malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · ramai pesawah telah mendapat manfaat dalam...

28
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 27 JUN 2012, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 35 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1252-L49754 Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah keberhasilan terkini Projek Agenda Kritikal bagi Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara fasa kedua yang telah bermula tahun lalu. 2. PR-1252-L49897 Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:- (a) berikan bilangan ladang-ladang getah yang telah dihentikan operasi dan ditukar status demi pembangunan; dan (b) berapakah jumlah pekerja-pekerja ladang getah yang terjejas akibat pembangunan sebegini dan apakah langkah- langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam memberi ganti rugi kewangan serta menangani masalah kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal mereka. 3. PR-1252-L49208 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:- (a) usaha atau pendekatan yang dibuat oleh pihak Kementerian untuk mendekati golongan belia untuk menjadikan pertanian adalah perniagaan seterusnya menjadikannya sebagai pekerjaan alternatif; dan (b) jenis-jenis program peningkatan hasil pertanian serta keberkesanannya terutama sekali di negeri Sabah dan Sarawak.

Upload: trandat

Post on 10-Aug-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 27 JUN 2012, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 35

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1252-L49754 Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah keberhasilan terkini Projek Agenda Kritikal bagi Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara fasa kedua yang telah bermula tahun lalu.

2. PR-1252-L49897 Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:- (a) berikan bilangan ladang-ladang getah yang telah dihentikan

operasi dan ditukar status demi pembangunan; dan (b) berapakah jumlah pekerja-pekerja ladang getah yang

terjejas akibat pembangunan sebegini dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam memberi ganti rugi kewangan serta menangani masalah kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal mereka.

3. PR-1252-L49208

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:- (a) usaha atau pendekatan yang dibuat oleh pihak Kementerian

untuk mendekati golongan belia untuk menjadikan pertanian adalah perniagaan seterusnya menjadikannya sebagai pekerjaan alternatif; dan

(b) jenis-jenis program peningkatan hasil pertanian serta

keberkesanannya terutama sekali di negeri Sabah dan Sarawak.

2 AUM DR 27/6/2012

4. PR-1252-L50198 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- (a) adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk

meluaskan bangunan Hospital Bukit Mertajam. Nyatakan bilakah projek pembinaan satu blok baru di Hospital Seberang Jaya akan dilaksanakan; dan

(b) kenapakah projek Klinik Bukit Minyak terbengkalai sejak

tahun 2010 dan apakah perkembangan terkini projek tersebut.

5. PR-1252-L50838

Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan penjelasan terperinci mengenai status projek-projek jalan raya di Hulu Selangor seperti berikut:- (a) Projek by-pass di antara Rawang dan Serendah, Projek

pelebaran Jalan Persekutuan FT 001 dari Rawang ke Tanjung Malim; dan

(b) Projek PLUS Interchange Sungai Buaya.

6. PR-1252-L49948 Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa ramai pesawah telah mendapat manfaat dalam program Insentif Peningkatan Hasil Padi mengikut pecahan negeri dan berapakah jumlah yang telah dibayar dan jumlah yang tertunggak, jika ada.

7. PR-1252-L49382 Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapakah Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengawal penggunaan Bahasa Inggeris yang dialih ejaan kepada Bahasa Melayu dan dilihat semakin berleluasa penggunaannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

8. PR-1252-L50822 Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah jalan dan nama-nama jalan kampung dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang perlu dibaik pulih tahun ini.

9. PR-1252-L49288 Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kedudukan permohonan untuk membina Klinik Kesihatan (Desa) di Kg. Kawiyan Ulu Sugut. Nyatakan juga masalah-masalah yang menyebabkan peruntukan untuk pelaksanaan tidak dapat diperolehi termasuk permohonan yang terdahulu di Kg. Tudan, Kg. Nawanon dan Kg. Keragasan.

AUM DR 27/6/2012 3

10. PR-1252-L49946 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan setelah tol baru Seremban siap dibina di kawasan Labu, Seremban, adakah pihak Kementerian masih lagi bercadang mengekalkan rumah tol yang sedia ada iaitu di susur keluar bandar Seremban dan susur Rasah/Port Dickson.

11. PR-1252-L49589 Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sambutan rakyat terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan Kerajaan. Bilakah sasaran tarikh ia boleh diperluaskan ke semua bandar utama di Sabah dan Sarawak.

12. PR-1252-L50340 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menghapuskan aktiviti kutipan bayaran di tapak letak kereta tanpa lesen di tapak lapang di luar pintu belakang Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan pada waktu malam di Jalan 22A/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.

13. PR-1252-L50841 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan Kolej Kemahiran Tinggi Mara yang menawarkan Diploma Kemahiran Teknikal kepada pelajar-pelajar kerana bersesuaian untuk penduduk Sarawak di kawasan Utara Sarawak. Graduan KKTM ini dijangka dapat mengisi peluang pekerjaan Industri Minyak di Miri dan SCORE di Samalaju, Bintulu hingga ke Tanjung Manis pada 5-10 tahun akan datang kerana Sibuti mempunyai tapak yang sesuai.

14. PR-1252-L50949

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa tiada pemasangan lampu jalan di lebuh raya persekutuan di Sabah, contohnya ke Beaufort, Tuaran, Kota Belud, Penampang, dan juga kawasan -kawasan lain.

15. PR-1252-L49977 Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir Bin Abdul Samad [ Johor Bahru ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah sekolah penerbangan yang telah ditutup semenjak tahun 2010 dan jumlah pelajar yang terlibat serta tindakan Kementerian memastikan pelajar-pelajar sekolah mendapat pembelaan sewajarnya.

16. PR-1252-L49831

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kelahiran anak tidak sah taraf yang berdaftar sejak tahun 2000 hingga 2011 dan apa penyelesaian Kerajaan untuk mengatasi masalah ini secara holistik.

4 AUM DR 27/6/2012

17. PR-1252-L50595 Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan projek pengerukan kapital (Capital Dredging) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010 bagi semua pelabuhan Persekutuan. Berapakah perbelanjaan dan ukuran dalamnya (draft) bagi setiap projek itu.

18. PR-1252-L50713

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa bidang tanah Kerajaan telah dijual atau kepada 1Malaysia Development Berhad, apakah keluasan dan lokasi tanah berkenaan, harga jualan (jika ada) dan terma-terma berkenaan pemberian atau penjualan tanah tersebut ke 1MDB.

19. PR-1252-L50088

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak yang semakin serius yang pada masa kini.

20. PR-1252-L49621

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa durian runtuh sebanyak RM 15,000 diberikan kepada semua peneroka dan tidak diberikan mengikut jumlah pelaburan saham peneroka dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF).

21. PR-1252-L50281 Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Hospital baru Mukah akan dibina.

22. PR-1252-L49961

Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan berapakah kedai, gerai dan kemudahan berniaga yang lain yang telah rosak akibat perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, perincikan kerugian fizikal yang ditanggung Kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Berapa pula nilai keuntungan yang diraih oleh peniaga pada hari tersebut, termasuk bilik-bilik hotel dan penginapan yang lain.

23. PR-1252-L50287

Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah drastik diambil oleh Kerajaan untuk mengembalikan minat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Inggeris khasnya pelajar-pelajar di luar bandar di mana setiap kali keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris baik UPSR, PMR dan SPM ia menunjukkan kemerosotan begitu ketara.

AUM DR 27/6/2012 5

24. PR-1252-L50405 Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peruntukan perundangan yang sedia ada dapat mengekang perkembangan budaya LGBT yang semakin menular dalam masyarakat dan apakah tindakan yang bakal diambil bagi mengatasinya.

25. PR-1252-L49323 Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah warga asing yang terlibat dan ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram (demonstrasi jalanan) di Malaysia sehingga kini dan apakah jenis hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah-pesalah warga asing ini.

26. PR-1252-L50492 Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan dan SPR terhadap tuntutan membersihkan daftar pemilih.

27. PR-1252-L50570 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian dalam menangani krisis kekurangan padi beras di negara kita.

28. PR-1252-L50528 Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah SPR tidak mempamerkan pemotongan nama pemilih bagi tempoh suku ketiga 2011 dan suku ke-4 2012. Adakah ia bermaksud tiada kematian di seluruh negara buat tempoh tersebut.

29. PR-1252-L50054 Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan khidmat Klinik Desa di Kinabatangan terutamanya di Kampung Lubukan, Kampung Inarad, Kampung Masaum, Kampung Alitang, Kampung Tundun Bohangin, Kampung Sri Ganda dan Kampung Dagat.

30. PR-1252-L49790 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menggantikan Majlis Peguam dengan Akademi Undang-Undang. Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya.

6 AUM DR 27/6/2012

31. PR-1252-L49648 Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah anak-anak gelandangan yang terdapat di seluruh negara mengikut pecahan negeri, apakah usaha membantu mereka termasuk dalam soal pendidikan misalnya dan bagaimana Kerajaan menanganinya.

32. PR-1252-L49665

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Permata Pintar Negara yang berjaya mendapat tempat di universiti tersohor seperti Johns Hopkins University, Brown University, Cambridge University, Oxford University, University of Michigan dan University of Wisconsin.

33. PR-1252-L50153 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil atas kenyataan Tan Sri Mahmood Bin Adam, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, mengumumkan untuk menerbitkan kad pengenalan untuk pelarian yang diluluskan oleh UNHCR pada Februari 2010 yang lalu.

34. PR-1252-L50052 Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan mutu hidup rakyat luar bandar termasuk kemudahan prasarana dan kemudahan rumah yang lebih selesa untuk penduduk luar bandar serta nyatakan jumlah rumah baru dan rumah dibaik pulih yang telah dilaksanakan melalui Program Bantuan Rumah (PBR) semenjak pelaksanaan NKRA 2010 lalu.

35. PR-1252-L50791 Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah usaha berterusan yang dilakukan oleh pihak Kementerian dalam 'membandarkan luar bandar' terutama perkara yang berkaitan dengan keperluan asas.

36. PR-1252-L49273 Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan semua aspek dan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh sektor perindustrian dan perkhidmatan swasta selepas pelaksanaan gaji minimum oleh Kerajaan:- (a) nyatakan usaha-usaha Kementerian untuk menyelaraskan

kesemua kesan-kesan yang akan timbul; dan (b) jangka masa skim gaji minimum dapat diterima oleh majikan

dan "Market Force".

AUM DR 27/6/2012 7

37. PR-1252-L50756 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bersedia untuk mengumumkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) supaya ia boleh ditambahbaikan dan memperincikan penambahbaikan yang telah dijalankan sejak Laporan Suruhanjaya Diraja Dzaiddin diumumkan pada Mei 2005.

38. PR-1252-L50219 Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) berapa peratuskah pengurangan individu yang muflis hasil

daripada peningkatan had muflis dari RM30 ribu kepada RM50 ribu; dan

(b) apakah tatacara dan hasrat Kerajaan untuk menarik balik

mereka yang telah diisytiharkan muflis pada had RM30 ribu.

39. PR-1252-L50102 Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan PTPTN serta nilainya bagi setiap tahun dalam tempoh sejak 1998 hingga 2012.

40. PR-1252-L50806 Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kualiti sarikata Bahasa Melayu yang lemah telah digunakan dalam saluran ASTRO dan apakah tindakan lanjut yang boleh diambil oleh Kementerian dalam hal ini.

41. PR-1252-L50234 Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula syarat kelayakan dan jumlah Peruntukan Bantuan Pelajaran kepada anak-anak pegawai-pegawai Kerajaan yang bertugas secara rasmi di luar negara.

42. PR-1252-L49228 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan IPTS termasuk kolej dan kolej universiti yang menyediakan kursus peringkat diploma dan ijazah, di negara kita. Berapakah jumlah bilangan pelajar di setiap peringkat pelajaran tersebut dan bagaimanakah Kementerian memantau dan memastikan jenis serta mutu latihan yang dibekalkan memenuhi keperluan menyeluruh pembangunan negara.

8 AUM DR 27/6/2012

43. PR-1252-L49215 Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) perancangan Khazanah dan PNB untuk melupuskan

pegangan mereka ke atas beberapa syarikat yang bukan teras untuk diambil alih oleh syarikat Bumiputera; dan

(b) adakah Kementerian yakin langkah ini berpotensi

meningkatkan pemilikan ekuiti di kalangan pelabur Bumiputera.

44. PR-1252-L50068

Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bolehkah Kementerian menjangka sebarang akibat buruk di masa hadapan bilamana tangga gaji penjawat awam diselaraskan kepada RM900 paling minimum.

45. PR-1252-L49699 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status jawatan pengerusi FELDA sama ada bertaraf tetap atau kontrak. Sekiranya kontrak, apakah tempoh kontrak tersebut.

46. PR-1252-L49858

Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah cara Kementerian mengenalpasti peruntukan untuk penambahbaikan dan pembinaan sekolah baru dibuat untuk setiap tahun.

47. PR-1252-L50810 Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan Kementerian mempunyai dana untuk membantu usahawan-usahawan SME menyertai ekspo-ekspo dan seminar di luar negara bagi tujuan menembusi pasaran, soalnya adakah MITI juga sanggup membantu usahawan-usahawan Malaysia yang mula bertapak dalam sektor knowledge-based research services, iaitu satu sektor yang mempunyai nilai tambah dan technical skills yang tinggi.

48. PR-1252-L49907 Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah ibu pejabat polis Klang Utara yang kini menduduki premis kedai sewa akan dinaik taraf ke premis sendiri.

49. PR-1252-L50131 Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kerugian yang dialami oleh pengusaha-pengusaha burung walit akibat larangan pengimportan oleh Negara China dan berapakah jumlah hasil burung walit yang diseludup masuk ke Negara China setiap tahun.

AUM DR 27/6/2012 9

50. PR-1252-L49356 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah terkini golongan muda yang baru bekerja untuk memiliki rumah sendiri menerusi Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan sejak Mac 2011.

51. PR-1252-L50161 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes culik di seluruh negara pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan enam bulan pertama tahun 2012.

52. PR-1252-L49723 Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :- (a) pencapaian NKRA Kementerian sehingga kini; dan (b) minta Kementerian menyatakan kedudukan rancangan

Pembinaan Jalan Sambungan daripada Kg Luat Lenggong Ke Intan Suraya Sungai Siput yang tertangguh sehingga kini.

53. PR-1252-L49811

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan akan membuat pemantauan dan operasi berterusan untuk menghapuskan pusat-pusat judi siber di pekan Limbang yang kecil itu.

54. PR-1252-L49815

Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan minat membaca di kalangan penduduk negara ini sesuai dengan langkah ke arah status negara maju.

55. PR-1252-L49846 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan siasatan dan tindakan yang telah diambil terhadap anggota-anggota polis yang berlaku biadap dan ganas terhadap wartawan ketika Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012.

56. PR-1252-L50072 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang telah pun mengadakan upacara sembahyang kematian di hadapan rumah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 10.05.2012 dan sekiranya tidak, kenapa.

10 AUM DR 27/6/2012

57. PR-1252-L49569 Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) rizab minyak dan gas di Sarawak, sama ada terdapat

penemuan baru dan cara perkongsian antara negeri Sarawak dan Petronas terhadap eksploitasi rizab baru ini; dan

(b) jumlah rakyat asing berbanding penduduk tempatan yang

bekerja dalam industri minyak di Sarawak. 58. PR-1252-L49545

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimana saham-saham IPO Bumiputera diberikan kepada individu-individu dan syarikat-syarikat, status pegangan Bumiputera dalam korporat dan bagaimana pegangan tersebut dikira.

59. PR-1252-L50899 Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan setakat mana industri kraftangan Sabah diketengahkan di pasaran antarabangsa dan apakah strategi-strategi yang diambil oleh Kementerian dalam membantu pelancongan Sabah di mata dunia.

60. PR-1252-L50253 Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status kajian skim gaji baru perkhidmatan awam yang akan menggantikan SBPA yang telah dibatalkan.

61. PR-1252-L50276 Datuk Wira Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pencapaian tahap keselamatan Oil And Gas Malaysia (Petronas) sehingga berlaku kemalangan nyawa dan kecederaan kepada pekerja-pekerja di loji syarikat itu pada 10 Mei 2012.

62. PR-1252-L50525 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana maklumat geografi Malaysia yang ada dalam peta Google menjamin keselamatan negara dan rakyat.

63. PR-1252-L50560 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- (a) berapakah jumlah penerbangan terus (direct flight) bagi

laluan Bintulu-Kuching-Bintulu setiap hari; dan

AUM DR 27/6/2012 11

(b) adakah Kementerian menyedari tentang rungutan pengguna termasuk pelabur asing dan peniaga mengenai keperluan untuk menambah penerbangan terus bagi laluan tersebut dan apakah penyelesaiannya.

64. PR-1252-L50735

Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan terkini untuk mengubah Seksyen Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 supaya ibu bapa akan terus menanggung kos kehidupan dan pendidikan anak mereka sampai umur 21 tahun selepas penceraian.

65. PR-1252-L50881 Tuan Gobalakrishnan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada peruntukan khas disediakan bagi memperbaiki sistem saliran di kawasan kawasan yang sering dilanda masalah banjir. Apakah pelan tindakan yang telah dirangka oleh Kementerian bagi menangani isu banjir di kawasan Padang Serai dan Kulim.

66. PR-1252-L50459 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah dilaksanakan audit prestasi terhadap sistem-sistem perisian komputer yang dibeli oleh Kerajaan untuk kegunaan sektor awam, jika ada mengapa laporan audit prestasi itu tidak dibentangkan di Parlimen.

67. PR-1252-L50331 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan sebenar penggunaan teknologi maklumat yang digunakan dalam urusan jabatan Kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Jelaskan aplikasi baru yang sedang dirancang dan sejauh manakah kadar penembusan.

68. PR-1252-L50664 Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah dan nilai Pelaburan Terus Asing (FDI) ke negara ini dari tahun 2009 hingga Mei 2012, dan nyatakan sektor apakah yang menjadi peneraju serta menerima pelaburan yang terbanyak.

69. PR-1252-L50477 Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyatakan bantahan rasmi terhadap kenyataan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama berkaitan sokongan beliau terhadap perkahwinan sejenis.

12 AUM DR 27/6/2012

70. PR-1252-L50716 Tuan Sivarasa a/l K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah niat Kerajaan apabila Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) (No.2) 2012 yang diwartakan pada 27 April 2012 tidak mengandungi peruntukan nyata untuk pastikan kaedah membuang undi awal adalah diperhatikan dan telus seperti pembuangan undi biasa.

71. PR-1252-L50765 Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Kementerian tidak menyediakan buku-buku untuk KAFA kepada murid-murid untuk belajar.

72. PR-1252-L50348 Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha Kerajaan Persekutuan dalam membantu Program Tahun Melawat Kelantan 2012.

73. PR-1252-L50607 Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah rumah yang tidak dapat dijual mengikut kategori rumah dan negeri. Apakah usaha terbaru Kerajaan untuk memastikan semua rakyat memiliki rumah.

74. PR-1252-L49410 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- (a) jumlah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

sehingga Fasa 8; dan (b) jumlah penerima yang belum tuntut dan cara untuk

menyelesaikan masalah ini.

75. PR-1252-L50384 Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah dari jaminan hutang 'Contingent Liabilities' oleh Badan-badan berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) yang akhirnya terpaksa dibayar oleh Kerajaan Pusat kerana tidak dibayar oleh peminjam-peminjam GLCs yang menghadapi masalah kewangan.

76. PR-1252-L50144 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:- (a) senarai dengan jelas bidang kuasa yang dimiliki oleh panel

penyiasatan insiden kekasaran pihak polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0; dan

AUM DR 27/6/2012 13

(b) berapa jumlah anggota polis yang dikenal pasti melakukan kesalahan semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

77. PR-1252-L49378

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan demi ketelusan, mengumumkan butiran lengkap mengenai semua tadika/tabika dan anak-anak Malaysia, termasuk kategori kaum, yang telah dimanfaatkan dalam Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA yang telah diberi peruntukan sebanyak RM110 juta dalam Belanjawan 2011 dan 2012.

78. PR-1252-L50516 Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah program yang dilakukan untuk mengelak julat perbezaan dalam pendapatan (inequalities) dalam usaha meningkatkan pendapatan per-kapita negara.

79. PR-1252-L49331 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa ada perjanjian Syarikat Penerbangan AirAsia dengan pelanggan yang membolehkan pihak syarikat penerbangan AirAsia menangguhkan penerbangan sedangkan pelanggan yang akan menanggung kerugian tersebut.

80. PR-1252-L49983 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bila keadaan gangguan bekalan elektrik di Sabah dapat dipulihkan sepenuhnya.

81. PR-1252-L50691 Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah cadangan penyelesaian Kerajaan bagi mengatasi jumlah pengangguran jururawat terlatih kesan daripada jumlah penawaran yang jauh melebihi permintaan khususnya yang dilatih oleh IPTS.

82. PR-1252-L49509 Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyakkah setiap MP telah diberi peruntukan bagi setiap Kawasan Parlimen. Beri pecahan untuk Ipoh Barat bagi tahun 2004, tahun 2012 dan senaraikan dengan terperinci untuk siapa dan projek-projek dan wang yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

83. PR-1252-L49254 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar mengikut kaum yang dapat keputusan cemerlang dikecualikan daripada bayaran balik pinjaman JPA/PTPTN/MARA.

14 AUM DR 27/6/2012

84. PR-1252-L50317 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai 10 syarikat terbesar dalam sektor kesihatan mengikut bilangan katil hospital mereka. Senaraikan bilangan katil yang dipunyai oleh tiap syarikat ini.

85. PR-1252-L49282

Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kenaikan kebankrapan terkini di kalangan individu, usahawan dan syarikat dan adakah ia boleh menjejaskan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi, Model Ekonomi Baru dan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

86. PR-1252-L50622 Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:- (a) pihak Kementerian bersedia untuk mengkaji waktu

persekolahan sekolah rendah dan sekolah menengah agar selari dengan waktu kerja pejabat kerana ia boleh membantu dalam menyumbang masalah penjagaan anak-anak bagi ibu bapa yang bekerja; dan

(b) berapa banyakkah sekolah-sekolah yang masih

mengadakan dua sesi persekolahan.

87. PR-1252-L50201 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana Bumiputera dan Melayu menggunakan perkhidmatan Bank Islam sama ada dalam bentuk simpanan dan transaksi lain. Apakah matlamat penubuhan Bank Islam sudah tercapai dan bagaimana pula sambutan dari rakyat bukan Islam.

88. PR-1252-L50681 Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apa sebenarnya konsep sistem pendidikan atau pelajaran 'from cradle to career' dari Negara United States (US) sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk bakal digunapakai di Malaysia.

89. PR-1252-L49938 Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rancangan Kementerian meluluskan dan melebarkan bahu jalan dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Jambatan Jakar, Sarikei sedangkan status sepanjang jalan raya (Lebuhraya Pan Borneo) adalah bahaya. Nyatakan juga jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk menambahbaikkan sepanjang jalan ini sahaja dari tahun 2008 hingga sekarang.

AUM DR 27/6/2012 15

90. PR-1252-L49693 Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menetapkan gaji minimum untuk profesional sektor swasta seperti jurutera mekanikal, elektrik dan sivil yang dibayar gaji hanya RM2,000.00 sebulan berbanding jurutera di sektor Kerajaan yang dibayar gaji minimum RM2,800.00 sebulan.

91. PR-1252-L49775 Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah jemaah haji yang menunaikan fardhu haji pada tahun 2011 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

92. PR-1252-L50307 Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek-projek Northern Corridor Economic Region (NCER) yang dijalankan di Langkawi yang memberi manfaat terus kepada penduduk tempatan. Nyatakan bilangan projek dan jumlah penduduk yang terlibat serta jumlah kosnya.

93. PR-1252-L49434 Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengenai pemberian komputer 1Malaysia sejak tahun 2011:- (a) jumlah yang telah rosak, dikembalikan semula dan bilangan

yang telah digantikan; dan (b) jumlah yang dijual kepada pihak lain, serta langkah yang

telah diambil.

94. PR-1252-L50015 Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah jawatan kepada penasihat NCER diwujudkan dan adakah jawatan tersebut bergaji dan mendapat kemudahan lain seperti pejabat, staff dan kenderaan. Jika ya, sila beri butir-butir berkaitan. Apakah tugas dan tanggungjawab penasihat NCER ini.

95. PR-1252-L50430 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah bagi memastikan harga barang makanan utama tidak dinaikkan dengan sewenangnya oleh pembekal dan peruncit.

96. PR-1252-L50998 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:- (a) adakah benar dilaporkan sejumlah satu juta komputer

1Malaysia telah rosak dan ada yang tidak dapat berfungsi semasa diagihkan kepada pelajar; dan

16 AUM DR 27/6/2012

(b) berapa jumlah komputer yang telah digantikan dan berapa

kos terlibat sejak program ini dilaksanakan.

97. PR-1252-L50380 Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan peranan Kementerian dalam membantu menaikkan taraf hidup petani mengatasi masalah kenaikan input pertanian kebelakangan ini.

98. PR-1252-L50235 Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci berkenaan penempatan baru yang akan dibina untuk mereka yang terlibat dengan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang serta siapakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk membiayai kos pembinaan infrastruktur dan pasaran di penempatan tersebut seperti sekolah, surau, masjid, hospital dan sebagainya.

99. PR-1252-L49885 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan 1MDB.

100. PR-1252-L51008 Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan dan bila penaiktarafan Hospital Daerah Balik Pulau nak dibuat dengan mengambil kira keperluan semasa dan penambahan penduduk di situ.

101. PR-1252-L50018 Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kenapa peruntukan kewangan yang telah diluluskan untuk projek naik taraf pengairan pertanian Sg. Manik sebanyak RM130 juta tidak dikeluarkan sepenuhnya sehingga menyebabkan projek tersebut tidak dapat diteruskan sehingga siap mengikut jadual.

102. PR-1252-L50300

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) status terkini Pengarah Besar Felda Dato' Zulkifli Abdul

Wahab yang dicutikan oleh Perdana Menteri; dan (b) mengapakah beliau tidak dilibatkan secara langsung dalam

usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad dengan menganggotai mana-mana jawatankuasa atau lembaga pengarah FGVHB.

AUM DR 27/6/2012 17

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kesihatan

* Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 ______________________________________________________________ * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan di bawa pada semua

peringkat di mesyuarat ini.

18 AUM DR 27/6/2012

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (18 Jun, 2012) [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

2. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 26/2012)

Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ]

4. (D.R. 29/2012)

Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [ Menteri Pengangkutan ]

5. (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francais (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan :

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 300,000,000 unit saham biasa Academic Medical Centre Sdn Bhd pada nilai RM0.50 bagi satu unit saham”. (Menteri Kewangan)

7. PR-1252-U49220

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pelbagai program tajaan kerajaan seperti program 1Azam, telah banyak memberikan manfaat kepada rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan disenaraikan dalam senarai e-kasih.

AUM DR 27/6/2012 19

Program eredikasi kemiskinan ini telah melangkau jauh dalam meningkatkan ekonomi masyarakat terutama sekali masyarakat luar bandar".Dan mengambil maklum bahawa senarai e-kasih yang ada pada ketika ini hanya mendaftarkan kebanyakkannya, ketua isi rumah tetapi tidak mendaftarkan isi rumah, misalnya anak-anak mereka. Dan mengambil maklum bahawa, satu daripada syarat utama untuk memohon untuk mengikuti program 1Azam, pemohon hendaklah dari kalangan mereka yang telah didaftarkan dalam senarai e-kasih. Dan mengambil maklum juga bahawa faktor-faktor ini telah menghadkan peluang-peluang bagi isi rumah senarai e-kasih, bagi mengikuti program eredikasi kemiskinan tajaan Kerajaan seperti program 1Azam. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan agar dapat memberikan kelonggaran syarat kemasukan bagi program erediksi kemiskinan tajaan Kerajaan, misalnya program 1Azam, agar kumpulan sasar ini dapat mengikuti program tersebut dan sekali gus merealisasikan hasrat Kerajaan menjadikan negara sifar kemiskinan menjelang tahun 2020. "

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

8. PR-1252-U49224 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa daripada 10 kawasan pemuliharaan utama (Priority Conservation Area-PCA) yang terdapat dalam kawasan Rantau-ECO Marin (Marine Ecoregion) di Lautan Sulu dan Lautan Suluwesi, 3 kawasan yang dimaksudkan terletak di negeri Sabah yang dilabelkan sebagai kawasan merah, yakni kawasan yang terkaya dengan kepelbagaian hidupan marin"Dan mengambil maklum bahawa, antara lain kepelbagaian hidupan marin ini adalah merangkumi 3500 spesis ikan, terumbu karang, 7 spesis penyu, dolphine dan paus. Dan mengambil maklum bahawa Taman Marin Tun Mustapha di Banggi Kudat, Trusan Kinabatangan, di Sandakan dan Darvel Bay di Tawau merupakan nadi utama hidupan dan ekosistem marin di negara ini. Dan mengambil maklum bahawa, aktiviti perikanan dan ekonomi telah secara perlahan mengancam kepelbagaian ekomarin ini dan memerlukan usaha konkrit untuk pemuliharaan dan penjagaan. Maka Dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, untuk menjadikan ketiga-tiga kawasan ini sebagai kawasan pemuliharaan bagi melindungi sistem eko dan bio marin kawasan ini." (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

9. PR-1252-U50665

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini memperbincangkan langkah-langkah dan peruntukan tahunan yang diperlu untuk memastikan keselamatan negara. Bahawa Dewan juga memperbahaskan cara-cara yang diperlukan untuk menentukan langkah-langkah tersebut tidak boleh disalahgunakan." (Menteri Dalam Negeri)

20 AUM DR 27/6/2012

10. PR-1252-U50666 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendiskusikan keadaan dadah di Malaysia termasuk matlamat untuk mencapai tahap bebas dadah pada 2015. Bahawa Dewan juga mendebatkan kaedah yang berkesan untuk membanteraskan wabak dadah di negara ini." (Menteri Dalam Negeri)

11. PR-1252-U49764 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan dan menetapkan dengan seriusnya mengenai ketetapan rakyat khasnya di Sabah agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan dengan pengeluaran dokumen kerakyatan Malaysia kepada rakyat-rakyat asing yang bermastautin di Sabah secara berleluasa sehingga telah mengakibatkan pertambahan penduduk yang begitu tinggi dengan kadar mencecah 390% dalam masa 40 tahun (1970-2010) demi kedaulatan Negara" (Perdana Menteri)

12. PR-1252-U49765

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincang dan menetapkan supaya harga runcit barangan keperluan harian dapat diseragamkan agar semua rakyat mendapat manfaat konsep 1Malaysia tanpa ada perbezaan baik di Wilayah Persekutuan mahupun di negeri-negeri. Sayugia, dengan keadaan yang ada pada masa kini, jelas tidak mencerminkan keseragaman taraf hidup yang sama rata dengan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian bersama diutamakan." (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

13. PR-1252-U49766

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincang dengan seriusnya supaya kelulusan senantiasa diutamakan dalam semua bidang pelaksanaan serta pendapatan khasnya kepada pemimpin atasan memandangkan terlalu rendah kepada rakyat biasa dan golongan sederhana. Perbezaan ruang yang jauh ketara dalam kedudukan pemimpin dengan pendapatan tinggi dapat dilihat jurang perbezaannya maka hal ini haruslah diguna sebagai kayu ukuran taraf kehidupan seseorang." (Perdana Menteri)

AUM DR 27/6/2012 21

14. PR-1252-U49895 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Pilihanraya Kerajaan Tempatan hendaklah dipulihkan semula bagi melengkapi sistem demokrasi di Malaysia dan mengembalikan hak rakyat untuk memilih perwakilan sendiri dalam Kerajaan Tempatan". (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

15. PR-1252-U49523

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa gaji minima untuk setiap pekerja patut dan tidak boleh kurang dari RM1,100 setiap bulan dan Kementerian Sumber Manusia perlu implemantiskannya dengan kadar segera." (Menteri Sumber Manusia)

16. PR-1252-U49458

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengaji semula kadar bayaran insuran ke atas kenderaan motorsikal yang sedia ada bagi meringankan beban hidup masyarakat terutamanya di luar bandar kerana motorsikal merupakah sesuatu kemudahan yang diperlukan."

(Menteri Kewangan)

17. PR-1252-U49459

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini minta mengkaji semula dasar Pasar Larut Malam dan lain aktiviti dalam usaha mengekalkan keperluan tubuh manusia yang memerlukan waktu malam untuk beristirehat dan siang hari bekerja." (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

18. PR-1252-U49460

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini minta mengadakan satu mekanisme untuk menghalang warga bukan negara dari menikmati subsidi ke atas barangan seperti beras, gula, minyak masak dan bahan api."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

22 AUM DR 27/6/2012

19. PR-1252-U49461 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta pihak pengendali Touch & Go mengadakan lorong tambahnilai di laluan Plaza Tol bagi kemudahkan pengguna tanpa ke pejabat atau agen Stesyen Minyak. Melalui agen dikenakan caj 50 sen bagi setiap top-up manakala di pejabat pula menyusahkan pengguna."

(Menteri Kerja Raya)

20. PR-1252-U49972

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat membahaskan adakah kandungan dan kualiti alat solek/kosmetik serta pil-pil pelangsingan badan yang pelbagai jenama dari dalam dan luar negara yang dijual di pasaran kini diluluskan oleh pihak berkuasa". (Menteri Kesihatan)

21. PR-1252-U49973

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membahaskan sejauh manakah berkesannya kempen hari Sabtu Tanpa Beg Plastik di pasaraya-pasaraya terhadap pengurangan penggunaan beg plastik dan kesedaran orang ramai untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang mengakibatkan ancaman terhadap alam sekitar". (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

22. PR-1252-U49974 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan untuk memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum untuk menjawat jawatan di dalam sektor awam untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan."

(Perdana Menteri)

AUM DR 27/6/2012 23

23. PR-1252-U49976 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengadakan satu mata pelajaran tambahan di sekolah yang mengajar mengenai agama, adat istiadat, budaya serta cara hidup semua kaum di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya dapat memupuk rasa saling hormat menghormati antara kaum dan isu-isu perkauman dapat dihindari." (Menteri Pelajaran)

24. PR-1252-U49978

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat meminta Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan Wifi di seluruh negara dengan harga yang rendah atau berpatutan supaya semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dapat menggunakan internet dan menambahkan pengetahuan mereka." (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

25. PR-1252-U49979

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan mendesak pengusaha-pengusaha stesen minyak untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan menbekalkan gas bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan gas bagi kenderaan mereka yang mana ini dapat mengurangkan pencemaran udara dan menjimatkan." (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

26. PR-1252-U49982

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan bahawa kesemua rakyat yang mempunyai kad OKU (Orang Kurang Upaya) boleh mendapatkan bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat secara automatik dan limit minima bantuan kewangan dapat ditambah kepada RM 500 sebulan memandangkan kosa sara hidup yang semakin hari semakin meningkat."

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

24 AUM DR 27/6/2012

27. PR-1252-U49987 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat meminta Kerajaan untuk menubuhkan kursus atau kelas khas bagi ahli-ahli sukan di negara ini untuk mendidik mereka berintegriti, mempunyai nilai budaya yang tinggi, mempunyai semangat patriotik, kesukanan dan tanggungjawab untuk membasmi isu rasuah sukan." (Menteri Belia dan Sukan)

28. PR-1252-U49989

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membahaskan cara-cara untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu perubahan iklim dan pemanasan global dan cara-cara untuk mengatasinya serta kesannya terhadap alam sekitar dan kehidupan." (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

29. PR-1252-U49993

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan kehadiran pekerja asing di negara ini memandangkan gaji minima sekarang adalah RM 900 dan warga Malaysia sanggup bekerja dengan gaji minima tersebut. Kehadiran pekerja asing kini tidak terkawal menyebabkan peluang pekerjaan warga tempatan tergugat dan masalah sosial dan jenayah oleh pekerja asing meningkat." (Menteri Sumber Manusia)

30. PR-1252-U50790

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh MINDEF, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara sebagai syarat untuk meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." (Menteri Pertahanan)

AUM DR 27/6/2012 25

31. PR-1252-U49264 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan melarang anasir/golongan yang mengamalkan ajaran sesat, budaya, amalan serta tabiat songsang daripada menjadi ahli Dewan Rakyat:

1. Sebagai negara Islam yang mengamalkan nilai-nilai murni sudah tiba

masanya Perlembagaan negara kita diperkukuhkan lagi demi masa depan anak-anak kita.

2. Ancaman budaya songsang adalah benar dan nyata. Jika dilihat di

beberapa negara Barat, golongan yang mengamalkan budaya songsang telah menerap masuk ke dalam sistem pentadbiran negara dan mencorak dasar Kerajaan.

3. Mungkin sudah ada masyarakat Barat yang sanggup dipimpin oleh

golongan gay atau lesbian tetapi apakah kita di Malaysia sanggup. 4. Saya mencadangkan agar ahli Dewan Rakyat memandang serius

ancaman budaya songsang ini dan membuat ketetapan serta apa-apa pindaan undang-undang yang perlu untuk melarang anak-anak kita daripada dilanda musibah di masa hadapan.

5. Saya tidak ingin merujuk pada mana-mana individu, yang hidup

ataupun yang belum mati, tetapi kita tidak boleh membiarkan Dewan Rakyat yang mulia dicemarkan golongan yang songsang.

6. Saya pasti bukan saja Islam, malah semua agama yang diiktiraf di

dunia ini melarang amalan-amalan songsang yang diterma sebagai - LGBT .

7. LGBT adalah ancaman kepada masyarakat Malaysia yang beragama

dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang diwarisi turun-temurun. 8. Saya pasti tidak ada satu pun bangsa di dalam negara kita ini yang

ingin dipimpin oleh golongan songsang ini. 9. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota Dewan Rakyat, yang

dipilih rakyat untuk menjaga kepentingan masyarakat serta keselamatan negara ini, menyokong usul untuk memperkukuhkan teras kita sebagai sebuah negara yang bertamadun. "

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

26 AUM DR 27/6/2012

32. PR-1252-U50169 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 dimana Negara-negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut." (Menteri Luar Negeri)

33. PR-1252-U50171

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)." (Menteri Sumber Manusia)

34. PR-1252-U50172

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siasatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai pelantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalah gunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar Suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi." (Perdana Menteri)

AUM DR 27/6/2012 27

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN RAKYAT)

TAHUN 2012

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.38 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih) (Pindaan) 2012

27 Jun 2012

ST.39 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) (No.2) 2012

27 Jun 2012

ST.40 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) (Pindaan) 2012

27 Jun 2012

ST.44 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Bagi Tahun 2011

27 Jun 2012

CMD.6 Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bagi Tahun 2011

27 Jun 2012

28 AUM DR 27/6/2012

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 2.

27.6.2012 (Rabu) 27.6.2012 (Rabu)

1. 2.

YB Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

1. 2.

Undang-undang Kita Menganiayakan Pekerja Migran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Digesa Menggubal Undang-undang Kampung Persaraan ataupun Retirement Village Act di Malaysia

1. 2.

YB Menteri Dalam Negeri YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat