepas.

Saya telah pun mengambil tindakan dan mengarah Ketua Pengarah mengambil tindakan terhadap pegawai yang berkenaan, walaupun kesalahan dia tidaklah begitu besar. Melucutkan jawatan seorang anggota RELA yang berpangkat mejar, pegawai-pegawai ini telah kita ambil tindakan.

Saya telah mengarah ketua pengarah menukarkan pegawai ini daripada Johor Bahru ke Putrajaya. Sekiranya beliau masih melakukan kesalahan-kesalahan yang lebih besar, saya akan arahkan ketua pengarah untuk memecat anggota RELA ini. Kita akan serius, tetap serius dan tegas dalam tindakan-tindakan. Kita tidak melindungi mana-mana anggota RELA dan juga pegawai RELA yang melakukan kesalahan yang boleh menjatuhkan imej kementerian dan RELA.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, Yang Berhormat inilah sikap yang pihak sini hendak. Itu sahaja, itu yang kita hendak dengar bahawa pihak-pihak di sana tidak akan membela kelakuan-kelakuan yang salah. Seperti tadi yang mereka membela, ini apa perkara-perkara yang dibawa oleh Seputeh. Itu memang, walaupun bukan semuanya betul. Kebanyakannya betul dan dia telah menjejaskan nama baik negara kita.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Seputeh. Itu memang, walaupun bukan semuanya betul. Tapi kebanyakannya betul dan dia telah menjejaskan nama baik negara kita. Jadi itulah sahaja yang kita hendak dengar bahawa ini...

108 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dah cukup Yang Berhormat Yang

Berhormat, saya minta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen balik kepada tajuk kita.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ..bahawa pihak kementerian memandang serius

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Serius...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: .. dan bukan hendak menuduh Seputeh kerana dia membawa perkara ini.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Bukan kes itu sahaja kalau ada juga walaupun kecil. Saya telah mengarahkan ketua pengarah memberi perhatian yang sewajarnya. Kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. Yang Berhormat Larut juga membangkitkan mengenai Pendaftar Pertubuhan, sama ada mana-mana pertubuhan yang terlibat dengan tindakan-tindakan yang bertentangan undang-undang negara.

Suka saya nyatakan dalam tempoh tahun ini, sepanjang tahun ini daripada 106 ribu pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan, 500 persatuan telah dibubarkan telah dibatalkan kerana pelbagai kesalahan. Mana-mana pertubuhan yang melanggar peraturannya yang bertentangan dengan undang-undang negara, pertubuhan ini akan dibatalkan.

Mengenai soal perkahwinan warga negara asing dengan warganegara ini kerajaan juga mempunyai pertimbangan dan budi bicara. Namun, di dalam kita memberi taraf sama ada penduduk tetap atau warganegara ini kita perlu meneliti segala aspek dan kerana itu ia kadang-kadang mengambil masa. Kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membangkitkan kes ini, saya berharap Yang Berhormat-Yang Berhormat dapat membawa kes-kes yang genuine kepada saya. Saya telah menyelesaikan banyak kes kepada mana-mana Yang Berhormat yang datang yang bertemu dengan saya sekiranya kes-kes itu didapati genuine dan mempunyai dokumen-dokumen ataupun mempunyai bukti-bukti yang kita boleh memberikan mereka PR atau taraf warganegara.

Kita akan memberi dan menangani isu ini sebaik mungkin dan kita tidak seperti mana yang diberi tuduhan oleh Ipoh Barat tadi, kalau orang Indonesia lima bulan boleh dapat PR, buktikan kepada saya kalau kes ini ada. Kita tidak pernah memberi kewarganegaraan pada pemohon-pemohon warganegara dalam tempoh lima bulan. Tidak pernah, itu adalah dakwaan yang melulu dan tidak bertanggungjawab.

Yang Berhormat Larut juga telah membangkitkan mengenai kebebasan keluar masuk warganegara ini di kawasan bebas cukai di sempadan negara kita. Di mana kes submachine gun diseludup masuk oleh seorang pegawai kastam. Jadi kes ini dalam siasatan polis jadi kita serah kepada polislah. Walau bagaimanapun dari segi keluar masuk melintasi sempadan ini kita telah mengingatkan semua pegawai imigresen, sama ada orang itu duduk berhampiran sempadan menggunakan border setiap hari dalam menjadi tanggungjawab mereka. Orang yang cross border setiap hari dan pegawai yang bertanggungjawab, kedua-duanya mempunyai tanggungjawab terhadap undang-undang. Jadi sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang orang yang tidak mempunyai dokumen cross border dia akan menerima risikonya. Begitu juga pegawai yang melepaskan orang yang cross border tanpa dokumen.

Yang Berhormat daripada Bintulu telah membangkitkan soal perjalanan sistem yang ada di JPN dan Yang Berhormat-Yang Berhormat lain juga telah membangkitkan beberapa perkara mengenai JPN di negeri Sarawak. Saya telah pun mengarahkan Ketua Pengarah JPN Sarawak untuk memprogramkan program untuk kawasan-kawasan pedalaman supaya dapat menghubungi Yang Berhormat-Yang Berhormat supaya pendaftaran lewat dapat diatasi dan dipercepatkan.

Dengan kerjasama Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya percaya kita dapat barangkali menyelesaikan masalah ini dengan lebih mudah dan lebih cepat jadi dalam bulan Januari, Februari, Mac saya telah pun memberi tahu pengarah Sabah dan Sarawak supaya mengatur program-program di kawasan-kawasan yang telah disebutkan khasnya di kawasan pedalaman.

DR.10.12.2007 109

Yang Berhormat dari Serdang membangkitkan masalah Pejabat Imigresen yang

baru. Di Selangor ini sudah ada lima Pejabat Imigresen. Walau bagaimanapun saya akan membawa cadangan dan permohonan Yang Berhormat ke pihak kementerian. Kemudian mengenai kaunter pasport di Putrajaya, untuk makluman Yang Berhormat urusan di Putrajaya dikhaskan untuk kes-kes tertentu dan juga urusan pasport diplomatik dan juga rasmi. Saya rasa jarak antara kawasan ini tidak begitu jauh dengan pusat-pusat atau Pejabat-pejabat Imigresen yang ada.

Yang Berhormat Kuala Krau telah membangkitkan mengenai pendaftaran di kawasan Orang Asli. Yang Berhormat, kalau boleh Yang Berhormat dapat mengatur perkara ini dengan Jabatan Orang Asli kerana pendaftaran Orang Asli ini adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Orang Asli. Jabatan Pendaftaran Negara bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk masuk ke kawasan Orang Asli sekiranya Jabatan Orang Asli dapat mengaturkan program sedemikian.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan banyak cadangan untuk RELA, terima kasih. Cuma satu mengenai senjata api setakat ini kita tidak bersedia. Belum bersedia untuk membekalkan RELA dengan senjata api. Namun begitu, dari segi elaun, tugasan kerajaan telah pun memutuskan dan meluluskan pemberian elaun kepada semua anggota RELA yang menyertai Ops Tegas, operasi mengawasi menangani isu PATI bermula pada 1 Mac dengan kadar RM4 satu jam maksimum 8 jam untuk anggota RELA dan RM5.80 untuk ketua platun RELA di setiap operasi. Yang Berhormat Sabak Bernam dalam pencelahannya telah ...

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya tentang kedudukan tiga anggota RELA yang kemalangan maut, apakah bentuk pampasan atau insurans yang telah dilindungi oleh RELA terhadap tiga anggota ini?

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat. Semua anggota RELA yang terlibat dalam tugas diinsuranskan dan mereka akan dibayar pampasan berdasarkan insurans bayaran yang telah ditetapkan dalam lingkungan RM20,000 seorang.

Yang Berhormat Sabak Bernam telah membangkitkan soalan bilakah RELA akan menjadi satu jabatan. Terima kasih. Proses untuk menjadikan RELA satu jabatan sedang berjalan, buat peringkat awalnya pihak Penasihat Undang-undang Kementerian sedang menggubal Akta RELA dahulu, bila kita menyiapkan Akta RELA dan dibentangkan dalam Parlimen kemudian barulah disusuli dengan penubuhan RELA sebagai satu jabatan. Dengan sokongan Yang Berhormat, saya percaya ini dapat dipercepatkan.

Yang Berhormat Beluran juga telah membangkitkan tentang Pendaftaran Negara berhubung dengan Siti Rositah. Saya amat berterima kasih kerana Yang Berhormat telah membangkitkan perkara ini dan saya sendiri akan memastikan kes ini dan saya akan menentukan siapakah pegawai yang telah menasihatkan supaya ditukar nama, pegawai ini akan diambil tindakan sekiranya betul perkara ini berlaku. Terima kasih. Sekiranya Yang Berhormat-Yang Berhormat dapat membawa kes-kes yang genre seperti ini kita akan pastikan tindakan-tindakan yang tegas diambil.

Yang Berhormat Ayer Hitam dan bersama Tuan Pengerusi telah meminta diwujudkan Pejabat Jabatan Imigresen di Ayer Hitam dan Kulai. Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat di peringkat kementerian. Yang Berhormat Kepong telah...

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tuan Pengerusi, minta penjelasan.

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Silakan.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tadi ada satu perkara saya meneliti mungkin Yang Berhormat Setiausaha Parlimen belum sempat menjawab. Apa yang saya bangkitkan soalan yang saya bentangkan sesi lalu iaitu melalui soalan bertulis mengenai kedudukan warganegara asing berkahwin dengan Malaysia, profesional! Berkahwin dah 15 tahun di Malaysia tetapi permohonannya, saya dah tanya tetapi jawapan daripada Parlimen, daripada kementerian sampai sekarang saya tidak dapat.

110 DR.10.12.2007

Bolehkah Yang Berhormat mengarahkan pihak yang berwajib supaya beri saya

satu jawapan kalau tidak susah saya hendak jawab dengan pengundi. Terima kasih.

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Yang Berhormat, pihak pegawai di kementerian biasanya tidak menjawab terus sehinggalah perkara itu diselesaikan dan mendapat pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri, bila kita lulus.

Walau bagaimanapun, saya suka mencadangkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekiranya Yang Berhormat mempunyai kes seperti mana yang disebutkan tadi silalah bawa kepada saya terus untuk saya dan saya akan menjemput Yang Berhormat-Yang Berhormat mengaturkan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan di kementerian supaya mereka dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan, status setiap permohonan. Seperti mana yang telah saya lakukan kepada beberapa orang baru-baru ini dan mereka berpuas hati dengan penjelasan dan juga perkembangan status beberapa permohonan yang dikemukakan. Ada yang telah lulus tetapi belum sampai ke pengetahuan pihak yang memohon dan juga kepada Yang Berhormat.

Saya telah mencadangkan kepada pegawai kementerian supaya Yang Berhormat-Yang Berhormat dihubungi supaya memaklumkan perkara ini sekiranya ada permohonan di kawasan-kawasan tertentu yang diluluskan.

Kemudian Yang Berhormat daripada Kepong telah menyebut tentang sistem komputer di pejabat Maju Junction. Kita sebenarnya dalam proses membangunkan sistem dan memperkemaskan sistem komputer di Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Mengenai kehadiran PATI dan juga pekerja asing, kita juga serius meneliti perkara ini. Kita seboleh mungkin sebenarnya bersama dengan Kementerian Sumber Manusia sedang dalam program untuk menentukan kerja-kerja yang boleh diberikan kepada rakyat negara ini diutamakan. Akan tetapi sebagaimana yang kita maklum, kerja-kerja yang berada jauh di pedalaman seperti di ladang-ladang yang tidak ada kemudahan seperti bekalan air, api dan sebagainya susah untuk menarik minat pekerja tempatan. Ini kerana pekerja tempatan mempunyai banyak pilihan di mana mereka suka bekerja di bandar-bandar dan dengan kemudahan-kemudahan seperti hiburan dan sebagainya. Maka kerana itu, mahu tidak mahu kita terpaksa membuka ruang pekerjaan kita kepada pekerja daripada luar negara. Namun begitu kita harap trend ini tidak akan berterusan.

Dari segi PATI memang kita menyedari seperti mana telah saya sebut berkali-kali dalam Parlimen ini, Malaysia menjadi tarikan rakyat negara-negara sekitar. Di mana ini adalah satu fenomena biasa negeri-negeri yang membangun, yang maju, yang di kelilingi oleh negara miskin akan menjadi tumpuan warga daripada negara miskin itu ke negara ini. Malaysia ini dianggap sebagai sebuah ‘syurga pekerjaan’ bagi rakyat di sekeliling kita, kerana itu seboleh mungkin mereka akan menyeludup masuk. Tugas dan tanggungjawab mengawal sempadan ini, bukanlah terletak di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hanya bertanggungjawab untuk memeriksa orang yang berada dalam negeri ini sama ada dia datang dan masuk dengan dokumen yang sah atau tidak. Mengawal sempadan ini kita perlu beberapa jabatan yang lain, kita ada Kementerian Pertahanan, kita ada Tentera Laut, kita ada Maritim dan sebagainya. Pihak-pihak ini juga bertanggungjawab untuk menentukan persempadanan kita tidak dibolosi. Kemudian...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kepong.

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Ya, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, penjelasan Yang Berhormat. Saya menyetujui bahawa kita memang menghadapi masalah kerana penghijrahan ini adalah di dalam sejarah manusia memang macam itu dan terus berlaku di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, seperti saya sebutkan tadi pihak kementerian mestilah bekerjasama dengan PDRM, dengan Kementerian Pertahanan dan semua pihak untuk memastikan pintu-pintu masuk yang tidak didaftarkan di dalam kementeriannya dapat dikawal juga. Seperti saya sebutkan, bahawa lebih 700 pintu-pintu masuk yang tidak dikawal tiap-tiap malam, bagaimana kita boleh dengan berkesan mengawalnya.

DR.10.12.2007 111

Saya memang menyedari bahawa di Amerika Syarikat pun terutamanya sempadan

dengan Mexico dia buat bermacam-macam untuk menyekat penghijrahan tetapi gagal juga.

Walau bagaimanapun, mungkin Malaysia ada cara yang lebih berkesan?

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Tuan Pengerusi, terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Kepong. Ialah, kalau Amerika sebuah negara maju orang Mexico tetap juga cross tembok walaupun dia bina tembok tinggi. Di Malaysia juga kita menyedari pelbagai helah..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, panjang lagikah?

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Sikit lagi. Kita menyedari pelbagai helah digunakan untuk masuk ke negara ini. Kita juga sedang mempertingkatkan usaha-usaha menjaga pintu masuk, pintu masuk ini dikawal oleh imigresen dan pintu masuk kita jaga dan kita pastikan pintu masuk ini tidak dibolosi seboleh mungkin.

Yang Berhormat daripada Lipis mencadangkan gred pegawai RELA ditingkatkan. Untuk makluman Yang Berhormat, kita baru sahaja mendapat kelulusan untuk menambah bilangan pegawai RELA. Saya difahamkan sejumlah 1,000 lebih jawatan baru telah diwujudkan. Dari segi gred gaji pegawai-pegawai RELA negeri juga sudah ada, misalnya Sabah dan Sarawak dua negeri ini telah mendapat Pengarah Dalam Negeri dari kalangan pegawai PTD Gred 48, kalau tidak salah saya. Ini merupakan satu proses untuk mempertingkatkan kewibawaan dari segi pengurusan dan pentadbiran RELA. Scheme of Services untuk RELA ini memang untuk pegawai RELA yang bertambah ini dalam penstrukturan semula dalam re-branding RELA, memang kita akan memperkemaskan sistem gaji yang akan dibayar kepada pegawai-pegawai RELA.

Kita juga menyedari bahawa pejabat-pejabat RELA di seluruh negara perlu dibangunkan, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Kesepuluh kita berharap pejabat-pejabat RELA di daerah di seluruh negara akan dapat diwujudkan secara berperingkat-peringkat.

Yang Berhormat Baram juga telah membangkitkan berkenaan JPN tadi, Yang Berhormat Baram I will give you the commitment. Saya dan pegawai-pegawai akan turun ke Baram pada bulan Januari sehingga Mac, habis pilihan raya. Kita akan buat beberapa program sebelum pilihan raya untuk membantu Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sepanggar, saya akan meneliti perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini dan jawapan secara lebih khusus dan bertulis saya akan berikan.

Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat menyebut tentang keadaan pejabat JPN di Pasir Puteh. Untuk makluman Yang Berhormat, di banyak daerah kita sudah bangunkan pejabat-pejabat pendaftaran yang baru dan insya-Allah kalau boleh Yang Berhormat tulis balik kepada kita. Mungkin saya akan bawa, kalau rezeki Yang Berhormat ada, mungkin dalam mid term review kita akan masukkan cadangan pejabat baru di Pasir Puteh. Terima kasih atas sokongan diberikan kepada RELA kerana peranan RELA dikatakan telah membantu menurunkan kadar ataupun indeks jenayah di kawasan Pasir Puteh.

Yang Berhormat Putatan juga menyokong RELA, terima kasih. Kemudian Yang Berhormat Bagan - kehilangan kad pengenalan. Saya harap Yang Berhormat Bagan dapat merujukkan perkara ini kepada saya dan saya akan beri perhatian khusus. Begitu juga dengan lain-lain perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan.

Yang Berhormat Kelana Jaya juga membangkitkan perkara-perkara yang khusus. Saya harap Yang Berhormat dapat mengemukakan kepada saya semua dokumen ini dan saya akan jemput Yang Berhormat ke pejabat saya dan bertemu dengan pegawai kanan yang bertanggungjawab.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Yang Berhormat Kuala Terengganu, terima kasih. Walaupun RELA dilihat sebagai hidup segan, mati tidak mahu, tapi kita sedang memperkemas dan memperkasakan RELA. Insya-Allah sekiranya RELA

112 DR.10.12.2007

diberikan sokongan dan setakat ini misalnya dari segi uniform kita telah meluluskan RM18 juta pada tahun ini untuk membekalkan, membeli kain dan upah jahitnya. Jadi RM25 juta untuk menyediakan uniform kepada RELA. Tidak semua anggota RELA yang 500 ribu ini dapat dibekalkan uniform RELA sekali gus. Cuma kita akan bekalkan kepada anggota-anggota RELA yang aktif dan menyertai operasi OPS Tegas. Jadi dengan peruntukan-peruntukan yang ada dan juga usaha-usaha yang berterusan RELA akan dapat diperkasakan.

Yang Berhormat Bukit Mertajam, tadi saya sudah jawab. Salah laku RELA, saya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota RELA dan juga pegawai RELA yang tidak ada disiplin. Kes menukar nama dan sebagainya ini sila rujuk kepada saya.

Begitu juga dengan Yang Berhormat bagi Ipoh Barat. Kalau ada kes-kes yang khusus bawa kepada saya, kita akan bincang dan saya akan cuba bantu dan selesaikan mana yang boleh, yang ada merit, yang mana mempunyai bukti-bukti dan juga dokumen-dokumen yang boleh kita bantu.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Penjelasan. Saya hendak bertanya mengenai di mana pasport-pasport untuk renewal dan bila hendak keluar negeri nampaknya tidak dibenarkan. Mereka dikatakan terlibat dan menjadi anggota Hindraf dan sebagainya dan adakah ini benar kerana saya difahamkan satu di antaranya adalah Gavanati Rao dan kemungkinan juga lain-lain orang termasuk saya. Adakah ini betul?

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Kalau Yang Berhormat tidak buat salah, fasal apa takut? Jadi kita, oleh sebab beberapa anggota Hindraf sedang round dunia mengutuk Kerajaan Malaysia, maka kita akan pastikan supaya tidak ada pengikut yang lain yang turut serta memburukkan kerajaan. Kita sebagai pemerintah bertanggungjawab untuk menentukan rakyat negara ini tidak bertindak di luar batasan. Terima kasih.

Jadi Tuan Pengerusi, saya telah selesai menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan dan sekiranya ada yang ketinggalan, pegawai-pegawai kementerian saya akan mengambil catatan dan saya akan mengadakan mesyuarat khusus mengenai perkara ini setelah selesai sidang Parlimen bagi sesi ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,099,224,000 untuk Maksud B.61 di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,099,224,000 untuk Maksud B.61 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM286,852,000 untuk Maksud P.61 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2008 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM286,852,000 untuk Maksud P.61 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2008.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sekarang kita beralih kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Maksud B.62 [Jadual] – Maksud P.62 [Anggaran Pembangunan 2008] –

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kepala bekalan B.62 dan kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri terbuka untuk dibahas. Setiausaha sila.

DR.10.12.2007 113

USUL DI BAWAH P.M. 66(9)

Memotong RM10 Gaji Menteri Dalam Negeri

7.55 mlm.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, saya bangun untuk mengemukakan usul bawah perbelanjaan diluluskan dengan syarat mengurangkan sebanyak RM10 daripada Butiran 10000 - Emolumen iaitu dengan memotong gaji Yang Amat Berhormat Menteri dan juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri sebanyak RM10 di bawah maksud Bekalan B.62 Butiran 10000 - Emolumen.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya mengakui sumbangan perkhidmatan yang diberi oleh PDRM yang menjalankan tugas mengikuti undang-undang. Usul ini adalah untuk menegaskan bahawa kementerian ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat telah menimbulkan, telah terhakisnya keyakinan orang ramai terhadap kemampuannya memimpin membanteras jenayah. Pimpinan Yang Amat Berhormat yang harus bertanggungjawab ke atas jenayah ini dan membawa kepada orang kini merasa berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah.

Saya ingin tahu apakah Yang Amat Berhormat menyedari bahawa kami khasnya wanita sedang hidup dalam keadaan ketakutan setiap masa dan di mana-mana saja. Pada masa yang sama kita masing-masing juga sedang hidup dalam keadaan risaukan keselamatan ahli keluarga dan orang kesayangan kami tanpa mengira di mana mereka berada di tanah air ini.

Sebelum usul ini dikemukakan, ada di kalangan ahli-ahli di dalam Dewan ini tanpa mengira parti politik pernah dan meluahkan kerisauan berkenaan isu keselamatan awam dan jenayah. Dengan usul ini saya berharap ahli-ahli yang berkenaan dapat bersama-sama menyokong usul ini bagi menyampaikan satu mesej yang kuat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri bahawa kita tidak ingin berterusan hidup di dalam suasana yang takut atau risau bahawa mana-mana ahli keluarga, orang kesayangan, anak kita menjadi mangsa jenayah, rogol dan bunuh yang seterusnya seperti yang berlaku ke atas adik Nurin Jazlin dan Preeshena ataupun isteri, kakak dan adik atau saudara-mara menjadi mangsa rogol dan bunuh seperti yang berlaku ke atas Ooi Choo Lee dan dua kejadian diculik, dirogol berkumpulan dan rompak yang berlaku di Lembah Klang dan USJ Subang Jaya baru-baru ini.

Baru-baru ini dilaporkan satu kenyataan yang dibuat oleh Selangor CID Chief Senior Assistant Commissioner II Mazlan Mansor bahawa wujudnya satu geng yang dipercayai bertanggungjawab ke atas dua kejadian culik, rogol berkumpulan dan dirompak di Lembah Klang dan Subang Jaya amat menggerunkan dan menakutkan. Adalah amat dahsyat bahawa dua kejadian sedemikian berlaku dalam tempoh lebih kurang seminggu.

Seperti biasa ini diikuti pula dengan nasihat bahawa wanita harus berhati-hati dan tidak bergerak seorang diri. Kini ada di kalangan wanita risau untuk keluar rumah seorang diri, tetapi bagaimana pula wanita yang perlu bekerja?

Kejadian yang berlaku pada akhir bulan November yang lalu, jam lebih kurang 8.30 pagi, mangsanya adalah diculik di halaman tempat kerjanya. Ini adalah satu kejadian yang berlaku pada waktu pagi apabila mangsa ini pergi bekerja. Sementara itu kejadian yang berlaku pada awal bulan Disember ini di USJ, Subang Jaya, mangsa bukan seorang diri tetapi berteman. Satu kejadian apabila mangsa berteman.

Saya percaya adalah masih segar di dalam ingatan kejadian rompak dan rogol yang berlaku pada 6 Jun tahun ini di Jalan Denai Utama Kempas. Mangsa wanita bukan seorang diri tetapi bersama teman lelakinya. Satu kejadian apabila mangsa berteman lelaki. Adalah sedia maklum bahawa sekumpulan penjenayah yang terlibat dalam kes ini telah dihadapkan ke mahkamah. Malahan kejadian rompak yang terkini adalah di mana mangsa wanita bersama Mejar Dr. Faiz turut tidak terlepas menjadi mangsa jenayah. Mejar Dr. Faiz diserang dua lelaki yang bersenjatakan parang apabila beliau cuba menghalang penjenayah melarikan rantai teman wanitanya.

114 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi, orang ramai secara amnya, wanita dan kanak-kanak secara

khususnya telah tidak memperoleh satu perasaan selamat bukan sahaja di tempat awam, tetapi juga di tempat yang kita sentiasa anggap paling selamat, iaitu di dalam rumah sendiri. Adalah diketahui sejak kebelakangan ini, kita membaca lebih banyak kes di mana wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasan walaupun mereka berada di dalam rumah.

Pada 2 Ogos tahun ini, seorang pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman, Tang Lai Meng telah dirogol dan dibunuh di dalam rumah sewanya di Bandar Mahkota Cheras. Adalah sedia maklum bahawa seorang lelaki telah dituduh di mahkamah bagi kes yang melibatkan mangsa ini. Sebelum ini pada 29 Julai, dilaporkan mayat Ooi Choo Lee, seorang penggunting rambut telah dijumpai mati dan dipercayai telah dirogol di salunnya di Taman Perpaduan Tambun. Siapakah pembunuhnya?

Tambahan apabila kesedihan dan kemarahan orang ramai terhadap Nurin Jazlin belum reda, pembunuh masih belum dikesan. Kita membaca pula satu lagi kes jenayah yang mangsanya adalah kanak-kanak. Kejadian yang berlaku di tempat tinggalnya. Semasa kejadian, Preeshena Varshiny berumur 9 tahun adalah seorang diri di rumah kerana ibu bapanya telah pergi bekerja. Menurut laporan budak ini telah dirogol dan diliwat sebelum dicampak dari tingkat dua sebuah kondominium di Jalan Bukit Idaman, Batu Caves. Baru-baru ini kita membaca di dalam surat khabar bahawa keputusan DNA ke atas 31 orang yang ditangkap, 31 sampel adalah negatif. Siapakah pembunuh yang keji tersebut? Sebelum ini saya pernah membangkitkan kes yang melibatkan kematian Lee Kean Yip, seorang pelajar Kolej TAR yang mati ditetak dua penyamun. Kejadian yang berlaku pada bulan Julai tahun lalu apabila pelajar lelaki ini dalam perjalanan pulang ke asramanya di Desa Setapak. Ini salah satu kes yang mangsanya adalah seorang lelaki.

Ini hanya beberapa kes yang sempat saya bangkitkan di dalam perbahasan Usul ini. Ada di antara kes-kes ini ada yang dituduh di mahkamah, pertuduhan di mahkamah tidak semestinya berjaya disabit dan dihukum seperti yang dituduh. Ada pula di antara kes di mana ahli keluarga Tuan Pengerusi masih mencari-cari, apakah sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian dan siapakah pembunuh ahli keluarga kesayangan mereka. Mereka sedang bertanya apakah kedudukan kes mereka. Mereka tidak mendengar khabar kedudukan atau hasil siasatan daripada polis. Ada di kalangan ahli keluarga mangsa yang juga turut terjejas kesihatan mereka dan masih berada dalam trauma di atas pemergian ahli keluarga mereka ini. Kejadian jenayah yang saya nyatakan sebentar tadi dapat dielakkan dan banyak lagi kes rompak dan bunuh dapat dielakkan. Saya bangkitkan isu ini untuk semua ahli dalam Dewan ini.

Saya ingin nyatakan bahawa banyak kes di mana kita ada bekerjasama, pihak saya ada bekerjasama dengan PDRM dalam membantu membanteras jenayah. Pada masa yang sama, saya ingin juga menyatakan bahawa saya menyedari bahawa bajet ini ada menyatakan kerajaan komited untuk membanteras jenayah dengan memperuntukkan sebanyak RM4 bilion kepada Polis Diraja Malaysia bagi tahun 2008. Selain itu pengawasan polis akan dipertingkatkan di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah, pengambilan 60,000 anggota polis baru dalam tempoh lima tahun, penambahan 2,000 unit kereta nasional, 1,600 komputer, tambahannya 1,900 buah motosikal disediakan untuk meningkatkan aktiviti pengawasan dan rondaan polis serta Unit Bergerak Forensik PDRM juga akan ditubuhkan di setiap kontinjen polis. Inilah yang dinyatakan dalam Bajet 2008. Saya mengalu-alukan peruntukan ini di dalam Bajet 2008 untuk keselamatan awam.

Akan tetapi Tuan Pengerusi, saya ingin mengingatkan semula Yang Amat Berhormat bahawa semasa pembentangan Bajet 2004, 2005, 2006 dan 2007, isu keselamatan awam ini turut juga ada ditekankan, tetapi apakah hasilnya? Saya ingin bacakan pada tahun 2006 semasa membentangkan Bajet 2007, Yang Amat Berhormat menyatakan akan memastikan keselamatan awam sentiasa dijamin. Pada ketika itu sebanyak RM4.9 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan kecekapan operasi PDRM selain daripada pelaksanaan program Command, Control, Communications and computerization for information, pemasangan CCTV, pertambahan 2,000 unit kereta peronda, penambahan 3,000 jawatan pemandu polis. Tapi kes Nurin, walaupun tangkapan dibuat melalui CCTV, tetapi tangkapan adalah tidak jelas, pembunuhnya masih bebas.

DR.10.12.2007 115

Pada tahun 2005, semasa membentangkan Bajet 2006, Yang Amat Berhormat

memperakui beberapa cadangan di dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM. Bajet tersebut pada ketika itu memperuntukkan sebanyak RM3.5 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM493 juta untuk perbelanjaan pembangunan PDRM. Ia bertujuan untuk memperkukuhkan pasukan polis. Sementara itu, setahun sebelum itu, ucapan perbekalan pada tahun 2005 turut menyatakan bahawa kerajaan berazam menjadikan Malaysia selamat dengan kadar jenayah yang rendah lagi terkawal. Pada ketika itu turut dinyatakan dipertingkatkan kehadiran polis, kelengkapan dan peralatan kepada polis.

Tuan Pengerusi, semasa pembentangan Bajet 2004, pada masa itu Yang Amat Berhormat adalah Menteri Dalam Negeri. Diperuntukkan kepada Keselamatan Dalam Negeri RM4.4 bilion untuk mengurus dan RM750.5 juta untuk pembangunan. Pada ketika itu, bekas Perdana Menteri ada menyatakan bahawa saya memetik, “menjadikan hijacking, piracy dan gengsterisme termasuk kegiatan tonto serta rompakan dan kecurian semakin membimbangkan. Tambahan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan persekitaran awam dan perniagaan yang selamat”. Ini adalah kata-kata dalam Bajet 2004.

Kerajaan akan meningkat dan memperkukuhkan keselamatan di seluruh negara, dengan itu kerajaan akan mengkaji organisasi bahagian tertentu dalam PDRM serta meningkatkan keupayaan melalui pemberian peralatan dan latihan khas supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Jumlahnya RM5.15 bilion.

Inilah kenyataan di dalam ucapan pembentangan Bajet bagi tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007 berkenaan dengan isu keselamatan awam. Tuan Pengerusi tetapi kini apakah orang awam berasa lebih selamat di tempat awam kini berbanding tahun 2004. Apakah kadar jenayah lebih rendah dan terkawal seperti yang dijaminkan oleh Yang Amat Berhormat. Situasi yang sebaliknya berlaku, penjenayah lebih canggih dan lebih berani. Tuan Pengerusi, di mana silapnya pimpinan Yang Amat Berhormat di dalam kementerian ini untuk menyediakan satu barisan PDRM yang kukuh, terlatih, lengkap dan tenaga yang mencukupi. Apakah kebajikan anggota PDRM sentiasa dijaga dan tidak dibeban tugas dan tanggungjawab yang terlampau.

Mengapa anggota PDRM yang mencukupi tidak sentiasa diadakan dan sehingga apabila kemarahan orang ramai terhadap kejadian jenayah yang terlalu kerap. Isu keselamatan ini baru dipandang dengan seriusnya. Ini jelas kelemahan pimpinan, kelemahan perancangan Yang Amat Berhormat terhadap kementerian ini. Walaupun berbilion telah pun diperuntukkan dan telah dibelanjakan untuk menjamin keselamatan awam, indeks jenayah masih meningkat. Menurut jawapan lisan kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas pada 29 November ini kepada kementerian ini, indeks jenayah peringkat nasional bagi tempoh 2003 hingga Januari September 2007 adalah seperti berikut dan saya membaca Tuan Pengerusi.

Tahun Jenayah Indeks

2007 [Januari- September] 163, 802 kes

2006 198, 622 kes

2005 157, 459 kes

2004 156, 455 kes

2003 156, 315 kes

Secara puratanya 13,026 kes sebulan, bagi tahun 2003 dan 18,200 kes secara puratanya sebulan untuk tahun 2007. Peningkatan indeks jenayah lebih kurang 40%, sejak tahun 2003. Tuan Pengerusi, saya akan habiskan. Pada awal bulan Disember ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili turut mengesahkan bahawa kes rogol telah meningkat di mana bulan Januari hingga September tahun ini 2,432 kes rogol berbanding 1,849 kes bagi jangka masa yang sama tahun lalu. Ini hanyalah kes yang

116 DR.10.12.2007

laporan polis yang ada dibuat oleh mangsa. Bahawa orang ramai masih berasa tidak selamat terutamanya wanita dan kanak-kanak di tempat awam mahu pun di dalam rumah.

Selain daripada keselamatan harta benda dan barangan perniagaan mereka disokong dengan peningkatan kes rogol dan indeks jenayah, ini telah menimbulkan persoalan bahawa tindakan yang dirancang dan dilaksanakan dengan peruntukan berbilion sejak Yang Amat Berhormat memangku jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah gagal memperbaiki situasi keselamatan awam dan memenuhi jaminannya untuk memberi satu suasana rasa selamat sekurang-kurangnya rasa selamat kepada orang ramai. Memang Yang Amat Berhormat ada prihatin terhadap masalah jenayah. Ini saya tidak dapat menafikan. Malah Yang Amat Berhormat pernah meluahkan kemarahannya terhadap kejadian jenayah, malah marah bukan penyelesaian kepada masalah jenayah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

Yang Amat Berhormat berkuasa kerana amanah telah diberi oleh orang ramai kepada Yang Amat Berhormat. Yang Amat Berhormat yang memimpin Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ini. Yang Amat Berhormat perlu menjalankan apa yang dinyatakan di dalam prinsip Islam Hadhari pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. Kami khasnya wanita dan kanak-kanak berkehendakkan hak untuk bebas bergerak tanpa dicabuli hak ini dibela dan dijamin. Yang Amat Berhormat pernah meminta orang ramai bekerjasama membanteras jenayah dan menyerlah mereka yang enggan membantu menuduh mereka bersikap dingin, mementingkan diri sendiri apabila tidak menolong mangsa jenayah. Yang Amat Berhormat meminta orang ramai tidak memberi peluang kepada penjenayah. Tuan Pengerusi, saya ingin tahu sedarkah...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya ada setengah muka lagi. Sedarkah Yang Amat Berhormat bahawa ada warga yang cedera malahan meninggal dunia kerana membantu mangsa jenayah. Penjenayah semakin ganas, malah ada di kalangan wanita tidak berani membawa beg tangan lagi. Ingin mendengar nasihat, enggan memberi peluang kepada penjenayah. Ada segelintir lagi tidak lagi berani keluar rumah seorang diri. Tetapi masih ada keganasan terhadap wanita yang berlaku di rumahnya. Warga biasa tidak berkemampuan menggaji pegawai keselamatan untuk melindunginya. Bukan seperti Yang Amat Berhormat ada ramai security guard bersamanya.

Pada masa yang sama Tuan Pengerusi, rumah Datuk VVIP walaupun ada pegawai keselamatan turut menjadi mangsa jenayah, dirompak dan diugut. Apa lagi yang boleh kami buat? Saya hendak tanya Yang Amat Berhormat yang kami belum buat untuk tidak meletakkan diri di dalam keadaan berisiko tinggi dan tidak memberi peluang kepada penjenayah. Pindaan kepada kanun keseksaan untuk memperuntukkan hukuman yang berat hanya akan berkesan jika penjenayah dapat ditangkap dan dijatuhkan hukum seperti yang dituduh. Yang Amat Berhormat perlu menangani masalah dalaman polis, mencari punca kekurangan kelengkapan dan latihan anggota PDRM di dalam menangani, membanteras penjenayah selain daripada menyedari kekurangan dan beban Polis Diraja Malaysia.

Saya ingin sekali lagi menyeru Yang Amat Berhormat melepaskan jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri agar orang ramai memperolehi seorang Menteri sepenuh masa berkhidmat untuk mereka dan memimpin sepenuh masa di dalam kementerian...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Awak punya mulut lancang sangatlah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ... agar satu peluang boleh diberi untuk mengurangkan kadar jenayah ini. Yang Amat Berhormat kini adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ahli Parlimen dan juga pengerusi kepada melebihi 20 buah jawatankuasa...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa salahnya?

DR.10.12.2007 117

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tidak salah, apakah mampunya? Apakah

mampunya menjalankan tanggungjawab dia? Itu persoalannya. Saya menyedari Yang Amat Berhormat mempunyai dua orang Timbalan Menteri...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, cukuplah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ada dua perenggan lagi. Saya menyedari Yang Amat Berhormat mempunyai dua orang Timbalan Menteri...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mengarutlah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, nampaknya dengan dua orang Timbalan Menteri indeks jenayah berterusan meningkat. Sebenarnya seharusnya kementerian di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat adalah yang paling cekap efisien dan menjadi teladan kepada kementerian yang lain. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Saya berharap Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan ini agar mengetepikan fahaman politik dan menyokong usul ini bagi menyampaikan satu suara...

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Awak yang main politik bukan orang lain main politik.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ... bahawa kita tidak puas hati dengan suasana keselamatan awam buat masa ini. Saya percaya di antara ahli-ahli di dalam Dewan ini seperti Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Lebih empat perenggan itu Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini ada empat, lima line lagi. Saya percaya ada di antara ahli-ahli di dalam Dewan ini, seperti Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat…

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Mana boleh buat sesuka hati.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: …Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan juga Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang dari Barisan Nasional atau ahli keluarganya, selain daripada Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Bukit Mertajam pernah menjadi mangsa jenayah dan yang lain juga ada di dalam Dewan Negara.

Mereka ini tidak, kita semua di dalam Dewan ini, tidak terlepas juga dari risiko menjadi mangsa jenayah pada masa akan datang. Jika keadaan tidak berubah, masalah keselamatan jenayah ini tidak diperbaiki. Oleh itu saya menyeru semua ahli, kita sama-sama demi untuk kebaikan... [Dewan riuh] demi untuk kebaikan, untuk keselamatan ahli keluarga kita, agar menyokong usul ini dan saya pohon mencadangkan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, usul sebagaimana yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi terbuka untuk dibahas. Ya, Ayer Hitam.

Beberapa Ahli: [Bangun]

8.21 mlm.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya meneliti hujah yang telah dikemukakan Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Ingin saya menyatakan, beberapa perkara yang saya rasa kurang masuk akal apabila beliau mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita memang prihatin tentang masalah keselamatan dari semasa ke semasa memberi teguran. Saya tidak nampak kalau seorang Menteri yang prihatin, nak dipotong gaji lagi? Itu yang saya rasa tidak masuk akal.

Yang keduanya, Yang Berhormat juga telah merumuskan beberapa kes, banyak kes termasuk rogol, rompak dan Yang Berhormat sendiri mengaku bahawa ada kes yang telah dituduh di mahkamah. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat sebenarnya, apabila seseorang itu melakukan jenayah dia dibawa ke muka pengadilan. Apabila dibawa ke mahkamah oleh kerana ada yang tertuduh ini, mereka mengundang

118 DR.10.12.2007

peguam seperti Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor, akhirnya mahkamah membuat satu keputusan dan kita kena menghormati keputusan mahkamah. Itu yang dikatakan kebebasan dalam bidang kehakiman. Jadi, saya tidak nampak apabila seseorang itu sama ada dikenakan, dijatuhkan hukum atau dibebaskan di mahkamah ianya pula dipersalahkan. Kalau macam itu, baik Yang Berhormat minta Yang Berhormat Bukit Gelugor jangan jadi peguam bela bagi penjenayah. Itu yang pertama.

Kedua saya rasa, Yang Berhormat mengatakan hidup dalam rasa ketakutan. Saya mengakui bahawa masyarakat kita membangun. Memang ada banyak ruang untuk kita mempertingkatkan tahap keselamatan, tetapi dalam kita mempertingkatkan keselamatan ini, tidak dengan cara memotong gaji yang tidak rasional. Kita boleh mengutarakan, memberi pandangan, kita boleh berbahas dalam Dewan ini, dan peringkat bajet ini sama ada peringkat Jawatankuasa atau peringkat Dasar, kita bebas menyuarakan pandangan ini. Jadi saya menganggap, usul yang dikemukakan bermotifkan politik. Mungkin pilihan raya dah hampir menjelang, ianya hendak dijadikan satu masalah.

Saya rasa, soal jenayah, di mana-mana negara, saya mengambil contoh di Amerika Syarikat, setiap tahun, terdapat 28,000 kes yang ada hubung kait dengan penggunaan senjata. Adakah kita menggunakan statistik ini mengatakan Amerika Syarikat tidak selamat? Di setiap negara, ada penjenayah dan kalau kita kata pandai lagi polis kita, penjenayah-penjenayah lebih licik. Itu yang berlaku pada masa sekarang dan saya tidak mengatakan PDRM telah membuat apa yang terbaik. Masih ada ruang untuk dipertingkatkan. IGP juga membuat pengakuan banyak perkara perlu dilakukan. Kita hendak tambah perkakas, kita hendak juga meningkatkan lagi disiplin di kalangan PDRM, kesemuanya dilakukan dan tidak bermakna kita melakukan benda ini dan apabila indeks jenayah itu meningkat, kita mempersalahkan kementerian ataupun menteri itu sendiri. Saya rasa ini adalah satu perkara yang berlainan.

Saya mengakui bahawa dalam kita membincangkan soal ketenteraman awam, banyak aspek yang perlu kita lihat. Yang pertama, keselamatan. Adakah kita rasa takut hendak keluar. Kalau berbanding dengan Selatan Thai, berbanding dengan Jakarta, mana-mana di tempat di Indonesia, kita rasa takut secara fizikal. Singapore kita boleh membuat perbandingan. Ada juga dalam Orchard Road… [Dewan riuh] Tidak apa. Tidak ada masalah. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diam, yang lain.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Dengan Singapore secara perbandingan, saiznya kecil. Di Orchard Road juga berlaku kes molest. Dalam seminggu tiga, empat kali. Apabila kita melihat perkara ini secara micro, ia menjadi satu isu yang besar. Saya tidak mengatakan bahawa kita jangan pandang tentang jenayah ini. Kita kena ambil tindakan. Sebab itu kita juga mendesak polis bekerja kuat. Setiap kes yang kita dapat tangkap penjenayah, pastikan ianya dapat dijatuhi hukuman.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Penjelasan.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Nanti, belum. Biar saya habis sedikit. [Dewan riuh] Biar saya habis. Ini floor saya ya. Saya dapati Yang Berhormat Batu Gajah telah memberi banyak contoh. Contoh-contoh yang merupakan rumusan kes-kes sama ada sudah selesai atau tidak. Saya rasa kita melihat aspek keselamatan ini dari beberapa sudut. Adakah kita selamat? Adakah rumah kita dijaga oleh polis atau pasukan-pasukan keselamatan dengan baik? Saya rasa secara perbandingannya, bukan negara kita terbaik tetapi kita boleh kata hidup dalam keadaan yang selamat, tidak ditakluki oleh mana-mana pihak atau anasir jahat. Saya rasa itu satu.

Yang kedua, dalam kes pencegahan jenayah, ia tidak semata-mata melihat dari sudut penguatkuasaan. Ada juga dari sudut yang lain seperti pencegahan. Dari segi pencegahan. Adakah kita betul faham dengan langkah-langkah pencegahan? Kedua kita kena melihat perkakas yang ada pada polis sekarang. Saya rasa tidak cukup, pihak Perbendaharaan tidak beri benda yang cukup. Jadi sebab itulah, saya rasa dalam bajet ini, kelak kita akan membincangkan, kita akan luluskan dan saya memastikan apa yang ada di dalam butiran ini dapat diluluskan dan diberi dengan cepat.

DR.10.12.2007 119

Saya mengambil contoh di Johor. Dalam beberapa bulan yang lalu, kita kecoh.

Banyak kes yang dilaporkan, tetapi setelah Kabinet membuat keputusan, kita telah menubuhkan tiga IPD di Johor Bahru dan saya nampak helikopter sentiasa membuat rondaan dan kita juga dapati kereta ronda polis telah bertambah. Mereka akan sampai ke tempat kejadian dalam tempoh tujuh minit. Saya rasa ini adalah antara perubahan yang significant yang dapat kita lihat. Jadi saya masih mengharapkan peningkatan dari segi mutu itu, tetapi saya tidak setuju dengan apa yang telah dibawa oleh Batu Gajah, kononnya kalau kita potong gaji Menteri, esok kita akan selesaikan, banteras semua jenayah. Saya rasa itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu hipotesis.

Memang benar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dibantu oleh dua Timbalan Menteri kerana ini merupakan satu kementerian yang agak besar. Saya rasa mereka juga menjalankan tugas dengan baik dan ini tidak sepatutnya dijadikan satu isu kerana mereka ini bertungkus lumus, committed dan kita tidak pernah lalai dari segi…

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Sabak Bernam bangun dulu.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Saya…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: DAP tak berani bagikah?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: No, dia beri peluang saya, dengarlah yang lain. Saya mendengar dengan teliti ucapan daripada Batu Gajah. Sepatah pun saya tak campur dan saya tengok. Dia memulakan ucapannya dengan mengatakan, “Orang-orang perempuan dalam negeri ini penuh dengan ketakutan”. Tetapi dari analisa saya dan mimik muka beliau yang saya perhatikan, saya tengok di TV kemudian saya masuk. Sebenarnya beliau bukan dengan perasaan takut. Dia menyatakan ketakutannya itu dengan penuh perasaan bangga. Macam mana boleh menceritakan perasaan takut dengan rasa bangga? This must be something wrong. Something wrong dengan izin. Sepatutnya dengan perasaan takut ini penuh dengan ketakutan, tetapi sebenarnya bukan ketakutan yang berlaku. Saya membuat conclusion saya sendiri, beliau bercakap sedemikian sebenarnya kerana ini musim pilihan raya, dekat pilihan raya, nak cari… Jangan kacau.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ucapan atau penjelasan?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Jangan kacaulah. Duduklah. Jangan biadab.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Pengerusi, ini ucapan atau…

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Jangan biadab. Duduk. Duduk…duduk…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ucapan atau penjelasan.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Duduk, duduk, duduk.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ucapan atau….

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: It’s my floor.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan atau ucapan?

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: [Bangun]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk]

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: It’s my floor.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan atau ucapan?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: It’s my floor.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Apa floor?

120 DR.10.12.2007

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: [Bangun]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Apa floor?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Dia bagi peluang saya. Duduklah… Duduklah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi…

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Tengok Ketua Pembangkang macam ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: [Menyampuk]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk]

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Dia beri peluang saya bercakap…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Janganlah ganggu orang lain.. ya duduk. Yang lain sila diam... Ini giliran Yang Berhormat bagi Ketereh. Yang Berhormat yang lain duduklah. Yang Berhormat bagi Ketereh. Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Penjelasan ke ucapan?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Jadi apa yang saya katakan tadi, apakah Yang Berhormat bersetuju dengan apa yang saya katakan tadi? Itu saja yang saya nak tanya. Terima kasih.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Ketereh. Saya setuju dengan pemerhatian Yang Berhormat dan apa yang saya lebih... saya rasa saya minta pembangkang berdisiplin. Izinkan saya teruskan ucapan saya.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Ini angkuh punya partilah.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Saya rasa Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang..

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: You have been ….

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: ...walaupun datang, walaupun datang ke Parlimen, saya rasa mereka tak bawa senjata untuk melindungi diri kerana memang ada confident terhadap PDRM kita tapi saya tidak menafikan, saya kata saya tak menafikan ada kes di mana penjenayah itu masih licik, mereka memang pandai.

Jadi cara kita, kita patut menggembleng tenaga kita mencari satu penyelesaian untuk menurunkan kadar jenayah dengan kerjasama semua. Jadi dengan ini saya rasa saya memang menolak hujah yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Minta penjelasan.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Ha boleh. Saya tak takut.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah Yang Berhormat sedar mengenai satu perkara mengenai orang Tionghoa bahawa kalau seorang tak buka mulut, dia tidak dianggap sebagai bisu atau bodoh. Itu reaksi kitalah. Kalau tak buka mulut, tidak dianggap bodoh atau bisu.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Ha, ini lagi. Saya tak gunakan apa yang dikatakan pepatah Cina ini ke atas Yang Berhormat sendiri. Kalau Yang Berhormat tidak bercakap, saya tak menganggap Yang Berhormat membisu.

Itu yang saya kata dan saya nak menghantar satu perkataan kepada Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang saya cakap sepandai-pandai polis kita, penjenayah lebih

DR.10.12.2007 121

licik. Dalam bahasa Cina, [Bercakap dalam bahasa Cina] itu yang saya nak buktikan kepada Yang Berhormat! Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dengan izin.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Kinabatangan.

8.32 mlm.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Pengerusi, saya turut terpanggil dalam membahas usul yang dibawakan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah dan pada saya, usul ini lahirnya daripada seorang yang mandul minda dan buta jiwanya. Sebab apa, saya setuju dengan rakan saya..

Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: [Menyampuk] Gerik sokong.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...saya mahu Yang Berhormat bagi Batu Gajah nyatakan pada saya mana satu negara yang tidak ada jenayah. Dalam DAP pun banyak jenayah berlaku, jenayah diskriminasi. Seorang pengerusi tidak jadi Ketua Pembangkang itu pun jenayah.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini apa bahasa bahas ini?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ha ini lagi.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk] Apa ideologi ini ha? Apa ideologi ini?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Lebih mandul lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diamlah.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Satu orang tiga Menteri pun jenayah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini starfish, starfish. Starfish tak ada otak.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ha ini lagi kebodohan. Salah satu lagi Yang Berhormat yang bodoh. Dia tidak mahu dengar.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] starfish, starfish.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jenayah memang berlaku di mana-mana tetapi tidak bermakna negara kita ini tidak aman. Bayangkan kalau polis kita tidak bekerja menggadai nyawa mereka, apa akan terjadi kepada kita? Dari Bukit Mertajam jauh ke Kuala Lumpur pun selamat. Dari Kuching sampai sini pun selamat. Batu Gajah jalan Bukit Bintang, saya selalu jalan malam selamat! Mana ada apa-apa!

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya belum selesai penjelasan, banyak saya mahu cakap. Dengar dulu betul-betul.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang Berhormat memanglah, tak ada orang nak ragut beg Yang Berhormatlah.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila jangan ganggu ya.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya tidak setuju dengan penjenayah! Sebab itu kita ada penguat kuasa, kita ada undang-undang...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bintulu bangun Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ....dibawa ke mahkamah! Seperti Yang Berhormat bagi Ayer Hitam kata, penjenayah yang membunuh pun dibela oleh peguam seperti Yang Berhormat bagi Ipoh Barat. Inilah jadi penjenayah nama dia.

122 DR.10.12.2007

Akhirnya penjenayah keluar, lepas! Sebab undang-undang tapi dia tidak menghormati undang-undang!

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Penjelasan, penjelasan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Ini tak faham.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya tidak kasi, saya tidak kasi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, dia tak bagi jalan.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia kaitkan saya.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tapi dia tak bagi jalan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Nanti, nanti. Nanti saya bagi. Sekejap!

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kalau tak bagi, jangan cari sebab.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Dia sebut.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia sebut.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, tapi dia tak bagi jalan. Belum dia bagi jalan Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Kalau tak berani, jangan sebut.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk] Kalau tak berani, jangan cakap.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Pengerusi, rakyat negara kita lagi bimbang dengan penjenayah moden iaitu berdemonstrasi di jalan raya. Para pekedai bimbang! Saya mahu ke lapangan terbang pun jammed! Rakan-rakan mahu buat kerja tidak boleh. Ini nama dia jenayah terancang...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk] Freedom of expression.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...dan ada perancang dia. Saya mahu kerajaan mencari siapa dalang dia. Kalau dalang dia Yang Berhormat bagi Ipoh Barat terlibat, tangkap dia! Kalau Ipoh Timur terlibat, tapi saya rasa dia tidak terlibat. Dia tidak. Bukit Gelugor pun tidak. Saya tahu. Ipoh Barat! Itu perlu disiasat. Saya bukan menuduh tapi saya meragui!

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Pengerusi, saya cadang ikat sama dia, buang sama dia......! Ini bagus sekali.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya meragui Tuan Pengerusi!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ha Bintulu, Bintulu. Okey.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu ke peraturan? Bila yang lain bercakap, yang lain kena diam.

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Kita memang tadi dengar apa Yang Berhormat bagi Batu Gajah kata wanita takut ataupun is not safe! Tidak selamat jalan-jalan di mana-mana.

Saya mahu tanya Yang Berhormat bagi Kinabatangan, malam-malam you jalan Bukit Bintang ada nampak tak wanita jalan? Satu. Dua, kalau pendatang asing kalau polis pergi tangkap, kalau kita tangkap sikit nak siasat jenayah, esok pembangkang protes dalam Dewan ini! Jadi, dia membela jenayah! Setuju atau tidak?

DR.10.12.2007 123

Ketiga, ini Yang Berhormat bagi Ipoh Barat adakah dia sebagai peguam, ada cari

itu .... kalau polis caj, dia pergi cari .... kasi bail itu suspek atau tidak? Ha minta penjelasan.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk] Tak faham cakap, diam.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Pertama, kalau saya jalan di Bukit Bintang, satu orang, sepuluh perempuan depan saya nampak. [Dewan riuh] Dia tidak bimbang pun!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Menyampuk] Tempat mana Yang Berhormat pergi ha? Tempat mana ha?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia sendiri syoklah ini.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tak ada takut!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Menyampuk] Kedai ayam ke? Kedai ayam? Yang Berhormat pergi kedai ayam ke?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, yang lain sila diam ya.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tak ada takut punya!

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kenapa dia pergi Bukit Bintang?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya lagi takut dia approach saya. Dia berani. Saya lari. Saya yang takut!

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk] Tengah-tengah malam pergi Bukit Bintang.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Mana ada kebimbangan! Yang bimbang cuma pembangkang, saya hairan kenapa dia bimbang? Pembangkang tidak tahu yang jadi penjenayah ramai pendatang asing. Ini yang dia bela. Seperti Yang Berhormat bagi Seputeh bela. Inilah dia.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Apa kena-mengena dengan saya ha?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia bela pendatang asing!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, yang lain Yang Berhormat bagi Seputeh, sila duduklah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Tak faham apa tajuk sekarang.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya minta penjelasan. Minta penjelasan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Stoplah, membuangkan masalah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk] Duduklah. Apa tadi dah cukuplah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya minta penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia tak bagi Yang Berhormat, tak bagi jalan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Polis dalam negara kita telah memainkan peranan yang tinggi, yang cukup baik..

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Mengecewakan semua wanita di dalam negara ini.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...untuk membanteras jenayah. Sama ada penjenayah, perogol, perompak, pencuri, penyamun. Kalau di Sabah, mundur! Kalau didapati, kita akan tangkap. Mereka ...

124 DR.10.12.2007

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Tak ada bank, Tak ada bank.

Kinabatangan tak ada bank.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Di Amerika Syarikat, OJ Simpson telah diperakui melakukan jenayah membunuh isteri dia, sampai hari ini pun dibahas. Sebab apa? Undang-undang kita ada. Polis sudah tahan berpuluh-puluh orang tetapi dia tidak terlibat dalam jenayah tersebut, kita bebas.

Tuan Pengerusi, saya ingin memberi amaran kepada Hindraf bahawa UMNO, bahawa Melayu tidak pernah membenci orang-orang Hindu. Kita tidak pernah tidak suka kepada orang-orang Hindu tetapi ....

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk] Yang Berhormat, ini potong gaji bukan Hindraf. Ini tak kena.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diamlah ya, yang lain sila diam.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...kita tidak suka kepada ekstremis dan penjenayah Hindu.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk] Saya keliru dia.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini sudah pergi angkasalah.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kita berkawan dengan orang-orang Hindu tetapi kepada ekstremis Hindu, saya meminta dan mencabar kerajaan...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dahulu kerajaan telah tangkap Kumpulan Al-Ma’unah - orang Melayu, kerajaan telah tangkap kepimpinan Arqam - orang Melayu. Kerajaan telah tangkap Kumpulan Jemaah Islamiah - orang Melayu. Guna ISA. Kelmarin sudah tangkap Mat Sabu, Naib Presiden PAS, Tian Chua, Naib Presiden KeADILan. Saya mahu mencabar kerajaan tangkap pemimpin-pemimpin Hindraf hari ini juga.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat sila gulung.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sebab kalau ditangkap, mereka ini...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Penjelasan. Potong gaji sebab tidak buat kerja.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ..penjenayah-penjenayah yang ada dalangnya adalah pembangkang.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Itu Ipoh Barat kasi tangkaplah, Ipoh Barat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Barat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau Ipoh Barat terlibat, tangkap dia hari ini juga.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Apa ini?

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Ipoh Barat hari-hari ada.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini semua kena disiasat. Kalau dia terlibat, tangkap dia hari ini juga sebab dia merupakan wakil rakyat yang cuba menghancurkan perpaduan dalam negara kita. Jadi Batu Gajah kalau hendak usul, usul tangkap Ipoh Barat dahulu. Baru betul.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

DR.10.12.2007 125

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Daripada mengusul potong gaji.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat letak jawatanlah.

Beberapa Ahli: [Bangun][Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diam.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kinabatangan letak jawatanlah.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini yang lebih wajar.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Dewan riuh]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia sudah liar.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau pembangkang hendak menang...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ..tangkap dia dahulu, baru boleh menang. Kalau tidak tangkap, tidak boleh menang.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: He has lost his head.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, yang lain sila duduklah.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Pengerusi, ini saya punya floor. Yang dia bising-bising apa pasal?

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, yang lain sila duduk.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk, Yang Berhormat. Ya, Kinabatangan sila teruskan.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila duduk. Ini perbahasan. Yang lain jangan ganggulah.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau sakit hati, apa pasal?

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ini perbahasan. Yang lain sila duduk. Saya benarkan.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kinabatangan sila gulung.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya. Saya meminta kementerian sebab saya setuju dengan Santubong, perbuatan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tiap-tiap hari mengusulkan memotong gaji Menteri, pegawai kerajaan, ini membazir masa, membazir wang rakyat. Kalau mahu berbahas isu sebegini, tidak perlu ada potong gaji. Kita bahas secara bijaksana, secara rasional. Kita pun tidak berpuas hati dengan kerja yang dilakukan oleh polis, tetapi kebanyakan kerja mereka kita berpuas hati. Tanpa mereka, kita tidak selamat. Tanpa mereka, Dewan Rakyat ini tidak selamat. Anak isteri di rumah ditinggalkan, kalau tidak selamat, bolehkah kita datang sini? Saya satu minggu satu kali terbang, satu hari duduk di rumah, tiga hari di kawasan, selamat juga. Tidak ada apa-apa pun.

126 DR.10.12.2007

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sabah mana ada orang.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ha, ini satu penghinaan. Orang Sabah bukan orangkah?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Orang pun tidak ada, apa hendak curi?

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Ada perompak bank.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukit Mertajam. Jangan ganggulah, Ipoh Barat, Bukit Mertajam.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya akan cakap di Sabah bahawa DAP menyatakan di Sabah tidak ada orang. Bermakna jangan ada undi dengan DAP.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kinabatangan sahaja.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Menghina. Ipoh Barat, DAP menghina orang Sabah. Bagus, terima kasih.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kinabatangan. Saya hina Kinabatangan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sila, sila, ini boleh. Sebab dia tidak terlibat dengan Hindraf.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah Yang Berhormat cari tempat yang lain, patut balik ke Selipok di Sandakan? [Ketawa] Tahu tempat apa Selipok?

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat salah, tempat itu salah. Tidak ada.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu nama pun salahlah. Jadi kalau orang tanya bodoh, saya jawab bodoh juga. Yang Berhormat tanya bodoh. Tuan Pengerusi, kebimbangan rakyat terhadap pembangkang hari ini, mentang-mentang, kononnya pilihan raya sudah dekat, banyak reaksi yang luar biasa yang mereka ingin ketengahkan. Sebenarnya oleh kerana minda mereka telah mandul, saya pinjam ungkapan daripada Yang Berhormat Gerik, rupa-rupanya bukan minda mereka yang mandul, hati mereka juga terkunci mati sudah.

Apabila manusia hatinya terkunci mati, maka segala yang dia buat, yang betul pun jadi tidak betul. Kalau inilah pembangkang yang kita ada. Kita percaya rakyat tahu menilai yang mana kaca, yang mana permata.

Barisan Nasional telah membuktikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga Menteri Kewangan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah melakukan yang terbaik untuk rakyat. [Disampuk] [Tepuk] Rakyat tahu menilai apa yang kita lakukan baik akan dibalas dengan baik. Pepatah Melayu, “Ada ubi, ada batas, ada budi, memang dibalas”. Tuan Pengerusi, saya menolak usul daripada Batu Gajah. Terima kasih.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Hati-hati ya.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Santubong. Ringkaslah Yang Berhormat, lima minit ke.

8.46 mlm.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Pengerusi, saya ringkas. Saya mendengar ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat dari Batu Gajah

DR.10.12.2007 127

dan kalau ucapan Batu Gajah itu ditulis semua dalam surat khabar, memanglah semua orang akan takut oleh kerana Malaysia ini sudah nampak – tidak tahu lagilah, peperangan berlaku. Keluar sahaja, mati, keluar sahaja, kena rogol, keluar sahaja kena tembak, macam-macam – kalau kita dengar ungkapan itu tadi.

Ini adalah satu bentuk pengubahan minda manusia supaya orang mempercayai bahawa Malaysia ini adalah negara yang tidak selamat sekali di dunia ini, tidak aman. Adakah ini gambaran yang kita hendak buat? Saya tanya. Adakah ini gambaran yang kita hendak buat?

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Duduk dulu. Sudah cakap banyak tadi.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Di situlah mereka cari makan.

Beberapa Ahli: Duduk, duduk.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Adakah ini gambaran kita hendak buat?

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Batu Gajah duduk, teruskan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Pada saya, Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bukanlah gambaran yang kita hendak buat. Kita berusaha untuk memberi gambaran yang baik supaya pelancong datang ke negara kita, memperkayakan negara kita.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Ini kita takutkan pelancong dengan mengatakan...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: ..rompak, rogol, pembunuhan berlaku tiap-tiap masa, perempuan berjalan bergegar macam ini.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan, Yang Berhormat Santubong.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: ..tetapi apa yang dikatakan Yang Berhormat tadi ini bukan tunjuk orang yang takut. Ini orang garang.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Garang, berani.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Jadi, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Sila duduk, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Pengerusi, janganlah kita pergi hantarkan satu gambaran yang buruk, lebih buruk daripada apa yang sebenarnya berlaku. Jadi ini adalah untuk mengubahkan persepsi manusia, mengubahkan persepsi orang, mengubahkan persepsi menerusi tindakan politik...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, jangan ganggu, Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi sudah diberi berucap. Jangan ganggu.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Menyampuk]

128 DR.10.12.2007

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kalau ini bukan...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Batu Gajah, saya bagi amaran.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kalau ini bukan tindakan politik, kenapa saya tidak pernah dengar perkara ini tahun lepas, kenapa saya tidak dengar benda ini tahun lepas lagi daripada itu. Kenapa sekarang oleh kerana desas-desus kita hendak mengadakan pilihan raya...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, hendak bagi jalan?

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: ..kita hendak mengadakan election, barulah cerita ini...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun]

Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: [Bangun]

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: ..atas satu kertas putih. Kalau dua, tiga kali kita bagikan grey jadi hitam, Tuan Pengerusi, sekali kita kata ini jahat, sepuluh kali kita jahat, orang akan percaya benda ini betul-betul jahat.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua orang bangun, hendak bagi jalan? Sri Gading dan Beluran.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Jadi inikah gambaran kita tentang Malaysia?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Santubong.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Ha, Yang Berhormat, sila.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sri Gading.

8.20 mlm.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Santubong. Kalau itulah hujah Yang Berhormat bagi Santubong, setujukah Yang Berhormat bagi Santubong saya mengucapkan usul daripada Batu Gajah ini usul yang jahat, usul yang kotor, usul yang terkutuk, maka itu Dewan ini mesti menolak usul yang terkutuk dan jahat ini. Setuju atau tidak? [Bersorak]

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Pengerusi, saya bersetuju sebab gambaran yang dibuat dalam kertas yang begitu pendek memberi satu gambaran yang begitu buruk kepada negara ini.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan, Yang Berhormat bagi Santubong.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Yang Berhormat, saya tidak payah sebut hendak pergi ke Bukit Bintang atau pergi ke mana-mana itu. Kita lihat orang masih buat kerja as usual, tidak ada apa perkara pun yang berlaku. Tidak ada.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Denial syndrome...

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tak ada. Sebenarnya bukan saya menafikan, Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Menafikan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Batu Gajah, jangan ganggu.

DR.10.12.2007 129

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya bukan menafikan adanya jenayah berlaku di negara ini. Saya bukan nafikan bahawa polis perlu membuat tindakan-tindakan yang lebih baik lagi daripada yang ada sekarang ini, tetapi apa yang saya nafikan ialah gambaran yang begitu buruk dibuat kepada negara ini. Ini yang saya tidak setuju.

Kalau kita hendak buat satu usul tidak payahlah dibuat satu gambaran apa pula hendak potong gaji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri? Apa hendak potong gaji? Perdana Menteri sudah buat yang seberapa yang baik. Mana Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang ada mengusulkan dua tahun lepas - sebelum kerajaan mengusulkan menambahkan peruntukan untuk polis, membuat revamp untuk Jabatan Polis, membuat dan memberi latihan, memberi kemudahan lagi, mana ada condemn here!

Saya duduk di sini, saya pernah dengar condemnation memang tiap-tiap tahun buat, pujian jarang. Bila salah tembak kata trigger happy. Kalau salah tangkap, ini separation. Macam-macam perkataan yang macam itu. Pujian-pujian, jarang-jarang sekali didengar oleh kita. Kalau ada pujian pun memang ada udang di sebalik batu.

Jadi, Tuan Pengerusi jangan dengar usul ini hanya untuk memburuk-burukkan nama Perdana Menteri, untuk memburukkan nama negara ini. Nasiblah kita media tidak akan melaporkan cerita yang ditulis oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Kalau tidak mungkin pelancong yang berjuta-juta datang akan keluar memikirkan bahawa Malaysia ini sudah macam lebih teruk daripada Washington, lebih teruk daripada New York dulu.

Semasa saya di New York, apabila masa itu New York begitu teruk sekali keadaan jenayahnya. Bila ditanya kepada orang New York, dia kata, “This is the safest town in the whole of America”. Jadi, ini gambaran baik yang orang Amerika tunjukkan kepada negara mereka. Ini tidak, kita orang Malaysia memburuk-burukkan negara kita sendiri. [Bersorak] Ya, silakan Beluran.

Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Santubong. Kalau kita dengar ucapan Yang Berhormat bagi Batu Gajah tentang kes-kes jenayah yang dibacakannya tadi, we don’t deny ianya berlaku. Begitu juga indeks jenayah yang berlaku, kita tidak menafikan ianya berlaku, tetapi dalam mengira keburukan jenayah sesebuah negara kita harus membandingkan jenayah dengan negara-negara lain. Satu pendekatan yang dikira dalam jenayah ini adalah keupayaan untuk menyelesaikan kes jenayah berlaku. Saya rasa bahawa polis kita telah bekerja begitu kuat dan juga keupayaan (capability) untuk menyelesaikan kes merupakan yang tertinggi dan terbaik. Bererti polis telah menjalankan tugas. Jenayah berlaku tidak boleh disalahkan kepada polis. Polis mengambil langkah-langkah yang telah dilakukan oleh polis.

Kemudian, apabila jenayah berlaku keupayaan polis untuk menyelesaikan kes merupakan faktor perkiraan yang harus diambil kira. Pencapaian, kebaikan polis, keupayaan polis harus dikira melalui keupayaan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku. Ini merupakan keupayaan yang telah ditunjukkan oleh PDRM di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat. Adakah Yang Berhormat bersetuju dalam hal ini.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kalau hendak dengar rationalization daripada orang yang bijaksana dengar daripada Yang Berhormat bagi Beluran tadi. [Tepuk] Dengar, apa dia kata soal jenayah. Kita lihat daripada segi penyelesaian, mengikut fakta yang diberi kita lebih 10 mata tinggi daripada penyelesaian Interpol. Ini menunjukkan bahawa penyelesaian jenayah di Malaysia jauh lebih tinggi - net world average di negara-negara lain. Kita mempunyai penyelesaian hampir kepada 45% sekarang ini dan kita mempunyai kepercayaan dengan peningkatan kemampuan polis dengan perkakas yang bakal diberi kepada Jabatan Polis, kelengkapan yang bakal diberi kepada Jabatan Polis, kita boleh meningkatkan prestasi ini kepada tahap yang cemerlang lagi pada mungkin setahun, mungkin dua tahun yang akan datang.

Kita tidak menafikan bahawa berlakunya jenayah di negara ini tetapi kita tidak boleh menunjukkan gambaran bahawa jenayah telah take over, dengan izin pentadbiran di negara ini. Bahkan apa sahaja penjenayah hendak buat boleh dilakukan oleh penjenayah.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Penjelasan Yang Berhormat.

130 DR.10.12.2007

Dato’ Chor Chee Heung [Alor Setar]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, ada dua yang bangun.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Apakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya katakan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah dan isi ucapan yang disertakan olehnya adalah semata-mata untuk tujuan mendapat satu tape dengan izin untuk ditayangkan kepada peminat-peminatnya, ditayangkan kepada ahli-ahli DAP dan pembangkang untuk memberi gambaran buruk tentang kerajaan. Itu sahaja niatnya. Boleh bersetuju, Yang Berhormat?

Beberapa Ahli: Setuju, setuju.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Yang Berhormat tunggu sahajalah dalam roket nanti. Mungkin ada keluar semua senarai yang dibacakan itu tadi akan keluar dalam roket satu gubahan front page. Mana-mana media, binocular papers yang tidak bersimpati langsung dengan polis dan kerajaan ataupun cuba hendak menekan kerajaan ataupun sokong kepada pembangkang akan juga memaparkan cerita yang sama. Akhirnya satu persepsi akan dibuat bahawa Malaysia ini dalam keadaan yang under siege.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Gulung, Yang Berhormat.

Dato’ Chor Chee Heung [Alor Setar]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Alor Setar.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Sila, sila.

Dato’ Chor Chee Heung [Alor Setar]: Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Beluran bahawa kadar jenayah dalam negara kita sudah meningkat dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Ini adalah akibat dari pertumbuhan ekonomi yang begitu baik sekali dalam 10 tahun kebelakangan ini. Apabila ekonomi kita tumbuh dengan baik maka masyarakat kita juga jadi mewah. Bila masyarakat kita jadi mewah, kehidupan kita jadi mewah, kehidupan jadi kompleks. Memanglah kita bersetuju bahawa banyak lagi usaha harus dilakukan oleh pihak kerajaan tetapi kalau hendak minta gaji Perdana Menteri dipotong RM10 saya ingat tidak patutlah, tidak masuk akal langsung.

Yang kedua, kalau masyarakat kita under siege, dengan izin seperti yang dikatakan oleh pihak pembangkang seolah-olahnya semua wanita keluar ketakutan, tidak berani keluar tetapi bagaimana kita boleh mencatatkan 20 juta kedatangan tourist dari luar negara.

Yang ketiga, bukankah bodoh kalau ambil Malaysia untuk bandingkan dengan Singapura. Singapura macam Kuala Lumpur sahaja sedangkan Malaysia ini begitu besar.

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Pasal dia ejen Singapore.

Dato’ Chor Chee Heung [Alor Setar]: Yang last sekali, Yang Berhormat, bukankah tindakan pihak pembangkang dengan usul potong RM10 ini tidak masuk akal langsung seolah-olah macam hendak menyelesaikan masalah melalui demonstrasi di jalan raya, betulkah itu?

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Itulah, Yang Berhormat. Memang dia buat macam itulah. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Penganalisaan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Gulung terus, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Sebenarnya Tuan Pengerusi, saya berbincang dengan... tidak mengapalah, saya boleh sebutlah, Ketua Menteri saya. Kalau negara yang miskin siapa yang hendak datang dan mencuri? Oleh kerana negara kita kaya itulah sebabnya mengapa orang datang mencuri, kata dia. Jadi, jangan hairanlah bila orang daripada sempadan negara kita datang masuk ke negara kita ini dan mencuri di negara kita selepas itu balik ke negara mereka sendiri, oleh kerana kita

DR.10.12.2007 131

banyak harta benda yang hendak dicuri tetapi kalau kita miskin memang tidak ada orang yang hendak curi.

Yang tinggalnya, Tuan Pengerusi, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Alor Setar tadi itu memang betul.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Maran bangun, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kalau penilaian sebenarnya ialah oleh kerana satu, kita menjadi begitu kaya.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat, bagi Santubong.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Belum habis, tunggu saya bagi. Kita begitu kaya dan banyak perkara yang boleh dicuri dan diambil oleh orang.

Yang kedua oleh kerana kemasukan begitu ramai sekali ke negara ini bukan lagi mencari kerja, tetapi mencari peluang-peluang lain di negara kita dan akhirnya apabila peluang-peluang lain tak didapati mereka mencari peluang menjadi perompak dan pencuri. Juga berlaku di negara kita ini. Jadi...

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Santubong.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: ... dalam masa yang sama kerajaan masih meminta orang hendak rekrut polis, hendak rekrut pegawai, hendak beli perkakas dan sebagainya, ia masih dalam keadaan proses pengambilan demikian. Sila Yang Berhormat.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Yang Berhormat Santubong, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya awal-awal akan menolak usul ini dan saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Santubong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah negara ini tidak selamat, seolah-olah tidak selamat sedangkan banyak usaha dibuat oleh Perdana Menteri, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, pegawai polis dan seluruh pasukan keselamatan termasuk kita semua untuk mengatasi masalah-masalah jenayah dan sebagainya. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Santubong, kalaulah Yang Berhormat Batu Gajah mengatakan bahawa Malaysia ini tidak selamat lagi saya hendak mencadangkan supaya dia mencadangkan usul kami minta keluar daripada Malaysia ini kerana negara ini tidak selamat. Patutnya itu usul yang dia bawa. Kalau betul Malaysia tidak selamat itu sebaiknya. Mohon pandangan.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya cabar!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa mahu cabar? Apa mahu cabar?

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya cabar! Saya cabar!

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Sudah, sudah, sudah. Cabar masa lainlah, cabar masa lainlah.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Seputeh sila duduk. Yang Berhormat Santubong teruskan. Sila gulung Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa ini! duduklah, duduklah! Duduklah!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat, sila duduk.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Duduklah, duduklah!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Santubong sila teruskan.

132 DR.10.12.2007

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Yang Berhormat

Seputeh duduk, duduk.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat teruskan. Sila gulung, habiskan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kalau hendak lihat Tuan Pengerusi....

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. [Dewan menjadi gamat]

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya cabar dia!

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa ini? Duduklah!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat saya bagi amaran. Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa tak boleh sabar! Orang tengah cakap you tak boleh sabarkah? Apalah!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Batu Gajah! Seputeh sila duduk!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: You cakap orang boleh sabar, orang cakap you tak boleh sabarkah? Dengarlah!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila duduk. Santubong teruskan, habiskan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Inilah perangai pembangkang. Inilah perangai dia.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat. Cukuplah.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kalau orang cakap menyakitkan hati dia, dia marah melenting! Tapi dia, kita duduk sahaja dengar!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, yang lain sila duduk. Sila duduk.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa ini? apa ini?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. Santubong.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Duduk, duduk! Saya akan jawab.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, habiskan ucapan. Yang lain sila duduk. Cukuplah. [Dewan riuh]

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa ini? Tuan Pengerusi saya belum habis lagi. Saya akan gulung selepas ini. Minta dia duduk.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila duduk Yang Berhormat!

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Duduk dahulu, sila duduk.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Batu Gajah! Batu Gajah sila duduk! Yang lain sila duduk.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Hoi, apa ini?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Santubong teruskan. Habiskan ucapan.

DR.10.12.2007 133

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa ini? apa ini

Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, teruskan ucapan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya teruskan ucapan. Tuan Pengerusi, kalau hendak lihat macam mana keadaan negara yang tidak selamat ini. Negara yang tidak selamat kalau nak lihat pada hari minggu, hari Sabtu, hari kelepasan pergilah ke Midvalley, pergilah KLCC, pergilah The Mall, pergilah mana-mana sahaja pasar raya, lepas itu berlanggar kita dengan orang tak berjalan kita Tuan Pengerusi. Inikah menunjukkan negara yang tidak selamat?

Beberapa Ahli: Tidak!

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Inikah menunjukkan negara yang tidak selamat?

Beberapa Ahli: Tidak!

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kita mesti menghargai tindakan-tindakan pegawai-pegawai polis yang mungkin tak tidur malam oleh kerana menjaga keselamatan negara kita, untuk menjaga keselamatan negeri ini supaya kita boleh tidur, orang boleh berniaga, boleh menjalankan businessnya dari semasa ke semasa. Bahkan dicabar oleh pihak Hindraf pun mereka masih di sana Tuan Pengerusi. Luka di kepala, luka di dahi, luka di muka masih di sana. Masih sabar Tuan Pengerusi. Jadi adakah ini menunjukkan? Yang buat jenayah mereka yang macam Hindraf ini! Yang dibela oleh siapa? Tanya sendiri. Tanya sendiri. Saya tak hendak jawab soalan ini. Siapa yang membela ini? Selepas...

Beberapa Ahli: Ipoh Barat!

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Kasi tangkap dia!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila gulung. Habiskanlah.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Ini Hindraf tidak boleh diterima Tuan Pengerusi. Tak laku di sini pergi ke India. Minta sokong orang India. Saya baru baca pagi ini di India pun orang tak hendak dengar cerita dia! Bohonglah orang India kata! India itu lebih bijak, lebih pandai menilai daripada kawan-kawan kita di sini.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tak benar, tak benar.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Jumpa di sana dia kata sorrylah kita tak hendak cakap...

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Dia pergi Sri Lanka jumpa Tamil Tiger.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Jadi Tuan Pengerusi, saya hendak lihat pihak-pihak yang demonstrasi ini, pihak-pihak yang buat kacau-bilau di jalan supaya orang tak boleh berniaga, tak boleh jalan. Ini baru tak boleh jalan! Ini baru tak boleh jalan, tak boleh pergi mana-mana, baru kita takut. Saya takut datang Kuala Lumpur kerana takut tiap-tiap minggu hendak diadakan demonstrasi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskan ucapan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Jadi Tuan Pengerusi ini yang patut ditakuti, patut disegani dan patut kita banteras. Tangkap mereka, charge mereka di mahkamah masuk dalam jel.

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: ISA pun tak apa!

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Biar dia tersadai dalam jel sana. Biar dia bercampur dengan gengster, bercampur dengan penjenayah besar.

134 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat,

cukuplah.

Dato' Chor Chee Heung [Alor Star]: Penjelasan, penjelasan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Apa penjelasan lagi ini? Jadi Tuan Pengerusi saya beri peluang kepada kawanlah Tuan Pengerusi. Bukan saya hendak banyak cakap.

Dato' Chor Chee Heung [Alor Star]: Yang Berhormat Santubong saya minta penjelasan. Selepas kita dengar hujah di kedua-dua belah bukankah lebih baik let common sense prevail, pihak pembangkang minta supaya usul ini ditarik balik. Demi kebaikan kita semua. Betul tak?

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Pengerusi, saya pendek sahaja Tuan Pengerusi. Sebenarnya Tuan Pengerusi, saya punya speech tadi panjang Tuan Pengerusi. Semua fakta yang saya hendak sebut tapi oleh kerana pembangkang macam Yang Berhormat Batu Gajah tak faham fakta-fakta nyata, fakta-fakta yang rasional, fakta-fakta reasonable, jadi saya bercakap macam itu, simpan benda ini sahaja. Kalau hendak ikut kata Yang Berhormat Alor Setar nasiblah negara kita ini tapi kalau ada orang macam ini payahlah sedikit. Jadi Tuan Pengerusi, kita tolak sahaja. Kalau dia tak hendak tarik kita tolak sahaja. Ini adalah tidak berpatutan, tidak rasional....

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: ... tidak menghormati tugas dan perkhidmatan yang telah diberi oleh pihak polis kepada negara kita ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya bagi seorang lagilah. Bukit Mertajam.

9.14 mlm.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa tak ada orang yang boleh menafikan bahawa keselamatan negara kita telah semakin merosot mengikut statistik dan juga di mana-mana tempat pun kita lihat permintaan untuk memasang CCTV di jalan raya atau di car park atau di mana-mana mengapa itu perlu. Mengapa dahulu tak perlu sekarang perlu CCTV.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Itulah cara jaga keselamatan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Itulah menunjukkan bahawa keselamatan negara kita semakin merosot....

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita tak pasang you marah, kita pasang you marah. Apa ini?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ... saya rasa mereka di situ...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diam.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Yang Berhormat Sri Gading betul, Yang Berhormat Sri Gading betul.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ... semua faham, semua faham bahawa mereka tidak selamat kerana rumah mereka semua telah dipasang alarm. Mereka kaya-raya dan mereka pasang alarm, mereka mengupah sekuriti dan mereka duduk di gated-community. Jadi mereka tidak berperasaan seperti Yang Berhormat Kinabatangan dia badan besar, muka dia pun ganas.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sangkaan buruk, sangkaan buruk, Peraturan Mesyuarat 36(6).

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bangun]

DR.10.12.2007 135

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tapi orang pun tak...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Orang badan besar semua...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang Berhormat Bintulu nanti, Yang Berhormat Bintulu nanti.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang Berhormat Bintulu pun pernah datang ke sini dan mengutuk pihak polis bahawa mereka berkawan dengan gengster dan mereka dapat naik pangkat lagi. Itu Yang Berhormat Bintulu yang kata dalam Dewan yang mulia ini!

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: He’s a double face.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Hari ini...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Jawab Yang Berhormat Bintulu jawab! Jawab Yang Berhormat Bintulu jawab!

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ... semua berubah dan dia kata...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Yang Berhormat Bintulu, bagi dia, bagi dia!

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ... bahawa dia pernah kata di Sibu telah dikawal harga telur, harga getah semuanya dikawal oleh samseng, oleh gengster tapi hari ini dia telah berlainan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan, minta penjelasan.

Yang Berhormat sedarkah, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Bintulu di mana dia pergi ada body guard? Sedarkah? Kerana dia merasa tidak selamat. Oleh itu dia bayar. Bayar untuk mengupah body guard!

Seorang Ahli: Sangkaan jahat!

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Law jungle.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya rasa ramai di pihak sana, semua ada body guard, semua ada body guard!

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi, saya kata yang mereka ...

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bangun]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Nanti, nanti saya akan bagi, saya akan bagi...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ... yang mereka tidak setuju pada hari ini ialah kerana hendak potong gaji RM10 khasnya daripada Yang Amat Berhormat. Tetapi walaupun dari Yang Amat Berhormat, dia pun manusia juga. Dia pun ada 24 jam dan upahnya pun terhad juga. Dia seorang manusia, tentulah dia bukan tuhan yang boleh melakukan segala-galanya. Sebab itu, jadi dia mesti menerima teguran juga dan dia bukan di atas undang-undang. Dia bukan di atas peraturan di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Mana dia? Mana dia?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi, mana dia? Saya dengar dia, dia banyak kali telah kata dia sangat marah dan dia sangat sakit hati, tetapi dia merupakan Yang Amat Berhormat, yang bertanggung jawab ke atas keselamatan negara.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: ... responsibility.

136 DR.10.12.2007

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ... dan itu tanggungjawab beliau untuk

menjamin keselamatan semua orang..

Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Sabak Bernam.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...termasuk Batu Gajah dan semua wanita di luar Dewan ini termasuk Yang Berhormat dari Tapah.

Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: [Bangun]

Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: [Bangun]

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin [Papar]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat, ada tiga bangun?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ... dan saya kecewa kerana orang yang di sebelah sana tidak bangun untuk menyokong motion ini.

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin [Papar]: Penjelasan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, Yang Berhormat bagi Papar dahulu.

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin [Papar]: Okey. Yang Berhormat, saya ingin bertanya, jika negara kita ini seteruk yang digambarkan oleh Yang Berhormat, adakah cadangan Yang Berhormat untuk keluar sahaja dari negara ini dan tinggal di negara yang lain yang lebih aman?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Dahulu saya ingat hanya Yang Berhormat lelaki sahaja yang bermentality begitu. Sekarang telah terbukti puteri pun bermentality begitu juga! Kerana dia dalam UMNO! Dia itu already brain wash. Ini negara saya juga.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ya, ini negara kita juga.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini negara kita.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bangun]

Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: [Bangun]

Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada tiga, Yang Berhormat...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya pun ada hak untuk duduk di sini.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, diamlah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya berhak untuk duduk di sini dan berhak untuk menegur...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ada sibukkah, ada sibuk?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Berhak duduk sini okey, tapi apakah hak untuk menghina Perdana Menteri?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, semua berhak. Apakah hari ini yang kita kata bahawa Yang Amat Berhormat tidak menjalankan tanggungjawab beliau.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: You berhak untuk duduk dalam negara ini, tetapi apakah anda berhak untuk menghina Perdana Menteri? Malulah diri sendiri, memburukkan Perdana Menteri!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain, Sri Gading sila diam!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jangan hina Perdana Menteri!

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Apa itu?

DR.10.12.2007 137

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Bukit Mertajam sila habiskan

ucapan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Sekiranya dia tak mahu jadi Menteri Keselamatan, kita tak akan potong gaji dia. Kita potong gaji Menteri Keselamatan. Kalau bukan Yang Amat Berhormat, kita potong gaji orang lain, bukan dia. Jadi yang terbaik ialah beliau jangan jadi kalau tak mampu melakukan tanggungjawab.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jangan tipulah. Itu jawatan Perdana Menteri sama jugalah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Beliau janganlah...

Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Bukit Mertajam, Bukit Mertajam.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi dia tak boleh, kerana dia Yang Amat Berhormat jadi tidak boleh tegur dia! Dia tak mahu dengar. Dia ada telinga besar untuk buat apa? Macam Bintulu.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Nak bagi jalan Yang Berhormat? Ada tiga yang bangun. Ya, Bintulu sila.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. [Disampuk] Yang Berhormat Bukit Mertajam memang saya rasa Sarawak ada gangsterism issue. Kita ini Barisan Nasional. Mana di situ kita ada silap, kita bersoal minta untuk memperbaiki. Bukan mahu masuk macam pembangkang. Hari-hari potong gaji 10.00 ringgit! Ini satu. Bukan hari-hari kita pergi menghina sama Menteri, terutama sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tadi Bukit Mertajam kata macam Sri Gading, pasang CCTV pun salah. Tak pasang CCTV pun salah. Saya mahu tanya Batu Gajah, kata banyak sayang sama Singapura. Singapura ada pasang CCTV tak? Jalan raya sama itu bangunan ada pasang tak? Ha, minta penjelasan!!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Singapura, lagi banyak apa?

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Ini ... Singapura, kasi jawab baik-baik!!

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini cara perbahasan mereka. Mereka selalunya tidak menujukan kepada tajuk dan mereka akan katakan kalau ini bukan putih, mestilah hitam.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Lebih kuranglah Yang Berhormat, lebih kuranglah... [Dewan riuh]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tak setuju, kita tak setuju!!

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, saya rasa tadi Tuan Pengerusi di sana yang katakan kalau tak suka, boleh keluar negara ini pun Tuan Pengerusi tidak campur mulut di sini. Tetapi Tuan Pengerusi pun campur mulut sekarang. Saya rasa kurang baiklah ya...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya jawab lebih kurang. Maknanya kedua-belah pihaklah saya campur, ya...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kurang baiklah ini macam ya... Tuan Pengerusi, yang saya rasa setiap Yang Berhormat di sini...

Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Bukit Mertajam...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dia banyak baiklah, dia tak ada campur dua-dua apa?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ..apabila mereka balik kawasan, saya mencabar mereka berani berkata kepada pengundi-pengundi mereka bahawa keselamatan kita semua elok. Semua baik, baik tak ada masalah.

138 DR.10.12.2007

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya sudah cakap pun dalam

kawasan saya bahawa negara ini selamat, keamanan terjamin kerana polis kerja dengan baik.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Perdana Menteri bertanggung jawab. Ini dia kata, dia cabar kita kalau balik kawasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat kita ikut peraturanlah Yang Berhormat. Dia tak bagi jalan Yang Berhormat, cukuplah...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita sudah buat pun Tuan Pengerusi, kita sudah buat. Sudah beritahu kepada pengundi, tak payah cabar, cabar.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita nyatakan yang benar bahawa negara kita ini selamat, aman kerana polis kita, kerana Perdana Menteri bertanggung jawab.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat dengarkah tidak?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini macam pengganaslah.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukit Mertajam sila gulunglah habis. Tanah Merah sila duduklah, dia tak bagi jalan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bukan, saya hendak gulunglah. Saya hendak mengatakan bahawa mengikut kertas ini semua berdasarkan kes-kes dan juga berdasarkan data-data yang mengatakan bahawa keselamatan di dalam negeri ini perlu diperbaiki dan dia telah merosot. Jadi yang mereka tidak setuju hanya kerana hendak potong gaji Perdana Menteri yang merangkapnya juga Menteri Keselamatan. Jadi saya hendak menyokong usul ini dan juga hendak menasihatkan, sekiranya tidak mahu potong gaji Menteri Keselamatan Dalam Negeri, lebih baik Yang Amat Berhormat jangan juga menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa hak anda cadangkan ini macam? Apa hak?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini untuk kebaikan semua, ini untuk kebaikan semua. Walaupun kita tidak berhak untuk tidak melantik, kita tidak ada power untuk melantik, tidak power. Tetapi di dalam Dewan ini, kita sebagai seorang ahli di dalam Dewan ini, kita berhak untuk berucap dan untuk mengeluarkan cadangan, untuk mengeluarkan laporan demi kebaikan semua.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Penjelasan Yang Berhormat, boleh? Terima kasih Bukit Mertajam.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, dia sudah hendak habis itu.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Yalah, tak apa saya hendak minta penjelasan. Sebenarnya dalam soal keselamatan ini, kita tidak mengatakan tak boleh tegur. Sebab itu usul ini diterima untuk dibahaskan dan semasa Yang Berhormat Batu Gajah berucap, tidak ada seorang pun mengganggu dan kita mendengar. Maknanya kita mendengar teguran. Cuma apa yang kita katakan, usul seperti ini tidak perlu dibawa kerana lebih baik masa satu jam 10 minit yang kita pergunakan ini lebih baik dipergunakan untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa, tentang kaedah dan cara-cara untuk membetulkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri daripada kita membincangkan soal potong gaji yang memang tak boleh buat. Yang memang akan kalah. Kita buang masa for no reason. Itu sahaja. Soal keselamatan okey, tak ada masalah.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat..

DR.10.12.2007 139

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Hendak tegur kita terima, sebab itu you all jadi pembangkang dan dibenarkan bertanding, tak ada masalah!

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ketereh tidak benar, tidak betul. Kerana sekiranya tidak ada usul ini, kita tidak dapat khasnya Yang Berhormat Batu Gajah tidak dapat masa untuk mengeluarkan pandangan beliau. Kerana kita hanya diberi 5 minit. Setiap kementerian 5 minit. Macam mana..?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Jadi betullah tadi saya kata sebenarnya usul itu untuk ditayangkan kepada pengundi. Bukan untuk sebenarnya menyelesaikan masalah. Sekarang ini Yang Berhormat mengakulah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tidak betul!

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, cukuplah..

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Apa yang dikatakan ialah kita tidak dapat menyampaikan pandangan kami kerana masa kita terhad.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, gulunglah, gulung..

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Dan ini merupakan sama ada dia perlu atau tidak perlu dia adalah tertakluk kepada pihak yang mana, siapa? Itu bergantung kepada individu, kerana di pihak sana itu Perdana Menteri adalah se parti dengan mereka. Jadi mereka rasa tidak perlu, tetapi kami di pihak sini melihat bahawa melalui peraturan ini dibenarkan. Dan ini memang cara demokrasi di seluruh negara dan di seluruh dunia yang dibenarkan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Apa yang saya hendak katakan, memang semua orang, semua ahli di sini berkedudukan saksama dan tidak ada sesiapa yang berhak menyuruh. Sesiapa yang kalau tak suka negara ini Islam, boleh keluar berambus. Kalau tak suka, rasa tak selamat, saya rasa inilah mentality hegemony. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat. Kementerian menjawablah, cukuplah.

9.20 mlm.

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Pengerusi, tadi saya sudah dengar hujah-hujah daripada pihak khususnya hujah daripada Ahli Yang Berhormat Batu Gajah. Saya dapati kebanyakan yang disebutkan kes-kes sebenarnya adalah kes-kes yang pernah dibangkitkan dan banyak telah pun dijawab dan bukan satu yang belum diberitahu di Parlimen ini. Saya rasa cara pemikiran pihak pembangkang kadang-kadang contradictory dan kurang rasional.

Yang pertama, kita semua pihak sudah mengatakan kita tidak nafikan bahawa peningkatan jenayah adalah satu yang membimbangkan, semua orang tak pernah nafi, jangan kata kita nafi, tidak. Dan kita sama-sama mengambil berat perkembangan ini. Oleh sebab itu kita lihat usaha yang dijalankan oleh kementerian yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri untuk menangani isu jenayah di negara ini. Dalam usaha ini kita pun telah mula melihat perkembangan dan juga ada kekurangan dalam jenayah dari beberapa aspek.

Yang nombor satu, walaupun kadar kenaikan jenayah pada tahun 2006 berbanding dengan 2005 adalah tinggi hampir 16%. Kita akui tetapi pada tahun ini kita nampak kadar kenaikan telah turun. Itu saya nak sebut, itu satu angka. Dan kedua ...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah itu benar? Kalau turun, adakah itu benar? Itu mustahak oleh sebab ini perkara yang penting, adakah benar?

140 DR.10.12.2007

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan

Jawatankuasa]

Datuk Fu Ah Kiow: Kadar kenaikan, bukan kadar, saya minta faham. Pada tahun 2006 hingga 2005, kadar kenaikan adalah 16% tetapi untuk Januari hingga November tahun ini, kadar kenaikan adalah 6.9%, masa itu.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bilangan lebih tinggi, bilangan lebih banyak. Lebih daripada 200,000 kes bukan?

Datuk Fu Ah Kiow: Saya tak kata bilangan lebih kurang, saya kata kadar kenaikan telah menurun. Jadi graf kalau kita, memang graf macam ini, dulu graf macam ini, sekarang graf macam inilah. [Sambil menunjukkan menggunakan tangan] Maknanya keadaan yang terkawal tapi kita berharap tahun depan boleh turun lagi.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Jangan main-main dengan itu, lebih 200,000 kes, lebih dahsyat tak pernah berlaku. Bukan main-main dengan percentage. Dont’ play with percentage. Apa yang benar?

Datuk Fu Ah Kiow: Yang Berhormat, Yang Berhormat tak rasionallah. Yang Berhormat dengar baik-baik. Bila saya mempermainkan statistik? Dengan jelas saya dah kata kadar kenaikan telah menurun, tadi saya pun tunjuk graf macam ini, tahun 2006 dia macam ini, tapi sekarang kenaikan macam ini. [Sambil menunjukkan menggunakan tangan] Itu jelas, ini fakta, apa yang saya mainkan, saya tak kata dia turun saya kata kadar kenaikan, itu bukan ketelusan? Ketelusanlah. Itu fakta yang pertama.

Fakta kedua, kalau kita lihat kadar penyelesaian oleh PDRM untuk 11 bulan ini, untuk kadar penyelesaian untuk kes bunuh adalah 59%, untuk rogol kadar penyelesaian adalah 92.7%. Dan cabul kehormatan ialah 82.5% dan samun tanpa senjata api adalah 67%. Dan kalau kita lihat keseluruhannya adalah 42% dan ini kadar penyelesaian adalah lebih tinggi daripada benchmark yang diletakkan oleh Interpol iaitu 20%. Saya tidak kata yang kementerian ini puas hati dengan apa yang telah dilakukan, banyak lagi perlu dilakukan oleh pihak PDRM dengan sokongan orang ramai, rakyat jelata untuk sama-sama menangani jenayah.

Dan perkara ketiga, kita perlu faham fakta-fakta menyumbangkan kenaikan jenayah ini kita tidak boleh menyalahkan pihak PDRM dan kementerian ini sahaja. Kalau ...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan.

Datuk Fu Ah Kiow: Nanti saya habis dulu, nanti.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kalau Yang Berhormat ada dengar ucapan Batu Gajah, dia tak pernah salahkan ...

Datuk Fu Ah Kiow: Yang Berhormat, saya harap bila saya ucap ...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat perlu

mendapatkan kebenaran daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Fu Ah Kiow: ...mengatakan nak tubuh Parlimen yang first class, jadi saya harap pembangkang boleh tunjukkan sikap itulah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Sama-samalah.

Datuk Fu Ah Kiow: Bila saya bagi laluan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Sama-sama.

Datuk Fu Ah Kiow: Tengok, itulah sikap. Bila pembangkang ucap saya tak pernah kacau. Kalau nak minta laluan, saya bagi you ucaplah, tak bagi ikut peraturan. Saya harap kita boleh hormat-menghormati begitulah. Okey, kita lihat faktor-faktor menyumbangkan kepada jenayah. Ada faktor seperti misalannya faktor penagihan dadah. Kalau kita lihat pada tahun ini, berapa banyak kes polis telah menumpaskan kes-kes pengedaran, pemprosesan dadah. Tetapi penagihan dadah, ibu bapa juga bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka menagih. Hampir 57% mereka yang

DR.10.12.2007 141

menagih disebabkan pengaruh teman-teman. Jadi di situlah tanggungjawab ibu bapa juga bersama-sama menangani isu ini. Begitu juga kes-kes pergaduhan dan juga pembunuhan. Ada banyak pembunuhan berlaku disebabkan oleh pergaduhan antara suami isteri, kawan-kawan dan sebagainya. Itu tidak boleh disalahkan kepada pihak polis ataupun pihak kementerian.

Dan juga kita lihat kes rogol yang kita sama-sama rasa sedih bila sesuatu kes rogol berlaku. Kita lihat sebab-sebab kes rogol berlaku, ini profil, saya beritahu. Yang pertama, hampir 33% dilakukan orang yang dikenali, kenalan dan ada juga dan banyak kes rogol adalah sebahagian crime of passion, itu sebab cinta, sebab itu kadang-kadang berlaku rogol. Hampir 49% mangsa ialah penuntut, jadi di situlah tidak boleh salahkan polis sahaja, ibu bapa, masyarakat, semua pihak perlu ambil tindakan bersama. Dan kita lihat pihak polis sudah ambil tindakan untuk menyelesaikan kes, hampir 92 kes telah diselesaikan. Apabila kita kata ....

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan.

Datuk Fu Ah Kiow: Nanti, biar saya habis, saya bagi laluan. Sebab apabila kita - kenapa mahkamah tak jatuhkan hukuman yang lebih berat? Kita sedar pihak polis menguatkuasakan undang-undang tetapi mahkamah yang menjatuhkan hukuman. Kita tak boleh campur tangan dalam hukuman mahkamah, itu hak kehakiman. Kalau kita campur tangan, nanti kita didakwa oleh pihak rakyat dan pihak pembangkang kata kita campur tangan. Jadi ini tidak kenalah walaupun undang-undang sudah ada.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan. Yang apa yang dikatakan yang hendak campur tangan ataupun mengatakan hukuman tidak berat, itu tak pernah diucapkan oleh pihak sini, tak pernah ucap. Apa yang Batu Gajah katakan ialah hukuman walaupun boleh sangat berat tetapi sekiranya tidak dapat tangkap penjenayah dan tidak dapat dijatuhkan kesalahan, tak guna, berapa berat pun tak guna. Yang penting ialah boleh menangkap penjenayah itu, itu yang pertama. Yang kedua ialah ya, ya tanggungjawab semua pihak.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tetapi ini merupakan, apa Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak mengatakan bahawa ini jenayah sekarang tidak mungkin pattern dia sudah berubah. Dan ia mungkin ada berkenaan dengan cara hidup kita sekarang. Yang soalan kita ialah apakah kerajaan nak buat? Kerana ini merupakan, saya pun bersetuju bahawa crime ini bukan salah satu pihak atau PDRM sahaja, ini merupakan masalah sosial. Jadi ia mesti ditangani secara dari pendekatan sosial dan ekonomi.

Jadi saya hendak tanya ialah apakah pendekatan sekarang, adakah PDRM ataupun kementerian ini bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain untuk menangani masalah ini? Ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri datang ke sini untuk memberitahu kita, ini adalah tanggungjawab semua orang. Ini semua orang tahu, kerana setiap kali ada masalah, alasan ini akan digunakan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tetapi keselamatan merupakan tanggungjawab PDRM dan kementerian ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya fikir semua telah mendengar hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak. Soalan saya adakah banyak lagi yang ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri tambah kerana beberapa perkara yang Yang Berhormat sendiri cuba jawab, akan tetapi ada pihak kata perkara itu tidak berbangkit. Jadi ingin saya cadangkan hujah-hujah...

142 DR.10.12.2007

Datuk Fu Ah Kiow: Tidak, memang dia ada bangkitkan tadi. Dia bangkit pasal

hukuman yang ringan dijatuhkan, sebab itu saya jawab.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya tidak pernah menyatakan hukuman ringan. Saya kata...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak apa Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Datuk Fu Ah Kiow: Bukit Mertajam...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, oleh kerana nanti Yang Berhormat akan diberi peluang untuk membuat gulungan sekali lagi. Yang penting sekali, kita kena selesaikan usul yang dibentangkan mengenai Peraturan Mesyuarat 66 itu. Jadi Yang Berhormat tadi sudah cakap. Kita semua sudah dengar hujah-hujah dari kedua-dua belah pihak. Jadi kecuali ada perkara-perkara tertentu yang ingin Yang Berhormat sampaikan, kalau tidak ada saya fikir untuk serahkan kepada Majlis untuk diputuskan.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya tidak akan... Saya cuma hendak rumuskan, habiskan perkataan di sini. Saya rasa rasional tidak logik. Ada satu masa pihak pembangkang mengatakan Yang Amat Berhormat sebagai Menteri prihatin, dia pun mengakui pihak PDRM telah menjalankan tugas di mana boleh untuk menangani jenayah. Ini adalah prestasi Polis Diraja Malaysia. Kalau prestasi PDRM makna prestasi Yang Berhormat Menteri dan lagi pun dia mengakui usaha telah diambil oleh Menteri untuk cuba menangani isu ini dengan memberi banyak peruntukan.

Jadi saya anggap dalam sesi ini kita tengok pihak pembangkang, sudah lima, enam kali mengemukakan usul memotong gaji dan sebagainya. Saya rasa saya tidak ingin buang masa, lebih baik kita jimatkan masa untuk perbincangan dalam jawatankuasa. Usul ini adalah berniat politik dan sandiwara politik, dengan itu saya mohon menolak usul ini. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan. Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat mengurangkan sebanyak RM10 daripada Butiran 10000 – Emolumen iaitu dengan memotong gaji Yang Berhormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri sebanyak RM10 dalam Maksud Bekalan B.62 Butiran 10000 - Emolumen hendaklah disetujukan hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan tidak disetujukan. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.62 dan Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri terbuka semula untuk dibahas.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Beberapa Ahli: [Meninggalkan Dewan]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Hendak keluar atau hendak bahas? Sabak Bernam.

9.34 mlm.

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Pengerusi, pasal sudah malam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Sabak Bernam ingin menyentuh mengenai Butiran 040000 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Sabak Bernam berharap supaya satu bentuk agensi terhadap tindakan membanteras najis dadah ini harus diketengahkan dengan segera. Jika perlu sistem yang ada dan kurang berkesan ini harus dipastikan sama ada diteruskan ataupun digantikan. Sabak Bernam telah pun memberikan beberapa cadangan terhadap isu ini. Antaranya ialah supaya mewujudkan dalam bidang pencegahan kerjasama antara kementerian-kementerian ini dengan kementerian-kementerian yang lain.

DR.10.12.2007 143

Pagi tadi Sabak Bernam telah pun mencadangkan supaya Kementerian

Keselamatan Dalam Negeri dipohon untuk mendapatkan kerjasama daripada angkatan tentera supaya tentera boleh digunakan bagi tujuan pencegahan dan juga bagi mengelak penagihan kawasan-kawasan berisiko tinggi, yang dikenal pasti oleh pihak PDRM dan juga oleh pihak AADK sendiri. Kalau di Sabak Bernam saya boleh bagi satu contoh, Kampung Nelayan. Tetapi di tempat-tempat lain banyak.

Oleh sebab itu Sabak Bernam berharap supaya kerjasama ini dapat dijalin dengan lebih mantap, selain daripada kementerian ini juga dengan kementerian-kementerian yang lain, khususnya dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ini adalah relevan kerana cadangan Sabak Bernam kepada AADK ialah supaya mantapkan ataupun perkasakan Jabatan Kerjaya, sebab salah satu daripada masalah besar yang menyebabkan relapse ataupun penagih berulang ialah apabila mereka keluar dari pusat serenti dalam keadaan yang sihat itu, mereka keluar, tetapi mereka tidak ada pekerjaan ataupun pendapatan. Kalaulah... dan ini bukan kalau lagi selepas ini. Sabak Bernam berharap supaya AADK mewujudkan Jabatan Kerjaya ini dan memastikan mereka yang keluar dari pusat serenti ini mendapat pekerjaan kerana mereka perlukan satu kehidupan apabila dia keluar daripada pusat serenti itu. Tidak memadai badan mereka sihat, boleh makan campur dengan orang, tetapi tidak ada pekerjaan. Lagi sekali Sabak Bernam dalam konteks ini merayu kepada pihak kerajaan khususnya AADK supaya agensi kerjaya ini dapat diperkasakan.

Yang ketiga yang akhir, sebab banyak saya ambil yang akhir. Malam tadi di Shah Alam dalam acara Jom Heboh, kita dapati di situ tidak ada kurang dari 30,000 orang khususnya generasi muda telah datang ke situ. Sepatutnya pada ketika inilah kempen-kempen sama ada pengajaran antidadah, antisosial diketengahkan. Jadi oleh kerana itu Sabak Bernam ingin mencadangkan supaya artis, sama ada mereka penyanyi ataupun mereka pelakon dimanfaatkan bawa mereka ala Jom Heboh, mengikut daerah-daerah dengan tujuan untuk generasi muda akan datang.

Apa yang Sabak Bernam lihat sama ada AADK ataupun melalui PEMADAM ataupun NGO yang lain, masalah kita apabila melaksanakan kempen ialah kumpulan sasar itu tidak datang. Jadi saya berharap kementerian ini mengambil langkah serius supaya program ala Jom Heboh ini disegerakan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup Yang Berhormat.

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Ipoh Timur.

9.38 mlm.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih saya sebut mengenai penyiasatan jenayah dan mengenai keselamatan. Yang pertama masalah jenayah semakin serius sungguhpun usul ditolak. Ini adalah kenyataan, bahawa apabila Suruhanjaya Di Raja mengenai Polis ditubuhkan, dan dia ada kata dia ambil perhatian yang sangat concern kerana masa itu 2004 jumlah kes jenayah ialah 150 ribu kes tahun itu. Tetapi sekarang untuk tahun ini akan break record kali pertama lebih 200 ribu kes dan sebenarnya ini semua terlibat, orang tidak kira apa kaum.

Baru-baru ini siapa yang menjadi mangsa? Beliau adalah seorang Pensyarah Universiti Industri Selangor (UNISEL) Abdul Rahman Rahmat, IT Lecture. Di Ijok, Barisan Nasional menang di Ijok, adakah rakyat boleh rasakan keselamatan peribadi di sana? Dia berusia 38 tahun dan telah dibunuh oleh perompak. Inilah masalah perlu ditangani dan sebab itu apa yang kita mahu ialah seorang pemimpin politik yang bertanggungjawab kepada Parlimen kepada negara sekarang tidak ada, siapa? Siapa yang bertanggungjawab? Yang Berhormat Timbalan Menteri yang lain dalam satu masa ada minta pihak polis mengenai kes-kes kebebasan yang diberi kepada seorang di bawah EO tapi tak dapat.

144 DR.10.12.2007

Ini menunjukkan tidak ada koordinasi antara kementerian yang berkenaan dengan

pihak polis dan bagaimana kita boleh ke responsibility? Bagaimana kita boleh melaksanakan, menentukan political responsibility?

Yang kedua, hari ini Malaysia Kini “BERSIH banned from Parliament tomorrow” adalah satu injunction, satu perintah dikeluarkan oleh mahkamah bahawa orang-orang tak boleh datang ke Parlimen.

Bukankah ini melanggari hak keistimewaan Parlimen? Adakah Parlimen dihubungi? Adakah Parlimen diconsultation diadakan? Adakah semua Ahli Parlimen, pandangan mereka diberi? Ini satu halangan mengenai orang ramai berhubung dengan Parlimen. Kalau ada timbul masalah law and order, inilah pun terpulang kepada Parlimen. Bagaimana boleh pihak polis meminta satu order untuk menghalang akses kepada Parlimen. Saya rasa ini, adakah ini patut? Kedua...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ketiga.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ketiga ialah semalam ada dua orang mengenai rakyat Batu Burok didakwa. Mohd Hazman Abdul Aziz, 21, Suwandi Abdul Ghani dan mereka ialah dua orang yang kena tembak oleh polis dalam Batu Burok Raid itu. Life bullets yang digunakan dan mereka masuk hospital. Sekarang orang mereka yang ditembak didakwa di mahkamah tetapi pihak polis yang tembak mereka tidak didakwa. Something is wrong. Apa yang berlaku dan mereka tidak dibenarkan untuk dapat jamin.

Dalam September perkara itu berlaku, lebih daripada 20 orang ada ditahan dan bebas dengan police bail dan sekarang ini dua orang semalam didakwa dengan begitu berat. Apa sebenarnya ertinya?

Oleh kerana SUHAKAM mahu pergi untuk satu siasatan dan untuk mencegah, untuk menghalang SUHAKAM membuat satu public enquiry mengenai Batu Burok oleh kerana adalah satu peruntukan dalam SUHAKAM act bahawa kalau ada apa-apa kes mahkamah, SUHAKAM tak boleh siasat. Ini menimbulkan bagaimana cara pihak polis, Royal Commission Enquiry adalah dalam recommendationsnya ialah ada tiga tugas, core duty untuk pihak polis.

Yang pertama untuk mengurangkan jenayah. Nampaknya sudah gagal dalam tiga, empat tahun ini. Yang kedua, untuk membasmi korupsi dalam pasukan polis pun nampaknya tidak ada apa-apa berkesan. Ketiga, untuk hormat, untuk membela hak asasi. Itu ketiga-tiga tujuan itu.

Adakah kita sudah alih menyeleweng daripada itu dan sebab itu apa yang berlaku kepada IPCMC Bill? Kita ada diberitahu bahawa IPCMC Bill ialah di peringkat yang terakhir. Terakhir yang terakhir dan sudah dua tahun terakhir dan baru-baru ini Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri berkata kali ini akan dibentang, akan dibahas, akan dilulus. Apa yang berlaku?

Lagi satu minggu sahaja. Adakah ini lagi satu akan kita elak daripada untuk berbincang dan berbahas IPCMC dan kalau begitu saya rasa sebab itulah dalam perkara ini mengenai untuk menjamin pihak polis tujuan ialah supaya, maksud kita ialah supaya kita ada world class police service, world class police force tetapi kita perlu ada political will supaya kalau kita mahu satu world class police force. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Muar.

9.43 mlm.

Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan perkara 010000 dan 020000. Hari ini kita dengar banyak sangat laungan tentang hak asasi-hak asasi. Semua nak beritahu hak masing-masing sedangkan hak kita, hak saya untuk hidup aman damai juga tidak pernah orang nak dengar.

Ini saya nak beritahu. Untuk menyatakan hak asasi dan sebagainya, hak saya sebagai rakyat Malaysia untuk hidup sejahtera, peniaga untuk terus berniaga, kita kena

DR.10.12.2007 145

tengok. Sebab itu saya nak tanya pihak kementerian untuk memberitahu kepada pihak polis, untuk menjalankan tugas without favour or fear, dengan izin. Tak perlu ambil kira satu pihak sahaja sehingga menjejaskan pihak yang lain dan kita rakyat sebenarnya ramai rakyat kalau nak ajak turun ke jalan raya untuk memberitahu semangat perasaan, ramai.

Cuma mintak pihak kerajaan ambil tindakan tegas tak kira mana-mana undang-undang sekalipun. Tuan Pengerusi, undang-undang satu perkara yang diterima sebagai betul dalam negara atau sesebuah masyarakat, tidak menjadi kesalahan. Kalau rakyat kata hari ini boleh hisap ganja, maka hisap ganja tak salah. Polis tak boleh ambil tindakan. Ini berlaku di setengah negara lain. Ini yang diterima oleh masyarakat.

Kalau dalam negara kita kata tak boleh ada demonstrasi, maka salah. Kalau salah, tangkap. Kalau berlaku satu pelanggaran undang-undang, berlaku jenayah, maka kerajaan terpaksa menanggung kos yang cukup banyak. Kalau hilang satu motosikal pun, belanja sampai ke mahkamah untuk mendakwa boleh berjumlah ratusan ribu ringgit, untuk satu motosikal. Sebab itu kesan kepada perbelanjaan negara cukup besar apabila kita terlalu berlembut dan terlalu memikirkan hak asasi orang-orang minoriti.

Saya tak kata hak asasi ini tidak perlu didengar, tetapi hak asasi ada batasan. Rakyat majoriti ada tahap kesabaran dan tugas kita hari ini sebenarnya nak membendung perasaan yang majoriti. Adilkah undang-undang yang kita buat untuk menjaga perasaan majoriti dan melebih-lebihkan yang minoriti?

Sebab itu Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan kalau hak asasi yang nak dilaung-laungkan, maka kerajaan boleh menimbangkan bina satu tempat di luar Kuala Lumpur, dia boleh pergi sana. Ini bukan macam High Park Speakers Corner di London, tidak. Boleh hantar memorandum, kerajaan beritahu sekian-sekian masa, pergilah ke tempat ini hantar.

Saya tahu kerajaan pernah cadangkan buat di stadium, lebih kurang macam itulah tapi kalau kita nak mengelakkan masalah yang lebih besar, bina satu tempat bukan di Kuala Lumpur, mungkin di Sungai Buloh. Buat satu kawasan dengan satu...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Minta penjelasan.

Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: Kejaplah saya habis.

Seorang Ahli: [Menyampuk] Di Muar, di Muar.

Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: ...di Muar pun tak apa. Buat satu kawasan, berkumpullah ramai-ramai di situ. Kerajaan sediakan orang yang patut menerima memorandum. Lepas itu dia serahkan memorandum, dia balik. Tidak ada bystanders, tidak ada orang jalanan yang boleh sama-sama terlibat merosakkan harta benda kerajaan.

Yang ini kerajaan kena fikirkan supaya apabila mereka masih terus ke jalan-jalan raya, kita tangkap. Sebab kalau kerajaan dah mula mendengar hak asasi..

Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kudat.

Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: ...untuk kita terima tidak digunakan, kita tangkap. Jadi hak orang ramai akan terus terbela.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Muar berkaitan dengan demonstrasi. Di dalam sebuah negara, misalnya di Hong Kong baru-baru ini pada dua tahun yang lepas, satu persidangan WTO telah diadakan di Hong Kong dan berlakunya demonstrasi secara besar-besaran...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, soalan.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: ...anti globalisasi protes..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Soalan Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: ...yang di lakukan.

146 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya perlu kawal masa.

Jadi, soalan?

Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: Tetapi soalan akan sampai ke situ.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tak, tak. Tak ada masa.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: Jadi soalnya di sini berlaku juga kekerasan polis pada ketika itu kerana di Hong Kong tidak membenarkan, jadi ini bukanlah sesuatu percular kepada negara kita.

Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: Orang yang buat demonstrasi jalanan ini memang tak ikut undang-undang. Kalau kita buat macam mana pun dia akan cuba melanggar sebab dia nak menarik perhatian. Sebab itu hari ini yang dibangkitkan pun sebab nak menarik perhatian. Bukan sebenarnya nak menghantar ataupun memprotes apa yang tak betul. Kita buat satu tempat you bercakaplah berapa banyak you suka tetapi kalau you ada menghasut, kita ambil tindakan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat tak perlu. Teruskan, teruskan.

Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: Saya nak memberi cadangan supaya mesej saya ini yang saya minta rakyat ramai minta supaya kerajaan ambil tindakan tanpa fear or favour. Yang salah tetap salah, ambil tindakan apa juga undang-undang negara yang telah diluluskan oleh Parlimen ini.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Boleh saya bangun tak? Hah, tak boleh?

Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: ...pakai supaya hak majoriti terbela. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bera.

9.48 mlm.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya secara ringkasnya ingin merujuk kepada beberapa butiran iaitu 22000 – Kenderaan, 12000 – Balai Polis atau Pondok Polis.

Saya sebelumnya nak mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah mendirikan IPD, IPK di Bera. Ibu Pejabat Polis Daerah. Dari segi kenderaan, saya percaya bahawa pihak polis telah pun diberi tambahan kenderaan.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa kenderaan yang ditambah mestilah disesuaikan mengikut tempat. Kalau Kancil, tidak semua sesuai untuk Kancil. Misalnya di tempat saya, Bera misalnya. Saya mempunyai banyak penempatan FELDA, mempunyai penempatan Orang Asli dan sebagainya.

Jadi Kancil kalau hendak kejar penjenayah, tidak boleh hendak masuk ke kawasan hutan. Terhenti sahaja di tepi jalan. Jadi adalah lebih sesuai di Bera, misalnya atau di kawasan-kawasan yang sama dengan Bera, di Sabah, di Sarawak dan sebagainya diberikan kenderaan pacuan empat roda (four wheel drive). Ini lebih sesuai. Kalau tidak, banyak kenderaan Kancil sekalipun, takkan boleh digunakan oleh pihak polis kerana tidak bersesuaian. Jadi saya minta supaya di Bera, misalnya dan rakan-rakan saya yang lain mungkin setuju, di Sabah Sarawak, kita berikan pacuan empat roda.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bintulu, hendak bangun berucap?

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Hendak minta penjelasan.

DR.10.12.2007 147

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak payah. Nanti bagi peluang

berucap, cukup. [Ketawa]

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang keduanya ialah dari segi balai polis dan pondok polis. Saya minta supaya pihak kementerian membuat kajian mengenai kesesuaian pondok-pondok polis kerana dahulu dari segi asalnya banyak pondok polis dibina kerana mengikut kesesuaian waktu itu, iaitu penggunaan perhubungan jalan ataupun perhubungan adalah melalui sungai. Misalnya ada satu kawasan di tempat saya, ada tiga kampung di seberang Sungai Pahang, misalnya, menggunakan pondok polis di seberang Sungai Pahang, sebelah sini.

Kalau dahulu, menggunakan bot atau perahu memakan masa lima minit tetapi apabila sudah siap jalan raya, perahu tidak digunakan lagi. Bot tidak digunakan lagi. Untuk sampai ke kawasan tersebut, ia memakan masa perjalanan selama satu jam setengah. Saya hendak sebut, Yang Berhormat Dato’, contoh...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Saya bagi contoh, Yang Berhormat ya. Misalnya Balai Polis Kuala Bera dahulu menjaga kepentingan tiga buah kampung di seberang sungai iaitu Guai dan sebagainya. Dahulu boleh pakai bot sahaja tetapi sekarang orang sudah tidak gunakan bot. Terpaksa menggunakan jalan raya, mesti melalui Temerloh dan sebagainya, memakan masa sampai satu jam setengah. Jadi saya harap kawasan-kawasan ini perlu dikaji semula.

Sesetengah kawasannya terlalu dekat kedudukannya. Misalnya, saya beri contoh nama, sebab mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh lihat perkara ini – misalnya Kampung Baru Cina Mengkarak Station, ada satu pondok polis yang besar tetapi tidak sampai satu kilometer, dua kilometer di luar, ada satu lagi kampung Durian Tawar, misalnya, ada juga pondok polis. Dulu mungkin sesuai sebab perjalanannya mungkin sukar, zaman komunis dan sebagainya, tetapi sekarang sudah ada jalan yang begitu baik. Tidak sampai lima minit antara dua balai polis.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Saya faham. Saya harap perkara ini boleh dikaji semula, tutup yang dekat, beri kepada yang jauh, misalnya di Tembangau dan sebagainya, sejam setengah untuk sampai ke bandar Bera dan sebagainya. Yang Berhormat, sudah tidak ada masa ya?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada masa.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Baiklah, Bintululah. Tidak payah tanya, berucap boleh.

9.53 mlm.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mahu sentuh B.62, Butiran 010000 sama 020000 sekali gus. Tadi Yang Berhormat Bera sampaikan mesti kita mahu tukar sedikit four wheel drive, jangan beli Kancil itu semua tetapi saya di sini mahu sentuh, Yang Berhormat Bera, yang sampai itu cuma kereta. Namun kita ada perasan tidak, kemudahan lain-lain, kemudahan asas lain. Contoh, senjata api. Kita sekarang masih pakai pistol revolver. Itu penjenayah-penjenayah sudah guna, semi auto atau auto punya pistol atau senjata api. Kita apa masalahnya? Kita tukar dia punya pistol semua. Apa masalah?

Saya dengar ada khabar angin kata EPU tidak setuju. Apa masalah tidak setuju? Patut kita mesti mahu lihat juga. Pembangkang ini tidak tahu, balun sahaja tetapi dia tidak tahu masalah ini. Ini yang kita mahu selesai. Ini mustahak. Kalau kita tidak bagi senjata api, tidak cukup kemudahan asas bagi polis, polis sudah gantung dia punya nyawa kepada kita rakyat semua tetapi janganlah suruh dia pergi mati juga. Belum pergi jaga

148 DR.10.12.2007

keselamatan, keluar sahaja sudah kena tembak. Apa bikin? Apa masalah kita? Negara kita mampu beli senjata api baru. Itu bullet proof, apa salahnya. Lain-lain negara pun ada beli. Inilah saya memohon kepada kementerian, mintalah buat satu tindakan yang cepat, bagilah cemerlang dan terbilang punya senjata api atau pistol kepada polis. Janganlah macam pembangkang tadi, dia bahas keselamatan, sekejap lagi minta bebas demonstrasi itu. So minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong bantu sedikit. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jasin.

9.55 mlm.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pergi kepada 020000 – Polis Diraja Malaysia dan 040000 – Agensi Dadah Kebangsaan. Tuan Pengerusi, banyak orang dok bercakap tadi tentang polis tetapi saya ingin mengatakan di sini walaupun Polis Diraja Malaysia kita pada hari ini serba kekurangan dari segi kelengkapannya, kereta pun Kancil paling-paling pun Waja, tetapi saya ucapkan tahniah kerana Polis Diraja Malaysia adalah di antara pasukan yang terbaik dalam dunia. Dari segi keselamatan, saya boleh jangkakan, boleh kita katakan kita selamat, Tuan Pengerusi.

Tadi Batu Gajah kata orang perempuan susah hati. Saya anak tiga orang, Tuan Pengerusi, tiga-tiga perempuan. Tidak ada risau. Anak saya yang tua bekerja dekat Pelabuhan Kuala Lingggi, 50 kilometer dari rumah saya.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Putatan, sila duduk, sila.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Drive seorang, tidak ada takut. Anak saya yang nombor dua kerja dekat Jasin, 20 kilometer drive satu orang, kadang-kadang malam pun balik. Tidak takut.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Jasin ada lain hendak tambah?

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Masalahnya, Tuan Pengerusi, mereka tahu hentam sahaja tetapi tidak pernah berterima kasih kepada polis. Baru-baru ini Hindraf punya itu, berapa banyak polis kita cedera, adakah orang kita pergi tengok? Ada bela tidak?

Beberapa Ahli: Tidak ada.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Kita harus bersimpati kepada kerja baik mereka ini. Jadi Tuan Pengerusi, saya berharaplah janganlah hendak cari publisiti murah dalam soal-soal ini.

Kita pergi kepada Agensi Dadah Kebangsaan, Tuan Pengerusi. Saya pun lihat dan dapat khabar kita ada 29 pusat serenti. Hanya yang saya sedih pada hari ini kerana bilangan penagih dadah di merata bandar dan juga di kampung, masih berkeliaran. Saya difahamkan pada hari ini pusat serenti kita baru 50% occupancy rate. Tidak digunakan sepenuhnya. Mengapa tidak ditangkap penagih-penagih dadah hari ini yang berkeliaran dan kita pulihkan di Pusat Pemulihan Dadah. 29 pusat serenti, tetapi tidak digunakan full capacity.

Nombor dua, Tuan Pengerusi, berkenaan dengan isu gam. Isu gam saya sudah bangkitkan tiga, empat tahun, sehingga hari ini pun saya lihat kementerian tidak dapat memasukkan gam sebagai salah satu perkara yang boleh memabukkan ataupun mengkhayalkan sebagaimana ketum dibuat. Saya pernah ke Sabah, Tuan Pengerusi, melawat kawasan di Pulau Gaya, saya lihat gam ini berleluasa satu pulau dia punya plastik. Saya tidak hairan kalau ada wakil rakyat mengatakan bahawa ada di antara murid-murid sekolah yang sudah masuk sekolah menengah tidak tahu membaca.

DR.10.12.2007 149

Di Pulau Gaya saya tengok, saya pun dapat laporan yang sama. Guru besar

mengatakan bahawa di Pulau Gaya, ramai di antara murid-murid Tingkatan Satu, Tingkatan Dua tidak boleh membaca. Saya mengatakan macam mana...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung, boleh gulung.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: [Bangun]

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Tuan Pengerusi, sedikit, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak payah, Yang Berhormat, tidak perlu.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Saya katakan bagaimana mereka hendak...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak perlu.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Saya katakan macam mana mereka hendak membaca kerana gam pada hari ini, Tuan Pengerusi, ia boleh membebalkan kepala, urat-urat otak ini boleh jammed, membuatkan orang itu gila. Kalau sudah gila, macam mana hendak membaca? Jadi saya berharap kementerian mengambil berat tentang isu gam ini kerana yang terlibat ini bukan remaja tetapi kanak-kanak di sekolah rendah pada hari ini..

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Jasin, Jasin.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Oleh yang demikian, saya berharap supaya kementerian mengkaji balik tentang Akta Dadah ini dan memasukkan gam sebagai salah satu benda yang diharamkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Saya menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Santubong, ringkas sahaja, ya? Beri sedikit peluang bagi Yang Berhormat bagi Pensiangan.

10.00 mlm.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Ringkas, ringkas sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Butiran 020000 - Polis Diraja Malaysia. Saya bertanya dengan pihak kementerian, capacity, dengan izin kementerian untuk melantik pegawai-pegawai polis untuk mengisi sebagaimana yang disarankan oleh pihak suruhanjaya apabila laporannya dibuat dahulu. Bilakah polis, adakah kerjasama daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, adakah perbincangan telah dibuat supaya pelantikan pegawai dan anggota polis ini dilaksanakan dan bila boleh disiapkan.

Kedua, saya hendak sebutkan juga soalan pegawai yang macam mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Bintulu tadi. Tukarkan perkakas ini. Saya mengetahui, Tuan Pengerusi, saya pernah dalam polis dahulu. Memang benar perkakas senjata dan sebagainya memang outdated, tidak sesuai diguna pakai sekarang ini dan senjata itu patut ditukar. Baru-baru ini kita dengar polis kena tembak dan sebagainya dan polis selalu kena tembak dan ramai yang mati. Malangnya kita tidak membeli safety vest yang pakai baju di dalam itu. Tidak beli. Kenapa kita tidak beli? Kalau ada duit belilah secara progresif, kalau tidak boleh beli sekali.

Ketiga, Yang Berhormat tadi ada mengatakan jemput tentera untuk terlibat dalam ini. Saya tidak bersetuju, Tuan Pengerusi, kerana undang-undang ini ada kuasa-kuasa tertentu yang diberi kepada polis. Kita ada Pasukan Gerakan Am ataupun Police General Force dahulu yang kita sebutkan, yang mempunyai latar belakang latihan polis dan sebagainya, yang tidak membuat kerja aktif seperti para military seperti dahulu. Ambil mereka ini di tempat yang strategik, tempat yang tidak perlukan siasatan yang mendalam

150 DR.10.12.2007

dan sebagainya untuk pegawai polis dan gunakan mereka ini untuk membuat liputan polis-polis ini. Gunakan pihak lain kerana kuasa ada di tangan polis dan mereka ini mempunyai latihan asas dan tidak mempunyai aktif duty sekarang ini. Jadi gunakan mereka ini untuk menjalankan tugas polis.

Keempat, risikan keselamatan. Dahulu Special Branch adalah yang terbaik sekali di dunia. Bahkan rekod kita menunjukkan lebih baik daripada CIA dan lebih baik dari FBI. Malangnya apabila komunis telah reda, telah menyerah diri, unit risikan intelligence service ini bukan disband, kita redakan tindakan mereka. Sokongan, sumber kewangan, information network, semuanya kita bubarkan. Jadi, dalam keadaan sekarang, saya cukup yakin kerajaan boleh bersetuju dengan saya. Kita aktifkan semula risikan dalam polis ini, tidak diletakkan di bawah special branch, tetapi diletak di bawah Unit Jenayah supaya memberi satu risikan intelegence kepada pihak unit jenayah.

Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah forensik. Saya dua tahun duduk dalam Jawatankuasa Tindakan Khas. Banyak alasan yang diberi bahawa kelambatan polis ialah oleh kerana laporan daripada Jabatan-jabatan Forensik, soal chemistry report dan sebagainya itu laporan daripada jabatan-jabatan lain. Kenapa tidak kita ambil ini daripada medical department, kita ambil chemistry department letakkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Malaysia supaya semua forensik dan chemistry ini di bawah satu jabatan. Dari itu, mereka tidak ada lagi alasan oleh kerana kelambatan dalam penyelidikan dan tidak kesesuaian dalam mengumpul evidence supaya kes ini bila sampai ke mahkamah atas provision pihak polis yang menyiasat mana-mana kes yang tidak lagi menjadi alasan kepada mereka, kenapa kes itu salah oleh kerana orang lain yang tidak buat sebaik mungkin. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Serdang.

10.04 mlm.

Dato' Yap Pian Hon [Serdang]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Butiran 020100. Tuan Pengerusi, saya difahamkan bahawa pihak kementerian telah mewujudkan jawatankuasa khas bagi menangani kes-kes kecurian besi logam bagi kabel peralatan telekomunikasi dan prasarana awam. Apakah tindakan selepas Jawatankuasa Khas telah didirikan di Ibu Pejabat Bukit Aman dan peringkat Kontinjen Polis Negeri?

Apakah hasil selepas penubuhan Jawatankuasa Khas terhadap kes ini dan bilakah pihak kementerian akan mengemukakan pindaan atau kaji semula terhadap Akta Perniagaan Second-Hand 1946 kepada Parlimen supaya lebih berkesan lagi untuk menangani kes-kes kecurian ini.

Tuan Pengerusi, saya meminta penjelasan daripada pihak kementerian, mengapakah Balai Polis Pekan Bangi dipindahkan ke Bandar Sri Putra tanpa alasan, tanpa sebab dan tidak ada maklumat bagi masyarakat setempat yang mana Balai Polis Pekan Bangi sudah wujud lebih100 tahun di situ. Apakah sebabnya berbuat demikian.

Saya minta penjelasan lagi mengapakah Balai Polis Serdang telah ditutup sudah beberapa tahun sedangkan banyak tempat lagi untuk membina balai polis untuk menangani kes jenayah berlaku di kawasan itu bagi menjamin keselamatan.

Tuan Pengerusi, sebelum itu saya meminta cadangan pembinaan IPD Subang Jaya yang dilaksanakan oleh Syarikat BLT Sdn. Bhd., bilakah akan disiapkan dan kosnya.

Akhirnya Tuan Pengerusi, satu perkara penting iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri Tahun 1960. Saya difahamkan bahawa akta ini telah disemak pada tahun 1972. Adakah akta ini akan disemak semula untuk keadaan terkini?

Apakah sebabnya lewat untuk mengemukakan untuk meminda atau mengkaji semula terhadap ISA ini supaya lebih berkesan lagi atau sama ada ISA ini masih lagi diperlukan atau tidak. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tuaran.

DR.10.12.2007 151

10.07 mlm.

Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya turut mengambil bahagian membahaskan bagi P.62 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi Butiran 020100 - Pengurusan Polis. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, saya ingin mohon kepada pihak kerajaan supaya dipercepatkan pengambilan anggota mencapai sasaran 60,000 seperti yang telah diumumkan. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan kepada pihak polis supaya pihak kementerian apabila menawarkan jawatan polis kepada anggota-anggota baru, haruslah diambil kira pandangan daripada IPD terlebih dahulu sebelum diberi tawaran jawatan.

Apa yang telah berlaku di kawasan saya ialah calon ini sudah diberi tawaran untuk menjadi konstabel dan selepas diberi tawaran baru pula ditanya oleh pihak IPD tentang kes jenayah dia dan sebagainya dan apabila ada kes jenayah tidak pula diterima. Jadi, ini boleh mengakibatkan pihak keluarga yang ditawarkan itu sakit hati pula sebab sudah ditawarkan tapi tidak diambil.

Saya juga minta supaya dipercepatkan pelaksanaan skim perkhidmatan gaji baru bagi polis ini. Jika sekiranya tidak dipercepatkan kes-kes rasuah dan sebagainya yang selama ini berlaku akan berterusan jika sekiranya skim yang baru ini dipercepatkan. Saya juga ingin meminta pihak kerajaan supaya dipercepatkan untuk menggazetkan warna baju polis ini untuk mengelakkan kekeliruan rakyat. Selama ini kita pun ingin bertanya mengapa dalam soal menggazetkan warna baju polis ini mengambil masa yang begitu lama. Begitu juga dalam melaksanakan tugas pihak polis ini menghadapi pelbagai risiko, tetapi kita mencadangkan supaya dipercepatkan supaya pihak polis ini diinsuranskan dalam menjalankan tugas.

Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 020200 - Logistik. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Bera supaya apabila diberi logistik, kereta dan sebagainya hendaklah bersesuaian. Kita berasal dari Tuaran, kita sebenarnya di sebelah bukit. Kalau kereta yang bukan pacuan empat roda memang mustahil untuk menjalankan tugas bagi pihak keselamatan.

Saya juga ingin meminta pihak kerajaan supaya mempertingkatkan perumahan polis ini terutama sekali di bandar-bandar besar. Saya juga ingin menyokong arahan tadi yang mencadangkan supaya senjata yang digunakan sekarang ini, yang sudah uzur dan lama itu hendaklah dipertingkatkan.

Begitu juga dengan kelengkapan-kelengkapan seperti bot, kapal dan juga spare part hendaklah mencukupi untuk pihak keselamatan kita. Saya ingin beralih ke Butiran 020300 - Penyiasatan Jenayah dan juga dalam Dasar Baru, Butiran 060400 - Siasatan Jenayah (PDRM) dan dalam One-Off, Butiran 070400 - Siasatan Jenayah (PDRM). Kesemua butiran ini telah diberi peruntukan yang agak besar juga bagi penyiasatan jenayah yang pertama diberi lebih RM200 juta peruntukan, tapi dalam ini Tuan Pengerusi saya ingin merujuk kepada laporan polis yang telah dibuat berhubung dengan apa yang dikatakan projek IC di negara Sabah. Sudah sekian lama laporan polis itu dibuat, tapi sehingga pada hari ini kita tidak tahu apa sudah jadi tentang penyiasatan polis terhadap beberapa laporan polis yang dibuat...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh gulung.

Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Saya mahu gulunglah ini Tuan Pengerusi. Tentang projek IC saya sendiri telah diminta oleh polis untuk datang ke IPD Karamunsing dan memberi kenyataan dan sebagainya, tetapi sekarang sudah hampir setahun lebih hampir dua tahun, sehingga hari ini apa kesudahan penyiasatan polis terhadap laporan berhubung dengan kewujudan projek IC.

Ini terakhir Tuan Pengerusi, baru-baru ini satu laporan polis telah dibuat di IPD Kota Belud Kota Marudu, di mana terjadi satu kejadian kehilangan. Mereka memburu dan dia hilang. Setelah masyarakat terlibat dalam mencari dan sebagainya sehingga hari ini sudah hampir dua bulan orang yang bernama Dayang di Pitas sehingga pada hari ini tidak ditemui. Jadi saya mohon supaya pihak polis mempertingkatkan lagi siasatan di manakah orang yang hilang ini. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

152 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, terima kasih. Gerik.

10.11 mlm.

Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 060100 - Pengurusan Dasar Keselamatan Dalam Negeri.

Pertamanya Unit Pencegahan Penyeludupan, di mana saya ingin menyampaikan setinggi tahniah kerana tahun ini nampaknya satu rekod cemerlang dapat membanteras pengedar-pengedar yang agak besar di negara kita ini. Dalam pada itu saya ingin bertanya sudahkah ditukar mesin-mesin pengimbas yang katanya out of dated, sudah ketinggalan.

Keduanya bagaimana pula menangani kawasan-kawasan yang dikatakan lubang-lubang tikus. Tidakkah boleh kita gunakan PGA ataupun yang dicadangkan oleh Sabak Bernam tadi, Tentera Wataniah di sana.

Perkara ketiganya Tuan Pengerusi ialah balai polis dan pondok, di mana apabila bertambahnya pondok-pondok polis di kawasan-kawasan yang tinggi jenayahnya, seperti satu kes di Johor kita dapati bahawa banyak berlaku kekurangan menurun dari segi kes jenayah. Jadi berapakah lagi pondok-pondok polis yang akan didirikan di kawasan-kawasan yang agak tinggi kadar jenayahnya.

Perkara yang keempat Tuan Pengerusi ialah tentang Pusat Latihan PULAPOL, di mana kita memerlukan dalam masa lima tahun ini 60,000 kakitangan. Ini rasanya saya tidak risau pusat-pusat latihan yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan ini. Jadi mungkinkah pihak PDRM akan menambah pusat-pusat latihan dan jika ya, bagaimana pula jurulatih-jurulatihnya, adakah mencukupi ataupun saya cadangkan kita perlu mengambil semula mereka yang bersara para jurulatih ini dan berkhidmat sehingga umur 60 tahun, seperti mana yang dilakukan oleh unit maritim mengambil mereka yang sudah bersara untuk berkhidmat semula.

Akhirnya Tuan Pengerusi, Pasukan Gerakan Am. Saya rasa kawasan Parlimen ini satu kawasan yang paling selamat di negara kita ini. Namun begitu kita melalui dua halangan ataupun pemeriksaan. Mungkinkah pihak Bukit Aman dan juga pengurusan Parlimen menimbangkan bahawa di pintu masuk di Parlimen ini kita sekadar adakan pengawal-pengawal keselamatan yang berpakaian awam sahaja, kerana kita lihat bahawa yang kita kasihi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pun dikawal oleh mereka yang berpakaian biasa, tidak beruniform dan nampak sangat senjatanya. Jadi untuk pertimbangan. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kepong.

10.14 mlm.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, Butiran 020000 - Polis Diraja Malaysia. Di sini saya hendak pihak kementerian memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, iaitu dasar kementerian mengenai syarikat-syarikat keselamatan kerana masalah penjenayah, kerana ketakutan rakyat maka banyak kawasan kediaman melantik syarikat-syarikat keselamatan. Di sini kita belum tahu apakah undang-undang terhadap syarikat keselamatan. Adakah kepentingan orang ramai dipelihara, kerana wujudnya masalah dengan syarikat-syarikat ini, misalnya anggota-anggotanya bukan orang Malaysia. Kebanyakan daripada negara-negara lain yang mungkin pendatang tanpa izin daripada Bangladesh contohnya, dan bagaimana mereka akan memelihara keselamatan orang Malaysia.

Saya tak tahu macam mana dan setakat ini saya belum lagi mendapat jawapan yang tepat daripada pihak kementerian mengenai undang-undang terhadap syarikat ini, dan cara-cara syarikat untuk mendapat lantikan bagi mereka ini hanya perniagaan. Ada disyaki bahawa kawasan-kawasan yang belum ada masalah pihak syarikat ini bersekongkol

DR.10.12.2007 153

dengan pihak penjenayah untuk mewujudkan keadaan huru-hara sehingga mereka dilantik sebagai syarikat keselamatan.

Seterusnya Tuan Pengerusi, mengenai pusat-pusat latihan polis kerana Kabinet sudah meluluskan untuk menambahkan 60,000 polis, dan saya mendapat tahu setiap tahun pihak polis hanya mampu melatih 2,000, tapi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan sekarang 4,000. Boleh melatih tiap-tiap tahun 4,000. Saya pun tak tahu bagaimana boleh tambah dengan begitu banyak, mungkin ada kolej ataupun maktab polis yang baru ataupun pusat-pusat latihan yang baru yang saya belum tahu. Tapi walau bagaimanapun kalau kita terima 4,000 setahun yang boleh dilatih dan yang bersara 2,000 atau lebih, walaupun kita terima 4,000 bagaimana kita boleh mencapai matlamat 12,000 setahun.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh gulung.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang sentiasa hendak gulung sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, yang penting sekali pihak kementerian mesti memberitahu kita, macam mana kita boleh melatih 12,000 anggota polis baru setiap tahun, dan bagaimana pihak polis akan menambahkan maktab polis ataupun pusat-pusat latihan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik masa cukup. Kuala Selangor.

10.18 mlm.

Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 040000 – Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pecahan Butiran 040300 - Rawatan dan Pemulihan. Di Bukit Cerakah Puncak Alam, Kuala Selangor telah wujud sebuah pusat pemulihan penagih dadah persendirian yang telah dibina oleh Pertubuhan Penawar Warisan Selangor dan Kuala Lumpur, yang mana rumah ini dahulu dipanggil rumah pengasih dan hari ini dipanggil rumah penawar. Pendekatan agama, pendekatan rohaniah bagi menguatkan mental dan fizikal penagih-penagih dadah telah digunakan.

Semalam saya turun padang ke pusat ini untuk meraikan empat mempelai bekas penagih dan daripada tinjauan saya dan taklimat yang diberikan dan daripada siasatan saya, daripada Jabatan Polis, Jabatan Agama Islam dan sebagainya, nampaknya pendekatan yang dijalankan cukup berkesan.

Dari tahun 2003, wujudnya pusat ini sehingga sekarang lebih 500 orang penagih dadah telah pun dapat dipulihkan. Malangnya, tanah yang mereka duduki ini telah diluluskan oleh kerajaan ini kepada TM Properties. Baru-baru ini permohonan telah dikemukakan kepada AADK Kebangsaan untuk mendaftarkan pusat ini, tetapi telah ditolak atas alasan keadaan fizikal dan prasarana premis tidak sesuai dan AADK mencadangkan tempat yang baru. Oleh sebab yang penting kepada saya ialah pendekatan cukup berkesan.

Yang saya sebutkan tadi lebih 500 penagih pulih. Saya hendak mencadangkan kepada kerajaan, kepada AADK, kepada PEMADAM Kebangsaan bagi pihak Kerajaan Pusat, convince TM Properties dan kerajaan negeri agar pembangunan yang hendak dibuat oleh TM Properties, pembangunan bercampur yang bermula tahun 2009 dapat mengekalkan kawasan ini untuk jangka panjang. Saya berharap perkara ini dapat diberi perhatian yang berat kerana di samping pusat serenti kita juga menggalakkan mana-mana pihak yang bersama-sama kerajaan untuk memulihkan penagih dadah ini. Butiran yang kedua berhubung dengan 020000 - Polis Diraja Malaysia.

Saya pernah membangkitkan di Dewan ini iaitu kuarters polis di perumahan Taman Padu ke Kuala Selangor telah dimakan anai-anai dan perlu dibaik pulih. Saya kira, saya bercakap, saya bangkitkan perkara ini hampir setahun, tetapi tidak ada kemajuannya.

154 DR.10.12.2007

Begitu juga saya mencadangkan kuarters untuk OCPD dan pegawai serta anggotanya di kompleks IPD Kuala Selangor dapat dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini.

Begitu juga satu ketika Yang Berhormat Timbalan Menteri I, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah mengumumkan beberapa pembinaan balai-balai dan pondok polis di bawah Butiran 12000 termasuk sebuah Balai Polis di Puncak Alam. Setelah saya berbincang dengan OCPD Kuala Selangor, oleh sebab tapak tidak ada di Puncak Alam, saya dan beliau mencadangkan supaya peruntukan ini dipindahkan ke Taman Saujana tidak jauh dari Puncak Alam dan juga Pusat Pertumbuhan Desa Coalfield, agar Balai Polis Saujana Utama dibina bagi pusat pertumbuhan baru di segi tiga yang saya sebutkan tadi. Tanah seluas 2½ ekar telah pun disediakan oleh pemaju. Itu sahaja Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat bagi Kelana Jaya.

10.23 mlm.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 040000 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Tuan Pengerusi, kerajaan telah berbelanja berpuluh-puluh juta ringgit untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah melalui pusat serenti kerajaan dan juga PEMADAM, PENGASIH, PENGAMAN dan sebagainya. Walau bagaimanapun ada segolongan pusat-pusat pemulihan dadah yang bukan swasta, yang juga bukan kerajaan yang juga telah membantu untuk menangani masalah ini, tetapi tidak diberi bantuan dan selama ini telah diabaikan.

Saya sendiri telah menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri bertemu dengan 21 pusat pemulihan dadah, di mana kita telah mengadakan sukan untuk mereka, dihadiri oleh 500 orang bekas penagih dadah yang telah pun menyesal dan ingin balik ke pangkuan masyarakat dan sekarang ini sedang menjalankan pemulihan di pusat-pusat pemulihan dadah bukan kerajaan. Pusat-pusat pemulihan dadah ini, mereka bergantung pada sumbangan dan derma orang awam untuk menjalankan rawatan dan pemulihan. Oleh itu dari segi keberkesanannya kita telah mendapati bahawa mereka memang berkesan dalam membantu bekas-bekas penagih ini untuk balik semula ke pangkuan masyarakat.

Walaupun mereka bukan kerajaan, tetapi dari segi kos per kapitanya, saya rasa mereka telah berbelanja dengan minimum tetapi kesannya amat berkesan, amat efektif kalau berbanding dengan pusat-pusat serenti kerajaan, di mana kos per kapita yang dibelanjakan di pusat-pusat serenti kerajaan adalah tinggi. Tambahan pula program-program pemulihan dan program susulan yang dijalankan itu memang nampak hasilnya, di mana tidak ada kes ulang dan tidak ada kes lari semasa menjalani proses pemulihan dan tidak ada juga kes di mana pegawai membawa masuk bekalan dadah kepada mereka, tetapi mereka menghadapi masalah kewangan di mana bukan semua orang menderma dan menyumbang. Setiap bulan mereka terpaksa membiayai RM15,000.00 ke RM30,000.00 untuk membiayai kos sewa bangunan, tadbir urus dan sebagainya.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung, Yang Berhormat boleh gulung.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Maka dengan itu, saya mintalah kepada pihak kerajaan dapat melihat supaya memberi bantuan kepada mereka dan tidak minta bantuan setiap bulan. Cuma satu kali token sebagai pengiktirafan kepada mereka iaitu lebih RM15,000.00 ataupun RM20,000.00 setahun kepada mereka sebagai pengiktirafan kepada mereka. Perkara yang terakhir ialah tentang balai-balai dan pondok-pondok polis Butiran 12000.

Sebuah balai baru akan dibina di USJ 8. Saya cadangkan oleh sebab balai polis USJ 8 yang baru dibina ini menggantikan balai yang lama, saya cadangkan agar namanya ditukar menjadi Balai Polis USJ, dan bukannya menggunakan Balai Polis USJ 8. Kerana kawasan ini melingkungi USJ 1 hingga USJ 22 luas kawasan pentadbiran adalah 25 kilometer persegi. Saya hendak tanya bilakah Balai Polis USJ ini akan siap dibina dan saya harap dapat digunakan tahun hadapan? Apakah kos yang terlibat dan apakah spesifikasi pembinaan tersebut?

DR.10.12.2007 155

Saya minta juga supaya pihak kementerian menerima cadangan saya agar

ditubuhkan unit-unit yang tertentu di balai tersebut. Kerana balai ini akan menjaga lebih kurang 30,000 unit perumahan dan juga 180,000 penduduk di situ. Maka saya rasa unit siasatan, unit trafik, unit narkotik dan sebagainya boleh ditempatkan di situ, ditambahkan lagi anggota-anggota polis dan saya hendak tanya, apakah unjuran anggota polis yang akan ditempatkan di Balai Polis USJ ini?

Mereka juga meminta agar kereta peronda ditambahkan kerana ini di kawasan bandar. Di kawasan bandar, sekarang ini penjenayah melakukan jenayah bukan hanya pada waktu malam...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup...

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: ..waktu siang pun, mereka melakukan rompakan seperti mana yang terkena oleh pihak tertentu dan Tuan Pengerusi pun kena. Rumahnya kena rompak waktu siang, maka saya rasa perlunya ada kereta peronda ditambah di kawasan bandar. Selain daripada itu, senjata dan juga talian telefon. Macam di Balai Polis Kelana Jaya, hanya ada satu talian sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat...

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Balai Polis USJ ada dua talian sahaja. Ini tidak cukup. Maka saya mintalah supaya kementerian melihat perkara ini dan minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Ipoh Barat.

10.28 mlm.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini pembinaan balai-balai, Butiran 12000 - Balai-balai dan Pondok Polis.

Saya hendak tanya bilakah pembinaan IPK Ipoh akan dibuat memandangkan saya telah mendapat satu jawapan 3 tahun dahulu, dan kementerian telah mengatakan bahawa satu IPK baru akan dibina pada tahun dahulu, tetapi sampai sekarang perkara itu belum dimulakan, bukan hendak cakap siapkan.

Yang kedua adalah menggunakan senjata. Baru-baru ini perhimpunan pada 25 November, di mana polis telah menggunakan tear gas dan water cannon. Saya hendak tanya, berapakah tear gas yang telah digunakan semasa perhimpunan aman oleh Hindraf di sana? Dan apakah sebab ia digunakan walhal tidak ada apa-apa ketenteraman awam, danger berbanding dengan BERSIH, di mana banyak tear gas dan water cannon yang digunakan, dan saya difahamkan water cannon yang digunakan di Hindraf ini adalah yang teruk sekali. Tidak pernah macam ini digunakan berbanding dengan lain-lain tempat. Di Batu Buruk juga, berapakah tear gas dan senjata api dan water cannon yang digunakan?

Lagi satu di mana baru-baru ini di Batu Caves di mana kejadian telah berlaku di mana penganut-penganut Hindu yang dalam proses membuat sembahyang pada pagi itu di mana polis telah menggunakan tear gas dan water cannon dan kalau kita tengok video yang di sana, ia terus akan menunjukkan bahawa pihak polislah yang menolak semua penganut-penganut masuk dalam kuil dan tembak tear gas dan water cannon. Adakah satu penyiasatan bebas akan dibuat? Saya juga difahamkan pada hari itu ada sembahyang yang mana tempat itu telah dikhaskan dan Gopal Krishnan telah pun ada satu minggu sebelum kejadian dia telah menetapkan satu masa dan tempat di sana telah diberi kepada dia untuk sembahyang. Kenapa pula ini tidak diambil kira semasa pertuduhan-pertuduhan dibuat terhadap beliau dan lain-lain orang.

Akhir sekali ialah mengenai secondhand dealers license. Saya difahamkan bahawa baru-baru ini pihak polis yang mengawal selia secondhand dealers license ini, tidak lagi bila memperbaharui lesen-lesen memberi syarat-syarat yang tertentu iaitu memaksa pihak-pihak yang ada lesen tersebut, mengambil partner-partner yang baru dari kaum bumiputera. Adakah ini dikenakan? Berapakah lesen-lesen yang telah ditolak semasa memperbaharui pada tahun dulu dan tahun ini? Ini adalah satu-satu perkara yang sangat

156 DR.10.12.2007

mustahak kepada masyarakat India kerana beribu-ribu lesen yang dijalankan, digunakan untuk perniagaan mereka sekarang telah disekat, telah tidak lagi dibenarkan diperbaharui dan ini sangat menyusahkan masyarakat tersebut. Saya difahamkan perkara itu telah disuarakan kepada pihak-pihak ahli Barisan Nasional tetapi tindakan tidak diambil.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya harap satu kenyataan menyeluruh di balai-balai di seluruh negara dan saya sendiri telah mendapat beberapa permintaan untuk menolong pihak-pihak untuk memperbaharui lesen. Walaupun mereka tidak ada apa-apa rekod tetapi tidak dibenarkan memperbaharui lesen tersebut. Terima kasih.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: [Bangun]

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: [Bangun]

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun]

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Bangun]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bangun]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, ada lagi, wah, saya ingat tadi dua tiga, sekarang tambah lagi. Pasir Puteh.

10.32 mlm.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi yang bijaksana, memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas Butiran 020000 – Polis Diraja Malaysia. Saya nak nyatakan bahawa dasar Polis Diraja Malysia ini kalau kita lihat kepada zaman our Prophet Muhammad dengan izin.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat butiran?

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Butiran 020000.

Seorang Ahli: Islam Hadhari.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Namanya ‘sultah’, ‘dewan Nur ...’, namanya pelik sikit kalau pencegah jenayah dia kata [Membaca sepotong ayat Al-Quran] mencegah kemungkaran ini ....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Itu bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Bawah 020000 - Polis. Jadi polis boleh buat apa sahaja dalam mencegah dan menjaga keamanan, kita tidak boleh pertikai kerana hak diberi kepada pihak polis sudah ada undang-undang, sudah ada ....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini ucapan dasar?

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tidak dasar, fasal nak tangkis ada mengatakan polis tak buat itu, tak boleh ini. Apa polis nak buat? Kalau tak boleh buat nak mencegah jenayah, kalau kita nak ajar polis jangan tembak, nanti penjenayah tembak polis. Sebab itu saya kata ‘dewan nur hisbah’, balai polis zaman nabi, ‘sultah’ namanya polis dia boleh bakar rumah. Kalau tak pergi sembahyang Jumaat pun boleh bakar rumah, tidak ada siapa boleh menghalang, ini kuasa.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini macam syarahan.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tidak syarahan. Yang kedua, 040000 Tuan Pengerusi. Agensi Antidadah. Saya bukan nak bincang agensi dadah dulu ADK, sekarang AADK, naik pangkat dah, Agensi Antidadah. Saya nak kalau boleh pusat-pusat serenti diketatkan kawalan. Tidak berlaku ada sindiket di pusat-pusat serenti. Kita nak pusat serenti benar-benar boleh mewajahkan tempat pemulihan apabila penagih-

DR.10.12.2007 157

penagih dadah balik ke pangkuan masyarakat, saya nak masyarakat terima dengan baik. Hatta parti pembangkang jangan cuba nak makan, tolong ambil ‘lepasan dadah’ ini, beri kerja, beri bini, Tuan Pengerusi, kalau boleh beri kerja, create job, create dia punya marriage sekali. Beri dia kahwin sekali, kalau beri kerja tak beri kahwin, dia akan balik.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, bolehkah saya minta Yang Berhormat gulung.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Itu bukan dasar saya cakap.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Boleh tak Yang Berhormat saya minta Yang Berhormat gulung?

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Bukan dasar saya cakap, saya nak gulung.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Kita dalam negara, keamanan adalah penting. Mahal tak boleh jual beli, kalau kita duduk dalam keadaan huru-hara, boleh katakan tidak siapa mahu melabur di negara kita. Jom Heboh - 30,000, Pasir Puteh buat perhimpunan 31 Ogos, 36,000, Pasir Puteh sahaja. Ini menunjukkan negara aman, kalau tidak siapa nak keluar?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ada mohon polis permit ke?

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Saya ambil permit tapi tembak mercun pun kena ambil permit.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sebenarnya Yang Berhormat, Seputeh pun tidak dapat permit Yang Berhormat untuk minta penjelasan.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Ya betul, saya tak izinkan fasal Seputeh banyak menarik perhatian Dewan jauh sangat. Dia tak menyeleweng tapi seolah-olah menyeleweng.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, dia pun tak minta permit.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Dia tak minta permit, dia bangun. Kalau kira dia telah tunjuk satu moral yang tidak baik, saya tidak mahu berkelahi kerana Batu Gajah ...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, penjelasan.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Bukit Mertajam pun saya tidak boleh bagi, kerana ini floor saya.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Minta pun tak bagi, ini mana ada Hadhari?

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Saya sayang kepada Bukit Mertajam, saya sayang Seputeh, saya sayang Batu Gajah, sebab itu saya tak bagi. Kalau bagi dia menyeleweng soalan kepada saya. Saya rasa itulah Tuan Pengerusi, saya mengatakan bahawa negara Malaysia aman, negara Malaysia cukup makmur. Kalau orang kata tidak aman, tidak makmur, saya rasa dia sudah lari neraca pertimbangan. Please go to orang kata timbang balik pemikiran dia, dia tidak menjadikan pemikiran dia first class mentality dan dia tak jadikan Parlimen ini world class. Saya rasa banyak dah bercakap world class, first class mentality, tetapi forth class mentality saya rasa. Dengan ini saya menyokong penuh.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat Maran.

10.37 mlm.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi kerana memberi saya sebelum dua orang pembangkang, saya tak takut Tuan Pengerusi.

158 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi, saya nak menyentuh beberapa butiran. Yang pertama ialah

020000 – Polis Diraja Malaysia. Saya sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada negara saya, saya mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia dan pasukan keselamatan kerana telah memberikan banyak keselamatan kepada saya. Kalau saya tidak berterima kasih kepada pasukan keselamatan, saya bersedia keluar daripada negara kita ini Malaysia Tuan Pengerusi, terima kasih banyak.

Sebab itulah saya minta Tuan Pengerusi supaya kita memberikan perhatian serius kepada pasukan keselamatan polis ini yang telah disebutkan oleh beberapa orang sahabat saya dalam Parlimen tadi dari segi logistiknya, dari segi kemudahan dan sebagainya. Saya minta supaya berikan perhatian yang serius kepada mereka ini dan saya tidak nafikan bahawa walaupun sebahagian satu dua orang anggota polis yang kadang-kadang mencalarkan imej polis ini, tetapi sebenarnya satu dua adalah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan jasa polis yang telah berperanan kepada kita semua ini. Saya tidak tahulah kepada pembangkang bagaimana sikap mereka sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya nak pergi kepada kemudahan polis. Saya minta mohonlah kepada kerajaan supaya berikan perhatian kepada pondok-pondok polis, balai-balai polis yang tidak sempurna ini. Kalau kita lihat di balai-balai polis, banyak lagi anggota-anggota polis yang masih menggunakan type writer yang lama, menaip sendiri walaupun usaha telah dibuat tetapi kita perlu mempertingkatkan ini walaupun komputer telah pun ada.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan-penjelasan.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Saya tidak beri peluang untuk penjelasan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Minta penjelasan. Kerana type writer tak selamat.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tak perlulah Yang Berhormat.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Tak perlu Tuan Pengerusi, kerana saya boleh menjelaskan walaupun tak dijelaskan oleh pembangkang.

Yang berikutnya ialah 12,000 balai polis dan pondok polis. Saya nak tanya Tuan Pengerusi kepada menteri kementerian. Balai polis di Maran telah lama terbengkalai, ini bukan kerana bukan masalah kementerian, bukan masalah Perdana Menteri dan sebagainya. Ini kadang-kadang masalah kontraktor dan sebagainya. Saya minta supaya keperluan ini ada dan saya minta kepastian daripada kerajaan, bilakah balai polis ini boleh disiapkan kerana kemudahan penginapan anggota-anggota polis ini amat perlu kepada kita.

Yang keduanya ialah tentang bilakah pondok polis ‘Chenor Seberang’ akan dibina? Ini saya harap kepada kementerian sekali lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat cukup.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Sikit lagi Tuan Pengerusi tentang JPA 3. Saya mohon kepada kerajaan berikan perhatian. Sekarang ini banjir, kawasan saya dah banjir, mungkin esok saya minta izin kalau boleh balik. Ramai dah pindah, keselamatan ....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat hendak balik sekarang pun boleh. Gulung balik.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Sebab itu saya minta berikan perhatian, minta sedikit kemudahan termasuklah pengangkutan sebab JPA tidak ada pengangkutan supaya mereka dapat membantu orang kampung masa banjir dan sebagainya bagi membantu mengatasi masalah keselamatan ataupun bencana yang membahayakan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukup.

DR.10.12.2007 159

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Akhir sekali ialah AADK

sebelum kita beri peluang kepada pembangkang. AADK Tuan Pengerusi, saya minta supaya terima kasih kepada AADK yang telah berperanan. Tetapi saya minta supaya AADK ini dapat berikan kerjasama yang lebih erat secara bersepadu dengan agensi-agensi lain termasuklah pasukan polis kerana ini adalah satu pendekatan yang terbaik. Kalau kita hendak melihat tahun 2010, 2015 negara kita akan terlepas daripada ancaman dadah ini. Dengan itu Tuan Pengerusi saya mohon menyokong, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukit Mertajam.

10.41 mlm.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita di sini memang mengatakan bahawa jenayah ini adalah social problem, masalah sosial. Jadi dia mesti ditangani at the source. Jadi seperti perhimpunan Hindraf pun, kita mesti tahu mengapa 30 ribu orang hendak, mereka ada kerja, mereka ada isteri, mereka ada anak, mengapa mereka juga datang berhimpun di Kuala Lumpur? Apakah sebabnya? Itulah kita mesti kaji. Tadi kita dengar bahawa ramai Yang Berhormat di sebelah sana mengatakan banyak kekurangan dalam pengurusan PDRM. Jadi sekiranya kekurangan kenderaan, kekurangan kemudahan, kekurangan wang untuk membeli bullet proof jacket, kekurangan anggota polis ini, ini bukan kesalahan PDRM, ini kesalahan CEO, kementerian ini. Siapa dia? Itulah mereka secara tidak langsung telah bersetuju menyokong usul Yang Berhormat Batu Gajah sebenarnya.

Itulah sekarang mereka sudah cakap benar dengan tidak sengaja. Jadi saya ingin memohon supaya kementerian ini mengadakan pendekatan yang baru. Dia mesti tumpu kepada pencegahan kerana kita memasang CCTV walaupun ada juga unsur pencegahan. Tetapi apa yang kita hendak buat sekarang ialah kita ada kerana penagih dadah, kerana masalah dadah, kerana tidak ada kerja, kerana ekonomi merosot, kerana tidak dapat kerja, kerana pendatang asing. Ini semua mesti ditangani. Sekiranya tidak ditangani di sini, hanya tambah kereta, hanya tambahkan anggota polis, hanya tambahkan semua peralatan walaupun ada kesannya, tetapi tidak guna juga. Dia tidak akan menyelesaikan masalah. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada mengatakan bahawa kita contradicting each other, ourselve, kita mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat berprihatin. Dia memang prihatin, dia marah, saya pun marah apabila Ketua Polis Negara mengatakan bahawa penjenayah sekarang tidak takut kepada polis. Saya pun marah kepada penjenayah ini. Apa ini sekarang sudah berani macam itu, kita mahu penjenayah takut kepada polis. Kita mahu polis kita berkesan sampai dari jauh kalau dengar ada kereta polis lalu mereka lari. Inilah pasukan polis yang kita hendak.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat hendak ceramah lagi ke?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tidak. Ini untuk...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita di sini buat pengkritikan oleh kerana kita cinta negara dan mahu negara lebih baik. Mereka yang kata cinta negara tetapi tidak mahu lihat apa yang kekurangan sebenarnya tidak cinta negara ialah cinta buta dan sebenarnya merupakan the height of disloyalty.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya rasa mereka bukan tidak cinta kepada negara, tetapi mereka lebih cinta kepada Perdana Menteri kerana itu pemimpin mereka. Walau pemimpin mereka tidak berkesan pun, mereka tidak berani untuk menegur. Jadi orang lain hendak tegur sepatutnya mereka ucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa cukup.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kerana kita berani mengucapkan perkara yang benar. Dalam negara ini sometimes kalau bercakap benar boleh dipenjarakan. Tetapi kita mengambil risiko itu juga. Sepatutnya mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang kerana kita melakukan tanggungjawab kita secara benar.

160 DR.10.12.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat cukuplah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Untuk keselamatan semua orang termasuklah Timbalan Speaker juga.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ucapan yang sama telah disampaikan tadi.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, jadi saya rasa kalau kita menangkap orang dan memenjarakan mereka, sesiapa pun, pemimpin Hindraf, saya tidak rasa akan menyelesaikan masalah marginalisation of the Malaysian Indians. Jadi samalah, serupalah, kalau kita tidak ada leadership, tidak ada kepimpinan yang berkesan walaupun sangat prihatin, menangis pun dia tidak akan menyelesaikan masalah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, Seputeh. Batu Gajah tadi sudah ucap setengah jam, masih hendak cakap? Selepas Seputeh, Batu Gajah, Timbalan Menteri jawab.

10.46 mlm.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya merujuk kepada 020000 - Polis Diraja Malaysia dan 050000 - Penjara. Saya ingin tanya tentang hubungan di antara Syarikat Web Power Sdn. Bhd. dengan PDRM. Isu pertama pada pertengahan tahun ini Kementerian Keselamatan dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 31 buah helikopter daripada syarikat Web Power/Eurocopter selama 30 tahun. Anggaran kos penyewaan ini ialah RM400 juta setahun. Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ialah membeli lapan helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta sahaja dan saya difahamkan lapan helikopter adalah jauh dari mencukupi untuk kegunaan PDRM.

Soalan saya ialah apakah perlunya PDRM menyewa 31 buah helikopter daripada Web Power Sdn. Bhd., walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya ialah membeli lapan helikopter sahaja. Apakah perlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM400 juta setahun untuk menyewa 31 buah helikopter ini. Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini untuk usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 31 buah helikopter. Isu kedua salah seorang Pengarah Web Power Sdn. Bhd., iaitu Datuk Othman Talib adalah anggota kepada Suruhanjaya Pasukan Polis.

Soalannya ialah apakah anggota Suruhanjaya Pasukan Polis boleh mengadakan urus niaga dengan PDRM. Bukankah ini satu bentuk percanggahan kepentingan atau conflict of interest. Kita tahu seseorang anggota SPP mempunyai kuasa yang besar ke atas PDRM, dia diberi kuasa untuk menentukan sama ada pegawai polis boleh dinaikkan pangkat atau tidak. Saya diberitahu bahawa Datuk Othman Talib pernah secara langsung dan tidak langsung untuk mengenakan pengaruhnya kepada pegawai polis yang berurusan dengan beliau iaitu mereka diugut untuk ditukar ke tempat lain, tidak dinaikkan pangkat dan dilaporkan kepada Ketua Polis Negara sekiranya mereka tidak memberikan kerjasama dengan beliau.

Bukankah ini satu penyalahgunaan kuasa? Isu ketiga, e-police force solution merupakan satu rangkaian sistem wireless digital sepenuhnya berasaskan teknologi informasi dan komunikasi yang canggih dengan liputan seluruh negara. Sistem ini berupaya untuk menyalurkan suara data video grafik dan maklumat biometrik dan DNA secara serentak dan tanpa batasan. PDRM berminat dengan sistem ini kerana mereka percaya ia membantu pihak polis dalam siasatan dan membanteras jenayah.

Tuan Pengerusi, saya tidak ada masalah dengan keinginan Polis Diraja Malaysia untuk memilih sistem teknologi yang boleh membantu mereka menjalankan siasatan jenayah ini. Tetapi apa yang tidak saya faham dalam urus niaga ini ialah; pertama. Kenapakah Ketua Polis Negara menghantar letter of intent dan letter of award terus kepada Perdana Menteri dan tidak melalui Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Prosedur yang patut dilakukan dalam apa-apa pembelian sepatutnya ialah Ketua

DR.10.12.2007 161

Polis Negara harus tulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha Kementerian kemudian tulis surat kepada Kementerian Kewangan selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan barulah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memanggil tender. Tetapi sekarang ialah Ketua Polis Negara terus bypass Ketua Setiausaha Kementerian dan tulis letter of intent terus kepada Perdana Menteri. Apakah ini dibenarkan?

Kedua ialah kertas cadangan e-police force solution dikemukakan oleh syarikat yang sama iaitu Web Power Sdn. Bhd. kepada PDRM. Soalan saya ialah, kenapakah Ketua Polis Negara begitu gigih untuk meminta kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membeli e-police force solution daripada sebuah syarikat yang dipunyai oleh seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis.

Tuan Pengerusi, saya ingin minta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memberitahu Dewan yang mulia ini kenapa Web Power Sdn. Bhd. begitu bertuah yang mana syarikat ini diberi dua projek iaitu penyewaan helikopter yang memberinya sewa RM400 juta setahun selama 31 tahun, di samping itu syarikat itu diberi pula projek e-police force solution.

Isu keempat, apakah kriteria pelantikan anggota Suruhanjaya Pasukan Polis? Apakah seseorang pengarah bagi syarikat yang mengadakan urus niaga dengan PDRM boleh dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis? Mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Datuk Osman bin Talib dilantik menjadi pengarah Web Power Sdn. Bhd. pada 2 Jun 2006, manakala beliau dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis pada awal tahun ini. Ini bermaksud pihak yang melantik beliau menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis telah tahu bahawa beliau memegang jawatan pengarah di Web Power Sdn. Bhd. Bukankah ini satu bentuk penyelewengan?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat banyak lagi?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya ada dua isu lagi. Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, gulung. Gulung, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Gulung, gulung. Dalam laporan dalam The Star pada 4 Disember tahun ini, Ketua Polis Negara berkata bahawa beliau pernah menawarkan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan mereka di dalam stadium tetapi tawarannya ditolak oleh BERSIH. Di sini saya ingin mengatakan bahawa ini memang satu kenyataan yang tidak benar dan bohong.

Jawatankuasa BERSIH tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada pihak polis untuk berhimpun di dalam stadium, tetapi pemimpin BERSIH hanya menerima surat daripada pihak polis yang minta mereka memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan dan mereka telah pun menurut arahan polis untuk berbuat demikian, tetapi kesannya selepas mereka membuat permohonan permit polis, permohonan mereka ditolak oleh polis.

Saya terbaca Yang Berhormat Timbalan Menteri juga pernah kata tentang memberi ruang kepada parti pembangkang ataupun NGO untuk mengadakan tunjuk perasaan dan perhimpunan di stadium. Saya nak tanya bilakah cadangan ini akan dilaksanakan?

Akhirnya saya ingin tanya satu perkara tentang penjara ialah tentang kesesakan dalam penjara. Adakah kementerian punya rancangan untuk meredakan kesesakan di dalam penjara dan apakah menghantar penjenayah ataupun orang yang didakwa melibatkan diri dalam aktiviti gengsterisme ke pusat penahanan di Simpang Renggam di bawah Emergency Order ini menyumbang kepada penurunan kadar jenayah? Apakah penahanan di dalam Simpang Renggam telah membantu tahanan balik ke pangkuan masyarakat ataupun sebaliknya ia telah menyebabkan ramai tahanan merasa mereka dianiayai.

162 DR.10.12.2007

Akhirnya ialah apakah pihak penjara telah mula memberi kaunseling kepada

penjenayah seks ataupun perogol di dalam penjara sebagai langkah untuk membantu mereka tidak mengulangi jenayah dan kesalahan mereka. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Batu Gajah, lepas tu Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

10.53 mlm.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, Saya ingin bangkitkan beberapa perkara. 12000 – Balai dan Pondok diperuntukkan RM185 juta. Saya ingin tahu apakah balai-balai di kawasan Parlimen Batu Gajah juga ada menerima peruntukan? Jika ya, balai di mana dan berapa jumlah peruntukannya?

Perkara kedua ialah 060400. Minggu lepas yang lalu, hari minggu saya balik kawasan, telah terima dua kes. Kes mangsa telah dibunuh dan saya merasa ada sedikit kecewa di mana ini bukan kali pertama. Setiap kali apabila pengadu atau mangsa keluarga berjumpa saya, persoalan pertama yang mereka timbul adalah mengapa tak ada khabar dari polis. Walaupun ada tangkapan yang dibuat tapi sering kali mereka perlu diberitahu oleh wartawan. Apabila wartawan mahu pandangan ahli keluarga berkenaan perkembangan kes bahawa wartawan terima maklumat ada orang ditangkap, datang kepada ahli keluarga, baru mereka tahu ada orang telah ditangkap berkaitan dengan kes ahli keluarga mereka ini.

Jadi mereka kata mengapa polis tak boleh menghubungi memberitahu bahawa kami telah buat tangkapan dan satu lagi ialah ahli keluarga langsung tak diberitahu apabila ada tertuduh dihadapkan ke mahkamah yang berkaitan dengan kes ahli keluarga mereka dibunuh. Mereka kena baca di dalam surat khabar pada keesokan harinya. Ini perkara pertama.

Perkara kedua, kes-kes yang saya membantu mangsa-mangsa jenayah ini, mengapa begitu sukar untuk pihak polis atau pegawai penyiasat memastikan bahawa setiap kali sebelum kes ini disebut atau dibicarakan di mahkamah, maklumkan pengadu. Jadi mereka boleh mengikuti perkembangan kes. Saya pernah berjumpa dengan polis yang berpangkat tinggi. Polis kata jangan baca maklumat surat khabar tapi pihak polis langsung tak bagi kerjasama kepada ahli keluarga.

Saya ada menulis meminta agar maklumkan perkembangan bila tarikh sebutan, tak ada jawapan. Ini yang paling asas agar orang ramai, pengadu ada keyakinan terhadap polis dan kes-kes yang sangat spesifik mungkin pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh beri jawapan serta-merta tapi saya mohon jawapan bertulis berkenaan kejadian beberapa kes.

Kes klinik - seorang telah dirogol dan rompak 21 Julai. Saya pernah tanya di dalam Dewan ini apa perkembangannya mangsa yang dirogol dan dirompak berlaku di Klinik Ipoh Garden dan kes yang sendiri saya ada membantu ahli keluarga melibatkan kenderaan polis yang melanggar si mati, tetapi menurut jawapan daripada pihak kementerian bahawa ia adalah kelalaian si mati, kecuaian si mati dan kes telah dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya sejak 26 Februari tahun ini dan telah dicadangkan dengan cadangan supaya dirujuk kepada Majistret untuk keputusan atau inquest. Apakah keputusannya?

Saya menulis kepada Timbalan Pendakwa Raya tapi Timbalan Pendakwa Raya masih belum menjawab. Ini melibatkan kes si mati Chan Kam Weng. Kejadian pada 10 Oktober tahun lalu dan kes ketika ini saya amat pentingkan kes ini. Mangsa ini telah dirompak, dirogol di petrol station di Tampoi ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ringkas saja. Maaf ya, ringkas saja. Di petrol Projet Tampoi. Pada 6 Jun, saya pernah bangkitkan soalan berkenaan kes ini dalam Dewan dan jawapan bertulis menyatakan bahawa orang telah ditangkap, dituduh bawah seksyen 392 dan 397 kerana merompak, serta 376 kerana merogol tapi apabila saya

DR.10.12.2007 163

sebelum ini saya menulis kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baru, jawapan diberi bahawa hanya didakwa rogol 376 dan 377(c) kerana persetubuhan di luar tabii tanpa kerelaan.

Tidak ada didakwa merompak kerana barang kes tidak berjaya ditemui tapi dari jawapan bertulis pihak kementerian mengatakan ada dirompak. Jadi mengapa boleh timbul masalah ini?

Oleh itu saya pohon siasat dan saya juga ingin tahu apa berlaku semalam apabila Mohammad Sabu, saya ada pergi ditahan di Ipoh dan telah bersetuju beliau akan serah diri apabila sampai di Pulau Pinang balai Kepala Batas. Polis bersetuju mengescort dia membenarkan dia balik Pulau Pinang serah diri di Kepala Batas tapi beliau telah ditangkap apabila dalam perjalanan sampai di Jawi. Di mana ada sikap keperikemanusiaan? Semalam hari kenduri anaknya. Ini bukan penjenayah besar dan juga telah capai kata sepakat negotiation.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bercanggah dengan Islam Hadhari. Apa lah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tapi langgar janji. Saya nak tahu apa sebenarnya berlaku. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri.

11.00 mlm.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Pengerusi, ada banyak soalan telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya jawab Bukit Mertajam dahulu. Bukit Mertajam kata CCTV. Itulah masalah bila kita pasang CCTV Yang Berhormat kata buat apa kita pasang CCTV dan sebagainya. Sebenarnya CCTV adalah satu kaedah pencegahan yang amat berkesan. Kalau kita lihat di Beijing, ada 250,000 CCTV, di Guangzhou ada lebih kurang 200,000 CCTV yang telah dipasang dan ini adalah cara-cara kita boleh mencegah jenayah. Cuma ia melibatkan peruntukan yang besar dan kita perlu kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan juga kementerian untuk memperbanyakkan lagi CCTV.

Tentang pencegahan, kita setuju memang kaedah paling baik untuk menangani kadar jenayah ialah pencegahan. Sebab itu kita sentiasa mengadakan pameran, kempen dan juga taklimat kepada rakyat dan juga mengadakan program kepolisan masyarakat, Rakan Cop dan sebagainya dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang langkah-langkah pencegahan dan juga melalui itu dapat mengeratkan kerjasama antara pihak polis dan masyarakat dalam pemberian maklumat dan juga membantu PDRM menyelesaikan kes-kes jenayah. Maran yang telah...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, penjelasan. Yang pertama mengenai CCTV. Saya tahu bahawa CCTV berunsur pencegahan tetapi di sini, di Malaysia banyak kali CCTV itu tidak berfungsi. Yang kedua, pencegahan itu bukan setakat membuat pameran, meminta kerjasama penduduk atau rakyat sahaja. Pencegahan adalah dari mencegah kedatangan dan population pendatang asing dengan berkesan, mengurangkan penagih dadah dan mengawal masalah dadah dengan berkesan. Juga dari segi mengurangkan atau memperbanyakkan peluang kerja. Ini banyak lagi saya rasa. Mengapa hanya menyebutkan satu sahaja?

Datuk Fu Ah Kiow: Saya fikir Yang Berhormat salah faham. Apa yang disebut sebenarnya banyak kali saya sebut di sini, iaitu kita perlu mengurangkan penagih dadah, mengurangkan kehadiran pekerja asing, itu semua pun telah dalam tindakan kerajaan. Baru-baru ini pun kerajaan akan menyemak semula dasar-dasar pengambilan pekerja dalam bidang-bidang tertentu dan kita berharap dengan dasar yang lebih menepati dan juga dengan pengawasan yang lebih baik, kita dapat kurangkan penglibatan pekerja asing dalam jenayah.

Yang Berhormat Maran ada kata perlu mempertingkatkan dan menaik taraf kelengkapan di balai-balai polis dan kini masih ada typewriter diguna. Ingin saya

164 DR.10.12.2007

menjelaskan di sini di Semenanjung Malaysia memang tidak ada lagi typewriter digunakan. Kalau ada diguna, ia mungkin adalah typewriter yang lama, tetapi semua balai pun telah dilengkapkan dengan komputer untuk laporan dan sebagainya di bawah program khas pengkomputeran balai-balai. Cuma di Sabah dan Sarawak pada tahun depan kita akan sempurnakan dengan komputer di balai-balai dalam fasa 4 projek tersebut.

Maran ada sebut dan minta supaya Balai Polis Maran yang terbengkalai diambil perhatian dan ini saya akan lihat sendiri sebab ini adalah perkara khusus nanti. Saya akan hubungi Yang Berhormat untuk memberitahu apa perkembangan terakhir.

JPA3 – saya ucapkan terima kasih atas sokongan Yang Berhormat agar JPA3 diberi banyak lagi peralatan dan pengangkutan. Saya sedar bahawa dalam musim banjir ini kita memerlukan JPA3 bergerak dalam usaha menyelamat dan saya sendiri telah pun bermesyuarat dengan JPA3 dalam sebulan sebelum ini dan mengarahkan supaya JPA3 membuat persediaan dan melibatkan mereka secara menyeluruh dalam usaha menyelamat. Kita sentiasa berusaha mendapatkan peruntukan lebih banyak untuk memperbaiki lagi peralatan.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Maran.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mohonlah Timbalan Menteri kalau dapat sebab Maran ini kita ada dua di Simpang Jengka dan di Chenor dan semalam saya bersama mereka dalam membantu banjir tetapi mereka ini tidak ada pengangkutan. Saya mohon benarlah kalau boleh dalam masa setahun tadi atau dalam masa terdekat ini, dapat diperuntukkan satu ataupun dua kenderaan walaupun second hand pun tidak apalah, Datuk. Ini saya mahu menolong mereka sebab sekarang ini dari segi peruntukan kita beri, tetapi kita tidak mampulah untuk membeli kemudahan ini. Mohon bantuan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih.

Datuk Fu Ah Kiow: Kita akan cuba, tetapi untuk balai nanti saya akan hubungi Yang Berhormat untuk mengkaji keadaan di situ.

Yang Berhormat Ipoh Barat ada tanya tentang IPK Ipoh, Perak, bila akan dibina. Saya ingin beritahu di sini secara ringkas bahawa projek ini sepatutnya telah berlangsung pada 2003 tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana masalah tapak. Walau bagaimanapun, peruntukan telah disediakan dan ia akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kali ini.

Tentang lesen untuk syarikat barang lusuh, second hand license, ini kali pertama saya dengar ada mana-mana pihak yang meletakkan syarat tersebut. Saya tidak pernah dengar. Kalau ada, bagilah maklumat kepada saya, tetapi oleh kerana ada banyak kes kecurian kabel, kecurian penutup longkang yang melibatkan syarikat-syarikat yang mengendali barangan second hand, maka kini kita telah mencadangkan supaya lesen baru dibekukan. Selain daripada itu, untuk pembaharuan lesen, ia tidak menjadi masalah jika ia tidak melanggar apa-apa syarat dalam akta tersebut.

Walau bagaimanapun, isu ini juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Serdang tadi, ingin saya maklumkan bahawa kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa dan telah pun mengkaji semula akta tersebut iaitu Akta Second Hand 1946 dari beberapa sudut. Yang pertama ialah syarat pelesenan dan pembatalan lesen. Yang kedua ialah pemantauan dan penguatkuasaan akta-akta tersebut dan ketiga ialah memberatkan segala hukuman dan denda terhadap mereka yang telah melanggari akta tersebut. Walaupun ini adalah satu sektor yang penting sebab barang-barang second hand dan lusuh perlu dikendali dengan baik dan ia akan menyumbang kepada ekonomi juga tetapi ia perlu diurus dengan baik supaya tidak ada mana-mana pihak bersubahat dengan pencuri-pencuri ataupun penjenayah-penjenayah dalam menerima barang-barang yang telah dicuri, khususnya barangan awam. Ini adalah perkembangan terkini.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ipoh Barat.

DR.10.12.2007 165

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini lesen lusuh ini. Jadi, ini bermakna jika mereka tidak ada terlibat dalam apa-apa kes jenayah atau kes-kes pencurian maka ada automatic renewal kepada lesen lusuh. Adakah ini benar dan apakah rasional untuk membekukan pemberian lesen baru bagi lesen lusuh ini.

Datuk Fu Ah Kiow: Bukan secara automatik. Ia masih perlu meminta pembaharuan daripada pihak polis dan pihak polis akan mengkaji rekod dia. Jika tidak ada apa-apa masalah ataupun bad record biasanya ia akan dilulus dan diperbaharui. Rasionalnya ialah kita ingin mengkaji berapa lesen adalah mencukupi untuk sesuatu kawasan, sebab kita lihat ini selain daripada syarikat ada juga yang bukan mempunyai premise license, tetapi ejennya yang sepatutnya tidak wujud, tetapi ramai ejen yang mengutip barangan lusuh daripada orang ramai. Ini merupakan suatu punca di mana barang kecurian disalurkan.

Oleh sebab itu semasa kita menstrukturkan semula dan mengkaji bilangan yang mencukupi kita bercadang untuk membekukannya buat sementara. Harapan kita pada tahun yang akan datang akan dapat kita bentangkan akta tersebut.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat.

Datuk Fu Ah Kiow: Cukuplah. Banyak lagi, Yang Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Adakah apa-apa sekatan untuk mana-mana kuota?

Datuk Fu Ah Kiow: Tidak ada. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Kelana Jaya ada meminta supaya pusat pemulihan swasta diberi peruntukan dan sokongan kerajaan. Saya memang ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak pusat pemulihan swasta yang sebanyak lebih kurang 66 buah di seluruh negara yang efektif. Walaupun buat masa kini AADK cuma menyalurkan kepada peruntukan kepada PEMADAM, PENGASIH dan PENDAMAI sebagai agensi yang membantu AADK. Namun, mulai tahun 2008, cadangan AADK ialah untuk memanjangkan sedikit sebanyak bantuan kepada NGO dan pusat pemulihan swasta yang didapati telah betul-betul menjalankan kerja tersebut. Khususnya melalui smart partnership dengan AADK. Ini adalah dalam perancangan tahun 2008.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Saya hendak minta sedikit sahaja penjelasan, Tuan Pengerusi. Mereka ini bukannya pusat pemulihan swasta sebab mereka bukan ada keuntungan. Semuanya berjalan sebagai sukarela sahaja maka tidak betul digolongkan sebagai swasta. Saya berterima kasih di atas jawapan yang diberikan dan saya minta kalau dapat, berapakah jumlah yang dapat disalurkan kepada mereka. Kalau setiap pusat pemulihan dadah NGO diberi RM20,000 sahaja, kalau hanya 70 buah tidak banyak peruntukan yang diperlukan. Ini sebagai pengisytiharan kerana semuanya berdaftar dengan AADK, maka patutlah diberikan galakan ataupun insentif kerana kejayaan dan keberkesanan yang dijalankan di pusat-pusat pemulihan dadah NGO ini.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya tidak dapat memberi amaun yang akan disalurkan. Ini bergantung pada peruntukan yang ada dan berapa bilangan yang akan memohon peruntukan tersebut. Tentang itu saya bersetuju ia tidak harus dipanggil swasta tetapi yang dianjurkan oleh NGO. Tentang cadangan untuk menukar nama Balai Polis USJ 8 ke USJ, ini boleh dipertimbangkan, tetapi ini merupakan kes spesifik dan saya perlu kaji terlebih dahulu.

Yang Berhormat bagi Kuala Selangor juga ada menyebut tentang Pusat Pemulihan Rumah PENAWAR yang amat efektif dan telah berjaya memulihkan lebih daripada 500 penagih dan permohonan tanah telah ditolak oleh kerajaan negeri. Dari sudut kementerian, kita memang menyokong pihak PENAWAR bagi mendapatkan tanah tersebut, tetapi kalau OEM Properties atau mana-mana pihak yang ingin di usaha sama dan ingin diserahkan kepada AADK untuk memajukan, kita mengalu-alukan. AADK boleh memberi sokongan kepada PENAWAR untuk memohon tanah tersebut tetapi kuasa untuk meluluskan tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Untuk Balai Polis di Puncak Alam, ia ditangguhkan sebab masalah tanah. Jika di Saujana Utama pihak pemaju ada tanah...

166 DR.10.12.2007

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Gading bangun.

Datuk Fu Ah Kiow: Nanti saya habiskan ini, ya? Kalau dia ingin menyumbang kepada pihak PDRM untuk menjadikan balai polis kita mengalu-alukan usaha tersebut. Terima kasih.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tahu Yang Berhormat Menteri seorang yang rajin, yang dedikasi, yang menjalankan tanggungjawab. Kalau hendak jawab satu persatu 20 orang lebih termasuk pembangkang. Saya ingat tidak payah jawab beginilah, jawab bertulis sudahlah pasal pembangkang pun dia bukan penting sangat soal perbahasan. Dia lebih penting potong gaji. Kita sudah buang masa satu jam setengah, masa sudah suntuk. Kita mesti mahu luluskan sebelum jam 12 malam.

Jadi, apakah kalau Yang Berhormat jawab secara bertulis sahajalah, apa yang dicatat kepada semua yang telah memberi soalan terutamanya pembangkang. Pembangkang tidak penting ini, dia penting potong gaji, potong gaji. Dia penting potong sahaja.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Untuk Barisan Nasional sahajalah, pembangkang punya jangan.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya cuba.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sri Gading jangan macam inilah.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya cuba jawab seberapa boleh sebagai satu kerajaan demokratik yang telus. Yang Berhormat bagi Kepong ada bertanya...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya perlu selesaikan pada malam ini.

Datuk Fu Ah Kiow: Boleh, kita boleh selesaikan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh selesai tetapi saya tidak tahu sama ada Kementerian Kewangan boleh selesai. Saya kena selesaikan pada malam ini mengikut Peraturan Mesyuarat yang sedia ada.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya akan mempercepatkan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Cepat pun tidak boleh siap, Tuan Pengerusi. Saya cadangkan perkara yang terbaik kerana Kementerian Kewangan nanti hendak gulung lagi. Kita cuma ada masa 45 minit.

Datuk Fu Ah Kiow: Kalau ini yang betul arahkan saya boleh berhenti. Kalau tidak nanti saya dituduh macam dulu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan, ini soal Yang Berhormat dengan Tuan Pengerusilah. Saya cadangkan macam inilah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kalau tidak ucap mengapa boleh halau Timbalan Menteri. Teruskan.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Okey, Yang Berhormat boleh buat...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan halang Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya beri pandangan. Pasal pembangkang pun bukan penting ini yang dia pentingkan potong gaji, potong gaji.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jawab kepada pembangkanglah. Yang Berhormat Sri Gading pun tidak berucap tadi.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Berapa orang kena potong gaji? Dia suka potong sahaja.

DR.10.12.2007 167

Datuk Fu Ah Kiow: Yang Berhormat bagi Kepong ada bertanya tentang bagaimana kita dapat mencapai kalau diikutkan 60,000 anggota. Sebenarnya saya sudah pun menjawab soalan beliau semasa dasar. Saya sudah kata beberapa PULAPOL akan dibesarkan dan empat PULAPOL baru akan dibina. Dengan itu kita akan meningkatkan kapasiti lebih kurang 12,000 dan ada perancangan tahun demi tahun beberapa pengambilan inspektor dan konstabel. Di sini ada angka. Saya rasa sudah ada.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sungai Petani.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Saya rasa saya menyokong Yang Berhormat bagi Sri Gading.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya tidak payahlah kalau you menyokong. Saya mungkin sudah habis...

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Sebab jawapan Yang Berhormat mengenai latihan polis ini sudah dijawab. Dalam penggal lepas pun sudah dijawab juga. Jadi, berapa kali hendak dijawab. Suruh mereka baca Hansardlah.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Baliklah.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Bukan soal baliklah, soalnya perkara ini sudah pun dijawab. Kenapa diulang-ulang jawapannya.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya tidak bersetuju. Saya tidak bersetuju.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya jawab secara sayalah. Saya cepatkan. Jangan mendesak saya, nanti bercelaru pemikiran saya di sini. Okey? Tentang syarikat persendirian, saya ingin menegaskan di sini tanggapan adalah salah mengatakan kita mengizinkan warga negara asing untuk menjadi ahli kepada syarikat keselamatan swasta. Itu tidak benar. Sesebuah syarikat cuma dibenarkan mengambil maksimum 5% daripada jumlah ahlinya sebagai anggota dan itu pun daripada yang terlatih dan mereka tidak diizinkan untuk mengawal tempat-tempat...

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kepong bangun.

Datuk Fu Ah Kiow: Cukuplah. Saya kira you tidak payah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Singkat sahaja.

Datuk Fu Ah Kiow: Tidak payah. Tidak payah. Saya tidak cukup masa lagi. Nanti saya tidak boleh habiskan malam ini. Yang Berhormat bagi Gerik bertanya tentang mesin pengimbasan. Ingin saya jawab di sini bahawa ia adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara dan mereka sedang menimbang untuk menggantikan mesin tersebut.

Yang Berhormat bagi Tuaran ada meminta tentang mempercepatkan pengambilan anggota 60,000. Saya sudah jawab tadi bahawa insurans untuk polis di bawah Koperasi Polis memang ada insurans diberi kepada semua anggota polis. Untuk mengazetkan uniform PDRM, saya ingin memaklumkan draf pewartaan uniform tersebut sedang disemak dan akan diwartakan secepat mungkin. Tentang penyiasatan terhadap laporan projek ISIS itu khusus saya akan bagi tahu secara bertulis.

Yang Berhormat Serdang ada tanya tentang IPD Subang Jaya. Tawaran tender telah dibuat pada tahun 2007 dan pihak BLT sedang dalam proses penilaian pelantikan kontraktor dan dijangka akan mula pada awal tahun depan. Berkenaan dengan penutupan Balai Polis Serdang ingin saya beritahu bahawa Balai Polis Serdang telah dipindahkan ke Balai Polis Seri Kembangan dengan bangunan baru, dengan peralatan yang lebih canggih. Untuk penutupan Balai Polis Bangi merupakan bangunan yang disewa dan kini Balai Polis Bangi telah dipindahkan ke Balai Polis Bandar Baru Bangi.

168 DR.10.12.2007

Yang Berhormat Santubong ada sebut mengenai ves dan senjata yang terbaru.

Memang kita berhasrat supaya polis boleh dapat senjata yang terbaru dan canggih tapi peruntukan terhad dan kita cuma boleh dapat memodenkan semua senjata secara berperingkat. Tentang cadangan supaya cawangan risikan diletak di bawah cawangan jenayah ingin saya maklumkan bahawa memang cawangan jenayah mereka mempunyai unit risikan sendiri. Begitu juga untuk bahagian narkotik tapi cawangan khas atau special branch memang mempunyai fungsi masing-masing untuk menjalankan tugas mereka. Unit forensik telah ditubuhkan di setiap negeri mulai tahun ini dan kita berharap dalam masa yang singkat semua perjawatan dapat diisi dan dapat berfungsi dengan baik.

Yang Berhormat Jasin ada tanya tentang 28 buah pusat serenti yang belum penuh. Buat masa ini pengisian ialah 69%. Ini ditentukan oleh mahkamah dan lain-lain penagih ada diletakkan di bawah pengawasan polis. Isu mengenai gam ini pun sudah dijawab bahawa satu undang-undang sedang digubal untuk menangani gejala menghisap gam. Saya mengucapkan terima kasih pada sokongan dan pengiktirafan terhadap prestasi PDRM.

Yang Berhormat Bintulu bertanya tentang cadangan untuk memodenkan senjata, saya sudah jawab tadi. Yang Berhormat Bera, Kancil kecil terlalu tidak sesuai untuk keadaan di Bera. Saya ambil perhatian supaya jika ada kereta pacuan empat roda kita akan beri kepada kawasan tersebut. Tentang kesesuaian pondok polis yang ada ini memerlukan kajian yang menyeluruh sesuatu lokasi balai polis atau pondok polis adalah berdasarkan kepada kepadatan penduduk, kadar jenayah dan penstrukturan semula lokasi balai polis dan kita akan sentiasa membuat pemantauan tersebut.

Yang Berhormat Muar telah minta supaya kita pihak polis menjalankan tugas without fear and favor. Jaminan di sini ialah PDRM akan tetap mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tidak kira siapa pun khususnya dalam isu perarakan atau perhimpunan tanpa lesen. Memang mengikut pihak polis Yang Berhormat Seputeh kata itu tidak benar. Yang Berhormat Seputeh tidak berada dalam perbincangan. Dia mana tahu. Mengikut IGP dalam perbualan telah dikemukakan dan dicadangkan tapi pihak yang berkenaan enggan terima cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, kalau ada perhimpunan atau perarakan yang haram tetap pihak polis akan ambil tindakan untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Yang Berhormat Ipoh Timur ada sebut tentang IPCMC ingin saya beritahu di sini bahawa sebenarnya ini juga telah dijawab kepada Yang Berhormat Bukit Bintang pada 23 Oktober secara bertulis bahawa satu Rang Undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas iaitu Special Complaint Commission telah selesai diubah dan di dalam penelitian oleh Jemaah Menteri dan bila Jemaah Menteri lulus ia akan dibangkitkan dalam Parlimen.

Yang Berhormat Sabak Bernam mencadangkan tentera digunakan untuk membanteras dadah. Setakat ini kita belum perlu lagi. Memang kerjasama antara banyak agensi dan kementerian adalah baik dalam menangani isu penagihan dadah bukan sahaja dari segi menangani pengedaran, tapi juga dalam mencegah penagihan di kalangan belia khususnya dengan kempen ceramah, pendidikan dan sebagainya. Saya yakin bila tertubuhnya pusat khidmat di seluruh negara maka ia dapat meningkatkan lagi usaha kita dalam menangani isu penagihan dadah.

Yang Berhormat Batu Gajah banyak isu yang spesifik. Itu saya tak dapat jawab di sini. Saya akan bagi jawapan secara bertulis. Cuma kadang-kadang tuduhan oleh DPP mungkin berlainan dengan cadangan polis sebab cadangan polis perlu ditapis oleh DPP sama ada ia boleh berjaya menuduh seseorang suspek. Kalau cadangan itu tidak menepati keperluan iaitu ada collaborative evidence dan ada saksi yang mencukupi mungkin DPP akan mengubah cadangan polis dalam pertuduhan mereka. Tentang Balai Polis Batu Gajah saya kena beri secara bertulis sebab ini adalah isu yang khusus.

Tidak memberitahu keluarga tentang tangkapan dan kes-kes dibawa ke mahkamah. Saya ingin menegaskan di sini adalah tanggungjawab pihak polis bila seseorang ditangkap ahli keluarganya perlu diberitahu dan kalau mereka tidak beritahu mereka telah melanggar arahan daripada Ketua Polis Negara. Cuma kadang-kadang telefon yang diberi oleh keluarga mungkin tidak dapat dihubungi. Dalam beberapa kes

DR.10.12.2007 169

yang penah saya teliti bukan pihak polis tidak menghubungi pihak keluarga tapi sebab nombor yang diberi itu nombor lama dan tidak dapat dihubungi. Tentang...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya tanya mengenai tear gas.

Datuk Fu Ah Kiow: Tear gas saya tak tahu bilangan, macam mana hendak quantify tapi gas pemedih mata itu digunakan kalau mereka enggan bersurai dan degil maka itu adalah cara yang digunakan oleh mana-mana pihak berkuasa. Itu adalah lebih baik daripada physical contact.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: No, I ask the quantum, the number of tear gas.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya tak dapat bagi kuantum begini, macam mana hendak kira kuantum berapa. Sebab dalam menjalankan....

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: How many was used in BERSIH and Hindraf? Itu yang saya hendak tahu.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya tak dapat jawab sekarang.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Mesti ada rekod.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Later.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bertulis, bertulis.

Datuk Fu Ah Kiow: Bolehlah, saya bagi. Saya kena check berapa. Yang Berhormat Seputeh mengenai isu web power house dan sebagainya. Ini adalah isu yang spesifik baru dibangkitkan sekarang. Saya tak dapat jawab. Tak mungkin saya ada maklumat tersebut. Nanti saya akan bagi secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana telah dapat memberikan jawapan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh sejumlah 19 orang Ahli Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5,817,776,000 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM5,817,776,000 untuk maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,612,870,000 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2008 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,612,870,000 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2008.

Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang Perbekalan 2008 dan Usul Anggaran Pembangunan 2008 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

170 DR.10.12.2007

Bacaan Kali Yang Ketiga

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

USUL

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang telah diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan billion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut hendaklah disahkan.”

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan. “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan

Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan billion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut hendaklah disahkan.”

DR.10.12.2007 171

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat,

telah dapat kita selesaikan Bajet 2008. [Tepuk] Dengan ini, saya tangguhkan Dewan yang mulia ini sehingga jam 10.00 pagi hari esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 11.35 malam.