malayan union

10
MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri Melayu,raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. 2)Adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa Melayu sebagai budaya Tanah Melayu

Upload: corina

Post on 13-Jan-2016

80 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

MALAYAN UNION. Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri Melayu,raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. 2)Adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYAN UNION

MALAYAN UNION

• Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

• Sebelum ini British menerima :

1)Negeri Melayu,raja Melayu dan orang

Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu.

2)Adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa

Melayu sebagai budaya Tanah Melayu

Page 2: MALAYAN UNION

Tunjuk perasaan orang Melayu menentang Malayan Union

Page 3: MALAYAN UNION

Sokongan terhadap Dato Onn amat kuat dalam usaha menentang Malayan Union

Page 4: MALAYAN UNION

SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

• Persediaan membentuk kerajaan sendiri

• Melahirkan pentadbiran yang licin

• Menjimatkan kos pentadbiran

• Membentuk bangsa Malayan Union

• Mengawal kuasa poilitik orang Melayu

Page 5: MALAYAN UNION

Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946

• Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat di satukan

• Seorang gabenor British dilantik oleh Ratu England untuk mengetuai Malayan Union

• Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk

• Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas

Page 6: MALAYAN UNION

Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946(sambungan)

• Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip “Jus Soli” menjadi asas kerakyatan Malayan Union

• Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja

• Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir

Page 7: MALAYAN UNION

Reaksi Terhadap Malayan Union

Sebab penentangan oleh orang Melayu1.Membantah tindakan Sir Harold MacMichel mengugut

Raja-Raja Melayu2.Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding

dengan Majlis Mesyuarat Negeri3.Terdapa sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan

Union atas dasar setia kawan 4.Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja

Melayu dalam Malayan Union5.Pemberian kerakyatan yang longgar6.Bimbang kehilangan warisan yang dibina oleh Kesultanan

Melayu Melaka

Page 8: MALAYAN UNION

Sokongan kepada Malayan Union

• Penyokong Malayan Union antaranya orang dagang dan Melayu radikal.

• Melayu radikal ialah kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi. Mereka mendokong Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya. Kebanyakan mereka berasal daripada Indonesia.

• Malayan Union juga disokong oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ingin menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar.

• Mereka menyokong konsep republik seperti di Indonesia dan seterusnya konsep Melayu Raya dilaksanakan.

• Malayan Union juga disokong API pimpinan Ahmad Boestamam, AWAS dan BATAS.

Page 9: MALAYAN UNION

Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union

• Akhbar-akhbar Melayu menyatakan bantahan secara berterusan

• Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara damai

• Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula

• Dato’ Onn menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization(UMO)

• Mengadakan Kongres Melayu pertama di Kelab Sultan Sulaiman

Page 10: MALAYAN UNION

Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union( sambungan)

• Penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

• Mengadakan Kongres Melayu kedua untuk membantah pengisytiharan Malayan Union

• Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar

• Raja-raja melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan