malaysia dewan negara aturan urusan · pdf filekertas kerja pelaburan secara berkala dalam...

Download MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filekertas kerja pelaburan secara berkala dalam Parlimen untuk ... (AEC) yang bakal ... serta peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia

If you can't read please download the document

Upload: lycong

Post on 07-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • MALAYSIA

    DEWAN NEGARA

    ATURAN URUSAN MESYUARAT

    NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

    http://www.parlimen.gov.my

    HARI ISNIN, 29 JUN 2015, PUKUL 10.00 PAGI

    Bil. 16

    PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

    1. PN-1332-L22912 Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai pertubuhan belia yang memperolehi Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) bagi tujuan menjalankan program kesukarelawanan yang membina negara ("nation building") dan senaraikan nama program yang dianjurkan itu.

    2. PN-1332-L22638

    Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bolehkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membentangkan pelan atau kertas kerja pelaburan secara berkala dalam Parlimen untuk perdebatan di kalangan Ahli-ahli Parlimen demi menentukan simpanan persaraan ahli-ahli terjamin.

    3. PN-1332-L22234

    Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan kelonggaran kepada kanak-kanak yang memiliki masalah berkenaan kad pengenalan diri seperti kes di Sabah untuk melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah awam sehingga peringkat tertinggi.

    4. PN-1332-L22718

    Dato' Khairudin Samad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tuntutan insurans yang memakan masa terlalu lama untuk kenderaan yang hilang ataupun terlibat dengan kemalangan (total loss).

    5. PN-1332-L22524

    Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa banyakkah perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan bagi menjalankan Program Belia untuk Pendidikan, Kemampanan dan Kedamaian (YESPeace) yang telah dilancarkan baru-baru ini.

  • 2 AUM DN 29/6/2015

    6. PN-1332-L22468

    Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tidakkah Kerajaan boleh mengambil inisiatif berunding dengan OIC supaya setiap negara ahli menerima sebilangan pelarian Rohingya ini untuk ditempatkan di negara masing-masing.

    7. PN-1332-L22943

    Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad minta PERDANA MENTERI menyatakan laporan bertarikh 20 Mei 2015 menyatakan kesediaan Malaysia dan Indonesia menerima 7,000 pelarian Rohingya dengan membina pusat pemindahan sementara untuk tempoh 1 tahun. Dalam tempoh 1 tahun ini, berapakah jumlah peruntukan yang akan dikeluarkan dan apakah rancangan Kementerian dalam mengawal selia mereka. Apakah tindakan seterusnya daripada pihak Kementerian berkenaan status mereka selepas tempoh 1 tahun tersebut tamat.

    8. PN-1332-L22956

    Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada kesemua Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) menawarkan perkhidmatan kebajikan masyarakat. Adakah cadangan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas untuk menubuhkan lebih banyak mini UTC di kawasan-kawasan perumahan, seperti yang terdapat di Bandar Baru Sentul, sebagai langkah untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

    9. PN-1332-L22302

    Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh mana sistem "Critical National Information Infrastructure (CNII) telah berupaya menangkis serangan siber bagi melindungi maklumat penting negara.

    10. PN-1332-L22279

    Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pelan strategik bagi membolehkan pekerja Malaysia akan lebih produktif menjelang tahun 2020 terutama dalam sektor swasta.

    11. PN-1332-L22574

    Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jenis langkah-langkah yang lebih praktikal dan sesuai yang akan digunakan oleh Kementerian dalam menangani kejadian buli dan pukul di sekolah terutamanya di sekolah berasrama.

    12. PN-1332-L22138

    Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan hutang negara dan juga menangkis persepsi masyarakat yang menyatakan kewangan negara semakin tidak stabil dan boleh menyebabkan negara menjadi bankrap seperti negara Greece dan seumpamanya.

  • AUM DN 29/6/2015 3

    13. PN-1332-L22851 Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah implikasi Komuniti Ekonomi ASEAN untuk pasaran tenaga kerja dan sumber manusia di Malaysia. Apakah rancangan Kementerian untuk menggalakkan kemasukan tenaga kerja profesional dan berkualiti ke Malaysia dan juga perlindungan yang lebih baik untuk buruh dari negara-negara jiran.

    14. PN-1332-L22463

    Datuk Lihan Jok minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah berjaga-jaga untuk memastikan negara mempunyai kualiti kebersihan air yang tinggi dan mencukupi dalam 30 tahun akan datang.

    15. PN-1332-L22455

    Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah pihak Kerajaan dalam menangani kemerosotan pendapatan negara melalui hasil petroleum berikutan kejatuhan harga minyak di samping nilai ringgit yang lemah ketika ini.

    16. PN-1332-L22209 Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan orang yang telah didakwa atau dikompaun kerana merokok di tempat larangan merokok untuk tahun-tahun 2012, 2013, 2014 dan 2015 dan langkah-langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan bilangan kawasan larangan merokok memandangkan Malaysia telah menandatangani World Health Organisation Framework Convention on Tobacco Control.

    17. PN-1332-L22289

    Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan 10 bidang TVET yang amat diperlukan oleh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11, serta anggaran bilangan tempat pekerjaan yang bakal menunggu pelajar TVET ini.

    18. PN-1332-L22604

    Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah perluasan rangkaian pasaran dan pengeluaran perusahaan kecil dan sederhana negara ini bagi meningkatkan perdagangan serantau.

    19. PN-1332-L22483

    Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah kajian dibuat oleh Kementerian berkenaan kesan ketagihan media sosial terutamanya ke atas golongan belia kepada perilaku dan sikap agresif mereka sejak akhir-akhir ini.

    20. PN-1332-L22108

    Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dengan perlaksanaan GST di Malaysia, semua konsumer tanpa mengira pendapatan isi rumah akan dikenakan cukai. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membantu rakyat dan adakah cukai pendapatan serta cukai jalan akan dikurangkan bagi menampung beban masyarakat.

  • 4 AUM DN 29/6/2015

    21. PN-1332-L22249

    Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang sedia ada atau memperkenalkan undang-undang baharu untuk memastikan rakyat Malaysia yang memberikan atau menjual dokumen kerakyatan didakwa dan dikenakan tindakan tegas memandangkan wujud sindiket penjualan kad pengenalan dan dokumen Malaysia kepada warga asing.

    22. PN-1332-L22659

    Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd Nor minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

    (a) apakah langkah-langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah

    pemilikan rumah pertama mampu milik bagi veteran yang tidak mempunyai rumah langsung pada ketika ini, memandangkan rekod kelulusan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi permohonan bina baru adalah 52 dan baik pulih adalah 32 pada tahun 2014 didapati terlalu rendah berbanding jumlah permohonan yang diterima; dan

    (b) bagi permohonan tahun 2015 (berakhir pada Mei 2015) terdapat

    254 permohonan telah diterima oleh pihak JHEV. Adakah ini merupakan permohonan berulang dari pemohon yang telah ditolak permohonannya pada tahun 2014.

    23. PN-1332-L22330

    Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah tindakan bagi mengatasi masalah sindrom tekanan perasaan, gemuruh dan kemurungan di kalangan petugas hospital, berpunca daripada bebanan tugas bukan hakiki yang terpaksa dipikul oleh mereka selain merawat dan menjaga pesakit.

    24. PN-1332-L22384

    Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik mengenai projek PPR tahun 2015 dan projek PPR yang bakal dibina pada tahun ini. Berapakah pemohon yang memohon bagi rumah PPR dan apakah peratusan yang akan dapat menghuni dalam masa 3 tahun lagi.

    25. PN-1332-L22158

    Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta PERDANA MENTERI menyatakan walaupun Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sudah jelas berkenaan larangan berkempen bermula jam 12 tengah malam pada hari pengundian, kita dapat lihat parti-parti yang bertanding masih terus berkempen sehingga ke pintu pagar pusat pengundian terutamanya semasa Pilihanraya Kecil. Apakah langkah penguatkuasaan yang telah diambil oleh SPR dalam memastikan pematuhan Akta Kesalahan Pilihanraya ini.

  • AUM DN 29/6/2015 5

    26. PN-1332-L22866 Tuan Zali bin Mat Yasin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR. PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dalam mencapai Wawasan 2020, negeri Melaka telah mengorak langkah proaktif dalam memastikan halatuju negeri seiring dengan arus pembangunan negara. Sebagai contoh, negeri Melaka telah mewartakan pengharaman penggunaan polisterin di seluruh negeri berkuatkuasa pada 15 Mei 2015 dalam Fasa 1 melibatkan kafe dibangunan Kerajaan, premis makanan pihak berkuasa tempatan dan sekolah. Persoalan saya, bagaimanakah pihak Kementerian dapat membantu usaha ini dengan menguatkuasakan