malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … isnin 7 julai 2008.pdf · tuan wee choo keong [...

29
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 7 JULAI 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 27 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1212-L13490 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana peranan Padi beras Nasional Berhad (Bernas) membantu pesawah tempatan khususnya dalam soal menentukan harga padi semasa. 2. PR-1212-L13791 Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) perbelanjaan yang telah digunakan bagi pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) semenjak mula dilancarkan sehinggalah sekarang; dan (b) pendirian Kerajaan terhadap Petroleum Development Act yang tidak mewajibkan Petronas, salah satu penyumbang terbesar dana negara, untuk mendedahkan laporan perbelanjaan kewangannya kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tetapi hanya mendedahkan laporan perbelanjaan kewangannya kepada YAB Perdana Menteri. 3. PR-1212-L14233 Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di Kota Kinabalu yang dibina dengan mutu kerja yang tidak bermutu akan diperbetulkan kembali supaya tidak membahayakan kakitangan yang bekerja di situ dan juga orang awam.

Upload: vuongthien

Post on 16-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 7 JULAI 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 27

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1212-L13490 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana peranan Padi beras Nasional Berhad (Bernas) membantu pesawah tempatan khususnya dalam soal menentukan harga padi semasa.

2. PR-1212-L13791

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) perbelanjaan yang telah digunakan bagi pelaksanaan Pelan

Integriti Nasional (PIN) semenjak mula dilancarkan sehinggalah sekarang; dan

(b) pendirian Kerajaan terhadap Petroleum Development Act yang

tidak mewajibkan Petronas, salah satu penyumbang terbesar dana negara, untuk mendedahkan laporan perbelanjaan kewangannya kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tetapi hanya mendedahkan laporan perbelanjaan kewangannya kepada YAB Perdana Menteri.

3. PR-1212-L14233

Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di Kota Kinabalu yang dibina dengan mutu kerja yang tidak bermutu akan diperbetulkan kembali supaya tidak membahayakan kakitangan yang bekerja di situ dan juga orang awam.

AUM DR 7/7/2008

2

4. PR-1212-L13821 Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang bakal diambil oleh pihak Kerajaan terhadap pembakaran hutan secara terbuka (open burning) yang berlaku setiap tahun di Sumatera, di mana ianya telah menyebabkan kejadian jerebu di ruang udara Malaysia dan mengancam kesihatan kita.

5. PR-1212-L13143

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pembesaran lapangan terbang sedia ada di Lahad Datu akan dilaksanakan, memandangkan selain lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang domestik utama, projek pembesaran ini juga penting untuk menyokong aktiviti POIC, akuakultur dan perkembangan pelancongan yang bertambah pesat.

6. PR-1212-L13916

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN minta menyatakan sama ada beliau sedar bahawa penguatkuasaan polis terhadap pengurusan kafe siber dan pusat Internet telah membuka jalan untuk amalan korupsi dan apakah Kerajaan bercadang untuk mengawal operasi kafe siber dan pusat Internet dan menggubal undang-undang yang bersesuaian.

7. PR-1212-L13997

Datuk Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status dasar penetapan laluan kapal yang khusus untuk memasuki perairan pantai timur negeri Sabah yang diumumkan oleh Kerajaan beberapa tahun lalu bagi mengawal kegiatan penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Sabah.

8. PR-1212-L13245

Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji semula (review) Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) Empangan Kelau memandangkan impak negatif perubahan iklim (Climate Change) ke atas corak penurunan hujan, suhu dan lain-lain.

9. PR-1212-L13162

Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Sekolah Kebangsaan Pekan Lubok Antu yang baru akan dibina sedangkan keadaan bangunan sekolah yang ada sekarang amatlah daif dan boleh mengancam keselamatan murid-murid.

10. PR-1212-L13963

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rasional dan alasan Kerajaan untuk tidak mempergiatkan kembali penghasilan beras di tanah-tanah sawah yang terbiar di negeri-negeri pengeluar padi tradisional seperti Kedah dan Selangor tetapi bercadang untuk membuka kawasan penanaman padi baru di Sarawak di mana ia melibatkan kos yang lebih tinggi.

AUM DR 7/7/2008

3

11. PR-1212-L13484 Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status permohonan memasukkan seluruh daerah Hulu Terengganu ke dalam wilayah KETENGAH.

12. PR-1212-L14589

Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah sebabnya nisbah anggota polis dengan penduduk di Selangor sudah sampai 1:1800 dan juga meningkat sehingga 1:4000 di beberapa tempat seperti Kota Damansara dan SS2 Petaling Jaya dan apakah langkah-langkah untuk memastikan nisbah ini dikurangkan kepada yang disyorkan iaitu 1:250.

13. PR-1212-L14583 Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah baru yang diambil untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam di bandar raya besar terutamanya di kawasan Kuala Lumpur yang sentiasa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas.

14. PR-1212-L13231 Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah usaha mengimbangi promosi Malaysia dan kekhuatiran salah guna visa pelancongan yang dieksploitasikan oleh sindiket-sindiket pelacuran dan jenayah yang lain.

15. PR-1212-L13718 Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai tanaman "padi bukit". Berapa keluasan padi bukit di negara ini.

16. PR-1212-L14416

Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa dengan adanya kemudahan KELULUSAN KHAS MENTERI telah mewujudkan fenomena pekerja asing dengan izin akan menjadi pekerja asing tanpa izin kerana ia telah dieksploitasi oleh mereka yang berkepentingan keuntungan semata-sama.

17. PR-1212-L13153

Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan memandangkan kenaikan harga barangan berasaskan pertanian sekarang ini, adakah Kerajaan menjalankan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan petani-petani dengan menaikkan harga siling hasil pertanian seperti harga padi dan kelapa dan adakah ini dapat membantu petani meningkatkan pendapatan mereka.

AUM DR 7/7/2008

4

18. PR-1212-L14583 Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) senarai projek yang telah dirancangkan bagi negeri Sarawak bagi tahun 2002-2007 tetapi kemudiannya dibatalkan ataupun ditangguhkan ; dan

(b) jika ada, nyatakan sebab-sebabnya.

19. PR-1212-L13642

Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan merancang untuk memposisi lapangan-lapangan terbang kita terutamanya KLIA menjelang 2015 di mana keseluruhan ASEAN akan mengamalkan konsep angkasa terbuka, dalam usaha kita untuk terus memajukan sektor pelancongan negara.

20. PR-1212-L13008

Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Menteri akan melawat ke kawasan Parlimen Keningau dan di pedalaman Sabah untuk menjelaskan kepada para wanita dan ibu-ibu di pedalaman Sabah bagaimana Kementerian boleh membantu mereka mempertingkatkan lagi hasil pendapatan kegiatan ekonomi mereka.

21. PR-1212-L14613

Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah perang harga di antara MAS dan AirAsia merupakan satu pertandingan yang sihat.

22. PR-1212-L13754

Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah bilangan pembayar cukai perseorangan dan syarikat dari tahun 2004 sehingga 2007 serta berapakah jumlah cukai yang telah ditaksir bagi kumpulan masing-masing dan berapakah jumlah yang telah dikutip.

23. PR-1212-L12872

Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa terdapat masalah penyelarasan di antara pihak Jabatan Pelajaran dan pihak KEMAS dalam menguruskan pendidikan pra sekolah. Apakah pihak Kerajaan bercadang untuk menyelaraskannya memandangkan ia menyebabkan berlakunya pertindihan tugas.

24. PR-1212-L13920

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membantu sekolah-sekolah mubaligh di negara amnya dan negeri Pulau Pinang khasnya.

AUM DR 7/7/2008

5

25. PR-1212-L13189

Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina balai bomba di Parlimen Kapar. Jika ya, bilakah projek ini akan dilaksanakan dan jika tidak, kenapa.

26. PR-1212-L13494

Datuk Rashid bin Din [ Merbok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan akan melaksanakan sistem KPI (Key Performance Indicators) untuk tiap-tiap Menteri dan juga untuk tiap-tiap Kementerian dan dimasukkan ke dalam laporan tahunan supaya keberkesanan seseorang Menteri dan juga sesuatu Kementerian dapat dipantau rakyat.

27. PR-1212-L14533

Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) kegunaan kutipan daripada penjualan tambahan bagi Magnum,

Toto dan 1+3 ; dan

(b) adakah Kementerian akan mengurangkan tarikh penjualan tambahan.

28. PR-1212-L14272

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah IPTA bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi tinggi tempatan dan asing untuk memastikan projek penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan memenuhi permintaan yang spesifik pihak swasta.

29. PR-1212-L13820

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan laporan penilaian tender calon-calon pembekal helikopter yang bakal menggantikan NURI dan Airborne Warning And Control System (AWACS). Adakah laporan tersebut akan dibentangkan di Parlimen untuk dibahas, seperti mana yang berlaku di Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat.

30. PR-1212-L13983

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR minta menyatakan apakah cadangan Kerajaan berkenaan pencegahan banjir di Sibu, Sarawak dan bilakah cadangan tersebut akan dilaksanakan dan jumlah peruntukan yang diperlukan untuk projek itu.

31. PR-1212-L13365

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah kejayaan syarikat tempatan dalam mengembangkan sayap ke luar negara dan adakah kita berjaya membina syarikat yang setanding dengan syarikat gergasi dunia yang lain, terutamanya dalam konteks keperluan membuka pasaran tempatan di bawah pelbagai perjanjian perdagangan yang telah kita tandatangani.

AUM DR 7/7/2008

6

32. PR-1212-L14283 Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan bila perkhidmatan teksi di Malaysia akan sepenuhnya diwajibkan untuk menggunakan meter perjalanan. Apakah langkah penguatkuasaan yang akan diambil terutamanya di bandar di mana trafik amat sesak dan sektor pelancong amat penting, seperti di Pulau Pinang.

33. PR-1212-L12988

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan indeks jenayah di Sabah dan Sarawak sepanjang 2007-2008 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya juga bentuk dan jumlah tangkapan serta penglibatan suku kaum dalam kesalahan tersebut.

34. PR-1212-L14527

Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Malaysia akan terus memberikan keutamaan kepada penyertaan syarikat Singapura dalam kawasan Iskandar Malaysia dalam keadaan Pulau Batu Putih telah terlepas ke tangan Singapura.

35. PR-1212-L13355

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah dan bilangan biasiswa universiti tempatan dan luar negeri yang diberikan sejak 2000 dan berikan pecahan mengikut negeri, kaum, jantina. Apakah sebab penolakan serta kriteria penerimaannya.

36. PR-1212-L13669

Dato’ Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan apakah strategi Kementerian untuk memaklumkan kepada rakyat mengenai rasional Kerajaan menaikkan harga minyak selaras dengan kenaikan harga minyak dunia dan sekali gus mengenai beban Kerajaan yang memberikan subsidi harga minyak di mana kesan yang dirasakan ialah jumlah subsidi yang meningkat begitu besar.

37. PR-1212-L13545 Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian ada membuat kajian mengenai keberkesanan program latihan untuk kaum wanita di negara ini.

38. PR-1212-L13087

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana kajian terperinci tentang hasil keluaran padi dari kaedah serak dengan kaedah tanaman. Berapa tangkaikah yang didapati bagi setiap rumpun padi yang ditanam.

39. PR-1212-L12792

Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kemajuan Zon Industri Akuakultur (ZIA) dalam usaha untuk membantu nelayan ke arah ala FELDA dan bolehkah Kementerian melaksanakan projek perintis di setiap negeri.

AUM DR 7/7/2008

7

40. PR-1212-L12900 Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perancangan memajukan kawasan-kawasan sawah terbiar di merata-merata tempat dalam negeri Selangor sebagai usaha meningkatkan pengeluaran beras negara.

41. PR-1212-L13527

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bekalan petroleum negara yang dikeluarkan setakat ini pada kadar tong setiap hari, rezab minyak negara masih tersimpan, harga pasaran tempatan dan eksport dan bagaimanakah Kerajaan merancang untuk mengatasi kenaikan harga minyak antarabangsa supaya tidak meninggalkan impak yang membebankan rakyat.

42. PR-1212-L13126

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah berlakunya jerebu dan pencemaran udara di Malaysia dan Sabah, terutamanya pada tahun ini, yang berpunca daripada pembakaran terbuka ladang-ladang kelapa sawit baru seluas beberapa juta hektar di sebelah sempadan di Kalimantan.

43. PR-1212-L12915

Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-

(a) apakah Kementerian sedar bahawa di Kuala Lumpur terdapat

banyak bangunan kediaman seperti kondominium dan apartment lama yang terbiar dan pihak pengurusan sudah tidak lagi peduli tentang keselamatan, keselesaan dan kebersihan bangunan berkenaan; dan

(b) jika sedar, apakah pihak Kementerian mempunyai kuasa untuk

menentukan agar masalah-masalah seperti ini diselesaikan 44. PR-1212-L14382

Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah hasil kajian oleh angkawasan Malaysia yang sedang dijalankan di Jepun dan di Malaysia sekarang ini serta faedah pulangan kepada rakyat hasil dari kajian tersebut.

45. PR-1212-L13112

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilakah kawasan Bukit Buda di Limbang akan dipromosikan dan dibuka kepada orang ramai sebagai sebuah kawasan tarikan pelancong dan adakah Kementerian membantu menyediakan peruntukan bagi pembinaan infrastruktur menuju ke kawasan dan membina prasarana-prasarana di kawasan tersebut.

AUM DR 7/7/2008

8

46. PR-1212-L13618 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan bilangan projek DBKL dan Kerajaan pusat di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sejak 2000 sehingga 2015 dan jumlah perbelanjaannya. Apakah bilangan projek terbengkalai dan langkah-langkah untuk menyelesaikannya.

47. PR-1212-L14387

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa banyak jalan-jalan di kawasan luar bandar yang masih belum menerima kemudahan lampu jalan dan bilakah kemudahan ini akan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

48. PR-1212-L14133

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan syarat dan infrastruktur asas yang diperlukan untuk diiktiraf sebagai perbandaran. Adakah "garbage incinerator" terkini, kompleks sukan yang bertaraf antarabangsa (kolam renang), kemudahan pengangkutan awam yang sistematik diperlukan.

49. PR-1212-L14331 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa empat kenyataan bercanggah berkenaan "indelibe ink" telah dikeluarkan oleh Pengerusi SPR, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri sendiri.

50. PR-1212-L13928

Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah kajian telah dijalankan secara komprehensif terhadap sistem sekolah bercampur lelaki/perempuan dari aspek keputusan peperiksaan, ko-kurikulum, disiplin dan jenayah moral.

51. PR-1212-L13442

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sepuluh (10) jawatan/kerjaya sepenuh masa yang bayaran gaji bulanannya sangat rendah setiap tahun bagi tempoh 5 tahun lalu dan bagaimanakah Kerajaan membantu untuk meningkatkan tangga gaji dan kualiti hidup mereka.

52. PR-1212-L13543

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah bilangan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi tahun 2006, 2007 dan 2008. Dan berapakah jumlah yang telah diselesaikan dalam tahun-tahun yang sama.

53. PR-1212-L14365

Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kesan negatif penglibatan pelajar dalam acara Hari Kebangsaan yang berjalan sebulan menjelang 31 Ogos.

AUM DR 7/7/2008

9

54. PR-1212-L13887 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tahanan wanita dan lelaki yang telah dilaksanakan dan masih menunggu hukuman gantung untuk dilaksanakan sejak tahun 2000 sehingga tarikh 1Jun 2008 mengikut butiran kesalahan.

55. PR-1212-L13608

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status kewangan KTM Berhad pada tahun 2005, 2006, 2007 dan apakah pendekatan yang akan diambil untuk mendapatkan keuntungan di samping meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan.

56. PR-1212-L13289

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci (detailed breakdown) tambahan RM 1 bilion kepada Dana Pembangunan Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri di Kota Kinabalu pada 31 Mei 2008. Bagaimanakah dana ini akan diagihkan dan digunakan. Bilakah negeri Sabah akan menerima dana ini.

57. PR-1212-L14539

Dato' Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah geran yang diberikan oleh Kerajaan kepada Pihak Berkuasa Negeri Kelantan untuk pembinaan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di negeri tersebut sejak tahun 1990.

58. PR-1212-L14437

Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan nama-nama anggota polis yang cuba dilanggar atau telah dilanggar dalam insiden yang didakwa polis sebagai kejadian rusuhan dan pergaduhan yang berlaku pada malam 27 Mei lalu di Bandar Mahkota Cheras (BMC), di manakah mereka dirawat dan nyatakan juga nama doktor atau pegawai perubatan yang merawat mereka.

59. PR-1212-L12825

Tuan Ahmad bin Kassim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) menjelaskan langkah-langkah keselamatan yang telah

dilaksanakan ke atas feri pengangkutan awam khususnya feri ke Pulau Langkawi; dan

(b) apakah usaha Kementerian untuk membantu pengusaha feri bagi

meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. 60. PR-1212-L13564

Datuk Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa ramaikah kontraktor rundingan terus yang gagal menyiapkan kontrak mereka dan apakah tindakan diambil terhadap kontraktor ini.

AUM DR 7/7/2008

10

61. PR-1212-L13804 Tuan Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) pemaju yang membangunkan tiga keping tanah milik PDRM

dalam Majlis Perbandaran Sungai Petani dan apa pulangannya kepada PDRM; dan

(b) jika ada pulangan, adakah PDRM berpuas hati. Jika tidak berpuas

hati, apa tindakan selanjutnya. 62. PR-1212-L13694

Dato' Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah wujud cadangan untuk membangunkan sistem tanaman padi di Langkawi yang selama ini ditanam sekali setahun dan hanya bergantung kepada air hujan.

63. PR-1212-L14481 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

(a) bagaimanakah tahap penguasaan Bahasa Melayu di IPT, dan

mengapakah subjek Bahasa Melayu tidak diajar dalam subjek utama sedangkan ia dijadikan subjek utama sekolah; dan

(b) adakah Kerajaan ingin mengembalikan Bahasa Kebangsaan ini

sebagai bahasa pengantar utama universiti. 64. PR-1212-L13192

Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) ciri-ciri pengurusan penebatan dan sistem kawal banjir di seluruh

negara; dan

(b) sejauh manakah keberkesanan Projek Terowong Smart. 65. PR-1212-L12926

Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah konsep dan langkah-langkah Kementerian untuk membantu penoreh-penoreh getah dan peladang-peladang kelapa sawit untuk memaksimumkan hasil tanaman mereka.

66. PR-1212-L13733

Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cara-cara yang boleh mempercepatkan sistem pentadbiran Kerajaan dalam meluluskan dan melaksanakan projek terutamanya di kawasan luar bandar.

AUM DR 7/7/2008

11

67. PR-1212-L14485 Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah tindakan yang diambil dalam melaksanakan apa yang dilaporkan sebagai "agenda berani" beliau untuk memberi keutamaan kepada usaha mengurangkan kadar jenayah secara drastik dan meningkatkan usaha memerangi rasuah serta sejauh manakah keberkesanan setakat ini terutama dalam usaha mengurangkan kadar jenayah secara drastik.

68. PR-1212-L13311

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) jumlah keluasan tanah rezab Melayu di Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur yang telah diambil alih di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dari tahun 1963 hingga 2008; dan; dan

(b) jumlah ganti rugi atau pampasan serta jumlah keluasan tanah

yang digantikan. 69. PR-1212-L13666

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian akan menunaikan janji pilihan raya BN bahawa Kerajaan akan memindahkan Sekolah Rendah La Salle di Brickfields ke Sri Petaling. Kalau ya, sila nyatakan lokasinya di Sri Petaling dan bilakah kerja pecah tanah akan dimulakan.

70. PR-1212-L14292

Dato’ Lee Chee Leong [ Kampar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah statistik kematian dan kecederaan peserta Program Latihan Khidmat Negara (angka pecahan lelaki dan perempuan) di semua Kem Khidmat Negara sejak program ini dimulakan.

71. PR-1212-L14569

Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah yang diambil agar harga baja dan racun rumput-rampai tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.

72. PR-1212-L13510

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perbelanjaan keseluruhan (termasuk gaji untuk kakitangan, perbelanjaan penyelenggaraan) Kem Tahanan Kamunting untuk tahun 2003 hingga tahun 2007.

73. PR-1212-L14184

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan alat-alat pengamalan bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami dan bilangannya serta lokasinya dan adakah fungsi alat-alat ini berkesan.

AUM DR 7/7/2008

12

74. PR-1212-L13300 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bagaimanakah Kementerian menyelesaikan masalah bekalan air bersih kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat menikmati bekalan air bersih terutama di Sabah.

75. PR-1212-L12850

Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butir-butir yang terperinci penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut jantina, kaum, negeri, jurusan, dan negara di mana tawaran diberi untuk tahun 2008.

76. PR-1212-L14063

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) jumlah pendatang asing yang dibawa masuk untuk bekerja

di dalam sektor industri perikanan sebagai awak-awak / krew bot ; dan

(b) peratus pekerja asing dalam sektor ini mengikut negara asal mereka.

77. PR-1212-L13097

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

(a) wujudkah cadangan untuk membina sebuah Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan (Tamil) baru di Sg. Siput dalam tempoh RMK-9; dan

(b) adakah peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan

(repair) bagi SRJK (T) Gandhi. 78. PR-1212-L14095

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah pelantikan rekrut bukan Melayu dalam tentera sepanjang tempoh sepuluh tahun lepas.

79. PR-1212-L13059

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) statistik terkini jenayah terhadap kanak-kanak (1 hingga 12 tahun)

bagi tahun 2007 dan 2008 serta sejauh manakah Akta Kanak-kanak 2001 dapat mencegah jenayah berlaku.; dan

(b) nyatakan kajian terperinci serta langkah-langkah yang

dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

AUM DR 7/7/2008

13

80. PR-1212-L13593 Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kementerian akan mengarahkan KADA dan KESEDAR memainkan peranan menjadi pemangkin bagi mewujudkan projek-projek industri kecil dan sederhana terutama dalam bidang 'agrotani' memandangkan Kelantan mempunyai cukup bahan-bahan mentah seperti buah duku, langsat, rambutan, belimbing dan bermacam-macam buah-buahan tempatan yang boleh dibuat jem, minuman dan sebagainya.

81. PR-1212-L14222

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan memandangkan Perlembagaan Persekutuan menentukan kedudukan yang sama bagi sekolah vernakular Cina, India dan Sekolah Agama Rakyat, di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mana Kerajaan memberhentikan bantuan kepada SAR tetapi menambahkan bantuan kepada SJK Cina dan Tamil.

82. PR-1212-L13764

Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sebab-sebab sesetengah PBT menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan walaupun banyak pembangunan sudah berlaku di kawasan di bawah jagaan PBT tersebut dan langkah diambil Kerajaan pusat untuk menolong mengurangkan masalah ini.

83. PR-1212-L14026

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah jumlah anggota tentera yang berkhidmat di dalam negara ini dan pecahan mereka dalam tentera udara, tentera darat dan tentera laut. Sila berikan pecahan mereka mengikut pangkat.

84. PR-1212-L13861

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah projek Hospital Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya yang telah diluluskan pada tahun 2000 akan siap.

85. PR-1212-L13040

Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) negeri-negeri manakah yang telah dibangunkan dengan tukun

tiruan bagi membiakkan ikan laut dan sotong; dan

(b) berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan sejak tahun 2000 sehingga kini mengikut jenis-jenis tukun yang telah dibangunkan bagi tujuan ini.

86. PR-1212-L12958

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah punca kematian tahanan Kee Lian Kok yang ditemui mati pada 19 Mei 2008 di Penjara Sungai Buloh.

AUM DR 7/7/2008

14

87. PR-1212-L14134 Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) bilangan sekolah jururawat tajaan Kerajaan dan swasta di seluruh

Malaysia ; dan

(b) bilangan jururawat dikeluarkan setiap tahun sejak tahun 2004 hingga 2008 mengikut negeri dan komposisi kaum dan usaha Kerajaan menangani isu jururawat terlatih yang berhijrah ke negara-negara Arab, Brunei dan sebagainya sehingga menyebabkan kekurangan jururawat yang ketara.

88. PR-1212-L12890

Dato' Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk menghapuskan keperluan AP untuk mengimport kereta memandangkan AP adalah tidak konsisten dengan syarat Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO)

89. PR-1212-L14436

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sebab mengapa terdapat surat pekeliling melarang murid Sekolah Kebangsaan (SK) bertukar sekolah ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sama ada dasar kuno ini patut dimansuhkan.

90. PR-1212-L14141

Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tempoh yang ditetapkan untuk memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPPK) memandangkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) telah pun dimansuhkan.

91. PR-1212-L14499 Dato' Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah peranan sebenar FELCRA dan RISDA. Bolehkah kedua-dua agensi ini digabungkan memandangkan kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama. Berapakah keluasan yang dimajukan oleh kedua-dua agensi ini di seluruh negara dan berapakah peruntukan kedua-dua agensi ini.

92. PR-1212-L14428

Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan cadangan-cadangan untuk pembaharuan Pilihan Raya yang telah dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya setelah Pilihan Raya Umum Mac 2008 dan keputusan setiap cadangan yang berkenaan.

93. PR-1212-L14389

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan perkembangan industri peruncitan secara gergasi seperti 'Hypermarket' memberi implikasi yang buruk kepada pertumbuhan peruncit kecil tempatan di negara kita. Apakah langkah-langkah kawalan dan bantuan oleh Kerajaan kepada peniaga peruncit tempatan untuk memastikan mereka dapat terus hidup dalam bidang tersebut.

AUM DR 7/7/2008

15

94. PR-1212-L13722

Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan butiran mengenai nama syarikat-syarikat yang telah mengemukakan sebut harga, jenis pesawat dan pakej yang ditawarkan berhubung dengan tender terbuka antarabangsa perolehan helikopter baru tentera bagi menggantikan Sikorsky S61A-4 (Nuri).

95. PR- 1212-L14631

Tuan Ding Kuong Hiing [Sarikei] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes pemalsuan sijil kelahiran kanak-kanak bagi anak angkat dilaporkan di negeri Sarawak sejak tahun 2000 hingga tahun ini. Apakah prosedur yang perlu dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Sarawak untuk menyelesaikan kes pemalsuan sijil kelahiran bagi anak angkat ini.

96. PR- 1212-L14018 Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk sektor pelancongan di negeri Perak di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan apakah projek-projek yang akan dilaksanakan dengan peruntukan tersebut. Bilakah peruntukan-peruntukan ini akan disalurkan.

AUM DR 7/7/2008

16

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT

MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat pada mesyuarat ini.

AUM DR 7/7/2008

17

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27 (3) Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia; merestui usaha Kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu seperti di bentang dalam Kertas Perintah CMD 8 Tahun 2008; Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong Kerajaan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.”

Menyambung semula Perbahasan atas Masalah (3 Julai 2008)

2. (D.R. 2/2008) Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas Masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (25 Jun 2008) [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

3. (D.R. 6/2008) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan)

2008 [Menteri Pelajaran]

AUM DR 7/7/2008

18

4. (D.R. 7/2008) Rang Undang-undang Saraan Hakim

(Pindaan) 2008 [Perdana Menteri]

5. (D.R. 4/2008) Rang Undang-undang Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Pindaan) 2008 [Menteri Pelancongan]

6. (D.R. 10/2008) Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 [Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi]

7. PR-1212-U12759

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Second Hand Dealers Act yang diamalkan di Semenanjung belum lagi dipanjangkan ke negeri Sabah. Dan mengambil maklum bahawa dengan ketiadaan Akta ini, para peniaga besi buruk di Sabah hanya perlu mendapatkan lesen mereka daripada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja. Dan mengambil maklum bahawa, rakan niaga mereka di Semenanjung yang dikawal oleh Akta ini hanya mendapat lesen mereka setelah permohonan dan premis mereka diperiksa serta transaksi perniagaan mereka secara terperinci oleh pihak polis. Dan mengambil maklum bahawa akhir-akhir ini, banyak kejadian buruk yang merugikan bukan sahaja rakyat tetapi negara, di negeri Sabah seperti keruntuhan tiang elektrik voltan tinggi, kehilangan kabel elektrik dan telefon. Dan mengambil maklum bahawa, tindakan undang-undang yang di ambil kepada para penjenayah tersebut adalah terbatas kerana pihak polis hanya bergantung dengan Local By-Laws. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk memanjangkan second hand dealers acts ke negeri Sabah dengan kadar yang segera, agar kegiatan mencuri besi buruk dapat dibendung dan dihapuskan."

[Menteri Dalam Negeri]

AUM DR 7/7/2008

19

8. PR-1212-U12760 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, kita kerap mendengar laporan serta keluhan mengenai dengan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi kita, terutama sekali dalam kegiatan maksiat, jenayah dan penagihan dadah. Dan mengambil maklum bahawa Kerajaan melalui pelbagai agensi dan Jabatannya telah menjalankan banyak aktiviti dan kempen bagi mengatasi dan membendung masalah yang dimaksudkan di atas namun keberkesanannya kurang dirasai. Dan mengambil maklum bahawa pihak-pihak lain yang bernaung di bawah Badan keagamaan dan badan bukan Kerajaan juga boleh memainkan peranan mereka bagi mengatasi dan membendung masalah di atas. Namun kegiatan mereka selalunya terhad kerana ketiadaan dana untuk melaksanakan dan menjayakan program yang dirancang. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menyediakan dana yang cukup kepada Badan-badan yang dimaksudkan di atas agar kita bersama dapat mengatasi masalah ini."

[Menteri Belia dan Sukan] 9. PR-1212-U12761

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan isu kekurangan barang makanan terutama sekali beras, di mana pihak Kerajaan terpaksa campur tangan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi. Dan mengambil maklum bahawa negeri Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan tanah yang mencukupi bagi maksud penanaman padi yang sekurang-kurangnya boleh menambah rizab beras negara . Dan mengambil maklum bahawa selain daripada tanah sawah, negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai tanah yang dengan kecerunan di bawah 25 % yang boleh ditanam dengan beras bukit misalnya beras Bario yang sememangnya terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei. Dan mengambil maklum juga bahawa di setengah kawasan di negara China, misalnya mereka mengusahakan penanaman padi bukit di kawasan yang kecerunannya melebihi 25%. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menggalakkan dan memberikan subsidi bagi penanaman padi bukit di negeri Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan lagi bekalan dan rizab bekalan beras negara."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani]

AUM DR 7/7/2008

20

10. PR-1212-U13628

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membincangkan dasar kedaulatan makanan termasuk beras. Bahawa Dewan ini ingin tahu apa sebenarnya 70% mampu diri mengenai beras dan usaha untuk membuka lebih banyak tanah untuk tanaman padi."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani] 11. PR-1212-U13630

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendak membahaskan perubahan dasar subsidi termasuk beras dan diesel. Dewan juga mahu mendebatkan cara-cara yang digunakan untuk memastikan golongan yang layak dapat menikmati subsidi dan penyelewengan dapat diatasi." [Perdana Menteri]

12. PR-1212-U13693

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung televisyen sepenuhnya bagi sidang Dewan Rakyat supaya rakyat boleh menonton ucapan para ahli berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang."

[Menteri Penerangan] 13. PR-1212-U13695

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan Pilihan Raya Kerajaan tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

AUM DR 7/7/2008

21

14. PR-1212-U13697

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar." [Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

15. PR-1212-U13699

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama." [Perdana Menteri]

16. PR-1212-U13700 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC)."

[Perdana Menteri]

17. PR-1212-U12997

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian dan memandang serius agar pihak Badan Pencegah Rasuah menubuhkan satu cawangan khas untuk mengendalikan perkara yang tidak ada rasuah terbabit tetapi pihak pegawai sengaja melambat-lambatkan proses pelaksanaannya. Contohnya, sesuatu kerja tidak dapat dijalankan disebabkan sesuatu badan/agensi yang melambat-lambatkannya untuk di proses."

[Perdana Menteri]

AUM DR 7/7/2008

22

18. PR-1212-U12998

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan memandang serius terhadap peningkatan penduduk Malaysia khasnya di Sabah yang meningkat secara mendadak sehingga jauh lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia, contohnya seperti Malaysia 10,439430 pada tahun 1970 dan 22,202,614 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 113%, Sarawak 976,269 pada tahun 1970 dan 2,012,616 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 106/% dan Sabah 636, 431 pada tahun 1970 dan 2,449,389 pada tahun 2000 peratus kenaikannya ialah sebanyak 285%. Bagaimana penduduk Sabah melambung naik sehingga 172% lebih tinggi daripada peratus kenaikan penduduk seluruh negara kita."

[Perdana Menteri]

19. PR-1212-U13536 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini meluluskan ketetapan bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah memulihkan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di semua Majlis/Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran seluruh Negara dengan mengambil tindakan meminda Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan bagi maksud tersebut supaya kuasa perwakilan rakyat di dalam Kerajaan tempatan dikembalikan semula selaras dengan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan tuntutan rakyat sebagaimana yang dijelmakan dalam keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang mencerminkan kehendak dan hasrat rakyat."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

20. PR-1212-U13538

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan membina sebuah Muzium Memperingati Kapitan Yap Ah Loy bagi mengenang jasa mendiang sebagai pembuka dan Bapa Pembangunan Awal Kuala Lumpur untuk tatapan masyarakat Malaysia dan antarabangsa."

[Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan]

AUM DR 7/7/2008

23

21. PR-1212-U13050 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mengambil tindakan terhadap kemasukan pendatang asing yang terlalu ramai sehingga tidak dapat dikawal dan menjejaskan sektor pekerjaan dan sosial."

[Menteri Dalam Negeri] 22. PR-1212-U13053

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mendesak Kerajaan supaya menarik balik pindaan Akta Hubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Sekiranya ia tidak dipinda ia akan memberikan kesan yang tidak adil bagi kaum pekerja di negara ini."

[Menteri Sumber Manusia] 23. PR-1212-U13331

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR dan panel-panel SPR yang lain meletak jawatan akibat daripada tindakan membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya lepas dan tiada penjelasan yang kukuh bagi membatalkan sehingga kini. Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi SPR adalah bercanggah. Pengerusi SPR juga melakukan pengecualian dalam proses pendaftaran pemilih serta tiada penjelasan diberikan. Dewan ini mendesak supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat SPR dan mengadakan public hearing bagi mengembalikan ketelusan dan keyakinan kepada rakyat."

[Perdana Menteri]

24. PR-1212-U12800

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini mendesak Menteri Pengajian Tinggi supaya mendedahkan kepada orang awam proses pelantikan pensyarah-pensyarah di Institut-Institut Pengajian Tinggi Awam Negara." [Menteri Pengajian Tinggi]

AUM DR 7/7/2008

24

25. PR-1212-U12802

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini meminta Kerajaan Malaysia supaya meningkatkan pengambilan calon-calon dari golongan bukan Bumiputera di sektor pekerjaan awam."

[Perdana Menteri] 26. PR-1212-U13880

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibahas di Parlimen dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara mempertingkatkan integriti dan keberkesanan jangka panjang pembelian sistem pertahanan. " [Menteri Pertahanan]

27. PR-1212-U14379 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sumber bahan api seperti petroleum dan gas telah mengalami kenaikan harga yang semakin melambung dan rizab negara bahan ini akan kehabisan dalam tempoh 20 tahun. Dewan ini berpandangan bahawa Kerajaan harus mengambil langkah-langkah yang progresif dan proaktif untuk memastikan bahawa negara ini tidak akan mengalami kekurangan bahan api dan mencari sumber alternatif yang mudah diganti renewable resources dengan secepat mungkin. Dewan ini mendesak supaya PETRONAS menerajui usaha-usaha untuk mencari sumber alternatif seperti biofuel dan bioethanol daripada sumber-sumber pertanian seperti sweet potato, jagung, sweet sorghum, tebu dan menghasilkan bahan api ini dengan skala besar. Dewan ini juga menggesa PETRONAS supaya berhenti daripada menerokai bidang-bidang yang bukan core competency mereka seperti membina hospital lima bintang Prince Court Medical Centre dan membina dewan muzik filharmonik dan menggaji pemuzik-pemuzik luar negara, di mana perkara-perkara ini merupakan perbelanjaan yang membazir yang hanya memberi keuntungan atau manfaat kepada segolongan kecil rakyat negara ini."

[Perdana Menteri]

AUM DR 7/7/2008

25

28. PR-1212-U14020

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu dalam menguatkuasakan Resolusi 62/149 Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 di mana negara-negara yang masih mengamalkan hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Moratorium tersebut."

[Menteri Luar Negeri]

29. PR-1212-U14024

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengkaji dalam penubuhan Penguat Kuasa Pengangkutan Awam Kebangsaan National Public Transport Authority (NPTA) untuk menyeragamkan pengangkutan awam di bandar dan antara bandar. Dewan ini berpandangan bahawa badan ini akan mengambil tanggungjawab dalam perancangan, pemantauan dan pembaikan sistem pengangkutan awam di jalan raya."

[Menteri Pengangkutan]

30. PR-1212-U14031 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan sedar mengenai isu yang berkaitan dengan air khususnya berkaitan dengan jumlah penggunaan keperluan air, kesedaran mengenainya dan konservasinya. Justeru, adalah penting bagi Dewan ini mengkaji dalam penggubalan dasar-dasar yang bersangkut paut dengan permasalahan yang dinyatakan itu. Dasar ini nanti akan menjadi rujukan dan mampu dalam meningkatkan kesedaran rakyat berkenaan dengan hak asasi manusia bagi mendapat akses kepada keperluan air dengan selamat serta menjadi panduan kepada pemuliharaan air dan teknologi kepada penguat kuasa tempatan dan sektor-sektor perindustrian." [Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi]

AUM DR 7/7/2008

26

31. PR-1212-U14607

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sikap tidak profesional Menteri Pelancongan yang membatalkan MoU berkaitan dengan lima buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat atas alasan tidak bersefahaman. Dewan ini berpandangan bahawa alasan tersebut bukan sahaja tidak munasabah, bahkan dipengaruhi oleh pemikiran politik kepartian yang amat sempit dan dangkal."

[Menteri Pelancongan]

32. PR-1212-U14617

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian Pelajaran supaya membuat perisytiharan terbuka tentang penggunaan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk subjek sains dan matematik di sekolah. " [Menteri Pelajaran]

33. PR-1212-U14620

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan Malaysia mengkaji semula AUKU supaya ia selaras dengan hak-hak kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dewan ini berpandangan sekatan yang dikenakan oleh AUKU ke atas kebebasan pelajar adalah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia. " [Menteri Pengajian Tinggi]

34. PR-1212-U14168

Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong penuh agar cadangan pembinaan pusara Orang Kenamaan yang akan dibuat di ibu kota Kuala Lumpur dibatalkan. Ini kerana projek itu bukan sahaja tidak sesuai bahkan satu pembaziran kepada kawasan tanah yang semakin terhad di ibu kota." [Perdana Menteri]

AUM DR 7/7/2008

27

35. PR-1212-U14177 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak supaya Kerajaan Malaysia bertindak segera untuk membangunkan Pulau Pisang termasuk membatalkan perjanjian yang membenarkan Singapura mendirikan rumah api di pulau tersebut." [Menteri Luar Negeri]

36. PR-1212-U14182 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat keputusan yang jelas dan tegas untuk mengurangkan kehadiran tenaga kerja asing di Malaysia. Kehadiran yang tidak terkawal itu menyebabkan bukan sahaja menutup peluang pekerjaan kepada orang tempatan tetapi masalah jenayah yang semakin meningkat dan tidak terkawal."

[Menteri Dalam Negeri]

AUM DR 7/7/2008

28

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2008 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD.11 Penyata Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama, 2008.

7 Julai 2008

CMD.11A Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama, 2008 Bagi Kerajaan Malaysia.

7 Julai 2008

CMD.12 Penyata Keluaran Wang Daripada Kumpulan Wang Luar Jangka Bagi Tempoh 1Januari 2008 Hingga 15 Jun 2008, Menurut Peraturan 68 Di Bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

7 Julai 2008

AUM DR 7/7/2008

29

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH UCAPAN DIBUAT

AHLI YANG BERUCAP

TAJUK UCAPAN

MENTERI YANG

BERTANGGUNGJAWAB

1. 07.7.2008 (Isnin) 2. 07.7.2008 (Isnin)

1. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) 2. Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit)

1. Pembinaan Infrastruktur yang ketinggalan zaman. 2. Masalah rakyat di pedalaman Sarawak yang masih tidak memiliki kad pengenalan.

1. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2. Menteri Dalam Negeri