maksud

12
Maksud, Tujuan dan Kepentingan Ujian Penilaian Pengesanan, Penilaian Diagnostik, Penilaian Perkembangan, Penilaian Pencapaian dan Penilaian Psikologi DEFINISI PENILAIAN Penilaian membawa definisi tersendiri mengikut pandangan masing- masing. Menurut Jamila K.A Mohamedmendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan. Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran dan pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau tidak. D.Stuflebeam,dalam bukunya Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi makluamt yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya. Kesimpulannya, Penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk membuat perancangan yang lebih berkesan. Penilaian ini juga dilakukakan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar PENILAIAN PENGESANAN DEFINISI Penilaian pengesanan didefinisikan sebagai satu penilaian secara informal yang dijalankan oleh ibubapa, guru, pengasuh melalui cara pemerhatian atau senarai semak ke atas kanak-kanak di bawah umur 7 tahun. Dalam menjalankan penilaian pengesanan ini tiada latihan khas yang dijalankan ke atas kanak–kanak. Maklumat hasil dari penilaian ini juga bertujuan membantu ibubapa menjalankan penilaian ke atas kanak– kanak seterusnya bagi merancang aktiviti yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan kanak–kanak tersebut. Menurut Jamila K.A Mohamed (2005) mendefinisikan penilaian pengesanan adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan murid supaya dapat mengenalpasti masalah atau ketidakupayaan sebenar yang menyebabkan murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran. TUJUAN PENILAIAN PENGESANAN

Upload: insan-biasa

Post on 18-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sila download

TRANSCRIPT

Page 1: Maksud

Maksud, Tujuan dan Kepentingan Ujian Penilaian Pengesanan, Penilaian Diagnostik, Penilaian Perkembangan, Penilaian

Pencapaian dan Penilaian Psikologi

DEFINISI PENILAIAN

Penilaian membawa definisi tersendiri mengikut pandangan masing-masing.

Menurut Jamila K.A Mohamedmendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi

perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan.

Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran

dan pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau tidak. D.Stuflebeam,dalam bukunya

Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa penilaian adalah satu proses

menentukan, mendapatkan dan memberi makluamt yang berguna untuk  membuat

pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.

             Kesimpulannya, Penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk

membuat perancangan yang lebih berkesan.  Penilaian ini juga dilakukakan untuk menentukan

kekuatan dan kelemahan pelajar

PENILAIAN PENGESANAN

DEFINISI

Penilaian pengesanan didefinisikan sebagai satu penilaian secara informal yang

dijalankan oleh ibubapa, guru, pengasuh melalui cara pemerhatian atau senarai semak ke atas

kanak-kanak di bawah umur 7 tahun. Dalam menjalankan penilaian pengesanan ini tiada

latihan khas yang dijalankan ke atas kanak–kanak. Maklumat hasil dari penilaian ini juga

bertujuan membantu ibubapa menjalankan penilaian ke atas kanak–kanak seterusnya bagi

merancang aktiviti yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan

keupayaan kanak–kanak tersebut.

Menurut Jamila K.A Mohamed (2005) mendefinisikan penilaian pengesanan adalah satu

proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan

murid supaya dapat mengenalpasti masalah atau ketidakupayaan  sebenar yang

menyebabkan murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.

TUJUAN PENILAIAN PENGESANAN

             Tujuan penilaian pengesanan dilakukan adalah untuk mengumpul maklumat bagi

proses penyimpanan rekod. Hasil kajian penilaian pengesanan yang dilakukan akan

digunakan untuk tujuan rujukan dalam merancang aktiviti atau pengajaran yang sesuai kepada

kanak–kanak tersebut.  Selain itu hasil penilaian ini juga boleh diserahkan kepada pihak

berkaitan dalam usaha meningkatkan keupayaan kanak–kanak tersebut.

              Selain itu, penilaian pengesanan ini juga dapat membantu pengesanan di peringkat

yang lebih awal.Tahap ketidakupayaan kanak–kanak akan disedari lebih awal oleh ibubapa dan

guru.  Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam proses melakukan  tindakan atau

rawatan yang sesuai mengikut kebolehan kanak- kanak tersebut. Contohnya bayi normal

Page 2: Maksud

mengesan bunyi dan bertindakbalas menoleh ke arah bunyi, bagi  bayi yang menghadapi

masalah pendengaran bayi ini tidak akan memberi ransangan terhadap bunyi,pengesanan awal

ini membantu bagi mendapatkan rawatan awal. 

            Penilaian pengesanan yang dilakukan boleh mengenalpasti kelebihan dan

kekurangan yang dimiliki oleh kanak-kanak. Setiap kanak-kanak terdiri daripada pelbagai

kecenderungan atau kelebihan yang dimiliki. Sebagai guru dan ibu bapa kita tidak sepatutnya

memaksa kanak-kanak untuk maju di dalam pelajaran. Pengajaran yang dilakukan oleh guru

hendaklah fleksibel. Contoh, jika seseorang kanak-kanak mempunyai kelebihan dalam bidang

seni, ibu bapa dan guru hendaklah meningkatkan kelebihan itu dengan menghantar kanak-kanak

tersebut ke kelas seni.

KEGUNAAN PENILAIAN PENGESANAN

            Melalui penilaian pengesanan ini,ibubapa dan guru dapat mengetahui kebolehan dan

kekurangan kanak-kanak. Perancangan yang lebih boleh dirancang bagi meningkatkan lagi

kebolehan dan kreativiti yang ada pada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, penilaian ini akan

dapat mengurangkan kekurangan yang ada pada kanak-kanak tersebut. Contohnya kanak-

kanak cenderung menonjol bakat dalam berinteraksi, ini secara tidak langsung dapat

mengurangkan rasa rendah diri untuk bergaul dengan orang lain.

             Selain itu, penilaian pengesanan ini juga digunakan untuk membantu guru,ibubapa

supaya dapat menilai dan mengesan peringkat perkembangan kanak-kanak sama seperti

kanak-kanak normal yang lain.  Kemahiran yang sedia ada pada kanak-kanak harus digilap dan

ditonjolkan supaya ketidakupayaan dapat diatasi segera. Dengan ini kanak-kanak tersebut tidak

akn terus mengalami perkembangan yang terbantut.

            Hasil  penilaian ini juga boleh digunakan untuk diberikan kepada yang

berkaitan untuk membantu bagi mengenali dan mengesan tahap perkembangan kanak– kanak

secara lebih terperinci dan betul.  Hasil penilaian ini juga boleh disimpan untuk tujuan rujukan

pada masa akan datang. Dengan ini perkembangan kanak-kanak akan terus dinilai dari masa ke

semasa dan ketidakupayaan dapat diatasi dengan segera.

                    Kesimpulannya, penilaian pengesanan dilakukan bagi mengenalpasti

ketidakupayaan kanak-kanak pada peringkat awal.

PENILAIAN DIAGNOSTIK

DEFINISI

             Penilaian diagnostik ialah satu proses penilaian terhadap kanak-kanak untuk melabel

tahap ketidakupayaan kanak-kanak.Penilaian ini biasanya dilakukan oleh psikiatris, guru. Proses

ini juga dikenal sebagai proses melabel.  Proses melabel ini penting kerana ini akan menentukan

Page 3: Maksud

masa depan kanak-kanak tersebut.  Disebabkan proses melabel ini penting penglibatan ramai

pakar diperlukan untuk mendapat keputusan diagnosis yang lebih tepat.

            Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan penilaian diagnostik sebagai penilaian

secara formatif bagi mendapatkan data yang menunjukkan ketidakupayaan murid yang akan

menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran.

                  Kesimpulannya, penilaian diagnostik ini adalah penilaian yang dilakukan kepada

kanak-kanak mengikut tahap ketidakupayaan mereka.  Dengan ini langkah dan rawatan tertentu

boleh diambil dengan lebih berkesan

TUJUAN PENILAIAN DIAGNOSTIK

             Penilaian diagnostik ini bertujuan untuk membuat penilaian awal tentang

ketidakupayaan kanak-kanak. Penilaian awal diperlukan oleh kanak-kanak bekeperluan khas

terhadap keupayaan mereka samaada secara formal iaitu melalui pemerhatian dan analisis.

Penilaian ini membantu guru menentukan samaada kanak-kanak tersebut memerlukan perhatian

yang lebih atau tidak.  Guru-guru juga dapat maningkatkaan tumpuan dan keupayaan pelajar

yang memerlukan bantuan.

             Selain itu, penilaian ini juga bertujuan mengumpul maklumat untuk tujuan

penempatan kanak-kanak mengikut kebolehan mereka. Bagi kanak-kanak yang mempunyai

ketidakupayaan yang terbatas dan berbeza kemampuan dengan kanak-kanak lain perlu

diasingkan mengikut keperluan pembelajaran.  Penilaian ini juga bertujuan membantu guru

menyediakan atau menyelaras sistem pengajaran mengikut ketidakupayaan kanak-kanak.

                                                                                   

              Penilaian diagnostik juga bertujuan memberikan maklumat kepada ibu bapa, guru

dan pakar kanak-kanak. Hasil penilaian yang dibuat boleh digunakan sebagai bahan rujukan.

Selain itu ibubapa juga boleh didedahkan dengan masalah sebenar anak-anak mereka dan

kaedah atau pendekatan yang sesuai ditekankan oleh ibubapa sebagai langkah mengurangkan

masalah kanak-kanak.  Penilaian ini juga membantu pakar memantau keadaan kanak-kanak dari

masa ke semasa.

KEGUNAAN PENILAIAN DIAGNOSTIK

           Penilaian diagnostik penting bagi menentukan jenis ketidakupayaan kanak-kanak.

Dengan adanya penilaian ini guru-guru dan ibubapa dapat menngenalpasti tahap perkembangan

kanak-kanak. Oleh itu guru dan ibubapa dapat menyediakan program intervensi yang sesuai

mengikut kemampuan kanak-kanak supaya mereka mendapat kehidupan yang selesa

disamping pendidikan yang sesuai dengan tahap kemampuan kanak-kanak.

            Selain itu, penilaian diagnostik juga penting kepada guru-guru untuk merancang kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap murid.  Apabila kanak-kanak

ini telah didiagnosis, guru akan mengetahui tahap kanak-kanak dan membolehkan guru

menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.  Contohnya kanak-

Page 4: Maksud

kanak yang lemah ditekankan dengan pengajaran secara visual manakala kanak-kanak normal

lebih kepada pengajaran yang lebih kompleks dan abstrak

               Penilaian ini juga penting bagi memberi maklumat yang lebih jelas tentang

ketidakupayaan kanak-kanak.  Hal ini kerana pada tahap ini kanak-kanak akan dilabel

mengikut ketidakupayaan mereka.  Dengan ini ibubapa akan mempunyai pengetahuan yang

lebih tentang ketidakupayaan anak mereka.  Ibubapa juga boleh mengambil tindakan

sewajarnya iaitu mencari pakar-pakar yang sesuai bagi melatih dan merawat anak-anak mereka.

            Kesimpulannya ,penilaian diagnostik ini diperlukan bagi proses melabel kanak-

kanak.Dengan adanya label ini akan dapat membantu proses rawatan..

                                                                                                                       

PENILAIAN PERKEMBANGAN

DEFINISI  

 Penilaian pekembangan ialah perubahan secara kualitatif yang belaku ke atas

individu sejak dilahirkan  lagi. Walaubagaimanapun perubahan yang berlaku adalah tidak sama

antara individu dan individu lain kerana perkembangan ini dipengaruhi oleh baka dan

persekitaran. Baka di sini membawa maksud menentukan potensi seseorang dari segi mental,

fizikal, sosial, emosi dan persekitaran pula membantu seseorang itu mencapai tahap

maksimumnya.

Menurut crow dan crow pula,perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif

serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral, dan social.

Contohnya semasa di tingkatan 4, ani tidak dapat menyelesaikan masalah persamaan

matematik.tetapi dia mula dapat menyelesaikannya setelah berada di tingkatan 5.  Dengan ini

jelaslah ani telah mengalami perkembangan.

Menurut Karl E Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang

saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.  Secara ringkasnya beliau

berpendapat perkembangan ditakrifkan sebagai pengaliran yang saling berkait di antara

perubahan kualitatif dan kuantitatif yang menuju kearah tertentu dan dijangkakan.

Menurut Rozumah Baharuddin (1984) Perkembangan ialah perubahan yang yang

berlaku yang berlaku dari segi kualiti, perubahan yang berlaku tidak boleh diukur secara kuantiti

tetapi boleh dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang sedang

terbentuk.  Proses ini adalah proses rumit yang berlaku secara terus dari peringkat awal kanak-

kanak hingga ke akhir hayat.

ASPEK PENILAIAN PERKEMBANGAN

            Penilaian perkembangan kanak-kanak ini diukur dari 5 aspek iaitu penilaian aspek motor,

bahasa, mental, sosial dan pengurusan diri.

Page 5: Maksud

            Penilaian dari aspek perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak ialah dari segi

kebolehan kanak-kanak bergerak.  Perkembangan motor mula berlaku apabila pergerakan tubuh

dan kegiatan tubuh dapat dikawal oleh system saraf dan otot.  Semasadi peringkat janin

perkembangan motor adalah sangat pesat.  Motor terbahagi kepada dua iaitu motor kasar dan

motor halus.  Selepas bayi dilahirkan  bayi banyak menggunakan motor halus kerana daya

kawalan motor bayi yang  sangat lemah.  Contohnya mengenggam,menyentuh dan

sebagainya.Apabila berusia 5 tahun kanak-kanak mula mmenggunakan  motor kasar untuk

berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. Hal ini kerana otot motor kanak-kanak mula kuat.

             Penilaian melalui aspek mental ialah proses bagaimana maklumat daripada

persekitaran diterima dan disimpan dalam ingatan dan bagaimana maklumat tersebut diingat 

apabila diperlukan.  Menurut Jean Piaget (1896-1980). Pada tahap dunia motor iaitu dari (lahir

hingga 2 tahun) bayi menggunakan aspek perkembangan mental keranaa mula berfikir kerana

dipengaruhi oleh kebolehan deria menyentuh, mendengar dan sebagainya.  Manakala pada

peringkat pra operasi (2 hingga 7 tahun).  Kanak-kanak mula berkomunikasi menggunakan

perkataan bagi mewakili objek dan pengalaman yang belaku di sekeliling mereka.

            Penilaian dari aspek bahasa juga merupakan salah satu aspek perkembangan.  Bahasa

merupakan satu media untuk berkomunikasi.  Melalui  bahasa manusia dapat bertutur untuk

melahirkan apa yang dirasai.  Bayi yang baru dilahirkan tidak dapat berhubung dengan orang

lain untuk menyatakan keperluan atau kehendaknya.  Apabila umur mula meningkatdari 0-2

tahun bayi mula berinteraksi dengan kadar yang minimum dengan menggunakan pancaindera

yang lain.  Apabila umur bayi 6 bulan bayi kurang berkukur tetapi mula boleh menyebut

perkataan.  Contohnya ma….ma, ba…ba..  Perkembangan bahasa peringkat ini penting sebagai

asas latihan bercakap untuk perkembangan seterusnya.

             Penilaian perkembangan juga dinilai melalui aspek sosial iaitu proses apabila kanak-

kanak mula berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima masyarakat.  Pada

peringkat baru lahir hingga1 tahun.  Perkembangan sosial awal bayi ialah mula boleh

tersenyum.  Perkembangan sosialnya berlaku berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan

sebagainya manakala apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan mula

bergaul dengan kawan-kawan. Dengan ini perkembangan sosial  akan mula berkembang.

             Aspek penilaian pengurusan diri kanak-kanak bermula pada usia 3 hingga 4 tahun.

Pengurusan diri ini merangkumi aspek menjaga dan memelihara diri sendiri dari pelbagai bentuk.

Contohnya dalam melakukan aktiviti harian, memakai baju , memberus gigi dan sebagainya.  Ibu

bapa perlu manjadi terbaik kepada anak-anak dalam proses pengajaran pengurusan diri.

TUJUAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

                Tujuan utama penilaian perkembangan ialah menilai tahap perkembangan kanak-

kanak dari aspek perkembangan.Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam mencapai

tahap perkembangan atau tidak boleh berkembang seperti kanak-kanak normal. Guru perlu

memainkan peranan dengan menjalankan proses intervensi awal untuk membantu

perkembangan kanak-kanak selaras dengan tahap umur mereka.

Page 6: Maksud

                 Selain itu penilaian ini juga bertujuan mengesan kekurangan dan kelebihan yang

ada pada kanak-kanak. Guru boleh melakukan perubahan dalam proses pengajaran supaya

dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Guru juga harus mencungkil bakat yang ada pada

kanak-kanak supaya kelebihan yang ada pada mereka dapat ditonjolkan disamping

mengurangkan kelemahan yang ada pada kanak-kanak tersebut.

                 Penilaian ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap perkembangan kanak-

kanak.  Hal ini kerana apabila guru telah mengetahui ketidakupayaan kanak-kanak langkaah

bagi mangatasi ketidakupayaan ini akan diambil.  Hal ini secara tidak langsung dapat

meningkatkan perkembangan kanak-kanak tersebut.  Selain itu kanak-kanak ini juga akan lebih

cenderung untuk menyerlahkan kemahiran mereka.

KEGUNAAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

                Penilaian  perkembangan kanak-kanak penting kerana melalui penilaian ini tahap

perkembangan kanak-kanak dapat diketahui.  Maklumat tentang perkembangan kanak-kanak

akan digunakan untuk  membuat pengesanan awal.  Pengesanan awal ini adalah untuk

memastikan kanak-kanak tidak mengalami perkembangan yang terbantut.  Contohnya pada usia

2 tahun kanak-kanak yang mengalami pertumbuhan terbantut masih tidak dapat berjalan seperti

kanak-kanak normal.

                   Selain itu, penilaian ini juga penting bagi melakukan intervensi awal.  Kanak-kanak

akan mengalami perkembangan bermula umur 6 tahun.  Dalam tempoh ini kanak-kanak mula

berkembang. Perkembangan yang terbantut biasanyadisebabkan oleh adanya ketidakupayaan.

Ibu bapa, pengasuh perlu melakukan intervensi bagi membantu  kanak-kanak. Program

intervensi juga boleh dilakukan,melalui program ini kanak-kanak akan dilatih supaya dapat

meningkatkan  ketidakupayaan kanak-kanak supaya selaras dengan umur mereka.

                    

                     Penilaian perkembangan juga penting bagi mengenalpasti masalah dan

perbezaan semasa perkembangan kanak-kanak. Masalah ketidakupayaan kanak-kanak yang

tidak sama antara satu sama lain memerlukan penilaian bagi mengkelaskan ketidakupayaan

kanak-kanak mengikut tahap.  Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan lebih mudah

dikenalpasti dengan membandingkan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain.  Hal ini

kerana tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza antara satu sama lain,ada antara

mereka yang aktif dan ada juga yang pasif.

                   

             Kesimpulannya, penilaian perkembangan menyelaras kemahiran mengikut usia kanak-

kanak disamping membantu perkembangan kanak-kanak supaya tidak terbantut.

PENILAIAN PENCAPAIAN

DEFINISI

                Penilaian pencapaian ialah ujian atau siri ujian yang dijalankan untuk mendapatkan

maklumat  tentang pencapaian murid.  Penilaian pencapaian ini biasanya dilakukan kepada

kanak-kanak pada usia 7 tahun ke atas oleh guru untuk menentukan pelajar memerlukan kelas

Page 7: Maksud

inklusif atau tidak.  Penilaian ini dijalankan untuk menilai kecekapan dan kemahiran melalui

pemerhatian dan ujian bertulis.  Penilaian ini terbahagi kepada  dua iaitu penilaian sumantif dan

penilaian formatif.

                Menurut Mokhtar Ismail (1995) penilaian sumantif adalah yang dilakukan untuk

mengukur pengetahuan pelajar tentang sesuatu yang telah dipelajari .  Contohnya dalam UPSR,

PMR, SPM dll manakala penilaian formatif ialah ujian mengesan kekuatan dan kelemahan dan

kekuatan pelajar dalam penguasaan sesuatu kemahiran yang diajar.  Contohnya  soaljawab

lisan, kuiz matematik dll.

                Menurut Kamus Dewan Bahasa, Penilaian pencapaian ialah proses pentaksiran

yang dibuat keatas apa yang telah dicapai atau dikenali sebagai prestasi.

TUJUAN PENILAIAN PENCAPAIAN

               Tujuan penilaian pencapaian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap pencapaian

kanak-kanak. Kanak-kanak yang lemah dalam penguasaan dan berkebolehan dapat dikesan

lebih awal.Bagi kanak-kanak yang tidak dapat menguasai konsep 3M juga dapat dikesan dan ini

membolehkan guru membuat tindakan awal bagi mengatasi masalah ini.

              Selain itu, penilaian pencapaian ini juga bertujuan meningkatkan keupayaan

pelajar.  Dengan adanya penilaian ini juga dapat mengubah atau merancang bilik darjah yang

sesuai dengan menempatkan mereka mengikut kebolehan pelajar.  Dengan ini proses

pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lebih lancar.

              Penilaian pencapaian ini juga bertujuan menganalisa kelemahan dan kekuatan

murid.  Hasil keputusan penilaian ini boleh menjadi pendorong untuk pelajar mencapai

kejayaan. Pelajar akan mengetahui kelemahan masing-masing dan guru dapat merancang

aktiviti yang lebih bersesuaian.

KEGUNAAN PENILAIAN PENCAPAIAN

              Hasil penilaian yang dilakukan membolehkan guru mengetahui objektif pengajaran

dan pembelajarandapat dicapai oleh pelajar atau tidak.  Ini akan membolehkan guru

merancang  pengajaran yang paling sesuai dan terbaik mengikut kemampuan pelajar.

Contohnya, guru menggunakan kaedah visual kepada pelajar yang lemah.

               Penilaian pencapaian penting bagi mengenalpasti keperluan pembelajaran

murid, penilaian yang dibuat memberi gambaran kepada guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Pencapaian yang dicapai oleh murid mengambarkan kepada guru tahap

Page 8: Maksud

pemahaman murid.  Guru boleh melakukan tindakan samaada ingin meneruskan dengan subjek

lain atau memberi lebih pemahaman terhadap tajuk tersebut.

             Selain itu, penilaian pencapaian ini penting bagi membuat penempatan

pelajar mengikut keperluan pembelajaran mereka.Ujian ini juga menjadi titik permulaan untuk

memisahkan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut kemampuan pembelajaran

mereka.Hal ini penting bagi mengelakkkan terdapat pelajar yang tercicir dalam pembelajaran.

             Kesimpulannya,penilaian pencapaian ini dapat membantu guru untuk membuat

pengubahsuaian dalam strategi pengajaran.  Contohnya menggunakan alat bantu

mengajar(ABM).

PENILAIAN PSIKOLOGI

DEFINISI

               Psikologi berasal daripada dua perkataan iaitu `psyche` yang bererti jiwa dan `logos`

yang membawa maksud kajian tentang sesuatu.  Penilaian yang dilakukan ini berkaitan secara

langsung dengan tingkah laku, mental, emosi, kanak-kanak berkeperluan khas.  Penilaian ini

adalah bertujuan untuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan

khas dari segi mental, emosi dan tingkah laku.

                Menurut kamus dewan bahasa  penilaian psikologi ialah pentaksiran terhadap ilmu

yang mengkaji jiwa atau fikiran manusia dan kelakuan manusia. Crow dan crow pula

berpendapat penilaian psikologi ialah satu kajian untuk mengkaji maklumat tentang cara individu

atau sekelompok manusia di peringkat umur berlainan bertindakbalas terhadap ransangan dari

alam sekitar.

              

                Davindoff ( 1976 ) dipetik dari buku psikologi dalam bilik darjah pula mentafsirkan

psiko sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku manusia dan haiwan secara nyata atau

terselindung.  Kajian ini adalah berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Contohnya

bagaimana kanak-kanak berjalan dan kajian tentang emosi kanak-kanak.

                 Kesimpulannya,definisi penilaian psikologi ialah berdasarkan penilaian terhadap

mental dan tingkahlaku manusia atau haiwan.

TUJUAN PENILAIAN PSIKOLOGI

                 Penilaian psikologi amat diperlukan terutama kepada kanak-kanak berkeperluan

khas.  Golongan kanak-kanak ini memerlukan satu kaedah penilaian yang sesuai dengan

kaedah realiti mereka.  Kaedah-kaedah yang sering diguna pakai untuk kanak-kanak normal

mungkin tidak mampu untuk membantu perkembangan tingkah laku, emosi, dan mental

mereka.  Dari itu pengetahuan dan kemahiran amat penting dikuasai oleh penilai kerana dengan

mengenal pasti keperluan khas ini maka guru dan penilai akan dapat mengadakan rawatan dan

merancang intervensi awal yang sesuai.

           

Page 9: Maksud

               Tujuan penilaian psikologi dibuat adalah untuk mengawal tingkah laku manusia yang

tidak diingini.  Secara tidak langsung ini akan membantu penilai memberi bimbangan akan

membentuk tingkah laku yang tidak baik kepada tingkah laku baik.

            Penilaian psikologi ini juga mampu membantu membuat penilaian, menyelidik dan

membuat pemerhatiantentang tingkah laku kanak-kanak bekeperluan khas ini.Dengan adanya

maklumat ini segala rancangan rawaatan boleh dilakukan.

KEGUNAAN PENILAIAN PSIKOLOGI

                    Penilaian psikologi memberi kegunaan kepada guru ibubapa untuk memahami

tingkahlaku dan mental kanak-kanak bekeperluan khas.  Guru juga harus mengenali kanak-

kanak sebelum mendekati mereka supaya mereka tidak bertindak agresif. Hal ini akan

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses bimbingan kanak-kanak juga lebih

mudah dijalankan.Pemahaman oleh guru-guru dan ibubapa terhadap masalah ini akan

membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab membimbing dengan lebih berkesan. 

Dengan itu kanak-kanak berkeperluan khas akan merasa diri mereka dihargai dan merasakan

selamat berada dibawah jagaan guru mereka.

                   Selain itu penilaian psikologi juga digunakan sebagai satu kompenan

untuk membantu guru-guru menyelaras dan menyesuaikan kaedah mengajar agar

bersesuaian dengan kanak-kanak ini. Penyelarasan dan kesesuaian kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan adalah perlu kerana tahap perkembangan dan pertumbuhan

kanak-kanak ini sangat jauh ketinggalan di belakang.

            Selain itu penilaian psikologi ini amat berguna untuk pengesanan pada peringkat

awal.  Pengesanan yang boleh dibuat melalui penilaian ini adalah seperti ketidakupayaan  murid.

Selain itu pengesanan juga akan dapat diperolehi di kalangan kanak-kanak yang menghadapi

masalah pembelajaran.  Akhir sekali penilaian pada peringkat awal akan mampu untuk

mengesan mereka yang mempunyai risiko ketidakupayaan.

PENUTUP

                     Kesimpulannnya, penilaian  amat penting kerana ia dapat menilai perkembangan

kognitif intelektual, emosi, bahasa dan komunikasi dan tingkah laku sesseorang kanak-kanak.

Penilaian ini mencakupi penilaian pengesanan,pengesanan diagnostic, penilaian

perkembangan,penilaian  pencapaian dan penilaian psikologi.  Penilaian ini boleh dilakukan

kepada seseorang kanak-kanak sejak mereka lahir hingga ke akhir hayat Penilaian boleh

dilakukan mengikut langkah demi langkah. 

                     Langkah pertama ialah menjalankan penilaian pengesanan.  Penilaian pengesanan

yang dilakukan membolehkan simpton-simpton awal dapat dikenalpasti.  Hal ini membolehkan

ibubapa dan guru membawa kanak-kanak tersebut berjumpa pakar seperti dooktor, pakar

psikologi, pakar terapi, pakar psikiatri dan lain-lain.  Ini bertujuan supaya penilaian diagnostik

boleh dilakukan keatas kanak-kanak tersebut. 

Page 10: Maksud

                     Penilaian diagnostik amat penting kerana ia dapat membantu ibubapa dan guru

untuk mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak dengan tepat. Apabila penilaian diagnostik ini

dilakukan  kanak-kanak tersebut akan dilabel mengikut ketidakupayaan.  Hal ini membolehkan

langkah yang lebih khusus boleh diambil untuk membantu kanak-kanak tersebut.

                    Selepas melakukan penilaian diagnostik, penilaian perkembangan akan dilakukan

bagi mengetahui tahap perkembangan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak

dilihat melalui perubahan yang berlaku keatas kanak-kanak mengikut usia mereka.  Selain itu

tahap perkembangan yang berlaku pada seseorang kanak-kanak  juga diukur melalui

pencapaian. 

                    Oleh itu penilaian pencapaian akan dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan

seseorang kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah terutama kanak-kanak

berkeperluan khas penilaian psikologi  akan dilakukan. Penilaian psikologi bertujuan untuk

membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi

emosi,tingkah laku dan mental mereka.