malaysia dewan negara aturan urusan · pdf filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa,...

16
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 6 DISEMBER 2016, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 19 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1343-L26122 YBM Engku Naimah bt Engku Taib minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pengikut fahaman Syiah di negara ini dan nyatakan sejauh manakah perkembangan fahaman Syiah di negara ini serta langkah Kerajaan bagi menyekat penularan dan penyebaran fahaman Syiah di kalangan umat Islam negara ini. 2. PN-1343-L26377 Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan memberi penyelarasan sepenuhnya mekanisme subsidi minyak masak dan apakah langkah mencegah pencatuan. 3. PN-1343-L26208 Tuan Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah projek, keluasan dan peserta Tanaman Secara Komersial (TSK) Kelapa Sawit dan Getah Usahasama Bersama agensi Kerajaan seperti RISDA, FELCRA, yang melibatkan Masyarakat Orang Asli. Mengapakah kebanyakan projek TSK kurang berdaya saing dan pendapatan dividen bawah paras RM700. 4. PN-1343-L26351 Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan terkini kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri yang dilahirkan di Malaysia, khasnya di Sarawak, serta perancangan Kerajaan bagi menambahbaik prosedur permohonan pengenalan diri kepada golongan kurang bernasib baik ini.

Upload: dothu

Post on 20-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 6 DISEMBER 2016, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 19

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1343-L26122 YBM Engku Naimah bt Engku Taib minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pengikut fahaman Syiah di negara ini dan nyatakan sejauh manakah perkembangan fahaman Syiah di negara ini serta langkah Kerajaan bagi menyekat penularan dan penyebaran fahaman Syiah di kalangan umat Islam negara ini.

2. PN-1343-L26377 Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan memberi penyelarasan sepenuhnya mekanisme subsidi minyak masak dan apakah langkah mencegah pencatuan.

3. PN-1343-L26208

Tuan Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah projek, keluasan dan peserta Tanaman Secara Komersial (TSK) Kelapa Sawit dan Getah Usahasama Bersama agensi Kerajaan seperti RISDA, FELCRA, yang melibatkan Masyarakat Orang Asli. Mengapakah kebanyakan projek TSK kurang berdaya saing dan pendapatan dividen bawah paras RM700.

4. PN-1343-L26351

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan terkini kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri yang dilahirkan di Malaysia, khasnya di Sarawak, serta perancangan Kerajaan bagi menambahbaik prosedur permohonan pengenalan diri kepada golongan kurang bernasib baik ini.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

2 AUM DN 6/12/2016

5. PN-1343-L26363 Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah projek perumahan terbengkalai di negara ini dan jelaskan apakah tindakan dan bentuk tindakan yang diambil terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek dan bentuk perlindungan yang diberikan kepada pembeli yang menghadapi masalah sebegini.

6. PN-1343-L26549

Datuk Lihan Jok minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis dan anggota polis bantuan di Sarawak setakat 2016 dan apakah sasaran jangka panjang untuk menambah anggota polis di Sarawak.

7. PN-1343-L26665

Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah persiapan pihak Kerajaan dalam menghadapi musim tengkujuh pada penghujung tahun 2016, terutamanya di negeri-negeri pantai timur semenanjung.

8. PN-1343-L26478 Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan implikasi terhadap hubungan dua hala Malaysia-Amerika berikutan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.

9. PN-1343-L26742

Puan Bathmavathi Krishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa masih tidak disediakan perkhidmatan bas ekspres antara Bandar (“intercity”) yang mesra OKU.

10. PN-1343-L26633

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan orang gelandangan di tempat awam seperti tepi jalan raya. Apakah statistik penempatan orang yang kehilangan tempat tinggal ("homeless") di pusat jagaan atau tempat lain dari 2015 hingga kini.

11. PN-1343-L25890

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan sekolah rendah dan menengah yang memerlukan pendawaian elektrik semula kerana telah melepasi tempoh 20 tahun dan nyatakan langkah Kerajaan bagi mengelakkan sekolah rendah dan menengah ini dari risiko kebakaran berpunca dari litar pintas.

12. PN-1343-L25869 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sindrom 4K (kuliah, katil, kafeteria dan komputer) yang memerangkap mahasiswa sehingga menjejaskan komitmen mereka dalam aspek pembelajaran akademik dan sahsiah diri.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

AUM DN 6/12/2016 3

13. PN-1343-L26041

Dato' Adam bin Abdul Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan berikutan penambahbaikan system ESSCOM bagi mengawal pantai timur Sabah, adakah Malaysia mampu menangani lambakan pendatang asing atau PATI di negeri tersebut.

14. PN-1343-L26090

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan jenis dan bentuk pelaburan dalam dan luar negara oleh Tabung Haji memandangkan tahap kewangan yang tinggi yang dilaporkan berjumlah sekitar RM 62 bilion.

15. PN-1343-L26320 Dato' Indera Hoh Khai Mun minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk membantu rakyat mencapai status berpendapatan tinggi sedangkan kita menghadapi masalah struktur gaji yang rendah.

16. PN-1343-L26550 Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada pihak Kementerian akan mengambil langkah yang tertentu (misalnya penubuhan badan khas) demi menangani masalah keganasan dalam sekolah.

17. PN-1343-L25935

Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta PERDANA MENTERI menyatakan persiapan Malaysia dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar dengan kadar pertumbuhan yang perlahan serta kos sara hidup yang tinggi.

18. PN-1343-L26431 Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan sekolah yang mempunyai infrastruktur dewan terbuka (dewan lantai bersimen, berbumbung dan berkipas), bilangannya yang terdapat di Selangor khususnya di daerah Sepang. Adakah Kementerian bercadang untuk membantu membina infrastruktur ini di sekolah yang ada kemudahan tersebut.

19. PN-1343-L26679

Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada kenaikan harga minyak masak baru-baru ini antara lain adalah untuk mengekang penyeludupan minyak masak bersubsidi atau untuk menutup kelemahan penguatkuasa Kementerian yang gagal membasmi penyeludupan dan apakah penyelesaian menyeluruh Kementerian untuk meringankan beban rakyat tempatan yang semakin terbeban dengan kenaikan harga minyak masak.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

4 AUM DN 6/12/2016

20. PN-1343-L26595 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah dasar dan matlamat pihak Kementerian terhadap amalan "Organic Farming".

21. PN-1343-L26511 Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tahap/peringkat pengaruh militan ISIS/DAESH di dalam negara ini selepas pihak berkuasa berjaya mengekang dan membuat tangkapan terhadap individu-individu yang terlibat.

22. PN-1343-L26284

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan status terkini syarikat Astronautic Technology (M) Sdn Bhd, dari segi aktiviti dan perkembangan Teknologi Aeroangkasa dan impak pelaburan Kerajaan apabila mewujudkan syarikat ini.

23. PN-1343-L26196

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan pelarian Syria yang telah pun ditempatkan di Malaysia setakat ini dan berapa lama tempoh penempatan sementara mereka di Malaysia serta kos perbelanjaan yang terlibat dalam tawaran Kerajaan untuk memberi perlindungan kepada pelarian Syria di Malaysia berikutan dengan pengumuman Perdana Menteri pada Oktober tahun lepas semasa berucap pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB di New York.

24. PN-1343-L26695

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dasar Kementerian untuk mengelakkan peminggiran masyarakat Melayu terutamanya di bandar apabila dilihat semakin banyak perumahan berskala tinggi dibina contohnya pembinaan kondominium mewah dan bangunan komersial.

25. PN-1343-L26413

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan awam dan juga swasta bagi mahasiswa yang bergraduasi tahun 2017 memandangkan pembekuan jawatan-jawatan di jabatan Kerajaan dan keadaan ekonomi yang agak lembap.

26. PN-1343-L26586 Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan pengemis rakyat tempatan dan asing yang ditahan sepanjang tahun 2016 dan bagaimanakah kerjasama Kementerian dengan PDRM dan Imigresen bagi memastikan masalah pengemisan diatasi secara total menjelang 2017.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

AUM DN 6/12/2016 5

27. PN-1343-L25835 Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana persediaan Malaysia sebagai tuan rumah penganjuran Sukan SEA 2017.

28. PN-1343-L26387

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai inisiatif untuk mewujudkan satu Pelan Induk Pelancongan untuk merangka dan menetapkan keseluruhan sektor pelancongan bagi memudahkan penyelarasan antara semua aktiviti dan kemudahan pelancongan.

29. PN-1343-L25966 Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan inisiatif yang sedang diambil untuk memastikan vaksin yang digunakan untuk imunisasi wajib tidak mengandungi komponen yang sensitif kepada kumpulan-kumpulan terpilih seperti gelatin lembu dan sekiranya tidak mungkin, sama ada Kementerian akan memastikan bahawa terdapat vaksin alternatif.

30. PN-1343-L25879

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah membendung kegiatan buli di sekolah yang semakin berleluasa serta meninggalkan kecederaan dan trauma di kalangan mangsa.

31. PN-1343-L26339

Dato' Indera Hoh Khai Mun minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kementerian untuk meminda akta pembiayaan politik bagi melancarkan sistem pembiayaan dalam badan-badan politik, memandangkan ada laporan media menyatakan bahawa jumlah yang kecil RM3000 ke atas dalam satu tahun perlu diisytiharkan sebagai pembiayaan politik.

32. PN-1343-L26449

Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengenai hasil lawatan Perdana Menteri ke China dan pertemuannya dengan Presiden China. Apakah hasil dan impak dari lawatan tersebut dari segi perdagangan kepada negara kita.

33. PN-1343-L26353

Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan program susulan KBS kepada atlet sukan negara dalam usaha menanamkan semangat patriotik serta semangat cintakan negara selain insentif wang tunai yang lumayan kepada atlet yang membawa pulang pingat.

34. PN-1343-L26110 Tuan Ramli bin Shariff minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil dalam mengatasi masalah kekurangan katil di hospital-hospital Kerajaan.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

6 AUM DN 6/12/2016

35. PN-1343-L26632 Dato' Jaspal Singh minta PERDANA MENTERI menyatakan inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memajukan kaum India terutamanya dari kawasan pedalaman ataupun yang tidak mempunyai kemudahan terkini.

36. PN-1343-L26486

Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) jumlah tangkapan dan tindakan yang diambil terhadap mereka

yang didapati bersalah menyorok minyak masak bersubsidi; dan (b) tindakan yang dilakukan berikutan pendedahan media massa

mengenai jualan barang bersubsidi seperti minyak masak dan tepung di sempadan negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.

37. PN-1343-L26100

Tuan Ramli bin Shariff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan menimbangkan cadangan bantuan sokongan barangan asas seperti susu dan lampin termasuk bantuan kewangan kepada ibu-ibu mengandung untuk tiga anak pertama.

38. PN-1343-L26625

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapa banyakkah operasi pencegahan penyeludupan minyak masak dibuat dan berapakah jumlah tangkapan serta bentuk hukuman yang telah dilaksanakan.

39. PN-1343-L26614

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan statistik kemasukan pelajar kaum India, Cina dan orang asli ke universiti awam bagi tahun 2011 hingga 2016 dan apakah strategi yang dilaksanakan Kerajaan ketika ini bagi menarik minat pelajar cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.

40. PN-1343-L26309

Dato' Hajah Norahan binti Abu Bakar minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan projek-projek perumahan swasta yang sedang dijalankan dan telah siap rancak dilaksanakan termasuk di Negeri Pahang, bagaimanapun harganya terlalu mahal. Apakah pihak Kerajaan akan melaksanakan garis panduan atau dasar kawalan harga (rumah selain kos rendah, kos sederhana rendah, PR1MA) bagi membantu golongan sederhana membeli rumah tersebut.

41. PN-1343-L26001

Tan Sri Nalla K. S. minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah terkini bilangan SJK (T) serta jumlah guru di sekolah berkenaan. Adakah bilangan tersebut mencukupi dan adakah Kerajaan telah mengenal pasti keperluan sama ada untuk menambah atau mengurangkan jumlah sedia ada.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

AUM DN 6/12/2016 7

42. PN-1343-L26707 Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada Perjanjian TPP akan diteruskan setelah bakal presiden baru Amerika yang baru dipilih dilihat “tidak mesra” dengan perjanjian tersebut.

43. PN-1343-L26579

Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tunggakan Bil Perkhidmatan Pembetungan Indah Water (IWK) dan bagaimanakah cadangan serta langkah afirmatif yang boleh diambil bagi memastikan jumlah tunggakan ini dapat dikutip segera dari pengguna.

44. PN-1343-L26447

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kesan-kesan rasionalisasi harga minyak masak terhadap kadar harga barangan di bandar dan luar bandar, dan langkah-langkah yang digariskan bagi membantu golongan B40 menangani isu ini.

45. PN-1343-L26677

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilangan dan jumlah kos yang ditanggung oleh Kerajaan bagi pameran yang di anjurkan di Muzium Negara dalam tahun 2014 hingga awal 2016.

46. PN-1343-L25950

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah kes penyelewengan dan penyeludupan berkenaan minyak masak yang dikesan oleh Kementerian berserta dengan kerugian Kerajaan dan apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah ini.

47. PN-1343-L25965

Dr. Zaiedi bin Haji Suhaili minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah faktor-faktor yang telah dikenalpasti yang menyebabkan Malaysia Food Import Bill terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencecah RM 45.2 billion dalam tahun 2015 dan apakah usaha untuk mengurangkannya.

48. PN-1343-L25925

Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) kaedah menggalakkan penggunaan wakaf secara kolektif agar agihan kekayaan dapat diagihkan secara saksama dan adil kepada golongan sasaran; dan

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

8 AUM DN 6/12/2016

(b) adakah Kementerian bercadang agar dana wakaf ditadbir urus oleh pasukan pengurusan yang menguasai kemahiran, memiliki pengalaman dalam tatacara urus kewangan, pelaburan dan pembangunan hartanah demi membolehkan dana serta harta wakaf menjadi produktif dan berkembang maju.

49. PN-1343-L26533

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan jumlah graduan dari Universiti-universiti tempatan dari 2010 hingga 2015 yang menganggur mengikut nama universiti tempatan dan nyatakan punca pengangguran mereka serta tindakan yang sedang diambil untuk mengatasi masalah ini.

50. PN-1343-L26071

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah bentuk pemindahan teknologi atau sumber pendapatan lumayan yang akan diperolehi oleh pengusaha tempatan dalam merangsang pembuatan sel solar dan peralatan tenaga hijau apabila perjanjian persefahaman dengan China dimeterai.

51. PN-1343-L26655

Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kenaikan harga minyak di Malaysia adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Sejauh manakah kenaikan harga minyak di pasaran memberi kesan langsung ke atas sektor ekonomi negara pada masa hadapan.

52. PN-1343-L26221

Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rasionalnya pihak berkuasa negara menggunakan istilah "diselamatkan" terutamanya bagi warganegara rakyat asing yang ditangkap dalam serbuan di tempat-tempat tertentu kerana disyaki melakukan kegiatan maksiat, dan jumlahnya dalam tahun 2015 dan tahun ini sehingga bulan Oktober, serta apakah yang terjadi kepada mereka ini.

53. PN-1343-L26756

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah ada kajian modifikasi genetik dilakukan untuk membolehkan mempelam harum manis mempunyai 2 musim setahun seperti padi.

54. PN-1343-L25846

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah benar dakwaan Menteri Sumber Manusia yang memaklumkan bahawa 7 daripada 10 rakyat asing yang bekerja di negara ini tidak memiliki dokumen sah dan sekiranya benar, apakah tindakan drastik Kerajaan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

AUM DN 6/12/2016 9

55. PN-1343-L26235 Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi menggalakkan penggunaan bahan-bahan organik menggantikan bahan kimia bagi memastikan sumber makanan seperti sayur dan buah-buahan yang dihasilkan lebih berkualiti dan sihat.

56. PN-1343-L26571

Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah prospek pertumbuhan prestasi kewangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat pelaburan Kerajaan pada tahun unjuran 2017 dan prestasi semasa 2016.

57. PN-1343-L26749

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Kementerian mempunyai skim atau tarif untuk mencungkil bakat kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar seperti PTSB Go Green Boat yang telah dicipta dan dihasilkan oleh pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekatronik.

58. PN-1343-L26265

Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi memastikan bahawa Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 atau POTA 2015 dapat dikuatkuasakan sepenuhnya di negara ini.

59. PN-1343-L25915

Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cadangan yang akan diambil oleh pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mendekati rakyat, khususnya projek-projek kecil untuk touch rakyat.

60. PN-1343-L25892

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan telah mengenalpasti individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan portal berita yang memperoleh sumber dana asing bagi menggugat kestabilan politik negara dan apakah langkah yang telah diambil bagi memastikan penyaluran dana asing ini dapat disekat dan dibenteras sepenuhnya.

61. PN-1343-L26019

Tan Sri Nalla K. S. minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah dasar Kementerian berkenaan urusan jual beli secara atas talian khususnya dalam memastikan hak dan kepentingan pengguna terpelihara dan bagaimanakah Kerajaan memantau penjual-penjual dari segi jenis produk dan juga harga yang dikenakan kepada pembeli.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

10 AUM DN 6/12/2016

62. PN-1343-L26061 Datuk Yoo Wei How minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membantu pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan akibat penutupan kilang-kilang dan operasi syarikat khususnya dalam industri tembakau, minyak dan gas.

63. PN-1343-L26601

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah pelancong yang memiliki visa dan non-visa dari China dari tahun 2011 hingga 2016 dan jumlah aktiviti promosi yang dibuat Kerajaan pada tahun ini bagi menarik minat lebih banyak pelancong dari negara tersebut melancong ke negara kita.

64. PN-1343-L25945

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta PERDANA MENTERI menyatakan bila pindaan-pindaan kepada Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian), 1976 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa sambutan Hari Wanita kebangsaan 2016, yang bertujuan, antara lain untuk menyelesaikan pertikaian hak penjagaan anak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

65. PN-1343-L26733

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Elaun Khas dapat diberikan kepada warga OKU untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat dan juga untuk membeli barang peralatan keperluan mereka.

66. PN-1343-L26274

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru, Projek High Speed Rail Singapura-KL, dan East Cost Rail Link serta bagaimanakah komitmen dan langkah Kerajaan bagi memastikan tenaga kerja separa mahir, mahir dan kontraktor tempatan terutamanya Bumiputera mendapat manfaat dalam ketiga-tiga projek ini.

67. PN-1343-L26029

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang menaikkan semua bentuk bantuan kepada golongan penerima memandangkan kenaikan kos sara hidup yang meningkat serta ketidakupayaan golongan ini untuk berdikari.

68. PN-1343-L26004

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah persefahaman yang telah diselaraskan dalam mempertingkatkan kekerapan penerbangan di antara Malaysia terutamanya dari negeri Melaka ke China.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

AUM DN 6/12/2016 11

69. PN-1343-L26714 Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd Nor minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan mengadakan plan tindakan memperkasakan dan membudayakan "Budaya Senggaraan" di semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan untuk dilaksanakan.

70. PN-1343-L25856 Datuk Chin Su Phin minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini rundingan di antara Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mengenai isu Autonomi dan berapa lamakah tempoh rundingan ini akan dijalankan serta diputuskan.

71. PN-1343-L26459

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah pendekatan yang diambil untuk membolehkan lebih ramai pelajar lepasan Matrikulasi, Asasi, Diploma dan STPM mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke bidang pilihan khususnya bidang ikhtisas, memandangkan had kelayakan yang diletakkan terlalu tinggi sedangkan pada masa yang sama ramai daripada pelajar-pelajar ini melepasi kelayakan minima untuk diterima masuk.

72. PN-1343-L26146

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah jaminan yang diberi oleh negara China dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih Laut China Selatan supaya persengketaan tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

73. PN-1343-L26403

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan punca dan kesan kenaikan harga minyak masak yang mendadak pada November 2016 dan tindakan yang di ambil bagi mengelakkan peniaga menyorok barang-barang sebelum kenaikan harga berkuatkuasa.

74. PN-1343-L26154

Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta PERDANA MENTERI menyatakan semenjak Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) ditubuhkan, berapakah jumlah serta nama dan nilai projek yang telah dilaksanakan di negeri Perak, dan nyatakan projek-projek yang bakal dilaksanakan di negeri Perak bagi tahun 2017.

75. PN-1343-L26250

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak kebelakangan ini, dilihat terdapat pelbagai kes jenayah yang kembali berlaku dan salah satu antara perkara yang ditakuti adalah kes penculikan kanak-kanak. Modus operandi kes penculikan menggunakan van putih dan target kawasan penculikan adalah di sekitar kawasan perumahan, taska dan juga sekolah. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam meningkatkan penguatkuasaan bagi memantau kes ini dan adakah tindakan yang lebih tegas dikenakan kepada si penculik.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

12 AUM DN 6/12/2016

76. PN-1343-L26287

Dato’ Hajah Norahan binti Abu Bakar minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan berapakah bilangan graduan yang masih menganggur mengikut kaum, jantina dan peringkat umur serta langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan dalam mengurangkan masalah pengangguran di kalangan graduan.

77. PN-1343-L26175

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah Pegawai Penjawat Awam yang terkini mengikut kaum dan jantina selain daripada sektor keselamatan, Pendidikan dan Perubatan.

78. PN-1343-L26506

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menentukan bahawa warga negara Malaysia tidak menjadi mangsa pengangguran di sebabkan kerja-kerja di negara ini dibolot oleh pendatang asing.

79. PN-1343-L26038

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan kebimbangan kes penceraian yang tertinggi di kalangan pasangan muda yang baru melayari alam rumah tangga.

80. PN-1343-L26080

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tahap keselamatan taman tema air yang kerap dicemari jangkitan Rotavirus dan Gastroentritis akut (AGE) di mana ada kes pengunjung terpaksa menerima rawatan serta arahan agar salah satu taman tema air terkemuka terpaksa ditutup sementara.

81. PN-1343-L26326

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah proaktif dari JAKIM dalam membendung peningkatan kumpulan fanatik kaum yang menggunakan nama Islam.

82. PN-1343-L26123

YBM Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan akan menggunakan kemudahan bilik bedah di hospital-hospital daerah khususnya di Terengganu bagi mempercepatkan giliran pembedahan untuk mengurangkan tempoh menunggu lama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

AUM DN 6/12/2016 13

83. PN-1343-L25985 Dr. Zaiedi bin Haji Suhaili minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sama ada Kementerian ada menerima laporan dari IPTA/IPTS mengenai penglibatan penuntut IPTA/IPTS dalam penyalahgunaan, penagihan dan pengedaran dadah. Kalau ada, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bersama dengan IPT, Polis DiRaja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk membendung gejala ini.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

14 AUM DN 6/12/2016

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 17/2016) Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. ( 5 Disember, 2015 )

[Menteri Kewangan]

2. (D.R. 18/2016) Rang Undang-undang Kewangan 2016 [Menteri Kewangan]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 12/2016) Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 [Menteri Kewangan]

4. (D.R. 14/2016) Rang Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016 [Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan]

5. (D.R. 16/2016) Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

6. (D.R.15/2016) Rang Undang-Undang Pendaftaran Kelahiran

dan Kematian (Pindaan) 2016

[ Menteri Dalam Negeri ]

7. (D.R.22/2016) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2016

[Menteri Pengangkutan]

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

AUM DN 6/12/2016 15

8. (D.R.23/2016) Rang Undang-undang Penerbangan Awam

(Pindaan) 2016

[Menteri Pengangkutan]

9. (D.R. 5/2016) Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

10. (D.R. 24/2016) Rang Undang-undang Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

11. (D.R. 19/2016) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filenaskhah sahih/bahasa malaysia ... hari selasa, 6 disember 2016, pukul 10.00 pagi bil. 19 pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ... cina

16 AUM DN 6/12/2016

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN 2016 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.72 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Bagi Tahun 2015

6 Disember 2016

ST.73 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yayasan Laporan Kewangan (FRF) Bagi Tahun 2015

6 Disember 2016

ST.82 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Bagi Tahun 2015

6 Disember 2016

ST.83 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Bagi Tahun 2015

6 Disember 2016

ST.85 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) Bagi Tahun 2015

6 Disember 2016

ST.87 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji Bagi Tahun 2015

6 Disember 2016

ST.89 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Bagi Tahun 2015

6 Disember 2016

ST.93 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yayasan Tunku Abdul Rahman Bagi Tahun 2015

6 Disember 2016