malam pungguk.docx

Upload: langgit7

Post on 08-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AKTIVITI MALAM PUNGGUK RINDUKAN BULANTajuk : Pungguk MalamPengenalan : Aktiviti ini akan dijalankan pada malam kedua perkemahan Unit Beruniform. Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar menghargai setiap anugerah yang diberikan serta membentuk jati diri yang manpan dalam berhadapan pelbagai situasi dalam kehidupan. Aktiviti Pungguk Malam ini juga memfokuskan keberanian peserta apabila ditempatkan berseorangan, berjauhan antara satu dengan yang lain selama satu jam, namun keselamatan pelajar tetap menjadi prioriti utama. Lokasi : 1. Sekitar kawasan padang SMK Beluran II2. Kawasan bangunan sekolahKekangan : Cuaca ( hujan )Objektif : 1. Memupuk perasaan keyakinan diri walaupun berseorangan dan dalam keadaan kekurangan.2. Memupuk keberanian dalam diri setiap pelajar berhadapan dengan pelbagai situasi.3. Membentuk ketahanan mental dalam berhadapan dengan situasi yang sukar.4. Bermuhasabah diri mereka sendiri dan menanam azam untuk berubah menjadi lebih baik. Pelaksanaan: 1. Taklimat aktiviti oleh AJK Pelaksana2. Fasilitator akan membawa setiap kumpulan mengikut tempat yang telah ditetapkan. 3. Peserta akan ditinggalkan berseorangan di satu kawasan yang agak terpencil dan jauh antara rakan-rakan yang lain. 4. Peserta juga akan diikat matanya sebagai tanda kekurangan yang ada pada diri mereka.5. Untuk keselamatan, setiap pelajar diawasi sepanjang masa oleh para guru dan fasilitator. 6. Ini untuk mengelakkan mereka terlalu takut ataupun bergerak sendiri sehingga boleh menyebabkan kemalangan berlaku. 7. Sebelum aktiviti bermula, pelajar dimaklumkan mengenai apa yang akan mereka hadapi.8. Semasa mereka bersendirian, peserta diminta untuk bermuhasabah diri mereka sendiri, ingat kembali kesilapan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dan mengambil peluang ini apabila bersendirian untuk menanam azam untuk tidak mengulangi kesilapan dahulu dan berubah ke arah yang lebih baik.9. Peserta dibenarkan untuk membuka ikatan mata sejam selepas itu. 10. Pelajar kemudiannya berkumpul dalam kumpulan masing-masing. 11. Mereka berbincang dan menyatakan perasaan masing-masing semasa menjalani aktiviti Malam Pungguk ini