malaysia dewan rakyat aturan urusan · pdf filemenyatakan peranan dan tujuan program ......

15
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 5 NOVEMBER 2014, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 43 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1323-L63519 Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan restoran-restoran termasuk restoran 24 jam dan makanan segera seperti McDonald, Starbucks dan sebagainya menghidangkan makanan halal kepada pelanggan Islam dan memastikan umat Islam tidak merasa was-was untuk menikmati makanan di restoran-restoran berkenaan. 2. PR-1323-L64119 Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada beliau akan menjemput Ahli-ahli Parlimen untuk menjadi sebahagian daripada Kempen #FitMalaysia. 3. PR-1323-L64087 Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan prestasi semasa Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) pada ketika ini. Apakah jumlah kes/kunci petunjuk prestasi kepada Jabatan ini. 4. PR-1323-L64546 Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah projek dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia (RMK-8, RMK-9, RMK-10) bagi negeri Perak. Nyatakan projek-projek yang telah dirancang tetapi gagal dilaksanakan di bawah ketiga-tiga Rancangan Malaysia itu. 5. PR-1323-L64844 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peranan dan tujuan program kesukarelaan Home Help:- (a) apakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan program ini ke seluruh peringkat negeri dan daerah; dan

Upload: vuongbao

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 5 NOVEMBER 2014, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 43

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1323-L63519 Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan restoran-restoran termasuk restoran 24 jam dan makanan segera seperti McDonald, Starbucks dan sebagainya menghidangkan makanan halal kepada pelanggan Islam dan memastikan umat Islam tidak merasa was-was untuk menikmati makanan di restoran-restoran berkenaan.

2. PR-1323-L64119

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada beliau akan menjemput Ahli-ahli Parlimen untuk menjadi sebahagian daripada Kempen #FitMalaysia.

3. PR-1323-L64087

Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan prestasi semasa Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) pada ketika ini. Apakah jumlah kes/kunci petunjuk prestasi kepada Jabatan ini.

4. PR-1323-L64546

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah projek dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia (RMK-8, RMK-9, RMK-10) bagi negeri Perak. Nyatakan projek-projek yang telah dirancang tetapi gagal dilaksanakan di bawah ketiga-tiga Rancangan Malaysia itu.

5. PR-1323-L64844

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peranan dan tujuan program kesukarelaan Home Help:-

(a) apakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan

program ini ke seluruh peringkat negeri dan daerah; dan

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 2

(b) apakah jaminan Kementerian bagi memastikan program ini memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mesra terhadap OKU dan warga emas.

6. PR-1323-L64472

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada suatu tarikh telah ditetapkan bagi pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013. Nyatakan perundangan-perundangan subsidiari yang akan digariskan bagi tujuan pelaksanaan akta tersebut. Adakah ahli-ahli Tribunal Pengurusan Strata telah dilantik dan siapakah dan latar belakang mereka yang terlibat.

7. PR-1323-L64991

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap pelajar-pelajar yang tidak bersekolah terutama anak Orang Asli di kawasan pedalaman dan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan pelajar yang dibuang sekolah tidak keciciran ilmu serta apakah kelayakan pelajar untuk memasuki sekolah teknikal atau kemahiran.

8. PR-1323-L63400

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah kadar SAIDI di Sabah pada 2008-2014 (terkini), berbanding dengan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bilakah Kerajaan boleh mengurangkan SAIDI di Sabah selaras dengan Semenanjung Malaysia.

9. PR-1323-L65178

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Sekiranya ia telah diwartakan nyatakan jumlah tangkapan dan pencegahan telah dibuat oleh KDN dan berapakah bilangan mereka yang terlibat dan apakah denda/hukuman yang telah dikenakan.

10. PR-1323-L64026

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini pelaksanaan projek 1BestariNet, jumlah sekolah yang sudah dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi serta jumlah pelajar yang aktif menggunakan sistem tersebut.

11. PR-1323-L63718

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membesar dan menaiktarafkan hospital di pekan-pekan kecil khususnya bandar-bandar diraja seperti Kuala Kangsar memandangkan keperluan dan permintaan yang amat mendesak.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 3

12. PR-1323-L65051 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kos pembinaan dan infrastruktur bagi setiap satu lokap berpusat di seluruh negara kontraktor yang terlibat serta kelengkapan asas yang ada di situ.

13. PR-1323-L64227

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan

kesedaran masalah kanak-kanak Autisme di kalangan ibu bapa di luar bandar; dan

(b) apakah langkah yang diambil untuk memperluaskan

khidmat dan bantuan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak Autisme.

14. PR-1323-L64485

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan punca Universiti Johns Hopkins menamatkan kontrak dengan Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana, status terkini, berapa pelajar terlibat, biasiswa yang dibayar, jumlah yuran yang telah dibayar oleh Kerajaan dan adakah tindakan undang-undang terhadap atau diambil oleh Universiti Johns Hopkins.

15. PR-1323-L63345

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan statistik bilangan pelancong dari dalam dan luar Malaysia dan negara asal mereka yang melawat ke pulau-pulau peranginan di seluruh Malaysia pada tahun 2012 hingga terkini.

16. PR-1323-L64233

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil bagi menyekat sebaran pengaruh kumpulan Negara Islam di Iraq dan al-Sham (ISIS) dalam negara ini dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti ISIS.

17. PR-1323-L63991

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah dan strategi yang diambil bagi memperkenalkan industri Pelancongan Kesihatan di luar negara secara agresif sebagai sebuah industri pelancongan eksklusif dan bernilai tinggi yang dapat menyumbang pendapatan kepada Kerajaan dan pengusaha hospital tempatan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 4

18. PR-1323-L64388 Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) apakah peranan sebenarnya agensi seperti FAMA; dan (b) apakah langkah yang akan diambil oleh pihak

Kementerian untuk mengelak dakwaan FAMA menjadi pengganti orang tengah dengan membeli murah dan menjual mahal.

19. PR-1323-L63392

Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes judi haram yang telah dikesan dan diambil tindakan setiap tahun dan keberkesanan langkah-langkah yang telah di ambil oleh Kerajaan bagi menghapuskan masalah judi haram ini seperti judi cyber (monkey) dan lain-lain yang menjadi masalah besar di bandar dan pekan-pekan kecil di negara ini.

20. PR-1323-L64790

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan yang berkesan Kementerian dalam mengatasi kecetekan muara Sungai Kemasin yang dulunya menjadi tempat pendaratan utama ikan di kawasan Bachok. Berapakah kes kemalangan melibatkan bot nelayan akibat kecetekan dan anggaran kerugian semenjak tahun 2000 hingga kini.

21. PR-1323-L64638

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian dalam memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dalam bidang pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik serta sejauh manakah keberkesanan program-program ini.

22. PR-1323-L64714

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada hukuman mati di bawah Akta Dadah Berbahaya, 1952 telah pun berjaya untuk membanteras aktiviti-aktiviti pengedaran dadah dan nyatakan sama ada jumlah kes-kes pengedaran dadah telah pun meningkat sejak hukuman mati mandatori diperkenalkan di bawah Akta tersebut.

23. PR-1323-L63497

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai pelan pemulihan MAS yang dikemukakan Khazanah serta jumlah yang sudah dibelanjakan Kerajaan sejak mengambil alih MAS pada tahun 1995.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 5

24. PR-1323-L63777 Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana pencapaian atlet-atlet Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2014 berbanding sasaran yang diletakkan.

25. PR-1323-L65257

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada tahun hadapan pihak Parlimen Keningau boleh dibekalkan dengan perumahan PPR sebanyak 1,500 buah memandangkan bahawa pihak Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Keningau telah bercadang memohon 1,500 buah, ini berlandaskan permintaan pertambahan penduduk di kawasan pedalaman. Tahun dahulu kawasan ini telah diberi hanya 400 buah rumah PPR.

26. PR-1323-L64778 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan kaum Bumiputera dari sumber modal (income from capital) kerana majoriti kaum ini menerima pendapatan dari gaji yang kecil sahaja.

27. PR-1323-L63654

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan statistik penipuan dan pencurian identiti menerusi perbankan dalam talian yang menyebabkan kerugian yang besar kepada mangsa dan sejauh manakah pengguna mendapat jaminan bahawa data peribadi mereka tidak dibocorkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

28. PR-1323-L65281

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) sebab konsesi Lebuh Raya KIDEX diluluskan walaupun

ianya hanya dapat mengurangkan kesesakan trafik sebanyak 4% secara purata; dan

(b) sama ada pihak Kerajaan Negeri Selangor mempunyai

kuasa untuk menolak projek Lebuh Raya KIDEX. 29. PR-1323-L63859

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang telah dibuat bagi meningkatkan keupayaan sumber manusia dan kebolehpasaran graduan.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 6

30. PR-1323-L63335 Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan usaha-usaha diplomatik yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam memastikan Kerajaan Myanmar mengambil tanggungjawab yang sewajarnya dalam menangani masalah kezaliman atas kaum Rohingya di Myanmar.

31. PR-1323-L64383

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah tindakan Kerajaan bagi menghentikan kenyataan

berbaur perkauman yang dilakukan oleh mana-mana pihak, khususnya ISMA dan PERKASA. Nyatakan juga senarai nama mereka yang didakwa sejak 2012 hingga terkini; dan

(b) garis masa bagi pemansuhan Akta Hasutan, berdasarkan

janji Perdana Menteri pada 16 September 2012. 32. PR-1323-L65156

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan berkenaan penggunaan perkhidmatan teksi “Uber”

33. PR-1323-L64678

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah mekanisme Kerajaan memperkemaskan kerjasama antara agensi-agensi keselamatan dalam Pelan Penstrukturan Semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOMM).

34. PR-1323-L63721

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kedudukan permohonan untuk menyewa rumah pangsa/PPR DBKL dari pelbagai peringkat dan kategori yang masih belum ditawarkan rumah, unit rumah yang siap dan sedang dalam pembinaan serta kedudukan pembangunan semula di tapak-tapak perumahan sedia ada.

35. PR-1323-L65063

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah kes perdagangan manusia yang dilaporkan dan

didakwa di mahkamah sejak 2010 hingga 2014 dan tindakan yang diambil terhadap "traffickers"; dan

(b) perlindungan yang diberi kepada mangsa dan

pendekatan untuk mengatasi masalah ini.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 7

36. PR-1323-L64569 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci apakah jumlah pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengikut projek, jumlah hutang yang ditanggung serta prestasi pengurusan kewangan syarikat tersebut.

37. PR-1323-L63895

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini pencapaian hartanah Bumiputera oleh Pelaburan Hartanah Berhad sejak ia ditubuhkan dalam tahun 2006 dengan modal RM2 bilion.

38. PR-1323-L63614

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) keluasan pembukaan tanah-tanah baru oleh FELDA yang

dikendalikan oleh peneroka-peneroka baru selain daripada generasi kedua dalam masa 3 tahun terkini; dan

(b) jumlah peneroka-peneroka baru yang terlibat.

39. PR-1323-L65340

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa jumlah penumpang yang dikendalikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu dan berapakah kadar pertumbuhannya. Apakah terminal sedia ada mampu menanggung pertumbuhan itu.

40. PR-1323-L63868

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk menolong pesakit-pesakit Lysosomal Storage Diseases (LSD) kerana kos yang begitu tinggi untuk rawatan Enzyme Replacement Therapy (ERT).

41. PR-1323-L64208

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan pelupusan sisa pepejal dan sampah sarap di kawasan luar bandar tidak hanya dibuat melalui kaedah pembakaran secara terbuka.

42. PR-1323-L64805

Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk menaik taraf dan mengekalkan keindahan pantai-pantai di Sarawak khususnya di Bandaraya Miri.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 8

43. PR-1323-L63664 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kanak-kanak autisme yang telah direkodkan di negeri Terengganu serta jenis bantuan yang disediakan bagi kanak-kanak tersebut.

44. PR-1323-L63549

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah Kerajaan membelanjakan wang untuk projek inovasi, dan apakah contoh hasil inovasi yang dijual ke negara luar.

45. PR-1323-L63634

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang dasar serta perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan yang mengehadkan perniagaan import bahan-bahan terkawal secara monopoli.

46. PR-1323-L63470

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan menguatkuasakan Akta SOSMA 2012 ke seluruh negara untuk menangani ancaman-ancaman dari dalam negara dan luar negara.

47. PR-1323-L64922

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) apakah status dan perkembangan kerja pendalaman

muara sungai di Sungai Sibiyu (deepening work) danSungai Kemena (dredging work) yang telah sekian lama tertangguh; dan

(b) apakah pihak Kementerian mempunyai rancangan jangka

masa panjang yang teliti dan berkesan untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering kali melanda bandar Bintulu terutamanya selepas hujan lebat.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 9

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (4 November, 2014)

DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang

Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang

sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh

sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM

50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi

tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang

dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas

Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang

berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di

ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (4 November, 2014)

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (Pindaan) (No.2) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 10

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R 14/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan menukarkan pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM400 juta kepada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti bersamaan dengan Empat Ratus Juta (400,000,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014

11

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

“Kumpulan Wang Amanah Tabung Konservasi Sumber Asli Nasional”

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

“Kumpulan Wang Amanah Fi Jaminan”

14. PR-1323-U63530 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ketiadaan "Standby Generator" di Klinik Kesihatan Putatan telah menimbulkan banyak kerumitan kepada pengguna dan pengendali Klinik Kesihatan Putatan. Dan mengambil maklum juga, bahawa dengan kekerapan gangguan bekalan elektrik yang dihadapi oleh Negeri sabah pada ketika ini, ada kalanya klinik tersebut tidak dapat berfungsi sehingga beberapa jam sehari dan dikhuatiri akan mendatangkan kemudaratan dalam kes kecemasan. Dan mengambil maklum juga bahawa, para pengguna Klinik Kesihatan Putatan bukan sahaja yang datang daripada daerah Putatan tetapi juga dari kawasan berdekatan seperti Tanjung Aru, Kepayan, Petagas dan Kinarut. Dan mengambil maklum juga bahawa, selain keadaan gelap gelita dan kelam kabut ketika berlaku gangguan bekalan elektrik, ianya juga membuatkan rakyat mula merungut tentang mutu perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak Kementerian. Maka, bagi mengatasi masalah, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kementerian hendaklah memasang "Standby Generator Set" bagi Klinik Kesihatan Putatan."

[ Kementerian Kesihatan ]

15. PR-1323-U63531

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, gangguan bekalan elektrik di negeri Sabah kian menjadi-jadi di mana dikatakan daripada tahap teruk kepada tahap parah".

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 12

Dan mengambil maklum juga, bahawa setiap kali gangguan bekalan elektrik berlaku, terdapat banyak rungutan dari kalangan rakyat mengenai dengan kerugian daripada segi produktiviti, hasil dan juga kerosakan harta benda. Dan mengambil maklum juga bahawa setiap gangguan bekalan elektrik berlaku, wakil rakyat akan diburu dan dipersalahkan. Dan mengambil maklum juga bahawa, kenyataan demi kenyataan oleh pihak berwajib bahawa gangguan bekalan elektrik di negeri Sabah akan dapat diatasi tetapi sehingga kini gangguan bekalan elektrik tetap berlaku malah semakin kerap. Maka, demi untuk kesejahteraan rakyat, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kementerian mengambil satu tindakan yang drastik jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik di negeri Sabah. "

[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

16. PR-1323-U63540

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak seruan untuk membawa negeri Sabah dan Sarawak keluar daripada Persekutuan Malaysia. Dan mengambil maklum juga, bahawa seruan ini adalah kononya berikutan dengan ketidakpuasan hati segelintir rakyat di kedua-dua negeri ini mengenai dengan isu-isu seperti royalti minyak, tarikh kemerdekaan, pengagihan dana pembangunan serta status ekonomi Bumiputera Negeri Sabah dan Sarawak. Dan mengambil maklum juga bahawa, dalam kes negeri Sabah, Isu Pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing tanpa izin yang dikatakan dilengah-lengahkan serta kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negeri Sabah yang dikatakan telah menggugat keselamatan negara, telah memburukkan lagi keadaan. Dan juga mengambil maklum bahawa, sentimen Anti-Persekutuan dan sentimen Anti Sabah dan Sarawak yang dimainkan oleh segelintir pihak kini kian merebak dengan serius dan, ini kalau tidak ditangani dengan kadar segera akan menyebabkan kacau bilau dan menggugat keharmonian negara. Serta mengambil maklum juga bahawa, terdapat juga kenyataan-kenyataan pemimpin Kerajaan, NGO dan orang perseorangan yang dianggap kurang sensitif kepada perasaan penduduk negeri Sabah dan Sarawak. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab, sama ada dari pihak awam, NGO, pemimpin Kerajaan dan pembangkang agar sentimen Anti-Persekutuan serta anti Sabah dan Sarawak dapat dibendung. Kerajaan juga hendaklah bertindak untuk menutup mana-mana laman sosial yang telah dibuktikan terlibat dalam gegala ini."

[ Kementerian Dalam Negeri ]

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014

13

17. PR-1323-U63554 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, kemalangan yang melibatkan maut terutama sekali kenderaan awam kian meningkat kerana disebabkan oleh pemanduan laju. Dan mengambil maklum juga, bahawa kadar kemalangan ini meningkat terutama sekali dalam musim perayaan di mana para pengusaha dan pemandu kenderaan pengangkutan awam cuba memaksimumkan keuntungan dengan tanpa menghiraukan keselamatan penumpang. Dan mengambil maklum juga bahawa, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia menghadapi kekangan kekurangan tenaga anggota serta jarak untuk menguatkuasakan had laju. Dan mengambil maklum juga bahawa, kuasa pengguna (penumpang) kenderaan pengangkutan awam boleh membantu pihak berkuasa untuk menentukan had laju kenderaan yang mereka tumpang dengan menegur pemandu tersebut apabila mereka melepas had laju yang dibenarkan. Dan mengambil maklum juga bahawa pemasangan meter kelajuan kedua serta alat penggera di dalam kenderaan pengangkutan awam akan membolehkan para penumpang menyedari bahawa kenderaan yang mereka naiki telah melepasi had laju yang dibenarkan dan sekali gus menegur si pemandu tadi dan ini dapat mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Maka, bagi menangani masalah kemalangan yang disebabkan oleh pemanduan laju, dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, semua kenderaan pengangkutan awam hendaklah dipasang dengan meter kelajuan kedua dan alat penggera. "

[ Perdana Menteri ]

18. PR-1323-U63967

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan telah gagal untuk perhatin terhadap situasi pemerdagangan manusia dan mengambil tindakan dalam kes-kes pemerdagangan manusia sehingga Malaysia telah turun gred sehingga ke Tahap 3 (Tier 3) seperti yang dilaporkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2014 (Trafficking in Persons Report 2014 ). Dalam keadaan ini Dewan ini mengarah Perdana Menteri mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini dengan segera."

[ Kementerian Dalam Negeri ]

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014 14

19. PR-1323-U64509 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan dasar dan langkah untuk mencegah ekstremisme di Malaysia. "

[ Kementerian Dalam Negeri ]

20. PR-1323-U64511

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan dasar perubahan iklim."

[ Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 21. PR-1323-U65224

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis Di Raja Malaysia, keluarga si mati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga si mati semasa bedah siasat dijalankan"

[ Kementerian Dalam Negeri ]

22. PR-1323-U65226

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

[ Kementerian Pendidikan ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemenyatakan peranan dan tujuan program ... pelajar untuk memasuki ... apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah

AUM DR 5/11/2014

15

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2014

RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.94

ST.95

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Sukan Negara Bagi Tahun 2013. Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Majlis Sukan Negara Bagi Tahun 2013.

05 November 2014 05 November 2014

ST.96

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Malaysia Bagi Tahun 2013.

05 November 2014

ST.97 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia (IYRES) Bagi Tahun 2013.

05 November 2014

ST.98 Laporan Penyata Kewangan Perbadanan Padang Golf Subang Dari Tahun 2000 hingga 2013. ST.98 Golf Subang Bagi Tahun 2000 hingga 2013.

05 November 2014