malaysia dewan negara aturan urusan … berikutan laporan mengenai kegiatan ... menempatkan...

18
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 3 MEI 2012, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 7 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1251-L14205 Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah penubuhan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dapat melindungi sambil memproses data peribadi individu dalam persekitaran komersial dan urus niaga. 2. PN-1251-L14654 Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan jumlah agensi pelancongan yang berdaftar di negara ini serta yang dikenakan tindakan berikutan laporan mengenai kegiatan penipuan terhadap orang ramai, termasuk pakej percutian dan umrah. Adakah Kementerian bercadang mengetatkan syarat dan prosedur untuk permohonan mengendalikan agensi pelancongan. 3. PN-1251-L14146 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewajibkan perlaksanaan gaji minimum mengikut saiz suatu perusahaan berbanding kos kehidupan di sesuatu kawasan. 4. PN-1251-L14101 Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah kenaikan harga barangan asas dan barangan kawalan termasuk gula, tepung dan minyak masak sejak tahun 2007 hingga sekarang dan bentuk tindakan Kementerian bagi melindungi pengguna daripada kenaikan ini. 5. PN-1251-L14546 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dalam usaha untuk mempergiatkan pengantarabangsaan universiti tempatan, mengapakah tiada satu pun universiti tempatan tersenarai dalam 200 universiti terbaik yang dikeluarkan oleh Time Higher Education.

Upload: vukiet

Post on 11-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 3 MEI 2012, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 7

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1251-L14205 Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah penubuhan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dapat melindungi sambil memproses data peribadi individu dalam persekitaran komersial dan urus niaga.

2. PN-1251-L14654

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan jumlah agensi pelancongan yang berdaftar di negara ini serta yang dikenakan tindakan berikutan laporan mengenai kegiatan penipuan terhadap orang ramai, termasuk pakej percutian dan umrah. Adakah Kementerian bercadang mengetatkan syarat dan prosedur untuk permohonan mengendalikan agensi pelancongan.

3. PN-1251-L14146

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewajibkan perlaksanaan gaji minimum mengikut saiz suatu perusahaan berbanding kos kehidupan di sesuatu kawasan.

4. PN-1251-L14101

Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah kenaikan harga barangan asas dan barangan kawalan termasuk gula, tepung dan minyak masak sejak tahun 2007 hingga sekarang dan bentuk tindakan Kementerian bagi melindungi pengguna daripada kenaikan ini.

5. PN-1251-L14546 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dalam usaha untuk mempergiatkan pengantarabangsaan universiti tempatan, mengapakah tiada satu pun universiti tempatan tersenarai dalam 200 universiti terbaik yang dikeluarkan oleh Time Higher Education.

AUM DN 3/5/2012

2

6. PN-1251-L14681 Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian agar pelanggan ASTRO tidak dipergunakan dalam menaikkan yuran langganan bulanan mereka tanpa memerlukan kelulusan daripada Kementerian walau pun tahap penyiaran masih dilihat amat lemah.

7. PN-1251-L14674

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah pendekatan yang akan diambil oleh Kementerian dalam membantu usaha merancakkan lagi bidang eco-pelancongan yang akan menjadi sektor penting untuk dilaksanakan di koridor SCORE di Sarawak.

8. PN-1251-L14051

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasional barangan KR1M memasuki koperasi sekolah kerana kebanyakan barangan KR1M adalah keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah dan tidakkah KR1M akan menyekat kepelbagaian mutu dan jenama yang diusahakan oleh pengusaha IKS dalam jangka masa panjang.

9. PN-1251-L13900

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang peranan SPAD di dalam menentukan kelancaran perjalanan masyarakat kota Metropolitan Kuala Lumpur melalui MRT yang sedang dalam perancangan pembinaannya di masa terdekat ini. Bilakah pihak SPAD merasakan kesesakan bandar-bandar utama yang lain seperti Johor Bahru, Georgetown, Kuching dan Kota Kinabalu. Apakah usaha SPAD terhadap kesesakan di bandar-bandar utama berkenaan.

10. PN-1251-L14110

Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang keperluan terhadap mewujudkan laluan khas motosikal di jalan-jalan utama yang sesak bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

11. PN-1251-L14366

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah IPTS mematuhi pengajaran tiga subjek wajib, iaitu Kenegaraan Malaysia, Bahasa Melayu dan Agama/Moral, sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta IPTS 1996. Sekiranya ada IPTS yang mengingkari peraturan atau syarat tersebut apakah tindakan yang telah diambil terhadap IPTS berkenaan.

12. PN-1251-L14640 Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah Kementerian mempunyai sektor-sektor tertentu dalam menggalakkan 'Domestic Direct Investment' (DDI) dan apakah insentif-insentif yang diberikan.

AUM DN 3/5/2012

3

13. PN-1251-L14185 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) mengapa bilangan pembayar cukai pendapatan sangat sedikit

jika dibandingkan dengan jumlah rakyat di Malaysia iaitu seramai kira-kira 28 juta orang ketika ini. Dilaporkan bahawa pada masa ini hanya seramai 1 juta rakyat negara ini yang membayar cukai pendapatan; dan

(b) berapa peratus penjawat awam yang membayar cukai

pendapatan. 14. PN-1251-L14453

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan masalah dan kekangan IPTA dan IPTS dalam menempatkan pelajar-pelajar di sektor industri dan Kerajaan bagi melaksanakan latihan industri/praktikal dan bagaimanakah langkah-langkah efektif Kementerian menangani masalah ini.

15. PN-1251-L14506

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penerangan mengenai dana "Market Commercialisation Fund" sebanyak RM500 juta yang telah diumumkan dalam Bajet 2012 dan senarai bank yang memberi bantuan ini. Apakah kriteria untuk mendapatkan pinjaman ini dan setakat ini berapakah syarikat-syarikat yang telah berjaya untuk mendapat dana ini.

16. PN-1251-L14584

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jenis-jenis kemudahan yang akan dinikmati oleh rakyat melalui “Mysikap” iaitu sistem pengkomputeran Jabatan Pengangkutan Jalan yang akan dilancarkan.

17. PN-1251-L14475

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dan nyatakan bilangan keluarga India yang telah dibantu melepasi garis tersebut serta apakah perancangan oleh Kementerian dalam memastikan mereka sentiasa kekal atau mempertingkatkan kedudukan ini.

18. PN-1251-L14720

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah sambutan Dana Perkhidmatan Profesional terhadap saranan pihak Kerajaan supaya para peguam membuka firma di luar bandar untuk kemudahan masyarakat luar bandar. Mereka juga telah diberi kemudahan pinjaman untuk membuka firma di luar bandar melalui institusi-institusi kewangan yang diluluskan.

AUM DN 3/5/2012

4

19. PN-1251-L13949 Datuk Chin Su Phin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah terdapat audit yang dijalankan ke atas 5 peratus royalti yang diberikan kepada Kerajaan Sabah dan adakah benar bahawa akaun dan operasi PETRONAS tidak boleh diaudit.

20. PN-1251-L14245

Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk membuat peraturan atau undang-undang untuk memastikan syarikat-syarikat di Malaysia mengamalkan urus tadbir dalam pengurusan mereka.

21. PN-1251-L14701 Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status penubuhan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk mengatasi kes-kes penyalahgunaan kuasa polis yang sudah terlalu lama dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja dahulu.

22. PN-1251-L13988

Datuk Chin Su Phin minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penjawat awam yang diperlukan di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pada tahun ini dan apakah nasib penjawat awam yang sudah tamat kontrak mereka, berapakah dari mereka yang telah memperoleh pekerjaan tetap di tempat lain.

23. PN-1251-L14003

Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi menangani kemerosotan minat murid untuk mempelajari sains dan teknologi dan sejauh manakah ianya memberi kesan kepada usaha Kerajaan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan wawasan negara maju dan berpendapatan tinggi.

24. PN-1251-L14318

Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa aktiviti gadis-gadis penjual rokok seperti "jualan pintu ke pintu" dengan alasan promosi dibenarkan di pusat-pusat hiburan, bistro, pub dan sebagainya. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk membasmi aktiviti tersebut.

25. PN-1251-L14255

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) terdapat aduan di mana beberapa orang adik-beradik dalam

sebuah keluarga kesemuanya mendapat bantuan komputer 1Malaysia, apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk mencegah keadaan ini daripada berterusan; dan

(b) sehingga kini, berapakah jumlah komputer yang telah pun diagih

dan berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan.

AUM DN 3/5/2012

5

26. PN-1251-L14041 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan secara pecahan pendapatan jualan minyak kelapa sawit daripada isirung dan sabut kelapa sawit dan jumlah tan isi padu minyak busuk hasil kilang kelapa sawit yang dikumpulkan sejak tahun 2005 hingga 2011 dan kegunaannya.

27. PN-1251-L14313

Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa selepas penangkapan pelacur-pelacur asing dan pelayan-pelayan asing di pusat hiburan, namun pusat-pusat yang terbabit masih lagi beroperasi dan tidak ada sebarang langkah-langkah untuk menghantar balik mereka yang terbabit ke negara asal atau tindakan mahkamah.

28. PN-1251-L14601

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan cadangan untuk melatih pemandu dan pengusaha pengangkutan awam sebagai “Duta Kerajaan” untuk mempromosikan dan menjelaskan kewibawaan konsep 1Malaysia kepada penumpang dan masyarakat umum.

29. PN-1251-L13921

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapakah mulai tahun ini peperiksaan STPM akan menggunakan sistem modular dan adakah ini lebih baik dari sistem terminal yang diguna pakai sebelum ini.

30. PN-1251-L14627

Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah sebarang kajian dilakukan oleh Kementerian dalam menilai hubung kait bidang-bidang pengajian di IPTA/IPTS dan keperluan tenaga kerja di dalam industri negara.

31. PN-1251-L14010

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tahanan baru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas 16 September 2012.

32. PN-1251-L14557

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk melaksanakan waktu persekolahan satu sesi dari jam 8 pagi hingga 4 petang di seluruh negara bagi memenuhi waktu harian pelajar secara berkualiti selain mengelak mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

33. PN-1251-L14667

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan isu gaji minimum RM700 bagi satu tugas khusus untuk pembantu rumah warga Indonesia hangat dipersoalkan kini. Adakah pihak Kementerian bercadang untuk mewajibkan majikan dari sektor awam mahupun swasta supaya menubuhkan "Pusat Asuhan Kanak-Kanak" yang pernah diperkenalkan Kementerian sejak 1992.

AUM DN 3/5/2012

6

34. PN-1251-L14331 Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta PERDANA MENTERI menyatakan ada beberapa pihak telah menggunakan media politik untuk mengeluarkan fatwa yang mampu mengelirukan masyarakat beragama Islam di negara ini. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap ahli politik seperti ini.

35. PN-1251-L14527

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rasional Kerajaan untuk menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari yang bakal menghadapi hukuman mati di negara asalnya akibat daripada penulisannya di laman maya twitter dan sama ada langkah tersebut akan menjejaskan imej negara ini di peringkat antarabangsa kerana langkah untuk membuang kolumnis tersebut dilihat sebagai tidak berperikemanusiaan.

36. PN-1251-L14121

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian bercadang menyerapkan pendidikan berkaitan amalan keselamatan ketika melakukan sebarang aktiviti di pantai sebagai salah satu usaha pencegahan kes lemas di kalangan murid sekolah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

37. PN-1251-L14066

Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran tentang rancangan pembinaan loji jana kuasa nuklear yang pertama di negara ini.

38. PN-1251-L13932

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah hasil kajian semula 'Dasar Sumber Air Negara' (DSAN) bagi tempoh 2010 hingga 2050 yang dilancarkan baru-baru ini.

39. PN-1251-L14171

Datuk Chiw Tiang Chai minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah penyelesaian bagi kemelut pemohon pinjaman perumahan di bawah skim PRIMA 1Malaysia yang peratusan yang diluluskan oleh pihak bank terlalu rendah dan tidak menepati matlamatnya.

40. PN-1251-L13910

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang pengeluaran lesen senjata api kepada individu mengikut bangsa sejak tahun 2005 hingga kini. Apakah Kerajaan akan menimbang untuk menarik balik lesen-lesen lama yang telah menjadi pusaka turun temurun oleh sesetengah keluarga. Jika ya, bila dan apakah ada kajian berkaitan dengannya dilakukan oleh pihak PDRM dan KDN sendiri.

AUM DN 3/5/2012

7

41. PN-1251-L14730 Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan sehingga kini berapa banyakkah kes-kes tertunggak di mahkamah syariah mengikut negeri di seluruh negara dan klasifikasi kes yang terbanyak.

42. PN-1251-L14597

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan kemalangan bas pelancongan di Genting Highlands dan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran pemandu bas dan pengusaha bas berkenaan bagi mengurangkan insiden seperti itu.

43. PN-1251-L14357

Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bekalan daging khinzir yang tidak mencukupi serta tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat Cina merupakan satu masalah yang sekian lama dihadapi oleh masyarakat Cina. Adakah pihak Kementerian akan mewujudkan kawasan pusat penternakan khinzir yang dijangka dapat mengatasi masalah tersebut.

44. PN-1251-L14076 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan akan mengiktiraf dan mempromosi Deklarasi Pendidikan Hak Asasi Manusia yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 19 Disember 2011.

45. PN-1251-L13959

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian dalam menangani tanggapan antarabangsa bahawa Malaysia terkenal sebagai negara transit, persembunyian bagi pengganas antarabangsa dan mana-mana individu yang di kehendaki oleh negara asal atas pelbagai kesalahan jenayah.

46. PN-1251-L14302

Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan bilangan penjawat awam di negara ini mengikut kaum/bangsa di negara ini.

47. PN-1251-L14441

Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada wujud apa-apa rancangan untuk memperkenalkan Bahasa Tamil dan Bahasa Cina sebagai mata pelajaran wajib di Sekolah Rendah dan Menengah untuk pelajar India dan Cina masing-masing.

48. PN-1251-L14181

Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa harga ubat di farmasi hospital-hospital swasta lebih mahal berbanding dengan farmasi biasa di luar bandar.

49. PN-1251-L14387

Puan Chew Lee Giok minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik mengenai serbuan serta tangkapan yang dilaksanakan atas jenayah pelacuran mengikut warganegara sejak 5 tahun yang lepas.

AUM DN 3/5/2012

8

50. PN-1251-L14643 Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan berikutan pengumuman Perdana Menteri di Pendang, Kedah pada 25 Februari lalu mengenai kedudukan masyarakat Siam diiktiraf sebagai Bumiputera, adakah syarikat yang dimiliki oleh masyarakat Siam diiktiraf sebagai syarikat Bumiputera yang membolehkan mereka berdaftar di Kementerian Kewangan serta memiliki saham yang diperuntukkan untuk masyarakat Bumiputera di Bursa Malaysia.

51. PN-1251-L14427

Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah keseluruhan pelajar asing dari tahun 2000 hingga 2011 yang telah diberikan visa pelajar untuk belajar di IPTA dan IPTS, negara asal mereka dan kursus yang diambil. Berapa ramaikah yang telah menyalahgunakan visa pelajar mereka, ditahan dan kesalahan yang mereka lakukan. Berapa ramai pula yang sedang menjalani hukuman penjara di sini.

52. PN-1251-L14372

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan masalah-masalah yang dihadapi Kementerian dalam pemberian subsidi baja, racun rumpai dan racun serangga kepada para petani, khususnya pesawah-pesawah padi kerana di sesetengah tempat terdapat rasa tidak puas hati akibat penyampaian yang lambat.

53. PN-1251-L14170

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratus pekerja-pekerja kontrak di pejabat-pejabat Kerajaan yang telah diserap dan berapa peratus yang belum diserap.

54. PN-1251-L14195

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-

(a) berapa tempatkah yang dipasang dengan Sistem Amaran Awal

Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) dan di mana; dan (b) bagaimana Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) memeriksa

Sistem SAATNM itu bagi memastikan penyelenggaraan sistem itu dilakukan dengan baik supaya ia dapat berfungsi dengan betul jika tsunami berlaku dan adakah sistem itu diuji dari semasa ke semasa.

55. PN-1251-L14277

Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah jenayah komersial yang dilaporkan kepada PDRM di negara ini mengikut negeri dan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut bagi mengelakkan negara mengalami kerugian.

AUM DN 3/5/2012

9

56. PN-1251-L14324 Tuan Lihan Jok minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah Kolej Komuniti yang sudah ditubuhkan di seluruh negara mengikut negeri.

57. PN-1251-L14688

Tuan Saiful Izham bin Ramli minta PERDANA MENTERI menyatakan dari manakah cadangan awal untuk melaksanakan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan pelaksanaannya baru-baru ini serta kos yang telah dibelanjakan oleh pihak Kerajaan kepada pihak konsultan atau juru perunding yang telah diguna pakai untuk membantu Kerajaan merangka skim tersebut pada peringkat awalnya.

58. PN-1251-L14227

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian berpuas hati dengan mutu pencapaian pendidikan di pusat pengajian tinggi di negara ini dan jika ya, apakah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan di Sarawak.

59. PN-1251-L14006

Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kepentingan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Adakah Kerajaan bercadang mengkaji semula pelantikan PTD termasuk menghapuskan terus jawatan tersebut dalam pengambilan pegawai-pegawai Kerajaan Gred 41 bagi memastikan kesaksamaan dalam perkhidmatan awam.

60. PN-1251-L14344

Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengetatkan disiplin di sekolah agar para pelajar tidak meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

61. PN-1251-L14287

Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah hospital awam yang menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplimentari, dan jenis rawatan yang disediakan.

AUM DN 3/5/2012

10

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (2 Mei, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012

[ Kementerian Kewangan]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011

[ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 2/2012) Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012

[ Menteri Pengangkutan ]

6. (D.R. 6/2012)

Rang Undang-undang Laporan Kewangan (Pindaan) 2012

[ Kementerian Kewangan ]

7. (D.R. 5/2012)

Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012

[ Kementerian Kewangan ]

AUM DN 3/5/2012

11

8. (D.R. 7/2012) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012

[ Kementerian Kewangan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

9. (D.R. 15/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 18/2012) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

11. (D.R. 17/2012) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12. (D.R. 16/2012) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. (D.R. 13/2012) Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

14. (D.R. 20/2012) Rang Undang-undang Rukun Tetangga 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

15. (D.R. 21/2012) Rang Undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 [Kementerian Dalam Negeri ]

16. (D.R. 4/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. (D.R. 11/2012) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DN 3/5/2012

12

18. (D.R. 12/2012) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

19. (D.R. 8/2012) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

20. (D.R. 9/2012) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

21. (D.R. 10/2012) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

22. (D.R. 14/2012)

Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

23. (D.R. 23/2012)

Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Dalam Negeri ]

24. PN-1251-U13929 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum tentang kecekapan sistem pengangkutan awam yang merupakan sebahagian daripada kelestarian dan keharmonian mana-mana sempadan di dunia. Kecekapan berkenaan perlu diwujudkan selari dengan pertambahan penduduk yang begitu cepat. Ini menyebabkan bandaraya-bandaraya besar termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan lain-lain sentiasa dilanda kesesakan lalu lintas yang mendesak. Kadangkala, untuk sampai ke destinasi yang berada di sekitar 5km sahaja akan mengambil masa yang agak lama. Ini merugikan masa, tenaga, minyak petrol dan keharmonian di kalangan pengguna pengangkutan awam. Dewan juga sedia maklum bahawa kereta persendirian juga masih banyak digunakan biarpun berlaku penurunan tetapi ternyata masih tinggi iaitu 34% (1985) turun kepada 20% (1997) dan 10-12% (2008). Namun, penurunan penggunaan kereta persendirian akibat sistem pengangkutan awam yang telah ditambah baik melalui pengenalan pengangkutan rel transit seperti Komuter, LRT, STAR dan bas rapid yang semakin banyak (tersusun) bukan bermakna rakyat berpuas hati dengan apa yang terhidang di hadapan mata mereka.

AUM DN 3/5/2012

13

Justeru, Dewan ini diseru supaya pihak Kerajaan mempercepatkan transformasi terhadap sistem pengangkutan darat selari dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Kerajaan juga diseru untuk mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan perniagaan; mempertingkatkan jumlah bas berhenti-henti di samping monorel yang lebih teratur dengan pelaksanaan piawaian perkhidmatan yang lebih canggih dan bersistematik. Kerajaan juga perlu mengambil kira projek-projek infrastruktur yang memungkinkan integrasi stesen dan kemudahan-kemudahan "park and ride" yang lebih lestari dan teratur seperti yang sedang dilakukan di Putrajaya."

(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)

25. PN-1251-U13942

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini sedia maklum tentang Kerajaan Indonesia yang telah bermain tarik tali di dalam isu pembantu rumah (amah). Ketika mengadakan perbincangan di antara Kerajaan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin. Namun, secara tiba-tiba pula, Kerajaan Indonesia mengumumkan untuk menghantar rakyat mereka yang terlatih sebagai amah untuk bekerja di dalam satu bidang kerja sahaja dengan gaji RM700 sebulan. Bayangkan apa akan jadi kepada keluarga yang bekerja yang tidak tentu masa, sudah tentu merumitkan mereka untuk membersih pakaian, menyediakan makan minum untuk keluarga dan untuk membersih/mengemas rumah. Kita faham bahawa pembantu rumah atau amah diperlukan untuk membantu keluarga menjaga anak-anak mereka yang bekerja/keluar mencari rezeki. Dewan ini juga sedia maklum bahawa prestasi kerja dan kedamaian keluarga juga berlaku akibat suasana rumah tangga yang harmoni. Sekiranya keadaan hiruk pikuk di rumah dengan keadaan persekitaran di dalam rumah yang lintang pukang; anak-anak yang terbiar; makanan yang tidak terurus, sudah tentu hasil kerja dan produktiviti seseorang itu akan terganggu. Maka, Dewan ini, disaran supaya Kementerian Sumber Manusia (KSM) membuka ruang kepada pengusaha-pengusaha latihan untuk memberikan perkhidmatan dan latihan kepada anak-anak muda tempatan untuk berkhidmat sebagai amah secara sistematik. Jika perlu, satu kurikulum berkaitan yang dikenali Aloss perlu digubal dan disebar-luas kepada pengusaha yang berminat. Satu tempoh masa perlu diberi perhatian oleh Kerajaan bagi memastikan anak-anak kita dijaga oleh pekerja tempatan yang lebih memahami budaya dan cara hidup serta agama yang dianuti di Malaysia. Selain itu, di masa sama, ianya menjimatkan Kerajaan dari segi pengaliran wang keluar negara yang berjumlah lebih RM5 bilion setahun. Ianya juga untuk mengurangkan masalah gejala sosial dan salah laku yang berlaku ke atas keluarga dan amah yang bekerja di negara kita. "

(Menteri Sumber Manusia)

AUM DN 3/5/2012

14

26. PN-1251-U13943 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar luar Malaysia. Antara yang begitu ketara apabila beliau secara terang-terangan tanpa segan silu menyokong supaya semua negara memelihara keselamatan/keamanan Israel. Sedangkan beliau tahu Israel adalah negara haram. Israel adalah negara "atas angin" sahaja tanpa berpaksi kesahihan undang-undang antarabangsa. Namun, Anwar telah menegaskan dalam The Wall Street Journal bahawa negara itu perlu diperlihara. Ini bermakna Anwar telah menggadai prinsip demokrasi, mengguris perasaan orang-orang Islam bahawa negara yang sah iaitu Palestin; merobek persefahaman negara-negara Islam yang lain terhadap Malaysia kerana Anwar dikenali atas perjuangannya dulu di dalam ABIM (yang akhir-akhir ini jauh terpesong) dan semangat musyawarah di kalangan negara-negara Islam yang menyokong Palestin. Justeru, Dewan ini didesak untuk mengambil satu tindakan terhadap kes-kes seperti yang dilontar oleh Anwar dengan mengadakan peraturan ke atas sesuatu komen atau pandangan bersandarkan sensitiviti negara-negara yang mahu diberi komen dengan mengambil kira fahaman agama dan geopolitik setempat. Maka Kerajaan diminta menyediakan garis panduan atau peraturan ke atas kebebasan mengeluarkan pendapat tanpa menidakkan fakta dan dasar luar negara Malaysia. Ini penting bagi memastikan kedaulatan negara kita tidak tercemar oleh sepatah perkataan yang sengaja dihemburkan demi untuk suatu bentuk simpati politik peribadi yang akhirnya merosakkan imej Malaysia di mata dunia."

(Menteri Luar Negeri)

27. PN-1251-U14222

Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak kerajaan mengubal Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan kehendak prinsip-prinsip demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan maklumat adalah penting bagi membolehkan rakyat untuk memeriksa dan membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan Kerajaan dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan terutamanya keputusan-keputusan Kerajaan yang mempunyai implikasi secara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat jelata. Oleh itu saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat Dewan Negara ini untuk menampilkan usul pengubalan undang-undang bagi tujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan hal-hal Kerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusan-keputusan sejajar dengan prinsip demokrasi (participatory democracy) dan kepentingan awam (public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alu satu Kerajaan yang telus dan bertanggung jawab maka pengubalan undang-undang ini adalah mustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses kepada dokumen-dokumen sesebuah agensi Kerajaan dan dokumen-dokumen rasmi Kementerian Kerajaan.

AUM DN 3/5/2012

15

Maka disarankan supaya Kerajaan mengambil serius pengubalan undang-undang ini dan memgambil segala langkah-langkah untuk merealisasikan undang-undang ini di Malaysia yang mana undang-undang begini telahpun diperkenalkan di negara-negara KOMANWEL yang lain. "

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

28. PN-1251-U14225 Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap penyalahgunaan minuman alkohol dan minuman keras di kalangan masyarakat kita, terutama di kalangan remaja bermula dari usia 16 tahun amat membimbangkan dan ia akan membawa padah kepada masa depan negara kita jika kita tidak mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin. Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat Dewan Negara ini untuk menampilkan usul pengubalan undang-undang untuk menangani penyalahgunaan alkohol dan minuman keras di kalangan masyarakat kita dengan mengambil langkah-langkah berikut:-

(i) Mengubah dan meningkatan umur seseorang untuk membeli minuman

keras dan alkohol secara sah dari segi undang-undang dari 18 tahun ke 21 tahun. Hukuman berat dan denda yang maksimum juga harus dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang di bawah umur 21 tahun jika mereka didapati membeli minuman alkohol dan minuman keras.

(ii) Memperkenalkan sistem lesen baru yang mengawal waktu penjualan

alkohol dan minuman keras. Contohnya seperti mengehadkan waktu penjualan dari 11.00 pagi sehingga pukul 9.00 malam.

(iii) Mempunyai undang-undang untuk menangani masalah-masalah

pengambilan minuman-minuman keras dan alkohol di tempat awam dan menjadikan pengambilan minuman ini di tempat awam sebagai satu jenayah di mana boleh ditangkap dan didakwa di bawah kanun undang-undang.

(iv) Memperketatkan lagi kanun undang-undang yang mengawal penjualan

alkohol dan minuman keras oleh peniaga-peniaga kepada remaja dan juga pelajar-pelajar di bawah umur. Contohnya, apabila mana-mana peniaga menjual alkohol dan minuman keras kepada pelajar-pelajar dan remaja di bawah umur, lesen kedai peniaga itu haruslah ditarik dan dibatalkan dan mengenakan denda yang maksimum terhadap peniaga tersebut.

(v) Memperkenalkan undang-undang baru untuk pendaftaran dan

mengawal penjualan minuman-minuman keras buatan tempatan. Contohnya seperti samsu dan ia mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat berpendapatan rendah, terutamanya di kalangan masyarakat India yang tinggal di estate, kerana harga minuman ini adalah sangat murah dan mudah didapati di kawasan pedalaman secara haram.

AUM DN 3/5/2012

16

(vi) Menubuhkan satu pusat pencegahan, penyelidikan, dan pemulihan alkohol Malaysia seperti di Amerika Syarikat dan Australia untuk mengadakan penyelidikan dari semasa ke semasa."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

AUM DN 3/5/2012

17

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN

2011 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.135

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Bagi Tahun 2010

3 Mei 2012

TAHUN

2012 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.6

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Langkawi Bagi Tahun 2010

3 Mei 2012

ST.7

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Amanah Negara Bagi Tahun 2010

3 Mei 2012

ST.8 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Akauntan Malaysia Bagi Tahun 2011

3 Mei 2012

ST.12

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Malaya (UM) Bagi Tahun 2010

3 Mei 2012

ST.13 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Kebangsaan Malaysia Bagi Tahun 2010.

3 Mei 2012

ST.14 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Putra Malaysia Bagi Tahun 2011

3 Mei 2012

ST.17 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Sarawak Bagi Tahun 2010

3 Mei 2012

ST.21 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Pusat Perubatan Universiti Malaya Bagi Tahun 2010

3 Mei 2012

ST.22

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru Bagi Tahun 2010

3 Mei 2012

AUM DN 3/5/2012

18

TAHUN 2012

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.23 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Bagi Tahun 2010

3 Mei 2012

ST.25 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka Bagi Tahun 2010.

3 Mei 2012

ST.32

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Bagi Tahun 2011

3 Mei 2012

ST.33

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Sekuriti Bagi Tahun 2011

3 Mei 2012

ST.34 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Bagi Tahun 2011

3 Mei 2012