maksud dan huraian metadata

Upload: nor-hafizah-mokhtar

Post on 17-Jul-2015

185 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

METADATA DEFINISI METADATA ialah data ke atas data atau data yang menggambarkan ciri-ciri satu sumber.

Metadata utama memastikan yang sumber-sumber akan terus hidup dan memastikan data-data yang ada boleh dicapai pada masa hadapan . Ia berkongsi banyak sifat-sifat yang sama bagi mengkatalog bahan-bahandidalam perpustakaan, muzium-muzium dan arkib.

Apa Metadata? Metadata ialah maklumat yang berkaitan berstruktur, @ menggambarkan tentang bahan atau yang dipaparkan, lebih

menerangkan

gambar/rajah

pernyataan,data-data,menempatkan

membuatnya

mudah mendapatkan semula, menggunakan, atau menguruskan satu sumber maklumat. Metadata menggambarkan data Misalnya, satu imej yang yang lain dan pada menyediakan maklumat tentang mungkin sesetengah bahan .

dipaparkan

lukisan/komputer

termasuk metadata yang

menggambarkan betapa besar gambar,kedalaman warna, resolusi imej, bila imej diwujudkan , dan data-data lain. Bagi metadata satu dokumen teks , ia mengandungi maklumat tentang berapa lama dokumen itu telah wujud, pengarang,bila dokumen itu telah ditulis ,dan satu ringkasan pendek dokumen itu.

Istilah metadata digunakan secara berbeza dalam pelbagai komuniti. Beberapa penggunaannya merujuk kepada maklumat yang mudah untuk kita fahami,sementara tugas-tugas yang lainnya hanya untuk merekod dan ia merupakan huraian dari sumber yang ditunjukkan. Sebagai contoh SPSS kita biasa gunakannya semasa di sekolah untuk merekod data-data pelajar . Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada pihak pengurusan sekolah dalam mengawalselia pendaftaran kemasukan pelajar serta pengemaskinian data dan rekod pelajar. Sekiranya guru ingin mencari maklumat tentang murid segera, guru hanya perlu memasukkan nama pelajar dan sistem akan memaparkan maklumat pelajar berkenaan. Selain itu,ia menyediakan aplikasi sistem pesanan ringkas (SMS) yang diintegrasikan dengan pengkalan data sekolah bagi tujuan capaian maklumat dan aktiviti sekolah secara pantas. Sebagai contoh,di perpusakaan kita menggunakan sistem OPAC untuk memudahkan kita mencari bahan bacaan dengan hanya menulis nama buku dan sistem akan memaparkan dimana bahan itu ditempatkan, nama pengarang, nombor perolehan dan sebagainya.