malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat 27032019 - selasa.pdf · pengguna media sosial yang...

25
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 27 MAC 2019, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 11 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1421-L03088 Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha dan peranan Kementerian dalam menangani gelandangan dan apakah bantuan yang diberikan kepada golongan ini. 2. PR-1421-L03940 Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan tegas yang diambil terhadap pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421-L03064 Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memandatorikan garis panduan Occupational Safety and Health in Construction Industry untuk setiap pemaju industri terutamanya sektor pembinaan mematuhi piawaian demi mengurangkan kejadian kemalangan waktu bekerja di tempat pembinaan. 4. PR-1421-L03483 Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan penstrukturan semula perjawatan awam bagi mengawal saiz perkhidmatan dalam sektor Kerajaan sejajar dengan dasar baharu Kerajaan untuk saiz mengecilkan perkhidmatan awam.

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 27 MAC 2019, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

11

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1421-L03088

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha dan peranan Kementerian dalam menangani gelandangan dan apakah bantuan yang diberikan kepada golongan ini.

2. PR-1421-L03940

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan tegas yang diambil terhadap pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja.

3. PR-1421-L03064

Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memandatorikan garis panduan Occupational Safety and Health in Construction Industry untuk setiap pemaju industri terutamanya sektor pembinaan mematuhi piawaian demi mengurangkan kejadian kemalangan waktu bekerja di tempat pembinaan.

4. PR-1421-L03483

Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan penstrukturan semula perjawatan awam bagi mengawal saiz perkhidmatan dalam sektor Kerajaan sejajar dengan dasar baharu Kerajaan untuk saiz mengecilkan perkhidmatan awam.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

2 AUM DR 27/3/2019

5. PR-1421-L04174

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk memastikan Skim Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 dapat membantu lebih banyak keluarga memandangkan kebanyakan keluarga yang menerima rebat RM20 dahulu tidak layak berdaftar dalam e-Kasih.

6. PR-1421-L03946

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah mengatasi peningkatan harga makanan di bandar-bandar utama yang memberi kesan kepada golongan B40 yang menetap di situ.

7. PR-1421-L03442

Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan Peperiksaan bagi murid tahap 1 yang merangkumi murid darjah 1, 2 dan 3 sejajar dengan rancangan pemansuhan pada tahun 2019. Kementerian menjustifikasikan tahap ilmu pendidikan yang diterima oleh seseorang pelajar jika pemansuhan ini dilaksana dan bagaimana cara fungsi empat komponen Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS). Adakah program percontohan (pilot program) telah dilaksana. Jika tidak, adakah program percontohan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum perkara ini dilaksana secara menyeluruh bagi mengenal pasti kebaikan dan keburukan yang bakal dihadapi oleh pelajar dan guru.

8. PR-1421-L03444

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dapatkah Kementerian membekalkan 2 buah “dental chair unit” yang baru kepada Hospital Limbang disebabkan “dental chair unit” sedia ada sudah lama, uzur, rosak dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi untuk dibaik pulih.

9. PR-1421-L04206

Tuan Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berkenaan dengan status kelulusan terkini penyaluran peruntukan MPKK di negeri Sarawak. Adakah pihak Kementerian akan terus mengguna pakai JKKK yang kini masih diamalkan di kampung dan rumah panjang di seluruh Sarawak.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 3

10. PR-1421-L03299

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab projek turnkey MRT2 & LRT3 diberikan secara runding terus dan tidak dibuat secara tender terbuka, sepertimana yang diwar-warkan oleh Kerajaan, menghuraikan perbandingan spesifikasi dan kos projek di bawah PH dan semasa di bawah BN serta benarkah kos sekilometer di bawah PH lebih mahal berbanding di bawah BN.

11. PR-1421-L03654

Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan punca dan langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani masalah di Hospital Bentong yang sehingga hari ini tidak mempunyai walau seorang pun Doktor Pakar. Bilakah masalah ini dapat diselesaikan.

12. PR-1421-L03832

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai daripada rakyat Malaysia yang telah dikenakan tindakan mengikut Akta Berita Palsu termasuk mereka yang mengeluarkan kata-kata menghina Raja dan lain-lain bentuk penghinaan yang menyentuh sensitiviti agama dan bangsa negara ini.

13. PR-1421-L03781

Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan untuk menyegerakan proses pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam kerana mengikut laporan dari Jabatan Kerja Raya bangunan sementara yang didiami sekarang sudah tidak selamat dan telah lebih tempoh untuk diduduki.

14. PR-1421-L04086

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) berapa lamakah kontrak yang diperoleh oleh syarikat Roadcare untuk pembaikan jalan, berapakah kos yang ditanggung Kerajaan dan berapakah negeri yang terlibat ; dan

(b) adakah pihak Kementerian berpuas hati dengan khidmat yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

4 AUM DR 27/3/2019

15. PR-1421-L03592

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kelestarian (sustainability) Skim mySalam apabila dana RM2 billion habis selepas 5 tahun dan berapa banyak syarikat insurans telah bersetuju menyertai skim tersebut.

16. PR-1421-L03817

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah Kerajaan memastikan penjawat awam ini tidak terbeban dengan masalah kewangan hutang peribadi dan pinjaman dari along yang mencekik darah.

17. PR-1421-L03404

Tuan Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian akan memperjuangkan untuk lebih banyak peruntukan bagi sekolah-sekolah mubaligh, supaya mereka mampu menyelenggara infrastruktur sekolah. Adakah Kementerian akan memperjuangkan bagi pihak sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah vernakular, agar bil utiliti mereka akan ditanggung oleh Kerajaan (dan bukan pihak sekolah sendiri).

18. PR-1421-L03964

Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini rancangan untuk membina Jambatan Batang Igan di kawasan Parlimen P.207 Igan.

19. PR-1421-L03481

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan akan mengambil kira cadangan penubuhan suruhanjaya untuk memantau dan memperkasakan kesemua institusi TVET; dan

(b) mempertimbangkan cadangan meletakkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaku badan akreditasi tunggal dibawah suruhanjaya tersebut.

20. PR-1421-L03993

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) status kajian untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC); dan

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 5

(b) adakah pengiktirafan UEC turut mensyaratkan seseorang calon UEC mesti mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM dan tiada syarat lain seperti yang dijanjikan di dalam manifesto PH semasa PRU14.

21. PR-1421-L04250

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengenai isu lompat parti tanpa beretika, termasuk sama ada Kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang mengenai isu ini.

22. PR-1421-L04056

Dato' Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah mekanisme pengurusan bekalan minyak sawit mentah yang telah dirangka oleh pihak Kementerian dalam usaha menstabilkan harga minyak sawit dan bagaimanakah pensijilan MSPO terhadap pekebun sawit boleh memberi kesan kepada harga komoditi ini.

23. PR-1421-L04021

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan dalam mereformasikan sistem "Approved Permit" (AP) bagi tujuan menghapuskan amalan rasuah dan politik patronage memandangkan kini masih terdapat lima ribu jenis"Approved Permit" (AP) yang dikeluarkan oleh pelbagai Kementerian.

24. PR-1421-L03139

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah dasar baharu Kementerian dalam pembangunan belia dan sejauh manakah pelaksanaan Manifesto Pakatan Harapan berkaitan dengan peluang pekerjaan kepada golongan belia.

25. PR-1421-L04281

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian dalam memberi fokus kepada pembangunan prasarana akses internet berkelajuan tinggi di luar bandar bagi menarik golongan belia menceburi bidang atas talian.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

6 AUM DR 27/3/2019

26. PR-1421-L03973

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani masalah restoran milik bukan Islam yang menggantung ayat Al-Quran sehingga mendatangkan kekeliruan kepada pengguna muslim.

27. PR-1421-L02908

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan mengkaji semula modul pembelajaran di sekolah-sekolah memandu yang dikatakan tidak berkesan untuk melahirkan pemandu berhemah.

28. PR-1421-L03729

Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah punca kelewatan membuat pindaan kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] dengan memasukkan cadangan fasal 88A yang telah digugurkan oleh Kerajaan terdahulu kerana percanggahan dengan kes Mahkamah Persekutuan yang mana ianya tidak lagi bercanggah setelah kes M Indira Gandhi diputuskan serta apakah kekangan yang dihadapi dalam menangkap suami M Indira Gandhi, K Pathmanathan @ Mohd Ridhuan Abdullah.

29. PR-1421-L03875

Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah peranan Kerajaan Pusat dalam usaha untuk membangunkan industri mineral yang lestari di negeri Perak yang dilihat mampu untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri.

30. PR-1421-L03350

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang menambah jumlah pemegang kuota import (Approved Permit) atau menambah lagi jenis-jenis AP bagi keluaran pertanian dan penternakan seperti AP ayam dan sebagainya bagi menangani peningkatan harga.

31. PR-1421-L04070

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status dan perbincangan terkini Jawatankuasa Khas Kabinet MA63 untuk segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga mengembalikan status Sabah dan Sarawak yang telah dijanjikan.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 7

32. PR-1421-L04195

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan terhadap 100 unit kuarters guru yang sudah siap tetapi terbiar dan status pelan pembangunan lebih kurang 70 ekar tanah milik Kementerian Pendidikan yang terletak di Jalan Kuala Kangsar, Simpang dalam Parlimen Bukit Gantang, Perak. Lokasi ini dilihat sangat strategik dari aspek pembangunan yang dapat memberi pulangan ekonomi kepada Kerajaan dan rakyat.

33. PR-1421-L03696

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan dasar pengasingan sisa pepejal isi rumah seperti yang pernah diketengahkan pada tahun 2015.

34. PR-1421-L03568

Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan menjadikan perbuatan atau perkataan yang menggalakkan kebencian agama/kaum sebagai kesalahan jenayah bagi menyekat budaya mencaci dan memaki agama Islam dan semua agama yang ada di negara ini.

35. PR-1421-L03009

Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan untuk memberi kelonggaran atau mengubah syarat pemilikan kenderaan yang dioperasi sebagai teksi berpermit tidak hanya kepada kenderaan berkuasa pada 1500 cubic capacity dan ke atas seperti kebebasan yang diberi kepada operator kenderaan e-hailing yang bebas mengoperasikan semua jenis kenderaan tanpa mengira tahap kuasa kenderaan.

36. PR-1421-L04256

Tuan Jonathan Yasin [ Ranau ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan dan projek utama Kementerian dalam membantu menangani isu-isu bekalan air bersih seperti bekalan yang tidak mencukupi dan sering terputus ekoran paip-paip usang di daerah Ranau dalam jangka masa pendek dan panjang.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

8 AUM DR 27/3/2019

37. PR-1421-L03194

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dalam tempoh 3 tahun terakhir sehingga kini, berapakah jumlah permohonan kewarganegaraan yang diterima, berapa pula yang ditolak dan mohon sertakan sekali warganegara asal para pemohon tersebut.

38. PR-1421-L02933

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat membentangkan kembali pemansuhan Akta Berita Palsu 2018 di Parlimen. Nyatakan berapa orang yang telah didakwa di bawah akta ini.

39. PR-1421-L04297

Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa permohonan PLKS dan bayaran yang terlibat melalui MyEG yang masih tertangguh selepas perkhidmatan tersebut di bawah kajian semula. Bagaimana Kerajaan memastikan MyEG bayar balik kepada majikan jika gagal proses PLKS dan juga bayaran denda RM9.337 juta atas keputusan Competition Appeal Tribunal.

40. PR-1421-L03167

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah lantikan-lantikan politik di dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dapat membantu dalam melancarkan pengurusan dan menambah baik program-program dakwah di Malaysia.

41. PR-1421-L04137

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa ramaikah yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di Sarawak dan berapa ramaikah penerima BSH dari kawasan P208 Parlimen Sarikei.

42. PR-1421-L03642

Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil dalam usaha untuk membanteras kegiatan judi nombor 4D tanpa lesen di negara ini, kerana kewujudannya telah menjejaskan agensi nombor ramalan berlesen dan seterusnya menjejaskan hasil kutipan cukai Kerajaan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 9

43. PR-1421-L03848

Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah perancangan dan keutamaan Kerajaan untuk meningkatkan lagi ekonomi Sabah.

44. PR-1421-L04153

Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan maklumat terperinci berkenaan dengan kontrak Kerajaan yang diberikan pada tahun 2017 kepada Utusan Malaysia untuk menjadi pembekal Komputer tablet kepada guru-guru di seluruh negara dan kos yang terlibat, termasuk kos setiap satu tablet yang dibekalkan.

45. PR-1421-L03268

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status kewangan Tabung Haji sebagai satu instrumen pelaburan dan sejauh manakah kemerosotan ini memberi impak kepada pengurangan atau penambahan bantuan kepada jemaah haji bagi tahun ini.

46. PR-1421-L02940

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk memperbaharui permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada setiap tahun kerana ia boleh dilanjutkan ke dua atau tiga tahun sekali supaya dapat mengurangkan kesulitan perjalanan bagi mereka yang cacat.

47. PR-1421-L03667

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sekiranya Kerajaan mahu mengurangkan penjawat awam, berapa jumlah ideal atau saiz penjawat awam yang akan dikekalkan dan adakah Kerajaan akan mengekalkan skim pencen bagi penjawat awam pada masa hadapan.

48. PR-1421-L03897

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menjadikan pengurusan GLC menepati piawaian antarabangsa serta usaha yang dilakukan Kerajaan bagi memberikan latihan, pendedahan dan peluang kepada kelompok rakyat yang tersisih.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

10 AUM DR 27/3/2019

49. PR-1421-L03050

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal kenaikan harga barang supaya rakyat tidak terbeban.

50. PR-1421-L04045

Datuk Aaron Ago Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa judi haram seperti "illegal 4Ds, online gambling, sabung ayam, dan lain-lain adalah sudah menjadi satu masalah amat serius di Sarawak yang seterusnya menyebabkan banyak masalah sosial, gangsterisme, dadah, dan lain-lain. Berapakah jumlah kes yang dilaporkan setiap tahun dan apakah tindakan kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

51. PR-1421-L03317

Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan pandangan berkenaan dengan pembangunan ekonomi asas terutamanya di Kompleks ICQS Lubok Antu, bagi tujuan menaik taraf ekonomi tempatan di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia dan khasnya Lubok Antu.

52. PR-1421-L03019

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status terkini kelulusan pembinaan asrama SMK Pinggan-Pinggan Pitas dan bilakah pelaksanaan pembinaan asrama ini dapat dimulakan memandangkan ramai pelajar luar bandar datang dari pelosok kampung yang jauh, golongan miskin dan perlu bantuan kemudahan tersebut.

53. PR-1421-L04028

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Menteri boleh bersetuju dan bersedia untuk mengarahkan pegawai-pegawai di Kementerian Dalam Negeri memberi jawapan yang lebih terperinci sebab-sebab penolakan permohonan kewarganegaraan. Jawapan terperinci daripada Kementerian akan dapat membantu pemohon mengatur tindakan selanjutnya yang wajar diambil.

54. PR-1421-L03811

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan bagaimana kedudukan kewangan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan apakah rancangan Kerajaan bagi menyusun semula pengurusan dan operasi FELCRA.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 11

55. PR-1421-L03414

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [ Jeli ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan status cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Pengkalan Kubor di Kelantan dengan Takbai di Thailand dan bilakah pembinaan jambatan ini akan bermula.

56. PR-1421-L04107

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kenapa Kementerian masih tidak menubuhkan kembali Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dengan fungsi baru iaitu menyelaraskan industri secara menyeluruh.

57. PR-1421-L03998

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap persiapan Kementerian dalam memastikan program Kebudayan dan Pelancongan Malaysia-China Tahun 2020 satu kejayaan yang terbesar dan memberangsangkan dari segi pencapaian kemajuan yang bermakna peningkatan ketibaan pelancong-pelancong China ke Malaysia di samping menggalakkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

58. PR-1421-L02998

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah sebenar kos untuk menunaikan haji bagi setiap rakyat Malaysia dan berapa pula subsidi yang diberikan oleh Kerajaan.

59. PR-1421-L04094

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah pembinaan Balai Bomba Pekan Bingkor akan mula dilaksanakan memandangkan kertas cadangan tapak pembinaan Balai Bomba Bingkor berkenaan telah pun disiapkan oleh pihak yang berkenaan termasuk pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia zon Keningau.

60. PR-1421-L03487

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) statistik jualan kenderaan persendirian pada tahun 2018; dan

(b) perkembangan perancangan Kementerian menyelesaikan masalah akses kepada pengangkutan awam untuk rakyat terutamanya di kawasan luar bandar dan pelan menyelesaikan isu ‘last end mile connectivity’ bagi penduduk bandar.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

12 AUM DR 27/3/2019

61. PR-1421-L02897

Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah penyelenggaraan Kapal Equanimity dan kenapa ianya masih lagi disimpan.

62. PR-1421-L03437

Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada maklumat umur, status perkahwinan dan surat beranak rakyat wujud di dalam database Jabatan Pendaftaran Negara.

63. PR-1421-L03128

Dato' Sri Dr. Santhara [ Segamat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai rancangan untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf Hospital Segamat selaras dengan pengisytiharan Hospital Segamat sebagai hospital pakar. Ini termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada dan kemudahan pakar.

64. PR-1421-L02985

Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian untuk menghapuskan samsu haram di Malaysia. Minuman ini mengandungi purata 38% alkohol dan sebotol samsu bersaiz paling kecil boleh dibeli pada harga RM1.50 sahaja. Kegiatan mengawal alkohol perlu dilihat sebagai tanggungjawab Kerajaan, sektor kesihatan dan masyarakat setempat. Sepertimana semua difahamkan, samsu menjadi salah satu punca utama yang menyebabkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga dan imej negara terjejas.

65. PR-1421-L02887

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap institusi kehakiman seperti dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Harapan maka bilakah akan ditamatkan kuasa Perdana Menteri dalam mempengaruhi pelantikan hakim-hakim.

66. PR-1421-L03361

Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah struktur atau garis panduan pelaksanaan dasar Kerajaan pusat dan negeri antara Dewan Undangan Negeri (DUN) dan MP kawasan dalam konteks hubungan kerjasama. Adakah berbeza mengikut negeri atau diselaraskan.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 13

67. PR-1421-L03075

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah "Portable Container Systems" untuk bekalan bahan api yang akan di tempatkan di luar bandar Sarawak. Jelaskan juga lokasi-lokasi "Portable Container Systems" ini.

68. PR-1421-L03839

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah rancangan dan tindakan pihak Kerajaan berhubung aspek perlindungan sosial untuk golongan OKU dan apakah pencapaian terkini daripada Pelan Tindakan OKU 2016-2022.

69. PR-1421-L03460

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pelan Kerajaan Persekutuan untuk menarik pelaburan ke Sandakan. Berapa pelaburan yang telah berjaya dilaksanakan di Sandakan setakat ini sejak pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.

70. PR-1421-L04307

Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan raya Persekutuan Tebedu/Serian yang sempit akan dinaik taraf kepada 4 lorong jalan.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

14 AUM DR 27/3/2019

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan

* Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019.

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 15

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] dan masalah dicadangkan:-

"Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- "Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Keempat Belas." Menyambung semula perbahasan atas masalah (26 Mac, 2019)

2. ( D.R 33/2018 ) Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Perdana Menteri ]

3. ( D.R 35/2018 ) Rang Undang-Undang Undang-Undang Sivil (Pindaan) 2018

"

[ Perdana Menteri ]

4. PR-1421-U(27)029 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan apakah strategi Kerajaan dalam rundingan dengan Singapura berhubung kait isu persempadanan dan kedaulatan ruang udara kedua-dua negara yang timbul sejak kebelakangan ini. Senario diplomatik Malaysia dan Singapura telah banyak berubah apabila isu-isu persempadanan ruang udara timbul secara spesifiknya melibatkan pemakaian Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar dan kewujudan Kawasan Larangan Kekal (PRA) untuk aktiviti ketenteraan di ruang udara Pasir Gudang. Kerajaan perlu melihat situasi ini secara serius apabila Singapura membantah kewujudan PRA di ruang udara Pasir Gudang kerana pada anggapan mereka ia akan mengekang aktiviti penerbangan awam walaupun begitu jelas PRA itu hanya ditujukan kepada aktiviti ketenteraan sahaja. Cabaran juga timbul dan perlu diselesaikan oleh Kerajaan apabila Malaysia membuat bantahan terhadap penggunaan ILS yang memerlukan pesawat mengguna ruang udara Pasir Gudang yang akan mengundang kekangan pembangunan fizikal bandar itu terutamanya membabit isu had ketinggian bangunan dalam laluan ILS.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

16 AUM DR 27/3/2019

Rundingan antara kedua negara ini amat penting dalam mempertahankan kedaulatan persempadanan negara dan seharusnya Malaysia bertegas dan berhati-hati supaya akhirnya kedua-dua negara mendapat penyelesaian yang terbaik dalam hal ini."

[ Menteri Pengangkutan ]

5. PR-1421-U(27)030 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menjelaskan kegelisahan anak muda mengenai perancangan dan dasar yang menyeluruh melibatkan pembangunan golongan belia meliputi semua golongan masyarakat dan kaum di negara ini. Kerajaan perlu mempunyai perancangan dasar yang jelas seperti yang dilaksanakan Kerajaan terdahulu melalui Transformasi Nasional 2050 yang menggariskan enam teras tumpuan pembangunan belia masa hadapan yang dinamik dan berwawasan. Anak muda kini dibelenggu kerisauan berkenaan dasar pembangunan belia dan dasar pembangunan sukan yang tidak jelas sehingga memberi kesan terhadap kemajuan serta penambahbaikan organisasi belia dan sukan secara keseluruhan. "

[ Menteri Belia Dan Sukan ]

6. PR-1421-U(27)031 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan dasar dan pelan yang menyeluruh berkenaan halatuju negara jangka masa panjang selepas tamatnya Wawasan 2020. Kerajaan perlu memberi penjelasan kepada kebimbangan rakyat serta membuka ruang perbincangan disamping mendapatkan input daripada rakyat berkenaan apakah rancangan Kerajaan merangkumi seluruh lapisan masyarakat pelbagai umur menyentuh kesinambungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat jangka masa panjang. Kegusaran rakyat kini adalah apa yang akan berlaku pada 30 tahun akan datang. Rakyat gusar mengenai cabaran taraf hidup yang semakin kompleks di samping keadaan sosioekonomi dan keselamatan yang tidak menentu menyebabkan kegagalan kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan akan terbantut. "

[ Perdana Menteri ]

7. PR-1421-U(27)032 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan perincian laporan penggunaan kewangan, perkembangan laporan pembangunan dan prestasi terkini Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (JKPTVET). Fungsi dan peranan penubuhan

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 17

jawatankuasa ini semenjak diperkenalkan pada 21 Jun 2018 dilihat belum memberikan gambaran jelas berkenaan pelan perkembangan dan strategi pencapaian yang amat penting untuk diketahui oleh rakyat khususnya anak muda pemegang taruh meliputi pelajar, komuniti, industri dan penyedia TVET awam dan swasta yang terlibat secara langsung dalam bidang kemahiran. Kerajaan secara serius perlu memberikan perhatian terhadap perkara ini kerana ia melibatkan pendidikan dan masa hadapan anak muda yang inginkan jaminan Kerajaan memastikan mereka berjaya dalam bidang kemahiran. "

[ Menteri Pendidikan ]

8. PR-1421-U(27)033 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi perhatian terhadap kebimbangan keadaan tidak selamat melibatkan banduan dalam penjara di seluruh negara merangkumi isu kepadatan sel, masalah kemudahan dalam penjara, tahap kawalan kesihatan dan keselamatan penjara serta penyebaran wabak penyakit. Kebanjiran jumlah banduan di dalam sesetengah penjara di negara ini menyebabkan keadaan yang tidak kondusif berlaku seterusnya mengakibatkan risiko penyebaran wabak penyakit yang lebih tinggi seperti penyakit TB dan kencing tikus. Sebuah kajian menyeluruh dan komprehensif harus dibentang dan dibincangkan segera bagi mendapatkan penyelesaian memandangkan situasi ini akan memberikan kesan terhadap persekitaran sekeliling dan ia akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan."

[ Menteri Dalam Negeri ]

9. PR-1421-U(27)034 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi penjelasan terhadap kerisauan rakyat berhubung usaha mendukung Perlembagaan Negara dengan memperkasa identiti kenegaraan dan perpaduan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang dilihat semakin lesu dan tidak aktif. Kerajaan perlu membentangkan serta memberi ruang perbincangan dengan segera apakah perancangan terperinci dan strategi jangka masa panjang JPNIN untuk mengukuhkan perpaduan dan menyemai semangat Rukun Negara dalam diri setiap warganegara disamping membentangkan laporan kewangan dan prestasi JPNIN bagi suku ketiga dan keempat tahun 2018. Kerisauan yang timbul adalah Kerajaan baharu ini dilihat tidak memperkasa fungsi dan peranan JPNIN yang mempunyai struktur jawatankuasa yang efisyen dan tersusun malah Kerajaan dilihat hilang fokus terhadap strategi menyediakan perancangan khusus bagi perpaduan dan integrasi nasional secara keseluruhan." [ Perdana Menteri ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

18 AUM DR 27/3/2019

10. PR-1421-U(27)035 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi penjelasan terhadap kebimbangan rakyat berhubung dasar Kerajaan dalam sektor automotif negara yang tidak seimbang dan memberikan lebih banyak keuntungan buat syarikat pengeluar kenderaan luar negara untuk menguasai pasaran berbanding syarikat pengeluar kenderaan tempatan. Kerajaan perlu menjelaskan mekanisme dan strategi yang menyeluruh dalam memastikan syarikat-syarikat automotif tempatan seperti Syarikat Proton dan Perodua terus kompeten agar dilihat lebih berdaya saing dengan syarikat luar negara. Kerajaan juga harus menetapkan kewajipan buat seluruh institusi pentadbiran dan agensi Kerajaan seluruh negara menggunakan kenderaan berjenama tempatan sebagai kenderaan rasmi supaya ia dapat dilihat sebagai usaha menyokong semangat kenegaraan dan membantu merancakkan perkembangan produk kereta nasional."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

11. PR-1421-U(27)039 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Agar institusi Parlimen menetapkan supaya satu Jawatankuasa Pemilih Khas ditubuhkan dan satu referendum rakyat diadakan bagi meneliti semua pandangan rakyat Malaysia mengenai langkah Kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati dalam 32 kesalahan melibatkan lapan perundangan negara. Dalam semangat Malaysia Baru selepas 9 Mei, ianya menjadi satu tanggungjawab Kerajaan agar dapat menghormati pandangan setiap lapisan rakyat Malaysia terutamanya mengenai perkara memansuhkan hukuman mati yang juga melibatkan nyawa masyarakat termasuk keluarga mangsa atau keluarga tahanan hukuman mati. “Sekiranya pandangan rakyat ini tidak diteliti, Kerajaan Pakatan Harapan akan dilihat sebagai menafikan hak kebebasan bersuara mereka. Kerajaan juga perlu menyatakan pendirian dengan jelas, apakah alternatif lain yang akan diganti selepas pemansuhan hukuman mati ini dilaksanakan dan apakah ia mampu dijadikan sebagai langkah pencegahan atau sebaliknya. Kerajaan Pakatan Harapan perlu sedar bahawa kejayaan mereka menjadi Kerajaan hari ini adalah disebabkan kuasa dan suara rakyat. "

[ Perdana Menteri ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 19

12. PR-1421-U(27)040 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Agar projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak dibatalkan memandangkan ia sudah siap 20% dan Kerajaan perlu membayar pampasan yang tinggi kerana melanggar kontrak perjanjian. Tambahan pula, landasan yang akan memendekkan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu ini berupaya memberi manfaat ekonomi kepada negara dengan melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) di tiga negeri pantai timur sebanyak 1.5%. la juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi di pantai timur, rangkaian hubungan yang penting di antara timur dan barat serta merapatkan jurang ekonomi antara bandar-luar bandar. Maka Dewan Rakyat menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat meneruskan projek ECRL ini."

[ Perdana Menteri ]

13. PR-1421-U(27)041 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memaparkan Laporan Akhir Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP) dengan mengeluarkan unsur-unsur berkaitan kepentingan negara yang sensitif daripada Laporan CEP serta mengemukakan laporan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil daripada cadangan-cadangan oleh CEP. Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan dewan ini pada 15 Oktober 2018 bahawa CEP telah tamat melaksanakan tugas pada 19 Ogos 2018 dan pihak Kerajaan telah pun menerima laporan cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh CEP. Memandangkan enam bulan telah berlalu untuk Kerajaan untuk meneliti Laporan CEP, maka atas pinsip ketelusan dan akauntabiliti, tibalah masa bagi Kerajaan untuk mendedahkan Laporan CEP supaya rakyat Malaysia dapat memberikan input serta sama-sama menentukan hala tuju negara."

[ Perdana Menteri ]

14. PR-1421-U(27)042 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memaparkan laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (Institutional Reforms Committee-IRC) serta laporan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil daripada cadangan-cadangan pembaharuan oleh IRC. Memandangkan wujudnya dakwaan oleh seorang Hakim Mahkamah Rayuan melalui afidavit yang boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman baru-baru ini, maka adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui usaha-usaha penambahbaikan serta pembaharuan yang substantif dalam pentadbiran institusi-institusi seperti badan kehakiman dalam negara. " [ Perdana Menteri ]

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

20 AUM DR 27/3/2019

15. PR-1421-U(27)043 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020. Menteri Kewangan telah memberi jaminan pada Ogos 2018 bahawa projek kereta nasional ketiga tidak akan menggunakan wang rakyat. Namun, Menteri Pembangunan Usahawan telah mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM20 juta pada Januari 2019 bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga. Kos untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan juga penghasilan kereta nasional ketiga melibatkan pelaburan berbilion-bilion ringgit. Walaupun projek ini dimajukan oleh syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) seperti SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan Sime Darby seperti yang diwar-warkan, ianya secara tidak langsung melibatkan wang rakyat yang dicarum melalui pelaburan Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Memandangkan situasi ekonomi negara yang tidak menentu, projek kereta nasional ketiga akan membebankan Kerajaan dan rakyat (khususnya pembeli kereta) sekiranya projek ini diteruskan. Adalah disarankan agar projek kereta nasional ketiga dibatalkan demi menjimatkan wang rakyat."

[ Perdana Menteri ]

16. PR-1421-U(27)044 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut laporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 21

menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. Ini bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai prasyarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. "

[ Menteri Pendidikan ]

17. PR-1421-U(27)045 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat meneruskan projeck pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada 26 Oktober 2017, termasuk mengekalkan 10 nama sekolah baru yang telah diluluskan. Kerajaan sepatutnya menyiapkan projek tersebut dalam masa 5 tahun dengan peruntukan RM20 juta setiap tahun (jumlah keseluruhannya RM100 juta) seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan terdahulu. Tetapi malangnya, perlaksanaan projek tersebut agak lambat dan tiada perkembangan yang signifikan. Dengan itu, mengharapkan Dewan ini mengambil maklum perkara ini dan mendesak Kerajaan Pakatan Harapan mempercepatkan proses pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid ke kawasan yang lebih padat penduduk cina. "

[ Menteri Pendidikan ]

18. PR-1421-U(27)046 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menggesa Kerajaan supaya dapat memberikan peruntukan yang sama rata kepada Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik. Ini kerana, Ahli Parlimen Kerajaan di Semenanjung Malaysia telah diberi

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

22 AUM DR 27/3/2019

peruntukan sebanyak RM1,000,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM700,000 bagi peruntukan kawasan pada tahun 2018. Manakala tahun 2019, Ahli Parlimen Kerajaan diperuntukkan RM1,800,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM1.5 juta bagi peruntukan kawasan. Sementara Ahli Parlimen pembangkang hanya diberikan RM100,000 sahaja bagi tahun 2018 dan tidak menerima apa-apa peruntukan untuk tahun 2019. Ini merupakan satu bentuk diskriminasi yang amat ketara. Gesaan ini selari dengan semangat ‘Malaysia Baru’ dan hasrat badan bebas (NGO) seperti BERSIH yang mahu memastikan tiada istilah diskriminasi dalam negara dan semua pengundi harus dilayan dengan adil dan saksama. Malah, perkara ini juga diperjuangkan oleh pemimpin Kerajaan hari ini ketika bergelar pembangkang suatu ketika dahulu. Dalam masa sama, semangat ‘Malaysia Baru’ ini juga yang menuntut kesuburan demokrasi. Prinsip keadilan ini akan dijadikan sebagai penanda aras dan seterusnya diteladani oleh Kerajaan negeri yang lain di Malaysia tanpa mengira parti mana yang memerintah. "

[ Perdana Menteri ]

19. PR-1421-U(27)027 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"supaya mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14."

[ Perdana Menteri ]

20. PR-1421-U(27)028 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urustadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 23

21. PR-1421-U(27)036 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Banyak kuaters-kuaters guru yang dibina di seluruh negara dengan bagitu cantik dengan harga beratus juta ringgit ditinggalkan kosong tidak didiami. Kuaters ini telah banyak yang rosak dan tidak terjaga. Kawasan dipenuhi semak samun dan tidak terurus. Banyak yang menjadi tempat penagih dadah beroperasi dan kawasan ini menjadi bukti bagaimana Kerajaan tidak prihatin terhadap alam sekitar dan pembaziran wang rakyat yang amat luar biasa. Dicadangkan semua kuarters ini dijual kepada mana-mana pihak dengan harga yang berpatutan supaya beban tidak lagi ditanggung oleh Kerajaan dan pulangan dari jualan ini boleh digunakan bagi mereka yang memerlukan."

[ Menteri Pendidikan ]

22. PR-1421-U(27)037 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Dadah telah mula masuk ke sekolah-sekolah. Walau pun jumlahnya masih kecil tetapi tindakan segera mesti diambil. Bagi mengelak dari pelajar terlibat sekolah disarankan memperbanyakkan kegiatan pasukan beruniform seperti kadet tentera, kadet polis, kedet bomba, pengakap dan lain-lain pasukan berunifom dan perbanyakkan aktiviti luar sekolah. Kegiatan ini semua akan membina perasaan kekitaan dan saling tegur menegur. Jabatan kaunseling di sekolah juga mesti diperkemaskan agar pelajar yang menghadapi masalah cepat dikenal pasti dan diambil tindakan."

[ Menteri Pendidikan ]

23. PR-1421-U(27)038 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Kemalangan jalan raya makin meningkat di negara ini. Di antara punca kemalangan ialah pengguna yang cuai dan penguatkuasaan oleh agensi yang lemah. Sebagai contoh kemalangan melanggar kenderaan yang diberhenti di bahu jalan, atau kenderaan yang rosak ditinggalkan tanpa dipaparkan notis kereta/kenderaan rosak. Kerajaan hendaklah menggunakan semua ruang seperti TV dan radio bagi menyebarkan maklumat kepada pengguna jalan raya jika kenderaan mereka rosak, notis secukupnya mesti dipamerkan agar pengguna yang lain sedar dan tahu masalah wujud di hadapan mereka dan mereka akan bersedia untuk elakkan dari melanggar kenderaan yang rosak ini."

[ Menteri Pengangkutan ]

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

24 AUM DR 27/3/2019

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2019

RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.27 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Institut

Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI) Bagi Tahun 2017

27 Mac 2019

ST.29 Penyata Keluaran Wang Daripada Simpanan Luar

Jangka Bagi Tempoh 1 Januari 2018 Hingga 31

Disember 2018, Menurut Seksyen 6(3) Akta

Kumpulan Wang Pembangunan 1966

27 Mac 2019

CMD.1 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan

Pertama 2018

27 Mac 2019

CMD.1A Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2018 Bagi Kerajaan Malaysia

27 Mac 2019

CMD.2 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan

Pertama 2018

27 Mac 2019

CMD.2A Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2018 Bagi Kerajaan Malaysia

27 Mac 2019

CMD.3 Penyata Keluaran Wang Daripada Kumpulan Wang Luar Jangka Bagi Tempoh Dari 1 Januari 2018 Hingga 31 Disember 2018, Menurut Peraturan 68 Di Bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

27 Mac 2019

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 27032019 - Selasa.pdf · pengguna media sosial yang sewenangnya menghina agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja. 3. PR-1421

AUM DR 27/3/2019 25

**UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 27.03.2019 (Rabu)

1. YB Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong)

1. Pengecilan Saiz Penjawat Awam

1. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)